Sunday, March 29, 2015

1MDB Investigations Can Start in Singapore


A Kadir Jasin

WITH mountains of evidence that suggest a widespread governance oversight and attempts to mislead the public, the investigators of 1Malaysia Development Berhad stand condemned if they fail in their duties.


[REMINDER: No anonymous comments will be published.  Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Thank you]


The Auditor-General’s Department, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission and Public Account Committee of the Parliament are the people’s last hope.

Just on the curious move by 1MDB to park its returning RM4-billion fund in Singapore alone should be more than enough to wet their appetite.

Why should a sovereign wealth fund or, in the case of 1MDB, a strategic investment company keeps RM4 billion in Singapore and with a branch of Brazilian-owned Swiss private bank?

Government-linked companies, corporations and agencies like Khazanah, PNB and EPF would normally place their funds in large local and international banks.

Why BSI (Banca della Svizzera Italiana), a smallish private bank? Keeping the money in Singapore is mysterious enough and keeping it with a private bank makes it suspicious.

Why Singapore and BSI?
The money should have been brought home to pay its debts to Maybank and RHB Capital. Instead it “borrowed” from telecommunication and entertainment tycoon T. Ananda Krishnan while denying media reports that it did so. Mere speculation, its President and Group Executive Director Arul Kanda Kandasamy told the Mingguan Malaysia newspaper on Feb. 15.

But even if there is a billion-ringgit reason to park the RM4 billion in Singapore, why not keep it in Maybank Singapore or with other well-known banks like Citibank, JP Morgan and HSBC?

Our Pride: Maybank Hq In Singapore
The money was taken out of the country just days before the 2013 general elections to Cayman Islands tax haven. Then some weeks ago, purportedly on its way home, it was mysteriously deposited in Singapore allegedly to fulfil Bank Negara’s regulations.

BSI is a Lugano-based Swiss private bank. Since last year it became part of Brazilian group BTG Pactual. It was previously owned by Italian insurance giant Assicurazione Generali SPA. It has US$1.8 billion share capital and its Singapore branch has a capital of US$200 million. Its latest financial account posted on its website showed that its suffered a loss of US$722 million.

The investigators must ask the 1MDB managers did they not check the credibility and financial strength of banks they deposited the company’s money in? RM4 billion is no mean sum for a financially weak company like 1MDB.

It is not my intention to penalise BSI or cast aspersion on it but with a staff of about 2,000 and a share capital of US$1.8 billion, BSI is smaller than our Affin Bank.

To my knowledge, private banks are usually used by rich individuals and secretive family companies who do not want too many questioned asked about their sources of the wealth.

The move by 1MDB to park the money in Singapore with BSI only heightens the suspicion that something is amiss. So the investigators have to make sure that every single sen that 1MDB purportedly deposited with BSI is accounted for.

During my trip to Singapore to accompany (Tun) Daim Zainuddin to pay our last respect to late Mr Lee Kuan Yew, the people we met asked about the role of other “mysterious” outfits and individuals involved with 1MDB.

Tun Daim and I paying last respect to late LKY in Singapore (Sunday Times picture)
They specifically mentioned the role of Ashmore Investment Management Ltd, a UK financial institution in the 1MDB-PetroSaudi “deals” with specific reference to its senior executive identified as Patrick Mahony.

They said, the Malaysian investigators should seek the assistance of the UK Financial Conduct Authority whose tasks include investigating money-laundering activities.

The sources also said the investigators should summon Goldman Sachs, specifically the company’s partner identified as Tim Leissner. The US investment banking group advised the Malaysian government on the formation of 1MDB and helped in its borrowing.

Incidentally, Leissner is the new husband (since 2013) of US model/actress Kimora Lee Simmons who is a good friend of the Prime Minister’s family. Kimora’s websites have pictures of her, Leissner, Mohd Najib and Rosmah.

Leissner, Komora, Mohd Najib and Khazanah CEO Tan Sri Azman Mokhtar
This is only a small part of the 1MDB monumental saga. But it is a good starting point to probe its operations and unearthing the truth.

Wallahuaklam.

54 comments:

RD. said...

Oh, paham lah saya mengapa Najib boleh sewa pejabat yang mewah di San Francisco.

Terima kasih kerana Dato telah pun memperkuatkan lagi azam untuk saya bertekad mahu Najib berundur sebagai PM, serta-merta.

Jangan pula, apabila sudah dekat PRU14, Pembangkang dan penyokong mereka, mula menunjukkan sokongan padu kepada Najib. Perubahan sikap sebegini bulkan pelik, dalam politik.

thenewwizardofoz said...

Salaam, Dato

According to the Singapore Business Times, MAS (Monetary Authority of Singapore) is already in contact with its Malaysian counterparts about this matter.

Singapore is already a major private banking, wealth and assets management centre.

The Singapore authorities are concerned to maintain the republic's reputation for governance and financial standards.

This 1MDB issue certainly has given rise to a lot of questions that need to be answered.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Kita suka berkalau. Misalnya, kalau di negara lain skandal sebesar 1MDB ini sudah boleh menyebabkan kerajaan sebuah kerajaan atau sekurang-kurangnya peletakan jawatan orang nombor satu kerajaa. Oleh yang demikian pilihanraya juga perlu diadakan untuk membolehkan pengundi memberikan mandat kepada pihak yang lebih berwibawa. Namun semua itu hanya berlaku kalau jawatan nombor satu itu tidak mrmiliki kuasa yang cukup besar dipusatkan kepadanya.

Tanpa peletakan jawatan, memang sukar untuk siasatan secara bebas dan telus dilaksanakan. Agensi yang di bawah mahu menyiasat kuasa yang menguasainya sendiri memang hampir mustahil. Budaya kita masih tebal dengan kesan feudal yang diwarisi dari zaman Sang Sapurba. Masakan yang dilantik mempunyai keberanian untuk menyiasat apatah lagi mencari kesalahan orang yang melantiknya. Selagi yang buat salah tidak ada rasa bersalah, selagi itulah bermasalah.

Dalam sejarah negara kita, kebanyakan Perdana Menteri meletak jawatan. Jadi kita pun faham bukan sukar sangat untuk meletak jawatan. Jiwa besar atau jiwa kecil atau jiwa kacau.

Unknown said...

