Monday, September 17, 2018

Bukan Mudah Hendak Jel Najib


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Ramai akan sertai Najib ke muka pengadilan
MELAKUKAN perubahan pentadbiran dan memenjarakan seorang bekas Perdana Menteri bukanlah semudah teriakan reformasi dan pangkah kertas undi.

Ia lebih besar dan sukar daripada itu. Janji mudah dibuat, tetapi sukar dipenuhi. Reformasi mudah diteriakkan, tetapi sukar dilaksanakan.

Inilah realiti politik perubahan – the politics of change.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Rakyat jelata memilih perubahan dengan mengundi Pakatan Harapan (PH) walaupun berbagai-bagai halangan dikenakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tetapi kegigihan rakyat jelata mengatasi segala-galanya.

Maka memang patutlah rakyat jelata menuntut hak mereka. Hak untuk hidup lebih senang, aman dan tenteram. Sesukar mana pun, janji wajib ditepati.

Sebab itulah kita wajib kritikal dan bertindak tegas terhadap para pemimpin PH, khasnya yang menganggotai Kabinet dan Majlis Kerja Kerajaan Negeri (Exco), jika mereka tidak tekun menjalankan tugas apatah lagi menyeleweng dan mabuk kuasa.

Pemimpin PH wajib diawasi dan ditegur jika ternampak lebih mengutamakan kepentingan diri, kelompok, keluarga, intrigue dan persekongkolan daripada berkhidmat untuk rakyat jelata.

Sekarang adalah waktu bekerja untuk negara dan rakyat jelata bukan untuk berkomplot, memuaskan nafsu dan melakukan intrigue politik.

Serentak dengan mengisi keperluan harian rakyat jelata dan menunaikan janji-janji pilihan raya, rakyat juga perlu diberi tunjuk ajar bahawa bukan senang membuat perubahan, mereformasi institusi dan menyumbatkan penjahat ke dalam penjara.

Kita tahu rakyat jelata tidak sabar hendak melihat Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak dan konco-konco beliau dicampakkan ke dalam penjara. Kalau boleh sekarang juga.

Perbicaraan Makan Masa

Kita wajib ceritakan kepada mereka bahawa Najib dan orang yang bersekongkol dengan beliau akan menerima balasan, tetapi bukan esok atau lusa. Proses pengadilan adalah rumit dan memakan masa.

Dua kes awal terhadap beliau, iaitu pengubahan wang haram (money laundering) dan penyalahgunaan kuasa bersabit SRC International Sdn Bhd akan hanya dibicarakan tahun depan – antara 12 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac.

Itu penetapan awal. Belum tentu lagi akan ditepati kerana pihak pendakwa dan pembela boleh memohon kepada mahkamah untuk membuat pindaan dan peguam-peguam bela Najib tentulah akan membuat berbagai-bagai helah untuk membebaskan beliau daripada tuduhan.

Kalau kita ambil kes yang melibatkan pemimpin politik, iaitu perbicaraan liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh, ia mengambil masa lebih empat tahun (2010-2015) untuk diselesaikan. Beliau didapati bersalah, dipenjarakan selama lima tahun dan mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lalu.

(Peringatan kepada wartawan dan penggiat media sosial. Setiap kali kes liwat Anwar disebut ia wajib dituruti oleh kenyataan bahawa beliau mendapat pengampunan diraja. Kalau tidak, anda boleh dituduh memalukan beliau.)

Justeru itu kita kena faham dan sabar sikitlah jika perbicaraan Najib dan konco-konco beliau mengambil masa yang lama.

Setakat ini baru seorang konco beliau turut dituduh bersabit wang haram 1MDB/SRC iaitu peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Shafee adalah pendakwa raya kes liwat kedua Anwar.

Pada 14 September lalu, laporan media yang memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata siasatan 1MDB mendapati RM2.973 bilion (kira-kira AS$972 juta) masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

Beliau juga berkata, ahli politik adalah antara 50 individu yang menerima wang haram tersebut.

Selain kes jenayah yang melibatkan 1MDB/SRC, ada banyak lagi kes rasuah yang telah dan sedang disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini termasuklah kes Felda-FGV, Tabung Haji dan Mara.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin, berkata beliau akan memaklumkan kepada SPRM mengenai 91 urusan jual-beli tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang meragukan.

Penjualan besar-besaran tanah milik kerajaan untuk projek swasta adalah antara modus operandi zaman Najib.

Ramai Akan Ke Penjara

Jadi kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa banyak lagi konco Najib yang akan menjejaki beliau ke mahkamah dan mungkin berakhir di Sungai Buloh atau penjara-penjara lain di tanah air kita ini.

Tetapi memenjarakan penyamun, penyangak, lanun, perompak dan penyeleweng hanyalah sebahagian sahaja daripada penyelesaian masalah negara.

Boleh jadi hasil daripada pemenjaraan mereka, sebahagian harta negara yang mereka curi boleh diperoleh semula. Ini akan membantu kewangan negara yang dibebani hutang yang melebihi satu trilion ringgit.

Yang tidak kurang penting adalah menyelesaikan masalah harian rakyat jelata seperti kos sara hidup, guna tenaga, pengangguran siswazah, ketidakseimbangan kaum dan banyak lagi.

Kerosakan yang dilakukan oleh pemerintahan kleptokrat Najib begitu menular sehingga boleh dikatakan tidak ada institusi negara – daripada perkhidmatan awam kepada kehakiman, kepolisan, ketenteraan dan istana – yang tidak dicemari.

