Tuesday, March 03, 2015

Bahaya Apabila PM Hilang Jalan Cerita


A Kadir Jasin

PEMBAHAS “berasiam” dalam komen kepada tampalan bertajuk “A Cabinet Snub For 1MDB?” antara lain, berkata:

“Nampaknya telah disebut secara jelas siapa yang membiayai pengajian anak-anak almarhumTun Abdul Razak. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bahawa arwah Tan Sri Mohamed Noah (Beirut) sebagai datuk (sebelah ibu) kepada merekalah yang menanggung semuanya. Disebut juga kaitannya dengan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Genting.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Beliau menambah: “....telah beberapa kali juga jasa baik DAKJ dipohon untuk mengulas mengenai yayasan berkenaan sebelum isu pewarisan ini menjadi hangat. Sebagai orang lama yang terlibat dalam kewartawanan DAKJ pasti mempunyai maklumat lebih banyak mengenai yayasan berkenaan. Dedah fakta takkan nak kena saman kot. Kalau saman pun gerenti yang kena saman tidak kalah. Boleh kan.”

Terima kasih. Selain “berasiam”, beberapa orang pembahas lain turut menyebut mengenai (Tan Sri) Mohamad Noah Omar. Sebagai jawapan, sila 
pertimbangkan hujah dan fakta berikut:

1. Siapa yang membiayai pendidikan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak bukanlah isunya. Tidak ada siapa pun yang bertanya atau mempersoalkan pembiayaan pendidikan Mohd Najib.

2. Yang menjadi isu dan pertikaian ialah dakwaan mengenai gaya hidup mewah yang dipamerkan oleh Mohd Najib, isterinya (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Abdul Aziz – anak Rosmah dengan suami pertamanya.

3. Turut dipersoalkan adalah hubungan mereka bertiga dengan orang misteri Jho Taek Low dan dakwaan hubungan sulit Jho Low dengan 1Malaysia Development Berhad seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Times pada 8 Feb lalu.

4. Antara lain, NYT memetik seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai berkata  “…neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.” (“…sama ada mana-mana wang yang digunakan untuk perjalanan atau barang kemas, atau dakwaan kandungan mana-mana peti besi adalah bukan luar biasa bagi mana-mana orang yang sama kedudukan dengan perdana menteri, tanggungjawab dan harta peninggalan keluarga.”

5. Media massa bebas dan atas talian terperanjat dengan kenyataan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa bapa beliau, Allahyarham (Tun) Abdul Razak Hussein meninggalkan harta pusaka yang banyak.

6. Empat orang adik beradik Mohd Najib - (Datuk) Johari, (Datuk) Nizam, (Datuk) Nazim and (Datuk Seri) Nazir -mengeluarkan kenyataan pada 24 Feb menyesali hujah Pejabat Perdana Menteri itu. Mereka berkata: “Kami amat bimbang yang beberapa berita dan tampalan sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan spekulasi mengenai bentuk dan jumlah harta yang ayahanda kami, Tun Abdul Razak, tinggalkan.

"Kami ingin menyatakan secara bertulis bahawa Tun Abdul Razak adalah seorang yang sangat berprinsip dan dikenali oleh semua orang yang akrab dengan beliau sebagai sangat berjimat cermat dan berintegriti tinggi, dan sebarang kenyataan atau kesimpulan yang bercanggah dengannya adalah bohong dan menyeleweng daripada memori, sumbangan beliau serta pengorbanan beliau kepada negara.

“Kami mengutuk sesiapa saja yang menodai memori beliau biar apa sekali pun motifnya.”

7. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu telah menyebabkan sesetengah pihak, khususnya yang tidak mengenali Abdul Razak, mempersoalkan integriti beliau sebagai Perdana Menteri yang telus dan bebas rasuah.

8. Lima hari kemudian, pada 1 Mac, Berita Harian dan Utusan Malaysia sekonyong-konyong menyiarkan kenyataan Mohd Najib memuji sifat jimat-cermat dan integriti bapanya.

9. Sebelum itu boleh dikatakan semua anggota media arus perdana membakulsampahkan kenyataan empat adik-beradik Mohd Najib mengenai hal yang sama. Hanya media bebas dan media atas talian saja memberikan ruang kepada mereka.