Salam DAKJ,

1. Terima kasih kerana tidak terpengaruh dengan isu-isu terbaru yang dicipta untuk memesongkan perhatian rakyat. Pada penguasa dengan kecelaruan isu hudud, tangkapan ahli politik PR dan NGO, perhatian rakyat mestilah lebih tertumpu kepada isu berkenaan, namun DAKJ tetap istiqomah dengan isu 1MDB yang prioritinya mengatasi segala.

2. Najib dan kerajaan seperti biasa tidak mengendahkan apa yang ditagih oleh rakyat dan terus membisu. Arahan kepada Auditer General hanya untuk melengahkan masa. Janji IGP untuk menyiasat juga adalah penglipor lara. Mereka lebih sebuk mengunci mulut Rafizi dengan reman yang dikeluarkan kononnya Rafizi membuat gesaan supaya penyokong PKR membebaskan DSAI dengan cara kekerasan. Itulah tidak lojiknya alasan yang diberi. Kalau betul DSAI diculik dari penjara secara kekerasan oleh penyokongnya. tentulah ini yang ditunggu-tunggu supaya berlaku oleh IGP. Senang untuk mengarahkan pasukan penembak mencari sasaran.

3. Taktik Najib mengunci mulut dalam kes hudud juga meruntun jiwa rakyat. Beberapa menteri meminta rakyat bersabar dan biarkan PM membuat keputusan. Adakah PM seorang autokratik dan tidak berbincang dalam kabinet, BN dan MT UMNO? Kalau dah berbincang, tentu sudah ada keputusannya. Kenapa perlu delay tactick?

4. Saya teringat zaman TDM, selesai mesyuarat kabinet, Rais Yatim sebagai jurucakap kabinet akan memberi penjelasan apa-apa keputusan kabinet kepada media. Itulah hebatnya TDM, sanggup berdepan dengan rakyat selepas membuat keputusan di kabinet. Namun era kini, semua keputusan kabinet seolah-olah rahsia dan dikongkong oleh OSA.

5. DAKJ teruskanlah dengan memberi tekanan kepada kerajaan melalui isu-isu negara demi kesejahteraan rakyat. Saya yakin batas-batas yang diperkatakan tidak boleh diambil tindakan menghasut oleh pihak kerajaan. Sesungguhnya rakyat memerlukan pencerahan yang sejelas-jelasnya sebelum membuat keputusan dalam PRU 14.

Wallahuaklam.

Joe Black said...

Dato'

These Shenanigans happened "just days before GE13?"....

People of Malaysia, keep your eyes and ears opened, days or weeks before GE14, for the same thing may happen as the situation for these characters may be in dire straits! More than a few billions may be travelling out of the country destined for the likes of Cayman Islands.

Quantum Metal Consultant said...

Apakah wang itu dibawa keluar berjalan-jalan ke luar negara sebelum GE13 sebagai persediaan atas khabar angin akan "kalah".

Semakin best cerita ini. No wonder terkemut terkepit sana sini nak jawab.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Sekarang ini ada 3 isu,

1. 1MDB.
2. GST.
3. Hudud.

Kita akan tengok wayang kulit macamana 3 isu ini dipermainkan.

Berbalik kepada LKY,

Saya teringat komen beliau dalam TV, katanya ada satu sistem yang menjanjikan kemajuan kepada satu negara,

1. Run it clean, no corruption. (Tidak ada rasuah)

2. Get the best man for the job. (Mencari orang paling baik untuk sesuatu jawatan, LKY amat mementingkan "talent". Anggota Kabinet Singapura adalah terpilih dari dikalangan yang terbaik dari warga negaranya)

3. Every 5 years, account for what had been achieved and what to do for the future. Run a clean election. No money politics.

Oleh kerana sistem yang diatas, tidak ada masalah seperti 1MDB di Singapura.

RD. said...

Bagus juga. Dato AKJ sekali-sekala mengingatkan rakyat mengenai 1MDB. Sudah banyak janji-janji yang di taburkan Najib sehingga semuanya rakyat lupa. Janji siasatan keatas 1MDB adalah yang paling terbaru.

Nak harap Pemimpim dari PR, mereka sekarang ni mereka terlalu banyak buang masa dengan masaalah yang mereka sendiri cipta. Mereka lebih sibuk dengan demo GST dan "Kita Lawan" yang berniat mahu 'melepaskan' bekas banduan-salahguna-kuasa dari hukuman penjara sekali lagi atas kesalahan meliwat pula.

Sesama Ketua dalam Pakatan, mereka kata "setuju untuk tidak bersetuju", tetapi kerana Hudud PAS, mereka tergamak 'pecat' Haji Hadi sebagai President PAS.
Juga, kerana Haji Hadi tak setuju Azizah ganti Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
Yang jelas, DAP tidak merestui Azmin Ali sebagai Dato'MB Selangor, sekarang ini.
Adakah kerana Azmin adalah pilihan PAS?

"Setuju untuk tidak bersetuju" jenis kepala-bapak siapa kah ini?

Di Selangor, PKR hanya dapat 26/56 sokongan ADUN. Boleh pula laksana 'Kajang Move', ganti MB, tanpa berunding dengan PAS.

Tetapi di Kelantan, Hudud PAS yang mendapat sokongan 44/44 (100%) ADUN di Dewan mahu dinafikan pula.
Democratic Action Party?

Democracy jenis kepala-bapak siapa kah pula kali ini?

Bersih Cekap said...

Dear Dato,

Thank you for continue to publish information on this dirty scandal. Not likely to bring down PM Najib and enough awareness come GE 14

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

1. Kes IMDB , akan tercatat sebagai kes penipuan kewangan terbesar negara dan mungkin di dunia.

2. Mana ada bank Malaysia mau beri pinjam berbillion tanpa cagaran kalau bukan ada arahan dari org paling berkuasa. Kesian pencarum EPF dan ASB.

Bank Cina mereka tak berani kacau.

3. Pihak berkuasa terpaksa berbohong berkali2 demi menutup pembohongan terdahulu.

4. Nak hantar wang zakat beberapa ribu ke keluarga di Indonesia pun kena isi borang istihar tujuan. Itu peraturan BNM.

5. Bank akan tel kita bila tiba2 akaun kita menerima IBG dalam jumlah besar takut wang itu berpunca dari money laundring.

6. Logiknya waktu IMDB pindah wang ke luar negara tanpa pengetahwan, apalagi kelulusan BNM tentulah ada org BNM jadi hapless kerana satu panggilan telefon dari org paling berkuasa atau suami beliau.

