Thursday, October 12, 2006

Pertemuan Abdullah-Mahathir Harus Terbuka

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa. Pilih antara Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang mana satu lebih pantas dan “reliable”.]

AKHBAR bahasa Inggeris The Star melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, sebagai membayangkan kemungkinan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diadakan segera.

Ia memetik Radzi yang juga Setiausaha Agung Umno sebagai berkata bahawa pertemuan itu akhirnya akan berlaku.

Yang menarik, menurut The Star adalah hakikat bahawa Radzi mengeluarkan kenyataan itu secara sukarela tanpa ditanya oleh wartawan di sidang akhbar bulanan di kementerian pada 10 Oktober.

Kata Radzi, “sesuatu yang baik” akan berlaku pada bulan Ramadan ini dan beliau sentiasa mendoakannya.

Menjawab soalan pemberita, beliau berkata: “Sesuatu yang baiklah. Siapa tahu. Mungkin mereka telah berubah hati.”

Kalau benar kenyataan Radzi itu, baguslah. Siapa tahu sesuatu yang baik akan terbit daripada pertemuan itu.

Tetapi lebih elok jika pertemuan itu turut melibatkan beberapa orang lain agar tidak berlaku syak wasangka dan tuduh menuduh kemudian hari.

Lagipun, apa yang berlaku di antara Abdullah dan Dr Mahathir bukan soal peribadi dan pastinya bukan rahsia lagi. Umum bukan sahaja sudah tahu punca perselisihan mereka malah turut terbabit dengannya.

Justeru itu, mereka berhak mengetahui dengan sejelas mungkin apa yang berlaku dalam pertemuan itu. Ini akan dapat dipenuhi hanya jika pertemuan itu dicatatkan dan dilaporkan secara sahih dan rasmi.

Kegagalan merakam, melaporkan dan menghebahkan hasil pertemuan itu tentunya tidak selaras dengan mantera semasa iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan.

Lagipun, kalau seorang asing seperti Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, boleh mendedahkan kandungan suratnya kepada Abdullah, tentulah tidak ada alasan mengapa hasil pertemuan di antara Abdullah dan Dr Mahathir hendak dirahsiakan.

Jadi bagi mengelakkan interpretasi dan pemahaman yang berbeza, amat wajarlah pertemuan itu dihadiri oleh " saksi-saksi " yang berwibawa dan yang tidak memihak.

21 comments:

Ayah said...

Bagusla kalau nak berjumpa tu, no precondition... Tengokle bila melayu ni berkelahi... kuan yew mengata, ASLI pon mengata... orang Melayu takda sesapa ... korang orang melayu jugak ler...

Anonymous said...

Syabas Datuk. Seruan supaya Pertemuan Mahathir- Abdullah Harus Terbuka adalah seruan ikhlas ke arah kebaikan ummah. Berpegang kepada kepada mantera semasa " KETELUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN dan KETERBUKAAN " adalah sandaran yang wajar.Umum melihat kalimah indah mantera ini tidak lebih dari satu gimik pemimpin untuk menyenangi hati rakyat. Sebahagian besar rakyat kini masih belum dapat mengimbau kesungguhan pemimpin dalam menterjemah mantera ini.

Pertemuan Mahathir - Abdullah tidak harus didahului dengan pra syarat oleh kedua dua pihak tetapi tentunya rakyat mengharapkan,semestinya rakyat memerlukan satu jawapan kepada punca permasalahan serta penyelesaian kepada isu isu berbangkit.

