Sunday, October 07, 2018

Skim Cepat Kaya Tanpa Bahaya


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Penjana Elektrik Bebas: Pelaburan cepu emas
BANYAK rakyat Malaysia suka kaya cepat. Kerana hendak kaya cepat punya pasal ada yang jadi papa-kedana. Padan muka.
 
Masa saya menunaikan haji tahun 1991 (tahun Perang Teluk), ada seorang rakan jemaah yang gundah-gulana. Dia baru kehilangan duit pencen guru dalam skim cepat kaya Pak Man Telo.

Sejak itu berpuluh-puluh skim ala Pak Man Telo muncul, beratus ribu jadi mangsa dan berbilion ringgit hangus.

Macam kata ungkapan Inggeris “fools never learn”. Dalam bahasa Melayu si bangang tidak pernah belajar.

Jadi kali ini saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo yang gerenti tak rugi. Sebaliknya untung besar.

Salah satunya ialah skim ala Jho Low. Tapi itu pun tak berapa bagus sebab akhirnya terbongkar dan penajanya kena tangkap, dihadapkan ke mahkamah dan besar kemungkinan meringkuk dalam penjara untuk satu jangka masa yang panjang.

Ramai lagi yang belum ditangkap, termasuk Jho Low, tetapi menunggu masa untuk digari dan dipakaikan kemeja-T oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cuma saya masih tidak faham pasal apa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, dikecualikan daripada memakai pakaian lokap itu? Nampaknya dacing keadilan masih berat sebelah.

Skim cepat kaya yang hendak saya cadang ini sesiapa pun boleh cuba. Acuannya saya ambil daripada zaman Barisan Nasional. Pada zaman itu, kalau seseorang itu orang kuat Umno serta baik dengan Najib dan Rosmah mudahlah buat skim ini. Lagi-lagilah kalau orang itu “blue blood”.

Caranya

Mula-mula cari projek apa yang hendak dipakmantelokan. Boleh jadi projek lebuh raya tol, landasan kereta api kembar atau penjana elektrik bebas (IPP).

Pasal kita kawan Najib atau sebab Najib nak guna kita, kita pun dapatlah konsesi. Katakan sebuah IPP dengan kapasiti penjanaan 1,440 megawatt menggunakan gas asli dan tempoh konsesi 31 tahun.

Dengan sehelai kertas yang mengesahkan bahawa kita mendapat konsesi IPP daripada Suruhanjaya Tenaga, kita sudah jadi jutawan. Tak tahu apa-apa tentang IPP pun tak apa. Gerenti ada orang bersedia beli lesen kita itu dan bank pula sedia bagi pinjam.

Untuk nak dapat konsesi, kita tentu dah ada syarikat. Katalah mana syarikat kita Sip Sap Sdn Bhd (SSSB). Nak lagi mudah, kita beli saja dari orang yang kerjanya tubuh dan jual syarikat RM2.

Tak payah besar. Modal saham RM2 dengan dua orang pengarah dan modal berbayar RM100,000 atau RM200,000 dah cukup.

Kalau tak mahu nama kita keluar pasal kita tidak dibenarkan berniaga atau kerana kedudukan kita yang tinggi lagi mulia, kita carilah proksi atau wakil.

Tak kiralah orang itu Ratu, Nyai, Daing atau Megat asalkan boleh dipercayai. Kalau hendak proksi Cina atau India pun boleh. Tapi proksi Cina dan India ni kadang-kadang mereka lebih pandai daripada kita. Silap-silap mereka jual kita.

Tapi untuk laksanakan IPP yang berharga empat atau lima bilion ringgit, kita kenalah tubuh syarikat yang lebih besar. Lagi pun kita tak mahu kongsi syarikat sendirian berhad kita dengan orang luar takut pecah rahsia.

Jadi kita tubuhlah SPV (special purpose vehicle). Kita bagilah nama yang sedap-sedap dan meyakinkan macam Aurora Australis Sdn Bbd (AASB) - mengambil sempena cahaya malam di kutub selatan. Aurora Australis ertinya cahaya selatan atau dalam bahasa orang putih, southern light.

