Saturday, May 30, 2009

Perihal Chin Peng Dan Pendatang Haram

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM era penerbangan murah di mana “semua orang boleh terbang”, wabak penyakit dan “pelarian moden” boleh datang dan pergi dengan hanya RM50 tambang.

Yang menyekat pembanjiran pelarian ekonomi ini hanyalah syarat-syarat perjalanan – pasport, visa, permit kerja dan cukai keluar-masuk.

Jadi, tanpa kita terperangkap dengan polemik mengenai sama ada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Chin Peng, wajar dibenarkan memasuki Malaysia, kita sudah pun berdepan dengan isu kebanjiran pelbagai anasir yang tidak diingini.

Apa pun alasan membenar atau tidak membenarkan Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua memasuki Malaysia, sentimen orang Melayu yang berupa bangsa induk dan majoriti jangan sekali-kali dipersendakan.

Wajib diingat, kerana sikap anti-komunis dan pengorbanan darah dan daging orang Melayulah, keganasan bersenjata PKM berjaya ditumpaskan, gagasan Republik Komunis Malaya digagalkan dan hari ini Malaysia menjadi tuan rumah kepada ribuan kapitalis dan jutawan Cina, India dan beberapa kerat Melayu.

Ini tidak menolak bahawa ada orang Cina dan India yang turut mengorbankan nyawa menentang pengganas komunis dan hakikat bahawa ada juga orang Melayu yang menyertai dan menyokong pemberontakan PKM.

Tetapi pokok pangkalnya anggota PKM adalah majoritinya Cina dan majoriti yang mati dan cedera melawan mereka adalah askar Melayu dan anggota tentera Komanwel.

Jadi, kalau pun ada undi bukan Melayu yang hendak diraih dan perikemanusiaan hendak dilaksanakan, jagalah dulu hati orang Melayu.

Janganlah hati orang Melayu yang baik hati itu terus dijeruk.

Berbalik kepada suasana semasa, negara kita sedang dibanjiri pendatang haram (ya, pendatang haram – illegal immigrants) daripada pelbagai benua dan negara.

Kalau pendatang haram, pendatang haramlah. Buat apa kita nak panggil pendatang tanpa izin? Di seluruh dunia, istilahnya adalah pendatang haram atau illegal immigrants bukan pendatang tanpa izin atau immigrants without permission.

Kenapalah kita ini baik dan berbudi sangat sampai orang pijak kepala kita?

Mereka datang dari Indonesia sebagai buruh. Habis permit mereka tidak pulang. Mereka datang dari Negeri China atas Visa Pelajar. Mereka jadi GRO, pelacur dan masuk ke kawasan pedalaman berkahwin dengan penanam halia dan penternak ayam.

Mereka datang dengan permit dari Bangladesh, India dan Pakistan, tetapi mereka jadikan negara kita batu loncatan masuk secara haram ke Australia, Amerika atau Eropah sehingga kita dicap melakukan penyeludupan manusia (human trafficking).

Bayangkan apa akan terjadi kalau kita benarkan “pelancong” dari negara raksasa yang miskin seperti China dan India masuk tanpa visa atau kita longgarkan syarat. Dalam sekelip mata mereka akan membanjiri negara kita yang kecil tetapi sangat baik hati ini.

Bayangkan, Malaysia ada 24 juta penduduk. China ada 1.3 bilion penduduk dan India ada satu 1.13 bilion penduduk. Sepatutnya kita mengetatkan syarat kemasukan pendatang daripada semua destinasi berisiko, termasuk pelancong yang semakin ramai melencong menjadi GRO, pelacur, perempuan simpanan, calon isteri dan pengemis.

Menang betul kerajaan telah membebaskan 27 sektor kecil perkhidmatan daripada syarat Dasar Ekonomi Baru, tetapi ini tidak bermakna kerajaan perlu membuka pintu negara untuk dibanjiri oleh pendatang yang tidak diingini seperti pelajar dan pelancong merangkap GRO dan pelacur.

Baru-baru ini akhbar New Straits Times menyiarkan berita mengenai jenayah bersindiket yang meraih berbilion ringgit setahun hasil pelacuran dan dadah.

Anggota sindiket ini tidak teragak-agak memangsakan kaum sebangsa mereka apatah lagi pelancong dan pelajar dari negara-negara miskin seperti China, India dan Indonesia.

Betul, banyak negara, termasuk negara-negara maju sedang membuka pasaran mereka untuk menarik pelaburan dan pekerja mahir.

Maka kita janganlah terus jadi bodoh dengan menliberalisasikan sektor perkhidmatan kita kemudian membuka pintu masuk negara kita kepada pelancong murah, kepada buruh dari Bagladesh yang diimport oleh sindiket, pengemis, GRO dan pelacur Negeri China dan penjaja jalanan dari Afrika.

Mungkin ada pihak yang cuba mempersendakan saya apabila mereka mengatakan cara terbaik menarik pelancong ialah dengan melonggarkan syarat perjalanan untuk penduduk negara raksasa seperti China dan India.

Saya harap, macam kata ungkapan Orang Putih, “they are pulling my leg” pada saat-saat Perdana Menteri sedang bersiap sedia untuk menjejaki Allahyarham ayahandanya ke Negeri China.

Jangan melawak dengan perkara macam ini. Bukan kita tidak mahu pelajar, pelabur atau pelancong dari Negeri China atau mana-mana negara, tapi kita kena pastikan agar bila kita buka pintu kuala, ikan siakap yang masuk dan bukan sampah sarap.

Ingat rintihan nenek moyang kita – kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran kerana menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

83 comments:

Atan said...

Salam, Dato';

Sudah lama benar saya sefikiran dengan Dato' dalam hal ini dan menanti hal ini dibicarakan dalam mana-mana media oleh orang yang berkedudukan dalam media seperti Dato'. Alangkah baiknya Dato' dipanggil berwawancara dalam rancangan TV seperti "Di Luar Lingkungan" itu. Hal ini (pendatang haram) sudah menjadi sangat buruk sehingga kita yang berasa takut terhadap mereka kerana mereka tidak tahu maksud peribahasa "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".

Sebenarnya semua orang tahu bahawa membawa masuk pendatang haram ini satu bussiness. Sesetengahnya melibatkan orang politik. Apabila sebut orang politik, ada kepentingan. Apabila ada kepentingan, kesalahan membawa maksud pendatang haram ini dipicingkan sebelah mata. Itu belum disebut adanya unsur rusuk tumbuk hingga pendatang haram ini bergerak secara halal dalam negara ini.

Lihat sahaja berita dalam akhbar semalam (29 Mei 09). Apabila ditanyai pengalamannya tentang kejadian Bangunan Jaya Supermarket runtuh, seorang buruh Indonesia enggan gambarnya disiarkan kerana dia illegal immigrant. Ke mana polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Buruh, dsb sehingga orang seperti ini bebas di negara kita? Itu contoh kecil yang leluasa di Malaysia ini.

Seperti tidak ada sudahnya masalah ini, Dato'.

FG1008760 - 0122231890 (ikhlas.fg1008760@gmail.com) said...

PENDATANG HARAM UMBI SEGALA KEJAHATAN, KEHANCURAN KEPADA ACUAN PEMBANGUNAN NEGARA.

1. Pendatang haram terlalu banyak di malaysia. Di bandar dan pedalaman sarawak penuh dengan pendatang haram daripada indonsia.

2. Mereka bekerja di ladang getah di kampung dan berkahwin dengan wanita tempatan.

3. Mereka membawa budaya mistik untuk mendapat kepercayaan orang tempatan dan orang tempatan mengambil kesempatan untuk menggunakan perkhidmatan mereka untuk mengenakan orang. Orang tempatan ini menjdi pelindung kepada pendatang haram kerana kononnya boleh mengubat orang.

4. Pendatang haram ini juga berkahwin dengan org tempatan. Mereka diberikan kerja di ladang getah. Orang tua di kampung terhutang budi kerana pendatang haram ini bekerja untuk mereka di kampung. Jadi pendatang haram seolah-olah semacam orang tempatan. dilayan dengan baik.

5. JUSTERU PENDATANG HARAM PERLU DIHARAMKAN DI MALAYSIA.

6. SATU MALAYSIA. RAKYAT TEMPATAN DIDAHULUKAN PENCAPAIAN RAKYAT TEMPATAN DIUTAMAKAN DENGAN TIDAK MEMBUTA TULI.

abdullahngah said...

Para pemimpin negara kita sejak dari dahulu lagi telah dipaksa oleh hawa nafsu mahu cepat jadi kayaraya.

Atas sebab itulah terjadi apa yang terjadi sepertimana yang datuk sebut itu.

Itulah kuasa yang ada pada para pemimpin negara kita.

Rakyat didahulukan hanya slogan untuk menipu rakyat agar tidak kelihatan kerakusan yang dilakukan.

Apa yang terjadi atas kerelaan para pemimpin.

Sebab itu ibu segala kejahatan dibiarkan bermaharajalela.

Tidak ada niat dihati para pemimpin negara ini untuk menghapuskan ibu segala kejahatan.

Baik kebanjiran arak kebanjiran pelabor dan GRO dan dadah masuk dengan mudah, kerana ada kerjasama penguatkuasa undang undang.

Penguasakuasa undang undang ada yang punya harta puluhan juta seorang.

Barang bahan kes seperti dadah dan seangkatannya boleh hilang dari store simpanan.

Barangkali para pemimpin negara juga ada saham dan dapat habuan juga sebab itu ia boleh berlaku dengan begitu mudah.

aLaMFaNa said...

Salam Datuk..

Saya berdoa ayahanda Datuk dalam limpahan iman dan barakah di lindungi Allah begitu juga pada bonda Datuk dan Datuk sekeluarga aman bahagia..

Sudah menjadi resam orang melayu agaknya begitu baik hati pada manusia durjana.Ke... sebab orang melayu malas bicara lalu kebaikan di tabur seperti mengharap pulangan berlipat kali ganda supaya hidup senang tak payah kerja.

Kebanjiran orang-orang haram ni datangnya dari kerja-kerja haram orang2 berkuasa.Kalau sepakat menghapuskan pasti tidak dapat di bolosi...ini tidak.. sana kata stop sini dah kenyit mata..sini kata.. atas kuasa menteri tak boleh masuk tapi ada pula tut2 keluar arahan atas budi bicara menteri... dia kita kasi masuk.. lalu kemasukan pun membuta tuli jadinya.

kemaskinikan jati diri para pegawai2 terlebih dulu..Tak payah nak risaukan Chin Peng masuk sebab kuasa menteri saja yang boleh bagi dia masuk jadi peduli apa orang bising2. Selagi Menterinya orang melayu apatah lagi UMNO penghulu tak munkin bisa masuk dong...tak gitu kan Datuk..

Jom kita ajak pak Menteri tengok mama rupiah yang semakin hari semakin cantik sehingga boleh menawan seisi keluarga..Bapa2 bangla yang semakin hensem sampai tergoda ramai lapisan ibu2..
Myanmar yang semakin hari semakin kurang asam di pintu2 bank berpusu-pusu..dan entah macam2 negara adaaa ooo..

Ayoo yoo semuanya sedang menari rentak ago ago di sini. Tanah tumpah darah kita kononnya...sedangkan di hospital2 sedang mengalir dan tumpah darah ramai anak2 pendatang haram..apa pula tindakan hospital?

