A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
APABILA pengurangan peruntukan belanjawan (budget) menjejas perbelanjaan makan pelajar asrama sekolah kerajaan, saya rasa kita perlu mula berasa bimbang.
Bukan apa, tetapi yang selalu kita dengar dilaungkan ialah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
Jadi apabila yuran makan asrama dinaikkan atas alasan kerajaan mengurangkan peruntukan pelajaran dalam Belanjawan 2010, saya jadi bingung.
Yang mana satu diutamakan -- rakyat jelata atau pencapaian kewangan kerajaan?
Bukan kerana jumlah sebenar iaitu daripada RM1 kepada RM3 sehari, tetapi daripada sudut kuantum dan prinsip. Daripada aspek kuantum, ia adalah besar – dua kali ganda. Daripada sudut prinsip pula, ia macam terbalik. Kerajaan kurangkan peruntukan dan rakyat jelata kena tanggung beban.
Soal hanya ibu bapa dan penjaga berpendapatan lebih RM5,000 sebulan saja yang kena bayar kadar baru itu bukan isu pokok. Mungkin RM3 sehari tidak besar bagi mereka tetapi kita kena ingat, mereka juga dikenakan cukai pendapatan yang lebih tinggi.
Inilah yang saya fahami apabila membaca laporan Bernama yang memetik Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan Zulkurnain Awang sebagai berkata langkah kementerian menaikkan yuran makan bagi pelajar asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari mulai tahun depan merupakan antara strategi untuk mengurangkan bajet bagi tahun depan.
Katanya, "Melalui cara ini kita dapat mengurangkan perbelanjaan memandangkan peruntukan bajet dalam bidang pendidikan dikurangkan tahun depan.”
Dalam bahasa yang mudah, oleh kerana kerajaan kurangkan peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2010, maka bebannya dipindahkan kepada ibu bapa dan penjaga.
Kemudian dia berkata: “Bahkan banyak lagi perkara lain yang boleh diteliti untuk dikurangkan di masa depan seperti berjimat pada benda-benda yang tidak memberi kesan tinggi dalam bidang pendidikan."
Tidak tahulah saya, tetapi bukankah lebih elok diteliti dulu benda-benda lain yang boleh dijimatkan sebelum memindahkan beban pengurangan peruntukan kepada ibu bapa dan penjaga?
Maaf cakaplah, kadang-kadang saya mendapati sukar memahami dan menrasionalisasikan antara ikrar pemerintah dan para pesuruhnya dengan apa yang dilakukan.
Saya kurang pasti masa ada mereka tidak komited kepada apa yang mereka ikrarkan atau mereka tidak tahu bagaimana melaksanakannya. Atau mereka tidak tahu berhujah.
Bertambah lagi kebimbangan saya apabila membaca kenyataan Zulkurnain Awang seterusnya iaitu pengurangan peruntukan tahun depan “tidak akan menjejaskan keseluruhan kualiti dan perkhidmatan oleh kementerian dalam bidang pendidikan.”
Maksudnya kualiti dan perkhidmatan bidang pendidikan akan terjejas cuma tidak keseluruhannya.
Zulkurnain berkata demikian ketika diminta oleh wartawan mengulas kenaikan yuran makan asrama yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Alimuddin Mohd Dom sebelum itu.
Saya rasa lebih baik pemerintah mengutamakan pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial yang lain daripada bercakap hendak mengganti pesawat perang, mengubahsuai kediaman rasmi dan seumpamanya.
Berapa banyak sangatlah pendapatan dengan menaikkan yuran makan itu berbanding kesan psikologi dan perhubungan awam?
Bukan apa, takut-takut KPI menteri dan pegawai naik tapi sokongan rakyat merudum.
Kalau boleh, fikir balik la kot!
Sunday, December 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
49 comments:
Assalamualaikum Dato',
1. Pagi ini saya terbaca headline sebuah akbar bahawa "TEKUN kekurangan Dana". Ini maknanya cakap tak serupa bikin.Dulu sana sini Menteri berkenaan canang bahawa dana TEKUN ditambah RM150 juta untuk membantu lebih ramai peniaga2(khususnya Peniaga Kecil Bumiputra) mempertingkatkan perniagaan mereka. Kononnya permohonan TEKUN dapat diluluskan dalam masa 14 hari sahaja. Sekarang ini selepas 6 bulan memohon pun, belum ada jawapan lulus atau tidak. Tut2 umum pula tiada Dana?
2. Bagaimana dengan slogan "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jadi dengan tiada Dana TEKUN itu, bagaimana rakyat nak didahulukan dan bagaimana pula pencapaian untuk mempertingkatkan peniagaan rakyat nak diutamakan?
3. Hari ini Pak2 Menteri kononnya nak bentang dan bincang KPI masing2 depan PM. Saya pasti semua Menteri akan kata mereka berpuashati dengan pencapaian KPI masing2. DS Hisham walaupun PM belum buat apa2 penilaian, dia dah declare yang dia dah berjaya capai tahap KPI Kementeriannya. Macam mana ni?
4. Kita tak tahulah apa pula rhotorik yang nak dikeluarkan lepas ni. Entah2 slogan baru akan diterbitkan "Keutamaan Rakyat Dikebelakangkan dan Pencapaian Ditangguhkan". Harap2 Pak2 Menteri ini jangan syok sendiri sudahlah. Nanti takut2 KPI dikatakan cemerlang tapi bila PRU13, KPI akan jadi TKO pula. Kita harap PM DS Najib lebih telus dan jujur apabila membuat rumusan dan penilaian KPI Menteri2nya nanti. Rakyat sedang menunggu rumusannya.
DAKJ,
Come on lah ..... we have by now inefficiency built into the govt sector... I cannot remember which part of tv speech where PM says he cannot give bonus because we now have 1.2 million govt servant n it would strain the operating budget.
Imagine in terms of ratio against malaysian population of lets say currently is 27 million.... 1 govt employee takes care 22.5 person and yet..... sendiri pun tahu, betapa "cekap" nya perkhidmatan kerajaan yang sedia ada.
Contoh: Keluarga saya dah turun naik mahkamah nak keluar kan letter of administration daripada mahkamah tinggi sampai la ni tak keluar...dah lebih 5 tahun....
"justice delayed is justice unserved"
Check next door as in our neighbour down south what is their ratio?
Urgh....
Kekadang rasanya layan orang politik atau orang kerajaan macam layan keldai. Kalau cakap depan depan kan marah nak black list lah etc etc tapi semuanya tak pakai otak....
Itu pun DAKJ tak buka lagi cerita Pak Menteri Nazri kita lagi... Letihlah...
