Thursday, March 06, 2008

Keputusan Memeranjatkan Tidak Mustahil

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TERKINI: (8 Mac) --Bernama memetik SPR sebagai melaporkan bahawa menjelang jam 3 petang, kira-kira 58 peratus daripada 10.9 juta pemilih membuang undi.

Kalau aliran ini berterusan hingga jam 5 petang apabila pengundian berakhir, peratus yang keluar mengundi kali ini adalah rendah.

Andaian umum menjurus ke arah satu bentuk pemulauan (boikot) oleh sebahagian pemilih.

Trend ini boleh memberi kesan negatif kepada parti pemerintah kerana penyokong pembangkang umumnya amat serius mengenai pembuangan undi. Jika berlaku pemulauan, ia bukan oleh penyokong pembangkang.

Malaysiakini melaporkan yang calon-calon pembangkang mendahului di beberapa buah kerusi panas.

Di Terengganu, Bernama melaporkan polis menahan 22 orang, termasuk anak Haji Hadi Awang, kerana disyaki menyebabkan kekacauan.

Sementara itu, Ketua Polis Negera Musa Hassan mengumumkan bahawa parti-parti politik tidak dibenar mengadakan perarakan kemenangan demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Saya sokong 100 peratus.

POSTING ASAL

LOJIKNYA, majoriti pemilih Malaysia seramai 10.92 juta sudah pun membuat keputusan mengenai tindakan mereka pada hari Sabtu, 8 Mac ini.

Saya rasa mereka boleh dibahagikan kepada kategori berikut:

1. Yang sudah membuat keputusan tidak akan keluar mengundi;

2. Yang akan mengundi Barisan Nasional;

3. Yang akan mengundi pembangkang;

4. Yang akan membahagikan undi antara BN dan Pembangkang di nama pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan; dan

5. Yang akan merosakkan undi sebagai tanda protes.

Tidak memeranjatkan sekiranya bilangan pemilih yang tidak keluar mengundi tinggi kali ini. Pada PRU lalu, purata pemilih yang keluar mengundi adalah 73.9 peratus bagi Parlimen dan 74.99 peratus bagi DUN – antara peratusan tertinggi dalam sejarah PRU.

Peratus yang keluar mengundi lebih tinggi di negeri-negeri yang persaingan antara BN dan pembangkang sengit seperti Terengganu, Perlis, Kedah dan Kelantan.

Besar kemungkinan mereka yang akan memulaukan PRU kali ini terdiri daripada pengundi atas pagar yang dalam PRU lalu memilih BN dan ahli Umno yang tidak puas hati dengan kepemimpinan parti atau dengan calon.

Sekiranya andaian ini menjadi kenyataan pada 8 Mac nanti, BN amnya dan Umno khasnya mungkin menghadapi keadaan yang membimbangkan di negeri-negeri di mana saingan dengan Pas adalah sengit dan kemenangannya pada PRU 2004 tipis.

Kategori kedua dan ketiga terdiri daripada ahli setia parti yang tetap akan mengundi parti mereka walaupun tidak puas hati. Fenomena ini meluas di kalangan ahli Pas dan ahli Umno di luar bandar.

Percubaan mengubah pendirian mereka adalah sukar kerana mereka percaya sepenuhnya kepada apa ucapkan oleh pembesar parti mereka sama ada secara langsung atau melalui laporan media massa.

Ahli Umno dalam kategori ini percaya sepenuhnya kepada laporan media arus perdana manakala ahli Pas percaya kepada Harakah dan saluran maklumat berasaskan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang kini luas digunakan oleh parti itu.

Didesak keadaan, Pas dan parti-parti pembangkang adalah lebih canggih dan maju daripada BN di dalam penggunaan pelantar ICT seperti laman-laman berita Internet, Web TV, blog dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk berkempen.

Amalan membahagi-bahagian undi antara BN dan pembangkang bukan perkara baru. Ia berlaku agak berleluasa di kalangan pengundi bandar dan pengundi-pengundi negeri maju. Pilihan mereka banyak dipengaruhi oleh mutu calon yang dikemukakan.

Kaedah ini paling ketara di Pulau Pinang di mana pemilih memberi undi kepada pembangkang untuk kerusi Parlimen dan kepada BN bagi kerusi DUN.

Amalan ini meluas di kalangan pemilih Cina yang mahu memastikan BN menang supaya dengan itu terus mengekalkan seorang calon Cina sebagai Ketua Menteri tetapi pada masa yang sama sentimen mereka terhadap pembangkang tetap kuat.

Aliran ini juga telah mula kelihatan di kawasan-kawan bandar di negeri-negeri yang lebih maju di mana pemilih tidak bergantung sangat kepada pemberian BN dan pada masa yang sama terdedah kepada saluran maklumat yang lebih luas dan bebas.

Kategori yang terakhir adalah mereka yang berasa mereka perlu keluar mengundi tetapi sengaja merosakkan undi mereka sebagai tanda protes.

Teori undi protes dalam bentuk undi rosak (undi ditolak) ini tidak boleh diketepikan begitu saja kerana alirannya jelas. Ambil contoh kerusi Parlimen Pendang dan Sik di Kedah pada PRU 2004.

Di Pendang, daripada 49,193 kertas undi yang dikeluarkan, hanya 383 ditolak. Tetapi di Sik, daripada 31,682 kertas undi yang dikeluarkan, 1,287 diisytiharkan rosak. Di Pendang Pas menang dan di Sik BN menang, kedua-duanya dengan majoriti yang sangat tipis.

Teori undi protes ini lebih berwibawa jika kita melihat pengundian di kawasan bandar di mana kemungkinan undi menjadi rosak secara tidak sengaja adalah kecil.

Di Bukit Mertajam misalnya, daripada 45,442 kertas undi yang dikeluarkan, 1,148 rosak manakala di Taiping daripada 44,821 kertas undi, 1,337 rosak.

Tindak tanduk pengundi atas pagar dan ketidakpuasan hati ahli parti dengan kepemimpinan dan calon serta jentera pilihan raya yang compang-camping akan mempengaruhi keputusan pengundian.

Manakala setiap parti dan calon mempamerkan keyakinan yang tinggi melangit, hakikatnya banyak yang bimbang, takut-takut PRU kali ini menghasilkan keputusan yang memeranjatkan seperti:

1. BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Parlimen. Walaupun ini mungkin tidak menjadi kenyataan, ramalan rambang ialah Pembangkang mungkin memenangi sehingga 50 kerusi;

2. Pas kehilangan Kelantan dan gagal menawan semula Terengganu atau BN gagal sekali lagi menakluki Kelantan tetapi kehilangan Terengganu;

3. Pembangkang membelasah BN di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang; dan

4. Kekalahan calon-calon sensasi dan berprofil tinggi seperti berlaku pada PRU 1969 dan 1999.

Selamat mengundi buat semua.

53 comments:

Anonymous said...

Saya dah keluarga adalah tergolong dlm pengundi bernombor 4. Sebelum ini kami adalah pengundi No 1 yg tegar tetapi tidak utk PRU kali ini.
Selamat Mengundi Dato'

bzz said...

Saya mungkin akan menjadi salah seorang yg ada dalam ciri-ciri pengundi yg Dato katakan.

Selamat Mengundi Dato.

mn said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Datuk nak pangkah siapa? hehehe..."Biarlah Rahsia" atau "Fikir-fikirlah sendiri" !