Yang pelik tu kita suka sangat lagu pak pandir..ada mata tengok ada telinga dengar ada mulut diam..
Yang orang gempar sikit saja dah satu malaysia kita nak bising yang depan mata bertahun tahun jadinya bahkan sudah jadi berabad abad lamanya selama umur UMNO ..kenapalah tidak selesai2 sampai sekarang sehingga Chow Kit sudah di tawan..
Banyak lagi kawasan dalam genggaman tak tertulis saya di sini..

Jadi tidak mustahil kalau UMNO juga runtuh bersama timbunan..Saya juga kesal tanpa UMNO tapi... apakan daya...badai sudah melanda..

Mohd Faizal said...

Datuk
Baik budi kita, jenis tak bertempat!..Terlalu ambil mudah, xder sikap patriotik..dah tak peduli nasib orang-orang sekeliling..terlalu sibuk menjaga perut pedal sendiri..
Jenayah makin meningkat juga!..tak surut-surut..lepas satu, satu lagi bala datang dalam negara!

Ini saya kira sebagai bahana RASUAH dan kelemahan (kelembapan) pemimpin!

Harap Datuk Najib cepat insaf dengan apa yang berlaku dan bertindak segera supaya maruah bangsa dan negara tidak tergadai!

Kena baca semula lirik lagu 'Anak Kecil Main Api' agar 'berapi' semula semangat anak bangsa.

Sekian
Faizal

Anonymous said...

Datuk, satu soalan: kenapa pengetua komunis dari bangsa Melayu dibenarkan pulang ke tanah air tetapi Chin Peng tidak?

Pelanuk

TokBatin X said...

jangan cakap jer bedegor2, Pendatang haram yang berlambak kat M'sia nih ta'pun dapat dikawal, bahkan bertambah hari demihari.

mns2121 said...

Salam Dato,

Masih belum terlambat utk kita bertindak secara menyeluruh. Tetapi, tanpa keazaman segenap pelusuk dari semua pihak, azam akan tewas dengan mudahnya.
Soal korupsi sudah menjadi akar umbi lapisan masyarakat terutama di bandar besar dan kecil.. dan baru menapak di kampong2 atau sudah menjadi bisul kecil.
Untuk menjadi negara bangsa yg bebas korupsi juga bukan mudah tapi tidak payah sebenarnya jika ada kesungguhan dari pihak atasan.. pokoknya ada kemahuan ada lah jalannya.
Tapi apa yg diperhatikan kini, pihak atasan lah yg bermaharajalela berkorupsi melalui segenap penjuru cabang dgn alasan yg berbagai2 dan penghalalan kaedahcara... apa nak jadi dan apa nak diherankan.
Apatah lagi generasi kini yg buta sejarah kalau bukan celik ilmu.. terutamanya bukan bangsa melayu. yg dikejar cuma materialistik dan kehidupan selesa...
Hakikatnya melayu mudah lupa Dato...

Anonymous said...

Syabas Datuk kerana membangkitkan isu yang amat menyakitkan hati kebanyakan kita ini.

Masalah berkaitan pendatang haram ni sudah berlarutan sejak sekian lama dan kini menjadi begitu kronik sekali. Sayangnya, pihak yang diamanahkan tanggungjawab untuk melindungi kedaulatan negara serta keselamatan rakyat negara ini, seolah-oleh tidak nampak masalah yang ada.

Jangan sampai rakyat tempatan, khususnya penduduk asal negara ini, ditelan oleh pendatang haram, barulah pihak berkuasa hendak bertindak. Apa gunanya!

Datuk, kalau dengar mereka cakap, amboi begitu hebat sekali! kita akan bertindak tegas la, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan la. Tapi semuanya ibarat tin kosong saja.

Orang lain sanggup bergadai nyawa kerana mempertahankan tanah sejengkal, tapi kita begitu mudah memberi ruang kepada pendatang haram dan halal untuk bermaharajalela di dalam rumah kita. Bagaimanakah agaknya nasib anak cucu kita nanti?

Balanglama

-thethinker- said...

mengenai ketegasan mengawal pendatang haram tuu , saya menyokong ulasan Datuk..

Tapi dalam post Datuk , datuk seakan akan-akan cuba melupakan indonesia , pengeksport pendatang haram terbesar ke Malaysia. Datuk mungkin akan cuba berhujah mengatakan bahawa datuk ada mengetengahkan perihal Indonesia ni .. Tapi faktanya , dlm post ini ,"India" diulang sbyk 7 kali , "China" diulang sbyk 8 kali , "Indonesia" diulang sbyk 2 kali.

Mengapakah pendatang haram indonesia yg paling ramai di tanahair ini , yg paling banyak menimbulkan masalah sosial , yg paling mengancam keselamatan negara , yg paling byk menipu dgn IC palsu ,yg paling byk dan paling senang mendapat taraf kerakyatan tanpa kelulusan/kemahiran yg setimpal ( siakap ke nii ? ) tidak diberi tempat dlm hujah Datuk..
Dlm menangani masalah , selalunya kita buat pareto chart , kemudian chart yg tertinggi itu diberikan priority utk diselesaikan. Dlm hal ini , pendatang haram indonesia laa masalah utama yg harus diberi perhatian.
Nampak gayanya , ianya tidak berlaku dlm minda datuk nii , mungkinkan ada udang disebalik mee goreng ? tepuk dada , tanya selera

Unknown said...

Dato'

Kerajaan Patut ambil Contoh Dari Negara Negara Saperti Australia dan New Zealand....

Negara yang pentingkan keselamatan dan masa depan rakyat akan mengambil berat tentang siapa yang keluar masuk dan dengan sebab apa mereka keluar masuk...

Bukan sesiapa sahaja boleh masuk bekerja diAustralia...
Tourist OK sebab mereka bawa duit masuk... Yang lain lain kena pantau kerana mereka boleh membawa masuk masaalah kedalam negara...

Negara yang ingin maju cuma terima mereka yang bermutu tinggi masuk bekerja didalam negara masing masing...Bukan sebarangan orang.
Ini kerana jika yang tak baik masuk dan membiak akan membawa bermacam macam masaalah yang mungkin tidak dapat dikawal nanti....Umpama Virus masuk kebadan!

tebing tinggi said...

malaysia seharusnya belajar dari pengalaman lepas tetapi apa yang diliaht kerajaan selalu alpa akan sejarah dan sikap sambil lewa badan-badan penguatkuasa yang langsong tidak patriotik dalam menjaga kepentingan negara.
masalah perkauman dalam negara agak mencabar ketika ini dimana orang melayu dihadiahkan dengan pelbagai tuntutan dan kehendak yang mencabar kedudokan melayu dan peribumi didalam tanah tumpah darah nenek moyang mereka sendiri.
dikala kita tidak mempunyi kuasa dan kata dua, inggris telah telah membawa masok ratusan ribu pendatang cina dan india bagi kepentingan mereka mengaut segala hasil bumi yang kaya ini untok kekayan empayer inggris,(bukan untok membangunkan malaya ketika itu),yang kita dapat hanya limpahan pendatang yang asing dan dipaksa diberi kerakyatan sebagai syarat untok dianugerahkan kermerdekaan.
adalah amat dikesali sekarang ini ketika kita masih ada kuasa,! saolah-olah sejarah tidak mengajar kita , kita membiarkan pendatang haram ini bermaharajalela dan terlalu ramainya mereka kadang-kadang orang melayu merasakan menumpang dibumi asing. adakah kerajaan dan pehak berwajib terlalu bebal atau pun sudah sampai kesatu tahap kerajaan sudah tidak mampu untuk untuk berbuat apa-apa dan orang melayu harus sekali lagi terpaksa menerima kehadiran pendatang-pehdatang haram ini sabagai jiran mereka.

Al-Yasar said...

Chin Peng sudah tua, dan tentu tidak panjang lagi umurnya. Kerajaan pun sudah membuat keputusan tidak membenarkan dia balik ke Malaysia. Jadi saya fikir sama ada Chin Peng mahu pulang atau tidak, bukanlah isu penting yang perlu dibesar-besarkan.

Kalau hendak dibicangkan, isu kebanjiran pendatang haram pada masa ini sebenarnya adalah jauh lebih penting. Tapi apakah tindakan kita, khasnya kerajaan dan pihak yang berkuasa, untuk mengatasinya?

Saya bimbang isu Chin Peng ini sengaja dibesar-besarkan oleh pihak tertentu (khanys akhbar arus perdana yang tertentu) sebagai tabir asap untuk melindungi kita daripada melihat masalah yang lebih besar dan lebih penting, tapi tidak mampu kita selesaikan, seperti masalah kebanjiran pendatang haram dan penguncupan ekonomi kita.

Bukankah perkara ini lebih penting kita beri perhatian dan cari jalan untuk mengatasinya, daripada membesar-besarkan isu Chin Peng dan keganasan PKM yang sudah menjadi sejarah?

Unknown said...

Tapi sapalah yang benarkan pendatang tanpa izin ini masuk mencurah-curah yer?

Tak bolehkah kita halau mereka keluar. Sapa yang patutnya dipertanggungjawabkan untuk menghalau mereka.

Apakah kita rakyat biasa ini dibenarkan untuk menghalau mereka atau menghambat mereka dengan parang supaya mereka keluar?

msazali said...

Terima kasih tulisan tuan. Ianya mengingatkan semula betapa baiknya hati dan budi bangsa kita ini, tetapi apakah yang kita terima daripada kebaikan dan perikemanusiaan kita?
Kita dituduh racist, kita dituduh menghapuskan etnik dan hadiah dari orang yang tidak mengenang budi.
Oleh itu Mahathirism perlu diperkukuhkan semula yang mana kita tidak ada masa untuk membahaskan isu sensetif tersebut kecuali menumpukan pemmbangunan negara kita yang tercinta.
Salam.

Nasionalis said...

Peliknya kali ini, parti komponen BN, Gerakan yang memulakan.

Dengan demikian, Gerakan hanya menyamarlah sebagai rakan karib BN. Mereka boleh simpati dengan komunis pula.

Baru teringat Gerakan bersama parti Buruh (Komunis) dan DAP terlibat berarak sebelum Mei 13, 1969. Perangai lama masih tidak hilang rupanya Gerakan.

Siapa lagi agaknya dalam BN yang menyamar rakan agaknya Dato?

syauqi_x said...

slm pak kadir...

menurut census terbaru, jumlah rakyat Malaysia yang 'rasmi' tercatat sebanyak 27 juta orang, bukan 24 juta seperti yang ditulis

dari 27 juta orang ini, disebabkan saya tidak mengetahui methodology dalam membikin banci penduduk, mungkin saja yang 'halal' dan yang 'haram' ikut sama

siapa tahu!

ab said...

Salam dato,

Saya rasa heran sedikit.Ramai rakyat kita setiap hari menyampah betul dengan ramai ahli-ahli politik dinegara ini.....sifat tamak haloba dan ranggi mereka tersebut!

Pada masa yang sama, terlalu ramai
rakyat asing tanpa permit dah datang,sedang datang dan akan datang kenegara ini...KENAPA?.

Saya berpendapat,mungkin dikalangan rakyat asing ini sudah mengetahui kelemahan jabatan imigresen,pentadbiran dan ahli-ahli politik, dan mudah telus pintu masuk,n mudah sembunyi dan lari didalam negeri ini dsb...

SEBAB itu mereka tak takut langsung.... macam kata orang indonesia, kalau ditangkap pun makanan dan tempat tinggal disediakan,kalau dihantar balik pun percuma dengan makan minum disediakan...dah sampai bolih datang kembali...asal ada duit untuk dibayar kepada yang mengaturkan dan YANG MEMBERI KEBENARAN!!!.

MALAYSIA mungkin menjadi Sepanyol
dan Itali...