7. Sebab itu pemerintah jangan banyak menipu. Macam mana wang keluar tak lapor tiba2 wang tu boleh menyelinap masuk? Tentu akan melalui rekod bank dan BNM. Maka terbongkarlah penipuan.

8. Nak suruh BNM sekongkol kena tutup mata ramai orang terutama govenor. Zeti yg terkenal dgn rekod terbilang baiknya susah nak sekongkol . Tambah pulak beliau dah nak pencen tahun depan tak hairan dgn jawatan tu lagi. Terpaksalah pemerintah kena cari pak sanggup di antara timbalan2 govenor atau dari luar tahun depan untuk cuci masaalah BNM dgn IMDB.

9 Dah saya pernah suarakan. Perlantikan pelbagai jawatan kuasa penyiasatan tu hanya drama mengalahkan drama tamil punya jalan cerita.

10. Selagi ramai rakyat percaya bulat2 cakap PM dan gengnya selagi itulah susah nak suruh Najib turun.

Unknown said...

Hutang tinggi rasuah tinggi hidup pemimpin kos nya tinggi rakyat terkial-kial cari rezeeki bagaikan hidup penuh ranjau dan duri apa nak buat 1Mdb punya hal lupa GST sudah nak mari....selamat dato kadir.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok
Saya amat yakin kejujuran YAB Perdana Menteri munguruskan ekonomi dan isu berbangkit.. Sebagai Perdana Menteri dia melihat Dari atas yang mana Kita melihat dari bawah .. Dua perkembangan serta permandangan yang berbeza.. Anak sulung TUN RAZAK .. Bijak dan bistari orang..

Moga ALLAH lindungi beliau dari Kelemahan..

Salam

Bubba The Cat said...

Salam DAKJ. Sedikit pembetulan. Bukan UK Financial Conduct Authority, tetapi UK Financial SERViCES Authority (FSA)

Faqirulkhoir said...

Kadiag,salaam. Sakan, hang sakan. Spiking gomen tak habih habih. "Governance oversight" satu untuk aku, "governance oversight" satu untuk hang....

Unknown said...

Assalamulaikum dato. Cerita seakin panas semakin hebat sebaris dengan negara yang ada skandal namun rakyat ssudah buntu pada masa ini. Penuh debaran menanti detik 1 april apakah benar2 april fool itu sebagai mimpi buruk. GST yang saya nampak isu ini hanya diketengahkan oleh PKR dan DAP yang lain2 tenggelam dengan isu kepartian masing2 PAS hanya pentingkan hudud dan sudah pun meneling-jeling parti lawan mereka, Itu mungkin tabiat PAS dari dulu sampai sekarang tahap pemikiran nya sama sahaja iaitu sepi dengan isu rakyat. sekian

vinnan said...

Manpus DAP, Mampus PKR, Hidup UMNO, Hidup PAS, Hidup 1MDB, Hidup Hudud. Periok nasi masuk pasir takpe. Mampus Ma';[] takpe.

vinnan said...

Umar Abdul Aziz,

'Bank Cina mereka tak berani kacau'.

Kalau ada Bank Cina mesti ada Bank Melayu kan? Semua bank-bank tempatan kecuali dua adalah Bank Melayu. Jadi adakah kebodohan bank-bank Melayu ini juga kerana orang Melayu bodoh nak mampus hingga sanggup pinjam wang kepada 1MDB. Jangan main isu perkauman saudara. Bila scandal 1MDB ini meletop semua orang MALAYSIA kecuali elite akan mampus.

vinnan said...

RD Dun Kelantan bukan Parlimen Malaysia bodoh.

Unknown said...

Saya ingin tambah pandangan RD.

Mungkin RD terlupa atau buat2 lupa agaknya.

Kesalahan (betulke?)meliwatAnwsr itu telah melibat kerugian tak kurang rm100b kepada negara dan RD.

Jumlah ini jauh lebih besar dari skandal IMDB

Kesalahan Anwar meliwat itu juga dosanya lebih besar dari segala dosa pemimpin dan org Melayu yg melangani pelacur yg memenuhi hotel2 dan rumah urut serata bandar.

Berdasarkan sebab2 di atasla maka RD sibuk bertungkus lumus memerah otak bagaimana nak menjahanamkan Anwar hingga terlupa soal2 kepentingan rakyat yg lain.

Marhein UTARA said...

AKU, turut berdebar-debar menunggu 1 April. Kalau sebelum ini AKU tak hirau sangat dengan April Fool walaupun AKU lahir dalam bulan April.

Tetapi kali ini AKU berdebar-debar menunggu 1 April.

Adakah akan berlaku AKU (rakyat) akan kena APRILFOOL atau AKU (rakyat) akan dikotakan janji dengan 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'.... Apa yang dahulu atau apa yang diutamakan akan terjawab dalam April (esok/lusa).

Hari ini AKU tak mau kata bahawa kerajaan PENIPU atau BETUL, TETAPI selepas 1 April AKU akan tahu sama ada kerajaan penipu atau tidak.

Sebab AKU pegang, apabila GST dilaksanakan harga barang tidak akan naik sebab GST hanya 6% berbanding cukai sedia dikenakankan sekarang 10%. Jadi harga barang/perkhidmatan bukan setakat dapat dikekalkan MALAH diturun. Ini yang AKU pegang dengan GST. AKU pegang apa yang diterangkan dalam media masa, penerangan, forum, iklan dan sebagainya. Bukan orang biasa yang berkata tetapi menteri, pegawai kerajaan peringkat atas (Ketua Pengarah dan sebagainya).

Tetapi yang pasti, kalau harga barang lebih tinggi pada dan selepas 1 April nanti (esok/lusa), tahulah AKU, SIAPA PENIPU.....

sambung ......

Marhein UTARA said...

sambung ....

TETAPI yang SUDAH PASTI, selepas gaji bulan ini/minggu lepas - waktu pergi beli barang dapur, harga barang sudah NAIK.....

Untuk SAHKAN sapa PENIPU, aku berdebar-debar menunggu 1 APRIL .....

Keputusan AKU untuk PRU14 akan DITETAPKAN dengan GST.

Unknown said...

Di sebabkn NAJIB...UMNO akan jatuh. Ahli UMNO harus sadar dan berani mengambil tindakan. When UMNO falls the Malays whether they in UMNO..PAS..PKR..will lose a lot. Believe me.

