Saturday, March 14, 2015

1MDB: Ketua Juruaudit Negara Wajib Cepat


A Kadir Jasin

JIKA Ketua Juruaudit Negara (KJN), (Tan Sri) Ambrin Buang benar-benar berkuasa dan mempunyai kebebasan untuk menyiasat akaun 1MDB, beliau hendaklah dengan segera memecahkan ruyung sebelum maklumat dan bukti kering atau dirosakkan.

Inilah pendapat beberapa orang pakar undang-undang, kehakiman dan ekonomi veteran yang saya temui sejak tersiar berita mengatakan KJN telah diberi mandat “mengesahkan” akaun syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Mereka berkata, KJN dan pihak-pihak lain yang terbabit seperti Polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen (PAC) perlu menyelidik akaun dan urus niaga syarikat itu mulai tarikh penubuhannya sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2008.

KJN perlu cepat menyiasat
Ini, kata mereka adalah kerana dari awal lagi TIA/1MDB telah mewujudkan pembiayaan melalui hutang (debt financing) dengan meminjam dari dalam dan luar negara dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Mengikut sumber yang mengetahui dan mengenali rapat pengasas-pengasas TIA/1MDB, pinjaman permulaan syarikat itu sebanyak RM5 bilion dikatakan merosot sebanyak RM500 juta secara “misteri” dalam masa tidak sampai setahun.

Sumber-sumber itu percaya “orang misteri” Jho Low muncul dalam urus niaga TIA/1MDB sejak awal lagi dan menjadi “pemudah” perhubungan di antara pengasas-pengasas TIA/1MDB dengan pelabur, khususnya dari negara-negara Teluk.

Jho Low Orang Misteri 1MDB
Apabila (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau mengubah TIA daripada syarikat kerajaan negeri menjadi syarikat pelaburan strategik negara dengan nama 1Malaysia Development Berhad.

Sejak itu peranan pihak-pihak yang mewakili negeri Terengganu dikatakan berakhir. Maka jadilah 1MDB syarikat milik negara di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber-sumber itu menekankan bahawa Jho Low adalah “saksi utama” (prime witness) kalau pun bukan yang disyaki utama (prime suspect) dalam usaha menjejaki pengaliran wang (money trail) 1MDB.

PM Saksi Penting

Saksi-saksi lain, kata sumber-sumber itu bermula dengan Mohd Najib sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB diikuti oleh semua ahli lembaga penasihat, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sama ada mereka masih berkhidmat atau telah meletakkan jawatan.

Sumber-sumber itu berkata lagi, ramai anggota pengurusan kanan 1MDB telah meletak jawatan atau diberhentikan. Tentu ada sebab mereka meletak jawatan atau diberhentikan.

Juruaudit luar 1MDB yang ada sekarang (Deloitte) dan juruaudit yang ditamatkan khidmat (KPMG) juga berupa saksi penting. Mengapa khidmat KPMG ditamatkan masih menjadi misteri. 

Sumber-sumber itu menambah, adalah mustahil bagi sebuah syarikat besar dan berstruktur seperti 1MDB tidak meminitkan setiap keputusan dan tindakannya yang melibatkan jumlah wang begitu besar.

Kata mereka, adalah mustahil minit mesyuarat lembaga penasihat, lembaga pengarah dan exco 1MDB hilang atau tidak boleh dikesan kerana setiap orang yang terbabit dalam hierarki 1MDB menyimpan salinan masing-masing. Begitu juga dengan institusi-institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada 1MDB.

Sumber-sumber itu mengatakan bahawa memang wujud pertalian istimewa di antara Perdana Menteri dan isi rumahnya dengan beberapa pembesar Arab dan Teluk seperti yang pernah didakwa  oleh isterinya, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor. Jho Low dipercayai berperanan mengasaskan perhubungan itu melalui rakan-rakan kongsi beliau di negara-negara Arab dan Teluk.

Rosmah Akrab Dengan Pembesar Arab
Laman Web rasmi 1MDB mempamerkan dua orang kenamaan Teluk sebagai ahli Lembaga Penasihatnya, iaitu Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, bekas Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Pihak Berkuasa Hal-Ehwal Eksekutif (Abu Dhabi Executive Affairs Authority) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Mubadala Development Company.
Turut dipamerkan sebagai anggota Lembaga Penasihat 1MDB ialah warganegara Perancis Bernard Arnault, Pengerusi Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif syarikat fesyen dan arak antarabangsa, LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton. (Lihat di sini)
Sumber-sumber itu berkata, pihak penyiasat juga perlu membuat pencerahan mengenai peranan T Ananda Krishnan “membiayai” 1MDB sebanyak RM2 bilion dan dakwaan mengenai kaitan di antara 1MDB dengan sebuah syarikat bernama SRC International Sdn Bhd.
Baru-baru ini tercetus dakwaan bahawa Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah “dipaksa” memberi pinjaman RM4 bilion kepada syarikat Kementerian Kewangan itu. Khabarnya, SRC International Sdn Bhd pada asalnya dimiliki oleh 1MDB.

KWAP pegang amanah pesara awam
Kemudian pada 12 Mac, tersiar berita mengatakan sebuah lagi syarikat milik Kementerian Kewangan berhutang besar dengan KWSP. Ini bukan dongengan seorang blogger, tetapi pengakuan terbuka Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Tan Sri) Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Belau dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata,  Pembinaan PFI Sdn Bhd yang dimiliki 99.9% oleh Kementerian Kewangan terhutang RM19.48 bilion kepada KWSP sehingga bulan Ogos 2014.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 ia mencatat keuntungan bersih RM31.18 juta daripada pendapatan sebanyak RM1.11 bilion dengan harta bernilai RM26.66 bilion dan tanggungan RM26.6 bilion.

