Monday, September 05, 2016

1MDB Kebun Pisang Atas Angin


A Kadir Jasin




MUTAKHIR, 6 Sept – Dalam kita berbincang mengenai kebun pisang 1MDB, berikut adalah pemikiran awal saya mengenai pertemuan di mahkamah antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam seperti yang saya muatkan dalam Facebook saya.

1. Tun Dr Mahathir hadir mahkamah menyokong permohonan injunksi Datuk Seri Anwar Ibrahim menyekat penguatkuasaan Akta MKN.

2. Mereka bersalaman. Di sebalik yang tersurat tentu ada yg tersirat atau akan disiratkan.

3. The court meeting could contribute towards the opposition’s consensus building to topple the BN in the coming GE. 

4. Political and institutional reforms are an integral part of the Deklarasi Rakyat and key elements in the emerging political consensus.

5. Alhamdulillah ada akhbar tulen yang berani siar gambar luar biasa pertemuan di mahkamah Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Tahniah Sinar Harian.

POSTING ASAL

 

SEORANG bekas wartawan Bernama bagi tahu saya Sabtu lalu (3 September) orang kampung tak faham cerita 1MBD.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya tahu. Bukan orang kampung saja tak faham. Orang bandar dan orang berpelajaran pun tak faham melainkan yang arif urus niaga korporat dan kewangan canggih.

Saya pun dah cerita macam-macam cara. Saya yakin ramai yang faham tetapi lebih ramai yang masih tak faham atau samar-samar.

Pernah juga saya ceritakan kepada beberapa orang rakan blogger secara kiasan. Izinkan saya kongsi cerita kiasan itu dengan para pembaca dan pembahas sekalian. Saudara saudari pula boleh kongsi dengan orang lain kalau ada kesempatan.

Saya ibaratkan sebagai cerita dongeng orang berniaga pisang. Minta maaf kalau panjang sikit. Ceritanya macam ini.

1. Ada seorang saudagar minyak unta yang kononnya sangat pandai berniaga. Kalau dia jual batu yang dikutip tepi jalan pun laku. Dulu ada banyak peniaga macam ini di pekan-pekan sehari. Orang putih gelar wheeler dealer atau snake oil salesman. Lebih kurang macam penaja skim cepat kaya Pak Man Telo dan labu peram. Dia Cina. Nama dia Joe Hai.

2. Mula-mula dia pergi ke sebuah kampung nama Kampung Terang. Dia pujuk ketua kampung kongsi tanam pisang. Mereka pun tubuh syarikat Tanaman Istimewa Antarabangsa. Singkatannya TIA.

3. Punyalah hebat putar belit si Joe Hai ini dengan modal hanya RM1 dia boleh pinjam RM5,000 dari bank dalam dan luar negara. Ertinya dia pinjam lima ribu kali ganda daripada modal.

4. Tak pernah jadi dalam dunia di mana beza di antara modal dengan hutang 5,000 kali ganda. Selalunya bank bagi pinjam 50 peratus daripada modal saja. Itu pun dah dikira tinggi dan bahaya. Pernah kah kita dengar orang yang ada modal RM1 boleh pinjam sampai RM5,000? Along dan ceti pun tak bagi hutang sebanyak itu.

5. Yang banyak orang tak sedar, dalam diam-diam Joe Hai gadai tanah orang Kampung Terang yang nak dijadikan tapak projek pisang itu.

6. Perkara ini berlaku pada tahun 2008. Masa tu tak banyak orang sedar. Hanya ketua kampung dan beberapa orang suruhan dia saja tahu. Ikut cerita, tak lama lepas itu Joe Hai lesap dari Kampung Terang. Apa yang jadi dengan tanah orang kampung yang Joe Hai gadai sampai hari ini masih dipertikai.

7. Tiba-tiba, pada tahun 2009, Joe Hai timbul di Kuala Lumpur dan pakat dengan seorang pawang buaya yang tersohor nama Mat Nujum. Dalam kerja dia mudik hulu hilir tangkap buaya ganas, Mat Nujum tahu siapa ada tanah, di mana dan berapa luas. Joe Hai pakat dengan Mat Nujum tukar TIA kepada syarikat baru dengan nama Satu Melayu Dan Baba atau singkatannya 1MDB.

 
Haji Kader Pawang Buaya Tersohor Pahang (blog Koi Anak Pahang)
8. Mat Nujum tahu ramai suku sakat dia ada tanah. 1MDB “beli” tanah itu dengan harga murah dan lepas itu jual atau gadai dengan harga mahal. Kerja mereka ambil tanah, pecah lot, gadai atau jual. Tak cukup dengan jual tanah mereka berhutang pula.

9. Nasib mereka baik pasal suku-sakat Mat Nujum tak berapa cerdik dan Mat Nujum pandai reka cerita. Dia  kata, mereka akan untung juta-juta bila tanah mereka dah jadi projek raksasa.

10. Dia ambil hati mereka dengan guna duit hutang dan duit pinjam hantar mereka naik haji dan belanja anak-anak mereka mengaji dalam dan luar negara. Sekali-sekala mereka anjur majlis suka ria sampai bawa masuk artis top dari Korea.

11. Mat Nujum dan Joe Hai gadai sana pajak sini, hutang sana pinjam sini. Bila tak cukup nak bayar bunga dan pokok, mereka berhutang lagi. Kerja mereka korek lubang kambus lubang macam dalam skim cepat kaya.

12. Joe Hai dia pandai. Dia main dari belakang. Dia sendiri orang tak nampak. Dia duduk nun jauh di Amerika. Dia guna Mat Nujum sebagai orang depan. Semua Mat Nujum arah dan tandatangan. Mat Nujum jadi sangat berkuasa dalam kampung pasal duit banyak. Dia kata jalan, jalan. Tak ada siapa nak lawan pasal dah dapat habuan. Macam ayam dapat dedak. Yang tak setuju boleh jalan atau tunggu kena tendang. Pendek kata, Joe Hai jerit ayuh, Mat Nujum pun kayuh.

13. Walaupun Joe Hai ni muda, dia banyak tipu helah. Hasil pakatan dengan Mat Nujum dia jadi kaya-raya dalam sekelip mata walaupun projek pisang tak banyak hasil. Nak bayar bunga pun tak cukup.

14. Dia bagi tahu orang dia usahawan, dermawan, karyawan dan jadi kawan kepada anak tiri Mat Nujum. Dia pun baik dengan pak-pak Arab. Dia tahu, orang Melayu jadi lemah bila berdepan dengan orang Arab. Arab bela unta pun mereka sanjung macam ulama dari Makkah.

15. Dengan hasil perniagaan atas angin itu mereka pun berpesta, beli harta, joli sini joli sana. Nak cepat tunjuk hasil mereka beli kebun pisang orang lain yang pokok-pokok dah tua. Bila sesak tak boleh bayar balik hutang, mereka jual. Ada yang mereka beli mahal tapi jual murah. Beli mahal dari tauke tempatan jual murah kepada tauke Negeri China.

Bagus, beli mahal jual rumah kepada China
16. Mana pergi duit yang mereka pinjam, tuan tanah dan orang kampung tak tahu. Mat Nujum dan Joe Hai tak bagi tahu. Tiap-tiap tahun buku kira-kira lambat tutup. Bila juruaudit tanya atau tak mahu sahkan akaun, mereka kena tendang. Bila ditanya, Mat Nujum kata rahsia.

17. Satu dunia tahu cerita buruk dan busuk syarikat pisang 1MDB. Tapi dalam kampung semua orang diam. Ada yang diam pasal tak tahu apa-apa tapi ramai yang diam sebab sudah kenyang terbahak macam ayam dibagi makan dedak.

18. Sekonyong-konyong muncul Tok Pendeta yang bertapa di dalam gua. Dia tilik, dia renung dan dia buat congak. Dia tanya, macam mana habis tanah orang kampung kena gadai? Dibeli murah dijual mahal tapi perniagaan tak untung, hutang melambung. Bila sesak jual kepada tauke dari Negeri China dengan potongan harga.