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

When you sell your souls to wang rasuah, regardless of whether you are the giver or taker, your civilization will be threatened. And this is happening in Malaysia now.

Say no to corruption. Say no to illegal immigrants. Say no to Chin Peng.

Nacaleb

Unknown said...

DKJ

Terkadang ada juga terfikir betapa pipisnya jati diri pemimpin dan bangsa Melayu kita.

Kita berebut untuk berbunuh sesama sendiri hanya kerana kita dicocok.

Kita sanggup tersenyum bangga duduk semeja dengan orang yang sudah dijamin ingin menghapuskan hak keistimewaan bangsa dan menyekat kesegaran agama; tetapi dalam masa yang sama mengherdik hina orang yang sudah terbukti jiwa dan jasanya hanya untuk bangsa dan agama kita.

Dalam pasrah untuk dijulang sebagai liberal dan bermaruah kita sewenangnya melempar segala harta tanpa menyedari kita diserang tertawa dari pelbagai arah.

Malangnya peringatan keras bangsa kepada para pemimpinnya tergolek layu didinding pekak.

Tiada apa yang kita belajar rupanya.

Mungkin kita layak untuk hilang kuasa tidak lama lagi.

Roti Planta said...

Dato',

Adakah Chin Peng seorang patriot yang mahu kembali ketempat tumpah darahnya?. Kalaulah ChinPeng yang banyak menghabiskan umurnya di dalam hutan dan di China begitu sayangkan negara Malaya/Malaysia sehingga membawa isu kepulangannya sehingga ke mahkamah, maka sepatutnya rakyat sebangsa dengan dia bersyukur kerana mencapai kekayaan dan kesenangan berada di negara ini dengan aman.

Sepatutnya semua komunis samada komunis Cina atau Melayu yang memegang senjata selepas 31hb Ogos 1957 tidak dibenarkan kembali ke negara ini. Jika Chin Peng, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dsb dianggap pejuang, maka kenapa tidak saja dianugerahkan kepada mereka gelaran Dato' atau Tan Sri?

Saya juga masih menanti satu parti politik yang mempunyai dasar yang tegas berkenaan pendatang asing. Bila rakyat tempatan mula tertekan maka tidak mustahil akan wujud parti anti pendatang seperti One Nation di Australia atau sikap Neo Nazi di Germany. Orang Melayu mempunyai sikap tolak ansur yang tinggi tapi juga mempunyai sifat 'amok' yang diwarisi oleh datuk-nenek mereka terutama apabila tersepit, kehilangan dan ditindas.


Bye/Roti Planta

Pak Lang said...

Datuk,

Terdapat beberapa clause penting dalam Perjanjian Damai Haadyai tahun 89. Antaranya pengganas komunis yang warganegara Malaysia dibenarkan kembali ke Malaysia dalam tempoh tertentu, tetapi mereka dimestikan menjalani proses "pemutihan". Difahamkan ramai pengganas-pengganas biasa yang pulang tetapi pemimpin-pemimpin tinggi mengambil keputusan tinggal di Thailand. Antaranya ialah Ching Peng, Rashid Maidin, Abu Samah dan Abdullah C.D. dan ramai pemimpin-pemimpin (ahli-ahli Central Committee) yang sebahagian besarnya keturunan Cina. Jelas mereka tidak mahu pulang kerana enggan mengikuti proses "pemutihan".Lagi pula mereka hanya meninggalkan perjuangan bersenjata sedangkan Parti Komunis Malaya (PKM) dan ideologi komunis masih utuh dihati mereka.

Apa yang menarik selain daripada Chin Peng pemimpin-pemimpin PKM keturunan Cina tidak diheboh-hebohkan sebaliknya dua tiga kerat pemimpin keturunan Melayu yang diberi perhatian. Ini tidak lain dari propaganda PKM untuk mendapat simpati orang-orang Melayu khususnya generasi muda yang tidak pernah merasai pahit maung hidup di zaman darurat. Propaganda ini berjaya berdasarkan beberapa penulisan dan dokumentari yang seolah-olah mengaggungkan pem impin-pemimpin PKM sebagai pejuang kemerdekaan.

Kini China (People's Republic of China) dijadikan sebagai model oleh penyokong-penyokong dan peminat komunis. Sayangnya mereka hanya melihat mengeni keterbukaan ekonomi dan tidak sistem politik yang terus menerus komunis. Dikesalkan orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin pas dan keadilan mudah lupa. Sedangkan kalau komunis berkuasa orang-orang Melayulah yang akan menjadi mangsa. Termasuklah sistem pemerintahan beraja,budaya Melayu dan agama islam.

Hairan kenapa Chin Peng beria-ria sangat nak pulang sekarang selepas hampir-hampir 20 tahun perjanjian Haadyai. Betulkah dia yang nak pulang atau ada kumpulan-kumpulan di Malaysia yang mahu membawa dia balik kerana tujuan tersembunyi termasuk kepentingan politik. Harap orang-orang Melayu yang sama-sama jadi tukang canang sedar perkara ini. Soal belas kesihan dan hak asasi tidak timbul oleh kerana Chin Peng dan PKM malahan sistem komunis tidak mengenali hak asasi dan belas kesihan. Atau dia sengaja mahu mengelak dari menjalani proses "pemutihan". Maklumlah dia seorang pemimpin kanan.

Lagi pula buat apa dia nak pulang. Di hidup senang lenang di Bangkok. Dia bukannya tinggal di kampung-kampung komunis yang disediakan oleh kerajaan Thai di Wilayah Songkhla, Yala dan Narathiwat.

Mungkin juga dia dah jadi warganegaa Thai. Mengikut perjanjian Haadyai mana-mana pengganas komunis yang tinggal di Thailand boleh memohon dan mendapat kerakyatan Thai sepuluh tahun selepas perjanjian Haadyai.

Apakah Chin Peng berhak pulang? Apakah dia masih warganegara Malaysia selepas meninggalkan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 54?. Apakah kerakyatannya tidak boleh lucut kerana berada begitu lama di luar Malaysia (kalau betul dia warganegara Persekutuan Tanah Melayu - tapi Prof. Khoo Kay Kim kata dia rakyat British) kerana ketika lahir Jajahan Dinding merupakan sebahagian dari Negeri-Negeri Selat (Straits Settlement).

nancy said...

Dato' memang brilliant thinker!

shaz said...

"Wajib diingat, kerana sikap anti-komunis dan pengorbanan darah dan daging orang Melayulah, keganasan bersenjata PKM berjaya ditumpaskan, gagasan Republik Komunis Malaya digagalkan dan hari ini Malaysia menjadi tuan rumah kepada ribuan kapitalis dan jutawan Cina, India dan beberapa kerat Melayu."

Satu kenyataan yang perlu diingat oleh semua bangsa Cina dan India dan kepada bangsa Melayu yang suka menjual kepentingan dan kedaulatan bangsa sendiri.

Saya tidak mahu menyatakan sesuatu yang akan dikata sebagai 'racist' tetapi, bangsa Cina adalah satu bangsa yang bersifat 'parasite'. Dimana mereka menapak disitulah ujudnya bandar mereka.

Maka tidak salah secara umumnya mereka digelar sebagai "the Asian jews".
Jika dikaji sejarah pembabitan kaum Cina yang secara asalnya datang sebagai pekerja dan seterusnya berjaya 'menawan' negara kecil itu, bangsa ini adalah satu bangsa 'opportunist' yang tidak mempunyai sentimen langsung.

Jadi kenapa bangsa Melayu perlu bersikap pemaaf terhadap bangsa yang mungkin suatu masa nanti akan menunduk dan memperlekehkan bangsa ibunda tanah Melayu ini jika tidak dipantau dan dibiarkan.

Kerajaan Malaysia perlu tegas dalam banyak hal lebih lebih lagi berkenaan dengan isu pelacuran dan dijadikan batu loncatan kepada pandatang asing yang diketahui umum melalui penipuan berikut;

1. Perempuan dari negara China menjadi pelacur melalui visa pelancungan dan pelajar di samping lain lain punca ujudnya kegiatan jahat dan tidak sihat.

2. Pendatang Indon yang mengambil alih (diberi peluang oleh Melayu yang malas)gerai gerai di Jalan Chow Kit, dan sekitar Selayang dan Puchong.

3. Pendatang negara kontinent Africa yang masuk sebagai pelajar tetapi menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang dan bersifat kurang sopan terhadap penduduk tempatan.

Jadi, sampai bila kerajaan Malaysia ingin berjenaka dan menerima lawakan daripada negara-negara tersebut.

Sampai satu hari nanti bila telah terlewat kerana kerajaan Malaysia terpuji dengan sifat 'pemaaf' dan ' bersopan santunnya'?

leekh said...

It is very sad to listen to you talk. What is the difference between you and Ruhanie? Go listen to his rant on TV last night!(29/05/09). The attitude of most Malays is: this is Malay country, anyone other than the ones that look like Malays are treated with suspicion. Of course Malays are automatically citizens although some of them has just arrived with their father or grandfather 40 years ago. And then there were some who came here about 12 years ago - this one is my neighbor - married one pretty Malay girl from Alor Star - and now live in Sungai Petani, 100% citizen and bumiputra. But Chinese and Indian "citizens"? Woh..they have to accept certain conditions. What it means ..they are not "real" citizens. If they want to claim equal rights, then they should go "back" to their "motherland".
So the Chinese and Indians must "accept" that they are not "really" citizens. They cannot be on par with the Malays.
Just think Dato..if Malays keep on thinking this way, then why on earth give non Malays citizenship? Just tell them to plan to go "back" or go somewhere else. This is after all Malay country.
Ruhanie said the Malays are being pushed to the wall, we are very tolerant and we have tolerated enough! Anyone who listened to him can picture where he is going next! I follow you and sadly I see you are the same.
So why pretend? Lets call a spade a spade. Malays are citizens while non-Malays are permanent residents or non-citizens who are always welcome to leave or "go back". If the status is clear the non Malays will not be claiming to be equal anymore. Right?
So now we know, when the Malays "agree" to "give" citizenship" to the nons in 1956 it was because they were forced to by the British. Actually they do not accept all these foreigners! And then came 1969! And step by step the nons were slowly put in their place. Came Mahathir and people were being tuned to accept the Malays as "tuan". Every aspect of life in Malaysia dominated and controlled by Malays. But the idiot Abdullah spoiled the show and of course the western conspirators were also doing it by using Anwar...
Now people like Ruhanie is leading the charge using TV1 ...the nons must be taught a refresher course in subservience...
So Dato might as well avert the danger of another upheaval...let us redefine citizenship...Malays ..citizen..non-Malays ...2nd tier citizens. Anyone asking to be equal to Malays must become Malay first!

Non-partisan said...

Dato,

Salut kerana tulisan yang amat berjiwa patriotik.

Sebenarnya kita ini sama ada terlalu lembut atau terlalu lemah sehingga mudah dicucuk hidung dan ditarik ke mana-mana.

Kita sudah sekian lama menggunakan istilah 'pendatang haram' untuk mengklasifikasikan mereka yang masuk ke Malaysia tanpa cara yang sah mengikut undang-undang negara. Tetapi kemudiannya terdapat bantahan dari pemerintahan Indonesia bahawa istilah tersebut mempunyai konotasi agama yang negatif. Seperti biasanya kita pun menerima bantahan tersebut justeru dipinda menjadi 'pendatang tanpa izin.'

Kerana mereka bukan lagi haram sekadar tanpa izin (lebih muluk bunyinya)maka berbondong-bondonglah mereka membanjiri negara ini mencetuskan pelbagai masaalah sosial.