Soalnya, kalau syarikat ini adalah syarikat PFI (private financing initiative/inisiatif pembiayaan peribadi) mengapakah ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dibiayai oleh KWSP? Mohon maaf kalau soalan saya bangang (meminjam istilah Perdana Menteri).

Cerita Penglipur Lara

Pada 11 Mac, (Datuk Seri) Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno Bahagian Cheras, menangkis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan akan meminjamkan RM900 juta lagi kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Beliau menafikan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak akan menambah bantuan kepada 1MDB.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dilaporkan mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa hal itu telah dinyatakan oleh Mohd Najib sewaktu pertemuan dengan 160 Ketua Bahagian Umno Ahad lalu.

Rafizi mendakwa beliau mendengar daripada salah seorang Ketua Bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

Syed Ali: Dongeng Rafizi  jadi realiti
Syed Ali yang berupa salah seorang penganjur perhimpunan perpaduan baju merah itu menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang."

Portal berita Malaysiakini memetik Syed Ali sebagai berkata: "Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku."

Maksudnya, sepanjang apa yang Syed Ali ketahui dan dengar di perhimpunan itu, Mohd Najib tidak memberitahu atau membayangkan yang kerajaan akan menyediakan bantuan kewangan tambahan RM900 juta kepada 1MDB.

Tak Sebut atau Tak Dengar?

Perdana Menteri tak sebut atau Syed Ali tak dengar? Mungkin Perdana Menteri sebut, tetapi Syed Ali tak dengar atau tak perasan.

Yang kita orang luar dengar, semua 160 Ketua Bahagian yang hadir sangat puas hati dengan penjelasan Presiden dan beliau tidak melayan pertanyaan dari bawah.

Sehari selepas Syed Ali melabelkan kenyataan Rafizi sebagai “satu lagi cerita dongeng pembangkang", kebenaran menjelma. Syed Ali silap, Rafizi betul.

Menteri Kewangan II, (Datuk Seri) Ahmad Husni Hazadlah dalam kenyataan di Parlimen pada 12 Mac mengesahkan yang kerajaan telah menyediakan kredit tunggu sedia (stand-by credit) RM950 juta untuk bantu 1MDB.

Beliau dilaporkan berkata, buat permulaan hanya RM60 juta akan digunakan bagi menampung aliran tunai (cashflow) syarikat kerajaan itu.

Saya tidaklah mahu mengatakan yang Syed Ali sudah kena kelentong atau tidak menyatakan kebenaran. Tetapi kekangan macam inilah yang menyebabkan maklumat kerajaan semakin hari semakin tidak diyakini.

Kepada Ahmad Husni saya ucapkan syabas dan terima kasih kerana akhirnya mengakui secara terbuka bahawa nisbah hutang (gearing ratio) 1MDB tidak lestari (unsustainable).

Cabaran Kepada Menteri Celik Ekonomi

Saya cabar dan gesa anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar. Saya tahu ramai anggota kabinet yang lebih tahu mengenai ekonomi, kewangan dan perniagaan berbanding Perdana Menteri.

Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul.

Khusus mengenai Muhyiddin, beliau akan hilang kewibawaan dan akan mengecewakan ramai penyokongnya kalau beliau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan penyelamatan (bail-out) syarikat itu.

Saya setuju dengan pandangan Ahmad Husni bahawa penyenaraian aset penjanaan elektrik 1MDB akan menyelesaikan sebahagian hutangnya. Tetapi saya kurang yakin dengan sambutan pelabur terhadap cadangan tawaran umum permulaan (IPO) 1MDB itu memandangkan kontroversi dan siasatan yang sedang dilakukan ke atasnya.

Saya sangat bimbang syarikat-syarikat dan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) seperti Khazanah, PNB, Tabung Haji, LTAT, KWSP dan KWAP akan dipaksa membeli saham 1MDB.

Kita sudah pun melihat bagaimana sukarnya 1MBD membayar balik RM2 bilion pinjaman kepada bank-bank tempatan, termasuk yang dimiliki PNB dan Kumpulan Wang KWSP.

1MDB Bukan Ibu Duit

Sebagai syarikat pelaburan strategik milik negara, 1MDB adalah berdaulat dan suci. Ia milik rakyat jelata. Kalau boleh, Insya-Allah, kita hendak jadikan ia sebagai legasi kejayaan.

1MDB tidak boleh dijadikan operasi gelap, operasi sembunyi-sembunyi atau operasi “fly-by-night” bagi membolehkan pihak-pihak tertentu, di dalam dan luar negara, membuat duit segara (fast bucks).

Hasil yang dijanakannya bukan untuk membiayai kerjaya politik atau menampung gaya hidup keluarga dan kawan rakan sesiapa. Ia adalah untuk rakyat jelata.

Kalau 1MDB adalah angsa yang bertelur emas, seperti kata Setiausaha Agong Umno, Tengku (dulu Teuku) Adnan Mansor, telur emas itu adalah untuk rakyat jelata. Cuma itik angsa Tengku Adnan itu berhutang besar dan tahun lalu rugi RM665.4 juta. Atau beliau terlepas cakap mengenai sesuatu yang sepatutnya rahsia mengenai 1MDB?

Kesimpulannya, apa yang Syed Ali Alhabshee tidak tahu dan Mohd Najib tidak beritahu, tidak semestinya Rafizi tidak tahu. Bila Rafizi tahu, ramai rakyat akan tahu.

Adalah amat berbahaya dan merugikan kalau orang Umno sendiri tidak tahu atau tidak berminat ambil tahu kerana percaya bulat-bulat kepada ketua nombor satu.

Jadi orang Umno, termasuk yang makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah kerana rindu berahi kepada Presiden, perlu juga ambil tahu kalau mereka mahu parti mereka terus memegang teraju.

Wallahuaklam.

