Monday, April 11, 2016

Sekadar Sebuah Refleksi


A Kadir Jasin


1. KITA tahu dan kita akui yang pemakan dedak dan orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN atau terhutang budi kepada Mohd Najib tidak akan percaya atau mengaku keterlibatan beliau dalam kes jenayah.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

2. Walaupun butir dan bukti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara dan agensi penyiasat antarabangsa menjurus ke arah keterlibatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak dalam salah tadbir korporat dan pecah amanah berkaitan 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan “derma Arab” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

3. Sebaliknya mereka akan terus menuding jari dan memuncungkan bibir ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakyat jelata yang mahu Mohd Najib meletakkan jawatan.

4. Soalnya, siapakah yang dituduh melakukan perbuatan salah – Dr Mahathir atau Mohd Najib? Lagipun Dr Mahathir telah berulang kali mengalu-alukan siasatan ke atas beliau. Malah itulah yang sedang dilakukan oleh polis.

5. Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan merosakkan imej Malaysia dan kepercayaan dunia – Dr Mahathir atau Mohd Najib?

6. Kalau Mohd Najib cekap, bersih dan amanah, siapakah yang lebih dipercayai oleh majoriti rakyat jelata – beliau atau Dr Mahathir?

7. Tetapi mengapakah seorang tua berusia 91 tahun yang sudah lebih 12 tahun bersara, yang disekat dan dicaci oleh media arus perdana (MAP) masih mendapat sokongan kuat rakyat jelata?

8. Mengapa Mohd Najib dan konco-konconya dikutuk dan dibelasah teruk setiap kali mereka menyiarkan sesuatu dalam laman Facebook mereka atau apabila kenyataan mereka disiarkan oleh media atas talian?

9. Mengapa audiens MAP yang menjadi lidah dan risalah propaganda mereka semakin hari semakin menguncup?

10. Untuk menang pertarungan ini, para pemakan dedak, orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN dan yang terhutang kepada Mohd Najib hendaklah meyakinkan rakyat jelata bahawa Mohd Najib suci bersih, 1MDB telus mulus, ekonomi negara berkembang pesat, beratus ribu peluang pekerjaan diwujudkan, setiap graduan dapat kerja, setiap pelajar yang layak diberikan  biasiswa dan pinjaman, hutang negara lebih rendah daripada zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah, harga barang dan perkhidmatan pengguna stabil dan GST tidak membebankan.

11. Itulah yang patut mereka diayah dan uar-uarkan bukan mencaci Dr Mahathir dan rakyat jelata yang menandatangani Deklarasi Rakyat.

12. Kepada bekas anak buah saya dalam dunia kewartawanan, saya faham dilema mereka. Saya tahu mereka makan gaji. Tidak perlu cuba meyakinkan saya. Malah seperti yang saya nasihatkan, jagalah kerja kerana semakin hari semakin susah mendapat kerja dan ramai orang menganggur. Cuma janganlah keterlaluan memaki hamun orang tua yang pernah berjasa kepada kita semua.

13. Mereka wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka. Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.

14. Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?

Wallahuaklam.

42 comments:

zainal abidin awang kechik said...

Tok...Maaf..

Saya 18 ambik kad dapat 3.. Total 21
Shafiq 16 ambik kad dapat 5 .. Total 21..
Yang lain semua 20 ..

DIA .. KAD DIA /.... 2 +2 ambik kad 2+2 +1..total 5 kad... MAKAN semua..

Salam

Praxis said...

13, Autocatalytic effects.

roslan othman said...

Dato,
Sewajarnya sekiranya Najib seorang benar dan berjiwa besar sepatutnya beliau mengunakan makamah utk bersihkan dirinya,malangnya beliau telah melumpuhkan kedaulatan undang yg akhirnya rakyat mempunyai persepsi buruk keatas beliau.

Pada peringkat ini adalah sesuatu yang salah bagi najib dan kunco kunco nya untuk memaksa rakyat secara buta tuli mempercayai yg Najib bersih dr skandal.Pada peringkat awal sekiranya Najib berundur atau membiarkan undang undang memainkan peranan membersihkan nama nya mungkin simpati rakyat akan ujud,malangnya beliau telah bertindak sebaliknya malah menampakkan dirinya dalam keadaan bersalah.

