Thursday, April 13, 2006

Implikasi Pembatalan Projek Jambatan

A Kadir Jasin

HUBUNGAN sensitif dan merumitkan antara Malaysia dan Singapura tiba di satu lagi persimpangan apabila Kabinet minggu ini menghentikan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Serentak itu, Kerajaan memutuskan untuk memberhentikan semua rundingan mengenai pembinaan jambatan itu dengan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, berkata:
“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.”

Ada beberapa aspek penting kepada keputusan mengejut Kabinet itu. Pertama, cadangan Malaysia menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan baru yang lebih memenuhi keperluan semasa lalu lintas bukan perkara baru. Rundingan mengenainya bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Kedua, tuntutan Singapura supaya Malaysia menjual pasir kepadanya dan membuka ruang udara kepada pesawat tentera udaranya sebagai prasyarat rundingan jambatan adalah perkara baru.

Ketiga, isu-isu lama seperti operasi Keretapi Tanah Melayu ke Singapura dan kesan pembinaan jambatan baru kepada paip air dari Johor ke Singapura.

Keempat, bantahan rakyat Malaysia terhadap tuntutan Singapura supaya Malaysia menyambung semula penjualan pasir dan membuka ruang udara kepada pesawat SAF turut dipengaruhi oleh kebimbangan bahawa wujud lobi daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia agar dua syarat itu dipersetujui kerana kepentingan perniagaan.



Kebimbangan Mengenai Lobi Pro-Singapura

MALAH hal inilah yang paling banyak diperkatakan di belakang tabir, termasuk di kalangan kepemimpinan politik, sehingga tercetus dakwaan bahawa ada pihak bercita-cita atau yang sudah diberi francais untuk melombong laut Malaysia bagi membekalkan pasir kepada Singapura.

Kebimbangan ini diperkuatkan, antara lain, oleh tanggapan wujudnya perhubungan yang intim antara beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan kalangan politik dan perniagaan Singapura.

Ini ditokok tambah dengan perisytiharan berulang kali oleh sesetengah pemimpin Malaysia yang diuar-uarkan oleh media massa arus perdana bahawa perhubungan dengan Singapura semakin rapat dan mesra pasca-era Mahathir.

Ini disusuli pula oleh penjualan aset-aset strategik Malaysia kepada pelabur-pelabur Singapura, khasnya syarikat milik Kerajaan Singapura seperti Temasik Holdings.

Kesan Sebenar Tuntutan Singapura

UNTUK mendalami dan memahami isu ini, kita berbalik kepada gesaan Menteri Luar Syed Hamid Albar tidak berapa lama dulu supaya Ahli Parlimen tidak terlalu ghairah membincangkan isu Malaysia-Singapura, apatah lagi jika mereka tidak mempunyai maklumat yang cukup.

Maklumat macam mana yang beliau maksudkan? Apakah maklumat bahawa Singapura mahu kita jual 50 juta meter padu pasir laut setahun selama 20 tahun kepadanya?

Atau maklumat bahawa dengan pasir sebanyak itu Singapura boleh menambak 315 kilometer persegi laut berhadapan dengan Johor bagi menambah keluasan buminya yang kini seluas 692.7 kilometer persegi.

Kalau kita lihat peta Singapura, kita akan sedar tentang betapa strategiknya kawasan laut yang boleh ditambak oleh Singapura, misalnya menyambungkan tanah besar Singapura dengan Pulau Ubin dan Pulau Tekong yang berhadapan dengan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pengerang.

Sumber:CIA-The World Fact

Memang betul alasan bahawa kita pernah menjual pasir laut kepada Singapura. Pasir kita digunakan untuk menambak laut untuk dijadikan tapak Lapangan Terbang Changi. Tapi kita telah lama memberhentikannya dan jumlahnya tidaklah besar.

Bayangkan kesan alam sekitar, khasnya ekologi laut, sungai dan pantai Johor serta implikasi ekonomi Koridor Selatan kita jika pasir sebanyak itu digali dan digunakan untuk menambak kawasan yang begitu luas di Singapura.

Ruang Udara dan Keselamatan Negara

MENGENAI ruang udara untuk kegunaan SAF, sama ada untuk latihan atau operasi, ia bukan sekadar soal kedaulatan. Tidak kurang pentingnya ialah soal keselamatan.

Ruang udara bukan isu politik dan diplomatik semata-mata. Bagi Malaysia ia membabitkan soal kedaulatan, keselamatan dan ketenteraan.

Hari ini kita tidak bermusuh dengan Singapura dan kita tidak mahu bermusuh dengannya atau dengan mana-mana negara. Tetapi kita kena ingat bahawa konflik sempadan adalah satu kemungkinan yang tidak boleh kita tolak bulat-bulat.

