Saturday, March 04, 2017

MAP Buat Rakyat Lebih Sayangkan Dr Mahathir


A Kadir Jasin


TV3 sila terus maki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Itulah permintaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zahid Mat Arif, masa berucap di majlis malam mesra media anjuran PPBM Pulau Pinang pada 17 Februari lalu.

Kata Zahid, pada mulanya dia marah dan sangat benci kepada TV3, khususnya dan media massa arus perdana (MAP), amnya kerana hina Dr Mahathir.

Tapi bila dia bergaul dengan orang ramai, dia dapati bukan dia saja marah dan benci kepada TV3 kerana hina Dr Mahathir malah mereka pun begitu juga.

Lagi teruk TV3 dan MAP hina Dr Mahathir, lagi orang ramai benci kepada mereka dan bersimpati dengan Dr Mahathir.

Ramai sudah tahu MAP dalam keadaan nazak sehingga terpaksa tutup kilang percetakan, mengemis kepada Umno untuk bayar gaji kakitangan dan rugi ratusan juta ringgit kerana ditolak oleh penonton, pembaca dan pendengar.

Contoh terbaru penolakan orang ramai terhadap MAP kerana hina Dr Mahathir adalah tindak balas mereka kepada kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

Dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu dia kata Dr Mahathir adalah harimau tua yang sama ada nyanyuk atau pembohong.

Di antara pukul 1:21 petang hari itu hingga 5:05 petang hari berikutnya, laporan Malaysiakini itu menarik 124 komen. Berita yang sama dalam Facebook mendapat 1,200 komen.

Kebanyakan komen pertahankan Dr Mahathir dan kutuk Tengku Sharifuddin. Memang teruk dia kena belasah.

Tengku Shariffudin kata Dr Mahathir Harimau Tua Nyanyuk
Contoh komen pembaca terhadap kenyataan Tengku Sharifuddin itu adalah seperti berikut:

Kasparov Cia: “Ya betul..... T Sariffudin ni kaki jilat..... Nak buat mcm mana semua yg di pilih Pak Jib pilih bodoh2.....”

Mohd Abu (University West London): “Kalau Mahathir menyanyi saya dengar nada penyampaiannya bukan serak parau loghat Kedahnya! Kalau Mahathir bercakap saya nilai kandungan logik cakapnya, rentak etika dan semangat penyampaiannya! Bila Najib berucap saya angkat kain kerana tak pakai seluar dalam utk tahan muntah dan sumbat telinga!”

Dua pembahas bagi tindak balas kepada hujah Mohd Abu.

Willian Cheng (Leeds Metropolitan University UK) berkata: “Sangat benar” dan Nab AB (bekerja di UTMIC) pula berkata: “Kahkahkah..najib klu tak cakap muhong bukan najib la tu....”

Hatta yang tak setuju dengan Mohd Abu pun tak pertahan Najib atau Tengku Sharifuddin sebaliknya mereka berbalah sesama sendiri.

Siapa nyanyuk dan bohong? Tun kata milik kekal, Najib kata pajakan.
Kata pembahas Ahmad Midon: “Mohd Abu betul ke citer kamu tu......rasanya satu bentuk kelentong.....malahan ada unsur2 lucah..... yg hairannya ada pula yg like.....pak abu buat lawak rupanya.....lemah betul daya tanggap aku ni ye......maklumlah dah dimamah usia....”

Syok Sendiri

Di mana pun saya pergi, ramai orang bagi tahu mereka tak tonton berita TV3 atau baca surat khabar arus perdana lagi.

Saya fahamlah apa maksud mereka pasal berita TV3 dikendalikan oleh bekas wartawan saya di New Straits Times. Dia antara wartawan terbaik.

Sekarang dia pangkat besar tapi khabarnya dia dan pengarang MAP yang lain terima perintah daripada seorang “puppet mastar” yang bukan daripada kalangan media massa.

Inilah sebabnya, rasa saya, MAP kacau-bilau.

Manakala laskar siber sukarela atau upahan Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, Umno dan Barisan Nasional pula semakin tak berani buat tampalan dan bagi komen.

Semakin jarang mereka buat tampalan Blog atau Facebook sokong dan pertahan Najib pasal setiap kali mereka buat demikian mereka kena belasah dan bilangan yang masuk berbahas dengan mereka makin kecil.

Kalau buat posting pun mereka sekadar siar gambar mereka makan, hisap curut, memandu, tunggang basikal rentas desa atau naik motosikal kuasa tinggi.

Berkenaan Tengku Sharifuddin, saya nak kata kepada dia, saya pun dah tua tapi belumlah nyanyuk.

Saya ingat lagi panggilan telefon Najib kepada saya bagi maklumkan yang dia telah tawar jawatan Setiausaha Akhbar kepada Tengku Sharifuddin. Tapi tak perlulah saya cerita apa yang saya kata kepada Najib masa itu.

Wallahuaklam.

39 comments:

sukasamasuka said...

Datuk.

"Kebanyakan komen pertahankan Dr Mahathir dan tutuk Tengku Sharifuddin. Memang teruk dia kena belasah.