Paling memburukan keadaan apa bila para menteri,ketua ketua bhg umno terus mempertahankan jenayah yg dilakukan najib tampa malu dan menjijikkan ini telah menjerumus UMNO kelembah kehinaan yang mana UMNO semakin naza kerana menanggung beban ini.Saya sungguh berharap agar pembesar pembesar umno serta ahlinya jangan la kemudian nanti kamu salahkan orang lain sekiranya umno tersungkur.Salah diri kamu sendiri dengan kesalahan yang kamu sendiri lakukan.

UMNO menjadi lemah kerana diwarisi oleh pemimpin pemimpin lemah dan bermasalah (bermacam skandal),ini semua terjadi kerana sejak 25tahun dahulu kamu ahli umno telah membenarkan rasuah menjadi budaya dalam melakukan pemilihan pemimpin peringkat atas jadi inilah hasil yang kamu dapat pemimpin lemah dan rasuah,budaya ini panggil menerima dan memberi dedak.terima kasih.

wan content said...

Berapa ramai pemakan dedak yang masih percaya dengan laporan ini:
http://www.globalislamicfinancemagazine.com/?com=news_list&nid=1123

anti najib said...

Saya bukan ahli ekonomi.

hutang negara pada hari ini adalah warisan drpd dr mahathir dahulu.

selepas krisis ekonomi 1997 98. Pertumbuhan ekonomi negara negatif sampai hari ini.

negara2 yang membuat pinjaman imf pun dah habis bayar.

malaysia hari ini duk tanggung hutang zaman mahathir dulu.

Old friend. said...

Kadiaq,
The only problem I have with Tun Mamak and the Melayu around him (you included), is that they are willing to lick back what they spat... i.e. after all these years we have been told by Tun Mamak that Lim Kit Siang is a Super Racist and the DAP is a Super Chinese Chauvinist party. But now he is embracing them more like a brother. For Tun, the kafiruns DAP are better than we, the PAS Muslims. Surah Al Kaafiruun "Untuk kamulah agama kamu, dan untuk akulah agamaku". So Kadiaq, STOP YOUR PREACHING.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Rasa macam nak senyum bila hang bagi nasihat kak 'anak buah' hang di media bn, supaya jgn melampau sangat bila dok cerca member hang dari Tongkang Yard tu. Aku rasa laa...hang patut bagitau kak depa bumi Allah ni luwaih, bulih cari rezki cara lain, meniaga ka apa ka, kalu takda modai, buat cara takda modai, cari jalan yg ada bongoi, yg kereta ka moto ka tepaksa slow, dan mudah nak stop, buat warong juai goreng pissng ka, juai bihun goreng ka...atau pon jaja ikan, sayog pakai ven ka....kena jalan, kata orang indon, lumayan pak.

Yg penting, depa tak bersekongkoi lagi dgn orang yg belaku zolim....aku kata ni pasai agama kata lagu tu, dan dlm basa mat salih "been there, done that". Nak habag mai, dulu aku jadi tukang pasang paip, masa tu dekat bulan posa pulak. Nak jadi cerita, kawan pulak ada yg hulog sikit....
Maghap Kadiag no....

Aku

Casper the Ghost said...

Goodness gracious me!! Big open mystery on the more than RM4.1 billion ringgit going into Najib's accounts, we now have news from Abu Dhabi to further reinforce the scandals linking 1MDB:

ABU DHABI: Abu Dhabi’s state-owned International Petroleum Investment Company (IPIC) on Monday said neither itself nor its unit Aabar Investments PJS have any links to a British Virgin Islands-incorporated firm named in a report into the troubles at Malaysian state fund 1MDB.

“Both IPIC and Aabar confirm that Aabar BVI was not an entity within either corporate group,” IPIC said in a statement on the London Stock Exchange, referring to Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

“Further, both IPIC and Aabar confirm that neither has received any payments from Aabar BVI nor has IPIC or Aabar assumed any liabilities on behalf of Aabar BVI,” the statement added, noting that according to publicly available records, Aabar BVI was wound up and dissolved in June 2015.