39 comments:

Najeeb razack said...

Liabiliti 26.6 tapi revenue 1.1 je? Gila ke apa? Maknanye untuk 1 hutang dpt balik 0.04? Lg elok tak payah beniaga. Pastu 1.1 bil revenue tapi net profit bnyk tu je? Elok la jangan beniaga. Pastu 19 bil hutang direct dengan kwsp? Katala 30 mil net dia simpan, 10 tahun baru 300 juta. 100 tahun baru 3 bil. Nak tungu 600 tahun baru dpt 18 bil? Still kena tambah 4 tahun lg jadi 604 tahun baru bole bayar hutang. Pastu kita tngk 1mdb plak. Hutang 45 bil plak. Siap net loss lagi. Jadi dari cerita pfi tu, kita sendiri boleh nampak betapa bangangnye pembesar melayu yg jaga amanah (konon kononye) dlm dua dua syarikat ni. Tapi inilah hakiki dia, bila orang dah tak malu, jadi macam anjing (doggy style kat mana dia suka tanpa malu). Sengaja atau tak, si bangang kena jawab.

Hang Kasturi said...

DAKJ..the coffers of our beloved Malaysia are being ripped off in broaday light by Jho Low and gang. There is already prima facie or indisputable evidence to support this presumption based on writings by the Edge and others.

Notwithstanding this, the Government still provided RM950million SBLC.This is as good as giving cash to 1MDB.

The rakyat want to see those involved in CBT, Cheating the rakyat money be prosecuted, convicted and
sentenced to jail. TS Muhyiddin is to take the lead.You represent the good conscience and justice.

Hang Kasturi

nazri halim said...

Tak tau lah najib ni.macam-macam.elok berundur

zainal abidin awang kechik said...

YBHG TAN SRI DATO' SERI LODIN WOK KAMARUDDIN

YBHG-TAN-SRI-DATO-LODIN-WOK-KAMARUDDIN

Tan Sri Dato’ Seri Lodin is the Chief Executive of Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”, Armed Forces Fund Board) since August 1982 and the Group Managing Director and Deputy Chairman of Boustead Holdings Berhad, one of Malaysia’s oldest diversified conglomerates, since 1 July 1991 and 3 March 2010.

Prior to joining LTAT in 1982, he was with Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Fraser’s Hill Development Corporation) as its General Manager from 1973 to 1982.

Tan Sri Lodin has extensive experience in not only managing a provident fund but also in the establishment, restructuring and management of business interests ranging from plantation, property, pharmaceutical, heavy industries, trading and industrial and finance and investment.

Tan Sri Lodin is the Chairman of Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Pharmaniaga Berhad and 1Malaysia Development Berhad. He is also the Deputy Chairman of Affin Holdings Berhad, and sits on the Boards of Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad, Affin Investment Bank Berhad, AXA AFFIN Life Insurance Berhad, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, MHS Aviation Berhad, The University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd, FIDE Forum and the Minority Shareholder Watchdog Group.

Among the many awards Tan Sri Lodin received to-date include the Chevalier De La Legion D’Honneur from the French Government, the Malaysian Outstanding Entrepreneurship Award, the Degree of Doctor of Laws honoris causa from the University of Nottingham, United Kingdom, the UiTM Alumnus of The Year 2010 Award and The BrandLaureate Most Eminent Brand Icon Leadership Award 2012.

He graduated from the College of Business Administration, The University of Toledo, Toledo, Ohio, United States of America, with a Bachelor of Business Administration and Master of Business Administration in 1972 and 1973 respectively.


nota saya yakin dengan kepimpinan Londin Wok

kuseman kuhussain said...

Terima kasih Datuk kerana memberi pencerahan.

Umar Abdul Aziz said...

Agaknya apa lagi yg org macam Lodin Wok Kamaludin mau dalam hidup.

Rasanya pada umur hampir 70an bukan standar beliau nak cemar nama dgn budak hingusan anak RM dan temannya Lho Jo

Saya tak yakin dgn beliau sama spt saya tak yakin org PAS dan PKR ada mendewakan Anwar suci spt nabi.

Haikal Hakimi said...

Salam Dato AKJ

1. Artikel Dato kali ini hebat fokusnya..dalam pada Dato kupas balik kenyataan Tun M semalam...Dato cuba 'memancing' beberapa pemimpin kerajaan lain utk turut sama menyertai perang saraf terhadap kerajaan.

2. Saya suka kepada kenyataan menggesa Tan Sri Ambrin Buang utk cepatkan siasatan dan siasatan hendaklah pd awal penubuhan 1MDB. Kenyataan yg bersifat pre emptive kerana telah memberi 'hint' kpd KJN bahawa audit perlu bermula lebih awal kerana pada waktu itu urusniaga meragukan hangat berlaku. So KJN dlm dilema ketika ini kerana mungkin arahan diterima adlah untuk mengaudit 1MDB bermula 2013.

3. Mengaitkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni juga satu strategi agar mereka menari sama dengan gendang yang dipalu Dato dgn rakan-rakan blogger lain yg saya boleh senaraikan nama-nama mereka. Ia juga utk gambarkan bahawa ada di kalangan menteri termasuk Timbalannya tidak setuju dgn pendekatan boss mereka.

4. Manakala kritikan terhadap Dato Syed Ali dan Datuk Seri Tg Adnan bertujuan memberi imej buruk kepada 'panglima perang' Datuk Sri Najib. Dengan merendahkan kebolehan mereka secara tak langsung mrk akan dilihat tidak credible untuk menjadi panglima perang PM. Malah PM akan terus ditekan dan dikaitkan dgn kelemahan orang kanannya yang tidak profesional dan kurang cerdik.

5. Dalam psyop/psywar...kaedah digunakan tidak menjadi keutamaan sebaliknya apa yg penting adalah target yg disasar mestilah collapse.