2. Bagi saya Datuk, saya amat kasihan pada UMNO, saya amat simpati pada PAS dan saya amat menghormati pada PKR.

3. Cuma bezanya antara 3 itu, yang mana satukah yang betul-betul ikhlas dan jujur untuk berjuang dan menyelamatkan kita....maka yang itulah menjadi pilihan saya.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

Dato' dan semua,

Terus terang katakan, sejak saya layak mengundi, saya telah lama mengimpikan dan menantikan keputusan memeranjatkan setiap kali pilihanraya. Paling kurang, setidak-tidaknya PRU 1999 adalah yang paling hampir dengan impian saya. Saya sudah terlalu penat melihat negara dengan satu kerajaan yang 'kuat' dan pembangkang2 yang 'lembik'. Kerajaan yang saya impikan adalah negara dimana suara rakyat (pujian maupun rintihan) didengar, diambil perduli dan seterusnya dipertimbangkan dengan dgn serious di Parlimen dan Dewan Rakyat tidak kira apa juga isu - keselamatan/sekuriti, keadilan/kehakiman, pendidikan, sosial, naik turun barangan/petrol/tol, perbankan dan kredibiliti kerajaan dan swasta.

Kalaulah saya dapat mengundi kali ini (malangnya saya tidak berpeluang kali ini Dato' kerana jauh diperantauan), pilihan dan pangkahan saya adalah kepada calon yang telah saya kaji dgn mendalam latarbelakang serta keperibadian beliau - bukan faktor parti, bukan faktor kuasa/duit. PRU kali ini boleh menjadi terlalu personal buat saya. PRU 2008 ini menjadi pemula kepada masa depan keluarga dan generasi saya. Harapan saya ianya juga menjadi kayu ukur kepada kemajuan, kemakmuran dan keamaman negara seterusnya nanti. Itulah harapan saya dan keluarga di sini.

Jadi, kepada yang layak dan pergi mengundi Sabtu, 8hb ini, selamat mengundi dengan ikhlas dan selamat menunaikan tanggungjawap terhadap negara dan masyarakat serta generasi akan datang.

Anonymous said...

A'Kum Dato',

Saya mendoakan sebahagian ramalan2 Dato' menjadi kenyataan:

1. BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Parlimen.
Faedah: Kerajaan tak boleh sewenang2nya meluluskan akta2 yg menyusahkan rakyat atau utk kepentingan kroni mereka.

2. .... BN gagal sekali lagi menakluki Kelantan tetapi kehilangan Terengganu;
Komen: Saya lebih suka BN fokus kpd negeri2 yg dikuasainya (Johor, Melaka, NS, Pahang dll). Biarlah PAS membangunkan K'tan & Trg menurut acuan mereka. Nanti rakyat boleh compare model siapa yg lebih baik. In future mungkin gabungan kedua2 model pemerintahan boleh menghasilkan formula baru yg lebih hebat dlm pembangunan fizikal & modal insan.

3. Pembangkang membelasah BN di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Komen: Rakyat harus mengajar pemimpin2 UMNO Perlis yg bercakaran merebut kuasa seolah2 majoriti rakyat negeri itu akan tetap setia memilih mereka. Apa yg telah berlaku seolah-olah mereka akan terus menang wlp slps bercakaran secara terbuka di media.
BN Kedah menampilkan beberapa calon yg ada rekod peribadi yg buruk. Mereka harus ditolak. P Pinang adalah negeri Pak Lah. Rakyat PP harus beri isyarat pd beliau utk menghapuskan bbrp kepincangan dlm rekod pemerintahan beliau sebelum ini.

4. Kekalahan calon-calon sensasi dan berprofil tinggi seperti berlaku pada PRU 1969 dan 1999.
Komen: Saya juga berkongsi sentimen dgn kebanyakan orang lain. Wlp agak mustahil, saya berharap Allah menunjukkan mukjizatnya di Rembau pd 8mac nanti dgn menghumbankan jauh2 org yg menjadi kebencian umum itu jauh2 dr arena politik.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

A'Kum Dato',

Saya mendoakan sebahagian ramalan2 Dato' menjadi kenyataan:

1. BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Parlimen.
Faedah: Kerajaan tak boleh sewenang2nya meluluskan akta2 yg menyusahkan rakyat atau utk kepentingan kroni mereka.

2. .... BN gagal sekali lagi menakluki Kelantan tetapi kehilangan Terengganu;
Komen: Saya lebih suka BN fokus kpd negeri2 yg dikuasainya (Johor, Melaka, NS, Pahang dll). Biarlah PAS membangunkan K'tan & Trg menurut acuan mereka. Nanti rakyat boleh compare model siapa yg lebih baik. In future mungkin gabungan kedua2 model pemerintahan boleh menghasilkan formula baru yg lebih hebat dlm pembangunan fizikal & modal insan.

3. Pembangkang membelasah BN di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Komen: Rakyat harus mengajar pemimpin2 UMNO Perlis yg bercakaran merebut kuasa seolah2 majoriti rakyat negeri itu akan tetap setia memilih mereka. Apa yg telah berlaku seolah-olah mereka akan terus menang wlp slps bercakaran secara terbuka di media.
BN Kedah menampilkan beberapa calon yg ada rekod peribadi yg buruk. Mereka harus ditolak. P Pinang adalah negeri Pak Lah. Rakyat PP harus beri isyarat pd beliau utk menghapuskan bbrp kepincangan dlm rekod pemerintahan beliau sebelum ini.

4. Kekalahan calon-calon sensasi dan berprofil tinggi seperti berlaku pada PRU 1969 dan 1999.
Komen: Saya juga berkongsi sentimen dgn kebanyakan orang lain. Wlp agak mustahil, saya berharap Allah menunjukkan mukjizatnya di Rembau pd 8mac nanti dgn menghumbankan jauh2 org yg menjadi kebencian umum itu jauh2 dr arena politik.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

Yang pasti saya akan solat hajat, baca Yasin banyak-banyak minta sama Allah agar parti orang yang banyak memberi gelar anjing kepada Polis Di Raja Malaysia dan kawan-kawan penulis selama ini kalah teruk.

MYSON said...

salam datuk

selepas pru 1999, saya telah meletakkan harapan yang amat tinggi pada pru 2004, malangnya saya teramat kecewa sehingga menitiskan airmata di hadapan tv pada pukul +-11.00 mlm pada tahun itu

tahun ini saya tidak meletakkan harapan yang tinggi... cuma saya ada nazar...

harap saya dapat tunaikan nazar saya tahun ini

selamat mengundi semua

Unknown said...

Dato'
1994 - Calon DUN saya undi menang, Parlimen menang
1999 - Saya tidak mengundi kerana saya kerja di KL, anak baru lahir. Nama saya sepatutnya di Selangor, tetapi telah dibatalkan dan register ambik tahun 1998 dan tentu nama saya kat Pahang dan Wife saya di Terengganu
2004 - Baru boleh mengundi di selangor, Calon saya kalah DUN dan Parliment.
2008 - Belum tentu lagi, tapi rasa macam kalah aje lagi

ManHassan said...

salam s'tera Datuk...

Masuk yang ni dah ompek kali
den ngundi ha...
tiga di Wangsa Maju dan sabtu ni di Kajang...

Untuk kesekian kalinya hati tidak pernah terdetik nak beralih arah...

Memang 'Kati Patang' agak 'loklag'.. tapi yg lain tu..'merak buih'... Selamat Memangkah...

Anonymous said...

Ramalan saya pula...
a. Kelantan akan terus dipimpin oleh PAS walaupun majoriti tipis.
b. Terengganu masih di bawah BN tapi menang dengan majoriti tipis.
c. Negeri Perlis, Kedah dan P Pinang tetap di bawah BN hanya dengan majoriti tipis.
d. Ada lebih 50 kerusi pembangkang di Parlimen.
e. Dato' Samy Vellu akan tewas.
f. Majoriti tipis utk KJ menang di Rembau.
g. Keputusan PRU12 menyamai keputusan PRU 1999.

Anonymous said...

Salam datuk...
Menarik tajuk ni... saya pengundi atas pagar tidak masuk mana2 parti walaupun ipar duai kerja kuat untuk BN. Tapi kali ni saya rasa saya jadi yang no 3, kerana:

1. Sikap tidak Profesional SPR yg buat peraturan tapi sendiri yang langgar peraturan....

2. Rasa tidak puas hati media perdana dalam menyampaikan maklumat yang berat sebelah... spt pembaca lain loya tekak dan rasa nak muntah...