Kita tidak hairan kalau ada ahli perniagaan dan politik yang melobi agar kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura. Bagi orang sebegini, yang penting adalah wang dan keuntungan.

Kita tidak mahu bermusuh dengan Singapura. Kita mahu terus bersahabat dengan semua negara. Tetapi asas persahabatan dengan Singapura atau mana-mana negara juga tidak boleh dibina atas runtuhan maruah dan kedaulatan negara kita.

Apatah lagi jika ia atas desakan dan lobi oleh kalangan perniagaan, politik dan pihak-pihak lain yang berkepentingan sempit.

Tak Perlu Syarat Baru

SEBENARNYA Singapura tidak perlu mengemukakan syarat-syarat baru kalau ia benar-benar ikhlas untuk berunding. Kedua-dua buah negara mempunyai alasan yang kuat untuk tidak saling sabotaj mensabotaj.

Malaysia tentu tidak akan membiarkan Singapura kekeringan air jika Tambak Johor diganti. Di bawah perjanjian yang sedia ada, Malaysia memberikan lesen kepada Singapura untuk menggunakan Tambak Johor sebagai laluan paip air Public Utilities Board (PUB)nya.

Malaysia berhak meminta Singapura memindahkan laluan paip itu dengan memberikan notis enam bulan. Kos pengalihan ditanggung oleh Singapura. Jadi sama ada laluan paip itu menerusi Tambak Johor atau jalan lain bukanlah isu yang tidak boleh dirundingkan.

Di pihaknya, Singapura mempunyai “kuasa veto” ke atas operasi dan aset KTM. KTM wajib pada setiap masa menjalankan operasi kereta api di atas aset miliknya di Singapura. Jika ia gagal berbuat demikian dalam tempoh tertentu, Singapura berhak merampas semua asetnya termasuk tanah dan bangunan.

Justeru itu, jika Tambak Johor digantikan, satu laluan baru wajib disediakan untuk KTM supaya ia tidak melanggar syarat kegunaan asetnya di Singapura. Laluan baru kereta api ini boleh memasukkan elemen kereta api laju yang dicadangkan antara Singapura dan Malaysia.

Singapura Akan Guna Lobi Antarabangsa


SELAIN itu, Malaysia perlu bersedia menghadapi lobi antarabangsa Singapura yang sentiasa menggambarkan dirinya sebagai mangsa buli Malaysia.

Kita lihat bagaimana Singapura jarang dikecam atau dikritik oleh media massa Barat walaupun ia melakukan pelbagai helah untuk menyekat pembangkang daripada bertapak.

Daripada 84 Ahli Parlimen republik itu, hanya dua mewakili pembangkang. Itu pun pelbagai tekanan dikenakan ke atas mereka.

Baru-baru ini Kerajaan Singapura mengambil keputusan mengharamkan saluran Internet seperti podcast dan video streaming daripada digunakan untuk kempen pilihan raya.

Singapura tidak teragak-agak mengugut membawa kita ke hadapan Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut (ITLOS) jika kita merobohkan Tambak Johor.

Kesimpulannya, sama ada Singapura mengenakan syarat-syarat yang mustahil untuk kita penuhi atau ada kekurangan kepada strategi rundingan kita, hubungan dua-hala Malaysia-Singapura akan sedikit sebanyak terjejas.

Kedua-dua Kerajaan mungkin tidak mahu menunjukkan kekecewaan atau reaksi yang keterlaluan kerana tujuan politik, namun apa yang berlaku berupa satu lagi langkah “tit-for-tat” atau pulang paku buah keras antara kedua-dua negara.

21 comments:

Anonymous said...

keputusan ini telah memberi gambaran Pak Lah saorang Perdana Menteri yang lemah.kenapa dalam hal ini Pak Lah menyatakan ia perlu mendengar kehendak raayat pada hal dalam soal kenaikan harga minyak suara raayat tidak diambil kira langsons.

zhu m said...

thank you for the analysis. its really refreshing to read issues like this written free of sentiments and emotions.

Anonymous said...

Saya setuju.Kita memang lemah sekarang. Tersangat lemah.CPF, AIR, KTM semuanya masih belum selesai. IKUT aje cakap Singapura tu..BUKAN DGN BERI PASIR DAN RUANG UDARA JADIKAN KITA TIDAK BERDAULAT TETAPI DENGAN TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH AIR DSBNYA JUGA MENJADIKAN KITA TIDAK BERDAULAT.UNTUK MEMBUAT JAMBATAN DI TEMPAT KITA PUN TIDAK BOLEH..MENJADIKAN KITA LAGI TIDAK BERDAULAT....

Azwad said...

