A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
TAHNIAH kepada Umno Perak kerena melancarkan lawan web, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS)nya malam tadi.
Ini adalah hasil usaha Sekretariat Media Baru Umno negeri yang dipengerusikan oleh Ahli Exco dan bekas wartawan Raja Ahmad Zainuddin.
Laman web, blog dan khidmat SMS Umno negeri serta blog Umno bahagian dilancarkan oleh Menteri Besar Dr Zambry Abdul Kadir, di Ipoh.
Walaupun penyertaan Umno dalam bidang maklumat menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) agak terkebelakang, namun ia lebih lewat baik daripada tidak buat langsung.
Saya diminta memberi penerangan mengenai media baru dalam kapasiti sebagai seorang blogger. Selain penggiat Umno, turut hadir kira-kira 30 rakan blogger dari seluruh Semenanjung.
Antara lain saya katakan bahawa kerajaan pimpinan Umno memperkenalkan ICT, tetapi parti-parti lawan Umno yang mendahului penggunaannya.
Salah satu sebab Umno dan BN tertinggal dalam penggunaan media baru adalah kerana mereka terlalu (dan masih) bergantung kepada media massa arus perdana.
Bezanya sekarang, semakin ramai rakyat Malaysia, khasnya generasi muda, celik ICT dan mendapat maklumat serta berkomunikasi melalui media baru.
Saya katakan, Umno sama ada mengubah sikap dan serius menggunakan ICT atau ia akan terus tertinggal dan tertekan dalam perang saraf politik yang semakin pesat, pelbagai dan pantas.
Dalam konteks yang sama, saya berkata Umno dan BN mungkin mengalami nasib yang lebih buruk pada pilihan raya akan datang jika ia tidak berubah dengan jelas dan pantas.
Untuk kembali kuat, Umno perlu mengembalikan keyakinan orang Melayu. Hanya jika orang Melayu yakin Umno berjuang untuk mereka, barulah orang Melayu akan kembali menyokong Umno.
Tetapi jikalau Umno dilihat sebagai terlalu bertolak-ansur, mengutamakan kaum-kaum lain dan takut, orang Melayu mungkin tidak akan kembali ke pangkuan Umno.
Sunday, January 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
23 comments:
Untuk kembali kuat, Umno perlu mengembalikan keyakinan orang Melayu. Hanya jika orang Melayu yakin Umno berjuang untuk mereka, barulah orang Melayu akan kembali menyokong Umno.
Tetapi jikalau Umno dilihat sebagai terlalu bertolak-ansur, mengutamakan kaum-kaum lain dan takut, orang Melayu mungkin tidak akan kembali ke pangkuan Umno.
...........................
Tahniah Dato': Inilah mesej sebenar yang perlu sampai ke benak hati pemimpin UMNO, yang utama dan pertama.
Syabas dan tahniah kerana Dato dapat mesej dari kami dan kemudian sampaikan pula kepada yang lebih berpengaruh.
Gerak kerja dan kelibat mereka harus berkiblat ke situ samada ada penggunaan media baru ataupun tidak.
Penggunaan media baru lebih kepada mencakupi selera generasi baru tetapi gerak kerja perjuangan kena diperlihat dan diterjemahkan kepada masyarakat luar bandar, mereka masih tunjang kepada UMNO tetapi mudah juga dirasuk 'malaikat bertopeng'
Keikhlasan harus terpancar pada pemimpin UMNO dan bukannya muka berseri apabila poket sendiri berisi dan rakyat kena tanggung kos tinggi.
Assalamualaikum Dato'
1. Saya cukup bersetuju dengan saranan Dato' bahawa Umno perlu alih kepada penggunaan media baru iaitu ICT. Mereka terlalu bergantung sangat dengan media arus Perdana.
2. Masyarakat sekarang agak terbuka. Mereka mahu rintihan dan komen mereka didengar dan diberi perhatian.Kalau di media arus Perdana mereka akan tapis dan hanya yang memuji sahaja akan dimuatkan. Akhirnya masyarakat Melayu tidak lagi mahu beri pandangan mereka melalui media itu. Media Perdana sekarang hanya sekadar mengisi ruang masa lapang sahaja.