Roti Planta said...

Dato',
Saya cadangkan supaya Chin Peng apabila dia mati nanti, mayatnya diawet. Mayat itu boleh dibawa balik untuk ditanam di Malaysia apabila Parti Gerakan memerintah Malaysia. Cara yang sama digunakan oleh Diktaktor Filifina, Marcos apabila mati di Hawaii.

Bye, Roti Planta

Roti Planta said...

Dato',
'Malaysia The Truely Asia'. Sesuai dengan moto tersebut, saya cadangkan kita tingkatkan populasi kaum India, sehingga sama dengan Cina terutama bagi memenuhi keahlian Parti Politik Kaum India yang tumbuh macam cendawan hehe.

Dato', boleh tolong dapatkan maklumat, adakah negara asal pendatang ini seperti Indonesia, Mymmar dan India ini masih mengganggap mereka ini (dan anak2 mereka) sebagai warga negara mereka? dan sanggup menerima mereka kembali. Saya difahamkan setelah lama tinggal di negara ini mereka sudah hilang identiti asal mereka (passport, bahasa, budaya, harta di sana dsb)

Bye/Roti Planta.

Affie said...

Sejahtera rerakan,

Saya pun menyokong agar kemasukkan segala "org asing" ke negara kita diberikan ketegasan yang ketara.

CUMA yang "kelakarnya" sekiranya fakta-fakta yang diutarakan oleh saudara AKJ ini pasti TIDAK AKAN mendapat tempat dihati pemimpin-pemimpin kita utk diberi perhatian yang serius sebab ia tidak membawa kepentingan kepada mereka, pasti banyak sangat DOLAH-DALIH utk menolak hujah dan fakta seperti kandungan saudara AKJ jelaskan di sini.

Pandangan saya:
Alangkah baiknya sekira terdapat kumpulan PENEKAN bagi pihak pemerintah yang berpandagan seperti saudara AKJ dan mempunyai matlamat utk kesejahteraan rakyat Malaysia dan BUKAN hanya sekadar tukang angguk dan penuhkan poket masing-masing menghabiskan duit penat lelah rakyat

Diharapkan saudara AKJ dan rakan-rakan yang berpengaruh dapat melakukan khidmat masyarakat sepert tersebut.

Terima kasih.
RakyatMarhaen

mrakunman said...

Dato, kerana ketandusan cara menarik pelancong dalam usaha menambah tukaran wang asing masuk ke dalam negara, maka "pelancong" yang berasal daripada negara berpenduduk ramai di dunia digalakan. Negara kita memang berminat dengan pelancong yang bertukar wajah apabila sampai ke negara kita. Yang penting kapal terbang masuk dan keluar negara berpenumpang, agar supaya bayaran membeli kapal terbang dapat dibayar mengikut masa yang ditetapkan. Negara kita berminat dengan pelancong yang pandai bertukar wajah ini.. contoh cara marketing mereka di jalanan, cara menggoda mereka apabila kita berkunjung ke tempat-tempat yang sepatutnya tidak boleh dikunjungi oleh orang islam, cara tipu helah mereka. Semuanya ini diingin oleh negara agar supaya rakyatnya yang kurang berpengalaman dalam perkara-perkara tersebut, cepat mendapat ilmu dan kepandaian.
Pendatang Haram dihaluskan kepada pendatang tanpa izin (PTI)kerana, keberadaan mereka memang diperlukan, demi projek supply makanan di kem-kem tahanan, sumber pendapatan tambahan pihak-pihak tertentu dalam pentadbiran negara. Pendatang haram ini diperlukan dalam sektor pembinaan, ladang maupun kilang-kilang, kerana kadar upah yang rendah. Biasalah dato, kebanjiran pendatang haram ini kerana mengikut hukum ekonomi ada demand maka ada supply.

Unknown said...

Dato,

selimut putih saya;

"Bukankah perkara ini lebih penting kita beri perhatian dan cari jalan untuk mengatasinya, daripada membesar-besarkan isu Chin Peng dan keganasan PKM yang sudah menjadi sejarah?"

Beware of the Red Herring....

Biasanya apabila Ahli Politik Tidak dapat Menangani Masaalah semasa yang Patut mereka Memberi Perhatian Utama, mereka akan cuba mengalih perhatian rakyat dari masaalah yang tulin yang mengancam KPI mereka......

Kita kena faham bahawa rakyat zaman digital lebih akur dan bukan lagi senang nak mengawal pendapat mereka.....

aoazmi said...

Assalamu'alaikum Dato'

Isu berkaitan Chin Peng saya tak mahu sentuh kerana DSN dah kata 'tidak'. Jadi, kenapa mahu dijadikan isu dan mengapi-apikan isu oleh golongan tertentu? Apa agendanya? Lainlah kalau DSN tarik balik!

Saya lebih tertarikh dengan isu pendatang haram yang dihalalkan mencari rezeki dinegara kita. Apa pun sebutannya, itu tak penting. Yang lebih penting bagaimana pegawai-pegawai penguatkuasaan terlepas pandang kebanjiran pendatang-pendatang ini. Atau pura-pura 'over look' sehingga menjadi polimik isu.Bagaimana dengan kementerian berkaitan? Kemnterian Dalam Negeri umpamanya, bukankah ini isu keselamatan yang lebih 'serius' dari isu orang tua Chin Peng itu.

Dato'

Biasanya pendatang ini lebih rajin bekerja dari pendudukan tempatan. Mereka sanggup bekerja 12 jam sehari atau 18 jam sehari asalkan dapat upah. Dengan gaji tak seberapa, mana syarikat yang tidak mahu mengambil mereka bekerja. Selagi ada pemintaan, selagi itulah ada penawaran. Kerajaan pula tidak mengenakan tindakan keras kepada syarikat-syarikat berkenaan. Jadi, makin menjadilah kebanjiran pendatang-pendatang ini. Tengok saja di Sabah (antara teramai).

Kalau tidak silap saya (sila perbetulkan) undang-undang sebat pendatang haram ini telah diluluskan. Apakah kita sudah laksanakan? Sekurang-kurangnya ada sedikit ketakutan. Tidaklah lagi pendatang yang sama datang berulang. Singapura melaksanakannya. Apakah kita hendak menjaga perasaan orang seberang kerana 'serumpun'?

Kita selalu lupa sejarah dimana penduduk keturunan seberang bersepah dimerata Malaysia sehingga ujud sebuah negeri berpaksikan adat. Begitu juga dengan bangsa-bangsa cina, india, pakistan yang bermula dengan perniagaan kecil-kecilan dan akhirnya menjadi warganegara semudah abc. Walau pun diizinkan mereka-mereka berkualiti bagi meningkatkan produktiviti negara, hakikatnya suatu hari nanti akan berlakulah 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' sepertimana kata Dato'.

Budaya budiman dan berhemah kita sebenarnya tidak bertempat.Semuanya nak ikut 'tolak ansur'. Yang paling membimbangkan kita bila suatu hari nanti, kuasa mengundi ada ditangan mereka. Jadi lah sebuah lagi negara ala USA dimana semua keturunan boleh menjadi PM. Sekarang pun kuasa mengundi melayu telah berpecah akibat fahaman politik yang melampau. Saya bukan perkauman, tetapi berpijak dibumi yang nyata.

Chin Peng said...

Kipas..kipas..kipas la lagi kat Najib Dtao kadir..hahaha.. Mesti tak nak siarkan komen sy ni kan..

kipas...kipas..mudah2an..dpt la perhatian dr Mat Monggol...kah kah

Anonymous said...

Wajar tak Penggubal Polisi yang diberi mandat sewenang aja mengizinkan kebanjiran mereka bertahun-tahun (yang mengakibatkan gaji pekerja tempatan terusan di takok terendah tertindas terhimpit kehidupan keluarga bagi mensubsidi majikan rakus) turut dipersoalkan?

Well, I'll be damned .. Noone really care how the other half lives.


~ Bais

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Beberapa isu yang yang penting diolah dan diatasi segera.Masalah pendatang haram ini bukannya perkara yang baru hanya sekarang ianya dapat dibincangkan dengan terbuka tanpa risau kita dituduh dibawah akta menghasut atau ISA.Bayangkan bahaya yang kita akan hadapi sekiranya isu seperti ini disembunyikan sehingga tiba-tiba ia meletup.Alhamdulillah kita sekarang ada saluran untuk menyampaikan kebimbangan kita kepada Kerajaan dengan harapan tindakan sewajarnya akan diambil oleh kementerian yang berkenaan.

Adalah mendukacitakan mutakhir ini UMNO dan PM selalu mendapat kecaman dari rakyat. Ini berlaku kerana Presiden itu UMNO dan UMNO itu Presiden dan juga UMNO itu Kerajaan dan Kerajaan itu UMNO.Untuk menyelesaikan masalah ini maka adalah lebih baik sekiranya dari meminda perlembagaan UMNO seperti yang diusahakan sekarang lebih baik mengguna pakai perlembagaan UMNO asal.Disitu ahli-ahli UMNO adalah penentu di mana Presiden dan EXCO yang dilantik perlu melaksanakan inspirasi ahli/orang Melayu. Pada masa sekarang kuasa adalah terletak sepenuhnya ditangan Presiden dan tiada siapa pun bolih menentang dasar yang digariskan Presiden walaupun ianya bertentangan dengan matlamat asal UMNO.

Begitu juga UMNO sebagai satu badan diperlukan akur kepada keputusan Kabinet kerana PM adalah dari UMNO dan dianggapkan semistinya setiap tindakan yang diambil ditakrifkan sebagai sudah mengambil kira kepentingan ahli UMNO/ orang Melayu. Ini sangat berbeza dengan zaman awal UMNO di tubuhkan dimana Pemuda UMNO memainkan peranan sebagai pemantau supaya kepentingan orang Melayu tidak diabaikan oleh Kerajaan. Hanya kemudian Kerajaan memasukkan Ketua pemuda UMNO kedalam Kabinet dan dengan tersendirinya terikat dari menjadi kumpulan pendesak bagi ahli UMNO/orang Melayu.

Bersabit dengan Chin Peng dan PKM kita bolih berbuat mengikut pendirian kita dizaman kita sahaja.Apabila masa berlalu keadaan mungkin berubah mengikut nilai dimasa tersebut.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.
Petaling Jaya

Anonymous said...

The people of the abyss no longer get to wear blue collars. They are now consigned to mere cotton round collar tees.

Inefficient enterprises keep breeding; compensated by lowering wages.

Even taxi and bus drivers are made to subsidise the fares commuting passengers pay for years.

Thanks to clever immigrant HR Practitioners practicing Capitalist/Globalisation tools of trade – no matter how virtuous they like to make themselves out to be.


~ Bais

Zulkifli Zabidin said...

Assalamualaikum,

Tulisan Dato mengenai isu-isu yang dibangkitkan sangat merangsang minda.

Sedih mengenangkan ada lagi 'rakyat' Malaysia yang mendakwa mereka di anaktirikan? Ada saja kesalahan kita, orang-orang Melayu terhadap 'mereka'.

Apa lagi yang mereka mahu dari kita? Keamanan dan kesejahteraan kita berikan kepada mereka atas nama kemanusiaan.

Mereka bukan bangsa yang merempat di negara kita, sebaliknya bangsa kita yang lebih ramai merempat dari mereka.

Berapa ramaikah di antara mereka yang sanggup menggalas senjata sebagai polis dan tentera bermula dengan pangkat prebet? Sebaliknya mereka lebih rela menjadi polis di Singapura kerana gaji yang lebih lumayan.

