Sunday, November 11, 2007

Petisyen Kepada Yang di-Pertuan Agong Cukup Istimewa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. MASIH ada pembahas yang menggunakan pengenalan “anonymous”. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAMA ada 40,000 orang seperti dianggarkan oleh sesetengah pihak atau empat orang mengambil bahagian dalam perhimpunan bagi menuntut sistem pilihan raya yang lebih demokratik, adil dan telus tidak penting lagi.

Juga tidak penting ialah hakikat bahawa perhimpunan itu diadakan walaupun polis enggan memberi permit.

Juga tidak penting ialah percubaan polis menyekatnya dengan mengadakan sekatan jalan raya di dalam dan di sekitar ibu negara.

Yang penting, istimewa dan luar biasa ialah para penganjur perhimpunan itu berjaya menyerahkan petisyen mereka kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan laman berita bebas Malaysiakini, pada jam 4.00 petang 10 November, perwakilan Bersih yang diketuai oleh Anwar Ibrahim (Keadilan) dan diiringi Hadi Awang (Pas) dan Lim Kit Siang DAP) telah menyerahkan petisyen itu kepada Setiausaha Yang di-Pertuan Agong di pintu masuk Istana Negara.

Update, Nov. 12

This is what the PM had to say about the Saturday’s demonstration, according to The Star:

“Saturday’s street protest in Kuala Lumpur was an attempt to drag the royalty into opposition politics, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said.

“He described the illegal gathering, that also saw the involvement of five opposition parties, as a political gimmick.”

(Sambungan posting asal)

Itulah yang penting – Bersih menyerahkan petisyen kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara langsung atau tidak, Raja-Raja terbabit atau dibabitkan dalam isu yang berbentuk politik.

Soalnya sekarang, apakah akan terjadi kepada petisyen itu?

Lazimnya petisyen dihantar kepada kerajaan atau wakilnya. Tetapi dalam peristiwa ini, ia diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong – kepada Raja.

Apakah Yang di-Pertuan Agong akan menyerahkannya kepada kerajaan – maksudnya kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi – untuk tindakan?

Atau apakah Baginda akan membawanya ke pengetahuan Majlis Raja-Raja?

Buat masa ini, berdasarkan perkembangan semasa, jawapan mungkin terletak kepada soalan kedua – petisyen itu akan dibawa ke muka Majlis Raja-Raja.

Tetapi Majlis Raja-Raja dengan sendirinya tidak mempunyai kuasa atau kapasiti untuk bertindak. Namun begitu ia boleh “menitahkan” kerajaan agar bertindak ke atas petisyen itu.

Tidak boleh dinafikan yang para penganjur Bersih memilih jalan ini – iaitu merayu terus kepada Raja-Raja -- kerana mereka menyedari wujudnya suasana di mana Raja-Raja Melayu tidak lagi “menerima bulat-bulat” semangat dan pengertian “atas nasihat Perdana Menteri.”

Ini pula mungkin dicetuskan oleh persepsi bahawa wujud “perbezaan pendapat” antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan dalam pelantikan kehakiman baru-baru ini di mana tempoh jawatan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim tidak dilanjutkan dan Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dilantik pemangku Ketua Hakim Negara.

Namun begitu kita wajib ingat bahawa manakala kita taat dan setia kepada Raja-Raja kita, kontrak kita adalah dengan kerajaan.

Kitalah yang memberi mandat dan kuasa kepadanya melalui undi kita. Kerajaan wajib mempertahankan hak kita.

Berfikirlah!

34 comments:

Atok said...

salam,

walaupun terlalu kecil dan agak 'ganjil' berbanding dengan suasana di tanahair, lebih kurang 20+ orang telah berkumpul dgn aman di hadapan bangunan Msia Hall/MSD London petang tadi (dgn permit polis dari balai notting hill).... satu langkah kecil untuk perubahan yang besar.

Judge John Deed said...

Assalamu'alaikum Dato'

Kali ini baru nampak sedikit org2 baik membuat kerja dgn lebih baik dan bersepakat lagi berdasarkan peristiwa bersejarah iaitu Perhimpuan 10 November 2007 di KL.

Kita sentiasa dipermainkan oleh pemimpin2 kerana:

1. Orang2 yang baik2 ini tidak minat langsung untuk terlibat dalam politik kepimpinan negara; atau
2. Jika mereka terlibat dalam kepimpinan negara, mereka akan terlibat setengah jalan sahaja kerana mereka fikir politik ini kotor; atau
3. Jika mereka terlibat secara tetap, mereka akan jadi jahat juga kemudian hari seperti org2 yang sedia jahat dalam kepepimpinan; atau
4. Jika mereka tetap jadi baik setelah jadi pemimpin, mereka ini tak ramai. Jesteru itu mereka ini lemah dan senang dipancong oleh penjahat2 yang sedia ada di dalam kepimpinan negara.

Penjahat akan kuat bila orang-orang baik ini lemah. Penjahat yang kuat bekerja serta kuat muafakat akan mengatasi orang-orang baik yang tidak kuat bekerja serta bergerak secara bersendirian. Orang-orang jahat akan jadi pemimpin bila orang-orang baik tidak mahu terlibat dalam politik. Pemimpin yang jahat akan jadi lebih berani bila jumlah mereka lebih ramai dari pemimpin yang baik yang sedikit jumlah bilangannya.

Ingatlah wahai orang-orang yang baik, bila tak ada lagi org2 baik ini dalam kepimpinan negara, maka kekosongan mereka ini akan diisi dan akan sentiasa diisi oleh perompak, penyamun dan pengkhianat negara.

