Monday, May 12, 2008

PM: Krisis Makanan Boleh Tumbangkan Kerajaan

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

UPDATE, [May 15]

THE STAR
newspaper on May 14 reported that Malaysia bought 200,000 tonnes of rice from Thailand and would arrive by end of June.

This would ensure supply for six months and increase the national stockpile.

What was not reported by The Star was the fact that we had to pay a 10-per cent premium.

I read in the Bangkok Post that we had to pay 10 per cent more than we had offered “in a failed tender (bid) on Monday.” This was according to Reuters.

Reuters reported that Malaysia is in talkd to buy another 300,000 tonnes.

The Thai newspapers, in the meantime, reported that Thai farmers are demanding higher prices for the their crop.

And Indians are angry with George W Bush for blaming food shortages anb soaring prices on rising Indian food comsumption. They said it was the obesse Americans who should be eating less for the sake of their health.


So Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi may be right. Food shortages can topple goverments and it may even cause wars.

POSTING ASAL

SETELAH sekian lama berdolak-dalik mengenai kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan utama pengguna dan mendakwa kadar inflasi yang rendah, kerajaan nampaknya mula menerima realiti.

Alangkah baiknya jika ia mengakui dan menerima hakikat ini lebih awal daripada menunggu sehingga dihukum dengan teruk oleh rakyat jelata pada pilihan raya umum 8 Mac lalu?

Selain kebencian terhadap beberapa watak dalam Pentadbiran Abdullah, kenaikan harga barang dan perkhidmatan pengguna serta peningkatan kadar jenayah adalah punca utama pengundi menolak Barisan Nasional.

Semalam ( 11 Mei) -- Hari Ibu dan hari perayaan ulang tahun ke-62 Umno – kerajaan, melalui Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, bukan sahaja mengakui bahawa krisis makanan sedang berlaku malah meramalkan Kerajaan dan Umno boleh tumbang jika krisis ini gagal diatasi.

Utusan Malaysia Online memetik Abdullah yang juga Menteri Kewangan sebagai berkata Kerajaan dan parti boleh tumbang jika krisis berkaitan makanan yang sedang berlaku sekarang gagal diatasi dengan bijak.

Setelah menyakitkan hari rakyat jelata, khasnya yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, dengan menasihatkan mereka mengubah gaya hidup, Abdullah mengubah lirik lagunya dengan berkata isu bekalan makanan sangat sensitif bagi semua rakyat yang sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

Beliau berkata demikian dalam amanat sempena sambutan ulang tahun ke-62 penubuhan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Amaran dan sungutan mengenai kenaikan harga dan kekurangan bekalan ini sudah pun disuarakan sejak tahun 2006 lagi apabila kerajaan membenarkan kenaikan besar harga bahan bakar – petrol, diesel dan gas memasak.

Tetapi setiap kali itu pula para pembesar kerajaan mengeluarkan pelbagai perangkaan dan hujah bagi menafikan amaran dan keluhan rakyat jelata itu.

Sekarang mungkin terlambat bagi pemerintah bagi meyakinkan pengguna bahawa kebajikan mereka sedang ditangani kerana bukan sahaja kerana kerajaan lebih lemah selepas PRU 8 Mac, tetapi juga kerana masalah itu sudah menjadi masalah global.

Masalahnya, setelah sekian lama mengabaikan pengeluaran makanan dalam negara dan terlalu menguar-uarkan pertanian eksport serta pengeluaran diesel-bio, negara kini semakin bergantung kepada makanan import.

Malangnya bagi kita dan negara-negara pengimport makanan yang lain, kita terpaksa bersaing dengan 1.3 bilion rakyat China dan 1.1 bilion rakyat India yang kini memakan lebih banyak makanan kerana mereka semakin kaya dan semakin mampu.

Mungkin kita sekarang bukan sahaja perlu mengubah gaya hidup kita -- kalau hidup kita bergaya atau ada gaya -- malah kita terpaksa mengubah selera kita. Kita tidak boleh makan banyak-banyak lagi.

Hendak pelihara ayam, itik dan ikan pun bukan mudah. Ayam, itik, ikan, kerbau, lembu dan kambing kita ada kelas kerana makan makanan import macam kita juga.

Saya pelihara ikan sebagai hobi. Banyak tu tidak la, tapi seribu dua ribu ada la. Ikan patin, jelawat, rohu, temperas, kap rumput, baung, lampam dan beberapa jenis lagi ikan air tawar. Dua bulan lalu harga sekampit makanan ikan di Jalan Ipoh RM38. Dua minggu lalu dah naik RM42 ringgit.

Sambil-sambil tu saya tanam la cili, lengkuas, kantan, daun kesum, pegaga, serai, cekur, kunyit, belimbing buluh, limau nipis, limau kasturi, ulam raja, dauk kari, pokok mengkudu dan beberapa herba kampung yang lain. Kata orang, sesak-sesak bolehlah. Itu pun sebab ada tanah sejangkang kera keliling rumah.

Dipendekkan cerita, mengenai isu makanan ini, saya setujulah dengan Perdana Menteri iaitu “Kerajaan dan Umno boleh tumbang jika krisis ini gagal diatasi.”

Khabar cerita pun, ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, sudah berjaya memujuk hampir-hampir 25 orang Ahli Dewan Rakyat BN untuk belot. Kalau dia dapat 30 atau lebih sikit tumbanglah Kerajaan BN.

Kalau ini terjadi, bertukarlah Anwar daripada Perdana Menteri menanti (meminjam ungkapan Abdullah) kepada Perdana Menteri pengganti.

91 comments:

Anonymous said...

Dear Tok Scribe,

May I share a link to a Time article that is relevant to this topic:
http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1734834,00.html

In spite of the gravity of the PM/MoFin pronoucement, why do I have a feeling that he is again just reading a script?

Why do I have the feeling that he is not really losing sleep pondering the implications of this grave problem (not just to his precious party, btw!)?

That is, if he even understands that there is a problem. A most acute one, one that is really going to affect the nation adversely unless measures are taken to cushion the blows, like NOW.

But never mind crisis management, is this man capable of the kind of thoughts and reflections necessary for practical solutions at all?

I'm sure some of us shudder at the thought of the dubious, slick and overly ambitious Anwar Ibrahim becoming PM, but with AAB and his bandits running the country to the ground through being too arrogant to admit they are not up to the job, that may be the only salvation left for Malaysia.

AI aside, thus far the elected PR leaders seem determined to prove their worth. One senses a sincerity in them to be worthy of the trust given by the people in the last GE. That, at least, is promising.

For a while there it looked like more capable UMNO/BN leaders would be able to shove AAB and his cabinet out and give the people a more hopeful government at the helm for the next four years, but they seem to have lost steam.

What a dismal situation for Malaysia. Realistically, she is not in the position to wait another 4 years. The damage would probably be too subtantial for any new government, be it PR or BN, to turn around.

Anonymous said...

Salam Datuk

Lewat tidur saya hari ini, jadi ingin juga memberi komen, walau pun sudah jemu tengokkan kerenah AAB, menteri2 dan ahli2 Umno.

Tidak terkira rasanya rakyat telah meluahkan ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan yang telah mengabaikan tanggung jawab mereka untuk menolong rakyat dalam kesempitan hidup harian mereka dan juga kerajaan telah gagal menangani jenayah makin menjadi2 di negara ini.

Basic need untuk rakyat, ia itu keperluan harian, pekerjaan dan juga keselamatan semakin terancam. Jika basic need untuk rakyat tidak dapat di laksanakan, maka riwayat BN Umno memerintah akan berakhir tidak lama lagi.

Pemimipin2 dan ahli2 Umno terlalu sibuk dengan lakunan sandiwara politik yang sudah basi, malah mereka dengan bongkak tidak mahu menerima (in denial) tegoran walau pun rakyat jelata, terang2 telah berpaling drpd Umno.

Sikap "keangkuhan" mereka ini lah yang akan memusnahkan ideologi Umno yang telah usang.

Mereka tidak mahu mengintai dan meneliti di lobok hati mereka atas kelemahan dan kepincangan yang mereka telah lakukan.

Saya cadangkan, menteri2, exco Umno mesti berkorban untuk rakyat dengan memotong sekurang2 nya 20% drpd pendapatan bulanan mereka bagi mengatasi krisis makanan.

Manakala polis forces mesti bekerja lebih keras lagi menjaga keselamatan rakyat, bukan hanya cari jalan untuk cari kesilapan wakli rakyat parti pembangkang dan juga rakyat yang tak berdosa.

Akhir kata, masa untuk Umno untuk revamp sudah terlambat. Jadi, buaiyan mimpi PR akan menjadi kenyataan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia drpd BN Umno masa terdekat dengan kehendak Ilahi.

Tahun 2008 akan menjadi sejarah dengan berakhir nya riwayat BN Umno memerentah negara ini.

Ajeem said...

Salam Datuk.nampaknya sebelum 16 september tahun ini kita semua tertanya-tanya dan ternanti-nanti adakah PR mampu membentuk kerajaan pusat yang baru.
saya memang setuju pandangan tersebut bahawa krisis makanan boleh menyebabkan parti atau kerajaan tumbang.
bukan hanya parti atau kerajaan tumbang,malahan negara juga boleh tumbang jika berlakunya kebuluran kerana peperangan pasti akan berlaku hanya disebabkan perebutan sumber hidup.apa pun sama-samalah kita 'tunggu dan lihat' apa yang berlaku selepas ini.

sheppard said...

Datuk,

Kalau di ambil pelajaran dari kisah nabi yusuf, stok keperluan makanan yang mencukupi untuk semua rakyat dalam sebuah negara adalah tujuh tahun tanpa pertolongan dari negara luar. Baru lah dikatakan negara kita sebuah negara yang stabil dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

Kita baru nak merancang!

Malu, sebagai sebuah negara pertanian kita masih mengimport beras dari negara jiran. Ini belum lagi keperluan yang lain-lain.

Mungkin dalam masa yang terdekat jika keperluan makanan tidak mencukupi untuk negara mereka tidak akan mengeksport beras. Terpaksa lah catu makan nasi.

Mungkin ada hikmahnya. Kurang lah orang yang kena sakit kencing manis dan penyakit lain.

Saya makan sayur lebih. Tanam sendiri tepi rumah.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Datuk, krisis makanan bukan sahaja boleh menumbangkan sebuah kerajaan, tetapi ia boleh membawa kita kepada 'Peperangan'.

2. Tetapi sebelum itu, UMNO boleh tumbang bukan kerana krisis makanan tetapi kerana krisis kepimpinan dan sokongan.

3. Sebenarnya, kenaikan harga petrol/gas dan tol adalah penyumbang terbesar kepada kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin tinggi dalam negara kita.

4. Mengenai makanan ikan Datuk pula, mulai hari ini Datuk tak perlu lagi beri makanan ikan tetapi Datuk campak saja 30 batang ubi kayu, mesti ikan-ikan melompat kerana seronok. Jika tidak Datuk bela 'ikan kering' dah tentu tak payah beri makanan ikan...jimat?

5. Anwar sekarang ini dia pening memikir, jika dia jadi PM siapa pula perlu jadi Timbalannya. Dalam akal fikiran dia asyik terbayang Datuk Najib jer! Jadi Datuk Najib tunggu apa lagi..?

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

5.

Anonymous said...

salam dato'
peningkatan harga barangan, khususnya keperluan harian memang telah berlarutan sejak sekian lama. tidak kelihatan usaha bersungguh-sungguh kerajaan menangani bebanan rakyat yang semakin berat. pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam tidak lama dahulu bukan meringankan beban sepertimana yang diharapkan malahan sebaliknya. golongan selain kakitangan awam turut diheret untuk menanggung beban apabila peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga ketika itu. bagi ibu bapa yang mempunyai bayi/anak yang meminum susu tepung, susu yang dahulu berharga RM40 telah menjadi RM65. itulah realiti yang semakin mencekik rakyat. pada tahun 97-98, negara kita turut terbabit dalam krisis matawang, namun kerajaan pada masa itu telah bertindak dengan cukup cekap dan pantas untuk meminimumkan kesannya terhadap rakyat. kita berharap, kerajaan yang ada sekarang pun mempunyai keupayaan yang setanding atau lebih baik untuk menjaga kebajikan rakyat. kalau tak mampu mengemudi, serahkanlah kepada orang lain menjadi nakhoda.

othman said...

Ybhg. Dato,

1.Adalah benar harga barang makanan terutama beras mendadak seperti ampangan pecah. Harga beras di hypher market naik RM10-RM15 bagi tiap2 sekampit 10kg.setiap minggu . Cuba bayang harga runcit beras di daerah luar bandar. Sampai berapa lama harga ini akan terus naik?.Harga barangan perlu yang lain juga naik walaupun tidak sehebat harga beras.

2.Benar kata Dato kerajaan cuba berselindung dengan kadar harga tunjuk barangan sejak lama dulu dengan meletakannya dikadar 2.5% tanpa menerangkan pecahan nya. Kadar ini rendah seperti di ulas oleh orang besar dan bergaji besar MIER. Keadaan terkawal dan munasabah dan tidak perlu bimbang. Apa yang sebenar berlaku ialah CPI yang dikadar 2.5% adalah purata barang dan perkhidmatan. Tidak ramai rakyat yang faham terutam didesa.Rupa2 nya CPI bagi barang perlu dalam masa yang sama tinggi pada paras melebihi 5%.

3.Sekarang bila terdesak barulah sebuk menggesa rakyat berjimat cermat dan membiasakan diri dengan keadaan.Selama ini angka CPI barangan perlu yang tinggi di tutup supaya rakyat jangan gempar.Itupun kita lihat pemerintah hanya akan umumkan tindakan dan langkah dalam waktu majlis besar2. Untuk tunggu masa ini saya rasa ramai rakyat yang akan merana dengan kenaikan harga barang.

4.Masaalah harga dan hidup mati rakyat adalah masaalah negara. Parti politik manapun yang memerintah mereka akan mengambil tindakan. Jangan lah tunggu majlis melibatkan UMNO sahaja barulah diumumkan atau digahkan tindakan yang hendak diambil untuk atasi masaalah semasa.Rakyat perlu makan tiap2 hari dan tidak bermusim.

