Monday, March 17, 2008

Kuasa Kini Di Tangan Ahli Umno

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[VERSI YANG DIROMBAK]

MANAKALA Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, terus mendapat sokongan dan ikrar taat setia daripada kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam parti itu, gerakan ke arah memaksa beliau menerima tanggungjawab dan meletakkan jawatan juga semakin hebat.

Hakikat bahawa kelompok-kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan ini, termasuk ahli Majlis Tertinggi, anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua, terus menyokong Abdullah tidaklah sukar difahami.

Antara faktor yang memaksa mereka terus menyokong Abdullah dan taat setia kepadanya adalah:

1. Mereka sama ada bersekongkol dengan beliau atau turut menjadi punca pengundi menolak Umno dan Barisan Nasional;

2. Mulut mereka dikunci dan terkunci kerana Abdullah masih mempunyai cukup kuasa dan pengaruh untuk menentukan nasib dan periuk nasi mereka;

3. Kerana keperibadian mereka tercela (compromised) dan boleh dijadikan bahan peras ugut politik – political blackmail;

4. Mereka tidak lagi mempunyai pautan yang bebas dan akrab dengan ahli akar umbi Umno untuk memahami dan merasai kemarahan ahli biasa Umno; dan

5. Mereka mungkin bukan lagi orang yang sesuai menerajui Umno dan Kerajaan kerana kedudukan mereka yang tercela (compromised) itu akan mendorong mereka bersekongkol (conspire) untuk melindungi satu sama lain.

Walaupun media massa arus perdana masih takut untuk menyiarkan berita yang tidak memihak kepada Abdullah selain menguar-uarkan kecaman terhadap Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, khalayak sudah tahu mengenai tekanan ke atas Perdana Menteri.

Surat Mukhriz bertarikh 12 Mac sudah pun diketahui umum apabila media massa alternatif dan media asing mendedahkan kewujudannya.

Kesedaran mengenai surat Mukhriz yang, antara lain, menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, menjadi semakin luas apabila media massa arus perdana mula menyiarkan berita serangan terhadap beliau oleh pengikut-pengikut Perdana Menteri, khasnya Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein.

Kemudian semalam (16 Mac), laman berita bebas Malaysiakini mendedahkan mengenai surat Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada 193 bahagian Umno menggesa mereka menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan.

Antara lain, Tengku Razaleigh, 70 tahun, yang pernah menjadi Naib Presiden Umno dan Menteri Kewangan, mencadangkan agar mesyuarat itu membincangkan pencapaian buruk Umno dalam pilihan raya.

Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan 11 Mei sebagai tarikh mesyuarat itu bagi mengambil sempena penubuhan Umno pada tanggal itu pada tahun 1946.

Tengku Razaleigh berkata kepimpinan dan keahlian Umno tidak seharusnya menuding jari kepada orang lain dan cuba membersihkan tangan daripada tanggungjawab kekalahan teruk parti. Katanya parti tidak seharusnya membenarkan kepemimpinan atasan melakukan kesilapan yang begitu besar.

Tegasnya lagi, ini adalah tanggungjawab bersama -- tanggungjawab semua ahli Umno dan kepemimpinan, Umno di semua peringkat daripada cawangan ke bahagian dan Majlis Tertinggi dan bukan tanggungjawab beberapa orang pemimpin atasan sahaja.

Adalah menakjubkan yang begitu ramai pembesar Umno, sama ada yang masih bergayut kepada kuasa atau yang sudah dinyahkan oleh pengundi, terus membisu dan menipu diri dengan berpura-pura seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.

Atau apakah kebisuan sebahagian besar daripada mereka membawa maksud mereka bersetuju dengan pendirian Tengku Razaleigh dan Mukhriz?

Majoriti senyap – silent majority - sudah bersuara. Kalau kepemimpinan atasan Umno tidak cacat pengelihatan, pendengaran dan percakapan, mereka sudah pasti dapat melihat, mendengar dan mengakui wujudnya amaran buruk di dinding benteng pasir mereka.

Ulama besar Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sebagai berkata:

Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

(Daripada buku “Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos ‘57” oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).

[UPDATE, 18 Mac]

SAYA agak hairan dan kecewa kerana ramai pembahas yang begitu pesimistik mengenai masa depan BN dan Umno. Saya berpandangan yang berbeza. Ada hikmah kepada prestasi buruk BN dan Umno ini. Ada hikmah juga pada sikap ketegar Abdullah dan penasihat-penasihatnya.

Yang paling saya harapkan ialah selepas pengumuman Kabinet sebentar nanti, lebih ramai pembesar Umno akan dibebaskan daripada tanggungjawab kerajaan.

Mereka ini boleh menyertai Ku Li dan Mukhriz untuk membina semula Umno dan menjadi suara tulen dan nyaring kepada keahlian Umno dan orang Melayu yang sudah jelak dengan kepemimpinan sekarang.

Saya rasa mereka digugurkan nanti sama ada kerana mereka berani bersuara atau kerana mereka menjadi ancaman kepada kelompok kuasa di sekeliling Perdana Menteri.

52 comments:

bosan said...

Seperti anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh..begitulah hakikatnya ahli umno yang menyalak kepada MKT dan Presiden UMNO.

Dato' kita lihat apakah peribahasa itu masih boleh diterima pakai atau tidak..

Anonymous said...

Dato',

"5.Mereka mungkin bukan lagi orang yang sesuai menerajui Umno dan Kerajaan kerana kedudukan mereka yang tercela (compromised) itu akan mendorong mereka bersekongkol (conspire) untuk melindungi satu sama lain."

# Kenapa faktor ini terus mengingatkan saya dengan kes Altantuya? Saya percaya, ada pemimpin yang dipegang 'anu'nya lantas meghadkan suara dan tindakannya. Senak agaknya.

Anonymous said...

kepada semua umat melayu....
pak lah telah jauh menyeleweng dari perjuangan AGAMA ISLAM,BANGSA MELAYU DAN NEGARA KITA ,kita harus bersatu bersama pemimpin seperti datuk mukhriz menentang kekuasaan paklah ini...ingatlah jika kita bersatu kita akan menjadi kuat dan bersemangat ....jangan lupa perjuangan yang sebenar tiada gunanya hanya sekolompok orang melayu hidup senang dan mewah sedangkan berjuta lagi hidup penuh tersiksa...mereka yang lupa diri ini umpama hidup di atas air mata orang melayu yang lain...
Hanya orang melayu terutama ahli UMNO sahaja mampu menurunkan paklah dari takhta kekuasaan...
BERSATULAH...BERSEDIA...BERKORBAN..
DEMI ANAK BANGSA MELAYU.
HIDUP MELAYU!!!
HIDUP UMNO!!!
*JASA TUN DR MAHATHIR KAN KU KENANG SEHINGGA KE LIANG LAHAD....

DARIPADA:BUKAN AHLI UMNO TETAPI ORANG MELAYU BERJIWA DAN BERDARAH UMNO...orang kampung taiping..perak.

Anonymous said...

dato kj,

saya ada soalan cepu emas.

kalau abdullah lepaskan jawatan, siapa akan ganti?

bila dia kena lepaskan jawatan?
secepat mungkin ke?
sebulan dua ni ke?
semasa pemilihan umno nanti ke?

kristal

Anonymous said...

Datuk,

dengan penuh hormat saya nyatakan disini... saya masih tidak percaya Abdullah Fahim yang tentukan tarikh kemerdekaan negara... kerana keputusan mutlak adalah pada orang British... dan perancangan kemerdekaan pertama yang dicadangkan oleh tunku adalah pada 1960.

Mohon jelaskan bukti-bukti kukuh dan nyata bahawa abdullah fahim yang tentukan tarikh kemerdekaan dan sila nyatakan sumber-sumber dan bukti asas serta bertulis dan bukan dari sumber cakap-cakap mulut sahaja.. kerana jika sejarah di asaskan dari cakap-cakap mulut.. maka saya mahu mengaku bahawa sayalah keturunan sultan Melaka sultan Muzaffar Shah yang berhak mutlak kepada seluruh negeri Melaka.

Anonymous said...

Satu lagi analisis yang tepat dan bermakna dari Datuk. Saya harap semua ahli UMNO membaca nya dan mengambil iktibar.

Betul kata Datuk, semuanya ditangan ahli-ahli UMNO, samaada nak bertindak waras dan betul, atau terus bersekongkong dengan yang ada "vested interest" seperti yang di ulas oleh Datuk.

Kalau ahli-ahli UMNO bersikap tidak apa (atau tidak keterlaluan kalau saya kata kan "pengecut") maka tunggu lah padahnya. Pilihan raya kali ini telah membuktikan bahawa rakyat tidak akan bodoh selamanya, dan "the impossible can and had indeed happened".

Terima kasih

mn said...

A.kum Datuk,

1. Sorry Datuk, hari ini saya kurang bermaya sikit nak tulis dalam blog saya tu sebab puasa sunat hari Isnin. Ini baru betul dinamakan perjuangan kerana Agama kerana..Allah(puasa).