3. Pemilihan calon yg MENGAYAKAN DIRI SENDIRI dan kroni serta MERASUAH AJK Bahagian setelah terpilih jadi calon...

4. Untuk memilih PEMIMPIN yang BEKERJA untuk kita BUKAN kita yang jadi PENGAMPU mereka...

salam... 'SELAMATKAN MALAYSIA'

Anonymous said...

nak tambah satu lagi datuk.. tertinggal...

5. Meluat tgk pengampu2 dalam UMNO terutama pemuda2nya kerana memberi laluan MUDAH kepada KJ... hanya kerana dia MENANTU PM tanpa susah payah TIBA2 TIMBUL nama mamat tu dlm POLITIK Malaysia.... siapa dia tu...
dengar nama pun MELUAT....

Anonymous said...

Dato macam tahu saja saya tak mahu keluar mengundi.
Saya tak mahu mengundi kerana saya tak suka orang yang bertanding di tempat saya.
Depa kata undi saya berpeluang merubah segalanya. Saya buat perkiraan bahawa peluang tu 93% akan gagal. Jadi tak logik saya nak berebut pi mengundi.
Walau orang marah kat saya bila saya kata "kalau sapa pun jadi pemerintah, mesti serupa jugak". Malaysia kekurangan pemimpin yang berwibawa dan bersemangat kenegaraan yang tinggi.
Walau saya tak berapa setuju dengan zaman Tengku Abdul Rahman dulu tapi sapa pun tak boleh kata semangat kenegaraan Tengku tak teguh. Begitu juga lagi 3 orang Perdana Menteri selepas dia.
Tapi yang sorang ni, saya ragu-ragu.
Bila kita cadang kat dia nak buat sebuah kawasan perumahan Melayu bertaraf sederhana tinggi, dia jawab "Melayu 'Kasi eleik' (dia cakap Tamil - kalau tak salah saya bermaksud duit tak ada)".
Saya percaya kata tu doa. Kalau pemimpin dah doa macam tu, mana ada harapan orang Melayu nak maju bawah pimpinan dia. Ta kat boleh beli rumah 'lokoih' (low cost) sajalah jawabnya.

Anonymous said...

Apabila pengundi pilihanraya dilayan oleh kerajaan BN seperti pengundi sms program realiti....maka akan ada lah surprise seperti yang terdapat dalam program realiti.

Anonymous said...

Mau Se Char-wen

Bagus kenyataan anda:

i. Tidak memeranjatkan sekiranya bilangan pemilih yang tidak keluar mengundi tinggi kali ini;

ii. Pembangkang mungkin memenangi sehingga 50 kerusi;

iii. BN gagal sekali lagi menakluki Kelantan Terengganu;

iv. Pembangkang membelasah BN di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang;


Kenyataan sebenar: SPR pandai buat kerja. (Mukhriz menang selesa and agak bergaya di P5 - alhmadulillah dan ameen; serta terima kasih kepada semua pengundi di Jerlun tak kira partai)

Anonymous said...

Dato KJ yang dihormati,
Keputusan memeranjatkan tidak mustahil. Anything can happen. Allah yang maha penentu perjalanan segala keputusan. Ke arah mana keputusan itu akan membawa Malaysia dimasa akan datang dia juga yang menentukan. Semuanya akibat perjalanan kepimpinan kita yang membawa kemudi perjalanan negara. Semoga post mortem yang ikhlas kelak dapat mengubah perjalanan politik tanah air yang mungkin telah lari dari 'allignment'yang sepatutnya sebagai satu negara yang berbilang bangsa. Walau apa keadaan sekali pun hak mutlak Melayu sebagai peneraju negara tidak boleh di ambil ringan. Namun saya berharapan tinggi setiap keputusan nanti ada pengajarannya yang tersirat kepada semua parti-parti untuk menyemak balik perjalanan perjuangan mereka. Kepada BN saya mendoakan agar mendapat kejayaan, namun begitu ada tempat-tempat tertentu yang akan membuka mata, memberi kesedaran dan keinsafan kepada kepimpinan. Mungkin politik mee segera harus dilupakan, sebaliknya politik dodol yang menjadi panduan dalam menentukan calon dimasa akan datang. Saya melihat perjalanan dodol ini hebat, dari mula mencari kayu api, menghidupkan api,memasak santan dan gula merah, dikacau, dikacau lagi, orang yang mengacau bertukar tangan membantu yang penat, tukang masak meninjau keadaan dodol yang sudah masuk ke fasa mana sehinggalah ia menjadi dodol yang kental dan padu.Orang tengok dodol tu orang kenal, itulah dodol yang dah masak penuh. Untuk mencapai kematangan dalam berpolitik wajib melalui perjalanannya demi mengecapi pengalaman, yang tetap akan berbeza-beza antara satu sama lain. Selamat mengundi,ingat jangan hancurkan negara, biarlah gelanggang-gelanggang hebat bertarung, kita nantikan keputusannya. Terima Kasih.

mini clubman

Berita dari gunung said...

Saya tidak selesa mengundi kali ini. Adun dan MP dulu terbukti bagus. Ramai orang selesa dengan mereka.

Adun dan MP dulu masih muda dan bertenaga, tetapi tidaklah seangkatan Radzi, Aziz atau PM dan tidak pula semuda Khairy.

Kami memang kenal calon DUN sekarang. Beliau tidak lulus mengikut tapisan masyarakat umum. Kemudian kami berdepan dengan situasi apakah calon atau parti yang dipangkah.

Saya masih ada hari Jumaat dan pagi Sabtu untuk bercongak-congak.

noryn said...