Moga-moga orang-orang yang baik ini akan bertambah lebih ramai lagi serta kuat bekerja dan bermuafakat. Moga-moga dengan jumlah orang-orang baik ini yang ramai, rajin dan bersatu akan menyebabkan:

1. Penjahat-penjahat ini akan jadi takut untuk melakukan kejahatan.
2. Mendorong penjahat-penjahat ini akan jadi lebih baik.
3. Mendorong penjahat-penjahat yang dahulunya baik supaya kembali ke pangkal jalan.
4. Mendorong pemimpin-pemimpin yang sedia baik agar terus menerus jadi baik, insya' Allah.

Sekian, wassalamu'alaikum warahmatullah.

http://judgejohndeed.blogspot.com/

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..Dato'


Bila anda mengaku yang diri anda tidak suka berpolitik atau menyertai politik,kenyataan anda itu juga adalah satu unsur politik.bila anda cuba untuk menjadi tidak sama dengan orang lain sedangkan ia adalah satu fakta yang jelas kewujudanya adalah baik.oleh itu anda sebenarnya sedang berpolitik.politik wajib untuk sesebuah negara.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya agak tertarik pada komen datuk berkenaan dengan 'kontrak kita dengan kerajaan', dan sememangnya itulah yang harus dipertahankan.

Saya amat tidak menyokong tindakan-tindakan seperti rapat umum, perhimpunan-perhimpunan dan sebagainya. Ia amat jelas adalah satu jalan pintas, juga satu tindakan yg lemah. Natijahnya negara juga yang akan lemah.

Pemimpin2 pembangkang seharusnya membangkang dengan bijak. Mengulas dengan fakta, dan yang lebih utama ialah menurunkan calon2 yang secukupnya.

Bagi saya walaupun BN lemah pada ketika ini, dan kepimpinan mereka sangat mengecewakan, tetapi organisasi BN lebih tersusun. Dengan pakatan pembangkang saya tidak tahu apa yang mereka akan buat, sekejap OK sekejap tidak. Saya tidak akan mempertaruhkan nasib saya pada sekumpulan organisasi yang tiada hala tujuan.

Anonymous said...

Sdr A Kadir Jasin
Salaam

Cerita Yang Tiada Hujung Pangkal
(bab dalam melangkah yang lebih istimewa untuk memiliki mutiara kata)

Bab raja-raja itu, saya kurang pastilah. Duduk di istana, dibayar gaji tidak elok dipersenda-sendakan payung kuning negara kita ini yang sejarahnya setengah pandai menjual nama negara gemarnya di kelab-kelab malamdansiang orang kaya di barat. Ada yang banyak bersadaqah di kelab-kelab di London dan Monte Carlo. Tidaklah boleh di bandingkan dengan Raja Abdullah yang menghadiahkan Paus sebilah pedang terhias permata. Inilah yang bernas malangnya.

Pope meets with King Abdullah of Saudi Arabia

VATICAN CITY: Pope Benedict XVI lauded the contributions of Christians in Saudi Arabia — a country that embraces a strict version of Islam, restricts worship by other faiths and bans Bibles and crucifixes — in the first meeting ever between a pope and reigning Saudi king.

Benedict and the Vatican's No. 2 official raised their concerns during separate meetings with King Abdullah, the protector of Islam's holiest sites.

The Vatican counts 890,000 Catholics, mainly guest workers from the Philippines, among the estimated 1.5 million Christians in Saudi Arabia. Christians are barred from opening churches in the desert kingdom where Islam's holiest sites, Mecca and Medina, are located.

"The Vatican authorities expressed their hope for the prosperity of all the inhabitants of the country, and mention was made of the positive and industrious presence of Christians," said the Vatican communique on the meetings referring in diplomatic language to the religious plight of non-Muslims in the kingdom.

Benedict greeted the king warmly, grasping both his hands before heading into 30 minutes of private talks in his library.

At the end of the meeting, Abdullah presented Benedict with a traditional Middle Eastern gift — a golden sword studded with jewels — and a gold and silver statue of a palm tree and a man riding a camel. The pope admired the statue but merely touched the sword.

He gave Abdullah a 16th century print and a gold medal of his pontificate.

Islam is the official religion of Saudi Arabia and the kingdom requires all Saudi citizens to be Muslims. Only Muslims can visit the cities of Mecca and Medina...


Raja Abdullah terlalu miskin dan kecil orangnya pergi meminta-minta ke Vatican tidak saperti orang terengganu yang berani-berani lebih berani penyunya. Kerana itu senang dan mudah dia dipermain-mainkan handal dan taulan.

Itu bab raja-raja, di sini dan sana tiada terkait tersangkut dengan raja-raja kita, hanya yang terpaut kita cerita Osama Bin Laden masyhur anak Saudi dan gara-gara Al-Qaida adanya.

Sapertinya ada mereka yang sanjung akan beliau saudara seagama kita orang Islam yang telah menghembuskan nafas terakhirnya baru-baru ini, di tanahair kita ada yang patut bergembira ada yang mirip-mirip orang Pakistan dan bukan sangat Taliban di Afghanistan dan Al-Qaida kesayangan musuh di barat. Ada yang berkata Al-Qaida bukan Taliban bukan Osama tetapi bersaudara-maraan orang Pakistan. Ini kerana Osama ada Hassan ben Osama ben Laden orang Hadratul-Maut, dan Taliban itu orang Afghan dan kecamuknya cerita saya.

Biarlah begitu saperti mereka ini cerita hantu-jembalang momokan si kecil nakal yang kurang akalnya.

Maka apakah semua ini dengan kita?

