Wednesday, October 17, 2018

Utamakan Perkhidmatan Bukan Bintang Kebesaran


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Lima menteri terima bintang kebesaran Melaka
HAL yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan. Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung.

Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ini.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Pertama diwakili oleh seorang Tun yang menghantar pesanan WhatsApp (tolong, bukan wasap) menyatakan kejelikan melihat menteri setahun jagung (sebenarnya baru empat bulan lebih kurang) dianugerahkan bintang kehormatan (honorific title) negeri Melaka.

Kedua, seorang penggiat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga menghantar pesanan WhatsApp, menuduh langkah Parti Tindakan Demokratik (DAP) menolak bintang kehormatan sebagai “protes atas ketuanan raja-raja Melayu.”

Saya amat setuju dengan orang tua bergelar Tun itu. Gunakanlah alasan dan kayu ukur apa pun, tindakan lima menteri itu menerima bintang kehormatan negeri Melaka adalah tidak bijak.

Ia memberi gambaran bahawa tidak ada sebarang perbezaan di antara menteri Pakatan Harapan (PH) dengan para pembesar kerajaan Barisan Nasional yang gilakan pangkat, gelaran dan kekayaan.

Maaf cakaplah kalau saya katakan ramai dalam parti masing-masing belum jelas apakah jasa mereka sehingga melayakkan mereka menerima darjah kehormatan itu.

Namun begitu saya tidak menafikan ada sebahagian kecil mereka yang berjasa dan terbukti kerana lama berjuang dalam pembangkang.

Tetapi yang rakyat nilai sekarang adalah jasa dan prestasi mereka sebagai menteri Kabinet PH.

Rakyat jelata jengkel. Perbahasan dalam media sosial jelas menunjukkan majoriti rakyat jelata tidak bersetuju malah berasa loya dengan penganugerahan dan penerimaan bintang penghormatan tersebut.

Soalnya, apakah mereka ini diberikan bintang kerana pangkat mereka besar atau jasa mereka yang besar?

Adakah bintang kehormatan diberikan kerana pangkat dan kedudukan atau jasa bakti kepada masyarakat, negeri dan negara?

Kalau kerana pangkat mereka besar, siapakah yang memberikan mereka pangkat itu?

Adakah mereka mendapat restu orang atau pihak yang memberikan mereka pangkat yang besar itu sebelum bersetuju menerima bintang kehormatan tersebut?

Kalau kerana berjasa, apakah jasa mereka yang terserlah sejak menjadi menteri?

Sebaliknya, di warung kopi pasar tani Pendang, Kedah, semalam saya mendengar rungutan rakyat jelata tentang menteri, menteri besar dan timbalan menteri PH yang tidak nampak kelibat sejak menang pilihan raya.

Mereka juga bersungut mengenai banyak masalah harian yang belum diatasi.

Seorang daripada mereka bertanya, bolehkah menteri yang lahir dan membesar di bandar raya faham susah payah hidup rakyat jelata di kampung dan desa?

Menteri yang dimaksudkan itu berkata anugerah bintang Melaka yang diterimanya akan memberikannya semangat untuk lebih tekun berkhidmat kepada rakyat jelata.

Apakah undi dan mandat rakyat jelata belum memadai untuk memberikan beliau semangat?

Perlu Peka

Kalau pemimpin PH peka atau dalam lain bahasa, lebih baik daripada pemimpin BN, mereka perlulah sedar bahawa kita kini berada dalam persekitaran baru.

Kita sedang menyusun semula keutamaan dan tingkah laku politik kita. Gerak geri kita sedang diperhatikan oleh semua pihak.

Kita kena ingat bahawa ketika pilihan raya umum lalu, ada di kalangan anggota golongan feudal yang “berkempen” untuk mengekalkan BN dengan menghina PH, khususnya Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya setuju dengan pendirian DAP tidak menggalakkan pemimpinnya mengutamakan bintang kebesaran sebaliknya menumpukan perhatian kepada menunaikan amanah rakyat jelata.