19. Dia kata hutang projek pisang 1MDB dah naik jadi RM42 bilion. Satu bilion (1,000,000,000) bersamaan satu ribu juta. Jadi 42 bilion ringgit bersamaan 42 ribu juta ringgit. Kalau tulis jadi macam ini RM42,000,000,000.

20. Berapa Banyak RM42 bilion? Seorang bekas pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM) kata, RM1 bilion boleh buat 100 buah sekolah rendah, jalan tanah merah 6,600 kilometer dan 500 buah jambatan biasa.

21. Ikut laman web Finance Twitter, RM42 bilion boleh beli sebuah Apple iPad Air bagi setiap orang daripada 30 juta penduduk Malaysia atau boleh bagi makan 100,000 orang hidangan McDonald selama 99 tahun. Boleh beli antara 105,000 hingga 420,000 buah rumah PR1MA. Tapi kalau tukar RM42 bilion jadi beban hutang, setiap orang rakyat Malaysia, termasuk bayi baru lahir, akan tanggung RM1,400 hutang 1MDB tiap seorang tak termasuk faedah.

Cukup jamu rakyat makan McDonald selama 99 tahun
22. Apakah yang boleh kita tengok hasil hutang RM42 bilion itu? Lubang di tapak TRX Jalan Tun Razak, tanah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang dah dijual kepada syarikat usaha sama Malaysia-China dan penjana elektrik bebas (IPP) yang dijual kepada kompeni negeri China.

23. Tapi hutang projek pisang atas angin rekaan Mat Nujum dan Joe Hai bukan RM42 bilion lagi. Dah naik jadi RM50 bilion pada bulan Januari tahun ini. Ini bukan Tok Pendeta yang kata. Ini Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang kata. Takkan auta. Orang yang jadi ketua PAC Mat Nujum sendiri lantik.

24. Orang cerdik dah tahu mana pergi baki duit projek pisang atas angin 1MDB itu. Dah kena songlap. Dah pusing satu dunia. Dari Malaysia ke negeri Arab, dari negeri Arab ke Pulau Caymans, dari Pulau Caymans ke Pulau British Virgin Islands (BVI), dari BVI ke Singapura, Hong Kong, Switzerland, England, Australia dan Amerika.

25. Macam-macam tipu helah dan cerita dongeng Mat Nujum serta konco-konco dia buat untuk lesapkan duit projek pisang atas angin 1MDB. Mula-mula mereka kata duit itu akan dibawa balik. Lepas itu kata kena simpan di Singapura pasal nak atasi syarat Bank Negara. Mula-mula duit tunai dolar Amerika. Lepas itu jadi sijil pelaburan. Kemudian tukar jadi unit. Akhir sekali lesap.

26. Dok tak dok, khabar dari luar negeri kata Mat Nujum terima RM2.6 bilion dalam buku bank dia. Mula-mula Mat Nujum dan budak-budak suruhan dia kata, bohong. Mereka kata fitnah. Kerja orang dengki haram zadah.
Peguam Negara Switzerland kata duit 1MDB kena songlap
27. Tapi bila temberang mereka pecah, mereka kata duit derma Tok Arab. Kata mereka, Tok Arab itu sangat teruja dengan kerja Mat Nujum majukan Islam dan lawan pelampau agama. Ada budak-budak suruhan Mat Nujum bagi gelaran Pahlawan Islam kepada dia. Sama taraf dengan Salahuddin Al-Ayubi perwira Islam dulu kala.

27. Bila Tok Pendeta minta tunjuk Tok Arab peniaga unta yang kaya dan baik hati itu, Mat Nujum dan budak-budak suruhan dia kata rahsia. Mereka kata bukan seorang tapi beberapa. Ada yang kata mereka jumpa sendiri Tok Arab itu di Tanah Suci.

28. Banyak tak percaya. Mereka syak duit itu adalah duit projek pisang atas angin 1MDB yang Mat Nujum dan Joe Hai songlap. Pejabat Peguam Negara Switzerland syak sebanyak AS$4 bilion (kira-kira RM16 bilion) telah kena songlap.

29. Sekonyong-konyong, seorang budak suruhan Mat Nujum kata, Mat Nujum dah bagi balik RM2.08 bilion duit sedekah Tok Arab itu. Pelik sungguh. Tok Arab yang baik hati dan pemurah bagi derma (sedekah) kepada Mat Nujum untuk tegakkan agama dan majukan ekonomi orang Islam Malaysia, pasal apa Mat Nujum bagi balik pula? Tak masuk akal. Di Malaysia ni ramai lagi orang Islam yang susah.

30. Pasal apa tak guna duit sedekah Tok Arab itu bantu orang Islam yang susah atau buat projek ekonomi untuk mereka? Sebabnya duit itu bukan sedekah Raja atau Tok Syeikh Arab tapi duit projek pisang atas angin 1MDB yang Mat Nujum dan Joe Hai songlap.

31. Pengaruh Mat Nujum dalam kampung kuat. Semua dia jaga, semua dia bela. Yang ada kuasa dia bagi satu, dua juta. Yang miskin dia bagi dedak dan serdak. Jadi tak ramai berani bangkit atau angkat muka. Yang berani lawan dia ugut, dia surah polis siasat dan pecat.

32. Tapi di luar kampung, projek pisang atas angin Mat Nujum dan Joe Hai dah kena londeh. Satu dunia dah tahu rahsia kotor mereka. Dah kena siasat, duit mereka dah kena beku dan orang yang subahat pindah duit haram mereka dah kena tangkap dan bank yang pindahkan duit haram kena tutup. Seorang dah kena tuduh di mahkamah di Singapura. Singapura tahu banyak rahsia Mat Nujum. Pasal itulah dia sangat takut kepada Singapura.

33. Tahun lepas kerajaan Amerika tubuh badan penyiasat Juri Agung (Grand Jury) dan pada bulan Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles untuk rampas harta yang mereka beli dengan duit yang disonglap dari 1MDB. Kleptokrasi maksudnya kerajaan yang mencuri.

34. Cerita macam mana Joe Hai pujuk Mat Nujum berniaga, macam mana mereka kelentong orang kampung, karut-marut berkenaan Tok Arab dan beban yang mereka hempap ke atas kepala rakyat jelata tak boleh sembunyi lagi. Bangkai gajah Tok Miah tak boleh dikambus lagi.

35. Angkara Mat Nujum dan Joe Hai dah sebabkan nama Malaysia busuk satu dunia. Dah jadi bahan lawak jenaka. Orang yang tahu dah tak percaya kepada kita. Kaki sapu ambil kesempatan beli harta benda kita dengan harga istimewa. Sikit demi sikit, kedaulatan dan ekonomi kita dijajah semula. Kalau kita masih tak akur, masih nak santai dan tidur, satu hari tak lama lagi negara kita akan jadi padang jarak padang tekukur. Kera di hutang terbahak kekenyangan anak di rumah menangis kelaparan.

Wallahuaklam.

51 comments:

sukasamasuka said...

Datuk.

First Class, Datuk.

Sedap jalan ceritanya...lawak giler...aku sudah watsup kepada semua group...tunggu feedbacks saja la...orang macam kami dikampong2 bukan tau pasal cerita koporat begini...jadi siok juga bila baca.

Terima kasih Datuk....memang best!

Old friend said...

Betul memang best... kategori cerita dongeng.

Tak penat ke Kadiaq?

PutraKraken said...

Salam Datuk


Pisang!...pisang!
Mari Mari beli pisang!
Pisang tanduk ade...
Pisang kepok ade..
Pisang lemak manis ade..
Pisang rastali ade..
Pisang emas pun ada...

Pisang embun dibawa belayar
Hutang bertimbun tak boleh bayar
Ayuh...kibarkan layar dan labohkan sauh
Kita bersama merentas lautan.