2. Minta maaf jika saya kata begini: Dalam kehidupan dan amalan Umno pada hari ini, jika kita letak 'Kambing' menjadi Presiden Umno pun..mereka Pemimpin dan ahli-ahli Umno tetap akan setia dan tunduk kepada kambing tadi !

3. Saya lihat dalam budaya Umno pada masa sekarang, sesiapa yang duduk kerusi No. 1 maka dia lah yang sentiasa akan dihormati, disanjungi dan ditaati. Tetapi itu semua hanyalah 'lakonan' semata-mata. Bila hilang kuasa maka hilanglah segala ketaatan tadi.

4. Mereka lakukan semua itu hanyalah kerana..DUIT...JAWATAN...HARTA ! Islam itu hanya diamalkan dan diperlukan apabila hidup sudah tersepit dan ditimpa kesusahan.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

Tok dan pembahas..

Saya setuju sangat dengan topik tok tu. Jadi, kuasa yang terletak di tangan ahli UMNO sahaja yang mampu memastikan sama ada UMNO kekal hidup atau dibiarkan mati.

Hanya mereka yang menjadi ahli UMNO sahaja yang mampu mengejutkan pembesar2 dari tidur lena yang panjang. Janga dok takut lagi dah. Kalau presiden yang ada dirasakan patut dilucutkan jawatannya, gunakan kuasa anda sebagai ahli untuk laksanakannya demi kepentingan dan kelangsungan untuk UMNO hidup di bumi Malaysia.

Nak cantik lagi, buang dan cantas semua anasir-anasir pengampu, pembodek, gila kuasa, bacul, tak sedar diri dan yang sewaktu dengannya. Biar yang tinggal cuma mereka yang benar2 sayangkan Agama, Bangsa dan Tanahair.

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Saya memahami ini sebagai Gelombang Ke-2 sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Syed Husin Ali dalam forum oleh INPUMA di Rumah Universiti, Universiti Malaya.

Abdullah Ahmad Badawi perlu faham kehendak rakyat. Sama ada lakukan overhaul secara menyeluruh, termasuk pembaikan sistem , atau mengambil jalan keluar dengan menyerahkan kuasa kepada individu lain yang dirasakan berperanan.

Paling utama, bersihkan diri dari kekotoran Khairy dan Rakan-rakan Tingkat 4.

Anonymous said...

Wahai Akar Umbi UMNO, berkatalah dengan benar hasrat di hati. Luahkan tanpa rasa segan silu. Kerana kita di akar umbi tiada ruginya sebab tiada kepentingan berunsur kan kewangan (tabiat buruk generasi UMNO semasa). Yang bertanding, bakal bertanding kalau risau juga, baik lupakan sahaja perjuangan asal untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. DO or DIE for UMNO's future NOW.Rakyat telah bersuara dan memberi keputusan mereka. Janganlah kita dibeli hanya untuk tidak berkata benar. Luah kan suara anda agar pucuk pimpinan negeri menerima dan menyampaikannya.

mini clubman

Anonymous said...

Its funny on how the 'intellect' try to analyze to death the reasons for BN downfall. I and most of our friends of various races ask each other the reason we vote other than BN this time.

Almost everyone agree that the reason is simple. We saw the country is being manage poorly. We got hit economically at personal level and not just rhetoric. We saw no hope in current management of the country.

Although most of us didn't care much about PKR/DAP/PAS we have no other choices. Something unknown is always better than a known intractable problems. At least it gave hopes. So analyze all you want. If BN people cannot keep their business in order, then PRU13 we will see worst scenario than PRU12.

For PKR/PAS/DAP please show us you can work, not all of us who voted you in have any love for you. We just don't have other choices.

Anonymous said...

Sorry Dato AKJ..since your post is about UMNO..i guess my previos comment should be about UMNO and not BN...UMNO pretty much set the downfall of BN...among other things like Hindraf and others.

Ryzal72 said...

ANTARA KELANGSUNGAN DIRI DAN BANGSA

Assalamualaikum Datuk dan Semua,
Saya mengambil pendekatan berbeza sedikit kali ini dengan mengutarakan tajuk kecil kerana harapan saya biarlah semua yang membaca faham bahawa DIRI dan BANGSA itu adalah dua terminologi yang membawa dua maksud yan sungguh berbeza.

Ini ada kaitan dengan isu yang datuk ketengahkan kali ini. Sememangnya jikalau diperhalusi isu pemimpin UMNO dewasa ini, kita boleh simpulkan bahawa mereka hanya mementingkan DIRI berbanding dengan BANGSA mereka sendiri. Lebih melihat kepada kedudukan DIRI daripada kedudukan BANGSA yang makin hari diperlekehkan oleh ramai. Mereka lebih suka MEMBUAT AMPUAN daripada kritikan konstruktif. Semua ini akhirnya menjurus kepada satu keadaan iaitu YANG KAYA, KEKAL, BERPENGARUH DAN BERKUASA ADALAH DIRI. Lantas apakah jadinya kepada BANGSA? MELAYU SEMUA AKN MEREMPAT DIBUMI SENDIRI, AKAN TERCARI-CARI SIAPAKAH YANG AKAN MEMBANTU, AKAN BERGUNDAH GULANA SEPANJANG MASA DEK KERANA PEMIMPIN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN DIRI MELEBIHI BANGSA SENDIRI.

Apabila Tunku Abdul Rahman mengundurkan dirinya daripada menjadi Perdana Menteri lantaran prestasi buruk BN pada 1969, tidak lain tidak bukan apa bahawa tindakannya itu dibuat adalah demi Bangsa Melayu. Jikalau Tunku tidak berbuat demikian, bolehkah kita hidup seperti sekarang?
Jawapannya pastilah tidak pasti.Namun tindakan beliau berhenti telah banyak menleyelamtkan keadaan terutamanya BANGSA MELAYU. Kenapa saya berpandangan begitu?. Kerana beliau lebih melihat kepada kepentingan BANGSA LEBIH DARIPADA DIRI.

Anonymous said...

Salam Dato,

Nampaknya kebanyakan pembesar yang mengelilingi Pak Lah saperti yang Dato' katakan masih lagi dibelenggu oleh sikap menjaga periok nasi masing-masing. Sikap beginilah yang menyebabkan UMNO mengalami kekalahan paling burok dalam sejarah pada PRU 12.

Pada pandangan saya mereka telah salah percatuan kerana anggapan mereka yang Pak Lah akan dapat mengatasi krisis ini saperti mana TDM mengalami krisis pada tahun 1987 dan juga 1999. TDM dan Pak Lah adalah ibarat langit dan bumi. TDM mempunyai tahap kepimipinan dan keberanian yang amat tinggi walhal Pak Lah hanya menjadi Pak Turut kepada penasihat penasihat nya sahaja. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin begini tidak akan bertahan lama dan akan kecundang juga akhirnya.

Semalam Pak Lah ditemuramah oleh CNBC dan amatlah memalukan jawapan jawapan yang diberikan kepada penemuramah. Malah salah seorang 'strategist' CNBC yang mengulas mengatakan bahawa Pak Lah seolah olah tidak berada dialam nyata dan tidak menjawab langsung soalan soalan yang dikemukakan.

YBhg Dato,

Saya pasti dikalangan pembesar yang mengelilingi beliau tahu akan segala kelemahan kelemahan Pak Lah tetapi adakah mereka ini mempunyai minda yang terlalu cetek sehinggakan BN hampir kalah tetapi masih lagi memberi sokongan kepada Pak Lah.

Tapi saperti yang Dato katakan mereka semua mempunyai agenda kepentingan sendiri dan hanya membiarkan gelora ini berlaku.

Persoalan nya sekarang:

Apakah nasib UMNO tidak lama lagi?

Mampukah YB Dato Mukhriz mengatasi pembesar pembesar Pak Turut ini?

Berjayakah YB Ku Li menerajui EGM UMNO yang beliau cadangkan itu?

Akhir sekali, adakah ahli ahli UMNO diperingkat akar umbi sedar akan apa yang sedang berlaku dan apakah tindakan mereka untuk menyelamatkan UMNO dari krisis ini?

'Pak Nujum'

help_linemy said...

saya menyokong SEPENUHNYA ULASAN INI.

RAKYAT BERHAK BERSUARA,PEMIMPIN TIDAK BERHAK UNTUK TIDAK BERUBAH KERANA HAK RAKYAT ADALAH PUNCANYA PENDAPATAN PEMIMPIN DAN KUASA MEREKA.
SEKIRANYA AHLI UMNO DARI AKAR HINGGA KE PUCUK TIDAK BERANI BERSUARA,UMNO AKAN MENJADI MODEL PADA KERAJAAN YANG DI BENTUK OLEH ORANG PERSEORANGAN,BUKAN RAKYAT.

DAN PADA PEMIMPIN UMNO,
BERJUANG LAH UNTUK RAKYAT BUKAN DIRI ANDA DAN KELUARGA ANDA KERANA KAMI MEMBAYAR GAJI DAN ELAUN ANDA(TIDAK TERMASUK RASUAH) UNTUK MEMBAWA KAMI KEARAH YANG LAGI BAIK,BUKAN LAGI MUNDUR.

