Saturday, May 16, 2009

Iktibar Daripada Cerita Presiden Obama

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEBUAH universiti di Amerika memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack Obama kerana dia belum cukup berjasa dan terbukti prestasinya.

Di Malaysia, universiti berlumba-lumba memberi ijazah kehormat kepada menteri, bekas menteri dan isteri menteri.

Tidak mengapa kalau isteri menteri atau isteri bekas menteri itu tidak jelas atau belum terbukti jasa, kepakaran dan kecemerlangannya. Yang penting dia isteri menteri.

Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi “a dime a dozen” atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang.

Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan “derma” dan “sedekah”.

Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri.

Khabarnya, di sebuah organisasi media arus perdana, pengurusan baru telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan yang ditawarkan anugerah diraja melaporkan terlebih dahulu kepada pengurusan.

Saya terbaca sebuah berita dari bandar Tempe di Negeri Arizona, Amerika Syarikat di mana Arizona State University tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Obama kerana pencapaiannya setakat ini belum melayakkannya menerima anugerah itu.

Dengan berseloroh, Obama berkata bukan pihak universiti itu sahaja yang berpendapat beliau perlu menunjukkan lebih banyak kejayaan malah isterinya sendiri, Michelle, juga berpendapat demikian.

Obama berkata begitu ketika menjadi tetamu kehormat di majlis konvokesyen universiti berkenan. Adalah tradisi universiti di Amerika menganugerahkan ijazah kehormat kepada tetamu khas majlis konvokesyen.

Sebaliknya pihak universiti itu menamakan salah satu skim biasiswanya mengikut nama Obama.

Dengan berseloroh, Obama berkata: “Saya datang ke sini bukanlah untuk mempertikai cakap-cakap bahawa pencapaian saya belum memadai. Buat permulaan, Michelle setuju dengan penilaian ini. Dia mempunyai senarai panjang mengenai apa yang belum saya laksanakan, yang menanti saya di rumah.”

Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini walaupun sang suami baru sehari menjadi menteri atau menjawat jawatan tinggi.

Kita suka orang luar kata kita sederhana atau “modest”. Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.

Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka. Akibatnya mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tetapi mereka tidak berkelakuan seperti orang ternama.

Maka berlakulah situasi di mana budak “kanyir” dan jutawan segera yang entah apa sumbangannya kepada masyarakat dan negara diberikan pelbagai gelaran dan anugerah, termasuk gelaran diraja.

Tidak hairan jugalah kalau begitu ramai penyandang anugerah diraja yang terbabit atau dikaitkan dengan akhlak buruk, skandal dan jenayah.

Ada negeri dan wilayah tertentu di bumi Malaysia ini yang menjadikan penawaran anugerah sebagai cara mencari pengaruh politik dan sumbangan kewangan.

Harap-harap institusi pengajian tinggi kita mengambil iktibar daripada tindakan Arizona State University dengan tidak sewenang-wenang memberi ijazah kehormat kepada sebarang Ali, Ah Kau dan Muthu.

98 comments:

Roti Planta said...

Dato',
Bila dikatakan 'anugerah' itu boleh dibeli maka 'tuan yang beri' akan marah. Apabila budak 20an, penjenayah atau baru mendapat jawatan sehari dua dah mendapat anugerah itu ini maka bagi saya betullah tanggapan anugerah itu dah tak berharga lagi. Semua orag ada.

Teringat saya berada didalam satu majlis yang ucapan pembukaan amat panjang kerana nak menyebut nama semua Dato'-Datuk yang ada dalam majlis itu

Bye/Roti Planta

Fooart said...

Di Malaysia, nak dapat penganugerahan kenalah ada "Technical Know Who" bukan lagi Technical Know How. Jadi eloklah sistem pelajaran di Msia ni tukar sukatan pelajaran. Ajar anak-anak ini mcm mana nak bodek, ampu, rasuah tanpa dikesan. Jadi klu nak dpt title kenalah kenal orang "Besar"......yuks...nak muntahlah saudara bila pandang majoriti pemimpin Melayu yg tak layak duduk di tempat nya sekrg.

fahmi said...

assalamualaikum... banyak unsur nasihat yg boleh dijadikan pengajaran dari Presiden Obama... semoga pemimpin2 kita mencontohi sikap beliau yg merendah diri..

Memorable trails... said...

At first saya ingat saya saja yang berfikiran begitu..ya,ada isteri2 orng ternama diberi jawatan tertinggi di universiti, yg jasa mereka kita tak tahu gapo satu.Cikgu cikgi yg yang mencelikan anak bangsa saya kira lebih banyak jasanya.
Saya berseuju dgn Roti Planta yg ucapan di permulaan majlis begitu berjela2.Why cant we use Tuan2 &Puan2 saja.
Dan klu nak buat sesuatu majlis, kita begitu elaborative.Lihat bagaimana Pres.Amerika berucap..memadai dgn satu rostrum dihadapannya.Bilalah Malaysia nk keluar dari all these nonsense money wasted thing?

OKJ said...

Salam DAKJ

Ukur baju dibadan sendiri.

Sepatutnya begitulah. Kita kena tahu kemampuan dan sumbangan kita dulu. Barulah layak menegur dan ditegur. Barulah tidak menjadi kacang lupakan kulit. Barulah sepatutnya baru setahun memerintah, lebih menghargai jawatan yg diberi.

Ini baru setahun memerintah dah tak kenang budi, sembah derhaka, pecat orang sesuka hati, dah tak ingat siapa yg pilih dulu, anugerahkan tanah ikut suka macam BAPAK sendiri punya. Memanglah dapat sokongan dengan gadaikan pusaka warisan. Ingat sikit pepatah beri betis nak peha; terutama yg memberi pun tamak kuasa dan yg menerima pun tamak harta. Dua dua serupa.

Satu lagi, maaf cakap Dato’, isteri adalah sebahagian dari diri kita. Kalau bini sendiri pun asyik kata kita tak layak dan beri senarai panjang sebabnya, tak ke syahdu dibuatnya. Tapi kalau didedahkan juga mesti ada agenda lain seperti nak cerai bini no 2 untuk kawin 3. Alasannya sebab ada 4 talian hayat. Biasalah tu, pakai kopiah nak nampak alim rupanya alim alim kucing. Miew…….
Sekian TQ.

weber said...

isu memberi anugerah ini sebenarnya lebih besar.. 'it's more than meet the eyes'...
masalah di Malaysia ni.. meritokrasi tidak tumbuh.. kalau tumbuh pun ia tidak menyubur...
di US.. suburnya meritokrasi sehingga ia menjadi budaya.. duduk bangun seseorang itu bergantung kepada meritnya..
maka tidak hairanlah profesor, pensyarah, pengurusan universiti di US, di mana mereka ini dilantik berasaskan merit, mahukan merit (sumbangan, jasa, pencapaian) sebagai asas memberi anugerah.. tidak kira kepada sesiapa pun..

Malaysia bagaimana?

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

IPTS-IPTS yang mempunyai program berkembar dengan University luar negara juga banyak menganugerahkan Doktor Kehormat kepada politikus-politikus tempatan dan/atau isteri-isteri mereka.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga samada University luar negara yang terlibat itu benar-benar mengiktiraf jasa-jasa tokoh-tokoh tertentu atau ianya taktik / strategy tertentu yang dimainkan oleh IPTS?

Dari segi protokol, bolehkah seseorang yang menerima ijazah Doktor Kehormat menggunakan title Dr di pangkal nama mereka Datuk?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Roti Planta said...

Dato',
Saya rasa di negara kita majlis /program sering tersilap rai. Di majlis sukan sibuk meraikan Menteri, KP, KSU dsb bukannya ahli sukan. Di majlis anak yatim sibuk melayan YB, DO dsb bukannya anak yatim. Di majlis belia, belia siap terpaksa berdiri, berpanas, beratur mengibar bendera menyambut pembesar yang datang sedangkan belia itulah sepatutnya diraikan.
Jadi sebab itulah belia, marhain dan orang biasa malas nak datang majlis-majlis rasmi. Majlis mereka telah 'dirampas' oleh tetamu VIP (Datuk-Datin)
Protokol-protokol atucara cerewet ini disebabkan PTD yang tak ada kerja lain. Asyik fikirkan majlis perasmian mesti sempurna walaupun kerja-kerja sebenar tidak jalan (terhenti bersama majlis perasmian).

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Agree sir...common people like me realised this 20 years ago. And remember Lat's cartoon.."gua lapat latok! gua lapat latok!"? And what's the deal with Datukship from Mindanao, still selling?

...and the govt should be more stringent with Tunship...you know what i mean.

Gone are the days where Enche Khir or Enche Ghaffar would do....

Enche Biasa

Unknown said...

Dato'

Kami dengan seratus peratus setuju dengan pandangan Dato'. Cuma Reality di Malaysia memaksa kami menerima dengan hati yang berat permainan Mengangkat - Pangkat oleh Institusi Pelajaran Tinggi dan Korporat di Malaysia.

Semua ini puncha dari tujuan mendapat "Sokongan" dan "Sponsorship" dari Kerajaan.

Syarikat Korporat yang melantik Pengerusi dari golongan Tun, Tan Sri, Dato' dan Tunku akan lebih mendapat perhatian dari kerajaan apabila mencadang atau meminta sesuatu. Begitu juga dengan Institusi Pelajaran Tinggi.

Kawan kawan saya yang menerajui syarikat korporat dari luar negeri yang ingin berniaga diMalaysia sering meminta saya supaya mencari Tunku atau Tan Sri untuk dibuat jadi Pengerusi....kerana kata mereka, mereka akan mendapat "protection" jika ada berlakunya kejadian yang tak diingini....

Non-partisan said...

Sesungguhnya apa yg Dato ketengahkan amat tepat sekali.

Soalnya sejauh manakah mereka yg berwewenang membaca dan mengambil iktibar drpd 'posting' ini?

sf said...

Niat manusia selalu di soal...

Anonymous said...

Salam Dato, I think this is not the first time the issue is debated. It had surfaced before and gone with the wind. The best thing to happen is everything seemed to be taken seriously in order to ensure its quality and its sanctity.
Tetapi macam biasa lah... hangat hangat tahi ayam, bila semua orang lupa maka dia pun muncul kembali. Jadi memang betul lah kata Tun Mahathir yang orang Melayu mudah lupa.
Ini lah akibat nya bila kita mengagungkan anugerah kebesaran dan mengenepikan kecemerlangan. Mereka yang benar benar layak di ketepikan dan akibat nya negara kita penuh dengan hipokrit.
Kemana mana kita pergi kita mungkin bolih berlaga hidung dengan mereka yang bergelar Dato'. Kalau di buat kajian, macam kata Dato' lah, ramai di antara mereka masih belum layak menerima gelaran tersebut. Takkan baharu sebulan menjawat jawatan ketua jabatan telah melayakkan mereka di anugerahi gelaran tersebut.
As an example in the Civil Service there are too many Dato' and in the Armed Forces and the Police too, almost all generals carry the title Dato' and some of them with so many being awarded if you look at their uniform, the medals almost cover half of their body but when ask what he or she has contributed to the nation-its zilch apart from "technical know who" as some readers commented. The worst thing is, when the lower rank soldiers or policeman do not wish them with the title Dato', he or she may be reprimanded as insubordination and even black listed. Can you imagine how disgusting is the organization.
Maaf cakap la Dato' ini bukan cerita rekaan, kerana yang benar tetap benar, malahan apakah mereka juga layak mendapat anugerah Tan Sri? Atas dasar apa? Kalau sekadar untuk berlagak maka akan hancur lah negara tercinta ini.
Enough is enough and it is time for change. Malaysians can't remain in the way we are now, if we want to progress. But the government has to be very firm on this and our higher learning institution must protect the dignity of an academic qualification of its value and its integrity. It is about the leaderships of the nation but the masses has a vital role to play that 'mindset' must be changed and it is not about title, money and position but it is about you and me that will be answerable to GOD when the time cometh.
Tapi Dato'! Apakan daya kita serupa!!!dh9753

ab said...