Bagi saya, ini bukan soal “protes atas ketuanan Raja-raja Melayu” atau apa-apa, tetapi isu dasar. Sepatutnya semua parti PH mengutamakan khidmat kepada rakyat jelata dan membentuk persekitaran yang lebih sama rata (egalitarian) bukan memanjangkan amalan feudalisme, kelas dan kasta.

Lagipun bintang kehormatan semakin hari semakin tidak bermakna apabila diberikan seumpama “door gift” majlis kenduri kepada orang yang entah apa-apa latar belakangnya – termasuk ketua kongsi gelap, kaki pukul dan gedebe.

Melaka bukanlah sebuah negeri besar. Tapi dalam majlis penganugerahan kali ini, selain lima orang menteri, 414 yang lain turun terima bintang dan gelaran. Boleh baca DI SINI.

Saya harap, dalam Malaysia baru ini marilah kita muliakan balik institusi-institusi negara agar masing-masing berada di tempat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Ingatlah tidak seorang pun yang memijak bumi Malaysia dan menjunjung langitnya berada di atas Perlembagaan. Kita semua tertakluk kepada Perlembagaan.

Dan selagi kerajaan PH berkuasa – atas penentuan rakyat jelata - tolonglah utamakan perkhidmatan. Belum terlambat memperbetulkan kesilapan. Jadikan cerita bintang Melaka ini sebagai teladan dan sempadan.

Wallahua’lam.

24 comments:

Zack said...

Memang la tak nak pingat.. pasal matlamat utama geng PH-DAP ni nak sapu duit kerajaan.. pastu nk tutup lubang, salahkan kerajaan..

malaysia dilanggar todak said...

Saya sangat kesal dengan sikap ahli politik PH yang kemaruk gelaran ini.Sepatutnya,inilah peluang untuk kita membina sikap baharu dalam membangunkan negara.Bagi saya,tidak perlu pingat sama sekali,selagi belum ada apa-apa bakti atau pun buah fikiran hebat yang mampu memacu daya fikir rakyat.Sepatutnya,kerajaan PH membuat garis panduan berkenaan penganugerahan pingat,memansuhkan sama sekali amalan meletakkan nama ahli politik pada jalan,kampung,sekolah,institusi,dewan,dan sebagainya.Amalan-amalan ini lebih menjadi racun yang merosakkan minda bangsa.Kepuraan yang tiada kesudahan.Kenapa istana perlu beri pingat dalam jumlah yang sangat banyak kepada ahli politik?Apa masalah di sini?Bayangkan lah,....si badut yang digelar JAMAL JAMBAN boleh dianugerahkan pingat yang membawa gelaran Datuk Seri.Hari demi hari,me-layu semakin merosot teruk daya fikir mereka.Siapakah pemikir-pemikir hebat yang berfikir untuk pihak istana dan juga rakyat?Badut juga ke?

Pemerhati Setia said...

Dakj..

Saya merasakan anugerah dan pingat gelaran sekarang ni dah jadi semacam komoditi dagangan yang menjurus kepada mengkastakan rakyat melainkan jasa-jasa se penerimanya jelas. Dalam kes dirujuk, saudara saya sendiri salah seorang penerimanya. Saya geli nak panggil namanya dengan gelaran berkenaan. Saya kenal sangat beliau dan apa jasanya. Saya tertanya juga adakah saya disabitkan kesalahan undang-undang kalau abaikan sebutan gelarannya.. Jika ya, bagaimana pak imam yang bacakan talkin si mati tetapi tak menyebut gelaran si mati..?


ayahchik said...