Adakah kita mengasimilasikan mereka menjadi diri kita, menggunakan nama kita lantas menghilangkan identiti mereka seperti yang berlaku kepada saudara-mara mereka di Indonesia.

Silap kita sendiri mungkin disebabkan tahap toleransi kita terlalu tinggi sehingga kita boleh diperlakukan apa saja.

Setiap sesuatu itu ada batas dan hadnya. Marilah kita saling menghormati had dan batasan itu supaya kita boleh terus hidup bersama.

pakbelalang said...

Dua bapa saudara saya hilang nyawa mereka dibunuh oleh pengganas komunis.

Satu Corporal Polis Mohd Yassin terkorban di Balai Polis Bukit Kepong.

Dan satu lagi adik lelaki kepada ibu saya, Yunus namanya diculik oleh komunis dan dibunuh tak tahu dimana sedang dia mengayoh basikal ke pekan Parit Jawa Muar bersama anak kecilnya (sepupu saya)dan di paksa tinggalkan anaknya ditepi jalan. Sepupu saya yang masih kecil dikutip oleh orang kampong dan bawa pulang kerumah tanpa bapanya.Sebabnya dia diculik kerana dituduh sebagai agen kepada British.Kemungkinan dia diseksa sebelum dibunuh.

Begitulah bagaimana kejamnya pengganas komunis.

Chin Peng boleh balik ke Malaysia tapi mesti dihukum tembak sampai mati.

mekyam said...

mohon laluan tok scribe, utk sapa kawan lama...

Anonymous said ... Pelanuk 10:31 AM

hi P, nice to see you here! interesting question. -m-

OKJ said...

Salam DAKJ

Komunis.

Saya tak pernah berperang dengan komunis. Tapi dari cerita-cerita yg didengar, komunis ni memang jahat terutamanya jika tidak ikut cakap mereka. Mereka juga khabarnya menghasut orang kampong menyertainya dengan menggunakan ayat ayat Al Quran. Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang, terdapayt ustaz-ustaf kafir yg membaca Al Quran. Cuma kalau dulu komunis baca Al Quran, orang Islam menetang tapi sekarang ustaz kafir baca Al Quran parti kononnya Islam menyanjung tinggi sampai boleh baca depan To’ Guru. Kata bijak pandai, sejarah tidak pernah menipu dan sepatutnya kita janganlah ditipu lagi. Janganlah pisang berbuah dua kali. Maaf cakap.

Pendatang Asing

Memang menyusahkan. Ramai yg baik tapi ada juga yg penyangak hingga sanggup membunuh. Memang susah hendak membezakan niat hati seseorang. Tapi kita akan merasa lebih selamat jika seseorang itu berpegang kepada ajaran Islam. Cadangan saya:-
1. kita ambillah pekerja asing berugama Islam sahaja. Kita rasa lebih selamat secara relatif walaupun ramai yg alim alim kucing
2. wajib lulus simple test dan practical – rukun Islam, rukun Iman, kalau tak lulus kemungkinan besar bukan Islam ni.
3. Untuk kilang arak, judi, babi dan pembantu rumah orang kafir, ambillah orang kafir juga supaya tiada rasa sakit hati antara majikan dan pekerja dan rasa nak lari.
4. Semua permit melalui agen yg sah dan tiada lagi atas kapasiti individu. Agen kena pastikan perkara 1 dan 2. dan pastikan dilapor kepada kerajaan jika pekerja tidak keluar dari Malaysia selepas tamat tempoh. Tiada lagi visa pelancung atau pelajar lepas tu jadi pekerja.
5. Percepatkan satu kampung satu syarikat seperti dicadangkan (dah diposkan). Syarikat mengikut kemampuan penduduk setempat tapi mesti tiada kroni, empayar dan sebagainya.
6. Ada lagi tapi cukuplah setakat ini dulu. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam Dato',

Sejak 50 tahum merdeka, KERAJAAN membenarkan 'visa upon entry'. Inilah permulaan besar besaran PATI. 'Visa upon Entry' MESTI dihentikan serta-merta.

Dek terlalu ramai PATI/Refugees, polis dah jadi lali. Polis tersenyum bila terserempak penungang motorsikal wanita warga Rohingya yg tak berhelmet. Kalau warga tempatan dah ditahannya !!!

Bila complaint masalah berkaitan org Rohingya ni, polis kata inilah cara mereka dan kita org tempatan ke terima. Ape kita kena terima perangai meminta sedekah dipasar malam tapi rumah ade astro ? membuang dompet kosong ke laman rumah kami ? bergaduh dgn org tempatan ? dan banyak lagi.

Silap satu pihak menyebabkan pihak lain tak ambil peduli dan RAKYAT menderita !!! Ini cara KERAJAAN.

Jika tidak diselesaikan segara, PRU13 nanti kena talkinlah.

Nani Cheras

Fooart said...

Salam Dato' samada kita suka atau tidak kebanjiran pendatang yg masuk sebagai pelancong dan akihrnya melencong spt apa ungkapan Dato', amat sukar utk dibendung. Ramai VVIP dlm Malaysia ini yang dapat mileage dpd kegiatan begini. Termasuklah yg terlibat kononnya menjaga undang-undang dan keselamatan negara. Amat sukar utk diubah. Kitab kita Al-Quran, kitab kebanyakan pemimpin Malaysia RM dan perempuan...........dan tak hairanlah anak di rumah kelaparan kera di hutan disusukan....kan ke itu perangai semulajadi pemimpin Malaysia.....

merandok said...

"semua orang melayu semakin meluat dengan Anwar Ibrahim & Associates yang mendewakan chin peng, mengagung-agungkan perjuangan komunis dan terang-terangan jadi agen kaum cina untuk menghancurkan bangsa melayu"

"semua masalah yang dihadapi oleh orang melayu i.e. kemiskinan, pengangguran, gejala sosial, perlepasan hakmilik tanah dll kesemuanya adalah disebabkan oleh kaum cina dan agen2nya"

"UMNO adalah satu2nya parti dan pemimpinnya adalah satu2nya orang yang berjasa didalam negara ini, parti lain dan pemimpin lain tiada jasa dan hanya mengganggu kerja UMNO dan pemimpinnya"

"negara ini sepatutnya hanya ada satu parti sahaja - UMNO - parti lain patut diharamkan, bangsa2 pendatang lain boleh masuk kelab penyokong UMNO"

"sesiapa yang tak setuju dengan kenyataan di atas, bolehlah berhijrah ke negara lain"

sedar atau tidak, kenyataan diatas adalah ringkasan dan kesimpulan berjuta-juta perkataan dari blog penyokong kerajaan sejak 2-3 minggu yang lepas.

dimana komen pasal PKFZ? sedangkan skandal ini adalah yang terbesar pernah negara ini saksikan - BILLION2 ini bukan kecil jumlahnya - duit saya, duit dato' & duit generasi akan datang, kemana perginya?

pemimpin menyebut perkataan B ini dengan secara kasual sekali, tiada urgency untuk mengawal kerosakan dan untuk mencari balik wang ini - apa dah jadi???

buyong said...

semangat patriotik dah semakin pudar terutama dikalangan pembesar kita.

saji said...

Melainkan orang kita yang membawa masuk warga asing untuk dijadikan orang gaji, yang lain merupakan penganut dan pengamal fahaman kapitalis, dalam erti kata cara mudah mengaut keuntungan berlebihan dengan apa jua cara termasuk tanpa memikirkan kemudaratan yang ditimbulkan dan mengena orang lain khasnya dan masa depan negara amnya.

Juga, mereka yang lain itu boleh digolongkan sebagai rakyat Malaysia yang suka meniru-meniru apa yang dilakukan oleh golongan kapitalis negara-negara maju Barat dalam semua bidang kehidupan yang meliputi keperluan berekonomi yang menghendaki keperluan membawa masuk warga asing sebagai orang gaji, buruh kasar, pelajar, tenaga pengajar, penanam modal, pencipta, dan sebagainya, tetapi berpilih-pilih caranya, dengan maksud tidak meniru 100% apa yang dilakukan oleh negara kapitalis Barat itu yang dianggap baik untuk ditiru melibatkan aspek peraturan dan penguatkuasaan undang-undang, misalnya atau tidak becanggah dengan ajaran Islam.

Contoh klasik menegani apa yang dilakukan oleh golongan kapitalis Barat tersebut tetapi tidak ditiru 100% oleh golongan kapitalis tempatan ialah, restoran chain foodnya di serata dunia seperti MD yang hanya membenarkan pekerja tambahan diambil di kalangan pelajar asing diuniversiti/kolej tempatan bekerja dengan restoran tersebut.

Tetapi cuba lihat, apa yang dilakukan oleh restoran Mamak, Cina dan Melayu di nagara ini?

Anonymous said...

Di mata Mao, Chin Peng cuma sekadar Kepala Cadre cell di Tanah Melayu bagi memutarkan roda impiannya meluaskan dominasi dunia jajahan takluknya.

Strategi pilihan: membanjiri wilayah yang dibedek dengan bahan kejadah yang nyata berupaya menundukkan rakyat jelata Maharaja ulung di Empayar ibundanya

-- tanpa perlu menerapkan sepotong pun ayat kominis ke dalam jiwa raganya.

Guna apa membiarkan puak Imperialist Barat terusan sejak 1830 meraih laba memesatkan perniagaan candu Bengal yang diproses di kilang Patna?

[Selepas terbukak tanah di New Orleans, ladang Bengali tak lagi ditanam kapas buat tenunan penenun yang dah pun dikudungkan jarinya]

Maka bertaruhlah saudagar-saudagar yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan opiam Foo Chow, Amoy, Ningbo, Swatao, Hainan/Kwangtung, Guangdong, Tianjin, Sichuan selain Cantonese, Kampong Tsimshatsui di Kowloon, Macao dan Shanghai

- yang umatnya bertebaran kini.

Sebagaimana Yahudi berjaya meniupkan semangat cinta peti candu ke dalam jiwa raga buroh kasap yang dapat dikerah jadi gian pada ubat cirit birit yang ditagih melepas lelah, begitu jugalah kerjaya pengedar adik beradik sepusat sepusing keluarga setidak-tidaknya 2 Taikun Malaya yang terbongkang dalam giat usaha menyampaikan madat dari Ladang Segi Tiga Emas Mao ikut saluran rangkaian Chin Peng melalui pintu cukai Dinasti Bumipol terus lolos syahbandar Malaya untuk disampaikan ke tangan anak Felda di pendalaman.

Kini lebih 1 juta dah jaya dikuyukan

-- penangan Skim Multi Level Maketing yang turut diteraju Taipan Melayu yang berupaya menjanjikan kerjaya tetap kepada para operatifnya yang tentunya terpalit.

Sudah sudah lah.

Kalau dengan cuma cuma tambahan 2 calit pada huruf asalnya dapat merombak makna dan natijah dokumen wasiat Maharajanya lantas menobatkan adik bukan abang jadi ganti –– dengan itu, merubah peredaran sejarah temadunnya –– ini kan pulak la cerita jasa Chin Peng yang sedang diolah begitu rapi seolah-olah itu lah satu-satunya saja Hero Agong masyarakatnya yang sampai mati pun terus memperjuangkan Hak Samarata.

Mau ke FRU mengacukan pili pancutnya ke arah bukit jirat Dewa Chin Peng kelak yang akan pasti dikerumuni dengan kebanjiran manusia-manusia emosianal berpakaian seragam hitam ninja yang berpusu-pusu ikut rentak gendang rebana mengarakkan panji-panji buluh kuning runcing yang seorang pun tak tau baca isi maksud erti kalimah yang akan berbuih-buih memekik-melolong dia nya nanti?