Anonymous said...

Bila sampai takat ni. Hati saya sebak.
Saya Datuk, dari bangku sekolah sampai lani, lain parti politik saya tak sokong kecuali UMNO. Sampai ke hari ni.
Saya rasa ada satu benda yang ahli UMNO kena sedar.
UMNO bukan tempat buat duit tetapi tempat kita bersedekah tenaga, keringat dan wang ringgit untuk Bangsa Melayu yang seconek saja tinggal dalam dunia ni.
Dulu zaman Tengku, dia baik dengan bangsa asing, bukan pasai dia suka, tapi sebab dia sayang UMNO dan orang Melayu. Bukan macam setengah orang lani yang suka orang asing. Tak boleh menikah dengan orang kita, terutama yang berlajar jauh-jauh tu. Dia baik dengan depa untuk meminta bantuan dari depa supaya ada dana untuk orang Melayu bertindak, bermesyuarat, memperkukuhkan satu-satunya parti yang memperjuangkan hak Melayu secara khusus iaitu UMNO.
INI SAYA KIRA BAIK.
Tapi bila zaman 'privatisation', kita nampak peluang untuk orang Melayu memperoleh dana yang lebih bagi memperkasakan agenda parti UMNO. Jadi kita berkompromi dengan syarikat-syarikat ini agar ada timbal balik yang diberikan kepada parti. Hasilnya UMNO mula mempunyai bangunannya tersendiri dan sebagainya. UMNO dilihat pada zaman ini semakin berteknologi, parti yang canggih dan dikagumi oleh mata dunia.
INI SAYA KIRA BAGUS.
Selepas itu, oleh kerana kemungkinan dari kebiasaan dengan ideologi timbal balik ini, ada individu yang mungkin kecewa dengan orang Melayu atau mungkin generasi baru perjuang UMNO telah melihat veteran-veteran UMNO yang hidup melarat dan ada yang mati papa dan terbiar maka mula mengambil timbal balik sedikit secara individu.
Mungkin juga mereka ini merasakan "I can trust myself better with this money to savior my people than to leave it with the party which has the possibility of misusing the fund".
INI SAYA JUGA RASAKAN BAIK.
Malangnya, kaedah ini, diketahui oleh generasi yang lebih baru di dalam UMNO, dan terus melihatnya sebagai peluang yang perlu dan patut di ambil oleh mereka untuk menjadi Miliana. Mereka membuat perkiraan mudah, sekiranya berbelanja RM500,00.00 untuk satu pertandingan dan menang. Untuk 2 tahun, mereka boleh meruntun dan memeras ugut, mereka yang lebih tinggi dengan undi yang mereka ada. Mereka boleh mendapat keuntungan SEJUTA Ringgit Malaysia. Bukankah ini perlaburan yang baik.
Untuk pemimpin UMNO yang ingin bertanding tetapi tidak berwang, mereka akan meminta sokongan kaum asing untuk melabur dan menyokong mereka dengan wang ringgit untuk bertanding dalam pemilihan UMNO.
Bezanya dulu, Tengku minta duit dari bangsa asing untuk memerdekakan Bangsa Melayu, tetapi hari ini depa ambil dari bangsa asing untuk seorang Melayu.
INI SAYA KIRA MENGKHIANATI BANGSA.
Yang lebih teruk terjadi dengan the letest edition of UMNO member. Yang masuk UMNO agar menghapuskan dan menjual UMNO serta harta-hartanya.
INI ADALAH ORANG MELAYU UMNO YANG HARUS DILAKNAT.
Saya berharap dan bermohon agar orang UMNO kembali kepada asas perjuangan UMNO kembali.
Kerana hakikatnya hari ini di cawangan-cawangan UMNO ada lagi yang berjiwa Tengku dan berjiwa perwira UMNO yang lampau. Yang sanggup berkorban diri, nyawa, wang ringgit untuk melihat UMNO kembali utuh berkuat kuasa. Golongan ini semakin ditindas dan dipinggirkan oleh Ketua Bahagian UMNO yang merasakan "this people is a threat". Sebab sekiranya orang ramai memilih depa "the lifestyle and well being of Ketua UMNO bahagian will be seen irrelevant".
Hari ni orang Melayu terlalu melihat kekayaan ketua bahagian mereka and "putting hope that if anything happens to them at least" Ketua Bahagian ada duit dan dapa membantu mereka.
Let the truth be told - berapa kali saja dalam hidup kita kita menyaksikan perkara ini terjadi.
HIDUP UMNO AND GOOD LUCK TO ALL UMNO MEMBERS AND LET THE 11TH DAY OF MAY 2008 BE THE DAY UMNO IS REBORN.
(Bapa saya tak pandai menaip dalam komputer, jadi ayat dia sikit-sikit saya ubah ikut sedap saya. ALLAHUALAM)

Anonymous said...

dato kj,

dato tentu pernah rapat, lebih kenal dan amat kenal dengan anwar ibrahim. dengan mengambil kira latar belakang peribadi serta kerjaya politik beliau, adakah beliau calon perdana menteri malaysia yang dato inginkan?

saya tidak yakin dengan beliau. walaupun sekarang ini beliau begitu lantang memperjuangkan keadilan untuk rakyat sepertimana semasa beliau muda dulu tetapi rekod beliau semasa dengan kerajaan dan dalam kabinet dulu pun 2 x 5 saja. beliau pun ada kroni-kroni sendiri.

adakah beliau telah berubah?

kristal

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato

Sy cukup2 tertarik...

“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

Setuju, sangat2 setuju.....Moga2 pemimpin2 kita (dan juga kita ini) sedar dari kealpaan...

Dato, sy pernah menyatakan sblum ini betapa keberanian bersuara dan melakukan perubahan demi kebaikan penting dalam perjuangan kita sebagai rkyt malaysia dlm mewujudkan satu negara yg kukuh, stabil dan makmur...Sy percaya perjuangan yg ikhlas dan meletakkan kepentingan ramai berbanding kepentingan peribadi akan dapat memulihkan kemelut dlm negara sekarang ini. Jika pemimpin2 dan kita sebgai rkyt juga percaya kepada konsep ini maka keputusan paling bijak lah yg akan diambil...Rkyt telah pun bersuara..dan telah mulakan langkah...Nah, terpulang lah sekarang pada pemimpin2 yg masih dlm penafian...Harus diingat, menunggu sehingga sesuatu yg buruk atau lebih buruk berlaku sehingga berlaku ketidaktentuan bukanlah perkara yg ingin kita lihat dan alami...


Cukuplah...Masa untuk berpijak di bumi yg nyata....


Hmm...beranikah MEREKA?

Assalamualaikum....

Anonymous said...

dato kj,

sana sini orang cerita pasal deb. ada yang sokong ada yang suruh ubah pelaksanaannya dan macam-macam lagi.

saya tak mahu cerita pasal deb tetapi mengenai dua institusi pendidikan yang begitu rapat dengan orang melayu dan bumiputera. institusi berkenaan ialah UITM (dulu ITM) dan MRSM.
sepanjang ingatan saya dua institusi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar luar bandar atau pelajar miskin atau pelajar tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran serta mendapat peluang kemudahan pembelajaran setaraf dengan pelajar-pelajar bandar.

tetapi sejak kebelakangan ini dua institusi ini telah menjadi rebutan mereka-mereka yang berkemampuan (kaya raya) dan berpengaruh menghantar anak-anak mereka. dalam masa yang sama menidakkan hak serta peluang pelajar-pelajar luar bandar atau pelajar miskin atau pelajar tidak berkemampuan. kalau dato ada peluang mungkin dato boleh melawat atau meninjau UITM dan MRSM.

kristal

Anonymous said...

Dato' dan Sdr semua,

Sdr adi_fimiyun kata: "Paling utama, bersihkan diri dari kekotoran Khairy dan Rakan-rakan Tingkat 4."

# Kita perhatikan jawatan apa yg bapa mertua Khairy akan hadiahkan dlm kabinet beliau esok. Kalau la naik juga nama Khairy walaupun bukan menteri penuh, gelombang tsunami susulan akan benar2 berlaku lebih2 lagi sekiranya Datuk Mukhriz dihukum oleh Pemuda dan dinafikan terus drp melangkah ke Parlimen.

# Saya berminat dgn soalan Sdr kristal Dato'. TDM kata DSAI tak boleh menjadi PM tetapi bersediakah rakyat negara ini memaafkan 'dosa' beliau setelah dicederakan, dimalukan dan dihumban ke dalam penjara? DSAIkah bakal calon terbaik PM Malaysia akan datang?

# Terus terang, saya tidak nampak seorang pun yang layak mengantikan PakLah dalam Umno/BN sekarang. Undi protes dan tidak percaya terhadap bekas kabinet PakLah baru2 ini sudah jelas. Protes ini akan berterusan selagi mereka dikekalkan. Takkan tunggu dihempas gelombang tsunami PRU13 baru nak beringat? Mungkin masa itu RTM sudah mula menayangkan dokumentari bertajuk 'UMNO Dalam Lipatan Sejarah'! Emmm...macam mustahil sangat ke Dato'?

amoker said...