Saya pun tidaklah cukup arif dan terpalitlah sekawan terpaksa bertanyakan Sdr John Judge Deed: apa cerita? Yang baik itu siapa? Yang jahat itu siapa?

Sekurang-kurangnya, Sdr A Kadir Jasin lebih ceria, lucu dan jelas jalan dan ceritanya.

Inilah tandanya banyak-banyak lagi kita ini perlu memperdalamkan ilmu yang di dada. Kerana orang tua-tua berpesan-pesan kita hendaklah selalu beringat-ingat. Abdullah itu Raja dan ada juga mengatakan Amir dan Imam. Maka, janganlah terpancung terputus kepala kita kerana hampas dunia dan cerita politik ini kadang-kadang
banyak pusing-pusingnya lebih dari tawaf dan umrah dan halatujuannya.

Terima Kasih Paracetamol

cakapsiang said...

Ybhg Dato' : Saya amat bersetuju dengan saranan Dato' bahawa kita perlu ingat bahawa kontrak kita dengan Kerajaan yang kita sendiri pilih. Kita berhak manaik dan menurunkan mana-mana Kerajaan yang kita suka.

Persiapkan diri untuk memilih yang mana satu kita rasa akan memberi kebaikan krpada Negara.

Anonymous said...

Datuk,

Pertama sekali izinkan saya melalui laman datuk mengucapkan tahniah kepada sekumpulan rakyat yang berani dan tekad berjalan ke istana.

Kedua saya rasa kecewa dengan tindakan polis yang nampaknya 'premeditated' menembak pancutan air dan gas pemedis mata tanpa sebarang provokasi. Ini adalah hasil dari sikap kerajaan khasnya perdana menteri yang semakin ghairah menggunakan kuasa yang ada pada tangannya.

Ketiga, saya bersetuju dengan datuk yang kontrak kita dengan kerajaan, tapi soalnya jika kerajaan dibentuk berasaskan pilihanraya yang tidak adil dan bersih (the focus of this walk)berdasarkan bukti yang ada, bukankah kontrak itu boleh dikira "null and void"?

Keempat, dari point ketiga nampaknya jika petisyen itu akhirnya ketangan kerajaan bermakna kita akan kembali kepangkal jalan...(back to square one)

Apa pendapat datuk?

salam dan terima kasih

Anonymous said...

semua orang mahu yang baik., kalau tak dapat yang terbaik.
semua orang tidak mahu yang buruk/busuk kecuali sudah suratan takdir.
semua orang tak mahu perkara yang mudharat.
tapi kenapa masih berlaku kerosakan akibat perbuatan manusia?
bila dinasihatkan, kata mereka lebih tahu.
nak kata kita bangkang, kalau perkara yang baik tu dikira apa?
yang jahat itu kena bangkang untuk jadi baik, ini perkara yang dikatakan baik.
kalau yang baik tu dibangkang itu namanya *****????.ini bukan kerja manusia yang berakal. ini kerja syaitan laknatullah.
kalau ada orang yang sifat seperti kerja syaitan laknatullah, maka tunggu azab Allah diakhirat yang tiada siapa yang tolong.
kat dunia ni adalah orang yang tegur.
ramai yang mengetahui perangai penjawat awan, politik pemerintah, spr,sb,pdrm,fru dan sebagainya ada mirip sifat syaitan.
bila di tegur melenting.kata membangkang.
kalau ada otak, fikirkan mana yang betul dan mana yang salah.
kalau tak tahu tanya pada yang mengetahui.
jangan jadi bodoh sombong yang tak dapat diajar.
jangan jadi pandai tapi tak boleh nak ikut kerana banyak melakukan kerosakan.
bila yang bukan ahli/yang berilmu berkaitannya, memegang suatu tanggung jawab maka akan berlaku KEROSAKAN bukan pada dirinya sendiri tapi melibatkan semua perkara.
Allah benci pada orang yang melakukan kerosakan.
Allah benci orang yang bohong bila bercakap.
Allah benci orang yang khianat.

Boleh tahan azab API NERAKA ALLAH??

Anonymous said...

Dato dan Perayap Sekalian,

Sampaikan salam tahniah saya kepada Bersih dan Gelombang Kuning kerana berjaya melaksanakan sebuah perarakan yang sihat.

Terima kasih pula kepada Polis kerana tidak berlebih-lebih menyiksa para perarak sekalian.

Jika benar negara ini bukan negara polis, mengapa perlu mereka hadir. Benarkan rakyat menyampaikan suara hati mereka kerana Dollah pernah berkata beliau sedia mendengar apa sahaja.

Itu kata Dollah...Dollah yang hipokrit...cakap lain buat lain.

Melihat orang ramai berarak walau hanya melalui Al Jazeera hati saya tersenyum puas. Cukup puas kerana jika dibandingkan dengan perarakan yang pernah dianjurkan oleh menantu bergelar 'Perwira Mat Lela Gila' itu belum tentu mampu berjaya menandingi kehebatan Gelombang Kuning...

Syabas Bersih. Syabas Gelombang Kuning...

Terima Kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin menyuarakan rasa bersyukur saya kerana perhimpunan ini berjalan dengan lancar dan tanpa insiden yang merugikan nyawa manusia dan harta benda awam.

Saya ingin menyuarakan rasa bersyukur saya kerana pihak pembangkang, yang selalu digambarkan sebagai samseng jalanan, dan juga gabungan badan bukan kerajaan dapat berhimpun dan menunaikan niat mereka dengan tertib dan teratur tanpa mengganggu manusia dan harta benda awam.

