Friday, March 13, 2009

"Khinzirkan" Rasuah Untuk Perkuat Melayu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Update, 15 Mac] -- MENGAMBIL maklum reaksi majoriti pembahas, saya bersetuju kita "babikan" rasuah. Kata mereka, orang Melayu jijikan babi bukan khinzir. Khinzir berupa istilah baru daripada bahasa Arab. Terima kasih atas maklum balas saudara dan saudari.

[Posting Asal]

SEKUMPULAN pemikir, cendekiawan dan aktivis Melayu semalam menyarankan agar rasuah “dikhinzirkan” supaya orang Islam Malaysia menganggapnya jijik seperti haiwan itu.

Kata mereka, orang Melayu (semestinya Islam) sejak kecil lagi diajar menganggap babi jijik dan menolaknya dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu mereka menyarankan agar proses pengkhinziran rasuah dimulakan di peringkat tadika dan berterusan sepanjang hayat.

Mereka membuat ketetapan itu dalam sidang sehari berjudul “Bengkel Resolusi Melayu dan Gejala Rasuah” bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ia dianjurkan bersama oleh Kumpulan Melayu Serdang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Dr Mahathir, antara pemikir lain yang hadir adalah Dr Mohd Nor Ismail, Dr Kamaruddin Kachar, Prof. Makhdzir Mardan, Prof. Dahlan Ismail, Dr Hashim Wahab, Aliasak Ambia, Dr Salleh Mohd Nor dan Syed Barkat Syed Ali. Seramai lebih kurang 70 peserta menandatangani dokumen itu.

Serentak itu mereka menggesa orang Melayu menolak parti-parti politik dan pemuka mereka yang terbabit dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan salah laku moral, bermula dengan pemilihan Umno hujung bulan ini.

Dalam perbincangan di kalangan peserta dan dalam soal jawab dengan Dr Mahathir, beberapa calon Majlis Tertinggi Umno, bermula dengan calon jawatan Timbalan Presiden, dikenal pasti sebagai mengalami isu moral, termasuk rasuah.

Antara isu dan kesimpulan awal yang dikenal pasti adalah:

1. Perbuatan rasuah dilakukan oleh semua kaum di Malaysia;

2. Oleh kerana orang Melayu adalah kaum majoriti dan menerajui pemerintahan serta pentadbiran awam, mereka kerap dipersalahkan;

3. Orang bukan Melayu, khasnya para pedagang, lebih terdedah kepada amalan rasuah untuk mendapatkan kontrak atau mempercepatkan sesuatu urusan;

4. Peniaga Melayu kerap dianaktirikan kerana mereka enggan atau malu mengamalkan rasuah;

5. Pembanterasan rasuah di kalangan orang Islam wajib berteraskan akidah, syariah (undang-undang) dan akhlak;

6. Pembanterasan rasuah akan lebih mudah jika jurang kekayaan antara kaum dan intra-kaum dikurangkan;

7. Justeru itu, dasar membasmi kemiskinan dan mengagihkan kekayaan negara dengan lebih saksama wajib diteruskan;

8. Segala bentuk tindakan ke arah membasmi rasuah daripada aspek politik, ekonomi dan budaya wajib berpaksikan semangat Melayu kerana orang Melayu adalah kaum peribumi dan penduduk majoriti Malaysia;

9. Rasuah boleh disekat dengan mengurangkan perhubungan manusia (human contact) dalam urusan pentadbiran dengan memperluaskan urusan berkomputer (online);

10. Kepemimpinan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wajib menyemai dan memperkuat semangat Melayu yang positif dalam konteks masyarakat pelbagai kaum Malaysia agar pelajar Melayu mempunyai jati diri dan berani bersaing; dan

11. Dalam suasana di mana gerakan orang Cina dan India Malaysia menjadi semakin global, orang Melayu tidak perlu berasa malu atau bersalah (apologitic) untuk memperkasa jati diri dan memperluaskan persaudaraan mereka dengan orang Melayu di seluruh dunia.

57 comments:

Anonymous said...

LOL! You have a talent for high comedy, sir.

Anonymous said...

Salam Dato,

Harap-harap resolusi ini tidak hanya slogan semata-mata. Contohnya, Najis Dadah. Adakah dengan "mengnajiskan" dadah jumlah penagih dadah dikalangan pemuda Melayu berkurangan?

Yang pentingnya, "BUAT SERUPA BIKIN" jangan "CAKAP TAK SERUPA BIKIN".

Anak Bayan.

Anonymous said...

Walaupun di katakan najis akan juga orang akan sentuh seperti iklan Penyalahgunaan Dadah....Dadah adalah Najis....Ada juga banyak orang gunakan.Dengan hanya perkatakan tiada boleh tukarkan niat seseorang.

Anonymous said...

Datuk

Saya amat setuju dengan cadangan yang dibuat oleh post ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam DAKJ

Cadangan saya:
1. Takrifan rasuah kena tepat sebab sesetengah orang tak dapat bezakan antara sedekah dan rasuah dan ada juga yang buat-buat tak tahu. Contohnya ‘sedekah sex’ ke ‘rasuah sex’ yang berlaku di Perak dulu.
2. Kalau babi kena sebut babi, jangan sesekali menukarkan kepada khinzir. Jadi sebutannya hendaklah ‘membabikan’ bukannya ‘mengkhinzirkan’
3. Sebut pasal babi ni, kalau dulu orang Islam cukup geli. Tapi sekarang siap nak buat kandang terbesar pulak. Kalau Cina ke India ke yang mencadangkan OKlah tapi sekarang orang Islam dari Parti Islam yang mencadangkan. Itulah, kena cucuk hidung macam lembu pun tak perasan lagi.
4. Ayat pertama diturunkan suruh kita membaca. Bila banyak membaca, banyaklah kita tahu strategi orang dan juga bolehlah kita buat strategi sendiri. Macam di Perak tu, penduduk ramai Melayu, tapi speaker dan EXCOnya bukan. Nampak tak macam mana strategi mereka. Tapi masalahnya, ‘pemimpin tu’ tak tahu apa yang dia tak tahu tapi buat buat tahu. Naik mahkamah,turun mahkamah. Tak tahu malu dekat orang melayu lain dan orang Islam seluruhnya. Meeting bawah pokok pulak.
5. Macam anak Tun kata, persamaan antara UMNO dan PAS lebih banyak daripada perbezaan.Contonya, sembahyang sama, kenduri sama, pergi haji dan umrah sama. Tapi perasaan hasad dengki yang terlalu tinggi menyebabkan seseorang lebih senang berkawan dengan syaitan (ingat lagi ke tahun 1998) dari seagama sendiri. Tak tahulah. Jangan ingat orang melayu pelupa.
6. Ingat, ‘hendaklah kamu kasihkan saudara kamu seperti mana kamu kasihkan diri kamu sendiri’. Buang yang keroh dan ambil yang jernih. Bersatu teguh, bercerai roboh. Bukannya susah sangat pun.Sorry terkeras sedikit.TQ.

azlishukri said...

satu cadangan yang sangat baik

alrawa said...