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Alhamdulillah, pemimpin telah mula sedar. Namun, adakah kesedaran itu dari hati ataupun sekadar ucapan yang dibaca daripada teks yang disediakan oleh .... (orang lain).

http://c-bok.blogspot.com

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dalam kitab2 lama ada menyebut bahawa bila ada kezaliman dan pembaziran , kekurangan makanan akan berlaku . Malah pokok buah2an juga enggan berbuah . Dulu pernah kita alami di zaman pemerintahan Jepun.

Kerajaan kita pun banyak melakukan kezaliman . Lebih2 lagi ISA ( sila rujuk ulasan Mufti Perlis ).Juga banyak membazir dengan perayaan2 yang bertaraf kebudayaan kuno .Rakyat miskin terabai .Rasuah bermaharajalela . Duit PPRT pun depa kebas . Maksiat tak dibendung ,dllnya.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr A Kadir Jasin,

Kalau setakat memperakukan kebenaran tanpa tindakan yang bijak maka kesedaran sedemikian memang telah menjadi trademark UMNO. Ahli-ahli UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan banyak syok-syok sendiri bila mendabik dada sambil melaungkan rancangan-rancangan untuk rakyat. Jikalau kita membuka telinga dan dengar, masih terlalu banyak projek-projek yang "dipesongkan" kearah ahli-ahli UMNO.

"UMNO and BN robs the rakyat to enrich the rich i.e. themselves."

Baru dapat jawatan dalam exco Puteri dah dapat buat ISTANA. Macamana nak redakan hati rakyat yang perit dengan kelakuan begini?

Fikir-fikir lah bersama....

Anonymous said...

menyampah tgk abdullah yang angkuh dan sombong... dan benci tgk khairy jamaluddin abu bakar yang tak sedar diri!

samurai melayu said...

Salam Dak,

Kami juga ada kolam ikan dibelakang terrace rumah kami.
Mula nya bela 20 ekor ikan koi jepun shaja. Ada seronok juga layan ikan koi ni, montel dan cantik dan ianya memberi ketenangan kat kami sekeluarga.

Suatu hari ternampak beratus berudu berenang2 dikolam dan sebelum ianya menjadi katak kami tergesa2 beli 2 ekor anak ikan toman untuk menyelesaikan masalah berudu tersebut. Sejak itu jarang kelihatan lagi berudu berenang2.

Baru baru ini, bila nak cuci kolam
ikan2 toman tu keluar dari celah2 batu dan terperanjat kami lihat ikan toman itu telah membesar dan akan menjadi ancaman kepada ikan2 koi yang semakin montel dan cantik tu.

Pening juga kami nak selesaikan masalah didepan mata, hinggalah terbaca artikel datuk pagi ini.

Penyelesaian kami,
Dalam keadaan harga barangan tidak menentu masa kini, kami akan menjual ikan2 koi dan terus membela ikan2 toman sahaja.Praktikalkan?

Pokoknya,
Bela ikan koi kena terus beli
makanan nya yang harganya terus meningkat tidak menentu.
Bela ikan toman, depa boleh tunggu
musim berudu nak pekena daging,sementara tu jadi vegetarian le, he! he!
Pokoknya,
Tuan rumah, dapat 'cover' sedikit modal beli ikan dan makanan.
tapi kenalah terima hakikatnya, kecantikan ikan2 koi telah hilang dari pandangan!
Terpaksa renung kat ikan tioman yang roman nya menggerunkan!

Anak2 kami biasalah,akan merajuk dan marah kat ayah nya dan akan manja kat ibunya aje.apakan daya, keaadan memaksa!
Nak minta buah fikiran Pak Lah beri
sedikit je penjelasan yang tepat atas tindakan kami yang kurang arif tentang 'opportunity cost'!
Sejak akhir ini kami susah nak kaji
keadaan cuaca yang tidak menentu melanda negara tercinta ini.

Sayangkan ikan koi,jual2kan
Sayangkan anak, tangan2kan
Sayangkan isteri,madukan satu badan
He! he!

Anonymous said...

Salam,

Pada saya isunya bukan kenaikan harga tetapi kemampuan kita membelinya. Dan kemampuan kita membelinya bergantung pada kekayaan kita. Menurut Datuk Sri Anwar kekayaan negara-negra seperti Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan 5 kali lebih, negara ini satu ketika dulu setanding dengan kita. Oleh itu keupayaan membeli mereka masih stabil. Soalan saya, kenapa kerajaan lewat memahami tren global berhubung sesuatu perkara. Apa pandangan Datuk?

Atan
Anak Penoreh Getah

Anonymous said...

Salam,

Isu makanan merupakan perkara keselamatan negara. Bukankah keselamatan negara hukum tertinggi.

Atan
Anak Penoreh Getah

Anonymous said...

Over 30 Barisan MPs have decided to cross over, says PKR Sabah chief

Posted by Super Admin Monday, 12 May 2008

(The Star) - KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat is in “real” discussions with Barisan Nasional Members of Parliament (MPs) to cross over to Pakatan Rakyat.

“The discussions are on. They are very real. Over 30 Barisan MPs have decided to join the opposition coalition. The opposition only need 30 more MPs from Barisan to form the federal government. It is only a matter of time,” said PKR Sabah liasion chief Ansari Abdullah.

He dismissed Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s claim that PKR was only playing politics with their statements about Barisan MPs ready to cross over to the Pakatan Rakyat.

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/7288/84/

Ini lah masa yang di tunggu2 kerana telah banyak penganyiaan berlaku terhadap rakyat.

Insha’Allah impian akan menjadi realiti

Anonymous said...

YBhg Dato,
Saya lihat di kaca TV baru-baru ni Pak Lah saja yang masih boleh tersenyum tetapi menteri-menteri lain muram dan macam hilang glamour....kesihan juga tenguk mereka...mungkin mereka terlalu setia gan Pak Lah...hingga hilang seri air muka......Saya sebagai penyokong UMNO amat mengharapkan Pak Lah berundur lah segera agar UMNO dapat bernafas semula.........seterusnya mengembalikan maruah bangsa dan negara. Selamat Hari Jadi UMNO!
Helang79

Anonymous said...

The Scribe,

The Right TO Bear Arms
(parang panjang pun jadi)

Macam mana kerajaan boleh tumbang akibat krisis saperti ini?

Sekiranya kita katakan apakah demokrasi tidak dapat berlaku semasa kegawatan kekurangan makanan, maka bolehkah kita juga tanya apa gunanya demokrasi yang telah membawa negara kepada sengsara?

Saperti dengan Mei 13, 1969 negara di perintah dengan Abdullah dalam majlis.

Elok-eloklah tahu bila mati syahid dan bila bukan...

Anonymous said...

Dato'..
Masalah kenaikan harga makanan memang akan menyebabkan pergolakan politik di negara makin meruncing.. Beras pun dah takde bawah RM20 lagi...
Itu yang perlu ditangani oleh Kerajaan kini kalau masih ingin berkuasa...
Memang rakyat mengalami tekanan yang cukup tinggi akibat dari kenaikan harga barangan makanan.. Parah.
http://www.ligakampung.com/blog

Anonymous said...

Begitu serius pula tentang isu makanan ini. harap-harap ini tidak mendatangkan benda serius yang digempar-gempurkan. Sapa yang kawal harga barang ini, kerajaan atau pemborong, dah jadi macam pemborong pula.Semacam pemborong yang kawal harga,kawal stok.Lemahnya kementerian pengguna sekarang.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

abdrahim kassim said...

Datuk KJ,

Perdana Menteri kata, kalau krisis makanan gagal diatasi, kerajaan dan UMNO boleh tumbang.

Kalau 30 Ahli Dewan Rakyat dari BN lompat dan sokong PR dalam Dewan Rakyat, kerajaan dan UMNO pun boleh tumbang juga.

Untuk atasi krisis makanan dalam masa terdekat ini memang mustahil, kerana ianya adalah masalah global dan perancangan yang dibuat perlu memakan masa untuk dilaksanakan.

Jadi kalau tengok kenyataan Pak Lah itu, potensi kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat ini memang ada, kerana tidak mungkin krisis makanan itu boleh diatasi dalam masa yang singkat.

Cuma tumbangnya kerajaan nanti, apakah disebabkan krisis makanan ataupun kerana melompatnya MP dari BN dan menyokong Perpaduan Rakyat.

Mungkin Pak Lah telah nampak gelombang MP-MP dari BN untuk menyokong usul tidak percaya PR di Dewan Rakyat sudah tidak dapat dihalang lagi.

Jadi sebelum perkara itu berlaku, lebih baik beliau mencari "kambing hitam" (scape goat) supaya kalau terjadi apa-apa nanti, ahli UMNO tidak menyalahkannya 100% kerana degil untuk turun dari tahkta walaupun telah didesak.

abd rahim kassim

Anonymous said...

Salam Dato',
Nampaknya aqal PM kita & memanda menteri semuanya masih dengan Pentium II - sebab itu lah slow nak nampak masaalah rakyat! Bab makanan ni, dah berpuluh tahun dengan macam2 projek/initiatives supaya kita self-sustainable, termasuklah BERNAS, semua nya haprak! Maybe we can learn something from Pak Arab di Saudi ni (itu pun kalau nak belajar & tak bodoh sombong?) - Al-Marai & Al-Safi are dairy products companies in Saudi that have the largest dairy farms in the world (35,000 heads of lembu hitam putih belanda)! (Believe it or not kat tengah negara yang penuh dengan padang pasir!) & they are not only self-sufficient in dairy products, but also able to export to rest of GCC! Tapi saya suspect, kalau pun Kementerian Pertanian Malaya nak emulate such a project, nanti komisin sana komisin sini, project tak viable jadinya! Nasiblah kiat!

Juraimi Zainal said...

Dato'

Inilah padahnya apabila momokan "tanah2 digondolkan untuk tujuan pembangunan" sentiasa dilontarkan, malang sungguh sebuah negara pertanian mengalami krisis makanan yg meruncing....

Harap2 Pakatan Rakyat dpt memerintah dgn lebih cepat lagi, AMIN...

tajudin said...

saya lihat artikel Datuk ini dari dua sudut.

sudut 1>>artikel ini akan menyebabkan semua penyokong DSAI (langsung, atau tidak langsung atau belakang tabir atau dalam selimut) melompat2 kegembiraan dan tersenyum girang.

sudut 2..artikel ini akan menyebabkan penyokong BN (yang suka Pak Lah, atau yang suka Ku Li atau yang tak suka kedua2nya) berkerut dan muka bertukar menjadi pahit.

Bourne said...

Salam Datu,

Bila apa yang dilaungkan tidak seperti yang dipraktikan inilah jadinya. Dah lama dah dengar orang dok laung benda benda camni tapi bila penyampaian sajalah.... perlaksanaan setakat POLISI ajelah.

Balik ke kampung lihat para petani peladang kita dengar keluhan mereka rata rata dari perak sampai perlis. Bendang dah jadi padang bola. Kandang kerbau, lembu dan kambing dah jadi rumah kera.

Menteri yang ada pun bukan boleh harap. Takat dok penuh masa kerat reben saja rasmi sana rasmi sini sajalah kerja depa.

Tengok la dua tiga bulan lagi pakat dok ampu Anwar la pulak kita.


Salam

Najib Ariyan Ali Basha said...

Saya bukan pembenci sesiapa tapi saya membesar di zaman Dr Mahathir dan sangat2 mengagumi beliau. Dan baik Anwar Ibrahim atau Abdullah Badawi atau sesiapa juga pemimpin sekarang, belum ada yg sehebat Dr M.

Baik di masa senang atau di masa krisis, Malaysia banyak diselamatkan oleh cara pemerintahan beliau.

Permusuhan sudah berlaku kerana lidah. Kalaupun Anwar naik sebagai PM, belum tentu beliau boleh menyelamatkan Malaysia dari dilanda krisis demi krisis. Beliau hanya mewarisi masalah demi masalah.

Dr M, mungkin tidak akan menjadi PM tapi bukan kah baik kalau masing2 ahli politik bermaaf2 an dan duduk mendengar nasihat dari Dr M.

Kalau tangan sendiri menyuap pun dah tak mampu masuk ke mulut, biarlah orang yg tolong suapkan.

Apa salahnya merendah diri demi rakyat, sekurang2nya kita tidak perlu mengemis dgn org luar untuk menyelamatkan negara kita sendiri dan Dr M bukanlah org asing di sini. Di negara ini suatu ketika dulu beliau pernah memberi kehidupan dan pekerjaan kepada berjuta rakyat yg tidak tahu ke mana arahnya nak mencari rezeki.

Adakah kita nak lupakan semua tu. Temui beliau, mintalah nasihtnya.. Beliau masih hidup dan fikirannya masih lagi kuat. Idea2nya masih jauh relevant berbanding menteri2 muda sekarang. Tujuannya hanya satu.. untuk negara dan bangsa..

Anonymous said...

Datuk,

Ingin saya kongsikan sebuah cerita yang berlaku semalam di suatu majlis kenduri kahwin yang kami penduduk kampung dubbed it as sensasi. Adik pengantin perempuan telah dilempang oleh si ayah kerana telah memberi telur berkat kepada kawannya. Emaknya pula asyik mengingatkan orang 'rewang' agar tidak mengambil lebih dari sebiji telur sedangkan sedekah yang diberikan hanyalah sehinggit seorang. Tiada makan untuk orang yang menyiang bawang dan mendirikan khemah sehari sebelum majlis. Senarainya berterusan till the cows come home pun tak habis cerita. How's that for a change? Krisis makanan boleh menumbangkan institusi kekeluargaan. Boy!

Salam

Gonzales said...

Kerajaan masih tidak belajar dari masalah gula. Apabila pada mulanya kerajaan mengenakan harga siling kerhadap gula kasar, tetapi tidak terhadap gula halus maka pengilang menghasilkan banyak gula halus, dan gula kasar sukar didapati di pasaran. Akhirnya gula halus juga dikenakan harga siling.

Kini masalah beras pun begitu juga. Pada mulanya kerajaan hanya mengenakan harga siling keatas beras hancur 15%, tetapi tidak terhadap beras hancur 5 dan 10%. Maka beras hancur 15% sukar didapati di pasaran. Kenapa kerajaan tidak belajar dari krisi gula yang baru lepas? Akhirnya beras 5 dan 10% juga dikenakan harga siling.