Setelah menalaah komentar, saya tertanya-tanya mengapakah masih lagi wujud pembesar ( warlord ) walhal kita sekarang dah dalam zaman moden? Beranikah kita memberikan nasihat atau pesanan yang berbeda dengan keinginan pembesar- pembesar ini?

Apakah kuasa ghaib yang membolehkan sesetengah orang dikuasai oleh kehendak pembesar?

Anonymous said...

Datuk,
Presiden UMNO, Abdullah Haji Ahmad Badawi sekarang ini di lihat oleh pengundi-pengundi yang tidak mengundi beliau macam buah peria.
Dan Ahli-ahli UMNO yang mahukan beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pun sudah melihat dan merasa bahawa AAB macam buah peria juga.Peria yang sudah tidak boleh dijadikan ubat.Peria yang beracun.
Adapun buah peria itu, Datuk, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga.
-makangaji.

Anonymous said...

Dato',

Pak Lah sedang memperjudikan nasib UMNO. Bahaya tu....

Anonymous said...

Sungguh malang Malaysia negara tercinta jika tiada yang berani menyuarakannya...
Oh UMNO ku.. masih relevankah kini???


http://www.ligakampung.com

Anonymous said...

Ybhg Dato K, Saya Jamil b Mohamad Isa, Ahli UMNO dari Cawangan Rumah Pangsa Seksyen 20 Shah Alam, akan mengisytiharkan keluar dari parti jika Hishamuddin dan Abdullah memecat Ybhg Dato Mukhriz dari UMNO. Saya rela untuk tidak menjadi ahli parti jika pemimpin yg ada terus menerus menjadi pengkhianat kepada Agama, Bangsa dan Tanahair.

FARABI said...

Salam Dato' AKJ,

Sepertimana yang dinyatakan oleh Dato', saya bersetuju. Tetapi idea yang menyatakan bahawa ramai di kalangan pimpinan tertinggi UMNO yang mempunyai peribadi yang tercela (compromised)yang menyebabkan mereka terdedah kepada risiko politik peras ugut amat menarik untuk diperincikan lagi.

Mungkin ada benar mungkin tidak. Tetapi kebarangkalian untuk benar itu amatlah tinggi kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Mungkin ada sesuatu di sebalik yang tersurat.

Mungkin ada dikalangan ahli MT UMNO yang bergelumang dengan rasuah, penyelewengan wang rakyat (bukan kerajaan), korupsi yang melampau atau terdedah kepada risiko dakwaan mahkamah yang mana jika dibawa ketengah akan menjadi satu isu yang hangat untuk diperkatakan (a.k.a pembunuhan, perogolan, sumbang mahram, rompakan, penggelapan wang syarikat, wang rakyat) dan sebagainya.

Kita sudah sedia maklum bahawa setiap manusia itu lemah dan semestinya akan lemah jika dihadiri dengan pelbagai ujian. Namun seharusnya kita perlu tabah dan sabar dalam menempuh ujian tersebut. Wang ringgit adalah suatu ujian. Kesenangan juga adalalh suatu ujian. Kemiskinan juga adalah suatu ujian. Ugutan dan ancaman juga suatu ujian. Jadi kita tempuhinya dengan sepenuh kekuatan.

Namun begitu, proses transformasi perlu dilakukan untuk kebaikan semua masyarakat majmuk Malaysia dan demi menjaga keharmonian dan kemakmuran negara. Memang benar demokrasi mengajar kita erti kepimpinan melalui teladan. Jika pemimpin yang telah dipilih itu tidak mampu memenuhi kehendak rakyat secara menyeluruh, maka sudah tentu demokrasi menjadi pentas atau gelanggang perhitungan.

Nasib dan tuah mereka ditentukan di situ. Rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku menampakkan kejelikan suasana politik di Malaysia dan luar biasa. Namun ianya merupakan suatu titik tolak kepada permulaan satu suasana politik yang telus, adil dan penuh kejiwaan dan semangat demokratik.

"NEGARA AMAN JIKA HATI PEMIMPINNYA AMAN"

~ Al-Farabi
myhottips.blogspot.com

Quantum Metal Consultant said...

Apa berita gempar yang Anwar akan umumkan?
Oleh Mohamad Mukhreez
Isnin, 17 Mac 2008

http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=702&Itemid=0

ADA sesuatu yang sedang berlaku, sehingga memaksa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, ADUN dan Ahli Parlimen parti petang ini.

Sumber KLpos.com memberitahu pertemuan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama NGO negara diadakan di rumah Setiausaha Aguang PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Damansara.

"Anwar akan umumkan sesuatu yang 'besar' dan minta semua yang dipanggil memberikan pendapat," kata sumber tersebut.

Apakah ini berkaitan dengan desas-desus penyeberangan kumpulan tertentu ke dalam PKR?

Sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari mereka yang hadir.

MUNKIN DATO BOLIH MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI DAN MEMAKLUMKAN KEPADA KAMI SERTA MEMBERI SEDIKIT ANALISA ATAS MAKLUMAT TERSEBUT

syamsul said...

Salam Datuk. tk atas kupasan yg menarik. Pandangan saya berhubung 'keengganan' pemimpin politik utk 'mendengar' semakin ketara. Seolah2 kurniaan Tuhan tiada lagi bermakna; mata utk melihat, telinga untuk mendengar dan AKAL utk berfikir.Di kala ini teringat saya kpd kepimpinan agung Muhammad saw yg sentiasa menjadikan Quran & Sunnah sbg rujukan. Betapa merendah dirinya Baginda ketika mentadbir negara, bergaul dengan semua orang hinggakan musuh pun kagum dengan keperibadian Baginda.tk,salam.Syamsul

Anonymous said...

Datuk,

MAKLUMAT APA?

Ini, maklumat saya:
Disebabkan tugas saya, saya telah dapat berjaja ke segenap kampung orang Melayu di Batang Padang,Perak.
Pada bulan Ramadan tahun 2007 yang lalu ,saya telah membuat risikan (bukan risikan SB) mengenai populariti Pak lah sebagai Perdana Menteri berbanding dengan Dr Mahathir,Boleh dikatakan
kesemua responden yang saya provok dengan soalan mengenai Mahathir VS Pak Lah, 99 peratus memberikan jawapan mereka lebih sukakan cara Mahathir memerintah, bila saya korek-korek mengapa, kesemua mereka mengatakan Mahathir tidak akan menaikkan Harga barangan Keperluan sesuka hati.
Ini adalah antara kampong-kampong Melayu yang saya lawati:

JALAN BIDOR
JALAN STESYEN
JALANDAMAI
KG. JAWA AIR KUNING
KG. BATU MASJID
KG. CHANGKATPETAI
KG. CHANGKATPETAIHILIR
KG. DATOK
KG. KASSIM
KG. KENANGAN
KG. LUBUK KATAK
KG. LUBUK KATAK HILIR
KG. MELAYU TAMAN MEGAH
KG. PERAK
KG. PULAU TIGA
KG. RAYA
KG. SEKOLAH
KG. SG. REDANG PONGGOR
KG. TENGAH
KG. TERSUSUN BATU 2 JALAN BIDOR
KG. TERSUSUNHJ. TAHIR
KG.AIR SEMAMBU
KG.AMPANG
KG.BAKAR SAMPAH
KG.MAKTEH
PEKAN TAPAH
PULAU PISANG HULU
RIMBARIANG
RUMAH AWAM TAPAH ROAD
SERI PETALIN
SG. LESONG
SG. SELINSING
TAPAH ROAD
WHOH BATU 8
AIR KUNING
BANIR
BATU 11 KG. KELAPA
BATU 3 JALAN PAHANG
BATU 6 JALAN PAHANG
BATU TIGA TEMOH
BATU19 JALAN PAHANG
BIDOR MALAYA TIN
CHENDERIANG
DESAINDAH
JALAN TEMOH TAPAH
JALANRAJA
KERAMAT TIN
KG. BARU (M) AIR KUNING
KG. BARU TAPAH ROAD
KG. BATUMELINTANG
KG. BERMIN
KG. CHANGKATDERMAWAN
KG. DATOKKAMARUDDIN
KG. HJ. DAHALAN
KG. JAWA BATU MASJID
KG. JAWA TAPAH ROAD
KG. JERAM MENGKUANG
KG. LUBUK MAS
KG. NYIOR
KG. PEKAN KECHIL
KG. RAHMAT
KG. SG. KROH DALAM
KG. TENGAH TG. KERAMAT
KG. TERSUSUN TEMOH
KG.HJ.ARIFF
KINJANGBARU
KINJANGLAMA
KUALA DIPANG
KUALA WOH
PERUMAHANAWAM HAIR KUNING
PETALIN
PETALIN BARU
PETALIN BARU HULU
POS DIPANG
PULAIBERGADING
PULAU PISANG
SAHOM
SERI DAMAI
SERIMENDOK
SG. KROH
SG. KURONG
SG.LAH
SIMPANG TIGA BIDOR
SIMPANGEMPAT
SMTP
SRI DERMAWAN
TAMAN DATOK KAMARUDDIN
TAMAN SRI BIDOR
TAMANPERMAI
TAPAH BANDAR
TEMOH
TEMOH STESYEN
TG. KERAMAT
TRONOH MINES

Di ke semua 95 buah lokasi di atas itu, bila saya ajukan soalan , malah kepada ahli UMNO sendiri, mengapa Pak Lah tidak mahu berbaik-baik dan mendengar Nasihat orang tua seperti Dr Mahathir?, Tiada Seorangpun antara mereka dapat memberikan jawapan! Malah menyatakan kekesalan "itulah silap Pak Lah."
-makangaji.