Asslmualikum datuk.
Sangat setuju dgn komen datuk. Itulah yg saya dan rakan pejuang sebagai gurkha ppbm rasakan. Ramai menteri khususnya drpd ppbm sendiri tak perform seperti yg diharapkan, dikelilingi oleh para penasihat yg dipilih bukan atas dasar merit dan yg paling saya kesali ialah mereka seolah-olah tak cerdik utk belajar drpd kesilapan regim lalu dan tidak bijak utk mempersiapkan diri mengorak langkah memenuhi aspirasi malaysia baharu.tolonglah pak menteri dan ibu menteri, buktikan yg anda layak berada di situ !

rohana ariffin said...

Apa pula tiada jasanya sedekad lamanya mereka cuba untuk menjadi kerajaan baharu mereka telah bertungkus lumus membentangkan pelbagai isu yang boleh memenangkan mereka menjaja seluruh negara menjaja ke seluruh dunia. Parti komponen DAP telah bergabung lalu membentuk PH. Mereka telah berkorban untuk sama berjuang demi kemenangan dan akhir kini telah menang. Takkan tiada jasa mereka disitu. Mereka telah membentangkan manifesto yang dapat mengejutkan Malaysia waima Tun sendiri terkejut disebabkan manifesto hebat telah menyebabkan para pembesar ini menang. Adakah tuan mahu menafikan jasa yang telah mereka curahkan. Come on la tuan. Tak kan tak nampak lagi.

M. Piji said...

Salam dato.

Malaysiakini melaporkan artikel dato ini dgn mnyebut nama Tun Dr. Mahathir sedangkn di sini tidak disebut.

Harap maklum.

https://m.malaysiakini.com/news/447677

Shame on Tey Kok Kiew said...

Datuk,
looks like Tey kok Kiew has totally forgotten that he was elected in GE14 because of the rakyat and not due to any patronage from the rulers.
He stood under the DAP ticket. Did he and the other DAP member stand under their own power? Silly and absurd man. His statement demonstrates arrogance and disregard of the people who voted him in. He wants his cake and eat it too. He is now showing his true colors, and they totally shame him. Accept the reprimand from his party leaders, he knew he did wrong, why bluster his way through and involve the rulers.
He knew his party's stand on the issue from way back, so what was wrong in rejecting the award? No one could have faulted him, least of all the state head.

Melaka DAP has requested the party’s central leadership to inform the Yang di-Pertuan Agong and state rulers of its decision to prohibit elected representatives and councillors from accepting titles and awards while in active political service.

Its chairman, Tey Kok Kiew, said this was to prevent any controversy from arising in the near future.

“Once again, I am appealing to DAP’s central leadership to not only inform members of its stance (on awards and titles), but the Agong, sultans and governors,” the Bandar Hilir assemblyman said in a statement.

We have lost all respect for Tey and any other DAP members who go against party discipline and party leadership.

Raja Kumbang said...

Yang si Gabenor pun, apa yang tak menyempat-nyempat nak bagi pingat tu

Pakcik said...

Tolong tambah ubat utk zack ni. Takut melalut sampai tengah jalan

joy delight said...

Kalau YB yang berasal dari Melaka mungkin ok kut terima pingat dari YDP Melaka. Sebagai tanda tahniah kerana diberi mandat dan kepercayaan dari rakyat jelata

myDesignWorld said...

setuju sgt... refomasi bermula sejak 1998, Datuk. bukan sejak PPBM ditubuhkan. lebih dua dekad mereka berjuang untuk memerdekakan Malaysia dari kebobrokan UMNO/BN. bukan sikit pengorbanan mereka & ahli keluarga mereka.

RD. said...

"Lagipun bintang kehormatan semakin hari semakin tidak bermakna apabila diberikan seumpama 'door gift' majlis kenduri kepada orang yang entah apa-apa latar belakangnya – termasuk ketua kongsi gelap, kaki pukul dan gedebe."

Memang benar Dato AKJ.

Tak sampai 5 bulan, kita sudah boleh nampak Menteri mana didalam Kerajaan PH yang benar-benar mahu berkhidmat dan berjasa kepada pengundi yang mengangkat mereka sebagai Yang Berhormat.

