Wednesday, August 23, 2006

Bukan Semua Blogger Penembak Curi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sendiri atau nama samaran yang sesuai. Saya dapati pelayaran menggunakan Internet Explorer dan Mozilla Firefox kadang kala tersangkut (hang). Sila tekan butang “refresh” dari semasa ke semasa untuk “up-date” halaman.]

PENGENDALI laman blog ibarat penembak curi dan laman web ibarat “wild wild West”. Demikian dakwa Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, di Dewan Negara semalam.

Katanya: “Kalau dulu kita ada wild wild West, tetapi kini kita ada wild wild Web. Kalau mereka ini gentleman dan bertanggungjawab, tampil ke hadapan dan berhujah secara bersemuka,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

Mengambil maklum hujahnya, saya, sebagai orang yang lebih tua daripada Datuk Shaziman, dengan ini menjemput beliau berbahas dengan kita di dalam blog ini -- blog yang bernama dan tidak tembak curi.

Sebagai orang muda dan Timbalan Menteri di Kementerian yang bertanggungjawab terus terhadap teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), saya sangat-sangat berharap beliau tidak hanya bercakap mengenai aspek-aspek negatif ICT tanpa mengakui dan memanfaatkan aspek-aspek positifnya.

Saya rasa orang muda seperti Shaziman wajib menjadi penggerak kepada peralihan minda dan tidak terperangkap di dalam penjara politik yang sempit sehingga takutkan bayang-bayang.

Lagipun, tidak semua pengendali blog dan para pembahas adalah penembak curi dan bukan semua laman di ruang siber umpama “wild wild Web”.

Saya, sebagai blogger tua yang menggunakan nama sendiri, mengalu-alukan pemimpin muda seperti Shaziman yang saya yakin celik IT menyertai perbahasan kita agar suara Umno dan Kerajaan tidak terpinggir di dalam dunia siber.

Setelah berjaya menguasai, mengawal dan mengatur agenda media massa arus perdana, saya yakin Umno dan Kerajaan akan menjadi lebih gah jika pemimpin generasi IT seperti Shaziman menyusup masuk ke dalam dunia Internet.

Adalah sangat merugikan bagi Umno dan Kerajaan jika, setelah berjaya mempelopori agenda dan program ICT yang mantap seperti Koridor Raya Multimedia, Cyberjaya dan pendidikan IT yang meluas, tiba-tiba menjadi mangsa kerana gagal menggunakan saluran komunikasi moden ini.

29 comments:

Anonymous said...

cabaran kayu, inilah yg boleh saya katakan. kalau berani, beritahu, bila, dimana nak berdebat. jgn sekadar cakap kosong. saya harap, kalau datuk ada contact no dia, saya berharap datuk boleh hubungi beliau dan kita ajak dia berdebat. kemudian kita tgk siapa akan jadi abu.

kalau setakat nak bg cabaran tapi takda apa2 tindakan lanjut, itu seperti bersembang di kedai kopi saja. atau org kata, "sembang je lebih"

kalau tak nak, kita boleh anjurkan sendiri. panggil dia dtg berhujah dan berdebat dgn forumers dan bloggers...
soalnya, adakah jika cabaran itu dibalas, beliau akan dtg sendiri berdebat atau akan menjadi bacul dengan menghantar org2 bawahan dia sahaja dan memberikan alasan bahawa dia sibuk.

saya sudah masak dgn cabaran2 kosong ini.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat Encik Kadir. Daripada membazir masa disalah-ertikan semasa berhujah dengan para wartawan berkaliber media offline, lebih baik buat blog sendiri dan kongsikan apa yang difikirkan, betul tak?
Saya dah lama sebenarnya mengikuti perkembangan blog blog tempatan. Byk yg tidak puas hati dengan tindakan pihak kerajaan yg seolah-olah cuba menidakkan kebebasan bersuara dari rakyat jelata.
kami hanya mengemukakan pandangan. Dan saya harap komen saya ni dianggap sebagai sebuah komen yg membina..
Jika ada yg tersinggung, saya terlebih dahulu ingin memohon maaf.
Tak sengaja.

A KADIR JASIN said...

Sdr Ahm, I take note of your views, but I am not posting your comment. You may have some very strong feelings about our PM. That's your right.

But I do not think we should address our PM as mere "you". We can disagree, but let's be respecful.

As for akupening, I think Datuk Shaziman's address and contact number can be found at his Ministry's website.

Anonymous said...