3. Dalam hubungan ini saya teringat kata2 bekas Pengerusi PERKESO, Datuk Hong Li Pee. Katanya jika kita hendak terlibat dalam sesuatu bidang, kita perlu tahu bagimana hendak mendekatkan diri dengan orang2 yang terlibat. Sebagai contoh katanya, jika kita hendak berniaga adalah mudah untuk kita pandang ke China. Kerana disana berbagai ushawan yang ada. Jadi beliau menasihat, jika hendak berniaga dengan orang2 di China maka eloklah belajar bercakap bahasa Mandarin. Jadi mudah berinteraksi untuk berniaga dengan mereka. Memang betul katanya. Apabila saya ke Guangzhao, China saya sempat belajar beberapa perkataan Cina sahaja sebelum ke sana. Mereka mudah menerima kita dan senang berurusan.
4. Begitu juga dengan Umno. Jika pendekatannya dibuat melalui ICT maka ramailah anak muda akan berminat untuk libat dan dekat diri dan beri pandangan melalui interaksi ICT.
5. Mengenai perjuangan negara dan bangsa pula, bekas Pengerusi PERKESO itu mengambil contoh TDM. Menurut beliau TDM akan membuat apa sahaja demi mempertahankan Malaysia dan beliau juga akan membuat apa sahaja demi untuk orang Melayu. Disinilah katanya terletaknya kebijasanaan TDM.
Datuk,
Ape guna teknologi canggih bila tiada yg baca dan ambil tindakan ?
Ini bukan pasal UMNO, tapi DBKL yg ade tempat buat aduan cara online. Kite pun complaint pasal jiran org Rohingya bela ayam, itik dan angsa sampai bau najis nya teramat sangat. Dah sebulan - same je. Kalau dia talipon atau SMS kita tanya pun tak pe. Ini hampas.
Sense of ownership tu tiada langsung dikalangan pegawai DBKL.
Kalau UMNO nak berubah, pastikan setiap aduan itu dibalas dalam masa 24jam dan selesaikan dalam masa 14hari.
Hanya permintaan orang Kampung.
Nani Cheras.
Datuk,
Sekarang ni UMNO bukan setakat DILIHAT mengutamakan kaum lain, malah MEMANG mengutamakan kaum lain dalam banyak perkara. Mungkin depa ingat undi Melayu sudah dalam tangan, oleh tu terpaksalah jaga hati bukan Melayu untuk mendapatkan undi yang selama ni banyak pi kepada Pembangkang. Kalau inilah anggapan UMNO, depa silap besar kerana semakin ramai orang Melayu yang menyampah dengan kerenah pemimpin sekarang yang tak henti-henti memberi muka kepada kaum lain dan memandang remeh kepentingan Melayu.
Macam kata Datuk, parti yang pernah menjadi juara orang Melayu ni akan bertambah parah pada PRU akan datang jika pemimpin dan anggotanya tak ubah sikap.
-- BALANGLAMA
Salam dato,
Kita sudah rugi,sedang rugi dan akan rugi lagi..........
Macam ni tok,
Kalau seorang pekerja lengang lenguk,borak-borak 15 minit waktu pagi, dan 15 minit lagi waktu tengahari......
Kalau 1 juta pekerja buat macam itu, satu hari rugi 500,000 jam, kalau kerja siang saja 12 jam,dah RUGI LEBIH 114 TAHUN SEHARI!!!
KALAU SATU TAHUN ..dah lengahkan
LEBIH 4000 TAHUN punya kerja.
Kalau diapplikasi kat gomen, ada 1 juta pekerja,kalau sehari `entah macam mana' terbuang 30 minit seorang.....
Kerja terbengkalai lebih 100 tahun sehari,dan lebih 4000 tahun punya kerja setahun!!..
Kalau diapplikasi kepada UMNO dengan 3 juta ahli...BUKAN 30 minit sehari yang tak buat kerja....ENTAH LEBIH DARI ITU!!!!
Bolih congak sendiri kerugian masa dan kerja TERBENGKALAI!....
Satu lagi....