Sikap peniaga di Malaysia yang tidak beretika menyebabkan betapa perlunya kerajaan kontrol harga barangan. Dan apabila harga barang di kontrol, maka mestilah di kontrol 100% bagi setiap gred barangan yang sama untuk mengelakkan manupulasi.

Lihat contoh harga hartanah. Kerajaan kontrol harga rumah kos rendah; tetapi tidak terhadap harga rumah kos sederhana dan mewah. Maka apa yang berlaku sekarang, harga rumah melambong naik sesuka hati.

Begitu juga dengan harga ikan. Harga yang tidak dikawal naik sesuka hati dan begitu tidak munasabah.

Itulah sikap kebanyakan peniaga di Malaysia, pandai menaikan harga barang; tetapi tidak tahu bagaimana hendak menurunkannya.

PELADANG said...

tolong sampaikan kat Tun Mahathir, blog dia paling boring sebab semua komen dok puji Che Det,rasanya dia cuma filter komen part yang bagus-bgus je.
Mustahil.....

Blogger penakut tak mainlah.

From : ex-UMNO 1988

Awang Maya said...

Datuk KJ,

Awang dimaklumkan dan difahamkan bahawa proses pengeluaran SIJIL HALAL yang dulu dipertanggungjawabkan kepada JAKIM kini telah diserahkan autoriti pengeluaran kepada Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC). Sebuah syarikat swasta.

Apa ke hae nya yeaoppp? Tindakan tersebut akan mengakibatkan proses penilaian halal haram sesuatu makanan itu akan diorientasikan kepada keuntungan. Mungkin kebarangkalian barang-barang makanan yang diragui kehalalannya disahihkan HALAL kerana mendapat bayaran yang lumayan. Apa sudah jadi dengan prinsip dan pegangan Syariah. Mengapa Perdana Menteri (AAB) boleh meluluskan perkara ini?

Mohon pihak terbabit tolong jawab. Antara input-input kedai kopi yang Awang dengar ialah Khairy Jamaluddin adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan HDC. Jika ini benar, Khairy Jamaluddin ni memang tak habis-habis nak rosakan kepentingan Ummah demi memenuhi temolok sendiri. Jika tidak, sila jelaskan kedudukan sebenar.

sila ke htt/:www.awangmaya.blospot.com

Awang Maya

Anonymous said...

Salam Datuk,

Sesungguhnya krisis makanan boleh menumbangkan kerajaan. Sebab itu kita harus waspada jangan sehingga negara tergadai nanti.
Kerajaan Barisan Nasional kini masih tegak tetapi menghadapi bahaya. 10 peratus undi melayu telah lari dari BN.Jika ini berterusan pada pilihanraya akan datang, apakah nasib kaum Melayu nanti?Saya telah membuat ulasan agak komprehensif tentang hal ini di blog ://dahalmi.wordpress.com

A KADIR JASIN said...

Sdr Awang Maya, antara lain, berkata: "
Awang dimaklumkan dan difahamkan bahawa proses pengeluaran SIJIL HALAL yang dulu dipertanggungjawabkan kepada JAKIM kini telah diserahkan autoriti pengeluaran kepada Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC). Sebuah syarikat swasta."

Kalau benar, ini akan menggugat nilai dan kepercayaan kepada tanda "Halal" Malaysia.

Di negara-negara bukan Islam macam Negeri Thai, Australia dan New Zealand pun sijil halal dikeluarkan oleh majlis atau badan agama Islam dan bukan oleh syarikat.

Siapa di belakang syarikat swasta ini?

Terima kasih.

samurai melayu said...

Salam Dak,

Kadangkala cakap2 kat kedai kopi ni ada yang boleh terima akai dan kebanyakan nya borak kosong saja.
Tidak lah kita tahu apakah niat sebenar nya.

Tentang kisah sijil halal, bukan cerita baru, bezanya sekarang ni dikeluarkan JAKIM esok mungkin HDC, lusa entah siapa, tertakluk pada 'kuasa ketika tu'. Siapa tak hendak, modal keluarkan sijil tu bukannya mahai, untung nya nauzubillah boleh cecah 6 angka dalam keadaan tertentu.
Jakim dah terlalu banyak cabang tanggung jawab nya,kenalah di'corporatised' bahagian pengeluaran sijil halal untuk meringankan beban (dosa). Antara sebab mungkin bahagian tersebut tidak menjalankan kerja dengan sehalal2nya seperti yang dkehendaki
Mungkin pentadbiran HDC dapat menjalankan tugasnya dengan sehalal2 nya berteraskan concept Islam hadhari?

Dimana ada gula tentunya ramai sang serangga akan bertumpu!

Anonymous said...

Salam Datuk,

Betul itu, di negara2 bukan Islam seperti Thai, New Zealand, Australia, UK, France, US, China, negeara2 Europe, S'pura negara jiran, "Sijil Halal" di keluarkan oleh badan Islam sahaja.

Negara jiran S'pura sijil halal bukan hanya mengeluarkan sijil tetapi, pegawai2 MUIS, Majlis Ugama Islam Singapura, sering membuat inspection terhadap gerai2, restoran2, swasta2 yang mengedar makanan untuk orang Islam.

Badan2 dan juga pegawai2 Islam di negara2 bukan Islam cukup berdisplin dari segi moral2 Islam dan tiada rasuah at all. Jika di dapati ada yang tak kena, orang2 Islam akan membuat aduan di akhbar2 dan juga blog. Umat2 Islam di negara2 bukan Islam sangat sensitive terhadap sijil halal. Mereka ada jadual untuk membuat inspection ke atas pengedar2, gerai2 dan juga restoran.

Tetapi di negara ini, aduan2 hanya di taruh di bawah carpet. Pemimpin2 dan Pegawai2 yang bertanggung jawab tidak menghiraukan akan kepentingan ajaran Islam dan juga rakyat yeng beragama Islam.

Itu lah selalu nya saya mempertikai kan akan pemimpin2 dan pegawai2 kerajaan yang beragama Islam credibilti dan juga integriti. Tapi tidak semua yang berperangai begini.

Ini lah punca utama kejatuhan UMNO. Apabila pemimpin2, pegawai2 tinggi kerajaan yang beragama Islam memutar belitkan dan membelakang ajaran Islam, lahir lah moral2 yang keji, seperti, rasuah, fitnah, menyalah gunakan kuasa, maksiat, menindas antara satu sama lain, dan berbagai2 yang menghancurkan Umno, memberi negative image terhadap ajaran Islam, ekonomi negara terancam dan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Mereka2 tidak tahu menghayati ajaran Islam, mereka, ignorance of Islam, mengolok olokan ajaran Islam, "Astaghfirulla halazim" mengikut hawa nafsu untuk jawatan, kemegahan, kemewahan dan kekuasaan.

Berdoa' lah kita kepada Allah semoga, mana2 parti yang mengambil alih pucuk pimpinan Umno tidak akan mengulangi kesilapan2 yang besar yang telah di perbuat oleh pemimpin2 Umno.

samurai melayu said...

Salam Dak

Apa khabar Dak hari ini, semoga sihat walafiat hendak nya dan seisi keluarga.

Red84 said
'Macamana nak terlepas dari hambatan 'Heat seeking missiles?'

Teringat seketika dahulu kami pergi dengan koffi anand UMNO,jumpa Tok Menteri MINDEF nak jual 'Anti missiles Laser pod'. Fungsi nya kalau musuh 'kirim' missiles kat Tnaha Melayu ni, boleh lah dialeh arah ke laut China Selatan. Tak selamat hantar kat Selat Melaka takut terlajak ke kampung ibunda kami di Sumatra.
Tok Rais pun setuju.
Tapi 3 jam sepeninggalan kami dari Menara Askar tu, tok menteri dah arah 'runner'nya hubungi principal kami. Nasib baik principal kami orang nya 'professional' dan berhemah.Maka dibatalnya 'proposal' tersebut.

Gitulah perangai pemimpin2 melayu adnya dan biarlah missiles tu mewarnai langit bumi burtuah ini, jika ditakdirkan

Sedang mencari ilmu kebal kalis peluru tak bermata.Harus waspada!

Twinkle said...

Saya sudah membaca blog Datuk dari tahun lepas. Setiap kali saya memberi komen, saya pasti akan mengeluh tentang harga barang.

Mungkin saya tidak layak untuk bersungut selalu kerana saya bernasib baik mempunyai pekerjaan dan masih mampu membeli barang keperluan. Nanti, dicap tidak bersyukur lah pulak.

Apa yang membimbangkan saya, SEPATUTNYA.... negara Malaysia semakin maju... bermakna... rakyat semakin makmur dan boleh hidup senang, tak kira la seorang penoreh getah atau seorang pekerja di stesen minyak.

Hakikatnya, dengan keadaan harga meningkat... seolah olah kita ini hilang kuasa untuk membeli. RM50 terasa macam tak cukup.

Nasihat PM supaya kita berbelanja ala kadar.... MEMANG kami dari dulu berbelanja ala kadar! Sedangkan sekarang... ala kadar ini semakin rumit untuk dituntut!

Saya tak kisah lah kalau Anwar Ibrahim menjadi the next PM, biar Lim Kit Siang sekalipun JIKA harga barang turun dan keperluan rakyat dituruti.

Cukuplah BN, jalanlah berdolak dalih dan memberi seribu satu alasan kenapa harga barang naik. Buatlah sesuatu. Lagi 4 tahun lebih untuk pilihanraya seterusnya dan itu bukan masa yang lama untuk kami mengundi dan menumbangkan kerajaan sekarang.

tasik selatan said...

Saya fikir sudah tiba masanya Tok Scibe mula bertindak. Harapan saya hanya org2 seperti datuk dapat selamat negara kita dari Badawi.

Anonymous said...

saya pelik... walaupun HDC diberikan kontrak bernilai ratusan juta ringgit tapi masih memerlukan khidmat JAKIM untuk mengeluarkan sijil halal ini... kenapa perkara ini masih berlaku?

affendi hussain said...

salam semua,

Jgn katakan kerajaan BN.. Pakatan Rakyat pun boleh tumbang dgn isu makanan kalo tak reti rancang & laksana betul2 & asyik sibuk nk jadi juara isu2 politik ntahapa hapa...

Asal usul tamadun manusia pun bermula dgn pertanian...org yg membuang pertanian dari tamadun ni kira dah melawan fitrah asas kestabilan kerajaan...Tak belajar Al-Quran? (setakat baca berlagu2 je kot)

Dlm al-Quran ada kisah nabi Yusuf pasal pemerintah negara Mesir risau krisis makanan (7 tahun hasil byk & 7 tahun musim kemarau..) ada sebab ler Allah cerita kat kita manusia ni utk ambil pelajaran..ingat hal remeh ke?

Gajah pun tumbang kalo tak makan..inikan pula manusia.

Yg dah tumbang pun tak reti2 lg ka nk bangkit tegakkan apa yg patut jd keutamaan rakyat..nak bg 'signal' lagu mana lg lah kat depa ni.. bosan setakat bahas kritik hujah pihak itu-ini dlm parlimen ttp tak bg pulak hujah/cadangan balas yg membina & boleh pakai pun..

Kalau kuli jenis ni lah, dah lama rasanya bos suruh berhenti keja 24jam..

"Buat ini..bos nak ini" - byk pula alasan dia tak boleh buat, mustahillah etc..

"Kalo tak boleh buat bagilah pendapat lain" - tiada pula idea sendiri yg lebih bernas

"Idea dia ni mcm mana?.."- kritik hujah org lain yg ini dia no. 1 juara!

no-substance politicians..

masalahnya 'bos-bos' cuma boleh pecat/lantik kuli tak guna ni 4-5 tahun sekali sahaja dlm demokrasi..geramnya!

Anonymous said...

tu dia.. bukan sebab anwar yang jadi kacau semua ni. ni sebab pembesar tak pandai aka tak cerdik (nak kata jahil dan bodoh tak boleh, dah dikira taboo dalam masyarakat la ni) nak tackle masalah dari puncanya.

Ni la dia bila dok sombong tak sedaq ke diri. Orang dah tak mau, dia buat bodo ja. Tak paham bahasa aih. Makanan ni kira asas kepada negara. Orang dulu-dulu bukak kampung tepi sungai sebab apa? Senang nak dapat punca ayaq. Boleh cucuk tanam dan tangkap ikan. kes sawah padi tukaq jadi sawah lalang dan tinggai sikit apa sebab? Banyaknya sebab ayaq tak sampai dan kena ambik atas nama pembangunan. Kan ka dah sipi nak kebuloq?! La ni nak buat gumana? Dah terantuk baru nak tengadah.

Dulu dok ligan perindustrian, la ni makanan ruji pun tak cukup. Sapa punya kepala akai? Tanah suboq dok pi tebuih guna buat tapak kilang. Bila pelaboq lari, sapa nak take over tanah-tanah tu? Pakat-pakat la pi gigit nat dan skru sorang sikit.

Menteri-menteri apa tau? Depa tu duit banyak, 'raion' tak putuih, yang putuih orang kecik macam aku ni. Ni mau putuih nyawa. Nak buat kenuri pun bajet lari. Nak jamu tetamu ngan apa? Takkan pasiaq sama batu jalan kot?

Tukaq gaya hidup konon. Poodah!! Tok takpa la ada tiga-pat kangkang kera tanah kelilin rumah. Macam saya ni? Tanah parking lot pun tadak. Nak cucuk dan tanam kat mana?

Makin lama BN memerintah, makin susah nampak gayanya.

Anonymous said...

Dialog Pak Lah sewaktu perjumpaan dengan kakitangan awam di Putrajaya pada Isnin minggu lalu ialah "Ubah Gaya Hidup" dan "Jimat Belanja". Dengan wajah yang sugul, sedutan itu disiarkan di Buletin Utama TV3.

Sebenarnya itu adalah lagu lama yang didendangkan semula. Lagu tersebut pernah kedengaran pada tahun 2006/7 sewaktu kenaikan harga barangan disebabkan oleh kenaikan harga minyak.