Kalau dah sedia mengadap senario itu yang akan dibudayakan saban tahun, silakan lah tempah.


~ Bais

Anonymous said...

Datuk,

Saya setuju dengan saranan Datuk bahawa negara kita ini agak longgar dalam penguaktkuasaan kemasukan imigran luar. Saya tidak tahu jika masalah ini ada hubung kait dengan kepentingan pihak tertentu samada pemodal ataupun pemerintah tetapi yang jelas perkara seperti ini amat membimbanghkan kami penduduk di Sabah yang mana kemasukan PATI begitu mudah sekali. Saya tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi soal keselamatan dan daulat negara kita amat wajib dipertahankan oleh pihak pemerintah. Saya pernah terbaca penulis-penulis politik di Sabah yang mengatakan bahawa kemasukan pihak PATI di Sabah ditaja oleh pihak tertentu dengan tujuan tertentu terutama dalam meramaikan penguundi pihak parti tertentu. Saya harap mendapat komen Datuk dalam hal ini.

Norman Lanjat

Anonymous said...

Salam Datuk,
Bagaimana kalau kita pakat-pakat mintak Menteri Dalam Negeri dengan diiringi orang besar polis, imigresen dan sebagainya membuat tinjauan keadaan di Pasar Seni, Kota Raya dan beberapa tempat lain yang menjadi tumpuan warga asing pada hujung minggu. Mungkin depa akan dapat gambaran jelas tentang keadaan keselamatan dan masalah berkaitan pendatang haram yang orang biasa hadapi setiap hari.

Oh ya, jangan lupa panggil press sekali untuk bagi publisiti kat depa.

Balanglama

abu said...

salam datuk..

sebelum PRU ke12 akbar utusan ada siarkan keluhan warga malaysia akibat dr kebanjiran pendatang haram berkaitan dengan VOA atau visa RM2.
Pendatang haram terlalu mudah masuk tapi tak keluar keluar juga..di pintu masuk pegawai imigresen terpaksa "senyum" menyambut kedatangan mereka.

Bila didesak ditarik balik VOA @ visa RM2, Syed hamid dan pak lah berkeras mempertahankannya.. katanya industri perlancongan menguntungkn negara..yang masuk bukan pelancong, tapi lebih banyak sampah..

akibatnya PRU12 BN kalah teruk..rakyat sudah muak dengan golongan pemimpin yang tidak pandai menjaga negara..
penyudahnya pak lah dan syed hamid turun tahkta dengan penuh kehinaan..

siakap said...

Datuk,
Selagi orang Melayu terutam pejawat awam masih belum senang macam bangsa lain, sekagi itu wujudnya penyelewagan kuasa. Orang politik dengan caranya, immigration, polis, dan rela/pertahanan awam dengan cara masing-masing untuk cari wang tambahan untuk menyara cara hidup mewah.
Bila wang yang disembah, tidak hairanlah macam-macam berlaku di negara kita. Ini kerana orang diberi amanah tidak amanah lagi, orang yang diberi kuasa menyalah kuasanya. Ahli politik melayu takut hilangkan kuasa sangup kompromi untuk kekalkan kuasa, orang yang kaya mampu beli siapa saja demi menjayakan hasratnya. Kita jangan hanya beranai menghulus kris di di dalam dean saja, jangan kita jadikan kris perhiasan kahwin saja. Kri adalha lambang kedaulatan bangsa ia patut dan gunakanlah ia pada tempat dan masa yang sewajarnya. Janganlah dijadikan kris berselang untuk mencari makan sahaja tetai jadikan ia sebagai kuasa mengahalang genjala yang mahu menghancurkan bangsa . negara dan agama. Kerajaan yang berkuasa adalah kerajaan yang menggunakan sepenuhnya kuasanya.

Wan Shamsudin said...

Salam hurmat Dato;

Semoga ayahanda Dato cepat sembuh.

Persoalannya, kenapa terlalu ramai pendatang ada di Negara kita ini? Apakah yang membuat mereka sanggup berhijrah ke Negara kita?

Niat Kerajaan di suatu ketika amatlah baik untuk membawa masuk pekerja pekerja yang mahir atau kurang mahir dari luar negara.Terutamanya di sektor perladangan dan pembinaan.Ketika itu Negara kita pesat membangun dan tenaga kerja amatlah di perlukan.Kerajaan membuat keputusan membawa masuk pekerja pekerja dari Indonesia dan Bangladesh.

Dengan adanya restu dari Kerajaan maka ada ramai gulongan tertentu termasuk ahli politik mengambil kesempatan untuk membuat harta. Ramai yang menjadi kaya raya, beberapa menteri dan anak beranak terlibat didalam 'business' ini.Orang orang tengah inilah yang benar benar membuat duit, yalah satu kepala, komisyennya ribuan ringgit.

Di sektor hiburan, lain pula caranya. Apabila lesen lesen hiburan di luluskan maka tentunya diperlukan penghibur yang 'bergetah dan muda.' Maka datanglah 'pelancong pelancong' hiburan dari luar negara, terutamanya dari Negara Cina, Vietnam, Rusia dan banyak lagi.
Orang orang tengah juga yang menjadi kaya raya. Ini melibatkan pegawai pegawai penguat kuasa.Mereka pun turut 'tumpang' tuah, di pergunakan olih 'agen agen ayam' tersebut.

Saya amat yakin jika ada kejujuran dan moral yang baik dari pihak perlaksana, maka tentunya perkara ini dapat diatasi dan dikawal dengan baik. Akan tetapi bila semuanya melibatkan agenda peribadi tanpa kira halal dan haram maka perkara ini menjadi ketara.Kesannya di tanggung olih Rakyat.Contohnya rompakan, rogol, bunoh, perceraian dan bermacam macam lagi bentuk jenayah dan masaalah 'sosial' telah berlaku setiap hari.

Semoga kita mendapat 'satu'kerajaan yang benar benar jujur lagi berperihatin demi menangani masaalah Rakyat.

Anonymous said...

Kenapa pendatang haram ramai?

Orang-orang UMNO kena jawab lah, sebab UMNO yang berkuasa dari dulu sampai sekarang.

Puteri Gunung Baling

dreality said...

Jika benarlah terhadap PKM (Parti Komunis Malaya) yang kita amat dendamkan, mengapakah ahli-ahli lain seperti Rashid Maidin dan (Allahyarhamah)Shamsiah Fakeh kita benarkan pulang? Adakah kerana yang berdua ini Melayu sedangkan Chin Peng Cina? Mungkin Dato' boleh huraikan.. Malang arawah bapa mentua saya yang juga berkampung di hutan masa dharurat tidak lagi bersama saya untuk membincangkan polemik ini.

Bg Gen(Rtd) Borhan said...

DATO kadir;

Saya bekas Tentera berkerja bahagian Risikan salama 29 tahun.dah Pencen.Pangkat saya yang akhir ia lah Birgd General.

Setai hari RTM dan Akhbar Utusan telah menyerang Chin Peng dan Party Komonist Malaya dan ajaran Komonis yang kata mereka amat berbahaya dan merupakan musoh utama kita.Saya setuju dan tidak setuju.

Kenapa kita tiba2 timbulkan isu Chin Peng ini dengan tiba2 pada hal kita telah berdamai dengan Chin Peng dan PKM sejak 20 tahun dahulu.

Ada kah kita hendak mengunakan isu ini untok menaikan semangat Melayu untok menyokong Kerajaan.Jikalau betul ini meryupakan tindakan yang desperate dan berfikiran cetet Pak Menteri kita terutamanya Dr Rais Yatim.

Pada 2 June PM Najib dan rombongannya akan melawat Beijing sacara resmi.Antara missinya yang utama ialah untok memujok China melabor di sini,membawa masok wangnya untok membeli saham kita dan membantu membiayai projek infrasaructure kita saperti Jambatan kedua Pulau Pinang.

Kerajaan Cina,maseh merupakan kerajaan komunis dan Party Komonist Cina merupakan tunjak Pemerentah Kerajaan.

Chin Peng meseh mempunyai rumah dan keluarga di Cina dan kebanyakan pegawai Tinggi Parti Komonist Cina merupakan comradenya.Hubongannya dengan Pemimpin Cina maseh intim.

Apakah tindakan kita menyerang PKM dan Chin Peng tidak di ketahui oleh Party Communist Cina.

Apa kata jika Chin Peng mengangkat telephone dan bercakap dengan Comradenya di Beijing supaya tidak melayan permintaan Kerajaan Melayu malaysia yang di ketuai oleh Najib yang amat desperate untok mendapat bantuan Cina.

Lee Kuan Yew merupakan orang yang paling agressive menghapuskan pengaroh komunis di Singapora,Ini berlaku pada tahun 60 han.Sekarang ia menjadi Penasehat Ekonomi Kerajaan Cina dan melabor berbillion Singapora Dollar di Cina termasok pemegang saham terbesar di ICBC Bank.Kerajaan Cina juga menyimpan berbillion Singapora Dollar di Singapora termasok membeli saham Singapora Petrolean yang di mileki oleh Temasik.

Sampai bilakah Pemimpin UMNO Melayu Malaysia tidak memainkan emosi Rayaat dan memerentak dengan mengunakan otak yang di kurniakan oleh Allah walau pun kechil.

Pak Lang said...

Datuk,

Saya setuju tindakan Utusan memberi perhatian luar biasa kepada kes ini. Kenapa salahkan Utusan, sedangkan isu ini dibangkitkan oleh oleh pemimpin Cina komponen BN. Lagi pula blog-blog telah lama memainkan isu ini. Malahan ada yang menyiarkan tentang website PKM. Ini bukan soal nak dapatkan sokongan Melayu. Tapi tak ada salah kalau nak ingatkan Melayu. Harap orang Melayu tidak terus menerus bersikap apologetik.

Sepatutnya Malaysia tidak bergantung sangat kepada wang dari negara China. Perkara seumpama inilah yang membuatkan kita terjerat. Kenapa tidak cari dari sumber-sumber lain untuk membiayai projek. Well, kalau China tidak mahu bagi pinjaman kerana sikap kita yang anti-komunis, itu hak dia. Kita tidak perlu sujud dan menyembah.

Memang betul Malaysia berdamai dengan Chin Peng 20 tahun lalu.Kerana itu kini pengganas-pengganas komunis yang memegang pasport Thai, menggunakan nama Thai dengan mudah boleh masuk ke Malaysia. Malahan rakyat Malaysia (keturunan Cina) pula berpusu-pusu melawat kampung-kampung komunis di Selatan Thai bertemu/berbual dengan dengan "pejuang-pejuang kemerdekan" ini. Mereka juga tentu melawat tugu peringatan komunis di sebuah kampung di Wilayah Yala. Tugu peringatan yang tinggi, lengkap dengan bintang warna merah dan ayat-ayat yang memuji dan menghargai perjuangan perwira-perwira (PKM). Tugu ini lebih kurang sama seperti yang kita sering lihat di negara China (PRC), Vietnam dan Korea Utara.

Mereka juga tentu melawat muzium di kampung-kampung komunis di Wilyah Yala dan Songkhla. Konon-kononnya muzium yang mempamirkan sejarah PKM dan barbagai peralatan, senjta dan lain-lain merupakan sumber kewangan bagi penghuni-penghuninya. Disatu sudut yang lain ianya tentu merupakan strategi yang baik dan berkesan untuk memperingati perjuangan dan menyebarkan dakyah PKM.

