Wednesday, March 18, 2015

Ku Li Lawan Penggilap Epal


A Kadir Jasin

TERIMA kasih dan syabas kepada orang lama Umno dan bekas orang kanan kerajaan, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah kerana ucapannya di Dewan Rakyat pada 17 Mac menggesa kerajaan (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak mengutamakan rakyat.


PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

 

Antara lain, beliau menasihatkan Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak melakukan beberapa perkara bagi meringankan beban rakyat jelata, termasuk menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula bulan hadapan.

Ku Li, antara lain, berkata: “Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.” (Baca selengkapnya di sini).

Namun, secara peribadi, saya tidak menjangka gesaan Ahli Parlimen Gua Musang itu akan mengubah tindak-tanduk Perdana Menteri. Ia umpama mencurah air ke atas daun keladi – tercurah, tertumpah tak meninggalkan 
kesan.

Bolehkah Dr Mahathir dan Ku Li Guling PM?
Jelas, Mohd Najib tidak boleh diubah. Salah satu sebabnya adalah keputusan mutakhir bukan di tangan beliau. Beliau adalah watak terkawal (controlled) dan terhutang budi (beholden) kepada terlalu banyak pihak.

Meminjam ungkapan beliau sendiri ketika merasmikan konvensyen Umno Kedah baru-baru ini, beliau dikerumuni dan dikuasai oleh begitu ramai penggilap epal (kaki ampu) dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri.

Bagi meringkaskan pengistilahan, saya singkatkan golongan ini sebagai PEJ – penggilap epal dan "jemuan". 

Ambil contoh gesaan Ku Li agar pelaksanaan GST ditangguhkan. Dengan serta-merta Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan menyangkalnya apabila beliau berkata bahawa cukai baru itu adalah untuk kebaikan rakyat jelata dan bukan untuk membayar balik hutang.

Jawapan selamba itu mungkin dipercayai Mohd Najib kerana beliau sendiri tidak begitu dalam ilmu ekonomi dan pentadbiran. Beliau juga mungkin percaya yang semua rakyat jelata jahil mengenai hal-ehwal fiskal maka mereka percaya hujah seperti yang dibuat oleh Ahmad Maslan itu.

Kalau cukai bukan untuk bayar hutang, ia untuk apa? Sepanjang yang kita ketahui, dalam belanjawan negara, cukai adalah untuk pengurusan yang merangkumi gaji kakitangan awam, penyelenggaraan dan pembayaran balik hutang.

Kalau hutang tidak dibayar menggunakan hasil cukai, daripada mana kerajaan dapat duit untuk bayar hutang? Kerajaan cetak duit atau minta usahawan macam T Ananda Krishnan untuk tolong bayar?

Ahmad Maslan Cerdik Tapi Adakah Dia Pandai?
Ramai orang tahu bahawa hampir keseluruhan perbelanjaan pembangunan adalah daripada sumber hutang kerana hasil cukai hanya ngam-ngam untuk perbelanjaan pengurusan. Sebab itulah belanjawan negara mengalami defisit!

Ahmad Maslan adalah budak hanyir (kanyiaq dalam loghat Utara) dibandingkan dengan Ku Li. Oleh sebab dia budak hanyir mungkin dia tidak pun kenal siapa Ku Li sebenarnya. Mungkin dia tidak tahu bahawa Ku Li lah yang pegang tangan Mohd Najib di Petronas pada pertengahan tahun 1970-an.

Ku Li lah antara orang terakhir berjumpa Allahyarham Tun Abdul Razak di katil sakitnya di London pada tahun 1976.

Mungkin orang belajar tinggi di luar negara seperti Ahmad Maslan (di New Zealand) dan berijazah MBA berasa orang lama seperti Ku Ki, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin tidak relevan lagi.

Mungkin orang macam Ahmad Maslan tidak peduli untuk ambil tahu bahawa orang seperti Ku Li, Dr Mahathir dan Daim lah yang menjadi penyambung hayat politik Mohd Najib sehingga beliau naik menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Mungkin Dr Mahathir dan Daim telah melakukan kesilapan besar menaikkan Mohd Najib.

Maaf cakaplah kalau saya kata, Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta orang ramai yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Mohd Najib tidak akan berubah dan tidak akan mengundurkan diri.

Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu-isu seperti 1MDB, Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri.

Pembolosan Sirul Rumitkan Keadaan 
 MT Tidak Akan Singkir Mohd Najib

Buat waktu ini, hanya Majlis Tertinggi Umno boleh mengubah atau menyingkirkan Mohd Najib. Tetapi ia dalam genggaman Mohd Najib dan PEJnya.

Lagipun terlalu banyak hipokrasi dan penyelamatan diri (self preservation) di kalangan ahli MT. Masing-masing takut dilondehkan.

Harapan rakyat jelata melakukan perubahan tidak akan tiba sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang tiga atau empat tahun dari sekarang.

Jika ketika itu Mohd Najib masih kekal dan perubahan yang diharapkan oleh rakyat jelata tidak berlaku mereka mungkin menyingkirkan Barisan Nasional kerana marah walaupun Pakatan Rakyat dalam keadaan porak-peranda.

BN dan Umno sudah pun berasa bahang undi benci dan menyampah ini pada PRU 2013. Hanya ketakutan dan kebencian kepada tunjuk kuat PR, khususnya oleh DAP, menyebabkan sebahagian orang Melayu berpatah balik mengundi calon Umno.

Sementara itu, Mohd Najib akan terus dipuji dan digesa jangan berganjak oleh para PEJ dan batu ronson di sekelilingnya dengan bantuan jentera propaganda yang mereka kuasai.

Mereka tidak akan membenarkan beliau bertindak rasional kerana mereka tahu kalau beliau berfikir secara rasional, ramai antara mereka akan terpelanting.

Pengkritik dan penentang Mohd Najib wajib menerima hakikat bahawa Mohd Najib bukan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang boleh dinyahkan dengan mudah.

Pak Lah tidak mempunyai struktur mega seperti Mohd Najib. Pak Lah dikelilingi oleh anggota inner circle yang kecil bilangannya. Mohd Najib mempunyai ratusan anggota inner circle dengan pembiayaan yang lumayan.

Harapan pengkritik dan penentang Mohd Najib berjaya boleh diperbaiki hanya jika mereka lebih terbuka dan tidak terlalu bergantung kepada orang lama seperti Dr Mahathir, Daim dan Tengku Razaleigh atau menaruh harapan semata-mata kepada (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin untuk menggerakkan agenda.

Mereka harus berani berfikir mungkin Ku Li adalah alternatif yang lebih baik menggantikan Mohd Najib sebagai pengganti interim. Mungkin Muhyiddin tidak 100% berminat untuk menggantikan Mohd Najib atau tangan beliau terikat kerana beliau terlalu hampir dengan tampuk kuasa dalam Umno dan kerajaan.

Mungkin juga ini bukan masanya bagi Dr Mahathir atau Ku Li serta pengikut mereka terperangkap dalam penjara masa ketika mana mereka bermusuhan dan berbeza pendapat.

Tanggungjawab semua pihak yang mahukan perubahan adalah kepada negara. Kalau Malaysia kacau-bilau dan mundur semua akan rugi kecuali para pemodal yang tahu mengambil kesempatan daripada huru-hara politik dan ekonomi.

Kalau nasi menjadi bubur masih boleh dimakan. Tetapi kalu nasi tumpah ke tanah, rakyat jelata akan kebuluran.

Airbus A319 Eksekutif: Simbol kemewahan dan gaya hidup
PS: Harga pasaran Jet Eksekutif Airbus A319 yang baru dibeli oleh Pentadbiran Mohd Najib adalah sekitar AS$60 juta (kira-kira RM220 juta). Saya tidak pasti harga yang kerajaan Mohd Najib bayar untuk A319 kedua ini. Dalam teknologi kapal terbang, usia 19 tahun (BBJ TUDM) tidak tua. Kapal terbang Queen Elizabeth jenis Bae 146 dibekalkan pada tahun 1986. Sekarang sudah berusia 29 tahun. Helikopter Aerospatiale Alouette dan Nuri TUDM sudah hampir 50 tahun masih terbang dan jet pejuang F/A-18 Hornet sudah 23 tahun. Tolak BBJ, TUDM ada empat buah lagi jet eksekutif – Airbus A319, Bombardier Global Express, Falcon 900 dan Fokker F28 serta empat buah helikopter VIP. Khabarnya pesawat F28 sudah tidak boleh digunakan. Dalam keadaan ekonomi yang lembap dan rakyat jelata dalam kesusahan, bukankah semua ini berupa pemborosan dan bukti gaya hidup mewah?

Wallahuaklam.

 

64 comments:

Nizam said...