Memang benar, rakyat disuruh berjimat tetapi bagi pihak kerajaan pula terpaksa bermewah dan melakukan pembaziran dengan menggunakan duit pembayar cukai. Memang agak terhad utk dinyatakan di ruang ini tetapi dengan mengambil beberapa contoh seperti acara rumah terbuka, Monsoon Cup, perbelanjan kapal terbang yang dengarnya mencecah RM700K yang digunakan sewaktu PRU12 baru-baru ini. Mana boleh lupa sorang MB boleh bid nombor kenderaan kononya utk kegunaan rasmi pada harga RM60K. Setiap kali pelancaran koridor dengarnya jutaan ringgit akan dikorbankan utk bayar pada event management company.

Takpe.... rakyat kena berjimat... Dulu masa Datuk Shahrir Samad sebelum jadi menteri macam-macam dikondemnya terutama yang melibatkan PAC. Tapi bila dah duduk kerusi menteri nampak beliau agak lembab sikit. Tak banyak statement yang dikeluarkan dan jarang masuk TV utk memberi penjelasan...

Bung Karno said...

Datuj AKJ dan Sdr Awang maya

Tulisan ini juga saya postkan dalam laman kudakepang :


JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'

JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'
SIAPA YANG MENENTUKAN HALAL? JAKIM ATAU UMMAH?


MIHAS atau nama penuhnya Malaysian International Halal Showcase akan di adakan 7 hingga 9 Mei 2008.

Setiapkali terpandang iklan MIHAS ini teringat saya kepada rancangan "My First Million Dollars" di TV 7 pada jam 6 ptg Sabtu 19 April 2008.

Ia menceritakan kejayaan seorang pengusaha makanan keturunan Cina bernama Mr Ding meningkatkan pengeluaran dan jualan kueh pau yang diusahakan bermula awal 80an. Pada hari ini jumlah pengeluaran pau yang diusahakannya di sebuah kilang di Hulu Langat mencecah 50,000 biji kueh pau sehari.

Sejak awal perusahaannya lagi Mr Ding telah cuba menggalakkan orang Melayu menggemari makanan tradisi Cina ini. Setelah berfikir berbagai cara akhirnya Me Ding membuat keputusan MENGGUNAKAN NAMA ISLAM untuk menarik minat orang Melayu Islam membeli dan makan kueh pau keluaran syarikatnya.

Itu pada tahun 1985 pada ketika pengesahan sijil halal JAKIM belum dikomersialkan. Ertinya dengan hanya menggunakan nama Islam sahaja, pengeluar makanan bukan Islam seperti Mr Ding berjaya membuka selera orang Melayu Islam memakan produk keluarannya. Produk keluarannya hingga kini masih mengekalkan jenama PAU AHMAD. Mr Ding bertambah selesa apabila ujud keadaan pengesahan halal untuk produknya boleh didapati dengan mendapatkan sijil daripada JAKIM.

Mr Ding pernah menghadapi tuduhan dimana kueh pau keluarannya dianggap mengandungi bahan-bahan pelemak babi tetapi ini tidak dapat dibuktikan apabila pihak JAKIM datang membuat pemeriksaan dikilangnya.

Seterusnya Mr Ding menceritakan bagaimana rancangan memperluaskan perusahaanya ke dunia Islam dengan menggunakan kaedah yang sama dalam melabel produk halal keluaran syarikatnya. Peluang juga terbuka luas dengan adanya usaha gigih kerajaan Malaysia hari ini untuk menjadikan negara sebagai hab produk halal dunia Islam dan membantu pengusaha produk halal mengembangkan perniagaan.

Diakhir rancangan tersebut Mr Ding menegaskan bahawa 90% daripada pengilang dan pengeluar produk halal di Malaysia dimonopoli oleh pengusaha Cina.

Apa yang menarik?


1. Mudahnya masyarakat Melayu Islam menerima produk yang hanya MENGGUNAKAN nama Islam.

2. Sejak dulu lagi pengedar PAU AHMAD tidak menghebahkan siapa pembuat pau tersebut. Juga tidak dihebohkan bahawa di kedai-kedai makan Cina pau tersebut juga dijual tetapi tidak dipasang jenama PAU AHMAD. Tidak juga diketahui sekiranya pau berinti babi dibuat ditempat yang sama atau inti ayam dan daging dihasilkan daripada sembelihan cara Islam.

3. Pengesahan halal oleh JAKIM membolehkan orang bukan Islam menguasai industri makanan halal dengan sokongan kewangan dan jaringan pasaran. Pengusaha Melayu Islam tidak berupaya menandingi mereka dan produk mereka mudah diketepikan kerana pegawai pembeli di pasaranya juga dikuasai oleh bukan Melayu.

Pada pertengahan tahun 80an ada usaha peniaga-peniaga Melayu Islam untuk membuat dan memasarkan produk makanan dan untuk seketika majoriti orang Melayu Islam dapat pilihan membeli bahan makanan keluaran orang Islam dan tidak membeli makanan buatana orang bukan Islam kerana perasaan was-was.

Sebaliknya setelah ujud skim sijil HALAL oleh Jakim pengusaha-pengusaha bukan Islam mudah kembali menguasai pasaran dan pengusaha Melayu Islam kembali terhipit oleh masalah persaingan yang tak seimbang.

4. Oleh kerana pegeluaran sijil HALAL dikomersialkan, senario ini terdedah kepada gejala penipuan sijil, birokrasi dan rasuah. Kesahihan juga diragui untuk produk HALAL yang dibuat di negara Cina dan dibawa masuk ke negara ini, seperti ubat gigi jenama terkenal.

5. Kempen hab halal Malaysia memberi peluang dan keuntungan besar kepada pengusaha bukan Melayu yang menguasai 90% pasaran. Khususnya tindakan mengeluarkan sijil halal ini sebenarnya meyokong memperkayakan golongan mewah dan kuat.

Pensijilan produk halal ini sepatutnya bukan sahaja untuk kepastian HALAL tetapi juga mesti tidak megecilkan peluang peniaga dan pengilang Melayu Islam, bukan sebaliknya. Cadangan dan pemikiran YBhg Mufti Perlis, Tuan Hj Mohd Asri dalam hal ini sepatutnya diberi keutamaan.

Kita juga almaklum siapa yang mengujudkan HDC.




Posted by Bung Karno at 9:49 PM 2 comments
Labels: Produk halal

IZU said...

YB Dato'

Minggu lepas saya ke Kulim. Panas sangat jadi singgah ke tempat orang jual air tebu. Sedih hati saya Dato', keluarga 5 orang berkongsi dua gelas air tebu.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Lanjutan komen saya sebelum ini, semalam Ahli Parlimen Kalabalakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh dalam nada tegas menyatakan Sabah perlu mendapatkan 20% royalti minyak dan bukannya 5%.

Desakan ini senada dengan janji Pakatan Rakyat yang menjanjikan mahu memberikan 20% royalti minyak kalau berjaya memerintah menggantikan BN.

Sebelum dari itu Datuk Hanifah Aman, juga di dalam parlimen telah membayangkan, tidak berminatnya lagi orang-orang Sabah dengan BN dan UMNO.

Pak Lah kena fikir perkara ini dalam-dalam. Kerajaan BN dan UMNO tidak tumbang kerana krisis makanan
tapi akan tumbang kerana krisis kepercayaan.

Rakyat Sabah tidak lagi percaya kepada BN kerana mereka asyik dibuli oleh UMNO dan BN.

"Bila kita minta peruntukan jawapanya ialah wang sudah tiada", kata Datuk Ghafur.

Wang keuntungan hasil minyak dari Sabah, Sarawak dan Terangganu, yang dibuat melalui Petronas, siapakah yang menikmatinya?

Apakah penglibatan Petronas dalam membangunkan Menara Kembar dan siapa yang memperolehi keuntungannya?

Apakah penglibatan Petronas dalam membangunkan Litar Lumba F1 di Sepang dan siapakan yang mengaut labanya.

Apakah penglibatan Petronas dalam pembelian Syarikat perkapalan MISC dan siapakah yang diselamatkan.

Apakah individu tertentu atau rakyat Sabah, Sarawak dan Terangganu.

Siapa nak jawab? Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak-anak sekolah di Sabah, kata Datuk Ghafur, terpaksa menirap atas lantai berlapikan surat khabar kerana tiada kerusi dan meja untuk belajar.

Tidakkah ada rasa insaf dikalangan pemimpin BN dan UMNO mendengar penderitaan ini.

Kalaulah orang-orang Sabah membuat keputusan untuk tidak mahu lagi bersama UMNO, memang sudah sepatutnya mereka berbuat demikian.

abd rahim kassim

mustikacitra-indah said...

JANGAN CEPAT MENGALAH. CUBA FIKIRKAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU INI BUKANNYA SIBUK SALAH MENYALAHKAN

Anonymous said...

Dear Tok AJK,

Just watched on CNN that food riot has started in Egypt. This is happening even after the Mubarrak government provided food coupons to help lower-income groups get their essentials.

Obviously no or inadequate government controls were first put in place in anticipation of racketeering and supplier hoarding and retailer price hiking.

I hope our government and its honorable Opposition are paying heed. They need to stop politicking or licking wounds or damage controlling or face-saving or rebranding or whatever it is they are doing and get down to governing. The country needs to be braced against possible economic crisis and assistance planned for the the people against further worsening of hardships.

A KADIR JASIN said...

Sdri Mekyam, among other things, said:

"Just watched on CNN that food riot has started in Egypt. This is happening even after the Mubarrak government provided food coupons to help lower-income groups get their essentials."

I take note off all comments on food prices and food shortages. Let's pray that our pembesars too take serious view of the matter.

The following is my humble view:-

1. We are not really short of food. We are short of vision and will;

2. Our cropland can produce more. Padi output has been declining because (a)the real, dedicated farmers are getting old and dying (b)their children are farming part time as their holdings get smaller with farait (c)soil is getting poisoned by excessive use of chimical fertilizers and pesticides and (d) lack of extension actrivities by pegawai pertanian who are are now office-bound.

2. We can increase yield by "massively" detoxifying the padi land to reduce acidity, release the trapped nutrients and regulate the use of chemicals. I suspect there's a racket that forces farmers to use more chemicals than necessary;

3. Relaunch the Tun Razak's hugely successful and motivational "Buku Hujau" (Green Book) campaign. Give subsidy for this purpose.

4. Reactive rural cooperatives and farmers' associations to rehabilitate abandoned croplands. Just visit rural Negeri Sembilan, Malacca and Perak to see how much fertile farm land is being left unplanted that it has now been taken over by belukar.

5. Our land is so fertile and climate so agreeable. If we go hungry, it's because we are lazy and our leaders are clueless.

6. When I was growing up in the village, no patch of land was left unplented. I earned my own pocket money rearing chicken and ducks and using their dropping as fertilizers for kacang panjang, chilli and all sorts of vegetables. I still do that around my properties.

7. I think too many Malaysians are too lazy, watching too much TV and smoking too much tobacco.

I am sorry. That my 5 sen worth of thought. Now one sen coins tak laku anymore. Have to be rounded up to 5 sen or even 10 sen.

Thank you.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Selepas Datuk Ghafur Salleh menyebut Sabah mahukan royalti minyak 20%, semalam Senator Datuk Amirsham melalui soalan yang ditimbulkan Datin Wan Azizah menyatakan, Petronas telah membayar sejumlah RM26.7 bilion kepada Kerajaan Persekutuan dan tiga kerajaan negeri dari 2004 hinga 2007.

Mengenai tuntutan royalti 20% katanya, tidak ada jalan untuk berbuat demikian kerana kerajaan pun hanya dapat 10% sahaja. 5% diberi kepada kerajaan negeri dan 5% lagi untuk kerajaan pusat.

Kalau begitu jawapan Datuk Amirsyam, Petronas itu siapa yang memilikinya?

Datuk Amirsyam sekarang dah jadi orang politik. Jawapan begini agak bahaya, boleh mengundang padah kerana orang Sabah, Sarawak dan Terangganu dah ramai yang pandai membaca dan tengok internet.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Jangan dilupai pepatah 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sebusuk-busuk pun umno, orang Melayu tidak akan dapat parti seberani dan segagah umno. Umno bukan perlu dimusnahkan, tetapi dibaikpulih. Harap bersabar. Jika tuan guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang atau Anwar berusaha menghapuskan umno atau mencabut taring umno, yakinkah mereka dapat memberi yang lebih baik?? Yakinkah taring mereka lebih tajam dari umno??
Jangan lupa pepatah--bagai melepas anjing tersepit. Buat baik berpda-pada.

affendi hussain said...

Salam Dato' AKJ,

Semua kejadian di langit & bumi ada tanda2 kekuasaan Allah untuk org yg berfikir...(extract from Ali-Imran)

Inilah masanya org Melayu 'back to basic' kalau rasa nak jadi 'tuan' di Tanah Melayu..Time krisis, duit segunung pun dah takdak nilai..sekurang2nya Melayu takkan kebulur di tanah sendiri..Ubi kayu ,pisang & kelapa yg dikatakan 'tanaman bangsa pemalas' itulah kelak akan dijilat kembali ludahnya oleh mereka2 yg menghina.

Sawah sekangkang kera peninggalan org tua jgn ditinggal..tak larat usaha outsource lah kat kat org Cina yg rajin, ambil indon/bangla kerja pun takpa (dah org muda kita mmg tak lalu keja bendang lg, berjemur panas, bergelumang selut & main lintah)..semusim seguni 50kg simpan utk sendiri makan.. ADA JUGA HASIL.

Thailand dah lama hasil padi 3x setahun..kita bila lg? Awatlah polisi kerajaan kita byk sibuk bela org tengah (siapa mereka ni?)..petani melarat jugak w/pun HARGA BERAS NAIK (bukan harga padi)..SIAPA DAPAT HASIL?

Pertubuhan peladang, pegawai pertanian mmg dah kena virus politik..abaikan mereka. SPISIS TARAK HASIL.

Org Melayu byk yg pandai2..tengoklah yg buat EM (Effective Microb) utk rawat tanah & ganti penggunaan baja kimia tu sapa punya kalo bukan graduan2 bumiputera yg susah payah nk tumbuh pucuk dlm hutan ekonomi yg bukan dikuasai bumiputera..kita kenalah mula beralih kpd baja organik/kompos skrg ni..baja chemical dah mahal..kerajaan pun tenat nk bg subsidi..bahan organik takkan luak selagi mana ada makhluk 'carbon based' hidup dlm bumi Allah ini!