10. Kata Mohd Najib, bapanya tidak pernah terlibat dengan amalan rasuah sama ada dalam politik atau ketika dalam perkhidmatan awam. Utusan juga melaporkan yang Mohamad Noah membiayai pendidikan Mohd Najib adik-beradik.

11. Malangnya, apabila nama Mohamad Noah diseret ke dalam isu harta pusaka peninggalan yang didakwa memanfaatkan Mohd Najib maka timbullah pula persoalan mengenai siapa Mohamad Noah dan apakah punca kekayaan beliau.

12. Orang yang mengenali Mohamad Noah, yang nama jolokannya Noah Beirut, akan mengingati beliau sebagai bapa kepada dua wanita yang mengahwini dua Perdana Menteri Malaysia – (Tun) Rahah mengahwini Abdul Razak dan Allahyarhamah (Tun) Suhaila mengahwini Allahyarham (Tun) Hussein Onn.

13. Dalam dunia politik, beliau diingati sebagai antara pengasas Umno dan Speaker Dewan Rakyat.

14. Tetapi pembabitan dalam perniagaanlah yang menjadikan beliau istimewa dan kontroversial. Beliau adalah rakan kongsi “Raja Judi” Malaysia, mendiang (Tan Sri) Lim Goh Tong. Mohamad Noah dan Lim mengasaskan projek kasino tunggal Malaysia di Genting Highlands pada tahun 1965.

Tiga Sahabat: Tunku Abdul Rahman, Noad dan Lim
15. Lim, dalam memoirnya “My Story” antara lain, berkata: “On April 27, 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah and I set up a private company called Genting Highlands Sdn Berhad. Between the years 1965 and 1970, we made applications to the Pahang and Selangor Governments for 4,940 hectares and 1,110 hectares of freehold land respectively.” (Pada 27 April 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah dan saya menubuhkan syarikat persendirian bernama Genting Highlands Sdn Bhd. Antara tahun 1965 dan 1970 kami memohon kepada kerajaan Pahang dan Selangor bagi mendapatkan masing-masing 4,940 hektar dan 1,110 hektar tanah pegangan bebas.)

16. Masalahnya, adakah perlu Mohd Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal Mohamad Noah membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?

17. Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Mohd Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih yang dicamkan sebagai Paul Stadlen.


18. Sejak akhir-akhir ini Stadlen menjadi bahan berita sensasi media atas talian kerana gaya hidupnya. Yang berminat boleh baca di sini.

19. Apakah semua ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa Perdana Menteri sedang kehilangan jalan cerita (plot)?

Wallahuaklam.

38 comments:

JohorMali said...

DAKJ,
Dalam gelanggang politik Malaysia amat susah nak cari saorang hamba Allah yang putih lagi bersih dan tidak terpalit (tainted) dengan isu kontraversi walaupun sekecil kuman. Kerana kuman, walaupun halus dan kecil, tetap menjadi virus dan boleh membunuh.

Malahan diri saya sendiri dan juga manusia lain nya , tetap ada rangka dalam almari (skeleton in the cupboard) yang belum terselongkar.


mosabit said...

bukan harapkan PAGAR ..PAGAR makan padi...

yang tepat...harapkan PEGAR..PEGAR makan padi..

PAGAR adalah alat untuk melindungi kawsan...

PEGAR adalah seekor burung yang suka makan padi....

HARAP MAKLUM wahai MELAYU...

kah kah kah

akaz said...

Salam DAKJ,

Saya dapat merasakan seperti DS Najib tenggelam punca dan tidak pasti dengan perjalanan pemerintahan beliau. Barangkali, DS Najib berada di kerusi penumpang dan menyerahkan segalanya bulat-bulat pada perunding-perunding beliau. Adakalanya, saya agak risau dengan tindak tanduk DS Najib. Sedikit sebanyak ini boleh menjejaskan keyakinan rakyat dan juga pelabur-pelabur yang ingin melabur di negara kita. Apa yg boleh disimpulkan pemenrintahan DS Najib lebih buruk dari PM sebelum ini. Saya mengharapkan ada pemimpin-pemimpin lain yang berani untuk memperbetulkan keadaan. Takut-takut keresahan saya dan rakyat jelata boleh bawa mudarat pada negara.