So the payments made by 1MDB which the then CEO Sharol confirmed were authorized by our PM/Finance Minister went where and to who ??

SeriMuka said...

That's one bomb Ipic dropped.
Datuk, we are reaching our denouement. InsyAllah.

JMS said...

DAKJ

Kita sama-sama menunggu dengan penuh minat apa kesudahannya kes saman Najib terhadap Ling Liong Sik.

Begitu juga kes saman TDM ke atas Najib kalau ianya diterima dan didengar di Mahkamah Tinggi.

Dari pendedahan yang dibuat PAC dalam lapurannya, saya rasa Najib berhadapan dengan kesukaran memenangi kedua-dua saman tersebut.

Zalman A said...


Salam Datuk,

The level of the dedak ministers is falling to below zero.

Now, Nazri says it's "normal" for Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone to "just sign" documents. Sain buta2 jer ke? This is in response to the revelation that Mappadulung's signature is actually on almost all key deals made by 1MDB. You mean we have a Finance Minister who is so dumb he cannot be held responsible? OK. But then, why does Art.117 of the 1MDB MOA state that Mappadulung must approve all deals?

So for this crime against the rakyat, there is no criminal.

But as ever, common sense takes over.

Why would Shahrol cut a deal to divert US$700 to Jho Low, when there is zero evidence that Shahrol benefited from it? In fact, if the international reports (not just by WSJ) are correct, then the entire movement of money (of billions of ringgit) is among just 4 key individuals: Jho Low, Mappadulung, Khadem al-Qubaisi, and Prince Turki. (Of course these funds were then spent "as seen fit", so there are 'sub-contractors'.)

Where does Shahrol fit in all of this?

He does not fit.

Like Sirul, he "ikut arahan" sahaja.

There will be a minor wayang before the 24-hour replacement sweeps this under the carpet, but nobody is fooled.

Mappadulung's signatures say everything, but how the money flowed says even more.

Far more.

If the reports are wrong, then sue.

But we are far beyond that stage now.

Mappadulung knows full well that there are roomfuls of evidence being gathered overseas. It's too late.

He will not dare to sue outside Malaysia, but only on 'home soil'.

Tu la perangai 'pahlawan Bogus' tu.

Zalman A said...


Datuk, a few days ago I suggested that one clear route for Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone to clear his name was for IPIC/Aabar to issue a statement that all monies are accounted for.

The missing money is even mentioned in the PAC report.

Today, the exact opposite has happened:

"Both IPIC and Aabar confirm that Aabar BVI was not an entity within either corporate group,” IPIC said in a statement on the London Stock Exchange, referring to Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI)."

“Further, both IPIC and Aabar confirm that neither has received any payments from Aabar BVI nor has IPIC or Aabar assumed any liabilities on behalf of Aabar BVI,” the statement added, noting that according to publicly available records, Aabar BVI was wound up and dissolved in June 2015."

This means they are confirming the theory that the 1MDB money was sent to a "lookalike" company for further "distribution".

When the WSJ broke this story months ago, 1MDB never addressed it, beyond saying it was "recycled allegations" (it wasn't.)

Mappadulung is now on very, very thin ice, because of the 4 people who were involved in the whole scheme, one has been arrested, one has had his assets frozen, and one is said to be living on a yacht off Taiwan to avoid extradition.

That only leaves him.


Zalman A said...


Comment by Dato' Ariff Sabri:

'Sebelum kita kupas lebih lanjut mengenai Lapuran PAC, kita sebut sikit mengenai gegak gempita fasal Dr Mahathir. Yang semua dunia kecohkan hari ini ialah Najib Tun Razak- individu ditengah kontroversi dan skendel kewangan 1MDB - duit lesap antara RM25-30 billiion, duit awam masuk dalam akaun peribadinya dan sbg.

Yang tidak kecoh ialah Dr Mahathir. Yang dianggap penyangak dan rasuah serta salah gunakuasa, ialah Najib Tun Razak bukan Mahathir. Akibat perbuatan Najib, Malaysia jadi pariah dimata dunia.