Tidak mungkinkah idelogi komunis disuntik dalam jiwa anak-anak muda Malaysia melalui interaksi dengan pengganas-pengganas komunis ini. Masanya telah tiba bagi kerajaan melihat isu ini dengan lebih serius.

Pak Lang said...

Datuk,

Dalam isu pendatang haram ini rakyat Malaysia berpecah belah mengikut etnik. Bukan Melayu marahkan pendatang haram Indonesia, tapi mereka tidak marah tentang pendatang haram dari China, India, Vietnam dn lain-lain. Malahan ada yang memberi galakan. Tapi orang-orang Melayu marah pada semua termasuk Indon.

Pendatang haram ini masuk kerana mudah dapat kerja. Majikan pula (kebayaknya bukan Melayu) sukakan mereka kerana boleh bayar gaji rendah. Tak perlu buat sumbangan EPF dan berbagai lagi. Jadi siapa yang menggalakkan pendatang haram? Melayu?. Lihatlah projek-projek membina bangunan yang mengaji pekerja-pekerja haram ini kepunyaan siapa? Siapa kontrektornya?.

Kemudian cuba siasat dari lebih 250 "out sourcing companies" yang diberi lesen membawa masuk pekerja-pekerja asing berapa sebenarnya kepunyaan Melayu? Berapa pula yang Melayu hanya jadi "sleeping partner". Berapa pula syarikat Melayu yang sewa lesen dan berpuas hati dengan pendapatan RM10,000 sebulan sedangkan penyewa boleh dapat sampai sepuluh kali ganda. Paling serokok sekali siapa pula orang-orang Melayu ni? Bukannya Mamat, Dol Keropok atau Mat Sabun. Mereka ada kaitan dengan politik. Kalau tidak tak usah cakaplah. Teriak ayaq mata darah pun tak dapat apa-apa? Begitu juga dengan yang bukan Melayu. Mereka juga mesti penyokong-penyokong parti-parti politik komponen BN.

Jangan salahkan kakitangan kerajaan. Undang-undang tidak akan dapat ditegakkan selagi terlalu banyak menggunakan "budi bicara". Kakitangan kerajaan juga terpaksa berdepan dengan tekanan politik. Orang-orang politik baik kecil atau besar termasuk pemerintah dan pembangkang sering menggunakan ugutuan terhadap kakitangan kerajaan. Selagi imigresen dan kastam kita tidak "strict" seperti pegawai-pegawai dari "Homeland Security" di USA selama itulah pendatang haram akan bermaharajalela di Malaysia. Pertama sekali setiap peringkat mesti hapuskan "budi bicara" dan setiap menteri jangan campur tangan dalam hal ehwal kementerian-kementerian lain. Disamping itu biarkan pegawai kerajan menjalankan tugas dengan bebas tanpa campurtangan politik.

Untuk mencapai kejayaan parti-parti pembangkang mesti bersatu dengan kerajaan untuk menjayakan sesuatu dasar seperti isu pendatang haram ini.Jangan pula putar belit untuk kepentingn politik pembangkang.

Sekarang ni terlalu ramai pendatang sah dan haram dan ada antara mereka bersekedudukan sesama sendiri dan dengan rakyat tempatan dan mendapat anak.Apakah isu ketiadaan "Surat Beranak" yang menggegarkan Malaysia tidak berapa lama dulu akan berulang kembali. Hiran, klau di zaman Jepun ibu bapak boleh pergi mendaftar kelahiran anak, kenapa pula agaknya perkara ini tidak boleh dilakukan dizaman merdeka dengan berbagai kemudahan yang disediakan. Hairan pula perkara ini terjadi dikalangan etnik tertentu sahaja.

-thethinker- said...

komen paklang tuu , memang sah komen dari seorang pendokong politik rasis.
Nampaknya , paklang tak sedar b/mana hebatnya masyarakat bukan melayu ( terutama cina ) yg mendesak kerajaan memberi perhatian terhadap kemasukan gadis gadis China yg menyalahgunakan pas lawatan.NGO NGO terutamanya NGO wanita giat membuat kempen dan desakan terhadap kerajaan kerana kebanjiran mereka ini yg bergiat dlm aktiviti tak bermoral ( bukan semua , segelintir )

Yg masalah utama ialah , pendatang haram indon yg ganas , yg seperti mendapat lesen , berani keluar kepekan , kebandar walaupun diri tuu haram , lepas 1 generasi , dapat taraf kerakyatan ,sekaligus taraf bumiputra , mungkin lepas tuu boleh jadi MB amno macam wak Khir Toyo kita tu kan ?

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

tahniah kpd PR dan pengundi penanti, dato bagi sedikit kredit la kat depa ni!!!menang bergaya yg akan ketaq lutut bn kat MU nnt....

berbalik kpd perihal pati, pokok pangkalnya penguat kuasaan undang2 dan dalang disebalik mereka ini....

penguatkuasaan yg lemah dipintu2 masuk malayISA, sepatutnya dari pintu masuk sudah boleh disaring individu2 ini....

bila saringan berjaya penguatkuasa mahu menegakkan undang2... ada pula dalang2 dari vip2..pak2 menteri yg campur tangan secara langsung atau tidak....jadi bagaimana hendak disekat kemasukkan pati????

isu rasuah dan salah guna kuasa masih tidak habis2 di malayISA

p/s : sesiapa pun boleh keluar atau masuk negara kita, tapi INGAT bila dah masuk sila patuhi undang2 dan jaga perangai!!!my 2cents

HAMBA ALLAH

Melayu Kampung said...

Dato'
Sebenarnya ada di kalangan rakyat Malaysia yang berasakan bahawa mereka amat diperlukan,maka timbul lah bermacam macam gesaan dan permintaan yg dibuat umpama paksaan.Mungkin disebabkan pemimpin kita hanya memikirkan bahawa tanpa mereka itu kita akan binasa.Tp perlu diingatkan bahawa tanpa ada Melayu siapakah mereka (pemimpin UMNO).

Buyong said...

Bila masa Chin Peng ni warganegara malaysia?

Dia mungkin lahir di malaysia tetapi kedua orang tuanya adalah imigran Cina.

Mereka tidak pernah dianugerahkan kewargenegaraan sampai la le ni.

Habis tu apa yang sibuk nak suruh dia datang sini?

feeza said...

Saya faham apa yang 'tersirat' daripada tulisan Dato'. Semoga Allah panjangkan umur Dato' dengan rahmatNya.

Shah said...

Dear DAKJ,
At the height of the communist insurgency , one of my cousins who was about 8 years old then was burned alive when communist terrorists burned our village near Kampar, Perak.In the melee that ensued our parents could not locate him. Later on his charred body was found in the kitchen part of our wooden house. It appeared that he had hidden himself under the 'dapur masak'. Of course the feeling of anger and revenge against the CTs was and is always there amongst us. What kind of freedom fighters would kill innocent civilians?. That was about 55 years ago. Do I support Chin Peng to return and spend the rest of his life in this country which he and his CPM members who had used force to turn into a communist nation subservient to communist China? The answer is YES with one BIG condition which is; he must publicly apologise and show the utmost remorse for what he and his comrades had inflicted on the people of the then Malaya in their armed struggle to establish a red Malaya.
In this connection I think the view of some UMNO politicians such as Ahmad Zahid on the issue of the possible revival of the communist movement in Malaysia is far-fetched and misplaced. How can one make a conlusion that when some people talk about UMNO elite or government elite, that reflects communist thinking on their part. It just shows how shallow is Ahmad Zahid's knowledge on communist ideology and terminology. The term elite has never been part of communist sloganeering.It is a modern term to describe the cream of a group of people in any field e.g. the elite clubs of the English Footbal League, the elite golf or badminton players , PTD as the elite civil service, the American marines as the elite of the American armed forces and so on.The favourite terms of the communists are words like 'the bourgeois class', proletariats, comrades, capitalist-imperialists, neo-colonialists, etc.etc. So for people like Ahmad Zahid, please check your facts before you open your mouths.

Nazir Azhari 017-6878129 said...

Semasa saya di bangku sekolah menengah dahulu, sekitar tahun 1994-1995, guru Bahasa Melayu saya pada waktu itu meminta para pelajarnya termasuk saya sekali menulis karangan mengenai isu "Pendatang Tanpa Izin dan cara-cara mengatasinya". Saya memberikan beberapa idea dan cadangan-cadangan yang agak ekstrem pada pandangan guru saya seperti mengenakan hukuman sebat 20 kali, menembak mati mereka yang cuba menceroboh negara ini di sempadan darat serta laut di samping mengantung sampai mati pengkhianat negara yang membiarkan pendatang haram membolosi sempadan Malaysia. Mungkin waktu itu perkara ini bukan perkara serius. Tetapi jika perkara-perkara yang saya cadangkan itu dilaksanakan 15 tahun yang lalu, adakah berani pendatang haram memasuki Malaysia?

Anonymous said...

BG(Rtd)

O iya.. kerana uang

maka kerana uang, semua nya jadi boleh?

sebagaimana kerana uang juga maka negeri dah lama boleh terpajak tergadai

sedang anak negeri dah sekian lama terrrrempat

kerana uang

orang datang dapat dah alienated land.. jutaan ekat alienated freehold

anak negeri di alienated..

kerana uang

lebih lebih kerana kepinginkan uang asing & ah seng

heheh.. sekarang nak raih duit kominis pulak? hehehehhhh

{otak askar ni betul ke ni?}


macham mana saya boleh lupa semua bukit dah disondol terbarai

& sawah dah juga dikasi kontang bila balak dah lama habis diusung pergi

maka kerana uang jua kampong semerata malaya dah lama kena tinggal

semata bagi menjamin untong buat pembesar & pemimpin memberi saja hak bebas cukai 10 tahun bertahun2 ke pelabur asing/ah seng

sedang anak negeri tenaga buroh tak diberi hak berkesatuan bagi menuntut keadilan upahnya - maka mana pergi ketuanan yang dicanangkan nya?

letak kat mana segala harta syer pemimpin melayu - berkepok tu patutnya dah - sejak british datang & pergi?

kenapa difaraidkan sudah semuanya habis kat pendatang? tak mungkin ditebus harta syer pembesar melayu tu?

-- sebut aja ladang klk, ioi, asiatic contohnya... yang asalnya british punya kan? jual pada sapa?

why aahh?

Tolong explain sikit bagi tau kat saya yang tak arif ni

~ Bais

Anonymous said...

orang datang dapat dah alienated land.. jutaan EKAR alienated freehold

~ Bais

Anonymous said...

Habistu macam mana Datuk?

Kita kenal mereka ini

Apakah mungkin perlu diadakan saluran khas supaya Rakyat dapat memberi maklumat mengenai kehadiran Pendatang Haram secara sukarela?

Apakah pihak berkenaan dapat memberi jaminan keselamatan mereka yang tampil hadapan membuat laporan?

PENIAGA

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.....

semuga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik dan cemerlang kepada ayahanda datuk dan sekalian keluarga....

1. hari ini depa kata chin peng tak bersalah. esok depa kata british mulia dan kita patut kembali jadi jajahan british...tadak masalah cari masalah...

2. slah kita jugak.govyt shud be spread all news, stories and real situation that been done by communis. yang lebih formal...

3. pendatang haram.yup!kita lembut dan lembik. habuan dia penyakit yg patut dah lama eradicate, ada balik n jenayah bertambah2 melampau...etc2

4. kita punya la layan depa baik2.buat kem deportasi, bagi makan minum,tiket etc2...depa?more n more provocation...manohara,ambalat,
kebudayaan,blablabla...