Salam dato,

Sistem kasta ni di sukai ramai dimalaysia,tak kira ugama apa pun!.


Abu Bakar Ab Rahman

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Di Malaysia sekarang ni kalau kita baling batu kearah sekelompok manusia, kebarangkalian batu tersebut mengena seorang "Datuk" amatlah tinggi!

Selain anugerah kebesaran, perkara ini berlarutan sehingga ke penganugerahan biasiswa!

Pemberian biasiswa di Malaysia lebih kepada "technical know who" dan bukan "technical know how" sperti juga pemberian kontrak-kontrak lumayan.

Pada penghematan saya yang agak sempit, keutamaan diberi kepada anak-anak pembesar UMNO, MCA, MIC, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Olih kerana itu terdapat ramai pelajar cemerlang yang "lari" ke negara lain.

Disebabkan olih sifat serta kelakuan sesetengah insan berpangkat di Malaysia ini, negara yang paling beruntung adalah Singapura.

Setiap tahun para pegawai Singapura akan menjelajah ke seluruh semenanjung Tanah Melayu untuk mencari serta menawarkan biasiswa kepada pelajar kita yang cemerlang tetapi diketepikan olih pihak berkenaan.

Dan setiap tahun bila Parlimen kita bersidang, Menteri Sumber Manusia akan memberi alasan-alasan kenapa kita mengalami "brain drain".

Menteri berkenaan juga akan mengariskan langkah-langkah bagi mengurangkan masaalah brain-drain ini.

Diantara langkah-langkah yang pernah disebut adalah menawarkan pakej-pakej menarik untuk para intelek ini.

Bolihkah kita buat kesimpulan bahawa kerajaan Malaysia telah gagal dalam mengekang "kehilangan tenaga intelek" ini kerana:

(1) ketamakkan dalam memberi biasiswa kepada yang layak dan memerlukan?;
(2) sifat mementingkan diri yang agak keterlaluan dikalangan pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan serta parti politik?

Bolihkah kita kata bahawa negara akan terus menderita "kehilangan tenaga intelek" akibat
(1) dari sifat-sifat tamak para pemimpin-pemimpin serta anak-bini dan menantu?
(2) dari ketidakikhlasan para pemimpin negara dalam menjalankan amanah, amanat serta mandat dari rakyat?
(3) dari kekurangan daya pemikiran yang tajam dikalangan pemimpin-pemimpin negara?

Sekian.

P5-DK said...

Terima kasih kerana menerbitkan artikel sebegini yang boleh membuatkan kami sebagai orang muda untuk berfikir.

abdullahngah said...

saya setuju seratus peratus apabila disebut bahawa orang kita gila pangkat

Memang ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.

sebab itu Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka.Yang penting bagi mereka -meraka ada pangkat, terutamakan sekali ada gelaran "Datuk".

Bagi mereka datuklah segala galanya himngga mereka pula agama apabila dianugerahkan gelaran datuk.

mengapa saya kata begitu. Masakan tidak. Cuba anda bayangkan apabila ada gelaran Datuk mereka kena ikut protokol.

Protokal diraja misalanya. Jika mereka hadir majis makan malam bersama agung.

Mereka akan berhenti makan apabila agung berhenti makan, sedangkan makanan yang ada dalam pinggang masih banyak.

Ini membazir namanya. Kan membazir itu feel syaitan. Apa bula seorang ustaz atau ulamak yang berbuat begitu.

Kalau betul mereka berbuat begitu sudah tentu ianaya bercanggah dengan islam. tetapi melakukan juga apa bahananya dari segi agama.

Mengapa mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tidak lain dan tidak bukan kerana gila kan pangkat.Ini orang ternama di negara kita tidak kira ia orang PAS sekalipun.

Apabila dapat gelaran Datuk melompat lompat mereka sebagai berbangga tanpa menyedari sifat sombong angkuh riak sudah bersarang dalam hati mereka.

Kawan penulsi seoran jutawan sudah meninggal dunia pernah berkata kepada adiknya. Kalau kamu hendak gelaran datuk berilah derma RM100,000.00 kepada kerajaan yang memerintah.

Demikian rendahnya piwai gelaran Datuk di negara kita. Sebab bertambung tambung gelaran datuk diberi kepada rakyat malaysia.

Apa ada pada gelaran Datuk selain daripada dapat surat hari hari bertimbung timbung untuk meminta derma itu dan derma ini.

Lainlah orang china yang dapat gelaran Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri Tan Sri.

Mereka boleh rekman untuk mendapatkan kerakyatan orang china yang datang dan tinggal sementara.

Gelaran itu merupakan kuasa besar kepada mereka untuk melakukan usaha orang china di malaysia mendapat kad pengenalan biru jadi rakyat negara ini.

Orang melayu apa ada apabila ada gelaran Datuk Tan Sri selain dari tipu rakyat. Kebas wang rakyat simpan luar negara.

Maaf, kerana kasar sikit.

Kawan saya yang juga seorang jutawan. pun sudah meninggal dunia pernah menolak gelaran Datuk, kerana bagi mereka tiada apa apa kelebihan pun akan gelaran itu selain daripada menghabiskan wang sahaja.

Saaya juga masih ingat dengan kawan lama Dr S. Othman kelantan yang juga meninggal dunia.

Dia pernah sebut pada saya ketika kerajaan hendak menganugerahkan gelaran datuk kepadanya.

Apa yang belaiu kata? lebih baik elaun diberikan kepadnya daripada diangerahkan gelaran Datuk.

Ini menunjukan gelaran datuk ke apa ke hanya menjadi kebanggaan pada orang yang gila pangkat sahaja.itu sahaja.

Anonymous said...

Dato AKJ,
Ramai orang kita memang suka mengampu dan lebih suka lagi apabila diampu. Lihat sajalah apabila PM nak keluar negara dan sekembalinya beliau. Berapa ramai pengampu termasuk Menteri dan entah siapa lagi menunggunya di KLIA. Macam kehilangan sangat dengan pemergian beliau dan rindu sangat dengan ketiadaannya. Hentikanlah sandiwara ini.

Spana Hidup

pakbelalang said...

1.The award of Datukship in Malaysia is now considered as a commodity. The value of the award depends on the grading of the Datukship. That is why there are so many titles of Datukship where you can pick and choose depending on what price you are willing to offer.

2. After analysing the number of Datukships being awarded every year it looks like there is no value attached to the title.Every Tom, Dick and Harry could get the award and of course at the right price to be paid. So it is actually just like buying a piece of decorated metal as a token for trading transaction only.

3. To those so-called high profile politicians and successful "businessmen" their status is not complete to be classified as high society people if their is no title in front of their name. That is why they really go all out to get the title and are willing to part their money by the thousands just to get that piece of metal and proudly to have their pictures hang at their home and office to show off who really they are.

4. There is talk of the town that most polticians who aspire to get datukship could easily materialise their dream by rubbing shoulder with Chief Minister Ali Rustam and Khalil Yakcop, the Governor. Melaka is well known for its "political datukship award". Can we consider this kind of political award as abused of power.This kind of arrangement also applies in Sabah.

amoker said...

Datuk
Your article is succint to the point. This news were around for some time and was not picked up by any of the media. We just have too many datuks who siok sendiri.

sawit futures trader said...

Komen saya berkenaan 31 BN, 28 PR tidak diterbitkan. Malah Pertanyaan saya berkenaannya juga tidak diterbitkan.

Pada masa yang sama, saya melihat komen Pak Belalang yang mahu membuang demokrasi di Perak dan menggantikannya dengan pemerintahan beraja (menolak perlembagaan semasa?) boleh pula diterbitkan.

Jika rumah ini sudah mula memilih-milih tetamu, saya tahu saya tidak lagi diundang.

Hambali ® said...

Nak buat macam mana Dato, kalau kita p majlis-majlis (tak kira la sebesar2 majlis atau sekecilnya pun) kita akan dapati jenuh pengacara dok mengalukan the this-so-called- VIP.

YB Dato ABC, Ybhg Tan Sri HJK, Ybhg Dato Bla bla bla, bla bla bla .....

Adoi

Tapi gelaran2 ni penting. Satu gelaran memudahkan segalanya. Bukan setakat memudahkan, bahkan gelaran ni juga kadang2 membolehkan benda yang tak boleh itu menjadi boleh. :D

PUTRA MERDEKA said...

salam tok,
terima kasih mengingatkan perkara ini kerana di ini lah lumrah yang berlaku didalam negara sejak dulu hingga sekarang cuma ianya lebih teruk sejak 10-15 tahun ini.
asal kenal 'somebdy' atau bahasa mudahnya ialah kalau kita berjaya meletakkan diri sebagai kroni kepada pemimpin maka mudah lah 'hidup' kita.
itu sebab tak perlu susah-susah berjuang malah tak payah jadi ahli UMNO pun boleh jadi menteri dan MT,
so apa yang nak dijadikan cintoh tok?

pakbelalang said...

The State governments of the day should be responsible enough to recommend the award of datukship only to those who have really contributed excellent service to the states. There must be a set of criteria to screen whether such people are really eligible to get the recognition by awarding the datukship and do not deviate from it.

No doubt the award of the datukship is the prerogative of the respective Sultans and Governors but certainly that must be a standard benchmark to identify whether such people to be awarded the datukship have the personality to carry the title. Or else the title has got no value. Preferably, every year there should be a quota how many datukships to be awarded. The ideal number should be not more than 10 new "fresh" datukships in each state. If there is no quota what we will experience is to find many datuk "dikaki lima".

Kita tentunya akan bertembong kekiri datuk, kekanan datuk, didepan datuk dan dibelakang datuk!!

As for the award of honorary doctorate, I think it is rather foolish for local Universities to award those haprak and HP6 personality who do not have any excellent contribution to society. It makes the award so cheap thus affecting the credibility of the universities.
Macam mana nak dapat high ranking status as top 10 university in Asia!! Presently, the status of our local universities, only University Malaya has been recognised as top 39 in Asia. A long way to go to achieve top 10.

pakbelalang said...

Anwar offered me the DPM’s post, says Anifah


WASHINGTON: Foreign Minister Datuk Anifah Aman has revealed that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had offered him the post of Deputy Prime Minister as bait to switch sides after the general election last year.