Sekian

Led Zeppelin said...

Assalamualaikum Dato'

I am indeed shocked that our PM needs a National Communications Team and to make matters worse a "mat salleh"named Paul Stadlen is in that team.With the lifestyle this Paul is leading(as what I've read in your link)I just could not fathom what is actually wrong with our PM.Is the situation is so bad that the Govt need to have this team?And a guy with a reputation of being a party animal is a member of that team?

Obviously,our PM is definitely losing the plot.

Wassalam.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



Pm tak hilang jalan dato,walaupun hilang cerita...


Jalan baru akan menghasilkan cerita baru.



Yang menyampah dan meluat saya lihat ialah terlalu jelas sekarang ini dimana hampir semua media sudah kelihatan tidak tahu atau tidak mahu tahu jalan dan cerita membangunkan negara ini, dan dah tak ada modal atau `thought block' mengenai cerita negara..!.



Please do not fall into this `a viscious and down trodden' and ` self degradating' trends...a trend of self serving destruction of intelligence and contrary to a meaningful nation building.



Abu Bakar Ab Rahman

RAWA LANUN-BAHASA said...

Jangan khuatir, tuan; kita yang dhaif ingat kita hilang jalan cerita. Sebenarnya, cerita berjalan tepat mengikuti jalan Dia yang mengarah cerita.

Kita berada di tempat yang betul tepat pada masanya. Semua tertulis dalam kitab.

Cuma adakah kita berada di atas jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat? Atau seronok di dunia sesal di akhirat? Atau sesal di dunia dan di akhirat?

Salam hormat.

Admin SpotTheBloggers said...

Salam tn. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

CB said...

Ini perkara biasa Datuk. Pemimpin yang dihujung` nyawanya` akan kehilangan pedoman dan petunjuk. Lihat Napoleon, Hitler, Stalin... dll nya.

Yang terbaru, Obama presiden USA yang menganggu dan mencorakkan politik Ukraine sehingga mencetuskan cold war baru dengan Rusia. Obama juga dihujung hayatnya sebagai presiden Amerika Syarikat dan ingin meninggalkan legasi sebagai the decisive president untuk dunia.

Elok orang UMNO buang saja si Najib tu dan kalau tidak 2018 nanti UMNO hanya tinggal sejarah saja.

kampong lad said...

forget about history (benda dah berlaku - walaupun sejarah mustahak sbg pedoman & pengajaran), we want geography (benda yg sedang berlaku).

yg dok meredong sampai terkeluaq landasan pasai apa? si bapak transformer dok cerita pasai bapa pembangunan apa ka hal. orang kampong nak tau pasai apa dia buat benda pelik2 sekarang yg bapa dia tak pernah buat. overyone carries own burden.

rahman jpc said...

banyak yg bolih d ceritakan mengenai arwah tun razak n dtn sri rosmah. para 22 artikel sya 'hari2 terakhir tun razak d london' berkaitan.

dtn sri adalah 2 tahun junior sya d UM n beliau adalah rakan karib adik ipar sya ( sejak d uni) sahinggalah beliau menjadi FLOM.(mereka sudah tidak rapat lagi).


ed syarikat (seorang india) yg sya pernah jadi pengerusi nya amat rapat sekali dgn 'couple' ini pd satu ketika dahulu tetapi tlh d anggap 'persona non grata' sekarang.

buat masa sekarang biar lah sya nyatakan bahawa keputusan pm najib utk berkahwin kali kedua (takdir?) mingkin tlh mengakibatkan keadaan nya sekarang menjadi semakin rumit. (apa yg d lakukan serba tak kena)

pd pendapat sya jika beliau dpt menyakin kan masyarakat yg beliau tidak terlibat dgn kematian altantuya n 1MDB (fiasco) adalah semata mata muslihat teik jho lo maka beliau akan terselamat.

namun jika beliau terlibat n cbt bolih d buktikan maka sya tak heran jika sekira nya beliau akan senasib dgn anwar.

sya berdoa perkara seburuk ini tidak akan berlaku. insya'allah.

noordin mohamood said...