Datuk,
Sekali lagi pendapat Datuk dan saya seiring
Sila rujuk http://noryn.blogspot.com dalam tajuk "pilihanraya Terakhir Buat Pak Lah?"
Saya lebih cenderung mengatakan keputusan kali ini lebih teruk dari 1999. Pembangkang mempunyai isu2 yang besar yang boleh dimainkan dan setiap isu itu mempunyai asasnya yang tersendiri. Ingin saya nyatakan, Pulau Pinang,Kedah,Kelantan dan Terengganu malah di Johor sendiri akan berlaku kejutan luar biasa. Malah saya rasakan BN agak gusar di Pulau Pinang dan Kedah.
Kenapa Koh Tsu Koon beralih ke Parlimen?kenapa Lim Guan Eng bertapak semula di Pulau Pinang?Saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Pulau Pinang.Adakah Koh Tsu Koon akan mengalami nasib yang sama seperti Lim Chong Eu pada 1990 jika beliau bertanding kawasan DUN?Strategi senyapa DAP di Pulau Pinang pasti akan membawa padah kepada BN khususnya Gerakan jika perkara ini diambil mudah oleh BN.
Begitu juga dengan Kedah.Calon2 pembangkang pada kali ini tidaklah begitu kuat bagi saya. Namun, calon2 dari BN terutamanya UMNO yang kelihatan lemah disebabkan kelemahan itu datangnya dari parti UMNO itu sendiri.
Jika ramai yang ingin melihat perubahan kepimpinan tertinggi UMNO berubah disebabkan kelemahan2 yang ada pada mereka,saya rasa PRU12 inilah masanya untuk rakyat memberi mesej yang cukup jelas kepada pemimpin2 tersebut. Jika pembangkang ingin menguasai lebih banyak kerusi dari 2004, tahun inilah masanya untuk mereka bergerak. Pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang "mempunyai isu". Isu personaliti dan janji2 sudah tidak boleh digunapakai dalam pilihanraya pada kali ini.
kenaikan harga minyak,harga barang,isu perkauman,isu orang Melayu, isu ekonomi dan kelemahan sistem pentadbiran negara jelas terpampang yang boleh dimainkan oleh parti pembangkang.
Apa yang sudah BN lakukan pada rakyat biasa sejak mandat besar diberikan kepada mereka?Koridor2?Adakah ianya hanya gula2 pilihanraya? Pak Lah bijak mengatur strategi. Setelah selesai kesemua koridor2 yang ingin dirasmikannya, maka pembubaran Parlimen beliau lakukan. Petani2 di kampung banyak mendapat imbuhan subsidi baja. Di Kelantan, pampasan kepada mangsa banjir diberikan pada nilai yang tinggi. Tabung Haji, bank Rakyat dan LTAT antara medium2 yang digunakan untuk meraih simpati rakyat dengan memberikan bonus yang tinggi.Bayangkan betapa banyaknya wang digunakan untuk pilihanraya pada kali ini. Saya melihat pentadbiran Pak Lah seolah2 tidak menggunakan wang untuk kebajikan rakyat(jika ada pun, terlalu sedikit),tetapi lebih gunakan untuk memantapkan lagi jentera politik dan pilihanraya BN. Saban hari di akhbar2 utama dan stesen2 TV utama, diiklankan untuk memangkah dacing. Tahukah kita berapa kos yang kerajaan sudah gunakan? Ini menunjukkan Pak Lah seorang ahli politik yang bijak mengatur stateginya.
Ramai yang mengatakan ingin menjatuhkan Pak Lah dan Khairy Jamaludin. Khairy dihentam dengan fitnah2 yang teruk dan Pak Lah dilabel sebagai seorang yang terlalu lemah untuk mentadbir kerajaan. Tetapi, ramai yang tidak bagaimana untuk menjatuhkan mereka. Melalui PRU12 inilah masa yang sesuai untuk memberikan mesej kepada mereka bahawa rakyat pada hari ini tidak bodoh untuk menilai mereka.
Pak Lah tidk akan kalah di Kepala Batas dan Khairy takkan kecundang di Rembau. Tetapi untuk memberi mesej kepada mereka, gunakanlah pilihanraya ini di tempat2 anda sebagai tanda untuk memprotes setiap tindak tanduk mereka.Jika BN kalah teruk jika dibandingkan dengan 1999,maka itu mesej penting kepada kepimpinan tertinggi bahawa mereka perlukan perubahan. Untuk merubah UMNO itu sendiri, ia perlu diubah dari peringkat atasan.
Jika PRU12,BN masih mengekalkan kecemerlangan seperti 2004, maka ini menunjukkan rakyat masih mempercayai kepimpinan Pak Lah. Jika BN kalah teruk, maka mesej penting untuk Pak Lah."LETAK JAWATAN". Saya bukanlah sedang bermimpi ketika menulis artikel ini. Memang sukar untuk melihat seorang PM untuk meletakkan jawatannya.Tetapi ia tidak mustahil boleh berlaku.Namun, apa yang pasti, Pulau Pinang,Kedah,Terengganu dan Kelantan, BN akan dibelasah teruk. Ini Pilihanraya terakhir buat Pak Lah.
Jika Datuk menyatakan boleh berlaku kejutan besar,saya bersetuju penuh.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Pada pilihan raya yg lepas-lepas saya sentiasa memilih BN.Terus terang saya nyatakan,kali ini mungkin saya akan membuat undian PROTES.Datuk dapat 'membaca' dengan tepat sekali.
padiodoom
sitiawan

mie said...

Banyak kemungkinan yang bakal timbul pada PRU 12 ini.
Masing2 ingin mempertahankan parti.
Tidak mustahil segala yang Dato' katakan ini.

Anonymous said...

Dato'

Saya amat sayang pada parti UMNO. Demi Allah Yang Maha Mengetahui, saya sayangkan perjuangan UMNO dan percayakan prinsip asas perjuangan UMNO. Tapi saya amat kecewa kerana parti UMNO sudah tidak mampu troubleshoot diri sendiri. Dan ia memerlukan kuasa dari luar untuk membersihkan UMNO. Saya bertekad akan bersihkan UMNO dari luar. sebagai peringatan kepada YB. PM bahawa saya tidak bersetuju dengan banyak keputusan beliau, terutamanya tentang Khairy Jamaluddin.

Anonymous said...

Assalamulaikum Datuk,
Sejak dulu lagi saya mengikuti perbahasan Datuk.
Saya adalah generasi 80an yang layak untuk mengundi kali kedua untuk PRU kali ini nampaknya tidak berpeluang mengundi pada kali ini kerana bekerja pada tarih tersebut. Saya bekerja sebagai khidmat pelanggan (kerja ikut shift dan kerja di hari minggu) di syarikat telekomunikasi di ibu negara yang menghadkan waktu memohon cuti sebulan awal. Pak Lah umumkan tarikh mengundi agak lewat (tidak sampai sebulan dari tarikh mengundi). Memandangkan tempat daftar mengundi saya di kampung Besut Terengganu, agak jauh, saya mengambil keputusan untuk tidak mengundi. Saya boleh dikategorikan dalam kumpulan nombor satu. Lagipun saya bukan jenis pekerja yang suka ponteng atau ambil cuti sakit. Sebenarnya saya bukan nak salahkan sesiapa kerana tidak dapat balik mengundi, saya sendiri tidak bersungguh-sungguh. Lagipun majikan saya berbangsa India mungkin masih boleh berunding sekiranya saya bersungguh. Faktor yang menyebabkan saya tidak bersungguh-sungguh lebih kepada suasana politik semasa khasnya kepimpinan Umno. Saya sebenarnya berasal daripada keluarga yang dari sejak dulu menyokong Umno.Saya rasa tidak berbaloi mengambil cuti kecemasan semata-mata balik mengundi walaupun Umno Besut menawarkan duit balik kampung RM 100. Kalau saya balik pun saya akan menjadi pemilih kategori kumpulan ketiga, mengundi calon Pas walaupun perjuangan mereka bagi saya tidak jelas. Ini bertujuan memberi mesej kepada Umno dan mengurangkan majoriti 2/3 walaupun saya rasa BN tetap menang PRU kali ini. Kepada pemuda pemudi yang sayangkan Umno atau pemilih di atas pagar yang berpeluang mengundi, jadikan undi anda sebagai mesej tanda protes kepada kepimpinan sekarang. Saya dapat bayangkan senyuman bangga Pak Lah dan menantunya sekiranya BN menang besar PRU kali ini.

the indie story said...

Liputan Terkini : Anwar Ibrahim Turun Pasar Minggu Kampung Baru, KL (Khamis 6 Mac, Masa : 9.30 - 11 pm) JALAN DITUTUP !

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA :

http://theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT!

A KADIR JASIN said...

Terlalu mudah. Too predictable. Too coincidental. Terlalu cepat. Terlalu dekat. Terlalu mencurigakan.

SPR tiba-tiba membatalkan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam—indelible ink.

Alasannya keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam?

Knock, knock my brain is short-circuiting. Tiga Abdul please shine the light on me? Zam Zam ala kazam? Now you see, now you don’t.

Dakwat yang SPR dan pemerintah uar-uarkan sebagai "penyelesai kepada segala syak-wasangka" tib-tiba menjadi punca masalah seolah-olah senjata WMD.

Secara tiba-tiba pula rumah pengerusi SPR disimbah cat. Satu kebetulan? Too convenient. Internal security and public order?

Who are the culprits? Tiga Abdul do tell me what’s going on? Or the three of you are the culprits.

PS. Maaf lambat siarkan komen. Saya menjengok Kelantan dan Terengganu.

Unknown said...

The Scribe,
Semakin hampir menjelang hari pilihanraya, semakin banyak analisis politik daripada 'para penganalisis' dipaparkan. Keadaan yang meriah ini menyemarakkan lagi pilihanraya kali ini.
Peristiwa2 cat dan dakwat menggamatkan lagi suasana yang sedia kecoh.

Saya tidak lihat pilihanraya ini bertanding seperti buku dengan ruas mengikut spesifikasi calon2 yang bertanding dan rekod2 parti2 politik bertanding seandainya hendak dibandingkan antara Democrate dan Republican di United States. Walaubagaimanapun, perebutan pucuk pimpinan ini bukanlah ditentukan oleh kekuatan calon, tetapi oleh kehendak pengundi2 sendiri. Oleh itu, tidak kira sebagus mana calon itu, dan sepopular mana parti itu, kemenangan belum pasti berpihak kepadanya.