Akupening, berikut alamat dan konteks Datuk Shaziman yang saya perolehi daripada laman web Parlimen Malaysia:

Nama
Shaziman bin Abu Mansor, Y.B. Datuk
Jawatan dalam Kabinet
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
Parti
BN - UMNO
Kawasan
Tampin
No. Telefon
03-88836012
No. Fax
03-88893775
Alamat Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi,
Aras 6, Blok E4/5, Parcel E,
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya.

Terima Kasih

Fayzi said...

Assalamualikum Dato’,

Before questioning the negativity of wild-wild web, we should ask the question – what happen to the wild-wild west?

The last quarter of the nineteenth century saw the rapid development of the west, mainly the American and it’s because of the technology. And it’s called the electricity.

The electricity leads to the Industrial Revolution that reshapes the world. The American was fast to become the leader of the revolution. People, with or without proper education were busy experimenting with mechanical and machineries hoping to take advantage of the emerging revolution by improving the manufacturing performance. Many have achieved success and failure in their efforts. Nevertheless, once the wild-wild west had become the most superpower country in the world today.

Many skeptics believe the internet will not lead to other revolution – so called the information ages. But for others, the internet had made significant impact on them. Every countries and cultures are fast to adapt to this new lifestyle – not only they afraid to be left behind if they resist but also internet did make things easier as what electricity had done for us.

Is wild-wild web a bad thing? Or just a glimpse of negativity that banish with progression. I personally think the wild-wild west as a bad apples emerging from the coming era. I understand the frustration of Datuk Shaziman. People are attacking the government but are holding their identity back. Not like before, when people protest, everybody know their face.

I like to take this one methodology about Superman. The methodology not only great it’s unique. A staple of superhero methodology is superhero and their alter ego. Take Spiderman for example, when he wakes up in the morning his Peter Paker. But, when Superman wake up in the morning his Superman. The cloth he wears is the blanket wrapped to him when he is a baby. His custom are the neck tie, the suit and the glasses he wear as Clark Kent. Superman is not a wannabe hero because he is born a hero.

I used to be a wannabe hero in the internet, championing Islam when I myself pray alone in my house ignoring the Prophet advice for us to pray “berjamaah”. I wear the mask of hero when I am not one. Take a look at Spidermen 2, how miserable he is, self image conflict emerge when you want to be what you are not. Anger, blaming other people, concentrating one life with circle of concern not the circle of influence are all the symptoms. I once take a peek at the commenter of your blog who critique the govt and write handsomely about Islam and when I surf to his blog is about porn. Is this not contradicted? Many of us fell in this trap of wannabe hero. If we are like Superman of born superhero, with the strength, clear mission, attached goal, principle and values the more we can share in good way in the internet.

My last post said about “internet ID”, which is not a control impose by government but a voluntary action by bloggers who prefer accountability in their writings. Maybe by doing this we can promote the hero. Lastly, I’m grateful that you decide to moderate the comments, rather than post them all. It’s quite annoyed to read disturbing comments. And I’m sure that Datuk Shaziman is not aiming at you blog, because it’s been moderate successfully.

Thank you,

A KADIR JASIN said...

Terima kasih Sdr Datuk Shaziman kerana menalifon saya sebentar tadi. Saya tidak pasti kalau beliau telah membaca "entry" saya hari ini. Saya tidak pula bertanya.

Tetapi seorang teman bekas wartawan NST, Sdr Ashraf Abdullah, yang juga kawan Shaziman dan yang memberikan nombor telefon saya kepada Timbalan Menteri itu memberitahu bahawa beliau membaca blog. Eloklah seandainya begitu.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Shaziman kerana mempelawa saya makan nasi daun pisang. Nasi daun pisang tiada masalah, tetapi saya ingin juga bercakap dengan pemimpin muda seperti beliau mengenai masa lalu, masa kini dan masa mendatang.

Terima Kasih.

Berita dari gunung said...

Dato, dan bloggers yang lain.

Sekadar mengulas tentang kebebasan. Cerita Kastam dan kereta lelong berterusan tak sudah-sudah. Isu ini di parlimen sudah berubah menjadi personal vendetta. Dalam parlimen ada satu rupa kebebasan yang sukar dimengertikan. Kadangkala saya rasa kebebasan seperti itu, walaupun dengan mandat, meninggalkan kesan calar dalam pelbagai sudut.

Ada masanya kebebasan dalam keselesaan perlembagaan, di tangan yang tertentu, tidak membawa apa-apa kebaikan. Anak-anak kita pun menonton sama-sama dalam prime-time news!!

Twinkle said...

Dato,

Baguslah kalau Datuk Shaziman ada contact dengan Dato. Selama saya membaca blog Dato ni, belum ada lagi menteri-menteri yang cakap besar di TV memberi buah pendapat di blog Dato.