Akulah pahlawan...akulah jutawan
Akulah dermawan...akulah MO1.

Siapa?... MO1?...Mat Nujum?

Akulah MO1...akulah Mat Nujum
Pahlawan Bugis merentas samudra
Virgin Island...Cayman Island...New York...
Laut Merah juga Lautan Hindi
Semua ku takluki

Rahman!...ko bagi tau orang sape aku!...
Dia orang ni banggang betul tak kenal sape aku...
Haramjadah!...Bangsat!

Datuk

Cerita dongeng Kebun Pisang ni memang mudah difaham...
Tapi ramai yang tak mau paham dan buat buat tak paham...
RTM dan TV3suku tak tunjuk filem Mat Nujum...yang ade cuma filem Nujum Pak Belalang.

Alkisah...memang ramai yang tak tahu menahu apa dan siapa MO1...aka Mat Nujum. Perjalanan 1MDB terlalu bercelaru untuk difahami...waima kepada mereka yang tahu urusan koperat, kewangan mahupun accounting...pun sukar nak paham betul betul. Sebab tu lah rakyat luar bandar tak mau ambil kesah...menambah pening lagi.

Teruskan perjuangan.

rahman jpc said...

salam dato kj.

first class punya cerita.

mari lah kita gempur kawasan parlimen Pekan agar mereka tahu ketua mereka anak 'orang besar berempat Pahang'(tun razak) adalah pencuri murahan.

segala sumbangan yg mereka kecapi ada lah sebahagian besar nya berpunca drpd 'wang curi n wang haram'.

jika beliau masih berdegil utk bertahan maka penduduk Pekan wajib menolak nya dlm PRU 14 kelak. mereka tiada pilihan lagi !!!.

A KADIR JASIN said...

1. Kita doa DoJ berjaya.

2. Kalau kita dapat balik duit kleptokrasi yang DoJ dok cari itu, apa kata kita cuba beli Pulau British Virgin Islands (BVI)?

3. Kemudian kita tukar nama jadi Pulau Anak Dara Malaysia.

4. Lepas tu kita gilir-gilir naikkan layar penisi Bugis dan berlayar ke sana untuk makan angin. Tapi jangan lupa naikkan sauh.

5. Silap-silap nasib baik ada lagi baki duit 1MDB di sana.

Maaf lawak sikit.

Wan Katak said...

Di ikutkan, para mahasiswa kita sendiri ramai yang tidak faham tentang isu 1MDB.

Saya perhatikan ramai antara mereka lebih cenderung membidas dan menyindir DS Najib berkenaan derma RM2.6 billion. Tetapi tidak ramai yang mempersoalkan berkaitan RM50 billion 1MDB.

Wan Katak said...

Dikalangan mahasiswa sendiri masih ramai yang bodoh berkenaan isu 1MDB.

Sebaliknya golongan mahasiswa cenderung membidas/ mencerca DS Najib berkenaan derma RM2.6b.

Sedangkan isu pokok, 1MDB melibatkan jumlah yang lebih besar, RM42b.

Kita para peniaga lah yang lebih merasa kesannya. Ringgit jatuh ketara, dan import menjadi sangat mahal. Tapi kita masih berkira untuk naikkan harga barang jualan, risaukan pelanggan lari.

Daniel Noor said...

Salam Datuk

Hahaha. Lucu. You make my day Datuk. TQ

Kita minta UMNO kalah tp kita mahu Najis menang di Pekan.

Di Parlimen nanti semua boleh bugil kan dia..

Azim Alias said...

Suspen membacanya ☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️

Azim Alias said...

Suspen membacanya ☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️

sukasamasuka said...

Datuk.

"Today, 5th Sept 2016...3.15pm...Surprise in court as Dr M turns up at Anwar’s case...In a rare move, former prime minister Dr Mahathir Mohamad appeared in the High Court in Kuala Lumpur today to attend his anchor rival Anwar Ibrahim's application to challenge the controversial National Security Council Act 2016 (NSC Act)."


I like the way Anwar showed respect by clasping both hands of Tun M...

We have a new Prime Minister.


(http://www.malaysiakini.com/news/354723)

sukasamasuka said...

Datuk.

"1. Kita doa DoJ berjaya."


System perundangan di Amerika tidak perlukan doa, Datuk....begitu juga di Switzerland...di Singapore...di London...di Hong Kong...sebab itu bukan Hukum Hudud ala PAS...dimana bagi DoJ, Najib hanya "kacang putih"...tunggu masa saja...when he will be hunted like Nazi war criminals...no place to hide...they have very long arms of law...as money laundering is an extremely serious offence both internationally as well as in the US...so Najib will end up like the other pariahs... Saddam Hussein...Ghadafi...Noriega...and many more...

But, I pray that Donald Trump will be the next President of the US...he need our prayers...to clean up Islamic terrorism and its web of illegal money laundering activities around the world...so we all can live in peace.

sukasamasuka said...

Datuk.

"1. Ada seorang saudagar...kononnya sangat pandai berniaga....Orang putih gelar wheeler dealer atau snake oil salesman....Dia Cina. Nama dia Joe Hai."

1. "Hai" dalam bahasa dialect Cantonese/Hakka...adalah "kemaluan betina"..

2. Patut la Najib suka...Rosmah pun suka sama budak Cina "p****a" ni...

3. Memang sudah tabiat pembesar2 Melayu UMNO suka berniaga dengan orang Cina...senang dapat duit pendahuluan...dan Cina tidak buat bising, senang di runding...janji project dapat.

4. Depan orang Melayu...pembesar2 UMNO...hentam orang Cina bukan main main...sampai orang Melayu lupa orang Cina pun manusia juga...ciptaan Allah Taala...kalau la tiada Cina di Malaysia ini, barangkali Melayu masih makan ubi kayu dan pakai cawat...

5. Jadi jangan la kita hairan pula kalau Cina "p****a" macam si Joe Hai jadi anak kesayangan pembesar Melayu UMNO haramzadah...sebab itu la UMNO sebenarnya...rosak olih Cina....

TANPA CINA, TIADA UMNO...

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Sebenarnya penyokong Nat Nujum berharap Tok Pendeta tidak berkata apa-apa.

Walaupun tanah kampong telah tergadai, penyokong Mat Nujum memberikan nasihat kepada Tok Pendeta supaya pergi berzikir di surau atau masuk semula bertapa dalam gua.

Tok pendita kata, walaupun amat bersedih kerana tanah kampong sudah tergadai, perasaan tanggungjawap mengatasi perasaan sedih.

Oleh itu, Tok Pendita mengajak orang kampong supaya bersatu untuk menentang Mat Nujum.

kampong lad said...

salam Tok Kadiaq, 1mdb kata duit depa seduit pun tak hilang, all accounted for. tapi si presiden 1mdb kata kemungkinan ada unsur2 penyelewengan (fraud) didlm syarikat2 usahasama. cuma nak tanya satu soalan; yg saya tau bila si A buat syarikat kongsi dgn si B, yg jadi lembaga pengarah mesti terdiri dari wakil2 dua belah pihak. dlm kes jv ni, 1mdb takdak wakil kot?.

46Sekupang said...

Pak Kadir ada kemungkinankah sikit hari lagi Pulau Pisang akan bertukar tangan disebabkan rumah api ditabir oleh mereka?.Macam paparan /atau jalan cerita diatas macam Tok NUjum dah jadi lembu cucuk hidung.Jangan sampai Pelabuhan Tanjung Pelepas pun jadi gajah putih menganti Pulau Batu putih.Harap2 jangan lah ianya berlaku.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Saya tanya dalam Blog LSS... adakah Hutang Kerajaan Malaysia... 54% daripada Keluaran Dalam KDNK itu termasuk hutang 1MDB?

Jangan kata nak siarkan... nak jawab pun tidak.

Memang sah... ada 'penipuan-besar' yang Najib cuba rahsia dari pengetahuan Rakyat.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Thanks Datuk....sebuah coretan yang best.........moga yang tak paham,boleh paham

Lembah Tasnim said...