Assalam Dato'

NAJIB NI TAK TAU DAH NAK CAKAP APA. LEMBIK DAN MEMANG MENYAMPAH BETUL TENGOK NAJIB & SEKUTUNYA. WALAUPUN SAYA LOYAL KEPADA UMNO TAPI NAJIB NI MEMANG TERUK. "AKAI LETAK KAT LUTUT".

AMT UMNO TU SEMUA PAK HANGGUK SAJA KA? TAKDE KE YANG BERANI BERSUARA.

SHENKO

Nizam said...

NAJIB LAGI CEPAT BERUNDUR LAGI AMAN MALAYSIA. TOLONGLAH ORANG UMNO KASI GEGAR NAJIB BIAR DIA SEDAR.

SEMAKIN HARI SEMAKIN ROSAK UMNO. INIKAH HARGA YANG AKU PERLU BAYAR MENGUNDI UMNO SELAMA INI.

NIZAM

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ

Syabas dan terima kasih DAKJ.

Kalau pun Ku Li berjaya mengumpul cukup bilangan wakil rakyat yg berani undi usul tak percaya terhadap Najib, pejabat speaker akan pastikan usul berkenaan kalah sebelum bertanding.

Puncanya mudah. Dalam parlimen pun ada diktator.

Saya doakan baik TDM, TDZ dan Ku Li sentiasa sihat untuk membetulkan masaalah negara zaman Najib.

Kerana mereka ada banyak saham yg menjadi penyebab Najib dan kroni menjadi2

Kalau mereka sebagai negarawan dan di antara pengasas pentadbiran bersih dan jujur sejak mula Malaysia tentu dah aman maju sejahtera

Percayalah Ku Li belum terlambat. Tapi jangan hangat2 tahi ayam macam TSZM.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Saya adalah diantara kalangan rakyat Malaysia yg rata2 telah jemu & bosan dengan kemelut yg tak pernah henti2 melanda satu demi satu sejak 20 tahun yg lepas.

Bermula dari skandal BMF yg mengakibatkan tutupnya Bank Bumiputra, Kerugian Perwaja, Skandel Forex BNM, PKFZ, NFC, Kerugian MAS & Proton dan akhir sekali fiasco 1DMB dimana kita telah menaggung kerugian berbilion2.

Saya merasa mushkil kenapa amalan2 buruk seperti korupsi, skandel & penipuan, penindasan serta penahanan kejam keatas umat manusia dimuka bumi ini kebanyakannya berlaku dinegara2 Islam dan kemanakah kesudahan kita disuatu hari nanti...?

Minta para2 Ulam~ma & ostad2 mengulas ...

Harun Noordin said...

TDrM bersalah dalam memilih PM, takkan lama DSNR jadi menteri TDrM tak terhidu kepimpinan dan keadaan rumahtangganya. Sedangkan Lee Kwan Yew pun boleh kesan. TDrM silap buang orang...

Syed Akbar Ali said...

Salam Dato.

Saya diberi faham bahawa pasukan media team dari PMO (bertugas menyerang Dato, Tun Dr Mahathir, Tun Daim, saya dan mungkin sekarang Ku Li sekali, telah dibawa berjalan-jalan makan angin di China. Mereka juga membawa bersama mereka sekumpulan blogger dari Perak, iaitu blogger upahan yang Najib sebut hari itu.

Div Chiefs telah dibeli dengan ongkos yang agak lumayan, Blogger dibeli dengan bayaran berkala yang sikit, tour ke China tak sampai RM2 ribu satu kepala.

Beratus "penasihat" serta berpuluh 'media advisor' dapat gaji lumayan diluar jangkaan mereka. Sudah tentu mereka akan berjuang sampai ke penghabisan duit kocek. Pejuang yang berjuang untuk duit dalam kocek adalah pahlawan wira yang boleh jadi sangat gagah berani.

Para Menteri pula tidak perlu kita sebut. Kalau dulu mereka adalah 'batang tonggang' dalam keseronokan, sekarang mereka seperti mambang di awan yang boleh turun naik ke langit setelah merampas apa saja yang mereka nampak dengan mata mereka.

Negara ini akan hancur dua kali. Kali pertama sedang berlaku sekarang. Kerajaan akan bankrap, kehidupan rakyat biasa terutamanya kaum Melayu dan bumiputra makin tenat dan ekonomi, sosial dan politik negara dalam keadaan kritikal.

Kehancuran kedua akan berlaku bila BN tewas di piliganraya. Kemungkinan besar akan berlaku huru hara jika BN tewas.

Soalannya bukan siapa yang akan selamatkan negara kita. Yang akan selamatkan negara kita adalah kita sendiri. Soalannya bila?

Kita akan dirikan rumah baru setelah rumah lama hangus dibakar, ibu bapa dan anak terkorban serta kehilangan harta atau kita akan membersihkan rumah kita yang masih cantik dari segala sampah dan sisa buangan untuk mengelakan daripada berlaku kebakaran?

The question is when and how?

Syed Akbar Ali

Seri Nara al-Diraja said...

Ku Li - calon perdana menteri sepanjang zaman...

Kamal said...

salam Dato,

Maaf cakapla di sini.semuanya silap orang melayu sendiri yang mengundi umno. Percayalah tanpa umno pun ,rakyat akan berasa lebih selesa dan sejahtera.Tak timbulah isu macam kes najib ni. Ini semua kes bukan nak jaga rakyat tapi lebih nak jaga tembolok masing-masing. Maaflah Dato, dalam blog Dato juga masih ramai melayu yang bengong dan kaki pembodek Sebab marahkan Anwar, negara bangkrap dan rakyat hidup melarat pun mereka sanggup undi umno. Jadi kita jangan jadi melayu yang bangang.Hidup di dunia ni tanpa umno pun melayu boleh hidup cemerlang.Lagipun bukan ada dalam Quran yang nyatakan melayu akan mati tanpa umno. Kita kena hidup dalam dunia yang realistik bukan fantasi!

Editor majalahsains said...

Masalahnya Datuk dan pembahas-pembahas lain, sekiranya ditakdirkan DSNajib turun, siapa pula yang layak menggantikan beliau. Muhyiddin Yassin nampak seakan-akan lemah juga. Dari Johor pula tu.

abdul aziz salleh said...

Assalam Dato
untuk pengetahuan saya bukan ahli UMNO tapi kalau tidak dengan perjuangan UMNO memberi peluang saya tidak akan dapat bersara dengan agak selesa pada hari ini. Itu pengelaman saya dan itu sebabnya saya percaya pada UMNO walau pun bukan ahli.
Pasal IMDB tidak kah Dato pernah dengar dengan Jenama Temasek Holding dari kerajaan Singapore dan investment lain dari negara Brunei, Kuwait, Abu Dhabi dan Norway. Mengapa negara ini perlu melabur Dato cari lah sendiri sebabnya. Bagitu juga dengan GST, Dato cari sendiri mengapa ratusan negara dalam dunia pilih GST.
Megapa rakyat mesti perjuangkan syarikat persendirian kepunyaan billionare untuk projek infrastruktur. Mengapa rakyat Malaysia tidak bolih mempunyaan projek tenaga dan pembinaan ditanah Kerajaan. Tidakkah Dato tahu, EPF, Tabung Haji, PNB dll bolih mengeluarkan dana untuk investment ini.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,


Saya nak tanya sikit ni,.



KALAU PM sekarang `turun', adakah GST akan di tunda atau digugurkan?


Adakah IMDB akan pulangkan/langsaikan hutang ?


Adakah semua kapal terbang yang `mahal mahal itu' dibatalkan pembelian/kontraknya...sebab bukan beli `cash, pun..



Adakah perkara perkara diatas akan diTANGANI seperti yang diharapkan?


Beritahu saya macam mana nak kurangkan hutang negara kalau macam macam `charity decisions'
diminta rakyat jelata.


SIAPA bolih batalkan pencen,badjet MARA,BRIM,bantuan JKM,PTPTN,Biasiswa,dermasiswa,
,PRIMA dsb...


Kalau jawapan nya meyakinkan saya akan yakin,kalau jawapan itu tidak meyakinkan, saya fikir `semua' gempar gembur adalah GEMPAQ melayu saja laa...



Macam anjing salak bukit laa lebih kurang..nasib tak baik salak sampai keok..



Sungguh membosankan....

Sungguh sungguh meluat dah...


Abu Bakar Ab Rahman

RD. said...

Inilah yang membuat saya menyelinap marah. Harga minyak dunia tidak nampak kenaikan, kerajaan menaikkan pula harga minyak 20sen/liter. Setakat 5sen, saya boleh terima.

