Cerita Tiga Calon Ternama
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
NURUL IZZAH, 27 tahun anak sulung Anwar Ibrahim. Bertanding di Lembah Pantai melawan seorang Menteri (Shahrizat Abdul Jalil).
Khairy Jamaluddin, 32 tahun anak lelaki tunggal seorang bekas duta dan menantu kepada Perdana Menteri. Bertanding di Rembau melawan seorang bekas cikgu sekolah (Badrul Hisham Shaharin).
Mukhriz, 43 tahun anak bongsu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bertanding di Jerlun melawan Timbalan Ketua Pemuda Pas (Idris Ahmad).
Nurul Izzah terjun ke dunia politik sebagai pengarak panji bapanya ketika Anwar dalam penjara.
Dia dilahirkan dan membesar dalam gelora politik Anwar Ibrahim yang unik dalam sejarah politik Malaysia. Dia melihat bapanya berada di puncak tinggi kuasa. Dia melihat bapanya dalam penjara.
Khairy Jamaluddin atau singkatannya KJ dilahirkan dengan “silver spoon” dan membesar dalam suasana elit di luar negara secocok dengan kedudukannya sebagai anak duta.
Dunia remajanya jauh dari desa pingitan seperti Kampung Bongek, Astana Raja dan Cengkau yang kini menjadi padang percaturan politiknya. Dunia asalnya adalah Kuwait City di mana dia dilahirkan, Singapura (di mana dia memperoleh pelajaran awalnya), London dan Paris.
Sekembalinya ke tanah air dia “jatuh cinta” dengan politik dan kuasa berserta visi yang bergemerlapan – khabarnya berikrar mahu menjadi Perdana Menteri pada usia empat puluhan.
Dia menjadi pegawai khas Timbalan Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi). Cinta laranya berahi membara akhirnya ketua bertukar menjadi bapa mertua. Takdir menentukan bapa mertua menjadi Perdana Menteri. Maka lebih berserilah masa depan Saudara Khairy.
Dikatakan oleh yang arif, tidak pernah dalam sejarah Malaysia di mana seorang muda yang berupa menantu kepada pembesar negara begitu berpengaruh dan berkuasa. Satu fenomena. Bukan fenomena biasa, tetapi luar biasa.
Mukhriz juga anak perjuangan. Tetapi aspirasi politik dan perjuangannya terhalang. Hukum Dr Mahathir: “Anak-anak saya tidak boleh cergas dalam politik selagi saya menjadi Perdana Menteri.”
Hanya selepas Dr Mahathir bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno barulah Mukhriz boleh cergas dalam politik. Itu pun usianya sudah mendekati 40 tahun – usia di mana KJ bercita-cita menjadi Perdana Menteri.
Belum setapak melangkah masuk ke gelanggang, laluannya sudah dihalang. Percubaannya memenangi kerusi Ketua Pemuda Bahagian Kubang Pasu disekat dan dia dimalukan. Pengkhianat, penderhaka dan manusia talam dua muka ada di mana-mana.
Tetapi tidak semua manusia boleh dibeli dengan wang dan janji. Tidak semua manusia boleh dijadikan mangsa politik kotor budak-budak jalanan. Pada pemilihan nasional Pemuda Umno 2004, dia mendapat undi terbanyak sebagai calon Majlis Kerja (Exco).
Bagi Nuzul Izzah, arus laju terpaksa ditongkah. Yang dicabarnya bukan alang kepalang orang – seorang Menteri, orang lama Lembah Pantai dan mesra pula.
[Pada pilihan raya 2004, dengan undi sebanyak 37,873 Shahrizat menang dengan majoriti 15,288. Kini pemilih Lembah Pantai berjumlah 55,989.]
Tetapi siapa tahu? Tuah ayam pada kakinya, tuah manusia siapa yang boleh meneka. Yang pastinya, sahabat lama saya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, mungkin tidur malamnya tidak lena.
Dari jauh saya dalam dilema. Saya kenal baik mereka berdua.
Shahrizat ibarat saudara sekandungan. Nurul Izzah macam anak dalam timangan.
Khairy orang muda bertuah. Laluan yang sudah dijejakinya lancar dan mudah. Dari kampung ayahnya bernama Kota (Rembau) ke Universiti Oxford dan Seri Perdana ibarat sebuah cerita penglipur lara.
Dalam sekelip mata menjadi Naib Ketua Pemuda tanpa perlu berlawan berlumba – kemenangan percuma. Berkongsi memiliki (biar sementara) korporat istimewa ECM-Libra dan merata-rata orang berkata dialah orang muda yang paling berkuasa di bumi Malaysia.
Kemenangannya sudah boleh dijangka. Rembau kerusi selamat yang dulu diisi suku sakat. Simpati saya kepada Cikgu Bad. Tugas anda berat. Tetapi komitmen saudara mendapat hormat.
Ini bukan calang-calang kerusi. Ini bakal kerusi keramat menantu Perdana Menteri. Pastinya mereka akan berjuang hidup mati. Kemenangan harus lebih besar, takut nanti imej Perdana Menteri tercalar. Kalau kemenangan sekadar-kadar saja, ia akan menjadi tamparan kepada bapa mertua. Kemenangan Khairy mesti raksasa --- noktah – tiada lain cerita.
[Pada PRU 2004, dengan undi sebanyak 39,866 Firdaus Mohamad Rom bin Harun menang dengan majoriti 18,656. Kini pemilih Rembau berjumlah 61,690.]
Bagi Mukhriz yang patuh kata orang tuanya, pertarungan di Jerlun tidak semudah dijangka. Jerlun bukan kerusi selamat. Ia antara kubu Pas yang terkuat. Pilihan pengundi bertukar ganti. Tahun 1999 Barisan kecundang. Tahun 2004 kembali menang.
[Pada PRU 2004, dengan undi sebanyak 36,822 Abdul Rahman Ariffin menang dengan majoriti 2,142 undi sahaja. Kini pemilih Jerlun berjumlah 45,056.]
Kalaulah anda diberi pilihan, antara tiga calon ternama ini yang mana satu anda utamakan?
Wednesday, February 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
85 comments:
Sudah semestinya saya memilih Dato Mukriz.
Dato,
Minta maaf kerana lari dari topik. Akan tetapi harapnya akan ada pembesar2 negeri Pahang membaca nya. Kerajaan negeri Pahang ni, terutama Menteri Besarnya betul2 tunggul kayu. Ada takpa, takda pun takpa. Mentaliti makan gaji, langsung tak menyumbang, tak kreatif, tak berani, tak pandai, memalukan....dan macam2 lagi.
Berkenaan soalan Dato, saya memilih Dato Mukriz Tun Mahathir.
Sekian terimakasih
Nurul menjadi pilihan pertama, Mukriz menjadi pilihan kedua. Dalam senarai saya tidak ada yang layak untuk pilihan ketiga.
"Mukhriz:Belum setapak melangkah masuk ke gelanggang, laluannya sudah dihalang. Percubaannya memenangi kerusi Ketua Pemuda Bahagian Kubang Pasu disekat dan dia dimalukan".
Maka saya suka bertanya kepada pimimpin-pemimpin UMNO, kepada siapa perjuangan UMNO diwariskan?
Saya pernah menulis, pemilihan dalam UMNO terutama peringkat cawangan dan bahagian yang saya istilahkan sebagai "Politik Kampung" tidak mengenal latarbelakang, taraf pendidikan, profesyen dan personaliti calun - disingkatkan kredibiliti, kebolehan dan kepimpinan calun. Yang dikaitkan dengan siapa calun rapat dan apa kemungkinan ganjaran yang aku dapat!
Cuba kita lihat, siapa ketua-ketua cawangan UMNO. Apakah mereka ini disegani dikalangan masyarakat setempat?
Berbalik kepada Mukhriz, dengan usia 43 tahun, beliau telah tengok dengan mata kepala sendiri sepak terajang dalam politik UMNO khususnya selama 15-20 tahun melalui pengalaman bapanya. Namun, dalam tempoh tersebut, beliau selalu melihat sepak terajang yang "menyebelahi" bapanya sebagai Presiden Parti. Jadi, sepak terajang itu kurang jelas sangat baginya hinggalah beliau sendiri menceburinya di Bhg.Kubang Pasu. Apapun, beliau mungkin yang paling berkelayakan bagi calun Ketua Pemuda Kubang Pasu, namun politik kampung tadi telah "mematikan" langkahnya seketika.
Jadi, apakah ada peluang untuk ahli akedemik, golongan professional yang sentiasa sibuk dengan tugas masing-masing untuk menceburi dan "mengatasi" masalah politik kampung? Saya fikir tiada peluang!
Pendapat saya, di sinilah pemimpin-pemimpin UMNO khususnya perlu memainkan peranan mengenegahkan golongan di atas dengan cara melantik sekurang-kurangnya sebagai jawatankuasa bahagian, sekaligus menolong mereka "mengatasi" politik kampung-sebagai penerus perjuangan melayu dan UMNO. Bukan mencari jalan singkat, kerana hakikatnya jawatankuasa bhg itu masih terlalu jauh dengan jawatan tertinggi bahagian.
Fenomena politik kampung yang terlalu berkait rapat dengan kroni dan wang ringgit ini akan melemahkan parti UMNO, dan pemimpin-pemimpin yang tidak berkaliber, kurang berpendidikan tinggi tidak dihormati oleh masyarakat-yang lebih parah bakal menghasilkan pemimpin berkepentingan diri sendiri dan rasuah.