Jika budak2 UMNO maki hamun dan hina Mahathir yang berumur 91 tahun itu dan mencapai umur yang demikian sesuatu yang dimuliakan dalam budaya Melayu, maka perbuatan budak2 UMNO yang dibiayai dan didanai oleh duit UMNO itu  mencerita banyak hal mengenai pembesaran dan pendewasaan budak2 Melayu dalam UMNO.'

From: 

http://sakmongkol.blogspot.my/2016/04/cerita-seram-1mdb-baru-nak-mula.html

Urang Awak said...

Salam Dato,

Adalah menjadi sejarah hitam bagi Malaysia dimana pemimpin tertinggi terlibat secara langsung & tidak langsung didalam fiasco dan scandal 1MDB. Bukan saja di Malaysia malah telah diketahui secara umum diserata dunia.

Para pemimpin2 kerajaan yg dipilih oleh rakyat semasa PRU yg lepas sepatutnya berjuang untuk rakyat dilihat tidak befungsi langsung malah menjadi lebih angkuh dan sombong.

Memandangkan ekonomi dunia yg makin hari makin menguncup kini amat sukar bagi Malaysia untuk bangun dan bangkit kembali. Malaysia yg sepatutnya menjadi salah satu negara yg termaju di Asia Timur kini telah jauh ketinggalan berbanding dengan Singapura, Vietnam & Thailand. Malaysia kini telah menjadi seperti Filipina dimana disuatu masa dahulu tukaran Peso adalah yg tertinggi di Asia (2 Peso = 1USD)

Rata2 rakyat yg telah memilih kerajaan sebelum ini adalah terdiri dari kaum Melayu yg kini kehidupan mereka semakin hari semakin tertekan.

Masih teringat kata2 kakak saya baru2 ini kepada saya. "Melayu kini telah dibangsatkan oleh Najib". Setelah lebih 20 tahun menjalankan perniagaan mini market ini lah pertama kali pengalaman melihat pelanggan datang kekedai membeli 3 ulas bawang besar & 1 tin sardine kecil untuk dimakan 1 keluarga.

Wallahualam.

Shahrool says said...

Datuk,
serves Arool the kandasamy right, he is shown and proven to be the fool of the highest order, maybe the award for clown should be given him.
Time and again he refuted Tony Pua's and SR allegations as recycled items, how can he still face them in public or in court? He was playing for time, that PM will absolve him? Arool is now running for his life, leaving even before his contract is up.

It has been officially confirmed and statement put out that "Both IPIC and Aabar confirm that Aabar BVI was not an entity within either corporate group,” IPIC said in a statement on the London Stock Exchange, referring to Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Shahrol, you can no longer say that the PM/Finance signed off on the transfer documents on the payments to Aarbar BVI and put the guilt entirely on Najib.
Start revealing what else you hid from the PAC and forget about the false promises made to you, you will be left holding the baby while he and Jlow sail away on the equanimeetee. They get to enjoy the sunrise and sunset, while you??? Reveal the criminals publicly.

ksp said...

First I must admit I am a steady follower of your blog and on average agree to most of your analyses, comments and values.
I find attacks on Tun M very disgusting simply because 1) what he is doing now (and you too) is not for his own benefit really but for the benefit of Malaysia and Malaysians. We can't afford a PM who is looked down by practically every creditable institution around the world as thick-skinned crook, professionally immoral and corrupt to the core; 2) one can always disagree with Tun M. but one must remember that it was Tun M. who gave Malaysia the respect, good name and admiration of the international community especially among the third world nations. I remember well during my trips to Egypt and Turkey the admiration the common people there had for our then PM i.e. Tun M, and how envious they were of us to be so lucky as to having such a far-sighted PM.
I truly support you in saying that in criticising Tun M. one should not have to go down to character assassination ( which no one in their right mind would believe anyway because it is so politically motivated). Whatever wrong /bad decisions /policies he had committed-- surely there must have been a few as he was in power for 22 years-- I am sure were not half as bad or shameful as what we are facing now in our present PM. As Malaysians we must learn to appreciate the good deeds of those who have worked hard to improve our life and our country. We must learn to be appreciative of their contributions. We must not prove the saying that Malaysians "mudah lupa".

AZAM anak Sarawak said...

Salam Tok AKJ...

I am still waiting for the day that is slow to come...

Sekian.
AZAM anak Sarawak

Salwah Abdat said...

