Wednesday, April 01, 2015

Selamat Menunaikan GST


A Kadir Jasin

GST bukan jenaka, lawak, tipu atau olok-olok April Fools. Itu bukan kata saya. Itu kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.


PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]



Dalam bahasa orang putih dia kata: "This is not an April Fool's joke, GST will be implemented."

(Ini bukan jenaka April Fools, GST akan dilaksanakan.)

Ahmad Maslan: GST (6%) bukan olok-olok
Tidak siapa pun, kecuali “fools” (orang bangang*) menganggap Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagai jenaka, lawak, tipu atau olok-olok.

Semua orang yang siuman, termasuk kanak-kanak sekolah, dan orang yang tidak nyanyuk tahu bahawa menjelang 12 tengah malam ini, bersamaan 1 April 2015, GST akan dikuatkuasakan.

Selamat menunaikan tanggungjawab membayar GST.

Saya kurang pasti sama ada perkhidmatan menggunting, mendandan dan mewarnakan rambut serta membuat rawatan kuku tangan (manicure) dan kuku kaki (pedicure) di rumah dikenakan GST.

Gambar hiasan: Mewarna sendiri tak kena GST
Kalau hendak tahu, tanyalah Ahmad Maslan. Tapi kalau tidak yakin juga boleh tanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek.

Kalau kena GST tentu membebankan sebab khabarnya khidmat mewarnakan rambut di rumah memakan belanja hingga RM1,200. Kalau RM1,200 GSTnya RM72. Jadi kos mewarnakan rambut di rumah mulai tengah malam ini RM1,272.

Tak yakin Ahmad Maslan tanya Hasan
[Tuan punya salah sebuah kedai kopi yang kerap saya kunjungi memberitahu mulai 1 April dia akan mengenakan GST 6%. Sebelum ini dia tidak kenakan apa-apa cukai.]

Jangan mungkiri janji GST
Harap-harap benarlah ikrar GST yang berbunyi “membangun dan maju bersama” selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana GST adalah cukai yang terangkum (inclusive). Siapa berbelanja, tak kira miskin atau kaya, akan kena.

Wallahuaklam.

*Istilah ini dipinjam daripada Perdana Menteri.

46 comments:

Ridd said...

Tahniah buat Dato' Sekeluarga juga.

Ini baru di panggil ulang tahun "ganGSTer Malaya". bukan makan 1% tapi sekali makan 6%. GodFather Malaya 2015.TAHNIAH juga Pada semua Rakyat Malaysia. sebab Rakyat Malaysia Matematik Gred "A Plus".

azhar said...

salam dakj

senarai pembayar dan potensi pembayar cukai negara pun bertambah.

warganegara malaysia(28 juta),warga asing yang tingal di malaysia(2.7 juta).pelancong asing yang melancong ke malaysia(25 juta pertahun),penduduk negara lain yang bersempadan dengan malaysia yang mendapatkan keperluan barang-barang dari malaysia.(singapura,selatan siam,sempadan sarawak/sabah kalimantan hingga sebatik dan persisir pantai sumatera-puluh-ribu lagi)

Suka GST said...

Selamat menyambut Hari GST 1 April 2015

Arjuna kota said...

Bagi saya la Datuk, kita tak perlu mengomel, bising-bising samada GST ni membebankan atau tak. Sekuat mana pun kita bising-bising, ia akan dilaksanakan juga. Kalau betul rakyat rasa terbeban nanti, apa yang diorang boleh buat ialah pangkah parti lain bila pilihan raya umum nanti. Kuasa di tangan anda.
Tak guna kita bising-bising. Depa bukan dengar pun. Datang pilihan raya, just pangkah parti lain. Saya pun akan pangkah Pas mai PRU akan datang jika rasa terbeban ngan GST nanti. Kena bertahan sikit dalam masa 2, 3 tahun ni jika kehidupan jadi tak normal dek kerana GST. Tiba masanya, kita pakat ramai-ramai pangkah parti Pas.

Jabalnur said...

Kalau PAS dah berkuasa dan setelah berkuasa, kerana sebab sebab tertentu naikkan GST ke 12% nak buat apa pula? undi DAP pada PEMILU 2019?