Keturunan Jebat
Kalau pergi kat kompleks kerajaan Putrajaya tu, hari-hari boleh nampak pekerja katering sibuk. Mesyuarat sikit aje tapi makan tetap makan. Pakai katering. Rasanya belanja makan untuk pegawai kerajaan meeting pun dah boleh bagi makan free budak-budak dok asrama tu. Belanja macam tu sebenarnya yang patut dihapuskan. Orang lain kerja jugak, tapi makan tau bayar sendiri...
AKUM DATO AKJ= Saya sependapat dengan dato berkenaan apa yang dato utarakan bebanan rakyat akan terus meningkat dan bebanan kerajaan hendak dikurangkan maka kenaikan sesuatu perkhidmatan kerajaan itu dipindahkan kepada rakyat mengapa kenapa jawapan nya ada pada leadership maker ply life gambling people crazy?lu fikirlah sendiri rakyat malaysia. Saya pasti kemasukan pelajar keasrama pada tahun depan akan meningkatkan kos ibu bapa walapun bunyi nya indah tapi kepritan nya akan dirasai kerana ibu bapa juga akan membayar pelbagai kos lagi yang perlu dijelaskan kepada pihak sekolah ini juga harus difikirkan nya.RM 5000 bukan sebesar mana pun kalau kita tinggal dibandaraya seperti pulau pinang kuala lumpur petaling jaya putera jaya atau ipoh apakah kerajaan tidak memikirnya.Pendapatan sebanyak rm 5000 setealh membayar asuran kereta rumah cukai pendapatan kwsp cuba congak berapa yang tinggal cukup2 makan sahaja. Saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan dengan kewajaran nya kenaikan kerana kekurangan bajet maka ibu bapa yang akan menanggung beban nya adilkah. Betul kata dato kurangkanlah perbelanjaan yang tidak perlu saya ambil contoh kursus untuk kakitangan jabatan dan kementrian2 dikurangkan kerana saya mempunyai rakan yang berkhidmat dengan sektor awam terlalu kerap menghadiri kursus yang pada pendapat saya itu tidak perlu. cuba kita lihat majelis2 yang dianjurkan dihotel 5 star kenapa masih ada berlaku. fikirkan nya. wslm dato saya sangat geram ini
YBhg Dato'
Assalamulaikum.Ini adalah satu kisah yang menampakkan Kerajaan seolah-olah mengamalkan dasar "rob the poor for the well to do". Baru lagi Menteri Pelajaran mengatakan Kementrian akan mengenalpasti sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi dan akan memberinya peruntukan tambahan serta dengan insentif. Rata-rata kita tahu sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi terletak di bandar besar dan penuntutnya terdiri dari mereka dari keluarga yang berada. Sekolah-sekolah diluar bandar daif kedudukannya dan kadang-kadang tiada guru yang mencukupi.Adakah pemotongan bajet secara keseluruhan ada hubung kaitnya dengan rancangan menambah peruntukan sekolah-sekolah yang berprestij tinggi.Adakah orang luar bandar akan terus bertoleransi dengan situasi seperti ini.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya
dear datuk,
that is wise advise.i cant believe they would do that to school kids.i was from smsk 78 sg petani.asrama penuh.5 yrs.makan best and dapat straight as.cikgu
shukor ismail was excellent and warden was brilliant.we did better than malay college in mce 78.now makan pun nak kurang?
saya dengar from add maths teacher bukit indah ampang,passing mark add maths ialah 20percent.apa
hal ni???
jo
Dato'
Rakyat Malaysia terutama mereka yang memegang tampuk kepimpinan dalam pelbagai organisasi terutama organisasi kerajaan sedang mengalami sindrom 'tangkap-muat' atau 'asal buat' yang membimbangkan.
Sindrom ini dekat dengan 'malas', tapi bukan malas, cuma kurang teliti atau tiada mentaliti 'kesempurnaan' di dalam menghasilkan kerja.
Seperti kata Dato'-apalah sangat budget makanan sekolah asrama yang dapat dijimatkan berbanding dengan kesan psikologi dan perhubungan awam.
Sudah hilang semangat pemikiran kritis pemimpin2 kita agaknya sampai hendak dipotong segala2 yang ada. Sedangkan perolehan dari penjimatan itu langsung tiada jaminan.
Berkait dengan PM kita, saya berani katakan sekarang, seperti yang saya dah katakan dahulu, slogan yang digunakan sudah gagal malahan sudah 'makan tuan'.
Pihak pembangkang dan pihak musuh dalam selimut menggunakan slogan ini untuk menembak pemerinth habis-habisan. Sedangkan pemerintah langsung lembik tak bermaya-terkena sindrom koro.
Assalammualaikum Pak Kadir...
Kita pernah beberapa kali share satu lif kat NST dulu..tapi saya segan nak tegur/senyum sbb Pak Kadir kelihatan begitu berwibawa masa tu..dan saya cuma staf yang dalam probation hehehe..
Pak Kadir masa tu nampak serius & garang..tapi pelik..ramai kuli2 cabuk NST yang merasa belanja teh+roti canai Pak Kadir!
..dah 12 tahun berlalu..kekaguman saya terhadap Pak Kadir masih sama..walaupun..sekarang ni..selalu share lif dengan orang yang lebih ceria dan friendly!
Salam dato,
La ni nampaknya lagi tinggi pangkat pegawai kerajaan ni makin tinggi semangatnya mengurangkan belanja wang kerajaan.....TETAPI DIA NI SALAHHHH!!! ITU DUIT RAKYAT BAYAR CUKAI macam-macam.
DIA ni dah tak kenal dan tidak dapat bezakan pokok dengan hutan dah ni...
PELAJARAN adalah pelaburan NEGARA ,bukan belanja `hangus' macam beli kapal terbang,renovate rumah menteri, renovate pejabat, beli kereta baru pegawai,nak gaji,tambah elaun dan macam-macam `claims' lagi......
KALAU NAIKAN YURAN SEKOLAH....sama macam suruh anak-anak orang kampung/kurang mampu berhenti sekolah!!....
PM..ooh PM, jangan sampai begini
temberang kamu semua!!!
DAMN IT!.
Abu Bakar Ab Rahman
1 Malaysia - Kerajaan Dan Pemimpin Di Dahukukan, Rakyat Di Ketepikan..
Setju dgn Dato' buka isu extra RM2 kena bayar tapi dari segi prinsipal mengurangkan budget pendidikan dan pelajaran akan memberi impak kepada keseluruhan jentera pentadbiran. Kami rakyat yang gaji beribu pun bayar tax woi....
Kalau betul kerajaan takde duit (betul ke..??? Memang betul) patut kurangkan budget pada sesetengah potfolio seperti kementerian pertahanan, sukan, pelamcongan etc... yang banyak berlaku ketirisan...