Suara Mahathir tidak sewajarnya diperlakukan sebagai suara " PENGKRITIK SUMBANG " yang kini jelas berjaya ditonjolkan seolah olah Mahathir adalah seorang " OPPONENT TO THE GOVERNMENT OF THE DAY" dan " A VOICE THAT HAS TO BE ELIMINATED "

Pemimpin masa kini harus lebih berani menterjemahkan mantera ciptaan sendiri, TELUS, TERBUKA,KEBERTANGGUNGJAWABAN dengan penjelasan isu isu secara berhemah,berwawasan berasaskan kepada fakta serta penghujahan yang konkrit dan membuka minda rakyat. Tidak dapat dinafikan cara dan gaya beberapa orang pemimpin tertentu membalas kritikan Mahathir lebih menyerlah kedaifan dari kebijaksanaan,jauh sekali kewibawaan yang meyakinkan bahawa mereka mampu untuk membawa negara menghadapi cabaran masa depan yang bengit.

Sebahagian rakyat mimpikan pemimpin memilih kaedah BERHADAPAN DENGAN ISU untuk tangani ISU dari kaedah BIASKAN ISU atau NYAHKAN ISU.

Laungan kegemaran "MANDAT TERBESAR PILIHANRAYA" bukan justifikasi terbaik dalam menangani isu isu yang dilontarkan oleh oleh Mahathir.

Harapan rakyat marhain dan orang orang kampong, pemimpin semasa sewajarnya mengorak langkah me ngundang Mahathir menyelesaikan perbezaan.Kata rakyat marhain,bidalan orang kampong " ULAR MENYUSUR AKAR TAK KAN HILANG BISANYA ".

Anonymous said...

"...dengan islam dari pagi sampai malam hari,.."

Wonder what Mufti Murtad meant by that.

A KADIR JASIN said...

Sdr Feii Umar, para pembahas dan pelawat dihormati,

Terima kasih atas maklum balas dan teguran. Memang ada masalah sikit dengan posting rencana terbaru.

Maklumlah saya ni mula menulis menggunakan mesin taip manual jenama Royal, Olympia dan Olivetti.

Kadang-kadang tersangkut dan tersekat bila memanjat tangga teknologi.

Inipun kira sudah cukup hebat boleh kendalikan blog sendiri.

Sudah minta tolong seorang kawan yang lebih pakar dalam hal IT membantu.

Terima kasih.

shar101 said...

Let us hope that this event will materialise for the good of all decent citizens.

As much as such an event should be witnessed by persons of high integrity, it is equally important that there should credible reporting by the mainstream media. Not all of us will have direct access to the proceedings and therefore, will depend on 'factual' news reports.

Perhaps, datuk, you can be our eyes and ears for fellow netizens.

Razlan said...

Allhamdullilah, kalau Pemimpin kita tu nak jumpa, tapi tak payah laa orang lain nak sibuk-sibuk tahu perkara dibincagkan dalam perjumpaan itu.

Memang ramai orang nak tahu hal dalaman UMNO, tapi, biarlah kita cuba secara aman, jumpa tanpa ada saksi, jumpa macam ayah jumpa anak, adik jumpa abang, atau mertua jumpa mertua.

Borak-borak, dan perbaiki la apa yang tersirat lagi tersurat.

Jika selepas itu masih ada lagi ada desas-desus, barula kita buat secara FORMAL.

Ini cadangan dan pendapat saya, secara jujur dan ingin melihat penyelesaian di buat secara harmoni.

sekian salammm

Anonymous said...

Bak kata YM Tengku Razaleigh did alam the EDGE... 'ANdai Mahathir Tak MAhu JUmpa DOlah, apalah salahnya DOlah yang pergi jumpa Mahathir '

APa yang dikhuatiri, Hasil pertemuannya nanti memberikan hasil jawapan ' Saya telah mendengar penjelasan dan ketidakpuasan hati TUn, Tapi apapun saya adalah PErdana Menteri dan keputusan saya adalah hasil perbincangan kabinet....TIndakan dan keputusan kabinet adalahg mengikut situasi dan keadaan semasa'

.....moga dijauhkan oleh Allah dr PM bercakap sebegitu rupa lagi....InsyaAllah, berkat Ramadhan yang mulia....

Anonymous said...