Saya fikir, golongan yang dapat "menampung" kebobrokan pemimpin hari ini adalah pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang naik dan dilantik berdasarkan kriteria yang tinggi. Pegawai tinngi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Pengarah JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) dan lain-lain inilah yang dapat mengimbangi kecelaruan pemimpin-pemimpin negara.
Khairi, tak perlu diulaskan..... beliau agak bijak dan berkemampuan kerana dapat mengambil dan menggunakan kelebihan sebagai menantu PM.
Nurul Izzah, pernah melihat pengalaman bapanya di puncak persada kepimpinan negara, juga pernah melihat pengalaman bapanya meringkuk di penjara. Namun, sebagai isteri orang, mungkin ada sedikit limitasinya untuk berjuang sepenuhnya.
Harapan saya, Mukhriz menang, Nurul Izzah menang. Khairy nampak gaya akan menang-boleh tengok langkah selanjutnya,sejauh mana!
kalau saya, yang utama adalah:
1. Nurul Izzah
2. Mukhriz
3. KJ
Kalau pertarungan dipadang yang sama rata(fair playing field) saya fikir calon PKR ada peluang,walaupun diRembau! Tapi TV3 dan semua channel RTM haruslah beri juga peluang bagi PKR,PAS,DAP dan lain-lain,selain BN.siarkan "teaser/iklan" saperti iklan "Vote for Malaysia"Berapa kena bayaqr airtime pun ,PAS,DAP,PKR haruslah mampu bayar juga.Tapi kalau BN dapat free,mengapa pembangkang pun tak boleh dapat free? Cuba tanya pejuang 'Just world" atau sesiapa pemerhati dari luar negeri? -Zaiham.
Saya akan pilih Mukhriz..
-lily-
1. Nurul Izzah
2. Mukhriz
tiada yg ketiga
Dato'
Nurul izzah sangat tidak matang untuk menjadi pemimpin. Apabila mendengar kata-kata dan pendapat yang diutarakan oleh Izzah, saya simpulkan dia masih belum bersedia untuk menjadi ahli politik kerana ide dan pendapat yang disampaikan olehnya adalah pada lingkungan politik kampus (politik budak Universiti).
Khairy - tidak perlu diulaskan lagi. Dia adalah national threat to nation security.
Mukhriz - I'm still against the idea of political dynasty. Seolah-olah negara kita tiada individu yang cemerlang selain dari suku sakat pembesar UMNO.
Antara 3 pilihan di atas, yang paling sesuai adalah mukhriz. Kerana saya bukan mencari Malay champion, tetapi seorang pemimpin yang boleh memimpin. Mukhriz up to the task.
YBhg Dato,
pilihan saya Mukhriz sahaja yang layak yang dua lagi tu hanya mempunyai cita-cita besar yang penuh dengan konflik emosi dan keegoan yang tertanam hasil dari sejarah hitam yang dilalui atau perasaan yang terlalu over confident yang pengundi ini tidak mempunyai pandangan untuk berfikir dan tidak berpelajaran......
Helang 79
saya hanya memilih Dato' Mukriz Tun Mahathir
Kalau saya diberi pilihan mengundi:
Lembah Pantai..Comfirm saya pilih Nurul Izzah berbanding Shahrizat Jalil .Shahrizat tak ada karisma sebagai pemimpin wanita Islam Hadhari.Asyik bodek Pak Lah dan Rafidah Aziz saja.
Kalau di Jerlun sya pilih Mukhriz..sebab dia berani suarakan pendapat dan pandangan yang betul walaupun bertentangan dengan kehendak Pak Lah.Ini yang kita mahu..betul dan tegas pada tempatnya.Dia tak takut dengan kehilangan jawatan walaupun kritik demi kebenaran.
Kalau di Rembau..COMFIRM saya pilih Cikgu Bad berbanding KJ.KJ terlalu emosional..menggelarkan mereka yang tak sehaluan dengan fikrah Pak Mertuanya sebagai beruk! Patut dan padan sangat kenapa Nik Abdul Aziz menggelarkan mereka yang melawan hukum tuhan adalah lebih paria daripada Orang Hutan.KJ terlalu berlagak dan bernasib baik kerana mempunyai sijil nikah dengan Nori abdullah.Kalau tidak..dah lama dihantar ke Zoo Negara!
1. Saya memilih Mukriz sepenuh
hati.
2. Saya memilih Izzah dengan berbelah bagi.
3. Saya TIDAK AKAN memilih Khairi
ANON
Yang sah akan menang ialah Sdr Khairy Jamaludin.
Yang mungkin akan menang ialah Dato' Mukhriz Mahathir.
Yang tak akan menang ialah Nurul Izzah.
Itu firasat saya, orang kampung, seperti Dato' saya juga dari Kedah, tetapi dah lama mencari rezeki di Lembah Klang.
Adakah jawapan saya memenuhi kehendak soalan Dato KJ? :)
Sdr TokSidang, saya ambil maklum ulasan Tuan.
Saya berasa tidak mampu menyiarkannya kerana saudara membabitkan Istana.
Lagi pun kita tiada bukti bahawa ada MB yang tunduk kepada perintah Raja dalam menentukan calon BN.
Terima kasih.
Nurul Izzah Anwar. Individu yang lahir dalam susana terbaik untuk menilai apa yang berguna untuk masyarakat.
Pernah melihat dari sisi pundak kuasa,dan pernah menangis dek Anwar tersungkur di pintu Tahanan Kamunting.
Yang lain tiada.
Harapnya, KJ tewas mengejut, biar tamat terus rentak politik makhluk ini.
Pilihan saya :
1. Nurul Izzah
2. Mukhriz
Datuk KJ,
Calun pilihan saya ialah Dato' Mukhriz, sementara calun bukan pilihan KJ, walaupun dia akan menang. Nurul Izzah sukar untuk menang.
Kamalkamal
Calon pilihan sy adalah Mukhriz. Didikan Tun menjadikan dia sbg org yg tak mudah putus asa. Dia juga mengetuai Aman Malaysia. Dimana kita hendak cr bakal pemimpin yg sanggup pergi ke dunia perang krn membantu rakyat yg susah?
Nurul Izzah hanyalah "proxy" kpd bapanya. Perjuangan dia adalah perjuangan bapanya yg bg sy perjuangan peribadi semata-mata. tetapi siapa tahu keajaiban mungkin berlaku.
KJ, siapa yg tidak kenal? Dia pasti menang.
Datuk Scribe,
Saya pilih Mukhriz, tak kira di mana dia bertanding. Dia mendapat didikan politik yang lengkap, berguru kepada pendekar yang memang terbilang dan perkasa. Perguruan Mukhriz memang sebegitu rupa, tak ubah macam hero filem Hindustan - hero kalah dulu dan kemudian menang selepas bergelut dengan pelbagai ranjau di sepanjang perjalanan. Namun, Mukhriz bukan anak didik mahaguru yang memilihnya sebagai murid tersayang. Mukhriz bertempor di medan tanpa azimat dan mantra gemilang. Dia berdepan dengan pencabar bernaung di bawah lindungan perdana. Tetapi semangat waja anak ini amat terserlah, dan kini dia berhadapan di gelanggang yang lebih besar. InsyaAllah, anak muda ini akan terus mara, berbekalkan doa restu ayah bonda, saudara mara, kenalan dan teman. Kita semua tahu bahawa perjuangan belum selesai, dan Mukhriz akan meneruskan perjuangan itu tanpa memandang kebelakang. Selamat maju jaya saudara ku, saya dan keluarha mendoakan yang terbaik untuk mu demi kesejahteraan kita semua. InsyaAllah, kemenangan di pihak mu.
Nurul Izzah? Saya mahu dia menjadi giant killer. Tetapi jalannya amat sukar, penuh dengan liku2 yang curam dan bahaya. Shahrizat didokong tokoh korporat, yang sudah tentu memberinya jutaan habuan untuk bertempor di medan. Kehebatan Shahrizat juga terbukti, dan dia sedang berusaha menggantikan Rafidah yang semakin tua sebagai Ketua Wanita. Jika Shahrizat tandus di Lembah Pantai, dia perlu ucap 'goodbye' kepada cita-citanya. Oleh yg demikian, Shahrizat akan mempertahankan kedudukannya dengan apa juga cara sekalipun. Nurul Izzah jelas 'underdog.' Tetapi kemunculannya di persada politik tanahair memberi nafas baru yang amat dikehendakki. Majulah kamu Nurul Izzah!
Khairy? Dia dipayungi nakhoda negara. Kalau dia tak menang, mesti ada yang dipotong kepala! Heads will roll, dengan izin Datuk Scribe.
KAWAN
Hukum Dr Mahathir: “Anak-anak saya tidak boleh cergas dalam politik selagi saya menjadi Perdana Menteri.”
Sepatutnya beginilah yang kita mahu.
Pada pemerhatian saya, Parlimen Lembah Pantai memang akan menyaksikan satu pertembungan yang cukup mendebarkan. Saya pilih Nurul Izzah. Sebab Sharizat dah terlampau lama.
Di Rembau, Che Gu Bad tahu dia ditahap mana. Namun keberanian beliau mencabar Khairy jangan diperlekehkan. Saya pilih Che gu Bad.
Dijerlun, kedua2 pihak sama kuat. Takdir penentu segalanya. Saya pilih dua2. (undi rosak hehehe)
Hmm...kebetulan pula pandangan saya sama dgn Dato' Kadir.
Err...nak tambah lagi, nampak gaya macam Azmin Ali boleh rampas kembali DUN Hulu Kelang.
salam dato, semestinya muhkriz.walaupun beliau dilahirkan dalam golongan elit, namun beliau berkecimpung dalam kerja kerja amal dan beliau saya pasti mengenali apa itu kesusahan yang perit yang menimpa rakyat yg AMAN bantu itu.
itu adalah satu perkara yang terpenting jika rakyat hendak memilih seorang YB.