Unknown said...

Sdr Vinnan.

Saya tak main2 dgn isu perkauman.

Tapi saya tak suka bukan Melayu yg mintak macam2 hak Melayu tapi Melayu kata tak pa. Malah ada kes pemimpin UMNO pulak jadi barua kebas harta Melayu beri pd Cina dan India. Terbaru beri pd Mat Bangla dan Indon.

Maybank dan RHB tu tu boleh la saya definasikan bank Melayu atau pengurusan atasannya ramai Melayu.

Bila kroni buat skim tibai wang rakyat mereka kerjakan bank Melayu bernama BBMB hingga padam.

Bila Deepak nak pinjam wang berjuta dgn syarat mudah kenapa dia tak dapat drpd Public Bank atau OCBC dll bank spt CIMB yg di kuasai Cina India? Tapi dia mangsakan Bank Rakyat yg menteri, pengerusi dan pengurusannya Melayu.

Kecuali ada arahan bapak kepada menteri sdr Vinnan fikir Maybk dan RHB tu bodoh sgt ke nak beri wang berbillion pd IMDB?

Seperti dah jadi standard practice bapak kpd menteri hanya berani beri arahan pd bk Melayu. Atau hanya org bukan Melayu yg konon nya bijak pandai punya rekod melingkupkan bank Melayu.

Tapi jangan lupa bila bank Melayu rugi semua rakyat termasuk bukan Melayu kena tanggung termasuk kakitangan bank berkenaan.

nor ishak ismail said...


1. Saya seperti sdr. Noordin Mohamood, mengucapkan berbanyak "terima kasih" pada Pak Kadir kerana dari masa kesemasa masih fokus pada sasaran utama iaitu perbuatan -ve terbesar diabad ini - 1 MDB. Mungkin ada isu-isu lain spt GST, hudud tetapi kita tidak mahu bukit yang kita salak (bukan utk diruntuhkan bukit itu tapi memberitahu ada hantu dibukit tersebut) di tutupi kabus.

2. Kebelakangan ini Pak Kadir juga berjaya membuat beberapa "pendebat" jadi "kacau-bilau" dan "meracau-racau" macam murai tercabut ekor atau mungkin faktor cuaca kod.

3. Saya tertarik dgn pandangan sdr Zainal Abidin Awang Kecik (ZAAK). Beliau "amat yakin" dgn kejujuran Najib walaupun dah dikhabarkan Najib telah "menyorokan" RM4,000,000,000 dalam bank di Singapura, sebuah negara yang "dikatakan" yg tak suka pada Melayu dan Islam.

4. Kata ZAAK lagi, Najib tadbir negara dgn melihat daripada atas, rakyat biasa lihat daripada bawah...Pak Kadir pula melihat dari arah mana pula ya?

5. Kawan-kawan kita yang lain spt Zed 85, RD, MSH, Umar Abd Aziz dan seumpamanya lihat drp arah man pula?


RD. said...

Ah..Vinnan sudah kembali untuk berganding dengan troll-khalifah.
Untuk menanam kebencian antara kaum, mengambil kesempatan atas kepincangan pemerintahan Negara yang dipimpin PM Najib?

Seolah-olah Dynasty Lim tidak mengamal nepotism dan merugikan Rakyat. Kerajaan Selangor dan Kelantan memerintah dengan sempurna?

Saya harap 'Vinnan' bukan orang Cina yang pernah penyamar sebagai India sebelum PRU13. Ketika itu, pengundi India mula kembali menyokong BN, selepas hampa dan kecewa dengan tipu-daya Anwar Ibrahim di Kg.Buah Pala. Tentu ramai yang masih ingat janji Anwar kepada penduduk Kg. Buah Pala, sebelum PRU12.
"2 minggu sudah menang.......", aleh-aleh jentolak datang roboh rumah penduduk.
Lihat URL ini:-

https://www.youtube.com/watch?v=FcN6XMU8UGw

Dulu, seperti sekarang juga, Vinnan akan mengutuk Melayu sebagai bodoh dan lain-lain ungkapan kesat. (Mungkin di blog Dato AKJ, agak moderate kerana sudah diberi amaran).
Kemudian komen racist 'Vinnan' itu dibalas dengan hinaan lebih dahsyat ketas masyarakat India, kesemuanya saya kira dari orang Melayu.

Yang jelas orang Cina yang menyamar guna nama Vinnan ini mahu menyemai kebencian antara masyarakat Melayu dan India, demi keuntungan masyarakat Cina. Kalau tak percaya, sila tanya Tuan Syed Akbar Ali aka, OutSyed the Box.

Saya harap pembahas lebih berhati-hati supaya tidak terburu-buru memusuhi sesuatu kaum dan secara tak langsung menjayakan hajat atau tujuan orang yang menyamar itu.

Mungkin rakyat, terutama bangsa pendatang belum memahami asas penubuhan Negara. Tak faham antara 'Dewan Negeri' dan 'Dewan Negara'.

Saya quote dari Tuan Aspan Alias:-

"Malaysia, like the United States of Amerika, is a federation and the Federal Government derives its sovereignty from the sovereignty of the member states".

Setiap Negeri mempunyai undang-undang mereka sendiri. Ada negeri di USA, melaksanakan hukuman mati. Ada yang tidak. Di Sabah & Sarawak, mereka berhak menghalang orang yang mereka tidak ingini, masuk ke Negeri mereka. Sebagai sebuah Negeri berdaulat dan berRaja, setiap Negeri berhak mempunyai undang-undang mereka sendiri yang digubal secara Democracy.

Oleh yang demikian, Negeri Kelantan yang mendapat sokongan 100% ADUN, juga berhak membentangkan bill persendirian untuk melaksana Hudud PAS.
Kepala bapak siapa yang boleh menidakkan kehendak democracy rakyat Kelantan? Vinnan?

Kalau tak setuju pun tunggulah bila dibawa ke Parliament nanti untuk diundi di peringkat Persekutuan.

Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, pembangkang dan penyokong mereka amat gembira sekali apabila jaguh mereka, Karpal Singh dan Mat Sabu menuduh Anwar seorang peliwat di Parliament, 1997. Tetapi setelah Anwar dipecat (atas tuduhan yang mereka sendiri lontarkan) dan kemudian menjadi pembangkang, mereka boleh buat-buat lupa. Sebaliknya mereka menyanjong bekas banduan-salah-guna-kuasa ini sebagai malaikat.