Dato'

Supposedly, AAB would have done this long time ago, discussed lots of issues before making any decisive decisions (and eventually found it out as an idiotic rescue to the enemy) and not to wait until Ramadan for such a fruitful appointment. However, I have no objection to this and anticipated that it will strengthen AAB position for the next general election if both were to reconcile soon. Since there are outsiders' that eyeing for psychological war and gets into our nerves perpetually; I believe this meeting would be profitable to the Malay unity specifically and to the others generally.

Nonetheless, I am not driven to the current leadership anymore. Sticks and stones may break my bones but voting for the unwise will even likely hurting me more for now. I'd rather stay home watching discovery channel while eating my snack than to vote and swallow any of AAB bitter pills anymore.

In addition, I look forward for these two heads to come along as 'better than one' after the meeting, and change the current political climate into better atmospheres.

Thanks.

Anonymous said...

Mengulas pendapat MuftiMurtad,
"Pokoknya bangsa Melayu dan bangsa Malaysia menang". Minta maaf,saya kenal bangsa Melayu, tapi tak kenal bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia kenal! Rakyat Malaysia ada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah JENIS Kebangsaan. Apa maksud JENIS tu??? So, Bangsa Malaysia takkan wujud! Hanya Melayu dok sebut-sebut Bangsa Malaysia!

"dengan islam dari pagi sampai malam hari". Apa maksud MuftiMurtad? Islam bukan sahaja dari pagi sampai malam tetapi setiap saat!!! Apa Islam tu bermusim ke?

"dengan banyak bini dan isteri". Berapa ramai Melayu banyak bini dan isteri? Pun begitu, poligami dihalalkan dalam Islam. Tuan MuftiMurtad tak bercadang pasang 2 ke?

Anonymous said...

Dato and friends.

It would probably be wise for any leader to have strong linkages with the major forces of a nation; the financial institutions, arm forces, the police, judicial entity, economic players, NGO’s, and religious groups. There would probably be other important linkages or networkings . Good rapport will ensure smooth reign.

We may want to go even further and mention about linkages that has international bearings.

While a leader may want to gain good rapport in such networkings, he may also want to create new networkings. Then all out effort could be exerted to form new financial institution in your favor with your very own people in as an example.

But there would be tremors and ripples if he opts for this. He has to face it, or die with it, unless he is smart, farsighted and has prepared solid fool proof strategies.

I like to see the present crisis through this perspective, but I sorely miss the good warm ups and tactics. Therefore an assessment has to be made in a real gentleman manner, before air tuak (nira kelapa)changes to the real air tuak and become very sour!

Thanks, and may God bless all of us.

Anonymous said...

Sebaik Baiknya....pertemuan ini adalah disaksikan oleh wakil pilihan kedua dua mereka....Tetapi perbincangan adalah 4 mata sahaja....Yg memerhati hanya mendengar dan tidak boleh memberi respon secara terus....

SIkap tolak ansur Pak Lah amatlah diperlukan..... Seorang yg mengetuai negara selama 22 tahun, menjadi TPM selama 5 Tahun.... pastinya pendapat dan kegusarannya ada logika

Anonymous said...

Sdra Datuk,

Dalam dunia ni ada bermacam jenis pertemuan. Ada yg dibuat secara terbuka, dan ada yg dibuat secara senyap. Pertemuan antara Tun M dan sesiapapun rakyat Msia hari ini dibuat dgn terbuka tetapi ada juga yg memilih untuk bertemu dgn beliau secara senyap. Mungkin mereka tak mahu pertemuan ini diketahui oleh Boss mereka di Putrajaya atau di PWTC. Malah, ada juga desas desus yg mengatakan pertemuan mereka dgn mantan PM Tun M disusul pula dengan pertemuan sama senyap, iaitu antara mereka dgn pihak Special Branch. Yang ini, hanya kedua pihak yang tahu.