Saya kira, kalau Datuk Shaziman boleh memberi buah pendapatnya di blog Dato, saya kira baguslah. At least, takde la cakap saja.

Terfikir saya, kenapa Datuk Nazri ke, Datuk Najib ke, Khairy ke or even PM sendiri bertandang dan memberi buah pendapat mereka di blog ni? Takkan nak baca print out jer kot?

Saya di kampung kecil di Sarawak ni sibuk menyuruh mereka yang ada internet di rumah bertandang ke blog Dato untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Baca surat khabar pun, rasa macam berat sebelah.

Mana tahu pilihanraya nanti, ada perubahan. Masih ada masa lagi untuk kami sebagai pengundi ini mengetahui perkara sebenar.

Anonymous said...

Datuk, dlm posting terakinr datuk, datuk ada menyatakan yg shaziman ada menghubingi datuk. jadi apakah yg dibincangkan oleh beliau? kami juga ingin mengetahui apa yg beliau bualkan.

berita terbaru yg saya baca mengatakan yg TDM tidak akan menolak jika beliau dicalonkan/diberi peluang utk menjadi perwakilan dlm GA akan dtg.

disini saya berasa begitu sangsi dgn niat TDM ini. apa yg saya sangsi? saya sangsi, niat TDM ini akan digagalkan oleh pihak2 yang dari mula2 lagi ingin TDM dijauhkan dr GA akan dtg. kerana mereka ini takut dgn kedatangan TDM, kemungkinan akan menggegarkan dewan PWTC nanti.

jadi saya pasti yg "operasi gagal" akan dilaksanakan secepat mungkin demi menggagalkan rancangan TDM naik keatas pentas pwerwakilan nanti. siapakah yg akan bersuara dahulu, kita hanya perlu tunggu 2-3 hari sahaja lagi. pasti ada yang akan menjadi hero dan cuba memberikan kenyataan yg difikirkan boleh menggagalkan TDM dr hadir ker GA nanti.

tetapi yg saya tahu, jika TDM dihalang, maka makin ramai yg sebelum ini di atas pagar, akan jatuh ke sebelah TDM. ini pasti merupakan situasi yg cukup sukar utk ditangani. umpama di telan mati mak, di luah mati bapak. jika dibiarkan atau dihalang, kedua-duanya akan menggugat kedudukan mereka.

saya pasti, TDM akan menghadapi dgn apa sahaja cara demi negara yg beliau bina selama 22 thn ini. walau apa yg berlaku, saya berdoa kepada ALLAH swt supaya dikuatkan semangat TDM dan dijauhkan segala kesukaran supaya beliau dpt berjuang demi negara malaysia ini. sebak rasanya bila difikirkan mengenai TDM yg dipandang sebagai iblis dan org tua nyanyuk. sampai hati mereka memperklakukan sebegitu kepada wira negara yg cukup berjasa kepada negara ini. saya dibesarkan di zaman TDM. TDM telah mengubah Malaysia menjadi negara yg dikenali dunia. tapi, dinegara sendiri, org2 sendiri mengutuk dan ingin menjatuhkan beliau hanya kerana nama dan pangkat.

walau apapun yg terjadi, kita hanya tunggu dan lihat apakah drama yg akan dimainkan oleh mereka ini demi utk menggagalkan TDM dari naik ke pentas GA.

Berita dari gunung said...

Dato, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ulasan TUN baru-baru ini yang dipaparkan di media cetak, menyebut tentang pemimpin yang ada masanya juga adalah pengikut. Situasi begini adalah natural, dan mengingatkan kita mengenai keterbatasan ilmu, kepakaran, pengetahuan, dan juga kemampuan menganalisa. Riwayat yang disampaikan dulu-dulu tentang nabi, menyerahkan semula isu tut pokok (kawin pokok)pada sahabat-sahabat kerana mereka lebih pakar dan lebih maklum tentang isu itu.

Keterbatasan menyebabkan perlunya menerima pandangan-pandangan orang lain. Tuntutlah ilmu walau ke China, adalah ingatan untuk terus belajar. Hal sebegini dalam konteks pengurusan strategic meminta kita merujuk daripada sumber-sumber pakar yang boleh dipercayai.

Kalau dilihat kerap merujuk, kita juga disalahertikan sebagai tidak pandai. Tapi jika kita melepaskan terus kepada orang lain, tidak semestinya kita boleh selamat dengan hanya mengatakan kita adalah pengamal konsep "empowerment".