Saya tidak dapat menyelami apa yang ada didalam pemikiran 'pemikir2' tersebut ketika mereka berfikir.
Masakan mudah bagi orang Melayu bolih menjauhkan sesuatu perkara burok dengan hanya 'membabikan' perkara tersebut.
Tidak pernah kah DKJ mendengar akan perihal kandang2 babi haram yang 'tumbuh' dinegara ini?
Kalau tak dirasuahkan orang2 Melayu takkan KB ini bolih tumbuh melata.
Saya fikir pemikir2 ini boleh lah 'di-reclassifykan'sebagai pembuangmasa!

Abu Ikhwan said...

Rasuah memang dah jijik. Rasuah merangkumi kesemua aspek dosa seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Kerana rasuah manusia boleh jadi munafik, pembunuh, penganiaya, pembohong, penipu dll.

Rasuah merupakan dosa utama selepas syrik. Wajib ditentang habis-habisan...

rosemann said...

Pendapat saya, masalah utama ialah menerangkan kepada khalayak apa yang dianggap rasuah sebenarnya. Sekarang takrifan rasuah itu sendiri terlalu kabur dan berada pada tahap kelabu. Sebab takrifan yang berbeza itu lah yang membuatkan khalayak bercelaru. Yang nyata tu nyatalah memang terang-terang rasuah tapi yang tak dinyatakan. Kalau nak dibandingkan dengan babi, babi tu hanya satu sifatnya iaitu babi. Tapi untuk membabikan rasuah, rasuah ni ada pelbagai-bagai sifatnya dan kadang terselindung pula. Sekadar pendapat saya.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Rasuah telah lama melanda negara dan ia menjadi lebih parah pada era DrM dahulu apabila dasar penswastaan dan rentak pembangunan dipercepatkan. Malah apabila orang politik terlibat sama dalam perniagaan menjadikan budaya ini lebih teruk.

Kepada kontraktor, bermula dari hendak mendapatkan tender kepada kelulusan projek dan segala rangkaian perniagaan melibatkan wang 'tidak rasmi'. Sebab itulah kita dapati jalan yang rosak pada hakikatnya hanya 4x4 kaki, ia telah dibesarkan (on paper) menjadi 12x12 kaki.. puncanya kerana semua pihak inginkan kekayaan yang diluar dari hak mereka.

Sukar hendak dibenteras setelah ia menjadi budaya hidup kalangan korporat dan yang berkepentingan.. Hinggalah kepada pemilihan parti sendiri, ia telah menjadi perkara biasa seperti yang diceriterakan oleh rakan-rakan G7... Era Pak Lah hanyalah satu kelangsungan pahit dari rentetan silam yang ada...

Anonymous said...

Pendapat saya, masalah utama ialah menerangkan kepada khalayak apa yang dianggap rasuah sebenarnya. Sekarang takrifan rasuah itu sendiri terlalu kabur dan berada pada tahap kelabu. Sebab takrifan yang berbeza itu lah yang membuatkan khalayak bercelaru. Yang nyata tu nyatalah memang terang-terang rasuah tapi yang tak dinyatakan. Kalau nak dibandingkan dengan babi, babi tu hanya satu sifatnya iaitu babi. Tapi untuk membabikan rasuah, rasuah ni ada pelbagai-bagai sifatnya dan kadang terselindung pula. Sekadar pendapat saya. - rose

Anonymous said...

tak berani cetak komen saya ke, saudara? kikiki. ingat, media indon cukup bebas. cuma satu surat mengecam & mengutuk PATI @ TKI yg tdk mengenang budi...

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Beberapa bulan yang lepas, semasa negara dilanda peningkatan inflasi yang mendadak, Tun Dr Mahathir ada mencadangkan mengenai pengurusan ekonomi tahap tinggi (managing high economy).

Pada saya, itu adalah satu pendapat yang baik, dan mengambil kira konteks pencegahan rasuah yang Datuk bicarakan, pengurusan ekonomi tahap tinggi ini boleh dijadikan salah satu mekanism pemberentasan rasuah jangka panjang juga.

Sebagai langkah permulaan, struktur tangga gaji sektor awam mestilah dikaji untuk ditingkatkan.

Negara jiran kita sudah lama menstrukturkan tangga gaji sektor awamnya ke satu tahap yang tinggi sehinggakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan mereka tidak "terliur" langsung untuk melakukan rasuah.

Tiada apa-apa langkah susulankah terhadap pendapat TDM tersebut Datuk?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

p/s Satu aspek yang menarik adalah mengenai pembayaran pencen minima sebanyak RM720 (kalau tidak silap saya) yang dilaksanakan baru-baru ini. Tidak bolehkah gaji minima bagi kakitangan yang belum bersara ditingkatkan dua kali ganda daripada tahap pencen tersebut?

a.z said...

Apesal tak betulkan SPRM sahaja? Bukankah lagi senang! Make it responsible to Parliment not the the PM.

Melayu Sejati said...

Salam Datuk,

AUK AUK..DATUK APA KHABAR...AUK AUK..DATUK SIHAT KA..LAMA SAYA TAK DATANG SINI.

AUKKKK...DATUK, MAKANAN KITA ADALAH NASI..NASI SEJUK PUN KITA TELAN.

TAPI MAKANAN BAGI ORANG POLITIK, ORANG BESAR DAN ORANG YANG BERKUASA IALAH...RASUAH...AUKKKKKK

sang kancil said...

yg berbahagia Dato

Membenteras rasuah tidak akan berjaya dengan hanya beretorik atau berslogan sahaja.Sama macam kempen anti merokok. 'Kata kan Tak Nak pada Merokok' telah menelan berjuta ringgit tapi hasilnya meragukan. kenapa? kerana isu penting tidak difahami. Membenteras rasuah perlukan iltizam yang tinggi. Intergriti ,accountibily dan transperancy adalah kunci . Jabatan kerajaan masih mengunapakai General Order (GO)dan tatacara kewangan yg digubal pada zaman pra kemerdekaan. Pemilihan pemimpin kerajaan tidak berdasarkan Kredibiliti tetapi populariti yang semestinya penuh berisi.

kalau kita serius, ayuh kita nafikan mereka yang rasuah dan nampak seolah rasuah dari senarai pemimpin kita.

Anonymous said...