“Just for the information of the audience here, Anwar said he would form a government on Sept 16 but he has changed the dates many times. And he was trying to entice Members of Parliament.

“I was personally offered a very lucrative position, like a deputy prime ministership. These facts are not known to the world at large,” he said during a joint press conference with US Secretary of State Hillary Clinton, which was packed with American and foreign journalists.

“And he has started trying to buy other legislative members. I think he has not accepted the result of the last elections.

“We (Barisan Nasional) have lost five states and we willingly accept the people’s verdict.”

comment:

I can safely say without the slightest shadow of doubt he is a political conman of the first order. Make no mistake about it.

Respect is to be earned and sadly I have no respect for him.

pakbelalang said...

Obama congratulates Najib as new Malaysian PM

comment:

Never too late !!

Dato Abdullah said...

Dato Kadir.

Nampak nya you sindir kawan you dekat NST ,sdr Hishamuddin yang dah dapat hampir 7 datukship.

Jangan salahkan dia bro.Yang kita nak salahkan ia lah Sultan,Gabenor dan Raja2 yang memberi Datukship mengikut perasaannya.Ada pula Sultan di satu Ngeri memberi Datoship salepas di beri ganjaran.Satu datoship di jual dengan harga 50 ribu.

Saorang Sultan baru2 ini telah memebri Datukship kapada isteri saya.Saya tanya apa jasa awak kapada negeri itu.Dia kata tak ada tapi dia kenal denga anak perempuan Sultan itu.Saya dua isteri.Saya kata kalau nak beri kena bagi kapada kedua isteri,jika tidak perang besar.

Saya juga terkejut,jawatan Tan Sri pun boleh di Jual beli.Masa zaman Pak Lah jadi PM ada saorang cina kepela gangster dapat Tan Sri.Saya terkejut.

Sekarng ini saya nampak Rosmah isteri Najib hampit tiap malam ada beritanya keluar dalam TV1 dan TV3.Macam dia it menteri pula dan membuat kenyataan yang berbentok polisi negara.Nasib kau lah Najib.

Sha said...

Di Britain, bukan sebarang orang yang boleh diberikan title Sir. The Queen herself bukan sekadar merujuk kepada pihaknya sahaja malah memikirkan reaksi rakyat samada pemberian sesbuah title tu memadai ataupun tidak.

Unlike here, pemeberian title dah macam beri monyet makan kacang. Dah tak ada harga.

Its hard nowadays to differentiate between the true Datuks/ Datuk Seris from the tipu ones i.e the non-deserving ones.

It gets worse when titles are given to celebrities who are awarded for just being famous, not because they've contributed anything to the nation and to the people at large.

Dalam dunia perniagaan, asal keluar nama Datuk orang dah menyampah dah. Nombor satunya, because most of them semua Datuk tipu and nombor duanya, kalau betul la dia Datuk, tak lain lah nak makan share tapi tak nak keje. Goes to show that Datukship title ni dah hilang harganya.

Doc T said...

Tabiat bodek di negara kita sudah di luar kawal.
Dengan bodek, manusia pemalas nak buat PhD mampu dilantik jadi NC.
Dengan bodek jugaklah dia dapat pangkat Turus 1.

Lebih mudah untuk bodek dan buat kerja glamour yg dapat perhatian dunia, dari beri sedekah dalam senyap dan hanya Allah SWT yg tahu.

Adat dunia lah tu Dato' ...

http://alternate-enter.blogspot.com/2009/05/bn-confirmed-bertanding-di-penanti.html

Mazlan, said...

Baru-baru ini juga polis menahan seorang yg bergelar dato' kerana terlibat dengan penyeludupan dadah jutaan ringgit.
Kalau di sebelah SungaiPetani, Kedah Maniam surat khabar pun dapat datuk.Ada juga bekas pemanjat tuak juga dapat JP (Justice of Peace).
Bila depa semua ni dapat datuk status depa pun naik sikit.

Yangretibase said...

Assalamualaikum AKJ dan pakbelalang,
And sadly too, I have no respect for you either, pakbelalang. I wonder what makes you hate DS Anwar Ibrahim so much. You once arrogantly said that Anwar would never become the prime minister of Malaysia.

If you think it is impossible for Anwar to be PM, then you are stupid. The truth is, it is not impossible! Who knows if his name is written as the Khalifah of Malaysia in the Loh Mahfudz.

By the way, when Anwar is really at the helm then, I suggest that you join Tun Mahathir to be refugees to ....where? Mexico 'kut'!

TOOLBOX said...

Tulisan Dato mengingatkan saya kepada Shah Rukh Khan. Betapa murah dan mudahnya anugerah di Malaysia.

Penyalahgunaan pemberian anugerah juga menjadi faktor kelemahan skim SSM (sebelumnya SSB).

Mungkin oleh kerana sifat tidak resional pemberi anugerah atau jawatankuasa berhubungkait tidak kira di peringkat mana pun disebabkan sifat semulajadi manusia yang mempunyai kuasa memang suka dibodek atau akan memberi sesuatu jika ianya bakal memberi pulangan yang lumayan.

Perkara ini telah berulangkali disuarakan oleh pelbagai peringkat dipelbagai media namun ianya sama juga seperti masalah pengangkutan awam dan isu-isu lain yang hanya jadi retorik tanpa pembaikan yang konstraktif.

Anonymous said...

What an offer as DPM for someone like Anifah? On what credential-My foot Anifah... Your background is only taking charge of Sabah football team.
What a wasted opportunity traveling to DC just to defend Malaysian zaniness politics and reverberating Altuntuya issue.
Sorry PM najib!!! that is the quality of your FM. He is going to expedite your destruction and also Malaysia image overseas, unless Najib doesn't care.
Sorry Dato' the FM performance is disastrous and need no KPI and this must not be allowed to continue unless he was specifically brief to do as what he did.
Are Malaysians getting the wrong deal!!! PELITA28.

Hang Jebat said...

Datuk,

Dalam tentera pun sama macam tu. Dalam tentera, pasukan yang paling hebat dan elit adalah pasukan gerakhas atau komando. Mereka ini pemegang 'Bere Hijau' yang amat dibanggakan kerana bukan senang nak mendapatkannya. Kena lulus kursus yang sangat getir sebelum layak. Malangnya 'Bere Hijau' itu kini diberikan sewenang-wenangnya kepada pak menteri. Dulu bagi pada raja-raja sahaja. Tak jadi masalah sebab raja itu adalah ketua pasukan elit tersebut atau dalam bahasa tentera 'Kolonel Yang DiPertua'. Tapi pak menteri tu siapa? Kalau setakat Menteri Pertahanan sahaja, tak payahlah. Silap-silap tak sampai berapa bulan dah kena tukar orang lain. 'Bere Hijau' terlalu berharga untuk dipakai oleh orang-orang semacam itu. Maaf cakaplah.

pakbelalang said...

yangretibase,

Did I say that I hate Anwar as a person? The answer is NO. What I said was that I do not respect him in terms of his political thinking and ideology.It means that I don't support him politcally because I don't subscibe to his political agenda. That is all, period.

Everything is about politics.

pakbelalang said...

sawit futures trader,

Jangan kecil hati. Saya ada juga komen-komen yang AJK tak terbitkan. Mungkin dia ada sebab yang munasabah tidak mahu terbitkan.

Misalnya ada komen saya berkaitan dengan article ini AJK tidak terbitkan dan apabila saya ubah semula isi komen saya baru dia terbitkan.

Betul tak Dato' AJK?

Unknown said...

Opps... U r rated 5 Star Blogger. Pls visit SpotTheBloggers.

Salam Hormat.

Atan said...

Salam,
Kata Datuk Kadir: "Kita suka orang luar kata kita sederhana atau “modest”. Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat."

Sangatlah benarnya, datuk. Dengar khabar, penganugerahan Dato, kepada Mat Shah Rukh itu satu strategi politik ampu bodek.

Kalau betul penyangak pun dapat Tan Sri, kesianlah Botak Chin, Bentong Kali, Mokhtar Komando, dan lain-lain.

Berapa ramai Sultan dan Yang di-Pertuan Negerikah yang ada pendirian macam Sultan Selangor tentang anugerah diraja ini?

abdullahngah said...

Anugerah gelaran datuk ke, apa ke kepada sesiapa memberi implikasi buruk yang sangat besar kepada negara. percayalah.

Yang paling menyedihkan kita anugerah profesor dan profesor madya kepada penyarah di institusi pengajian tinggi negara kita turut menyebabkan kedudukan universiti universiti jatuh merundum.

Malu dibuatnya. sedar memang ada yang sedar, tetapi itulah hakikatnya kerajaan yang memerintah sejak dahulu hingga kini.

Pensyarah yang ada PHD ada yang layak dapat profesor tetapi ada yang tidak layak tapi diberi juga.

Inilah yang menyebabkan wujudnya profesor "kankong" yang barangkali tidak boleh dinafikan, kerana realitinya.

Ada beberapa orang kawan penulis yang dapat profesor kerana birunya terlalu jelas dan pekat.

Tapi yang hijaunya jelas layak dapat profesor tidak diberi miskipun ditemuduga beberapa kali.

Inilah kepunahan berlaku yang menyebabkan kedudukan universiti kita bukan sahaja didunia tapi di Asia juga turut merundum ditangga yang tercorak.

Malang sekali apabila negara dipimpin oleh manusia jenis melaung laungkan rakyat di dahulukan - prestasi diutamakan?

Ada sebuah buku dah diberi gelaran profesor kerana birunya pekat lekat. Manakala yang ada hijau sikit tiada harapan langsung

Yang ada berpuluh puluh buku, masih ditakak lama juga. Kalau profesor madya. profesor madyalah sampai pencen. begitulah nasib malang pensyarah yang kurang jelas kebiruannya.Malang sekali.

Kesian. Orang yang benar benar layak dianggap tidak layak manakala orang yang tidak layak dianggap sangat layak.

Paksooyon said...

Dato',

Dengan terlebih dahulu menghormati Dato' (with due respect to Dato'), saya juga terpanggil untuk memberi komen mengenai darjah kebesaran seperti berikut:

i. terdapat sikap setengah orang yang menerima anugerah kebesaran menjadi hidung tinggi bila di dianugerah kebesaran bergelar.Kalau kawan baiknya tak panggil dia 'Dato atau Datin' dia akan masam muka dan tak mahu lagi berbual medra seperti dulu.

ii) Ada yang apabila menjadi Dato atau YB sudah pandai bercakap, menasihati orang lain begitu dan begini selah-olah dia sudah bijak benar; seolah-olah sudah mendapat Ph D.

iii) Seperti kata Roti Planta, Rakyat Malaysia (Islam) sewajarnya diajar untuk tidak memanjangkan muqaddimah ucapan supaya pendek dengan Puji-pujian terdadap Allah SNT , Selawat dan Salam kepasa Nabi Muhammad SAW dan Tetamu undangan sahaja dan doa' kepada Muslimin Muslimat (e.g yang dirahmati Allah);

iv) Peringatan: Semua manusia sama di sisi Allah SNT yang mengukur seseorang diatas darjah ketaqwaannya terhadapNya,

v) ULAR YG MENYUSUR AKAR TIDAK HILANG BISANYA;

vi) IKUT RESMI PADI BUKAN RESMI LALANG,

Sekian . WabilLahi taufiq wal hidayah. Maassalamah wa ilalliqa'

Paksooyon said...