6. All the best untuk Dato dan angkatannya.

putikkapas said...

Bahasa klasik orang Kedah kalau melatah .." Oh!! butuh Pak Hang "
mungkin juga ketika marah atau benci.
Dihadapan orang Melayu khasnya dlm PAU pemimpin Umno menjerit "Jangan Ganggu Hak Melayu" "Jangan sentuh keistimewaan Melayu"
Dibelakang orang Melayu pemimpin Umno paling dajal..bermesra dgn tokey tokey Cina di padang golf kelab malam coffee house ..
mengalibabikan projek disana sini.
menyonglap duit rakyat diatas kerjasama Kongsi Kuasa..KongsiRaya.DeevpaRaya.
Umno terlalu Jijik Jahat Penipu Penyonglap Pembohong Penyangak Perompak .
Nafsu Tamak lagi rasuah.

Joe Black said...

Sdr Zainal Abidin,

Jangan terlampau khushuk dengan kelulusan dan pengalaman...

Tak kira lah berguni bergantang adanya tauliah dan kelulusan.....Apabila dikenakan arahan..

"Saya yang Mengikut Perintah" kena ikut juga!!

Kelulusan tidak sama dengan Princip(lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada Bekas Presiden Petronas Hasan Merican).

As they say... "If it walks like a duck, quacks like a duck its a duck even if you think it's a Swan".

safiai saad said...

Salam Sdr Kadir, I agreed with you whole heartedly that the finacial audit need to be done fast and accurately done.

Other information might just be heresay, thus need to wait for final audit to be concluded and release.

To me this episode resemble the BMF case that took place three secade ago in Hong Kong.
"Pembesar Melayu" got played out by the businessman.Based on Royal Commission finding every 'Pembesar Melayu ' recieved some form of benefit from the whole episode be it vrolex watch, Bently cars, cash, kick back, but the money 2.4 Billion evaporates in the air. Imagine how many low cost house can be built.To name a few.Lorraine Osman, Rais Saniman.....
In this 1MDB case, even though the investigation has just begun and the revealation is still not exhaustive but we can safely said "Pembesar Melayu" got played out again by business man. In this case there are some residual asset left which means some subtantial recovery can be obtained.
Ther are some Ustaz claimed that is is because lack of Iman among the participant and "Pembesar Melayu" that are the root of this problem.In conclusion we Malays cannot get involved in big business because of lack of Iman.

In BMF case lack of Iman caused the rakyat 2.4 Billion, in this current case, lack of Iman caused us 42

Well I think why dont we just become che gu, ustaz,policeman, soldiers,peons,postman.... since not much money involved,..... Really or that I am just a naive person.
I rest my case Sdr Kadir Jasin. I think this is a big news scoop for you. Well done

newbie said...

Assalam DAKJ,
The lack of common solution by those within the power circle contributes to the stalemate of 1MDB issue. No one will come out unscathed out of this issue, definately. Even Malaysia will not be spared, whereby the failure of 1MDB would contribute to the downfall of the economy. Only one viable means to the end is to restructure all the bad debts / investment by making the solution viable i.e address the cashflow problems first, seeks means of diversifying the revenue means and ensure all those loans is sustainable. Throw out all the sleeping partners (GCC) or seek some amicable solutions from them. While doing it, look for potential partner(s) to share the risks. China /Japan would be such candidates that fit our way of doing business. Once all the dusts settles then, only go and prosecute those who contributes to the mess. There is a need for all BN minister to agree and stick to the plan of ensuring Malaysia escape with minimal impact. Its them for them to STEP UP and do whats right (not only from the political angle)! To wait for the next GE would be pointless as Malaysia will continue bleeding till then.

I am only a citizen concerned of my kids future. What we do now affects them all directly.

Rosiah Ismail said...

Assalamulaikum Dato...Wah hebat sungguh negaraku hingga aku terpanggil untuk menulis tetapi aku menulis bukan kerana nama tapi kerana harta negara yang makin pora puranda.....umpama lagu ini ACI-ACI BUKA PINTU NAK MASUK KERANA DI LUAR BANYAK HANTU......Di jendela kena palang pintu hasil mashul dirembat kutu duit habis sudah kena sapu muka manusia rupanya macam hantu....akhir kata siang jadi malam dan malam menjadi kelam yang pasti GST la kita semua...Wassalam dato.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

Najib berkata hutang negara atau rakyat masih pada tahap terkawal. Itu cakap pemimpin yg belum tentu perihatin dgn masaalah rakyat.

Hakikatnya semasa Pak Lah buat kesilapan besar pd tahun 2009 iaitu kerana menyerahkan jawatan PM pb Najib, hutang negara cuma rm286b.

Tetapi hari ini jumlah itu meningkat kpd rm582b. Itu tak termasuk jaminan kerajaan kpd IMDB yg kalau dicampur sudah tentu mencecah lebih rm600b.

Hutang negara zaman TDM hinggalah beliau bersara cuma sekitar rm275b. Pada jumlah itu nampak projek kerajaan yg TDM laksanakan termasuk yg melingkupkan.

Apa Najib buat dengan wang hutang negara yg bertambah rm50b×6 tahun tu?

Nak kata dia bena putrajaya kedua tak dengar pulak.

Nak kata dia tambah pembinaan berpuluh universiti awam tak juga.

Nak kata Najib buat berpuluh lagi MRSM untuk bantu snak Melayu juga tidak.

Nak kata Najib sibuk bina berpuluh buah hospital juga tidak.

Nak kata Najib sedang belanja berpuluh billion untuk beli kapal perang, kapal terbang dan senjata canggih untuk angkatan tentera Malaysis pun kita tak pernah dengar.

Yg sering kita dengar isteri dan anak tiri Najib belanja tak sesuai pendapatan atau tak jelas dari sumber mana.