Menyusun semula dan mereformasi institusi-institusi ini serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya bukanlah mudah.

Benarlah seperti kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, “kita mewarisi kerajaan yang rosak.”  We inherited a broken government.

Wallahuaklam.

32 comments:

Kluangman said...

Kita mewarisi kerajaan yang rosak... Ikut sesetengah kajian malaysia akan kembali stabil hanya pada 2055 berdasarkan hutang negara 1t dengan syarat tidak ada lagi skandal kewangan yg muncul.

Melihat senario politik hari ini dan kepimpinan yang ada, ia akan berlaku semula 2@3 tahun lagi, sekarang ni pun pembantu menteri atau pegawai khas dah tunjuk bakart korup.

DollahJunior said...

Kalau bazir duit beli no plet,apa bentuk tindakan yg akn diambil?

Bom atom said...

Nak carik CINNAA JHO LOO n bapak jho loo pon TERHEGEH2 lgi, ni nk plk JEL NAJIB...

PETRON xkena check ke dato??

James Labu said...


Salam Dato'


Bila ada rakyat mempertikai sumber kekayaan Allahyarham Tan Sri JJ dan minta SPRM menyiasat,

Pengarah Operasi SPRM Dato' Azam Baki menjawab "we don't investigate dead people".


Kalau si Najib gantung diri atau tembak kepala sendiri sampai mati sebelum kes selesai, keluarganya bolehlah simpan USD2.973 Million bersamaan RM4 billion mengikut kadar tukaran sekarang yang masuk ke akaun beliau.


Akhirnya rakyat juga yang kena menanggung segala hutang yang dibuatnya.


A justice delayed is a justice denied (for the rakyat)




Jojo said...

1. Tidak adakah akta atau undang2 yang boleh melucutkan jawatan wakil rakyat sama ada ahli Parlimen / ADUN jika ada kes di mahkamah ?

2. Yang ada kes di mahkamah dulu pun boleh jadi Menteri Kewangan. Yang ada kes mahkamah masih boleh jadi wakil rakyat.

3. Kenapa tiada akta/undang2 yang hanya membenarkan seseorang itu boleh ada jawatan politik selepas kesnya selesai di mahkamah. Tapi bukan segera. Perlu ada masa bertenang beberapa bulan ke setahun.

4. Sama juga untuk bekas ahli politik yang dipenjarakan. Kenapa tiada akta/undang2 yang tidak membenarkan mereka terlibat dengan politik selepas melalui waktu bertenang selama sekurang2nya setahun ?

5. Kenapa bekas pegawai timbalan menteri yang rakam bawah skirt orang tidak masuk lokap ? Tapi budak autism terpegang dada orang kena masuk lokap ? Kenapa ada double standard ? Apakah SOP polis tidak sama ? Harap KDN dapat jelaskan.

6. Harap juga menteri kebajikan jengok2 OKU ini. Kes kahwin bawah umur pun belum selesai. Jangan nak sibuk nak ganti PM baru saja. Kebajikan rakyat kena jaga dulu.

M. Piji said...

Assalamualaikum dato.

Memetik kata Peguam yang kena tuduh, shafie abdullah, 'tak kan saya nak tanya pm dari mana dapat duit' ada benar jugak. Itu shafie.kalau penerima2 yg lain mesti akn kata mcm shafie kata tuu.. Ni lah sikap masyarakat yg sudah rosak dr ats kayangan hinggalah ke mukabumi.tiada lagi amalan tegur menegur,nasihat mnasihati kpd jln yg benar. Harapnya pemimpin ms dpn mengambil perhatian dan peringatan.

Tk.

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Saya adalah salah seorang pengundi semasa PRU14 yang lalu. faktor-faktor yang menentukan undi saya adalah:

1. Hendak menjatuhkan najib dan BN yang korup dan sombong.
2. Yakin dengan kepimpinan Tun M untuk memulihkan negara.

Selain daripada itu, undi saya juga adalah bersifat relatif kerana tiada parti lain yang saya lihat mampu mentadbir kerajaan selain daripada parti yang diterajui oleh Tun M. Maksudnya saya adalah rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya dan saya adalah pengundi nonpartisan yang akan menyokong apa yang saya percaya baik untuk negara dan membantah apa yang tidak. Saya juga mengundi bukan kerana yakin dengan PKR, Amanah apa lagi DAP mahupun agenda reformasi apatah lagi Anwar Ibrahim.

Mahal harga yang saya bayar untuk menumbangkan najib dan BN kerana seperti yang telah dijangka isu bahasa mandarin dan tamil yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan, isu UEC, isu tanah pajakan kg baru 999 tahun, isu melayu sebagai pendatang dan banyak lagi isu yang selama ini dituntut dan diperjuangkan oleh bukan melayu telah menjadi kenyataan dan diperjuangkan seolah-olah itulah agenda utama negara. Tetapi kerana keyakinan saya terhadap Tun M untuk memperbaiki kerosakan yang telah dibuat oleh najib dan BN, saya relakan jua.

Namun, besar harapan saya Kerajaan yang baru benar-benar menjunjung prinsip rule of law, tidak memanipulasi undang-undang seperti yang dilakukan oleh kerajaan yang telah dijatuhkan dan mengutamakan kepentingan negara dan perpaduan berbanding kepentingan kaum atau kumpulan tertentu.