Gelagat seolah-olah merebut 'harta-rampasan perang' masih berlarutan sehingga tergamak menyalah-gunakan proses democracy.
Nampaknya, prinsip yang dipegang oleh kapir-DAP lebih mulia dari mereka.

Elok kita ikut saranan Tan Sri Zam yang mahu gelaran YB... Yang Berhormat, ditukar kepada Yang Berkhidmat.

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Bab bintang anugerah, saya rasa Raja dan YDPN boleh dinasihati oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri untuk kurangkan anugerah. Namumbegitu, agak susah bagi orang Melayu kalau orang memberi kita menolak. Bak kata orang utara "malu alah".

Kenyataan Menteri mengenai pingat yang dia dapat tu saya nampak kelemahannya dari sudut yang lain. Iaitu kelemahan menguasai komunikasi media. Sudah terlalu banyak contoh menteri-menteri yang termasuk perangkap nakal media. Saya harap Datuk dapat bagi latihan yang berterusan kepada mereka dalam jawatan rasmi Datuk.

Masalah paling besar adalah situasi di Kedah. Saya pernah ajukan pertanyaan melalui media sosial kepada Menteri Besar kerana saya masih tidak nampak di mana perancangan dan hala tuju ekonomi Kedah. Mungkin Menteri menunggu dana daripada Belanjawan 2018 atau mungkin Menteri kena kurangkan aktiviti media sosial. Gunakan masa untuk berfikir.

Sawaludin Lamin said...

Salam dato, pd hemat saya smua jenis anugerah d hentikan serta merta. Yg sudah d beri pun d lucutkan. Hanya title tun saja d kekalkan untk ketua2 negara. Yg lain smua bila tamat hidmat d beri pingat PGB. Bukan pingat gagah berani tapi pingat ghafar baba. Semua org contohi dia.

Ikan Karin said...

Assalammualaikum DAKJ,

Saya dari dahulu kagum dan hormat dengan DAKJ dari dahulu, ulasan yang tidak berat sebelah, hakikat dan nyata kebenaran. Angugerah darjah kebersaran hanya boleh deberi atas pertimbangan sumbang pembangunan, sumbangan kepada masyarakat, tenaga, masa, idea dan lain-lain.

Masyarakat kelompok kecil terdahulu walaupun tiada darjah kebesaran, nama-nama mereka sentiasa diingati dan jasa mereka dikenang dan ianya disebut turun temurun oleh generasi yang belum lagi ada internet. Barangankali inilah yang dikatakan keberkatan budi dunia dan akhirat.

Di perkara yang lain saya merasakan DAKJ ada menyuarakan suara masyarakat amnya di Pendang selain dari isu nasional.Saya dengan rendah diri ini memohom DAKJ menyuarakan sekerap yang munkin keperluan mendesak kepada pihak berkenaan mempercepatkan Hospital Pendang. Saya juga yakin DAKJ ada meyuarakanya juga sebelum-sebelum ini.

Saya juga faham mereka-mereka yang berkenaan di Pendang ini masih baru dalam system yang telah dihadam oleh DAKJ. Sewajarnya mereka harus diberi ruang dan peluang untuk menabur bakti. Hanya yang iklas dah cekal akan dihormati oleh masyarakat, dan yang pasti ALLAH akan menaikan darjat hambanya tanpa diduga.

Sy juga sedia maklum MP Pendang dari PAS. Mudah-mudahkan ini bukanlah sebagai batu penghalang.

Saya sedikit sebanyak juga faham dengan kekangan kewangan, keutamaan saluran kewangan Negara.

Moga urusan Kerajaan Malaysia sekarang dipermudahkan.

Saya doakanDAKJ & keluarga sentisa sihat, dipermudahkan urusan dan diberkati oleh NYA.

Terima kasih

Salam Hormat

Ikan Karin - Pendang

Mawar Princess said...