Sedang Rakyat jelata dalam 'kepayahan' dengan kenaikan harga barangan, Najib dengan sebegitu banggang sekali menunjukkan keborosannya, membeli Airbus A319 yang baru. Inilah tabiat segelintir anak bangsawan yang selalunya mengganggap mereka hebat bila dapat melancong dengan bergaya, walaupun menggunakan WANG Rakyat.
Sepatutnya Kerajaan mengambil langkah berjimat cermat.
Sebelum ini saya bertimbang-rasa. Apabila mengetahui mengenai pembelian jet baru ini, saya dengan tegas mahu Najib berUNDUR, serta-merta. Nasib baik Dato tak benarkan maki-hamun dalam blog Dato.

safiai saad said...

Salam Dear Sdr Kadir,I guess this week will be a good political satire festival for all Malaysian. Sdr Kadir will be indeed busy,your computer will certainly be overheated.

I think from my association with UMNO members ,they still trust UMNO explaination especially among the grass root leaders.Kedah Umno convention recently can testify to my averment.

The facts that DAP,and the pakatan members , with rough language through the social media will not make the UMNO members (reads the Malays) accept their critique.Afterall life is not just about money, there are other facet of life like harmony,peacefulness,economic well being. After all God bless us with lot of resources such as oil,fertile land,water...etc etc.

Losing even 100 billion will be hard knock but God will replace it if we dont worship other things.What is importance we must ensure the country is blessed by god.

We do not want other people take advantages by focussing on wealth destruction as an excuse to take aover the legitimate government. Yes we hate corruption but strongly believed that the present law and regulation can deal with it.

What is important if YAB Najib is the weak leader then how do you deal with it.The UMNO parties election will be done next year and the members can replace him.The next general election in 2018, the total rakyat Malaysia can choose different Goverment in a democratic way.

The question is whatare we supposed to do now with bad things around us keep popping up and scary.It seemed goverment are on the defensive,and Rafizi and Tony Phua has their field day.As a saying goes,every dog has his day, when can rebuttal be done.

I do not believe in blind loyalty,God say we work together for good purpose but not working together for bad intention.

Where are the police. Malaysia anti corruption Authorities,AG chamber?. Are you sleeping or you are part of the problem. As a civil society, the rakyat would like to see that all relevant agency ensured that the rakyat can sleep well and find solace in their daily life.

It seemed this three muskeeteers ( Read: Rafizi, Tony Phua, Lim Kit Siang) is protecting the rakyat from these sickening cancer.Barisan Nation slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" has become irrelevant but only used during Merdeka Parade.

My main concern is plese act fast and swiftly and dont let thing to transform into something else as a result the rakyat are losing confidence in the goverment.The purchase of airplane when rakyat are struggling to live in high cost environment epitomised the slogan?

Come on, don't insult the Malay intelligent, we might not graduated from Harvard or Cambridge but sure we can differentiate between the fox and the dog.
I rest my case Sdr Kadir,hope Dato Najib come back to his senses and not continue to be in reality shows.When the going is getting tough, the tough is get going



Ahmad albab said...

Terima kasih DAKJ ..ringkas & menarik...agaknya apa kata PEJ dari UMNO bhg Cheras....

Daniel Noor said...

Bkn hanya Najib aja yg harus undur ato di tumbangkn. Maseh ramai lg seperti Ahmad Zahid..Hishamnuddin..Ku Nan..Maslan.JJ..dll. Mreka ini kalau boleh jgn lg bermaen pokitik. Bwrsara aja la. Duit dan harta dah terrlalu cukup utk anak..cucu..cicit mereka hingga kiamat..

Amin Fasei said...

Sdr Kadir Jasin, you forgot MH370, MH17, QZ8501 mass murderous plots & the failed plots like MH198 & D7172. Especially MH370, where CNN created the MIA plane reports hours before MH370 took off from KLIA. No industry can have so many mega accidents / near-misses without the complicity of the PM, Ministries of Transport & Defence, MAS & AirAsia. Even if it is incompetence / gross negligence, the siting PM & whole cabinet should be booted out. NO EXcuse. The buck stops at the PM bcos till now, no one has been charged for gross negligence, involuntary manslaughter or sheer incompetence. Same as 1MDB. By any performance index, BIG FAIL yet no one is held accountable.
3 major airline crashes & several near misses within 10 months ..... no president or PM could still remain in office except Najib. How Can?

zack said...

Sebahagian besar org2 yg 'memegang' Najib adalah org yg sama yg memegang Pak Lah. Mereka ini telah belajar dari kesilapan dari kejatuhan Pak Lah dan telah mengatasi semua itu di awal peralihan kuasa lagi. Antaranya..mereka sedar bahawa kuasa yg menjatuhkan Pak Lah adalah blogger2 atau penulis maya dan juga media sosial yg bersatu membawa perjuangan yg sama hingga menjadi 'force' yg membuka mata rakyat dan akhirnya mencapai matlamat menjatuhkan Pak Lah.

Justeru, sebaik Najib berkuasa, perkara pertama yg dilakukannya ialah MEMBELI para penulis maya, blogger2 dan media sosial agar tidak menentang beliau. Di masa yg sama, kumpulan ini juga dipecah2kan agar tidak mampu menjadi satu force yg kuat. Selain dari mereka ini, penjawat jawatan dlm UMNO bukanlah masalah kerana mereka mmg terkenal dgn mudah utk dibeli.

Dengan membeli kedua2 kumpulan ini iaitu penjawat jawatan dlm umno dan blogger/media sosial, maka Najib pasti tiada masalah utk berdiri lebih kukuh dan lebih lama dari Pak Lah.

Selebihnya...kita boleh lihat sendiri hari ini.

Keupayaan membuat post mortem yg tepat dan mengatasi kesilapan terdahulu jelas menunjukkan ada pihak yg lebih bijak yg sedang mencaturi politik Malaysia.

same2 said...

Dato,

Betul seperti pandangan saudara DAKJ .Pembelian jet akan terus dilakukan.
GST akan terus dilaksanakan .
Urusan di dalam 1MDB dan anak anak syarikat nya adalah seperti business as usual.

Walaupun dibiayai oleh debt yang di guarantee oleh kerajaan dan wang tunai dari kerajaan dibelanjakan dengan cara sewenang wenangnya.
Tidak terdapat sebarang tanda yang keadaan kecut,gentar atau perasan bersalah walaupon terdapat bunyi bunyi bising di sana sini tentang penyalahgunaan.
Persoalan yang realistik nya sekarang ialah:
Apakah yang tuan tuan semua boleh buat mengenainya.
Worst scenario case katakan lah bahawa tuan tuan dapat menghukum BN datang nya GE14?
Perlu diingatkan bahawa ada pendapat yang menganggarkan bahawa utuk mengalahkan BN dakam GE14 berdasarkan konfigurasi peti undi sekarang ianya memerlukan popular votes sebanyak 60%-75 %?

nor ishak ismail said...

Macam-macan hayunan yang telah diberi pada Najib dan Rosmah..atas-bawah, depan-belakang, kiri-kanan.. dan macam-macam bala yang telah diturunkan seperti kapalterbang penumpang hilang, ditembak dan terhempas sekali gus dalam setahun..banjir bagaikan tsunami..dan lepas ni apa lagi..tup-tup dalam keadaan begini Rosmah (Najib) sempat sain untuk beli sebuah lagi jet mewah berharga hampir setengah billion. Mungkin jangkaan kita mengatakan Najib "lembik" sudah meleset, atau kita lupa tentang 'Kuat" Rosmah yang mempunyai badan sasa itu.

Apa yang ada pada kita lagi, semua panglima telah diturunkan, Chedet banyak kad telah dimainkan, Pak Kadir kita begitu juga, saya masih berharap mereka ini akan terus berjuang menegakkan kebenaran dan mengutamakan rakyat yang semakin tertekan. Pak Daim dah diam, Zam dah angkat bendera putih. Barisan alternatif (pembangkang) macam-macam juga dah mereka buat, malah kerja mereka sekarang ini adalah keluar masuk balai dan penjara sahaja.

Kemunculan YBM Ku Li boleh dianggap barisan panglima terakhir (The Last Worrior)..tapi seperti kata Pak Kadir Ku Li hanya berseorangan..orang-orangnya seperti Shahril, Sabree yang dulu kritis dan berlagak seperti ayam jantan tidak lagi berkokok tapi lebih selesa mengeramkan telur (memang ada ayam jantan mengeram)..Mahyudin hanya dapat bersuara sekali, mungkin "dah penat katanya". Ahli-ahli kerajaan yang lain tak payah ceritalah mereka hanya mengangguk apabila Najib berkata-kata.

Nada Pak Kadir dalam tulisan diatas semacam berundur sedikit..yalah kita tahu yang tak ada pada kita adalah "kuasa", Najib yg pegang kuasa sekarang ini tapi Najib dah tersasar jauh daripada matlamat perjuangan. Samada orang itu Chedet atau Ku Li atau pihak alternatif marilah kita rapatkan barisan dan bertekat hati untuk menyelamatkan rakyat dan negara tercinta ini..teruskan.