Adorable Pests said...

Looking at how the opposition handles matters and the many unresolved promises they have in their KIV files, what is the point in voting for them? Football teams change players and managers to remain competitive and relevant. Maybe we should too. Why reinvent the wheel?

Zed-85 said...

Sallam Dato,

DS Najib dalam PRU13 pun sudah berkata, hala tuju negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Dengan adanya GST maka rakyat bayar cukai lebih dan pendapatan kerajaan bertambah.

Rakyat yang berpendapatan tinggi dan juga rendah iaitu RM1200 kebawah sama-sama menunaikan GST.

Isu hangat yang satu lagi, hukum hudud nampaknya masih belum ada tarikh ketetapan.

Tetapi GST sudah confirm. Hukumnya GST wajib bayar.

Selamat menunaikan GST.

Janji Ditepati

Alias Bin Hasan 02 said...

Salam DAKJ....

Mereka sedang meruntuhkan keharmonian... Saya dah tak sanggup tengok...

JV said...

Kalau nak elak cukai, boleh lah buat rambut pukul 11:59pm dan bayar secara CBD - cash before delivery.

Kedai kopi Killiney ke Datuk ?

devilmaycare said...

I laughed when I read about China men shops closing because they don't know how to work the gst system. they must have been earning in excess of half a million then. I wonder whether they even knew how to work a simple cash register. that's the problem with Malaysians. not enough people pay taxes and those who do will not pay what they should. just look at the number of Kari kerala ikan stalls, and mamak shops that don't have a cash register or have one just for show. how do they record their sales and earnings then? do they actually pay taxes in the first place. the reality of it is if we aspire to be a developed nation we have to pay taxes. at this juncture we are poor on both counts, payment as well as collection. the government usually relies on working stiffs like me who gets their salaries deducted every month while the kepala ikan fellas makes a killing selling kepala ikans for a bomb and pay a fraction of what they should if at all. the mantra of the developed nation is that nothing is for certain except death and taxes. nothing is free in life and you just have to pay for it. I wish all you politicians and Malaysians can grow up and accept this fact.

A KADIR JASIN said...

1. Alhamdulillah, saya selamat menunaikan GST yang pertama sebentar tadi.

2. Saya makan roti kaya (RM3.60), teh c kosong (RM3.40) dan nasi lemak bungkus daun pisang (RM3.50) yang jumlahnya RM10.50.

3. Cukai kerajaan sebanyak 6% adalah 63 sen.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

noordin mohamood said...

Salam DAKJ,

1. Hari ini 1 April 2015 telahpun berkuatkuasa GST. Sebelumnya kita dihidangkan dengan polemik GST secara meluas, di Parlimen, di media maya fb, media cetak dan pelbagai medium. Rata-rata rakyat telah menolak GST tetapi kerajaan bermati-matian pertahankan sistem cukai baru ini walaupun difatwa haram oleh ulama Islam.

2. Kerajaan telah menang dalam pertarungan ini. GST berkuatkuasa. Kita tunggu dan lihat adakah barangan keperluan harian akan lebih murah konon kos GST telah diserap oleh pengeluar. Hanya itupun yang boleh kita pertahankan. Kita tidak mampu menyekat kemahuan kerajaan. Lainlah kalau 2016 ada PRU. Kerajaan akan cuak juga untuk melawan kehendak rakyat. PRU 2018 lambat lagi dan seperti biasa, rakyat mudah lupa.

3. Situasi paling digeruni sekarang ialah perpecahan semua parti politik di Malaysia apabila PM membuka mulut berkaitan isu hudud. Tidak kira menyokong atau menentang. Kesannya akan segera berlaku. Saya berpendapat LKS mempunyai ketajaman mindanya merentasi garis masa. Walaupun pandangannya atas sifat peribadi dan bukan ketetapan DAP. Saya berharap jika berlaku sedemikian, ianya biarlah berkesudahan memberi kebaikan kepada negara dan rakyat.