Unknown said...

Assalamualaikum Dato'

Setuju artikel Dato' terutama, perkara;

2. Mulut mereka dikunci dan terkunci kerana Abdullah masih mempunyai cukup kuasa dan pengaruh untuk menentukan nasib dan periuk nasi mereka

Saya ingat inilah bom peledak...yang sikit lagi macam nak meletup je. Dengar2nya kabinet 'be End' dah nak diumumkan.. eloklah tu, mulalah bekerja untuk rakyat...

KM p.pinang dah mula kerja, MB kedah dah mula kerja, MB selangor..katanya dah pun pergi melawat kampung n tengah bincang nak bagi air percuma 20 meter padu, MB perak...akhirnya..diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Pemangku Sultan Perak...dah buleh mula kerja. MB Perlis...insyaAllah, esok buleh mula kerja...(apapun Sayonara Shahidan.... ni yg tergolong antara apa yg Dato' cakap dalam artikel Dato' kot)...so, esuk lusa..YB Pak Menteri BN buleh mula kerja. Kerja kuat2 tau...kena atasi manifesto BA...kalau tak susah lagi (lagi susah)...nak jawab bila PRU13.

Nasib Pak Lah, kena tunggu sikit hari lagi kot...anyway. Sementara tu buatlah kerja untuk rakyat.

Negara Berkebajikan, Aman, Selamat, Sejahtera dan Diberkati. Amin.

Unknown said...

sdr kristal,

DSAI saya rasa JAUH lebih baik dari apa yang ada sekarang.

Anonymous said...

Dato' dan Sdr semua,

Sdr bosan bertanya: "Apakah ini berkaitan dengan desas-desus penyeberangan kumpulan tertentu ke dalam PKR?"

# Saya mendapat maklumat drp rakan rapat PAS yang baru pulang dari Kuching yang menyebut deligasi DSAI/PKR sedang ber'shopping' sakan di Borneo!

# Kalaulah betul, ini bukan gelombang tsunami susulan lagi Dato', akan timbul gelombang baru yang lebih besar dan mengejutkan! Kita tunggu....

p.s.: Apa2 pun, selamat jalan Shahidan Kassim. 'Jasa-jasa' mu dikenang!

Anonymous said...

Sdr kristal,

Saya terpanggil untuk membaca semula
posting Sdr mengenai UiTM dan MRSM. Saya seringkali tersentuh apabila memperkatakan tentang mana2 institusi MARA termasuk juga IKM dulu sebab saya adalah produk MARA dan kemudiannya menjadi produk PETRONAS. Kecintaan saya terhadap bangsa masih tebal. Sebab itulah saya panas hati sekiranya ada orang Melayu sendiri menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri. Sebab itu juga saya marah bila ada pihak-pihak yang dikatakan merompak secara terancang dan legit 'national treasure' kita seperti hasil petroleum dan membahagi-bahagikan sewenang-wenangnya harta negara tersebut kepada kelompok-kelompok kroni tertentu sahaja. Tanah Melayu bukan ditakdirkan begini. Kita kena selalu ingatkan perkara-perkara ini kepada genarasi kita sekarang dan akan datang.

Cuba kita ambil pengajaran daripada lirik dan hayatilah lirik lagu warisan ini. Lagu inilah saya nyayikan setiap minggu di MRSM Jasin dulu. Cantik MRSM bertaraf Bistari itu sekarang. Dan lagu inilah yang dinyayikan oleh penuntut IKM bersebelahan dan mungkin juga semua kakitangan MARA di seluruh negara:

------

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

---------

Saya ceduk dari blog kudakepang tapi biarlah ianya terpampang dimana-mana agar menjadi peringatan kepada kita bangsa Melayu.

Dalam situasi seperti sekarang, meremang bulu roma saya bila meneliti lirik lagu ini. Bagi produk MARA seperti saya, lagu warisan ini semacam berhantu!!!

Saya ternanti-nanti Hang Jebat mengamuk Dato'! (Kalaulah itu yang 'mereka' minta)

Anonymous said...

Rakyat telah menolak kepimpinan UMNO menerusi kekalahan jaguh-jaguh pencalunan parti itu pada PRU yang ke12 yang lalu.Ahli-ahli UMNO khusus nya dan orang-orang Melayu am nya harus menerima hakikat ini bahawa rakyat umum telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan pemimpin-pemimpin di akal umbi.

Sokongan kepada kepimpinan Pak Lah yang sebenarnya telah merosot dan hanyalah penyokong-penyokong termasuk kroni-kroni dan puak "kaki ampu" beliau yang mendapat berbagai-bagai habuan dan projek-projek pembangunan akan terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Presiden dan Perdana Menteri yang telah "hilang semangat".

Apabila UMNO hilang kuasa, maka tertimbul lah segelintir orang-orang Melayu yang mengamuk serta berani menimbulkan situasi yang melampau melalui tindakan-tindakan liar termasuk demonstrasi jalanan seperti apa yang telah berlaku di pulau Pinang pada minggu yang lepas.Mereka membuta dan hanya melemparkan kritikan terhadap negeri-negeri yang kuasai oleh pakatan parti Barisan Alternatif.

Kritikan demikian amat memalukan prinsip perjuangan yang berdasarkan kepada demokrasi rakyat yang telah memberi kepercayaan serta keyakinan kepada pihak parti pembangkang kepada Kerajaan Barisan Nasional.Maka melalui hakikat ini, mereka yang merontak tanpa alasan-alasan yang wajar dan kukuh, hanyalah menjatuhkan imej UMNO dan bangsa Melayu sendiri.Sebagai contoh, apa yang ditegorkan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri pulau Pinang mengenai DEP, hanyalah terhadap perlaksanaan tender-tender yang perlu yang kurang adil dan hanya dimunafaatkan oleh kroni-kroni yang tertentu sahaja.

Isu ini telah sengaja diputar-belitkan semata-mata untuk membakarkan emosi orang-orang Melayu terhadap Kerajaan baru di pulau Pinang yang hanya berusia seminggu sehaja.Biarlah mereka mulakan pemerintahan yang baru itu tanpa sebarang gangguan oleh kunci-kunci dan calun-calun UMNO hebat, yang telah ditolak oleh pengundi-pengundi tempatan di pulau Pinang.

UMNO seharusnya mengadakan "post-mortem" parti keramat mereka dan bukan menyuarakan hasrat post-mortem kekalahan calun-calun UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU yang ke12.UMNO perlu menghadapi proses "political cleasing" di semua peringkat perhubungan UMNO negeri, bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.

Apalah faedah nya keahlian UMNO yang berjumlah melebehi 3.2 juta, tetapi pada hakikat nya hanya dikuasai oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang tertentu melalui proses pemilihan jawatan-jawatan tinggi parti melalui kuasa politik wang yang berkeleluasan.

Pada masakini akibat daripada kekalahan calun-calun UMNO yang bertanding di PRU yang ke12, telah mengwujudkan perasaan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional adalah amat jelas sekali.

Tindakan Ku Li sebagai seorang pemimpin UMNO yang melebihi 30 tahun lama nya sebagai Ahli Parlimen yang paling kanan, tidak boleh dipandang ringan, tetapi harus diberi perhatian yang serius untuk membela maruah dan kredibiliti perjuangan UMNO untuk bangsa Melayu. Begitu juga desakan yang ikhlas melalui surat Mukhriz yang terbuka kepada Pak Lah, juga perlu diberi perhatian, dan bukan nya kritikan dan suara daripada penyokong-penyokong yang berada kepentingan peribadi masing-masing.

Anonymous said...

Salm datuk Kadag,

Saya setuju dengan analasis Datuk. Saya teringat kata-kata aruah bapa bahawa di duni ini ramai orang sakit tetapi mereka tidak mahu mengaku yang mereka sakit dan tidak mahu dirawati. Bila tenat baru mencari-cari doktor/dukun terbaik. Ini yang berlaku dalam UMNO sekarang, mereka tahu mereka sakit tapi tidak mahu mengaku.Malang lagi kebelakangan ini lahir pula satu lagi penyakit bau dalam parti tenat itu, ia itu penyakit "ampu bodek". Virus penyakit ini telah merebak hingga ke akar umbi. Penyakit ini tidak rasa sakit sebaliknya dia naik steam (khayal) dan lupa sakit-sakit lain, seperti penagih najis dadah bila high mereka tak kesah apa berlaku sekeliling mereka, mereka tetap senyum dan happy.Mereka tak kesah mereka dilihat begitu kotor, jijik dan tak siuman. Inilah penyakit dalam UMNO sekarang.Pemimpin no 1 mereka dan juga pemimpin-pemimpi lain begitu khayal dengan ampu bodek daripada juak-juak mereka , mereka tak kesah apa orang lain ke atas mereka. UMNO PERLU SEGERA DIRAWAT SBELUM VIRUS AMPU BODEK MENJADI BUDAYA MALAYSIA. Dalam merawat penyakit ini dengan mengambil contoh perpatah cina," IKAN BUSUK BERMULA DARI KEPALA."

lamandau said...