Saya juga tahu perjuangan saya sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawab belum selesai selepas PRU14 kerana negara kita masih terbelenggu dengan masalah lampau manakala parti-parti politik yang menerajui kerajaan cuba mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam arena politik. Apapun, selagi negara belum pulih dari kerosakan yang telah dilakukan, kerajaan sekarang janganlah terlalu gembira dan yakin bahawa seluruh rakyat akan sentiasa bersama-sama dengan kamu dalam apa saja keputusan dan tindakan. Tidak dalam polisi-polisi kerajaan yang populis dan menjahanamkan negara apatah lagi dalam politik perjuangan kuasa peribadi tertentu.

Kalau memilih PH sebagai Kerajaan adalah satu kesilapan, saya tiada masalah untuk silap sekali lagi pada PRU15 untuk memilih parti lain sebagai kerajaan yang baru.

budak jawa said...

Kalau memilih PH sebagai Kerajaan adalah satu kesilapan, saya tiada masalah untuk silap sekali lagi pada PRU15 untuk memilih parti lain sebagai kerajaan yang baru.

Sedarlah, masalah yang dihadapi negara adalah sangat besar, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi dari aspek, sosial, perpaduan dan kenegaraan yang boleh mengancam kedaulatan negara. Prestasi Kerajaan terutama menteri-menteri kabinet yang dilantik kebanyakannya hanyalah biasa2 sahaja dan ramai juga yang tidak melepasi jangkaan. Mungkin sekarang mereka telah sedar, bercakap dengan modal air liur kosong adalah lebih mudah berbanding memegang amanah melaksanakan tanggungjawab yang dipikul. Kalau dulu bercakap bagi pihak penyokong, sekarang perlu bersuara bagi pihak rakyat malaysia yang berbeza latar belakang, politik, sosioekonomi, kaum dan agama.

Setelah menumbangkan BN mengikut lunas undang-undang melalui PRU yang lalu, rakyat hendaklah bersabar dalam hal mendakwa najib kerana ia juga perlu mengikut lunas undang-undang. Kalau kita hendak membelakangkan undang-undang, apa bezanya kita dengna najib dan BN? Kerosakan telah berlaku, menghukum pesalah tidak akan dapat membetulkan kerosakan yang berlaku. Tapi sekurang-kurangnya, proses perundangan telah berjalan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita rakyat Malaysia hendak bersama-sama dengna Kerajaan untuk membetulkan keadaan dan memulihkan negara. Ini yang lebih penting.

Secara peribadi, saya faham masalah kewangan yang membelenggu Kerajaan dan saya berpandangan sikap gopoh Kerajaan memansuhkan GST adalah satu kesilapan. Kelewatan Kerajaan mengambil tindakan terhadap pegawai di zaman pemerintahan Kerajaan yang lama juga telah menyebabkan masalah kerana mereka yang bersekongkol tentulah ingin menyembunyikan masalah daripada Kerajaan baru. Bukanlah maksud saya perlu dibuang mereka itu, tetapi setidak-tidaknya kenalpasti agensi2 strategik, kenalpasti bahagian dan pegawai strategic dan buat pusingan kerja supaya mereka tidak dapat mengabui Kerajaan baru. Pegawai baru yang tiada kepentingan pasti tiada masalah menyatakan masalah yang berlaku kerana mereka tidak terlibat. Bagi yang benar-benar jelas terlibat dengan Kerajaan yang lama dan melakukan kesalahan, ambil tindakan sewajarnya.

budak jawa said...

Mengambilkira keadaan semasa, langkah PD adalah perkara terakhir yang rakyat ingin dengar apatah lagi ianya melibatkan perletakan jawatan ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU yang lepas. Tiada alasan yang tterlampau mendesak di mata saya sebagai rakyat biasa untuk mengadakan langkah PD ini justeru membazirkan masa, wang dan tenaga jentera kerajaan. Alasan yang diberi hanyalah ciptaan untuk menjustifikasi langkah yang diambil.

Walaupun Anwar Ibrahim telah ditunjuk sebagai the next prime minister, perjanjiannya adalah fleksibel dan luas. Ia tidak menyatakan bila dan bagaimana. Yang lebih penting daripada itu adalah bagaimana kerajaan ingin memulihkan kerosakan yang telah berlaku dalam negara kita. ITU YANG PALING UTAMA.

Cakap-cakap anwar ibrahim yang retorik dan kosong itu, tiada substancenya, dan berpusing-pusing seperti yang kita sedia tahu, baik disimpan diam-diam dalam hatinya. Ia membuatkan saya sebagai rakyat biasa yang mendengar jadi menyampah dan meluat dengan anwar ibrahim dengan agenda reformasinya seolah-olah dia sajalah orang yang boleh memperjuangkan reformasi. Dan ia juga menyebabkan saya semakin tidak ingin mempunyai perdana menteri bernama anwar ibrahim.

Walaupun tun M sudah berusia 93 tahun, kita pun tidak tahu siapa yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu. Kalaupun ditakdirkan tun M pergi dahulu, tiada masalah pun untuk anwar menggantikan beliau walaupun beliau bukan ahli parlimen kerana tpm boleh memangku jawatan pm untuk sementara waktu manakala anwar ibrahim bolehlah bertanding di langkawi untuk mendapatkan tiket menjadi PM tanpa perlu mereka-reka prk yang kelihatan sebagai kerajaan memanipulasi undang-undang dan menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan politik yang jelas bertentangan dengan prinsip yang didokong iaitu rule of law apatah lagi prinsip reformasi.