Maslan faniman said...

Ahmad maslan cerdik tapi adakah dia pandai? Lawak statement kadir jasin tu tapi adakah ianya kelakar? Maslan tu bodoh. Sama je mcm syed al habshit. Sama je mcm najib. Masalah skang ni ialah takde sapa yg rebel masa muda2. Kalau bukan anak orang kaya/berpengaruh/berjawatan, suma kaki buku shj. Last2 naik pengalaman hidup nak jadi street fighter takde, tngk bekas menteri amaran? Pegi belajar luar minum sana sini stakat pegi nak enjoy. Last2 hunus keris mintak maaf. Lembik. Ini satu je contoh. Melayu ni kurang golongan intelek. Fighter pun tak kuat. Yg ramai Pemalas dan nak duit mudah. Najib tu stakat PM kepada 154/190 ketua bahagian umno je (pinjam ckp raja petra. Najib taknak bg debat khas pasal 1mdb kat parlimen pastu fitch nak jatuhkan rating malaysia. Gst KENA DITERUSKAN sebab kalau tak kita ada masalah defisit. Ni ayat kuar radio tadi. Apa nak jadi? Kita punya trade akaun kata hari tu trade surplus, tapi fitch kata bukan? Fitch siap petik pasal 1mdb punca nak downgrade tpi najib kata tak payah debat dah suma tekawal. Sapa menipu?

Maslan faniman 2 said...

Lupa plak nak ckp, smalam (17/6) dah nampak jet baru najib dekat kampung melayu subang dengan livery 1mesia dia. Dah dapat ke? Kalau dah dpt memang suwey la si najib tu. Tak tau la kalau boleh return balik maybe sebab kak ros tak muat nak masuk?

noordin mohamood said...

Salam DAKJ,

1. Istilah baru yang dato gunakan PEJ memang berselerak dikeliling Najib. Yang saya heran, Najib sendiri yang mencetuskan gelaran jemuan ini. Dia melihat diluar pintu rumahnya sedangkan dalam rumahnya sendiri dipenuhi jemuan.

2. Saya menyokong pihak yang boleh membawa usul tidak percaya kepada Najib sebagai PM di parlimen. Saya yakin ini paling ditakuti Najib. Berdasarkan MP Sabah dan Serawak
beri sokongan. Serawak di bawah TS Adenan Satem tiada masalah besar kerana bukan di bawah takluk UMNO. Sabah kebelakangan ini mengungkit pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing Filipina hinggakan Bung Mokhtar kata elok keluar. Saya yakin undi MP PR adalah solid demi menyelamatkan Malaysia.

3. Yang diperlukan ialah satu pasukan penggerak bagi mengumpul sokongan MP kearah usul tidak percaya tersebut. Ia merangkumi MP dari Serawak, Sabah, DAP, PAS, PKR dan UMNO sendiri. Saya rasa PR dan Serawak tiada masalah jika pasukan ini diketuai oleh Ku Li.

Wallahuaklam.

msh said...

Salam Dato..

Sah....tahu lah kita, siapa 'Jemuan' yg dimaksudkan oleh Presiden baru2 ini.....sebab dia yg lebih tahu.

Siapa yg 'Jemuan' didlm Parti.

Bak kata org putih "It takes a thief to catch a thief'.

Bagi sy 'Jemuan2' semua itu tak lain tak bukan...adalah ahli2 MT/ Ketua2 Bahagian 160 org yg berdiri menyokong membabi buta dibelakang beliau.

Ini lah 'Jemuan2' Pengilap Epal sebenarnya.....'Jemuan2' yg rendah jati diri dan harga diri ..1 sen pun tak guna .. serupa saja dgn ketua yg mereka 'pura' sokong.

Tetapi jika ada yg beranggapan bahawa 'Jemuan' yg dimaksudkan oleh Presiden itu dituju pd Tun M dan Tun Daim....atau TPM...atau Mukhriz dan mana2 ahli yg tidak sehaluan dgn dia ..sy rasa sedih dan kasihan pd dia kerana bukan sahaja dia lemah dlm pentadbiran negara (sperti yg umum berkata saban hari dan waktu)....TETAPI DIA JUGA JAHIL DAN BODOH JIKA BERANGGAPAN BEGITU.

Seperti yg Dato kata diatas;
betapa 'kanyiak' dan berhingusnya nya Ahmad Maslan dlm perkara ini.....begitulah sy beranggapan tentang betapa 'kanyiak' dan berhingus 'Boss' dia.

Dato....dulu kita kata ada 2 cara..."change or be changed"....tetapi kini sy lihat 1 cara sahaja...'Remove' sahaja.

Parti bukan milik persendirian.

Terima kasih

noordin mohamood said...

Salam DAKJ,

Saya ingin merujuk kepada komen dato kepada penghujjahan Kluangman pada artikel 1MDB: Ketua Juruaudit Negara Harus Cepat.

1. Dato menggunakan istilah sahabat- sahabat Anwar yang juga penyokong Dr Mahathir.... dari 3) hingga 9) manakala 10) Yang lain adalah sejarah.

2. Ini bermakna mereka ini baik dan rapat dengan Anwar dan Mahathir. Saya jangka mereka ini bukan TS Aziz Shamsudin dan TS Megat Junid.

3. Bila mengenangkan peristiwa tersebut, saya selalu teringat kepada TS Yahaya Ahmad dan Dato Wan Adli Wan Ibrahim. Mereka berdua ini rapat dengan kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar. Sayangnya pada 1997/98 itu mereka telah meninggal dunia. Kalau tidak mungkin mereka berdua boleh menjadi pendamai. Itulah takdir..

4. Saya beranggapan Anwar terlalu confident dengan penguasaannya dalam UMNO dan terlalu tegas dengan prinsipnya untuk tidak bail out syarikat kerajaan yang rugi. Perselisihan isu IMF adalah segalanya.

Wallahuaklam.

buah kerdas said...

Tak sangka pula Dato' menulis "Buat waktu ini, hanya Majlis Tertinggi Umno boleh mengubah atau menyingkirkan Mohd Najib. Tetapi ia dalam genggaman Mohd Najib dan PEJnya.

Lagipun terlalu banyak hipokrasi dan penyelamatan diri (self preservation) di kalangan ahli MT. Masing-masing takut dilondehkan."

UMNO yang Melayu beri kepercayaan kini telah ditenggek oleh parasit politik dan sememangnya sedang sakit. Bak kata TDM, "Rotten to the core."

Namun kita masih lagi belum berani menganjak paradigma untuk membentuk struktur kuasa kepimpinan Melayu di luar UMNO.

Pakcik said...

Penat sudah nak menegur tapi nmpknya tiada perubahan, yang saya nmpk ialah macamana nak buat supaya pilihanraya awal (snap election) diadakan...pulangkan mandat kpd rakyat, jika yakin anda betul dan ada sokongan majoriti..kena takut?

kampong lad said...

gst

tak ingat menteri mana yg kata tapi masih ingat apa yg dia kata;

1. gst akan menambah pendapatan negara sebanyak 6 biliyon - dia tak habaq yg 6b tu dari rakyat.

2. kerajaan laksana gst kerana tau ada pihak tak bayaq cukai & tau siapa.

dah tau pihak mana, pi cari depa la, awat cari rakyat?. kalau nak tangkap udang, tauk pukat udang, jgn tauk pukat jerut.

msh said...

Betul.
Masih tidak terlambat..demi negara... bangsa dan ugama.

Presiden Parti Melayu....kini sudah hilang kawalan......nmpak mcm serupa cerita lagenda 'Emperor Nero' bila Rom dibakar/terbakar...menyalahkan org lain pula.

Gus Dur said...

Walau saya cuba bersangka baik..

Terlalu banyak perkara yg meragukan dlm kerajaan Najib yg tidak dirungkai dgn jelas & menimbulkan persoalan adakah DS Najib ini seorang baik..

Kes bulan INI

1. Kes Altantuya- benarkan Najib tak terlibat?
2. GST- Rakyat hanya mahukan JAMINAN itu maksud Ku Li, ketika 1MDB masih gagal dijelaskan dgn baik..

Gagal menyampaikan Idea yang difahami ialah kegagalan demokrasi jika RAKYAT percaya kepada penipu,

ITU juga kesalahan Kerajaan DS Najib yg tidak mampu menjelaskan FAKTA mengikut TAHAP pemikiran SEMASA.

Ku Li telah menyampaikan SUARA RAKYAT. Jika Kabinet DS Najib gagal menjelaskan, dan hanya mampu mengejek Ku Li melalui Blogger Upahan, maka bersedialah anda semua didakwa pada tahun 2018..