Perbalahan antara Pak Lah dgn Tun M bukan lagi satu rahsia. Malah umum mengetahui bahawa mereka jarang benar bersalamam apabila berjemaah di masjid yang sama pada hari Jumaat. Entah mengapa terjadi begini!

Keadaan begini menyebabkan ramai orang bersikap sinis apabila ada ura2 mengatakan mereka akan bersua muka, berjabat tangan, bertanya khabar dan berbaik2 di Ramadhan yang mulia ini. Dato Radzi tidak pula menyatakan bahawa perkara baik yg dimaksudkan itu ialah pertemuan antara Pak Lah dgn Tun M. Bekas orang kanan Semangat 46 itu seolah-oleh mahu 'test water' atau memancing pendapat orang awam atau ahli parti dalam hal ini. Biasalah - orang politik memang kerap 'test water' sebelum membuat pengumuman muktamad.

Dalam hal ini, Tun M tidak pernah menyekat sesiapapun dari mengunjung beliau. Saya difahamkan, Tun akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya pada hari kedua dan kita boleh lihat siapa antara pemimpin Umno dan BN yang berani hadir. Saya guna perkataan 'berani' kerana saya tahu bahawa bukan ramai ahli jemaah menteri hari ini yg berani menunjukkan hormat atau sayabg mereka terhadap Tun M secara terbuka. Ada yang berpendapat mereka menjauhkan diri dari Tun M bukan kerana bencikan beliau tetapi tidak mahu hilang kedudukan dalam kerajaan atau parti.

Nah! Sekarang timbul ura2 Tun M dan Pak Lah akan bertemu. Kalau setakat bertemu dan bertegur sapa, di majlis berbuka puasa pun boleh. Yang kita mahu ialah mereka bersemuka dalam erti yang sebenarnya. Bukan bersemuka seperti yg dibuat oleh Pengerusi Bernama Annuar Zaini dgn Pak Lah dalam wawancara tv beberapa minggu lalu yang lebih merosakkan imej Pak Lah dari membina!

Ada juga orang Umno yang berpendapat bahawa ura2 pertemuan ini sengaja dibuat oleh Radzi semata2 untuk menyejukkan hati pengikut Tun M. Semua orang tahu bahawa ibu pejabat Umno sedang pening kepala bagaimana mahu mahu mengatur kehadiran Tun M di majlis itu. Pada sambutan ulangtahun Umno di Istana Besar Johor, Tun M diletakkan jauh dari khemah utama kerana ibu pejabat Umno tidak mahu beliau mendapat lebih perhatian dari Pak Lah dan barisan kanan parti. Tun M hanya dibawa ke barisan hadapan setelay kebawah duli Sultan Johor menitahkan Tun M bergambar sama dengan Baginda dan ahli MKT yang hadir.

jika pertemuan ini benar2 berlaku baguslah. Tapi kalau tak jadi, saya tak terkejut.

Anonymous said...

Setuju dengan langit biru.

Takde apa yang salah dengan Islam. Yang salah ialah penganutnya, sekiranya dia tidak mengamalkan Islam yang betul dan secara keseluruhan.

Bak kata Dave Chapelle "I don't normally talk about my religion publicly because I don't want people to associate me and my flaws with this beautiful thing." (http://www.time.com/time/arts/article/0,8599,1061415,00.html)

Anonymous said...

Apabila perkara ini berbangkit-saya teringat mengenai kisah Kak Rafidah kita, disaran berkali-kali jumpa dengan Dr. Mahathir-tapi sampai la ni tak pernah mengadakan pertemuan dengan Dr. M.

Apabila Kak Rafidah peluk Dr. M semasa kedua-duanya berada di Putrajaya untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-48 tahun lepas, pelbagai cerita bahawa Kak Rafidah minta maaf sehinggakan Dr. M terpaks membuat penjelasan bahawa Kak Rafidah tidak meminta maaf dan malangnya Dr.M tidak menyatakan apa yang dinyatakan oleh Kak Rafidah.