Salam DAKJ

Saya berpendapat isu menanggung pembelajaran anak-anak Almarhum Tun Abd.Razak dari Yayasan Noah adalah perkara sensitif keibubapaan. Saya yakin seorang PM tidak akan menerima hakikat tidak boleh menyekolahkan anak-anak dari usaha titik peluh sendiri. Tambahan pula umum ketahui bahawan arwah Tun Razak bukanlah seorang yang boros. Isterinya Tun Rahah juga seorang yang sederhana walaupun keluarganya kaya raya.

Oleh kerana faktor pembiayaan pelajaran anak-anak telah menjadi bahan percakapan ramai, saya mohon biar Tun Rahah sendiri memberi pencerahan agar persepsi buruk ini dapat dibendung.

Saya juga berharap kawan-kawan akrab Arwah Tun Razak yang masih hidup dapat memberi pandangan mereka khususnya Tan Sri Abdullah b Ahmaad (mantan setpol Tun) atau dikenali Dollah Kok Lanas @ DKL.
Mungkin beliau ada pandangan sisi yang kita tidak nampak.

Ayuh bersuaralah DKL demi nama baik arwah Tun Razak. Wallahuaklam.

noordin mohamood said...

Salam DAKJ

Saya pernah membaca catatan Dato Seri Nazir Razak tentang keluarganya. Bagaimana beliau meminta bapanya membuat kolam renang keluarga di Sri Taman. Arwah Tun tidak setuju kerana ia akan menggunakan wang rakyat. Begitulah luhurnya arwah Tun. Padahal Sri Taman adalah kediaman rasmi dan sebarang binaan tambahan bukan menjadi milik peribadi. Malah jadi aset lagi.

Kalau cucu minta datuknya yang kaya raya membuat kolam tentu tak jadi masalah, selesai cerita. Tapi sebagaimana yang terjadi, arwah Tun ada integriti dan jatidiri sendiri membina keluarganya.

Inilah yang generasi sekarang patut tahun dan ambil cakna tentang arwah Tun Razak.

Wallahuaklam

Sam Poy said...

Hahaha, pagar moden jenis elektronik boleh saja makan ... bukan setakat padi, duit pun dia telan.


Sam Poy said...

Lokasi: London Mac 2015

PM ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di bilik hotel. Selepas lima hari di hospital, beliau terjaga. Doktor mengesahkan beliau hilang ingatan dan tidak mampu lagi menjalankan tugas.

PWTC, Kuala Lumpur: Dalam satu sidang akhbar, dengan wajah sedih PM baharu mengucapkan rasa simpati dan mohon semua lapisan rakyat mendoakan ...

MIMPI YANG TAK SUDAH

Youduncheebai said...

So how much of Genting Bhd does Rosmah own?

How much divident per year?

Hidup Melayu said...


Adakah ini disebabkan hidup dari hasil dari sumber haram ?

Penyokong penyokong yang menerima wang sogokan bukan juga dari sumber haram ?

Bolehkah dihapuskan dengan pergi umrah dua kali setahun ?

CUCU TOK HITAM PULAU BESAR MELAKA said...

Seronoknya bila isu dah jadi hal partai.
Walaupun tak betul tetapi sebab isu jadi barang politik kita pun sokong PM sebab mahu kasi panas keadaan.

Alahai apa sangat kalau kalah undi menang perang?
Lagi-lagi kalau pandai label Islam lawan kuffar, Dato.

Lepas habis gaduh baru kita tengok siapa layak jadi Presiden UMNO, betul tak Dato?

Dalam blog mati hidup balik; di alam nyata mampus hanya sekali.

Kita sokong PM. Siap sedia darurat lagi bagus sambil main biola, bro.


Salam takzim.

Confused57 said...

Salam ,

Looks like one is talking about inheritance and the other is saying his late father is a man of high integrity .

While the former generally suggesting a 'family' source and the later endorsing a legacy of a father who also happened to be our prime minister.

To conclude that these two positives are diverging instead of converging could be rather hasty generalization .

Rather similar to anybody who would hastily conclude that the source of richness 'could have easily' come from the Tan Sri Noah end...

To me two positives very seldom become a negative don't you think so Dato?

I don't really think the script writer is actually losing the plot but instead gaining on some of those who are keen to jump to hasty conclusions either way pros and cons -which could be quite plenty





Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ

1 Seorang wartawan lama bernama DAKJ vs segerombolan org2 yg punya kepentingan poket sendiri.Iman dan hukum campak jauh2.