Obama congtatulates Najib.

Both are great men. Are they?
In a way 'yes'.

Yob Perak said...

Assalamualaikum !

Wahai semua hamba-Allah, jgnlah kamu semua rasa bongkak dgn gelaran-gelaran dunia.

Saya bersetuju dgn Roti Planta, org yg diraikan tidak diraikan... pegawai kerajaan sibuk melayan tetamu kehormat. Kekadang tu makanan pun berbeza lebih sedap dr org yg diraikan.

Malah bukannya makan habis pun, cuba beri makanan lazat ni pada mereka yg diraikan, insya-Allah mereka akan habiskan.

Dato', lepas ni dato kena tulis artikel ttg bahasa Istana sebab masih ada manusia yg tak tahu.

Dato', saya tanya jgn marah ya... dapat title ni apa sumbangan Dato'?

Dato Tan Sri Yob Perak

Unknown said...

Datuk,
Mungkin kita harus belajar bagaimana British memberi anugerah Sir, Lord dsbnya.
Yang mengwujudkan title-title ini juga adalah British.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Memang betul kata Dato', anugerah-anugerah yang diberikan masa kini nampaknya sudah mula hilang nilainya. Dulu jika seseorang itu di anugerahkan sesuatu gelaran memang tidak siapa dapat nemafikan peranan dan sumbangannya kepada masyarakat dan negara. Pada masa dulu, ada juga yang telah banyak berjasa tapi masih belum menerima apa-apa anugerah atau gelaran. Sebabnya ialah nasih belum tiba masanya. Itulah nilai sesuatu anugerah atau gelaran pada masa dulu.

2. Tapi sekarang, anugerah dan gelaran begitu bersepah. Nama-nama yang tidak pernah dikenali pun diberi gelaran "Di-Raja". Kesannya ialah sekarang ini, kata orang kalau kita pergi minum di mana-mana Cofee House di Hotel dan jika kita panggil "Datuk" tanpa menambah namanya, tidak hairan hampir separuh pelangan Coffee House itu membalas panggilan kita. Begitu juga kalau kita berjalan-jalan di Jalan Chow Kit yang sibuk, kalau kita campak seketul batu sudah tentu batu itu akan terkena mana-mana Datuk yang sedang berjalan disitu. Itu membuktikan betapa ramainya manusia yang bergelar di Malaysia ini.

3. Tidak cukup dengan gelaran dan anugerah "Di-Raja", Persatuan-persatuan artis pun turut tumpang sekaki. Hampir setiap minggu dihujung atau awal tahun akan diperkenalkan pula berbagai-bagai bentuk anugerah. Boleh dikatakan setiap artis akan mendapat gelaran-gelaran ciptan mereka sendiri. Hasilnya, standard artis Malaysia tidaklah seberapa.

4. Negeri-negeri lain patut ikut cara DYMM Sultan Selangor yang tidak menganugerah apa-apa gelaran kepada EXCO Negeri semasa hari keputeraan yang lepas kerana pada Beginda sumbangan mereka masih belum cukup untuk layak diberi sebarang anugerah.

5. Oleh itu sudah sampai masanya Kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian anugerah ini. Hanya yang benar-benar berjasa sahaja akan dipertimbangkan. Jika perlu,mana-man penerima sebelum ini yang mencemarkan nilai anugerah gelaran dengan kelakuan yang tidak senonoh perlu dilucut gelaran itu. Barulah gelaran anugerah ada nilainya.

Anonymous said...

Salam Dato',

It's an open secret that in one state (at least), you can procure the Dato'ship for 200-300K. It can go for much less if somebody gets really desperate. Try visit laman web kehakiman. See for yourself which state conferred the most Dato to our judiciary officials.

Letihman

Anonymous said...

Dato' dan pembahas sekalian,

Pada mulanya saya tidak ambil peduli saja tulisan Yangretibase (kalau tak silap saya maksudnya yang mengerti bahasa). Tapi bila difikirkan balik inilah generasi muda yang taksub dengan Anwar Ibrahim yang akhir menjadi pengikut hardcorenya.

Inilah cara Anwar membina pengikut dengan menggunakan cult mentality iaitu memuja beliau. Inilah yang berlaku dalam Yayasan Anda dan Abim Zaman saya. Anwar adalah cult master. Sebab itulah bila dia keluar mengejar cita-citanya yang lebih tinggi, Yayasan Anda mati dan Abim macam hidup segan mati tak mahu.

Anwar tidak akan membiarkan Yayasan Anda dan Abim diwarisi oleh pemimpin yang lebih kuat yang akan mencabar legasinya. Inilah yang sedang terjadi kepada PKR. Anwar akan pastikan tidak ada pemimpin yang lebih baik darinya untuk mewarisi PKR. Dia akan letakkan disciples yang lemah. Sebab itulah saya tidak nampak PKR akan kekal lama. Ia akan mula merosot bila imej dan daya tarikan Anwar merosot.

Itulah yang Anwar buat dengan Umno. Saya rasa kali ini Pas akan turut terpalit dengan ideologi Anwarisme pro-Barat dan pro-liberal. DAP tidak akan berlaku apa-apa sebab Lim Kit Siang hanya peralatkan Pas dan PKR untuk rampas Pulau Pinang. Yang lain itu bonus bagi DAP. DAP sebagai serpihan PAP pimipinan Lee Kuan Yew di Singapura faham mentaliti Melayu. Jadi DAP guna kefahamannya terhadap mentaliti orang Melayu untuk peralatkan Pas dan PKR. Dengan sokongan fanatik Anwar macam Yangretibase inilah DAP akan terus menyucukkan jarumnya ideologinya untuk mendapat advantage dari kekayalan Pas dan PKR.

Ex-Banker

Anonymous said...

Salam Dato',

Tentang kata2 aluan yang panjang berjela seperti yang dibangkitkan oleh pembahas di sini, saya bersetuju we should change to keep it simple. Tengok majlis Saham Amanah tempoh hari? Sampai isteri2 pun kena address satu-satu. Perlu ke? Ada 5,6 VIP yang hadir dengan isteri, habis disebut semua satu persatu. Kemudian ada 4 orang yang berucap, maka semua ini diulang-ulang. Memang budaya kita menitikberatkan penghormatan, tapi pada hemat saya sudah terlebih.

Letihman

A KADIR JASIN said...

Sdr Datuk Amiruddin Tawau,

1. Saya ambil maklum komen Sdr tentang YB Anifah Aman dan dakwaannya mengenai YB Anwar Ibrahim.

2. Saya ambil maklum dakwaan Sdr iaitu Anifah tidak ada dalam senanai lompat Anwar.

3. Saya juga ambil maklum asal usul keturunan beliau dan kegiatan perniagaan beliau.

4. Tetapi saya tidak dapat menyiarkan ulasan penuh Sdr sebab ada unsur hasutan dan fitnah apabila Sdr menyentuh nama peniaga Cina tertentu dan sentimen kaum-kaum di Sabah.

5. Namun saya akui bahawa wujud ketidakpuasan di kalangan kaum peribumi di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung.

Terima kasih.

Roti Planta said...

Dato',
Kepada post The Botak Man.
Singapura mahu menjadi Juara Bangsa Cina jadi mereka pusing Malaya untuk cari dan bantu bangsa Cina yang difikirkan terpinggir. Pelajar yang terpilih tu bukannya bagus sangat tetapi nak memperkecilkan sistem pemerintahan kita. Sistem tu dah berjalan selama lebih 30 tahun, sebutkan/buktikan nama orang 'intelek terpinggir' yang mereka bantu telah berjaya? berapa ramai orang bukan Cina yang dipilih? Hanya segelintir sahaja intelek Malaysia sebenar yang bekerja di luar negara, selebihnya mereka yang sederhana sahaja, tidak patriotik, mata duitan dan sering memperkecilkan negara.

Sampah-sampah ini tidak perlu dibawa balik dengan pelbagai insentif. Mohon kerajaan mengenal dulu yang mana sampah, yang mana permata sebelum membawa mereka ini pulang.Mereka sering menggunakan istilah 'dipinggir' dan 'tiada meritokrasi' di Malaysia tetapi mereka yang belajar dengan belanja sendiri atau tajaan koporat Cina di UK+US tu bukannya cerdik sangat. Kalau ikut merit mereka kebelakang (sebab itu JPA tak pilih) tetapi mereka menggunakan istilah 'terpinggir' sebagai tiket untuk merayu kepada universiti disana.

Jadi jangan kita rasa bersalah apabila mereka lantang mendesak dan mengkritik sistem kita. Sistem kita sesuai dengan negara kita yang berbilang kaum dan berbilang sosio ekonomi. Jangan pula nanti asyik nak memenuhi desakan mereka, anak sendiri terpinggir sepertimana UMNO sekarang asyik memenuhi desakan MIC, MCA, Gerakan dan kawan-kawan baik yang lain.

Bye/Roti Planta

Unknown said...

Salam Dato,

Saya bersetuju dengan pandangan Dato. Sudah menjadi protokol di Malaysia, setiap gelaran yang disandang perlu disebut satu persatu mengikut hierakinya. Takkan Dato tidak sedar perihal ini?

Wan Shamsudin said...

Salam Dato;

Semoga ' yangretibase ' sentiasa faham bahasa dan pandai gunakan bahasa agar kata kata yang di keluarkan tidak menampakan kebodohan diri sendiri.Tapi nampaknya begitulah, seorang yang 'bias' dan 'taksub' terhadap sesuatu tanpa tahu apa sebenar perjuangannya.

Benar apa yang dikatakan Dato tentang anugerah, yang sentiasa menjadi berita hangat di Negara kita ini. Bukan hangat kerana orang yang menerima anugerah itu benar benar mampu tetapi kebanyakannya terdiri dari gulongan yang hanya mahu jadi 'popular' dan ingin gunakan anugerah tersebut untuk menaikan status dirinya walaupun sesetengah 'mereka' itu hanyalah bolih dikatakan samseng, lanun, ketua kongsi gelap dan bermacam lagi.

Negara kita adalah Negara yang sangat mudah memberi anugerah kepada Wakil Wakil Rakyat, walaupun 'setahun jagong' pun ada yang di anugerahkan pingat Dato.Kerja belum buat lagi, pingat diberi mengenangkan jasanya. Jasa apa itu? Apatah lagi isteri isteri Perdana Menteri dan Menteri Menteri. Tengok saja isteri Perdana Menteri kita. Banyak juga pingat yang di terimanya.Tak lama lagi tentunya banyak lagi pingat akan di 'anugerahkan' kepadanya kerana beliau terlalu sibuk seperti Suaminya untuk Negara.Biasalah bagi orang yang ada agenda buat SIBUK.

Saya ada beberapa orang sahabat yang bergelar Dato. Selepas dapat gelaran, hidupnya berubah kerana punyai 'class' yang berbeza.Isterinya mesti di panggil dengan 'bahasa' Datin, jika tidak panggilan tak di jawabnya.Tak sangka betapa rendahnya 'class' mereka itu.