Dato',

'Membabikan' rasuah tidak memberi kesan kerana rasuah yang 'dosa' (masuk neraka) tu mereka tidak takut, apatah lagi rasuah yang 'babi' (boleh disamak).

Jurang ekonomi tidak boleh dikaitkan degan rasuah kerana mereka menerima rasuah bukan kerana 'miskin harta' tetapi 'miskin moral'.

Bye/Roti Planta.

Anonymous said...

kitaran rasuah berlaku dipersekitaran kerja. adalah lebih baik diwujudkan satu niat & lafaz (yang mana wajib diamalkan oleh semua yang bekerja) yang ringkas untuk hindarkan rasuah. sedikit sebanyak dapat menghakis dari perbuatan rasuah apabila teringat akan niatnya bekerja. ada pun membabikan akan perbuatan rasuah itu hanya pada peringkat lafaz tapi tidak pada perbuatannya.


tok pengulu

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Larangan rasuah disebut di dalam Al-Qur'an, menunjukkan kejinya bukan calang-calang. Tun Dr Mahathir sendiri berulang kali mengakui bahawa rasuah tidak mungkin mampu dihapuskan tetapi cuma boleh dikurangkan. Kesan rasuah lebih buruk apabila melibatkan pemimpin kerajaan peringkat nasional, khususnya menteri. Salah satu puncanya ialah pemusatan kuasa yang terlalu besar kepada pihak tertentu sehingga mereka berani bermain rasuah secara bermaharajalela. Untuk itu perlu ada sekatan terhadap kuasa, juga pengimbang yang mempunyai kuasa cukup besar untuk mencegah perbuatan keji ini. Kalau kuasa raja boleh dihadkan, sekarang ini perlu sangat diambl langkah untuk mengehadkan kuasa menteri dan yang seangkatannya termasuk penjawat parti-parti politik terutama kalangan pemerintah. Zaman Pak Lah, Ketua Umno Bahagian dapat peruntukan RM3 juta beberapa kali, bukankah rasuah yang terang dan nyata. bukankah duit rakyat yang diagihkan maka bagaimana pula Ketua UMNO Bahagian boleh beroleh kuasa memfaraidkannya. Kuasa Menteri terlalu besar tanpa ada pengimbang yang mampu mengawalnya. Peruntukan kerajaan melalui bajet dan sebagainya dikira seperti harta mak bapak mereka, boleh diagih sesuka hati. Menteri berkaitan boleh bagi beratus-ratus projek berkaitan sekolah kepada agen kempennya untuk diagih sempena pemilihan UMNO, misalnya. Kesan rasuah yang melibatkan pemimpin dan penguasa inilah yang memarahkan keadaan dan perlu dicegah habis-habisan. Setakat ikan bilis, bukanlah mereka boleh terlibat dengan rasuah tetapi kesannya adalah minima. Rasuah di kalangan pemimpin itu perlu dicegah terlebih dahulu dengan menyingkirkan pemimpin yang rasuah. Tetapi perwakilan pun dan makan rasuah, mana nak mengelak daripada menyokong pemimpin yang rasuah. Amal rasuah, hilang barakah, timbul musnah.

Najib Milatu said...

(Terlebih dahulu saya memohon maaf pada Datuk kerana menggunakan bahasa kesat dalam ulasan saya ini. Saya masih menggunakan bahasa kesat ini walaupun Datuk sudah mengatakan tidak akan menyiarkan ulasan yang menggunakan bahasa kesat kerana pada pandangan saya, saya tidak dapat menyampaikan apa yang ingin saya sampaikan tanpa menggunakan bahasa kesat. Saya berharap Datuk dapat menyiarkan ulasan saya walaupun tidak memenuhi kehendak Datuk. Terima kasih.)

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Satu ungkapan yang amat kerap saya dengar semasa zaman persekolahan dahulu namun bukanlah ungkapan yang sebenarnya saya fahami sepenuhnya, mungkin sehingga sekarang.

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut, kerana hanya dengan bahasa sahajalah kita memahami sesuatu perkara. Kita faham apa yang baik dan buruk melalui kefahaman kepada bahasa kita.

Orang Melayu Islam memang sangat jijik dengan babi. Jijik dengan namanya sehingga menyebutnya pun kita tidak mahu. Hasil dari perasaan jijik inilah maka bermula dari beberapa tahun lalu banyak lapuran media berkaitan babi tidak lagi menggunakan nama tersebut dan menggantikan dengan perkataan khinzir.

Memang saya sendiri juga jijik dengan babi. Saya sendiri tidak suka menyebut perkataan tersebut. Walaubagaimanapun saya juga tidak suka menggunakan perkataan khinzir kerana penggunaan perkataan khinzir saya lihat sebagai usaha untuk mengurangkan rasa jijik orang Melayu Islam terhadap babi.

UMNO pernah cuba mengurangkan tahap kebejatan gejala rasuah dengan memperkenalkan ungkapan 'politik wang' sebagai ganti perkataan rasuah untuk menjelaskan perlakuan membeli undi. Mungkin tindakan sesetengah pihak mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan SPRM menyiasat pemimpin UMNO merupakan kesan daripada penggunaan istilah politik wang sebagai ganti kepada istilah rasuah.

Mereka sudah mula melihat, berpandangan dan berpendapat bahawa politik wang bukan rasuah dan SPRM tidak ada kena mengena atau bidang kuasa terhadapnya kerana ia bukan rasuah.

Beginilah bagaimana bahasa mempengaruhi pandangan masyarakat atau sekurang-kurang sekelompok masyarakat terhadap sesuatu isu.

Sebenarnya banyak lagi kekeliruan telah timbul di kalangan orang Melayu Islam di Malaysia pada hari ini akibat penggunaan bahasa. Semuanya akibat penggunaan istilah yang salah atau tidak tepat.

Contoh yang baik boleh dilihat pada senarai isu dan kesimpulan awal Bengkel Resolusi Melayu Gejala Rasuah.

"5. Pembanterasan rasuah di kalangan orang Islam WAJIB berteraskan akidah, syariah (undang-undang) dan akhlak;

7. Justeru itu, dasar membasmi kemiskinan dan mengagihkan kekayaan negara dengan lebih saksama WAJIB diteruskan;

8. Segala bentuk tindakan ke arah membasmi rasuah daripada aspek politik, ekonomi dan budaya WAJIB berpaksikan semangat Melayu kerana orang Melayu adalah kaum peribumi dan penduduk majoriti Malaysia;

10. Kepemimpinan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) WAJIB menyemai dan memperkuat semangat Melayu yang positif dalam konteks masyarakat pelbagai kaum Malaysia agar pelajar Melayu mempunyai jati diri dan berani bersaing;"

Saya membuat petikan di atas dari senarai yang tertera dalam tulisan Datuk tetapi saya gantikan huruf kecil kepada huruf besar untuk perkataan WAJIB.