Kepada politicians hingusan jgn cuba merendah2kan pendapat Ku Li dgn alasan beliau ex S46. Beliau juga ex Chairman World Bank., refer wiki.Manusia berubah, setidak2nya mengutarakan pendapat relevan.

maae said...

Pandangan saya, Ku Li tidak sepatut nya mengeruhkan keadaan di Dewan Rakyat. Jika kita politikus berwibawa, jika masih setia kepada Umno, runding sahaja di meja bulat. Tertutup. Bukankah Melayu itu maju dengan bermuzakarah ? Kuat dengan saf-saf ? Ambil kata Najib - SO LI DA RI TI. Jika beliau ikhlas, kenapa tidak bersemuka dengan mantan-mantan tokoh Umno terdahulu ? Mungkin Datuk boleh jelaskan lebih terperinci.

Sekarang kita lihat menteri-menteri Umno tidak tahu apa bendak buat. TPM mungkin sudah letih. Zahid terbelenggu dalam masaalah KDN sendiri sehingga kini mana hitam, mana putih nya tiada platfom. H2O (orang sebut) tidak dapat bergaya lagi. Kebanyakan ahli-ahli Umno tidak dapat membalas serangan pembangkang waima peluru kapur pun mereka tersentak katak!

Kita lihat bajet PMO. Kita lihat keperluan mendadak apa pembelian tersebut atau sudah di rancang bertahun sebelum nya. Beberapa tahun terdahulu, negara kita memang mengalami kemelut kewangan sebelum Najib. Mungkin banyak pembangunan dan perancangan tertangguh. Tidak adil jika hanya Najib menerima beban ini. Malah budak T4 tetap menggila dengan perilaku yang tidak bersesuaian (orang yang tahu berkata)

Apa pilihan yang Melayu ada ketika ini ? Di telamln mati emak, di buang mati bapak. Isu kalimah Allah, mereka tetap berdegil dan melawan. Isu hudud menjadikan Pas tunggang langgang. Isu Anwar, sampai ke sudah rakyat di "dodoikan".

Sekarang untuk kita berfikir. Siapa jemuan ? Siapa pula penggilap kepala botak ? Di mana mereka ini ? Di luar atau teraju Umno sendiri ? Ku Li sudah pernah "mematikan" Umno...

Maka Datuk ikhlas lah. Kenapa Najib mesti berundur ? Siapa yang layak menggantikan beliau ? Orang seperti saya inginkan suara-suara Melayu, bila menyeluk pekasam, biar lah sampai ke pangkal lengan. Bila orang berbudi, kita masih boleh ingat untuk berbahasa. Bukan seperti pihak yang sudah di beri, masih tamakkan beberapa gunung emas lagi. Nabi besar kita di beri pilihan, namun baginda tetap juga memilih keimanan dan berusaha sepenuh raga sehingga menjadi Pemimpin Agong !

Kampong man said...

Salam,

1.Tidak ada sebab Najib mesti tidak meneruskan mandat yang diberi padanya sebagai PM Malaysia.
Beliau mewarisi berbagai masaalah ciptaan PM dulu dan yang lepas.

2.UMNO/BN tidak mampu berpecah belah saperti parti parti lain.UMNO dilandasan yang betul dan terbaik bagi memenangi PRU 14 dengan lebih baik satelah kita lihat berbagai kelemahan parti lawan yang terus bertelagah sesama sendiri tidak habis habis.UMNO tidak

3.Tidak ada siapa yang dapat menggugat kedudukan Najib melainkan atas kehendak ahli dan perwakilan UMNO.Tun,Daim dan Ku Li sepatutnya membantu menguatkan parti UMNO bukan cuba menurunkan leadership UMNO.Cukuplah dengan apa yang terjadi pada Tunku,Hussein Onn dan Pak Lah.

4.Tun gagal mengadakan succession plan bagi leadershipUMNO dari dulu lagi dan apa yang kita lihat adalah hasil terbaik dari perancangan beliaulah.Tun dalah memilih DSAI sebagai TPM.

5.Najib harus diberi peluang meneraju negara sehingga mandatnya tamat .Di PRU 14 .Rakyat akan membuat keputusan dan memilih semula siapa yang layak.No big deal.Kita bukan Thailand dan saperti satengah negara lain didunia sentiasa menukar ketua negara sesuka hati.

6.Kita boleh tidak bersetuju dengan 1MDB dan berbagai isu hangat saya yakin Najib tidak mudah digantikan semudah itu.Best of luck to bloggers yang mengsensasikan berbagai isu bagi menjatuhkan PM.Hanya Allah yang mengetahui.Wallahwu'alan.

JMS said...

DAKJ,

Diakui Najib mempunyai tentera PEJ di dalam UMNO yg kuat yg sukar digugat oleh sesiapa jua pun. Mereka akan terus menyalak dan menyalak mempertahankan bosnya. Masakan tidak kalau habuan yg diterima melimpah ruah. Cuba google Syed Ali, betapa banyak jawatan yg dipegangnya dalam syarikat yg tersenarai di Bursa Saham.

Namun demikian, sebagai hamba Allah yang masih berfikiran waras, masakan tidak sesaat pun beliau tidak tersentuh oleh 'conscience' atau rasa bersalahnya berhubung isu-isu yang dibangkitkan saban hari. Inilah nanti yang akan sedikit demi sedikit menghantuinya dan pada akhirnya memakan dirinya sendiri tanpa dapat diselamatkan oleh sesiapa. PEJ-PEJ akan bertempiaran lari lintang pukang memburu bos yg baru.

Oh Malaysia Tanah Airku

JMS said...

DAKJ,

Diakui Najib mempunyai tentera PEJ di dalam UMNO yg sukar digugat oleh sesiapa jua pun. Mereka kan terus menyalak dan menyalak mempertahakan bosnya. Masakan tidak kalau habuan yg diterima melimpah ruah. Cuba google Syed Ali, betapa banyak jawatan yg dipegangnya dalam syarikat yg tersenaarai di Bursa Saham.

Namun demikian sebagai hamba Allah yng masih berfikiran waras, masakan tidak sesaat pun beliau tidak tersentuh oleh 'conscience' atau rasa bersalahnya berhubung isu-isu yang dibangkitkan saban hari. Inilah nanati yang akan sedikit demi sedikit menghantuinya dan pada akhirnya memkan dirinya sendiri tanpa dapat diselamatkan oleh sesiapa.

Oh Malaysia Tanah Airku

Ibnu Din Assingkiri said...

Ke Urat Leher
(Syair-Pantun)

Rakyat semakin merasa rimas
Banyak sangat jawapan kabur
Adakah jemuan sedang cemas
Semakin dekat akan terkubur.

Doktor Umum semakin galak
Ke urat leher doktor menekan
Sampai bilakah boleh mengelak
Semakin lama; semakin sakan.

Jawab segera jangan berdalih
Rakyat sekarang semakin pandai
Jikalau letih segeralah beralih
Jangan sampai semua tergadai.


Mac 2015
Bukit Tambun, Pulau Pinang.

fingerpointstomoon@theylook@finger said...

Arab money was supposed to come in, in forms of investments and Malaysians were supposed to benefit in terms of jobs creation, etc. But the only thing they did so far is bringing in their virtual money, do some big deal publicity stunt and after flipping the land, etc., they get out with Malaysian money in their pockets, while none of the Arab money shows up. And that is what's in Iskandar and Tun Razak Exchange .... they took us for a ride and make suckers out of us.he3-sarawak report on why Al Qubaishi being paid by Low Tek Jho

azhar said...

salam dakj

adakah ku Li masih mempunyai maklumat atau acces maklumat tentang ekonomi negara dengan betul,tepat serta terkini sebagaimana ketika dia menjadi menteri kewangan?

dia kena jelaskan kelebihan-kelebihan sistem cukai sekarang(bukan GST)dan senaraikan keburukan sistem gst kepada rakyat.bercakap secara general ini banyak persoalan.

hutang isi rumah dan hutang kerajaan lebih bersifat cara bagaimana rakyat dan kerajaan menguruskan wang.
so cara menguruskan wang itu perlu ditekankan.berhutang itu boleh tapi elakan lebih baik.

gst menambah ketelusan mengurangkan ketirisan.ia pasti tidak mengembirakan bagi mereka yang telah terbiasa dengan amalan biasa sebelum ini.

maklumat urusniaga jual beli secara benar,jujur,betul,bersih dan tepat perlu diberitahu itu adalah baik untuk negara dan rakyat malaysia.

Umar Abdul Aziz said...

En Kamal.

Terima kasih dan syabas.

Setuju 100% dgn komen sdr.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum sdr harun noordin.

Berdasarkan bukti memang TDM tu berhati busuk.

Harapkan rupa je handsome hingga ramai perempuan Melayu ingat dia baik spt rupanya.

Memilih Najib dan menteri2 pembodek yg pandai berlakun dan menzalimi Anwar yg berani mengkritik TDM menyerlahkan lagi perangai buruk TDM yg sebenar.