2. Kerja DAKJ menjadi lebih sukar kerana tak ramai rakyat Melayu faham atau mau berfikir untuk faham jalan cerita PM dan kroni yg semakin berbelit2 dalam proses nak goreng rakyat terutama Melayu.

3. Lanun2 ni tentu sangat bersyukur kerana qada dan qadar Allah menjadikan majoriti bangsaku Melayu masih miskin, layu dan tak cerdik. Lebih teruk daripada sebelum merdeka.

Kalau tidak, dah lama PM terpelanting.

Mungkin ini semua salah Anwar.

adion said...


sudah terang lagi bersuluh...... Najib seperti biasa tidak mempunyai kekuatan diri untuk membuat keputusan yang lebih bijak

Syed Hassan Syed Ali said...

Semuanya yakin dgn org luar...org sendiri tak bagus salemuanya

anon said...

Ini soal peribadi, harap respect the family privacy. The fact is PMO made a blunder. Najib as usual is clueless

Hanezam said...

Salam,

Saudara mosabit @ 12.09pm

Nak tanya.

Kalau dah tahu pegar makan padi, kenapa harapkan pegar ? Orang Melayu bukan bodoh. Walhal pagar tak boleh makan padi. Sepatutnya boleh harap. Yang terjadi, pagar dah pun makan padi.

PENGUNDI AMPANG said...

Setuju dgn Sdr. Noordin.

Allahyarham Tun Razak dikambing hitamkan oleh pihak tertentu.

Isu YAB PM menjadi meleret-leret.

Salleh said...

Salam DAKJ

Situasi sudah jadi makin buruk dan ia amat buruk untuk Malaysia. Sekarang ini bila seseorang disamakan dgn Najib ia dah jadi macam satu penghinaan. Anda boleh cuba bergurau dengan rakan anda(kecuali rakan anda penyokong bawa rebah).

Semakin lama kita semakin menyedari yang akal fikiran beliau tidak melepasi kelayakan minima untuk seorang PM. Satu persatu ia dipertunjukkan. Kangkung, jet, percutian tahun baru, banjir, lahad datu, isteri, anak tiri, adik beradik etc. Ia dah jadi bahan ketawa dunia.

Bayangkan mudaratnya pada agama, bangsa dan negara sekiranya ia tetap berterusan macam ni. setiap negara berlari kehadapan tetapi kita mundur ke belakang

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Apa yang berlaku sekarang adalah hasil ketiadaan pemimpin yang muncul kehadapan memberhentikan fitnah yang telah tersebar dengan meluas beberapa tahun dahulu.Allah telah dengan jelas minta hambaNya tidak mengaibkan sesama sendiri tetapi itulah yang telah berlaku. Hasilnya sekarang tersebar keburukan seseorang dengan tiada selindung lagi samada benar atau tidak.Kalau zaman dahulu pantang mendengar cercaan orang terhadap bangsa atau ugama tetapi sekarang seolah-olah tiada yang sensitif lagi.

Dalam hal ini kita tidak boleh berbuat apa lagi.Terpulang kepada mereka berkenaan yang bersengketa sekarang (yang masa dahulu kawan setia) melakukan damage control supaya kejadian yang tidak masuk akal ini diperbetulkan.Bagi kita marilah kita berusaha memikirkan apa yang kita perlu lakukan untuk menempuh kehidupan masa hadapan yang agak mencabar. Peneroka FELDA pasti mengetahui sekarang kedudukan masa hadapan mereka dan orang Melayu nampaknya melalui iklan TV dan Radio diyakinkan akan beruntung dengan pengenalan GST.Semoga Allah terus melindungi kita dari malaputaka.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Abu Alya said...

Salam Dato.

It seems Tun M made a big mistake, nope, three big mistakes in persons he anointed to replace him. Anwar, Pak Lah, Najib.

All three are heavily money ridden with scandals that taints UMNO as a clean Islamic organization. The bad repute leaves UMNO members demoralized with an ambiguous stand to fight for the right cause.

It is certainly very hard to look dignified when you are stained with filth, dari hujung rambut hingga ke hujung jari.