4. Segala kepincangan yang berlaku dalam negara masa kini mestilah ditangani sebaiknya. Jadikan isu berkenaan sebagai isu sejagat yang melibatkan negara dan rakyat. Tiada pihak boleh menjadi juara secara hakiki sama ada PR ataupun kumpulan pemikir individu yang memperjuangkan isu ini. Teruskan istiqomah semua pihak. Kerajaan akan terpaksa berubah dengan tekanan semua penjuru.

Wallahuaklam.

Orang Kampung said...

Salam Dato,

Hari ini hari lahir cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia. Semua rakyat malaysia tanpa mengira miskin atau kaya terangkum dalam dasar pencukaian ini dari segi sasarannya . Tak taulah jika kumpulan yang dikecualikan.

Bermula dengan kadar enam peratus percukaian dan 944 kategori barangan dan perkhidmatan dilibatkan serta 36.5 peratus dikecualikan .

Bagaimana pun saya seorang rakyat kategori kampung menjangkakan semua kadar akan berubah selepas PRU ke 14 nanti , jika BN masih kekal memerintah.

Asas jangkaan saya ialah kos pengurusan pengendalian nya , khususnya kos pengurusan kempen untuk membetuk persepsi dan tingkah laku positif pengundi memerlukan kos yang besar. Ini memandangkan kerajaan berhadapan dengan beberapa isu kontroversi yang bersekala besar yang membuatkan sikap atau paling kurang persepsi rakyat terhadap BN atau pemimpin nya negatif. Antaranya ialah isu 1MDB, GST, pemilikan jet eksekutif yang dianggap tidak wajar jumlah nya .Wallahualam.

Rosiah Ismail said...

Assalamulaikum dato n family. OK saya sangat setuju dengan pendapat Arjuna kota....Kota kita bising pun GST tetap dilaksana kalau boikot pun tetap dilaksana apa yang rakyat mampu buat ialah mengambil bahagian dalam PILIHANRAYA dengan penuh aktif untuk menukar kerajaan dari kerajaan yang ada kepada kerajaan baru yang berjiwa rakyat.....selagi rakyat tidak berani menukar haluan selagi itu la kita dalam penindasan rakyat semestinya ada slogan TUKAR KERAJAAN MELALUI UNDI BUKAN DEMONTRASI guna akal yang bijak dan waras pasti ada keberkatan nya....usia BN pun tinggal 3 tahun sahaja jadi tanam tekad dan keazaman untuk mengundi....selamat menerima GST....Atau BNGST. Tk dato

RD. said...

Saya berpendapat apa-apa runggutan tentang kenaikan harga barangan akibat GST akan dilupai selepas 3 tahun lagi. Ketika itu nanti kita akan riuh-rendah pula dengan demam Piliharaya PRU14. Kalau DS Najib masih PM, sudah tentu kita yang kurang berada akan digula-gulakan dengan pelbagai insentif untuk 'meringankan beban Rakyat'.

"Memperkasa Ekonomi Bumiputera" akan dicanang semula. Tetapi..... kemelut 1MDB mesti diselesaikan secepat mungkin.
Pembangkang, seperti biasa setiap kali piliharaya, akan menimbulkan issue lama:
1. NFC.
2. Altantuya.
3. Kapal Selam tak boleh selam.
4. Cincin 20 Juta Rosmah.
5. Penggunaan jet kerajaan untuk melancong keluar negara.
6. Kalau kemelut 1MDB rakyat masih tak lupa, naya.

Kalau DS Najib letak jawatan secepat mungkin, kuranglah sedikit modal pembangkang.

Nota:
Semasa merasmikan Pan Borneo Expressway di Sarawak semalam saya lihat 'I Luv PM' sudah mula dijulang. Saya cukup menyampah tengok flyer ini. Juga poster besar gambar-muka pemimpin Politik, kerajaan atau pembangkang, di tepi-tepi jalan.

Umar Abdul Aziz said...

Jabalnur boleh undi UMNO dulu kini dan selamanya kalau sdr memang yakin perjuangan ahli dan ketua mereka patuhi Islam.

Jangan sampai di kutuk cucu cicit.

Org dpt pahala dalam kubur.