Saya bangga dengan beberapa orang sahabat yang di tawarkan anugerah Dato, akan tetapi di tolaknya dengan baik kerana rasanya tidak layak untuk menerima gelaran tersebut.Saya benar benar menghurmati sahabat sahabat ini.Mereka waras.

Kesimpulannya, Negara kita mempunyai ramai orang yang 'class' tapi bukan dari gulongan yang berakal, 'class' hanya di segi nama saja.Terfikir juga dengan kata kata, ADA APA DENGAN NAMA? Apakah nama itu menunjukan keperibadian dan akhlak seseorang itu BAIK dan TERHURMAT? Ramai juga Dato Dato yang kita lihat bersikap kurang ajar, bodoh sombong dan setengah seperti gangster. Lihat saja di Persidangan Parlimen. Baru baru ini di Negeri Perak. Bukan Begitu??????

pakbelalang said...

Ex-Banker,

Analisis anda tentang Anwar memang tepat sekali. Anwar tidak boleh dipercayai. Dia mempunyai split personality dan jika diberi peluang untuk mentadbir negara ada kemungkinin dia akan jadi "dictator". Dia akan memanipulasi seluruh fikiran rakyat hingga rakyat tidak sedar apa yang dilakukan oleh Anwar boleh menghancurkan orang Melayu dan negara.

Orang Melayu yang masih kuat meyokong politik Anwar patut menyedari hakikat ini. Tapi yang "hardcore" tidak akan meninggalkan Anwar. Pada mereka Anwarlah idola mereka sampai mati.
Beginilah, kita umpamakan Anwar ni macam pop star "Mawi World", lama kelamaan "ratingnya" akan menurun dan terkeluar dari carta. Dia tidak akan dapat bertahan lama jika tidak ada isu-isu panas untuk menyemarakkan semangat benci kepada BN. Itu sebab dia gunakan berbagai "political marketing tactic" untuk mempertahankan supaya dia tidak terkeluar dari carta "bintang pop".

aLaMFaNa said...

Salam Ybg Dato'

Bagi saya yang terlalu kerdil ini teringin juga nak ikut serta dalam iktibar Dato'.

Usahlah Sultan atau penerima anugerah kebesaran itu di persalahkan..salahkan punca atau saluran utama yang meluluskan gelaran tersebut..

Sistem yang d guna pakai sekarang ni dah lapuk dek zaman oleh kerana mereka mereka yang di pertanggungjawabkan sudah tidak beramanah lagi sehingga boleh di bolosi dan di jual beli, boleh juga d tetapkan harga serta tawar menawar sehinggakan gelaran di bawa tidak lagi memberi makna dan erti tentang kualiti penerima..

Kita balik kepada pihak pengurusan, siapakah yang memikul amanah tersebut? Sana sini kononnya berjaya menangkap urusan tawar menawar dalam pemberian gelaran..punca utama hilang di sebalik tabir..

Marilah kita bertanya dan mengenali lebih dekat bagaimanakah sistem atau kaedah yang di guna dalam pemberian gelaran dan siapakah pihak yang bertanggungjawab atau bagaimanakah tapisan terakhir di laksanakan.

Barulah kita kenal punca sebenar kenapa gelaran itu tercemar..

buyong said...

Itu yang gila pangkat Dato, Datin, Dato Sri, Tan sri dll.

Yang rakyat marhainnya pulak gila dengan gelaran pangkal nama macam Wan, Nik, Syed, Sharifah, Tuan, Tengku, Raja, Mior, dan lain-lain. Pantang diulas, mengamuklah mereka. Itu tanda keturunan aku!!!! Katanya.

Tapi perangai mereka....naik meluat kita tengok. Kalau kita panggil mereka dengan gelaran "Makcik"....punyalah melenting.....panggil "mak engku" katanya.......gila gelaran la tu.

Bila "Keakuan" dan ego melebihi yang hak, kita mula rasa meluat.

OKJ said...

Salam DAKJ

SELAMAT HARI GURU

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik di Malaysia. Jasamu akan ku kenang selama lamanya. Maaf terlambat sedikit.

Guru sebagai lilin membakar diri, bila anak berjaya dikatanya anak pandai dan bila anak kurang berjaya dikatanya guru dan sekolah gagal. Itulah reality pada hari ini.

Begitui juga pensyarah. Bila university tak dapat anugerah university terbaik disalahkan pensyarah kongkang (kata setengah pembahas blog) tapi bila penyarah yg sama keluar ke syarikat swasta dengan gaji lumayan disalahkan juga sebab tak patriotic.

Begitulah juga pasaran saham. Dividen saham dan bonus kalau boleh nak terus naik tiap-tiap tahun. Tapi bila harga barang naik (sebab nak naikkan pemberian bonus dan dividen ditambah kos pengeluaran meningkat) mulalah bersungut.

Itulah namanya manusia. Tak pernah berterima kasih dan hanya nampak salah orang. Sekian TQ

ubi keledek said...

Sawit future trader,

apa pasal sensitif sangat? Who r u babe? R u so important?

Bila Dato quote your posting, you might be thinking that you are in the ring.

Bila Dato tak layan your posting, terus merajuk.....aparra....!!!

Macam typical PKR supporter aje.....(even though I do not know which side you are)

pakcik said...

apa ada pada nama dan pangkat..dah itu yang menjadi amalan kita sejak kurun lamanya..

nak bagi pun bagilah apa seri pun..tapi jika hati itu hitam..hitamlah jua..

bila mati..gelaran sudah tiada..hanya sehelain kain putih sahaja dibawa bersama.

di situ kita lihat..siapa yg seri sebenarnya..

pakbelalang said...

Mat Rempit gets jail term, fine

KUANTAN: A Mat Rempit who pleaded guilty to riding his motorcycle recklessly was yesterday sentenced to two years' jail and RM9,000 fine by the magistrate's court.

comment:

Yes, he deserves it. Patut dikenakan rotan juga. Makhluk perosak yang tidak boleh dimaafkan. Perangai macam iblis dan setan.

Kalau 10 Mat Rempit yang beragama Islam yang dapat ditangkap dan disuruh mereka menbaca Quran saya rasa mungkin kesemuanya tidak tahu membaca Quran.

Manusia Mat Rempit ini kalau dibuat kaji selidik rasa saya asas pegangan agamanya mungkin sungguh cetek atau tidak ada langsung. Kurang didikkan sempurna dari ibu bapa dan mungkin juga ibu bapa pun sama juga.

Ini cuma andaian saya sahaja. Mungkin tidak ada kebenarannya.

pakbelalang said...

KOTA BARU, Sat:

A SECONDARY school student here claimed he was assaulted by about 20 students after he refused to give them a 'protection fee' of RM1last Thursday.


comment:

I blame the Guru Besar and disciplinary teacher for not being able to monitor what is going on in the school. A case of having students behaving like gangsters in school can easily be detected if the Guru Besar is alert all the time.

borhan said...

Betullah Tok Kadir apa yang anda katakan itu.

Dhahran Sea said...

Dato',
Anugerah Dato' & Dato' Seri sekarang ini dah dilacurkan... yang dapat dan yang memberi sama saja... dua2 "pelacur", bahkan pihak istana yang mengeluarkan anugerah2 tersebut mungkin satu hari boleh dilebel rumah la**r!
Bab ijazah kehormat dari universitt di Malaysia pun lebih kurang sama saja... semua berlumba2nak mengampu... maka jadilah situasi dimana bekas2 ahli politik dapat ijazah kehormat yang nampak janggal... terutama bila rakyat sedia maklum umpamanya si ahli politik itu kaki tidur... dapatlah Doktor dalam bidang "tidur waktu kerja"... "doctorate in sleeping while on the job"... amat memalukan negara & bangsa! Memandangkan mereka2 ini memang dah tak ada "kemaluan", maka tak pelik lah kot?

tukang taip said...

orang malaysia terlalu lena dengan gelaran, tak kiralah orang UMNO ke, PAS ke sape ke...di perak, Nizar baru sahaha jadi MB dah dapat title dato seri..saat itu orang pAS seronok sangat...di Melaka pun sama, entah sape2 dapat gelaran... dalam mana2 negeri saya paling hormat penganugerahan kerajaan johor kepada pembesar, bukan calang orang dapat darjah kebesaran, jika dapat tetapi memalukan istana johor, darjah tersebut akan ditarik balik...

Din Amerikan said...

Dato Kadir Jasin.

Dalam OBAMA saya melihat Anwar Ibrahim.

pakbelalang said...

KUALA LUMPUR: The Road Transport Department (JPJ) will soon meet taxi drivers and associations to discuss problems faced by them when applying for Public Service Licence (PSV).

Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat said a dialogue session would be held to tackle problems faced by taxi drivers and associations who lacked proficiency in Bahasa Malaysia.

"We will try to help taxi drivers who face problems that fall under the jurisdiction of the ministry," he told reporters after opening a programme to help taxi drivers master the English language, at Wisma MCA here Sunday.

comment:

The main problem is how to change their attitude and improve the image of taxi drivers. I suggest the authority should withdraw the license of those taxi drivers behaving like gangsters, dishonest and no bloody courtesy at all. This is the main issue and must be given top priority. Get rid of them without fear and favour. The public is suffering enough because of the authority's failure to identify the culprits.They are really a nuisance.

Pergilah ke Singapura dan belajar bagaimana operasi teksi dikendalikan disana. Lihat bagaimana cekapnya pihak berkuasa mengendalikan pengangkutan awam.

Masaalah kita tentang perkara ini dah bertahun-tahun tak juga dapat diselesaikan. I feel like vomitting!!

Dato Sakaran tawau said...

Dato Kadir.

Kenepa takut hendak siarkan ulasan saya.Berani kerana benar takut kerana salah.Saya bukan maki hamunnya,saya hanya menceritakan yang benar reality politik Sabah.

Anifah dan Musa Aman merupakan pengikut Harith Salleh yang setia dari Party Berjaya.Mereka ini cuba menghapukna pengaroh orang Bajau di Sabah.Apa Salleh Keruok,Dato Amir Kahar,Dato Lajim,Dato Ghafor akan berdiam diri.

Kami kasehan kapada Najib.

pakbelalang said...

Dya Singh, a Sikh Musician based in Melbourne and Vic Briggs, who is now known as Vikram Singh, a former member of the 60s pop band "The Animals", kicked off their 38.2km walk from Taman Tasik Permaisuri Cheras to Melaka.

The Victoria Institution (1963-69) alumnus who now lives in Australia said Malaysia is the most beautiful country in the world.

"I always enjoy coming back here to see Malaysia, to meet the people, to enjoy the beautiful countryside and have a good time, so the best way to enjoy that is to go for a walk.
Dya said it would be a bonus for him if he could get more Malaysians to know that they had a lovely country and more of them into the habit of exercising and not littering.

comment:

Yes, indeed, Malaysia is a beautiful and peaceful place in the world to stay. But unfortunately, we are now starting to take things for granted. We are now on the brink of a failed state because of the doing of certain irresponsible politicians who have their own vested interest to destabilise our country and if we are not careful we will all fall like Humpty Dumpty !!