Saya juga ingin menambah; pemimpin dan pengikut ada kesamaan dengan pendidik dan penuntut. Selepas kita semua melalui proses pendidikan formal suatu masa dulu, walaupun sedikit, kita sedar juga bahawa pendidikan diikat dengan etika-etika tertentu. Hasrat terselindung ialah proses pendidikan sentiasa berbentuk "passing the baton" ; yakni membenarkan peralihan berlaku pada generasi-generasi selanjutnya.

Pada isu-isu yang kritikal, peranan pemimpin dan pengikut tidak boleh ditukar-tukar.

Saya cuma berkongsi pandangan dengan dato, tuan-tuan dan puan-puan dalam keterbatasan masa.

Budakboy said...

Friends,

I am very sure YB Shaziman was not referring to this blog. If this blog, in spite of the tight scrutiny of comments by the onwer, is deemed undesirable and "wild" then we know that this administration does not tolerate dissent no matter how justified.

Since following this blog, I have come to consider you, the regular "commentators", as my friends. This is my Mamak stall under the "pokok ceri".

I celebrated my 50th birthday last Friday and I know feii umar is not much older than my eldest son and Dato' AKJ is older than me. There could be 1 or 2 captains of industry, many wage-earners, a couple or maybe more titled persons, academicians, in fact a cross-section of Malaysians of all races who are regulars to this blog.

Here we are able to put forward our views with tack and consideration for the sentivities of others irrespective of who or what we are. This is the beauty of cyber communities that is almost impossible to replicate in the real world.

Thrashy and provocative blogs will always be there but the powers that be should not paint all blogs with the same stroke.

Anonymous said...

sokong sngt ngan encik.. dato shazaiman haya pandai ckp sajer...

Anonymous said...

Hari ini sewaktu makan tengahari seorang teman memberitahu saya tentang kenyataan Pak Lah yang menyatakan bahwa beliau menjadi Perdana Menteri dengan niat nak bekerja untuk negara, bangsa dan agama. Saya yang dah lama berhenti berlanggan suratkhabar kerajaan ni terpaksa lah beli kerana tak mahu diputarbelitkan dengan cakap-cakap sehaja. Dalam sebuah suratkhabar Melayu saya membaca kenyataan niat Pak Lah itu. Hati saya puas kerana secara tidak langsung Pak Lah telah menjawab pertanyaan saya dalam blog ini beberapa ketika yang lalu, apakah tujuan Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Tapi tiba-tiba saya menjadi cuak, bimbang sekali kalau-kalau kenyataan itu hanyalah koleksi retorik Pak Lah untuk rakyat.

Memang saya sinis, bukan kerana tidak mahu Pak Lah jadi Perdana Mmenteri tetapi saya mahu Pak Lah jadi Perdana Menteri yang memimpin.

A KADIR JASIN said...

Truth, terima kasih atas tawaran membantu saya mendapatkan pas pemerhati VIP untuk PAT Umno November ini.

Saya dah banyak tahun mohon dan dapat pas Akhbar/Press saja. Sudah memadai. Duduk di bilik pemberita pun dah cukup baik.

Dulu-dulu adalah juga bersentuh bahu dengan OBB (orang besar-besar) di ruang khas di belakang Dewan Merdeka. Tapi dah banyak tahun tak pergi ke situ. Malu campur malas.

Mengenai Tun Dr Mahathir menawarkan diri bertanding untuk menjadi salah seorang daripada tujuh perwakilan G7 bagi Bahagian Kubang Pasu ke PAT di Kuala Lumpur, saya ingin melihatnya sebagai satu lagi bukti dan manifestasi ketulenan Dr Mahathir sebagai seorang pejuang.

Disekat atau tidak. Dikhianati atau tidak. Menang atau tidak. Boleh bercakap atau tidak, semua itu, bagi saya, hanyalah kemungkinan. Ia sebenarnya tidak penting.

Yang sahih dan yang penting ialah Dr Mahathir yang mula menjadi card carrying member sebuah pertubuhan politik iaitu Saberkas (Sayang Akan Bangsa Ertinya Rela Korban Apa Saja) pada usia 16 tahun tidak akan berhenti berjuang demi apa yang dipercayainya.

Sama ada kita memuji, mengutuk, menyayangi atau membenci beliau, kita semua boleh belajar daripada kecekalan, komitmen dan keyakinan diri beliau.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita iaitu yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Dato',

Kepada orang-orang yang berjumpa Tun di Masjid di Jitra semalam kepada merekalah kita berharap akan memberikan peluang kepada seorang pejuang bagi menembak tepat tanpa curi-curi.

Anonymous said...