Kalau hitong panjang seorang `ambik' harta kerajaan(rakyat punya la tu) 25 sen sehari.... paperclip,kertas,pen,gam,air,elektrik,talipon,sms,email,chatting,online etc.....kalau 1 juta pekerja buat macam tu, sehari dah kerugian RM250,000.00.....dah `lebuh' hampir 100 JUTA RINGGIT SETAHUN.
TAK kira rasuah lagii...
JADI kalau macam itu la Dato' saya agak pesimistik tentang semua ni....
TAK ADA pun rencana PUNCTUALITY/ SENSE OF BELONGING didalam semuanya.
AKHIRNYA 1MALAYSIA ruuuugiiiii!!! kerja tak siap,kerja bertapuh,pekerja lama pencen,pekerja baru tak tau hujung pangkal,duit habis,hasil tak nampak.....
LEPAS TU SALAHKAN RAKYAT!!!!! you all tak pilih kami,sebab tu lah semua ni terjadi!!!....
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Datuk,
Penggunaan media baru seperti facebook telah meletakkan Barrack Obama sebagai Presiden US. Media baru juga antara sebab kenapa BN kehilangan majoriti 2/3nya.
Post morterm dah lama buat dah. Masalahnya pun dah lama tahu.
Tetapi BN nampaknya masih lembab di dalam menggunakan aplikasi terkini ini. Semuanya boleh di capai dengan percuma. Apa tunggu lagi?
Mana-mana yang tahu menggunakan aplikasi ini, pasti akan jauh ketinggalan.
Seperkara lagi,tak perlulah buat perasmian hanya nak tunjuk Facebook. Kalau aktif di facebook dan blog, ianya lebih berbaloi.
Salam DAKJ,
Hah.. ini baru betul. Dapat terus berkomunikasi dengan mika-mika tanpa batas , sempadan masa dan daerah. Tapi etika dan moral perlu dijaga ketat agar fitnah, caci maki dan aku betul engkau tak betul tak timbul dan dilayan. Diharap perkembangan ini dituruti oleh negeri lain terutama yang berpangkat MB dan KM. Belus terus gulungan marhaen berkomikasi. rintihan dan pandangan tanpa di tapis oleh juak-juak disekeliling.
TK dari Bentayan.
Datuk,
Bagus cadangan Datuk tu.Tetapi perlu ingat audience cyberworld ini bukan pakcik/makcik,Ayah Chor/WanChor,Pak Tam/Mak Tam.Mereka adalah bgenarasi baru yang amat kritikal terhadap semua isi isi artikel yang diberi.Saya tak fikir UMNO akan dapt kembali pengaruhnya dengna bergiat cergas didalam dumni siber.
USA adalah pencipta internet tetapi dia ketinggalan kebelakang didalam perkara ini.Pejuang pejuang Islam yang menjadi musuh USA telah dapt menyampaikan berita berita di medan sebenarnya.CIA menggaru kepla utk mengatasi perkara ini.
Isu sebenarnya adalah UMNO enggan berubah dan semakin korup.Selagi perkara ini tidak dibaiki, UMNO semakin tiada harapan lagi.JIak dibaiki maka banyak lah pemimpin pemimpin UMNO yang akan miss soru dan tak dapat pakai mercedes berharga RM700K serta tinggal didalam mahligai indah.Jadi mana satu pilihan pimpinan UMNO.Saya tak mahu tanya ahli UMNO sebab ahli ahli UMNO ni terlalu lemah utk berfikir dan membuat perubahan.Walaupun sebahagian dari mereka tidak lah korup dan ada keinginan untuk melakukan perubahan
Apa pilihan pemimpin pemimpin UMNO? I dont want to waste my money offering prizes for the right guessing.Nanti ramai sangat yang dapat meneka dengan betul
Salam Dato'
Walaupun penyertaan Umno dalam bidang maklumat menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) agak terkebelakang, namun ia lebih lewat baik daripada tidak buat langsung.
Ini contoh bunyi pandangan mengenai kelemahan UMNO yang selalu digunakan oleh media perdana yang membuatkan orang UMNO dan pemimpin UMNO trus lena.
Saji
Salam Dato'
Untuk kembali kuat, Umno perlu mengembalikan keyakinan orang Melayu. Hanya jika orang Melayu yakin Umno berjuang untuk mereka, barulah orang Melayu akan kembali menyokong Umno.
Tetapi jikalau Umno dilihat sebagai terlalu bertolak-ansur, mengutamakan kaum-kaum lain dan takut, orang Melayu mungkin tidak akan kembali ke pangkuan Umno.
Sudah banyak kali peringatan/nasihat seperti di atas saya dengar daripada kalangan orang Melayu sebelum PM, DSN perkenalkan Model Ekonomi Barunya ,yang Dato' sendiri tahu, menghakis DEB secara sistematik! Adakah dengan tulisan Dato' ini beliau akan mendengarnya?
Saya katakan tidak, kerana belum sempat orang Melayu kita seperti Dato' sendiri mengkritik habis-habisan Model Ekonomi Baru itu, rakyat sudah mula dihidangkan dengan isu-isu baru negara yang lebih enak oleh media2 perdana, termasuk Dato' sendiri dalam blog ini.
salam dato
saya lihat kerajaan/umno amat menyedari kepentingan ICT sehingga sesetengah jabatan spt JKR memiliki prasarana IT yg komprehnsif.
pegawai & ktangan juga dilatih supaya dapat mengendali & memanfaatkan kemudahan yg ada.
yg menjadi masalah ialah apabila 'kepala jabatan' lembap & malas, malah sering tiada di pejabat sedangkan banyak fail/kes menunggu. kalau adapun pukul 10-12 pg asyik telepon arrange 'flight' & pukul 2 ptg dah siap tukar baju golf & lesap.
kerja yg sepatut siap hari ni tertangguh esok...
Salam Hormat Dato',
Memang begitulah sikap dan peragai orang orang Umno-tidak komited dan bersunggoh dalam melaksanakan tugas,tidak bersemangat,kerja bila ada upah atau habuan dan kurang mengguna dayausha.Itulah sebabnya mereka terkebelakang dalam penggunaqan ICT sebagai media baru.Pendeknya, mereka terkebelakang dalam semua aspek kalau dibandingkan dengan parti pembakang.
Barang kali tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa agak mustahil memulihkan kembali Umno seperti sebelum ini.Sebabnya ialah:
1.Umno kini amat tenat"rotten to the core".
2.Semangat perjuangan ahli-ahli sudah luntur dan tidak bermaya.
3.Perpaduan diantara ahli-ahli amat rapoh dan longgar,berpuak-puak dan mencuriagai diantara satu sama lain.
4.Kurang komitmen diantara pemimpin dan ahli terhadap perjuangan parti.
5.Setakat hari ini tidak nampak sebarang usha yg betul-betul positif dan bersunggoh-sunggoh untuk memulihkan Umno.
Keadaan diatas, dengan jelas memperlihatkan, bukan sahaja kelemahan dikalangan ahali-ahli,tetapi yg lebih ketara dan amat mengcewakan ialah kegagalan dan kelemahan pucok pimpinan untuk membuat sesuatu konkrit dan radikal bagi memperkukoh dan memperkasakan Umno untuk menghadapi PRU 13 nanti.
Dalam kedaan lemah dan tenat ini Umno terus dikecewa dan diperlemahkan lagi olih kepimpinannya dengan" terlalu mengalah, bertolak-ansur,mengutamaka kaum-kaum lain dan takut ".Apabila pemimpin menampakkan sikap dan sifat lemah,tidak tegas,apologitik dan lambat bertindak maka sudah tentu kepimpinannya tidak akan diyakini dan berkesan.Slogan dan retorik,walau bagaimana hebat diperhebohkan,tidak akan membawa apa-apa makna jika tidak disusuli dengan percangan yg rapi dan tindakan yg radikal,tegas dan berani.Jika tidak, slogan dan retorik akan jadi bahan ketawa dan sendaan.
Askar Tua
Keutamaan pemimpin-peminpin UMNO berlainan dengan pemimpin-peminpin parti pembangkang.
Parti pembangkang telah lama tinggalkan BN dalam hal pengunaan ICT untuk meraih sokongan rakyat yang celik computer.
Golongan inilah yang mereka gunakan untuk menyebarkan segala "dakyah" mereka untuk "membunuh" BN dan UMNO.
UMNO masih tidor lagi dalam mimpin khayalannya. Belum terjaga lagi dari tidor.
Sepatutnya tiap-tiap Bahagian dah ada websitenya tersendiri untuk memberi segala maklumat terkini berkaitan dengan aktiviti politik UMNO.
UMNO masih belum terlambat lagi untuk membuat sesuatu tentang ICT.
Ketua Penerangan UMNO patut cepat bangun tidor dan "gosok gigi" sebelum terlambat pergi "sekolah" untuk belajar ilmu ICT.!!!.
Be productive!
Be creative!
Be aggressive!
Be innovative!
Barulah slogan gemilang, cemerlang dan terbilang ada maknanya !!
Tahniah!! War start from now..
UMNO nak guna ICT?
Gunalah UMNOoooo!
Pokok pangkalnya, yang dilantik,ditugaskan,dibayar gaji penyelia ICT tu sebenarnya tak tahu nak tulis apa!
Mereka hanya tulis apa yang disuruh tulis, jadi Pak Turut laa! Jadi, mereka tulis bukan dari lubuk hati masing-masing.
Berbanding dengan pembangkang, mereka dapat maklumat bukan main susah, mereka yang terlibat dalan ICT ni langsung tak dibayar oleh parti masing-masing. Mereka mendapatkan maklumat, dan menulis dari lubuk hati masing-masing, kerana menentang ketidakadilan dan kezaliman pemerintah UMNOBN. Mereka ini saban hari tumbuh seperti cendawan, majoriti professional, YG TAK BOLEH KE DEPAN TERANG_TERANGAN, tapi tetap berjuang atas kemampuan kapasiti masing-masing.
DAN YANG PALING MENARIK, ICT UMNOBN, webblog, FB,Twitter etc gagal menagkis serangan demi serangan huah-hujah pembangkang.
PKFZ .....gagal
Hilang enjin Jet......gagal
100 juta Permata, bini Najib 1
Malaysia......gagal
Kalimah Allah......gagal
MACAMMANA TAK GAGAL,.....sebab perkara benar CUBA DITEGAKKAN sebagai tak benar!
MACAMMANA TAK GAGAL,.....sebab perkara tak benar CUBA DITEGAKKAN sebagai benar!
MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH mana boleh.....!
UMNO boleh tersungkur, tersenbam......
UMNO akan gagal dan tewas, InsyaALlah
Salam langit biru 11.01AM
Setuju 100% apa yang hang cakaptu. Cuma nak tambah, maila kat blog kadirjasin ni.
Salam DAKJ,
1. UMNO dalam kesakitan untuk mendapat kepercayaan dari orang Melayu. Orang Melayu tidak lagi berperasaan UMNO sebagai pembela mereka.
2. UMNO dulu dan sekarang amat berbeza, Dulu semua keluarga saya masuk dan berjuang UMNO. Tapi sekarang seorang demi seorang mula mempertikaikan kewibawaan UMNO dalam perjuang Melayu.
3. Semua ini berlaku semasa PM Flip-Flop kita mengambil alih dan KJ (bukan Kadir Jasin) mula membuat hal.
4. UMNO kalau tidak berubah, akan menerima nasib yang sama seperti di Thailand atau Jepun.
5. Sangkaan keburukan UMNO telah masuk dalam kategori "penykit cancer" yang akan mati dan hapus dimata Orang Melayu
6. Yang untungnya Orang Politik UMNO dan Orang bukan Melayu .
7. PAMIT UMNO
Senang sahaja untuk Umno kembali kuat.
Umno mesti jadi satu partai yang berlandaskan demokrasi "grass-root" yang sebenar-benarnya.
Semua jawatan dalam partai harus di-pertandingkan.
tak perlu semua omong-omong 'media baru' ini. Kalau nak sangat Media Baru, apa kata dicabut saja Printing and Presses Act dan apa-2 undang-2 yang mengekang the relevancy of prime-media!
Yang pentingnya, demokrasi harus subur dalam UMNO. Dengan cara ini juga UMNO akan terus relevan dengan suara rakyat...
Demokrasikan UMNO secara total!
Mamat
Sdr mamat
Sdr kata, "Senang sahaja untuk Umno kembali kuat.
Umno mesti jadi satu partai yang berlandaskan demokrasi "grass-root" yang sebenar-benarnya.
Semua jawatan dalam partai harus di-pertandingkan.
tak perlu semua omong-omong 'media baru' ini. Kalau nak sangat Media Baru, apa kata dicabut saja Printing and Presses Act dan apa-2 undang-2 yang mengekang the relevancy of prime-media!"
Apa yang UMNO sedang buat selepas pasca PRU-12 seperti memesatkan penggunaan media baru yang dibincangkan dan sudah buat seperti menghapuskan yuran keahlian ialah mewujudkan sistem2 bersama tata caranya sebagai usaha dan caranya yang difikirkanya sesuai atau mampu difikirkannya buat masa ini untuk kembalikan semula kekuatan UMNO.
Ia selaras dengan kehendak konsep dan ciri pengurusan dan oraganisasi moden (K&CPOM)yang saya bincangkan sebelum ini. Bahkan usaha sedemikian perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Yang penting, ia perlu diubah atau diperbaiki atau digantikan dengan sistm dan tatacara lain jika tidak berkesan dan sebaginya.
Datuk,
Memang UMNO yang perkenalkan ICT tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ada banyak sebab selain daripada terlalu bergantung kepada media arus perdana. Salah satu yang saya nampak adalah pemimpin peringkat akar umbi, sebagai contoh peringkat Ketua Cawangan, ramai yang tidak celik IT. Ramai yang tak tahu pakai komputer. UMNO Bahagian bagi laptop tapi tak pandai nak guna. Akhirnya jadi alat untuk main game.
Renung-renungkan...selamat beramal...
Salam Dato',
Dalam tinjauan rambang secara umum yang kita pernah buat di negeri Kedah, pembaca, pengikut dan penggemar IT/internet samada gulungan muda, pertengahan umur
dan tua didapati peratusannya dalam lengkongan 42%. Kita tidak dapat menentukan samada mereka itu pengundi atau tidak.
Dari tinjauan ini, kita juga tidak dapat mempastikan anggaran jumlah yang mengikuti blog, fesbook, tweetr dan lain-laian.
Jika diukur pengaruh internet kapada gulungan-gulungan ini, seharusnya diambil perhatian yang serius, kerana paling tidak, pihak yang membaca akan bercakap-cakap dan berbincang mengenai isu yang mereka baca dari internet.
Justeru, mana2 pihak pun, terutama UMNO/BN, mulai dari hari ini wajiblah menyediakan unit IT dan SMS ini supaya melaluinya akan dapat kita berintraksi dengan rakyat.
Dato,
Pada saya tak kira parti mana pun dan secanggih mana pun kemudahan ICT, apa yang rakyat sekarang mahu adalah 2 WAY COMMUNICATION
di mana rakyat dan pemimpin cawangan atau tertinggi boleh saling berinteraksi secara langsung
tanpa ada lagi sebarang alasan maklumat tidak sampai.
DAN BUKANNYA 1 WAY COOMUNICATION dimana hanya IDEOLOGI pemimpin sahaja yang perlu di dengar oleh rakyat manakala perkara asas iaitu SUARA, KEPERLUAN DAN KELUHAN rakyat tenggelam begitu sahaja.
Adat tradisional dan asas seperti bergotong royong dan kunjung mengunjungi juga masih tetap merupakan medium yang paling berkesan dalam memengangi hati rakyat.
Bukannya hujan emas yang mereka harapkan pun.
UMNO adalah nama singkat untuk nama panjangnya dalam bahasa inggeris...
patut tukar namanya dulu?
dan kaum umno hendak juga sedia hidup dalam benar dan ikhlas dari hidup hanya dalam kemegahan... terutama tidak ada lagi yang hendak dimegahkan ...
kaum umno hendaklah ikhlas dan kerja kuat untuk rakyat dan pastikan buat lawatan rumah ke rumah dan bertanya khabar dan peka terhadap isu isu yang di hadapi rakyat jelata... apa guna kaum umno yang berjuta!
Post a Comment