Vish said...

Rotiplanta,

I don't know where you've obtained your facts - but a lot of straight A students from my batch of SPM were unable to obtain government assistance to further their studies.

It was, honestly, the cream of the crop, the best few, that ended up getting Singaporean scholarships.

Sadly, you and others like you view their actions as an unpatriotic betrayal - but it is our loss, as a country, that many of our best and brightest end up seeking out foreign shores.

Our government betrays its people, and drives people away from our country.

Does that mean that they love the country any less? If you equate patriotism with supporting the government of the day, then I'm afraid you do not understand what truly loving your country means.

-Vish.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Satu tajuk yang yang banyak diperkatakan tetapi tidak dibahaskan dalam blog. Pernah orang mengatakan jika ada orang berhimpun jika dilontar batu diatas mereka kemungkinan batu tersebut mengenai orang yang mendapat gelaran.

Perkara ini sensitif kerana ia melibatkan dua pihak , iaitu , pemberi anugerah dan penerima. Orang yang mendapatnya secara yang hak mungkin akan berasa tersinggung .Adalah diharapkan ianya diterima dari segi keseluruhannya dengan hati terbuka dan tiada tindakan seperti orang membuat membuat lapuran malu dan sebagainya.

Keadaan di Amerika Syarikat berlainan keadaannya dengan Malaysia. Presiden dan rakyat Amerika Syarikat tahu yang kuasa Presidennya terbatas dimana jangka masa seseorang Presiden berkuasa hanya dua penggal yang tidak melebihi 6 tahun.Tiada masa untuk seseorang Presiden mengwujudkan dinastinya dimana rakyat merasakan perlu bergantung kepada beliau untuk sesuatu peluang.Wakil Kongres juga tidak dibawah pengaruh Presiden sepenuhnya dimana mereka boleh membuat pendirian yang bertentangan dengan arah tuju Presiden.

Sikap yang ditunjukkan olih Presiden Amerika Syarikat tidak merasa tersinggung apabila tidak diberi anugerah olih pihak universiti bukan suatu perkara yang ganjil di Malaysia. Ada orang yang berjasa kepada negara dikatakan menolak anugerah tertinggi yang ditawarkan kepada beliau.Soalnya terpulanglah kepada kita samada untuk menerima sesuatu tawaran gelaran atau tidak. Jika banyak yang menolak maka lama kelamaan peanugerahan gelaran tidak menjadi rebutan lagi.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya.

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Mohon permisi untuk menjawab sikit komen Sdr. Roti Planta.

Memang benar ada dikalangan pelajar yang "dipinggir" olih JPA ditaja olih badan-badan koperat tertentu. Memang benar keputusan mereka tidak berapa "cemerlang".

Tetapi diantara kes-kes yang saya ketahui terdiri dari pelajar straight "A's". Mereka ini bukan semuanya dari bangsa Cina. Malah ada juga orang Melayu dan India yang dapat tajaan dari kerajaan Singapura.

Jika diteliti dari sudut keputusan mereka yang saya perkatakan adalah terdiri dari golongan pelajar cemerlang tetapi tidak mendapat biasiswa JPA.

Adakah ini ada kaitan dengan status ibubapa mereka yang bukan orang berada?

Contoh 1:
Abang saya pernah bercerita mengenai rakan sebilik dia semasa dikolej. Rakan tersebut adalah anak salah seorang Tan Sri dan juga Ketua Setiausaha (Secretary General) di kementerian tertentu. Anak Tan Sri ini mendapat biasiswa JPA, diberi elaun RM500 sebulan dan sebuah kereta olih bapanya.

Walaupun dari segi keputusan rakan abang saya ini tidaklah secemerlang berbanding dengan abang saya. Namun beliau mendapat biasiswa JPA dan abang saya tidak. Abang saya dibiayai olih pinjaman yang diberi olih yayasan tertentu.

Selepas tamat universiti, rakan sebilik abang saya ini telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Serjana. Selepas tamat rakan ini tidak mahu kembali ke Malaysia untuk berkhidmat di sini.

Selepas tamat abang saya pulak terus berkhidmat dengan kerajaan. Beliau juga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Serjana dan Doktor Falsafah.

Sekarang abang saya adalah ketua jabatan disalahsatu Fakulti di IPTA. Rakan sebilik anak Tan Sri itu pulak masih berkerja diluar negara.

Contoh 2:
Ada dikalangan kawan-kawan isteri saya telah diberi biasiswa olih kerajaan Singapura selepas mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM. Selepas menamatkan khusus peringkat Ijazah mereka terus bekerja di Singapura.

Contoh 3:
Baru-baru ni (dalam setahun dua yang lalu) anak buah rakan sepejabat saya telah mendapat biasiswa dari kerajaan Singapura kerana keputusan cemerlang di peringkat SPM. Budak ini telah memohon biasiswa JPA tetapi gagal walaupun mendapat straight A's.

Ada lagi beberapa contoh yang lain yang pernah dicerita kepada saya.

Diantara persoalan saya:
(1) Kenapa mereka ini tidak mendapat biasiswa JPA walaupun keputusan mereka cemerlang?
(2) Apakah kriteria untuk mendapat biasiswa JPA?
(3) Adakah status ibubapa diambilkira?
(4) Kenapa kerajaan asyik merungut pasal "brain-drain" bila ada dikalangan yang setia bekerja disini amat berkeliber?

Banyak persoalan yang timbul dan tidak terjawab...

Yang pasti, seperti kata Sdr. AKJ, ramai pulak isteri Menteri yang diberi anugerah walaupun sumbangan mereka tidaklah sepertimana yang diperkatakan.

Malaysia, oh Malaysia, apo dah jadi?

Sekian.

Anonymous said...

Adalah amat baik sekiranya a serving civil servant tidak di anugerahkan darjah kebesaran ini, kerana mereka masih lagi bertugas. Selalunya apabila seorang kakitangan kerajaan diberi anugerah Datuk misalnya, egonya juga akan bertambah. Bila beliau hadir dimesyuarat, mesti ada kerusi istimewa, kalau orang lain duduk kerusi plastik, dia mesti duduk kerusi sofa...didepan pulak tu, tak kiralah berapa lambat dia datang. Ini selalu terjadi di mesyuarat PTA sekolah. Ada sebuah sekolah ditempat saya dulu pula, pengetuanya isteri Datuk. Datin lah. Tiap tiap pagi isnin, apabila beliau masuk kedewan perhimpunan, semua murid dan guru lain akan bangun dan cikgu pengacara akan melaungkan...."Mengumumkan Ketibaan Datin.....!!!! Di sekolah rendah lagi murid murid dan diasuh untuk taksub kepada gelaran kebesaran ini. Pengetua itu pun bukan dia yang dianugerahkan gelaran. Dia Datin by virtue suaminya Datuk sahaja. Kaduk naik junjung lah. Kalau kerajaan nak anugerahkan darjah kebesaran kepada civil servant, tunggulah apabila mereka telah bersara. Anugerahi lah dia kerana jasa-jasanya semasa dia manjawat jawatan awam dahulu.

Mus.

Juharimi said...

terima kasih banyak banyak Dato'

Pak Lang said...

Datuk,

Gelaran-gelaran termasuk gelaran DiRaja telah menjadi sebahagian dari budaya Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Dalam kes gelaran Di Raja meskipun ramai pembahas yang nampaknya begitu meluat sekali tetapi jelas tidak ada siapa yang mahu menolaknya sekiranya ditawarkan hatta pemimpin-pemimpin parti pembangkang sendiri.

DS Mohd Nizar dan Datuk Ngeh merupakan contoh yang paling baik. Ngeh merupakan peimpin DAP pertama dianugerahkan Datuk. Nampaknya beliau tidak dapat menolak gelaran "glamor" ini meskipun gelaran-gelaran seumpama ini bertenangan dengan ideologi sosialis DAP. Tetapi bila dah benci Sultan Perak (ada yang mohon derhaka) tidak pula mahu mengembalikan gelaran-gelaran tersebut. Dimana letaknya integriti seperti yang dilaung-laungkan. Malahan individu-individu yang dianugerah gelaran Di Raja ini pasti akan kecil hati kalau gelaran mereka tidak disebut dimajlis-majlis rasmi /tidak rasmi
tanpa mengira samada mereka dari BN atau Pas, Keadilan dan DAP.

Saya perhatikan orang-orang Melayu terlalu mudah dipengaruhi. Kita tidak teragak-agak mengkondem negara dan bangsa sendiri semata-mata ingin menunjukkan yang kita juga mempuyai pemikiran yang terbuka dan kritis. Hingga kita sama-sama menyanyi lagu songsang yang menghina bangsa sedangkan kaum lain mempunyai motif yang berlainan.

Wah.. standard universiti kita merudum kerana terdapat ramai professor "kangkung". Professor kangkung ini tentulah dari kaum Melayu. Kalau tidak salah saya istilah professor kangkung ini dicipta oleh bekas pemimpin pelajar yang tidak menghabiskan pelajaranya. Anihnya, meskipun standard universiti kita merudum tetapi setiap tahun kedengaran rintihan ribuan pelajar yang ditolak permohonan mereka termasuk pelajar-pelajar bukan Melayu. Kalau sudah tidak ada standard buat apa nak masuk. Pergilah belajar diuniversiti-universiti luar negara yang ada standard. Tapi janganlah teralu bangga dan balik ke Malaysia membawa ijazah dengan CGPA 2.4 atau 2.5.

Jawatan pensyarah universiti adalah sama dengan jawatan-jawatan kerajaan lainnya. Kumpulan A tidak boleh aktif dalam politik. Tapi kalau tidak senang dengan dasar ini kerana memakai baju hijau atau biru eloklah letak jawatan. Di universiti-universiti US juga sama. Mana-mana professor yang tidak senang dengan kerajaan atau dasar unverisiti mereka mengambil keputusan untuk berhenti. Mereka ada prinsip dan tidak hipokrit.

Bagaimanapun, harap anugerah gelaran-gelaran dan jawatan-jawatan dibuat dengan lebih berhati-hati. Dikala yang sama janganlah terlalu asyik bercakap fasal merit. Kita tidak sedar yang perkataan merit ini dah jadi macam satu penghinaan kepada orang-orang Melayu.

Dewasa inipun MCA dan MIC minta supaya JPA mengkaji semula dasar biasiswanya berdasarkan merit. Kenapa perkara ini timbul?. Kononnya beribu-ribu pemohon bukan Melayu ditolak. Dasar sekarang tidak mengikut merit sebaliknya Melayu/bumiputera diberi keutamaan. Nampaknya sekarang parti-parti politik bukan Melayu semakin lantang. Sudah mula mengganggu urusan pentabiran. Mula-mula ganggu polis, kehakiman dan ketenteraan. Hingga ada antara rahsia-rahsia negara dihebohkan. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Singapura.

A KADIR JASIN said...

Sdr The Botak Man, Sdr Roti Planta dan para pembahas yang mulia,

(Yang mulia itu yang berakhlak dan berpekerti, bukan Datuk atau Tan Sri!)