Semua perkara di atas menggunakan perkataan WAJIB tetapi yang mana yang sebenarnya boleh dikelaskan sebagai WAJIB. Adakah berbuat sesuatu berpaksikan semangat Melayu boleh dikelaskan sebagai WAJIB sedangkan kita sebagai Muslim diajar bahawa WAJIB bermaksud "mesti dilakukan dan sekiranya ditinggalkan, mendatangkan dosa"

Siapa pula yang boleh mengkelaskan sesuatu sebagai WAJIB. Cukup kuatkah satu kumpulan yang menghadiri satu bengkel membincangkan gejala rasuah, mengeluarkan satu senarai yang meWAJIBkan sesuatu tindakan.

Terjadinya apa yang terjadi ini adalah akibat kekeliruan orang Melayu terhadap istilah yang digunakan untuk menjelaskan dan memberikan penekanan terhadap sesuatu isu. Mereka sudah keliru tentang apa yang WAJIB dan apa yang MESTI serta apa yang PERLU.

Kembali kepada ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa, adakah orang Melayu sekarang sudah tidak lagi dapat menjiwai apa yang WAJIB kerana perkataan tersebut terlalu sering digunakan hanya untuk memberikan penekanan akan peri pentingnya sesuatu?

Adakah jiwa orang Melayu Islam hari ini sudah hilang penekanan terhadap apa yang bener-benar WAJIB kerana makna perkataan tersebut sudah dicairkan (diluted) akibat terlalu kerap digunakan untuk perkara yang sebenarnya tidak WAJIB.

Istilah-istilah lain juga boleh menyumbang kepada kekeliruan setara ini.

Walaupun kita tidak mengatakan ada judi HALAL tetapi ungkapan KEGIATAN JUDI HARAM sering digunakan samaada di media cetak atau elektronik.

Bagaimana pula kesan penggunaan perkataan BERHIBUR dan SERONOK yang hanya disusuli dengan perkataan DISKO, KELAB MALAM dan LEPAK? Mungkin penggunaan sebegini samaada oleh media mahupun penceramah dan pendakwah menjadi penyebab maka kita sendiri sentiasa melihat ke arah tersebut dan tidak langsung terfikir yang hiburan dan keseronokan boleh kita dapati di MASJID dan MAJLIS ILMU.

Kembali kepada persoalan mengKHINZIRkan rasuah, saya berpandangan adalah lebih elok jika kita memBABIkan terus rasuah. Jangan lagi malu-malu menggunakan kata-kata kesat dan kotor untuk menyatakan sesuatu yang kotor.

Kita pun tidak mahu jiwa kita berlembut terhadap BABI kerana panggilan khinzir yang kita gunakan tidak menimbulkan perasaan jijik.

Kita pun sebenarnya tahu bahawa kebejatan gejala rasuah itu lebih teruk dan jijik dari BABI yang HARAM dimakan dan hanya HARAM disentuh apabila basah, berbanding rasuah yang tetap HARAM, kering atau basah.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Begitu ramai nama-nama besar yang hadir. Dalam senarai kesimpulan awal tersebut, tidak ada pulak saranan untuk meng"khinzir"kan rasuah.

Apa sekalipun, kesimpulan #5 menyarankan "Pembanterasan rasuah di kalangan orang Islam wajib berteraskan akidah, syariah (undang-undang) dan akhlak".

Jika benar-benar diambil kira, secara mudahnya orang yang melakukan rasuah ini sekurangnya boleh dihukum di atas EMPAT KESALAHAN :

1.Menerima rasuah itu sendiri
2.Menyalah gunakan kuasa
3.Mengkhianat amanah
4.Menindas dan menzalimi yang berhak

Jadi kenapa perlu adanya tag-line (atau rebranding) meng"khinzir"kan rasuah?

Tidak cukupkah DOSA RASUAH itu dipandang jijik?

Jika jawapannya adalah tidak, ia bermakna penghayatan islam itu yang kurang, baik dalam pendidikan mahupun penguatkuasaan.

Sebalik itu, timbul juga persoalan. Jika diperakui rasuah tidak mengenal bangsa, kenapa fokusnya hanya melayu? Walaupun MUNGKIN ia adalah forum melayu, rasuah adalah masalah nasional.

Bukan sekadar tangan yang meminta dan menerima, tangan yang menawar dan membayar juga perlu dihukum. Begitu juga, kesimpulan perlu mengambil kira senario keseluruhan.

Jika tidak, usaha forum berkenaan awal-awal lagi boleh dikelaskan sebagai retorik semata-mata.

Begitu ramai nama-nama besar yang hadir. Tampak mereka ada berbincang tentang pandangan islam terhadap rasuah. Tampak mereka memperakui rasuah sebagai isu nasional tanpa mengenal kaum.

Malang sekali mereka terlepas pandang (atau mengabaikan?) apa yang telah saya utarakan tadi.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

susah nak cakap...

nak terima rasuah atau nak tengok anak bini tak makan..

mana baik rasuah dengan mencuri?

KADANG2 TERFIKIR KENAPA MEREKA AMAL RASUAH...

TUN pernah kata-anggap rasuah sebagai 'babi'..datuk panggil khinzir...sama kot

ajip said...

datuk


saya cadangkan datuk patenkan teknik menghapuskan rasuah yang datuk dan "pemikir2" termasuk che det war-war kan ni

mahathir memang hebat... teknik menghapuskan rasuah cara mahathir adalah dengan

1. menangis di persidangan umno di PWTC

2. jampi terkumat-kamit untuk menghapuskan rasuah

3. yang paling terbaru adalah dengan mengkhinzirkan rasuah


dengan meng "paten" kan teknik2 ni...maka masyhur lah malaysia di arena antarabangsa....

malaysia boleh !


cukuplah....dah ramai melayu bodoh....takkan nak bodohkan lagi.....

apa kata saya ajar datuk teknik yang paling berkesan.....datuk cadang kat che det suruh tangkap semua menteri umno dan ajk2 umno......sumbat dalam jail....nescaya hilang rasuah kat malaysia

Anonymous said...

Masalahnya, bila duit dah terbentang depan mata, diorang dah tak ingat pasal khinzir lagi dah. Menyuap anak bini makan rasuah pun tak diendahnya apalagi nak pikirkan pasal khinzir pulak...

Memang susah nak banteras rasuah. Sepert yang saya telah nyatakan dalam blog Tun, hanya kematian sahaja boleh menghalang seseorang dari berasuah. Sebab itu negara seperti Korea dan China, perasuah dihukum mati je.