Sebenarnya saya amat sangsi pertemuan ini akan berjaya kerana ini adalah ciri-ciri pemimpin-pemimpin sekarang, tidak ada rasa hormat kepada Dr.M.

Bagaimanapun dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini saya harapkan ia berlaku. Selesai satu bab tetapi saya rasa bab undi pada pilihan raya umum akan terus bergolak kerana ia dibuat berdasarkan prestasi Pak Lah.

Salam.

Anonymous said...

Datuk,

Izinkan saya memberi reaksi kepada ulasan Kawan:

Saya bukan setakat tidak terkejut kalau pertemuan Pak Lah dengan Tun M tidak berlaku, malah saya mengalu-alukannya (untuk kedua-dua pemimpin tidak bertemu) kalau sekadar untuk siaran di dada-dada akhbar dan media elektronik. Bagi saya ini cuma cara Radzi mencari publisiti murahan di bulan ramadan kerana bulan puasa memang tak ada banyak lead news.

Tidak perlulah aturkan pertemuan kalau sekadar untuk minta maaf dan kemudian berpelukan. Kalau Pak Lah bersungguh mahu bertemu dengan Tun M, beliau tidak perlu guna orang tengah. Beliau boleh menelefon terus pejabat Tun M dan orang di pejabat Tun M lebih daripada bersedia untuk memberikan masa yang dikehendaki kedua-dua pihak. Sebagai orang lebih tua dari segi umur dan lebih kanan dari segi profesionalisme, tentulah sewajarnya Pak Lah yang pergi mendapatkan Tun M, bukan sebaliknya.

Kalau pun pertemuan itu difikirkan perlu oleh 'orang tengah' maka saya sangat berharap Pak Lah akan mengambil kesempatan berkenaan untuk meleraikan segala kekusutan dan meminta sebanyak mungkin nasihat daripada bekas bos beliau yang telah menerajui negara ini selama 22 tahun dan membawanya ke satu tahap yang disegani dan digeruni dunia.

Pak Lah harus ingat bahawa "mandat besar" yang diperolehnya dalam pilihan raya umum lalu bukan tiket untuk beliau menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak-anak di rumah mati kelaparan. Beliau boleh berulang kali menyatakan yang "I am the Prime Minister" asalkan beliau pastikan harga barangan tidak terus naik, ketua pegawai eksekutif GLC tidak terus menggadai harta kerajaan, anak menantu dan sekutunya tidak terus bermaharajalela mengaut harta negara dan mencemar nama Malaysia...

Anonymous said...

Datuk dan para pelayar sekalian,

Saya rasa pertemuan Pak Lah-Dr Mahathir elok diadakan.
Cuma saya hairan sikit dengan timing pengumuman Datuk Radzi kerana sebaik saja dia buka mulut, Pak Lah dan Dr Mahathir sekali lagi saling belasah membelasah.
Pak Lah melalui CNN dan Tun Mahathir melalui Bloomberg.
Saya setuju dengan Pak Lah iaitu kritik Dr Mahathir tidak relevan sangat. Dr Mahathir bukan wakil rakyat lagi. Dia hanya individu macam saya.
Kalau hari ini dia tuduh Pak Lah lemah dan silap, saya kata dialah yang lebih lemah dan lebih silap oleh sebab dialah yang pilih Pak Lah.
Sebab itu saya terus sokong Pak Lah terus buat apa yang dia buat, tolong siapa dia tolong, bantu siapa dia bantu.
Itu hak istimewa dia sebagai PM. Kalau ada mana-mana orang atau pihak tidak setuju, mereka boleh guna undi bila pilihanraya diadakan.
Sebab itu saya setuju Pak Lah dan Dr Mahathir berjumpa supaya pengundi boleh tahu siapa yang betul, siapa yang silap.
Macam saya kata dalam satu posting bebarapa waktu dulu, saya yakin Pak Lah lebih terbuka, bebas dan telus dari Dr Mahathir.
Sebab itu dia bersedia jumpa Dr Mahathir macam diumumkan oleh Datuk Radzi Sheikh Ahmad itu.
Dia mahu rakyat tahu pendirian dia. Jadi saya setuju dengan Dato' iaitu mesti ada juru lapor bebas bila Pak Lah berjumpa Dr Mahathir.
Saya yakin kalau RTM atau TV3 hendak buat siaran langsung macam yang Datuk Johan pengerusi, Pak Lah mesti setuju kerana saya rasa dia di pihak yang benar dan ada kata pemutus hendak berjumpa atau tidak dengan Dr Mahathir.