Kesian ahli UMNO. Kesian UMNO. 99% jadi mangsa kepada kerakusan 1% nun di atas sana.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Baguslah kalau kesian pada 99%UMNO.
Kalau kesian itu jujur nyatanya di PRU14 nanti.
Kesian kepada 99% yang bukan UMNO
Mangsa kerakusan 1% yang rakus
Kesian anak adam bila cacat ilmu iman dan amal.

Salam hormat

B.O.P (Bukan Orang Politik) said...

Saya adalah bekas pekerja pengurusan tinggi anak Syarikat Genting ( sebagai perbandingan Lim Goh Tong Level 1, saya Level 5) 15 tahun di dalam organisasi tersebut dalam bidang hartanah.

Kalau nak lihat catatan sejarah TS Noah dan TS Lim Goh Tong, banyak di pamerkan di Penthouse Wisma Genting, di Jalan Sultan Ismail.

Ini lah lokasi pengurusan tinggi Genting selalu bermesyuarat sambil makan tengahari.

Dalam hati saya, tiada Noah...tiada Genting Highland. Yg cerdik adalah TS Lim Goh Tong, mengumpul harta berbillion setelah rapat dgn bapa mertua 2 org perdana menteri Malaysia.

Maka melayu membela melayu tu hanya cogan kata sejak dulu lagi!

James Labu said...


Lepas ni macam mana pula PMO National Communications Team nak cover kemaluan Najib hasil kekayaan keluarga dari Genting Berhad ?

Ke memanag tak malu ?

kundoq said...

Saya ni tengah menunggu nunggu bilakah masanya TM secara jelas dan terangnya meruntun Md Najib letak jawatan.

Nampaaak... orang lain tidak upaya buat begitu.Nampaaak...Datuk kita dah angguk angguk.
Banyak dah orang setuju,jangan tunggu lama lama.

Bagi tarikh akhir sama dia turun...

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

Tak perlu tunggu PM hilang jalan cerita untuk membahayakan rakyat.

Sejak Najib jadi PM pelbagai perkara sudah diketahwi umum bukan lagi bahaya tetapi dah melingkupkan rakyat.

Senarainya panjang walaupunNajib baru 6 tahun jadi PM.

Minta doa agar rakyat tidak diperintah Najib lebih 9 tahun. Apa lagi klu nak kalahkan rekod 22 tahun TDM.

Jalan cerita nak kenakan Anwar taklah berbelit sangat. Hanya perlu ada pengadu, pendakwa yg pandai berhujah, polis tak pandai simpan brg bukti pun tak pe dan ada hakim2 yg arif di dunia.

Tapi dalam kes IMDB dan kekayaan kroni Najib susah nak sorok2 cerita sebab dah sampai ke tangan media sosial seantara dunia.

Bila penipuan demi penipuan terpaksa direkacipta untuk cover pelakuan org tertentu maka jalan cerita mulalah melalut lalut.

Berapa lama rakyat luar bandar Sabah, Sarawak dan Malaya boleh percaya dgn jln cerita Najib?

Tunggulah masa nak makan pun susah.

Urang Awak said...

Salam Dato,


Saya amat bersetuju dengan tulisan B.O.P (Bukan Orang Politik) 1:17 PM

Sejak dari mula Medeka lagi Melayu telah tertipu dengan berbagai2 jenis slogan dimana apabila kita mendengar ianya bisa menaikan bulu tengkok. Diantara slogan yg sering diulang2 oleh juak2 MUNAFIKUN ini adalah seperti "Melayu Bangsa Keramat..." "Ketuanan Melayu"... "Hidup UMNO Hidup Melayu..." dan sebagainya.
,
Realitinya setelah lebih 50 tahun kita merdeka, umat Melayu masih lagi didalam suasana serba serbi miskin... Pemimpin2 Melayu sehingga kini masih lagi menggunakan teknik lama bagi mengembirakan & seterunya menipu orang2 Melayu....

Saya gelarkan mereka Melayu Meehon Goreng, Melayu Karipap & Melayu Kain Batik.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Soalnya sekarang bila ramai ketua-ketua bahagian UMNO kita sokong YAB Mohd Najib(Dato Seri) kekal Presiden dan Perdana Menteri dan baik dalam menyelesaikan isu-isu 1MDB dan banjir besar dan lain-lain isu lagi yang ada sebaik mungkin adakah itu akan buat ramai orang akan sokong BN dan UMNO?