Kalau lah ada lebih 1,200 orang...yang Islam dan yang bukan Islam merasa mereka telah dizalimi...lalu mengutuk serta mentutuk seorang manusia yang dipanggil Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad...dengan kata kata yang kesat, maki hamun dan sumpahan...menjadi tu, Datuk...seperti yang dijanjikanNYa...


Hadis sahih Anas r.a....dimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda

"Hendak la kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekali pun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima olih Allah Taala"...Hadis Riwayat Ahmad- sanad Hasan.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu dia (Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad) kata Dr Mahathir adalah harimau tua yang sama ada nyanyuk atau pembohong."

Melayu biadap!

Anak kurang ajar!

Babi!

msh said...

Salam Dato.

Sy faham dgn perasaan sdra Mohd Abu bila dia berkata;

"...Bila Najib berucap saya angkat kain kerana tak pakai seluar dalam utk tahan muntah dan sumbat telinga!”.

Sy juga merasa loya bila Najib dgn megah berkata pasal BRIM;

"kita taaammmbbbah lagi duit untuk tahun ini...bla bla..".

Bunyi mcm org jual lelong dipasar mlm pula.

Org utara kata...
..."tak habieh2"...dia dok klentong ghakyat".

Brrbalik pd MAP...sy kira mereka sudah kehabisan modal mempertahan tuduhan salah laku 'Boss'.

Yg ada...cuma agenda menghentam Tun M'.

Ini juga membuktikan bahawa Boss mereka terlalu gerun dgn Tun M.
Phobia yg teramat sngat..agaknya.

Sedangkan seluruh dunia sudah tahu siapa yg dituduh mencuri harta negara....dan negara jiran sudah menjatuhkan hukuman terhadap mereka yg terpalit dgn penipuan 1MDB.

Kasihan mereka.....masih defensif dan berada didlm 'denial mode'.

Tetapi kerana 'dedak is king'...,ini lah jadinya.

Spt kata Dato.."syok sendiri".

Begitulah apa yg sy nmpk tentang MAP...'kami yg menurut perintah".

Tidak lagi dpt melihat pd kebenaran...atau sengaja membutakan mata dan hati.

Org2 spt ini...selain dimaki hamun...jika Boss suruh lompat dlm lubang najis pun mereka sanggup...janji ada dedak.

Kasihan...


Unknown said...

Salam DAKJ..
seisi rumh saya tak ada channel lain nk tgk selain RTM @ TV3 (maknanya tu xda kemampuanlah utk lain2 pilihan)...tp bila berita ttg TunM kluar (dihentam dsbnya..) apa yg kami buat adalah memperbetulkannya sesama kami...skrg bkn mcm dulu...internet adalah wadah media utama...teruskan menulis apa yg betul...supaya senang kami betulkan apa yg x betul time tgk berita saluran MAP..

best of luck and selamat menulis..

wassalam

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya dan keluarga dah lama adjust TV saya supaya TV3 tak keluar gambarnya

Senang cerita.

boy said...

he is d man of God choice....? who brought it upon ourselves, by being stupid? let d deputy speaks his poor words but we dun ve to suffer our poor choice.

Anak muda konfius said...

Dalam politik, ramai pihak beronani dan syok sendiri.

Yang menyokong, sentiasa akan menafikan apa kata-kata yang diperkatakan terhadap idola mereka. Seperti Dato Kadir idolakan Tun DR Mahathir.

Yang menyerang pun akan mempertahankan boss masing melalui serangan menafikan reputasi pemiimpin yang menyerang boss mereka. Seperti Tengku Sharifuddin dan bossnya Dato Najib.

Itu lumrah politik. Tidak semesti Dato Kadir betul semua, tak semesti Tengku salah semua.

Yang kami rakyat mahu lihat adalah dialog, atau bahas atau perbincangan politik yang berdasarkan fakta bukan fake news. Berdasarkan realiti bukan persepsi. Bukan spin, tapi berita tanpa retorik. Kewarasan, bukan kebencian.

Dalam kekurangan BN yang diwarisi dari pemimpin sebelum ini, jelas mereka ada yang ditujukan untuk negara, rakyat dll. Sebagai pemerhati, saya mahu tanya Dato Kadir sebagai exco PPBM, apa agenda PPBM.

Tidak cukup setakat mahu membenci Najib hingga dia perlu diturunkan. What is your deliverable?

Calun PM gantikan Najib pun tak jelas Tok. Tidak realistik untuk Tun bertanding lagi dan jadi PM kkembali.

APa agenda PPBM?

Adakah bergantung pada persetujuan DAP yang falsafah perjuangan mereka bercanggah jauh dari falsafah perjuangan PPBM untuk kembali ke UMNO era Tun.

Kami anak muda perlu tahu dan jelas.

James Labu said...



Kalau Pas ada Ketua Penerangan Nasarudin Tontonwi @ Al Germani, Ketua Penerangan Ulamak Dato Dr Khairudin Aman Razali @ Q7 @ En. Somi, Ketua Penyelidikan Pusat Dr Zuhdi Marzuki dan Ketua Pemuda Nik Abdoh,

Umno ada Tengku Sharifuddin, Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Nazri Tan Sri Aziz dan Annuar Musa.