Tok.. Seronok betul cerita dongeng kali ini.. lebih mudah difahhami dan berkesan..

Datuk memang ada kelebihan tersendiri..

Aku said...

Kadiag, salaam.

Sekali lagi gajah tok miah jadi mangsa (para 34). Macam mana pon heja dia kali ni ada 'h'.

Betoi hang tulih, ramai yg tak paham liku2 macam mana duit yg sangat2 banyak tu depa songlap. Lantaran depa tak tau, munkin sebabkan depa tak berapa peduli jinayah dan kezaliman yg ditimpakan pada rakyat terbanyak. Depa munkin tak dapat hubungkan GST, jatuh nilai ringgit, mengunung hutang Malaya, dan hutang isi romah, naiknya harga barang, sewa dan 'upah', batainya 'sabsidi', betambah luaih jurang kaya miskin dan macam2 lagi gejala2 yg menjuruih pada jinayah semakin merata, kebencian antara kaum ....dan macam2 lagi.

Mintak maghap Kadiag no, bukan nak kipaih hang, tapi di sini la...munkin peranan tuan2 blog macam hang dan penkomen2 yg bagi hujjah yg sandag pada fakta dan ilmu, di adun dgn bakat petah bekatakata ('eloquent') dan lancag menulih sangat2 mustahak atau kritikal. Semoga Allah S.W.T. terima sebagai jihad fi sabilillah. Aamiiin.

Ni nak habag mai, baru ni aku ada balek kampong, pi romah saudara, dia pulak tak brapa sehat, tapi nak pi jugak mesyuarat UMNO, aku kata tok sah pi kalu tak brapa sihat, tapi dia nak pi jugak....dia kata kena pi jugak sebab tak ramai orang yg nak pi, dan ni mesyuarat mustahak sebab peringkat 'bahagian'. Aku molanya nak menyakad jugak, aku tanya dia, ada dengag dak pasai 1MDB...dia tanya aku balik, 1MDB tu apa... tak besa dengag pon....

Pada pendapat aku, Kadiag, orang macam ni cukop ramai... antara lain tunjok berapa bekesannya usaha media depa lenyapkan atau semunyi maklumat dan berita. Munkin sasaran hang dlm hai ni ada dua kelompok, satu, yg besa dengag pasai 1MDB ni tapi tak berapa paham lenggok2 dia, dan dua, yg tak dengag lansong atau jahe teruih pasai benda ni.

Mat bin Saleh munkin kata hang ponya kerja yg payah ni dah siap dipotong untok hang atau "your work has been cut out for you..."

Macam biasa Kadiag, mintak maghap no kalu ada apa2 yg tak kena...
Aku

boy said...

i do think tat d opening is quite a conditioning, but i think it also makes point. just d real names which came out in d middle of d story quite a disturbing. but other hideous-looking human characters r really fit in. tats obvious…those r d vicious political business traits. d cycle tat took ugly truth everywhere. there r human consequences for tat.

fadzly ms said...

Salam.. senang faham dan sedap cerita ni.

Budak kampung Selatan said...

Sakit ati ke..muka dh merah padam tu..hang mati mati sayangkan nujum tu kan?kehkehkeh

Aku said...


Kadiag, salaam sekali lagi.
Ni ada berita 'hot' ni dlm blog hang, aku tempek tulihsan penkomen tu seperti dibawah:

" sukasamasuka said...
Datuk.

"Today, 5th Sept 2016...3.15pm...Surprise in court as Dr M turns up at Anwar’s case...In a rare move, former prime minister Dr Mahathir Mohamad appeared in the High Court in Kuala Lumpur today to attend his anchor rival Anwar Ibrahim's application to challenge the controversial National Security Council Act 2016 (NSC Act)."


I like the way Anwar showed respect by clasping both hands of Tun M...

We have a new Prime Minister.

(http://www.malaysiakini.com/news/354723)"

Aku telepaih pandang berita ni dan kalu benag, macam disiag TV Singapo memang best sakan. Beberapa blog dan pemehati (temasuk aku) memang pendapat dua aliran, iaitu yg dikepalai Mat Tehag dan yg satu lagi yg dikepalai breder dari Cherok Tok Kun bulih jadi satu tenaga yg insyaAllah sangat ampuh untuk betuikan pejalanan Malaya ni...

Aku rasa sayu pon ada, seronok pon ada, macam bila kakak kad warong tepi pagag kem transit tanya bila aku berangkat ke Somalia... sunggoh pon aku tak dapat pi, ropa2 nya ada jugak orang dok perati kad aku dan ambik tau pasai aku. Pejuangan breder selepaih hampiag 20 taun dgn "originating summons" ka "interim injunction" ka apa ka nak lawan akta sekuriti yg bulih bagi kuasa kuku besi ka anak Rahah, bejaya bukak medan baru untuk Malaya ....insyaAllah tak sia2. Aku sangat2 beterima kasih kalu hang ka sapa2 ka bulih sampaikan salam aku kak breder dan mintak dia tela'ah suroh Yusuf cara sunggoh2, tu pon kalu dia sendiri belom buat lagu tu. Dan kita yg diluag ni, sambutlah langkah breder ni....

Terima kasih,
Aku

I like the way Anwar showed respect by clasping both hands of Tun M...

We have a new Prime Minister.


(http://www.malaysiakini.com/news/354723)

Kampong man said...

Assalam DAKJ and all,

1.Semalam untuk pertama kalinya Tun M hadir di mahkamah bersama DSAI .
Sebaik Anwar muncul, Mahathir berjumpa beliau dan bersalaman, mengakhiri satu “sengketa politik terhebat dan terhina” dalam sejarah politik negara membabitkan tuduhan seksual, liwat dan korupsi berbilion ringgit antara kedua-dua mereka.

2.Saya tidak hairan kerana saya tahu Tun M adalah saorang strategist.Maklumlah 22 tahun menjadi PM walaupun secara dictator. Semua tahu. Tujuan nya pasti , bagi meraih sokongan untuk persiapan menjatuhkan Najib dan UMNO/BN nya di PRU 14 nanti.Ini mudah kita fahami.

3.Tun M tidak lagi dalam UMNO maka adalah hak Tun untuk berbaik dan bersatu hati dengan seterunya atau musuh lamanya walaupun tidak pernah berjabat tangan dengan DSAI selama 18 tahun. Satu masa yang lama.Kenapa sekarang ?.Sebaiknya Tun M berehat dan fokus kepada Amanah Saham Akhirat dalam usia lanjut begini saperti Pak Lah dan pemimpin lepas kan ?.Saya sayangkan Tun tetapi saya lebih sayangkan parti keramat orang Melayu UMNO juga kerana UMNO lebih besar dari Tun.Saya meramalkan dan yakin Deklarasi Rakyat dan parti BERSATU nya tidak akan menyerlah dan berjaya saperti terjadi pada parti Semangat 46,KITA dan berbagai lagi parti kerana pernah saya katakan ini semua resipi memecah belahkan perpaduan orang Melayu dan memporak perandakan sistem demokrasi berpalimen negara kita hanya bagi meneruskan agenda dan nafsu politik peribadi Tun M demi kuasa.1 MDB is just about the only issue played daily by the weak and disorganise opposition like nothing else matters.

4.Terbukti ahli UMNO bersatu di belakang presiden mereka baik di zaman Tun dan sekarang dibelakang Najib.Mereka nampaknya lebih bersatu sekarang. Saya doakan UMNO/BN menang di PRU 14 saperti biasa. Kemenangan BESAR di Sg Besar,K Kangsar dan Sarawak adalah cukup bukti rakyat di belakang UMNO dan BN berterusan. Secara tidak langsong di belakang presiden dan PM mereka.