KJ? orang muda ini bijak memanfaatkan peluang. sayangnya jika beliau bermula berdikit-dikit, pasti ramai yang menyayangi anda.
melihatkan situasi KJ dengan DSAI, ada persamaan. DSAI di"angkat" menjadi orang kanan Tun M, lihatlah berapa ramai senior minister yang DSAI langkau? semestinya ramai yang tidak suka terhadap tindakan Tun M. lihat bagaimana DSAI sekarang?
KJ? kita lihat dan tengok, tanpa Pak Lah, semestinya KJ boleh survive kerana beliau bijak. sembang kedai kopi pun ramai yang bercakap pasal ramainya sahabat handai KJ di department penting dalam govt.
namun, tanpa kuasa, siapalah anda. saya pasti KJ pun begitu. tiada kawan selamanya dalam politik, begitu juga musuh
posting yang menarik dari datuk. terima kasih.
Dato',
Terima kasih kerana mengulas juga soalan saya tentang Khairy dgn tajuk besar "Cerita Tiga Calon Ternama" ini walaupun dicampur dgn kisah Mukhriz dan Nurul Izzah. Saya faham sangat 'tone' Dato' tentang ketiga-tiganya. Bagi saya masing2 berkongsi ciri2 sebagai seorang calon baru, yang underdog dan juga controversial!
Firasat awal saya hampir dgn Sdr Norbisa tetapi amat menarik sekiranya nanti menjadi sebaliknya. Dato' juga tentunya lebih arif dgn sentimen-sentimen pengundi mau pun yang tidak dapat mengundi sekarang ini.
Pendapat saya, berbanding bedtime story Nurul Izzah, cerita penglipur lara Khairy jika menjadi real kali ni, politik di Malaysia mungkin akan sedikit sebanyak berubah. Atau Dato' rasa tidak begitu?
Kadang-kadang musykil juga saya, kenapa faktor Kahiry ini tidak mendapat tempat sangat dalam blog Dato' ini? Sensitif sangatkah sehingga tak boleh dicuit? Daripada pengamatan saya, ramai yang beranggapan faktor kemenangan mau pun kekalahan Khairy di Rembau ini penting untuk keterlangsungan kerajaan Pak Lah. Mungkin juga ulasan-ulasan telah diketengahkan di dalam blog-blog lain, itu andaian saya. Seperti juga Dato', saya mengharapkan ulasan-ulasan yg 'honest' daripada sesiapa juga di dalam blog ini.
Sudah tentulah Khairy Jamaluddin, sebab dia saja yang tau bagaimana budaya kerja orang Yahudi. Saya pernah berkerja di Arthur Andersen & Co, walau Firma itu sudah lingkup, tapi saya kira kalau dulu kami percaya sama tuhan. Kami selamat. Saya berbaik sangka dalam jiwa Khairy dan Nouri masih ada tuhan. Yang jahat tu zionis, ada Yahudi yang menentang zionism
Dato,
Pilihan sy tentunya dato mukhriz tun dr mahathir.bkn sbb sy org kedah,tapi sebab saya kenal macamana orgnya dato mukhriz ni.baru2 ni sy balik ke Sg Petani..rata2 sokongan mmg banyak pada dia.tntg pencalonan dia yang khabarnya ditolak oleh org2 Langkawi...rupa2nya ada tangan 'ghaib' yang buat kecuh.letak dia kat Jerlun...ada org main strategi kotor.org2 kat Jerlun perlu bagi kerusi parlimen tu kat dia.dan harap2 dato sri anwar ibrahim jgk dapat mengisi satu tmpt pembangkang kat parlimen nanti...mgkn selepas setahun PRU ke 12 ni.strategi yang baik utk mengimbangi pengaruh KJ.
Dah muak tengok gelagat pemimpin UMNO(BN) macam budak-budak (tak semua), media jangan cerita, lebih sudu dari kuah.
Pilihan saya
1- NURUL IZZAH
2- MUKRIZ
NO 3 TAK ADA DALAM SENARAI (SIAPA KJ)
Orang Rombau,
MONOLAK calon BN-Khairy di kawasan Parlimen Rembau (P131) amat di hargai oleh keseluruhan rakyat Malaysia atas sebab berikut:
1. Orang Rembau perlu mengajar anak muda Khairi ini tentang adat resam orang Nogori yang mana menghormati orang lamo dan penduduk asal adalah adat yang tolah di jago sejak berkurun lamonyo.
2. Orang Rombau tidak porlu takut ketinggalan sobab selain ado Dato Md Hassan sebagai MB, ado dato undang dan adun yang lain yang perlu memenuhi janji BN kepado rakyat.
3. Umno Rombau tak perlukan calon luar @ parachute apatah lagi pengkhianat bangsa dan negara yang akan memalukan Umno Rombau di masa hadapan.
Calon parachute yang mengorbankan anak kampong sejati yang sekelian lama bekerja keras demi keperluan orang Rombau
Calon parachute yang tidak tahu langsung bercakap nogori apotah lagi adat rosam nogori.
Jadi, bagi pengundi Rombau, anda sosokali tidak rugi bila menolak anak muda Khairi Jamaludin dari Parlimen Malaysia bagi satu penggal demi masa untuk dia belajar adat rosam orang Nogori dongan lobih dalam lagi.
Saya pilih Opposition .... jadi, dengan tu, my first choice would be Nurul.
But, Nurul belum matang dalam bidang politik. Hopefully she turns out to be giant slayer lah.
So, evaluating the individuals, it goes without saying that only Mukriz yang layak menang dalam pertandingan ini. And I hope he wins, in spite of the tough seat he's been given. Very unlike the other one who is always given everything on a silver platter. TDM may not be well liked by everyone, but his upbringing of his kids is admirable.
What can I say about AAB? I am ashamed of people who ride on coat tails. And this KJ langsung tiada grassroot support. All are 'bought' by the psoition that he is married into. I hope he lose embarassingly.
Dato Mukriz Tun Mahathir!! no question ask!!
Shazwan
Rasanya tiga-tiga tak power tok, tapi dah soalan tok tu dalam tiga-tiga tu siapa yang jadi pilihan, saya nak jawab jugak la.
1. Nurul Izzah.
Pro: Dah lalui kehidupan senang masa pak dia jadi orang no.2 Malaysia. Masa susah, bila pak dia kena hina 'main belakang' dan masuk ISA. Tadak sapa di kalangan kita lalui episod hidup macam dia. Dia tau apa itu hidup susah dan senang. Empatinya lebih.
Kon: Tak berapa matang lagi dalam politik. Kena ambil masa untuk mematangkan diri dalam kancah politik. Harap dia jadi 'fast learner'.
2. Mukhriz.
Pro: Timba ilmu politik dengan tok guru hebat yakni pak dia. Kalau pandai aplikasikan dalam bermain pencak politik, boleh jadi terel tahap gaban.
Kon: Orang akan bantu dia atas sebab pak dia. Yang ni, dia kena usaha lari dari imej pak dia. Kelebihan yang ni merupakan kekurangannya.
3. Khairy.
Pro: Opportunis yang hebat. Cerdik. Ada hala tuju. Berusaha untuk menggapai bintang dan ada kesungguhan dalam menjayakan misi dan visinya.
Kon: Buruk perangai, nafsu besar, rakus, tamak, tiada akhlak, moralnya gagal, salahguna kedudukan sebagai menantu PM, mengata dulang paku serpih dan tidak menghormati orang yang tua dan otai daripadanya.
Jangkaan:
1. Nurul Izzah - tewas sebab muda dan tidak berpengalaman. Lawannya hebat.
2. Mukhriz - menang atas undi simpati dan pengaruh golongan yang menyokong pak dia.
3. Khairy - menang dengan majoritas yang banyak. Sebab dia menantu PM la ni. Suka tak suka, by hook or by crook, dia akan dipastikan kemenangan oleh pak angkatnya yakni bapak SPR.
Tapi.. ada tapinya. Bak mantra ADIDAS: "Impposible is nothing.."
Saudara dan Saudari yang saya hormati,
INI PERMOHONAN IKHLAS saya -- berpada-padalah bila berbahas. Janganlah mengeluarkan kata-kata kesat, maki-hamun dan cemuhan.
Kalau Saudara dan Saudari tidak menyukai seseorang kerana sifat dan sikapnya, janganlah sifat dan sikap Saudara dan Saudari pula menjadi lebih buruk daripada orang itu.
Atas prinsip itu, saya mohon maaf kepada Penampal Poster BN Rembau kerana tidak dapat menyiarkan komennya yang terlalu "personal" mengenai calon BN Rembau.
Kepada TokSidang, terima kasih atas persefahaman Tuan.
Tidak payahlah kita panjangkan perbahasan yang membabitkan Istana atau Raja.
Memadailah kalau saya katakan jika ada Istana yang terbabit dengan pemilihan calon atau ada MB serta orang politik lain yang menyeret Istana ke dalam kancah politik kepartian, ia telah melanggar peruntukan dan semangat Perlembagaan.
Kalau BN menuduh dan mengutuk Bersih menggunakan Raja, maka BN juga wajar dikutuk kalau ia membabitkan Raja dalam pemilihan calon.
Saya tidak akan lagi melayan komen yang membabitkan Istana atau yang mengandungi serangan peribadi yang keterlaluan terhadap mana-mana individu.
Terima kasih dan MINTA TOLONG.