Saya tidak boleh terima seorang yang tidak mahu mengaku homosexual, menjadi pemimpin Negara. Lagi pun mana ada negara didunia ini yang di pimpin oleh seorang gay. Setakat main suka-sama-suka tak apa lah juga. Tetapi manusia ini telah meliwat tukang bancuh kopinya secara 'rela-paksa'. Menggunakan pengaruh atau kuasa-gerun majikan keatas pekerja bawahan. Dalam bahasa Inggeris; 'using his authority and influence to coax a subordinate into submission'.
Harus dingat, mangsa sebelum itu dibayar elaun yang tinggi, dihadiah pakaian mahal, dan dibawa 'melancong' keluar negara dan menginap di hotel mewah.

Apa yang nyatakan di atas terbukti dalam hansard Parliament dan terbukti di Mahkamah. Tidak seperti jemaung yang memfitnah membabi-buta, menuduh orang melanggan pelacur atau pondan. Petik dari angin untuk memfitnah. Benarlah seperti kata Helen Ang, Pembangkang, penyokong dan media mereka amat gemar dan pandai memfitnah.

Unknown said...

Sayang LKY tu bukan Islam.

Kalau dia Islam, ramai bukan Islam berminat nak anuti Islam.

Unknown said...

Kalau RD tak boleh harap UBN.

Dan RD juga tak boleh harap PR.

Tak payah berbelit2 la.

Cakap saja RD masih bersama UBN.

RD. said...

Saya harap Vinnan tidak tersasul kali ini. Dulu penyamaran beliau terdedah apabila menulis 'Laja' bila mengatakan mengenai peranan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran Kerajaan. Kalau betul beliau Orang India, sudah tentu tiada masaalah sebut huruf 'R'.

Harap Vinnan lebih berhati-hati menulis. Maklum lah, dalam keadaan marah, penyamar selalunya membuat kesilapan yang boleh memecahkan tembelang. Nanti 'majikan' potong upah Khalifah dan geng pulak.
Selamat bekerja memfitnah.

Unknown said...

Salam DAKJ,

1. Terlepas juga pengunjung blog ini yang berbahasa kesat. Sepatutnya untuk menyangkal hujjah lawan biarlah berfakta dan berhemah. Kita semua sayangkan Malaysia. Saya terkilan dengan bahasa yang VINNAN gunakan. Kalau beliau Melayu, diharapkan guna bahasa lebih lunak. Kalau dia bukan Melayu, belajarlah kesusasteraan Melayu yang mengajar seni bahasa yang indah.

2. Saya sokong Umar Abd.Aziz. Beliau menggunakan ungkapan Bank Cina mereka tak berani kacau. Pada saya ini bukan perkauman. Umar malah secara tak langsung memuji bank cina kerana mempunyai tatakelola yang ketat dan tidak secara wewenang memberi pinjaman walaupun ditekan.

3. Lain-lain pengunjung blog dato telah memberi input dan komen yang bernas. Itulah sebabnya saya akan membuat ulangan mengunjung blog ini bagi kali kedua atau ketiga semata-mata untuk mengikuti komen pengunjung yang belum saya baca.

Tq DAKJ. Wallahuaklam.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Vinnan, istilah "mampus" itu agak kasar dan kesat. Kalau tidak guna pun, sentimen sdr masih boleh dinyatakan.

2. Sdr Marhaen UTARA, ganti nama "AKU" itu agak kasar.

Mohon maaf.

zainal abidin awang kechik said...

salam tok

bertanya saya kepada MKD (MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN)

harta 1MDB bernilai 153,000,000,000.00

saya melihat MRCB semasa zaman gawat rugi 7,000,000,000.00 selepas OPP PULEH..sekarang untung 3,000,000,000.00

saya amat yakin selepas IPO 1MDB.. semuanya akan kembali seperti sedia kala.

tidak mudah YAB Perdana Menteri melaku kesilapan. kerana harta 1MDB mampu memberi lendakan keuntungan kembali.

dalam isu 1MDB saya yakin kerana saya melihat sendiri arah tuju 1MDB.

yang saya bimbang 1MDB tak mampu lawan kifarah dari ALLAH.swt

salam tok

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr nor ishak ismail.

Komen saya ialah:

Kalau dah terbiasa cari makan dgn UMNO, susah nak berdikari.

Najib tu, waktu dia jadi menteri pelajaran tahun 1990an lagi saya dah dengar macam2 cerita.

Bila dia jadi TPM pun ada pekerja MAS komplain ada isteri org besar nak atur siapa boleh/ tak boleh duduk dekat dia.

Sebab itu saya kutuk TAAB dan TDM bantu Najib jadi PM.

Orang yg baik dipenjara.

Rakyat semakin merana . Kecuali RD kot.

RD. said...

Mana mungkin orang akan tertarik untuk memeluk Islam jika orang yang memerintah sesabuah negara itu secara:-

1. kuku-besi atau dictator. (Pembangkang atau rakyat yang tidak sehaluan ideologi, di humban ke penjara tanpa di bicara, disaman hingga bankrupt atau melarikan diri keluar negara).
2. bawa anak masuk politik untuk menjaga kepentingan diri.
3. keluarga terlibat dalam kerugian Tumasek Holding.

Belum termasuk bab minum arak. Nanti orang ingat kalau masuk Islam boleh minum arak pulak. Banggang ke apa.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Mungkin wajib Dakj kawal pendebat agar guna bahasa yg sesuai.

Perkataan terlalu kasar,kesat, lucah dan seumpama hanya merendah martabat blog Dakj.

Perkataan spt Anu-war sebagai ganti nama Anwar.

Perkataan kepala bapak.

Perkataan troll.

Mari berhujah macam anak jantan.

RD. Kalau sdr tuduh saya ambil upah dari pembangkang, saya juga boleh tuduh sdr makan gaji dgn UBN.

Suka tak?

Drpd RD sibuk selidik siapa dibelakang nama pendebat atau apa bangsanya lebih baik RD tumpu pd isu yg sedang didebat.

Kita pun tak minat nak tahu RD ni Islam atau kafir. Semua org boleh menyamar.



Zed-85 said...

Saudara Nor Ishak,

Teori orang tengok dari atas atau bawah saya ingat lebih relevan di zaman Parameswara.