Tak payah nak "mengkhinzirkan" rasuah. Rombak je undang-undang dan kenakan hukuman mati keatas perasuah. Itu saja jalan yang menjadi.

amoker said...

Eh, don't blame the pig le....

It is the people who take and give bribes that is on trial...

Kesian the pig..

Siti Khadijah said...

Dear Datuk AKJ,

Money talks. People give more attention to money rather than knowledge. Hence the rat race to acquire as much money as possible because with money you gain a place in society. The tempatation is too great to resist for some.

I would rather we teach our young ones to love knowledge.

whatoeat said...

classy comedy

jurulukis said...

pakcik...."Khinzirkan" Rasuah Untuk Perkuat Melayu ke "Khinzirkan" Rasuah Untuk Perkuat UMNO" ??!!pakcik ...pakcik

Anonymous said...

Salam Dato',

'justeru itu mereka menyarankan agar proses pengkhinziran rasuah dimulakan di peringkat tadika dan berterusan sepanjang hayat.'

Iya, saya bersetuju. Kita lakukan sesuatu untuk generasi akan datang kerana generasi yang ada sekarang ni dah hancur kalau berkaitan rasuah. Saya juga bersetuju dengan komen Najib Milatu, kenapa perlu kita khinzirkan babi? kenapa perlu kita politikwangkan rasuah?

Umno - tak payah cerita lagi dah hal rasuah. Hampir semua orang yang bukan ahli Umno mengaitkan Umno dengan rasuah. Cuma pemimpin2 Umno saja yang masih cuba berlakon seolah2 dia saja yang bersih sedangkan yang lain semua kotor, dan bila semua pemimpin Umno berlakon yang sama, persoalannya siapa yang kotor? Mereka tidak sedar tiapkali, tak kira siapa saja, pemimpin Umno memberi komen di media tentang rasuah, orang yang mendengar hanya menggeleng kepala dan terasa diperbodohkan.

'cakap banyak pulak... dia tu makan rasuah tak nak ngaku...' pasti komen seumpamanya terlintas difikiran setiap rakyat yang mendengar.

Kalau tengok muka pemimpin Umno, tak kira siapapun, pasti hati berkata - ' muka rasuah tu '

Maaf saya menggunakan gantinama 'rakyat' seolah2 saya mewakili semua orang tapi saya yakin ia benar. Perhimpunan Agung Umno yang akan datang ini, rata2 orang menganggapnya sebagai Perhimpunan Agung Pengamal Rasuah. Begitu teruk persepsi rakyat terhadap pemimpin Umno dan rasuah tika ini. Pengkhinziran rasuah kepada mereka tidak ada kesan sikitpun malahan saya percaya kalau wang kertas yang diberi sebagai rasuah itu membaluti daging babi yang masih berdarah, mereka dengan selamba akan mengibas2 wang itu, lap dengan tisu, dan masuk poket ! (maaf, kalau tersinggung tapi ini pendirian saya)

Saya ternanti2 akan muncul seorang calon pemilihan Umno yang tampil kedepan, membuat pengakuan terlibat dengan rasuah, dan menarik diri dari bertanding kerana rasa bersalah pada ahli, parti, rakyat dan negara. Ada tak ?

affendi hussain said...

Manusia yg bernafsu mcm haiwan..kenalah dilayan mcm haiwan juga..haiwan kalau dia kena sesuatu malapetaka teruk dia akan terus serik..

cth: takde lg org kena potong tangan pasal rasuah di Malaysia..maka tetap akan ada gejala rasuah berleluasa..buatlah..cakaplah.. mcm mana pun...mereka tak takut pun..Tuhan? mereka ni hanya percaya kpd wang..benda yg nampak saja.. org lazimnya hanya ingat Tuhan bila ada musibah & bila dah dekat nak mati..

takde lg org mati kena penyakit kerana makan babi.. maka org tertentu tetap akan jadikan babi sbg menu hidangan..

tetapi kita lihat semasa wabak JE.. ramai yg makan babi dah tak makan babi lg...

(",)

Anonymous said...

Datuk,

Hendak membenteras rasuh? Tak perlu dikhinzirkan atau dibabikan.
Yang penting difikirkan samada usaha-usaha sekarang sudah mencukupi dan hukuman yang dikenakan juga setimpal.

Mungkin satu cara berkesan membenteras rasuah ialah dengan menjatuhkan hukuman yang lebih berat termasuk hukum bunuh sepertimana di negara China (PRC).

Ataupun pinda undang-undang. Jadikan rasuah sebagai kesalahan dibawah akta keselamatan. Samada didakwa dimahkamah terbuka atau di ISAkan buat satu jangka waktu yang panjang.

Rasuah politik khususnya boleh membahayakan keselamatan negara. Sama dengan rasuah ekonomi. Oleh itu elok sekiranya pelaku-pelaku terlibat didakwa dibawah akta keselamatan.

Saya rasa undang-undang yang keras boleh memperkuatkan Melayu dan bukan melalui "dikhinzirkan".

Istilah sesuai ialah "Babi" dan bukan "Khinzir". Perkataan babi mempunyai persamaan dibanyak negara Kepulauan Alam Melayu. Dalam bahasa Tagalog,Filipina babi di panggil "Baboi".

Masa kecil-kecil sering kedengaran orang-orang kampung menggunakan kata-kata "muka tempek kulit babi" terhadap orang-orang yang dianggap tidak mempunyai perasan malu.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

SELAGI WUJUD GULUNGAN YANG MEMBERI SELAGI ITU AKAN WUJUD GULUNGAN YANG MENERIMA. 'SELAGI AYAM MAKAN DEDAK SELAMA ITU LAH DEDAK BOLEH DIJAJA'..DEMIKIAN LAH FALSAFAH TOWKAY2 YANG BERNIAGA.

BAGI KAMI, APA JUA ISTILAH DIGUNAKAN UNTUK MENGHINDARKAN AMALAN RASUAH, IANYA TIDAK AKAN MEMBERI KESAN YANG DIHARAPKAN MELAINKAN DENGAN MENGAMALKAN ZAT SIFAT RASULULLAH S.A.W. IAITU IKHLAS, SUCI, JUJUR DAN BENAR.

BILA PERMOHONAN NAFSU MANUSIA MELAMPAUI PERMOHONAN IMAN NYA, MAKA DAULAT NYA ADALAH 'KEPALA AGUNG'!
..NAUZUBILLAH.

NAFSU BERPANDUKAN DALIL AKAL
IMAN BERPANDUKAN KALIMAH ALLAH
..WALLAHU ALAM

ALFATIHAH, AMIN.

sap said...