5.Anda semua disini boleh terus berjuang mengalahkan UMNO dan BN kerana itu hak individu memilih anda

You will have more fun reading Najib bashing blog in my Bangsar friend Ariff Sabri ,Sakmongkol AK 47 blog.He is a Raub DAP MP along with my buddy Aspan Alias.Both are malay DAP members both have UMNO DNA im them. Aspan has a blog too.We used to have teh tarik session in Bangsar but we don't talk politics.

6.Again i must emphasise here lets respect DEMOCRATIC process and move on as i have always said.There is no reason for Najib to step down and we should let Najib complete his mandated term as president of UMNO and our PM .Let voters decide his fate in a democratic election.As long as UMNO members are behind Najib,he will be their president and our PM,period.Alah election tak lama lagi pun.It will next year according to my kampong bomoh .Together you vote him out.Fair?.
Ini pandangan jujur saya.Maaf lah kalau ada yang tersinggung. Wallahwu'alam.

@ Oppsss..Sorry,You can continue talking about 1 MDB until the cows come home.In the final analysis it will be voters to decide soon.Cheers folks.

A KADIR JASIN said...

Dengan izin, berikut adalah pesanan Tan Sri Sanusi Junid yang dihantarkan kepada kawan-kawan beliau, termasuk saya, semalam:

"Alhamdulillah. Allauhuakbar. Saya paling gembira apabila mengetahui Tun Dr Mahathir bersalaman erat mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bertemu di mahkamah pada hari ini.

Saya kenal Anwar sejak tahun 1991 waktu di MCKK. Beliau di tingkatan 1 dan saya di tingkatan 5. Berbagai pengalaman bersama dan yang berbeza telah kami lalui.

Kami sama-sama membina Badan Revolusi Ugama dan Maramunjangan waktu di MCKK kemudiannya terlibat dalam penubuhan Yayasan Anda Akademik dan percetakan, penubuhan Koperasi Shamelin Berhad dan Abim.

Saya menyeru kepada semua kenalan, kawan dan sahabat yang pernah berkaitan atau berhubungan dengan semua organisasi ini supaya mengetepikan semua perasaan emosi dan sentimen untuk sama-sama menentang kemungkaran yang sedang melanda negara masa kini. Sama-sama kita jayakan reformasi dalam berbagai-bagai bidang demi mencari keredhaan Allah SWT.

Kita bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk dariNya."

msh said...

Salam Dato.

Satu cerita kiasan yg terbaik.

Harapnya cerita kiasan atau 'dongeng' ini dpt membantu Org2 Kampong... termasuk sahabat2 pembaca dan pembahas dlm blog ini tentang 'scam' Tok Nujum dan Jo Hai memperdayakan org2 kampong ....serupa dan sebiji dgn isu 1MDB yg diterajui Najis.

Kalau masih 'blur' lagi...pergilah check mata...atau buat 'MRI' dihospital berdekatan.

Dari cerita ini kita boleh rumuskan;

# siapa yg penyamun
# siapa pembela
# siapa pengkhianat
# kesan perbuatan jahat dan Khianat penyamun kpd Org Kampong...hingga tanah mereka tergadai dan jadi lompong.
# betapa jahil dan kotor 'pentedarah2 dedak' terhadap kawan2 atau bangsa..
hingga sanggup berdiam diri.
dll

Sbg menutup kata...lanjutan dari cerita 'dongeng' ini sy masih mahu bertanya mereka2 tentang satu perkara.....dimana salah nya Pendeta bila Tok Nujum aka Tok Najis dan Joe Hai yg buat angkara?

Jika tiada jawapan yg tepat....minta diam sahaja dari merapu yg bukan2 dan jadi 'clown' yg entah apa2 dan memalukan diri sahaja.

hudhud said...

Pertemuan yang buat najib gelabah. Kalau tak takkan Salleh Keruak keluarkan blog dia petang tu juga. Biasalah dia memperkecilkan pertemuan tu. Tapi hakikatnya TDM dan anwar bincang macam macam isu hampir 1 jam. Azamin dan Azizah pun turut sama hadir. Takkan sampai 1 jam cakap pasal NSC aje? Tak masuk akal. Takkan nak bagitahu semua apa yang dia orang bincang. Takkan nak bagitahu lawan strategi sendiri. Itu perbuatan bodoh. TDM dan Anwar tak bodoh. They are real political animals.

Kalau kedua kepala yang 18 tahun menjadi musuh bolih berbaik semula untuk kepentingan negara takkan yang kat bawah tu tak bolih sama?

Yang kita betul betul harapkan ialah kali ini akan ada reformasi yang betul betul tulin. Bukan kat bibir saje. Buakan masa kempen PRU saje. Tapi betul betul buat kerana sayangkan negara. Yang kita tahu UMNO dah punah dibawah Najib. Institusi instituisi penting negara pun dah hancur. Hanya kerana nak tutup jenayah sendiri songlap duit rakyat. Ptui!

Muhamad Zaidi said...

Assalamualaikum DAKJ

1MDB=Ringkas

Sebatang Pensil=Ceritakan Kisah Ini

Kesimpulan

Kejayaan 1MDB kita boleh nampak hasilnya, kerana bangkit atas kegagalan kerana diberi peluang oleh rakyat. Tun Dr Mahathir juga diberi peluang oleh Rakyat..

sukasamasuka said...

Datuk yang bijaksana,

"2. Mereka bersalaman. Di sebalik yang tersurat tentu ada yg tersirat atau akan disiratkan."


Syukur alhamdullilah...buang yang keruh, ambil yang jernih...

Let's the process begin...aku redha menerima pilihan tersirat "ayahnda" ku Tun M...kalau itu lah yang Tun mau...

Saudara ku, Datuk Seri Anwar Ibrahim...terima kasih...dulu aku menyokong kamu membawa masuk UMNO ke Sabah...tanpa kamu, tiada UMNO di bumi Sabah...tapi, aku hampa dengan "perbuatan peribadi kamu"..betul betul hampa...hancur hati ini kalau mau mengingatkannya...maka itu la aku tidak pernah menyokong kamu lagi selepas itu atau PKR...tetapi kalau ini la apa yang dikehendaki olih Tun...maka, aku sanggup menerima kamu...sebagai Perdana Menteri baru Malaysia...

Buat la yang terbaik untuk Malaysia...

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Seringkali kita mendengar bahawa orang berkata sukan tinju lebih besar daripada Muhammad Ali...sukan tennis lebih besar daripada John McEnroe...dan, "party keramat orang Melayu", ia-itu, UMNO lebih besar daripada Tun M atau Tengku atau Najib...


2. Selepas Muhammmad Ali, "the Greatest", se-oleh oleh sukan tinju sudah mati, kecuali apabila tiba tiba muncul pula Mike Tyson...tanpa Mike Tyson, pada saat ini, aku langsung tak ambil peduli tentang tinju professional...so, please don't blame people like me...I am innocent.

Semasa John McEnroe, kita seronok menonton sukan tennis...bukan, pasal tennis, tetapi kelakuan beliau masa dalam dan luar gelanggang...padahal, Björn Borg lagi hebat sebagai pemain dunia.

3. Apa ada pada UMNO selepas Tun M?

- Yang ada...hanya tinggal slogan slogan kosong...yang satu kata Islam Hadiri...yang satu pula kata Islam Wassatayyah...kawan dia kata, Islam Kebajikan...yang mana satu yang betul ni?..macam jual agama...penyokong Melayu UMNO/PAS memang suka benda benda bodoh begini...sedap didengar sebab macam menegakkan agama Islam...dan "mensucikan" Islam...

- Selain Islam UMNO/PAS, kita juga disajikan dengan;

1Malaysia: ada "Bangsa Johor", "Sabah for Sabahan", "Sarawak for Sarawakian"...if anyone of you think this is just a political talk, and not for real, you just wait!

1MDB: rakyat dipaksa berhutang sebanyak RM50 billion...tiada peluang pekerjaan baru...tiada pendapatan baru...dengan assets yang sama asaja sebelum ada 1MDB...jadi, mana itu duit sudah pergi?...itu la Datuk AKJ sudah marah, sampai cerita pasal kebun pisang dia, bukan apa pun, si Datuk mau tau mana itu duit hutang sudah pergi?