Puna rana Negara Malaysia lantaran seorang insan yang bernama Najib Razak menjadi pemimpin yang kedua di dunia paling korup....!!!!

Praxis said...

13. I said autocatylytic effects without further comment but I think those caught in short-term pressures could do with some pointers to long term effects of short term actions.

Dr Mahathir never enters into debate about ideological or macro perspectives. He just is himself ( as it should be with ourselves) and asserts his onw backgrounds and traditions without excuse.

For me, one accessible text which shows how ecological systems collapse from our actions through autocatalytic effects is A Third Window: Natural Life beyond Newton and Darwin by Robert E Ulanowicz (190 pages, Temlpeton Press, 2009).

Alias Dasuki said...


Old friend's comments serves to confirm that PAS, as a party, has no capacity to participate in the running of the country, despite its past boastful claims. Parallel to PAS's unclear stand over the 1MDB's fiasco all this while, his writing clearly shows that he failed to appreciate that the Mahathir-Kit Siang's political affiliations have everything to do with the financial implications of Najib's mismanagement of 1MDB. 'Old friend', why don't you keep yourself abreast with the ACTUAL problems that we Malaysians are facing. I suggest that you read 'Casper the Ghost's and 'Zalman A Said's comments to start with and help PAS to get relevant with the rakyat's aspirations.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Tindakan media memakan dedak tidak menghairankan saya.

Jika mereka sanggup membiarkan pengiklan menguasai program hiburan mwreka sehingga kandungan menjadi kucar kacir dan penonton menjadi meluat, mereka akan sanggup buat apa saja demi duit.

Ini termasuk mengarang cerita menipu rakyat.

Maaf kalau ada yang ambil hati.

PutraKraken said...

Salam Datuk

1MDB
Satu nama yang begitu besar

Kerana mu Malaysia hilang maruah
Kerana mu Malaysia jadi bahan olokkan
Kerana mu Malaysia musnah integriti
Kerana mu Malaysia menanggung malu
Kerana mu Malaysia melonjak naik carta Rasuah Dunia
Kerana mu Malaysia tergadai harta

Kerana mu rakyat berpecah belah
Kerana mu rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi Kehakiman
Kerana mu rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi Parlimen
Kerana mu rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi Polis
Kerana mu rakyat diasuh bercakap benar itu tak membawa makna
Kerana mu rakyat diasuh berbohong itu amalan lumrah yang mesti diterima
Kerana mu rakyat dihidang dengan sogokan dan suapan pemimpin

Oh 1MDB...kelahiran mu tidak kami pinta...bukan juga kehendak kami...
Kau dilahir...itu takdir...namun kau membesar dan semakin besar...
Api mu bukan lagi menghangatkan malam yang dingin...marak dan marak...menjulang membakar awan...
Kau musnahkan bumi kami...kau contengkan arang dimuka kami..

KAU ANAK JAHANAM RUPANYA!...
Dosamu kau paksa kami tanggung...
Musnahlah kamu...kami rela...
Dari kau hidup penuh aib...
Biar kami tanggung segalanya...

Natural justice said...

Datuk,
JLow and his Equanimity have already started to sink like the Titanic.
He has no safe refuge, his ship must also call at port to refuel, so one fine day coming very soon, it will be boarded by the authorities and sequestered.

Sri Buana said...

Sdr anti najib,

Saya akui yg saya juga bukan ahli ekonomi.

Dan saya tahu, ya hutang negara pada hari ini adalah warisan drpd Tun Dr Mahathir.

Tetapi rasanya perlu saya maklumkan kepada sdr (itu pun kalau ssr belum tahu atau tidak mahu tahu atau buat2 tak tahu) yang selama 22 tahun Tun perintah negara bernama Malaysia ni hutang negara kira-kira RM100 bilion. Kemudian naik menjadi RM300 bilion dalam tempoh enam tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang di bawah Mohd Najib mencanak naik jadi RM833 bilion.

Apa hal?





RD. said...

Salam Dato AKJ dan Pembahas sekalian.