Satu kumpulan kopiah, serban berjubah satu lagi tidak.

Target serangan sama iaitu Tun M dan Amanah+DAP+PKR+PPBM.

Serangan mereka saling bantu-membantu dan cuba mengukuhkan antara mereka.



They plan and Allah also plan, and Allah is the best of planners.

Orang Jerlun said...

Datuk Kadir,

Di Kedah sokongan kepada BERSATU amat positif sekali. Berlaku banyak migrasi ahli-ahli UMNO ke dalam BERSATU. Ada cawangan yang terpaksa ditutup kerana penghijrahan 100% keahlian.

Majoriti ahli UMNO sayangkan TokDet, sesuatu yang sukar dipisahkan di Kedah ini. Kencaman berterusan media arus perdana (MAP) melahirkan rasa kasihan orang Kedah terutamanya ahli UMNO kepada beliau. Cakap lah apa pun TV3, Utusan dan NST dan Berita Harian, terus dan teruskan kencaman MAP dan pemakan-pemakan dedak hoooi, sokongan dan rasa kasih sayang kepada Tok Det tetap utuh malah bertambah.

Saya telah melanggani Utusan Malaysia sejak lebih 55 tahun, dok belek tak habis-habis kencaman mereka, dan saya dan keluarga telah berhijrah ke Sinar. NST memang saya tak baca sebab NST tidak tahu berniaga, tulisannya kecil dengan warna tulsan tak bersesuaian menyukarkan pembacaan. Mungkin mereka just produce the paper seronok sendiri tanpa memikirkan the effect of fond sizes and colour to readers

Teruskan perjuangan Datuk

Tuan Punahsihat said...

Salam Dato,

Apa khabar akhbar Harakah milik kekasih Umno? Semakin maju ke sejak berasmara dana dengan Utusan M##### dan TV3/#?

Nenekghuffran said...

Engkau ni mengigau ke?...
Ramai anak2 muda yang sedar dan tahu kenapa Najib perlu dinyahkan...cuma engkau je blur....

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Aku bukan anti pembangunan sebagai seorang Sabah.

2. Malahan aku rasa bersyukur dengan ada nya pembangunan Lebuh Raya Pan Borneo...walaupun, sejak berpuluh tahun sebelum ini pun memang sudah ada jalan raya dari Kuching melalui Brunei hingga ke Kota Kinabalu dan terus ke Tawau...

Perlu difahami, orang Sabah dan Sarawak bukan nya ada tabiat macam macam orang Kelantan, Terengganu atau Pahang yang sibuk pakai lebuhraya untuk cari kerja di KL atau Selangor dan balik berhari raya...jadi, kalau yang ada pun mereka naik kapal terbang murah untuk ulang alik cari kerja di kilang2 di Selangor atau Johor...ini lah kelemahan UMNO-BN negeri yang lagi suka buat project2 supaya dapat duit cepat.

3. “Sabah will get a complete toll-free highway network at an overall cost of more than RM16 billion in five years. This is the contribution of the federal government."....“If the financial situation permits, ..." (1)

Comment: in 5 years means 2017, 2018 (GE14?), 2019, 2020, 2021, if and only if the financial situation permits...orang Sabah panggil "Janji-janji Melayu UMNO" atau "Janji orang Malaya"

4. Najib also rapped a former prime minister who led the country for 22 years but only built highways in peninsular Malaysia. “The people of Sabah also want to enjoy highways. Right? Surely, it is not only for the people of the peninsula. " (1)

Comment: So this is the real reason for building the highway...thank you for being so kind to Sabahans...and, Sarawakians...but, whose money???...UMNO?...babi!

5. At the same time, Najib also said the Pan Borneo Highway project could create 400,000 jobs for the people in Sabah and Sarawak as well as business opportunities for local contractors.

Comment: cukup cukup la membohong...macam mana RM16 billion construction projeck bolih menjana 400,000 kerja?...ini macam kerja gila.

Setiap RM1 billion menjana paling 2,500 kerja (maximum)...RM16 billion hanya 40,000 sahaja.

Tetapi perlu difahami di Sabah sahaja State Imigresen sudah mengeluarkan pas kerja 135,671 untuk orang asing termasuk dari Semanjung tahun 2016 (2)...

Ini "janji janji UMNO" sebelum pilihanraya 14...400,000 pekerjaan la konon, kepala otak bapa kau la MO1...macam babi!

6. Orang Sabah masih ingat cerita ini...UMNO Sabah launched the Lobster Project pada Nov 2012...enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5th May 2013...

World’s first commercially hatched lobster in Sabah...The ground breaking...Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman...The RM3bil and 15 year lobster aquaculture project is expected to create 20,000 high-income jobs by 2028. (3)

Hingga saat ini tahi lobster pun tidak ada...ini la "janji janji UMNO"...mana dia kerja untuk orang Sabah?...
Project Lobster tak jadi, sekarang Pan Borneo?