Bak kata seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab, alasan tida liputan secara langsung sukan SEA sebab tak mahu membazir wang rakyat...
Selama ni wang rakyat digunakan dengan berhemah ke..? Liputan Sukan SEA takpe guna duit rakyat sebab yang nak tengok tu rakyat juga... VVIP mana tengok. Apa susah.. carilah penaja... Kalau siaran langsung hiburan yang melalaikan boleh cari penaja takkan sukan yang 2 tahun sekali susah dapat penaja..???
Minta Dato' ulas program PERMATA negara. Adakah negara ketandusan pemimipin masa depan yang berkaliber sehingga perlu program PERMATA yang mendapat budget berjuta dari kerajaan. Adakah mereka yang sekolah kampung, sekolah SBP, MARA tidak layak jadi pemimpin atau konglomerat masa hadapan..???
Assalamualaikum dato'
Teringat kawan saya kata 'rakyat didahulukan, prestasi diutamakan' maksudnya, apa-apa hal rakyat kena dulu, betullah tu, masa susah rakyat kenalah susah dulu, pemimpin yang akhir sekali susah kerana prestasi perlu diutamakan....
Jadi betullah apa yang kerajaan buat, ni tengah susah, jadi rakyat kena susah lah dulu...
Saya sekarang ni dah tak faham dengan sikap orang yang mengaku pemimpin rakyat terutama orang Melayu, tak kiralah dari parti mana. Mereka bukan nak bela rakyat tapi bela diri sendiri je.
Saya rasa pada pilihan raya akan datang kita kena tengok calon lebih daripada parti.
Salam Dato'
Saya, sebagai seorang pengkaji permasalahan sistem pengurusan projek kerajaan dari sudut kontrak pembinaan Barat dan Islam sekali gus yang meliputi kos pembinaan dan penyelenggaran projek/bangunan kerajaan yang tinggi tetapi kualitinya rendah, ingin merujuk dan memberi respon terhadap kenyataan Zulkarnaian Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KSKP) yang dipetik oleh Bernama sebagai berikut, " ..........langkah kementerian menaikkan yuran makan bagi pelajar asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari mulai tahun depan merupakan antara strategi untuk mengurangkan bajet bagi tahun depan..........bahkan BANYAK LAGI PERKARA LAIN yang boleh diteliti untuk dikurangkan di masa depan seperti berjimat pada benda-benda yang tidak memberi kesan tinggi dalam bidang pendidikan."
serta ulasan Dato' mengenainya berbunyi, "........ bukankah lebih elok diteliti dulu 'BENDA-BENDA LAIN yang boleh dijimatkan sebelum memindahkan beban pengurangan peruntukan kepada ibu bapa dan penjaga? ............Saya kurang pasti masa ada mereka tidak komited kepada apa yang mereka ikrarkan atau mereka tidak tahu bagaimana melaksanakannya. Atau mereka tidak tahu berhujah.Saya rasa lebih baik pemerintah mengutamakan pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial yang lain daripada bercakap hendak mengganti pesawat perang, mengubahsuai kediaman rasmi dan seumpamanya." seperti di bawah:
Bagi saya, seperkara mengenai apa yang dimaksudkan sebagai BANYAK LAGI PERKARA LAIN dan BENDA-BENDA LAIN yang pihak Kementerian berkenaan boleh teliti untuk dikurangkan/dijimatkan kosnya seperti dibincangkan di atas ialah;
1. Menghentikan sistem tender Direct Negotiation atau Rundingan Terus atau melaksanakan sistem Tender Terbuka atau Open Tender dan Tender Terhad atau Close Tender untuk semua jenis kerja dan kelas kontraktor projek Kementerian berkenaan seperti yang dicadangkan oleh pihak SPRM.
Alasan saya, penjimatan kos projek dapat dikurangkan sehingga 20% bagi tender Rundingan Terus dan 10% bagi Tender Terhad.
2. Menghentikan penggunaan kontrak pembinaan Design and Build atau Siap Guna yang diamalkan di negara ini dan berpindah menggunakan kontrak pembinaan Design and Build yang digunakan di United Kingdom iaitu jenis pihak perunding /jabatan teknikal agensi pelaksana atau bukan kontraktor yang menyediakan reka bentuk.
Alasan saya, penjimatan kos dapat dikurangkan sehingga 15%
Atau, meninggalkan penggunaan kontrak pembinaan Lump Sum dan Design and Build dan berpindah menggunakan kontrak pembinaan Management Contract iaitu sistem kontrak yang mengubah peranan dan skop kerja kontraktor utama kepada kontraktor pengurusan yang hanya dibayar fe seperti juruperunding.
Alasan saya, pinjimatan kos dapat dikurangkan sehingga 20%.
3. Satukan projek-projek kecil menjadi projek besar dalam satu2 daerah yang meliputi projek penyelenggaraan dan menggunakan sistem Managemant Contract yang digabungkan dengan Continuation Contract.
Assalamua'laikum Datuk,
Semasa kita dapat melihat kerajaan lebih memberi tumpuan kepada mekanisme bagaimana mendapat meningkat dana kerajaan. Sebagai contoh GST, cara ini dipercayai boleh mengenakan cukai keatas sesiapa yang terlepas dari cukai pendapatan.
Tetapi yang malangnya demi 1 Malaysia berapa pun tak apa, hati rakyat terguris pun tak apa, janji sasaran sasaran untuk meraih sokongan nampak dilaksanakan. Saya takut yang gendong berciciran yang dikejar tak dapat.
Sudahkah pihak kementerian fikirkan alternatif lain supaya yuran makanan tidak payah dinaikkan.
Saya rasa mungkin menu pemakanan diasrama boleh ditukarkan untuk mengurangkan kos tanpa menjejaskan qualiti dan khasiat makanan.
Saya ambil contoh di Uitm dulu semasa Pak Arshad jadi Pegarahnya, penunutut diarah hanya makan roti sandwiches padat dengan daging yang dicincang seperti "burgur" untuk makanan tengah hari. Itu sahaja diberikan tanpa makanan nasi berlauk.Mungkin ini akan kurangkan kos makanan diasrama.
Mungkin penukaran budaya makanan cara "Mat Saleh" boleh memberikan prestasi yang lebeh baik dan cergas lagi dalam pelajaran dikalangan penuntut sekolah asrama. Mereka mungkin tidak terasa mengantuk dan lemah apabila diberi makanan nasi berlauk pada waktu tengah hari.
Fikir-fikirkanlah !!!
sejak dahulu lagi kerajaan yang memerintah negara ini sentiasa mencari jalan untuk membebankan rakyat.