Bila semua agensi kerajaan (MARA/IUB/FAMA etc.) institusi kewangan (Bank Pertanian/MARA) & R&D (UniPutra,MARDI ) berpihak kpd kita..jika masih tak boleh nak bertani jugak di atas tanah pusaka atau rizab (kalau tiada tanah pun boleh cuba mohon tanah TOL melaui MARA/IUB.)..satu ungkapan jawapan saja yg sesuai- BANGSA PEMALAS.

Org Melayu dah ramai yg berjaya tanam buah naga,tanam cendawan, tanam serai, bela ayam itik organik, bela cacing & lintah..Melayu je yang tak reti2 nk sokong produk depa ni, yg depa tau merungut & menyalah pihak itu ini bila BN (Barang Naik)..mini market pun kalo ramai2 org majoriti pakat beli lama2 dia jd hypermarket lah, bolehlah dia turun harga lg bila ada 'volume'.. Tulah kita celik2 mata tau belajar hal politik je..mcm tu ilmu ekonomi sampai bila tak reti2.

sapa naik harga? pemborong & pembekal..sapa mereka tu? Tak kurus kering pun.. Jawablah sendiri... K'jaan ni yg tau tekan peniaga kecil & peruncit jer..apa kes..apa hasil?

Rumah saya kt bandar w/pun tanah sekangkang kera boleh saja tanam serai, pandan & pak choy..buah naga pun ada tgh experimen satu tiang, (belum tumbuh lg)..
cuma tanam padi atas bumbung tak cuba lg lah (lagu mana sistem pengairan, maintenance , nk tuai & pemasaran mcm mana?)

Kurang2 adalah juga hasil w/pun sikit, banding org yg simen semua tanah rumah dia, kan..?
Ubah falsafah hidup sikit..
"Hidup utk makan..bukan sekadar makan utk hidup"
..bila azam nak sesuatu barulah akan ada usaha ke arahnya.

Masih nak juga makan utk hidup? Tadahlah tangan ke langit, Insyaallah Allah takkan turun makanan dari langit utk umat2 yg lemah & tak 'meet acceptance creteria' utk mengaku diri umat terbaik..(tiada lg subsidi dari langit setelah tertegaknya Islam 14 abad yg lalu)..

Wan Mat Saman buat terusan dari Gunung Jerai sampai Alor Setar..22batu tu.. utk apa? tu org zaman dulu punya cerita yg takdak teknologi canggih.. Dulu Siam pun cilok padi kita..skrg dah terbalik!

wasallam

Awang Maya said...

Tuesday, May 13, 2008
Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendung, Keciciran


Awang rasa keciwa bila Awang bersiar-siar, meronda-ronda disekitar Putrajaya dan Cyberjaya. Awang dapati masih banyak Presint-Presint di Putrajaya serta kawasan-kawasan di Cyberjaya yang tergantung, beku, tidak bergerak projek pembangunannya.

Apa sudah jadi? Putrajaya dan Cyberjaya sebenarnya adalah satu projek yang melambangkan kemajuan dan perubahan pembangunan dan tamadun bangsa dan rakyat Malaysia. Ia akan menjadi salah satu ikon pencapaian Wawasan 2020 nanti. Tapi jika berdasarkan kepada progress sekarang, Nampak gayanya sebahagian projek di Putrajaya dan lebih teruk lagi di Cyberjaya akan menjadi GAJAH PUTIH. Lebih mengeciwakan Awang tengok keadaan di Cyberjaya semakin teruk. Nilai komersil semakin hilang. Projek tak bergerak, Awang dimaklumkan ramai pelabur telah beralih arah.

Tapi yang memuatkan Awang dan golongan Marhain serta Orang Kampung hairan ialah kenapa disibuk-sibukan nak buat WPI, NCER, ECER dan bermacam macam lagi ER. Benda yang dah ada tapi belum dijayakan sepenuhnya di biarkan terkonteng-konteng, sedangkan benda yang dirancang tidak jelas hala tujunya serta masih kelam mekanisme pelaksanaannya. Awang dapat input Kedai Kopi katanya WPI bertujuan memberi banyak favor kepada orang Singapura. Apa betul perkara ini?

Oleh itu, untuk mengelak sebarang spekulasi negatif dan fitnah masyarakat, elok lah AAB dan barisan kepimpinannya menjelaskan perkara ini sejelas-jelasnya.

Jika tidak, rumusan yang Awang boleh buat ialah:

AAB nak tunjukkan legacynya, sebab itu beliau sanggup pinggirkan Putrajaya dan Cyberjaya yang mana menurut beliau adalah legacy TDM.

Semua projek-projek baru di bawah AAB mempunyai kepentingan besar dan ekslusif kepada AAB, Kamaludin, Khairy dan segala konco-konconya.

Nampak jelas AAB hanya dilihat baik dari segi luaran, tetapi hakikatnya seorang yang rakus dengan kuasa dan harta. Sebab itu beliau bermati-matian mempertahankan kedudukannya. Kata-kata perancangan peralihan sekadar untuk menyedapkan hati orang UMNO yang sedang marah. hakikatnya, jauh sekali KJ dan Kamaludin untuk membenarkan AAB berundur. Orang UMNO di"kencing" (maksudnnya ditipu) hidup-hidup oleh AAB,KJ, Kamaludin dan konco-konconya.

Segala perancangan dan tindakan yang dibuat selepas PRU12 ini adalah usaha untuk membeli balik keremukan hati Marhain/Orang Kampung yang sebelum ini tidak dipedulikan oleh AAB. Tapi, silap, Marhain/Orang Kampung sekarang dah lain, kami bukannya dungu dan tak boleh menilai. Malah isu judiciary pun kami tahu apa yang tersirat disebaliknya. Tak payah lah AAB nak bermain wayang. Melalui input Kedai Kopi (Orang Kampung macam kami mana mampu nak bersembang kat hotel) pun kami dah boleh membuat analisis dan konkulsif terhadap apa yang terjadi disekeliling.

Untuk itu, mohon sesiapa dapat memberi penjelasan kepada perkara tersebut. Ingat! Orang Kampung pun berhak nak tahu. Jangan ingat kami boleh diketepikan begitu sahaja.

Awang tak mahu peribahasa Melayu “ YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG KECICIRAN” terhadap semua projek yang direncanakan untk kebaikan rakyat Malaysia.

Awang Maya

Posted by Awang Maya at 10:14 PM 0 comments

awangmaya.blogspot.com

Aspirasi said...

Sudah terhantuk baru tergadah, inilah perumpamaan yang sesuai digunakan untuk kerajaan.

Pendekatan dan tindakan yang sepatutnya ada "mileage Politik" tetapi tidak di buat. Sehinggalah selepas pilihan raya.

Mungkin kerajaan baru sedar tentang keluhan dan kebimbangan rakyat.

Apa yang penting kerajaan mesti kurangkan beban rakyat dari satu aspek. Dan dari satu aspek yang lain ialah kerjasama rakyat juga diperlukan.


http://aspirasi-bangsa.blogspot.com

Anonymous said...

Tok Scribe,

Reflecting on your seven points makes me wonder if Malaysia, in losing her agricultural base, didn't pay too high a price for nation building.

As we know, first world nations didn't forgo agriculture when they industrialized. Why on earth did we?

Perhaps at one time we thought of it as opportunity cost, that as long as we ended up wealthy, our food could always be imported from other nations.

Well we are now relatively affluent, but needing to import 30% of our staple food, i.e. rice, has made us vulnerable to the vagaries of global supply and demand for one of our basic needs. Should global shortage forces rice producing nations to put home consumption first, we are going to be so in trouble.

Unless we can rehabilitate and reutilize those abandoned agricultural lands you mentioned and start producing our own food before such a bleak scenario becomes reality, we are merely stalling the inevitable.

If I'm not mistaken PM AAB was going to introduce an agricultural initiative at the beginning of his premiership. Whatever happened to it? Guess he got sidetracked into building corridors in the sky.

samurai melayu said...

Salam Dak,

Pagi apabila sedang browse thru laman komentar sdr. terlintas pandangan kepada tulisan Bung karno. setelah membaca, saya dapat kesimpulan nya.

Orang melayu ni termasuk saya sendiri
suka membuat kenyataan yang tidak benar, iaitu straight to the point.
Mungkin sudah jadi budaya kita melayu suka cakap berlapek, berkias,menyindir dan berhasat antaranya.

Bolehkah saya katakan,
1. kretiria mendapat sijil HALAl Jakim tu betul dan sahih, tetapi implementasi nya, ikut keadaan terutama nya apabila tangan kanan menadah kekiblat gambar agung (baru sahaja tulis kat atas tabiat tak baik melayu, dah cakap berkias) maksud saya wang sogokan lah (kan senang)
2. Mr. Ding tu mualaf ke? ( ikutkan Islam terlebih dahulu bertapak diCina dan penganut nya lebih kurang 5 kali ganda ramainya dari m'sia)atau tidak.

Jika dia orang Muslim, luluskan je sijil halal untuk pau dia, kalau orang kafir, JANGAN! Apa jua alasan
di beri pun, JANGAN ( bukan susah kalau orang Jakim takde agenda lain).

Dah berani buat kenyataan tapi masih timbul persoalan pula.

Apakah perlu dicorporatise bahagian
sijil halal saje, kenapa tak satu jakim terus.
Apakah syk HDC lebih mulia dari
Jakim untuk menentukan halal haram barang/makanan di negara ini?

Saya lihat kita melayu ni, dari zaman nasi lemak dijaja keliling kampung hingga lah nasi lemak di hidangkan(menu) di hotel 5 bintang,
masih tidak berubah dan tidak akan maju jika berpusu2 beli pau 'che ahmad'
Manakala pau cap 'Kaabah' walau selazat pau 'che ahmad' susah mendapat jualan mencecah jutaan ringgit!

TEPUK DADA TANYA SELERA!

Alfatihah, Amin

hamdan said...

Salam..

dah dibiarnya harga naik mendadak..sekarang baru kata nak kawal harga. Akhirnya ..akan mahal juga harga kawalan yg baru nie.

Kalau malaysia sudah bekalkan 75% hanya 5% diimport tapi harga naik sampai 50%. Ini salah kawalan bukan 100% kenaikan harga global

Anonymous said...

Apa nak jadi negaraku tercinta ini.

Dulu ada LPN ditukar jadi BERNAS. Sekarang apa jadi.

Dah ada JAKIM untuk memantau bab halal, kemudian ditubuh pula Halal Industry Development Corp (HDC) yg dikatakan ada hubungan dengan Temasek Singapura dan keluarga PakLah (lihat blog RockyBru).

Mengapa tidak diperkukuh institusi yg ada? Adakah penyakit kroni, nepotism dll masih lagi macam biasa.

Apa yang pasti mereka pemimpin tidak merana tapi rakyat marhaen di bawah ini yg gelisah. Dah la makan nasi sepinggan nak kena kurangkan lagi ke setengah pinggan atau makan ikan berlaukkan nasi sudahnya. Kemudian nak makan pun takut sebab halal haram sudah boleh diniaga/jualbeli.

Lan Hingaq

Berita dari gunung said...

Kalau household vegetable garden, nak disungguh-sungguhkan, kita kena tinjau Filipina dan Siam. Sana memang jadi.

Kita tenguk balik kaedah kita. Duit dah jalan dengan kempen2, tapi tanah keliling rumah masih macam dulu.

Macam mana kita ukur kejayaan? Belanja wang bukan ukuran. Macam dulu belanja wang untuk Rakanmuda. Kita selalunya menang dengan broom-broom start engine, tapi kereta mati tengah jalan.

Bumi hijau, buku hijau, kitab hijau, boleh dijayakan dan bumi akan kembali hijau. Sambil-sambil orang belek tanaman, dengan peluh meleleh, orang pun beringat-ingat tentang erti hidup dalam sengsara.

Dalam tempuh itu, jangan pula ada yang buas belanja wang negara. Nanti rakyat marah dan tak kena pangkah.

Anonymous said...

Salam datok,

Anwar PM? tak munking. Siapa yang IB tulis tu, Anwar bengkak mata kena tahi bintang dulu?

Anonymous said...

Salam,

SEbenarnya memang tak de issue...Its a global matters therefore every country having a hit now....

Rakyat je yang memang cepat menggelabah...segala2nya tak cukup akibat kelemahan kerajaan untuk mengubah minda rakyat yang asyik mengharap..Rakyat terlampau dimanjakan dan kena terimala akibatnya...Semua menuding jari pada parti yg memerintah dan yg akan memerintah..

Sedar lah wahai rakyat Malaysia..Kita sudah masuk ke dunia global yang mana kerajaan tak mampu nak menanggung 100% kehendak rakyat secara total..itu pun dah kira cukup baik tidak dikenakan cukai yang tinggi untuk setiap pendapatan

Bagi kerajaan yang memerintah sekarang, anda tidak ada harapan lagi...Bagi yang akan memerintah, cuba ubah prinsip pemikiran minda rakyat Malaysia yang masih mengharap ini. Kita masih mengamalkan ideologi yang lapuk dah sudah berkerak sehingga tidak mampu berubah. Keadaan ini hanya berlaku pada zaman Perdana Menteri yang ketiga. Dan selepas itu kita sudah boleh bergerak sendiri dengan sedikit bantuan daripada kerajaan sebagai titik permulaan. Yang kita lihat sekarang ini adalah sebaliknya.

Isu royalti, kekurangan makanan, kenaikan tol and minyak semuanya tak sepatut timbul. Ini lah masalahnya bila negara sudah ditakluki oleh pelbagai kaum. Masing-masing mahu mendapat bahagian serta kepentingan dan ingin menakluk.

Sepatutnya dalam keadaan sekarang kita sudah menjadi seperti Jepun, China, negara Eropah dan negara-negara maju yang lain..Dasar semuanya perlu diubah. Kita masih mencari pemimpin yang berkaliber.

Beringatlah, kita hidup bukannya lama.....

Athlone

Anonymous said...

The Scribe,

Merepu Bukan Sebarang
Merepek Baik Sekaki

(dua kupang lima duit tak main)

Kalau ini terjadi, bertukarlah Anwar daripada Perdana Menteri menanti (meminjam ungkapan Abdullah) kepada Perdana Menteri pengganti.
- AKadirJ

I don't know la, Dato'
this yb jerlun is spoiling
to spoil the sport - it seems

i think yb rembau has more
valedictorian style a bit
victorian - a ripper, m'lord?

during the japaneses times
they ate keledeks and ubi kayus
afaid of samurai sword upon
a kiss in the neck

while the doctor stares into the
face of death, he smiles
(it never happened, Ya Rabbi!
Ya Kareem Ya Azeez)


Apa hang dok merepek, mukhriz
yappur salam!