Atau cemburu dan tamak pun sudah membutakan hati ramai rakyat negara Malaysia ini?

Ramai ahli UMNO bersifat pemaafan dan sabar kerana kami sedar kami orang Melayu bukanlah manusia sempurna walaupun berakidah Islam dan contakan Nabi Muhammad saw.

Apakah yang jahil agama mahu bersombong dengan kami dan angkuh mengatakan Allah swt dan Malaaikat bersama mereka?

Kami tunggu apa ketentuan Allah swt dengan sabar tetapi gerun dan kami berdiri bersama YAB Presiden UMNO sabar mempertahankan maruah kami.

Jangan setakat komen di blog tetapi biarlah turun ke jalan tunjuk perasaan atau lebih daripada itu kami UMNO tidak hairan.

Mana bukti dan siapakah bersalah?
Sabar atau tidak?

Silakan sahaja kemukakan bukti dan saksi.


nor ishak ismail said...

saya ingatkan selepas Najib menang "nasib" PRU 13, maka saya kira Najib akan dapat memperbaiki imej diri dan suasana dan terus memacu negara yang tercinta ini kearah lebih tinggi.Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya, Najib dikritik bagai dibom dengan "Nepalm Bom"sejenis bom berangkai yang banyak digunakan masa perang vietnam (katanya bom ini telah diharamkan)?.

Asalnya apa yang saya dengar masalah Najib (sebelum PRU 1)3 hanya berlingkaran dengan kritik nakal yang berkaitan cincin dan keborosan isteri beliau, isu tauke karpet, kapal selam, Altantuya, Zaina Zain, kangkong, gangnam style, C4 dan cerita-cerita ketirisan yang biasa terdapat di Malaysia. Najib berjaya mengatasi kritikan ini dengan mencipta beberapa slogan dan mengalihkan isu kepada isu yang lebih melekakan.

Tetapi selepas PRU 13 Najib dilihat menghadapi isu-isu yang lebih sulit lagi, dimulai dengan kecelaruan 1 MDB, gaya hidup, masalah politik dan sosio-ekonomi semasa. Masalah Najib makin melebar apabila 3 kapalterbang penumpang hilang, ditembank dan terhempas sekali gus dalam setahun (tidak pernah terjadi dalam mana-mana negara). Era Najib terus mencipta rekod apabila banjir diPantai Timur pada tahun lepas telah disamakan hampir macam Tsunami. Masalah Najib ini kalau dulu hanya berlingkar diantara beliau dengan isterinya sahaja tetapi sekarang telah melibatkan aruah bapanya, adik-beradik, atuk, anak tiri dan kawan pada anak tiri. Puuuuh apa pula yang akan berlaku lepas ini?.

Seingat saya sebagai PM, chedet juga menghadapi masalah besar semasa eranya seperti kemelesetan ekonomi 85-88, UMNO terbahagi dua, gawat 97 dan krisis Anwar. Chedet menghadapi keadaan politik, isu agama dan ekonomik semasa tanpa melibatkan isteri, anak-anaknya atau orang ketiga (berskandal). Malahan semasa gawat 97 kuasa ekonomi seperti US,UK dan Australia telah mengkritik Chedet dengan hebatnya. Chedet telah menghadapi semua ini bagai seorang "master" permainan catur, dimana setiap buah yang dihulur tak semesti dimakannya...Ini lah bezanya diantara Chedet dengan Najib, Najib menghadapi masalah bagaikan pemain "Dam" dimana setiap buah yang dihulur terpaksa dimakannya...kalau tidak buahnya akan diambil.


msh said...

Salam Dato.

Makin hari makin teruk...lepas satu....satu masalah yg timbul.

1001 mcm perkara pelik2 telah dia lakukan....banyak yg melingkupkan negara dan menyusahkan rakyat.

Hingga pemberian BRIM yg sepatut nya menolong rakyat dan menunjuk sikap perihatin dia pd rakyat pun sudah dikira kerja bodoh.

Apa pun Dato....sy ulangi balik apa yg telah sy lontarkan berulang kali sebelum ini;

"Parti Umno tidak ada bedzanya lagi dgn parti PR".