1. Keadilah di dalam penganugerahan biasiswa adalah yang seelok-eloknya;

2. Meritokrasi tanpa keadilan dan kebijaksanaan kurang bermaknsa;

3. Apa salahnya pelajar cemerlang kita ditaja oleh kerajaan asing?;

4. Bukan Singapura saja menaja pelajar Malaysia. Banyak negara lain lebih awal dan lebih banyak menaja;

(Pada tahun 1971 saya dapat biasiswa Rancangan Colombo (Colombo Plan) kerajaan New Zealand).

5. Saya ada dasar peribadi. Dasar berdikari. Kerana biasiswa Rancangan Colombo, kejayaan DEB dan kemajuan kerjaya, saya mampu membiayai anak-anak saya sehingga ke universiti di luar negara.

Saya tegah anak-anak saya daripada meminta biasiswa kerajaan dan tolak tawaran ke sekolah asrama penuh. Hanya anak pertama ke MRSM dan ambil Pinjaman Mara pada tahun terakhir. Katanya "to prove a point" dan tak kena bayar balik sebab kelulusan baik.

Saya tegah anak-anak saya mohon biasiswa kerajaan kerana saya mampu. Jadi tak perlu bersaing dengan ramai lagi orang Melayu yang tidak mampu.

Tapi ada Menteri yang ambil biasiswa kerajaan atas dasar meritokrasi.. kerana anak-anak mereka layak!

Masing-masing diri, masing-masing dasarlah. Insya-Allah jika ada rezeki saya akan terus biayai sendiri anak-anak saya yang masih bersekolah. Itulah kita mahu kerajaan buat sesuatu dengan pantas agar ekonomi negara cepat pulih dan bantu Melayu berniaga.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ,

Teringat saya satu ketika dulu semasa hendak membuat appoinment dengan Pengarah sebuah jabatan kerajaan, saya ditanya oleh PA Pengarah tu, ‘Chairman syarikat kamu tu Datuk siapa ?’ Saya terkelu juga sebab syarikat saya ni SME aje tak pula terfikir nak bawa Dato'/Datuk masuk syarikat nak jadi Chairman.

Jadi Dato' AKJ kenapakah title Datuk ini penting khususnya kepada peniaga:

1. Untuk dijadikan 'pembuka' pintu pejabat pengarah jabatan kerajaan.
2. Untuk sedikit ‘up’ personality apabila diperkenalkan kepada pembesar politik. Kalau encik atau haji je leceh lah.
3. Orang kecil kalau nak duduk makan semeja dengan orang besar, kenalah bertitle Dato’ kalau tak orang besar tengok sebelah mata pun tak mahu. Tak layak makan semeja.
4. Kalau ada title Datuk ni, cakap salah pun pengarah jabatan akan angguk je setuju. Jadi pegawai kecil pun kena ikut angguk juga mengiyakan perkara salah ni.
5. Surat dengan title Datuk, selalunya pegawai kerajaan ni kelam kelibut sedikit kena beri layanan, tak nanti Datuk komplen kat Sultan yg beri title tu, title Datuknya tak dilayan

Jadi Dato’ AKJ, title Datuk di Malaysia ni adalah lesen besar. Sungguh besar lesen ini menjadi buruan orang perniagaan untuk mmemudahkan urusan dengan kakitangan kerajaan. Ini kerana dari segi persepsi kakitangan kerajaan title Datuk diberi kepada orang berjasa kpd rakyat dan mendapat pengikhtirapan Sultan. Itu lah criteria untuk kakitangan kerajaan mendapat title Datuk.

Bagi kumpulan peniaga khususnya dari kaum Cina mahupun Melayu atau India, title Datuk sangat besar maknanya khususnya apabila berurusan dengan pegawai kerajaan untuk mendapatkan kelulusan apa je? Proses kelulusan tanah, permit balak, bina bangunan, permit import, malah tender no. kereta, lesen itu ini semua jadi mudah dengan title Datuk, apalah maknanya RM200 –RM300K yang perlu dibayar kepada pejabat Sultan jika habuan selepas kelulusan ialah RM20 – RM30 juta. Ada yang tak sampai setahun dah cover cost.

Kini telah ada tren yang dapat title Datuk , recommend kat Sultan bagi pula pada anaknya title Datuk, saya terkejut badak bila pernah dapat ‘business card’ budak hingusan umur bawah 30an dah dapat title Datuk.

Ada yang kata sebenarnya pejabat Sultan yang lebih lebih mintak. Sultan rasanya tak lah macam tu, Allauhualam.

Respect is to be earned not given, but in Malaysia you can bypass this by having a title Datuk, you get instant respect that would have to takes years to earn.

(Tak teringin ke isteri dapat title Datin dan bukan Nenek bila dah jadi Datuk)

Hr Hardy

BKGK TOK PAQ said...

anugerah menjadi kebanggaan semua manusia.Tapi biarlah anugerah itu sesuai dengan kebolehan.Bukan berdasarkan kepada sesuatu yang langsung tidak layak.

-ayam- said...

Datuk kadir, agaknya, apa jasa datuk pada bangsa dan negara ye? just asking, i think you should know why you deserved the title and choosed to accept it. no offense intended.

A KADIR JASIN said...

Sdr Ayam,

Thank you for pointing out. I admit that I am in the list. I received my "Datuk" title from the Yang Di Pertuan Agong some years.I did not seek it. So I thought it was an honour for the King to bestow it upon me. Thank you.

numero_uno said...

Salam Dato'

"Dulu sewaktu Umno bermaharajalela pondok panas inilah yang menjadi medan terakhir mereka menunjukkan keperkasaan mereka dalam pilihanraya sehingakan kita dalam PAS dan DAP waktu itu rasa terpencil dan begitu kecil, tetapi setelah keadaan berubah, SPR cuba pula untuk menghalang penubuhan pondok panas kononnya ianya mengganggu proses pilihanraya".

petikan diatas dari ceramah dr.hatta ramli di penanti.

kesimpulan nya dato' rakyat semakin
pandai menilai setiap tipu helah yang cuba dilakukan oleh puak BN dengan mengunakan spr.

adioss...

pakbelalang said...

Dato' AKJ,

Memang tidak salah pelajar cemerlang dapat tajaan dari kerajaan asing.

Saya ingin berkongsi cerita bahawa pada tahun 2000 anak lelaki saya telah dianugerahkan Asean scholarship atas tajaan kerajaan Singapura untuk belajar A levels di Temasek College di Singapura. Saya telah menghantar anak saya ke College tersebut tapi setelah sampai ke College Temasek kami berpatah balik tanpa mendaftarkan anak saya di College tersebut kerana dia telah ditawarkan biasiswa dari Telekom Malaysia untuk mengikuti kursus ijazah di MMU.
Sebab utama saya menasihati anak saya menarik diri ialah kerana dikuathiri anak saya tidak dapat menyesuaikan diri dalam environment yang sungguh berlainan di Singapura terutama sekali tentang pemakanan di College tersebut. Maklum sajalah anak saya bersekolah di Sekolah Asrama Menengah Agama Persekutuan di Labu, Seremban dari Tingkatan 1 hingga 5. Didikannya sungguh berlainan sekali dan saya takuti dia akan mengalami kejutan budaya.
Alhamdulillah, I think we made the right decision. My son graduated at MMU and just got married.

OKJ said...

Salam DAKJ
Evidence Base Decision

Saya ingin memberi sedikit penerangan mengenai testimony dan juga evidence base decision. Dewasa ini terlalu banyak testimony yg diberi untuk menggambarkan seolah-olah sesuatu ubat adalah berkesan dan amat mujarab.

Contohnya, satu ubat A dikatakan berkesan untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, penyakit hati dan sebagainya. Kemudian diberikan pula testimony beberapa pengguna (seperti yg diberikan oleh sesetengah pembahas Contoh 1, 2 ,3 dan seterusnya). Sebenarnya disebabkan tiada kajian yg khusus dilakukan, kita tidak mengetahui adakah testimony itu betul, menipu dan selalunya terlalu banyak bias. Jika dibentangkan didalam scientific discussion, kemungkinan besar akan dibuang dalam tong sampah sebelum diterima abstractnya ataupun sekali lagi jika dibentangkan juga, para perwakilan akan memBOOOOOOooooooooooooo beramai ramai.

Maaf cakap.Lain kali kalau nak beri contoh sedara saya ke, kawan kepada abang saya ke, mak mertua kepada ipar saya ke dan sebagainya tak payahlah. Tolonglah jaga standard pemikiran orang lain juga. Berbahaslah secara bijaksana dan tolonglah merendah diri sikit jika kita tidak tahu sesuatu perkara bukannya buat-buat tahu. Baru saja kita berbahas tentang ukur baju di badan sendiri dan kuman diseberang nampak tapi gajah depan mata tak nampak.

Mungkin boleh saya menjelaskan lebih lanjut mengenai evidence base decision, level of recommendation, RCT, metanalysis dan sebagainya nanti. Sekian, TQ.

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Ada dua perkara yang saya hendak komen lanjut disini:

(A) Perihal biasiswa:
Saya setuju dengan yang diutarakan olih Sdr. AKJ:

(1) Yang layak patut dapat biasiswa;

(2) Tidak salah untuk negara asing beri biasiswa cuma janganlah kata sipolan yang menerima itu tidak patriotik dan sebagainya;

(3) Yang mampu, walaupun layak, seelok-eloknya menolak untuk memberi peluang kepada yang layak tapi tidak mampu; dan

(4) Yang kurang/tidak layak, janganlah guna kedudukan serta pangkat untuk mendapat biasiswa.

(B) Perihal anugerah kebesaran:
Tidak salah untuk menerima darjah kebesaran bila dianugerah.

Yang dipertikaikan adalah "allegation" pembelian anugerah tersebut. Sedekad lalu pernah dikhabarkan "fee" untuk anugerah tertentu mencecah sehingga RM600,000!

Alangkah baik jika wang ini diagih kepada yang daif dan memerlukan!

Yang dianugerah terus tanpa "fee", saya pasti ada khidmat bakti yang telah dicurah. Khidmat bakti ini tidak semestinya diketahui umum!

Walaubagaimanapun janganlah dianugerah kepada pasangan (sama ada isteri atau suami) semata-mata kerana khidmat bakti si suami atau si isteri melainkan kalau benar-benar layak atau memang telah jelas akan "lifetime contribution" seseorang itu.

Sekian.
p/s:
Sdr. AKJ adalah orang kedua yang saya ketahui yang tidak mahu tanggungan mereka menerima biasiswa (walaupun layak) atas dasar masih bolih menanggung pembelajaran tanggungan dengan usaha serta hasil titik peluh sendiri supaya yang tidak mampu mendapat peluang yang sewajarnya.

I have to salute you for your stance!

Anonymous said...

Ape kata kita tetapkan gelaran diberi mengikut umur disamping sumbangan bermakna kepada masyarakat -
Datuk 45+
Tan Sri 55+
Tun 65+

Nani Cheras

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,

Principally, I rarely post the bestowed title to personage except for a few these days.

Like you said: "a dime a dozen (or more, for that matter".

To digress a little: your usage of the word "kanyir".

