Monday, March 01, 2010

Royalti Minyak: Mohd Najib Lwn Ku Li

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PRESIDEN Umno Mohd Najib Abdul Razak pada 25 Februari berkata dia menyerahkan kepada keahlian parti memutuskan jika tindakan perlu diambil ke atas Tengku Razaleigh Hamzah.

Tindakan Ku Li menentang dasar kerajaan pusat mengenai tuntutan royalti minyak/gas oleh kerajaan Kelantan dilaporkan mendapat bantahan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi Umno. Mereka mempersoalkan “kekebalan” bekas Naib Presiden Unmo itu.

Mohd Najib menyatakan pendirian itu ketika ditekan oleh pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MT.

Nampaknya, Mohd Najib sama ada mahu mencari jalan selamat mengelakkan konfrontasi dengan Ku Li atau dia mahu ahli Umno membantunya menamatkan riwayat politik Ku Li.

Umno sudah biasa dengan taktik main selamat Mohd Najib. Tetapi perlu disebutkan juga yang Ku Li telah mencuba menyekat Mohd Najib daripada mengisi jawatan presiden dalam pemilihan Umno tahun lalu tetapi gagal.

Sebagai veteran terakhir Umno yang masih cergas dalam politik dan mewakili sebuah kerusi Parlimen, Ku Li mungkin berasa dia tidak akan rugi apa-apa dengan tindakannya itu.

Kalau dia dikenakan tindakan oleh Umno, dia tetap akan menjadi hero kepada sesetengah orang dan pihak. Bagi ahli dan penyokong Umno Kelantan, isu ini umpama telan mati ibu, luah mati bapa.

Tetapi sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mohd Najib tidak boleh berdiam diri membenarkan seorang ahli parti menentang dasar parti dan kerajaan secara terbuka, apatah lagi di saat-saat Umno dilihat sebagai sedang mengalami pemulihan dan pembangkang semakin kelam-kabut.

Serentak itu Umno dan Pas berdepan dengan kepelbagaian suara Melayu/Islam yang semakin lantang dengan penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kuala Lumpur Sabtu lalu (27 Feb.).

Maka bagi seorang pembesar Umno seperti Ku Li bersekongkol dengan parti lawan adalah bukan alang-kepalang kesalahan.

Kalau Mohd Najib tidak bertindak tegas dan pantas, dia akan dianggap tidak tegas dan mungkin pembesar Umno dan Barisan Nasional lain mungkin mengikut langkah Ku Li memberontak.

Inilah dilema Mohd Najib. Apatah lagi, Ku Li bukan orang lain, tetapi antara guru yang diamanahkan oleh Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, untuk mendidiknya.

Jika berlaku konfrontasi terbuka antara Mohd Najib dan Ku Li, ia adalah perlawanan yang cukup menarik.

1. Ia berupa perlawanan antara murid dengan guru. Pasti ada sebab Abdul Razak menghantar anaknya yang baru pulang dari belajar di England berguru dengan Ku Li di Petronas di mana Ku Li adalah pengerusinya;

2. Sama ada kerana keturunan, kebijaksanaan atau ketentuan nasib si murid telah menjadi lebih berkuasa daripada guru;

3. Perlawanan kali kedua setelah Ku Li gagal mencabar Mohd Najib untuk jawatan Presiden Umno pada tahun 2009. Ku Li tidak memperoleh cukup kuota pencalonan bahagian untuk bertanding;

4. Perbezaan pendapat dalam Umno mengenai isu royalti minyak ini akan memberi kesan langsung dan besar kepada keputusan pilihan raya umum akan datang di Kelantan;

5. Cabaran Ku Li ini adalah sesuatu yang Mohd Najib perlu tangani dengan berhati-hati kerana walaupun Ku Li tidak lagi mempunyai kedudukan dalam kepemimpinan tertinggi parti, tetapi dia masih dihormati ramai;

6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Ku Li dianggap sebagai pelindung hak Melayu dan antara beberapa kerat pembesar Umno yang masih berani bersuara;

7. Ku Li pernah menjadi putera mahkota politik Umno selaku naib presiden termuda di era Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Dia kenal benar siapa Mohd Najib;

8. Ku Li menjadi kuasa di belakang gerakan menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan dan mengembalikan pemerintahan Umno pada tahun 1977;

9. Antara 1977 dan 1987 Ku Li menjadi peneraju pembangunan negeri Kelantan di bawah Pelan Pembangunan Negeri Kelantan;

10. Dia tentu sedar dengan hasil minyak yang lebih besar, Kelantan boleh dimajukan semula seperti zamannya dahulu. Kalau dia memihak kepada Pas, kerajaan Pas Kelantan pasti akan meminta nasihatnya;

11. Dia membantu menjatuhkan kerajaan BN Kelantan dan menaikkan semula Pas dalam pilihan raya umum 1990 apabila parti barunya, Parti Melayu Semangat 46 (S46) bersekongkol dengan Pas. Atas sebab itu, Pas sentiasa bersimpati dengan Ku Li; dan

12. Zaman Ku Li menerajui pembangunan Kelantan antara 1977 dan 1987 dianggap sebagai zaman keemasan Umno Kelantan.

Soalnya adakah pendirian beliau mengenai isu royalti minyak ini berupa episod kedua dan terakhir cabarannya terhadap Mohd Najib?

Ku Li tentunya sedar bahawa sama ada dia menjadi duri dalam daging kepada Umno atau dipecat, dia tetap akan menjadi wira di mata ramai ahli Umno dan orang Melayu. Pada usianya sekarang, dia tidak akan rugi apa-apa.

Bagi Mohd Najib pula, bagaimanakah dia mengharapkan keahlian Umno memberi kata putus mengenai Ku Li? Apakah caranya bagi ahli Umno yang berjuta bilangannya itu menyatakan pendirian mereka mengenai tindak-tanduk Ku Li?

Secara tidak langsung, keahlian Umno, melalui mesyuarat agung bahagian awal tahun lalu, telah menyatakan pendirian apabila mereka memberi sokongan sebulat suara kepada Mohd Najib dan menolak pencalonan Ku Li.

Jadi, adalah tidak mustahil bahawa Ku Li menggunakan isu royalti minyak ini untuk memberi kesempatan terakhir kepada dirinya dan kepada Mohd Najib untuk menentukan masa depannya dalam Umno dan BN.

Dia (Ku Li) sama ada kekal dalam Umno sebagai melukut di tepi gantang dan duri dalam daging atau menjadi “man of the hour” dipecat daripada Umno.

94 comments:

antubiul said...

Itulah UMNO, tegur sikit dah melatah. Everyone knows who Ku li and believe his argument are base on facts while on the UMNO side we know UMNO used to dance twist and mambo.Sepatutnya UMNO perlu melihat cabaran KU Li dari sudut ilmiah bukan dari sudut melawan arus. Ku Li serupa DR M, mereka bukan seperti Nazri, Mustapha, Najib mau pun Muhiddin, mereka adalah biji jagung yang sudah masak tapi tidak boleh dituai kerana quality nya adalah untuk ditabur menjadi benih.

pengkaji said...

Datuk

Saya melihat ia nya sebagai "check and balance" dalam UMNO. Takkan semua yang didalam jadi yes man sahaja, tanpa mengira fakta fakta dalam isu ini yang boleh dimuktamadkan melalui mahkamah.

Bagus juga jika ada kepelbagaian pendapat dalam UMNO yang dapat di lihat telus dari luar - samada ahli mahupun pengundi.

Ini akan menjadikan orang Umno di bawah mahupun di atas lebih peka dengan perkara yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Jadi elok juga lah undang undang yang menentukan hal ini jika kedua pihak mempunyai fakta yang kuat.

sekurang kurang nya di kemudian hari kelak rakyat faham sedikit sebanyak bagaimana proses pengagihan hasil ini dilakukan.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

The issue is not so much Najib lawan Ku Li. It is more about justice and equity sharing of resources. Terengganu, Sarawak and Sabah get their oil royalties (and not wang ihsan) why not Kelantan? Their oil rigs are also more than 3 nautical miles away from the shore.

For 34 long years the BN government has deprived the people of Kelantan their due of needed funds for development. The Federal is playing parochial politics over the state whereas the case is above and beyond such sentiments and even above race. A whole group of humanity is jeopardised.

Ku Li has been delienated in UMNO camps for a long while. People are jostling for positions even the upstart KJ wants to be the youngest PM! Perhaps he is not a groupie, no herd mentality, and don't throw money around to buy votes.

He has a fighting call, a legitimate one based on strong legal and moral grounds. He is fighting for the people. The simple solution is for Najib to give in. Nothing to lose face but for the sake of fairness and sustainability of communities, state and nation.

Nordin said...

Persoalan utama di sini ialah apakah yang benar dan salah?Apakah Ku Li menyokong yang benar dan UMNO menyokong benda yang salah atau sebaliknya?Apakah dasar UMNO yang mahu dipertahankan sehingga seorang lagi wira UMNO sanggup dikorbankan? Apakah atas nama politik maka dasar yang bercanggah dengan undang-undang dan norma hidup yang mulia lebih diutamakan?

Imej UMNO telah banyak tercalar disebabkan kerakusan pemimpinnya memanipulasi segala batas undang-undang,peraturan dan norma hidup manusia.Tak payah sebut bab Agama, lagi tak ada makna.Sehingga terbayang bila disebut sahaja kepimpinan UMNO, maka akan tergambar segala yang buruk.Atas nama politik segalanya boleh dikorbankan.