SERUPA SAJA.....PARTI LAKI BINI...ANAK BERANAK...dan (ANAK TIRI)...SEPUPU...MENANTU DAN ORG2 TERDEKAT DAN TERTENTU.

Justeru apalagi yg boleh kita harapkan?

Kini kelemahan dia laki bini sudah terlondeh luas dan tidak mungkin dpt ditutup lagi.

Berbuih mulut bercakap pun tetap sama....SEBAB DIA TIDAK AKAN UNDUR.

Hata...walaupun semua ini tanggung jawab Umno....
tanggung jawab ahli...terutama...yg masih berkuasa...seperti Timbalan Presiden yg buat2 letih dan lesu...buat2 tak tahu...dan 3 org lagi Naib Presiden...yg seorg itu cuma GAH bila menjelang PAU.....dan sisepupu yg hunus keris dan minta maaf....mcm pendekar mustang bersilat pulut....
tetapi kelihatan tidak mampu membetulkan apa yg tidak betul.

Ini cuma harapan yg tinggal harapan sahaja...buat ahli2 dibawah dan rakyat marhain.

Parti tetap lemah....Presiden tetap Agung.

Sedangkan....Ahli2 Majlis Tertinggi... Pemuda dan Wanita..yg sayap dipatahkan... cuma berdiam diri kerana berada ditempat selesa dan bergaji dan elaun besar dan menunggu atau menikmati apa2 peluang yg jatuh keriba.

Apa sudah jadi?

Nampaknya Ketua2 Melayu...sembang sahaja kuat...tetapi hampas belaka.

Harap2 Tun M atau Tun Daim atau mana2 Tun...Tan Sri2...Dato2.. dan mana2 ahli veteran Umno dan Ngo2 Melayu dpt melakukan sesuatu untuk menyelamatkan negara..bangsa dan ugama....dari dipelingkupkan dgn lebih teruk.

Terima kasih


Rawa Lanun-Bahasa said...

Hebat betul Urang Awak, tak gitu Kadir Jasin? Harap dia manusia jujur yang mahu kongsi amalannya kepada manusia saperti nor ishak ismail yang dirundung nostalgia dan kurang yakindiri dan kita yang tak faham apa itu tawakkal apa lagi.

Malindo said...

Salam hormat DSKJ dan pembahas semua.Tiap hari saya baca online news atau khabar yg viral atau media online yg sokong oposition.Saya yg menetap diseberang(residing in Indonesia for the past 19yrs),saya jadi keliru,biasanya org dipinggir jalan yg lihat dua mobil tabrakan(berlanggar tau apa yg sebenar terjadi.Saya sedih lihat Ibu pertiwi,ada waktu dlm hati saya lebih selesa disini(Jakarta),tiada siapa yg tahu berapa byk dalam kantong saya dari hasil business transparent saya,tiap kali pemimpin negara dtg Jakarta,Kedubes Malaysia akan email saya minta saya dan istri hadir meraikan pemimpin Msia yg datang,byk juga saya bohong kedutaan Msia yg saya tak ada di Jktr kerna diluar negara,ini kerana saya malas.Hanya beberapa minggu yg lalu(20 Feb 2015)Pengerusi Badan Perhubungan UMNO satu negeri di Msia minta bantuan saya utk aturkan pertemuan rombongan seramai 32 dari Badan Per.Umno negeri tersebut utk jumpa Pemimpin tertinggi Partai GOLKAR,saya setuju aturkan kerana Pengerusi Badan Per.UMNO tersebut agak clean menurut saya.(beliau masih Menteri)Bpk Abu Rizal Bakrie setuju sebab saya yg tulis surat.maka terjadilah perjumpaan tersebut.Banyak yg saya tolak utk saya aturkan permintaan pertemuan disini(Jakarta)kerna saya takut saya salah aturkan dgn pemimpin disini sedangkan yg datang dari Msia bermasalah,kerna saya keliru keadaan politik Malaysia walau saya warga Malaysia yg dah terlalu lama disini.lebih baik saya kaut keuntungan dari bumi Garuda yg berlimpah rezeki dari saya sibuk melayan ahli politik yg entah apa apa yg saya tak perlukan.Salam hormat Tanah airku Malaysia.(Malindo)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).