Saya rasa kita hanya tunggu satu lagi bom meletup sebelum sda pihak melapur kekayaan anak dan anak tiri Najib yg lain pulak

Yg kita juga sering dengar kalau dulu BBMB tu bank nak bantu Melayu, kini CIMB bawah pentadbiran Najib dikatakan menyisihkan pegawai Melayu.

Rakyat berhak tahu kemana perginya wang hutang rm300b yg kerajaan Najib timbun selama 6 tahun ni.

Untuk itu audit forensik terhadap IMDB saja jauh dari mencukupi. Rakyat perlu menuntut agaraudit forensik di buat segera terhadap segala wang rakyat yg dibelanjakan oleh pentadbiran Najib temasuk wang dari sumber hutang maupun wang dividen dari Petronas.

Kalaulah dulu TDM tak tumbangkan Pak Lah tak la negara jadi porak peranda begini.

Berdasarkan fakta Najib dikatakan terpalit dgn pelbagai skandal termasuk berkasihan dgn jurubahasa Mongolia, yg akhirnya mati dibunuh dgn kejam saya meragui kebolehan Najib mentadbir negara dgn bebas tanpa teloqnya dipulas oleh pihak berkepentingan.

Ya Allah berilah kami dan anak cucu kami pemimpin yg bersih dan jujur agar rakyat dan negara tak menuju ke arah bangkrup seperti mana yg sedang saat ini.

msh said...

Salam Dato.

Kita telah bnyak berkata pasal kelemahan Presiden Parti.

1001 isu2 telah diperkatakan....
lebih dari memadai untuk dia berundur...tetapi nampak masih sama sahaja.

Jelas sekali dia tidak akan lepas kuasa.

Paling sengal...loya...menyampah dan meluat ialah apabila 160 ketua bahagian dgn begitu mudah.... merelakan diri menyokong dan merestui pimpinan dia.

Memang tidak masuk akal langsung kelibat mereka yg masih berdiri teguh menyokong Presiden.

Tetapi mereka peduli apa !!!!!!

Sokongan mereka masuk akal hanya jika kita tahu cerita disebaliknya.

Masuk akal kerana mereka adalah 'dajal2 dan pengkhianat bangsa' yg hanya mementingkan survival diri.

Mereka sanggup menghina dan menghambakan diri pd Presiden SEMATA2 UNTUK KEKAL DLM JAWATAN MENTERI...TIMBALAN MENTERI...SETIA USAHA POLITIK.....SBGAI PENGERUSI/AHLI LEMBAGA PENGARAH GLC2...SBGAI KETUA2 PERHUBUNGAN PARTI ATAS & BAWAH DAN SERBA SATU YG PARTI BOLEH BERIKAN.... DLL.

Semua ini ada imbuhan belaka...justeru itu 'Hati dan Perasaan Presiden' mengatasai perasaan ramai.

Hhhhuh...hina betul org2 ini....2x5 sahaja.

Dgn lain perkataan ketua2 Umno kini cuma gah....bongkak...tamak...penting diri...kuat bohong...serupa sahaja dgn penyamun.

Memang patut Ryan dari Dap pd tahun lepas 'MENCELAKAKAN UMNO'.

Memang patut dicelakakan sahaja org2 seperti ini.

Dari tindak2 tanduk mereka yg menyokong dgn membabi buta demi survival diri......maka lagi cepatlah kejatuhan & kehancuran bangsa dan ugama akan terjadi.

Mungkin lagi 1 atau 2 pilihanraya lagi...Umno dan Melayu wujud pd nama sahaja.

Terima kasih.

P/s....sy masih menyayangi Umno tetapi meluat dan kecewa dgn ketua2nya.

Faqirulkhoir said...

Kadiag, salaam. Dlm riwayat yg berbelit belit ni, hang tak brapa nak sentuh peranan bank negara (BNM). Yg aku paham dua2 BNM dan 1mdb ni dibawah Kem. Kewangan, magnanya bawah juragan yg sama tapi duit yg dikeluakkan dari pulau lanun di Caribbean tu disimpan di Singapore, macam nak chilok peraturan dan pengawasan BNM saja, tapi BNM pulak macam buat donno saja. Tapi bila nak kipaih Najib, siap dgn loghat mat saleh sesat mana ka. Jadinya, hang bila dok jolok jolok sana sini tu, hang kena jolok BNM ni sama. Yang si juragan tu, apa dia buat ?
Macam hang, Aku pon harap Amrin ni kena bersungguh sikit, jangan macam sorat habak repot dia pi kata 'no time line'. Cek BNM sekali. Bukan takat odit biasa, buat odit manajemen sekali, orang Pegoh kata forensik ka apa ka. Tu dia.

msh said...

Salam Dato...

Tak lah hairan sangat bila Presiden...kata ada 'Jemuan' dlm Parti...sebab dia lagi tahu bahawa Parti ini pun dah dipenuhi dgn penyamun...perompak...penipu...dan bapa segala 'Jemuan'.

Siapa yg 'Jemuan' sebenarnya?

Terima kasih.

kluangman said...

Arahan kepada Audit Negara sangat strategik untuk meredakan keadaan supaya isu tertumpu kpd speed dan integriti...isu sebenar 1MDB kian tenggelam.

Satu laporan polis diikuti dengan siasatan akan melengkapkan lagi strategi ini supaya setiap mulut ditutup atas nama mengganggu siasatan.

Hakikatnya apabila Mahathir sudah melabelkan Najib sebagai "disqualified"... ia sebenarnya bakal senasib dengan Anwar dan Paklah yang sudah tidak mampu untuk bangun dan membersihkan diri walaupun cuba melawan.

Walaupun ramai yang beranggapan Kj mempunyai ciri-ciri seperti Anwar atau jelmaannya, rupa-rupanya Najib juga mempunyai sikap lawan-terus-lawan.