Harus diingat, MAP (Media Arus Perdana) seolah-olah 'malu-malu kucing' menyiarkan berita Mega-shopping Rosmah dan Najib. TV3 pun tak berani ulas. Mengapa ya?
Setiap kali saya tanya di FB, samada ia benar atau tidak, penyokong Najib akan menjawap dengan menyiarkan gambar kereta mewah Dr.M dan anak-anak beliau. Pelik....saya tanya lain, lain yang mereka jawab. Azmi Arshad, sudah lama block saya di FB. Begitu juga Din Merican, di blognya.

PACTranscript said...

Transkrip siasatan PAC atas 1MDB

http://www.parlimen.gov.my/pac/dr_32016.html?

Zalman A said...


http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/1mdb-says-exploring-options-after-abu-dhabis-fund-denial

This is where the thieves start fighting among themselves.

The WSJ reported the Aabar "lookalike" scam back in December 2015.

Arul Kanda, Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone and 1MDB had no answer. Duduk senyap aje.

Now they suddenly claim they have "documents".

Pendek kata, Mappadulung is calling Khadem al-Qubaisi a crook.

That is very unwise, because the flows of money from the fake "Aabar" and the fake "Blackstone" may be very damaging to Mappadulung.

Making Khadem al-Qubaisi an enemy right now is not wise. Pinning the blame of him means he will pin it right back on Mappadulung, if he is investigated.

Nor is 1MDB's sudden disclosure, after 5 months of having no reply to WSJ's reports.

Nih mmg kerja badut nih.

Nor Firdaus Affendi said...

Assalamualaikum DAKJ,

Datuk ada menulis tentang media arus perdana seperti berikut:

9. Mengapa audiens MAP yang menjadi lidah dan risalah propaganda mereka semakin hari semakin menguncup?

14. Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?

Berikut adalah komen dari CEO Media Prima:

"It was a slap in the face for many participants at Digital News Asia’s inaugural What’s Next conference when Media Prima Television Networks chief executive officer Ahmad Izham Omar revealed the cold hard truth: Urban folk do not represent Malaysia.

You (urban folks) don’t represent Malaysia. You think you do, but the actual fact is you don’t,” he said.

During this session, Ahmad Izham revealed the top 20 programmes in Malaysia for the first six months of this year. Topping the list was Anugerah Juara Lagu, a local music talent show, watched by 3.7 million people, with a peak of six million viewers.

When he asked What’s Next participants how many watched CNN, at least half of the floor raised their hands.

“Well, guess how many people watch CNN daily on average? It is just under 1,000. It is a small market,” he said, citing data provided by Nielsen."

Apa yang dapat saya simpulkan, media arus perdana masih mempunyai pengaruh yang besar di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin dari peratusannya sahaja yang sudah berkurangan.

Disebabkan MAP masih mendominasi, maka tidak hairanlah pihak yang berkepentingan akan terus menggunakan MAP sebagai medium utama menyebarkan propaganda mereka.

After all, their content including news is not meant for us - the intellectual, critical urban folks. We are not their targeted audience. We do not represent Malaysia.

The way I look at it, majority wins, fine.

But it leaves me with a bigger question. Di mana tempat untuk rakyat Malaysia yang bijak? The media claims they do not cater for this type of people. So does the government, I suppose.

Adakah rakyat Malaysia yang bijak kini menjadi golongan marginalized? Dan ini berlaku dalam negaranya sendiri?

If this is the case, then it explains why we have had to digest stupid, nonsensical stories all this while. It explains why our demands have been left unattended, why our questions have remained unanswered, why our concerns have simply been neglected.

As though we became 'invisible' in our own country.

Pompuan said...