Alasan untuk membatalkan projek ni munasabah. Cuma jangan dilupakan bahawa salah satu tujuan pembinaan jambatan baru adalah atas faktor alam sekitar. Kualiti air laut di tambak Johor tercemar teruk kerana tidak dapat "dibersihkan' secara semulajadi melalui aliran laut. Tak silap saya, hanya satu lubang di bawah tambak Johor yang berfungsi. Air laut seolah-olah bertakung di dalam sinki yang tersumbat.

warrior2 said...

Saya sebenarnya hairan dengan statement yang dibuat oleh pemberi komen mengenai SUARA RAKYAT tidak diambil kira oleh kerajaan dalam kes harga minyak dan didalam konteks tajuk artikel ini.

To me, we must differentiate between a purely internal matter dengan international relation apatah lagi jika dalam isu jambatan ini ianya dikaitkan dengan permintaan bekalan pasir dan ruang udara oleh singapura.

These are two entirely different scenarios (bukan apple dengan apple) and therefore persoalan why kerajaan tak ambil kira suara dan sentimen rakyat tentang harga minyak berbangding dengan isu ini, tak releven langsung!

Anonymous said...

I have read somewhere which I could not recall. Kuan yew did say this to his israeli advisor: 'you have managed to tame the lion of the desert. please teach us how to tame the tiger of the forest'.I'm sure you understand the meaning very well.

Anonymous said...

I have read somewhere which I could not recall. Kuan yew did say this to his israeli advisor: 'you have managed to tame the lion of the desert. please teach us how to tame the tiger of the forest'.I'm sure you understand the meaning very well.

Anonymous said...

I am extremely dissapointed that our PM has decided to stop the Scenic Bridge project by giving reason that the rakyat was unhappy with the project. I would like to know how he came to this conclusion because as far as I recalled I was not asked for my opinion. So who was asked? Did the Pm hold a referendum while I was asleep or was an SMS poll held? This is a disturbing unilateral action because the rakyat's name was invoked when we were not consulted either to build or not to build the bridge.

If the PM had asked me, I would have told him to continue with the bridge. The bridge would have enabled shipping vessels to pass through the Tebrau Strait, thus bypassing Singapore. This would have given our 2 southern ports - Tg Pelepas and Pasir Gudang great opportunity to wrest trade away from Singapore. Therefore, the Scenic Bridge would have been a great strategic advantage to Malaysia and a great loss to Singapore. It would have been our gift to the betterment of our future Malaysian generation.

We had our chance and we squandered it.

Anonymous said...

Sampai suatu hari...bilamana didalam buku-buku sejarah akan terhikayat mengenai Pak lah dilanggar Todak dan rakyat menjadi batang pisangnya!

Anonymous said...

Pada pandangan saya, keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan indah adalah keputusan yang baik buat masa sekarang. rundingan demi rundingan yang dijalankan dengan Singapura-pura tidak akan membawa apa-apa kesan baik pada masa sekarang atau pun pada masa hadapan. satu-satunya harapan untuk mencapai kata sepakat dengan Singapura-pura adalah sekiranya berlaku revolusi politik di negara tersebut. Tetapi Singaporeans will always be singaporeans. They cant get rid of their KIASU attitude.

A KADIR JASIN said...

Elak Hasutan, Bahasa Kesat dan Fitnah

DARI semasa ke semasa saya terpaksa memohon maaf kepada peserta weblog ini kerana tidak dapat menyiarkan ulasan mereka atas beberapa sebab.

Pertama, masih ada peserta yang menggunakan bahasa kesat atau lucah. Kedua, membuat tuduhan dan dakwaan yang berunsur hasutan (sedition) dan fitnah (libel). Dan ketiga, menggesa agar seseorang atau sesuatu pihak digulingkan.

Weblog ini bertujuan membincangkan isu-isu yang dianggap penting kepada Malaysia, warganegara dan penduduknya. Kita perlu sentiasa menghormati sensitiviti kaum dan agama.

Seelok-eloknya kita tidak menggunakan ruangan ini sebagai saluran politik untuk menggesa agar seseorang atau sesuatu pihak diguling atau dijatuhkan.

Selamat berbincang. Terima Kasih.

Anonymous said...

this is really a sad episode for malaysia...for the last three years, we were thought how to think reverse...whatever is said publicly. we should think the opposite will happen...

somebody who has been in a cabinet for so long...in fact once was a foreign minister..who is the part and parcel of the discussion, planning etc suddenly cancel the bridge project due to law complications....

what has happened ?

i am confused

Anonymous said...

what is happening. first there is the petrol price increase, now the bridge to nowhere. pse tell me what is happening.

beedee06 said...

Saya setuju dengan saranan Datuk. Kita sepatutnya menyokong kepimpinan. Tetapi apakan daya kami hanya rakyat biasa. Kemana nak kami suarakan kehampaan kami. Akhbar? Aduan awam? Baik cakap dengan dinding Datuk..