Dato'
Perbetulkan jika saya salah. Bila Dato' menerajui NSTP dahulu, dato' adalah salah seorang "pemerang" website reformasi.

Kini Dato' di sebelah sini. Bagaimana rasanya. Mungkin Dato' berhutang maaf dengan webmasters reformasi?

Salamz

Anonymous said...

Dato AKJ dan Hanturaya,

Laman dan blog reformasi beremosi tak bertempat. Depa berjuang hanya atas satu individu tertentu. Kalau perhati betul-betul sumpah seranah, maki hamun, caci maki dihambur tanpa berlapik. Kadang-kadang tu tak sanggup membacanya. Inikan pula nak menceduk idea-idea yang bernas, bijak dan waras. Hujah yang dihambur kadang-kadang tidak logik dan mengundang lawak.

Pelayar akan masuk lah sehari dua lepas tu depa akan jadi muak. Jadi kalau Dato AKJ menjadi salah seorang yang memerangi laman-laman reformasi saya berpendapat Dato AKJ tak perlu ada rasa 'berhutang' pun dengan depa tu semua.

Anonymous said...

Apa nak susah pasal orang condemn bloggers, Dato´. Surat khabar yang dah established pun orang dok condemn juga. Sebetuinya, depa bukan condemn surat khbar tapi condemn pengarang-pengarang half past six yang ada kat surat khabar. Bila saya baca orang kuat surat khabar tulis pasal TDM, rasanya TDM pun naik malu. Agaknya TDM terus loya. Entah apa bendalah budak ni tulis. Apa yang nak ditulisnya pun tak tau hujung pangkal. Kalau nak hentam TDM, hentam betul-betul lah, bagi arguement yang solid-molid, baru TDM naik semangat. Bukan, kalau hang punya point tu teruk, hang bukan nak tolong PakLah tapi nak melemahkan lagi PakLah. Orang dok kata, tengoklah orang yang yang tulis sokong PakLah semuanya jenis half past six. Lain kali hang tulis elok-elok sikit...nooo.

SR215 said...

Pemimpin-pemimpin muda sepatutnya celik IT. Kenyataan beliau menunjukkan yang beliau lah sebenarnya penembak curi.

Tembak tak tentu pasal tanpa mengambil kira blogger-blogger secara keseluruhannya.

Bukan semua blogger itu bersifat Wild Wild Web.

Anonymous said...

Dato, dan saudara saudari.

Sharir, Nazri telah memberi pandangan, tentang kewajaran TUN sebagai perwakilan.

Saya rasa kurang selesa meneka kesan showdown dalam General Assembly nanti. Minda akan berkecamuk bila isu patriotisme, harga diri, integriti, dan hutang-hutang budi dipalu sekuat-kuatnya.

Dalam kekalutan itu nanti, sekadar meneka, di tangan siapakah Taming Sari........................

A KADIR JASIN said...

Saudara Hanturaya, memang Saudara betul. Jadi tidak perlu saya perbetulkan. Memang benar kesimpulan Saudara bahawa ketika menerajui (Jabatan Pengarang) NSTP dahulu “datuk adalah salah seorang "pemerang" website reformasi.”

Saya tidak bersembunyi atau berdolak-dalik. Apabila saya meletakkan jawatan daripada NSTP pada tahun 2000, saya menulis di dalam kolum saya “Other Thots” di mana saya mengambil tanggungjawab terhadap segala tindakan dan keputusan saya ketika menjadi Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.

Ironinya ialah peletakan jawatan saya itu, sedikit sebanyak ada sangkut pautnya dengan perkembangan tahun 1998. Ceritanya panjang dan rumit. Mungkin pada suatu masa nanti ia boleh diceritakan.

“Kini Dato' di sebelah sini. Bagaimana rasanya. Mungkin Dato' berhutang maaf dengan webmasters reformasi?” tambah Hanturaya.

Di sebelah mana saya berada, tidaklah fundamental. Ia sekadar ketetapan masa dan ruang, dan persepsi. Yang lebih pokok ialah di sebelah mana pun saya “berada”, khalayak tahu siapa saya dan apa pendirian saya. Saya tidak bersembunyi malah Saudara tahu di kedai kopi mana boleh berjumpa saya.

Sepanjang mengenai saya kini menggunakan ruang siber sebagai perantara, saya rasa tiada apa yang harus memeranjatkan. Seboleh mungkin, saya cuba bergerak seiringan dengan perkembangan teknologi. Dalam konteks sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Mengenai komen Saudara bojeng_go, memang benar ruang siber memberikan kita banyak pilihan. Keanjalan inilah yang membuatkan cyberspace mudah digunakan tetapi susah dikawal. Maka di sini jugalah terletak cabaran utamanya, iaitu bagaimana tidak menyalahgunakannya. Oleh sebab itulah sejak awal lagi saya memilih untuk menggunakan identiti saya yang sebenar, walaupun saya sedar bahawa saya lebih bebas “menembak curi” jika tidak mendedahkan identiti saya.