Saya percaya ramai lagi pengundi di PD yang sama fikiran dengan saya. Oleh itu, saya menyeru para pengundi di PD supaya memboikot PRK PD ini atas dasar memberi signal kepada politikus di Malaysia supaya menghormati rakyat dan mengutamakan agenda rakyat dan bukan agenda peribadi atau agenda parti. Tunjukkan pendirian anda dengan memangkah selain daripada anwar ibrahim supaya mereka tahu rakyatlah tuan dan rakyatlah yang berkuasa di negara ini, bukan najib, bukan anwar ibrahim, bukan tun M dan bukan juga pemerintah yang lain kerana kita adalah bangsa merdeka. Kalau BN yang memerintah selama 61 tahun pun boleh kita turunkan, apatah lagi orang yang kita tidak jelas agenda perjuangannya kecuali perkataan reformasi sedangkan perbuatannya mencium tangan raja adalah jauh daripada erti reformasi dan kemerdekaan itu sendiri.

Kita rakyat Malaysia juga mainkanlah peranan kita dengan sehabis baik bukan sekadar menuntut bermacam2 perkara daripada Kerajaan. Buktikanlah kita ini bangsa yang merdeka dan bermaruah. Betulkan kesilapan mulai dari diri kita sendiri terlebih dahulu. Tidak dapat tidak kita perlu mengakui apa yang telah berlaku adalah kerana kesilapan dan kelemahan kita sebagai anggota masyarakat. Mengaku kesilapan, ambil tanggungjawab, perbaiki, terokai dunia yang luas ini, bergaul dengan masyarakat dunia, cari peluang ekonomi, berdakwah, tunjukkanlah bahawa kita adalah umat yang terbaik. Kuasai dunia dan letakkan di tangan, jangan letakkan di hati. Tidak salah menguasai harta dan kuasa kalua digunakan untuk kebaikan dan keadilan. Yang salah adalah menguasai harta dan kuasa dan menggunakan untuk kejahatan dan menzalimi.

Kepada Allah kita berserah dan berusahalah mengikut batas-batas yang ditetapkan oleh agama dengan bersungguh-sungguh.

In shaa Allah kita akan berjaya.

Wallahualam

Zalman A said...

Datuk,

No doubt it requires both time and patience.

However I am still amazed that our law enforcement agencies cannot find these people:

a) ex-SRC International managing director Nik Faisal Ariff Kamil, the man named in the charge sheet that Gani drafted before the pendekar Bugis sabotaged the whole investigation in 2015.

Catching Nik Faisal (who allegedly may be under the protection of Najib crony Peter Sondakh in Indonesia) would be the arrest that makes the case against Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil absolutely watertight.

This money was in effect songlaped from KWAP.

There should be justice.

d) Jasmine Loo - ex-1MDB and ex-macai of The Billion Dollar Whale, Jho Low. She was wanted by BNM along with another former Jho macai called Casey Tang. However, it seems Jasmine is not even bothering to hide, and is living a luxury life quite openly in NYC.

Have BNM and PDRM forgotten completely about these people?

What is Interpol for?

What is the Home Ministry up to?

Please hurry up the process.

Zalman A said...

The busiest man on Facebook recently is Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil.

Every day, there is a new cerita dongeng to entertain 1MDB watchers.

Now, he is complaining that nobody credits him for “returning” his donation of 2013 to “Saudi Arabia”.

Well, he did - it’s well known that he wired some of the balance back to Tanore Finance - the Jho Low company that gave him the “681 American pies”.

Not to Saudi Arabia, of course.

That is the cerita dongeng.

Hence another reason to find Nik Faisal:

“Investigations by Singapore authorities have revealed that SRC International managing director Nik Faisal Ariff Kamil approved the transfer of US$11.95 million (RM48 million) of the company's funds to Jho Low's associate Tan Kim Loong.

Tan, according to The Wall Street Journal, is the original beneficiary of British Virgin Islands-based Tanore Finance, which had sent US$681 million to Prime Minister Najib Abdul Razak's personal bank accounts.

Tanore Finance reportedly received funds, through intermediaries, from British Virgin Islands-based Aabar Investments PJS Limited where US$3.5 billion of 1MDB's funds was diverted to.

Singapore’s Business Times reported that the Singaporean findings were contained in documents submitted to the Singapore state court on Thursday as part of the seventh charge against former BSI banker Yeo Jiawei.”

Over to you, PDRM, AGC and other agencies.

Do not delay this any more.

rahman jpc said...

Kalu tidak silap saya, bapak pres jokowi pernah menyarankan agar semua koruptor d miskinkan n keluarga terdekat mereka d permalukan.

strategi ini memang sukar utk d laksanakan tetapi sukurang kurang nya ia akan memberi kesan 'deterrent effect' kpd bakal persalah terutama 'white collar crime' (eg d indonesia ialah ketua dpr, setya novanto).

bagi ds najib n rosmah (termasuk kumpulan lanun2 yg lain), memang sukar utk mensabitkan mereka dgn kesalahan dlm jangka masa yg singkat kerana saya percaya wang yg masih tersimpan mampu melanjutkan perbicaraan (jika ia nya d adakan) sahingga bertahun tahun lama nya (contoh yg d beri terhadap kes anwar amat tepat sekali).'in d long run, all of us wld already b dead'.

jika d takdirkan yg kumpulan mereka kembali berkuasa maka semua usaha2 kerajaan PH n rakyat yg prihatin akan terbantut. mungkin juga mereka akan 'turn d table' n akan mencari kesalahan utk memenjarakan musuh2 politik mereka pula (kes yb lim guan eng n rafizi?).

saya pernah memberi pendpt yg PM kita mempunyai kuasa yg hampir mutlak. lebih berkuasa jika d bandingkan dgn pres jokowi atau pres trump. olih demikian kebebasan semua badan2 penguatkuasa termasuk badan kehakiman amat 'crucial' sekali utk menghad kan kuasa PM agar kerakusan d era Najib tidak akan berulang lagi d masa2 hadapan.

awang kualaberang said...

terima kasih Dato atas pencerahan yg diberikan.
Kalau bertahun-tahun kita boleh sabar menghadapi segala kezaliman@penipuan kerajaan klepektokrasi, maka untuk beberapa tahun akan datang kita akan bersabar untuk melihat keadilan ditegakkan di bumi tercinta ini.

abdul majid said...