Saya amat setuju dgn faktor2 spt yang dihuraikan Datuk. Memang benar jika ahli umno fikirkan pak lah sebagai penyumbang kepada election debacle , maka sewajarnya gerakan dalaman yang bolih memaksa pak lah turun. Sekarang bola berada dikaki ahli2 umno, apa lagi gerakkan lah!! dima pemimpin umno yang agak lantang spt Dato' Aziz Seri GAding, Dtk Said yusoff Jasin, senator syed ali dan lain2 lagi? Tak kan mereka ini juga bersama pak lah? You orang cetus , berjuta ahli Umno akan tampil beri sokongan!!! have balls man.

Anonymous said...

“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

Siapa yang lebih dekat kepada kebenaran ini?

Tembok Roboh

Kalau ikut rasa hatiku,
kata Musa, aku biarkan sahaja
tembok lapuk itu roboh
tetapi si-bahalul ini
walaupun tak mendapat layanan
yang baik dari masyarakat sini
masih nak perelok kembali tembok itu...

Anonymous said...

Jika kita mengambil pendekatan psikoanlisa yang diasaskan oleh Sigmund Frued, yang kemudiannya dikembangkan oleh anak perempuannya Anna, point no 4 sangat mengujakan sekali.

ii)
"menipu diri dengan berpura-pura tidak ada apa-apapun yang terjadi"


Mereka terpaksa buat begitu demi "suvival" untuk mengekalkan kewarasan mereka, jika mereka mengakuinya ada kemungkinan boleh "collapse" kerana ditimpa perasaan dosa dan bersalah yang teramat, "GUILT". Mungkin mereka boleh hilang akal, membunuh diri, atau berhenti kerja, pergi memondok ka untuk memcuci dosa-dosa mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Anonymous said...

Dato',

Saya menangis sehingga bengkak-bengkak mata, mengenangkan nasib UMNO hari ini. Saya terlebih-lebih sensitif bila dengar perkataan UMNO.

Dari moyang saya, tok wan saya, ayah saya, yang saya dengar dari dulu-dulu lagi depa dok cerita hanyalah UMNO, UMNO, UMNO bagi depa tak dak parti lain dah yang berjuang untuk memartabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu.

Kawan-kawan kat tempat keja, dulu ramai UMNO, la ni semua dah sokong pembangkang. Tinggai saya sorang yang masih sayang kat UMNO lebih dari segala parti yang ada.

Saya cukup sebak bila anak lelaki saya yang umurnya baru 5 tahun 5 bulan tanya saya "UMNO tu apa, mama?" Abang dengan kakak dia pun dok tunggu juga saya nak jawab apa. Saya jawab kat dia "tu lah parti orang Melayu" dia pun sengih kat saya. Nak cakap lebih-lebih pun takut kita ni bohong kat anak-anak sebab perjuangan UMNO sekarang ni dah terpesong jauh, jauh sangat-sangat .....
Daripada nak bela hak orang Melayu dah jadi bela hak suku sakat, kaum kroni sendiri.

Saya takut dan bimbang nama UMNO ni hanya tinggal sejarah untuk saya cerita kat dia 5 tahun akan datang jika dia tanya lagi soalan macam tu kat saya.

Yang ada dalam UMNO sekarang kaki ampu, kaki kipas, kaki kebas, serba-serbi kaki lagilah. "Teror la orang-orang Melayu ni.....".

Di tepi-tepi jalan di Penang ni dah nampak kain-kain pemidang yang minta Pak Lah letak jawatan. Kat Seberang Jaya, kat Bagan Ajam. Kat pekan-pekan besar yang lain pun ada.

Orang kat negeri sendiri pun dah tak mau, orang kat negeri-negeri lain tu lebih-lebih lagilah ......
Tu pun buat-buat tak faham.
ishhh.... ishhhh.... ishhhh....

W M Zain Mahmud said...

Apa kah ini akan berlaku di Sarawak dalam tahun PRU ADUN 2001.Lihat komen Teebau.blogspot.com

Anonymous said...

Dato',

"SAYA agak hairan dan kecewa kerana ramai pembahas yang begitu pesimistik mengenai masa depan BN dan Umno. Saya berpandangan yang berbeza. Ada hikmah kepada prestasi buruk BN dan Umno ini. Ada hikmah juga pada sikap ketegar Abdullah dan penasihat-penasihatnya.

# Perasaan hairan dan kecewa Dato' memang berasas. Mungkin ramai dikalangan rakyat maupun ahli Umno/BN sendiri berasa amat jelak dan mual dengan kepimpinan ketika ini. Kalau nak disapu, rakyat dah sapu. Sekarang tugas ahli Umno pula yang patut bersihkan parti sendiri. Nak duduk diam je ke kalau rumah kita sendiri kotor?

# Selama ini saya non-partisan Dato' tapi saya berpendirian sekiranya Anwar, Guan Eng atau Mat Sabu sendiri khianat terhadap amanat rakyat Malaysia nanti (walaupun ramai juga yg mula rasa menyesal terpangkah PKR/DAP/PAS akibat emosi yg tidak terkawal lagi), elok dihumban semula semuanya ke dalam penjara macam dulu2! Kalau penjara ala-Zionist di Singapura tak cukup kebal, seludup ke Guantanamo Bay! (exaggerate je Dato') Pengkhinat agama/bangsa/negara tidak ada tempat lagi di dalam Malaysia.

# Saya kira, PakLah mungkin dapat insomnia pula sekarang. Agaknya sudah lebih 48jam beliau tidak tidur memikirkan barisan kabinetnya hari ini. (Atau pun dia bantai tidur jugak! Menantu dan penasihat2 dia je yang mengaturnya, mungkin pakai remote je dari luar!)

Anonymous said...

Kabinet baru dh diumukan, saiz semakin mengecil, ada 3 orang jadi menteri atas lantikan, tiada kedengaran KJ menjadi menteri penuh. Paklah dh buat satu langkah bijak untuk menyelamatkan masa depan politiknya. Pada hemat saya, Pak Lah akan terus kekal smpi PRU 13. Kenapa? Tentangan dalaman UMNO nampaknya tidak cukup kuat untuk memaksa Pak Lah turun. Maka kekal lah Pak Lah selama 5 tahun lagi. Berita lain, Anwar melobi ahli BN untuk sertai PKR, pada hemat saya , itu adalah khabar angin semata, untuk meresahkan UMNO, tiada apa yang berlaku.. saya sangat percaya Pak Lah akan kekal sampai PRU 13.
Bukan lah saya menyokong Pak Lah, tetapi dengan memerhatikan senario sekarang.. saya rasa pengundurannya tidak akan menjadi kenyataan.

Unknown said...

Salam Dato'.
Tepat sekali slogan UMNO...Dulu, Kini dan Selamanya.... saya tidak nampak sebaranag perubahan. walaupun signal telah jelas dan nyata tapi masih mahu memeluk kuasa tanpa memikir masa depan orang Melayu dan rakyat negara ini. Saya lihat ahli Umno akar umbi lebih matang dan berfikiran jauh daripada pemimpin-pemimpin kanan dalam UMNO yang bagai kerbau ditindik hidung. Ditarik ke kiri, ke kirilah ia, di tarik ke kanan, ke kananlah ia.

Biar kita bodoh tapi mahu belajar kerana jika diajar, lama-lama kita akan jadi pandai juga. Tapi jika kita pandai tapi seperti kerbau ditindik hidung, lama-lama kita jadi dungu.

Saya kagumi keberanian Mukhriz dan Ku Li kerana bercakap dengan apa yang tersirat dan berdiri di atas yang hakikat. Apa yang tersirat rasa gundahnya mengenai nasib depan UMNO dan negara dan apa yang hakikatnya ialah penolakan rakyat terhadap kepimpinan yang korup.

Saya tabik juga dengan ahli Umno peringkat akar umbi yang berani beralih angin walaupun dalam keterpaksaan. Tapi apakah alternatif yang boleh diberikan oleh UMNO dengan saf kepimpinan yang 'kaki ampu - wal ampu di sana, wal ampu di sini?.

Bangunlah pemimpin UMNO, berdirilah menghadapi hakikat yang hakiki. Akuilah apa yang tersirat dan yang sudah tersurat. Nyatakan pendirian.

Cakap Muhd Taib bahawa ramai yang termenung selepas memberi undi kepada Barisan Rakyat atau BA, satu telahan yang tidak tepat.