Tapi malangnya kebanyakan rakyat bodoh jadi macam ikan lapar sebab itu kerajaan ini punya dayatahan begitu lama.
Apabila rakyat bodoh jadi ikan lapar para pemimpin boleh buat apa sahaja terhadap rakyat, termasuk cakap rakyat didahulukan mereka percaya bulat bulat.
Yang ada pendidikan pun turut beri saham sama miskipun statusnya macam pengkhianat bangsa dan negara.
Pada hal perut mereka didahulukan dan rakyat ditekankan.
Kalau kerajaan ini satu kerajaan yang prihatin dengan rakyat tak mungkin dia laksanakan cukai itu dan cukai ini yang boleh membebankan.Kurang itu dan naik ini.semua untuk perut mereka sahaja.
Kalau hendak kira pendidikan adalah segala galanya, tetapi pendidikan dianaktirikan, termasuk soal biasiwa yang diperuntukan perlembagaan negara.
Orang bodoh jadi makanan orang cerdik dan jahat.segala perancangan nampak macam molek dan baik, tetapi sampai pada perlaksanaannya habuk pun tak ada.
Hinggakan harta negara yang sepututnya diberi kepada rakyat, tapi dibahagi bahagikan sesama mereka macam penjajah yang ambil hasil mahsul dibawa pulang kenegara mereka.
Sekarang ini para pemimpin pula yang hantar wang disimpan kenegara penjajah.
Bayangkan pemimpin apakah namanya ini.
syabas datuk. selain mengkritik parti pembangkang datuk juga mengkritik kerajaan. benda yg tak elok dan menyusahkan rakyat harus ditentang dan dikritik. kerajaan sepatutnya lebih mengambil berat bagaimana nak mengawal ketirisan seperti yg dilaporkan oleh ketua audit negara sebanyak rm28 billion tahun lalu. buat masa ini tak nampak ada usaha untuk memperbaiki keadaan ini mahupun kenyataan dari pihak kerajaan untuk memperbaiki.
saya kurang pasti jika datuk ada menulis tentang skandal pkfz sebelum ini. saya rasa isu pkfz juga harus ditangani dengan tegas dan berani. buat masa ini hanya ikan2 bilis saja yg nampak didakwa. tapi saya rasa datuk tak akan menulis tentang skandal pkfz atas sebab yg semua maklum. maafkan saya datuk.
tentang slogan 'rakyat didahulukan' pula bagi saya tak ada masalah sebab saya sudah lama mentafsir kenyataan pemimpin bn terbalik. maksudnya kalau mereka kata 'ya' bermaksud 'tidak'. ini semua ada dlm kamus politik antarabangsa
Salam Datuk...
Nampaknya kebelakangan ini terlalu ramai komen-komen yang menegur kebodohan dan tidak keperihatinan pegawai kerajaan termasuk bapak2 menteri. Terus terang nampaknya pegawai-pegawai kerajaan ini ingin membuli rakyat demi KPI mereka.
Nampaknya PRU 13 nanti UMNO dan BN akan tinggal dalam sejarah sahaja. Mungkin ini sabotaj Pegawai Kerajaan kepada UMNO dan BN....Sapa tahu
Assalam Pak Kadiaq,
Saya amat bersetuju jika kerajaan menaik apa jua barangan pon di dalam negara ini. Kerana kononnya pendapatan kerajaan ini digunakan membuka rumah urut, kelab2 dangdut, kasino dan apa sekali pon oleh pemimpin yang pemurah ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong keputusan sebarang dasar kerajaan kita ini. Kerana kesemua keputusan dilakukan mereka untuk kebaikan semua rakyat Malaysia yang aman ini.
SOKONG SOKONG SOKONG SOKONG SOKONG
Salam,
Sepatutnya perbelanjaan kepada kakitangan yang bukan-bukan perlu dikurangkan. Contohnya, kakitangan kerajaan yang ke luar negara disediakan penerbangan kelas bisnes. Awat kelas ekonomi tak boleh sampai ka? Pengalaman saya yang sedang menyambung pelajaran di UK, kalu kakitangan awam selain dari badan berkanun (IPTA) yang dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran disediakan tiket kelas bisnes. Ini bukan dengki..tapi hakikat pembaziran yang sepatutnya boleh dibendung. Kalu pegawai/pelajar, pasangan dan 2 anak..tambang sehala ke London mau cecah lebih RM60k. Kalu kelas ekonomi rasa-rasa dalam RM10k aja. Tu baru satu contoh kecik pembaziran...tak masuk lagi bab tender la..projek la etc
Pendidikan, Kesihatan dan perkhidmatan sosial adalah perkara yang mesti di utamakan olih kerajaan sekiranya kita mahu membina negara dan rakyat yang maju kehadapan.
Sesungguh nya saya amat bersetuju dengan Dato' dan kalau Dato' nak buat demonstrasi untuk menyedarkan kerajan, maka saya dengan rela hati volunteer untuk mengompolkan berapa ramai rakyat untuk berhimpun.
Kerajaan nampak nya jauh terpesong, asyik sebok nak beli alat perang dan harga nya melambung tinggi pula tu, kita kena tanya dengan Pak menteri tu nak perang dengan siapa? Masalah nya Dato' Kementerian Pertahanan kita tak ada Dasar Pertahanan Negara, jadi mudah nak membelit beli pesawat lah walau pun masih bolih guna, janji ada komisyen- siapa yang dapat gua tak tahu.
Agak nya semua yang di lantik jadi menteri tu nak tunggu Najib bagi arahan semua...1NAJIB bukan 1MALAYSIA.
UMNO nak jadi Luncai, biarkan, biarkan. MATJitraKL33.
Salam Dato' AKJ,
Tembakan Dato' terhadap potongan subsidi makanan pelajar asrama penuh saya kira 'a bit inappropriate'.Maafkan saya kerana tidak dapat bersetuju kali ini, walaupun saya sedia maklum memang banyak 'ketirisan' wang rakyat / pembayar cukai 'terhangus' begitu dikebas 'lanun-lanun' didalam sistem pentadbiran dan tatacara urus kewangan yang lemah dipihak pemerintah.