Hullo again The Eminent DAKJ.
Thanks for enriching my Malay vocab with the word Dedak. Cool word which I've never heard before this
What about pro-Tun M people like you? Or Malays like me who love both Tun and Najib? Give beautiful names too ok? Can't wait to hear.
There are Malays like me who really respect Tun and voted for BN from the age we could vote.
But now we are cheesed off (dislike the pissed off word) with Tun for working with that racist DAP. So believe Tun memang ada ulterior motive to hate Najib which have nothing to do with 1MDB alone. Personal vendetta
Of course for us who loved Tun M, we cringed when we watched Tun M being shredded to pieces nightly on TV gila. Overkill and naik meluat as I stated many times before. I think we just give Tun M a wide berth to say his piece. Don't take any action or take heed to anything he says. Bagi lah can to him as a respected number one citizen. Akhirnya beliau senyap lah.
Tapi nak tanya u as ex- powerful boss of newspaper and Media Prima, wasn't it the style of that TV gila to go overboard nauseatingly especially during the terror reign of si-peliwat
Of courselah I tak pernah kerja kat mana-mana press. Cuma dengar boss dan kawan-kawan yg kenal pressmen.
Bukan ke DAKJ rapat dengan si peliwat yg demand he gets front page almost everyday. That he calls every evening to dictate what goes on the front page of BH and NST? Even more prominent than Tun M. Yg you call the shots to promote him. Sampai terasing Tok Ghafar. Macam seolah-oleh Anwar de facto PM.
Lebih kesian Pak Lah. Dibuat macam Quran buruk. Apa dosa dia selain dituduh tidur?
If you ask me as a layman, Tok Ghaf and Tok Lah are far superior than SI Nuar. Nuar kalau bercakap tak tau orang Indon ke or Pak Arab dogol or Mamak Penang. Takde Melayu langsung.
Nasib baiklah Allah tunjukkan perangai jilik dia. Bayangkan if he is PM. Nauzubillah

joe black said...

Datuk,

Jika benar bahawa 1MDB membayar lebih kurang US$3-4 Billion kepada Syarikat Palsu yang sudah lesap, adakah ini bermakna segala Guarantee yang di janji olih IPIC sudah tidak lagi sah sebab IPIC tidak menerima wang yang patut dibayar olih 1MDB kepadanya!

Apa kah Kesan gurantee olih IPIC keatas bon yang dikeluarkan olih 1MDB akan menjadi masaalah kerana semuanya berkaitan....

Nenekghuffran said...

Salam Dato AKJ...semoga sentiasa dlm perlindungan Allah..aamiin..

Sudah terang lagi bersuluh kes 1MDB ni...apabila dibaca laporan PAC walaupun tanpa laporan Audit yg di'OSA'kan kita semua tahu Najiblah petualangnya. Seperti yg nenek pernah sebut dialah Tok Dalang dlm persembahan Wayang Kulit yg hebat ini....

Laporan PAC dah terbentang.... Bila lagi Majlis Raja-Raja yg dulu arah siasat dan selesaikan masalah 1MDB ni nak bersuara ? Rakyat menanti dan tertanya-tanya takkan nak biarkan saja...Najib ni menderhaka kerana menipu rakyat samalah dengan menipu Raja!!..ingatlah tiada rakyat tiada Raja.

Sekiranya Majlis Raja-Raja pun buat tak peduli apalagi harapan yg ada.... nenek bimbang jika masanya tiba bukan saja Najib dinyahkan bahkan Raja-Raja juga ditolak ketepi kerana lansung tidak dapat membela, mempertahan dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

Namun nenek masih menaruh harapan terhadap duli-duli Tuanku kerana sebagai Ketua Agama Islam pasti para Tuanku tidak akan membiarkan yang batil mengatasi yang hak....

Ampun Tuanku....

Terima kasih DAKJ.

Rakyat Malaysia said...

http://www.malaysia-today.net/who-does-kadir-want-as-the-new-pm-and-dpm/

Pak Kadir, sila jawab, jangan diam saja.

wannie said...

Datuk, mandrem terlalu kuat...jibby tak berpijak di dunia nyata.....!!!!




wannor.

tatang ka said...

Tuduh menuduh adalah mainan politik. Whether u like it or not doesnt matter to majority of rakyat. We only look at Opossition n Tun Mahathir n others on their common cause that to ask for PM resignation because of corruption. U idiot.

Thieves by day and night said...