BR baru dua minggu memegang tampok pemerintahan. Berikan mereka masa kemudian kita lihat apakah janji dikota atau pentadbiran mereka lebih baik dan berkesan.

Tahukah rakyat (pemimpin Umno tahu) laporan Morgan Stanley menyatakan pendapatan negara RM200 bilion tapi sejak 2004, rakyat dan negara kerugian RM100 bilion akibat amalan rasuah?

Tahukah pemimpin (ada yanag buat tak tahu) bahawa RM100 bilion itu bersamaan dengan 20 tahun subsidi minyak (negara membelanjakan RM4.5bilion setahun untuk subsidi minyak apabila kerajaan menaikkan harga minyak dari rm1.62 ke rm1.92 seliter).

Saya yakin (walaupun sedih melihat UMNO tewas di 5 negeri) dengan slogan kerajaan bersih, rakyat terbela, BR atau BA mampu memberi harapan baru. Apa yang saya harap jika ini takdir dan ketentuan Allah, BN perlu mencontohinya.

Unknown said...

Salam Dato'.
Tepat sekali slogan UMNO...Dulu, Kini dan Selamanya.... saya tidak nampak sebarang perubahan. walaupun signal telah jelas dan nyata tapi masih mahu memeluk kuasa tanpa memikir masa depan orang Melayu dan rakyat negara ini. Saya lihat ahli Umno akar umbi lebih matang dan berfikiran jauh daripada pemimpin-pemimpin kanan dalam UMNO yang bagai kerbau ditindik hidung. Ditarik ke kiri, ke kirilah ia, di tarik ke kanan, ke kananlah ia.

Biar kita bodoh tapi mahu belajar kerana jika diajar, lama-lama kita akan jadi pandai juga. Tapi jika kita pandai tapi seperti kerbau ditindik hidung, lama-lama kita jadi dungu.

Saya kagumi keberanian Mukhriz dan Ku Li kerana bercakap dengan apa yang tersirat dan berdiri di atas yang hakikat. Apa yang tersirat rasa gundahnya mengenai nasib depan UMNO dan negara dan apa yang hakikatnya ialah penolakan rakyat terhadap kepimpinan yang korup.

Saya tabik juga dengan ahli Umno peringkat akar umbi yang berani beralih angin walaupun dalam keterpaksaan. Tapi apakah alternatif yang boleh diberikan oleh UMNO dengan saf kepimpinan yang 'kaki ampu - wal ampu di sana, wal ampu di sini?.

Bangunlah pemimpin UMNO, berdirilah menghadapi hakikat yang hakiki. Akuilah apa yang tersirat dan yang sudah tersurat. Nyatakan pendirian.

Cakap Muhd Taib bahawa ramai yang termenung selepas memberi undi kepada Barisan Rakyat atau BA, satu telahan yang tidak tepat.

BR baru dua minggu memegang tampok pemerintahan. Berikan mereka masa kemudian kita lihat apakah janji dikota atau pentadbiran mereka lebih baik dan berkesan.

Tahukah rakyat (pemimpin Umno tahu) laporan Morgan Stanley menyatakan pendapatan negara RM200 bilion setahun tapi sejak 2004, rakyat dan negara kerugian RM100 bilion akibat amalan rasuah?

Tahukah pemimpin (ada yana buat tak tahu) bahawa RM100 bilion itu bersamaan kira-kira 22 tahun subsidi minyak (negara membelanjakan RM4.5 bilion setahun untuk subsidi minyak apabila kerajaan menaikkan harga minyak dari rm1.62 ke rm1.92 seliter).

Saya yakin (walaupun sedih melihat UMNO tewas di 4 +1 negeri - mcam cerita Nujum Pak Belalang pula)) dengan slogan kerajaan bersih, rakyat terbela, BR atau BA mampu memberi harapan baru. Apa yang saya harap jika ini takdir dan ketentuan Allah, BN perlu mencontohinya.

Daripada Abrah - bekas anak buah Dato

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato dan pembahas...

Barisan kabinet dah diumumkan...muka baru, muka lama tukar portfolio, muka yg dh lama terkeluar masuk balik, muka yg tak patut ada pun ada, hmm...mcm2 muka la...

Pandangan saya...??? Hmmm....tak berapa nak nmpk jln..Tertanya2 kenapa masih disimpan si Nazri tu...??? md md taib...?? Lo...nape dia....??Hmm...musykil2! Paling best dengar cite bapa bekas AF Dafi pun jd menteri ...???Betul ke pun...Menarik2!

Mampu ke diorg buat kerja dlm suasana yg begitu mencabar ni...??I bet it's gonna be tough for the new cabinet to handle la..

BUT...others would say..."to be fair, let us give them a chance to prove themselves..." ya, ya, ya...!(eventhough dah byk chances kita bg sebelum ni..)

But to tell you the truth....i don't have faith in them...so sorry...! huhuhu....

Anyway..good luck la!

Assalamualaikum!

GLOBALCOMIC. COM said...

Dato' AKJ,

Saya berpendapat jika UMNO mahu bangkit dan releven dalam menyambung perjuangannya, UMNO perlu MEREVOLUSIKAN PENDEKATAN KEPIMPINAN BARU yang mana ia perlu dipimpin oleh pemimpin yang jujur, ikhlas, bijak, cekap, petah, berkualiti berperawakan dan berpendidikan, supaya kelangsungan kepimpinan dan perjuangan UMNO dapat diteruskan.

Revolusi kepimpinan baru ini boleh dijelmakan dengan membenarkan pegawai-pegawai dalam kumpulan A dan pengurusan profesional terlibat secara langsung dalam kepimpinan politik UMNO peringkat CAWANGAN dan BAHAGIAN.

Kepimpinan UMNO kini diperingkat akar umbi mengalami 'BRAIN DRAIN" yang runcing. Peraturan yang menghalang kumpulan A pengurusan dan profesioanl tidak boleh aktif berpolitik dan BERTANDING BAGI JAWATAN PERINGKAT CAWANGAN,BAHAGIAN menyebabkan mesyuarat UMNO begitu lesu, selalu tak cukup korum. Mesyuarat agong yang dijalankan lebih bersifat STAMPING PROCEDURE untuk mengesahkan sesuatu agenda yang ditetapkan oleh BAHAGIAN.

POLA pendudukan dan pertumbuhan kawasan bandar meningkat lebih daripada 60 peratus MENYEBABKAN ramai golongan profesional Melayu kumpulan A pengurusan dan profesioanal mendiami kawasan tersebut. ALANGKAH RUGINYA JIKA GOLONGAN INI DIBIARKAN SEBAGAI PEMERHATI. Atau golongan ini menjadi penyokong senyap dan aktif politik BA.

Kerana sekatan itu UMNO kehilangan BEST BRAIN. Banyak cawangan UMNO di pinggir dan di dalam bandar dipimpin oleh kumpulan SUB STANDARD yang TIDAK MAMPAN DALAM BERHUJAH DAN BERDEBAT, dan lebih banyak bercakap tentang untung dan rugi dalam perniagaan dan kontrak.

Halangan itu menyebabkan kepimpinan UMNO pada peringkat CAWANGAN dan BAHAGIAN diungguli oleh golongan peniaga, pemodal dan tokoh korporat. Kewujudan kelompok kepimpinan yang begini besar menyebabkan mereka selalu berfikir yang besar-besar, tetapi tidak mengambil perhatian yang saksama terhadap isu sosial, pendidikan, serta kebajikan penyokong, ahli atau rakyat yang kecil-kecil.

Bagi pemimpin UMNO yang begini isu tepung, gula, minyak, tol selalu dilihat dan dijawab dari sudut untung dan rugi akademik pemodal yang mempunyai set pemikiran seperti mereka.

Perjuangan bagi meningkatkan keperluan sosial masyarakat di abaikan. Bagi PEMIPIN yang begini, apabila ada sesuatu projek atau program yang menguntungkan maka mereka akan sama-sama bersaing dengan khalayak rakyat yang kecil bagi mendapat peluang projek yang dirancang.

Akibat daripada itu persepsi masyarakat terhadap pemimpin UMNO menjadi rendah. Persepsi kolektif ini mengandaikan, jika seseorang itu menjadi pemimpin UMNO maka SENANGLAH DAPAT PROJEK dan SENANGLAH DAPAT PELUANG YANG BESAR-BESAR. Walaupun tidak semua pemimpin UMNO pada peringkat CAWANAGAN, BAHAGIAN seperti itu tetapi persepsi dan label itu telah menyebabkan rasa hormat dan sayang rakyat terhadap kepimpinan UMNO mula terhakis.

Inilah petaka yang menimpa UMNO apabila GOLONGAN PEMODAL, PENIAGA dan KORPORAT menggunguli parti yang pernah dianggap keramat . Kerana itu dalam KEMPEN dan MOTIVASI DALAM PRU 12, ahli TERPAKSA DIGERAKKAN DENGAN FULUS DAN MINYAK PELINCIR.