Kerajaan UMNO/BN, kerajaan sial!

7. "Pan Borneo Highway Sarawak was officially launched by the Prime Minister in Bintulu on 31 March 2015...as part of the ruling political party Barisan Nasional’s “Akujanji” manifesto" (4)...

Ini setahun sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 tahun lalu pada 7 Mei 2016...

8. Jalanraya memang penting untuk pembangunan negara. Tetapi, kalau hanya dijanjikan "kalau ada duit" baru bolih siap jalan Pan Borneo, seolah2 orang Sabah/Sarawak ini terminta2 duit dari UMNO dari Malaya pula sedangkan hasil minyak dan gas dari hasil bumi Sabah/Sarawak lebih dari cukup...tanpa Petronas, banyak lagi syarikat2 minyak dan gas asing yang mau datang melabur di Sabah/Sarawak...bukan kerana UMNO atau Petronas.

9. Sabahan and Sarawakian deserve development...it has nothing to do with UMNO/BN...but, a good honest government and a good leader because it is our money.

10. Please expose this scandal.


(1)http://www.theborneopost.com/2017/03/05/pm-pan-borneo-highway-on-par-with-developed-nations/

(2)http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=116146

(3)http://www.thestar.com.my/news/nation/2014/11/16/lobster-worlds-first-hatched/

(4)http://www.panborneo.com.my/about-us/

man utd diehard fan said...

Kalau main bola, biasa nya bila coach tau defence dia lemah, the only way nak survive the game is to attack... masalah nya, striker nya pun cap ayam, tipis lah harapan nak menang kecuali kalau suap saja referi.

sukasamasuka said...

Datuk.

This is the way to go...

"DAP promises Sabah, Sarawak 50% of all tax revenue...March 5, 2017...DAP secretary-general Lim Guan Eng reiterates DAP's pledge to give full autonomy to Sabah and Sarawak in line with Malaysia Agreement 1963.

PETALING JAYA: DAP has outlined its autonomy plans for Sabah and Sarawak, vowing to return 50% of all tax receipts collected from the two states.

DAP secretary-general Lim Guan Eng said DAP is committed to granting autonomy to Sabah and Sarawak in line with the Malaysia Agreement 1963 (MA63) should Pakatan Harapan and its allies form the federal government.

“This includes full autonomy in the funding and administration of healthcare and education,” Lim told media today at a press conference following the DAP National Leadership Retreat 2017 held at a hotel in Subang Jaya over the weekend.

He added however, that the autonomy in education will still be subject to the national curriculum.

On the issue of financial commitment to the two states, Lim said a Pakatan-led Putrajaya would pay out 20% in oil royalty from Sabah and Sarawak’s respective oil revenue as well as return 50% of all taxes collected, including from the GST, to the states’ coffers.

Presently, Sabah and Sarawak only receive a 5% royalty from their respective oil revenue.

Under the Tenth Schedule of the Federal Constitution, Sabah and Sarawak are supposed to receive 40% of their respective states’ revenue from Putrajaya. In recent times, this has been a contentious issue, especially among opposition parties in the state.

“Sabah and Sarawak will be fully responsible for the administration and financing of health and education in their states. They should have enough funds from the increased oil royalty and returned taxes,” Lim said.

“Those who want autonomy, please support DAP.”

Meanwhile, Sarawak DAP chairman Chong Chieng Jen, who was also present, said that DAP would hold true to its promise of autonomy and claimed that this was unlike Sarawak Barisan Nasional (BN).

He claimed that even though Sarawak BN spoke on issues of autonomy, in reality it is a “servant and master” situation where the Sarawak government has to “beg” for autonomy from Putrajaya.

“On the other hand, DAP is offering autonomy to Sabah and Sarawak.”

Chong added that DAP will push for the inclusion of more Sabah and Sarawak’s history in the national curriculum, as well as reviving English medium schools and the teaching of native languages in the state."

source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/03/05/dap-promises-sabah-sarawak-50-of-all-tax-revenue/

1. IF there is no political understanding between DAP and the other Sabah-based Opposition parties in the next GE14...my vote is to DAP.

2. That was my answer to one of my sons when he posted me the question.

3. As for me, LKS...either as the future Prime Minister or DPM is never a problem.

4. LKS is a man of integrity...as good if not better than Tun.

5. It is sad if we don't give LKS a chance to serve the country simply because he is a Chinese.

Niesa said...

Assalam Dato'
Macam terkeluar tajuk la pulak..
Bulan ni rega petrol tak naik...tapi rega gula naik sekupang...mungkin bulan depan minyak tak nek harga tapi tepung plak naik rega..saya rasa akan berlaku kenaikan harga barang kawalan setiap bulan...kita tunggu dan lihat...walaupun najib kata naik sekupang dua kupang pon dah kecoh.

Betoika harga minyak nak ditetapkan ikut minggu bukan bulan seperti sekarang?

ahli fikir aka anti pemakan dedak said...

Kah..kah..kah.

Apa yg ko lalok ni Labu.

Muda2 pun dah kelabu

Sekian lama ko masih tak faham2 lagi ke ...si Najib PM negara dituduh MENCURI...(lemah dan lagi teruk dari Pak Lah).