Pengundi tidak boleh tidak mengundi dan tidak boleh merosakkan undi. Saya andaikan merosakkan undi adalah seperti tidak datang mengundi kerana keputusannya undi ditolak atau tiada undi dikira. Walaupun dikira sebagai protes, tetapi status pengundi yang rahsia menyebabkan motif protes itu tidak berapa jelas. Keputusan undi yang sah juga yang akhirnya menjadi ukuran.

Maju dalam teknologi ICT tidak bermakna mesej yang hendak disampaikan dan diterima dengan lebih mudah. Penggunaan media arus perdana yang cepat dan mudah terus tetap masih menjadi vektor informasi pilihan kebanyakan orang.

Saya mendoakan para pengundi perjalanan pergi dan pulang yang selamat dan saya juga berharap tidak kira siapa juga yang memegang tampuk pemerintahan tidak kira DUN atau Parlimen agar menjalankan amanat rakyat dengan cekap dan amanah agar Malaysia terus maju, selamat dan makmur.

SELAMAT MENGUNDI!

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Jangan lupa baca niat mengundi sebelum memangkah:

"Sahaja aku masuk barisan
Untuk Pangkah Pas
Demi Keadilan"

Selamat mengundi.

Anonymous said...

saya paling suka komen afundi, dia cadang buat undi sms macam program realiti tv.
tentu menarik.
saya pasti mawi nanti menang.
boleh jadi cerita macam arnold schwarzenegger. sebab tak fasal-fasal artis pun sibuk berkempen sekarang. artis yang berkempen untuk pembangkang tidak pulak disiarkan.
mawi sokong sapa?
sorry beralih topik. melawak aje.

aminahmunirah said...

A'kum Datuk,
Menarik ulasan Datuk ttg pecahan pengundi.. So, apa pandangan Datuk ttg Kelantan dan Terengganu?

Anonymous said...

Say setuju dengan Melawak saja.

Pasai apa siar artis kempen untuk BN saja?

Ada juga artis kempen untuk BA.

Saya kesian Tok Siti Nurhaliza.

Pasai Datuk KJ (Klahid Jiwa bukan KJ memantu PM) dapat kontrak besar, Tok Siti diperalat.

Kesian Tok Siti.

Wang Tepus

Anonymous said...

Tok Scribe,

Ini kali ketiga saya ngundi. Tahun 99 ngundi BA sebab sokong Anwar. Tahun 04 ngundi BN sebab sokong Pak Lah, Orang Baik dan Imam.
Tahun ini saya undi macam ini;
1. Tidak akan undi calon dari satu kaum yang keji Melayu dan tekan PM yang lemah walaupun dia calon BN,
2. saya pilih calon yang lebih baik antara Umno, Pas dan Keadilan,
3. Saya ada satu kerusi di mana MCA lawan DAP. Saya mungkin tak undi mana-mana calon walaupun calon baik sebab saya nak fair.

Pengundi Bebas Selangor

Anonymous said...

This is a very exciting GE for Malaysia and for many democracies.

WASHINGTON - More people say they are Democrats than said so before voting started in this year's presidential contests while the number of Republicans has remained flat, a survey showed Thursday.

The Associated Press-Ipsos poll had additional bad news for the GOP: The number of independents and moderates satisfied with President Bush and the country's direction has dipped to record or near-record lows.

Hmmmmmm...Bush vs Abdullah Badawi.

Will more Malaysian voters be moving from BN to the alternative front?

The ruling party in Taiwan lost the presidential election. PM John Howard lost in Australia.

Will this happen in Malaysia? Will the incumbent fall?

Do we want a strong government or a responsible government. I am voting for the latter. KJ, Nazri Aziz, Rafidah, Samy Vellu? Hmmmmmmm...

Sexy***Jane

Razlan said...

Asalamualaikum DKJ.

24 Jam lagi kita akan pergi memilih pucuk kepimpinan yang baru atau dikekalkan yang lama.

Rata-rata komen yang diberikan lebih kepada pembangkang.

Tetapi, bagi saya, kita perlu melihat kepada kemajuan dan kemakmuran serta keamanan yang kita kecapi.

Dilaman blog ini saya melihat ramai yang menyalahkan kerajaan dan menghentam kerajaan, tetapi apakah isu yang sebenarnya?

Pembangkang diperlukan di semua Negara, tetapi biarlah kita memperolehi pembangkang yang kritis secara membangun.

Dato, saya melihat kemenanggan BN pada 2004 adalah disebabkan Pembangkang tidak lagi kritis dengan positif, rata-rata membawa isu yang tidak releven dan kebih kepada personal dan pendek akal.

Oleh disebabkan itulah Pembangkang hilang kepercayaan daripada rakyat, jadi jangan salahkan BN kerana kekurang mereka.

Mereka yang memarahi BN, lebih kepada sifat peribadi yang mana menghendam Pak lah dan Menantunya. Adakah ini IDEA dan SKOP pemilihan kebannyakkan Bloggers disini?

Ramai yang disini secara amnya melihat kepimpinan Kerajaan akan menghancurkan atau menjual negara, tetapi selama ini BN memerintah kita menperolehi keputusan pembanggunan yang selesa.

Jadi, Buatlah pilihan berdasarkan semua sudut, tidak salah kita menjatuhkan Wakil Rakyat Yang tidak turun padang, dan tidak salah kita menghukum mereka yang tidak buat kerja untuk Negara.

Jadi, pikir dan pilihlah secara bijak untuk anak cucu kita. Buangkan sifat iri hati dan sakit hati, Orang Melayu masih lagi memerlukan Kerajaan Melayu untuk membela Bangsa Melayu.

Pikirkanlah ....

Blow d' whistle said...

saudara Zainal

good jokes...selamat mengundi semua

the power in your hands(pinjam celcom punya motto)

Anonymous said...

Dato,

apalah gunanya keputusan yang memeranjatkan jika yang tumbang adalah calon yang memang bagus manakala calon yang hendak ditumbangkan terus berkuasa.

Pilih lah dengan bijak.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

PRU12 ni pasti lebih gempak keputusannya..tengok gaya macam akan ada kejutan..

Harap2 ada sesuatu yang menarik la berlaku pada PRU12 ni..BN hilang majoriti 2/3 pun menarik jugak kalu berlaku. At least biar tersentak skit orang2 BN...Kurang2nye tak de ler rasa selesa sangat...nant bole keje lg kuat...

Kelantan, Terengganu adalah satu lagi prkara menarik nak ditengok dlm PRU12 ni...Tp saya berpendapat Kelantan tetap milik PAS, Terengganu kekal dgn BN. Pulau Pinang, Kedah? Dua negeri ni pun menarik jugak persaingannye..BN menang di Penang tu saya rasa sudah pasti la tp ada harapan byk ler kot hilang majoriti mudah...Kedah ni pun lagu tu gak rasanyer...Tah ler, org biasa mcm saya ni tak tau nk buat ramalan...Kang dirasa yg menang tu kalah pulak...

So, mengundilah dengan bijak!

Assalamualaikum...

Anonymous said...

Tok kadiaq,

Yang lawaknya tentang Datin Seri Siti berkempen untuk BN di sana-sini, tetapi rata-rata umum tidak mengetahui bahawa Siti tidak mendaftar untuk mengundi. saya akan kenang peristiwa ini sebagai satu kisah lawak pilihanraya 2008 yang agung!

bak cintanya kepada kekasihnya... kisah daftar pemilih siti seperti "BIARLAH RAHSIAAAAA""!!

. said...