Ini adalah realiti. kerana itu Dato Nik Aziz MBK pernah berkata, "jika UMNO bagi kita ambil, tapi pangkah tetap B".

Jika dianalisa kemenangan besar BA dalam PRU ke 12 yang lepas, rasanya BA LEBIH BERMODALKAN AIR LIUR, tetapi mereka mendapat sokongan kerana rakyat dan ahli UMNO JUGA inginkan perubahan. Saya berpendapat ramai sekali ahli UMNO yang telah naik perahu BA yang melakukan protes senyap kerana pelbagai sebab dan isu yang dianggap remeh dan diabaikan. Mereka bosan dengan jawapan sterotaip pemimpin yang akan mengambil tindakan, dan menjawab persoalan masyarakat dalam program TV. Rakyat kini mahu melihat pemimpin yang ikhlas serta bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan segala isu yang dibagkitkan oleh rakyat.

Kualiti dan personaliti yang memimpin UMNO pada peringkat CAWANGAN dan BAHAGIAN adalah eset. Tetapi terdapat ramai juga pemimpin UMNO peringkat CAWANGAN dan BAHAGIAN dan PUSAT yang menjadi LIABILITI menjadikan persepsi UMNO merudum.

Jika disorot kembali kepimpinan UMNO sebelum dan selepas merdeka, kepimpinan UMNO pada peringkat CAWANGAN, BAHAGIAN diungguli oleh guru-guru lepasan maktab perguruan. Dalam kacamata masyarakat melayu ketika itu, guru-guru adalah insan yang sangat dihormati serta serba boleh. Arah perjuangan pada masa itu adalah jelas untuk meningkatkan taraf sosial,pendidikan, ekonomi ,agama serta kesinambungan ketuanan
melayu.

Tapi kini perjuangan UMNO bagi menegakkan ketuanan melayu, seperti sudah berkubur.

Isu bahasa Melayu misalnya hanya diperjuangkan oleh pencinta bahasa.Orang melayu melihat perkara ini dengan rasa sayu dan jauh hati.Persepsi melayu mengandaikan sedangkan bahasa sendiri tidak dinobatkan apa lagi perkara yang lain. Dalam konteks masyarakat berbilang bangsa,bahasa melayu adalah alat perpaduan yang penting dalam menentukan survival sesuatu bangsa. Kini imej bahasa melayu sebagai bahasa ilmu diIPTA dan IPTS telah tergugat dan tidak mempunyai kuasa intelektual yang boleh dibanggakan lagi.

Oleh kerana orentasi kepimpinan UMNO dilihat lebih kepada berorentasiken keuntungan dan ekonomi menyebabkan fokus kepada survival bangsa bukan lagi menjadi keutamaan. Hal ini menjadi lebih bercelaru apabila perkara-perkara yang berkaitan kos sara hidup yang terus meningkat. Kenaikan kos sara hidup menjadikan kualiti hidup masyarakat menjadi rendah.

Dalam konteks UMNO mesyuarat peringkat CAWANGAN dan BAHAGAIAN perlu dikembalikan kepada suasana kematangan bermesyuarat. Setiap USUL dan CADANGAN perlu dibincangkan dengan mendalam dan berlu didebatkan. Walaupun senario mesyuarat akan sedikit panas itu tidak mengapa, kerana melalui FORUM yang begitu KUALITI kepimpinan dapat digilap dan dibentuk secara matang.

PERSOALANNYA bolehkan UMNO berubah seperti yang dicadangkan?

ANAK MERDEKA

Anonymous said...

Kalau memerintah dengan betul, kebajikan rakyat dijaga, negara aman makmur, takda sebab rakyat nak marah dan pangkah yang bukan-bukan. So, dah dapat pengajaran ni tadbir le negara dan rakyat dengan betul. Jangan dua tiga bulan je, sok dah lupa diri semula..

Anonymous said...

YBhg The Scribe,

I am missing a poem.
My fault.

Mukhriz is in a way, 'Untouchable'.
KJ is now more dangerous as he is out of the spot light. Lots of travels overseas. I would put a tracer on him the messenger of Musa Hitam(the brain).

Anonymous said...

A'kum Dato',
Pengamatan saya setelah melayari beberapa blog, mendapati bangsa melayu bukan setakat dihina, malah dilemparkan berbagai tuduhan seperti bersifat perkauman, kolok dan sebagainya.

Tetapi, satu nada yang sama boleh dibaca mengenai bloggers yang memperlekehkan bangsa melayu dalam penulisan mereka, iaitu;

1. mencadangkan dihapuskan perbezaan kaum di Malaysia, yang akan wujud hanya bangsa malaysia, nada ini sememangnya berirama DAP,

2. menghina TDM dan melabelkan TDM sebagai pencetus terhadap kehancuran negara, seoalah-olah mereka lebih afdal mentadbirkan negara yang berbilang bangsa

3. sesiapa yang cuba menyuarakan perjuangan melayu dianggap sebagai fanatik kaum yang tidak lagi releven, walaupun kaum India membuat secara terang-terangan,

Pada pengamatan Dato' yang sentiasa mempunyai luas pandangan, adakah bangsa melayu betul-betul dilihat lesu dan lemah dan hanya tunggu masa untuk melihat kuasa politik melayu hilang begitu sahaja.

Sekian

Bin Abdul Rahman

Anonymous said...

Hidup Anak Merdeka. Tulisan anda amat bernas dan ternyata akan mendapat sokongan kuat umat UMNO dan rakyat.
Kita doakan, impian anda akan terlaksana.
Yang perlu sekarang, bangkitlah insan yang memperjuangkan bangsa untuk bertanding di peringkat cawangan UMNO. Tak perlu gang, tak perlu duit. Jika hasrat anda tulus, anda akan berjaya. Tapi kena kempen. Jangan duduk senyap saja.
Jangan takut pada ketua bahagian, bukan cari makan dengan dia.
Ingat pesan Jebat, bagi yang keliru dan buta tuli sokong pemimpin sampai nak tegur pun takut.
Raja Baik Raja Di Sembah, Raja Jahat Raja Di Sanggah.

Wakmasnoor said...

What have we seen and learned about majority Malays (and many UMNOs) from the recent PRU12? DISSATISFACTION VANISHES LOYALTY. Many voted for BA (PAS, PKR and DAP) candidates (while others prefer to stay at home) without the concern to know who and what the candidates are, EXCEPT for the most important consideration CYNICAL FACTOR, of them not from the ruling coalition party (BARISAN NASIONAL). And that is UMNO literally.

The message is CLEAR. They want changes. Part of those revolt UMNOs want the change of many administrators in the current govt. Another part wants changes in certain practices. Some want changes in certain ruling and codes especially that involved prices of essential items including petrol. While some cant stand anymore with the cronyism and unhealthy involvement of certain individuals in particular circle. But ONE THING they shared commonly and strongly, is persuading the ACT OF CHANGES upon certain leaders and certainly PM Abdullah Ahmad Badawi. THEY WANT ABDULLAH TO CHANGE, AND LOSING 4 BN-CONTROLLED STATES; THE CHANGES THEY WANTED NOW AND THEN IS FOR ABDULLAH TO STEP DOWN. For PM Abdullah, to stay is to further this ever REVOLTING MOMENTUM which can be DANGEROUS not just to the unification of the Malays, but also to the stability of this country.

The TREND is SIMPLE. The SENTIMENT is even STRONGER and SIMPLER. If Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) is the only option left to get things done, then THEY (UMNO majorities) will definitely go for Ku Li.

But one thing is to say, another is to act. While shouting the so-called DEMOCRACY is 'butter and bread' to politicians vying to win 'RAKYAT's Hero of the year', the obvious in UMNO is so opposites to what D-E-M-O-C-R-A-C-Y spelled. In reality, democracy in UMNO is either DISFUNCTIONAL or DEFUNCT. While the idealogy is still alive, the practice is about DEAD.

The question NOW is HOW FAR WOULD THOSE MAJORITY UMNOS DONE DEMOCRACY A FAVOUR, UPHELD THE TRUTH, FIGHT FOR WHAT THEY BELIEVED IS RIGHT, against the current leaders particularly Abdullah Ahmad Badawi?

In proposing himself to so-called 'MENGUBATI UMNO' (curing UMNO), veteran politician Tengku Razaleigh Hamzah, has indeed paving the way for the rest of UMNOs, to FOR ONCE IN THEIR LIFETIME, DOING THE RIGHT THING. For the sake of our 'Parti Keramat' UMNO and MALAYS.

(my personal thought)

Anonymous said...

Dear Readers,

I don't think idea of changing leaders is good option right now. Please observe what have happened in our neighbouring countries, Indonesia and Philipine for example, after so long under the regime of Suharto and Marcos, their people are still in the process of looking for more stable goverment to take care of their countries.

Lets we use our own formula because our rakyat at large are still not prepared to handle any issues arising from competition or election, either in UMNO or other parties. They are many BAD LOSERS outside there who would do any things to meet their own personal satisfaction, and I think our Tun Mahathir, is the best person who can share with us his experience especially in 1987.

Best Regards,

Rakan20G

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).