"Bukan mudah dan akan ambil masa". Pada pendapat saya, sebegitu lebih baik, tekanan psycology berterusan & jangkamasa panjang lebih sakit daripada cepat 'berehat' dalam penjara. Terbukti, belum 5 bulan pun hilang macam-macam by overnight then okt sudah merapu meraban.

1) Target utama 9hb May adalah menumbangkan BN. Sudah tercapai pun.
2) Mulakan langkat awal kes, sita apa yang patut berlandaskan AMLA etc.
3) Penuhi kehendak rakyat tentang perkara penting to them.
4) Kekang segala salah guna kuasa, penyelewengan etc.

Lagi cepat dakwa & sumbat mereka yang terbukti bersalah oleh Mahkamah ini adalah 'bonus' kepada rakyat.

Isu luar topic sikit Tuk Kadir cos Tuk Kadir selalu tengok tempat ini waktu bertugas di NSTP dulu. Tanah luas depan NSTP iaitu tapak Lever Brothers, kilang sabun, ice cream etc milik KTMB Berhad. Kini sudah terpacak condo then entah apa lagi next.

Tak boleh ke bina perumahan apartments untuk rakyat yang miskin bandar? Dah la miskin bandar then terpaksa pula beli or menyewa rumah pada jarak 60km dari tempat kerja.

Betul kata Tun M, melayu makin lama makin terperosok semula ke hutan. Then nak marah pula bila bangsa lain menguasai bandar.

Lihat apa sudah jadi pada kg kerinchi. Makin maju, bagus la but melayu diletak dimana?
Lihat apa sudah jadi pada Kg Haji Abdullah Hukum? Sudah terpacak tall Building, bagus tetapi melayu dimana?
Lihat juga Ang Seng, sudah lama terpacak condo then MRCB sudah mula masuk tempat ini. Melayu dimana...?

Unknown said...

Saya tanya tuan . Secara jujur terlibat tak songlap duit. Berani sumpah? Dah cukup lah buat fitnah. Insaf

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

1. Melayu dimana...? .. Melayu ada UDA, ada MARA, ada Datok Bandar DBKL ..ada Teuku Nan ..kita tak perlu risau.

2. Dalam KL kita tak akan jumpa Bandar Melayu ala Jalan Silang, Kota Raya atau Petaling Street yang dah jadi Bandar Nepal/Bangla/Myannar ..sapa bantu pendatang ni bikin bandar.. MARA, DBKL atau UDA ke?

3. Zaman remaja saya ..saya sering lepak di Pasar Seni ..ia macam Bandar Melayu ..ramai peniaga Melayu ..kegiatan seni melayu juga ada, malah pelukis Melayu diberi penghormatan untuk diberi ruang berseni didalam bangunan ..saya rasa bangga, sekurangnye ada juga port melayu.

4. Lepas tu dgr khabar pasar seni dah dijajah ..seperti Melaka dijajah Peringgi ..yang sedih nye pelukis kita berseni dibawah lindungan awan ..lindungan yang maha esa ..kah kah kah.

5. Pada tahun 2010 saya jadi salah sorang konsultan untuk projek komersil tebing Sungai Klang di KL. Kita aju permohonan untuk namakan pusat komersial ini dgn nama ala inggeris/spanyol. Tok Bandar masa tu cakap tak boleh, "akta cakap kena nama ala melayu atau tempatan". Tak lama kemudian ..bila datang Tok Bandar baru ..maka terpacul lah nama inggeris/spanyol tadi ..setel ..Lu hepi Gwa hepi.

6. Macam RD kata ..yang Tun M kata ..yang Melayu akhir nye akan disumbat dalam hutan .. itu pun kok ada hutan lagi.

7. Tapi RD tak bangga ke yang kita Melayu ada juga yang kaya tahap gaban .. contoh nye Raja kita ..ketua politik kita ..pegawai kerajaan kita. Bayangkan Ahlul parlimen kita aruah JJ yang punya income katakan 30ribu sebulan.. boleh simpan biliyun-biliyun. Puas saya ketuk mesin kekira saya .. berapa ribu tahun kena simpan, jika simpan 30 ribu sebulan utk dapatkan biliyun.. magik?

8. Akhir nye saya rasa lapang sikit, bila Tok Kadir janji yang ramai gringgo akan mengiring Najib ke Sungai Buloh?

9. Bukan apa ..bila Najib dan penyamun yang lain dibiarkan lepas bebas ..orang dah mula simpati ..dah mula sangka Najib dan penyamun lain rupanye di fitnah oleh PH.. ingat fitnah dalam Islam jangan main-main. Tapi orang dah mula bercakap ..sebelum jadi "PERSEPSI" ..baik cecepat tangkap.