Jika Anwar selepas melepaskan jawatan TPM, terus berehat ke luar negara beberapa tahun, sudah tentulah ia mampu "comeback" dan nasibnya tidaklah seburuk sekarang.

Semua ini, faktor "Mahathir" hanya kebetulan, tetapi jika berada pada kedudukan yang silap dan salah, perlulah kembali ke pangkal jalan, undur dan berilah peluang pada orang lain pula.

Jika menafikan dan melawan, ianya bukan atas nama berlawan dengan Mahathir tetapi lebih kepada cubaan memperbodohkan rakyat.

Inilah kesilapan pemimpin, Mahathir hanya sebagai alasan dan sasaran yang salah.

ibrahim darus said...

Sdr Safiai,
Says Yakin bahawa orang yang beriman juga boleh menjadi seorang usahawan (entrepreneur) yang berjaya. Hari ini dalam Utusan tercatat nama nama orang Melayu terkaya di Malaysia. Adakah mereka ini semua tidak beriman. Atau adakah mereka ini semua penipu atau penjarah harta rakyat. Oleh kerana saya tidak mengenali mereka saya tidak dapat memberi komen. Namun di Seremban ada seorang kaya Melayu (namanya tidak dapat saya sebut kerana menghormati beliau) dari K.L yang telah membina masjid di Seremban 2 bernilai berjuta ringgit. Maknanya orang yang kaya juga ada juga imannya. Melihat kepada hujah saudara dapat disimpulkan bahawa tak perlulah orang muda Melayu berusaha untuk menjadi kaya tak kira yang beriman mahupun yang sebaliknya. Cukup sekadar jadi petani atau pegang jawatan tanpa kuasa. Dengan lain lain perkataan jadi hamba orang lain (di Malaysia ni jadi hamba Cina).

zainal abidin awang kechik said...

Sahabat, Saya yakin dengan Kepimpinan Lodin Wok.. Beliau teramat jujur dan AMANAH... Jika ada penipuan pasti ada yang Ke sungai buloh

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Kluangman, antara lain, menulis: "Jika Anwar selepas melepaskan jawatan TPM, terus berehat ke luar negara beberapa tahun, sudah tentulah ia mampu "comeback" dan nasibnya tidaklah seburuk sekarang."

2. Tepat sekali kesimpulan saudara. Saya yakin saudara rapat dengan peristiwa 1997/98 itu.

3. Itulah nasihat sahabat-sahabat Anwar yang juga penyokong Dr Mahathir beberap hari sebelum beliau dipecat.

4. Mereka menasihatkan beliau agar membawa keluarga beliau ke luar negara atas alasan untuk berehat dan belajar.

5. Kawan-kawan itu yakin mereka cukup berpengaruh untuk memujuk Dr Mahathir agar tidak mengambil tindakan ke atas Anwar.

6. Mereka menunjukkan contoh Ayatullah Khomeini yang mencari suaka di Paris dalam usahanya menjatuhkan Shah Iran. Kalau beliau kekal di Iran, boleh jadi beliau dipenjarakan atau dibunuh.

7. Rakan-rakan mencadangkan Paris kerana Anwar jatuh cinta dengan Paris ketika menjadi Presiden ke-25 perhimpunan agung UNESCO 1989-91.

8. Beliau menolak dan berkata beliau akan kekal di Malaysia dan lawan Dr Mahathir.

9. Kawan-kawan memberitahu beliau, kalau beliau melawan Dr Mahathir mereka tidak akan membantu beliau. Malah majoriti berkata mereka akan memihak kepada Dr Mahathir.

10. Yang lain adalah sejarah.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Ahmad said...

Penerangan Tuan amat menarik ... Sekurang-kurangnya ada sudut lain yg boleh diambil kira... Di Malaysia selalunya kabar angin akan jadi benar....
byk cerita pasal 1mdb ni yg melemahkan umno ...
Rakyat perlu penjelasan dr PM...160 ketua bahagian masih tak turun padang buat penerangan

kuseman kuhussain said...

Datuk, saya tengok Ali Habshi dah menyambut. Bukan main lagi garangnya mempertahankan bos. Baguslah macam tu. Satu yang sangat menarik dia kata dia belum pekak. Tapi dia tak tau orang pekak pun mendengar, begitu juga yang cacat penglihatan boleh melihat. Sebab hati mereka tidak pekak dan tidak buta. Harap kalau ada maklumat Datuk kongsilah di blog ini, kami rakyat jelata ini tak ada sumber, nak harap menteri yang celik ekonomi pun dah pejamkan mata.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Free Malaysian Today hari ini melapurkan bahawa siNajib pada 1 December yg lepas telah menempah satu lagi pesawat peribadi untuk kegunaan VIP dan ianya kini menjadikan jumlah pesawat yg dimiliki sebanyak 5 buah.

Adoi... Najib tak habis2 nak bermewah ibarat dibumi ini duit mencurah2 turun dari langit.

Inilah akibatnya jika terlalu berkawan rapat dengan pak2 arab dari teluk yang telah diketahui umum hidup mewah tanpa batas.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

Apakah tak mungkin pencuri dan yg bersubahat dgn pencuri akan sama2 masuk neraka2?

Kalau yg bersimpati dgn UMNO tu menarik sokongan maka tiadalah lagi taring penyamun2 tarbus tu.

Umar Abdul Aziz said...

DAKJ.

Kesilapan Anwar adalah masih percaya kpd hakim Islam takut pd Allah.

Rupa2nya Anwar kena 5-0.

Hilang rasa hormat saya pd mereka.

safiai saad said...