Fenomena Aurora Australis atau Cahaya Selatan
Nak buat sendiri tak ada duit atau kita jenis kedekut yang memang tidak suka guna duit sendiri. Jadi kita carilah “business partner” (rakan kongsi) yang ada duit atau ada nama yang laku digadai macam TNB, Malakoff atau YTL.

Dalam perusahaan elektrik ni siapa lagi yang lebih berkuasa dan laku daripada TNB. Jadi kita pun tanya TNB atau kita minta kawan kita yang berkuasa arah TNB jadi rakan kongsi kita.

Cantik! Rakan kongsi kita TNB. TNB ada duit dan ada nama. Bila penjana kita siap, TNB jugalah yang akan beli tenaga yang kita hasilkan.

Kita pun kongsilah. Katalah kita simpan 45 peratus saham kita dalam AASB dan jual 55 peratus kepada TNB. Tak susah pun. Carilah budak-budak yang pandai hal perancangan dan pembiayaan korporat untuk buat congak bagi pihak kita.

Gerenti mereka akan cadang macam-macam kaedah pembayaran dan pembiayaan – ordinary shares, class A shares,  RPS, Sukuk konvensional, Sukuk hijau, junior loan, senior loan.

Macam-macam mereka akan cadangkan asalkan kita bagi mereka komisen yanag lumayan. Macam 1MDB bagi kepada Goldman Sachs.

Kita tak payah keluar modal pun. Orang putih kata kita buat cara “debt financing” – pembiayaan melalui hutang. Kita hutang la. Macam Najib buat dengan 1MDB.

Bila semua perjanjian, kontrak dan pinjaman sudah ditandatangani, kita pun kata kepada AASB mereka kenalah bayar yuran pembangunan kepada kita (SSSB). Busuk-busuk pun seratus atau dua ratus juta ringgit.

Hebat. Penjana belum lagi dibina tapi seratus, dua ratus juta dah masuk poket. Kita relaks saja la. Biar TNB buat kerja.  Bukan kah TNB ni kaya dan ada kepakaran?

Kita nak susah hati apa? TNB dah tandatangan PPA untuk beli hasil kilang kita selama 21 tahun. Bulan-bulan berjuta-juta ringgit masuk. Empat puluh lima peratus milik kita. Bila kompeni bayar dividen kita dapat lagi.

Inilah skim cepat kaya Pak Man Telo yang kita mahu. Ada lesen, ada konsesi, ada PPA. Tak payah curi-curi. Kalau curi pun ikut undang-undang. Peduli apa kalau pengguna kena bayar tarif elektrik yang lebih tinggi atau kita ambil peluang orang lain berniaga.

Kita kaya. Kita berkuasa. Kita tongkat langit. Kita peduli apa.

Wallahuaklam.

12 comments:

Unknown said...

Sangat ironik kerana ini idea datang pada zaman TDM pertama

Hakimi Abdul Jabar said...

LESEN SURATKHABAR & STESEN TELEVISYEN & RADIO KENDALIAN PPBM/BERSATU & PAKATAN HARAPAN SEWAJARNYA DILULUSKAN SEGERA KERAJAAN PUSAT

Saya, Hakimi Abdul Jabar, baru usai berbual-bual dengan seorang anak muda yang kini merintis perubahan sebagai Exco Armada PPBM/Bersatu Negeri Johor & Ketua Armada Bahagian Parit Sulong, Daerah Batu Pahat.

Tanpa objek-objek yang dinyatakan dalam tajuk, bagaimana kita nak tau luahan & rintihan akar-umbi & masyarakat sekeliling yg merupakan penyokong kita secara tepat dan jitu?

Di manakah strategi dan pancaran objektif-objektif kita tanpa menggunakan media arus perdana kawalan kerajaan?

Descendant of Mahabali said...

"Lagi-lagilah kalau orang itu “blue blood”."

Tepat sekali dengan kenyataan ini. dari dulu sehingga sekarang mereka sesuka hati memperkudakan jentera kerajaan negeri untuk menyamun harta rakyat. ini bukan cakap cakap kosong tapi bersandarkan bukti.

kehakiman pun di bawah telunjuk penyamun ni.

mudah sungguh untuk hidup mewah atas kesusahan rakyat jelata.

malaysia dilanggar todak said...

Hang Munafik!

fauziasmara said...