Apa kekurangan pemimpin BN sebelum ini yg ko maksudkan...hingga ko rasa Najib ini ok.
Minta beri fakta.

Yg kita nmpk....kekurangan teruk ialah PM bernama Najib.

Celik kan mata bro.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Aku nak simpang sikit dari 'pojok' yg hang 'coret' kali ni, yg hang tulih puak2 (blogger2) balik hi siru habih... pendapat atau 'tesis' ni aku rasa memang ramai orang setuju, temasok Chokwo Bagan Datuk tu.
Mai aku nak lakag satu adegan atau 'episod' yg baru belaku kad diri aku.
Ahad sudah ada tiga orang muda (umog dua puluhan) dari Pendek (kawasan DUN Husam Musa) mai ke romah. Sorang tu jurutera letronik lulusan u di Saitama dekad Tokyo, sorang tu doktor lulusan UM, dan sorang lagi taun akiag sailkologi UIA. Dlm dok sembang2 dgn depa, aku tanya ada dengag ka keh TMB Kelantan yg jugak orang kuat PAS dikatakan 'telbat' dgn majlih satu syarikar "jualan langsong" yg dikata melakukan jinayah 'kola putih', (bulih tengok dlm: Gambar-Gambar Nik Amar Rasmi OBJ Trading - Nik Amar Nafi Terlibat Soalnya Kenapa TMB Pun Boleh Kena Tipu? Amenoworld.org). Berita ni keluag lepaih TMB tu kata dia yakin PAS akan kekai bekuasa di Kelantan, dan munkin jugak tawan Putrajaya....
Pelawat aku hari tu, tiga2 tak tau pasai TMB depa ni, pada hai depa ni tera habih pasai internet, fesbuk la, wassup la, orang dolu2 kata serba maknikam....depa tau.
Memang macam hang tulih blogger2 sebelah sini bulih kata tera2, gigih sakan dan kaya maklumat tapi "daya terjahan" satu faktor atau aspek lain yg sangat2 penting. Mintak maghap Kadiag, aku rasa jangan kita dok syok atau lali pasai 'output' dan 'kualiti' pada hai tak kerja kuat untok tingkatkan daya terjah... buat promosi ka, petandingan ka, iglan dlm media2 lain ka, minum teh grup ka, tebag seluaih luaih nya.
Sekali lagi mintak maghap no.
Aku

sukasamasuka said...

Datuk.

"Monday, 6 March 2017....6,000 public university lecturers lost their jobs in 2016.

As many as 6,000 lecturers in public universities, including professors, were either terminated from their jobs or had their contracts not renewed last year due to budget cuts.

It is estimated that the total number of public lecturers has dropped to 29,000, compared with 35,000 previously.

Malaysian Academic Association Congress (MAAC) president Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin said public universities had been adversely affected by the budget cuts in 2016, by at least 30% to 40%.

He said the Education Ministry's move had forced universities to cut academic staff.

Dr Mohd Idrus said some public universities had even resorted to not hiring administration staff to keep costs low."

source: http://www.thestar.com.my/news/in-other-media/2017/03/06/lecturers-lost-their-jobs-in-2016/

Mau cakap apa lagi?

Lee Watt said...

Attacks by the media, and people lagi sayang Mahathir? What are you smoking, Kadir? HAHAHA!

It's amusing to see how desperate Mahathir has become. As with the Bersatu people. Even if Malaysians don't like Najib, they loath Mahathir and his backscratchers and cronies even more.

This will be made painfully clear in the next GE. Until then, just continue to syiok sendiri MUAHAHA!

Lee Watt said...

And what does Bersatu have?
Just washed up Mahathir cronies desperate for a second helping of concessions. And a bunch of losers and bums with no influence among the grassroots.

This will be painfully clear in the next GE where Bersatu and PAN will be totally wiped out.

boy said...

young n confiuh

i asked one of my female friend about d man of her choice. tall, handsome, romantic, responsible, mature, positive person, confident.....bla..blaa. me...i like or probably prefer rich, pretty, decent woman. yea....its pretending....stupid joke!

so r u. first u take some great deals about reality...rational...about factual. later u messed up with ur own terms by quipping opposition as demeaning parties. isnt it rhetoric too...not? we r a wounded country...is that not d reality? now wat rational u r want to hear about? years in n years out we worship d same flock n end up with d tragic result why not we take a break. or r we too dumb for that?

Salwah Abdat said...

I think that you are talking nonsense

sukasamasuka said...

Datuk.

"DAP can promise Sabah autonomy but will Pakatan, PPBM agree...March 7, 2017.

Sabah party leader says Pakatan Harapan can't even agree on who will be prime minister, so how will they agree on giving Sabah back billions in revenue.

PETALING JAYA: A Sabah opposition party leader has questioned DAP secretary-general Lim Guan Eng’s understanding of the Malaysia Agreement 1963 and the DAP’s promise of autonomy for Sabah and Sarawak.