PKB Channel said...

assalamualaikum....semoga allah swt merahmati kita semua....SATU DUNIA PUN TAK MAMPU NAK DATANGKAN BUKTI YG NAJIB ITU SALAH...KECUALI SATU DUNIA INI MENIPU NAJIB...BUKTI YG ADA PD NAJIB ITU PUN DIA ORANG X IKTIRAF...SBB TU SUSAH SAISATAN SEBAB BUKTI YG NAJIB BERSALAH ITU TAK WUJUD...

takut dosa said...

MENCARI BUKTI SALAH YG TAK WUJUD MEMANG SUSAH....SELURUH DUNIA PUN TAK MAMPU...YG ADA BUKTI PERSEPSI DLM BENTUK MINDA JE...bazirkan masa n duit je....

msh said...

Salam sdra 'budak jawa' saya amat setuju dgn lontaran sdra.

Cuma pd saya....tiada apa2 kesilapan memilih PH.... kerana diterajui Tun M.

Ini terbukti....dgn kejatuhan BN dan Umno....1001 kesalahan muncul 1 demi 1.
Memang nyata....negara telah dirosakan oleh Melayu2 penyamun.
Paling sakit hati pula ....penyamun2 ini bukan 2 atau 3 org....TETAPI PULUHAN ORNG.....dari Menteri...timb Menteri...Penjawat awam...Ahli M Ten dsb. (majoriti adalah Melayu2 keparat....korup ....sial....tahap gaban hingga melibatan berbilion RM).
Sudahlah begitu....masih tidak mahu mengaku salah.

Memang memalukan bangsa dan ugama.

Harapnya mereka2 semua ini tidak terlepas dari ke Sg Buluh.

Apa pun saya tidak mahu melihat 'PM in Waiting' mengambil alih kelak....sebab kelibat dia dan PKR 2x5 saja dgn Umno....kaki jilat tangan....dan kuat bohong.

Sekali lagi saya berkata.....saya memilih PH kerana percaya dgn Tun M....dan tidak berminat menyokong atau mendambakan diri pd Ketua2 spt Umno walau Melayu sekali pun.





big machinegun said...

Betul dato kadir nak jail lanun Ada degree payah berbanding lanun kelas bawahan.... Diharap kerajaan pH dapat menjalankan tugas dengan Adil amanah Demi mandat rakyat Malaysia bagi.... Dan kepada penjawat awam yg mempunyai kuasa Sila bt kerja anda ini kerajaan baru dah takder wahyu dah.... Dan kepada polis Sila jalankan tugas anda selaku pengawal keselamatan rakyat... Jgn nk bt bisnes kuih paw jer ... Tangkap matpet... Tokey dadah lepas belajar Dari filipina

A Rose is not a rose said...

Datuk,
Rosmah was also alleged to have purchased a “100 percent plant-based health food to stimulate the human body to maintain youth, vigour and vitality, supposedly with anti-ageing properties”.
We suppose we have to wait for a longer period of time to see the effects on her body?
So far, still waiting.
IN the meantime, do please charge her for money laundering.

Miscellaneous said...

Datuk,
it is almost certain Jasmine Loo and Casey Tan are negotiating with the govt to turn evidence against Jhlow and Najib.

And it buttresses the fact that JHlow has gone blogging to proclaim innocence and small boy syndrome. Probably to put in his five cents worth of persuasion just in case his conspirator in crime Bijan reveals more half truths here and there and incriminates him.

FMT must not be allowed to get away with reporting falsely TT's resignation.
So easy to retract the story just minutes later and blame govt sources?

Jojo said...

Datuk,

1. Harap Sang Saka Biru dapat ketua yang bersemangat tinggi cintakan negaranya dan dapat tangkap mastermind yang buat negara kita porak-peranda iaitu si penyamun tak guna Jho Low secepat mungkin.

2. Hendak bercakap mengenai perbicaraan macai Jho Low tu agak susah sebab rasanya tahun depan baru bermula.

3. Jadi saya harap ada keadilan untuk 2 orang pengamal medical marijuana yang tidak menerima layanan hebat seperti Najib tetapi mereka ini begitu cepat dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Mereka ini ialah Muhammad Lukman dan Amiruddin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dr Ganja.

4. Kedua2 mereka mendapat sokongan daripada pesakit2 kronik yang pernah mendapat rawatan daripada mereka. Saya harap mereka dibebaskan.

5. Begitu juga dengan pemuda autism Ahmad Rizqi yang tidak mendapat layanan hebat seperti Najib. Kesnya perlu dibuang saja.

Jojo said...

*Ahmad Ziqri

Maaf. Pembetulan nama pemuda autism.

buah kerdas said...

Hakikatnya jika tindakan salahlaku diambil mengikut aturan hukum maka ia pasti mengambil masa dan berkemungkinan pendakwa kalah dalam kesnya. Aturan hukum membenarkan kemenangan kepada yang dituduh jika boleh dibuktikan wujud keraguan pada keabsahan bukti. Maka amat wajar dan logik jika orang ramai mengambil sikap bersabar.

Pertukaran kuasa baru-baru ini berlaku secara proses demokrasi, alhamdulillah. Pertukaran itu amat sukar dan hampir mustahil kerana walaupun kita mengaku mengamalkan demokrasi tetapi jalan-jalan demokrasi yang sebenar telah ditutup disana sini. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sebelum ini tiada kebebasan bersuara manakala instrumen negara yang sepatutnya berkecuali disalahguna oleh kerajaan untuk menekan tindakan dan suara-suara pembangkang. Mujurlah sejak dua dekad lalu teknokrat dunia berjaya mewujudkan internet dan yang terakhir, telefon pintar. Teknologi ini membantu rakyat Malaysia yang waras dan rasional memenangkan PH dalam PRU yang lalu dan kini kita berada dalam fasa awal pembentukan dan pengukuhan lanskap politik baru buat Malaysia. Kita perlu bersabar untuk melalui proses yang rumit ini walaupun tidak boleh sama sekali membiarkan bertunas kembali benih politik lama yang sinonim dengan rasuah dan salahguna kuasa. Kata bijak pandai, sabar itu akhirnya indah.