Mengenai sama ada seseorang itu memilih untuk “menghoskan” lamannya di Malaysia atau di luar negara, saya rasa itu adalah hak individu. Ruang siber memberikan kita fleksibiliti itu. Lebih banyak laman web dan blog akan dihoskan di Malaysia jika wujud jaminan dan keyakinan bahawa operasi laman web dan blog tidak akan diganggu oleh sesiapa. Ini juga berupa ujian dan cabaran kepada pemerintah kita di dalam menguatkuasakan jaminan-jaminan yang terkandung di dalam undang-undang multimedia.

Atau seperti yang Saudara Penarik Beca katakan apa salahnya jika ada blogger yang menggunakan nama samaran dan menembak curi. Itu adalah pilihan masing-masing dan masing-masinglah memikul tanggungjawab. Tetapi mungkin ada perbezaan di antara penembak curi (snipper) dan sharpshooter.

Mengenai persoalan yang dikemukakan oleh Beritadarigunung berkenaan siapa di antara Shahrir Samad dan Nazri Aziz yang akan memakai (Keris) Taming Sari untuk memerangi Dr Mahathir pada Persidangan Agung Umno akan datang, pengetahuan saya yang cetek mengenai legenda dan mitos Melayu mengatakan bahawa bukan alang kepalang Pahlawan yang layak menghunus keris keramat itu. Kalau sekadar pendekar jalanan tak jadilah kot.

Kepada Saudara Zamos67, terima kasih atas jemputan saudara kepada saya untuk datang “mengai” di Langkawi. La ni mengai pun tak syiok, ikan dah tak banyak. Melainkanlah Zamos67 tau di mana tukun atau kapai karam.

Buat Saudara, Saudari yang lain, terima kasih atas buah fikiran, kritikan, tunjuk ajar dan pengiktirafan Saudara, Saudari semua.

Terima Kasih.

A Voice said...

Assalamualaikum YBhg Dato

As someone in the early 40s, Dato Shahziman should be familiar with the Internet, its use and misuse, and its application.

Certainly he is aware of the Internet as a two and interactive communication instruments that makes anyone view accessible. For a politician, why is it that he is not using this medium of communication, knowing politicians are clamouring for media coverage.

I follow the blogs of DAP MPs like Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teresa Kok, etc. Very few BN politicians, and Malay politicians, from both side of the divide, used teh Internet effectively.

The few are perhaps Dato Seri Anwar, and Dato Shahrir Samad. Unfortunately, both blogs seemed to be a self-indulging and self glorifying effort than actually communicating.

Perhaps, Dato Shahziman should as a young upcoming politician that is expected to be Internet savvy and in charge of this medium start to use this medium and set an example to other BN and Malay politicians, instead of the typical patronising blame politics.

me said...

Wajarkah menyerang keperibadian bloggers tanpa menyerang hujah-hujah mereka terlebih dahulu?

Ataupun tidak boleh/ tidak mampu menyerang hujah-hujah jadi mengharapkan "low blow" ke atas bloggers dapat menjayakan "distraction" daripada isi-isi yang dikemukakan para bloggers.

cheers

Anonymous said...

hmm.. Bukan-bukan.. bukan semua blogger penembak curi.. sy syor dato shaziman cek dalam kamus atau dalam internet nih makner blog/weblog. sy arap agar dato shaziman dan sesiape lg yang menuduh kami penembak curi.. mohon maaf secara terbuka dalam akhbar tanpa sebarang diskriminasi.. nak tanya sikit, dato kadir ader terlibat dgn duania kewartawanan lgi ker?

Azer Mantessa said...

ajk,

i second bloggers jua :-)

btw, the way i see it, some politicians luv doing this 'cowboy politics' where they 'shoot' without shame asking for some chocolates :-)

Anonymous said...

Kalau gratitude adalah salah satu etika yang selalu kita terapkan pada anak-anak, saya ingin meneroka sejauh mana pemimpin negara melihat nilai murni ini.

Gratitude = the state of being grateful, thankfulness.

Dalam krisis sekarang, ujian tentang nilai murni ini tidak terletak pada sesiapa melainkan PM sahaja. Yang lain-lain rasanya tidak perlu cakap dan buat apa-apa pun.