Salam Datuk,

Politik juga merupakan skim cepat kaya. Sebab tu ramai sangat yang berlumba-lumba nak jadi wakil rakyat atau upline.

Siapa yang diatas akan lebih kaya kerana dapat berbagai bonus, peluang melancong serta melencong, yang dibawah atau downline makan komisyen.

Rakyat biasa hanya sebagai pengguna serta diguna atau mangsa.

Esa Adam said...

Salam Datuk,

Hang perli kat TDM ke? Bukan kah itu idea TDM masa dia jadi PM4.

Mawar princess said...

Tu projek selenggara jalan kat depan dataran merdeka dan sekitarnya. Dah elol elok pejalan kaki dibuat dipecahkan balik oleh tekui nan seluar londeh bertahun tahun kami pengguna kat Situ merana sbb tak habis habis construction. Tu termasukla tmpt laluan basikal merapu yg Dia buat tu

MRCB said...

Datok dulu sebahagian dari kumpulan Realmild yg melalui pegangan dlm MRCB dapat lesen IPP bawah sykt Malakoff Bhd kan? Wartawan tahukah berkenaan biznes tenaga dan IPP?

Mungkin dah tercuci dosa dengan artikel ini. Elok disedekah dan berikan balik keuntungan dari IPP tersebut. Takut tak sempat ...

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Sapa yg tak ndak jadi kaya TK oooi. Semua orang ndak ..bila dah kaya ndak jadi lebih kaya jadi senang. Bila dah kaya orang akan hormat kita ..mereka tak tanya dari mana datang kekayaan ini. Bila salam orang akan cium tangan kita.

Ndak jadi kaya ..kita dah ada beberapa contoh dan acuan ..ndak kaya macam cara Sultan ke ..cara Tun M ke ..cara Abam Nuar ke..cara Najib ..cara Dollah ..cara Mike Tyson ..cara Mael Kamus, Hassan Ali, Dato Haji Doctor Ustaz Fadillah ke ..kaya cara Datok AC Mizal pon boleh, kaya dgn jual gelang litrik?

Hari tu semasa kempen, Tun M tanya Zahid , dia meniaga apa hingga tetiba dalam poketnye ada RM230 juta ..orang lain biznis juga?

Apa pun saya terperanjat beruk, bila keluar berita yg aruah JJ ada RM2.1 billion ..hebat. Katakan dgn gaji JJ sebagai menteri ..berapa ribu tahun dia kena nabung untuk dapat 2.1 billion ..5 hingga 6 ribu tahun?. Dengar kata Puan Puti Reno kita pun menabong ..tak masuk akal banyak nye PUTI kita ni nabung. Aku pun menabong ..?

Aku tak faham bila masa negara kita ni kaya bila miskinnye ..atau bila kaya, siapa yang kaya? Contoh ujung tahun 70an ..saya "form six", tanpa isi apa-apa borang, ujung penggal tetiba saya terima RM440 ..itu nilai 40 thn dulu ..cuti sekolah tu berbelanja sakan saya. Tapi katanye masa tu Malaysia belum kaya lagi?

Bila saya di ITM ..saya dapat makan dan tempat tinggal "free" kerajaan bagi ..jika dewan makan tutup saya diberi RM8 utk makan diluar ..adoi terasa sangat saya ada kerajaan ..kerajaan yang jaga saya.. tapi katanye masa tu Malaysia belum kaya lagi?

Bayangkan daftar utk semester hanya RM10 je ..peralatan belajar pon dapat. Dan ..dan ..dan setiap semester saya ada kerja yang "school" saya JV dgn pihak luar ..dapat lah 6-7 ratus. Dan saya minta bapa saya tak usah kirim duit. Bila saya sambung Degree saya dapat biasiswa JPA dan pinjaman MARA tanpa bunga.. mewah ..

Masa tu kesamarataan rakyat Malaysia macam dah nampak. Kalau lah jiwa pemerintah kita selepas itu tak KACAU ..dah tentu dari segi kesamarataan, kita dah setanding Sweden atau Australia, negara yang dikatakan lebih Islamik dari sudut tata-kehidupan.