Ada org dpt sumpah seranah gara2 sekongkol dgn perompak.

kampong lad said...

salam tok kadiaq,

1. ada banyak barang kena GSST bukan GST. contoh; finished products (stage add-value dah tamat) sebelum hari apr bangang dah dibayaq cukai jualan, pasai apa kena bayaq 6% cukai barang? bukankah barang (goods) ganti jualan (sales)?.

2. hudud (no, i am not talking about allah's capital punishment - yg bersalah saja kena), contoh; bil api melebihi had 300 unit kena gst. depa will whack on the total utilization say 301 unit & bukan the excess of 1 unit. keluarga besaq, banyak mana depa boleh jimat sebab api dah jadi necessity. pokok getah pun dah takdak nak buat kayu api.

3. orang kampong bayaq bil2 utiliti melalui pos malaysia, bsn & other service providers. kena tibai 6% on bill amount. ini staff pos malaysia yg habag, kena confirm benda ni, kalau betoi mampueh orang kampong.

4. menteri2 tolak senatoq2 jadi menteri, semuanya wakil rakyat, kerja depa takdak lain seksa rakyat.

5. kuasa ada kat depa, kami orang kampong tak boleh buat apa hanya kena kurangkan keperluan (must have) semenjak harga barang2 naik gila2, tak pernah turun, (yg turun hanya susu getah, ayaq hujan & mayat). la ni sekupang pun kena kira.

6. bila ada pru/prk baru rakyat ujud. bila janji, malaikat dengaq terbang balik naik ke langit, dia kata aku tak boleh buat benda ni. bila rakyat bagi kuasa, jadi maharaja.

7. malaysia is a monopoly-capitalist state.

eri said...

syabas pak kadiaq....dgn 63 duit tu hutang negara pun da berkurangan 63sen...hehehe....

buah kerdas said...

GST saya yg oertama pagi ini ialah 3 sen yang dikenakan atas caj 50 sen untuk transfer wang dari bank CIMB ke Tabung Haji.

GST khabarnya menggantikan dua cukai sebelum ini, jadi akhirnya nanti harga keseluruhan barang akan rendah sedikit daripada sebelum ini. Harap-harap teori ini betul-betul berlaku...

JV said...

Saya pun baru selamat menunaikan GST.

My usual lunch RM 7.60 costs RM 8.05 today with GST of RM 0.45. Kalau tak silap ada yang mengatakan harga tak patut naik selepas GST dilaksanakan. Baru-baru ini juga perkataan bangang sering kali disebut. Adakah kemungkinan persamaan wujud di sini ataupun dalam Bahasa Inggeris disebut "coincidence" ?

You be the judge !

kluangman said...

Pagi ni saya beli prepaid yang kononnya sudah tidak dikenakan SST dan oleh itu tiada kenaikan.

alhamdulillah padan muka saya, prepaid RM10.00 tetap kena tambah 0.60 sen.

Kerajaan yang ada integriti, tiada sesiapa akan berani langgar undang2 depan muka.

Bila kita ada Bapa Menteri cap kangkung, ada Menteri cap ayam...rakyat jadi mangsa.

toksu said...

bermula dari bayi yg baru celik tgk dunia sehingga lah yg sedang masuk ke liang lahad LAYAK MENIKMATI GST...

zainal abidin awang kechik said...

Saya memberi taula dan bantal untuk sedal pingang ibunda Saya di rumah...
Kata jurujual .. Tiada GST

MOGA MALAYSIA KU BAHAGIA

A KADIR JASIN said...

1. Baru bayar GST langsung kedua hari ini. Makan tiga orang. GST 6% berjumlah RM1.11. Makan murah saja.

2. Kedai ini dulu tak ada cukai. Jadi mulai hari ini harga naik 6% kerana GST.

3. Tauke kedai bagi tahu, setakat jam 3.30 petang dia sudah pungut lebih RM100 hasil (melalui GST) untuk kerajaan.

4. Seorang usahawan minyak beritahu saya, sebuah kedai runcit 24 jam di Mid Valley kenakan GST ke atas surat khabar.

5. Orang ramai bukan marah sangat atau enggan bayar GST. Rakyat Malaysia sangat setia bayar cukai.

6. Mereka marah, curiga dan keberatan sebab mereka tengok kerajaan boros dan kuat berhutang.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Azahari A Ahmad said...