Saya amat kurang setuju kerajaan terus 'memberi subsidi' kepada mereka yang tidak layak menerimanya, terutama hari ini kita dapati, samada di SBP atau MRSM telah dipenuhi atau dimonopoli dengan anak-anak dari golongan berpendapatan tinggi,bukan dari mereka yang berpendapatan rendah. Sepatutnya, kementerian memberi keutamaan tinggi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah (parent combined income < RM3000) dalam memilih calon-calon memasuki SBP dan MRSM. Anak-anak dari golongan sedemikian yg majoritinya tinggal diluar bandar patut diberikan insentif utk belajar di SPB /MRSM, walau pun mereka hanya berjaya mendapat keputusan 3A2B atau 4A1Bdiperingkat UPSR, tetapi mempertimbangkan latarbelakang keluarga dan kualiti pendidikan disekolah luar bandar yang tidak setara dgn dibandar, namun mereka tetap mampu berjaya dgn cemerlang. 'Disadvantages / unfavaurable' living conditions diluar bandar sepatutnya memberi markah tambahan kpd calon-calon luarbandar atau dari keluarga kurang bernasib baik utk dibawa masuk ke asrama penuh dan diberikan bantuan secukupnya untuk mereka menjadi lebih cemerlang seperti anak-anak orang berpendapatan tinggi /dibandar.
2. Sepatutnya institusi SPB / MRSM diubah fungsinya utk memainkan peranan meningkatkan pencapaian calon luar bandar untuk dibimbing menjadi pelajar / rakyat yg lebih cemerlang bukan sebaliknya membantu golongan yang sedia cemerlang atau kalanagn anak orang kaya yg berkemampuan untuk ' membeli segala ' kemudahan untuk anak-anak mereka lebih cemerlang. Sistem yg mana mereka yg kaya terus diberikan subsidi dan diberikan bantuan pendidikan hanyalah menjadikan mereka itu terus kaya dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem yg ada. Sistem yg diamalkan selama ini juga akan menyebabkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin dinegara ini terus meluas / melebar - dgn ini memberikan kesan kpd polisi penyusunan semula masyarakat.
3. Kalau nak tahu golongan mana yg paling ramai berjaya masuk ke SPB /MRSM, pergilah kemana-mana SPB / MRSM semasa hari pendaftaran pelajar baru, maka kita akan lihat golongan berkenderaan mewah lebih banyak ditempat'parking' kereta pada hari tersebut. Golongan mewah ini sebenarnya 'hanya ingin mengambil jalan lebih mudah dan murah dalam mendidik anak mereka'. Inilah kesimpulan mudah yg dapat kita katakan, disamping mereka berjaya 'mengekplotasi' polisi kerajaan sedia ada utk kepentingan mereka sendiri.
4. Kementerian pelajaran juga sepatutnya didesak mengumumkan profile golongan pelajar yg diterima masuk ke SPB / MRSM dgn itu rakyat dapat tahu golongan manakah yg lebih banyak 'menghuni' asrama dinegara ini. Asrama penuh dinegara ini, tak ubah ibarat tempat ibubapa 'menswastakan' urusan pendidikan anak-anak mereka, khasnya bagi golongan berpendapatan tinggi !.
Wsm,maaf terpanjang sikit Dato'.
P.S No Guarantee Straight A's in UPSR/PMR can be a good student at the university level / a good leader in future.
Masya-Allah, subhanAllah.
Aduhai.Aduhai.Aduhai.
Cetusan idea siapakah ini sebenarnya?
Adakah tercetus daripada para pemimpin? Atau daripada kalangan para 'pemikir' seliaan kerajaan? Atau daripada para pegawai atasan Kementerian Pendidikan?
Jawapan yg pasti dalam usul tersebut adalah ianya bukan satu usul dan cadangan baik untuk rakyat jelata dan para murid-murid yg tinggal di asrama.
Cadangan itu patut dikaji semula dan penjimatan harus di buat di tempat-tempat yg wajar dan munsabah, Betul juga, kalau makan eloklah bayar sendiri.
Teringatkan pepatah " Untuk menjimatkan lilin akhirnya mendapat anak kembar" dan " Marahkan nyamuk kelabu di bakar" serta " Anak kera di hutan disusukan anak sendiri kelaparan di rumah".
Dato',
Apa kata kalau asrama pun disewakan kepada pelajar seringgit dua setiap hari. Tentu kementerian pendidikan untung besar dan KPI menteri meningkat. Alasan boleh direka nanti.
Bila naik Ketua Pengarah atau Ketua Setiausaha umum atau jawab atau bagi alasan. Bila turun atau tangguh nanti mesti menteri yang umum kononnya demi kepentingan rakyat
Bye/Roti Planta
Tok Kadiaq
Depa kata depa dapat rasa denyut nadi rakyat.Depa boleh bau peluh keringat rakyat bersusah payah di puduraya.Sungguh romantis.Ada yang cayaq,ada yang meluat dengaq.
Maka melompat lompat lah penyokong setia sampai terlondeh kain pelekat.Yang atas pagaq mula jatuh cinta.Hebat sungguh ayat sang kasanovo.
Saya masih terkenang budi lama.Di asrama,ayam ,daging hari hari.Nasi minyak 2 kali seminggu.Kat kampung masa kenduri kahwin baru rasa.Sampai la ni meleleh ayaq lioq ingat rendang warna hitam.
Masa 80'an bukan takat makan free,biasiswa pun ada.Yang bijak lepas srp pun ada yg pi luaq negara.Yang keputusan biasa biasa sebut saja nak jadi apa,doktor?lawyer?Belum spm depa dah mai tanya.Dulu banyak jugak duit negara.Lani duit minyak berpuluh billion pi mana?
Saya tergolong dalam 30% yang tak pi undi.Se umoq hidup,sekali pun tak pernah.Nak pangkah PR,ingat budi lama BN.Nak pangkah BN pulak,nak cerita pun tak guna.
Hanya budi lama saja yang sekat orang macam saya pangkah PR.Tapi sampai bila?Pada generasi baru yang tak pernah rasa budi BN,tidak ada sebab depa nak sokong.
Ayat ayat indah dan janji manis memang syok di dengaq.Tapi kalu RM2 pun nak berkira,akan tersungkoq lah sang kasanova.
"ask not what the country can do for you but what you can do for the country..."
but then, all i ask from the government is to protect inalienable rights like life, liberty and the pursuit of happiness...
Salam Dato' dan semua pembaca.
Rasanya banyak antara kita dah naik letih dah dengan kerenah kerajaan sejak tahun 2004 hingga sekarang.
Kerajaan sekarang ini lebih banyak melakukan pembohongan kepada rakyat. Seperti yamh sdr2 luahkan diatas, hari ini menteri cakap begini-begini tetapi besoknya tindakan yang dilakukan bertentangan dengan apa yang dicakapkan semalam.
Tahun lepas masa menaikkan harga petrol, berbuih-buih mulut Timbalan Perdana Menteri mewar-warkan hasil pendapatn dari kenaikan harga petrol akan digunakan untuk menambahbaik sistem pengangkutan.
Saya nak tanya Dato' Kadir, Dato' ada perasan ke sistem pengangkutan negara ini diperingkatkan mutu perkhidmatannya?