Salam Dato'...
bg sy pemikir2 ni hanya membuang masa shj..kalo btol nk bapuskan rasuah biarlah tangkap dari yg plg ats smpai ke akar umbi..& bg sy x mungkin la rasuah ni dpt dihapuskan selagi parti tunjang di negara kita ini iaitu UMNO tidak mengamalkan pemilihan pucuk pimpinan yg benar2 tulus..

walaubagaimanapun syabas di ucapkan kpd TDM serta para pemikir yg laen di atas usaha atau effort dlm menangani gejala rasuah ini..@ least dpt juga membantu drpd sebok duk kutuk2..but again for me it's still useless juz by 'mengkhinzir' or berfikir or berbincang or whatever it takes selagi perbuatan rasuah ini tidak d tangani secara KERAS DAN PAKSA...

Salam..

Anonymous said...

Datuk,

Seronok baca komen-komen dalam entri terbaru datuk ini.

1. Nampaknya ramai tidak faham peristilahan khinzir yang Datuk guna itu. Bukan bermaksud untuk mengajar, tapi saya melihatnya sebagai satu idiom/ungkapan - menyamakan rasuah dengan babi supaya kita berasa jijik kepada amalan itu sepertimana kita orang Melayu jijik kepada haiwan itu malah diharamkan orang Islam memakan daging Babi. Bukankah Islam jugak, sepertimana kata ramai pembahas, mengharamkan rasuah? Jadi bagi saya tidak ada salahnya membandingkan rasuah itu dengan babi... Kita boleh menyamakan rasuah dengan arak yang juga haram, tapi ramai tidak berasa jijik dengan arak sebagaimana jijiknya mereka kepada babi! Sebab itulah agaknya Datuk tidak kata "Arakkan Rasuah Untuk Perkuat Melayu".

2. Tentang usaha membasmi dan membanteras rasuah pula adalah tanggungjawab semua, tidak kira parti mana kita wakili atau sokong - Umno, PKR, DAP, PAS, Gerakan, MCA, MIC. Baru-baru ini kita baca dalam akhbar bagaimana wakil rakyat PR cuba mempertahankan rumah maksiat daripada ditutup oleh pihak berkuasa semata-mata sebab pengusahanya sebangsa dengan wakil rakyat itu.

3. Janganlah melihat dan mengkritik pemimpin Umno sahaja. Saya percaya mana-mana parti pun yang berkuasa pasti akan mengamalkan rasuah sebab wang itu sudah dianggap kuasa. Selain pemimpin Umno yang sudah pun dianggap mengamalkan rasuah, orang pegawai tinggi di pejabat MB Selangor dinyahkan kerana rasuah, dua Adun PKR di Perak juga begitu walaupun sekarang mereka sudah lompat keluar.

4. Kita boleh banteras rasuah dengan tidak mengamalkannya. Saya pengurus sebuah syarikat Bumiputera. Tidak lama dulu saya mendapat kontrak kecil daripada sebuah suruhanjaya kerajaan. Pegawai yang menguruskan kontrak itu meminta sejumlah sagu hati. Syarikat kami enggan memberi sagu hati itu dan mengancam menulis surat kepada pihak atasan dan bersedia menyerah balik kontrak. Kami tidak dengar apa-apa lagi selepas itu.

5. Kita janganlah terlalu buruk sangka. Bukan semua orang dalam sesebuah parti itu baik atau semuanya jahat. Tidak kira PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC atau Gerakan. Saya yakin kalau kita tidak sekat amalan rasuah ni, semua parti boleh jadi korup sebab masing-masing hendak berkuasa.

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

YBhg Dato` Kadir

Tahniah kepada pemikir-pemikir Melayu Serdang kerana prihatin terhadap isu rasuah. Yang hadir nampaknya nama-nama besar dalam bidang pemikiran. Namaun demikian, nama-nama ini menjadi kerdil apabila membahaskan isu rasuah yang tersangat besar ini.
Perkara membasmi rasuah telah diresolusikan di UN, namun rasuah tetap membesar.

Mengkhinzirkan rasuah adalah pembasmian cara Islam. Setuju sangat. Indonesia yang paling ramai rakyat Islam menjadikan rasuah sebagai darah daging. Syarikat-syarikat dari Turki pula dicop sebagai pegamal rasuah paling giat dalam perdagangan antarabangsa. Semua ini negara rakyat Islam.


Antara cadangan pemikir-pemikir ini ialah,

Rasuah boleh disekat dengan mengurangkan perhubungan manusia (human contact) dalam urusan pentadbiran dengan memperluaskan urusan berkomputer (online);

Cadangan ini gagal. Perhimpunan UMNO menolak pengiraan undi secara digital. Alasannya mudah, kerana pengundi tidak boleh mengubah pilihan. ( Alahai... kempen bagai nak gila. Tempoh kempen begitu punya panjang. Tak mungkin perwakilan belum buat keputusan. Tentulah ada habuan, kalau ubah keputusan saat-saat akhir.)

Apa pun tahniah kepada pemikir-pemikir Melayu Serdang. Buat apa termampu. Kita tidak boleh putus asa dalam usaha mengurangkan gejala khinzir rasuah ( padanan najis dadah) ini. Pikirlah.

LU PIKIRLAH SENDIRI - Nabil Si Raja Lawak.

Anonymous said...

what has corruption got to do with an animal?

btw, getting rid of corruption translates to getting rid of NEP.

no way!

R@duan said...

Membabikan rasuah? Oh sungguh tak adil. Babi lebih mulia dari perasuah dan penerima rasuah. Allah menjadikan babi bukan untuk dikaitkan dengan perasuah. Perasuah lebih bangsat dari babi. Harap maklum.

FG1008760 - 0122231890 (ikhlas.fg1008760@gmail.com) said...

1. Sangat setuju untuk mengurangkan rasuah dengan memperkenalkan lebih banyak urusan secara online.

2. Rasuah adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Kalau lemah diri dan tiada ingat dosa dan pahala, rasuah tetap menjadi penghalang kepada mewujudkan masyarakat bermoral tinggi.

3.Dimana kita nak mencari atau menjumpai insan yang dikatakan jujur, bersih, amanah,beretika, mengabadikan diri kepada tuhan, dan sebagainya ciri-ciri insan sempurna supaya menjadi role model.

Unknown said...

Dato'

Pemimpin Pemimpin Melayu memang pandai Berbahasa dan Bercakap.
Lebih baik semua berenti bercakap dan Amalkan

ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS

Yang sedang mengamali rasuah sekarang senyum saja dengan bermacam macam perkataan Gimmick. Cakaplah apa saja sedangkan yang mengamali rasuah memang tidak beragama jadi apa makna nya babi atau kninzir pada mereka?....