Orang tengok dari atas, naik kapalterbang jet. Baru-baru ini dengar khabar dari media hias kapalterbang sampai RM28 juta.

Orang tengok kapalterbang dari bawah kena bayar GST.

OKJ said...

Salam Dato Kadir


GST


Bagi sayalah, apabila Dato' Seri Najib kata kastam kena buktikan yg GST adalah sistem percukaian terbaik di dunia pada hari ini, seolah-oleh seperti beban GST nak dilepaskan kepada pihak kastam pula. Tak bolehlah macam itu.Sebabnya,saya dah bagi tahu (bayak kali dah pun), apa-apa sistem yg hendak diutarakan mestilah mengikut acuan Islam bukannya sistem sekular barat. Sekali lagi saya tegaskan, mengikut Islam, hanya orang yg layak sahaja yg dikenakan tax bukannya semua orang. Jadinya macam mana PM nak suruh kastam buktikan yg cukai GST adalah yg terbaik di dunia jika ianya memang bercanggah dgn peraturan Islam?????


Saya nak order barang pada minggu ni dah tak boleh dah . Semuanya kena tunggu lepas 1 April. Adik saya nak booking kereta baru pun ditutup dulu. Harga kereta juga dijangkakan naik kata presiden toykey jual kereta harii ni. Nak kencing pun kena GST. Yg kesiannya, kerajaan kata perubatan dikecualikan GST tapi consult pakar kena GST. Contohnya, orang bersalin secara pembedahan (LSCS), pakar bius cas 6% GST, pakar O&G cas 6% GST, pakar paed cas 6% GST, ubat pakar (Ubat kelas A) kebanyakannya kena 6% GST, perkhidmatan hospital pun kena 6% GST. Jadinya, jumlah keseluruhan GST adalah 30%. Ambik kau !!!!!!!!!


PAS sekarang dah dapat mengambil hati pengundi Melayu dengan strategi HUDUD. Tahniah PAS. Juga strategi pakatan Rakyat yg bersetuju utk tidak bersetuju terutamanya apibala pilihanraya nanti pasti berjaya, kerana matlamat utama ketiga-tiga parti adalah untuk menjatuhkan UMNO. Ditambah pula dgn keputusan bohoh memperkenalkan GST kepada setiap rakyat yg sememangnya 52% tidak menyokong kerajaan. Akhirnya tamatlah riwayat UMNO dan BN pada PRU ke 14 nanti setelah menerajui negara selama 61 tahun. Dan Dato' Seri Najib berkemungkinan besar menjadi ketua pembangkang yg pertama dari barisan nasional. Tahniah Dato' Seri.


Akhir kata, memanglah dikatakan GST hanya 6%, TETAPI 6% tersebut adalah untuk setiap peringkat pengeluaran dan ini cuba disorokkan oleh kerajaan. Apabila rakyat mendapat tahu, tamatlah riwayat kerajaan yg tidak bercakap benar. Sekian TQ.

Zed-85 said...

Saudara Marhein Utara,

Bandingkan 10% cukai jualan asal berbanding dengan GST 6% tidak betul.

10% dari harga jualan kilang.

6% dari harga di akhir rantaian jualan.

Umpamanya. Kilang keluar kasut. harga kilang RM10. Cukai 10% jadi RM1.

Apabila kasut sampai ke Giant, harga kasut RM20. Cukai 6% jadi RM1.20.

Unknown said...

Assalam dato mai alor setar tak macam dulu hotel semua 5star yang banyak kat sini kaki putar alam........Hutang tetap hutang jika tak bayar ROH nya melayang-layang jadi 1Mdb kena bayar la hutang nya...mudah sahaja tak payah nak pening...sekian dato dari insan yang tak cerdik.

vinnan said...

Umar Abdul Aziz,

Yang bagi arahan buat pinjamam Melayu, yang mematuhi arahan itu pun Melayu. Jadi siapa yang bodoh-bodoh musnahkan Bank Melayu?

Siapa yang musnahkan hak Melayu disini. Siapa yang rasis disini?

vinnan said...

RD jangan fitnah saya hanya kerana kamu telah tewas dalam perbincangan. Hanya pandangan rasis kamu yang anggap keputusan DUN Kelantan adalah sama dengan Parlimen Malaysia dan tidak boleh dipertikaikan

Unknown said...

Tahniah RD.

Kerana mengakui bahawa ramai pembangkang di sumbat ke penjara oleh pemerintah pujaan RD terutama pd zaman TDM dan Najib.

RD. said...

Saudara OKJ.

Kalau BN kalah PRU14, saya bantah sekeras-kerasnya cadangan Saudara, Dato Seri Najib dilantik Ketua Pembangkang. Bagi saya la, Ketua stesen taxi prebet-sapu pun, beliau tak layak.
Semasa bersidang nanti, kalau ahli Parliment 'Kerajaan' ungkit pasa1 1MBD, Jho Low, Altantuya, Macamana Sirul Azhar boleh lari ke Australia.....terketaq-ketaq menjawab kang. Kalau dah jadi Ketua Pembangkang, bukan boleh guna Penasihat atau Consultant lagi dah. Semua kena fikirkan sendiri secara spontan, apa nak cakap.

Maafkan saya kerana tak setuju dengan hanya satu ini. Yang lain-lain, semua saya setuju pendapat Saudara.

RD. said...

Saudara Nor Ishak Ismail.

Saya kalau berjalan suka tengok bawah. Takut tersepak batu ke apa. Kadang ada baiknya juga jalan tengok tanah ni. Kadang-kadang terjumpa anting-anting emas atau duit syilling. Dulu saya selalu terjumpa duit 1sen, sekarang duit 5sen pulak. Seolah-olah orang dah tak hairan. Duit 5 sen pun buang. Orang Malaysia tak macam di Jepun yang amat sayangkan harta benda. Kalau mereka beli sesuatu, mesti keluarkan duit syilling 1sen untuk mengenapkan pembelian. Kita di Malaysia malu nak guna duit syilling ni. Jatuh standard kot.

Kalau lintas jalan, sya tengok kiri-kanan.
Dalam issue 1MDB ni, saya hanya tengok apa yang diperkatakan oleh mereka yang lebih arif dan punya pengalaman seperti Dato AKJ, Tun Dr.M dan lain-lain pendapat yang menyokong PM. Setakat ini saya lebih memihak dan menyokong pandangan yang negatif mengenai 1MBD.