Nak buat macamana. Sultan pun kemaruk duit. Bagi duit dapatlah jadi dato. Duit cukai rakyat yg kaum kerabat dapat tak cukup agaknya .tu pasal umu baru 25 dah kasi pangkat dato. Semua bole beli. Phd beli, dato beli, Lansung xde integriti. Such a low class punya country

Abu bakorrr said...

Ape yg "berkhidmat"??,

Da 5 bulan "0" prkhidmtan..

Mntdarah gaji buta..

BETKHIDMAT dlm "tab mandi" jerrr

Jojo said...

Datuk,

1. Sepatutnya sebagai meraikan Malaysia Baru, ahli2 politik kita tidak perlu kepada gelaran2 segera untuk dibanggakan. Sepatutnya mereka bangga hanya dengan gelaran wakil rakyat kerana mereka mewakili suara rakyat.

2. Agak peliklah juga apabila TYT, Sultan, Raja yang boleh beri anugerah gelaran tapi tidak "memilih" yang banyak berjasa tapi memilih untuk beri kepada sesiapa saja yang dirasakan sesuai.

3. Saya memang tak faham apabila Menteri Besar kurang bercakap dan banyak buat kerja serta kurang publisiti macam Mukhriz dituduh tak buat kerja. Tak payah kacaulah wakil rakyat yang tak ada masalah. Yang tak rosak tak perlu diperbaiki. Tapi saya fikir, Mukhriz perlukan pegawai publisiti untuk mewar-warkan semua aktiviti dan perancangan untuk negeri Kedah. Kalau tidak nanti dituduh tak buat kerja!

4. Kenapa tiba2 prihatin nak bina hospital bila projek jambatan bengkok hendak diteruskan ? Sebelum ini kenapa tak teringat nak bina hospital ? Bukankah negeri akan bertambah2 maju dan rakyat pun dapat rezeki dengan adanya projek ini ?

msh said...

Apa boleh buat selagi negara masih mengamal pemberian anugerah... pingat atau darjah kebesaran.....maka bagi sesetengah pegawai kerajaan...menteri dan individu....ini suatu yg besar dan penting.
Justeru itu bila berstatus 'Dato...Tan Sri' dsb....dia merasai diri dia hebat selain mdpt layanan istimewa spt dimajlis2 keramaian....'vip treatment' katakan.

Ini kes org2 yg kemaruk 'recognition'....mentaliti feudal....serupa saja dgn 'team penyamun' Bugis Umno.

Maaf berkata....Kerajaan PH sepatutnya menjadi lebih baik dari kerajaan dulu....dan bermula dgn sekurang2nya menolak semua anugerah2 atau darjah kebesaran begini.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Aku pon sedih ada lagi orang yg kemaruk tudung2 lemned buat pakai di dada...
Pada aku perangai ni kebudak budakkan (atau ‘infantile’) dan munkin ada unsog riya’,
samping pamiag berapa tak cerdiknya depa.
Baru ni aku pi pejabat TNB pasai keh sorang penyewa romah aku buat pintasan dlm mita letrik.
Kerani TNB tu denda aku, banyak jugak, lelah aku nak bayag sekali guih, dlm pada tu, letrik dah kena potong...
Aku pon merayu supaya dibenag bayag secara ansoran, aku hujjah memang aku patot tanggongjawab,
tapi TNB pon sepatotnya pasang la mita hak tak mudah diceroboh (dan teknologi sistem bacaan yg lebih selamat
memang dah ada lama dah) dan kalu bacaan pd mita jatoh mendadak
buatlah siasatan serta merta supaya benda ni tak bepanjangan, lagi pulak hasil TNB (‘revenue’) bebilion ringgit saban tahun,
bagilah aku bayag secara ansoran dan bukan sekali guih.
Teruih dia macam menyeringai, apa pulak nak salah kami (TNB), bentak dia, kami beniaga, tak payah soai kami
dapat juta2 ringgit.
Bila dia kata ‘kami beniaga’, aku pulak tekejut, dlm hati aku bantah - bila pulak TNB beniaga, TNB adalah gegasi monopoli.
Dan cangkupan dia (penguasaan) dlm pembekalan letrik Malaya hampiag mutlaq atau paham aku hampiag 100%.
Bila pulak TNB beniaga, TNB monopoli, akiagnya
tepancut jugak dari mulut aku ...
Tapi dari pewatakkan dia, aku ingat langsong dia tak paham.
Munkin macam tu jugak orang yg bagi tutup lemned dan orang yg nak pakai tutup lemned tu. Wallahua’lam.
Sebut2 pasai Pendang, hang pon aku ingat biaglah orang kenai hang sebagai Wan Tanah Merah (‘Juantanamera’)
atau Tok Wan Tok Biag saja. (Orang Cina cakap aaa, tak paya itu latuk2 maa, itu latuk pokok musak ala lulok,
olang bolo mau tankap itu lombo big small ada pangge maa...). Co hang tanya LGE...Betoi dak.
Jangan mareh haaa...
Aku.