Dan pada saya, ujian ini bukannya kecil, malah ia bersifat sejagat dan mampu meruntun jiwa. Luluskah PM dalam ujian Gratitude ini?

ahm said...

dato' akj,
i thank you for noticing my sincere feeling over the present situation in our beloved country. and my sincere sorry over my missused of kata nama "you" ini my previous writing. i wish if that notes goes to the pm or his people it might bring the same impact.

dato' akj,
itu lah sebenar-benarnya gambaran perasaan dan keresahan yang setidak-tidaknya saya dan segelintir kami,(walaupun tak layak untuk mewakili massa) alami dan takuti. suasana harmoni yang dahulunya kita kecapi kini mula terhakis dek kedegilan dan ego sebilangan besar kepemimpinan tertinggi hinggalah ke rank yang terbawah. sincerely, please tell me dato' who is in the cabinet members is capable to lead the country the way it suppose to be; the seniors: sdr muhyiddin, sdr hamid, sdr nazri, sdri rafidah the juniors; sdr hishamuddin, sdr shaziman, sdr khalid jauh sekali sdri azalina. bukankah ini menakutkan, and it is not like running an enterprise company, its the nation at stake.

go around and ask any small business operators about the present economic scenario, first reaction would be spontanious head shakes... the rest is keluh kesah yang tak berkesudahan...
i have personally feel the pintch (you probably also feel it), business semakin merudum, ada projekpun hanya golongan tertentu saja yang ada storng cable dan di arus perdana dapat. pemimpin pula tak habis-habis bertelagah, tuduh menuduh, kutuk mengutuk and what is our pm and cabinet members doing about it.... kita semua keciwa apabila dahan yang sepatutnya jadi tempat berpaut sebenarnya rapuh and even capable to hurt you.

dato'akj,
i'm anak deb, and i'm proud to be one. if we were delivered to the world just to be killed, do not bring us to the world in the first place, at least we wont feel the pain. kalau setakat untuk dijadikan experiment lebih baik tak wujud deb, biarlah kami struggle from scratch, kalau kami berjayapun atas dasar usaha kami sendiri, daripada berusuah payah ditekan dan dicerca apabila gagal dikatakan tak tau dek untung, kalau berjaya dikatakan usaha para pemimpin. ada dasar yang bagus pun tak guna kalau pelaksananya tak bagus

this is the fact, pm pun tahu semua orang pun tahu, tapi berapa ramai yang ambil berat...., siapa yang nak dengar cerita sedih ini, tak de nilai komersil, baik publish cerita kisah riang ria, siti kahwin, mawi break off rather than highlighting kisah anak deb yang tercungap-cungap dan hampir pupus ini. apabila ada ynag dikritik keras semua melenting nak jadi pembela, tapi bila anak deb kandas yang salahnya anak deb dikatakan tak tahu ambil peluang dan kerajaan tak boleh buat apa-apa sebab itu salah mereka terlalu manja dan asyik harap subsidi saja. mana dia hero yang nak bantu. tak ada pun pemimpin yang nak jadi jaguh membantu mereka sebab tak glamor dan orang tengah susah mana mampu bagi imbuhan.

kepada para pemimpin hentikanlah sandiwara anda semua, tengoklah anak bangsa kita, selesakah mereka, berjayakah mereka, atau makankah mereka di bumi mereka sendiri yang anda sendiri pimpini.

dato' akj
this notes tak publish pun tak apa, at least you bacapun dah kira good enough... may the almighty bless all of us

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Saya amat tertarik serta sangat bersetuju dengan rencana ETONG DAN EKEAU POLITIK MODEN Datuk itu. Dewasa ini media arus perdana negara seringkali mengutamakan penyiaran berita berita lucu,dangkal ilmu, tiada kualiti seolah olah media arus perdana turut mahu menggambarkan kepada rakyat jelata bahawa sebilangan pemimpin negara sebenarnya muflis idea,dangkal ilmu dan tidak memiliki kehebatan pemikiran yang diharapkan rakyat.

Gagasan ide seorang pemimpin bertaraf Menteri Besar untuk menjadikan jawatan jawatan tertentu dan tertinggi dalam hirarki pentadbiran negara sebagai JAWATAN SEUMUR HIDUP dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia memberi gambaran jelas akan sikap sebilangan pemimpin bahawa terdapat kemungkinan atau kecenderungan mereka menggangap rakyat negara ini TIDAK MENGETAHUI APA APA, lantaran itu pemimpin seperti ini tidak malu untuk berkata apa sahaja hatta bertentangan dengan amalan sistem politik negara sekalipun kerana rakyat jelata mungkin telah dianggap TIDAK TAHU APA APA.

