Monday, October 23, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA
PEMBAHAS DAN PELAWAT DIHORMATI

9 comments:

pemerhati said...

Eid mubarak kepada Dato dan juga kpd semua pembahas dan pelawat blog ini.

Anonymous said...

Same-same la, Datuk.
Hey, Tun did look like a golden citizen wasting his days in an old timers home, don't he now?

InMine said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua, especially Dato' AKJ.

Rockybru said...

Selamat Hari Raya to The Scribe and his posters and fellow bloggers. Maaf Zahir Batin.

penganggurpaksa said...

Datuk,

Apa yang saya tulis ini adalah dari pemerhatian saya sendiri untuk dikongsi bersama.

Strategi “MEREKA YANG SUDAH SELESA” menyerang TDM dan menyokong PM tanpa memikirkan kepentingan rakyat adalah TIDAK WAJAR SAMA SEKALI!

SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT?

Dulu diagung-agungkan, sekarang dicaci dan dicela.
Dulu diangguk-anggukkan, sekarang dilabel macam orang tua gila.
Dulu dipuji dan di sanjung, sekarang menjadi bahan ketawa mereka.
Dulu dialah segalanya, sekarang dengar nama pun tak suka.

Apa salah kalau dia bertanya bagi pihak rakyat? Rakyat nak tahu juga!
Apa salah kalau dia bertanya tentang kebenaran? Rakyat nak tahu juga!

Dulu mereka senang, sekarang makin bahagia.
Dulu mereka bekerja, sekarang berpeluk tubuh sahaja.
Dulu mereka tulah tak pandai bersuara, sekarang lantang mencaci menghina.
Dulu mereka pijak semut pun tak mati, sekarang makin menjadi-jadi.

Apa salah kalau dia bertanya bagi pihak rakyat? Rakyat nak tahu juga!
Apa salah kalau dia bertanya akan kebenaran? Rakyat nak tahu juga!

Dulu apa yang dia buat, semua mereka kata betul.
Hari ini apa yang dia buat, tiba-tiba mereka kata tak betul.
Dulu apa yang dia tanya, itu jam juga dapat jawapan.
Sekarang dia cuba bertanya, semua diam mempersoalkan.

Dulu dia lah kawan, dia juga ketua.
Sekarang dia lah lawan dan dia lah penderhaka.
Dulu dia lah yang berjasa dan diberi ganjaran mulia.
Sekarang dia dah tiada kuasa dipedulikan begitu sahaja.

Memang rakyat tidak boleh lupakan jasa dia.
Bukan sebab memerintah 20 lebih tahun kelebihannya.
Tetapi sebab perjuangan dan kepandaiannya yang memajukan negara yang terutama.

Jadi kenapa dalam 3 tahun sahaja rakyat dibawah dah mula terasa hidup merana?
Projek Batik jadi keutamaan dan projek untuk rakyat diketepikan
Harga minyak dunia dah turun pun dikata subsidi jadi tanggungan
Air dan Letrik naik tak bagi amaran!
Kalau Rakyat dianggap bebanan!
Tak perlu jadi pemimpin masa hadapan!


Wahai pemimpin yang terasa budiman!
Kamu semua dah senang tak habis makan tujuh keturunan!
Gaji rakyat haram tak dinaikkan!
Semuanya bagi pada kakitangan kerajaan!
Pihak swasta yang kerja bermati-matian ni dilupakan!
Ada hati pula nak jadi Dunia punya Pengaman!
Nanti Rakyat jugalah yang mati kena seksaan!

penganggurpaksa said...

MENGKHIANATI KERANA SUDAH SELESA!

Dipagi raya yang indah! mereka dah keluarkan segala dendam yang selama ini terbuku dihati.

Dipagi raya yang indah! Mereka menyembunyikan berita yang benar kerana tidak mahu melepaskan keselesaan yang mereka kecapi.

Dipagi raya yang indah! Mereka juga menyokong presiden parti dengan membuta tuli.

Dipagi raya yang indah! Adalah masa untuk mereka menuntut bela atas segala apa yang terpendam dihati.

Dipagi raya yang indah! Mereka memfitnah seorang bekas pemimpin yang terang-terangan, sudah jelas bersuara bagi pihak rakyat.

Dipagi raya yang indah ini juga! Mereka menjadi taksub kepada pemimpin yang sememangnya kurang arif.

Dihari raya yang indah! Mereka membuat tohmahan yang negatif terhadap bekas pemimpin yang pernah disanjung.

Dihari raya yang indah! Mereka mendiskriminasikan laporan berita dan memberikan laporan media berat sebelah yang telah diedit.

Dihari raya yang indah! Pemimpin sekarang berasa takut, cuba mengawal periuk nasi mereka dan memanipulasi kenyataan dan fakta.

Dihari raya yang indah ini jugalah rakyat akan terasa dibeloti apabila sudah tiada kepercayaan kepada pemimpin lagi!

A Voice said...

May you have a victorious Ramadhan. Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, pada Dato sekeluarga, serta saudara dan saudari yang lain. Tahun ini kami sekeluarga tak balik kampung, beraya di tempat mencari rezeki saja. Dan bayar fitrah pun di sini juga.

Selamat Hari Raya.

Andin Salleh said...

Salam,

Tun Mahathir barangkali akan terus dihormati dan disanjung tinggi kalau apa yang diucap dan dilakukan oleh beliau selaras dengan budaya politik Melayu.

Akan tetapi jika tidak, kita lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Memang penyokong fanatik beliau nampaknya masih ada dan mungkin ramai juga. Akan tetapi, sokongan sebahagian daripada mereka mungkin berdasarkan sentimen sahaja; bukan berasaskan pertimbangan yang rasional.


Sebab itu kita lihat mereka menyanjung Tun Mahathir setinggi langit, dan mengutuk Pak Lah tanpa batasan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).