Annointed by who? said...

Datuk,
lots of news happenings, Mustapha and Anifah resignations from UMNO, Hisham in talks with Dr M, but the worst is that Anwar is behaving as though he has been annointed from above to take over as PM.
He has gone on record as saying "when" he is the PM ?
What is this nonsense? The rakayat has the choice of electing him or rejecting him, he is not crowned PM for goodness sake.
So arrogant and thinks the leaderhip of the country will be his by fiat.

He said post retirement Dr M could be given special role, he said he does not rule out revamping Dr M's cabinet. He has gone to meet Joko, Lee Hsien Loong, and whoever else wants to give him some time. Wah!!!
Is he the kingmaker here? He is not even an elected MP yet. Man can only propose,it is God who will dispose of this boastful cock.

I think Dr M will keep close his own cards, why go around declaring when Anwar is elected, when Anwar is MP, when Anwar is this or that? MP is just a member of Parliament.

So Tun Dr M, keep watch on this great pretender, this Brutus who has started his campaign to stab you in the back. Make sure they do not get to be our leaders soon or later.
Get rid of Anwar, Rafizi, Sani and the whole lot of arrogant pricks.


Abdullah Ngah said...

Mereka takut masuk penjara

Sebelum Datuk Seri Najib Rasak masuk penjara Dikatakan seramai 18 orang Ahli parlimen umno akan keluar parti dalam masa terdekat ini.

Semalam, hari selasa, Datuk Seri Mustapa Mohamed Ahli parlimen Jeli Kelantan sudah isytihar keluar umno, sekaligus meletak jawatan yang disandang dalam parti yang sedang diuji itu.

Alasanya, bahawa umno sekarang ini sudah lari dari perjuangan sebenarnya.
Hari ini Bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman turut isytihar keluar parti dengan alas an bahawa umno gagal membela rakyat Sabah.

Datuk Seri Hishamuddin Husein, bekas menteri pertahanan dikatakan sudah jumpa Tun Dr Mahathir Mohammad.

Mungkin akan mengisytiharkan diri keluar umno dalam masa terdekat ini supaya salahlaku semasa sepanjang jadi menteri pertahanan dulu itu tidak disiasat.

Pada hemat penulis, tindakan mereka itu bukan apa, mereka takut masuk penjara,
Mengapa tidak? Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah arah SPRM supaya siasat bekas bekas menteri dan bekas bekas timbalan menteri.

Inilah yang membuat mereka tertekan, kerana sepanjang menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri kebanyakannya terbabit dengan salahguna kuasa atas nama ketirisan.

Oleh itu, mereka mahu tidak mahu terpaksa keluar parti agar dapat mengelak daripada tindakan yang akan dikenakan.

Lebih lebih lagi kebanyakan mereka sudah ada fail sisatan SPRM di bahagian risikan dan siasatan yang mana memang tidak boleh lari lagi kecuali keluar parti atau menyertai parti yang memerintah Malaysia sekarang.

Demikianlah tindakan mereka yang ada dosa sepanjang diberi amanah oleh rakyat jelata untuk selamat diri daripada masuk penjara.

NoMorePolitics said...

Salam Dato'

1) I am still waiting for the petrol prices to go down as promised by PH. Will it happen since Malaysia is a big oil producing country!
2) How about toll charges? If government can cancel contracts awarded to China/Singapore, why it can't cancel its concession contracts with the Toll Collectors!
3) Why rakyat was not told after GST is abolished they will be paying SST which is higher! Before PRU14 in April, RotiBoy was selling its Walnut bread at RM3.80 (inclusive of GST). Just bought the same bread yesterday, I was charged RM4.05 inclusive of SST. If you go to McDonalds or KFC or Food courts etc, you will be charged a flat 6% SST. Don't forget many of the ingredients or the raw materials already has 10% SST added by manufacturers. The restaurants or food courts will include the cost (from manufacturers) plus their margins into the consumer prices before adding 6% SST. So you are actually paying 16% charges to government on some of the items. (This is really happening everyday in every restaurants).
4) Minimum wages did not go up as promised. I felt bad for a Grab driver who work so hard (full-time and part-time) to survive. He told me he drives Grab part-time to supplement his minimum wage income. He felt cheated and angry after PH government did not raise his minimum salaries.

Well for people who live comfortably, they can enjoy discussing politics, politicians and social media stories in blogs like this one (a good one). But for the lower income and working class people, it is no joke. Their living is depending on promises and performance of politicians they voted. Imagine how angry will they if they have given the votes to politicians who mere giving excuses for not fulfilling the promises!

Lets look beyond 1MDB and MACC! Lets look at people's lives

Mawar Princess said...

Pasal apa nak check Petron? Ada kes kA??