Dato' KJ,

Seperti Dato, saya juga tak sempat kerap memblog beberapa hari ini kerana "turun padang". Melihat kepada beberapa orang pembahas yang mengakui tidak mengundi (bukan sahaja di blog ini, tetapi juga di blog2 lain), mungkin elok kalau SPR perkenalkan undian cara SMS seperti Akademi Fantasia. Saya cadangkan Dato' A Kadir Jasin sebagai Pengetua :)

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Ini kali ketiga saya akan mengundi pada PRU walaupun kurang setahun setengah abad (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan). Tidak pernah tidak mengundi BN kerana sebagai penjawat awam saya merasakan perlu berterima kasih kepada tangan yang memberi, dan saya rasa perlu redha kepada pihak yang memberi saya sumber rezeki yang menjadi darah daging anak-anak selain mensejahterakan kehidupan keluarga.

Tetapi sejak kebelakangan ini, terlalu sangat mendengar rungutan dan diri sendiri berasa tidak puas hati terhadap pelbagai perkara angkara individu-individu tertentu dalam kerajaan, khususnya dalam pentadbiran negeri Selangor.

Pada awalnya, saya bercadang mengundi berdasarkan prestasi dan perwatakan calon dan bukan bersandarkan parti; lantaran pilihan saya Dato' Aziz di Parlimen Shah Alam kerana saya senang dengan kepimpinan beliau.

Seterusnya saya bercadang untuk tidak menyokong calon DUN BN (bak marahkan nyamuk kelambu dibakar) kerana paling tidak senang dengan kepimpinan Khir Toyo, yang bagai cuba mewujudkan empayar kecil Jawa di Selangor sedangkan kemajuan Selangor bukan terhasil daripada sumbangan rakyat berketurunan Jawa semata. Tambahan, sebagai penduduk Selangor, saya tidak memerlukan seorang pemimpin yang mengalami 'inferiority complex' hingga perlu menukar wajah dan menukar hidung daripada apa yang telah Allah anugerahkan asalnya. Mana mungkin kita boleh menerima sebagai pemimpin seorang yang jelas sekali menggunakan bahan yang telah difatwakan haram oleh para ulama (i.e. botox).

Bagaimanapun, yang lebih tidak menyenangkan saya ialah seorang pemimpin (tak kira sama ada dari kalangan pembangkang atau kerajaan) yang menjaja cerita yang tidak semuanya benar tentang negara tanah tumpah darah kepada orang luar untuk meraih simpati, seterusnya mempertaruhkan maruah bangsa dan negara. Pemimpin serupa ini saya anggap gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, api dalam sekam, talam dua muka, pengkhianat negara, dan sebenarnya tidak layak diberi gelaran pembela bangsa.

Mungkinkah Khir Toyo perlu berterima kasih kepada Anwar Ibrahim memandangkan tindak-tanduk DAI di Singapura akan menyebabkan seorang lagi pengundi memberi satu lagi undian kepada BN di Shah Alam esok untuk DUN Kota Anggerik.

Tetapi ini tidak bererti pendirian saya terhadap kepimpinan Khir Toyo telah berubah. Khir Toyo perlu sedar bahawa keberkesanan seorang pemimpin peringkat beliau bukan terletak pada wajah dan hidung baru (yang mungkin menarik bagi sesetengah orang, tetapi tidak langsung bagi saya), tetapi terletak pada kewibawaan, ketelusan, kejujuran dan keikhlasan dalam memberi khidmat kepada rakyat, secara adil dan saksama.

Dato', izinkan saya memberi pandangan tentang Khairy Jamaluddin. Saya bukan penyokong KJ dan bukan juga peminat Pak Lah. Tetapi sebagai seorang yang telah bernikah dengan orang Rembau sejak awal 80-an, kehadiran KJ sebagai wakil rakyat akan menguntungkan Rembau. Untuk sekian lama Rembau telah disisihkan dari segi pembangunan. Contohnya, sejak dari mula saya bernikah hingga sekarang (lebih dua dekad), setiap kali aidilfitri dan aidiladha, kampung suami pasti terputus bekalan elektrik dan air. Itu baru satu bab, belum lagi masuk bab ketiadaan atau kekurangan projek kerajaan pusat. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lalu, KJ mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi kerajaan; ini akan memudahkan projek pembangunan yang boleh memanfaatkan penduduk Rembau, dalam acuan mereka sendiri. Penduduk Rembau tergolong d kalangan mereka yang kuat dengan adat Perpatih.

KJ memang banyak kelemahan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu (yang juga menjadi kelemahan ramai di kalangan pemimpin kita sama ada dalam kerajaan atau sebaliknya, sama ada di kalangan tokoh korporat atau rakyat biasa). Men twice his age are known to have exhibited such gungho traits under similar circumstances although they may not have been brought up outside of the country the way KJ has been. Tetapi dia juga banyak kekuatan terutama dari segi kepimpinan, idea-idea yang bernas, dan keberaniannya berhadapan dengan kutukan dan kritikan.

His biggest sin pehaps, is his God-given status as the PM's son-in-law. Memang dah jodoh dia nak jadi menantu Pak Lah, dan bukan menantu Tun (yang mempunyai gaya kepimpinan berbeza dan mungkin tidak akan membenarkan menantunya menceburi banyak bidang yang Pak Lah pula tidak menganggap sebagai satu kesalahan), ataupun menantu Anwar Ibrahim (yang berkemungkinan akan dapat membantu menganjak perjuangan politik DAI). I was told that it was Tun who first saw the potential in KJ and later suggested that Pak Lah take him under the older man's wings. I stand corrected.

I don't see anyone losing out if one were to speak less evil of controversies like KJ, nor do I see anyone gaining an edge by spelling out one's hatred for him or what he stands for in life...

Wong Wedok Jowo

Anonymous said...

The Scribe,

Selamat Mengundi di hari yang indah dan damai, Malaysia

Dalam mengejar hari-hari
yang Sejahtera, Aman dan Makmur
tiada matahari tertewas purnama
malam mendahului siang
dan berenang-renang kita
setiap sesuatu fi falakin

Anonymous said...

Kepada sahabat semua,
tulisan ini adalah yang terakhir sebelum kita semua keluar mengundi esok 08hb.Mac.2008. Aku dah tekad rasa dan sebulat kata bahawa inilah masanya aku dan isteri (berpakat setelah banyak isu yang kami perdebatkan bersama) bahawa PAS menjadi pilihan kami.Apatah lagi calonnya adalah seorang doktor keluarga yang cukup merendah diri,sejuk mata memandang.Kami hanya menyedari dia adalah calon PAS setelah poster dipasang pada siang hari. Ibu bapa,mak dan bapak mertua rata-rata hidup bersama UMNO. Kasihan kerana mereka tidak mampu merobah fikiran setelah sekian lama dijajah UMNO!! UMNO kini bukanlah UMNO dulu, aku dan isteri juga adalah ahli UMNO tetapi setiap hari dan masa UMNO dan juak-juaknya semakin menjelikkan mata dan rasa.Baik dgn tutur kata,perangai,kelakuan,kesombongan,bongkaknya pemimpin2 UMNO amat mengelikan mata dan telinga. Aku insaf apabila disapa atau menyapa pemimpin-pemimpin PAS. Tuan Guru Nik Aziz,Ustaz Hadi, Dato Mustapha,Dato Ismail Kamus,Dato Haron Din. Begitu rendah budi dan hamba diri!!! Aku pernah ketemu mereka secara peribadi bukan urusan politik. Dimanakah sikap begini pada pemimpin UMNO? Boleh aku sebut satu-satu pemimpin UMNO yang pernah aku temui.Sikap pemimpin UMNO meloyakan aku. Dan, aku dan isteri terpaksa menjelaskan kenapa PAS menjadi pilihan apabila anak-anak mula bertanya, kenapa aku tidak memilih timbang ( bukan dancing sebutan orang lama) sedangkan atok-atok dan nenek mereka adalah penyokong kuat UMNO. Aku jelaskan satu-satu mengapa aku tinggalkan UMNO kini dan selamanya.

kahsinaw said...