5. govt kena tegas...seriously..or esok lusa much2 more complication will happen....

thanx, wassalam

H.A.P.R.A.K

pakbelalang said...

KUALA LUMPUR, June 1 (Bernama) -- The Ex- Servicemen's Association has called on the government to use the Internal Security Act (ISA) against anyone, including politicians, who proposed or supported a move to allow former communist leader Chin Peng to return to Malaysia.

comment:

Sudahlah ! Don't politicise this issue any further. Just put it to rest, period. Lets move on to other productive matters to think of. Lets assume Chin Peng is DEAD. Forget about him. What is the point of making him in the limelight. He is just a pariah.

Pak Lang said...

Datuk,

-thethinker- mendakwa komen saya racist dan saya dari kumpulan racist. Tapi saya nak tanya bagaimana dengan komen-komen dibeberapa blog yang terang-terang racist.

Begitulah bila Melayu cakap sikit dituduh racist. Ini trend baru dalam politik negara sejak PRU 12.

a.z said...

Points taken Dato'. Ada yang komen pada isu yang sebenarnya tak ada isu, ada yang cerah hatinya, nampak isu yang sebenar.

Tapi apa yang kita patut buat? Tentang masalah pendatang asing? Tentang ketirisan berbilion-bilion ringgit? Tentang jenayah, tetang kerosakkan moral, tentang ekonomi, tentang penindasan, tentang kelas atasan yang tak habis-habis meminta keistimewaan itu dan ini, Tentang ahli politik yang buta lagi tuli? Yang turun ke padang sekadar publisiti tapi hampeh apa pun tak jadi?

What is there left for my generation and my children's generation?

Sivakumar said...

Dalam isu politik tempatan saya memang tidak setuju dengan pendirian Dato' Kadir.

Tapi pasal pendatang haram ni saya setuju dengan Dato' agar syarat kemasukan pelawat ke dalam negara kita diketatkan sungguh-sungguh.

Kita kena kekalkan negara ini untuk penduduk/warganegara negara ini yang sayang pada Malaysia dan darah dagingnya itu bertumbuh besar dari zat tanah bumi ini dan bukan membenarkan mereka-mereka yang datang dari luar untuk mempergunakan negara ini. Tapi Dato' kena ingatlah...... rejim yang membenarkan kemasukan berjuta-juta pendatang haram dan separa haram spt. pekerja-pekerja dari Indon dan Bangladesh tu golongan yang rasuah dari rejim Barisan Nasional.

Ini yang buat saya sakit hati Dato'!

hlekir said...

Salam dato',

Membawa masuk pekerja asing membawa pulangan yang lumayan sekali. Ini dimonopoli oleh mereka yang ada hubungan rapat dgn pemerintah. Tak perlu berniaga, tak perlu masuk tender, tak perlu sediakan bon pelaksana, tak perlu mengadap bank, tak perlu tunggu payment lama2. Seorang `org tengah' yg berjaya mendapatkan kelulusan menteri bagi membawa masuk pekerja asing akan dibayar antara RM500-RM1000 bagi seorang pekerja. Pada zaman 80an sewaktu zaman dr M, lagi banyak yg kaya dengan hasil sebegini. Mereka ini tidak kira orang yg masuk sapa, buat apa, nak jadi apa. Kalau menteri lulus 1000 orang, ertinya pendapatan `org tengah' ini antara setengah juta hingga sejuta ringgit. Ramai ahli2 politik sepenuh masa parti pemerintah yang kaya dengan cara ini. Kalau dato' naik kereta dengan mereka2 ini (jawatan tinggi2 dlm parti) tak tersebut langsung perbincangan berkaitan rakyat, hanya cerita projek yg mana yg dah dapat dan yg dalam rancangan (nak minta direct nego).

Sapa lagi yg kita harap dapat selesaikan masalah pendatang haram yg semakin menyesakkan mata, hati dan emosi rakyat ??

Anonymous said...

Dato

Seperti komen-komen lain, saya juga hairan kenapa isu Chin Peng and PKM diheboh-hebohkan masa kini, walaupun mereka sudah lama tidak relevan kepada semua rakyat. Mungkin in wayang kulit UMNO and parti-parti komponen BN untuk menhasut isu perkauman?

Dato, jika isu Chin Peng adalah kehendak paum cina, kenapa pula DAP tidak sokong, bukan kah DAP parti cina dan berjuang untuk kehendak kaum cina?

Saya juga hairan kenapa Dato perlu kaitkan isu Chin Peng dengan perkauman? Kenapa Chin Peng orang cina semestinya orang cina menyokong dia? Mungkin perbuatan "mischievous" Dato ini juga hendak menghasut isu perkauman.

Hairan

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri Suru,

Terima kasih. Saya sudah lawati blog "penpusaka". Saya ambil maklum kenyataan Sdr YB Husam Musa.

Satu perkara saja. Dalam Perlembagaan Malaysia sekarang, Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan.

Adakah Pas akan menolak Melayu dalam Perlembagaan kerana Pas mengutamakan Islam?

Terima kasih.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Masalah PATI dah jadi barah. Banyak pekerja asing bila habis tempoh tak mahu balik.

Ada yang sinis kata kalau semua dihantar balik, siapa nak kerja kilang, ladang dan pembantu rumah sebab orang kita tak sanggup.

Bukan masalah sanggup atau tidak, nak kerja kat Malaysia boleh, tapi dengan permit dan bila habis projek atau permit maka baliklah ke negara masing-masing. Di sinilah perlunya penguatkuasaan seperti polis, imigresen dll.

Sepatunya ada beberapa sektor sahaja yang perlu pekerja asing, tapi kat Malaysia ni pergilah ke mana-mana sektor, penuh dengan pekerja asing. Hatta sekarang ni pemandu teksi pun sudah ada warga pakistan... sadisnya....

me said...

Masalahnya, walaupun majoriti tentera Melayu, dan majoriti Komunis Cina, mengapa perlu dijadikan isu perkauman dan bukan ideologi?

Orang Malaysia ni kerap sangat melihat setiap isu dari segi perkauman, walaupun dalam situasi di mana faktor kaum adalah kurang penting.

Sebab tu lah kita kurang upaya menilai sesuatu isu secara kritis.

me said...

Mengapa juga isu pendatang haram ni cuma menjadi isu besar masyarakat Malaysia secara umum apabila gejala ini merebak ke Semenanjung Malaysia?

Bukankah sudah berdekad-dekad kerajaan persekutuan menyekat usaha kerajaan negeri Sabah dalam menentang masalah pendatang haram yang sudah berleluasa sejak tahun 70an lagi?

komando said...

KEPADA YBHG DATO'

Adakah satu perkara yang AMAT DAN SANGAT pelik...

Kenapa di Sarawak KEPALA ATAU TAIKOH - BONG KEE CHOK SEORANG KOMUNIS DITERIMA BALIK?

TIDAK KE DIA MEMBUNUH DAN SUSAH KAN HIDUP RAKYAT SARAWAK DAN SEMUA KAUM? TAK KIRA APA PUN BANGSA?

BELIAU SUDAH JADI SEORANG AHLI KOPORAT YANG BERJAYA DAN JADI JUTAWAN....KENAPA ORANG SANA TAK MARAH ATAU UGUT BUNUH DIA?

KENAPA TAK KELUAR GAMBAR MAKCIK DAN ANAK MENANGIS DI KACA TV?

INI SEMUA SAYA PELIK SANGAT? ADAKAH SARAWAK ITU NEGARA LAIN DAN ADA UNDANG UNDANG LAIN PULAK NYA?

komando said...

DATO KADIR,

SATU PERKARA PELIK KENAPA TUN MAMHATIR SAYANG DENGAN JEPUN...?

MEREKA MASUK CEROBOH NEGARA KITA DAN BUNUH RAMAI RAKYAT CINA,INDIA & MELAYU SEMUA !

KENAPA TAK HARAMKAN MEREKA DATANG KE NEGARA KITA? TAPI SURUH RAKYAT IKUT BUDAYA MEREKA.

TAPI BELI BARANG DAN GUNA BARANG MEREKA!

AIYOH MANYAK PENING LOH?

EMOSI KE REVOLUSI ?

A KADIR JASIN said...

Sdr Komando, para pembahas dan pembaca, berikut mengenai Bong Kee Chok daripada Wikipedia:

"North Kalimantan Communist Party
From Wikipedia, the free encyclopedia

North Kalimantan Communist Party was a communist political party based in the Malaysian province of Sarawak in northern Borneo. It was founded on September 19, 1971. Before that, the group had been operating under the name Sarawak Communist Organization. The chairman of the NKCP was Wen Min Chyuan. He had been a leading member of the Sarawak United People's Party 1960-1964.

The membership of NKCP was predominantly ethnically Chinese.

The armed wing of NKCP was Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU).

In 1974 a break-away group led by Bong Kee Chok signed a peace treaty with the state government. The Bong Kee Chok faction was larger than the remaining Wen Min Chyuan faction.

The NKCP gradually declined. In 1989 CIA estimated that the group had around 100 fighters. On October 17, 1990, the NKCP signed a peace-treaty with the state government and dissolved. Several guerrilla fighters were reintegrated into civilian life."

Terima kasih.

komando said...

Dato'Kadir, adakah komunis sarawak beza dengan komunis malaya?

Apa kah bezanya kalau ada?

...lagi pening aku !

Sha said...

Kerajaan kita ni sibuk menyalahkan para majikan kerana mengutamakan pekerja asing daripada rakyat sendiri. Padahal kaki yang bawak diorang ni masuk pun orang2 kerajaan jugak.

Konon cakap nak hentikan kemasukan dan pengambilan pekerja asing tapi pegi sajalah kat KLIA dan tengok berapa banyak pekerja asing masih masuk (tapi tak keluar) ke negara ni?

Ini semua cerita duit. Tamak haloba kerajaan kita ni dah tak dapat nak dibendung lagi dah.

affendi hussain said...

Tu baru cerita buruh yg dibawa masuk secara haram apa pun takdak..belum lagi cerita bawa masuk 'consultant' asing yg temberang bagai nak rak..caj perkhidmatan gila2 mencanak..hasil sebenar tetap tak nampak..last2 yg selesai masalah org tempatan lah jugak...haprak!

Dah mmg mentaliti pemimpin malaysia mcm tu..baik dunia politik or keparat..opps.. korporat dah memang begitu.. sama saja 51thn masih terjajah minda dah keras membeku..lebih rela bayar berkepuk kat org luar dari anak tempatan yg layak beribu-ribu..

Org malaysia tak percaya dgn kemampuan warga tempatan sendiri..pemimpin Melayu pun tak percaya dgn kebolehan anak melayu sendiri..rela dengar nasihat kaum asing dari luar negeri..tak payah tengok jauh ni.. Tok Najib tu pun sama mcm isu Petronas baru ni..

...kepimpinan melalui teladan ntahapapa..jadi apa nak cerita lg daa..tengok sarkas masa raya lg bagus daa..boleh jalan daa...

Alkisah Chin Peng pula..mengapa tiba2 ada puak2 sengal yg nak mengangkat dia jadi hero semula.. bila masa dia wira negara.. ?

Dah tanya majoriti? sama ada dia layak jadi wira dihati atau layak campak ke perigi?

Tepuk dada buat pungutan suara..nescaya suara nyata akan berkata.. puak syok dgn agenda sendiri ni asyik terkinja mcm kera..suka mencetus sentimen membara..layak ditendang keluar dari negara..

huh..sungguh pak lawak mereka..otak sengal kena sapu minyak geliga..

(",)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).