Saya tak nampak pun apa-apa penambahbaikan sistem pengangkutan seperti yang dijanjikan.
Habis tu kemana perginya hasil lebihan harga petrol itu?
Balik kepada soal kewangan. Saya mula nak percaya kepada tuduhan pembangkang mengenai ketirisan dabn rasuah yang membarah dalam kerajaan.
Ambil saja kes PKSZ yang membakar duit sebanyak 1 bilion lebih. Pampasan jambatan bengkok 700 juta. Dua kes ini sahaja wang telah lebur sebanyak 2 bilion akibat kelemahan kerajaan. Apabila tabung telah kering akibat dari kebodohan mengurus dan kawalselia, rakyat juga yang jadi mangsa.
Tahun depan GST telah sedia menganga menunggu untuk menyedut wang dari poket rakyat. Ini pastinya diikuti pula dengan kenaikan harga barang. Yuran makan asrama pula dinaikkan.
Dah nampak sangat jelas dan nyata kerajaan yang ada hari ini saban masa hanya mencari helah untuk menekan rakyat
Baru nampak Umno nak pulih sedikit, kerajaan dah mula nak lupa diri balik.
Kalaulah ditakdirkan pada PRU 13 akan datang Umno/BN menang besar, tidak dapat dibayangkan bagaimana nanti rakyat akan diganyang semahu-mahunya.
Tolonglah Dato'
----------------------------
Dato'
Nama saya Nordin Hj Jusoh.
Saya dah lupa user name dan password saya.
Saya mohon Dato' publishkan menggunakan nama "imah" iaitu nickname saya yang asal.
Sekian, terima kasih.
Salam Dato', Pada mulanya rakyat mempunyai keyakinan yg tinggi terhadap kewibawaan dan kepimpinan PM Najib tapi kebelakangan ini keyakinan itu banyak terhakis.Punca dan sebabnya ialah:kerajaan semacam gagal menangani kes kes jenayah dan rasuah yg indexnya kini makin bertambah:kes pendatang haram dan penyalahan penggunaan visa pelajar kian meruncing:ternampak kelemahan kerajaan yg amat terserlah apabila begitu ramai mereka dengan berani dan biadab mempersoalkan perkara yg dulunya dianggap sesitif dan taboo seperti hak keistemewaan orang Melayu,kedudukan raja2 dan agama Islam:mengenakan pembayaran cukai kredit kad dan GST yg akan dilaksanakan nanti, dan terkini ialah apa yg dipaparkan di dalam posting Dato' ini,iaitu kenaikan bayaran makan murid di sekolah asrama. Dalam hal party pula nampak nya tidak nampak sebarang usha yg bersunggoh dan positif dibuat,selain pindaan perlembagaan,untuk memperkasakan UMNO yg kini dikatakan begitu terok sakitnya hingga keusus. Jika demikian keadaan nya kemungkinan besar UMNO/BN akan ditalkinkan pada PRU 13 nanti. Askartua,Kubang Kerian
Salam Dato'
Inilah masalahnya kalau KPI tidak diselaraskan dengan baik. Saya pernah terbaca antara punca masalah kewangan di Amerika ialah kerana bank-bank pada ketika itu menetapkan prestasi syarikat pada jumlah pinjaman yang diberikan kepada pelanggan. KPI ini telah menyebabkan bank-bank mengeluarkan pinjaman kepada peminjam berisiko tinggi. Ini bertujuan untuk mencapai angka pinjaman yang tinggi bagi memenuhi KPI masing2.
Kerajaan patut merangka KPI dengan teliti. Objektif yang membabitkan kuantiti wajib disertai dengan objektif mencapai kualiti. Tidak cukup jika KPI ialah berapa banyak wang dapat dijimatkan tetapi kualiti perkhidmatan atau barangan yang dijimatkan terjejas. Tidak cukup hanya membina bangunan sekolah tetapi kualiti pembelajaran iaitu aspek kualiti pengajaran tidak diambil kira.
Saya amat menyokong dan berharap pengenalan KPI kepada kementerian-kementerian kerajaan dapat meningkatkan kualiti khidmat kerajaan kepada rakyat secara menyeluruh.
10 Menteri punya pasal, KPI ditangguh sebulan......hahahahahha lawak! lawak!
Sambil tu, PM dah bagi signal selain gula dan elektrik, minyak pun nak naik harga tahun depan.
Sambil tu juga tambah hutang negara dengan menjual bon antarabangsa demi mengurangkan defisit....
Yang diutamakan kemana, yang didahulukan kemana...
Kenapa la tak disenaraikan 10 kementerian tu....
Fed Up
Assalammualaikum Datuk,
Setuju > editorsemasa.net.
Potong elaun M.P & ADUN tu dulu ler. Membahaskan isu mcm x ada ilmu. Ade tu sibuk membongkar kesalahan kerajaan dulu juga. Menteri2 pun sama, potong juga.
Yg terkena tempiasnya rakyat juga. Yg kejamnya, nak alihkan beban kepada pelajar2 sekolah?
Pilihan raya akan datang semua pakat-pakat undi rosak. Biar malaysia x ada Menteri, MP & ADUN yg tidak bijak ni.
Salam Datuk AKJ
Banyak bahasa pengantar dalam sistem pelajaran tu pun punca pembaziran juga. Hapuskanlah SJK, dapatlah jimatkan banyak kos. Banyak pertindihan yang membazirkan kos bila banyak bahasa digunakan sebagai pengantar. Dari segi bahan pengajaran, latihan pengajar, infrastruktur dan sebagainya boleh dijimatkan. kalau serius nak berjimat, bertegaslah hapuskan SJK tu dulu. Barulah boleh nampak orang politik (kerajaan dan pembangkang) dan pelaksana buat kerja yang berfaedah.
Selain itu, selalu sangat tukar polisi pun menyebabkan pembaziran. Belum pun PPSMI sempat terlaksana sepenuhnya (hingga kumpulan pertamanya ke IPT) sudah ditukar kepada penekananan yang lain. Sia-sia aja segala latihan dan pendedahan yang dilaburkan untuk tenaga pengajar yang bersangkutan. Buku pun kena buat baru, untungnya mereka yang terbabit dalam bidang penerbitan dan percetakan.
Sejak bila pula kerajaan menjadikan aras pendapatan RM5,000 sebulan sebagai ambang kekayaan di Malaysia? Fuad Zarkasi yang dulu cakap banyak dalam Dewan Rakyat cuma mampu buat kerja macam ni ke bila diberi tugas begini.
inilah dia 'first world facilities, third word mentalities'!!