Dato,
Ini hanyalah pandangan saya mengenai Rembau. Sejak BN menjadi wakil di kawasan ini, Rembau jauh ketinggalan dibandingkan dengan daerah lain. Kami harap biarlah parti lain pula menang.
Salam dari Guar Chempedak,
Dapat Badrudin lagi. harap2 jangan dok p cerita pasai 'kelambu' orang. ataupun 'terowong'. harap2 berubah sebab rakan baik Jasin dah takdak.
calon rembau ni semua silver plater saja. betul2kah dia ni 'bertuah'? atau mencipta tuah?
mukhriz pulak, orang semakin sokong sebab ketidakadilan berlaku pada ayah dia. smua orang tau benda tu. kalaupun yang buta IT, mukhriz adalah sentimental kerana Dr Mahathir
anak Anwar pulak, cantik. tara tu saja la Datok. menang tu tidak kot. tapi takkan sampai hanguih duit la.
berat ke mukhriz kot..
Salam datuk...
Maaf lari dari topik. Diharap datuk dapat komen tentang manifesto BN iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'. Saya telah melayari laman web rasmi PDRM dan mendapati statistik indeks jenayah tahun 2005 - 2007 semakin meningkat. Macamana yang dikatakan Malaysia ni selamat, aman dan makmur. Harap datuk dapat beri ulasan.
Pilihan saya, : Dato Mukhriz dan Nurul Izzah. Seorang lagi tu gopoh dan kalut sangat. Cakap pun ikut sedap mulut je, itu yang rasa terkilan.
Is Nurul a politician? I don't know. Is she just a proxy for her father? If she is, just as her mother was, raising the fallen flag, then I shall not waste my vote. Not because I do not trust her motives but simply because I believe that Sharizat has done a good job.
Mukriz gives the impression of a man going about his job and not looking for that pot of gold at the end of the rainbow. If he can deliver a third of what his father had done (minus the hanky panky), he's a good bet.
KJ?? Young man in a hurry. Bad vibes all around. But then, do anyone really know the real KJ?? Is he all talk and no substance? Is he only looking for King Solomon's mine? Or is he the real deal, the one that will take us on that quantum leap, to a higher plateau OR to oblivion.
Choices, choices, is it even safe to dream?
The Scribe,
Results Are Known
Only one priority:
Stop the pigeon!
(Tahniah Sdr Khairy Jamaluddin and YBMarang A Hadi Awang)
sudah tentu Dato Mukhriz, orgnya lemah lembut dan peramah (semasa first time bertemu dengannya) tapi tegas berani dan lantang menyuarakan pendapat..tak takut hilang tempat dalam PEMUDA. Dia mungkin cam bapa dia jugak yang lantang di persada politik bukan saja di Malaysia negaraku tercinta tapi di Dunia.(aku berbangga tentang pemimpin aku semasa di oversea bila orang luar memuji pemimpin Malaysia yang lepas)
Nur Izzah? tak penah jumpa dia atau tengok dia bercakap kat mana2..tak berpeluang
KJ? kalau dia betul2 bersemangat UMNO.. kenapa masa di Oxford dulu dia tak masuk pun Kelab Umno kat sana? Bagi aku dia tak berjiwa rakyat. Semangat melayu dalam diri dia hanya pesal Bapa Mertua dia PM saja.. dia mungkin naik lift..orang lain naik tangga.. tapi orang yag naik laju ni... jatuh dia pun laju..kata orang tua2.. Wallahualam
dato mukhruz!!
nurul izzah!!
saya pilih saudara idris
saya tak kenal dato mukriz. pernahkah dia masuk keluar kampung di jerlun sana ? kalau pun dia ikhlas nak jadi wakil rakyat tapi dia masih berada dalam sistem yang saya rasa tak mendatangkan apa apa makna kepada orang jerlun. wakil rakyat hanya untuk masa undi. selepas tu dia akanjadi wakil parti. apapun mesti ikut cakap parti. kalau tak kena tindakan, mbetulkan dato ? so dia tak bersuara untuk rakyat. kesudahannya rakyat juga perlu sendiri keluar beramai ramai bersuara.. seperti hindraf.. atau dato tentu ingat macam mana orang2 dari pendang berdemo yang akhirnya membawa kepada pemberian subsidi padi pada awal 80an.
yang saya tahu setiap kali plhnraya jerlun dapat jalan turap tar. itupun 3rd class. dahtu sambil turap jalan repairlah mana2 jambatan kayu yg dah bengkok... maaf tahun ni nampaknya ada malaun yang tar sekerat sekerat. depan rumah orang pas tak der tar.. macam budak2 la jkkk kampung tu
jadi dari memilih calun yang berada dalam sistem yang dah saya tahu itulah kesudahannya lebih baik saya pilih mereka yang baru.
KJ calon yang paling dibenci. Saya pun tak tahu kenapa. Orang tak cemburu, tak irihati .. mereka benci dengan anak muda ini. Adakah sebab dia anak menantu? Atau sebab perangai nya tak manis? Atau mulutnya celupar?
Ada yang suspek Khairy digunakan oleh pihak ini dan pihak itu. Pak Lah memang sayang menantu. Dia tak halang Khairy dilantik No 2 Pemuda Umno. Dia tak larang KJ bertanding di Rembau. Esok lusa Pak Lah akan cakap yang Mat Hassan paksa dia terima Khairy jadi calon.
Ada orang Umno mintak saya hulur ini dan itu pada Chegubard yang akan menentang Khairy di Rembau. Bad lagi muda dari KJ tapi peminatnya ramai. Tingkahlaku lembut, mudah tersenyum, tak gah. Kata orang Umno tu:
"Tolong bagi tahu Chegubard yang kami ni bencikan PKR sebab kami Umno. Tapi kami akan bantu Chegubard dari jauh dan dalam diam. Sebab benci kami pada PKR, benci lagi kepada Khairy."
Sampai gitu calon utama saya.
Terima Kasih.
Sukar untuk memilih bila ketiga-tiganya belum ada 'track record'terutamanya Izzah yang lebih bersandarkan kepada sentimen. Namun jangan pandang remeh pada sentimen, kerana manusia mudah dipengaruhi emosi.
Dari segi populariti, Khairy mempunyai kelebihan. Mukhriz terlalu 'low profile' jika dibandingkan dengan Khairy.
Akan tetapi...populariti bukanlah 'one way street' yang hanya menggambarkan yang indah-indah sahaja.
'Low profile' juga tidak bermaksud kurang pengaruh kerana orang yang berkebolehan dan bijak biasanya tidak masuk bakul dan angkat sendiri...
Izzah, Muhkriz dan Khairy. Yang mana antara bertiga...?
undi adalah rahsia... ;-)
Mukhriz. Tetapi beliau belum tentu menang. Beliau perlu bekerja lebih kuat. Jadikan pertandingan merebut Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu sebagai pengajaran. Selain dari faktor lain, Mukhriz sendiri lambat berkempen (maaf perkataan lain... malas) dan terlalu mengharapkan orang lain. Di Jerlun Mukhriz perlu lebih rajin dan lebih kuat berusaha. Beliau perlu rajin dan kuat bekerja seperti Bapanya.
Dato',
1. Saya nak Nurul Izah boleh !....tapi dia dah kahwin kan. Manalah tahu kot-kot satu hari nanti tiba giliran saya pulak jadi menantu PM (jika DSAI jadi pm)
2. Walaupun saya penyokong kj tetapi, untuk keadilan semua pihak pilih lah Nurul. Sebab yang 2 lagi tu abah dia orang dah pernah jadi pm, sedangkan abah Nurul tak lagi.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Nurul Izzah comes out as the best followed by Mukhriz. Some of us may hate Anwar, but to hate Nurul is to be blind in hate and anger. Just like those who hate Tun Mahatir shouldn't hate Mukhriz because that’s being blind too. Honestly speaking, Tun and DS Anwar fought and parted ways, but both of them have something in common: Both are superb leaders in their own rights. Secondly, both raised good children. Compare the children of Anwar with Badawi's children? You can't compare. Compare Nurul Izzah and Nori Abdullah? You can't compare. I don't think Nurul will unseat Shahrizat because Shahrizat and UMNO will spend close to 300 million on Lembah Pentai in order to win, but Nurul is what I would call the ideal Malay woman today. There is nothing she doesn't represent, be it Islam, Malay culture, modernism, appetite for change, decency, morality, liberalism, conservatism. She is all in one. And definitely Shahrizat doesn't have a single of these characteristics but God knows who win, but I will hold the idea that Shahrizat will win after she spends the 300 million ringgit. BN spent more than 100 million in Ijok by election, so they will not take chances here. But Nurul is still young. By next elections, she will be 32 years. Very young still and by then she can wrest the seat definitely.
For Mukhriz, he is a favourite child of Tun. He is different from Nurul Izzah for many reasons. One, he is a man while she is a girl. Proving herself as a woman from young age shows her extra ability and score. Secondly, Mukhriz spent more days under his father’s leadership shadows which spanned over 22 years as PM and more or the same as a minister and DPM. So we can argue that he was raised in obscene opulence rather than Nurul who didn’t see her father at her critical adolescence life, yet she was a girl and the eldest of a family. It is not a joke my dear. However, both have independent minds and somehow Mukhriz is very charitable and meek. Always, he assists the poor and engages in charity work which is a good mark and an act of Islam. Thirdly, he is independent and can take on Badawi the bodoh just like he did in the UMNO general meeting. Fourth, he shares with Nurul the culture of good manners. Both are refined and cultured unlike the samseng KJ who has nothing to offer apart from engaging in slander and sweeping name calling behaving like stupid overfed child. He is a disgrace. Nurul and Mukhriz may criticize something or someone, but they don’t engage in insults. I pray hard the two will work for the future of our country and Malays too. They are the best.