Sdr Ibrahim Darus, Thanks for your sincere comment.
I am happy to read your writing regarding the contribution of excellent Malay businessman.
However my main argument are:
Why our management system fail to check the abuse and the excess.Had the board of directors of1MDB excercised prudent management,corporate governance, the whole incidence wont take place.
2. The role of relevent agencies such as, company commission of Malaysia,Securities Commision,Bank Negara Malaysia etc,must be intact with integrity.That is why we become the laughing stock. The goverment must exercise its fidicuary duty in earnest hope of providing full disclosure,proper due deligent and above all provide timely and accurate report on the investment by the 1MDB.

3. I was so sad only the opposition draw first blood then only the government with its elegant silence began to response those allegation.Where is our corporate transparency. look at Khazanah,our other investment is a living proof that the goverment investment can do a good job provided they have inherent and legitimate political will and RESPONSIBILITY.

4. The iman is importance but we need to do it right and coupled with the Iman,then only we could build our Malay Islamic civilization. I am tired of listening, that Singapore,Finland, Norway and sweeden has practically no or very little corruption.People are more task centric and responsible.
5. As my suggestion that the malay should forget about big business is just my dark sarcasm, which I am glad that you pick up.My main concern is with 10 IPTA and 10 IPTS, the Malays are looking for the jon at least initially and 1MDB could full filled their hope.
6. If Such government institution failed,where these kid will be unemployed. Do it right and we cannot to fail,then only political stability is assured.
7. A lot more to say, but I guest it is the beginning of our frienship, I hope to learn from you En Ibrahim.Thanks

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Urang Awak, antara lain, berkata: "Free Malaysian Today hari ini melapurkan bahawa siNajib pada 1 December yg lepas telah menempah satu lagi pesawat peribadi untuk kegunaan VIP dan ianya kini menjadikan jumlah pesawat yg dimiliki sebanyak 5 buah."

2. Kerajaan sudah ada lima buah buah jet VIP - Boeing Business Jet, Bombardier 700, Dassault Falcon 900, Airbus A319 dan Fokker F28. Kalau betul beli sebuah lagi
jadi enam. Kemudian ada empat buat helikopter VIP.

3. Saya dimaklumkan salah sebuah jet VIP yang sedia ada sedang dinaikkan taraf di luar negara.

4. Ini cara PM nak jimat masa tapi membazir duit. Bukan duit dia. Duit rakyat dan negara. Yang jadi ejen tentu dapat komisyen!

Wallahuaklam.

msh said...

Salam...sdra.

Kita wajar melihat perkara dari segi objektif kewujudan parti...tidak kira apa parti sekali pun.

Sejarah Umno dan Negara dan bangsa bermula dan boleh diukur dari hari2 selepas Merdeka sbgai parti tunggak Perikatan didlm pembangunan negara.

Tidak dinafikan Umno telah berjaya....tetapi telah merudum dizaman Pak Lah dan kini.

Ini kenyataan yg telah dikira sejarah.

Sejarah tetap sejarah....ia tidak boleh diubah.

Tetapi pemimpin parti yg memimpin telah kini tersasar jauh dari landasan....semata2 kerana tamak haloba...tidak amanah......bercakap bohong....menipu dsb.

Parti tetap sama...Penaraju yg menjadi isu disini.

Terima kasih

msh said...

Salam Dato.

Seperti kata Dato....DiLuncai dgn Labu....tetapi labu ini kita yg punya...bukan labu dia.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum sdr Safiai n sdr Ibrahim.

Ramai org Melayu samada lurus bendul atau memang bodoh atau tiada maruah.

Kerana bila org beri atau belanja dia pun sapu dan terus puji si pemberi sebagai org baik atau beriman.

Si penyamun ramai yg pandai berpura2 termasuk bersedekah, sponsor org pergi umrah/ haji malah buat surau atau masjid.

Kalau dia seorang kroni yg dpt projek ratusan juta rgt dgn cara baik dan menyiapkan projek pun dgn baik lalu membina masjid rm2jt, , itu contoh baik satu dalam sejuta mungkin.

Tapi ada juga kroni yg demi konon nak masuk syurga selepas kebas duit melalui projek rakyat ada juga yg sanggup bina masjid berjuta rgt.

Selagi kita tak mau tanya dari mana org ni dpt duit buat kebajikan maka selagi itulah kita telah merendah maruah diri.

Besuk2 kalau anak kita mewahkan kita dgn wang rasuah pun kita pejam mata dan pekak telinga.


Ketua2 UMNO tu rasuah kerana salah kita juga kerana kita rela bersubahat. Nak beli jersey. Nak beli seragam kumpulan marhaban. Nak melancung dgn bas ke Kelantan. Nak beli serangam kumpulan kompang. Semua nak mintak sedekah pd ketua2 UMNO.

Tak hairanlah kalau nak kutip wang 100 rgt bantuan sekolah anak maka sanggup beratur atau cuti/ ponteng kerja didera oleh puak UMNO.

Hanya org miskin atau telah dimiskinkan hampir 60 tahun tak ada maruah atau kekuatan mental bertanya dari mana sumber sedekah yg mereka terima.

Tak salah org beriman berniaga besar . Malah kita wajib berbangga.

Tapi perlulah kita sembah atau puji melangit sikaya yg perah keringat rakyat contohnya melalui pengswastaan komoditi terpenting kpd rakyat spt air di Selangor?

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Ketua2 Bahagian telah turun padang
membuat penerangan.. mengaitkan TDM
untuk menjatuhkan PM dan melemahkan
UMNO.. itu sahaja. mengenai 1MDB..mereka membisu sebabnya mereka
sendiri tak tahu.. atau pun mereka memang bisu,pekak dan tuli.

JMS said...

DAKJ,

Kalau benar tentang pesawat peribadi tersebut, nampaknya semakin dikritk semakin manjadi-jadi beliau memboroskan duit rakyat.