Datuk,
there is a monumental falling out of thieves in the 1MDB debacle.
The management of IPIC and Aabar (the legally constituted entities) have strenuously denied that the lookalike Aabar is owned by their companies.
Thus whatever their "former" CEOs did i.e. Turki and Khadem to set up the fake Aabar in the BVI was a grand conspiracy with those in 1MDB to siphon off the funds meant for repayment to IPIC. 1MDB cannot rely on the stupid excuse that Turki and Khadem are close friends and comrades with Najib, thus because Najib provided authentication of this close link, that it was OKAY to transfer the funds to the lookalike Aabar. How wonderfully strange that eventually part of these transferred funds were routed to Najib's personal accounts, this is now what the international authorities have evidence.
Turki and Khadem to save their skins and literally their lives will confess their sins and it is expected will implicate their chief conspirators like the malaysian War General. What kind of financial wizard JackyLow has turned out to be, a false lookalike Copperfield ? Frailty thy name is JackyLow.
And poor stupid scapegoats like Arool, caught up in so many lies, fabrications, untruths, does he know his left hand from his right?

Zalman A said...


It would not surprise me if Najib chooses to call a snap GE after Sarawak polls. He may desperately try to win a new mandate before his tattered reputation sinks even further. I have no doubt that in his desperation to avoid jail he will resort to anything and everything to win. Hence the country is in considerable danger. Hence beyond a declaration, a united political front must be on standby. The Deputy President of PAS has openly called for Najib to resign over his betrayal of the rakyat; maybe he can instill some moral values in the President of PAS too?

Waghih said...

AsSalam Dato ..

Biarlah den yg hino ni jawab soalan dato tu yo ..

4) Tun M nuduh DSN lakukan perbuatan salah . Duit Rm 42B dikato hilang .
Tapi PAC kompom duit tu tak hilang dan dalam aset .
Jadi yg kompom salah Tun M .

5) Yg rosakkan imej negaro iolah Tun M Dio poi seluruh dunio canang gong nak jatuhkan DSN .
Sobab itu 1MDB ipo yg dirancangkan bulan mei 2015 ditarik balik. Pelabor yg sedia ado ketakutan sobab Tun M suko tikam belakang .
Seluruh dunio tahu Tun M jatohkan sumo PM sabolom ni .

6) Bilo tengok respon deklarasi Tun M tu , amat memalukan .
Oghang langsong tak percayokan Tun M .
Oghang lobih percayo deklarasi Vape.

7) Oghang tuo 91 thn ni dicaci sobab dio caci sumo PM sabolom ni . Dio pun pancong sumo timbalan PM dio .
Camno nak percayo oghang tuo ni .

8)Dalam media warong , oghang kampong kutuk dan belasah Tun M sabagai oghang tuo nyanyok yg cubo hapuskan BRIM dan Jakim dan nak angkek anak eh jadi PM .
Kojo oghang gilo dinamokan tu .

9) Zaman sekarang audien dah beralih ke online . Melibatkan seluruh dunio bukan sajo negaro kito .

Itu sajo yg den nak perbetulkan .

The otherside of the coin .

Waghih.

Shadow _pro said...

kalau dah bukan ahli ekonomi buat apa ceta pasai benda yg kita bukan ahli (pakar)nya. lebih baik diam dr dok meqapu tak tentu pasal dan menimbulkan fitnah saja. bila org kata kita bodo kita maqah tapi tengoklah apa yg kita buat. mengaku tak tau tapi dok buat jugak..memang bodo la jawabnya..hehehe

Jason koji said...

more like the hindsight of najib....

Nenekghuffran said...

Salam DAKJ...mohon laluan...

Waghih....nah ambik 20 sen ni
pegi main jauh2....
Kau tu budak belum cukup akal lagi...

Geli juga hati nenek ni bila kau punya mukadimah ngan DAKJ....

"biarlah den yang hino ni jawap soalan...."

Ha..ha...memang betul-betul hino kau ni waghih ooi...sama hino ngan si Najib tu....ada reti?



Is Joe said...

hi old fren..lu tlg gua blh..lu nak cakap apapun,lu cakap je la tp tlg la jgn petik ayat agama plak..org mcm lu yg main2 agama ni buat kita semua cepat dpt bala,tlg la insaf..lu nak jahat ok.lu nak jadi baik lg ok tp tlg la jgn main2 agama ya....peace yaww .

sri tribuana said...

Tak boleh terbitkan ipo sbb audit akaun tak dihantar, tak siap kt SSM sbb tu tak leh listed. Takkan alasan x listed sbb fitnah. Tak teknikal langsung.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).