My choice:
1. Nurul Izzah
2. Mukhriz
3. KJ (NO NO NO) I better choose the dead rather than KJ.
dato kj,
boleh dato buat sedikit analisa serta komen mengenai politik johor. saya orang johor. saya sudah lama tidak puas hati dengan beberapa wakil rakyat ditempat (kampong) saya sebelum ini (sejak tahun lapan puluhan). kali ini sekali lagi calon adun (bn) tempat (kampong) saya ditukar. sebabnya saya tidak pasti. nak dapat maklumat mengenai calon ini pun susah. tak pernah dengar nama. nasib baik saya sudah berpindah kawasan mengundi (di selangor).
bn/umno johor nampaknya sudah semakin 'arrogant' dengan status
kubu kuat bn/umno. mereka semakin lupa bahawa mereka perlu bekerja untuk rakyat.
dato kj,
harap dapat bagi ulasan mengenai manifesto bn. saya tidak nampak sebarang penekanan untuk menjaga dan mempertingkatkan kepentingan orang melayu secara khusus.
Salam Datuk,
Saya berdoa mudah2an Chegu Bard memenangi Parlimen Rembau dalam PRU 12.
Menarik juga datuk 3 MB . perlis, pahang, trengganu siapa pilihan datuk.
Sdr Kristal, antara lain, menulis: "boleh dato buat sedikit analisa serta komen mengenai politik johor."
Biar saya kata begini: Umno Johor atau Umno di Johor lebih kurang macam Pas Kelantan atau Pas di Kelantan.
Susah parti lain nak menang sebab pengundi terlalu taasub, selasa dan takut ambil risiko.
Tapi Pas pernah kalah di Kelantan. Di Johor nampaknya dulu, kini dan selamanya Umno. Mungkin kerana nostalgia Umno dilahirkan di Johor.
Bila terlalu selesa, dah tahu tak akan kalah, maka wakil rakyat yang malas jadi tambah malas, yang rajin lama-lama jadi kurang rajin, yang korup jadi tambah korup dan yang bersih lama kelamaan jadi kurang bersih.
Semuanya kerana tahu tak akan kalah. Dulu ada juga sedikit keberanian. DAP dan S46 pernah menang dan bebas (Shahrir Abdul Samad) pun pernah menang.
Tak tahulah kali ini. Boleh jadi pengundi Johor, khasnya Melayu, berfikir lama sedikit.
Mengenai Manifesto BN tak payahlah saya ulas. Semua orang dah baca dan dah faham.
Saya pun faham lebih sikit sebab selamat, aman, makmur lebih mudah dan jelas daripada cemerlang, gemilang, terbilang.
Tapi berhati-hatilah bila keluar mengundi nanti. Negara kita tak begitu selamat sekarang. Kunci rumah elok-elok. Sekarang banyak pencuri dan perompak. Beg tangan tu jaga. Kena ragut, hilang MyKad tak boleh ngundi.
Terima kasih.
Pilihan saya;
1. Mukhriz
2. Mukhriz
3. Mukhriz
orang rembau,
kalau nak tengok muka atau jumpa Ahli Parlimen Rembau ( P131), buatlah sekarang sebab lepas menang nanti, nak jumpa kena tunggu kempen next election, baru boleh turun.
Maklumlah orang penting dalam kerajaan BN.
Selama beberapa hari ini, sejak Parlimen dibubarkan; kempen pilihanraya semakin rancak dan giat dijalankan oleh Parti-Parti Politik yang bertanding. Ditempat saya sendiri, kempen-kempen dijalankan terus menerus...seoalah-olah tanpa henti. Siang dan Malam. Cuba bersaing sesama sendiri menyebarkan Manifesto dan untuk memancing hati rakyat. Sampai jalan ditar...berlapis-lapis.... Padahal sebelum ini punyalah sakit hati jalan berlubang-lubang. Dalam pulak tu...silap-silap kalau tayar motosikal terbenam...confirm! tergolek dog!. Kereta pun silap haribulan, exzober pun makin cepat kena tukar sebab selalu masuk lubang. Cepat jahanam, maka cepatlah keluar duit bayar tokey eksesori kereta. Untungnya siapa?Sebenarnya apa yang saya cuba gambarkan ini hanya segelintir sahaja dari 1001 masalah rakyat marhain.
Kita memilih sesebuah kerajaan sepatutnya lebih daripada itu. Sebagai orang yang beriman kepada ALLAH swt, maka pilihlah sebuah calon dan parti yang benar-benar berjuang menaikkan syiar ISLAM dan menegakkan kalimah "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..."
Kepada yang masih *confuse atau ragu-ragu maka sebenarnya didalam islam kita ada tempat rujukan. Apa...Siapa....dan Dimana kita nak merujuk???
Maka rujuklah dengan hati yang redha dan minda yang terbuka (jangan ditutup) kepada :
1)Al-Qur'an
2)Sunnah Rasulullah saw.
3)Ahlul Bait
4)Para Alim Ulama'
Boleh dirujuk kepada Para ilmuan dan tokoh agama yang benar tanpa berselindung dan cari makan dengan sesama manusia dan mengharapkan habuan duniawi.
Carilah Para Alim Ulama' yang ikhlas menyatakan perkara-perkara yang HAK dan yang BATHIL tanpa takut menghadapi fitnah, umpat keji, caci nista oleh sesama manusia untuk menjadi tempat meminta pandangan dan nasihat. Carilah Para Alim Ulama' yang tanpa takut untuk menjadi miskin dan dikenakan pelbagai hukuman, sekatan, dan tindakan sesama manusia untuk menjadi sumber rujukan. Carilah Para Alim Ulama' yang berani berkata benar walaupun dihadapan para pemimpin yang zalim. Rujuklah kepada Para Alim Ulama' yang berjuang dengan motto "Amar Makruf, Nahi Mungkar"...bukan pula ulama' su' yang berjuang dengan motto "Amar Makruf, Amar Mungkar".
Maka jangan sesekali kita bersikap angkuh dan bongkak dengan memperkecil dan memperlekehkan Para Alim Ulama' dengan memandang sinis dan menggelar mereka dengan pelbagai kata dusta dan tidak baik. Kita ini tahu apa??? Mohon dijauhi Allah swt sifat-sifat keji begitu...
Seperti tulisan saya yang sebelum ini...maka akal lah yang menjadi garisan penentunya. Pandai-pandailah kita berfikir dengan betul dan lurus tanpa berbelit-belit. Jangan sampai kita menjadi barisan penentang para alim ulama'...
Perkara yang diatas ini bukanlah padangan peribadi saya selaku hamba Allah swt yang kerdil. Tetapi ini semua terdapat didalam Kitabullah dan Sunnah Nabi saw... Saya hanya menjadi tukang sampaikan sahaja,tanpa menambah satu sedikit pun. Nasihat ini buat semua, terutamanya buat diri sendiri.
"Jangan sesekali kita lupa berkata benar itu sebesar- besar jihad"
Dato,
Pantun saya seperti berikut :
Harimau mati meninggalkan bolang
Maknusio mati meninggalkan namo
Kenapo semua manusio mesti ado namo
Untuk bezokan manusio dgn haiwan.
Kalau sompek, silo lah jawab Dato'
Saya memilih Dato' Mukhriz Bin Mahathir sebagai pemimpin di Jerlun dan juga bakal pemimpin negara Malaysia.
Saya pilih Shahrizat Jalil kerana beliau banyak membantu memajukan Lembah Pantai.
Saya memilih Cikgu Bad untuk menang kerana ia atas dasar untuk menafikan Khairy Jamaluddin yang menggunakan UMNO untuk kepentingan peribadinya dan menghancurkan insitusi UMNO di mata rakyat sejak ia dibina 1946.
-Syahir, UMNO Kelantan
sekiranya pengundi jerlun bijak mereka akan mengundi mukhriz. amat penting sekali utk mukhriz menang , jika tidak bermaharajalela kj. jadi pembangkang terutama pas harus ambil perhatian dan membantu mukhriz
pilihan saya.
1.MUKHRIZ
2.NONE
3.NONE
Datuk,
I was watching cartoon - which teaches kids about good values - on Astro cartoonnework, with my 8-year-old nephew when the advice of the character of grandfather caught my attention.
It is deep and meaningful.
The wise old man told his grandson:
"It does not mean that the person who runs the fastest will reach his destination."
The first person that came to mind was the ambitious & all-powerful Son-in-law. The man in a hurry.
Dato,
Saya teringat semasa berada di kota suci Mekah dan Madinah sewaktu menunaikan haji penhujung 2006/1427 Hijrah. Tahun itu wukuf di arafah jatuh pada hari jumaat 9 Zulhijjah 1427 H / 29 Dec 2006. Tahun itu adalah Haji Akbar.
Hampir selepas setiap waktu semabahyang saya akan memohon doa kepada Allah supaya insan yg bernama Mukhriz Mahathir ini satu hari akan menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan bapanya. Ini kerana saya tidak nampak sesiapa yng mampu pada masa itu hinggalah sekarang di dalam UMNO, yg ikhlas untuk mewarisi kepimpinan negara yg di rahmati ini. Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Amin
Saya pilih Mukhriz. Ketenangannya menghadapi laluan yang berduri menampakkan kematangannya sebagai pelapis yang jati. PEMUDA harus memahami dan menghuraikan definasi PEMUDA itu sendiri. Saya berpegang PEMUDA sebagai pewaris generasi tua. Hormat pada yang tua. Semoga ALLAH yang maha penentu dapat memberikan petunjuk pada mereka yang bernafsu.