Saya ingin menyuarakan rasa bersyukur saya kerana kerajaan telah mempunyai kesedaran bahawa kawalan perhimpunan yang menggunakan taktik "shock and awe" tidak selama-lamanya akan berjaya. Juga taktik menakut-nakutkan juga tidak mungkin akan berjaya jika ianya diguna pakai setiap kali wujudnya perhimpunan haram kerana tahap kesedaran rakyat malaysia sudah semakin bagus. Bukankah ini sebenarnya yang ingin dihasilkan di dalam wawasan kita untuk menuju ke arah sebuah negara maju?

Saya juga rasa bersyukur tidak terhingga kerana walaupun mereka yang berhimpun ini sedar atau separuh sedar akan kewujudan kontrak mereka dengan kerajaan yang terpilih atas dasar demokrasi "Malaysian-style", mereka tetap ingin menyuarakan pendapat mereka secara berhemah dan tertib.

Saya juga bersyukur sekali lagi atas adanya kesedaran mengenai hak rakyat Malaysia untuk bersuara tanpa mengganggu hak orang lain untuk sama bersuara.

Bukankah ini sebenarnya yang diperjuangkan oleh manusia itu sendiri sejak azali lagi? Hak untuk berkumpul, bersuara dan memberi pendapat?

Saya bersyukur kerana anak-anak saya dan anak-anak mereka di masa hadapan dapat melihat detik-detik perubahan dalam demokrasi "Malaysian-style".

Malaysia negara yang saya cintai.

Anonymous said...

Dato',

Wikipedia mengatakan 'A contract is a legally binding exchange of promises or agreement between the parties that the law will enforce. Breach of contract is recognised by law and remedies can be provided.'

Pada pemahaman saya, pihak-pihak yang berkontrak adalah setara iaitu sungguhpun kerajaan diberi mandat untuk memerintah, kerajaan juga perlu mendengar pendapat rakyat. Apa yang berlaku sekarang, kerajaan bertindak seolah-olah kerajaan sahaja yang pandai dan rakyat segalanya pandir. Dengar sajalah ulasan pemimpin(???) kita.

Tuntutan yang dimajukan oleh BERSIH adalah tuntutan yang munasabah. Tuntutan ini juga timbul akibat daripada penyelewengan yang benar-benar berlaku ketika proses p'raya. Kebanyakan tuntutan ini juga bersifat teknikal. Gerry-meandering sudah berpihak kepada BN. Jika BN benar-benar kuat, apa lagi yang mahu ditakuti?

Saya amat kecewa dan hilang rasa hormat kepada PM selaku Menteri Dalam Negeri kerana tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai tempat berkumpul. Keadaan menjadi huru hara kerana peserta-peserta perhimpunan terpaksa bersifat seperti air: apabila alirannya terhalang, paras air akan naik sebelum ianya melimpahi halangan dan mengalir dalam aliran-aliran yang kecil.

Anak saya bertanya kenapa saya perlu menyertai perhimpunan ini. Dia telah menonton 1957 - Hati Malaya. Saya gunakan ini sebagai perbandingan dan saya tekankan juga yang berkumpul ini adalaah rakyat Malaysia, bukannya pembangkang. Anak saya juga bertanya apa akan jadi jika saya ditangkap polis. Saya jawab, tunggu sajalah di rumah. Insya Allah Mama dan Papa akan pulang. Yang tak tahu cuma cepat atau lambat.

Jika Dato' menyarankan supaya pembaca blog Dato' berfikir, saya harap Dato' boleh hantar mesej yang sama kepada pemimpin-pemimpin yang memegang amanah.

Wassalam

puanhha

Anonymous said...

mmgla betul pasal kontrak tu. masalahnya, pilihanraya tu betul2 telus ke? tu sebab perhimpunan ini diadakan...

Anonymous said...

Salam Dato',
Sesekali bila melawat blog Dato' ni dan membaca topik2 hangat terasa juga nak comment, tapi so far tak kesampaian. But this time terpanggil nak komen. Di Dhahran, Saudi ni walaupun sibuk dengan ragam badwi2 yang bawak kereta macam pelesit (as though they are 'driving' unta, selit sana selit sini), things are relatively ok & quiet (with the exception, of course three years or so ago, peristiwa berdarah Saudi 'fundamentalists' tembak expats. yang naik kepala buat macam kampong dia orang di tanah kelahiran Nabi ni). So, bila heboh kacau bilau di Pakistan, Myanmar, Iraq (memang everyday, dah immune), Turki, Georgia, etc. dalam Al Jazira, rasa terkejut besar bila yang dilihat, kecoh di Malaya! I'm not sure whether "that" is the best way to handle the issue... its all about perception, and especially when you are outside Malaysia looking in (that's what the rest of the world are doing); the world's perceptions could lead to something else, which could undermine the real good intention of the demo... I hope those responsible dah pikir masak2... otherwise, we could end up jadi badwi di Malaya?

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Terima kasih Datuk. Dulu-dulu, saya selalu rasa tulisan sebegini adalah the last thing from Datuk A Kadir Jasin.

La, saya pelik pulak kalau tak dak tulisan macam ni.

Please go to Malaysiakita for photos links. Scroll down to "Historic Moments" below the blue ad. Thank you.

Anonymous said...

datuk,
saya amat tertarik dengan persoalan datuk berhubung isu 'selepas penyerahan memorandum' apa yg akan terjadi. Persoalannya seperti yang datuk tulis, kontrak kita adalah dengan kerajaan dan bukan dengan raja-raja.