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Alhamdulillah, legaa aku hang singgong isiu ‘politics of change’ atau apa hang nulih sebagai ‘politik perubahan’.
Ini aku rasa, satu gagaihsan yg sangat perlu dlm politik baru untuk mengisi ‘letusan’ harapan rakyat untuk mengapai satu kehidopan
yg lebih selesa dan tejamin, lebih ‘selamat’ dari kenaikkan harga betali haruih, ancaman jinayah temasuk dari macam2
kelakuan jinayah rasyuah, melambat lambat urusan kerajaan seperti tempoh menunggu di kelinik kesihatan, pembaikkan jalan rosak,
lampu jalan, mengujudkan tapak perniagaan... dan macam2 lagi yg setakat ni nampak masih wal hasil balik asai.

Selain memintak rakyat besobag menunggu tindakkan ke ataih perosak2 negara, aku dgn rendah hati, nak tekankan pihak pemerintah beperanan munkin lebih besag dlm menguruihkan gelombang harapan untuk isiu2 periok nasik atau ‘bread and butter issues’.

Hang nulih kita mewarihkan ‘kerajaan yg rosak’ atau ‘a broken government’, aku rasa lebih dari tu Kadiag, bukan gomen
saja rosak tapi sebagian besag masyarakat turut rosak. Kalu tidak, lagu mana kerajaan yg rosak tu dapat betahan lebih setengah abad ?
Kalu benda ni betoi, maka tiba masa kita lancagkan tindakkan ‘rawatan’. Sememangnys banyak tindakkan yg kerajaan Mat Tehag buat
aku nampak, mejuruih ke arah tu, dan seharuihnya di beri tempoh, dan galakkan dan tugaih hang dan orang2 media membawak sikit2 kemajuan ni ke ‘pesada’ rakyat. Malangnya kebanyakkan cabang kerajaan yg lain nampak macam lembab (‘not hitting the ground running’).

Lantaran tu, izin aku sumbang sikit tapi hakiki apa yg al Qur-an kemuka, dlm merawat masyarakat (yg tempang),
antaranya pd suroh al Isro’ ayat 35 ( dari tafsirq.com ):
وَأَوْفُوا الْكَيْلَ إِذَا كِلْتُمْ وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Yg bermaksud lebih korang :
Dan sempurnakanlah takaran(sukatan) apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Allahyarham Prof Hamka dlm Tafsir Al-Azhar (pustaka nasional), bubuh perkara ni bawah tajuk “Kejujuran Berniaga”,
di mana dia ulaih :
“Itulah yg baik! ... Dan kejujuran itulah inti kekayaan yg sejati, yg membawa kemakmuran.”
Di tempat lain, Allahyarham nulih “....peraturan kesopanan dan kesantunan yg nampaknya kecil tetapi amat penting.”
Dan aku bulih buboh bahwa ikatan manusia dgn Pencipta ialah ‘ibadat dan du’a, dan ikatan sesama ma’nusia ialah kejujoran.
InsyaAllah,
Maghap no.
Aku

Budak jawa said...

Saudara msh,

Memilih tun memang tiada masalah. Tun memang mempunyai track record cemerlang sebagai pemimpin. Yang menjadi masalah adalah menteri kabinet tun.tiada pengalaman, kurang kelayakan, tidak tahu sistem pentadbiran dalam kerajaan dan merasa diri lebih baik dari orang lain di samping masih bermentaliti pembangkang. Banyak lagi kelemahan yang sangat ketara yang sangat panjang kalau saya ingin senaraikan.

Bottomline, kerajaan perlu deliver dan kurangkan berpolitik. Saya fikir antara faktor yang menjadikan keadaan lebih sukar kerana ramai pegawai di zaman najib masih kekal di jawatan masing-masing. Ini menyebabkan menteri sukar mengetahui keadaan kementerian dan perkara di bawah tanggung jawab masing-masing secara keseluruhan. Ini kerana pegawai ini tidak akan memberitahu perkara sebenar kerana mereka turut terlibat.

Kementerian kewangan adalah contoh terbaik kementerian bermasalah dan banyak masalah masih dibongkar sehingga hari ini kerana pegawai di era najib masih berleluasa. Itulah juga sebabnya banyak masalah yang dibongkar masih belum dapat diselesaikan.

Saya fikir, atas faktor ini, lge akan menjadi antara menteri yang paling buruk prestasinya. Ditambah dgn sikapnya yang masih seperti pembangkang, kuat berpolitik dan bergaduh di media sosial dgn najib razak. Lge sepatutnya fokus pada isu kewangan dan ekonomi. Kesannya rakyat akan hilang kepercayaan.

Wallahualam.

Budak jawa

kashinkoji said...

Salam Dato,have not been writting for a long time but never misses ypur blpg.I notice that a lot of your colleagues doesn't really like DSAI,I knew you,yourself had voiced out your doubts but sticking with TDM,Tun Daim and others,seem contempt to just abide by the transition time line.
May I asks why? What kind of person was him? When he was the finance minister,we have surplus budget for 7 consecutive years. I remember when I was younger,PAS was my choice(rather cleverly recruited by my uncle an ex-army intel off)I held my hand praying with Mohd Sabu for Allah never let DSAI became PM because PAS believe that TDM can beaten with Islamic bullit but DSAI instead will lead Jumaat prayer,the 1st week he become PM.Guess at that time Allah heard us but is it for better or we got worse.
I was not around when sodomy 2 happened so was not privy to all information but these pasts few months,I decided to evaluate and judge him for myself,rather than taking otsb and lots other people words about DSAI..1st by reviewing sodomy 2..I was sad.Of all the things,of what is oresented,of Shafiee arrogance,of all the top judges who betray justice and just that..I belueve Anwar deserve his chance to repairs what was destroy much earlier than Najib but maybe not conciously but through desperate measures.
I like to hear what you sir have to say because what you says matters to me...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).