Perjuangan untuk bangsa dan agama hanya sekadar jampi mentera untuk mententeramkan penyokong yang daif.

Apakah sebenarnya dasar UMNO?Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh UMNO?Inilah kunci persoalan masyarakat bila tingkah tidak selari dengan kata.

Habib RAK said...

Ku Li is taking his rightful place in history. As an aging elder politician, he has become a statesman. He is not pushing for party politics but he is more concern about nation building. Unlike, Tun M, who is still being a party man, Ku Li is working hard to prevent Malaysia from falling into "pariah" nation label. The stance taken by UMNO in depriving Kelantan from the royalty payment is so very blantant. This stance by UMNO is really killing the golden chance that the people of Kelantan can enjoy to progress further. Kelantanese people are know to be more industrious and business savvy. Why deprive them for pure narrow political gain?

Shah said...

Dear DAKJ,
Isu mengenai 'royalty' (cash payment) minyak ini adalah ujian kepada sejauh mana Najib dilihat sebagai 'cakap serupa bikin' dari segi slogan Satu Malaysianya. Jika Najib betul-betul mahu dilihat sebagai 'a leader who walks the talk', dia sepatutnya bersetuju dengan pandangan Ku Li.Dia patut akur dengan hak-hak Kerajaan Negeri, tanpa mengira parti mana yang memegang tampuk kerajaan negeri itu.Seperti hak kerajaan negeri mendapat 'per capita grant' dan 'road grant' dari Kerajaan Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.Dalam kes bayaran duit minyak ini, walaupun persetujuan bayaran itu tidak ada dalam Perlembagaan, tetapi persetujuan mengenainya terdapat dalam Surat Perjanjian di antara PETRONAS dengan kerajaan-kerajaan negeri.Kerajaan Persekutuan yang merupakan pemilik PETRONAS tidak wajar melanggar peruntukan perjanjian itu hanya kerana perubahan parti yang memerintah kerajaan negeri. Di Amerika Syarikat , umpamanya, apa-apa peruntukan perjanjian di antara Kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Federal atau dengan agensi-agensinya tetap dipatuhi tidak kira Parti Demokrat atau Parti Republikan yang menguasai mana-mana pemerintahan. That is One America for you. Tetapi di negara kita, olehkerana tidak suka kepada parti lawan, maka tukar 'cash payment' kepada wang ehsan yang tidak pula dibayar secara langsung kepada kerajaan negeri.Is that One Malaysia?

Quantum Metal Consultant said...

Tidak bersetuju dan sependapat dengan Ku Li sepatutnya tidak menjadi penghalang atau alasan untuk Ku Li dibuang atau dipecat dari UMNO, tindakan yang tidak menguntungkan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman. Ku Li harus dibenarkan terus bersuara untuk emmbuktikan keterbukaan di dalam UMNO masih ujud, seperti juga Mahathir yang tetap terus mengkritik UMNO, malah lebih vokal kepada tubuh badan UMNO itu sendiri, maka wajar Ku Li juga diberi ruang yang sama.

Membiarkan Ku Li terus bersuara tanpa tindakan UMNO bukanlah bererti Ku Lit 'benar' secara mutlak malah mengambil tindakan kepada Ku Li akan memebri persepsi lebih bahawa UMNO tidak berani berdepan dengan 'kebenarann'.

Pengaruh Ku Li tidaklah sebesar mana di dalam UMNO dan tidak juga berpengaruh di kalangan pembangkang kecuali 'isu' ini, dan jika kerajaan dapat salurkan wang ehsan dengan bijaksana, kritikan Ku Li hanya tidak akan membawanya ke mana mana.

Mengambil tindakan ke atas Ku LI hanya sekadar memberi semula 'nyawa' kepadanya dalam politik.

Tinta Hitam said...

Saya rasa pasal royalti minyak Kelantan ni adalah pergelutan terakhir Kuli.Age had catching with him..So most probably that will be his last contribution to the nation.

Cuma saya nak ketengahkan sikap UMNO didalam hal royalti ini.Mereka melayan segala harta negara seolah olah hak mutlak UMNO.Di Terengganu bila UMNO memerintah maka kerajaan negeri dapt royalti,Bila PAS memerintah tiba tiba tak layak pulak sedangkan perlembagaan negara menunjukkan hasil bumi adalah hak mutlak kerajaan negeri.Tak kira lah PAS atau UMNO.Keptutsan telah dibuat bila hasil bumi dianggap hak negeri yang terdekat dimana ianya diextract.

Bagaimana org org PAS nak percaya pd UMNO sedangkan ketidakadilan ini jelas didepan mata.

nasir said...

UMNO dah takkan pulih lagi Dato . Lagi satu royalti ni dah kjaan kata Kelantan tak layak mengapa beri juga 20juta ? tak kesahlah nak namakan wang ehsan atau apa sahaja . Tapi pointnya bila dah kata tak layak dapat tapi bagi juga apa ceritanya . Kalau kelantan boleh ada wang ehsan macam mana dengan negeri2 lain . Boleh kot hulurkan wang ehsan . Media asyik siar ulasan2 pihak kjaan tapi tak pernah pun siarkan hujah dari pihak kjaan kelantan ?

Generasi muda dah boleh nampak siapa benar siapa salah . Sebagai seorang generasi muda saya sendiri dah muak dengan pimpinan UMNO yang masih tak sedar diri . Marahkan rakyat kerana makan subsidi sebaliknya yang kerajaan ambik cukai tak pula pernah disebut . Kalau nak hapuskan subsidi sila hapuskan cukai ....

al-Din-amin said...

Najib wants 1Malaysia. By not giving due fairness to Kelantan for the oil royalty he is not in cognizant of the motto. Is it mere slogan?

Najib wants high income people. By not giving the oil royalty he is not helping towards that objective.

The Kelantanese are unpredictable people even up to the royalty. They are very parochial meaning that they are groupies. Perhaps, other politicians have a fear in this.

The last time when their member held the education ministry, the whole gang-bang monopolise the top/high level posts in the education system - UM, UPM, UKM politekniks ... . Even a Datuk professor caught with khalwat is placed as dean of a branch campus!

There are advantages of being parochial especially in the days of lore - togetherness for community survival, remnant of an instinct.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Orang putih kata 'Take the bull by its horn'.

Memang risiko nya amat tinggi dan kerja gila nak lawan dengan lembu yang bukan calang calang.

Bila berdepan dengan lembu,kalu tak lawan,dia mai sondoi jugak.

Kita berpeluang melihat kejaguhan Najib.Dia mesti ambik peluang ini.

Peluang pertama di depan mata untuk
tunjuk keberanian disia sia bila dia biaq ketua pemuda dan satu menteri besar yg rasuah terus berkuasa.

Skrg datang peluang kedua,cuma saya tak nampak dia cukup berani.Di manakah konsep rakyat didulukan?TALK IS CHEAP!

MAAF CAKAP,KITA MASIH TERCARI CARI PEJUANG BANGSA YANG MELETAKKAN RAKYAT LEBIH DARI DIRI SENDIRI.

"Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?" TUN MAHATHIR

tk

pakbelalang said...

I think Tengku Razaleigh is a very lonely person within UMNO. He is now considerd as the last remnant of the old guard of UMNO leader. He still wants to be in the limelight again. Maybe he miss it so much but unfortunately he does it at the expense of UMNO unity.He feels that he can still contribute his ideas which of course it is good for UMNO.Personally, I feel Tengku Razaleigh should just help Najib rather than causing him problems. Consider Najib as "anak" sendiri and guide him to strengthen UMNO. Be like Tun M who is now in favour of Najib's administration even though at times he criticizes the govt.

ab said...

Salam Dato,

NI BARU betui perumpamaan GURU KENCING BERDIRI,MURID KENCING BERLARI....!! TRH dan PM dulu sebagai bos dan staf kat Petronas.


NAH laa ni, kalau betui kisah PETRONAS salah, maka jadilah ex-bos dan ex-staf dua-dua penipu.... kalau satu kata betui,satu kata salah..satu TOK penipu dan satu anak penipu....



KALAU PETRONAS betui pulak, ex-bos tak pernah tak menipu,ex-staf benar walaupun ex-bos penipu!.



JADI UNTUK KEPENTINGAN NEGARA...

1. EDARKAN peta telaga-telaga minyak yang berkenaan untuk umum lihat,kedudukan telaga dan sempadan laut negeri kelantan dan antarabangsa.


2. Edarkan akta dan undang-undang
yang berkaitan...


SAY PASTI #1 dan#2 itu dapat membantu umum menilai kebenran atau penipuan....


LAST SEKALI...umum akan tahu, ex-BOSS penipu ka,ex-staf penipu ka, ex-bos benar ka-ex staf penipu ka, ex-bos penipu-ex-staf benar(sejak dulu) atau ex-bos-ex-staf benar keduanya sejak dulu....



TO SAH LAA gelembong lagi.....



Abu Bakar Ab Rahman

Mista Blogga said...

Salam Dato'

Teringat pula tindak tanduk Tun. M terhadap Pak Lah dulu.. hehe..

Nampaknya Najib kena buat sesuatu.. jgn sampai orang nampak dia sebagai 'lemah', seperti Pak Lah dulu..

OKJ said...

Salam DAKJ

Dosa kering dan penyamun tarbus

Tajuk yg menarik. Saya akan cuba komen dari sudut lain sebab dah banyak sangat pendapat dari pakar perundangan. Ada kata ya dan tidak. Ini tak termasuk lagi ‘loyer buruk’. Jalan penyelesaian terbaik adalah mahkamah. Pertamanya boleh kurangkan DOSA KERING daripada tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan buruk-memburukkan tak kiralah serban tebal mana pun. Yg keduanya, kalau mahkamah membuktikan kerajaan negeri yg punya, ambillah secara sah. TAPI kalau sebaliknya dan dah diambil duit orang yg bukan kita punya, macam penyamun tarbus je gayanya, DOSA lagi. Kena minta maaf dan pulangkan balik duit tu kepada pemiliknya iaitu seluruh rakyat Malaysia dari semua negeri, yg hidup dan yg mati.

Sementara menunggu kes di mahkamah, duit kesian atau nama glamour sikit Wang Ehsan moleklah diberikan dulu. Kesimpulannya, percepatkanlah perjumpaan di mahkamah. Bukan saja keadilah ditegakkan, dosa kering dan penyamun tarbus pun dapat diminimakan. Mahkamah adalah jalan penyelesaian yg pertama sepatutnya diambil bukan jalan yg terakhir macam yg dicanangkan seluruh negeri. DOSA KERING lagi.

Menongkat langit

Berbalik kepada tajuk kalini, kitani hidup bukannya nak menongkat langit. Bila sampai masa, orang lama kena berilah laluan ke orang muda pulak terutamanya bila tak sampai 1% pun yg masih menyokong, itupun kawasan sendiri. Udah-udahle dan paham-paham sendirile kata hati akar umbi. Tak begitu molek rasanya nak diulas panjang lebar atas dasar menghormati orang lama. Tapi orang lama pun kenalah hormati orang muda, barulah negara aman sentosa.

Dan yg terakhir dan terpenting, Dato’ Sri presiden UMNO minta pendapat dari ahli-ahli UMNO saja bukan seluruh rakyat Malaysia. So, kalau bukan ahli tu, janganlah menyebok-nyebok pulak, hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Kalau nakkan sangat kepimpinannya, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Sekian TQ.

pakbelalang said...

Actually, why make this issue a fuss. If really they are entitled for whatever claim, there is no reason for the govt. to withhold the entitlement.

Give them the money whatever is due to them, period.

If they are not entitled for it then the govt. must explain clearly the rational for not giving them.

If UMNO just want to irritate them for political reason then I think at this juncture it is rather foolish. It will boomerang back at the govt. and UMNO will be at the losing end. Make no mistake about it.

mad said...

saya orang sarawak. kalau kelantan tak ada hak mendapat royalti minyak saya sarankan kerajaan juga tarik balik royalti minyak sarawak, barulah adil. sebab pelantar minyak di sarawak pun terletak lebih 3 batu nautika dari pesisir pantai. kalau tak caya jom datang ke sarawak dan ukur sendiri.
mengenai hal ku li pula saya rasa umno akan lebih dihormati dan lebih relevan jika beliau menjadi presiden umno dan seterusnya pm malaysia. berduyun-duyun orang melayu akan balik menyokong umno jika ini berlaku. tapi ini hanyalah impian belaka. semua orang tahu ia tak mungkin berlaku. umno hanya suka mengambil ahli seperti fairuz bekas tkm pp. itu barulah kualiti individu yg umno cari.

Anonymous said...

Pertama sekali, di dalam Parlimen, PM kata, royalti yang dituntut adalah tidak sah kerana jarak telaga-telaga berkenaan adalah lebih dari 3 batu nautika dari pantai.

Secara tidak langsung PM memperakui adanya galian telaga minyak di "off-shore" pantai Kelantan.

Sekarang sila lihat pula pautan ini :

http://www.kpdnkk.gov.my/akta/akta_kemajuanpetroleum1974.pdf

Dibawah tajuk pertama LONG TITLE AND PREAMBLE, pada AYAT YANG PERTAMA telah disebut rujukan hasil galian KEDUA-DUA on-shore dan off-shore.

Ini bukan soal Najib vs Ku Li seperti yang DAKJ katakan.

Ini soal reform BN, membuang apa sahaja daki UMNO dan rakan politiknya; terutama yang ada masa Pak Lah.

Rakyat kelantan tu semuanya orang pendatang ke orang melayu? Bukan rakyat Malaysia ke?

Fed Up

abdullahngah said...

Najib dan KU LI tahu pasal royalti minyak Kelantan.

KU LI kata, Kelantan berhak menerima royalti. Manakala Najib pula berkata, kelantan tidak berhak.

KU LI mempertahankan agar hak kelantan di kembalikan haknya.

Najib mempertahankan pendapatnya dan dibantu oleh Datuk Mustafa Muhammad dan Dr.Awang Adek sebagai pengerusi wang ihsan.

serta sedikit campur tangan katak pisang yang apabila melompat keluar air kecing terkenalah muka yang duduk berhampiran

Muka Pas pun pernah terkena air kecing katak pisang, cuma tak buta mata sahaja setakat ini.

Rakyat yang cerdik tahu bahawa sesuatu apa yang berlaku di atas muka bumi negara ini mahu tidak mahu mesti ada perjanjian.

Macam perjanjian antara kerajaan Terengganu dengan petrons. Tak kan Kelantan tiada sebarang perjanjian pasal minyak.

macam juga perjanjian Terengganu bahawa perjanjian ini dibuat pada 22hb Mac 1975 antara kerajaan negeri terengganu sebagai satu pihak dengan petrolium Nasional Berhad, sebuah syarikat yang diperbadankan dibawa akta syarikat, 1965 dan yang pejabat berdaftarnya terletak di no 21, Jalan melaka, Kuala Lumpur (kemudian daripada itu disebut PETRONAS) sebagai pihak yang satu lagi.

Bahawanya menurut akta kemajuan petrolium, 1974, semua pemunyaan keatas petrolium dan hak, kuasa, kebebasan dan keitimewaan eksklusif untuk mencari gali, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petrolium yang bernada sama didarat atau dipersisir pantai Malaysia adalah diletak-hak-kan kepada PETRONAS.

Dan bahawannya pelatakan pemunyaan hak, kuasa kebebasan dan keistimewaan yang disbut diatas telah berkuatkuasa berikutan dengan penyampurnaan surat cara bagi maksud itu:

Dan bahawannya kerajaan dan PETRONAS ingin membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 akta tersebut diatas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan sebagai balasan bagi pemuanyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaaan yang diletak hak seperti diatas berkenaan petrolium.

oleh yang demikian, sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan berkenaan petrolium yang diletakhakkan oleh kerajaan kepada PETRONAS, maka dengan ini adalah di persetujui seperti berikut:

andakmaon said...

Dato,
Nampaknya masih ramai yg sengaja tak mahu faham dgn penjelasan yg telah dibuat oleh kerajaan mengenai 'wang minyak ' Kelantan ini. Ramai yg masih mengatakan Kelantan layak mendapat wang itu walaupun telah diterangkan byk kali. Kalu anak kecil kat kampung dulu kalu disuruh balik rumah tapi tak balik-balik juga dikatakan ' himul budak ini.
Isu ini sekarang dah jadi terlalu politik kerana samada UMNO mahupun PAS menyatakan mereka yg betul. Namun sepertimana yg datuk katakan itu , ianya sekarang sudah jadi pertembungan antara anak murid dan guru. Najib dan KU LI.
Terbaiknya bawa saja kes ini ke mahkamah . Let the court decide .

abdullahngah said...

sambangan

1. (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus daripada nilai petrolium yang didapati di Terengganu dan dijula oleh PETRONAS atau agen agen atau kontraktor kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2.

(2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) fasal ini hendaklah merupakan harga f.o.b perata enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau agen agennya.

(3) Apa apa petrolium yang digunakan oleh PETRONAS, agen agen atau konratktor kontraktornya untuk tujuan carigali dan operasi pengeluaran hendaklah disaifatkan telah dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai dibawah fasal ini.

2. Pembayaran wang tunai yang kena bayar dibawah perjanjian ini hendaklah dibayar pada tiap tiap setengah tahun. Pembayaran bagi petrolium yang didapati, diperolehi dan dijual dalam tempoh setengah tahun yang kedua hendaklah dibuat pada atau sebelum satu haribulan Mac pada tahun yang berikutnya.

3. Adalah dipersetuji dan ditetapkan bahawa pembayaran wang tunai yang kena bayar dibawah perjanjian ini hendaklah kena bayar hanya selagi petrolium tidak lagi diperolehi oleh keraan apa apa sebab jua pun. Dalam hal yang demikian tiada apa apa pembayaran dalam bentuk bayaran pampasan akan dibayar kerana terhentinya bayaran wang tunai yang jika tidak kena dibayar dibawah perjanjian ini.

4. Dalam perjanjian ini, perkataan "petrolium" merupakan erti yang diberikan kepadanya oleh akta kemajuan petrolium, 1974.

5. Nota bidai hanyalah untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidaklah menjadi sebahagian daripada perjanjian ini.

6.Perjanjian ini hendaklah dibuat dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat apa apa keraguan, maka teks perjanjian dalam bahasa Inggeris hendaklah dipakai.

Oleh itu mustahil negeri Kelantan tidak membuat sebarang perjanjian dengan PETRONAS.

Najib main politik kotor, manakala KU LI yang dianggap tidak berguna lagi cuba main peranan agar lakonan kepimpinan kerajaan BN tidak menjadi.

NASSURY IBRAHIM said...

Tidak kira siapa itu Ku Li, siapa itu Najib, Mustaffa Mohamed atau Awang Adek, Nik Aziz, Husam Musa, atau siapa saja. ROYALTI MINYAK ADALAH HAK KELANTAN. Siapa yang menafikannya, dia adalah musuh rakyat Kelantan.

zainal abidin awang kechik said...

TOK.. HAK RAKYAT BAGI JE LA...APA LAGI.. MERAKA (PETRONAS) BELANJA DUIT RAKYAT TIADA SIAPA TANYA PUN. SAYA TAK PERNAH TENGOK AKUAN PERTONAS.. PERTONAS KEBAL MACAM KERETA KEBAL.
KU LI BUAT AKTA PERTROLIUM.. MAKAN TUAN,
BAGI F1 ADA DUIT.. BAGI LA TOK.. DUIT DAN HAK ANAK ANAK YATIM..

''TOK PERNAH KATA KAT SAYA ...'' NON ..SAYA TAKUT BALA ALLAH TURUN KITA SEMUA KENA...'

salam untuk bonda tok tercinta di kampung...

saji said...

Salam Dato'

Siapa di belakang penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM)? Adakah ia mendapat restu DS Najib?

Bleacher said...

Dato,

This saga on oil royalty remind me of a movie titled "Blood Diamond".

The story line was in the backdrop of civil war between warring factions in Sierra Leone to control diamond mining and trade. To me the most unforgettable scene in the movie was when this old and very destitute man said that he wish that there was no diamond in his country as he considered diamond discovery has brought curse to his country and pray that god take the diamond away.


There is a moral of the story to be learned from the movie in the perspective what is currently in this country related to oil royalty.

1. Oil like diamond can either bring prosperity or bring misery to its people. The people especially the leaders need to think beyond their political ambition for the benefit of the people and state.

2. Kelantan may have among the highest Malay population if not the highest in Malaysia. Unfortunately they are among the poorest state. Are we willing to see Malay fell backwards because of different political ideology stopping us doing the right thing? Haven’t we learned anything from conflict between Fatah and Hamas? Who ultimately gain because of their in fighting? We all know the answer to that.

3. Commodity like oil will one day diminish from shores of Malaysia. Some estimate say within 15-20 years. What happen then? Perhaps the in fighting would stop but likely also heavy price would have to be paid by the people, state and the nation.

This issue has to be resolved beyond politics and away from the courtroom because it will never satisfy either party. God given wealth must be used properly and distribute fairly to the people. Or else it could be movie made title “Blood Oil” and worst left us with a curse.

Roti Planta said...

Dato',

KuLi tetap wira dihati rakyat Kelantan samada UMNO atau PAS.

UMNO Kelantan sendiri tidak tergamak untuk 'menembak' atau menghukum KuLi kerana hati kecil mereka seperti berkata 'sebetulnya itu Royalti' tetapi demi kelangsungan politik UMNO di Kelantan dan kebuncitan perut pemimpin UMNO maka duit minyak itu 'kena UMNO yang pegang'.

Jika KuLi khilaf didalam mentafsir Akta Peroleum tersebut maka adalah bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik Mohd Nor dan bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman juga khilaf?. Jika mereka khilaf dan bodoh mentafsir perjanjian maka kerajaan UMNO dulu 3 kali ganda bodoh kerana melantik ketiga-tiga mereka dahulu.

Kesimpulan saya ialah; Jika bagi Royalti, Kerajaan dan Rakyat Kelantan Makmur maka logo UMNO akan hilang di Kelantan.

Bye/ Roti Planta

saji said...

Salam Dato'

Jika benar apa yang ditegaskan oleh DS Rosmah mengenai suaminya yang jangan diprovoke, maka Ku Li pastinya dipecat

kucau said...

ERMM

1) Walaupun Ku Li menidakkan akan faktornya ke atas pengharaman UMNO, ramai masih ingat yg beliau adalah anwar versi UMNO yg akan melakukan apa sahaja demi untuk mencapai cita2. kalau aku x dpt, biar lawan aku pon x dpt

2) Apa yg kuli buat ini adalah perangkap untuk Najib. YG pasang perangkap x kene apa2 pon kalaupun perangkap gagal.

3) Kuli dah x ada cara untuk naik, ini mungkin perangkap terakhir

4) Melayu Mudah Lupa : Jika Najib dpt melembutkan puak2 yg mahukan KUli dikenekan tindakan, maka seharusnya KuLi dibiarkan begitu sahaja dan melayu akan lupa akan beliau. Jika Dr M pon org boleh lupa ( atau takut paklah ) mase pak lah berkuasa , maka jika dilihat dari jumlah bahagian yg mencalunkan beliau untuk Presiden lawan Najib... maka kuli akan dilupakan begitu sahaja. Najib x perlu buat apa2.

5) Bior Kuli bersengkokol dgn kerajaan kelantan yg sudah terpalit dgn isu anak menantu dan rugo 50 jutanya... Kuli akan repeat kesilapan semnagat 46

6) Jika Najib terpaksa melawan ataupun kuli menegnakan perangkap lain lagi maka tiada power lain yg dpt membantu Najib Selain dari Tun M yg lagi masih kuat pengaruhnya. Korek kisah2 hitam Kuli utk dijadikan lauk2 ahli.

sekian analisan saya

raja2u said...

YBhg Dato',

Assalamualaikum,

Pada saya masalah ini bolih selesai jika kita hendak penyelesaian.Ianya bermula dengan cadangan seorang pemimpin UMNO yang mencadangkan wang royalty yang dibayar kepada Kerajaan Terengganu di tukar kepada wang ehsan yang dikawal kerajaan pusat. Semenjak dari masa itulah kerajaan pusat kena berhempas pulas mempertahankan tindakannya walau pun itu bertentangan dengan apa yang dipersetujui dalam perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS.

Sebagai seorang Islam saya ingin mengingatkan supaya kita berhati-hati dalam pengedalian isu ini. Bayangkan berapa besar dosanya yang perlu ditanggung sekiranya kita tahu apa yang kita lakukan menyebabkan sebahagian rakyat sesebuah negeri yang mempunyai hak mendapat hasil bumi negeri mereka digelapkan dari mereka.Saya tidak tahu isi perjanjian berkenaan tetapi mereka yang menjadi saksi hendaklah tampil kehadapan untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin supaya tidak menyesal dengan tiada kesudahannya diakhirat kelak sekiranya mereka tidak menyatakan kenaran walaupun ianya sesuatu yang pahit ditelan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

amoker said...

Its just an issue of contract. The federal government promise payment for any resources that was digged out. They need to pay. Federal plays game with their power.

I believe that above all, what is due should be paid. Take away the politics to see the tree.

A KADIR JASIN said...

Pakbelalang, antara lain, kata:

"Personally, I feel Tengku Razaleigh should just help Najib rather than causing him problems. Consider Najib as "anak" sendiri and guide him to strengthen UMNO."

Soalnya Pakbelalang:-

1. Adakah PM mahu bantuan Ku Li atau mana-mana orang lama Umno dan kerajaan?

2. Saya "reporter cabuk" yang buat liputan hal minyak dan gas bila Ku Li jadi pengerusi Petronas dan Mohd Najib manager di Corporate Communications Department;

3. I would like to think I know one or two things about oil and gas, Petronas, Ku Li and Najib, Production Sharing Agreement, and most of all about the curse of being poor;

4. We are not Singapore. In Singapore, good leaders are kept on and the corrupt ones committed suicide, literally;

5. Lee Kuan Yew and Goh Chong Tong are respected elder statements;

6. They represent the PM around the world, including in the Middle East. That's why more Arab money goes to Singapore than Malaysia;

7. In Malaysia they killed the goose that laid the golden egg because the young chaps wanted to monopolize the limelight;

8. Maybe Pakbelalang wants to ask around what were said about Tun Mahathir by these young upstarts. Mereka sanggup kata "Apa yang Mahathir tahu?"

9. Pakbelalang should also ask our intel people (the perisik) what LKY told his cabinet after his long visit to the Semenajung last year;

10. Ever wonder why Singapore FDI not flowing into Malaysia and more Malaysian FDI flows to Singapore?

Terima kasih.

saji said...

Sdr Andakmaon

Terbaiknya bawa saja kes ini ke mahkamah . Let the court decide .

Bagaimana kalau saya tanya, siapa pengang mahkamah? Berapa negara yang percaya mahkamah kita?

Anonymous said...

OKJ kata,

"Dan yg terakhir dan terpenting, Dato’ Sri presiden UMNO minta pendapat dari ahli-ahli UMNO saja bukan seluruh rakyat Malaysia. So, kalau bukan ahli tu, janganlah menyebok-nyebok pulak, hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Kalau nakkan sangat kepimpinannya, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan."

Ooooo macam tu rupanya 1Malaysia!

Jadi marilah kita pakat-pakat jangan sebut pasal isu royalti, artikel DAKJ ini spesifik tentang isu dalaman UMNO sahaja, tak ada kena mengena dengan isu royalti. Kalau bukan ahli UMNO jangan komen! Kalau tak, nanti lari dari tajuk; hidung akan jadi tak mancung, pipi akan jadi tersorong-sorong.

Tapi.... DAKJ tak de pulak kecoh cam tu. Siapa sudu, siapa kuah?

Dosa kering dan penyamun tarbus amat sesuai gelarannya untuk puak yang mengedarkan risalah anti Ku Li melalui sekolah-sekolah.

Tambah pula bila Ku Li dikatakan punya 1% penyokong dari kawasan sendiri sahaja.

Fed Up

alunbm said...

Dato'

Saya melihat isu ini pada mulanya adalah mainan politik Umno untuk menyeksa kerajaan Pas Kelantan daripada menerima royalty minyak yang sepatutnya mereka terima.

Diam tak diam Ku Li campur tangan menyokong tindakan kerajaan Kelantan menyebabkan pembesar UmNo mati akai dibuatnya!!!

Isu royalty ini nampaknya mejadi racun yang bisa buat Umno untuk menawan Kelantan pada pru yang akan datang.Tunggu kucing bertanduk lah jawapnya?.

affendi hussain said...

Salam semua,

Kalau lengkap fakta & hujah,
isu ini boleh saja dibawa ke mahkamah,
Biar selesai secara berhemah,
Akta & Perlembagaan termaktub sudah,
Kerajaan Negeri vs Kerajaan Persekutuan; ikut undang2 - sah,
Jika pintu rundingan dah tak boleh menongkah,
itu nampak lebih beradab & bermaruah,
untuk bukti siapa yg benar & siapa yg salah,
Tak perlu simpul mati & rumitkan masalah,
Kenapa masih tak bertindak dan hanya melatah?

Buat apa kita biarkannya melayan,
hakim-juri tauliah jalanan,
yg menjatuh hukum tanpa panduan & sempadan,
semua yg tak kena dihamunnya setan,
umpama lagha mabuk meroyan,
Hanya setakat syok berlisan,
Hasilnya jauh nak kesampaian..

Hakikatnya yg mengigit jari tetap rakyat Kelantan,
gegak gempita perang pertarungan,
guruh dilangit tak nampak tanda pun hujan,
masih terkaku buntu di simpang jalan..

Ini bukan platform mencari populariti,
atau mencetus fenomena sensasi,
ini soal apa hak yg patut dan tak patut bagi,
istilah wang ihsan atau royalti,
itu hanya takrifan ikut sendiri punya 'vocabulary'..
Akta 144 mana ada sebut 'itu' atau 'ini'..
Hanya sebut wang, duit atau 'money',
Bendanya sama, kenapa perlu byk persepsi?
Ikutlah macam 'tagline' Melodi,
kurangkan kontrovesi,
tingkatkan produktiviti,
Kalau tak entah berapa puluh tahun pulak lagi,
Tiada resolusi,
Hanya konklusi peribadi,
Semua sekadar syok sendiri,
Minda buntu, lidah kelu, hati mati,
Kecewanya tak sudah lagi.

(",)

suis-media said...

Assalamualaikum,

Semua kemelut yang melanda negara kita dari dahulu hingga sekarang adalah kerana PM kita tidak ada akhlak seperti akhlak Rasullah s.a.w dalam mentadbir sebuah negara yang kerdil iaitu Malaysia.Jika pemimpin besar kita mempunyai akhlak seperti Rasullah s.a.w inshaalah negara kita tidak ada orang miskin seperti negara Jerman sekarang.Yang sangat menyedihkan kebelakangan ini pemimpin kita sibuk sangat untuk memulihkan parti yang dah hampir mati kerana kenser dari bersunguh sunguh untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negara.wallahua'lam.

saji said...

Sdr keluangman

Pengaruh Ku Li tidaklah sebesar mana di dalam UMNO dan tidak juga berpengaruh di kalangan pembangkang kecuali 'isu' ini, dan jika kerajaan dapat salurkan wang ehsan dengan bijaksana, kritikan Ku Li hanya tidak akan membawanya ke mana mana.

Boleh sdr jelaskan cara yang sdr fikirkan bagaimana kerajaan dapat salurkan wang ehasan dengan BIJAKSANA?

Saya timbulkan pertanyaan di atas kerana,pertama; BIJAKSANA atau FATANAH merupakan salah satu daripada sifat nabi yang umat Islam baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya, kedua; menurut Menteri Awang Adek, PAS Kelantan enggan duduk dengan UMNO Kelantan untuk mengendalikan wang ehsan tersebut di bawah JPP Kelantan yang saya anggap satu tindakan BIJAKSANA kerajaan pusat BN/UMNO

abdullahngah said...

Perhimpunan 76 NGO melayu yang diadakan baru baru ini jelas dan nyata bahawa "UMNO" tidak boleh diharapkan lagi untuk memperjuangkan hak Melayu di negara ini.

Itulah gambar sebenar yang dapat dilihat oleh orang Melayu dan rakyat negara ini.

Mungkin ada yang tidak nampak dengan jelas kerana terkena kecing katak pisang yang turut buat bising dalam perhimpunan 76 NGO Melayu itu.

gambaran kedua yang kita lihat jika UMNO masih lagi menjadi kerajaan maka nasib orang Melayu di negara ini akan terpinggir buat selama lamanya.

Gambaran ketiga bahawa UMNO adalah sebuah parti pengkhianat bangsa sepertimana pernah disebut oleh KU LI suatu masa dahulu.

Kalau 76 NGO melayu yakin dan percaya mustahil NGO itu buat perhimpunan secara besar besaran agar kepimpinan UMNO sedar dengan dosa yang dilakukan selama ini.

Royalti minyak kelantan yang dinafikan itu salah satu punca untuk meminggirkan Melayu disebuah negari Melayu.

pakbelalang said...

Datuk AKJ,

Your comment is noted.

Yes, I forgot to say that Najib should also give some respect to Tengku Razaleigh as well as Tun M and other veteran UMNO leaders.They should not be marginalised. Occasionally, he should seek advice from them and accommodate some of their ideas or advice, if need be. Najib cannot afford to be arrogant and ignore totally these senior leaders.I think the UMNO veteran leaders are more productive than those young punks of the 4th Floor (if they are still around).These veteran leaders are much wiser people and their wisdom cannot be taken for granted. I suggest Najib should have an informal “think tank” of veteran UMNO leaders to guide him and to have second opinion about running the affairs of the party and the government.

Anggaplah mereka sebagai bapak kita dan beri penghormatan yang sewajarnya kepada mereka. Itu adalah sebahagian dari adat kita, iaitu menghormati orang tua. Kalau pun kita kena marah dengan bapak kita anggaplah bahawa niatnya adalah suci dan murni. Semasa muda dulu saya selalu kena marah dengan bapak saya terutama sekali tentang bab sembahyang. Biasanya saya diam sahaja apabila kena "leteh" dengan bapak saya.

With regard to Singapore, I consider their leaders, particularly, the cabinet ministers as “pure salesmen”. To them their survival depends so much on the quality of their salesmanship or else they will “die standing” without getting “commission” to feed their family. In addition, they will fight among themselves to be the top salesman to earn additional incentives and to be considered for promotion as Sales Manager. All the way they have to keep on their toes to ensure that they are seen to be productive.
LKY’s visit to our country recently was basically acting as a high powered travelling salesman doing sales canvassing and promotion. He was looking around which market segment he should focus and capitalised. I am sure by now he has completed his homework and prepared his marketing plan how to move forward to tap the market potential in Malaysia. He was actually not wasting his time just to pay courtesy calls and sightseeing. He had his hidden agenda why he made the trip to Malaysia.
Maybe that is the after effect of his visit. More FDI coming to Singapore.

Kalau tanya perisik mungkin mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat apa yang telah LKY bincangkan dengan salemennya selepas lawatan ke Malaysia. Mereka hanya melopong dan terlopong sahaja.

Berkaitan dengan minyak royalty, saya rasa sudah sampai masanya Petronas atau kerajaan jangan main silap mata.It is getting on the rakyat nerves. Tak payahlah gunakan terma yang mengelirukan rakyat seperti wang ehsan dan berbagai terma yang menyakitkan hati rakyat Kelantan. Bentangkan segala-segalanya kepada umum.Be transparent once and for all. Perkara ini jangan dipolitikkan kerana UMNO akhirnya tidak akan berjaya mendapat sokongan dari rakyat Kelantan khususnya dan seluruh rakyat amnya..
Jangan jadi “dah bodoh stupid” !!!

Arif Omar said...

tendang aje ku li ini. ada buat semak umno aje. bukan ada faedahnya pun.

Puyot said...

Tok, nak tanya sikit bila bila tok tulih macam ni:
"2. Saya "reporter cabuk" yang buat liputan hal minyak dan gas bila Ku Li jadi pengerusi Petronas dan Mohd Najib manager di Corporate Communications Department;"

Soalan saya: Tok punya pandangan lagu mana? Royalti ka wang ehsan? Mesti bagi Kelantan ka atau tak payah bagi seduit pun?

langit biru said...

“PRESIDEN Umno Mohd Najib Abdul Razak pada 25 Februari berkata dia menyerahkan kepada keahlian parti memutuskan jika tindakan perlu diambil ke atas Tengku Razaleigh Hamzah”.

Apakah Najib nak ambil tindakan ke atas Ku Li dengan berselindung disebalik 3.5juta keahian parti? Apakah Najib akan mengarahkan semua 12400 Cawangan dan/atau 191 Bahagian bermesyuarat untuk memutuskan jika tindakan perlu diambil atau “hukuman” ke atas Ku Li?

“……….bantahan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi Umno. Mereka mempersoalkan “kekebalan” bekas Naib Presiden Unmo itu”.
Saya fikir sangat relevan untuk kita mengetahui siapa yang mempersoalkan “kekebalan” Ku Li!

“Nampaknya, Mohd Najib sama ada mahu mencari jalan selamat mengelakkan konfrontasi dengan Ku Li atau dia mahu ahli Umno membantunya menamatkan riwayat politik Ku Li”.

Najib tidak akan berkonfrontasi secara terus/terbuka dengan Ku Li, tapi akan mengambil cara pendekatan bagaimana Mahathir dulu “melenyapkan” Ku Li.

“Umno sudah biasa dengan taktik main selamat Mohd Najib”.
Kalau sudah biasa, orang sudah boleh baca! Mungkin kali ini taktik main selamat ini tidak akan selamat lagi, kerana Ku Li selalu main taktik serang secara berdepan! Macam Lee Chong Wei yang selalu main taktik selamat (bertahan) berbanding Lin Dan yang terus menerus main taktik serang!

“Serentak itu Umno dan Pas berdepan dengan kepelbagaian suara Melayu/Islam yang semakin lantang dengan penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kuala Lumpur Sabtu lalu (27 Feb.)”.
Sudah banyak NGO Melayu bertaraf Nasional muncul selepas era PRU12. Ada kaitan dengan UMNO?

“Jika berlaku konfrontasi terbuka antara Mohd Najib dan Ku Li, ia adalah perlawanan yang cukup menarik”.
Dato’ sendiri kenal benar dengan Najib dan Ku Li. Atas pertimbangan macammana Dato’ mengandaikan kemungkinan konfrontasi terbuka Najib-Ku Li boleh berlaku? Apakah dengan sikap sudah biasa main taktik selamat Najib akan berlaku konfrontasi terbuka?

“Soalnya adakah pendirian beliau mengenai isu royalti minyak ini berupa episod kedua dan terakhir cabarannya terhadap Mohd Najib?”
“Jadi, adalah tidak mustahil bahawa Ku Li menggunakan isu royalti minyak ini untuk memberi kesempatan terakhir kepada dirinya dan kepada Mohd Najib untuk menentukan masa depannya dalam Umno dan BN”.

Apakah Dato’ fikir Ku Li masih bernafsu untuk jadi PM? Apakah Dato’ fikir Ku Li membawa isu royalti ini untuk meraih sokongan ahli UMNO, untuk kepentingan dirinya?

“6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Ku Li dianggap sebagai pelindung hak Melayu dan antara beberapa kerat pembesar Umno yang masih berani bersuara;”

Amat menarik untuk lakukan perbandingan peranan Ku Li dan Mahathir sejak akhir-akhir ini. Saya nampak, Ku Li banyak bercakap untuk Melayu dan Negara, tapi Mahathir banyak bercakap untuk UMNO!


Saya fikir, Ku Li sudah tidak berminat untuk mencabar Najib, sudah tidak bernafsu lagi untuk jadi Presiden UMNO atau PM, tetapi KEIKHLASAN KESEDARANNYA UNTUK RAKYAT KELANTAN.

raja2u said...

YBhg Dato',

Assalamualaikum.Kalau kita sayangkan negara kita mistilah bersedia mendengar pendapat kawan dan lawan kita. Kita mistilah "strategic" dalam pemikiran kita dan tidak memandang rendah bangsa kita sendiri. Seperti kata Dato' kita hendaklah mendapatkan yang terbaik dari anakbangsa kita dan tidak mencantas orang-orang yang berkebolehan semata-mata kerana kita merasai terancam kedudukan kita.

Kita jangan memandang remeh isu royalti minyak ini terutamanya menghadkan sempadan sesebuah negeri kepada 3 batu nautika.Allahyarham Tun Abdul Razak telah melepaskan Pulau Natunia kepada Indonesia mungkin kerana merasakan ianya kecil dan tidak ekonomik kepada negara. Implikasinya bagaimana pun terlalu besar kepada Malaysia kerana ianya membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sekiranya pihak Indonesia menutup ruang angkasa dipersekitaran Pulau Natuna maka terputuslah laluan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Begitu juga kita tidak mengambil berat Pulau Batu Putih kerana tiada nilai kewangan. Bayangkan apa akan terjadi jika Singapura mengambil keputusan untuk mencantum pulau tersebut dengan Singapura.

Tidak wujud kerajaan Persekutuan jika tiada kerajaan negeri.Jika kita memandai-mandai menghadkan sempadan negeri-negeri kita kepada 3 batu nautika dan ini disahkan mahkamah maka negara-negara jiran berkemungkinan akan mempersoalkan projek-projek ekonomi kita dilautan terutamanya dikawasan bertindeh dikepulauan Sprietly.

Berhati-hatilah dalam membentangkan pendapat kita supaya jangan berlaku "Menang sorak kampong tergadai".

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Petaling Jaya.

airkita said...

I had my outmost respect for Tg. Razaleigh really. He is the best PM we never had. To compared wth Dr Mahathir, he is indeed on more brainy side while the latter depend a bit on his horde of advisors which sometime proven futile. Anyone with a keen eyes will noticed that.And surely the high esteem so call reporter cabuk should know it better I must say.

Anyway me still recall vividly when the statesman ridicule and mocked Kuli when he decided to challenged the ever increasing arrogant successor that the(then) premier install to the throne(and not without a fews perjanjian of course).

And yess, Datuk Najib must be fair. Just give the royalty lah and that about it. Blocking what is rights is not going to bode well for his administration really, left alone his brand new sloganeering thingy.

Anyway he should learned from past blunder that for as many decade the government had block much of the pembangunan in this region and proven hostile to the proses of wind-over the heart and mind of the rebellious Kelantanese.

bat8 said...

dato,

1. Isu royalti minyak kelantan is beyond about Kuli and najib.

2. kelantan sebelum penubuhan Persekutuan tanah Melayu tahun 1948 adalah sebuah negeri sendiri dan berdaulat. Bukan beggar atau tanah jajahan mana-mana kerajaan di tanah melayu masa itu.

3. Semasa penubuhan persekutuan tanah melayu, negeri-negeri di tanah melayu give up many things to a central government and in return to provide things stipulated under that agreement. being treated like beggar state or given consent to be iltreated because the state gomen is different fron federal gomen are not one of the conditions agreed upon.

4. Jadi soal ini perlu dilihat secara menyeluruh, dari asas penubuhan persekutuan tanah melayu ( kemudiannya menjadi Malaysia), peranjian PDA 1974 dsb.

5. rakyat kelantan menuntut 5% sahaja dari hasil minyak yang dikeluarkan dan bersetuju melepaskan 95% kepada Pertonas/Kerajaan Pusat.

Kekadang dalam keadaan sekarang, tidakkah lebih baik kelantan mencari jalan agar hasil tersebut dapat dimiliki 100%? Semuanya mungkin bila keadaan menjadi tidak munasabah, keadilan cuba dinafikan.

fikir-fikirlah


bat8

MANTOL said...

Hmmm selama ini orang Kelantan cari makan di negeri lain.

So... Negeri lain boleh kenakan royalti tak pada Kelantan?????

/MANTOL/

Unknown said...

Betul ke kerajaan persekutuan dah muktamadkan TIDAK AKAN BAYAR '5% cash payment' tersebut?

Tunggulah tahun2 depan Insyallah dekat2 p/raya esok dapatlah....

Unknown said...

Betul ke kerajaan persekutuan dah muktamadkan TIDAK AKAN BAYAR '5% cash payment' tersebut?

Tunggulah tahun2 depan Insyallah dekat2 p/raya esok dapatlah....

Unknown said...

Salam Dato

Kembalikan HAK itu kepada yang empunya HAK. Persoalannya sanggupkah kerajaan PAS kelantan membawa perkara ini kepada pihak ketiga iaitu "MAHKAMAH" Untuk memutuskanya.Atau adakah ini sandiwara kerajaan PAS kelantan untuk menjadikan isu pilihanraya 13 nanti. wallah u'alam

Saya tidak fikir DSN dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan akan merampas hak rakyat jelata. Tahniah kepada kerajaan pusat kerana telah menjelaskan soal tuntutan ini di akhbar-akhbar perdana untuk di baca rakyat.Pun begitu saya fikir penjelasan berbentuk penulisan semata tidak dapat memberi kepuasan kepada ramai rakyat kelantan, justeru itu saya mencadangkan supaya di siarkan peta lokasi pengerudian minyak dan telaga minyak bukan sahaja pandangan atas lautan dengan ukuran batu notikanya tetapi juga kedudukan telaga minyak di bawah lautan, rakyat ingin tahu samada telaga itu mungkin berada di bawah perairan kelantan yang menjadi hak rakyat kelantan.Dari mata kasar memang kedudukan pelantar gerudi minyak itu di luar kawasan TETAPI TELAGA MINYAK MUNGKIN DALAM KAWASAN.

Apa pun tak rugi kasi kelantan hak nya, kerana 99% rakyatnya adalah bumiputera yang di lindungi dengan akta 153 perlembagaan persekutuan.

Rakyat juga faham bahawa hasil perut bumi adalah hak negara di bawah akta carigali dan lain akta yang berkaitan, apa yang di minta bukan 100% hasil buminya tetapi sedikit sahaja untuk memakmurkan negeri.

Kalau dulu kita tersilap atau terkilaf inilah masa membetulkannya,Yg Mulia YB Tengku Razaleigh Hamzah juga terkhilaf dahulu, mungkin inilah masanya untuk membetulkan sebelum maut menjemput.

Orang Lama said...

Dato

Both were in Petronas and the goverment before and now and basically they should know how the royalty payment works.

My only question is why Ku Li never voice out his argument and facts when Trengganu was under PAS (1999 - 2004)

In fact he was defending the government during that period
( refer his statement at the parliament lobby over Wang Ehsan for trengganu issue )

So again my question is why now and why only Kelantan and what is the agenda behind it?

As for Najib, leave it to the court to decide if you believe that BN are correct or otherwise rakyat will see it as a one sided information/judgement since you are using all the government machinary to prove yourself right.

Tok Kemuning said...

Sekali fikir pelik juga Kerajaan Najib lebih pentingkan Foreign Investor daripada Rakyat sendiri.

Lihat sahaja apa yang diberikan kepada Foreign Investors secara keseluruhan berbanding dengan possible 5% cash payment kepada Rakyat Kelantan.

Manakala Awang Adek dan Mustapa walau apa sahaja alasan mereka secara tak langsung mereka turut serta menindas Rakyat Kelantan mengikut cara mereka yang tersendiri.

Di Kelantan yang menentukan kerajaan akan datang adalah bukannya ahli mana mana parti. Golongan Middle Malaysia yang membuat keputusan melalui undi mereka yang tidak tertakluk kepada mana mana parti.

Menyentuh tentang telaga minyak dan gas di peraraian. Katakan Kelantan BUKAN merupakan sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu kini MAKA adakah kesemua telaga telaga minyak dan gas diperairan akan menjadi milik kerajaan Persekutuan. Sudah tentu tidak. MALAH ianya sudah tentunya akan menjadi milik Kelantan.

Maka adakah "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" hanyalah dislogankan semata mata. Walaupun Kerajaan Negeri adalah di bawah PAS TETAPI ianya adalah tetap KERAJAAN RAKYAT. Maka "DAHULUKAN RAKYAT".

Anonymous said...

“More than RM 20 billion has been paid out in Terengganu’s name over the years, yet the people of Terengganu remain impoverished because the money has not gone to them. They are expected to console themselves watching millionaires frolic in yachts and admiring a crystal mosque they cannot pray in,” he added, referring to the Monsoon Cup sailing regatta and the Islamic Civilisation Park in Pulau Duyong in Kuala Terengganu.

KULI, MALAYSIAN INSIDER 030310

nota:
kenapa lah orang baru tak paham perasaan orang lama?

minah ronggeng

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri pembahas sekalian,

1. Saya mengambil maklum Kerajaan Kelantan membawa atau bercadang membawa tuntutan ini ke mahkamah;

2. Cuma perlu diketahui bahawa kes mahkamah, terutama kes sivil seperti kes royalti ini, akan memakan masa yang sangat panjang;

3. Cuba pastikan, kalau tak silap saya, kes yang dibawa oleh kerajaan Pas Terengganu pada awal tahun 1990 mengenai isu yang sama belum diselesaikan;

4.Saya rasa lebih produktif isu ini diselesaikan melalui proses rundingan dan rakyat Kelantan bebas menghukum Kerajaan Pusat jika hasilnya tidak memuaskan daripada menyerahkan kepada makhamah untuk menghukum pihak yang salah.

Terima kasih.

Anonymous said...

The slogan for Umno 'Dulu, kini dan selama-lamanya' ('Umno was here then, it is here now, and will be here forever') should be changed to 'Dulu berprinsip, kini korup, dan selama-lamanya angkuh!'('Umno was principled then, it is now corrupt, and will forever be arrogant').

joeteen

Anonymous said...

Pak Ngah,

having read all the comments regarding the oil royalty...I really need to laugh because at the end of the day it is damn if I do and damn if I dont.

What is interesting for me is the Chairman for the Wang Ehsan is an appointed Minister who cannot even win a sit by being elected fairly by his own people. In other words he is a reject.... not wanted as a leader.

You put a leader who is rejected by his own people (I am sure there must be valid reasons for Kelantanese not wanting him) to be Chairperson of a pool of funds which he can do what he wants is akin to putting a fox inside the hen coop (letak musang dalam reban ayam)Memang tak kaya kaya lah orang Kelantan.

Kesian kat orang Kelantan patutlah you all menyampah dengan UMNO..... Kah kah kah... another nail in the coffin for UMNO for the next General Election....oooooh....all I can say is, I dont think the opposition is that great either sama je rakusnya..... saya cuma mengira berapa ela kain kapan yang sikit sikit UMNO dok tenun tiap kali depa buat kerja bodoh tu je...
Sebab saya dok congak peratusan depa boleh menang ke tak boleh menang.....

Hai nujum Pak Belalang.....cuba tengok kat nasib beta......

Keturunan Jebat

nasir said...

Datuk kata ;
3. Cuba pastikan, kalau tak silap saya, kes yang dibawa oleh kerajaan Pas Terengganu pada awal tahun 1990 mengenai isu yang sama belum diselesaikan;

Kes tu sengaja dilewat2kan dato . Siapa yang pegang mahkamah . Bila dah BN menang Tganu maka kjaan negeri sekarang dah tarik balik kes tersebut maka selesai sudah dan kjaan pusat pun bagi wang ehsan kpd kjaan negeri .

Di sini pun kita dah boleh lihat mentaliti politik malaysia . Mengapa wang ehsan itu tidak diberikan kepada kjaan terengganu masa pemerintahan PAS ? boleh pulak bagi masa BN pastu PAS menang berhenti pastu BN menang bagi balik ? Inikah mentaliti cara pentadbiran demokrasi yang dato sanjungi ? Adakah politik dendam sebegini sesuai dengan intelek .

Mengapa kjaan pusat takut untuk berikan wang kepada kjaan negeri di bawah PAS . Takutkan duit itu masuk kepada rakyat dan rakyat akan makmur maka BN tiada lagi di hati rakyat . Itu sebenarnya . Mengapa peruntukan kepada kjaan PR perlu disekat @ diserahkan melalui pihak ketiga . Mengapa perlu JKKKP ? Adakah dato juga menyokong mentaliti seperti ini .

Sebagai generasi 30 an saya dan rakan2 sudah mual dengan BN dan sifat2nya yang tak berubah . Rakyat didahulukan ? Adil ? AManah ? apa yang betulnya . Biarlah TV1 -TV9 meratib melagu yang baik2 . Menutup yang buruk .. namun kebenaran ada di IT .

Nampaknya BN sendiri lupa yang medianya dah tak dipercayai masih meneruskan tradisi itu . Silakan ..jangan ingat Bagan Pinang akan berulang .

Puyot said...

Tok Kadir, tolong la bagi pandangan tok. Saya dah tanya. Saya yang muda ni bertanyakan pada yang tua lagi arif macam tok sebab tok makan garam dulu daripada saya. Nanti kalau tak tanya, kata bodoh sombong pulak. Apa pandangan tok dalam perkara ni? Perlu bagi ke tidak? Wang ehsan ke royalti?

Tajuk posting tok tak tepat pada hemat saya. Ni perihal duit untuk rakyat. Bukannya bergaduh duit pusaka nenek-moyang depa berdua. Kalau duit dan harta pusaka depa, buang karan saya baca posting tok ni. Awatnya time BN perintah semula Terengganu, depa tukaq terma 'wang ehsan' balik semula ke royalti? Kalau tak kisah dengan terma wang ehsan ka, royalti ka, buat apa tukaq?

Tok, saya bukan orang Kelantan. Saya orang Taiping, Perak. Seduit pun saya tak dapat kalau Kelantan dapat bayaran duit minyak. Orang Kelantan bukan rakyat Malaysia ka tok? Sampai macam-macam alasan dibuat takmau bagi duit ke depa? Kata UMNO nak tolong Melayu tak kira apa fahaman politik, janji Melayu. Hat di Kelantan tu bukan majoriti Melayu ka tok? UMNO cakap tak serupa buat. Tu kerja orang munafik tok.

Wang ehsan pulak disalurkan ke JPP. Apa barang pi set up JPP tok? Nak 'siphon' duit untuk orang UMNO/BN saja ka? Duit lagi. Dah majoriti rakyat Kelantan undi tak sokong BN, kena hormatlah pilihan rakyat. Bagi je la duit tu ke kerajaan negeri. Ni dah macam tak hormat pilihan majoriti rakyat negeri Kelantan tok. Macam mana orang nak hormat kita kalau kita tak reti nak hormat orang?

Ni semua gara-gara ajaran Mahdey la ni. Dia la yang coined terma 'wang ehsan' dalam bab duit minyak ni. Kan dah menyusahkan orang.

Anonymous said...

Orang Lama kata "My only question is why Ku Li never voice out his argument and facts when Trengganu was under PAS (1999 - 2004)".

Pada kenyataan Ku Li (sila semak berita diluar MSM sama - di Malaysian Insider pun ada), pada tahun 2000, beliau ada menawarkan diri untuk menjadi saksi bagi pihak kerajaan negeri Terengganu (bila kes royalti dibawa ke mahkamah).

Siapa yang betul? Kita sama-sama quote dari media sahaja kan?

DAKJ, memang benar kes mahkamah ambil masa. Namun tuntutan kerajaan Kelantan telah dibuat sejak 2004 lagi. Berapa lama lagi rakyat Kelantan kena tunggu?

Mantol kata

"Hmmm selama ini orang Kelantan cari makan di negeri lain."

"So... Negeri lain boleh kenakan royalti tak pada Kelantan?????"

Kenapa tanya begitu, mahu menghina ke? Bukankah Kelantan itu salah satu negeri dalam Malaysia.

Royalti yang diminta (adalah sama seperti yang diterima Terengganu, Sabah dan Sarawak, tidak lebih dari itu. Ada perjanjian dan itu menjadikan hak!

Perhatian, frasa diguna adalah minta hak, bukan minta sedekah!

Bagi yang merujuk penjelasan kerajaan di MSM baru-baru ini.

Dikatakan Kelantan tidak layak kerana telaga adalah lebih dari 3 batu nautika.

Ku Li dah tanya, saya sekadar ulang balik, telaga di Terengganu, Sabah dan Sarawak itu berapa peratus yang berada di dalam lingkungan 3 batu nautika?

"Critical thinking" la sikit. Malu kat graduan baru yang nak pergi temuduga.

Yang nak diyakinkan kerajaan bukan sekadar ahli UMNO sahaja, tetapi juga semua pengundi yang layak. Ingat tu!

Fed Up

Anonymous said...

Datuk,

Saya tertarik dengan pandangan Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi dalam The Star minggu lepas. Sebagai seorang yang pakar dalam perundangan, saya fikir kita wajar mengambil kira pandangan beliau ini.

Oil claim and the Constitution labels


Bagi saya pula. Saya lebih berat memikirkannya dari sudut politik.

Kerajaan pusat (UMNO) tidak mahu menyalurkan wang ehsan/royalti minyak tersebut melalui kerajaan negeri (PAS) kerana ia berasa curiga dan khuatir wang tersebut akan disalurkan kepada pihak-pihak yang menyokong PAS.

Kerajaan negeri (PAS) pula tidak mahu wang ehsan/royalti minyak tersebut disalurkan melalui JPP Kelantan kerana ia berasa curiga dan khuatir wang tersebut akan disalurkan kepada pihak-pihak yang menyokong UMNO.

Ku Li pula tidak mahu wang ehsan/royalti minyak tersebut disalurkan melalui Awang Adek @ Najib kerana beliau berasa curiga dan khuatir wang tersebut akan disalurkan kepada Ketua-Ketua Bahagian dan penyokong-penyokong mereka. Jika ini berlaku, maka akan susahlah untuk beliau mendapatkan pencalonan dari Bahagian-bahagian bagi jawatan Presiden UMNO nanti. Kita sedia maklum, ular sawa yang kekenyangan baru telan kambing seekor, hanya akan tido dan tidak akan membuat kacau. Kalau kita sepak kepala dia pun, dia akan diam sahaja kerana nak angkat perut pun dah tak lalu.

Jadi, bagi mengatasi masalah ini atau yang sebenarnya bagi menghilangkan perasaan CURIGA dan KHUATIR ini, saya syorkan supaya DYMM Sultan Kelantan sendiri yang mempengerusikan badan urus selia wang ehsan/royalti minyak ini. Ahli-ahlinya bolehlah dijemput dari semua pihak. Nik Aziz ada. Ku Li ada. Tok Pa ada. Husam ada. Awang Adek ada dan lain-lain yang difikirkan layak dan perlu.

Demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Kelantan, saya fikir inilah yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik semuanya.

Persoalannya sekarang adakah pemimpin-pemimpin politik itu benar-benar IKHLAS memperjuangkan isu ini demi kesejahteraan RAKYAT KELANTAN ataupun sekadar memperkudakan rakyat untuk kelangsungan dan cita-cita politik mereka.


-sinbad-

asyMok_Aambo said...

actually, ambo dok rasa ini Mohd Najib versus Ku Li sebab Mohd Najib ini terlalu LEMAH! Percayalah, andai di atas PADANG SEBENAR, pimpinan najib razak dah lama terburai!
NAJIB BUKANLAH LAWAN SELAYAK UNTUK KU LI!

langit biru said...

Tun Razak dan Tun Hussein Onn pada 35 tahun yang lepas, memberi arahan spesifik kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Petronas yang pertama :

“To design the Petroleum (PDA)
Development Act in such a way that the Malay heartland states of Kelantan, Terengganu, Johor and
especially his beloved Pahang, would benefit directly from offshore oil beyond 3 nautical miles through
the mechanism of 5 per cent cash payments made directly to the state consolidated fund”.

Tun Razak juga berikrar akan memberi komitmen penuh untuk melaksanakan akta tersebut di Parlimen pada Nov. 12, 1975

: “Under the agreement, each state will receive 5 per cent of the value of petroleum found and extracted from each of the states, whether onshore or offshore, that is sold by Petronas or agencies or contractors”.

Apakah Najib anak lelaki Tun Razak, dan Hishamudin anak lelaki Tun Hussain Onn tidak faham kenyataan kedua-dua bapa mereka? Mengapa mereka tidak mahu ikut kata orang tua mereka?

Selama 35 tahun lepas, Najib1 Hishamudin1 WAJIB JELASKAN kepada rakyat mengapa bayaran tunai 5% dibuat oleh Kerajaan Persekutuan secara regular kepada Terengganu, Sabah, dan Sarawak DAN WAJIB JELASKAN kepada rakyat khususnya Terengganu mengapa bayaran tunai 5% ditukar kepada Wang Ehsan pada tahun 2000, selepas PAS merampas Kerajaan Terengganu pada PRU 1999?

Juga perlu jelaskan, apakah benar kata-kata Awang Adek bahawasanya kerajaan telah melakukan kesilapan selama ini membayar tunai 5% hasil minyak kepada Terengganu,Sabah dan Sarawak.

Najib1 Hishamudin1 yang “menafikan” kenyataan kedua orang tua mereka WAJIB declassify semua dokumen berkaitan dengan bayaran tunai 5% hasil minyak kepada seluruh rakyat, KALAU Najib1Hishamudin1 benar-benar cakap RAKYAT DIDAHULUKAN!

Nampaknya, Najib1Hishamudin1 sanggup membelakangkan kenyataan dan usaha kedua orang tua mereka, dan sanggup memanipulasi PDA, HANYA KERANA negeri Kelantan diperintah oleh PAS, dan Terengganu juga diperintah oleh PAS pada tahun1999.

Ini bukan Assobiyyah, bahkan lebih zalim dari Assobiyyah!

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

IT IS WAR OUT THERE,GREAT LEADERS MADE HISTORY AND GREAT TYRANTS MADE GREAT LEADERS!

TQ

Anonymous said...

sinbab

Kalau mengikut tulisan Prof sha faruqi, anda berpendapat Kelantan tidak berhak mendapat royalti.

Thats fair. Ini bermakna Terengganu, sabah dan sarawak juga tidak berhak juga. Persoalannya, mengapa ketiga-tiga negeri ini dibayar juga atas nama royalti minyak?

Apakah kelantan bukan negeri yang bergabung membentuk persekutuan tanah melayu paa tahun 1948 ulu dan kemudian menjadi malaysia?

Kelantan menuntut 5% sahaja dan rela memberi 95% hasil minyaknya kepada Petronas, sama dengan ketiga-tiga negeri tersebut. Susah sangat ke?

Kalau macam tu, elok kelantan ambil satu langkah yang membolehkan ia mendapat keseluruhan hasil minyaknya kalau nak bayar 5% pun tak mahu.


bat8

Pak Mat Tempe said...

Salam Dato'semoga sehat selalu.

Membaca semua maklumat2 yang dipaparkan ,ditambah lagi dengan ulasan bekas pengerusi Petronas(Ku li), orang petronas dan orang kerajaan yang telah bersara yang terlibat dlm menggubal PDA dan perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas pada masa itu ,mereka menyokong tuntutan kerajaan kelantan terhadap cash payment 5%.
Begitu juga pendapat kebanyakan pembahas dan pandangan kita yang bukan peguam ni.

Walaubagaimanapun Pendapat ini berlawanan dengan pandangan kerajaan Persekutuan.

Didalam sistem kita yang telah lama kita amalkan ,jika ada dua pehak bertelagah tentang sesuatu isu/perkara, maka Mahkamah lah tempat yang paling sesuai untuk membuat keputusan, Mereka dengan kewibawaan nya berperanan didalam mentafsir undang2 atau Perlembagaan dan membuat keputusan berdasarkan fakta , klausa2 dan nas undang2. Keputusannya hendaklah diterima oleh kedua pehak (yang kalah dan yang menang). Tentang masa panjang diambil dlm kes sivil Hakim mempunyai budibicara mempercepatkan pendengaran kerana ia atas kepentingan awam. Orang politik atau badan eksekutif tidak boleh memberi penyelesaian yang muktamad kerana mereka orang yang terlibat dlm pertelingkahan tersebut samada dipehak 'A' atau 'B'.

Itu sebab dlm negara demokrasi,doktrin pengasingan kuasa 3 badan kehakiman, eksekutif dan legislatif itu tidak mencampuri peranan setiap satu badan supaya ia nampak berkecuali dan keputusannya dihormati dan dipatuhi.

Pada pandangan saya itu saja jalan terbaik untuk menyelesaikan tuntutan ini.

Tentang Ku Li vs Najib itu satu persoalan politik dan kedua2 nya mempunyai kekuatan dan strategi sendiri. Perlawanan politik tidak ada kesudahan dan penghujungnya selagi masih sehat.

Persoalan perjanjian, