A Kadir Jasin
[PERINGATAN KHAS -- Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan (material) kepada saman Zaid itu. Dalam erti kata yang lain, hak sivil (civil liberty) kita semua yang mengambil bahagian dalam blog ini menjadi terhad akibat daripada saman itu.]
[MUTAKHIR, 9 Disember] -- SAYA mohon banyak-banyak maaf kerana tidak dapat melayan komen Saudara/Saudari buat masa ini. Ada 40 lebih unmoderated comments mengenai isu saman ini. Saya akan bertemu peguam tengah hari ini untuk mendapatkan nasihat. Kita kena hormat mahkamah walaupun hak kebebasan kita menjadi terhad. Terima kasih.
[Posting Asal]
BUAT makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk “ Zaid, The Hurricane Hattie Of PR” yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu.
Zaid yang juga seorang blogger mengemukakan saman itu di hadapan Yang Amat Arif Tan Sri Ariffin bin Zakaria, Hakim Besar Malaya pada 2 Disember lalu. Saman itu diserahkan kepada saya oleh peguamnya, Rueben Mathiavaranam dari firma guaman Rueben Williams Advocates & Solocitors hari ini, 7 Disember.
Zaid adalah bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kini berupa salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan (material) kepada saman Zaid itu. Dalam erti kata yang lain, hak sivil (civil liberty) kita semua yang mengambil bahagian dalam blog ini menjadi terhad akibat daripada saman itu. Jadi berhati-hatilah.
Dalam samannya, Zaid menuntut:-
1) Ganti rugi am kerana libel yang akan ditaksir;
2) Ganti rugi teruk kerana libel yang akan ditaksir;
3) Ganti rugi teladan kerana libel yang akan ditaksir;
4) Injunksi untuk menghalang Defendan sama ada beliau sendiri, pengkhidmatnya, ejennya atau selainnya walau bagaimana sekalipun daripada terus-menerus menyiarkan/menerbitkan dan/atau menyebabkan diterbitkan/disiarkan perkataan yang diadukan yang terkandung dalam rencana yang dipertikaikan itu atau apa-apa perkataan yang serupa yang memfitnah Plaintif;
5) Perintah yang mengarahkan Defendan menyiarkan/menerbitkan permintaan maaf dalam bentuk dan dengan cara yang diluluskan oleh Plaintif atau oleh Mahkamah Yang Mulia ini dan ia hendaklah disiarkan/diterbitkan sekali dalam akhbar kebangsaan pilihan Plaintif atas perbelanjaan Defendan;
6) Faedah di atas ganti rugi yang diawardkan dari tarikh penyiaran/penerbitan perkataan yang diadukan hingga ke tarikh penghakiman;
7) Faedah ke atas ganti rugi yang diawardkan dari tarikh penghakiman sehinggan ke tarikh penyelesaian penuh dan muktamad;
8) Kos; dan
9) Relief lanjut atau relief lain tertentu yang disifatkan patut dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
Saya telah pun meminta peguam saya bertindak ke atas saman itu.
Untuk makluman para pembaca dan pembahas juga, Zaid telah menjawab tulisan saya itu dalam blognya pada hari yang sama iaitu 21 Oktober dengan tajuk “Kalau Hati Dah Busuk.....”
Selain menganggap saya sebagai seorang yang berhati busuk dan penulis upahan, dia juga membuat beberapa tuduhan dan andaian mengenai saya dalam blognya itu.
Namun tidak sedikit pun terlintas di fikiran saya untuk menghalang atau menyekat kebebasan Zaid, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang.
Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya. (Sekadar makluman, tulisan saya mengenai Zaid menarik 105 komen manakala blog Zaid mendapat 26 komen.)
Pada mulanya saya begitu gembira kerana daripada tulisannya, jelas Zaid tidak berasa gusar atau terancam dengan tulisan saya.
Beliau menutup rencananya dengan kenyataan berikut:
“Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.”
Monday, December 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
33 comments:
@“Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.”
Tok, maknanya, suit dia tu vexatious and frivolous, sebab awai2 lagi dia dah cakap you ni frivolous.
Ini macam pun ada ka? Oops, nanti dengan saya pun dia mahu saman.
salam ...
semoga Allah berikan kekuatan pada tuan ...
lawan datuk! lawan!!
Datuk AKJ
He (Zaid) cannot survive without the co-operation of Umno. Umno is Zaid best friend(s). He will never find another partner like Umno again.
lawan dato'!!!
balon "kawey" tuh
biaQ dia ketahuan
-mat kedah-
Dato',
Dato perasan tak bila post kat sini pun secara amnya juga turun sekitar 30-40 berbanding 100-130 pada 3-4 bulan lepas. Alhamdulillah jika ramai yang masuk tetapi malas nak post, tetapi kalau ramai dah bosan tentu ada sebabnya.
Bye
/Roti Planta
Dato',
Mungkin juga Dato boleh buat posting berkenaan penulis upahan. seperti perwatakan, kerakusan, ketamakan, maruah, ganjaran, fitnah dan sebagainya.
Sebagai wartawan veteran tentu Dato mengenali ramai penulis upahan ini.
Bye
/Roti Planta
Assalamualaikum Dato'
Kadangkala setiap perbuatan kita yang dianggap iklas terus dipandang serong. Resikonya kita perlu menanggung akibatnya walau pun dengan kos yang agak tinggi. Apa pun Tuhan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar! Kalau nawaitu kita iklas dalam menyuarakan sesuatu polimik, insyaAllah Allah bersama-sama kita. Yang benar, cuma Dato' sendiri saja yang tahu!!
Nampaknya kita kena copy blog post Dato yg berkenaan sebelum diperintah tarik balik.
Kalau Zaid menang kes ini,saya janggakan ramai Bloggers akan tutup kedai.
baguslah !! bila tiba masa nanti, Datuk boleh buktikan apa yang Datuk tuliskan itu betul dan benar.
berani kerana benar !!
takut kerana salah !!
Fayha
Salam Dato,
Whoaa, JADI bukan orang biasa,orang takdak nama,takdak pangkat saja yang baca tulisan dato lah yaa...BAGUIS LAA!.
Saya harap semua menteri,timbalan menteri,s/u polotik,ksu,kp dan lain-lain pentadbir kerajaan baca
juga.....
Lagi BANYAK MEMBACA lagi banyak `buah fikiran' yang dapat kita teliti..YANG baik sepatutnya digunakan dan yang buruk tosah ikut...
NAMPAKNYA Dato ke mahkamahlah ya?
Harap tak jadi copernicus sudah laa...
Menarik bila peguam lawan penulis
ni....,dua dua pandai fikir,dua dua pandai tulis,dua dua pandai
`reasoning, TETAPI SEORANG saja yang dapat keputusan yang diharapkan dari hakim.
SEMUGA berjaya...
Abu Bakar Ab Rahman
salam.....
neway,u just deserve it Sir....there is a line between being principled and being biased......
YBhg Dato'
Assalamualaikum,
Satu berita yang menyedihkan. Nampaknya kita kena berhati-hati apabila melibatkan diri dalam bab pesan-memesan seperti terdapat dalam Al-Quran.
Saperti yang saya pernah kata kita tidak mengamalkan strategic thinking apabila kita meluahkan pendapat kita. Dalam dunia yang sudah berubah dan mencabar ini kita perlu menggunakan pendekatan yang berbeza bagi menghadapi masyarakat yang terdiri dari latarbelakang yang berlainan.Untuk mencapai kejayaan yang hakiki bagi semua zaman kita perlu mengguna cara Allah dan Rasul.Surah Al Kaafiruun Allah mengajar kita supaya jangan mencerca pihak yang tidak sehaluan dengan kita kerana bahaya timbal balas yang akan merugikan kita.Begitu juga kita dinasihati tidak mengaibkan orang lain kerana ianya akan mendedahkan diri kita juga kepada perkara yang mengaibkan yang pernah kita lakukan dimasa lampau.
Semuanya bergantung kepada niat kita.Jika niat kita adalah untuk mempertahankan sesuatu "at all cost" maka spinning fakta adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Rugilah mereka yang terlibat dalam perkara ini jika terpaksa mempertahankan sesuatu walaupun hati kecil mereka mengatakan ianya salah.Tetapi jika ianya bermotifkan menyebarkan kebaikkan maka pendekatkan kita lebih flexible.
Sebagai rakyat kita adalah penentu arah tuju politik tanah air. Marilah kita sampaikan kepada ahli politik apa yang kita mahu mereka lakukan dan bukan sebaliknya. Kepada parti politik saya menyaran berhenti dari mencari kesalahan orang lain tetapi menumpu kepada menjelaskan apa program yang kita ada untuk kebajikan dan kesejahteraan.Jika ada pihak yang hendak melaksanakan cukai GST misalnya jangan menghabiskan masa menghentam dasar tersebut tetapi juallah kepada rakyat apa yang kita akan lakukan menaikkan hasil negara tanpa mengenakan cukai tambahan.Kita juga perlu menyatakan rating kita terhadap wakil rakyat kita.Jika terdapat wakil rakyat yang menghabiskan masa memburuk-burukkan orang lain kita terang-terang beri mereka rating yang rendah kerana menghabiskan masa mengumpat orang lain dari berusaha meningkatkan kemakmuran rakyat.
Dengan adanya sikap begini maka Insyaallah politik mencaci , menghina dan memfitnah akan berkurangan dan diganti pengembangan idea untuk memajukan negara , Insyaallah.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya.
Terima kasih kepada pembahas sekalian.
Mohon maaf kepada Sdr Tinta Hitam, Glassman dan Mantol kerana tidak dapat menyiarkan komen Sdr.
Namun saya ambil maklum dan ucap terima kasih atas pandangan Sdr semua.
Kepada Anon yang mendoakan agar saya muflis pun diucapkan terima kasih juga.
Dan terima kasih kepada rakan bloggers yang menghantar SMS.
Terima kasih.
Walaupun zaid kata dia boleh tidur nyenyak rupanya dia tetap kepedasan kerana termakan cili.
Benar Datuk. Kebebasan bersuara sebenarnya semakin terhakis dengan saman menyaman dan perintah injunksi.. DSAI pun pakar dalam bab ini..
Kalau Zaid kata Datuk ni macam semut yang tak perlu dilayan, atau penulis upahan UMNO - susah sy nak terima. Pengalaman luas Datuk dalam dunia kewartawanan dan pemerhati politik menyebabkan blog Datuk kekal diminati.
Teruskan perjuangan, Datuk!
Salam Dato'. You blog for a good cause so you have nothing to fear. I thought Zaid modelled himself to be a liberal Malay, so I am somewhat surprised that he actually initiated a suit against you. Sabar Dato' keikhlasan akan mengatasi segalanya.
Y.Bhg Datuk AKJ,
Saya ingin mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan di atas posting yang berbentuk undang-undang ini.
1. Oleh kerana Malaysia tidak mempunyai privacy law, apakah garis pemisah di antara konsep “setiap orang berhak terhadap pendapat mereka masing-masing” dengan konsep “libel & defamation”? Ethics and philosophy?
2. Walaupun Amerika mempunyai “First Amendment” yang mempertahankan kebebasan bersuara rakyatnya, kes-kes mahkamah yang melibatkan “libel & defamation” masih berleluasa juga berlaku di sana. Apakah Malaysia boleh “bebas” daripada mengalami tindakan undang-undang yang serupa, di dalam suasana kita tidak mempunyai privacy law dan “First Amendment”?
3. Di Malaysia ini, yang mana satukah lebih utama -- keperluan awam untuk mengetahui sesuatu berita/cerita kah atau keperluan seseorang individu “melindungi” sesuatu berita/cerita?
Di dalam menghadapi kes saman Datuk ini, saya berharap Datuk bukan sahaja berada di dalam keadaan mempunyai satu cerita yang boleh dianggap betul, tetapi juga mempunyai kemampuan membuktikan bahawa cerita itu adalah betul.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Dear Datuk,
I had a dream last night. It goes like this: You won the suit easily. Someone else suffered severe embarrassment; discredited and bankrupted instead. Sometimes the Lord works in mysterious ways.
Stay strong, stand firm and fight well.
May the Force of Right be with you.
Jason
salam
Apa pun kita rakyat memang tahu kebenaran yang di sampaikan oleh Dato.
Yang Hak Pasti Berdiri
Yang Bathil Pasti Jatuh.
Teruskan, jangan kita gentar.
Dato.
Saya jumpa Zaid tahun ini di MINA.Dia naik haji dengan isterinya.Saya tidak tahu sama ada keputusan untok menyaman itu di buat bila.Harap2 salepas dia balek dari Haji ia menjadi orang yang lebeh insaf.
Susah hendak membaca fikiran Zaid tapi ia memang mempunyai fikiran yang leberal.Masa kawin anaknya semua orang kena pakai taxdo termasok lah imam.
Saya ingat Kadir jika lah betul tulisan itu menyentoh peribadinya,tak payah pergi mahkamah.Minta maaf sahaja lah.
Lawan Dato' jangan bagi malu orang Pendang.Biar dia tahu siapa anak Pendang anak bendang.Satu Pendang akan support Dato'.Berani kerana benar!Go Dato' go.
Terima kasih kepada Sdr Zainal Abidin Awang Kechik dan Sdr Sinatra_Z atas ingatan Sdra.
Namun tidak perlukan kita terlalu personal dan mendoakan sesutau yang tidak baik atau mengaitkan dengan orang lain.
Sdr Sinatra_Z, kalau orang lain yang apabila dia lebih berkuasa dia menjadi lebih toleran, itulah yang terbaik.
Terima kasih.
Assamualaikum Dato',
1. Saya memang tidak bercadang nak sentuh tentang isu saman Zaid terhadap Dato' kerana itu hak dia.Malah kita tidak boleh timbul isu yang telah masuk ke peringkat mahkamah. Takut2 dituduh contempt of court. Biarlah undang2 yang menentukan segala2nya.