Everyone seems to be happy after the rally but what happen to the memo? Adakah Majlis Raja-raja akan membantu kerana kita semua tahu Raja2 tidak terlibat secara langsung dengan politik? Dibincangkan dalam Majlis Raja2? Maaf jika bunyi saya kurang berilmu, seandainya jika majlis raja2 mencapai keputusan berhubung memo tersebut, bolehkan majlis raja2 memaksa kerajaan bertindak?

Mungkin rally ini adalah satu langkah kearah menggesa kerajaan memahami 'kehendak sebilangan rakyat' tetapi seperti yang kita tahu kerajaan pasti akan menggunakan pelbagai taktik untuk menidakkan 'sebilangan rakyat ini' kembali.

Yang pasti, jalan terbaik untuk menidakkan kemungkaran yang sedia ada adalah melalui kotak undi. Seperti datuk tulis, kontrak kita dengan kerajaan.

Anonymous said...

orang melayu ni dari dulu lagi menjadi 'hamba' kepada kontrak mereka dengan pemerintah.Mentaliti itu nampaknya menular di kalangan bijak pandai yang kita harap dapat bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak seperti ketua2 Editor (bekas2 Ketua Editor dan mereka yang seangkatan dengannya)

Mengapa harus berfikir jika ada demonstrasi jalanan, negara akan kucar kacir? There's always peace after storm.Amerika tidak akan berada di mana ia berada tanpa revolusi yang ia terpaksa lalui dekad after dekad (orang kaum hitam takkan keluar dari penghambaan mereka jika tiada sebarang resistance).

Kalau anda orang yang bijak, anda akan fikirkan mengapa gelombang kuning ini harus berlaku.

Anonymous said...

Datuk A Kadir Jasin
Salaam

Update, Nov. 12

“Saturday’s street protest in Kuala Lumpur was an attempt to drag the royalty into opposition politics, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said.

“He described the illegal gathering, that also saw the involvement of five opposition parties, as a political gimmick.”


Norman Mailer mungkin kata:
"That is fugging obvious, isn't it, fughead?"

Terima Kasih kerana Kelakar Tengahari Hari Ini

Anonymous said...

datuk,

yes contract is with the govt. Unfortunately for us this time the contract was signed, things have not gone the way we were promised. remember the 2004 manifesto? Take IPCMC and corruption as points from the manifesto. what has happened? Nothing till today and corruption is getting worse.

The majority of 91% seat is used a base for some to do what they want regardless that they only got 61% voters support. So the govt is abusing the contract we signed with them.Should we sit and wait till the new contract comes up for renewal. yes and no.

yes we can, just wait and make yourself heard when next GE comes. but will it be a fair game next time.More so when there was a big majority last time and knowing the next one this BN govt is going to get hit somewhat, will they play fair.

No. we should make our voices heard. if you don't follow the contract, we have a right to show our unhappiness. How do we do it?

as usual in a contract there are disputes. who do we go to for this disputes in this contract. we can go to the judiciary. but that is not a good option cos of all the issues with the judiciary. So the Agong is another institution we can go to settle this contract. Why not, we are his subject. BTW we are not subjects of the govt. Remember that pak lah and Nazri Jantan

We as the people need to think very carefully on the next contract that we sign. Vote carefully.

Anonymous said...

Saya terpaksa bertanya di sini. Di manakah kaum-kaum lain? Mengapa pada hari itu majoriti (hampir 90%) yang berhimpun adalah orang-orang Melayu? Saudara-saudara boleh rujuk kepada gambar-gambar yang telah diambil dan diposkan di dalam blog-blog.

Walhal bukankah mereka ini semua tergolong di dalam kaum yang dizalimi? Dianaktirikan dibumi tumpah darah? Dilayan sebagai warganegara kelas dua? Asyik bising sahaja. Ini tidak adil itu tidak adil. Kami mahu hak sama rata. Mana boleh 5%. Meritokrasi. Negarakuku dan sebagainyalah.

Mengapa mereka ini tidak turut serta? Sistem pilihanraya yang sedia ada dah cukup elok untuk mereka kah? Mengapa mereka tidak mahu berhimpun bersama untuk jumpa ketua negara mereka?

Saya ulang semula. Apa sebab mereka tidak turun bersama? Takut hilang kontrakkah? Takut bisnes disekatkah? Takut takut takutkah? Mahu Melayu jugakah untuk bela mereka?

Adakah mereka ini hanya pandai bercakap dalam keadaan berselindung di sebalik nama samaran di hadapan komputer peribadi? Bijak mencanai emosi orang tetapi diri sendiri sebenarnya penakut? Bila PRU tiba terus pangkah BN. Bila dah pangkah BN mahu bising sana sini kata kerajaan tak betul. Kalau sudah pangkah BN senyap je lah. Ini nampak wakil PAS dah risau. Islamophobia? Takut kena sunatkah?

Orang-orang sebeginilah yang wujud dalam lipatan sejarah negara kita. Pandai mengambil kesempatan. Pandai mencari peluang dan ruang untuk diri sendiri. Bijak mengatur strategi mengadu-domba kaum Melayu. U go first lah then we will come and clean up the mess for you? What the fark is this?

Maaf ya tok. Bahasa kasar sedikit. Maklumlah bapa saya Melayu ibu saya Cina. Darah dari bapa saya nih tengah meluap-luap nak bedal darah cina ibu saya di dalam badan saya ni. Tapi darah cina dalam badan saya nih kata kepada darah Melayu -- You all boleh duduk dalam mana-mana tempat dalam ini badan tapi otak kasi sama kami.

da real deal said...

Datuk,

We are a democracy. Because we are a democracy, majority rules.

40,000 or even 100,000 is not the majority in Malaysia.