Salam Dato' setakat ini pun sokongan mula merudum.Apabila kenaikan tarif letrik,cukai kredit kad,harga minyak dan cukai GST dilaksanakan nanti ianya akan menjadi tsunami politik yg bakal mempurakperanda dan memusnahkan UMNO/BN Askar tua,Kubang Kerian
Salam Datuk,
KPI hakim-hakim pun naik. Tapi rayuan akan menimbun di Mahkamah Rayuan.
Assamualaikum Dato',
1. Seperti yang dijangkakan PM DS Najib telah menyatakan bahawa beliau berpuashati dengan pencapaian NKRA dan KPI Menteri2nya. Tak tahulah bagaimana pengukurannya.Mungkin dia nampak cantik di atas kertas sahaja dengan warna2 yang menarik serta angka2 kejayaan yang direka2. Tapi pada hakikatnya rakyat tidak nampak banyak perubahan yang berlaku.
2. PM juga menjemput rakyat memberi pandangan.Baguslah tu. Tapi kita harap sumber daripada rakyat hendaklah dipaparkan dan diberi penilaian yang adil.Namun kita percaya jika pandangan rakyat hanya akan petik dan disiarkan dari sumber resmi Kerajaan sahaja maka yang memuji2 sahaja akan dipamerkan tapi yang mengkritik akan masuk bakul sampah.
3. Jadi kita harap jika PM benar2 jujur mahu pandangan rakyat maka komen2 janganlah terhad dari sumber resmi Kerajaan sahaja. Komen2 melalui blog Dato', Blog Che'det dsb hendaklah diteliti sama bagi mendapat pandangan yang tulen dari rakyat.
4. Saya juga bersetuju dengan pandangan "Berasiam" bahawa terlalu banayk sangat dasar bertukar2. Dasar PPSMI yang selama ini berjalan dengan elok tiba2 dipinda akibat tekanan daripada kononnya Para Cerdik Pandai dan Pejuang Bahasa. Lepas ini akan mulalah pula proses membega-bega dasar tersebut hingga lingkup. Akhirnya "yang dikejar tak dapat yang dikendong bertaburan". Anak2 kita akan menanggung rugi.
Ramai orang tahu Kerajaan dah tak berduit. Seorang pegawai kementerian sumber manusia memberitau saya, banyak program latihan kerajaan yang tak dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana.
Kalau di TEKUN pula, pegawainya akan berkata. Isi sajalah borang ni encik, duitnya entah bila akan ada.
Tackling all these issues (minor and major) should start with admitting that all is not well with the state of the union.
The Gov. as well as the Opposition must work together to tackle this crisis.
Unless of course they don't care. Maklumlah kantung personal dah berisi. Apa nak risaukan, 10-20% rise in cost of living, when these Dato' and Datin could spend a couple of hundred thousands on a wedding ceremony.
Salam semua.
Dato, inilah padahnya bila kerajaan
mengamalkan dasar berniaga dgn rakyat sendiri. Dahlah gaji pak menteri semua dibayar oleh rakyat, bila buat kerja mcm hampeh.
Eloklah dato menggunakan pengaruh dato(walaupun tak berapa power) utk mengkritik pemimpin2 kerajaan skrg. Jgn dok syok sendiri dan bersifat `denial syndrome'. Golongan marhaen dah semakin meluatlah habaq mai kat depa semua.
`When you speak the truth you are a free man'(kata2 abraham lincoln semasa kempen membebaskan hamba abdi di AS).
rakyat tak bodoh.
Assalamualaikum Dato'
Di sini saya mohon jika Dato' ada kesempatan untuk mengulas isu
Adakah malaysia memerlukan pemandu F1 atau kata mudahnya perlukah malaysia menyertai pertandingan yang kurang memberi manfaat kepada rakyat.
saya mohon dato' mengulas mengenainya.
Dato/
Saya dengar ada beberapa menteri yang dah merungut kerana tak dapat menyediakan KPI mengikut jadual yang di tetapkan.Mereka kata apa yang Idris Jala tahu mengenai politik.Bagaimana hendak mengukor sokongan raayat dengan KPI.
Kementerian bukan lah Syrikat saperti MAS.Boleh di ukor performancenya.Apa kah jenis performance yang hendak di ukor.dari segi monetary gain atau penerimaan rayaat.
Saya rasa tidak mudah juga hendak di ukor.Jikalau di Singapora,setiap Menteri perlu mengadakan programm yang boleh mendatangkan hasil kapada kerajaan,mengurangkan pembaziran.Pembaziran boleh di kurangkan jika tiada rasuah.
Bagaimana hendak mengurangkan rasuah di Malaysia jika Ahli2 UMNO perlu di suap setiap hari untok mendapatkan sokongannya,dalam party dan Pilehan raya.Menjaga Orang UMNO saperti orang bela hantu raya atau pelesit.Setiap hari kena bagi makan telor ayam jika tidak dia akan makan Tuan yang membelanya.
Bagaimana hendak mengukor KPI Ong Kee Teat yang ashik bergadoh di dalam partynya.
DAJK,
Sebenarnya...kebodohan2 ini timbul dari evolusi penggunaan KPI/KRA utk memberi tunjuk arah kemampuan mereka dalam mengaturcara sesebuah organisasi.
Mereka dibekalkan dgn KPI/KRA tetapi mereka belum dibekalkan lagi dgn "knowledge" dan "tools" utk membantu mereka mencari peluang2 utk meningkatkan prestasi mereka. Sekarang ini mereka melihat kepada "low-level fruits" atau "quick-win" utk membantu mereka mencapai pencapaian yg diwar-warkan. Mudah dicapai tanpa memerlukan mereka berfikir dan bekerja keras.
Tetapi biasalah...sebagai insitutsi kerajaan mereka gagal menilai siapa pelanggan dan siapa pemberi khidmat.
Tulisan dato' amat bagus kerana ianya memberi tekanan kpd mereka2 supaya tidak mengambil jalan mudah dlm mencapai KPI/KRA mereka.
CI Guy
Dato,
majoriti rakyat Malaysia tahu setiap kali UMNO melaungkan slogan "demi rakyat itu dan ini" ianya hanyalah omong omongan kosong shj.Bebanan tetap akn dipindahkan kepada rkayat.BIla UMNO membazir,akibatnya bukan ditanggung oleh UMNO atau penyokong UMNO.Tetapi ianya ditanggung oleh semua rakyat jelata.
UMNO dan pemimpin pemimpinnya serta sebahagian dari ahli UMNO hidup bersenang lenang hasil wang rakyat.