4. Konsep keramat ada dalam Islam...karamah' adalah daripada bahasa Arab, bererti suci, tinggi budi dan mulia....dan, pada sesetengah orang Melayu, ini dilakukan untuk membesar-besarkan tokoh-tokoh tertentu yang telah meninggal dunia dan tinggal kuburnya sahaja.

Dalam erti kata istilah Arab itu tadi, aku rasa la...ini pada pendapat aku seorang saja la...

a. UMNO sekarang TIDAK SUCI bila guna dana...RM2.6 billion...dari sumber yang mencurigakan dan was-was...dan besar kemungkinan dari hasil duit haram...tapi, jangan la risau sangat, kita Melayu dan orang Islam bolih makan daging babi walaupun ia daging haram...daging anjing pun kita bolih makan kalau mau...tiada orang akan melarang...tetapi jaga jaga sikit, jangan termakan duit titik peluh anak yatim, balu dan orang miskin melalui GST untuk bayar balik itu RM2.6 billion...

b. UMNO sekarang TIDAK TINGGI BUDI PEKERTI nya...apatah lagi, apabila pemimpin teragungnya mengeluarkan kata2 kesat dan bangsat pada bangsanya sendiri...dan, tidak kurangnya pula, sikap orang orang UMNO yang biadap dan kurang ajar terhadap "orang tua 92 tahun"...ini bukan budaya Melayu kita...jauh sekali, mungkin budaya orang Melayu Semenanjung macam begini, tetapi bukan budaya Melayu kami orang Brunei...kesimpulannya, UMNO Melayu sekarang ini memang rakus kuasa dan tamak wang ringgit...

3. UMNO sekarang TIDAK MULIA...dulu kita dihormati diseluruh dunia...nama Malaysia harum semerbak macam bunga di taman...orang segan dengan kita...UMNO memuliakan bangsa Melayu, negara dan agama....tapi, zaman itu sudah berlalu, hanya tinggal kenangan yang aku dapat ceritakan pada anak anak dan cucu cucu ku walaupun dengan linangan air mata...kegemilangan kita sudah pupus bila seluruh dunia tau kita sengaja menggunakan sistem perbankan dunia untuk mencuri duit rakyatnya sendiri...tiada lagi hina,sehina hina nya bila Sistem Perhakiman Amerika dengan tegas mengatakan Kerajaan UMNO/BN mencuri duit rakyat...padahal pemimpin kita disanjung tinggi hingga bolih main golf dan berselfie dengan pemimpin dunia no.1...

5. Jadi memang tepat sekali UMNO ini dibesar-besarkan sebagai party keramat orang Melayu....sebab tokoh-tokohnya sudah lama "meninggal dunia" dan yang tinggal, hanya "kuburnya sahaja"....Al-Fatihah...

LaM said...

I hope the 1MDB issue is kept alive and being discussed day and night so that more people especially the kampong folks fully understand that Najib had used his public office to steal US$6-7 billion of 1MDB funds with JLow. They should be told that Najib is nothing but a thief, a robber and a corrupt public servant.

Discussing the 1MDB scandal not only touches the raw nerves of his supporters who are mostly 'dedak eaters' but possibly caused Najib sleepness nights and nightmares such that he can come out with childish public statement, 'I am not afraid of a 92 yr old man'.

KIpidap!!!!

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Tak surprise pun oghang bandar konfuse tontang ceghito 1MDB tu ...
Sobab yang menceghito tu pun konfuse hinggo berputar alam .
Mano tak ehhh ceghito luar.. dikhobar boto ...
Ceghito dalam .. dikhobar tak boto ...
Analogi yang cubo disampaikan .. jangan percayo sedaro sendiri ...

Patut la oghang kampung lobih bijak ..
Bolih nampak rupo siputar alam ...

Waghih.

sukasamasuka said...

Datuk.

1. I think the greatest invention of mankind is handphone...and with all the latest Apps, I can post your work instantly in seconds within the group network...my latest count, when I check about 300+ odd "names" and growing, but...being a simple kampong folk, I hardly knows any of them except those who invite me to join...some I just exit myself...as they are too extreme either in their political or religious inclinations.

2. In most cases, I hardly received any feedback...meaning, total silence, so not sure they like it or not...once, in a while few "thumbs up" signs...so far, never "thumbs down" sign though....so I think they just read your work verbatim...digesting it slowly...understandably, most still working...in suraus...in masjids...all hardcore UMNO supporters...and, those Chinese/Non Musim bumiputra friends and families have abandoned BN long time ago and I literally stop sending your English versions after one remark "biar la situ UMNO mampos, itu parti orang malaya, apa mau sarita lagi, kita orang Sabah ba"...

3. After my posting of your "Kebun Pisang"...one reminded me not to worry too much about "dunia", but take time to concentrate on "akhirat" on my twilight years...alawys receive this type of comment...the problem is that I live in dunia, not in akhirat...I hope no GST in akhirat and definitely, I don't want to see that MO1 when I am there, I got better things to do...u know what what I am sayin'?

4. Families, on the other hands...those UMNO Divisional Heads in particular, without fail...always advise me to respect a democratically elected leader...and to wait for the next PRU to exercise my right to vote without influencing other people...and they really support their President and express hope Tun M did the same...blah blah blah...

5. I voted UMNO all these while, without fail...everyone who knows me, know my stand...I owe it to UMNO and BN....no one can deny the contribution made by UMNO in the last 70 years...no one, hear me loud and clear...no one.

When I "cross the Rubicom" for the first time in my life in PRU14...I know I would be alone...but, it doesn't really matter...and, quite rightly so, it's my choice...because, I deserve a good honest leader like everyone else...this is my "dunia", I don't know about my "akhirat"...do you?

city boy said...

Kampong Man,
No harm expressing your view here but as a Muslim, we the rakyat have a responsibilty to get rid of dishonest leader like Najib.

Tigerz said...

Sukasamasuka,

You don't owe UMNO anything. You only owe leaders like the Tunku, Razak, Hussein Onn and maybe Dr M.
Just like the Republican Party in the US (the so called Party of Lincoln) being hijacked by white supremacist, UMNO has been hijacked by gangsters and pirates.

anti pemakan dedak. said...

Sdra Zaidi.

Apo yang ko nak cerita ni?
Tak faham benda.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Kalau dalam mimpi pun saya rasa orang tak boleh bayang Anwar dan Mahathir boleh berjabat tangan.

Tuhan maha kuasa.

Saya rasa ramai yang sebelum ini khuathir, kalaulah Bersatu bergabung dengan PKR dan lain-lain, apa akan terjadi nanti kalau Mahathir dan Anwar bertembung. Nampaknya, perkara ini tidak lagi menjadi satu masalah yang besar.

Setelah ini, saya rasa hubungan di antara PKR dan Bersatu boleh maju lagi ke hadapan.

mrlrie said...

Tidak sabar utk membaca ulasan dari DAKJ berkenaan adegan paling hot sekarang nie, pertemuan dua tokoh politik paling tersohor di Malaysia, mohon DAKJ dapat menghurai dari perspektif yang berbeza.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Datuk Ahmad Zahidi mengatakan bahwa Tun M terdesak kerana itulah beliau berjumpa Anwar. Sebelum ini, mereka adalah seteru dalam politik.

Sebenarnya PAS pun dulu seteru politik UMNO. PAS dulu kata UMNO kapir. Ini cerita dululah, sebenarnya tak payahlah kita nak ungkit semula.

Sekarang ini UMNO berbaik dengan PAS. Jarang-jarang kita dengar Hadi dan Haron Din mengatakan perkara yang tidak manis kepada UMNO.

PAS pun terdesak juga. PAS sudah keluar dari Pakatan Rakyat. Sekarang ini bergabung dengan Parti Ikatan. Ada orang kata PAS +Ikatan menjadi PASIK.