The best way to seek a majority is through the ballot boxes.

The best part of all this is, I'm thinking the majority of the 100,000 (giving them the benefit of the doubt) voted in BN with bumper stickers of "We love Pak Lah" on the back of their windscreens.

They should wait another few months to make yet another mistake, that is to vote the opposition in. This is just a waste of expenditure in the form of pension as they won't make a difference to an already airtight system.

ehehnana said...

The very sobering question that is too on my mind: The King has received the petition. What then will he do with it?
Will he call on the pm to look into the complaints? And if he doesn't do anything about it, what then?

Anonymous said...

MENIUP ANGIN PERUBAHAN

Assalamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera.

Perubahan yang positif sesungguhnya ditagih dalam usaha untuk mencapai kemajuan. Tanpa perubahan sebegini, keadaan akan sentiasa berada di takuk lama atau mungkin lebih buruk daripada sebelumnya. Dalam konteks negara Malaysia, perubahan positif yang semakin diinginkan oleh rakyatnya ialah perubahan persekitaran politiknya kepada pengamalan demokrasi yang lebih adil dan telus. Luahan perasaan dan keinginan untuk mencapai perubahan ini telah mula ditunjukkan dengan nyata dan jelas khasnya melalui perhimpunan dan perarakan aman pelbagai lapisan rakyat ke Istana Negara yang berlangsung baru-baru ini.

Perhimpunan yang diadakan itu sememangnya istimewa dan unik Ianya berjaya dijalankan dalam suasana aman dan teratur tanpa melibatkan pergaduhan besar di antara pihak berkuasa dan peserta perhimpunan, kerosakan harta benda awam, kecederaan serius ataupun kehilangan nyawa. Ianya juga melenyapkan tanggapan sesetengah pihak bahawa perhimpunan besar akan sentiasa menimbulkan keganasan dan keadaan huru-hara. Perhimpunan ini juga merupakan suatu tindakan atau reaksi secara sukarela oleh rakyat yang dahagakan perubahan dan ianya tidak semata-mata disertai oleh golongan politik pembangkang dan penyokong mereka, tetapi juga oleh rakyat lain yang sebahagiannya mungkin terdiri daripada golongan yang digelar majoriti senyap sebelum ini. Mereka sudah mempunyai kesedaran demi perubahan untuk negara walaupun kesedaran itu cuba dibendung dan dimatikan melalui ugutan, ancaman dan sekatan oleh pihak kerajaan menjelang perhimpunan itu hendak diadakan. Ini benar-benar satu perkembangan positif yang perlu disemai dan dipupuk dalam jiwa setiap rakyat negara ini.

Kini, sudah timbul suara-suara yang mempersoalkan kewajaran dan keberkesanan peranan Raja dalam menyelesaikan pertentangan dalam apa yang dipanggil sebagai hubungan kontrak di antara kerajaan dan rakyat yang mahukan perubahan. Jikapun ada kontrak sah yang berkenaan, adalah jelas bahawa ianya telah lama dilanggar oleh pihak kerajaan, dan buktinya yang paling nyata ialah rakyat semakin hidup tidak selesa dengan kenaikan kos hidup, akibat daripada kegagalan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Begitulah jua keadaannya dengan kegagalan kerajaan dalam melaksanakan proses demokrasi yang adil dan telus sehingga menghakis hak-hak rakyat untuk bersuara mahupun berhimpun secara aman.

Rakyat yang mempunyai kesedaran, dalam kedudukannya yang tidak mempunyai kuasa berbanding dengan kerajaan, sudah pun menegur berkali-kali, tetapi tidak juga dipedulikan. Maka, adalah baik untuk mengadukan masalah yang dihadapi kepada Raja yang telah lama dianggap sebagai payung untuk rakyat berteduh, bukannya mengheret Raja ke kancah politik yang kotor. Untuk membolehkan Raja mendapatkan justifikasi melakukan sesuatu, sudah tentu isyarat yang kuat atau bukti sokongan fizikal yang nyata daripada rakyat diperlukan yang telah pun diterjemahkan melalui kejayaan perhimpunan besar yang diadakan. Sesungguhnya, Raja tidak pernah menggunakan kuasanya semaksimum yang boleh sebelum ini, kerana tiada justifikasi yang kukuh untuk Baginda berbuat demikian. Adalah diharapkan dengan hadirnya isyarat kukuh daripada rakyat, maka Raja dapat berperanan dengan lebih berkesan dalam memperbetulkan keadaan.

Di pihak rakyat, semoga tiupan angin perubahan ini teruslah dirasai oleh rakyat yang terbanyak. Bersama-samalah berfikir untuk memilih perjuangan yang berasaskan kebenaran, dan bukan berasaskan organisasi tertentu hanya dengan alasan kerana datuk nenek kita pernah berjuang dalam organisasi itu dahulu, atau kerana organisasi itu bukan lahir di tepi jalan, atau kerana sejarah kegemilangan lampau kepimpinan organisasi berkenaan. Alasan-alasan sebegini samalah seperti alasan menyokong pembesar tertentu hanya kerana orang itu berasal dari keluarga ulama atau berasal dari keluarga bekas Perdana Menteri. Datuk nenek kita dahulu telah berjuang dan berkorban untuk kesenangan kita hari ini dan tibalah giliran kita pula untuk melakukan perkara yang sama demi masa depan anak cucu kita kemudian hari.

Sekian, terima kasih.

raja2u said...