Kalau tak diurus dengan baik, ia akan menjadi seperti Kerugian Temasik Holding pada 2009, di mana isteri PM Lee(anak LKY) adalah CEOnya.
Kerugian besar, seperti Temasik Holding boleh membawa rebah kepada BN.

ymase said...

Assalamualaikum

Saya ke GM Kelang nak beli tudung Sabtu lepas. Tudung yg biasa $5 sehelai kini dijual $15 untuk dua helai. Itu sudah 50% mark-up belum tambah GST $0.80. Barang lain jangan ceritalah- naik pening kepala dok fikir apa yang perlu saya potong dari senarai KEPERLUAN SEHARIAN sediaada supaya belanjawan saya seimbang dengan simpanan kerana saya tidak ada pendapatan tetap. Ingat nak baiki rumah kampung yang saya diami, agak2 1MDB boleh hulur tak dalam 100k bantu wanita tunggal yg dah lanjut usia ini.


Unknown said...

Aslkum DAKJ

DI lobi parlimen Rafizi dedah kos selenggara dua jet peribadi PM dan org paling berkuasa adalah rm690m atau rm46m setahun selama 15 tahun akan datang.

Itu angka tak termasuk kos selenggara 3 lagi jet peribadi kegunaan PM dan org besar yg lain.

Jumlah besar ni tak selari dgn slogan rakyat didahulukan.

Ia juga jauh menyimpang dari gendang budaya berjimat dan sederhana yg selalu dibebelkan oleh menteri2 dan PM sendiri.

Hendak seribu daya...

Kalau pun PM dan isteri terpaksa terbang 10 kali keluar negara dgn tambang first class rm30000 pergi balik maka biaya setahun cuma rm30000×2×10=rm600000.

Kalau di andaikan Agong dan isteri juga terbang dan menggunakan biaya rm600000 maka beban kewangan kpd rakyat setahum cuma rm1200000.

Cuba bandingkan angka rm1.2m dengan tak kurang rm46m?

Penjimatan rm44.8 m setahun dah lebih dari cukup untuk upgrade bot2 penyelamat jabatan bomba yg daif , kecil, memalukan hingga tidak layak berfungsi bila banjir besar Kelantan hujung tahun lalu.

Prestasi pasukan penyelamat ketika itu tidak mencerminkan negara Malaysia yg diwar warkan terbilang.

Layak di golong cap ayam pencen.

Kerajaan Kelantan yg sepatutnya berhujah dgn kerajaan pusat tentang prestasi gerakan bantuan mangsa banjir Kelantan waktu itu lebih leka nak bentang rang undang2 hudud.

Pandai betul kerajaan menjinakkan ulamak PAS terutama presidennya.

Hanya Allah tahu kos kehilangan harta dan nyawa banjir di Kelantan.

Maklumlah MAP tiada naklumat atau pemberita tak bebas lapur?

Yg mereka lapur bila Najib dan tersayang turun padang.

perkara ini harus terus diungkit agar Melayu tak lupa.

Bila anggota parlimen PR terus ungkit kepincangan UBN, tak betulla kalau RD kata PR tak boleh diharap.

Zed-85 said...

Saudara RD,

Pada tahun 2009, berlakunya kemelesetan ekonomi dunia (Recession). Bukan sahaja Temasek holding tetepi GDP Malaysia menjadi -6.2 (negatif). Hutang negara meningkat tinggi sehingga lebih 50% daripada GDP iaitu daripada RM286 hingga RM348 Billion.

Kerugian Temasek adalah disebabkan kemelesetan ekonomi dunia iaitu "exernal factors"

Hal ini berlainan dengan 1MDB.

Mengikut bacaan saya Temasek holding untung S15.2 Billion atau RM40 Billion pada akhin tahun 2013.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Ini cerita KALAU.

Kalaulah IMDB selama ini dah buat untung beratus billion rgt tiba2 oleh kerana faktor luaran spt sub prime di US, perang di timur tengah , harga minyak jatuh mendadak, nilai ringgit merudum dan pasaran saham dunia jatuh maka IMDB juga rugi katalah rm30b.

Apa ada hal.? Tak jadi kudis pun.Paling2 pun rakyat termasuk pembangkang akan tanya.

Adakah kerugian tu telah menghakis semua modal asal campur untung terkumpul?

Adakah kerugian itu masih atas kertas atau rugi sebenar?

Adakah kerugian itu berpunca tindakan pelaboran tak bijak atau malah ada unsur salah guna kuasa.?

Apa langkah2 IMDB untuk memperbaiki keadaan supaya dana yg masih ada tak terlingkup seluruhnya.?

Ini cerita kalau IMDB bla, bla, bla.

Sebab dari hari pertama IMDB ambil pinjaman besaran pun dah bertentangan dgn kebijakan tataurus yg baik.

Ada org nak sedapkan hati dgn asyik membangkitkan kisah Temasek rugi besar. Cuba nak salahkan keluarga LKY agaknya.

Saya nak tanya RD. Kalau RD tak bentangkan keuntungan terkumpul Temasek selama ini berbanding rugi yg selalu disebut2 maka dari segi pemahaman ilmu kewangan RD taklah lebih baik dari Anwar yg pernah dihina sebagai graduan sastera.





adion said...


Dato

kepada pembaca, jika mahu berdebat, biar dengan fakta.

Jangan samakan diri anda seperti Mat Sabu, Mahfuz, Hassan Malek, shahidan kasim, Tian Chua, Ngeh & Ngah serta anwar berahim dan guan eng

RD. said...

Vinnan.
You tulis sebaris-dua perenggan pendek, apalah sangat yang boleh diperbincangkan. lagi pun, saya tak pernah bincang apa-apa pun dengan kamu. Kamu istihar diri sendiri menang tanpa bertandinglah. Lagi senang ma.

msh said...

Salam Dato dan pembahas2 yg dihormati.

Bila kita berbahas...kita memberi pandangan dan hujah2 yg bernas mengenai topik atau isu2 tertentu yg dilontar oleh tuan empunya blog...DAKJ.

Pandangan atau pendpt seseorg itu adalah hak dia....dan wajar dihormati....kecuali jika ianya fitnah...pembohongan atau fakta yg tidak tepat.

Justeru itu ada kewajarannya jika pembahas lain mematahkan hujah2 yg dikira lemah...tiada merit atau fitnah itu dan disokong dgn hujah2 yg menyakinkan disertai dgn fakta2 yg tepat.