Orang bawah akar umbi PAS berbaik dengan Pakatan manakala orang paling atas baik dengan UMNO.

Sebenarnya dulu pada tahun 1984, RUU 355 sudah pun dipinda. Ia diterajui oleh Datok Yusoff Noor dari Terengganu. Pindaan RUU 355 dibuat oleh BN bukan PAS.

Tapi kali ini, BN pass bola kepada PAS. PAS cuba buat jaringan gol politik.

Sememangnya RUU 355 patut dibawa oleh kerjaan yang memerintah bukan PAS supaya tidak ada dimensi politik yang menganggu perlaksanaan Mahkamah Syariah.

Dinamik politik perlu berubah ikut keadaan semasa. Yang pentingnya adalah ianya memberikan manfaat kepada orang ramai.

Kalaulah Mat Nujum ada buka kedai roti canai, kemudian datang Mat Reformasi buka satu lagi kedai roti canai. Makanya, Mat Nujum mungkin terdesak untuk kurangkan harga. Tapi ini sebenarnya baik untuk orang kampong.

diny yusof said...

When the 1MDB saga unfolded around 2 years ago , it has already accumulated debts of 42 billions ringgit . If the quoted rate of 6% interest on the borrowing is correct , the total debt might already hit the 50 billions mark .

Dato , from your "kebun pisang" story , even the old rotten banana in the form of EDRA which still be able to generate income has been chopped off and sold to China company together with parts of the Tanah Kampong . I was informed only parts of the proceed has been forwarded to 1MDB , meaning less than 10 billions . The balance will be disbursed once every loose end settle earliest early to middle of next year . By that time the debts and interest is still hovering in the range of 45-50 billions .

One smart and intelligent minister in charge of the Finance Ministry said , TRX can generate GDV of 70 billions ringgit once fully develop ?? The big question is , how long is the development time frame and how much money needed ??? Being more than 30 years in these industry , I estimated , we need ,on the fast track 20 years and an investment of around 50 billions .

The question is , where the money come from ?? By the time TRX fully develop , 1MDB may need more than 100 billions just to break even ! With the expected income derive , there is still a very "big hole" left .

At time , I am angry whenever this smart and intelligent ministers talk about 1MDB ..
Sometime , I laughed at the morons being fooled by those smart and intelligent moron ..
Most of the time , what the heck !!! 1MDB .... 1 Malaysia Dia Bohong !!!!!

keruk keruk said...

#sehati sejiwa @ TDM & Anwar Ibrahim menentang Akta MKN

msh said...

Salam saudara Kampong Man,

Hujah saudara adalah hak saudara.

Balik2 saudara persoalkan diri Tun M.
Saudara berkata dia seorang diktator,sepatutnya dia lebihkan kepada saham akhirat,kenapa sekarang baru mahu berbaik dengan Anwar dsb.

Saudara berkata lagi saudara sayangkan Tun M tetapi lebih sayangkan 'Parti Keramat Umno.

Agak janggal dengan kata2 begini kerana dari hujah2 saudara dan yg lepas2 saudara mengutuk Tun M dengan kata2 yang kurang manis seperti bikin 'havoc', melakukan banyak kesilapan dan kini dia dituduh diktator dsb.

Apakah maksud saudara bila berkata lebih baik dia menumpu pada saham akhirat?

Adakah kerana dia seorang yang sudah berumur?

Atau kerana saudara takut dia bikin 'havoc' lagi dan menyusahkan Najib.

Siapa sebenarnya yang bermasalah disini?
Tun M ke Najib?

Siapa yg bikin 'havoc'?
Tun M ke Najib?

DAKj sudah bercerita panjang lebar dan berkias dengan begitu terang seperti cerita 'Kebun Pisang' diatas agar mudah difahami, bacalah sekali lagi, semua angkara Tok Nujum ke angkara Pendeta?

Saudara berhak berkata apa saudara suka, tetapi berterusan membenarkan seorang pemimpin seperti Najis yang tidak amanah, diktator , kuat bohong, menyusahkan rakyat dsb sama seperti bersekongkol dan ini bukan ajaran islam.

Selain dari pemakan2 dedak yang begitu taksub dengan Pemimpin seperti Najis, saya agak hairan dengan penyokong2 tegar Najis mempertahankan dia dengan mengutuk dan menghina Tun M.

Apa yang Islam nya bersikap begini?
Apa yang Keramatnya Parti Umno ini yang penuh Penyamun dan dedak2 bertaburan?

Saya lebih sayang kepada negara,Ugama dan bangsa dari Umno.

Naj said...

Waghih,

Ceghito luar ni baghu nak donga
Ceghito dalam dah masuk official secret, belum donga abih dah abih ceghito

Kalau sedaro sendiri dok ceghito "eh den ado nak khoba ni.. tapi kau kono pecayo, bukti2 ado tapi semuo dah masuk official secret, jadi kau pecayo yo lah cakap den nia"
Yang donga pun ghaso was was kot sedaro membongak. Bukan takdo sedaro membongak golap an duit, yo ko?

Ceghito luar baghu nak donga, nak tengok bukti eh. Jangan la membongak putar alam

Naj

Kampong man said...

Assalam city boy and msh,

I noted and respect your views and i expect the same from others.After all these are opinions.There is mo real need for me to justify anything.Tun M has been in UMNO most of his political life.That speaks volume of UMNO and its BN coalition that work all these years.UBAH and UBU it if you may.

Political leaders come and go but 'Roh dan PERJUANGAN parti'will always remain.Lets see how Tun M and his new BERSATU will perform next election and we will respect majority decision.I am not taking chances on any unproven new kid on the block.Believe i am not alone.Salam subuh. Wallahwu'alam.

Waghih said...

AsSalam DAKJ dan sumo .

Tertarik den topik bahasan kali ni ..
' .. menanam pisang atas angin ..'

Datuk bawak analogi 1MDB .
Den nak bawak analogi Tun M .

Perjumpaan Tun M dongan siAnwar baghu2 ni narik perhatian ghamai .
Ghamai gang ANC ngato tim DSN dah ngelabah dan desperate .

Tapi kalau diaturkan event2 yang Tun M buek ... nampak ehh Tun M dah terlalu ngelabah dan desperate gilo .

1. Nak buek undi tak percayo terhadap DSN ... kantoi ( ghamai yang sokong DSN ).

2. Buek deklarasi Tun M / Lim KS ... kantoi ( ghamai lai sokongan pado Vape ).

3. Nak libatkan Agong dongan namo2 penyokong deklarasi Tun M / Lim KS ... kantoi ( banyak namo fake ).

4. Buek roadshow referendum jatuhkan DSN ... kantoi (tak sampai 500 oghang yang hadir ).

5) Tubuh parti bersatu dongan Tun M sebagai pengerusi dan TSM sebagai president . Tapi President report pado pengerusi ... Kantoi ( roadshow pertamo di Sabak Bernam hanyo dihadiri 500 oghang jo ).

6) Hasut rakyat Johor dongan pertikaikan istilah Bangsa Johor ... kantoi ( kono tiaw kaw2 dongan Sultan Johor dan rakyat Johor ).

7) Bilo kono tiaw kaw2 kiri kanan dopan belakang .. Tun M mohon ampun dan maaf pado Agong , Raja2 dan rakyat Malaysia.

Yang terbaru ni Tun M jumpo siAnwar , banduan peliwat , memang nunjuk , Tun M dah desperate , ngelabah dan open last card dio .

Tun M sanggup jilat ludah sendiri .
Dulu ngatokan siAnwar ni , dalam buku ' Doctor in the house ' siAnwar saoghang penagih tegar yang perlu medical attention . Ghomar dongan bini oghang , ghomar orgy dongan anak2 oghang dan banyak lai ... malu nak tulih sini.

Sekarang ni .. nak mohon maaf lak pado siAnwar , banduan peliwat .