Speaking to FMT, SAPP deputy president Melanie Chia also questioned whether Lim could make promises on autonomy for Sabah and Sarawak on behalf of the opposition coalition Pakatan Harapan and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“It’s unlikely that Mahathir will agree to DAP’s promise of giving us 20% oil royalty and returning 50% of all tax receipts collected from the state.

“They can’t even agree on who will be prime minister. Can they agree on giving Sabah back billions in revenue?” she said.

Over the weekend, Lim outlined DAP’s autonomy plans for Sabah and Sarawak should Pakatan Harapan and its allies form the federal government.

He added this included full autonomy in the funding and administration of healthcare and education, 20% in oil royalty from Sabah and Sarawak’s respective oil revenue as well as the return 50% of all taxes collected, including from the GST, to the states’ coffers.

However, Chia said returning 50% of all tax receipts to the state was unconstitutional.

“We aren’t even getting what is constitutionally owed to us and he wants to promise us something which isn’t even in the constitution? Does he really know what he’s talking about or is he just making election promises?

Chia also said DAP’s promise of autonomy in the administration and funding of education smacked of insincerity as Sabah and Sarawak should have a say over their education curriculum.

She also slammed Lim for saying the 20% oil royalty and 50% tax revenue from the state should be enough for Sabah to look after its own education and healthcare needs.

“There is a clear difference between us wanting to take back what is rightfully ours and the duties and responsibilities of the federal government, regardless of whether it is a Barisan Nasional or opposition government. Lim should understand this.”

source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/03/07/dap-can-promise-sabah-autonomy-but-will-pakatan-ppbm-agree/

1. Who is SAPP?

SAPP lost all state seats in the last PRU13.

Even their President Yong Teck Lee lost to Junz Wong of DAP by 5,652 majority in N14 - LIKAS.

Junz Wong had since left DAP to join Warisan (Datuk Seri Shafie Apdal) as its Vice President.

Yong Teck Lee, once the Big Sabah Taiko, was the Chief Minister of Sabah in 1996 under the two-year rotation system arranged by the Barisan Nasional coalition in the state. The Chinese and Sabahans will never vote for this taiko no more as he did nothing as Chief Minister, but, guy sure can talk big.

2. Who is Melaine Chia? She lost the Luyang seat (N16) to DAP by 8,676 majority...and, she too will never be voted by Chinese.

3. Currently, SAPP is one of the four members in the newly formed Sabah opposition grouping...a.k.a Gabungan Sabah...a.k.a United Sabah Alliance...a.k.a USA

Other members are Parti Cinta Sabah (Datuk Seri Wilfred Bumburing), Parti Harapan Rakyat Sabah (exSabah PKR's Chief Datuk Lajim Ukin) and Star (Datuk Dr. Jeffrey Kitingan).

Like SAPP, none of these politicians has good track record and personal reputation.

4. I don't really know, in the next PRU14, if USA can win in a 4-5 corner fights...but, for sure they will lose.

5. There will be a Sabah State Election before the PRU14...100% certain.

6. In the 4-5 corner fights in Sabah...no one will know who will win this time.

7. Sabah will never be the same again!

8. Berakhir la sudah perjuangan aku selama ini untuk UMNO.

9. Aku ingin mengucapkan terima kasih pada UMNO untuk kali terakhir.

10. Hanya aku seorang saja dalam keluarga yang tidak menyokong UMNO, jadi jangan risau sangat la.

sukasamasuka said...

Datuk.

Indeed I am...Salwah Abdat 1.18AM

Rezek said...

Dato,

Saya 8 tahun dah tak beli surat khabar.. buat menyemak mcm sampah jer kat rumah saya berita pun one-sided, TV arus perdana lagi laa tak tengok, takde masa. boleh katakan di bandar ni .. 90% manusia dh celik teknologi. UMNO/BN akan pupus, kerana mereka masih duduk dan me-repair rumah usang lama yg nk reput. baik keluar nnt bumbung himpap kepala boleh mati, pasal contractor yg repair rumah tu pun tak bertauliah dan corrupt, habis nnt org yg tinggal dalam rumah tu semua terkubur. Nak duduk rumah cari lah yang selamat dan selesa. Ada duit banyak pun tiap2 malam pikir bila umah nk roboh atas badan.

abdul hamid said...

Inilah masalah benggolan-benggolan yang dah pencen daripada UMNO.

Bila sudah keluar daripada UMNO. Done done time tu juga semua kejahatan UMNO nampak.

Semasa duduk mencangkung bawah payung UMNO, Encik A Kadir Jasin tak pula meloncat-loncat supaya Tun Madey jadi pemimpin yang baik jangan menzalimi pembangkang menggunakan Akta ISA.

Sebelum kecoh-kecoh Tengku Shariffudin kata Tun Madey "Harimau Tua Nyanyuk". Muhammad Sabu lebih dahsyat kecamannya terhadap Tun Madey.

Dalam ceramah, Muhammad Sabu kecam Tun Madey sebagai "Bapak Perosak Negara".