Anonymous said...

According to Manly P. Hall "the key to the warrior on the block is the proper application of the dynamo of living power".

Let me give you a hint : C.O.N.T.R.O.L.

When one learns to constructively criticise any "Dumb or Dumber" Machiavellian 'Prince(s)' by concentrating on the discernible concerns & failures and advertently omits any constructive solution, one unequivocally becomes the warrior who controls the dynamo of power.

The Machiavellian 'Prince(s)' will falter miserably to look for soluble answers.

THE KEY IS : C.O.N.T.R.O.L.

Anonymous said...

Dato'

Ini rintihan rakyat berkenaan kenaikan harga barang melalui lirik Dikir Barat (saya pinda sedikit darI loghat Kelantan ke Bahasa Melayu - HURUF BESAR). Hanya orang susah yang memanami penderitaan dan kelaparan.


ORANG KUALA LUMPUR

Ore Kuala Lumpur (KERAJAAN?) tak pahe (FAHAM) masalah,

Kita kija kapo (KERJA DI KAMPUNG) setara mana susah payah,

Betis sapa sipo, tapak tange sapa merekah (BETIS SAMPAI TEPELIUK DAN TAPAK TANGAN SAMPAI MEREKAH,

Duit tak de beripun habis tak tahu celah (DUIT TAK SEMPAT DIKUMPUL , HABIS TAK TAHU KEMANA)

Harga bare (BARANG) naik melambung ore (ORANG) kampung pakat gelisah,

Kalu puye (MUSIM) hujan turun, tak leh noreh bate basah (TAK BOLEH MENOREH BATANG GETAH BASAH)

Tanam tembakau mapuh pohoh, de nya mari ka air bah (TANAM TEMBAKAU MATI POKOK DEK TENGGELAM KAT AIR BANJIR)

Tane padi mana untung, upah gala mahal doah (TANAM PADI TAK ADA UNTUK SEBAB UPAH MEMBAJAK MAHAL SANGAT)

Malam tak leh nak tidur, dok pikir ka anak sekolah (MALAM TAK BOLEH TIDUR ASYIK FIKIRKAN ANAK YANG BERSEKOLAH)

Cuba dema tolak campur pakai sifir mudah2 (GUNA ANDA KIRA GUNA SIFIR YANG MUDAH)

Berapa sebulan belanja dapur
dengan duit anak sekolah,

Api, air bil talifon berapa pulak kena tambah,

Minyak kereta, minyak muto tak leh tubik sampai sudah (MINYAK KERETA MINYAK MOTOR TAK DAPAT ADAKAN SAMPAI SUDAH)

Kija (KERJA) tak padan lansung, letih jelir lidah2

Kalu musim tak de modal (DUIT), Hidup bangun terkepit (HIDUP SUSAH HATI)

Sewa rumah tak leh (TAK BOLEH) bayar, tuan rumah hambat tubit (DIHALAU OLEH TUAN RUMAH)

Ansure kereta tak leh bayar, balah dengan kaki narik (BERGADUH DENGAN TUKANG TARIK KERETA)

Duduk kampung rasa lemah, ingat sekali rasa bosan,

Cuti sekolah duduk rumah ore buat mari surat hngele (SURAT JEMPUTAN KENDURI)

Kalu tak gi takut punah (ROSAK HUBUNGAN) maklumlah saja kita jiran,

Nak gi hngele (KENDURI) rasa lemah sepuluh rial (SEPULUH RINGGIT) wajib terbang

Ore Kuala Lumpur (KERAJAAN?) tak pahe (FAHAM) masalah,

Kita kija kapo (KERJA DI KAMPUNG) setara mana susah payah,


Bye
Roti Planta

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Cuba kita lihat daripada aspek pengurusan perbelanjaan individu; 30% bayaran pinjaman kenderaan, 30%lagi diagihkan kepada bayaran pinjaman perumahan dan bakinya 40% itulah hendak diagihkan kepada belanja rumah, pelajaran, perubatan, makan-minum dan belanja kontingensi yang lain.

Sememangnya 60% bagi bayaran pinjaman dilihat agak tinggi dan pada pemikiran saya ini adalah lebih terdorong kepada perkara-perkara berikut:

1. Oleh kerana pihak kerajaan hendak memastikan projek kereta nasional berjaya dan jumlah kenderaan yang menggunakan highway swasta mencapai jumlah yang telah dianggarkan dalam perjanjian konsesi pengswastaan, maka institusi kewangan telah mempermudahkan untuk rakyat mendapatkan pinjaman kenderaan. Walaupun tidak mampu, dan fakta kemudahan pangangkutan awam yang tidak efisen, maka mereka tiada pilihan dan terus berhutang.

2. Begitu juga dalam senario yang sama pihak kerajaan tidka mengawal industri hartanah, terutama perumahan kedaiaman, kerajaan lebih berminat menjaga kepentingan pemaju perumahan daripada aspek kebajikan pembeli yang terpaksa berhutang dan terus berhutang semat-mata untuk memenhi keperluan asas ini.

Kenapa tidak dilihat aspek-aspek ini yang nampaknya macam "mismatch between personal income and expense scenario".

Wallahua'lam.

Rakan 20G

samurai melayu said...

Salam Dak

Cerita Sarapan Pagi,

Sejak Ihb Mei '08, perkara yang pertama kami lakukan selepas solat
adalah buka PC dan terus gi Blog Chedet. After 'browse thru' the pages
and post some comments, I will visit the only other blog, You know who?
Tiba2 terasa lapar dan teringin nak makan nasi dengan ikan goreng cili api(dah tabiat orang awak pagi2 mesti pekena nasi)
Bapak, ikan nya sudah habis, kata pembantu rumah bila disuruh.
Apa? Baru saja 3 hari lepas saya bagi RM100 pegi pasar, tak cukup?.
Dulu bapak bisa ke pasar juga,RM100 boleh tahan 1 minggu. 5 macam
jenis ikan dapat, ikan tenggiri, senangin, bawal, jenahak dan kurau!
dan termasuk sayur kegemaran saya kangkong, bayam dan sawi.

Masa bila tu bapak?, dia bertanya.
Masa Tun Mahathir memerintah lah, tegas saya.
Tak tau lah bapak, saya belum kerja
dirumah bapak. Ketika itu saya berkerja diLangkawi,majikan saya bagi rm50 tahan seminggu beli ikan dan sayurnya sekali.
RM100 yang bapak bagi tak cukup nak beli ikan pak, ikan kembung saja dah rm12 sekilo, inikan harga tenggiri dan kurau..
For a moment, I realised 7 years have past I went to the pasar basah

What's happening to the country?
Why the prices of the basic needs
of the rakyat are spiralling?
How's the average income earners to
survive?
Can I still enjoy the luxury I worked so hard to attained?

During my chilhood days until the day I finished school, ikan kembung
masak asam and ikan belanak masak pinang were the main dishes on the dinner table(ketika itu ikan kembung dan belanak jual longgok dalam 20-30 sen selonggok)and the only vegetables in my vocab were pucuk ubi,pucuk paku and sayur bayam.( pucuk ubi ambil di kebun dan pucuk paku cari kat tepi sungai
atau belukar). Sayur bayam murah 5-10sen seikat)
Only after receiving my first salary do we have an alien fish called tenggiri on the table.
And after my marriage, did I learn
the names of the other 'branded' fishes.( I believe I am not the only husband in town that go to the
pasar and asked the monger, ' ini ikan apa, itu ikan apa?)

Bottom line,
BE PREPARED FOR ANOTHER TSUNAMI..

Datuk, ikan koi jepun boleh digoreng cili api ke?
Ikan toman sedap ke digulai?
Atau kita 'Barter Trade'je datuk,
Kita tukar jelawat datuk dengan toman saya, Mahal murah tolak tepi.

AMACAM?

abdrahim kassim said...

Datuk,

Perdana Menteri dan pimpinan BN tidak menjawab keluhan rakyat Sabah yang disuarakan melalui wakil mereka Datuk Anifah Aman dan Datuk Ghapur di Parlimen.

Sebaliknya mereka menyerang penasihat PKR Datuk Seri Anwar, dengan berbagai-bagai tuduhan, malahan ada kalangan pemimpin BN yang melebalkannya sebagai "pelacur politik".

Yang peliknya kenapakah pihak kerajaan tidak memberikan perhatian kepada isu yang dibangkitkan; iaitu soal pembangunan Sabah, terutama yang melibatkan keperluan asas rakyat seperti sekolah, jalanraya dan wang royalti minyak.

Datuk Shafie Afdal yang dilihat lebih berhemah dengan pemimpin pusat, juga turut mengatakan isu yang ditimbulkan oleh kedua-dua wakil itu hanyalah melibatkan kepentingan dan keperluan asas rakyat Sabah.

Mereka bukannya mahu melompat parti atau anti semenanjung. Apa yang diperkatakan itu adalah menyampaikan keluhan dari akar umbi.

Seharusnya PM dan pemimpin UMNO lain haruslah peka dan jangan melatah dalam isu ini.Berikan perhatian terhadap isu yang dibangkitkan dan bukannya mengalihkan isu.

Kalau sebelum ini Datuk Kadir Jasin ada menulis, "Bukan Anwar mimpi disiang hari tapi UMNO yang alami mimpi ngeri".

Tapi sekarang nampaknya UMNO bukan lagi alami mimpi ngeri, tapi mengigau disiang hari.

samurai melayu said...

Salam Dak,
Its rather hot today.

Mengutuk dah, menyindir dah,
mengarut dah macam macam lagi sifat negatif dah dilemparkan,

Nak menyelesaikan dan membetulkan keadaan pasaran makanan yang serabut sekarang ni, ilhamnya masih membeku di belakang kepala yang benak ni.

Tadi ketika menghantar puteri kami ke Segi Kolej, SJaya, ternampak ramai makcik2 berpayung beranika warna jalan berlenggang tengah panas terik.
Sambil menikmati kecantikan payung2
yang berwarna warni(sumpah tak tumpu kat makcik2 yang cantik dibawah payung), teringat kami dulu pernah kerajaan laung2kan 'Konsep Payung'. Apakah konsep itu masih relevan atau dipraktikkan? Atau Payung nya dah disimpan dalam arkib kerna dah usang?

Apa kata, kita gotong royong hidupkan nya. tak perlu tunggu menterinya hidypkan. Tunggu sangakala lebih bagus.

Datuk dah ada bela ikan, maka adalah exprtise sedikit,. Sdr. Abdrahim munkin ada kepakaran cucuk tanam,
tuan haji Mustapha Ong, mek mekyam mungkin boleh buat kajian untuk memajukan projek secara teknologi modern.

'Berasiam' sudah tentu pakar tanaman padi dan 'Sheppard' tentunya gembala lembu dan kambing dan yang lain rakan blog The Scribe mesti boleh buat sumbangan untuk meringankan beban harga barang yang melambung tinggi masa kini.Bukannya gitu, gitu, Apek!. Kata orang putih 'Short term measures.

Helo! SAMURAI, apa pula sumbangan anda?
SAMURAI, biasa le, SAya MUlut muRAI
hanya pandai cakap tapi tak berani
bikin!

haha! haha!, KETAWA LAH LAGI.
haha! haha!, haha! haha! KETAWA...

AyamLaga said...

Assalamualaikum Dato'

Klu ALLAH SWT dah nak takdirkan Pak Lah tumbang, alhamdulilLAH lah. Tp untuk UMNO sama2 lah kita doa agar di jauhkan.... Bukan begitu Dato'...???

abdrahim kassim said...

Datuk,

(minta laluan sikit untuk Saudara Samurai)

Konsep payung ini kalau tak salah saya idea Datuk Seri Anwar masa dalam kerajaan dulu.

Bila DSAI dikeluarkan dari Kerajaan dan UMNO, payung-payung tu dia orang buang sekali. Orang yang tumpang berteduh di bawah payung itu pun lari lintang pukang.
(itulah nasib usahawan Melayu bila pemimpin bersengketa)

Kita tunggu DSAI jadi PM lah untuk buka payung baru.

Cucuk tanam saya tak nak campurlah Saudara Samurai kerana saya tak suka makan sayur. Saya hanya suka makan nasi panas dengan daging dending sahaja.

samurai melayu said...

Salam Dak,

Lanjutan kepada cadangan Gotong Royong dibawah konsep Payung, kena peringatkan Datuk, 2 rakan The Scribe ni kena jaga2 sikit, Tuk?

1. Awang Maya-kalu ditugaskan jaga kolam ikan, biawak2 disekitaran kolam jamu sakan le dan kalau ditugaskan jaga lembu dan kambing, habis kena BBQ dek rimau2 yang berkeliaran kat tepi hutan.

Sebabnya Awang ni asyik ke alam maya dan kekadang tak bermaya nak halau biawak2 atau rimau2 yang rakus dan asyik kelaparan.
2. Botak Chin- Bukan saja ikan2 dan lembu/kambing digadaikan nya, silap2 wang hasil jualan padi dan sayuran pun depa kebas.

Duduk termenong dengar dendangan
lagu P. Ramlee,
'Beginilah nasib diriku yg malang
Oh! tuhan
Tak boleh bersenang lenang
Ku duduk sekejap, isteri dah meradang,
Kerja berat takut reput tulang
korus:
Tidaklah boleh
ku kenang lah kenang
hai air lah mata,
jatuh lah berlinang

Karam dilaut dapatku renang
Karam dihati nak bayar hutang
...
Hai, brapa kali nak suruh undur daa

Anonymous said...

Inflation, food crisis, petroleum and gas price hikes, impending toll rates escalating, etc, etc. - THESE ARE PROBLEMS THAT FEDERAL GOVERNMENT should be coming to grips with, NOT THE WELLFARE OF BARISAN OR KETUANAN UNMO, MCA OR MIC.

Wake up, PLEASE. We the rakyat are watching how you are taking the lead. Talking about BN being relevant in these times and age, it could be OBLIVION come next general elections.

Wake up, OK!!!!!!

Anonymous said...