Anonymous said...

Sudah banyak pendapat dan pandangan dibahaskan. Agaknya, kalau kita berada di tempat AAB, apa tindakan kita, apa yang kita mahu? Dan agaknya, kalau kita berada di tempat DrM, apa tindakan kita, apa yang kita mahu?

Kalau PM jumpa Ex-PM, agaknya berapa lama? 1/2jam? 2jam? 12jam? atau 24jam? Perlukah pemerhati-pemerhati kehormat? Berkecuali? Wakil kedua-dua pihak(macam rundingan Baling bunyinya!?

Berapa lama nak jumpa, ada atau tidak pemerhati, Aiman tak kisah! Yang lebih utama adalah hasilnya yang positif yang membawa kebaikan untuk agama,negara dan semua.

Jangan jadi "setiap pertemuan ada perpisahan"--kalau perpisahan itu seperti berkerat rotan berpatah arang!

Doa, Amin.

Anonymous said...

Mat ni dok takut-takut
Radzi ni dia mamai kot
Dok tak dok dia terkejut
Mahathir jumpa Pak Lah cerita mengarut.

Lama dah dok cakap macam tu
Kita dok tunggu tak ada satu
Depa dok bergaduh macam dulu
Yang Menteri tu semua setuju.

Dapan Pak lah depa kata sokong
Belakang Pak Lah depa cakap bohong
Depa kata Mahathir lagi strong
Kalu dia lawan Pak Lah terhoyong.

Nak jumpa lama mana?
Tu yang Langit Biru tanya
Saya kata tak kira lama mana
Asai bagus untuk semua.

Tapi kalu sat sangat pun tak guna
Sakat dok jabat salam buat apa
Masalah negara tak selasai juga
Round satu pekan nak cari gula.

Dok kita I am the Prime Minister buat apa?
Cerita pasai mandat pun tak guna
Kalu pasai gula pun tak tau kira
Harga barang-barang lain naik sepanjang masa.

Yang Najib tu dok buat apa?
Dok seronok jadi DPM saja ka?
Cakap la sikit kita nak dengar suara
Ada ka agenda nak selamatkan negara?

La ni menega buah kurma pun tak laku
Orang tak ada duit pasai ekonomi lesu
Pak Lah cakap orang tak ambik tau
Depa tutup TV dan tak dengar radio.

Pelek sungguh negara kita
Ikan temenung dok naik harga
Nelayan kata diesal punya angkara
Tapi Pak Lah kita hidup sejahera.

Pak Lah dengan Khairy betui la
Kamal dan Nori pun macam tu juga
Makan free dok di Seri Perdana
Belanja duit kita berpuluh juta.

Tun Mahathir dia nak buat apa?
Pak Lah tu dialah punya kerja
Suruh pula kita taat setia
Ha, la ni dia baru rasa.

Nasi dah pun jadi bubur
Baras ditampi jatuh bertabur
Kita semua jatuh tersungkur
Satu negara tak tahu kepala ekor.

Kita ni betui-betui lawak
Beban tak ada batu kita bawak
Kita bagi undi macam nak rak
Mandat kita bagi habis rosak.