el-Barokas said...

Ikutlah tauladan Ghaffar Baba dan Khir Johari.

rahman jpc said...

pada saya mereka yg baru setahun jagung memegang portfolio menteri/tim menteri (kerajaan persekutuan) memang tidak sesuai utk d anugerah gelaran kebesaran. (terutama nya drpd kerajaan negeri).

tapi apa nak buat kerana ia nya hak setiap negeri. yg menerima kurang bijak menerima n yg memberi pula mungkin tlh merendahkan nilai pemberian.

jika ia nya adalah utk memberi pengikhtirafan atas sumbangan kdp negeri n masyarakat selaku pemimpin, maka 5 bulan amat sengkat utk menilai.

saaperti jawatan2 proffesional, mereka d benar menggunakan gelaran IR atau DR setelah memenuhi kelayakan minima. ada juga yg membeli kelayakan. gelaran kebesaran sepatutnya d anugerah setlh penerima memenuhi syarat minima. jangan pula jadi mcm anugerah datu/dato drpd kesultanan sulu yg bolih d beli dgn hanya rm10k saja.

bagi mengasingkan gelaran federal dgn gelaran negeri, maka saya mengesyorkan tiada gelaran 'dato' atau 'datuk' d peringkat persekutuan (federal) n gelaran kebesaran negeri tidak d ikhtiraf n d sebut dlm semua upcara resmi persekutuan.

we shld put a stop 2 all these nonsense n if possible let d practice of seeking state honours be discouraged n be d thing of d past.

Hakimi Abdul Jabar said...


WHY NO POLICE & MACC REPORT ON THIS YET???
https://www.worldofbuzz.com/melaka-mp-najib-cheated-msians-pr1ma-wasted-rm8-billion-only-1-6-houses-built/

http://www.sprm.gov.my/index.php/en/operation/report-corruption

RC Pillay said...

Pendapat dan pandangan Sdr AKJ mmg tepat dan super logical. Rakyat jelata yang mengundi belum nampak apa apa hasil atau sebutir performance dari mana mana MP yang baru dilantik dan bertugas. Cuma telinga kita je yang lenguh mendengar tuduhan demi tuduhan tanpa henti. Perubahan ketara untuk rakyat yang bergelut dengan kos hidup tinggi,, menunggu di klinik kerajaan, harga barang barang runcit/keperluan harian, tol, minyak, perkhidmatan kerajaan, dan pelbagai lagi tak berubah pun kearah yg lebih baik. Tanpa usaha apa pun kenapa MP MP tak merasa malu sua kepala untuk pingat pingat atau darjah kebesaran. Yang rakyat jelata boleh pasti adalah,, sebelum PRU 15 nanti kerajaan PH akan penuh dengan mcm mcm tan sri, datuk seri, datuk n mcm mcm lagi walaupun perfomance quality rendah n buruk. Amalkan budaya yang sihat n jgn diberi apa apa darjah kebesaran sebelum terbukti sumbangan cemerlang yg berguna dan ketara.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).