Kini Tun Madey sudah wujudkan rejimnya sendiri, iaitu rejim parti Bersatu. Tun Madey dah bersalin kulit menjadi rejim pembangkang. Kecaman terhadap Tun Madey sebagai "Bapak Perosak Negara" hilang terus dari fikrah protagonis pembangkang yang pernah teruk dizalimi oleh Tun Madey menggunakan Akta ISA.

gang muda said...

salwa...ko maksud boy ke?
dia rig itu mud tank punya kpala pbahas muda n kpius la. mkadimah cam high class brand punya kpala rupanya umno jokey gak!
ada pham?

RD. said...

Saudara 'Anak muda konfius'.

Untuk hilangkan konfius, terutamanya konfius-politik... Anak-muda mesti mendaftar sebagai pengundi, sebaik saja mencapai umur 21 tahun. Itu asas paling penting yang ramai anak-muda-Melayu abaikan.

Kalau Saudara 'Anak muda konfius' sudah berdaftar sebagai pengundi... Tahniah.

Kemudian... kita mesti tahu asal-usul Party Politik yang terdapat dalam Negara.
Misalnya:-

1. Atas dasar apa Party itu di tubuhkan.
- perpecahan... akibat perbezaan pendapat ka?
- perpecahan... akibat disingkir atau tidak diberi jawatan Menteri atau merajuk ka?
- perpecahan... akibat menyuarakan kerisauan terhadap kepincangan tabir-urus ka?

2. Perubahan sikap & pendirian-Politik, terutamanya Pemimipin Tertinggi Party itu.
- Dulu... Malaysian-Malaysia. Hari ini, sudah memadai bila dah ada 1Malaysia.
- Party mana yang ada kerjasama-Politik dengan Party Komunis China.
- dengan siapa Ketua mereka pernah berkawan.
- dahulu musuh, berkawan dan kemudian kembali menjadi musuh hari ini.
- dulu kapir, sekarang tidak lagi.

3. Perdana Menteri--- Semuanya dari UMNO. Businessman atau individu yang ada 'cable' atau hubungan-rapat dengan PM atau kaum-keluarga beliau... senang-cakap... kroni-kroni mereka.

- Dr.M (Ananda Krishnan, YTL, Mokhtar Bukhary dan lain2, termasuk anak2 Dr.M)
Berapa ratus-ribu Rakyat dapat cari-makan, bela anak-bini, bekerja dengan mereka?
Berapa Billion hasil-cukai... Kerajaan sudah kutip... dari pengajian pekerja,
kekayaan kroni-kroni Dr.M dan empayar perniagaan mereka?

- Najib & Rosmah (Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low)
Apakah faedah yang Negara dan Rakyat perolehi dari mereka selama ini?
Syarikat 1MDB pula, dikecualikan dari bayar cukai kepada Kerajaan.

4. Sebaik saja jadi PM (bermula dari Pak Lah)... melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan adalah satu lagi 'keanehan' jika dilakukan di Negara Kapir. Omputih kata; would have raised a lot of eyebrows.

Apa yang tidak realistic nya, Dr.M bergiat-semula dalam Politik?
Orang-politik, bukan seperti kita, Rakyat biasa. Mereka tiada had-umur-pencen. Mereka boleh pegang jawatan PM/Ahli Parlimen/ADUN sehingga mati-tua.

Selama ini, jawatan PM hanya dipilih oleh UMNO yang punyai bilangan kerusi terbanyak dan dianggap sebagai 'Abang-Besar' dalam BN.

Apa-salahnya jika Gabungan Party-Party Pembangkang hanya mahu menamakan calon PM setelah menang PRU?

Setelah menang... sudah tentu.... akan ada Party-Party Komponen BN sendiri, terutamanya dari Sabah & Sarawak, lompat dan bekerjasama dengan yang menang dan mereka juga mesti setuju dengan calon itu. Kalau dari awal lagi sudah ditetapkan... susah la berunding apabila menang nanti.
Hakikatnya... adalah lumrah dalam berpolitik... pihak yang kalah akan berkerjasama dengan yang menang. Kecuali... jika berlaku 'Hung Parliament'.

Party politik yang kalah dalam PRU, hanya ada DUA pilihan... bekerjasama dengan yang menang untuk memerintah Negara atau berkerjasana dengan Party lain yang juga kalah untuk menjadi Pembangkang.

Kalau Saudara 'Anak muda konfius' masih juga konfius... "beronani dan syok sendiri" sudah la.

Zalman A said...


ETALlNG JAYA , March 8 ― Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) and PAS will enter into negotiations on seat allocations in the next general elections, Tan Sri Muhyiddin Yassin said today.

Muhyiddin, who is PPBM president, confirmed the cosier ties between the two federal Opposition parties, which he said have ongoing discussions led by PPBM deputy president Datuk Seri Mukhriz Mahathir and PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“So we have already received a new signal; PAS invited us to discuss seat allocations. That is a great way forward. There is progress and we will facilitate this in our meeting soon,” he said at the PPBM headquarters.

“So this is the development. However, we still feel a framework of cooperation with PAS must be clear and also take into account the cooperation that we have already formed with Pakatan Harapan,” Muhyiddin added, referring to the federal Opposition pact.