Ampun maaf tuan dan puan
Selamat hari raya Mat ucapkan
Minta ampun berkoyan-koyan
Pantun seloka legakan bebab.

Anonymous said...

Dato,

Rupa2nya ramai juga yg mahu melihat Pak Lah berjumpa dgn Tun M! Soalan saya - sapa yg nak jumpa sapa? Kalau Dato Radzi kata ada benda baik mungkin berlaku, saya fikir beliau hanya cuba serkap jarang. Tak kan setiausaha agong Umno tu tak boleh aturkan pertemuan? Jangan2 ini satu perangkap Dato Radzi tu. Saya nak tahu siapa yang dia nak perangkap. Saya percaya dia ingin mendengar reaksi dari Tun M dan berharap Tun M akan berkata yang dia tak ingin bertemu Pak Lah. Agaknya, inilah yg Dato radzi harapkan!

Hah, tak semudah itu Dato! Tun M tu bukan kecik anak, kata orang tua. Dia tak pernah halang sesiapa jumpa dia. Kalau Dato Radzi tu ikhlas, dia boleh bawa Pak Lah ke rumah Tun M pada bila2 masa tanpa perlu membuat kenyataan dalam akhbar memberi bayangan bahawa ada perkara baik akan berlaku.

Di lubuk hati ramai orang, memang mereka mahu Pak Lah berjumpa Tun M. Tapi mereka tak mahu ada sandiwara dan skrip yang ditulis oleh Dato Radzi. Skrip yang orang awam gemari ialah perbualan atau perbincangan antara Pak Lah dan Tun M. Itu yang penting. Negara sekarang seolah2 dalam kebingungan bagaimana dua pemimpin boleh berbalah tanpa memberi keutamaan kepada masa depan negara. Saya setuju dgn cadangan Dato bahawa pertemuan mereka berdua perlu mendapat liputan penuh. Setiap perbualan mesti direkod supaya tidak ada sesiapa yang akan cuba 'spin' pertemuan itu. Dato Radzi ada agenda sendiri. Dan agenda beliau tak semestinya sama dengan agenda orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Selamat berpuasa Datuk! Moga2 kita dirahmati Allah.

Apai said...

Sempat ke pertemuan ni diadakan bulan Ramadan ni? Soalnya sekarang tinggal berapa hari je lagi bulan Ramadan ni, sedangkan PM masih dalam urusan menunaikan umrah.

Rasanya kita dah letih dah nak dengar janji2 manis kononnya nak adakan pertemuan tapi hakikatnya diorang pun tak tau yang perkara ni boleh buat ke tak boleh buat... kena kencing lagilah kita gamaknya...

hmmm... entahlah

Anonymous said...

Kamar, anda buat silap. Sekarang, DrM sendiri yang sanggup jumpa Pak Lah, bukan Pak Lah yang kena jumpa DrM. Tengoklah betapa DrM punya sikap. Dia tau, dia bukan lagi PM walaupun Pak Lah sepatutnya, atas nama hormat, sanggup jumpa dia, tapi, dia sendiri yang kata di sedia jumpa Pak Lah. Tapi, saya tak puas hati dengan laporan NST dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya. Macam orang dalam akhbar tu takut je, Dr M nak jumpa Pak Lah. Tak perlulah nak kata DrM yang seolah-olah terhegeh-hegeh nak jumpa Pak Lah. Apa pasal nak sebut pasal Pak Lah tetap dengan idea dia bangunkan rakyat dan negara. Idea apa?. Rasanya, agenda akhbar ini dah lebih-lebih. Kita sekarang bercakap soal agenda bangsa, bukan agenda surat khbar kau,ngong. Mungkin mereka takut salah satu topik perbincangan nanti pasal surat khabar tu kut. Apa nak takut, kau orang semua dah kaya raya apa, masing-masing dah buat bisnes, dah boleh anjur ekspo dan macam-macam lagi. Kalau apa pun berlaku pun, angkat kaki je lah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).