The Scribe

In Denial of Yusuf
(could the ladies have been wronged?)

Apakah mungkin disaat-saat Abdullah berpeluang menyelesaikan masaalah kemiskinan negara dan dikenali sebagai Bapa Nyah Kemiskinan dia akan turun dari kerusi Presiden UMNO?

Six point six billion souls
and all that money can buy
are we poorer now
by the ringgits and the cents
looking down the barrel of a gun
selling the world with monopoly money.

Maka dengan izin,

YABhg Che Det,

Yusuf - I Remember Thee
(for the saaileens)

meminta maaf kerana tidak mungkin akan dapat memberi jawapan kepada semua soalan yang ditujukan pada satu posting.
- Che Det

Makanya, adapun saya ahli UMNO seumur hidup terpegun membaca karangan anda. Subhanallah.

Mestinya terlalu banyak jawaban yang menunggu walaupun semestinya syabas kerana menjawab satu pertanyaan, Che Det.

Kepimpinan UMNO masih 'in denial'...
the doctor postulating
his findings. Even a fool
will admit that a fool and
his money will soon part.

My question to you will not be who will you propose to be the president of UMNO and the other office bearers, Che Det. Rather, impressed by the little picture, I wonder who chosed it?

Kepimpinan UMNO masih 'in denial'...sekiranya majoriti ahli UMNO pilih Pak Lah maka adakah kepimpinan UMNO masih 'in denial'?

Sekiranya, kepimpinan baru -dan siapa agaknya mereka itu, Che Det- terjadi tetapi keadaan masih tidak berubah -adakah negara dan rakyat akan lebih susah?- adakah kepimpinan baru UMNO akan 'in denial'?

Where are we heading and where should we be, Che Det?

If I tell you Abdullah bin Hajjah Kailan will die in office, Che Det, will it change anything? Well, alhamdulillah.

Kepimpinan UMNO masih 'in denial'
- prescribe me a better cure, doctor, please.

Salaams

Anonymous said...

ASM Sahabat yang dihormati,
Kerajaan silih berganti. Yang tumbang ialah parti yg menerajui kerajaan. Kalau parti kerajaan sekarang tumbang akan diganti oleh parti lain pula. Kenapa ia tumbang tentulah bukan sahaja kerana minyak beras naik harga.PM sekarang juga teruk memikul beban yg dilambakkan oleh pemimpin dulu. Bayangkan bumi yg mewah air, cahaya, dan udara 365 hari setahun tak digarap seoptimum mungkin untuk makanan,tetapi hutan rimbanya
dikikis untuk kemewahan, bukan keperluan ,terutama sejak 2 dekad lalu. Bukan itu saja, sampai Bahasa Melayu pun dikikis bersih dlm mata pelajaran penting di sekolah. Siapa punya angkara? Jadi dendam rakyat masih belum selesai.Dosa seorang pemimpin boleh membawa musibah kepada orang lain senegara. Kalau Tuhan sayang kpd kita, jangan risau, tak ada pemimpin yang tak boleh diganti.Kalau sudah ramai yang selar dan cemuh PM sekarang, Anwar Ibrahim mungkin lebih berkaliber.

Anonymous said...

harga beras yang biasa saya beli bulan lepas jenis 5% rm18.50 untuk 10kg. sebelum tu saya boleh dapat rm17.50 10kg. minggu lepas rm24.00 10 kg. saya heran macam mana kerajaan boleh tetapkan harge siling 5% rm2.80 1 kg. saya tengok bekalan beras masih banyak macam tak de masalah. ini semua kereja peniaga yang nak untung banyak. ini sistem kapitalis yang mengambil kesempatan dalam semua keadaan.
kerajaan umumkan nak bagi subsidi kepada petani. kena pastikan petani mendapat subsidi sepenuhnya bukan tokey baja atau tokey racun yang untung lebih sebab dapat kontrak membekal.
selain daripada bernas banyak pekilang-pekilang swasta lain yang menguasai pasaran beras. ini pun kena pantau.
ape ke name orang yang suruh makan keledek dan kentang tu? berapa harga keledek dengan kentang?
agensi kerajaan kena kerap turun padang. jangan tunggu belaku krisis. harga barang lain juga kena pantau.

dulu kalau beli gas memasak tong kecik atau beso tiada masalah. sekarang kalau bawa tong kecik beli tong beso kena tambah rm3 selain daripada harga gas sebenar. dah repot kat kpdn&hep tapi masih dalam siasatan.

Anonymous said...

Dato',
Another price that we Malaysians have to pay for having BERNAS - mengayakan kan lagi the millionaire shareholders of BERNAS (cuba Dato' dedahkan siapa mereka ini?)... dan pesawah2 kita forever miskin... satu lagi privatization project yang tak masuk akal (mungkin masuk akal mereka2 yang cadang & canangkan idea ini dulu?)... nasiblah kita.

Anonymous said...

Dear Tok AJK fellow regulars of The Scribe,

Blogger Jebat Must Die has a very readable entry on the rise of the rice price issue in Malaysia. It's quite detailed and very interesting.

Here's the link for those interested:

http://jebatmustdie.wordpress.com/

Anonymous said...

Apa kata kita sebagai rakyat juga bersiap-sedia dan menjadi pengguna yang bijak merancang dan menilai sekarang. Dah tiba masanya. Krisis makanan ni isu global, nanti sekejap lagi ada lah masalah2 global lain yang akan berlaku, dan macam tak adil lah nak tuduh kerajaan pasal hal2 ni sebab tak boleh nak dielakkan. Tapi kerajaan pun satu, kena buat yang sebetul2nya untuk kebajikan rakyat sebab sekarang era semua orang tgh "tunggu dan lihat" apa yang kerajaan akan buat untuk mengurangkan (mengatasi macam mustahil pulak) masalah ni.

Awang Maya said...

Awang Maya 's school of thot

The following are the example of the most charismatic leader that Malaysia ever had

1. Tun Dr Mahathir Mohamad – Outstanding / until now, beyond comparison
2. Datuk Sri Anwar Ibrahim – In negative side
3. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – In spiritual capacity
4. Lim Kheng Yaik – In small capacity
5. Dr Koh Su Khoon – In his style / professionalism

And the following is the worst ever Leader that Malaysia had

1. Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi – In all aspect / shameful
2. Datuk Sri Nazri Aziz – The most disrespectful man
3. Datuk Shabery Cheek – Nothing but “Pembodek”
4. Datuk Zahid Hamidi – Nothing but “Pembodek”.
5. Muhammad Taib - Nothing but “Pembodek”.

And the most ever dangerous/betrayer man that currently Malaysians to worry about is none other than…………………..

KHAIRY JAMALUDDIN – Rakyat should get rid of him from Malaysia political/business scenario.

-Awang Maya-
(Pembela Marhain/Orang Kampung Dlm Bentuk Penulisan)
No Way For Wrongdoer / Jangan Bagi Muka Pada Penyeleweng

abdrahim kassim said...

Datuk,

Bila Datuk Ghapur Saleh bagi tahu di Parlimen ada murid-murid sekolah di Sabah yang menirap atas lantai kerana tak ada kerusi meja, saya rasa macam percaya tak percaya cerita tu.

Semalam saya berbual kosong dengan kawan saya Dr. Nawawi (Dr. Nawawi ni kawan Pak Lah masa Pak Lah terpinggir sekejap dari UMNO dulu) mengenai ucapan Datuk Ghapur. Dia kata, memang betul apa yang diperkatakan Datuk Ghapur tu, malah lebih teruk dari itu, tambah beliau.

"Banyak tempat di Sabah dan Sarawak yang keadaannya tidak ubah seperti sebelum merdeka dulu", ujar beliau lagi.

"Kalau kau tidak percaya, mari kau dengar dari orang Sarawak sendiri", lantas beliau membawa saya bertemu kawannya yang bernama Tina.

Menurut Tina, anak keturunan Bidayuh ini, dia telah tinggal di semenanjung lebih dari lima belas tahun. Kalau tidak kerana ibu dan bapa, dia tidak mahu lagi pulang kekampungnya.

Saya bertanya kenapa? Dia kata, untuk menemui ibu bapanya setahun sekali itu, dia terpaksa berjalan kaki selama enam jam baru sampai ke kampung.

Saya bertanya, di Sarawak awak tinggal dimana? Dia kata di Kuching.

"Tak kan di Bandaraya Kuching tak ada bas atau teksi", tanya saya hairan.

Dia kata, bukan masalah bas atau teksi, tapi jalan yang nak dilalui tidak ada.

Saya kata, "mustahil dalam kawasan Bandaraya Kuching tak ada jalan".

Beliau dengan nada kecewa menambah,"kalau encik tidak percaya, boleh datang ke kampung saya".

"Saya tinggal di Kampung Semban dalam daerah Kuching. Untuk sampai ke kampung, saya kena melalui Kampung Bengoh, Kampung Pain, Kampung Said dan Kampung Kejoi" ujar beliau.

Beliau seterusnya menceritakan, dari Lapangan Terbang Kuching beliau menaiki van ke Kampung Bengoh dan dari situ beliau mula berjalan kaki selama enam jam untuk sampai ke kampungnya.

Wah..kalau begitu ceritanya,patutlah Datuk Ghapur beremosi sangat.

Apalah gunanya berkerajaankan BN, kalau rakyat masih hidup seperti zaman sebelum merdeka.

abd rahim kassim

A KADIR JASIN said...

Sdr A Syafiq,

Terima kasih di atas nota peribadi anda itu. Saya tidak lupa. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Sdr Astute Reader,

I take note of your "confidential" note to me.

On your posting, I see no reason why it should be removed.

To all other kind participants, I am grateful to you.

Thank you.

nasru said...

asm ayahanda a kadir jasin.

saya orang sederhana.hidup saya kais pagi makan pagi.petang belum tentu lagi lagi. bila harga minyak naik, saya jual wira ansuran dan beli kereta proton saga harga 3500.ubahsuai dlm rm1000.ok.dah 20 kali berulang alik kelantan - penang.masih gagah. kemudian harga beras naik. harga gas satu tong naik jugak. harga lauk pauk pun naik. maka kesusahan ini sapa yang tanggung. saya dan keluarga saya terpaksa menanggung beban. nasib baik rumah dapat quarter tnb kat penang ni.kalau sewa lagi la beban. yuran sekolah pun banyak. duit qirati anak-anak lagi.duit susu,pampers dll. benada ni nampak remeh bagi orang berduit dan kaya raya.

la ni sibuk nak ubah pimpinan negara tak kira bn ke pkr. dia orang ni dah beribu dalam kocek. anwar pun, isteri dan anak pun dah beribu dalam kocek. nak berjuang pun senang hati. saya kalau jadi pejuang, sapa nak jaga anak-anak saya. saya tak kisah sapa pm. cuma sy nak dia orang selesaikan masalah rakyat. sy baru kat penang. masa mula-mula dtg hari tu tol kulim rm1.30 sekarang dah rm1.60. cepatnya naik.sy dtg penang ni bulan 8 tahun lepas.

cuba ayahanda renung masalah orang macam kami.sy mungkin bernasib baik berbanding dengan orang lain yang lagi susah. tapi apa pun pembelaan perlu.

bercakap memang mudah.nak buat je payah. yang lupa tanggungjawab, jawablah di padang masyhar besok

takut puchong said...

Datuk

tak susah, harga beras naik, kita makan keledek dan kentang. kalau harga kentang dan keledek pula naik, kita makan ubi kayu. tok nenek saya dulu suka makan ubi kayu. tapi masa tu kena serang jepun, lani saya tak tau siapa yang menyerang kita.
nanti kalau harga petrol naik, kita jangan komplen atau marah, ramai2 kita naik gerek. siapa yang tak tau mengayuh basikal, boleh exercise jalan kaki. badan pun sihat [tak tau le ada apa2 kesan buruk berjalan atau mengayuh gerek dalam environment kl yg kotor ini].
saya fikir sebagai negara yang makanan ruji rakyatnya nasi, penanaman padi tempatan sangat tidak penting. umum mengetahui penanaman padi menggunakan kawasan yang luas dan bagi saya, ini membazirkan kawasan tanah yang semakin mengecil. adalah lebih baik tanah2 ini digunakan bagi tujuan komersil untuk memaksimakan keuntungan tauke2 besar. atau mungkin kita kelak menanam padi di atas bangunan seperti cadangan bekas menteri besar negeri jelapang padi dulu. ini suatu yang inovatif.
saya jua berpendapat kerjaya di bendang adalah suatu karier yang tidak glamour dan memenatkan apatah lagi perlu berpanas dan bermain selut. di zaman teknologi canggih, kita perlukan suasana bekerja di dalam ruang berhawa dingin, dahla melayu ni rata2 kulit sawo matang, gelap kulit nanti, kurang segak jadinya. mungkin menteri pertanian kita ada jalan inovatif yang lain untuk mengatasi kekurangan beras ini selain menyeru rakyat mengubah diet masing2. ya lah, depa tu duit banyak, elaun banyak, maka mungkin dah biasa makan steak, burger, pasta dan lain2. bagaimana pula dengan orang kampung yang pagi makan nasi lemak, tengahari nasi campur, petang nasi goreng dan malam nasi campur? cuba suruh menteri2 ni memandu kereta sendiri tanpa supir atau cadangkan kepada depa tiada lagi elaun petrol. rakyat kena ubah cara hidup tetapi depa tak payah. ironik, kita yang lantik depa tetapi depa pula yang jadi tuan kita.

Anonymous said...

Salaam, Datuk

I am not sure how long the government can go on paying out RM50 billion+ every year for on subsidies. It's no wonder that the govt is running a perennial budget deficit.

Something has got to give if free market principles are being flouted. And, in this case, it will be Malaysia's economic credibility, credit ratings and international competitiveness.

Just think what the govt could do if it did not have to pay out RM50 billion for subsidies annually.

For starters, it could afford to recruit better quality teachers, nurses and doctors and pay them better, thereby addressing, in part, the brain drain to the private sector and overseas.

It could increase the pay for rank and file police and military personnel and make careers in the police and the armed forces more attractive to ALL Malaysians.

It could reduce corporate and personal income tax rates to better compete with the likes of Singapore and Hong Kong.

It could spend more on building and maintaining the country's essential infrastructure (roads, railways, ports and airports) to the best international standards and spend more on upgrading the country's "software" (labour force) to be able to better compete in a globalised, knowledge-intensive environment.