Belum sampai 3 tahun memerintah berbagai-bagai keperitan yang ditanggung. Lepas satu, satu. Tidak pernah ada yang menggembirakan dan asyik membebankan kami.Tetapi alasan yang diberikan amat menjengkelkan. Bila pula rakyat dirujuk.

Hampanya kami dengan tindakan2 yang menggambarkan ketidakbolehan memimpin. Dahulu harapan kami menggunung. Akhirnya kita dapat Pemimpin yang akan mengubah keadaan sosial kita yang makin bertambah buruk.Ketelusan, memerangi rasuah dsb. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Hanya mengarahkan dan bercakap. Tiada political will yang benar2 inginkan perubahan. Apakan daya kami Datuk...

Anonymous said...

Decision to stop the scenic bridge to me is fair.We don't know what actually the demand from Singapore except for the reasons that was publish in newspaper,BUT my argument is why Government launched the project before finalizing the details of negotiations with s'pore.Its waste of people many ( tax payer money) just to pay compensation to the contractor..Do eveluate properly before execute.

Anonymous said...

Pepatah Melayu ada mengatakan :

"Kalau takut dengan masalah, lari dari masalah"! Banglah is true blue Melayu!

Anonymous said...

Tak silap saya baru beberapa bulan yg lepas semua politikus beria-ria nak bina jambatan walaupun tanpa persetujuan cingapore. tapi sekarang kita yg tarik diri dan beralah.

saya setuju dengan projek pembinaan jambatan itu dan saya hairan kenapa kerajaan tidak bantah usul singapura yg cuba mengaitkan kelulusan pembinaan jambatan itu dengan isu pengunaan ruang udara dan eksport pasir. apakah perbincangan hal-hal lain dengan cingapore dimasa akan datang mungkin terdapat unsur2 lain yg irrelevant perlu di ambil kira.

--
another anonymous reader.

Anonymous said...

That latest decision by the PM is like the final nail in the coffin for me in as far as trusting the present leadership is concerned. I have tried many a times to at least understand the reasonings of his many unintelligent decisions before this, but this one really takes the cake. The main reason this time around, that he was only bowing to the peoples' sentime, is not only just unacceptable, but has directly undermined our intelligence. How I wish the local mainstream media, the Cabinet members, the MPs and the Aduns can discuss the pros and cons of this decision without fear or favour.

Bergen said...

Encik Kadir Jasin,

Something seemingly weak, foolish, or wrong today, could turn out to be strong, brilliant and right tomorrow.

Only time will tell. But someone has got to make a decision. It so happened that Pak Lah has got to be the one. And he made that call.

There's nothing we can do about it. We can argue until the cows come home for dinner and go out again to graze.

Even if could turn out to be a wrong decision, there is nothing right or wrong about it. World leaders have made all kinds of mistakes i.e sending youngsters to war. That's the way it is. As long as we are faceless citizens, all we can do is blog about it.

Keep writing, sir. Before I discovered your blog I could only dream of writing you something that you might or might not read. With this blogging thing I can more or less hope that you'd read this comment.

I agree with Kak Teh (Wan Zaharah / BBC / London) I trust you know her: Technology is great when it works.

Have a nice day, sir.

Bergen said...

Encik Kadir Jasin,

Something seemingly weak, foolish, or wrong today, could turn out to be strong, brilliant and right tomorrow.

Only time will tell. But someone has got to make a decision. It so happened that Pak Lah has got to be the one. And he made that call.

There's nothing we can do about it. We can argue until the cows come home for dinner and go out again to graze.

Even if could turn out to be a wrong decision, there is nothing right or wrong about it. World leaders have made all kinds of mistakes i.e sending youngsters to war. That's the way it is. As long as we are faceless citizens, all we can do is blog about it.

Keep writing, sir. Before I discovered your blog I could only dream of writing you something that you might or might not read. With this blogging thing I can more or less hope that you'd read this comment.

I agree with Kak Teh (Wan Zaharah / BBC / London) I trust you know her: Technology is great when it works.

Have a nice day, sir.

choyot said...

Inilah akibatny apabila negara ditadbir oleh penasihat-penasihat IQ 'ZERO'. Saya sememangnya dari dulu tidak bersetuju atas pembinaan Jambatan Baru. Tetapi yagn lebih mengecewakan alasan bodoh yg diberikan 'Kerajaan' keatas pembatalan pembinaan tersebut. Rakyat dipermain-mainkan seperti orang yg. beributahun tinggal didalam Gua. Semenjak Bila kerajaan perhatin atas kenaikan harag BARANG? Harga MINYAK?Bila di kritik Kerajaan melenting, nampak kita akan kembali ke ERA Lama, Kalau dulu Pemimpin pandai berbelanja tapi pandai cari sumber pendapatan. Tapi sekarang pemimpin berbelanja Rakyat yang kena bayar..

When the time come I know Waht I supposed to do.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).