Dato',

1. Seorang ilmuan muda seketika dahulu pernah berkata, "terimalah takdir Tuhan ini".

2. Melalui GST, semua rakyat yang berpendapatan rendah yang selama ini tidak membayar cukai (kerana gaji mereka tak sampai tahap kena cukai), kini berpeluang untuk membantu negara. Berkorban sedikit tidak mengapa, asalkan negaraa maju, aman dan makmur.

toksu said...

disebabkan GST ramai rakyat dok selak buku,tenyeh skrin talipon cerdik,rujuk pakar ekonomi pokok cherry sebab nk tau bab cukai - mencukai ni.1 April 2016 mungkin akan ada sambutan ulangtahun pertama GST.Tentu meriah dengan pertunjukan bunga api dan perarakan kereta berhias...

nor ishak ismail said...

1. Kluangman kata - dia beli prepaid (RM10.00) yang dah takde SST tapi ada GST dan kos yang dia perlu bayar adalah (RM10.60).

2. Pak Kadir kata - rakyat marah, curiga dan keberatan sebab tengok kerajaan boros dan kuat berhutang.

3. Pada saya kata-kata Najib terutamanya (dan menterinya) sangat sukar untuk diimbangi (perkataan yg lebih kasar ialah-dipercayai), banyak perkara bohong dan dulu cakap lain sekarang cakap lain telah dilakukannya.

4. Penerangan tentang GST yang dibuatnya (sudah tentu mahal kos utk membuat penerangan tersebut))berbelit-belit dan sukar untuk difahami...itulah yang terjadi pada Kluangman...beliau sudah tentu tak faham apabila (harga - SST + GST = harga + GST).

5. Percayalah "Toll Free" untuk Leburaya Transborneo seperti yang dinyatakan semalam akan berubah juga jadi "Kena Tol" satu hari nanti dgn mengunakan formula seperti yg terdapat pada (4.). Pada saya saranan "Toll Free" tersebut, seperti juga keadaannya pada masa lalu ada lebih untuk menyejukan keadaan yang semakin panas pada hari ini.

6. Saya belum kena GST lagi hari ini, sarapan tetap dgn harga biasa, tapi apabila saya nak beli surat khabar di 7/11, kedai tersebat takde jual katanya masalah formulasi GST dan saya beli akhbar dikedai lain (tak ada pula GST) entahlah.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Sesiapa yang dapat BR1M, cubalah tengok-tengok resit Tesco, Giant, dan Jaya Jusco.

Ada pepatah orang putih kata "Nothing is free in this world"

Mungkin Air di Selangor masih free tetapi banyak rintangan.

Sayang Senandung said...

Datuk,

Mohd Najib kata, GST halal. Mohd Najib kata lagi, GST tak bebankan rakyat.

Kenyataan macam inilah, kalau betul Mohd Najib kata, yang buat orang meluat! Kenyataan yang diucap tanpa guna akal.

Saya adalah pembayar cukai yang setia Datuk. Saya bayar cukai pendapatan. Saya bayar cukai perniagaan. Saya juga bayar cukai jualan dan perkhidmatan. Sekarang saya kena bayar GST pula. Tak apa. Saya akur.

Tapi yang buat saya marah tahap gaban adalah apabila GST diperkenalkan pada masa yang sama kerajaan bersikap boros dalam berbelanja.

Jadi macam mana Mohd Najib boleh berhati beku mengatakan GST tak bebankan rakyat? Apakah ada mana-mana cukai yang dikenakan itu tidak membebankan si pembayar? Bukankah isteri dia jugak yang bersungut tentang kenaikan harga untuk perkhidmatan mewarnakan rambut di rumah?



OKJ said...

Salam Dato Kadir

Popularity UMNO selepas GST?

Hari ini, lembaga pengampunan menolak permohonan Anwar. Speaker juga telah mengumumkan akan adanya pilihanraya bagi Parlimen Permatang Pauh.