Nurul katanya hanya untuk memberi laluan kepada bapanya.
KJ good luck yo you.
mini clubman
Dato' Mukhriz
Mukhriz dilihat tidak sehebat KJ.
Nurul Izzah is beatiful. In politics, not we deciding but the voters. Lets see how they perform in this general election. Both Mahathir is an outstanding politician but he had the bad losing record too.
Ketiga-tiga boleh dibawa kedepan. Tiga manusia yang unik. Tiap-tiap satu ada kelebihan. Ketiga-tiga mereka mampu menyediakan check and balance yang menarik.
Kita perlukan kepelbagaian untuk mengelakkan destinasi negara yang melampau-lampau.
pilihan saya
_dato mukhriz
_nurul izzah
dan saya tanpa segan silu mengatakan TAK NAK pada KJ
akj,
saw cikgu speak last week.I was impressed and the man is better looking than KJ.all the best to him.
Datuk Scribe,
Yang korek itu kundi,
Yang merah itu saga;
Pilihlah yang baik budi,
Insya-Allah sejahtera bangsa.
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu;
Mukhriz orangnya pandai,
KJ hodoh perilaku.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Laluan Izzah bukannya mudah,
Menentang ibu yang rajib bekerja.
Harap hati kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi;
Mukhriz Mahathir itulah pilihan,
Diamnya diam berisi.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
KJ cakap berdegar-degar,
Penuh emosi tak ada isi.
CT Tanjung Perak
Dato'
Camano calon BN untuk MP Rombau ni?
Den tahu dio ni maso ket London dulu dio tak masuk pun jadi ahli UMNO London. Kutuk lagi ado la.
Kat Rombau ni pun tak kurang juo anak buah den yang belajar kat oversea & jadi ahli Umno kat sano. Balik kampung pun aktif lagi.
Lagi satu, nak botanding kek Rombau tapi kempennyo cakap lobih bunyi orang Penang (ikut omaknyo).
Tak ponah dalam sojarah Rombau, calonnyo cam ni. Takkan sobab dio monantu PM, teruih otomatik boleh jadi calon.
Apo kek Rombau ni dah tado lai calon UMNO yang baguih ko ? Malu den.
Dato Kadir,
After joining UMNO since Mahathir left in 2003, I often long for the realism and sincerity of Bollywood.
datuk, komen sikit. ramai orang sangka nurulizzah ni baru dalam politik, maka segala buruk dan kotoran politik itu tak pernah terpalit kepadanya. nurulizzah di lihat sebagai insan yang menjadi mangsa politik konspirasi bapanya. orang yang simpati kepadanya sangat ramai.
tapi ramai juga yang terlupa nurulizzah pernah berjumpa joseph estrada di filipina untuk memberi tekanan kepada kerajaan waktu itu. ibunya pula berjumpa dengan camdessus, madeline albright untuk memberikan tekanan yang sama kepada kerajaan. adakah ini pemimpin yang boleh kita boleh harapkan untuk berjuang untuk rakyat? komen sikit tentang ini datuk, terima kasih.
All three (and many others) shows that nepotism is alive and kicking as well as (shock!!)accepted in Malaysian politics right now. The worst kind of nepotism is that shown by our PM. The other two has no "protector" so to speak in the government so in a way they are working for themselves. So my vote goes to them.
But, what about those working for the party from ground up? They should be the one promoted if they have the sincerity but nevermind...show me a sincere a politician and he's probably six feet under now. Dulu ada la kot macam Allahyarham Mustapha Hassan if his bio-book really tell the story of what happened years ago when UMNO was initially formed.
Sdr Kadiology,
Usia bukan penentu mutakhir. Ada yang dalam politik sampai tua pun tak matang-matang juga --- Cakap merapu dalam Perlimen, dalam perhimpunan agung dan dalam media.
Usia 27 tahun bukan muda. Yang lebih penting suka membaca, rajin belajar, ada disiplin dan komited.
Datuk Seri Najib jadi MP pada usia 22 tahun.
Terima kasih.
Dato,
Now that Tun Mahatir has said Anwar innocent and that he was wronged, don't you think they need to patch up?
Tun: Anwar is innocent:
http://www.youtube.com/watch?v=60rkbOIdbu4
Mukhriz..walaupun susah nak memang kat Jerlun saya doakan moga dia menang.. Ya Allah berilah kemenangan kepada Dato' Mukhriz
Izzah.. kalau dia menang bagus jugak.. saya doakan untuk dia jugak
KJ.. tak memang pun tak pa.. tapi menang memang senang.. tengok di bawah ni.. akan banyak undi hantu camni.. sebab banyak hantu kat rembau.. lihat contoh
Khairy won't lose, Coz even ghost supporting him???
Klik link kat bwh ni utk semak daftar pemilih..
daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
Cuba type no ic kat bwh ni, pastu tgk tarikh lahir dlm daftar pemilih.
Tu la pengundi hantu.
890211050014 @ 1307762
961022505236 @ A7023350
971219750079 @ 0902843
991230710156 @ 2024648
991025740081 @ 0216550
Parlimen 131 - Rembau NS . - Khairy Jamaluddin
p/s:kalau macam ni boleh masuk Malaysian Book Of
Record ( Manusia PalingTua di Malaysia )
datuk,
saya suka untuk menyatakan pendapat sy pada tajuk ini.Menarik dan sesuai utk dibincangkan.
Barangkali persoalan yang datuk timbulkan ini lebih kepada situasi masa depan politik negara berdasarkan ketiga2 calon tersebut rata2nya masih muda dan baru dalam dunia politik.
Bagi saya ketiga2 calon tersebut mempunyai agenda politik yang berbeza yang dari segi impian, cara bertindak dan visi. Namun ketiga2 calon tersebut mempunyai satu persamaan yang ketara. Warisan.
Boleh saya katakan mereka berada dalam dunia politik dengan menempuh jalan mudah untuk dikenali oleh masyarakat umumnya dan para pengundi khususnya. Boleh lah dikatakan jalan mudah bagi saya(pasti yang akan tidak bersetuju).
Dalam membicarakan soal perjuangan politik iaitu apabila ingin menyatakan tentang seorang individu iaitu dalam dunia politik saya berpendapat ada 2 jenis individu dalam dunia politik iaitu :
1) seorang yang bekerja keras dalam dunia politik tetapi tidak popular dengan masyarakat kerana imej dan cara kerja yang dilakukan kurang mendapat sokongan orang ramai(walaupun apa yang dilakukan dan diucapkan utk kebaikan semua)
2) seorang yang kurang bekerja keras dalam politik tetapi terlalu popular( banyak sebab untuk menjadi seperti begitu). Boleh dikatakan jenis ini seorang yang memang pandai berpolitik. Dengan izin saya ungkapkan jenis ini adalah seorang YANG MEMANG LAYAK UNTUK MENJADI AHLI POLITIK(tetapi saya tidak mengatakan dia layak menjadi seorang ketua).
cth : Abdullah dan Mahathir
Mahathir.
Bagi saya beliau bukan seorang seorang ahli politik yang bijak. Keputusan beliau banyak menjadikan beliau tidak begitu popular untuk menjadi seorang ahli politik. Beliau hanya layak menjadi seorang ketua kerana beliau seorang yang bekerja keras dan sanggup menjadi tidak popular kerana keputusan2 beliau untuk memajukan negara.Menjadi tidak popular adalah bukan tiket untuk berjaya dalam politik.
Abdullah
Inilah seorang tokoh yang benar2 boleh dianggap seorang ahli politik yang berjaya. Beliau mempunyai kesemua ciri2 untuk menjadi seorang ahli politik yang berjaya( kerana keputusan2 beliau begitu popular,tetapi saya tidak menyatakan yang ianya baik untuk negara). tetapi beliau tidak layak untuk menjadi seorang ketua(mungkin ramai tidak bersetuju). Abdullah boleh menjadi seorang ketua,tetapi lambat laun ramai yang akan menyedari banyak kesilapannya).
Ini cadangan saya kepada ketiga2 tokoh muda tersebut :
Bekerja sebagai seorang ketua seperti Mahathir.
Berpolitik pula ikut cara Abdullah.
Jika ada kedua2 memang akan memudahkan jalan politik mereka. Namun apa yang saya perhatikan, akan cuma ada salah satu dari ciri tersebut. Soalan saya siapa yang akan anda pilih?
1. seorang ketua yang tegas dan tidak popular tetapi menggadaikan kehidupannya demi negara.Berusaha keras dan memajukan malaysia
atau
2. seorang ketua yang disenangi semua, popular,bijak mengambil hati tetapi tidak layak untuk mentadbir sebuah negara apalagi untuk memajukannya.....
Untuk memilih ketiga2 tokoh di atas, berat untuk saya nyatakan kerana masing2 masih belum menunjukkan tahap yang memuaskan untuk menjadi seorang ketua. Pertalian keluarga belum cukup untuk menentukan dia seorang ketua yang baik. Ketiga2 akan dipilih hanya kerana datangnya undi dari penyokong2 kuat bapa(mertua) mereka.
Jika untuk menggredkan mereka kerana pandai berpolitik(tidak semestinya orang yang pandai berpolitik boleh menjadi ketua), saya pilih Khairy. Mukhriz dan Murul Izzah belum membuktikan mereka layak untuk menjadi seorang ahli politik.