When asked how PPBM will deal with any possible clashes or overlaps in its two separate seat allocation talks with PAS and Pakatan Harapan, Muhyiddin said: “We will sort it out. We will try as much as possible to sort it out.”

Datuk,

This is a step in the right direction.

Strategy is all-important.

I think PAS and Amanah will have to make some mutual sacrifices.

I hope both parties can see the importance of PRU14 to Malaysia's future.

If MO1 returns to power we will see corruption like never before in our history.

Do we want that?

Ha ha ha said...

Sukasamasuka ni saya percaya komen datok kadir sendiri. Dah tiada komentar ke datok?

Yang datok selalu nak komen pasal jentera media BN buat apa? Jaga jentera kamu sendiri yang nampaknya lebih menyerupai budak tak sekolah tinggi macam dato juga.

Taraf kamu dari GEIC NST Group pun dah jatuh sejak main fake news dan fake facts. Do your homework sebelum komen pasal economy. Kamu bukan tahu dan faham pun subject itu.

Jika faham, tidaklah Malaysian Business telongkop. Kandungan macam broshur jabatan kerajaan. Content berita dan maklumat MB zero value content!

LaM said...

Malaysians don't like Mahathir for some of the things he had done during his 22 yrs premiership but they despised Najib more. This 1mdb thief who stole us$billions from 1 mdb hasn't got a clue how to govern this country. He will destroy it.
As much as I hate Mahathir, this country needs him now to throw out the kleptocratic Najib. Only foolish and insane persons want a thief like Najib to become their leader. And unfortunately they are in abundance & plentiful here.

sukasamasuka said...

Datuk.

Ha ha ha 8.38AM...."...Do your homework sebelum komen pasal economy. Kamu bukan tahu dan faham pun subject itu."



Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Aku ni pun baru saja saja mau belajar,
Jadi kalau ada salahnya tolong la cuba tunjukkan.


Kamil Tajuddin said...

Ha ha. If you live in a glasshouse, don't throw stones at others. If present and former editors of NSTP get together, they can write a few books about you. Not a line will be good. Wasn't Tun Daim your puppet master?

Pompuan said...

I agree with Ha ha ha.
What else is new? What do you expec? That things will be different.
You were guilty when you were in NST and Business Times.
Status quo, dear Datuk.
Same if Pakatan in power.

Ahli fikir aka anti Pentedarah dedak said...

Salam Dato.



Penyokong Najis kata;

"...fake news dan fake facts. Do your homework sebelum komen pasal economy. Kamu bukan tahu dan faham pun subject itu.....bla bla..".

Itulah mereka Dato.....serupa 'Boss'.

Tetapi kalau kita minta pencerahan yg paling mudah sekali pun...sy percaya mampus tiada.
Mereka sama sahaja dlm hujah2 yg dilontar bila mematah komen2 terhadap Najis ....main terjah ikut sedap mulut.

Isi....hampas belaka...bau longkang.

Kasihan.

sukasamasuka said...

Datuk.


"S.Korean court upholds Park's impeachment...

South Korea's president is being officially removed from office. The Constitutional Court is upholding Park Geun-hye's impeachment by the National Assembly.

South Koreans will vote on a new president within 60 days.

As president, Park is shielded by law from criminal prosecution relating to the scandal.

But now that she is removed from office, she is likely to face an investigation."

source: https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/news/20170310_18/


Datuk, this is what we call...'no one above the law'.

In Malaysia, we too...no one is above the law...no one, without exception.

Salute South Korea!

sukasamasuka said...

Datuk.

Pasal debat antara Tun dengan Nazri.

Aku rasa tak perlu walaupun itu adalah hak Tun dan juga hak Nazri untuk menyuarakan sesuatu.

Debat ini tidak menghasilkan apa apa...but, a distraction only.

Malahan kalau Nazri resign sekali pun sebab dia malu sudah kalah...itu bukan the end result yang kita mau...he is just too small for any consideration.

Kalau Tun resign pun sebab kalah, aku rasa ada orang lain akan ganti tempat duduk dia dalam PPBM.

Either way, it will not change Malaysia.

Lee Watt said...

Very weak argument and justification here in supporting Mahathir. These are what the Bersatu people having been harping for months. But they have worn thin. Just look at the very weak support for the party.

Mahathir saving Malaysia?! You are obviously smoking the same stuff as Kadir. Can give me a bit or not? HAHA! The fact is, most of the problems we are facing now are because of Mahathir. Including corruption and money politics. This is the person Bersatu is trying to convince us all to call the shots again? Sorry lah!

1MDB.... Most people are tired of Bersatu and Pakatan trying to whip a dead horse. It is NOT proven Najib had stolen anything from 1MDB. Only allegations by the opposition using articles in the foreign media as 'evidence'. They can con those who are stupid and emotional. But not those who look at facts.

This is the reality: most people don't have much trust in Bersatu, Pakatan and Mahathir. For very good reasons.

Abit Pusher said...

Bila Tun Mahathir nak mintak maaf dgn Uncle Lim sbb tuduh Uncle Lim rasis pada tahun 2013 dulu

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).