YBhg Dato'
Tajuk yang Dato' bentangkan sungguh menarik.Bak kata setengah orang "History in the making ".Mengapa perkara ini berlaku ? PM orang Melayu, Ketua SPR orang Melayu dan yang berhimpun majoritynya orang Melayu.Kontrak kita dengan Negara adalah Perlembagaan Malaysia. Yang diamanahkan menjaganya adalah (i ) The Executive , (ii ) The Legislative (iii ) The Judiciary.
Masing-masing dengan kuasa mereka tersendiri.Ini dengan sendirinya menunjukkan ketiga-tiga organisasi tersebut ada fungsi masing-masing untuk membantu wujudnya kesejahteraan rakyat.
Tidak salah kita mengadu masalah kita kepada mana-mana pihak yang kita yakin dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi.Untuk itu adalah baik kita mengikuti tata-tertib atau protokol. Sudahkah kita bangkitkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan secara langsung. Dalam hal ini kepada SPR.Jika SPR tidak mengambil tindakan sewajarnya sudahkah kita membawa isu tersebut keperingkat lebih tinggi dan seterusnya.Jika tidak dilayani aduan kita maka bolehlah kita bawa keperingkat tertinggi.
Kalau niat kita betul masalah ini walaupun rumit nampaknya mudah diselesaikan jika kita mempunyai "the Will" untuk berbuat demikian.
Adakan khenduri Tahlil menjelang Hari Raya Haji ini dimana semua pihak yang terlibat diminta duduk semeja untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan jujur. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana punca masalah itu adalah perbuatan kita jua.
Kepada semua blogger disamping memberi pandangan marilah kita gunakan ruang yang disediakan Dato' ini sebagai tempat kita mencetuskan idea membantu meyelesaikan masalah yang dihadapi Negara.

Raja Abdul Rahman
Petaling Jaya

Anonymous said...

Soalan what the King will do to the memorandum is not the issue here, brader.The issue is Gelombang Kuning has made its statement: we don't like what we see, hear or go through NOW.Kalau para pemimpin dan penyokong pemimpin nak buat buta dan pekak, kita tau mereka di posisi mana.Kita terlalu berharap we can vote them out by elections tapi kita tau elections kita tidak telus sejak zaman Mahathir lagi.At least Tun bagi juga a good portion of pembangkang tinggal dalam parlimen (one smart guy!)Tapi under Pak Lah, takkan semua nak kapur? Apa punya parlimen kita ada? I think budak kecik pun faham benda ni.

Mentaliti losers is they attack personalities rather than address real issues. Nazri hari ni dalam NST kata Gelombang Kuning is the work of pondan.He's in the denial.Give us clean elections, kita akan tunjuk sapa pondan sapa tidak.

Pak Lah kata orang Melayu hidup dalam ketakutan for 50 years.BN sebenarnya yang sangat takut kehilangan kuasa.Kalau dia tingkatkan performance Menteri2nya dan wakil2 rakyatnya, kita tetap sokong tapi kita tengok mereka makin kaya, rakyat makin miskin dan tertekan (pukul rata gaji rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Korea Selatan, Taiwan dan Singapura yang tak punya apa-apa tu)

Kita tengok perogol dan penyamun di kalangan mereka naik balik..masuk TV, cakap pasal perjuangan Melayu berbuih2, keadilan bangsa.Bangsa apa?

Anonymous said...

Orang ramai tentu mahu bertanya:

Kenapa tidak kita minta UMNO ambil balik penasihat KeAdilan itu?

Think!!!

Anonymous said...

indigo: UMNO tidak lagi relevant.Ia seekor dinosaur yang sedang nazak.Dibunuh tuannya sendiri.

Sad!

Anonymous said...

orang kampung,

That is your thought? Congratulations!
How long did it take you to get there?
Impressive! Let me go further with that: Malaysia will better be a Republic as the System is Irrelevant.

But to ME,UMNO is still very relevant which is so much the better when others think it is not. Are you a jauhari, orang kampung? Or did you really thought about my question?

What is the end-game, orang kampung? From which kampung you come from?

Ever heard of a phoenix? A fairy tale right? Are you game?

Or are you afraid? Do not be. Mati itu pasti.

I am a city fellow and my city is Madinah. ;)

Anonymous said...

Orang Kampung:
Orang Sunni kata orang Shi'a salah and vice-versa, 'Salaf'-ites kata Wahhabis salah! Hamas and Fatah, etcetcetc
Muslims say others are wrong; others say Muslims are lost...

You have your stand, I have mine.
Today is your day. Say what you want to say. Remember, Be thankful.
Because I too will have my day, though you may want to think otherwise. And I know I know how to be thankful.

Don't run away from a fight, Orang Kampung and know who your friends are.

Remember this comedy Malay rule: Kalau you pukul saya dan saya tak bersalah, you kena pukul saya sampai mati. Sebab saya jenis cari tujuh keturunan.

ps
Kadir: Enjoy, while you still can.

Unknown said...

Asalamualaikum Dato',

Izinkan saya melontarkan aedikit pandangan;

1. Tahniah di atas kejayaan BERSIH menghimpunkan gelombang kuning rakyat pada 10 Nov 2007 baru-baru ini. Satu anjakan dalam senario politik negara (tanpa mengira ideologi politik, agama dan kaum). Untuk hari-hari mendatang atau setiap sabtu, tidak perlu lagi berhimpun (pada sekalian yang komited) cukup hanya berpakaian kuning atau apa sahaja berwarna kuning tentunya akan menimbulkan kegusaran saikologi di pihak BN-UMNO-Kerajaan.Rakyat telah menghantar mesej yang jelas, "subtlely but strong". Renung-renunglah.