Jika untuk menggredkan mereka sebagai seorang ketua yang baik, saya tidak ada tanda aras untuk menilai mereka bg. menunjukkan mereka seorang yang boleh menjadi seorang pemimpin( yang baik ).
ramalan saya dalam PRU12:
- mukhriz menang agak selesa
- nurul izzah kalah teruk
- khairy menang besar
ramalan saya untuk perjuangan politik mereka seterusnya untuk masa depan:
- nurul izzah akan gagal
- mukhriz akan berjaya tetapi tidak cukup utk sebaris dgn bapanya.
- khairy akan berjaya tetapi tidak cukup untuk menjadi seorang PM
sekian
universiti tenaga nasional
4.45 a.m
Sdr Semi-modern,
Terima kasih atas rujukan kepada Youtube. Saya dah tengok.
Dr Mahathir serius ka atau dia berjenaka, berseloroh atau menyindir dan sarcastic?
Saya perhatikan banyak gelak ketawa dalam video itu.
Kita serahlah kepada pemilih yang bakal keluar mengundi.
Insya-Allah saya akan keluar mengundi. Alhamdulillah saya ada pilihan -- antara BN (MCA), BN (Umno), DAP dan Pas.
Terima kasih.
Dato,
Nampak gaya, semakin ramai anak-anak (anak menantu!) ikut jejak bapa.
Kalangan UMNO, Najib, Hiskerismudin, Mukriz, Nurul etc.
Ketua Menteri Sarawak juga menurunkan gene nya berpolitik.
MCA...juga ada, termasuk yang bapa membuat video lucah.
Bagi saya ramai bijak-bijak pandai lain. Gene ahli politik bukan lah yang terbaik, nanti ada gene tangan tiga, kaki empat, hidung dua..dsb.
cacat seluruh generasi melayu akan datang.
Saya anti "dynasty" cukup dengan 9 dynasty beraja sedia ada.
Dato,
Ketiga-tiga nya saya tolak. Cukup dengan 9 dynasty beraja sedia ada (+ Dynasty Raja Brooke terbaharu).
Nampak nya menjadi trend, sekarang, anak-anak mengikuti jejak bapa....bermula dengan Najib, Hiskerismudin,........Mukriz...etc. nanti semua menteri, timbalan menteri terdiri daripada kalangan anak-anak bekas menteri-menteri terdahulu. Adakah ini yang kita inginkan????
Bayangkan nasib melayu lain, akan datang. Innercircle dikalangan anak-anak ahli politik UMNO, MCA, Gerakan....tidak akan mengubah suasana politik Malaysia.
I definately choose DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Salam Datuk,
mencapai kejayaan atas usaha murni dari akar umbi bawah, melihat perit jerih ranjau sebelum mendapat kurniaan sekawah, bukan sekadar menumpang bergoleknya tuah, untuk terus terusan hidup bermewah, apa lagi lagak gaya bermegah-megah, bakal pemimpin yang bermaruah, pilihan hati membentuk masyarakat berukhwah.
pilihan keutamaan saya dilihat pada senario pahit jerih jatuh bangun politik, Dato' Mukriz antara bakal pemimpin yang bertuah.
wasalam
Assalamualaikum Dato'
Saya post comment smlm tp tak lekat lak.
Ni nak komen skali lg lah.Saya tertarik dengan topik ni.
Bagi sy Izzah sussah nak menang. Kenal dia masa belajar tp x rapat. Izzah takde tokoh jd pemimpin. Kalu dia x masuk politik lg baik..mcm x kena. Lawan dia Shahrizat... hmm..bukan fav sy gak tp kalu Izzah yg menentang Shahrizat realitinya susah skit ler nak menang. Tp politik ni susah nk ckp. Yg kita sangka kalah kang menang plak. Apapun saya tetap rasa Izzah akan KALAH!
Mukhriz..ni memang saya sokong abis. Bukan sebab saya ni anak jati Kedah tapi sebab kedibiliti Mukhriz. Dia ada ciri2 pemimpin tulen, ikhlas...skit2 ciri2 TDM mmg ada kat dia ni. Walaupun Jerlun tu nmpk pyh nk menang bergaya tp sy rs Mukhriz tetap akan berjuang abis-abisan...Kalu org Jerlun tak pilih dia tak tau la...Tp undi tu hak masing2...Harap2 depa buat pilihan tepat. Saya doakan kejayaan Mukhriz...Insya Allah... saya rs Mukhriz akan MENANG!
KJ..? Manusia ni sy takkan sokong smpai bila2. Mai dari mana pun tak tau. Muncul tetiba. Track record pun tak dak...Apa dah dia buat? Takat jerit2 tah pa2 nk tunjuk hebat. Kalu takat ngaji kat Oxford dah rs hebat...org pun naik meluat! Takat harap tuah pak mertua je la. Harap2 kalah lah dia kat Rembau..kalu org Rembau undi dia memang la org Rembau buto!!
Pilihan saya
1. Mukhriz
2. Izzah?
3. Tiada (KJ tak kan ada dalam senarai PRU12 ni atau PRU akan datang! Abiskan boras jo!)
Assalamualaikum
1. Mukriz
2. Sharizat
3. Cikgu Bad
1) mukhriz.....kerana dia mengatakan yang benar seperti yg dituntut oleh agama dan diarahkan oleh pak lah sebanyak 2 kali.....(beritahu saya kebenaran)....tetapi bila mukriz katakan kebenaran semasa pau yg lepas....dia diarahkan meminta maaf atau tindakan tatatertib diambil......x paham pak lah nie...apa2pun...mukriz berani mengatakn yg benar bila ditanya seperti lagenda melayu-tdm.....(mukriz bukan anak tdm dalam politik-jika dalam politik dia anak tdm,mukriz dah jadi pm atau timbalan pm).......
2)khairy.......sesungguhnya saya amat tidak suka pada khairy....kerana dia berjaya bukan hasil usaha nya....umpama anak sultan mengatakan...aku berjaya atas hasil usaha aku sendiri....mungkin kalau putera sultan benar2 mahu berjaya atas usaha sendiri...dia perlu menggunakan nama lain dan merubah rupa,identiti,akaun bank,rumah....
namun khairy org muda.......dia bongkak...kurang ajar kerana panggil org beruk.....berjaya jalan mudah....marilah kita doa pada allah supaya mengubah khairy menjadi org mulia........dgn usia muda.....kapasititi sbgai menantu pak lah...insya-allah atas kuasa allah khairy akan berubah dan byk perjuangan melayu yg dia boleh lakukan dgn hati yg ikhlas....rendah diri...hormat yg tua...berusaha atas diri....
3)izzah........anak pertama dsai...mewarisi byk perangai dsai....termasuk perangai dsai yg mampu menggadai bangsa bila keadaan terhimpit....izzah pernah pergi berjumpa in person dgn bekas pelakon dan presiden filipina...dalam keadaan tersepit....izzah menununjukkan ketidakmatangan dengan meminta campur tngan pihak luar dalam pentdabiran malaysia....ingatkah kita sejarah pendudukan inggeris di kebanyakan negeri tanah melayu...kerana pembesar atau darah diraja yg kecewa tidak dapat kuasa meminta campur tangan inggeris...apakah matang izzah atau seperti bapanya.......berombak bila taufan....
Keutamaan :
1. Dato' Mukhriz - Kesinambungan kehebatan ayahnya perlu diteruskan.
Tiada pilihan 2 dan 3 tapi..
KJ - Sangat baru, naik mendadak, tempatnya pasti menang walaupun hati ini tidak berminat dengan kepimpinan beliau.
Nurul Izzah - Tiada tokoh kepimpinan dan tidak sepatutnya beliau menjadi calon. Pantai dalam mungkin akan berpecah undi yang banyak. Saya tetap memilih Dato' Sharizat kerana kehebatannya, kerana dia BN dan kerana beliau layak untuk menang.
Pak Kadiaq,
Sekiranya saya Pengundi Hantu (yang tentunya boleh mengundi di merata tempat), undi saya adalah untuk Cikgu Bard yang berani, Dato Mukhriz yang berusaha dan Sdr Nurul Izzah yang manis.
Salam hormat,
ruudi
From M.A Hanif,
Memilih KJ bererti mematikan Malaysia, memilih NI bermakna memulihkan demokrasi, memilih MM bermaksud memaafkan yang lalu.
malaysia-focus.blogspot.com
Ini adalah kali kedua untuk saya menulis tentang Saudara Khairy Jamaluddin. Khairy dilahirkan dalam suasana elit bangsawan Melayu yang hampir keseluruhan usia pengajiannya berada rantau orang. Mendapat pendidikan awal di Singapura sehinggalah berjaya ke Oxford dalam bidang pengajian falsafah,politik dan ekonomi membuktikan beliau bukan calang2 orang. Sila rujuk laman : www.rembau.net.my untuk profil penuh beliau.
Rata2 pemimpin Malaysia yang berjaya sehingga ke tahap tertinggi politik di Malaysia adalah datangnya dari graduan2 luar negara yang sudah lama berkecimpung dalam Kelab Umno Luar Negara. Boleh dikatakan mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan dari seberang laut berjaya untuk menjadi tokoh2 politik terkemuka di Malaysia. Ini tidak menjadi persoalan kerana kepandaian dan kecerdikan mereka sudah terbukti. Pendek kata, mereka ini memang betul2 bijak. Jangan nafikan yang Khairy adalah seorang yang tidak bijak. Ini fakta.