Sayang sudah terlambat. Masyarakat melayu sudah terlalu rosak hingga tak boleh kenal penjahat negara.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum.

Tapi Najib belum didapati bersalah oleh mana2 mahkamah kan?

Dan dosa liwat jauh lebih besar dari curi/salah guna wang rakyat kan?

msh said...

Salam Dato.

Apa yg hebatnya tentang Bangsa Melayu;

Jika Parti Umno dan Ketua No 1 laki bini yg mengarut....mabuk kuasa dan lemah tetapi masih dijulang oleh 'hulubalang' yg dajal dan 'celaka' (pinjam dari kata2 Ryan dari Dap)?

Apa yg hebatnya dgn Bangsa Melayu;

Jika Parti Pas dan Ketua2nya bercakaran sesama sendiri dan tetap mahu bersekongkol dgn Dap Lakhnatullah (yg terang2 anti Melayu dan Islam) serta Peliwat sekeluarga ?

Apa yg hebatnya dgn Bangsa Melayu;

Jika majoriti bangsa yg melebihi separuh bangsa dari 18 juta org Melayu masih bergelut dlm kesempitan....dan memonopoli semua jenis kemiskinan...sedangkan ketua yg disanjungi melaram sana sini seperti dewa dan dewi?

Apa yg hebatnya dgn Bangsa Melayu;

Jika cuma mampu hidup kaya raya jika masih mengharap belas ehsan dari Kerajaan dlm serba serbi?

Apa hebatnya Bangsa Melayu;

Jika menjadi mewah semata2 dgn wang rasuah yg diberi seperti 'anjing diberi tulang' okeh tuan dia?

Apa hebatnya dgn Melayu;

Jika menjadi senang lenang pula lupa pd asal usul dan lupa pd kesusahan dulu dan enggan menolong bangsa sendiri yg susah?

Apa yg hebatnya dgn Melayu;

Jika yg kaya raya melimpah ruah cuma 10/20% dari bangsa sendiri?

Betul lah apa yg org selalu berkata;

"KALAU TAK GAH BUKAN MELAYU...WALAU PAPA KEDANA PUN MASIH NAK BERGAYA".

Rakyat yg majoriti hingga belasan juta hidup separuh nyawa bergelut nak sara hidup satu keluarga.....tetapi ketua2 sebaliknya.

Tidak cukup dgn 4 jet ditambah lagi 1...tidak cukup dgn gaji Menteri dibalun projek2 rakyat dan ditambah dgn duit rasuah berjuta2....hingga berbilion2.

Apa hebatnya dgn Melayu?

APAKAH BANGSA YG KUNONNYA HEBAT INI MAMPU BERTAHAN DAN KEKAL DGN KUASA LAGI 1 ATAU 2 DEKAD LAGI....JIKA SESUATU TIDAK DILAKUKAN DGN SEGERA?

Terima kasih.

akaz said...

Jika ini berlaku, maka ada benarnya teori R.A.H.M.A.N ini. Kalu tersungkur melayu maka nama NAJIB la dikaitkan sebagai punya dan angkara.

Rosiah Ismail said...

Ada pengampu tegar kat sini kata nya kerana umno la mereka bersara dengan selesa ini nama nya orang pentingkan diri sendiri aku senang orang lain peduli apa.....UMNO ni parti yang pernah diharamkan maka saki baki haram itu ada juga....

RD. said...

Saya meluat betul.
Apabila Tuan Punya blog sedang mengatakan mengenai teguran Tengku Razaliegh vs PM Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan yang boros & banggang dalam 'mencatur' kewangan Negara/Rakyat, ada pula yang menyanjung tinggi bekas PM/Banduan yang pernah terbukti di Mahkamah, menyalah-guna kuasa semasa menjawat TPM. (Mengarah Polis menangkap/mengertak Ummi Hafilda Ali untuk menarik-balik surat yang ditujukan kepada Dr.M., menuduh beliau seorang gila sex dan peliwat. Atas kesalahan itu beliau dijatuhi hukuman penjara 9 tahun).

Paling saya terkejut, ada pula 'jemuan' banggang, menyamar guna nama Melayu (Kamal) menulis:-

"Lagipun bukan ada dalam Quran yang nyatakan melayu akan mati tanpa UMNO."

Mana mungkin ada orang Melayu, walaupun jahil mengenai Al-Quran, tergamak menulis sedemikian. Saya yakin, hanya mereka yang
sangat benci pada UMNO (baca Melayu/Islam) saja, akan tersasul melontar ayat seperti itu.
Lepas tu, ada pula 'penyamar' atau orang yang sama!) mengucapkan Terima Kasih dan syabas kepada 'Kamal'.

Demikianlah mudahnya terdedah kepada tipu-muslihat, mereka yang berpolitik di alam-maya ini secara jujur & ikhlas. Akan ada mereka yang diupah (seperti kata Tuan Syed Akbar Ali pada 3:37pm) ataupun atas sikap tamak dan kepentingan bangsanya sendiri, mereka sanggup 'tutup mata', menipu, memperdaya dan merbahayakan keselamatan Rakyat Malaysia yang majoritynya cintakan keamanan.

Menggunakan nama Khalifah yang begitu disanjungi orang Islam adalah kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi minda anak-anak muda. Maklumlah anak muda sekarang ini, pada pendapat saya, mudah terpedaya dan terpengaruh kerana terlalu banyak terdedah kepada 'keagamaan'*. Oleh kerana Dato AKJ tidak benarkan Anonymous, mereka yang menyamar, lebih mudah dikenal-pasti. Dulu kita ada Din Melaka. Sekarang kita ada seorang yang menggunakan nama Khalifah pula. Berwaspadalah dari dihasut oleh mereka yang mempunyai agenda tersirat.

(Bersambung)

RD. said...

(sambungan)

*Nota:-
Di sini, saya ucapkan 'terima-kaseh' kepada Anwar Ibrahim yang pernah bersama UMNO/BN, dan hasil dari 'penerapkan nilai-nilai Islam' beliau di sekolah-sekolah dan di dalam pentabiran Kerajaan. Saya inverted comma kan terima kaseh, kerana tujuan utama penerapan nilai Islam itu adalah untuk menyaingi Pengaruh PAS dan meraih undi dari kalangan orang Melayu.
Bukan kerana Allah, semata-mata.

Disebalik kehebatan berlakon dan beradu, di atas ranjang atau pentas politik, keunggulan beliau tidak dapat disangkal. Memang Anwar seorang yang hebat, terbilang dan layak digelar sebagai 'Anugerah Tuhan' kepada agama apa sekalipun. Sejak 1997 lagi, dalam sidang Parliament, Karpal Singh dan Mat Sabu menuduh TPM ketika itu, seorang peliwat, nama beliau telah meniti dibibir rakyat Malaysia dan dunia. Sudah hampir 20 tahun Anwar menjadi tajuk utama berita, hampir setiap hari, didada akhbar, radio dan TV. Anak saya yang berumur 3 tahun sekarang pun, akan terpekik-terlolong jika melihat wajar Anwar di television. Yang paling menghairankan, Anwar di sokong pula oleh Kerajaan Amerika, yang banyak campur-tangan politik
dalaman di Negara, hampir seluruh dunia yang kemudiannya semua mengalami pertumpahan-darah yang lebih teruk. Di Negara tersebut, semuanya mereka sokong pembangkang, kononnya atas nama demokrasi. Tetapi di Arab Saudi' yang mereka mempunyai Pengkalan Tentera, mereka boleh tutup-mata pula dengan pemerintahan beraja yang tidak demokratik dan menindas kaum wanita.
Terbaru campur-tangan mereka ialah di Ukraine, dimana MH17 di tembak jatuh. Mungkinkah trajedi MH370, sebulan sebelumnya, di'adakan' untuk mengabui mata masyarakat dunia mengenai konflik di Ukraine dan pada masa yang sama untuk merenggang hubungan baik Malaysia-China? MH17 pula untuk mengait dan memburukkan Russia/Putin dimata Dunia?

Di samping itu, Anwar juga mendapat sokongan kuat dari NGO/Media yang boleh dikaitkan dengan pengaruh liberalisma yang berakar-umbi di Amerika. Mungkinkah, jika satu hari nanti, Pakatan memerintah Malaysia, kita akan membenarkan Amerika membina Pengkalan Tentera, terutamanya di Sabah untuk menyaingi pengaruh China di Laut China selatan?

Saya harap Rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh atau tertipu dengan janji dan ucapan ahli politik dan kemudian membuat keputusan salah dengan menyokong mereka membabi-buta. Contohnya, mereka yang memangkah PAS, PRU13. Sekarang kita sudah ada Hudud di Kelantan. Seperti di Acheh, dulu pun mereka kata, undang Syariah hanya untuk orang Islam saja, tapi sekarang ini, orang bukan-Islam pun tertakluk.
'PAS for All', mungkin ada kebenarannya yang tersirat.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum sdr MSH.