Saranan saranan lucu, jenaka, tiada kewarasan dan kadang kadang bertentangan dengan Perlembagaan Negara dengan sendiri memperlihat kedangkalan ilmu orang yang telah dipilih sebagai pemimpin walaupun memiliki bergulung gulung ijazah dan ini sedikit sebanyak membenarkan kewajaran label HALF PAST SIX yang tidak digemari itu.

Kegemaran media melaporkan ungkapan ucapan sebilangan pemimpin besar negara dalam menyamakan seseorang dengan sifat sifat tertentu yang bukan menjadi amalan mulai masyarakat Melayu/Islam negara kita seperti menyamakan seseorang dengan sifat beruk atau iblis bukan merupakan amalan media yang baik kearah membina masyarakat/negara hadhari. Apa lagi jika ungkapan ungkapan seperti itu lahir dari hati nurani malah lebih buruk lagi dilafaz pula oleh mereka yang dipilih oleh rakyat untuk mempimpin. Malanglah bagi sebuah bangsa yang mimpikan sebuah peradaban mulia apabila pemimpin dan media arus perdananya gagal melihat perkembangan ini sebagai petanda runtuhnya moral dan nilai murni bangsa.

Sebagai rakyat biasa, saya menaruh harapan agar orang orang seperti Datuk AKJ dapat menyedarkan pemimpin dan media arus perdana agar lebih bertanggung jawab serta jangan cakap tak serupa bikin.


Perkembangan serta kecenderungan media arus perdana memilih berita berita popular atau sensasi lebih dari tujuan untuk melapor atau memberitahu tanpa memberi sepenuh perhatian kepada nilai dan kualiti sesuatu berita sebenarnya membawa kesan kepada penguncupan minda rakyat melalui media. Saya tidak fikir kerajaan pilihan rakyat hari ini merestui media media arus perdana negara menyiarkan berita berita atau artikel artikel yang boleh menjurus kepada penguncupan minda rakyatnya.

Anonymous said...

YBhg Dato AK, pencinta2 dan pembenci2 TDM.,

Mari kita susur galur sejarah roda2 politik TDM era pasca merdeka dan sekarang saya yakin kita tidak akan menyalahkan TDM dalam kemelutnya dengan PM.

Kalau dulu bila tersebar sahaja surat TDM kepada YAMTAR saya bukan saja marah tapi menuding TDM kurang cerdik (..dulu kurang ajar) kerana cara YABTAR (TPM TUN RAZAK)lebih bijaksana penuh kesopanan melayu

Namun menyedari isunya lebih penting saya setuju dengan apa yang meresahkan TDM ketika itu..lambat..tak apa. Kita tentu maklum memang YAMTAR terlalu terbuka mendahului zaman di mana ketika itu lepas merdeka orang2 Melayu yang terpinga2 di hulu2 kampung memerlukan lebih dakapan dan ciuman dari beliau tapi..tak apa... Dan TDM lah dengan mesej jelas " Malay Dilemma " tampil tanpa keris. Sehingga TDM di gelar si ULTRA dan terbuang kerana nak mendukung anak bangsa hingga kalau boleh ke langit.

Namun itu tidak sepedih di tinggal oleh hampir2 separuh rakan2 kabinet gara2 mahu mempercepat agenda bangsa..di gelar kuku besi sehingga parti yang di dukung mati..dihukum mati. Mana dia 11 pendekar buta visi sekarang? Di mana Khalid Nordin,Nazri,DetMB ketika itu?

TDM tidak peduli lagi apa penghinaan dari bekas2 sahabat yang telah lari ke kapal bernakhoda baru, kerana mantan adalah pejuang bukan penembak yang menembak peluru kapur.

Jadi TDM kembali resah bergelora bila nakhoda baru memslowkan kapal, memendikkan perjalanan konon minyak dah habis nak jimat minyak. Ini yang generasi KJ tak faham. Suasana balik macam zaman YAMTAR..saya yakin ramai yang memahami. Tidak perlu kita menghina semata kerana approach yang berbeda...semuanya kerana ugama bangsa dan negara. Nafikan ini.

Saya sayangkan YABPM tapi saya lebih sayangkan anak cucu bangsa yang akan mewarisi perjuangan..sayang mantan sudah berumur lanjut masih lagi mahu mengorbankan kemuliaan yang sudah sepatutnya beliau kecapi saat ini. Mantan adalah lagenda (walaupun kawan barunya pernah memanggilnya MAHAFIRAUN ).

Fikir2kanlah bersama adakah kita masih hipokrit terhadap diri kita sendiri..

Wassalam

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).