Bagi sayalah,ianya akan menjadi ujian kedua bagi UMNO dan BN menguji nasib samada rakyat masih suka UMNO atau tidak. Di Kelantan tempoh hari, PAS memang dgn majority lebih besar. W/pun pelbagai bantuan dari UMNO dan BN dicurahkan macam air paip kepada warga Kelantan pasca banjir, nampaknya tak berhasil langsung. Masuk angin keluar asap.

Ujian kedua Permatang Pauh ini pula cukup untuk melihat popularity UMNO dan BN sekali lagi. Kalau dgn bantuan berbilian ringgit di Kelantan pun masih kalah teruk secara teorinya (w/pun idak bertanding), kita tengok pula apa cerita di Permatang Pauh selepas GST diperkenalkan.

Tak dinafikan UMNO akan kalah di Permatang Pauh nanti, CUMA jika majority kalah menjadi lebih teruk, bermakna bolehlah Dato' Seri Najib, UMNO dan BN menghitung hari hari terakhir sebagai pemerintah kerajaan Malaysia. Akhirnya apa yg dikejar tak dapat dan yg dikendong keciciran.

Akhir kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak GST hilanglah kuasa sama seperti kisah silam Dato' Khir Toyo dgn penyapunya, Pak Lah dgn lonjakan minyaknya dan Tun Dr Mahathir dgn PPSMInya. Sekian TQ.

ymase said...

Assalamualaikum

Adakah Abang yg menjual rojak&cendol dari minivan parked belakang lorong shophouse e boleh kenakan GST? Lepas tu dia declare jumlah GST yg dia kumpul kpd kastam.gov .

Perlukah peniaga mempamirkan Sijil BOLEH KUTIP GST (spt Sijil HALAL JAKIM tu) di premis perniagaan mereka kerana bukan semua yang mendaftar perniagaan mereka.

Ambil contoh di Delhi, India(sbb ahli keluarga baru balik cuti ke sana) tiada GST bila membeli dari kedai runcit hanya dari shopping kompleks.

Itu belum lagi jumlahkan syiling 1sen yg di'round-up' dalam bil. Silap2 baki syiling 5sen pun dia kebas - konon tak ada syiling.
Dah beberapa kali terkena.

Leret Seret said...

GST have burn holes to Malaysian pockets. That is a reality. From now on, the moment your open your wallet to pay for everything, 6 percent will goes to government coffers. If 7 purchases you made that day, 6 times seven, you do the math.
Government now taxes you every move. In the end, it is us whom being hang to dry. God knows what happen to the money they collected. Hopefully it wont be wasted to jump start another sovereign wealth fund. We had had enough it..

Fgth said...

Kalau tak nak bayar GST, ada 40 buah negara boleh berhijrah (migrate), demikian kata sekarang blogger banggang PM pra-bayar dan penggilap epal.

Hidup Melayu said...


Salam Yg Bhg Dato',

Perniagaan yg jualannya melebehi RM500k setahun boleh tuntut balik gst dari kerajaan. Kebanyakan perniagaan bumiputra jualan mereka kurang dari RM500k setahun maka tidak layak menuntut balik gst dari kerajaan.

Pengedar dan pembekal mengenakan gst tetapi peniaga bumiputra tidak layak buat tuntutan. Kos perniagaan mereka meningkat. Margin keuntungan akan terjejas dan jualan akan berkurangan jika harga jualan dinaikkkan. Jangka panjang perniagaan bumiputra akan bungkus.

Peniaga bukan bumiputra layak tuntut gst kerana mereka pengedar dan pembekal yang jualan mereka melebehi RM500k setahun. Rangkaian peniaga dibawah mereka boleh bergabung untuk layak tuntut gst.

Majoriti pengguna dan peniaga kecil / sederhana adalah bumiputra. Akhirnya bumiputra jadi penyumbang / pembayar terbesar gst.

Kalau dulu bumiputra yg bergaji RM4k/5k sebulan kena cukai pendapatan, kini semua bumiputra gaji besar dan kecil jadi pembayar cukai melalui gst.