Apa yang berlaku selepas itu ..sistem pendidikan kita dah di dijadikan lubuk cari duit untuk cepat kaya. Sesiapa je boleh dapat degree jika bawa duit. Ada SRP boleh terus ambik degree. Semua orang nak degree ..macam dulu kita ada hariki yang artisan buat kursus kemahiran ..yg cepat tangkap buat kursus penyelidikan jadi kita isikan sektor pekerjaan dgn sijil dan kemahiran yg ada.

Tak macam sekarang kerje eksekutif dan pentadbiran orang kita, yg di bawah diisi oleh Bangla dan geng nye ..ambik orang Bangla ni pon boleh kaya cepat ..tak caya tanya Zahid.

Begitu juga dgn hal perbelanjaan pelajar ..disediakan pinjaman dengan bayaran balik berbunga ..senang kerja orang yg bagi pinjaman ..makan bunga daripada budak baru nak kenal dunia ..adui.

Macam tu lah keadaan dgn sistem sekolah kita. Bila ada je Menteri Pendidikan yang baru musti ada buku yang di tukar atau pinda ..kos tukar dan pinda ini, buruk2 makan 2 billion ..10% dah berapa .. kaya cepat yoep ..pendulik apa aku.

Yang paling kreatif Menteri Pendidikan nak kaya cepat ada lah Dato Seri Mappadulong kita ..isteri Puti Reno. Aku terlibat sebagai macai je dalam projek tu ..tapi duit yg diterima oleh geng Mappadulong ini masyaallah banyaknye dan dengan pertolongan Allah ia sangat mudah dan di permudahkan. Yang ini saya cerita lain kali.

Panjang sangat dah ni .. STOP.

Unknown said...

Agen sang penguasa yang ingin membalas dendam. Maka agenpun membantula mengadu domba. Kenapa masih menyalahkan sedangkan Sang Penguasa sudah menang bergaya. Wahai agen beritahulah kepada rakyat bagaiman untuk memajukan rakyat dan negara bukan hanya mencari bahan untuk mengutuk dan menyindir. Belum benar2 mereka dari kerajaan lama bersalah sedangkan Sang Penguasa yang baru memerintah sudah menggunung kesalahan kepada rakyat dan mengundah gulanakan hati rakyat memandang ekonomi negara yang tidak nampak meningkatnya. Wahai sang agen ditempat saya kelapa tidak laku untuk dijual tolongla pesan kepada sang penguasa jenguk2la orang kampung jangan selalu ke luar negara dapat janji sahaja tapi tak dapat perjanjian.wahai agen kalau mengikut tahap kepandaian dan pengalaman anda memang hebat. Tapi kehebatan anda bolehkah disebarluaskan untuk membantu orang yang memerlukan sekarang terutama dikampung2 carilah cara skim cepat kaya untuk membantu orang kampung.

myDesignWorld said...

Aslmkm, Datuk.

The following is a simple explanation of "skim cepat kaya" from my alma mater's group. Senang untuk org kampung faham. Wallahu'alam.

One day, a beggar went to the market to beg for money.

Some people gave him money, but most didn't.

He noted down all donors' contact addresses.

After a few hours, he drove a Mercedes Benz and went house to house (of the donors) returning their money.

The amount returned was 10 times what the donors gave. eg. RM10.00 for RM1.00, RM100.00 for RM10.00

The people at the market heard of this news and were stunned.

The next day, the beggar went to the market to beg again.

The market was full of people giving him money.

Almost all gave him big note with addresses written on the back of dollars notes.

In less than an hour, the beggar received RM88,000.00.

He left the market place then, and was never seen again...

This is what we call *Skim Cepat Kaya* 😁😃👍👍

Cahaya kebaikan said...

Ni cerita sorang mak cik yg ade anak OKu
Pegi klinik gigi
Oleh kerana anak tu oku
Doktor merawat panggil awal masuk dalam
Di dalam doktor bagitau mok cik nnti jab ya
Saya kena tunggu alat pergigian doktor sebelah tengah guna
Yg saya baru je rosak
Tunggu ganti dan repair tak tau la bila
Tak lama doktor sebelah bagi alat pergigian tu
Doktor yg merawat anak mok cik sempat menunjukkn alat tu sambil memberitahu
Ni kalau beli kat luar murah je
Tapi tak tahu la kerjaan beli sangat mahal
Mungkin kat dalam kerajaan memang tempat buat skim cepat kaya kot

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).