Pemimpin UMNO tidak pun mencari jalan untuk menutup kebocoran akibat rasuah.Ada yang ber[pendapat setiap RM1 yan gidbelanjakan oleh kerajaan cuma 30 sen shj yan gsampai kepada rakyat.70 sen lagi masuk kekantung pemimpin UMNO dan kroni kroni mereka.Itu sebab pemimpin pemimpin UMNO amat berat hati nak mengurangkan korupsi sediaada.Itu periuk nasi mereka
Salam semua,
Balik2 bila ada masalah kewangan kerajaan akan sasar semua yg ada kaitan masuk mulut rakyat & yg paling jauh & akhir adalah yg kena batang hidup depa sendiri .
Berikut adalah senarai sasaran utama pemotongan bajet oleh kerajaan Tanah Boleh :
1)PENDIDIKAN
2)KESIHATAN
3)PENGANGKUTAN
Dan kalau bab pungutan hutang pun yg dikejar adalah ikan2 bilis baru belajar nak hidup. Jerung besar hutang berjuta-juta boleh terus goyang kaki dan goyang apa saja tanpa gentar..Itulah standard kerajaan "status-quo" kita turun temurun.
Yang pelik, tiap2 tahun bentang Belanjawan belanja pengurusan kerajaan tak pernah susut pun..Peruntukan itu ini bertambah-tambah mcm duit tak pernah luak..Seperti biasa tema ucapan pembangunan..pembangunan..pembangunan..kerajaan prihatin rakyat..bla..bla.. boleh dibuat karangan cerpantasi (cerita panjang tanpa isi)..
Persoalannya..habih buat apa kami bayaq cukai kat kerajaan yang tak mau pikul tanggungjawab kat rakyat.. ini kontrak sosial rakyat-kerajaan..kami pilih hangpa untuk jaga negara & rakyat..kalau pentadbiran negara ni boleh di "out-source" kepada pihak ke3, dah lama dah majoriti rakyat ni pilih..baik bagi kontrak pentadbiran kat orang2 yang ada ilmu dan tahu buat kerja. Kalau tak "perform" kita boleh terus pecat..bukan bagi kat depa ni semua yang dah lemak 'terlebih' kuasa (legislatif & eksekutif)..kalau ada kuasa eksekutif saja rakyat senang beri tekanan usulkan untuk pecat..
Dalam prinsip asal demokrasi, satu entiti hanya boleh pegang satu kuasa..kat Malaysia ni cara praktik demokrasinya agak luar tabii sikit. Acuan British kot. 'Half baked'.
Cuma sebab rakyat takdak pilihan saja. Kalau dah ada 'pilihan bijak' dah lama dah rakyat tukar Kerajaan Persekutuan. Tak payah si Anwar poyo tu penat2 canang.
(",)
Datuk,
China got a lot money for investment, and recent signing of MOUs and opening of China commercial bank in Malaysia. Hopefully, some of the money can channel to our government to use it wisely & prudently(no more 'ngap' by buayas). Petronas money also run low already. If government need money, can temp borrow from China for low interest rate.
From,
Money Not Enough
Assalamualaikum...Dato,
Saya amat setuju dgn Dato. Saya ada anak di asrama sebelum ini pun banyak wang yg perlu dibelanjakan. Bukan seperti dulu sewaktu saya..masuk asrama ibu bapa tidak risau walau hidup di kampung susah.
Walau kita berpendapatan lebih RM5000.00 tetapi banyak sumbangan cara tidak langsung telah kita salurkan. Antaranya pemilikan hartanah di bandar yang nilainya lebih dari RM200,000.00 siapa yang beli. Macam-macam cukai kita kena bayar setahun melibatkan nilai yang tinggi habis satu bulan gaji.
Gaji besar tinggal di bandar bukan kaya...cuma cukup makan
This is what we call 'penny wise, pound foolish', AKJ. The government thought of saving a little, but so much tax money is wasted down the drain. This so-called 'saving exercise' is pointless. It will just put more burden on parents and guardians, who already had to pay for their income tax, and whatever tax that comes along. We pay so much tax, and yet we get little in return. This isn't fair to the people. I mean, we voted these morons into power. They are supposed to serve us, not we serve them.
Datuk,
I have read all the comments on this particular subject that you have wrote on. My conclusion is very simple...
1. Commentators are tired of all the lies that is being propagated by the current administration/poltical masters
2. Commentators are aware of the stupidity of our administration/political masters
What I would consider interesting is based on what I consider as tersirat is $ or no $, there will be a tipping point where I do believe that DS Najib might end up being the last PM for BN.
IT IS NOT POSSIBLE for him to clean up because the damage done to our socio economic structure is so big to the point that only something radical will change it around.
This will lead to two things:
1. Instability if we are not careful
2. The next leader will have to be someone "seen" beyond the current corruptability pattern therefore total outsider as like the current US president.
After all the current situation is considered bad politically by most Malaysian or maybe not depending upon the different generations perspective which essentially the different voting age groups.
Living conditions are getting tougher.
I just hope it wouldn't come to a point we cannot find food to eat then it would REALLY be revolutionary..... Maka beringat ingatlah... sebab orang Melayu ni pelik sikit, dia punya tahap sabar tinggi tapi kalau dah naik angin....tup tup parang melayang...
Keturunan Jebat
Salam Dato'
Mmg tak patut rasanya hal2 berkaitan pelajaran ni dinaikkan atau dikurangkan....sepatutnya berkaitan pelajaran ni peruntukan ditingkatkan lagi bukan bebankan pada rakyat.Bila dah kurangkan peruntukan jgn salahkan rakyat bila kurang ajar...Menteri Pelajaran tak berkata apa-apa ke perihal ini?
Salam Dato
Lepas ni nak pangkah parti apa dato?
BN loser corrupt
PR incompetent loser
2-2 loser gak..
PRU 13 goin 2 b tough..
Masa PRU 12 senang je pangkah..
Muka Pak Lah + KJ dah cukup buat semua saluran 4 pangkah apa2 selain dacing..hahaha..
Xkan saya nak kena buat KPI n detail analysis bf pegi buang undi
Letih la asyik nak kena buat analysis report nie..
Pak Kadiaq,
Kerja saya ni melibatkan urusan dgn jabatan gomen. Hampir semua pegawai gomen terlalu sibuk mesyuarat. Kdg2 mesyuarat `jawatankuasa persediaan untuk mesyuarat di Kota Kinabalu' (lokasi cth). Lepas habis mesyuarat, ada mesyuarat jawatankuasa kecil pula. Agenda asal, mesyuarat di Kota Kinabalu. Lepas balik KK, ada lagi mesyuarat tindakan. Semua mesyuarat ada kos, makan, perjalanan, beg, penginapan dll. Kami di sektor swasta ni, heran bin ajaib tengok cara bekerja orang gomen. Itu pun tak berenti2 minta naik gaji & bonus.
Post a Comment