Is jibby and BNGST helping or 'killing' the bumiputra ?



buah kerdas said...

Saya tidak tahu jika ada kerajaan di dunia ini yang tidak kutip cukai; mungkin ada tetapi majoriti negara di dunia ini kutip cukai. Tanpa cukai hampir mustahil untuk tadbir negara. Mungkin ada negara tanpa cukai pendapatan individu atau GST/VAT tetapi bila ada duti eksais, duti impot dan cukai perniagaan maka cukai itu diterjemahkan kepada harga barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan.

Baik GST atau duti eksais/impot/perniagaan, keberkesanannya bergantung kepada kecekapan mekanisme pemungutannya. Jika kecekapan agensi pemungut cukai kita masih ditakuk lama maka tidak banyak, jika ada, manfaat pelaksanaan GST. Jika sekarang kita masih lagi ada peniaga yang mempunyai pelbagai buku resit jualan, pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, peniaga yang menggunakan alat timbang yang tidak diaudit, maka tidak mustahil akan ada peniaga yang pungut GST tetapi tak serahkan kepada Kastam.

Semalam pun dah ada pekedai yang caj GST walhal dia belum daftar. Itu satu kesalahan bolehdenda sehingga RM200k. So, pastikan resit ada cetakan GST ID, GST NO dan GST REG NO. jika tiada bermakna peniaga tu boleh kebas duit GST yang dia caj. Kat Malaysia ni, odometer kereta terpakai pun ada peniaga yang adjust maka tidak mustahil ada mesin pencetak resit yang boleh adjust atau palsu sama sekali.

Mudah-mudahan yang terbaik saja.

Marhein UTARA said...

Datuk telah tegur saya kerana menggunakan perkataan 'AKU'. Saya terima, maka saya ubah kepada perkataan 'Chek' @ AKU lohgat utara.

Hari ini CHEK celik mata untuk 2 April 2015 (selepas lebih 24 jam GST dilaksanakan).....

CHEK ... DAH TAHU, kelmarin CHEK kena APRILFOOL atau TIDAK.

Yang CHECK tahu banyak barang NAIK harga (janji diCAPATI), hanya kereta sahaja diumumkan turun harga.... Tu pun CHEK masih untuk beli kereta baru lagi .....

CHECK dah kenal PENIPU dan TIPAH TERTIPU .....

TOP UP telefon yang diberi JAMINAN tak akan naik harga punnnnnn TERANG LAGI BERSULUH naik harga selepas dikenakan GST (GUA SILAP TANDA / PANGKAH @ Pilihanraya).

CHECK tak kira sama ada kenaikkan tersebut disebabkan GST atau diambil kesempatan oleh peniaga. Yang PASTI :

1. Kerajaan / Pihak Berkuasa sudah
bagi jaminan tidak ada
peningkatan harga.

2. Kerajaan mempunyai kuasa.

3. Pengguna tetap kena keluar
belanja lebih (beban).

La ni CHECK dok tunggu pengumuman PRU14 pula lahhhhhhh ..... CHECK dah tak mau GST (GUA SILAP TANDA / PANGKAH @ Pilihanraya) dah .....

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

Saya sangat berharap kesan menyeluruh GST keatas keupayaan kewangan rakyat terutama menengah ke bawah tak teruk.

DAKJ secara jelas dah menunjukkan bahawa kos makan pagi di kedai ber GST dah pun naik.

Kalau teori GST yg diwar2 kerajaan Najib betul maka kos buat makanan yg DAKJ beli tu mesti lebih rendah kerana dah tiada sales tax hingga kalau ditambah 6% GST pun masih sama kalaupun tak lebih .

Kesimpulan. Nampak gayanya bila kerajaan dah berlebih belanja maka inilah hadian pd rakyat.

Kita tenguk lagi beberapa bulan. Betul atau penipu macam biasa.