Boleh dikatakan nasib Khairy baik kerana beliau berkahwin dengan Nori Abdullah pada 2001 yang membolehkan sinarnya dalam politik bergemerlapan. Sejak dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri pada 1999 jelas menunjukkan anak muda ini mempunyai aspirasi yang tinggi di dalam politik. Ketika itu beliau berusia 23 thn iaitu satu jangka umur yang terlalu muda untuk seseorang itu mencapai tahap seperti beliau. Rata2 pemuda yang hampir seusia dengan beliau masih lagi tercari2 akan halatuju selepas menghabiskan beberapa tahun di universiti. Beliau dikatakan seorang yang dinamik,mempunyai cita-cita yang tinggi,gigih berusaha dan boleh menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang. Beliau dikatakan juga mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan, mampu memajukan negara dan boleh membawa Malaysia jauh ke hadapan.Boleh dikatakan ciri2 kepimpinan beliau terserlah ketika menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu jawatan yang dipegang setelah memenangi tanpa bertanding pada Pemilihan Agung UMNO.
Benarkah andaian2 di atas?kenapa Khairy tiba2 muncul dalam arena politik Malaysia?Adakah kekuatan yang ada pada Khairy begitu hebat sehinggakan beliau kini dilihat mempunyai jalan mudah untuk menjadi pemimpin penting dalam Malaysia?dan persoalan yang paling penting sekali........LAYAKKAH BELIAU MENERUSKAN PERJUANGAN UMNO PADA MASA AKAN DATANG?
Kemunculan Khairy dalam dunia politik Malaysia adalah sesuatu yang dikatakan agak simbolik. Bagi saya, kekuatan yang ada pada Khairy adalah hanya digembar-gemburkan sahaja oleh sesetengah pihak. Jika ingin mengatakan yang beliau datangnya dari universiti kedua terbaik di dunia,pada pandangan saya,ramai lagi yang lahir dari universiti2 tersebut. Mereka juga melibatkan diri dalam dunia politik tanahair. Tetapi kenapa Khairy yang bersinar bintangnya?Graduan2 dari Imperial College, Harvard,MIT,Cambridge,Oxford,Princeton,Yale dan banyak lagi juga dihasilkan oleh Kerajaan Malaysia sejak sekian lama sehingga ke hari ini. Namun, kenapa Khairy yang menonjol? Ini sebabnya. Kekuatan yang ada pada Khairy selama ini adalah datangnya dari kelemahan kita sendiri yang seusia dengannya. Saya merujuk kepada anak2 Melayu yang seusia dengan Khairy itu sendiri. Khairy muncul dalam arena politik Umno ketika Umno itu sendiri ketandusan anak2 muda yang berwibawa yang boleh diketengahkan untuk menjadi pemimpin pelapis. Rata2 pemuda2 Melayu yang seusia dengan beliau masih dihanyutkan oleh arus peredaran zaman yang semakin mencabar baik yang berada di kampung2 atau bandar. Anak2 Melayu pada hari ini terlalu leka dengan kehidupan mereka yang masih samar2 untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Golongan ini datangnya dari golongan bawahan iaitu anak2 muda yang tidak mempunyai apa2 jawatan. Pendek kata saya rujuk mereka sebagai rakyat biasa. Bagaimana pula jika dibandingkan Khairy dengan barisan kepimpinan Umno(pemuda) pada hari ini? Boleh saya katakan, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengisi jawatan2 penting dalam kerajaan jika dilihat dari kepimpinan Pemuda pada hari ini. Mereka berpendidikan tinggi. Mereka lahir dari golongan2 elit yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik tanahair. Tetapi satu perkara yang akan menyekat mereka dari menjadi seorang pemimpin yang berkaliber. Mereka BACUL.
Pemimpin2 PEMUDA pada hari ini, terlalu takut pada Khairy. Pemimpin2 ini terlalu takut disingkirkan atau tidak diberikan peluang dalam perniagaan atau mereka takut tidak memperolehi jawatan yang penting dalam kerajaan atau UMNO jika mereka tidak berjuang demi Khairy.Kenapa Khairy berjaya sebagai naib Pemuda UMNO tanpa melalui apa2 pertandingan?(menang tanpa bertanding)Ini merupakan satu jawatan yang penting di dalam UMNO. Kenapa perwakilan terus membiarkan beliau menguasai UMNO ketika itu?Siapa Khairy Jamaluddin sehinggakan pemimpin2 UMNO ini begitu takut kepada beliau?
saya juga ahli Pemuda UMNO. Saya mempunyai hak untuk membuat kritikan ini.
Saya tidak mahu mengkritik Khairy, tetapi saya mengkritik pemimpin2 pemuda UMNO hari ini yang boleh dikatakan terlalu lembut untuk menangani masalah ini. Jika mereka tidak lemah pada hari ini, adakah Khairy akan terus berada dalam kepimpinan tertinggi UMNO? Jika pemimpin2 ini tidak takut kepada bayang2 mereka sendiri, adakah Khairy akan terus berkuasa dalam UMNO?Jika ahli2 pemuda UMNO dan orang2 Melayu yang sebaya dengan usianya tidak lemah pada hari ini,adakah Khairy akan tidur lena sambil bermimpikan takhta kepimpinan negara? Apa yang pasti, saya tidak menyalahkan Khairy kerana beliau mampu bertahan di persada kepimpinan UMNO hingga ke hari ini. Ini bukannya datang dari kekuatan beliau, tetapi kelemahan ahli UMNO itu sendiri.
Assalamualaikum,
Ini kali pertama saya memberikan komen berkenaan dengan isu politik negara. Di antara calon yang ada, saya meletakkan kepercayaan saya kepada Dato' Mukhriz. Ini kerana beliau mempunyai sifat kepimpinan seperti Tun. Saya percaya beliau akan dapat memberikan sumbangan yang lebih baik sekiranya laluan diberi kepada beliau untuk memberikan idea dan memimpin. Sepanjang malam saya berjaga untuk melihat keputusan pilihan raya terutamanya apabila keputusan Parlimen Jerlun masih belum diumumkan. Alhamdulillah, beliau berjaya.
Tuan,
Saya perhatikan bahawa kepimpinan merupakan satu faktor yang penting di dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Apabila seorang pemimpin itu lemah, tidak mendengar nasihat pegawainya, lebih mempercayai orang luar dalam mencapai keputusan, maka organisasinya adalah organisasi yang lemah. Tambahan pula, jika ada isu yang ditimbulkan, jawapan yang diberi adalah sambil lewa seolah-olah isu itu tidak penting.
Malaysia merupakan negara berbilang kaum. Seluruh dunia tahu mengenai perkara tersebut. Satu sahaja perkataan salah dituturkan, pasti hilang kepercayaan antara kaum yang ada. Sejak beberapa tahun kebelakngan ini, isu perkauman dan hak agama banyak ditimbulkan. Isu ini perlu ditangani secara halus dan penjelasan perlu diberikan kepada masyarakat.Jika benar dikatakan bahawa media dikawal oleh Kerajaan pemerintah, maka seharusnya peranan media digunakan sepenuhnya dalam menjelaskan isu yang timbul dalam negara. Diam memang merupakan perkara yang baik untuk mengelakkan konflik tetapi lebih baik untuk bercakap agar masyarakat faham apa yang berlaku.
Tuan,
Sepanjang perjalanan projek-projek pembangunan negara, sekiranya projek tersebut berjaya, menteri/pemimpin berkenaan akan menerima pujian. walau bagaimanapun, sekiranya projek yang dirancang gagal, kakitangan kerajaanlah orang yang dipersalahkan. Di manakah menteri/pemimpin ketika itu? Satu perkara yang perlu diambil berat oleh kerajaan adalah kakitangannya. Walaupun ada segelintir keluar dari landasan etika sebagai penjawat awam, namun sebahagian besar masih menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin, menggunakan sumber sedia ada dalam kekangan tertentu. Walau pun tidak ada pemberian kenaikan gaji atau bonus, seharusnya pemimpin memberikan maklum balas yang positif mengapa perkara tersebut boleh berlaku. Dan sebagai insan, perlulah menghormati antara satu sama lain- seperti isu pemberian penyapu yang berlaku di Selangor. Itu adalah perbuatan yang menjatuhkan maruah. Sekiranya berlaku kesilapan di dalam organisasi, seharusnya perkara tersebut diselesaikan secara profesional i.e dan bukannya lawak jenaka. Kerajaan harus belajar menghormati pekerjanya untuk mendapatkan kakitangan yang berkualiti dan taat setia hanya boleh diberikan dengan tulus dan ikhlas sekiranya pemimpin dapat memberikan contoh yang baik.
Bagi saya antara perkara yang perlu diambilkira dalam memperbaiki imej BN pada masa hadapan adalah komunikasi. BN kekurangan perkara tersebut. Tiada usaha bersepadu walaupun itulah yang diwar-warkan. Tiada usaha komunikasi yang baik dilakukan walaupun jawatan ketua perhubungan diwujudkan. Pakatan pula dilakukan di antara pemimpin yang tidak disukai. Sebagai contohnya gabungan Dato' Dr. Awang Adek dan Annuar Musa di Kelantan. Terus terang telah banyak ulasan negatif media alternatif mengenai Annuar Musa namun beliau masih diberikan peluang memimpin. Akhirnya ini menggugat kedudukan BN di Kelantan.
Walau apapun, yang penting adalah rasa kecintaan terhadap negara, keikhlasan menjalankan tanggung jawab,kekuatan bekerja menunaikan janji dan menghormati insan yang lain walaupun anda adalah raja di dunia. Tiada pemimpin yang berjaya tanpa menghormati dan berbincang dengan pihak lain.
Sekian, terima kasih.
1) Nurul Izzah
2) Tiada
3) Tiada
bg saya, KJ tak layak langsung didalam senarai keutamaan..
salam ukhuwah
minat mendengar, menghayati dan mempelajari ilmu tarannum Al-Quran?
layari http://tarannum-download.blogspot.com/
Post a Comment