Pandangan seseorg adaah hak org itu. Kalau pun ada tidak bersetuju...itu juga adalah hak anda.

Tetapi dari apa yg saya lihat terdapat segelintir pembahas tertentu yg asyik menerjah...mengutuk...
menghukum..hingga menidakan pandangan pembahas lain dimedan ini semata2 kerana pandangan org itu tidak sealiran dgn dia.

Apa hak org ini berkelakuan seperti ini?.

Semua ini kelihatan disengajakan seakan hujah2 dan pandangan dia sahaja yg betul dan tepat walau pun melalok...meracau dan merapu.

Hinggakan....apa2 perkara yg telah dibuktikan salah dan tidak betul pun masih juga diulang tayang beribu kali semata2 kerana mahu meraih sokongan dari pembahas2 lain.

Harap mana2 pembahas yg 'mentedarah' cili akan merasa pedas....kerana hujah anda cuma merapu dan hampas sahaja.

Simpanlah hujah anda untuk diri anda sendiri ...ulang baca selepas anda menulis...dan sedar2lah...isi tulisan itu kosong sahaja.

Yg salah tetap salah.....tidak kira apa sekali pun....hujah kah....perbuatan kah...cakapan kah....dll.....jgn selalu gemar menerjah org lain kerana tidak setuju dgn anda.

Perlu diingat...'for every action there is a reaction'....

Terima kasih

Unknown said...

Sdr Zed-85.

Memang hujah sdr tidak pernah menghampakan.

Kerana hujah sdr semua berdasar fakta.

Tkasih menjadi faktor sederhana berbanding dgn saya sendiri yg lebih tegas dan pedas.

Saya ada membaca sedikit tentang prestasi Temasek dan GSIC yg sangat gemilang.

Mereka melabur dalam syarikat yg kukuh di US, UK CINA DLL.

Yg penting kebanyakan portfolio pelaburannya membawa keuntungan. Tak akan pernah kita dengar Temasek buat deal deal yg bodoh lagi memperbodoh rakyat Singapore spt beli lombong yg tak ujud di Mongolia.

Kalau dibanding Tenasek dgn Khazanah pun Khazanah nampak kerdil, nak banding Temasek dgn IMDB mungkin bukan judunya.

Bagi saya Khazanah boleh lebih berjaya berbanding sekarang jika UBN dah jadi pembangkang.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Mohon Dato bangkitkan issue 1MDB ini sekerap yang mungkin. Saya yang masih menaruh harapan pada UMNO, mahu kemelut 1MDB ditangani dengan baik. Kalau boleh diselesaikan secepat mungkin. Jika selesai setahun sebelum PRU 14, saya rasa sudah terlambat. Amat bagus jika diselesaikan, selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Mungkin Malaysia bernasib. Sebaik saja Dr.M menjawat Perdana Menteri pada 16 July 1981, perkara terawal yang beliau lakukan adalah membebaskan 23 tahanan politik dan Malaysia mengamalkan dasar terbuka. Siapa saja boleh mengkritik Kerajaan. Dr.M atau Kerajaan BN yang beliau terajui tidak pernah menyaman sesiapa. Tidak seperti Singapura yang memerintah secara kuku-besi atau dictator. Hampir semua pembangkang dan sesiapa yang mengkritik dasar LKY, samada dihumban ke penjara tanpa bicara, disaman hingga bancrupt atau melarikan diri keluar negara.
Terbaru, seorang remaja Singapura ditangkap kerana mengkritik mendiang LKY sebagai seorang kejam dan jahat, memenjarakan orang tanpa bicara.

Di Singapura rakyat tidak dibenarkan mengkritik kerajaan. Oleh itu, tiada siapa sedar sehinggalah Temasek Holding kerugian 40 billion dollar dan tidak dapat ditutup dari pengetahuan umum. CEO Temasek Holding ketika itu ialah isteri kepada PM Lee Hsein Loong. (Dulu, ramai yang kecoh apabila KM Lim Guan Eng mahu lantik isteri beliau meneraju Syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang).

Malaysia bernasib baik kerana risiko kerugian 1MDB dihebahkan kepada rakyat sebelum ia bertambah buruk. Disini kita mesti berterima-kaseh kepada Tun Dr.M, Dato AKJ, OutSyed the Box, APANAMA dan lain-lain kerana mengkritik 1MDB. Tanpa keberanian mereka Negara dan Rakyat akan mengalami kerugian lebih buruk. Semoga segala kerugian jika ada, diminimakan dan kemudian tutup saja 1MBD ini. Manafaatkan sepenuhnya Khazanah Nasional yang sedia ada untuk pelaburan Negara. Kalau nak melabur pun hanya guna dana Rakyat yang berlebihan, bukan dengan berhutang bagi-pihak Rakyat.

azhar said...

salam dakj

yang selalu saya terfikirkan ialah kerajaan telah ada badan/agensi yang boleh memajukan tanah tetapi tidak digunakan untuk memajukan tanah di jalan tun razak(trx) dan sg besi(bandar malaysia).

meminjam bukan pelik untuk menjalankan perniagaan,meletakan asset sebagai cagaran juga tidak pelik , kemajuan projek yang tidak seberapa dengan jumlah hutang yang banyak itu rasanya agak pelik.

selalunya syarikat pemaju memajukan sesuatu pembangunan secara peringkat dan hasilnya samada untung atau rugi serta tanggungan juga berkembang peringkat.

dalam hal IMDB ini kelihatan tanggunganya sangat besar tapi TRX dan bandar malaysia rasa belum nampak terdiri dengan jelas.

dalam sektor tenaga elektrik di negara ini,tidak cekapkah TNB? melabur dalam sektor tenaga power plant itu memang bagus dan buat perkongsian pintar dengan TNB membina power plant baru tentu lebih menarik dari membeli yang lama.

apabila kecoh pasal IMDB baru saya lebih tahu sedikit kegiatan perniagaan teras 1MDB, sebelumnya saya ingat macam satu badan/agensi yang menguruskan kerja kerja uruskan majlis PM dan majlis majlis tertentu kerajaan kemudian salurkan bantuan/sumbangan dan sebagainya sebab itu yang selalu/sering nampak di TV/akhbar.ini membuatkan saya tersenyum.

zack said...

Melayu bendul Melayu tersungkur. Sedar2 tanah tergadai...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).