And it could fund targeted assistance schemes to directly benefit those Malaysians (regardless of race) who need help the most - i.e. the poor, marginalised and disadvantaged.

But no - the whole regime of subsidies and price caps has bred an incestuous subworld of rent-seekers and hangers-on of the politically well-connected, while ignoring harsh economic realities.

The free market will eventually win out. Ask Russia, China and India if you doubt this.

ainas said...

sekarang pak lah baru nak sedar kerajan boleh tumbang kalau krisis makanan tak diatasi. rakyat dah lama sedar. sebab tulah rakyat buat keputusan yang mengejutkan dia. Ingat NEGARA MALAYSIA HAK RAKYAT . Rakyat amanahkan dia jadi PM . kalau tak reti buat kerja bagi orang yang reti.

Anonymous said...

Salam Dato' KJ,
Cara pengambilan makanan kena ubah. Mungkin nasi di rumah pun jangan ceduk pakai senduk. Buat stail macam kat restoran sukatan nasi pakai mangkuk. Di restoran tu 1 mangkuk tu pun dah kenyang. Kat rumah tak kenyang-kenyang.Senduk menjadi perantaranya nasi ke dalam pinggan.

Kaedah "smart eating' kena di kaji.Mungkin olahan makanan alternatif kepada bijirin lain perlu difikirkan.

Sebab perjalanan dunia ini ada disebut dalam al-quran. Masanya akan tiba bila makanan semakin berkurangan, dan kita kena laluinya dengan hati yang tabah.

miniclubman

Anonymous said...

Pi mai pi mai macam tu juga, tiada perkembangan positive, malah keadaan kedudukan pemerintah Umno bertambah kusut tampa hala tujuan, manakala rakyat masih mengharap akan langkah Umno yang lebih realistik untuk mengatasi food crisis kian mengancam kehidupan harian rakyat.

AAB ambil "lewa sahja" akan rungutan rakyat tidak memikirkan implikasi yang akan menimpa kerajaan dan rakyat.

Memang senang untuk kita mencari kesilapan kerajaan, tetapi itulah yang nyata, tanggung jawab mereka untuk re organize dan stabilize pentadbiran Umno yang telah lama pincang untuk mengembalikan keyakinan dan kesejahteraan rakyat.

Satu tugas yang sangat berat yang mungkin tidak berdaya bagi Umno melaksanakan malah hanya menanti kejatuhan untuk masa terdekat.

Kalau kita perhatikan, memang tidak ada collaboration di dalam parti dengan sebab mereka tidak bersatu padu dan masing2 mementingkan kedudukan mereka.

Barangkali, otak2 mereka telah tumpul (burn out) dan setiap kali keputusan yang di ambil akan memberi negative impact terhadap Umno.

Tiada kuasa yang akan kekal di bumi ini melainkan kehendak Allah.

Hanya Allah sahja mengetahui dan menentukan nasib Umno.

Wallhu 'alam.

Anonymous said...

Salam,

Satu sahaja saranan yang mudah...

'HAPUSKAN SEMUA SUBSIDI'

Ini dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang 'apa itu usaha'...

Ada negara yang rakyatnya tidak diberi subsisdi tapi berkemampuan..


Athlone

Anonymous said...

The Scribe,

Malaysia di tangga ke-19 daya saing global
KUALA LUMPUR 15 Mei - Kedudukan Malaysia dalam daya saing antarabangsa di kalangan ekonomi utama dunia tahun ini meningkat ke tangga ke-19 daripada tangga ke-23 pada tahun lepas walaupun berdepan dengan cabaran luaran yang sengit.

Ketika mengumumkan kedudukan itu, IMD, sebuah pusat perniagaan utama global berpangkalan di Switzerland berkata, kedudukan itu merupakan kedudukan terbaik Malaysia untuk tempoh tiga tahun yang lepas, sejak tahun 2005 apabila ia menduduki tangga ke-25, ke-22 dalam tahun 2006, dan ke-23 pada tahun lepas.

Ketika menyambut baik pencapaian Malaysia itu, para penganalisis berkata sistem penyampaian yang ditambah baik yang dilaksanakan oleh kerajaan mencatatkan hasil berterusan dan menaikkan negara ini sebagai satu destinasi perniagaan dan pelaburan.

Mereka juga mengingatkan Malaysia supaya tidak bersikap puas hati tetapi sebaliknya berusaha menaikkan produktiviti dan kualiti bagi kekal di hadapan walaupun berdepan dengan cabaran manakala IMD merasakan negara ini perlu meningkatkan infrastruktur saintifik dan teknologi bagi menampung keperluan ekonomi yang kompetitif.

IMD berkata, Malaysia perlu mencapai tahap memberi keutamaan kepada pelanggan, inovatif dan perkhidmatan awam yang proaktif sambil menyandarkan perkongsian awam- swasta untuk menggerakkan ekonomi menaiki rantaian nilai.

"Langkah memupuk perusahaan kecil sederhana yang berinovasi dan berdaya tahan bagi menjadikan mereka lebih dinamik," merupakan satu lagi cabaran, kata IMD dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) yang diumumkan di seluruh dunia hari ini.

Kira-kira 55 buah ekonomi utama terdiri dari negara perindustrian dan maju oleh WCY.

Dalam satu ulasan segera terhadap kedudukan Malaysia yang bertambah baik itu, Naib Presiden Jualan Institusi Kanan Alliance Investment Bank Shahrul Kamal Ramli berkata, ia akan memberikan impak positif ke atas pelaburan langsung asing (FDI) yang sentiasa mengawasi Malaysia.

"Ia akan menjadi satu petunjuk jelas kepada para pelabur asing yang masih membuat penilaian untuk melabur dalam negara Asia, terutama sekali Thailand, Indonesia atau Vietnam," katanya.

"Mereka mungkin memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan masing-masing," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pakar Ekonomi Kanan RAM Holdings Bhd Dr Zamros Dzulkafli berkata: "Kita perlu meraikan kejayaan ini untuk terus berusaha untuk meningkatkan produktiviti.

"Kita merupakan satu ekonomi terbuka dan dengan pelaksanaan globalisasi sebagai satu agenda antarabangsa yang utama, Malaysia akan terus bersepadu dengan ekonomi global." "Malaysia terus menunjukkan potensi yang tinggi di kalangan ekonomi kompetitif yang utama di rantau ini dan di dunia," kata Dr. Zamros.

Ketua Pakar Ekonomi Aseambankers Suhaimi Ilias berkata Malaysia telah menyaksikan pemulihan aliran masuk FDI dari paras rendah hanya AS$600 juta dalam tahun 2001 kepada AS$9.4 bilion pada tahun lepas.

"Ini menunjukkan bahawa insentif fiskal seperti potongan cukai pendapatan korporat dan usaha untuk menambah baik sistem penyampaian negara ini membuahkan hasil yang positif," kata Suhaimi.

IMD yang terletak di Lausanne di Tasik Geneva, merupakan sebuah tempat pertemuan para eksekutif dari seluruh dunia manakala WCY disifatkan sebagai satu rujukan di seluruh dunia mengenai daya saing negara, ranking dan analisis mengenai cara ekonomi diwujudkan dan perusahaan kompetitif dikekalkan dan dalam proses itu menguruskan laluannya ke arah kemakmuran.

Amerika Syarikat sekali lagi menduduki tempat teratas pada tahun ini, diikuti oleh Singapura, Hong Kong, Switzerland, Luxembourg, Denmark, Australia, Kanada, Sweden, Belanda, Norway, Ireland, Taiwan, Austria, Finland, Jerman, China, New Zealand, Malaysia dan Israel.

IMD menyatakan Malaysia perlu menaikkan kapasiti inovatif dan kreatif modal insannya ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, yang sentiasa ditekankan oleh kerajaan.

- Bernama

Nota:

Adakah semakin kita melonjak kapasiti inovatif dan kreatif modal insannya ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, yang sentiasa ditekankan oleh kerajaan, harga makanan pun melonjak dan perhubungan antara kaum semakin erat?

Anonymous said...

The Scribe,

Dengan Izin.

Lord Grey or Lap Seng Soochong?

Despite expense, oil-producing countries keep subsidies in place
By Emma Graham-Harrison ReutersPublished: May 15, 2008

BEIJING: China, India and other nations that subsidize gasoline and diesel prices may be even less willing to raise prices than they were six months ago, aiding crude's ascent toward $130 even as demand deteriorates elsewhere.

While Indonesia appears set to raise prices this month, the world's fastest-growing oil users show little inclination to reduce their subsidy programs and allow fuel prices to rise, as fighting inflation has become their top priority.

That is bad news for oil consumers in the rest of the world, who face record crude costs partly as a result of demand growing unchecked in countries where pump prices have barely risen since mid-2006 - when crude was about $70 a barrel.

Even as the fiscal burden of subsidies mounts with each record high oil price reached, two things have changed in recent months to stay the hands of policy makers.

One is the advent of food-price inflation, which has taken over from energy as the world's biggest price threat
...

Nota:

Let's Nuke 'Em!

The Americans call it
hyperinflation as stagflation
is Volkner's is archaic.
In a world off the gold standard
what is free foreign currency exchange regime?

Better schools, etcetcetc?
Waddhuha...fa haddith

phillix-starscreamer said...

so much for global advancement. anyway, inilah masa kita berganding bahu, bersatu dan siapkan diri kita dan keluarga kita merancang demi masa hadapan. baik isu makanan daripada bencana alam macam myanmar dan china. Tok Scribe, what about a post on how you'd educate your readers to stock up for the rainy days?

abdrahim kassim said...

Datuk,

Kehebatan Tun Mahathir sebagai ahli politik, buat masa ini tiada tandingannya. Ini diakui kawan dan juga lawannya.

Tetapi tidaklah bermakna, apa yang dibuatnya itu semua betul.

Hitler, seluruh isi dunia menghentamnya kerana mengheret dunia ke kancah peperangan. Tetapi sebagai pemimpin politik, dia berupaya mengubah sejarah Jerman dan sejarah dunia.

Begitu juga dengan Tun Mahathir. Dia membelanjakan wang negara dengan begitu boros, kerana dia percaya Malaysia akan terkenal sekiranya mempunyai infrastruktur yang bertaraf dunia.

Tidak pernah ada dalam sejarah tamadun manusia, sebuah bandar besar dibina dalam masa 10 tahun, tetapi Tun Mahathir berjaya melakukannya, dengan membina Putra Jaya.

Berbilion duit rakyat dilambakkan disana. Rakyat di desa menderita susah, sedangkan para saudagar dan kroninya mengaut keuntungan dari pembangunan itu.

Apa pun diperkatakan orang, Tun ada jawapannya tersendiri.Visinya jelas, mahu melihat Malaysia dan orang Melayu berubah dari takoknya.

Disatu peringkat dia berjaya melakukannya tetapi kesan dari kejayaan yang diperolehi, dia telah mengorbankan wang negara yang begitu banyak.

Isu ini telah menjadi sebahagian dari modal pihak lawan menghentam BN dalam PRU 12.

Begitu juga dengan Hitler, orang tidak melihat kejayaan Hitler membangunkan teknologi Jerman dan membebaskan rakyatnya dari cengkaman Yahudi.

Tetapi yang dilihat oleh dunia dan musuh politiknya ialah, kekejaman Hitler membunuh orang-orang Yahudi dan membawa dunia ke kancah perang.


abd rahim kassim

Mika Angel-0 said...

The Scribe,

I Want The Job
(could you get it through, please)


YABhg Che Det
Salaams

Your posting 'LOMPAT' is referred.

The questions that must be answered well are:

i. who will be able to identify and secure the necessary number of MPs willing to leave the BN coalition and sit as Independent members of parliament?; and

ii. can this effort be accomplished in the needed time frame?

I would like to ask YABhg Tun Dr Mahathir that my humble team be allowed to prove to YAbhg Tun that we can do it better than any other that are entrusted with this honorable task; only that we ask that all that is needed to satisfy the job be furnished. Ameen.

Time is of the greatest essence.

La haula wa la quwata illa bilah.

Wassalaam.


Nota:

I did try to post it where it should be. I do hope Che Det did recieve it.

Mika Angel-0 said...

The Scribe,

Dear Zeti Akhtar Aziz
(is our inflation really at 2.6%?)

From

i. Investment Outlook
Bill Gross | June 2008
Hmmmmm?

You can fool some of the people all of the time,
and all of the people some of the time,
but you cannot fool all of the people all of the time.
– Abraham Lincoln

...I wasn’t an inflationary Paul Revere or anything, but I joined others in arguing that our CPI numbers were not reflecting reality at the checkout counter....In the 1990s the U.S. CPI was subjected to three additional changes that have not been adopted to the same degree (or at all) by other countries, each of which resulted in downward adjustments to our annual inflation rate. Product substitution and geometric weighting both presumed that more expensive goods and services would be used less and substituted with their less costly alternatives: more hamburger/less filet mignon when beef prices were rising, for example. In turn, hedonic quality adjustments accelerated in the late 1990s paving the way for huge price declines in the cost of computers and other durables. As your new model MAC or PC was going up in price by a hundred bucks or so, it was actually going down according to CPI calculations because it was twice as powerful. Hmmmmm? Bet your wallet didn’t really feel as good as the BLS did...

ii. Secular Outlook
Mohamed El-Erian | May 2008
A Tale of Two Cities

...We started with a rather stark characterization of what economists like to call "the initial conditions." After years of over-relying on the U.S. consumer, financial leverage and untested alchemy, the global system finds itself in a dead end. Imbalances have gotten too large to allow for another bout of debt-financed economic activity, and we have reached a limit in the ability of the system to create another layer of endogenous liquidity and to support yet again poorly-capitalized activities. Instead, the emphasis is on de-leveraging, a process that inevitably involves disruptive overshoots and considerable collateral damage.

In order to regain its composure in a durable fashion, the global system will have to (i) undo some of the recent journey and (ii) pave a new path. To do so requires more than just appropriate actions on the part of both deficit and surplus countries; it also speaks to the capacity of the global system as a whole to accommodate the changes
...


Nota:

Sometimes the statements from Bank Negara sounds eerily very much like what the Federal Reserves Bank(of USA) wrote word for word, Tan Sri.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).