You write very well Dato' but I wish to see you write on the current Dato' VK Lingam fiasco. I am very sure you will be able to provide not only relevant materials but also interesting facts and figures of the case.

the indie story said...

LIPUTAN TERKINI:

Foto-Foto Perhimpunan Malam Terakhir BARISAN ALTERNATIF Sebelum Hari Mengundi Esok ( Lokasi : TAMAN PERMATA, LEMBAH KERAMAT / Masa : 9.30pm - 12am )

Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada:

http://theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT!

Anonymous said...

Datuk Scribe,

Setelah meninjau kawasan pilihanraya Parlimen Rembau, saya sangat yakin yang KJ akan mendapat kemenangan besar.

Walaupun saya simpati dengan CekguBard tapi apalah yang dapat dia buat dengan RM20,000 seperti yang dilaporkan oleh Rocky’s Bru manakala KJ ada bapa mertua dan seluruh jentera BN dan kerajaan di belakangnya.

Saya sedikit pun tidak hairan kalau majoriti KJ lebih besar daripada yang diperoleh Firdaus Mohd Rom bin Harun dalam pilihanraya 2004.

Keyakinan saya ini adalah berasaskan kepada faktor berikut:

1. Ketokohan KJ.
2. Kedudukan KJ sebagai menantu Perdana Menteri.
3. Kedudukan KJ yang ditakuti kakitangan awam, termasuk kakitangan pejabat daerah Rembau.
4. Jentera pilihanraya BN yang canggih, ampuh dan berwibawa.

Adalah di luar jangkaan saya bahawa calon yang begitu terkenal kerana hubungannya dengan PM selaku menantu tidak boleh mengatasi jumlah undi yang diperoleh calon BN dalam pilihanraya lalu, Firdaus Mohd Rom bin Harun yang menang dengan majoriti undi sebanyak 18,656.

Ani Jasmin,
Budak Cengkau

Da Real Deal said...

Datuk,
Pak Lah amat tepat apabila beliau berkata faktor calon memainkan peranan yang penting di PRU kali ini. Di Johor walaupun MB berkata pengundi2 masih pandang kepada parti dan buukan calon kononnya menunjukkan bahawa BN Johor terlalu kuat, buat pertama saya sudah mula kedengaran bahawa ada orang2 UMNO yang tergamak mengundi PAS kerana faktor calon yang bongkak kerana terlalu selesa dengan hakikat negeri Johor adalah tunggak kepada kekuatan BN dan sekaligus menganggap sokongan rakyat di Johor adalah tunggul yang menyokong membuta tuli.

Di pilihanraya2 lepas, cara orang UMNO yang tidak menyokong calon adalah dengan cara tidak keluar mengundi. Kali ini sudah kedengaran mereka sanggup keluar untuk mengundi pembangkang. Ini adalah kerana MB orangnya lemah yang risau akan kedudukan beliau sendiri lebih dari keadaan BN negeri. DUa penggal sudah negeri Johor antar yang terakhir mengumumkan calon dan sudah berlaku bebberapa kali calon boleh bertukar di saat2 terakhir. Sekali ini berlaku lagi seorang hamba Allah yang sudah di maklum akan menjadi calon dan setelah doa selamat di buat dikampung keputusan bertukar pula esoknya. Ini menunjukkan kepimpinan negeri yang lemah dan kerana itu ahli2 UMNO sudah mula bosan dengan keadaan ini. Saya terpaksa menyeru kepada ahli2 UMNO yang seperti ini untuk duduk dirumah dan jangan mengundi jika mereka berhajat untuk buang undi mereka untuk pembangkang. Ini dianggap aneh di negeri Johor gtetapi inilah sentimennya. Jika tidak percaya, lihat sahajalah penurunan majoriti yg ketara di negeri ini pada malam ini.

I think Terengganu will fall. Johor will register a sharp decline in majority wins. Shahrir will maintain his fantastic winning margin because of the candidate factor.

Selamat mengundi Datuk.

Anonymous said...

saya akan mengundi pembangkang tahun ini parlimen dan ADUN semata-mata kerana kebencian terhadap KJ yang berasas kukuh!

Anonymous said...

Previous election saya tak dapat balik mengundi, tahun ni Alhamdulillah. Cuma saya rasa sedikit pelik sebab SPR sediakan pensil untuk pangkah undi. Dulu bukan guna marker pen ke. ... Kay

Anonymous said...

penang gone.. kedah gone..

turunlah pak lah..

brambus kj

Anonymous said...

Saya tidak dapat mengundi kali ini dan tidak pernah mengundi sebelum ini. Saya terharu dan bangga dengan perubahan yang rakyat Malaysia inginkan. Walaupun tanpa dakwat kuku ternyata BN goyah. Agak kalau dengan dakwat kuku mungkin lagi goyah kot. Saya percaya ramai yang sayang pada BN tetapi ramai lagi yang meluat dan mual dengan 3 masking tape yang masih belum sedar diri bahawa rakyat tidak mahu mereka memerintah. Ya, BN menang majoriti mudah dan saya berdoa supaya AAB bukan lagi PM Malaysia. Sekiranya masih lagi PM yang sama, saya percaya Malaysia akan menjadi huru hara. Please, change the PM.

ici said...

pak lah. apa awak sudah bikin? baru 2 penggal awak sudak kalah 5 negeri. resinglah. perjuangan awak sudak selesai. serahkan lah kepada yang mampu sahaja.

Anonymous said...

Prepare for shock!! Federal Government might be Barisan Rakyat! Stay Tuned..... hehehe...

noryn said...

“Pada 1999, selepas Dr Mahathir memecat Anwar, undi Melayu beralih kepada pembangkang . kemenangan BN banyak dibantu pengundi Cina dan India. Dr Mahathir yang ketika itu Presiden UMNO, parti orang Melayu, tidak menawarkan diri untuk meletak jawatan.”
Berita Harian Isnin -10 Mac 2008 – Tajuk artikel : Dr Mahathir beri pandangan prestasi BN (Muka surat 4)-Tulisan : Jalal Ali Abd Rahim.

Antara maksud kandungan di atas, penulis tersebut ingin menyampaikan satu mesej penting kepada seluruh penduduk Malaysia amnya dan Melayu khususnya bahawa Tun patut meletakkan jawatannya ketika itu kerana gagal mendapat sokongan pengundi Melayu.
Komen saya :
Saya ingin menyatakan pendapat saya setelah saya membaca kandungan penuh artikel di atas yang ditulis oleh seorang penulis dari Berita Harian. Saya rasakan tulisan tersebut ditulis setelah Tun Dr Mahathir menggesa Pak Lah supaya bertanggungjawab di atas kekalahan teruk BN pada pilihanraya pada kali ini. Pada hemat saya, penulis tersebut ingin mempertahankan “KELEMAHAN” Pak Lah dan beliau juga tidak mahu Pak Lah tunduk kepada desakan untuk meletakkan jawatan.Malah ketika itu, Tun tidak didesak untuk meletakkan jawatannya. Berbeza pula dengan Pak Lah. Beliau sudah mula ditekan oleh rakyat. Cukuplah rakyat memberikan isyarat dengan ditunjukkan di atas kertas undi. Jangan sampai rakyat bercakap di khalayak ramai dengan mengatakan terus kepada Pak Lah “Pak Lah, letak jawatan!!!!!!!”.
Rakyat Malaysia masih mengamalkan budaya ketimuran. Jika dulu, apabila ingin mengkritik Pak Lah, ramai yang mengatakan gunalah saluran yang betul. Tun Dr Mahathir dilabel sebagai kejam kerana mengkritik Pak Lah dengan menggunakan saluran yang tidak betul. Bloggers2 juga dianggap “syok sendiri” kerana mengkritik Pak Lah di dalam dunia maya. Itu juga dianggap saluran yang salah untuk mengkritik Pak Lah. Jadi, disebabkan kesemua saluran2 yang digunakan dianggap tidak betul, maka pilihanrayalah dianggap saluran yang betul untuk menunjukkan rasa marah rakyat terhadap Pak Lah. Maka, 8 Mac tersebut, rakyat menunaikan apa yang dianggap mereka sebagai saluran yang betul mengkritik Pak Lah. Maka perlulah difahami oleh penulis tersebut bahawa ini adalah isyarat khas yang diberikan kepada Pak Lah melalui saluran yang betul.Dan perlu diingat, ini bukanlah pemilihan di dalam parti yang hanya melibatkan ahli parti tersebut, tetapi ianya adalah Pilihanraya Umum yang melibatkan semua kaum, taraf hidup, agama dan pendek kata ianya adalah suara keseluruhan sebenar rakyat Malaysia.