Quantum Metal Consultant said...

Apa sahaja teori, pendapat dan tindakan yang menentang amalan rasuah harus disokong.

Penentangan harus datang dari pelbagai cara, versi dan idea.

Kenapa kita terlalu meremehkan sesuatu tentang khinzir atau babi sedangkan kita punya satu matlamat.

rudy bluehikari said...

Salam datuk, saya gembira kerana turut serta dalam kumpulan melayu serdang bersama-sama datuk tempohari di PLF.

Anonymous said...

Datuk,

Saya setuju dengan pendapat CT Tanjung Perak. Bukan persoalan parti politik tetapi sesiapa juga yang ada kuasa dan kedudukan akan terdorong mengamalkan rasuah.

Bagi kita rakyat biasa ini pula. Janganlah terlalu bersikap materialistik dan mementingkan kebendaan. Jangan pandang tinggi sangat pada mereka-mereka yang punya harta melimpah dan kuasa yang menawan. Pandang tinggilah pada mereka yang tekun bekerja dan sederhana dalam kehidupan.

Sebenarnya, sikap masyarakat yang terlalu memandang tinggi pada kemewahan inilah yang membuat tabiat rasuah itu bercambah.


-sinbad-

Anonymous said...

A simple solution for a complex problem: get rid off UMNO/BN at the next General Election.

UMNO wouldn't want to change and that is a fact. Whatever solutions that you may want to propose would turn into a circus, and that has been proven to be so time and time again 'til we ourselves get sicked of. Don't waste your time and effort with this or that anymore. It's pointless.

Just stick to the simple solution that I've proposed if that's already not obvious...

sang bwana

Unknown said...

Dato'

Apakah pandangan Dato' sekiranya Mukhriz di lantik jadi Ketua Pemuda UMNO sedangkan Tun Dr Mahathir sudah mula meneropong Bakal Team Najib dengan membuat ancaman akan bertindak menumbang Team tersebut jika ianya mempunyai komponen berasuah?
Bukankah ini akan merumitkan lagi keadaan bagi Mukhriz?
Apakah Mukhriz akan menentang Bapanya?

A KADIR JASIN said...

Sdr Nik,

Sekadar pembetulan. Mukhriz tidak akan dilantik Ketua Pemuda.

Dia adalah antara tiga calon jawatan itu.

Mereka akan dipilih oleh perwakilan Pemuda bukan dilantik oleh sesiapa.

Sesiapa yang mendapat undi terbanyak akan menjadi Ketua Pemuda.

Sila ambil maklum, ada perbezaan yang besar antara dilantik dengan dipilih.

Terima kasih.

Unknown said...

Dato'

Maaf, dan terima kasih atas penjelasan....Mukhriz mendapat pencalonan terbesar jadi kemungkinan besar dia akan dipilih menjadi ketua pemuda UMNO. Apa pandangan Dato' atas scenario yang dikatakan dalam posting saya itu.

EQUILIBRIUM said...

beberapa tahun dulu rasuah dlm amno tidak boleh disiasat oleh bpr. alasannya ini soal parti. biar parti yg siasat. apa natijah dari tragedi ini?

rakyat malaysia yg bukan ahli amno melihat org amno terlalu tinggi darjat mereka. mereka di atas undang2. org lain rasuah akan ke mahkamah tapi org amno hanya di hukum oleh parti.

utk ahli amno pula ini menunjukkan istilah politik wang amno bukan rasuah. rasuah hanya utk org di luar amno. dgn pemikiran beginilah rasuah semakin diterima sbg satu perkara biasa dan cuma kesalahan kecil.

teman tak tahu le kalau satu hari nanti ada bapa yg merogol anaknya cuma menjawab pada polis begini. jangan masuk campur ini urusan keluarga saya. boleh ke begitu?

Dr. Sanjeev Kumar said...

Corrution can be eliminated only if the Govt is seriuos about eliminating it.

Look at S'pore, Sweden, Norway......

koolmokcikZ said...

Salaam Dato,

Saya setuju dengan banyak pendapat yang meragui keberkesanan 'mengkhinzirkan' rasuah kerana rasionalnya perasaan jijik yang tertanam dalam jiwa orang Melayu Islam terbit dari perkataan 'babi' bukan khinzir.

Sebagai bukti, kini ramai orang Melayu Islam boleh dengan selamba dan tanpa ada sebarang perasaan jijik makan 'beef bacon' yang dihidang di hidangan buffet sarapan di hotel.

Betul lah hirisan daging yang dihidang tu merupakan hirisan nipis daging lembu yang telah diproses. Namun perkataan 'bacon' tu kalau di lihat dalam kamus bermaksud daging babi. Jadi, bila tiada perkataan babi, tiada perasaan jijik.

Oleh itu saya rasa membazir sahaja resolusi sebegini.

Anonymous said...

Dato'

Saya ingin menyentuh point Dato' nombor 10 iaitu dengan bercerita sedikit apa yang saya perhatikan semasa belajar di universiti dahulu.

Selepas sahaja minggu orientasi, saya perhatikan senior-senior Cina datang ke kolej-kolej kediaman pelajar untuk berjumpa pelajar-pelajar baru berbangsa Cina. Mereka akan berjumpa dan berkenalan samada di dalam atau di luar kampus. Ketika ini senior-senior akan bertindak sebagai mentor dan pelajar baru sebagai mentee. Perhubungan mentor-mentee ini akan berkekalan sepanjang pengajian dan mentee ini akan bertindak sebagai mentor pula kepada pelajar baru lain pada kemasukan sesi yang akan datang.

Selain berkenalan, mentor-mentor akan meminjamkan nota-nota dan buku-buku mereka kepada mentee. Mereka juga akan menyampaikan maklumat berfaedah yang bertindak sebagai road map untuk pelajar lulus peperiksaan dengan cemerlang. Contohnya mereka akan bercerita tentang pensyarah-pensyarah yang telah dikenalpasti sebagai yang bermutu, yang mudah memberi gred A kepada pelajar dan juga yang dianggap "killer".

Perhubungan mentor-mentee ini bertambah akrab dengan adanya aktiviti-aktiviti berkala saperti khemah-khemah motivasi, sesi-sesi perbincangan serta kaunseling, dan lain-lain aktiviti akademik dan bukan akademik yang diatur secara persendirian atau melalui persatuan-persatuan univeristi. Di sinilah mereka memantapkan dan memperkasakan lagi jatidiri serta memperkukuhkan perpaduan mereka.