Terima kasih dan syabas kerana sedar bahawa bangsa Melayu tak sehebat gempak pemimpin UMNO atau media yg mereka kawal.

Menyedari hal yg menyedihkan ini saya berpendapat agar setiap orang Melayu yg berkeupayaan membantu Melayu lain terutama yg miskin perangai dan ekonominya..

Tanya diri kita setiap hari adakah kita telah menolong Melayu lain hari ini?

Baik UMNO, PAS , PKR , DAP dll. Kalau rakyat biarkan pemimpin parti2 ini berlagak macam tuan bila dapat kuasa maka rakyat juga wajib ditempelak.

Bukankah yg hebat menulis disini juga rakyat yg masih sekongkol dgn UMBO?

Apa hal cakap tak serupa bikin?

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum sdr Rosiah

Saya setuju sangat dgn pendapat sdr . Ramai pesara dan kakitangan kerajaan berfikiran bahawa oleh kerana nereka agak selesa ( ternasuk punya sedikit kuasa untuk rasuah dan berlagak) maka nereka lupa nak fikur nasib cucu cicit nereka sendiri.

Mereka tak mahu berubah atau berfikir sebab keoentingan peribadi iaitu tumpang rasuah bersama penimpin pokitik yg rasuah.

Bukan tak ada yg baik2 tapi akan disisih. Tak akan naik hadi jeneral. Tak akan jadi ketua polis daerah apalagi negeri. Tak akan jadi hakim mahkamah sesyen apalagi nak jadi hakim mahkamah tinggi. Tak akan jadi professor apalagi nak jadi naib censelor.

Bukankah dunia ini syurga untuk si kafir.

Jangan terlalu sedih kalau berpangkat rendah gara2 tak pandai gosok atau ampu.

Rezeki halal dan berkat lebih mudah membawa kita ke syurga yg kekal.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

1 Syukurlah kalau sdr RD ini orang Islam. Kalau bukan sila beritahu.

2. Bila mahkamah menghukum mantan menteri besar Selangor iaitu Dr Khir Toyo bersalah dalam kes rasuah tiada siapa minat nak bela beliau hingga sanggup berdemo kalau memang beliau tak bersalah atau dikambing hitam.

3. Bergitu jugak bila mahkamah menghukum bersalah ke atas botak chin, karthigesu, mona fendi dan Dato mokhtar hashim tiada siapa di kalangan rakyat yg bangkit berdemo.

4 Dalam kes Anwar di dapati bersalah oleh mahkamah ( mahkamah kanggaro?) baik dalam kes rasuah maupun sodomi , ramai rakyat yg cerdik hingga tak boleh terima keputusan kerajaan melalui institusi mahkamah. Sebab itu nereka berdemo perjuang nasib rakyat yg dibuli.

Mungkin RD adalah segelintir org terpelajar yg percaya Anwar bersalah. Itu hak sdr kalau itu memang kata suara hati sdr RD.

5. Tiada siapa kata seseorang yg mengguna nama baik itu akan menjadi baik. Sama juga jika sdr minat nama RD, tiada siapa kisah dan tiada pulak orang mengaitkan nama itu dengan perkara yg buruk. Apa ada sangat pada nama. Buat kata DAKJ kalau nak bunuh hujah sdr RD kena matikan hujah . Jangan merapu dgn perlekeh nama pembawa hujah.

6. Soal hudud yg di perjuang PAS. Mereka baru menang round pertama di DUN Kelantan.. Tak boleh laksana dulu selagi belum di lulus di Parlimen. Bila berhujah tanpa fakta nanti takut Najib kata sdr RD bangang.

7. Soal hudud lagi. Kita perasan satu perkara tak. Kalau betullah hukum hudud yg sedang di ketengahkan oleh PAS tu satu dosa atau kesilapan besar kenapa tiada seorang mufti pun yg membantah besar2an. Adakah ilmu org macam RD setaraf mufti dalam soal hukum hakam dalam Islam?

Maaf kalau komen saya agak kasar.

Umar Abdul Aziz said...

Membenarkan Pangkalan Tentera?

Pertama macamlah Amerika tu ingin atau bodoh sangat. Pangkalan tentera yg Amerika sedia ada di Singaoura dan Filipina tu nak buat simpan besi buruk.

Tak pasal2 kapal selam mereka tak boleh menyelam.

Kedua jangan terlebih berteori nak cuba mengambarkan PR yg belum pun pegang kuasa kerajaan pusat.

Cuba fokus juga terhadap berbillion rgt duit rakyat yg Najib bayar pd punahsihat termasuk org Yahudi dan Amerika.

Kesimpulan: Jangan jadi perompak teriak2 orang baik sebagai perompak.

RD. said...

Jadi, Khalifah 'Umar Abdul Aziz' tidak sokong Hudud PAS?

Saya RD, membantah keras Hudud ala-PAS kerana jelas tidak adil terhadap orang Islam* dan mereka yang memangkah PAS, PRU13.

Mereka laungkan "PAS for All", tapi mengapa bila Hudud-PAS dilaksanakan, ia hanya tertakluk kepada orang Islam? Ini jelas bercanggah dengan slogan yang dicanang.

*Sebagai contoh: (Seperti Dr.M pernah terangkan) Orang Islam kena potong tangan, tapi bukan Islam kena penjara 1 bulan saja kerana mencuri benda yang sama.

Orang Islam yang dipotong tangan itu sudah 'terhumban' dalam category OKU, dan masyarakat pula yang terpaksa menanggong kehidupannya, seumur hidup. Bukankah ini kerja bodoh atau banggang?

Tanpa sebelah tangan dan jika telah insaf, untuk berjuang mempertahankan Negara pun akan menjadi sukar. Disebaliknya, jika orang itu bersifat pendendam, beliau akan bertukar menjadi agent musuh.

Khalifah Omar mungkin mempunyai alsaan tersendiri, tidak sokong Hudud PAS yang sudah separuh-jalan berjaya, bersama dalam Pakatan.

RD. said...

Bekas MB Selangor yang pernah di tahan di Australia dengan beg berisi cash 3juta, pun boleh diangkat sebagai juara bila beralih menyokong Pakatan.
Saya yakin jika Khir Toyo menyokong Pakatan kelak, dan bertanding mewakili DAP pada PRU14, Khalifah Omar akan memangkah beliau.

Dan janganlah tunjuk banggang, menyamakan "botak chin, karthigesu, mona fendi dan Dato mokhtar hashim", dengan ahli politik kesayangan kamu, yang disabitkan bersalah meliwat tukang bancuh kopi sendiri.

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir...

Diharapkan pak Kadir buatlah lapuran polis secara rasmi, supaya boleh dibawa kemahkamah untuk UMNO dibatalkan, & mudahlah kerja DAP&PKR, untuk rampas kuasa, kita jadilah negara DEMOKRASI TOTAL betul?...

Dalam pemerhatian saya, seolah olah blog pak Kadir ini telah dibeli oleh UMAR ABDUL AZIZ..betul ke pemerhatian saya ini?..
Berapa nilai blog ini pak Kadir?..

azman said...

Assalamualaikum wbt..

Al Umar al aziz,
Duit bro..$$$...cuba tanya berapa duit yg anu arr tabur?..
Yang last ni nape tk ramai? Sbb fulus mahfis..maka tinggal la....malas aku nk ckp..LU PIKIR LA SENDIRI..

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ

Ulamak PAS yg bukan calang2 ulamak maukan hukum hudud. Mesti ada sebab.

Dalam beberapa hari ni ulamak kerajaan terutama yg berjawatan rasmi mengambil sikap diam itu emas.

Saya dan RD yg sama2 tak mendalam ilmu agama lebih baik jangan menyebuk.

Kalau pun usul di parlimen gagal ( inshaAllah akan gagal) org PAS akan kata kami dah cuba sedaya upaya.

Dan pencacai UMNO tak boleh lagi kata PAS dah melencung drpd perjuangan Islam hingga lupa hudud semenjak dua menjak berkawan dgn DAP.

Moral ceritanya ialah dalam hal2 lain pun selalu merapu, dalam soal agama jangan terlebih menyampuk. Mudah sangat terserlah kebodohan .

Tinta Hitam said...

Datuk,

Yg bising cuma sebahagian dari rakyat sahaja.Cuba pergi ke kubu kuat UMNO dikampung2 dan Tanah rancangan yg memberi kemenangan 88 kerusi kepada UMNO.Adakah mereka juga berfikiran sama mcm kita? Saya yakin mereka akan kata " GST itu utk kerajaan dpt duit dan dibelanjakan utk rakyat.Jadi apa yg ruginya GST ini?"