Jadi ... sohih Tun M dah desperate , ngelabah dan dah habih card dio.

Den doakan agar yang maha berkuaso bukokan pintu hati Tun M tu .
Jugo didoakan agar Tun M tak korbankan Mukriz pado bulan yang baik ni .

Aminnnn.

Waghih.

Mrxoxo said...

Erm..ada juga manusia camni kat Malaysia ni.patutlah najib masih berkuasa disebabkan sokongan rakyat seperti kamu.
Tapi itu lah komen-komen yang saya baca di internet dari penyokong najib.. Permasalahan yang timbul skrang ni berpunca dari Tun M.Itu ini salah Tun,masalah yang timbul salah Tun..spin lg boleh janji salah Tun.
Tidak ada satu pun press statement yang keluar dari Tun menyatakan beliau memaafkan anwar(jika ada,kemukakan link)..Tun hadir sebagai Tanda sokongan menentang MKN yang menjadikan najib maharaja dengan kuasa-kuasa yang tak terbaca..itu sahaja jadi tak timbul isu jilat ludah sendiri.jika khahak sekali pun Tun rela tekan untuk memastikan kejatuhan najib pada PRU 14 demi semangat sayangkan bumi Malaysia.
Masalah yang timbul skrang ni berpunca dari najib bukan dari Tun.jika sedara kaji dari awal motif penubuhan 1MDB tu sendiri seolah dirancamg untuk menyamun duit rakyat.. kenapa 1MDB ditubuhkan? sedangkan kita sudah mempunyai syarikat KHAZANAH untuk megurus pelaburan Negara dan sekiranya sedara kata 1MDB ditubuhkan untuk meneroka pelaburan baru,kenapa tidak diwujudkan sayap pelaburan baru dibawah KHAZANAH,yang mempunyai pengalaman megurus pelaburan negara dari dulu..
Setiap perlukan/benda yang kita buat kat muka bumi Allah ni mempunyai motif/tujuan..hanya Allah yang mengetahui niat sebenar najib menubuhkan 1MDB
Rentetan dari penubuhan 1MDB secara silap mata terdapat Wang ratusan juta didalam acc peribadi najib..dari mana datang Wang tu?derma kerajaan langit ker?.. penyokong najib mulanya Dimomok itu adalah fitnah terharap najib dan akhirnya sekali najib megaku amount duit tersebut pernah ada dalam acc beliau,hasil derma tok Arab..Iya kami pecaya tok Arab yang baik hati derma kat najib,tp timbul pula persoalan atas kapasiti apa najib terima derma tu?.jika jawapan atas kapasiti presiden umno,harus diingat najib juga sebagai PM yg menerima gaji bulanan hasil dari wang rakyat yang menjadikan najib ni penjawat awam dan satu kesalahan penjawat awam terima derma.kalau dijawab atas kapasiti presiden parti,apa tujuan diwujudkan jawatan bendahari dan acc parti..
Banyak lagi kesalahan dan salahguna kuasa yg najib lakukan.jika nk dikupas satu bersatu 7hari,7malam tak habis dan membawa kepada satu kesimpulan najib adalah peyamun Wang rakyat dan wajib dijatuhkan sebelum besar lagi malapetaka yang najib bawa kepada Malaysia.yang ramai2 pertikaikan sekarang ni rakyat yang tak berdaya dan disamun oleh najib yang berkuasa.. itu masalah sekarang,spesis musang berbulu ayam namanya najib bukan Tun.
Segala tindakan Tun lakukan adalah cara untuk meyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan najib.
Cuba kurangkan imiginasi sedara yang Tun M lakukan untuk menaikkan mukhriz sebagai PM,kiranya benar dakwaan sedara lebih elok Tun M naikkan Mukhriz semasa Tun jadi PM.
Cukup 2 lah sedara cuba spin keadaan lg..Cuba menghalalkan segala kesalahan yang nyata dan jelas yang najib lakukan dan menyatakan Tun M
Sebelum sedara memberi komen cuba buka minda dan renungkan sebab dan penyebab segala masalah yang timbul..
Semoga Allah memberi hidayah kepada najib dan juga insan seperti sedara untuk menilai yang mana betul dan yang mana salah..
Aminn..

Rakyat Malaysia Biasa said...

Kata Mrxoxo " Erm..ada juga manusia camni kat Malaysia ni.patutlah najib masih berkuasa disebabkan sokongan rakyat seperti kamu.."

saya rasa kamu yang kurang cerdik dan taksub pada Tun M sampai tidak melihat spin dan fitnah 1 MDB.Apa yang Waghih cakap tu banyak kebenaran nya.Tidak ada salahnya menyokong Najib,PM kita.

Anda berhak nak sokong siapa pun.Khazanah berfungsi membuat pelaburan nys sendiri dan 1 MDB juga punyai strategi pelaburan nya tersendiri.Seyiap pelaburan perlukan masa untuk maturity kalau awak orang business tentu mengerti.
Mukhriz masih budak lagi untuk diketengahkan sebagai calon PM.Di Kedah beliau di tolak majoriti ketua UMNO Kedah kerana banyak masaalah dengan parti nya UMNO dan non performer.
Anda juga harus buka minda dan jangan terlalu taksub dan mendesak orang jangan menolak pemimpin yang mahu menghancurkan UMNO semata mata kerana dendam dan tamak pada kuasa.Harap maklum.

Kampong man said...

Waghih,

1.Tun M memang satu nama besar diatas sokongan kebanyakan orang UMNO dan penyokong BN selama 22 tahun dulu.Jangan kau lupa saperti juga Soekarno di Indonesia dan Ferdinand Marcos di Filipina.Akhirnya mereka tumbang dimamah usia dan berbagai sebab lain.Tun M juga sama sapert pemimpin asing itu tidak ada bezanya.Keaadaan dan masa bertukar begitu juga kehendak manusia juga bertukar mengikut kehendak semasa.Yang tinggal cuma PERJUANGAN parti (polically speaking).

2.Tidak ado salah eh kau dibelakang UMNO dan Najib dan yang sebolah sinun pum samo juo tak salah.Den percayo ahli UMNO tidak mungkin berduyon duyon poi parti sebolah. Mereka juga tahu menilai asas perjuangan mereka sebab UMNO lebih BESAR dari Tun M dalam kontek berparti.Masing masing ada penyokong setia dan tegar masing masing.Jangan kau gentar dan takut dengan apa juga tohmahan dari penyokong parti parti baru saperti ini.Ini biasa dan tahi kau kuek dan tabah di belakang pemimpin UMNO.Samolah kito.
Jenama UMNO/BN telah mendapat tempat dihati ramai rakyat selama ini pun.Mrxoxo tidak perlu perkecilkan Waghih.

4.Kita menggalakan keterbukaan dan kebebesan memilih.Kita juga bermohon supaya Allah membuka hidayah pada Tun M di akhir usia supaya menyedari hakikat hanya UMNO dan BN yang mampu bertahan memerintah negara ini bermula dari perjuangan pemimpin dulu sejak Zaman Dato Onn ,Tengku dan PM negara yang seterusnya.Di PRU mendatang hanya Allah yang tahu.Tidak perlu jenama ini di perlekihkan saolah penyokong parti ini tidak pandai menilai pemimpim mereka dan dianggap bodoh.Tak perlu berperasangka buruk memperbesarkan isu dan menetuskan spekulasi.Pilihlah mana calon dan parti kesukaan anda.Pada yang masih belum mendaftar sila berbuat demikian sebelum akhir bulan ini.Manalah tahu PRU 14 mungkun berlaku seawal March tahun hadapan di khuatiri tak sempat melakukan tanggong jawab memilih pulak.Harap maklum. Hehe...

@Kampong man.

buah kerdas said...

Alamak, PPBM bukannya PBNM ...

matdin said...

komen guna name/url ni.. tak guna anonymous ye.. hehe...


jom jenguk sini ya.. hehe

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).