Memberikan persamaan tentang kekalahan BN pada 1999 dan 2008, adalah satu tindakan yang boleh saya katakan tidak relevan. Ini alasan saya :
1. Pada tahun 1999, BN masih mampu untuk mempertahankan majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sedangkan pada 2008, BN gagal memperolehi angka tersebut.
2. Pada tahun 1999, BN hanya kalah di Terengganu sambil gagal merampas Kelantan daripada PAS.
3. Pada tahun 1999, undi kaum Cina dan India masih utuh kepada BN kecuali undi Melayu yang berpindah tangan. Manakala pada tahun 2008, boleh dikatakan keseluruhan undi dari ketiga2 kaum terbesar di Malaysia ini berpihak kepada pembangkang.
Hari ini akhbar2 tempatan banyak menyatakan bahawa pucuk pimpinan tertinggi BN menyeru supaya dibuat kajian yang mendalam dan mencari punca sebenar kekalahan BN pada tahun ini. Parti2 komponen juga menyarankan agar kajian dibuat bagi menentukan apakah punca sebenar kekalahan parti kerajaan pada PRU12 ini.
“Tidak adil bagi mana-mana pihak memaksa Perdana Menteri meletak jawatan kerana sebelum ini pun, ada pemimpin yang menang dengan mendapat undi yang kecil dalam pemilihan parti tetapi masih terus memimpin”
Muhammad Muhd Taib ( Ketua Penerangan UMNO)

Komen saya :
Bolehkah seorang yang berpengalaman luas dalam politik seperti Ketua Penerangan UMNO tersebut menyamakan pemilihan di dalam parti dengan Pilihanraya Umum? Bandingkanlah jumlah undian keseluruhan yang terlibat dalam pemilihan parti dan jumlah undian dalam Pilihanraya Umum. Tentunya undian di dalam pemilihan parti akan melibatkam jumlah majoriti yang kecil kerana ia melibatkan jumlah undian keseluruhan yang kecil. Begitu juga dengan jumlah penglibatan pengundi. Ianya tidak mencerminkan kehendak rakyat, kerana ianya hanya mewakili ahli parti tersebut.

Hari ini juga menyaksikan akhbar2 tempatan memaparkan ramai tokoh2 menteri , pemimpin UMNO dan parti komponen memberikan sokongan taat setia kepada kepimpinan Pak Lah. Nama2 besar seperti Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Seri Khalid Nordin dan ramai lagi para “hulubalang” UMNO yang merasakan patut untuk menyokong Pak Lah. Cuma saya masih tertunggu2 YB daripada Rembau memberikan komennya . ( Ke mana menghilangnya Datuk Nazri? )
Dua persoalan yang ingin saya timbulkan :
- Kenapa membazir masa membuat kajian mengenai kekalahan BN sedangkan kita sudah tahu siapa dan apa puncanya?
- Mengapa perlu berselindung di balik wajah kita yang sebenarnya dengan memberikan sokongan kepada Pak Lah sedangkan kita tahu Pak Lah gagal menjadi ketua yang baik?
Masa semakin berjalan. Tempoh 5 tahun akan datang ini merupakan satu tempoh pemerintahan BN yang mungkin dirasakan terlalu panjang buat mereka dan terlalu pendek buat pembangkang. JANGAN BUANG MASA. KIni adalah masa untuk bekerja memulihkan kembali “calar” yang terpalit di hati masing2. Kini bukanlah masa untuk duduk semeja membincangkan mengenai apa punca sebenar kekalahan BN. Punca kekalahan BN sudah dikenalpasti sebelum pilihanraya bermula lagi.
Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa ini adalah pilihanraya terakhir buat Pak Lah. Adakah kita ingin menunjukkan rasa kasih kita kepada pemimpin sehinggakan kita sanggup menggadaikan maruah bangsa dan Negara kita? “ Menang sorak kampung tergadai”.Saya yakin Pak Lah enggan meletakkan jawatannya adalah kerana ingin membaiki segala kelemahan yang ada di dalam BN dan UMNO khususnya. Saya puji tindakan berani beliau. Tetapi keberanian belum cukup untuk memulihkan luka yang sudah tercalar ini. Jangan sampai menjadi seperti tikus yang membaiki labu. Jangan sampai yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. Pak Lah perlu berkorban demi bangsa, agama dan negaranya.
Hari ini kita lihat ramai ahli2 UMNO yang menangis kerana terpaksa berpaling tadah dan menjadi pengkhianat kepada UMNO itu sendiri. Saya tidak salahkan mereka kerana apa yang dibuat pada 8 Mac tersebut bukanlah itu yang diinginkan mereka.
Kita lihat betapa orang Melayu itu sendiri mengkhianati kaumnya dengan memilih DAP sebagai pilihan mereka. Kita lihat bagaimana orang Melayu itu sendiri terpaksa memilih PAS sebagai alternatif kepada kesinambungan perjuangan mereka. Kita juga lihat dengan mata kita sendiri apabila orang Melayu terpaksa bertuankan PKR untuk merealisasikan impian hidup mereka yang tertindas selama ini.
Pilihanraya pada kali ini dilihat sebagai PILIHANRAYA UNTUK PAK LAH DAN MENANTUNYA. Pilihanraya pada kali ini bukan menguji untuk setiap calon yang mewakili kawasan mereka. Ramai yang mengatakannya sebelum ini, trend pengundi pada hari ini bukan memilih kepada parti. Ianya lebih memihak kepada calon di setiap kawasan itu sendiri. Jika parti mencalonkan seorang yang berintegriti tinggi, bijak dan mampu menjalankan tugas dengan baik, pasti akan dipilih. SAYA KATAKAN SENTIMEN INI TIDAK BERLAKU. PARTI DAN CALON TIDAK MEMAINKAN PERANAN PENTING PADA KALI INI. Saya merasakan ada satu faktor lain yang lebih diberi perhatian oleh pengundi. FAKTOR TERSEBUT IALAH ABDULLAH AHMAD BADAWI. Pilihanraya kali ini lebih menunjukkan protes rakyat kepada kepimpinan tertinggi negara.
Kita buang segala “kekotoran” yang ada di dalam UMNO. Kita bersihkan kembali “UMNO”. Ini mesej penting buat Pak Lah. Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan tidak lama lagi. Jangan sampai Melayu berpecah lagi kerana wujud pertarungan di peringkat atasan parti. Kepada yang harus mengundurkan diri, undurlah sebelum terlambat.
Hari ini UMNO “dibelasah” teruk oleh semua rakyat Malaysia. Malah orang Melayu sendiri tertawakan UMNO. UMNO bukanlah lagi sebuah parti yang mampu untuk membawa kesinambungan perjuangan Melayu jika golongan2 yang tamak, dengki , gelojoh dan bongkak berada di dalam UMNO. UMNO juga akan rebah jika dipimpin oleh seorang Presiden yang lemah, mementingkan diri dan tidak mampu mentadbir dengan baik.

Anonymous said...

bermacam-macam equality dijanji
dan diminta.. saya minta satu je
bolehkah lepas ni tiada lagi

"wanted chinese speaking only"
atau yg seangkatan dgnnya takde lg utk minta kerja?sdauh tentu ekonomi dikuasi kaum cina jd bolehkah meraka open?

permintaan pertama bolehkah?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).