Jadi PM Najib nak takut apa? Apa pun dia akan menang dlm PRU14 ini.Kemungkinan besar dengan bantuan PAS..

Umar Abdul Aziz said...

Sdr Azman.

Walaupun ramai blogger ambil upah dari bajet PMO, jangan samakan mereka dgn menuduh DAKJ.

Kalau semua org boleh dibeli macam gerombolan blogger bangang yg disebut Najib maka tiadalah penentang UMNO.

Kalau sesiapa pun nak menulis seberapa banyak setiap hari ke blog DAKJ saya rasa tentu dialualukan oleh tuan punya blog tanpa perlu rasuah apa2.

Cuma kalau tak boleh atau tak mampu tolong jangan beri macam2 alasan yg mengjengkelkan.

Umar Abdul Aziz said...

Hanya yang bangang gagal melihat sesuatu penghakimam itu di pengaruhi atau penghakiman itu bebas arahan politik.

Terbaru gangster2 yg ceroboh masuk DUN Pulau Pinang kena hukum cuma rm1500.

Dalam pada itu 13 org PAS yg membantah perlantikan Zamri selepas rampasan kuasa di Perak didera dengan denda rm5000 dan penjara 10 bulan.

Orang buta hati akan gembira lihat org PAS didouble standard.

Org bersih hati diberi Allah petunjuk mengenali bahawa hukuman ini untuk menakut2kan penyokong PR.

master said...

Saya tak berapa yakin TS Yahaya Ahmad akan jadi pendamai. Jikalau beliau masih hidup tentu dia harus memilih Mahathir atau Anwar sama macam Zahid Hamidi, Khalid Ibrahim, Muhammad Taib, Rahim Ghouse dan lain-lain.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

Ada pendapat mengatakan apa yg Ku Li cakap tu sebagai " too little too late".

Selagi Ku Li tu sihat dan mahu menebus kesilapan masa lalu maka inilah masanya.

Tak cukup dgn ucapan menghentam Najib.

Rakyat perlu lebih dari ucapan.

Lupakan sejarah lama dgn TDM hingga Ku Li terpaksa tubuh Semangat 46.

Tujuan murni adalah bagaimana nak selamatkan rakyat dari geng Najib.

Ku Li bersama2 dgn wakil rakyat UMNO yg masih siuman kena berkawan dgn PKR, PAS DAN DAP sesuai dgn suara hati yg beliau canangkan.

Kalau Ku Li boleh diangkat sebagai ketua baru secara consensus silakan. Tapi kalau Ku Li ikhlas jangan jadikan itu sebagai prasyarat. Sebab Anwar jauh terbukti lebih layak dah berbelas tahun ni tanpa Ku Li pun.

Harus diingat sebagai pembangkang dgn bendera Semangat 46 Ku Li dah kalah atau mengaku kalah bila setuju bubar Semangat 46. Perbuatan bacul oleh seorang politik tak tulin yg berjuang bukan kerana agenda rakyat tetapi marah pd TDM.

Lagi pun sewaktu Ku Li jadi menteri apalah sangat jasa beliau kpd rakyat.

Apa bila Anwar dan rakan2 membentuk pakatan pembangkang apa suara2 yg sinis berkata " tenguklah nanti. Sedangkan Ku Li pun dgn Semangat46 beliau bungkus, inikan pulak Anwar"

Kini selepas 17 tahun suara sinis tu ternyata terbukti tak betul. Kerana PR semakin kuat dan kalau bukan kerana pengadil menipu PR dah pun jadi kerajaan pusat.

Tak pe. Itu serba sedikit latar belakang Ku Li sebagai org politik berbaur UMNO.

Beliau tak pernah terlambat jika sanggup kena buli dgn aparatus berkuasa. Beliau sanggup tak?

Jangan lupa. Dalam UMNO Ku Li dah lama melukut je.

Kawanlama said...

AsSlm Datuk Kadir,

Kalau KuLi terlalu faham dan duduk dalam Parlimen begitu lama, sudah tentu beliau telah mendengar bagaimana kertas belanjawan dan ucapan PM menjelaskan kedudukan pendapatan, khususnya jumlah anggaran kutipan GST dan cara agihannya.

Kenapa dan mengapa isu-isu sebegini masih berbangkit dan yang membangkitkan pula orang yang kononnya amat faham ilmu ekonomi, baik ahli politik atau penulis politik.

RD. said...

'Khalifah Omar' mungkin lupa bahawa enakmen Hudud yang akan dibawa ke Dewan, hanya memerlukan 'majority mudah' untuk diluluskan.

Cuba kira berapa kerusi UMNO & PAS sudah ada dalam tangan sekarang.

"Kalau pun usul di parlimen gagal (inshaAllah akan gagal) org PAS akan kata kami dah cuba sedaya upaya."

Nampak seolah-olah orang yang menggunakan nama Khalifah terkenal ini, tidak sokong Hudud PAS. Ni sudah pelik. Sudah bertentangan dengan pegangan 2 Khalifah moden hari ini, di Syria dan Nigeria. Dah la tak sokong. Lepas tu cuba untuk 'mengajar' Haji Hadi dan PAS bagaimana untuk berdolak-dalih dan beri alasan, jika Hudud gagal dilaksanakan.

Sekarang sudah jelas bahawa bukan saja Pemimpin Politik Pembangkang mahir memutar-belit sesuatu issue. Penyokong dan media tajaan mereka pun, sama hebat.

Nasib baik Din Melaka sudah tiada. Kalau tidak, saya sudah tentu akan membuang lebih banyak masa melayan putar-alam mereka.

Kawanlama said...

Thank you for your practical view and I absolutely agree with you Sir.

RD. said...

Terima Kaseh kepada 'Khalifah Omar' kerana masih menyanjung tinggi ahli politik yang "berbaur UMNO". Malah, orang yang amat disanjungi beliau dan mahu diangkat sebagai bakal penganti Najib, juga 'berbaur UMNO'.

Yang pelik, 'Khalifah Omar', dari penulisan beliau yang lepas-lepas, amat bencikan Tun Dr.M. Sepatutnya Dr.M diberi penghormatan kerana 'membenarkan' Anwar 'berhijrah' dari ABIM ke UMNO, pada 1982. (PAS amat marah ketika Anwar masuk UMNO)

Kebanyakan pemimpin PKR, termasuk ramai pengasas yang sudah tarik-diri, berasal dari UMNO. Azmin Ali yang dibawa masuk Anwar sebagai 'Pembantu Peribadi' pun direstui Dr.M sehingga sanggup menepong-tawar majlis persandingannya.

Jika Tengku Razaleigh membubarkan S46 dan dianggap sebagai:-
"Perbuatan bacul oleh seorang politik tak tulin yg berjuang bukan kerana agenda rakyat tetapi marah pd TDM",
apa bezanya Anwar yang sudah tentu lebih marah lagi, dipecat oleh orang yang sama kerana moral yang jijik.
Hakikat sebenar yang tidak boleh dinafikan, penubuhan PKR adalah untuk mem'bersih'kan Anwar dari masaalah moralnya sendiri.

'Khalifah Omar' jangan buat-buat lupa bahawa amalan politik WANG dalam UMNO, dipelopori oleh ahli politik kesayangan beliau.

Jika agenda Anwar adalah untuk membela Rakyat, mengapa satu habuk jasa pun tak nampak selama "berbelas tahun" bersama UMNO? Yang saya tahu, ramai orang muda di Permatang Pauh boleh pakai Pajero, ketika beliau menjawat Menteri Kewangan, cum Timbalan Perdana Menteri.

Penyerahan dua Jawatan Besar itu mencerminkan bertapa besar harapan dan kepercayaan Tun Dr.M terhadap bekas anak-didik/asuhan sebagai mengantikan beliau. Saya pasti Dr.M mesti teramat menyesal kerana menolak membabi-buta laporan risikan yang dikemukakan Ketua Polis Negara, awal 1990an, mengenai moral buruk timbalan kesayangan beliau itu.

azman said...

Assalamualaikum wbt. Pak Kadir...

Umar Abd Aziz,
Terlebih dahulu saya mohon kemaafan kpd tuan empunya blog, jika saya menulis mengikut nafsu & tidak ada fakta serta membuat tuduhan melampau..

Kpd sdr. UAA, janganlah marah sangat, kerana saya berkata mengikut andaian saya sahaja, jika ianya tidak betul harap maafkan saya yg jahil ini..wallahua'lam..

borhan said...

Banyak orang cerdik tetapi tengoklah dimana mereka simpan otak mereka.dalam kepala lutut ke atau pada tapak kaki.kalau simpan otak pada tapak kaki tak bolehlah nak jadi menteri.ia lebih sesuai main bola nanti boleh bawa malaysia masuk pusing akhir piala dunia..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).