2. UMNO mencabar supaya pembangkang bertanding di dalam gelangang PRU sebagai membuktikan betul-betul anak jantan dan tidak mencari gimik poltik melalui perhimpunan rakyat; persoalannya disini apakah PRU itu benar-benar satu proses yang adil dan telus untuk aemua parti yang bertanding? kalau hendak mencabar biarlah prosesnya adil dan telus untuk semua pihak, barulah tahu siapa yang jantan atau siapa bukan. Kalau pelopor besar Hadhari sedia maklum sejarah Islam (BUKAN sejarah Islam hadhari)bagaimana Salahuddin Al-Ayubbi bertarung dengan Richard berhati singa, tatkala Richard terjatuh dari kuda dan kudanya meninggalkannya, lalu Salahuddin Al-Ayubbi mengarahkan tenteranya memcarikan kuda yang setanding untuk Richard supaya pertarungan dapat diteruskan! Itulah kualiti yang ada pada pejuang/pemimpin yang disegani kawan ataupun lawan. Renung-renunglah.

Sekian, hanyalah satu lontaran pandangan, Salam Perjuangan.

Anonymous said...

Syabas Gelombang Kuning!!!!!!Tahniah kpd seluruh rakyat Malaysia yg masih cintakan keadilan dan pilihanraya yg telus!!!!!Tahniah kerana kita sanggup dan berani berada di dlm perhimpunan "HARAM" walaupun Di ugut dan dicabar oleh pemimpin yg "rakus" dan "brobrok"!!SEMEMANGNYA RAKYAT MALAYSIA "PANTANG DICABAR"!!!tp saya percaya JUTAAN RAKYAT MALAYSIA YG MUNGKIN TAKUT UNTUK HADIR TERMASUK SAYA DAN KELUARGA MASIH MEMPUNYAI HATI YG SUCI DAN INGIN HADIR DI PERHIMPUNAN INI!!!KAMI JUTAAN RAKYAT MEWAKILKAN DAN MENYOKONG SEPENUHNYA TUNTUKAN BERSIH DI LAMAM2 WEB!!!!SYABAS SEKALI LAGI KERANA ANDA MEMANG "PANTANG DICABAR"!!!!!TAHNIAH!!!!!!!!

Anonymous said...

indigo: trying to figure out which camp I am should not be important but we are so fond of doing this: which kampong are you from.Isn't that asobiah? (however you wanna spell it)

What I fear is Muslims killing one another.Kampong tergadai,orang lain bersorak.I also wonder if there isn't any connection between rallies in Burma, Islamabad and KL.Kita tidak mahu dalam kita memperjuangkan justice, kita telah dipergunakan kuasa 'ketiga'.Semasa era dictatorship Thai in the 60s, CIA masuk ke dalam segala ceruk tampuk kuasa: police force nya, military nya.

Mati tu memang pasti, indigo.Soalnya biarlah dalam iman.

MakLijah said...

It was a peaceful rally.

What's up with Zam? Flustered by a teeny tiny reporter (on Al Jazeera)?

Did anybody hear him say 'erection' instead of 'election'?

He contradicted himself the entire time. I was so embarrassed thinking that my friends overseas might be watching.

Blow d' whistle said...

salam dato'...

persoalannya di sini, adakah kerajaan Be End sekarang ini bersedia untuk tidak menngunakan jentera Kerajaan Malaysia bagi memenangkan mereka dalam PRU yang akan datang....kalau betul jantan janganlah pergunakan kakitangan awam untuk projek segera....

renungkanla...

Anonymous said...

Berkenaan dengan pilihanraya yang telus, soalan pertama yang kita mesti tanyakan adalah kepada diri kita sendiri...apakah kita benar-benar telus di dalam setiap perbuatan seharian kita?

Berkenaan dengan keadilan, soalan pertama yang kita mesti tanyakan adalah kepada diri kita sendiri...apakah kita mampu berlaku adil sepenuhnya kepada sesama kita dan makhluk?

Soalan seterusnya, adakah keberanian untuk bersuara itu sama martabatnya dengan hikmah?

Perlukah bersuara dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar?

Bukankah kita ini adalah Muslim, the People of the Middle Way.

Masalah kita bukanlah pada sistem atau pada siapa yang memegang tampuk pemerintahan. Masalah kita adalah masalah ketandusan hikmah dan kebijaksanaan dikalangan semua pihak, baik yang memerintah mahupun yang membangkang. Hormat-menghormati tidak lagi wujud. Semua pihak dipengaruhi perasaan ammarah, orang lain tak betul, diri sendiri saja yang betul.
Saya tidak arif, tetapi saya mempunyai pandangan hidup bahawa mesti ada hikmah di dalam menangani sesuatu, mesti lihat semua isu dengan holistical perspective, jangan cepat melatah. Apa yang kita lihat berlaku kadangkala hanyalah luaran sahaja. Yang tersirat perlulah difahami dahulu. Seperti kata House m.d, everybody lies...

Bila kita inginkan sesuatu yang membawa keuntungan kepada kita sendiri, kita akan kejar dengan apa jua cara, bukan?

Tanya soalan ini pada diri sendiri...kalau saya ada kuasa memerintah apakah saya dapat memerintah dengan telus, adil dan tanpa nepotisme? Kalau mertua atau ibu saya minta projek, adakah saya boleh katakan tidak? Saya sangat hairan, sudah namanya politik, kenapalah nak diharapkan ketelusan. Di dalam sejarah hanya ada dua pemimpin yang betul-betul telus dan adil...Umar al-Faruq dan Umar Abdul Aziz. Tepuk dada, tanya selera. Gajah sama gajah berlaga, rakyat yang sakit.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).