2. Sebenarnya apa yang kita lihat sejak kebelakangan ini ialah ramai rakyat mengambil kesempatan tentang kebebasan bercakap. Mereka menghentam dan buat berbagai tuduhan terhadap kerajaan walaupun buktinya kadang2 tidak jelas. Hanya dengar2 atau buat andaian sendiri sahaja. Yang lebih teruk lagi ada kaum2 tertentu cuba buat isu tuntutan hak kononnya walaupun pada hakikatnya mereka tiada mempunyai hak itu.
3. Ramai tidak belajar dari sejarah yang berlaku sebelum ini,khususnya peristiwa berlakunya 13 Mei 1969. Sama ada mereka ini buta sejarah atau sengaja nak bangkitkan semula pergeseran kaum.
4. Walaupun semasa Peristiwa 13 Mei saya baru berusia 19 tahun tapi saya masih ingat akan detik2 yang mula tercetus peristiwa hitam itu.Kalau boleh, tidak mahu melihat lagi peristiwa itu berulang. Masih ingat lagi dalam fikiran saya tentang kehangatan isu2 yang berbangkit ketika itu yangmana akhirnya tercetus peristiwa bedarah itu.
5. Jadi apa yang berlaku sekarang ini nampaknya ada persamaan patern dengan apa yang berlaku lebih 40 tahun dulu. Kita lihat kaum2 lain di negara kita cuba membangkit isu2 menuntut hak mereka di samping cuba mencabar hak orang Melayu. Setakat ini kita dapati orang2 Melayu tetap bersabar walaupun mereka dicabar bertubi-tubi. Keadaan yang sama berlaku pada 40 tahu yang lalu. Orang Melayu begitu bersabar hingga mereka tidak tahan sabar lagi. Apa yang terjadi selepas itu adalah SEJARAH hitam pada negara kita.
6. Oleh itu, bagi mereka yang masih buta sejarah atau tidak merasai peristiwa 40 tahun yang lampau maka ingatlah yang sejarah boleh berulang jika kita alpa tentang sejarah kita sendiri.
Anwar Ibrahim kata di Malaysia kerajaan menyekat kebebasan akhbar, media dan bersuara..tetapi apabila kita bersuara, siapa yang sekat.
pkrpasdap.blogspot.com
harap2 kalau dia menang saman nanti dia juga kena gst hehe
dato'
semua manusia akan di saman di akhirat.Apa nak risau saman di dunia.
di akhirat samannya lebih hebat.
It's a sad day for 'freedom fighters'.
A GOOD MAN DOES NOTHING.
Salam DAKJ,
"Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"
Assalammualaikum YBhg Dato Kadir juga kalau diterima salam untuk YBhg Dato Zaid: Mengikut umur saya seangkatan dengan Dato Y1947. Bezanya saya tidak berjaya seperti Dato. Berhenti sekolah tingkatan 4 masuk TUDM. Benar-benar anak kampung Johor. Habis training di Singapura posting kerja di Comm (VIP Flight)TUDM KL Y1966. Seronok dan bangga kerana selalu dapat tengok wajah-wajah ceria VVIP kita dari dekat. Itu salah satu tugas aircraft doorman. Kebetulan hari ini saya masih berpuasa Nazar. Sesungguhnya saya (sama-sama) berdoa semuga Allah melembutkan dan menceriakan hati Dato-Dato berdua agar sama-sama ikhlas bermaafan seterusnya dengan pembatalan saman. Tidak banyak masa yang tinggal untuk kita sama-sama berdoa dan bersalawat. Usah dilayani hasutan syaitan dan batu api yang cuba mengapi-apikan Dato. Yang menang akan gembira atas kesedihan yang kalah. Cukuplah dengan Jebat dan Tuah bertikam. Kebijaksanaan,kepakaran dan masa Dato berdua jika disatukan dapat merebut kembali Pulau Batu Putih yang hilang. Wasallam.
In malay we best describe you you datuk kadir jadin barua pelacur
Saya rasa itu hak Zaid untuk menyaman anda.
Kita memang ada undang-undang bukan? Kalau seseorang itu merasakan dirinya telah dimalukan maka dia berhak untuk mengambil tindakan yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Kita memang ada kebebasan media tapi kita juga ada kebebasan untuk menjaga maruah yang tercalar. Saya rasa tidak wajar penyokong Encik Kadir melompat-lompat bagai katak dipanggang api sebab kalau tindakan sebegitu salah, apa gunanya ada undang-undang?
Kalau anda tak bersalah, tak perlulah takut sebab anda akan menang di akhir. Kalau bersalah itu saya tak tahulah.
Post a Comment