Saya perhatikan senario ini hampir tidak ada di kalangan pelajar Melayu. Pada masa itu kami masih "blur" (ada juga rakan-rakan yang kekal "blur" sehingga tamat atau dibuang dari universiti) dan kurang matang berbanding dengan pelajar-pelajar Cina yang pada bulan pertama menjejak kaki ke universiti sudah cekap dengan perjalanan sistemnya dari segi akademik dan bukan akademik.

Baru-baru ini saya telah melawat universiti lama saya dan mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan pelajar Melayu dan Cina. Dari perbualan itu, saya dapat membuat kesimpulan bahawa praktis mentor-mentee ini masih diamalkan oleh pelajar-pelajar Cina. Bagi Melayu pula, walaupun ada juga senior yang membantu pelajar-pelajar baru dengan memberi nota-nota dan lain-lain tip, perhubungan senior-junior Melayu ini tidaklah semantap atau sesistematik pelajar Cina.

Praktis mentor-mentee ini saya rasa adalah satu praktis yang patut dicontohi kerana ia bukan sahaja membantu sesama pelajar dari segi akademik serta bukan akademik tetapi juga memperkasakan jatidiri. Selain dari itu ia mengeratkan lagi perpaduan sesama pelajar.

Dalam keadan Melayu yang berpecah belah pada hari ini, saya bersetuju dengan Dato' bahawa IPT mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam memulakan langkah pemulihan jatidiri dan pengukuhan perpaduan Melayu yang berada pada tahap yang amat membimbangkan. IPT perlu merancang dan melaksanakan program-program yang lebih berkesan dan kreatif supaya ia tidak membosankan dan tidak terlalu berkhutbah.

Bagi pelajar-pelajar Melayu pula, tidak ada guna menghadiri program-program saperti Kem Bina Negara jika mereka masih tidak ada kesedaran dan kemahuan untuk menaiktarafkan maruah dan martabat bangsa serta memelihara perpaduan bangsa.

"Bersatu kuat, bercerai roboh."

Melati

Anonymous said...

Dato'

Er..I accidentally clicked the "Publish Your Comment" button before I could pen my name "Melati". I was the one who wrote about mentor-mentee among Chinese students at my university during my student days (I was relating it to your point no. 10). Could you please add my pen name "Melati" if you were to post my comments?

Very sorry.

Melati.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri,

Komen yang mengulas hal 10 dalam rencana saya adalah dari "Melati".

Dia terlupa masukkan namanya.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Melati,

1. Saya setuju. Saya tengok di UM waktu graduasi, persatuan bekas-bekas pelajar sekolah Cina memasang sepanduk mengalu-alukan rakan-rakan mereka yang dapat ijazah;

2. Beberapa tahun lalu, akan saudara saya masuk UM buat kejuruteraan.

Bila masuk domitori, dia ditolak oleh budak-budak Melayu sebab dia tak pakai tudung;

3. Begitulah tertutupnya minda Melayu dari sekolah hingga universiti;

4. Saya pun kadang-kadang rasa dah putus asa hendak ubah minda Melayu agar menjadi lebih positif dan berdaya maju;

5. Tetapi Allah murka kepada orang yang putus asa;

6. Bagi saya, dalam hidup tidak ada sisa. Hatta sesaat usia yang Allah panjangkan, tetap amat bernilai.

Tapi media massa kita asyik guna istilah sisa hidup. Agaknya mereka ni tak faham bahasa dan tak faham agama.

Terima kasih.

Unknown said...

Kita perlu memanggil semua perasuah sebagai BABI. And lets not be apologetic about it.

Sebagai contoh, perasuah dikalangan ahli politik perlu ditempelak sebagai PEMIMPIN BABI, sementara ahli perniagaan Melayu dan pemegang amanah Melayu (cth pegawai kerajaan) yang perasuah perlu dipanggil MELAYU BABI

Bunyinya memang keras dan agak biadap tetapi itulah jalan berkesan untuk 'merevolusikan' semula pemikiran ramai orang Melayu yang telah tersesat.

MALANGNYA kita ini selalunya lembik-bodoh dan terlalu sopan terhadap orang yang mengkhianati perjuangan bangsa dan agama kita.

KITA LEBIH KHUATIR KEPADA TERGURISNYA PERASAAN PERASUAH; maka itu kita meWAJIBkan KESOPANAN DAN KESUSILAAN didalam membenterasnya.

Itulah sebabnya RASUAH kini dianggap normal dan telah berakar umbi.

Dalam perniagaan ia sudah dianggap sebagai PART OF THE COST OF DOING BUSINESS.

Begitulah mudah kita mengHALALkan yang HARAM.

Ini semua kerana kita lebih TAKUTKAN PEMIMPIN & MASYARAKAT sekeliling dan sedikit KURANG HORMATKAN ALLAH SWT.

Itulah sebabnya MASALAH KANDANG BABI di Melaka yang sudah 'DIJAMIN OLEH LEVER BROTHERS' sebagai HARAM & MENGHARAMKAN' sentiasa HALAL beoperasi ditengah-tengah KAMPUNG MELAYU.

ANGKARA SIAPAKAH INI?...untuk jawapannya, sila rujuk perenggan kedua.

Che Jam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dear Mr.Kadir,

UMNO tetap tetap UMNO....When it comes to corruption, khinzir atau tahi tetap mau juga, especially the UMNO goons....What else are they capable of?? Tak guna punya manusia!!!
Thanks

Raja Chulan

rosemann said...

Hasrat untuk membabikan rasuah sememangnya bagus. Namun, jika dikaji, babi tu sifatnya satu iaitu babi dan unsurnya satu iaitu babi. Tetapi, rasuah ni sifatnya berbagai-bagai - boleh jadi komisyen, boleh jadi sedekah (kalau rasa diri layak dapat sedekahlah), boleh jadi hadiah, boleh jadi duit kopi, boleh jadi duit minyak dan pelbagai lagi. Unsurnya pun pelbagai juga, cash, check, belanja makan, barangan kegunaan harian dan entah apa-apa lagi termasuklah khidmat - pelbagai juga khidmat ni. Satu idea yang bagus tapi pelaksanaannya bagaimana? Yelah kadang orang tu riuh mengata pegawai kerajaan dan orang politik ramai yang rasuah tapi, dia sendiri dengan tak segan silu lagi bila TERlanggar lampu merah dan kebetulan ada polis kat tepi jalan tu, melemparkan sekeping not merah ke biru ke tanpa diminta. Bukan ke hipokrit tu? Memang kalau nak dibabikan, elok dibabikan, tak payah la nak dikhinzirkan pulak sebab orang melayu memang dah dari dulu geli dengan babi tapi agak asing dengan khinzir. Mungkin sebab tu ada orang melayu yang nak buka ladang khinzir agaknya.

MY2CENT - rose

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).