I assume its the same as that of "kanyiaq" (the way I say the word, that is, a word that I have long not heard used.

If I am not mistaken, "kanyiaq" means inexperience, or wet behind the ears.

And yes, those who are "kanyiaq" probably shouldn't be honored with such titles, but, alas, having a Datuk in front of your name seems prerequisite to commercial sucess these days in some circles.

So, its more a question of necessity for some to have a Datuk or better to accompany their names.

Call it leverage, worth the favors they are paid for.

Unknown said...

Datuk,

kat Malaysia Vice Canselor universiti selain dilantik atas kapasiti kelayakkan akademik dll, mereka juga dilantik dengan pengaruh politik. Jadi tidak hairanlah inisiatif dibuat untuk memberi dr kehormat sebagai membalas budi. Kita kat MAlaysia ni kuat bodek...tu sebab datukship bersepah...sampai yang tak layak pun terima...

www.duniacacamarba.blogspot.com
for more thoughts & opinions

Kawanlama said...

Yg Bhg Datuk,

Beginilah sistem penganugerah dalam negara kita ini, bukan sahaja sahaja pangkat atau bintang dipertaruhkan tetapi jawatan-jawatan terpenting dalam politik tuut dijadikan sebagai bahan penganugerahan.

Lihat sahaja bagaimana contoh-contoh seperti mereka-mereka yang nampak macam berani dan terus terang menyampaikan hasrat sama ada ikhlas atau tidak, tidakpdapat dipastikan untuk menukar pucuk pimpinan negara bar0baru ini.

Datuk Mukhriz, Datuk Anifah Aman dan juga TS Mahyuddin sendiri telah mendapat apa yang diidam-idamkan. Kerana kononnya lantang dan berani bersuara, maka PM kita telah menanugrahkan jawatan-jawatan penting kepad mereka.

Datuk Anifah Aman;

Tolak tawaran berkhidmat kepada rakyat oleh Pak Lah kerana jawatan yang ditawarkan adalah tidak sesuai kepada status diri beliau, ruopanya kita semua baru dapat tahu bahawa tawaran Timabalan PM kononnya diberikan kepada beliau.

Datuk Mukhriz;

Jawatan Timb Meneteri kerana atas lakonan dan kelantangan beliau kononnya di antara orang pertama berani meminta Pak Lah berhenti. Itulah sahaja modalnuya disamping nama bapanya Tun Mahathir sebagai plus pointnya.

Tengok sahja ulasan pertama beliau tentang kajian semula ke atas sistem pemberian AP dan perlaksanaan konsep liberisasi tidak akan menjejaskan kepentingan bumiputera....sungguh pelik da kita sedia maklum begitulah komen orang yang tidak ada pronsip perjuangan tulin dan sudah berada dalam di barisan kerajaan.... terpaksalah jaga-jaga dan takut-takut tersasul agaknya.

TS Mahyuddin:

Menunda cadangan perlaksanaan kepada cara pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dilihat semata-mata hendak menjaga hati dan status Tum Mahathir..takut-takut terguris hatinya dan buruk akibatnya kelak............
Buang masa dan wang rakyat sahaja.

Inilah sebahagian daripada contoh-contoh pemberian anugerah dalam bentuk jawatan di negara kita tercinta ini...yang rugi adalh rakyat jelata...

Wallahu'alam

Rakan 20G

hlekir said...

Dato'

Dulu....bila nak buat penganugerahan, MB akan bagi cadangan senarai.

Sekarang...bila nak buat penganugerahan, sampai kena tanya `SIAPA LAGI YG BELUM DAPAT?'.

- hilang respect rakyat

tok janggut said...

Salam,
Saya tak pasti adakah Dato baru menyedari keadaan ini atau pun sudah lama tetapi baru ditulis. Atau mungkin juga dulu Dato terikat dengan peraturan kerja tetapi sekarang tidak lagi.

Sebagai orang bawahan, saya sudah lama menyedari akan keadaan ini. Kurang pasti kenapa keadaan ini berlaku. Di salah sebuah negeri ada seorang office boy pun telah mendapat pangkat dato atau datuk. Tak pasti apakah jasanya pada negara ataupun negeri.

Namun usahlah kita merasa pelik, sebabnya bila ada duit semua boleh dibeli termasuklah pingat dan pangkat. Lain di Brunei mereka yang dianugerahkan pingat akan menerima elaun daripada kerajaan sebaliknya kita di Malaysia akan mengeluarkan elaun untuk mendapatkan pingat.

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Mohon menjawab Sdr. OKJ mengenai "Evidence Based Decision".

Saya mintak maaf kat Sdr. OKJ kerana saya tidak faham mengenai "Evidence Based Decision" yang Sdr. tulis.

Saya akui sampel saya amat terhad dan olih demikian telah membuat "qualifier" seperti berikut:

(i) "Pada penghematan saya yang agak sempit, ..."
(ii) "Tetapi diantara kes-kes yang saya ketahui ..."

Jikalau nak buang dalam tong sampah, buanglah. Tidak mengapa kerana saya tiada bukti scientific yang kukuh. Kalau nak di "BOOO..." kan buat lah.

Cuma saya bukan menulis untuk scientific discussion dan telah siang-siang lagi mengaku sampel agak sempit. [Nak jadi scientist memang saya tidak layak setakat belajar science (Physics, Chemistry & Biology) sampai peringkat MCE sahaja!]

Tetapi tidak mengapa.

Mungkin Sdr. OKJ bolih memperjelaskan lebih lanjut mengenai "Evidence Base Decision" dan saya mungkin bolih belajar sesuatu yang baru dan bermanfaat.

Sekian.

PakDin said...

Orang kita suka menunjuk diri..dari jadi penyuluh sanubari,
Orang kita suka menunjuk nama ..dari jadi orang ternama,
Orang kita suka mengampu..dari jadi orang mampu,
Orang kita suka gaduh..kemudian hari jadi orang mengeluh,
Orang kita suka dihormati..dan jadilah orang lupa diri,
Orang kita suka serba boleh...maka jadilah Malaysia Boleh....

mannmusa said...

Kalau setakat anugerah sultan dan gabenor dalam m'sia....tak dipandang orang nye....ijazah kehormat u m'sia......apalah piawainya....

Anonymous said...

Datuk,

Dua perkara kerajaan patut sediakan secara percuma ialah:

kesihatan
pendidikan

Dua perkara kerajaan patut sediakan secara murah ialah:

pengangkutan
perumahan


Insya Allah, jika perkara-perkara ini berjaya dilakukan, ramai rakyat akan reda tekanan perasaan dan tidak membenci kerajaan secara maksimum.


-sinbad-

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
THE BOTAK MAN SAID,

Di Malaysia sekarang ni kalau kita baling batu kearah sekelompok manusia, kebarangkalian batu tersebut mengena seorang "Datuk" amatlah tinggi!
SOME TEN YEARS AGO WE WERE ASKED WHETHER WE WUD ACCEPT SUCH 'TITLE'...WE DECLINED AND NOT FOR THE REMARKS ABOVE BUT TO REFRAIN FROM BEING 'DONKEYED' BY OUR EGO.

OUR QUEST IS TO SEEK FOR THE HUMBLE 'TITLE' AS A 'HAMBA' ALLAH WHICH APPEARS A DISTANT AWAY FROM OUR UNSTOPPABLE WORLDLY NEEDS AND PURSUITS.

ANTARA KEHENDAK HAFSU DAN PERMOHONAN IMAN!

ALFATIHAH, AMIN.

pakbelalang said...

Barisan will not contest in Penanti: Najib


KUALA LUMPUR: The Barisan Nasional has decided not to contest the May 31 by-election in Penanti, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced on Monday.

“We feel it is an unnecessary by-election; we will not join in the Opposition’s political games,” said Najib

comment:

Yes, I tend to agree with Najib. It is purely a political game for Anwar to gain political mileage. What is important now is for Najib to focus strictly on improving the economic conditions of our country as top priority and also to revamp or restructure to whole UMNO set up to suit current political challenges facing the party.

UMNO or BN doesn't lose anything by not contesting. I don't think the credibility of BN is dented. Even if it is dented, it is just a small dent. There is no cause for concern in the short term.

If BN is considered as "coward", so be it. What is important now is to strengthen the party before we go to "war" and be well-prepared for the royale battle come PRU13.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya seorang yang tidak memandang seseorang kerana perkataan Datuk di pangkal namanya. Malahan perkataan Datuk pada pangkal nama seseorang itu beri kesempatan kepada saya untuk caj lebih sikit. Sebab dia ada pangkat Datuk. Tentulah dia pun malu nak "haggle" sebab dia pun Datuk, betul tak ? Tapi kalau orang biasa, orang miskin, ibu tunggal anak banyak datang ke kedai saya, kita kena prihatin dan caj lebih kurang aja. Malah lebih kepada pro bono. Lepas tu kalau kes complicated, kepala sakit tanggung sendiri.

Itulah equality in inequality.

Saya pun ada jumpa beberapa kes di mana Datuk-Datuk dan orang-orang kaya yang hidup secara elit tinggal di kelompok elit tapi mengadu dimangsakan oleh pelbagai pihak. Tak tau lah kot kot depa (ie pemangsa-pemangsa berkenaan) pun pakai konsep keadilan macam saya punya prinsip.

Datuk janganlah gusar. Bukan semua Datuk adalah murahan pada mata saya. Saya akui memang ada Datuk yang layak dipanggil dengan penggilan-panggilan kehormat kerana jasa dan sumbangan mereka. Itulah semangat yang betul di dalam penganugerahan pangkat dan darjah kebesaran.

Datuk,
Lain kali Datuk tulis puisi romantik dan perasaan halus yang indah, boleh tak Datuk jangan tulis pasal beruk lagi ?

Datuk jangan sedih-sedih. Jangan marah-marah. Senyum sikit:-)

Anonymous said...

Dato'

Saya setuju benar jika Raja2 kita mengambil contoh Sultan Johor yang agak selective untuk menganugerahi sesorang.

Anugerah itu jika terlalu mudah mendapatkannya maka akan jadilah ia kurang nilainya.

:: c'chantique :: said...

HOHOHOH...

Anonymous said...

HOHOHO....

tepat, pedas dan padan muka!!

sapa yg makan cabai, biaq dia rasa pedas...

di malaysia, bodek adalah kebih bernilai dari jasa....

hahaha..melayu la melayu....

thanx datuk menyedarkan kita semua...

may Allah bless u n all of ur lovely family...

wassalam

H.A.P.R.A.K

Anonymous said...

Dato'

Saya rasa selagi jawatan Naib Canselor universiti adalah suatu jawatan yang berunsur politik, selagi itu lah kita akan lihat individu-individu politik atau isteri-isteri mereka dianugerahkan dengan pelbagai ijazah kehormat. Saya juga teringat kisah seorang bekas perdana menteri India yang tidak dapat bekerja dengan suatu universiti bertaraf dunia di sana setelah tamat tempuh berkhidmat sebagai PM kerana dikatakan tidak cukup kelayakan. It takes a lot of courage to say "NO" and this is where we separate the men from the boys.

Melati

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).