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Alahai Dato, kalau breakfast di'establisment' kenalah bayar GST.. hanya orang yang ada duit sahaja pi sana.
kalau warong tepi jalan atau yang tiada daftar dengan KDRM untuk GST tidak boleh charge 6%.
tolong2 lah buat aduan kepada pihak2 berkaitan mengenai perkara ini.
Sama2 lah kita tunai our responsiblities untuk negara. Kita marah pada pemimpin jangan lah hancurkan negara pulak.
Lebih teruk apabila menjual & mengadaikan bangsa dan agama kerana marah...ini tabiat orang2 melayu/ISLAM..

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Alahai Dato, kalau breakfast di'establisment' kenalah bayar GST.. hanya orang yang ada duit sahaja pi sana.
kalau warong tepi jalan atau yang tiada daftar dengan KDRM untuk GST tidak boleh charge 6%.
tolong2 lah buat aduan kepada pihak2 berkaitan mengenai perkara ini.
Sama2 lah kita tunai our responsiblities untuk negara. Kita marah pada pemimpin jangan lah hancurkan negara pulak.
Lebih teruk apabila menjual & mengadaikan bangsa dan agama kerana marah...ini tabiat orang2 melayu/ISLAM..

Umar Abdul Aziz said...

Terima kasih Hidup Melayu.

Betul betul tu

Dayang Senandung said...

Fgth,
Rasanya saya tahu siapa blogger "bangang" penggilap epal itu.

Mokhtar,
Jadi nampaknya sampai bila2 pun orang berpendapatan sederhana macam saya tak dapatlah merasa makan mewah ya sebab tak upaya nak bayar gst.
Dalam Islam pun zakat=cukai yang dikenakan hanya 2.5% daripada hasil pendapatan/simpanan. Itu pun dikenakan ke atas orang kaya untuk membantu orang miskin.

Umar Abdul Aziz said...

Sdr Mokhtar.

Boleh sdr perjelas erti tabiat Melayu kerana marah mereka jual dan gadai bangsa dan agama.

Tk

Brite Lite said...

Salam,

Kenapa asyik marahkan peniaga, walaupun kecil tapi kos perniagaan mereka tetap naik. Contohnya walaupun semua barang 0% GST tetapi bila elektrik kena 6% maka kos operasi tetap naik.

Di kedai 24h saya saja andaikata tak layak GST pun, kos elektrik tetap naik dalam RM200, kos penyelenggaraan pun tambah RM48, ini baru fixed cost belum tambah lagi harga barang dari kilang/pengedar yang memang bertambah akibat kena GST. Cukai ni adalah berantai! Tak adil langsung kata peniaga kecil tak patut naik harga. Tolonglah pakai akal sikit. Jangan asyik percaya pembohongan menteri dan media saja.

Ambik satu contoh lagi, buku, kononnya tak kena GST. Itupun jadi 0% flip flop lepas kena hentam dengan pembangkang. Tapi kertas kena GST, selenggara mesin kena GST, elektrik pencetak kena GST, semua kos input naik mana mungkin harga buku tak naik?

Semua rakyat kenalah gunakan akal. Propaganda di tv memang pembohongan jelas manipulasi fakta. Bila harga buku naik contohnya, mula lah menteri melalak kononnya buku 0% GST tak patut naik, pi tunjuk muka buat show rampas buku dsb. Padahal memang segala-gala kos dah naik pun.

Kalau cukai ni betul-betul majukan negara rakyat tak kisah. Tapi tengok aje lah kerajaan boros keliling pinggang, hutang rakyat tanggung sampai ke anak cucu cicit piut, tapi hasilnya tak seberapa.

Cukup-cukup lah.

hafez said...

Macam dah takde beza pemerintahan sekarang dengan pemerintah yg bernama Ferdinand Marcos.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ

Jangan hendaknya kita kurangi berita GST selepas TDM gesa kerajaan siasat kenyataan Sirul.

Da Man said...

Membunuh peniaga kecil melayu seperti yang dijelaskan "oleh Hidup Melayu said...".

Tepat sangat huraian tu. Tahniah BNGST sumbangan ekonomi negatif kepada peniaga kecil. Untuk peniaga kecil2an setiap minggu ambil stok rm 3k kena gst rm 180, nak dapat rm 180 tu terpaksa memerah keringat dan berhujan panas, kena menjual sekitar rm 500 ,

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).