Apakah ini disengajakan atas nasihat konsultan unit komunikasinya yang dikatakan diketuai seorang Yahudi? Ianya seolah-olah satu 'tactical ignoring' iaitu mempersetankan semua kritikan yg dilemparkan terhadapnya tapi pada masa yang sama terus berbuat sesuatu untuk mendapatkan perhatian dan pengaruh menyedari adanya 'reinforcement' dari Ketua-Ketua Bahagian UMNO khususnya pengampu-pengampu seperti Syed Ali Al-Habshi, Teuku Adenan, Salleh Said Kruak, Ismail Sabri dll serta Media Arus Perdana.

ATAU satu pola perilaku (behavioral pattern) secara disedari atau tidak disedari terbawa-bawa dari usia mudanya hinggalah sekarang. Sebagai anak banagsawan dan anak lelaki sulung beliau tentu memperolehi banyak kelebihan dan keistimewwan dari yang lain-lain. Antaranya, pada usia yg masih muda tanpa menamatkan pengajiannya, beliau telah menjadi MP menggantikan bapanya yng kembali ke Rahmatullah.

Apapun faktornya, saya berharap DAKJ tidak penat, bosan dan terasa terancam untuk terus mendedahkan semua gejala negatif yang melanda negara.

buah kerdas said...

Ada pun budaya UMNO itu ialah menyerahkan segala kerja dan kepercayaan kepada Ketua / Pemimpin. MAP berbahasa Melayu menggambarkan pemimpin UMNO ( maksudnya ahli MT UMNO) berfikir siang malam memerah otak untuk memajukan bangsanya.

nor ishak ismail said...

Aduhai Pak Kadir..penat rasanya kita menghayun si Najib ni..apa taknya sedang kita menghayun kiri-kanan, atas-bawah, sempat juga dia mengorder sebiji jet mewah lagi.. berapa agaknya komisen jika dapat jual sebiji jet ye? Apa kata kita lihat perlakuan rasuah siperingkat bawahan pula. Contohnya agaknya berapa orang penguasa yg telah ditangkap dalam kes Cameron Highland?

Bagaimana pun saya tertarik dgn tulisan En. Umar Abd Aziz yang mengingatkan saya pada tulisan Pak Jokawi (Presiden Indonesia) yg bertajuk "Mengaminkan Korupsi" dimana beliau telah menghuraikan perlakuan rasuah bukan sahaja daripada peringkat atasan tetapi juga peringkat bawahan.

Seperti kata En. Umar - "orang yg tidak beramanah ini bukan bodoh tapi tak bermaruah". Ini ditambah lagi dgn sikap Melayu yg sgt memuji (hingga disembahnya) orang yg kaya, yang kekadang kita tidak tahu mana datangnya kekayaan mereka. Saya banyak melihat mereka yang bekerja dgn kerajaan berbelanja (tidak masuk akal) jika dibandingkan dengan pendapatan mereka. Mungkin ada betulnya apa yang dikatakan oleh "utusan" sedikit masa dahulu bahawa peratusan besar pekerja sektor awam terlibat dgn rasuah. Pada saya korupsi telah pun diaminkan.

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

Saya cukup setuju, bahawa kebenaran perlu dipertahankan.
Tetapi bukan untuk membunuh karektor seseorng(tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah).itu prinsip saya.

Jika niat kita ikhlas.Allah akan senantiasa membantu percayalah, dan diharap pak Kadir akan senantiasa focus..

Malindo said...

Salam hormat DAKJ,saya pernah bertemu ngopi(minum kopi)dgn kenalan org melayu,saya tanya"kenapa tak business di Malaysia sdgkan anda pernah jadi pemimpin negeri waktu di Msia"jwb beliau susah sebab zaman saya jadi pemimpin sy dipancas kerna sy tak luluskan byk projek org politik.kata beliau lebih selesa skrg(waktu sy ketemu beliau dulu)saya punya business diluar negara hasil titik peluh sendiri dan tak ada siapa kenal sy disini,dan ibadah sy juga tenang,akhir saya kata baiklah kita lihat negara kita dari kejauhan dan berdoa agar dipelihara dari sebarang musibah.Alfatihah buat sahabat saya itu dan business beliau dijaga oleh anak beliau diluar negara dan bertambah rezeki halal.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

Ku li semalam tanpa selindung kritik Najib terutama berkaitan taat ssetia membabi buta wakil rakyat UBN terhadap Najib berbanding sumpah setia mereka menjunjung atau mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Dengan teloq wakil rakyat terlebih dahulu di pegang oleh presiden mereka saya berani katakan semuanya akan jadi pekak dan tuli.

Kalau org spt Shahrir Samad dan Shabree Chik yg suatu masa terkenal punya pendirian tegas dan sanggup digam oleh presiden pun dah dapat dijinak maka saya rasa ucapan Ku Li ibarat bertepuk sebelah tangan.


Gelap sungguh masa depan anak cucu Melayu selagi presiden UMNO diberi kuasa diktator.

TDM yg patut rasa bersalah kerana memulakan.

Joe Black said...

Dato'

Of late, statements by Bank Negara's Governor have been mainly Defensive in nature.

This denotes that she really has nothing great to say except that Financial Armageddon is not yet here and that she will not allow it to happen.

Beware though... for when it does approach it comes with a vengeance akin to an unstoppable typhoon (ever watched what happened to Vanuatu recently? The behemoth USSR was smashed to pieces during their financial crises, and not even their governor can hold off such a disaster). So take heed of the warnings given by those trying to prevent wrongdoings that could lead the country into financial mayhem.

JMS said...

DAKJ,

Kini sah BUKAN kalau lagi tentang pembelian jet tersebut. Malah Outsyed The Box telah perincikan kaedah pembayarannya dalam posting beliau.

Oh Malaysia Tanah Air Ku

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).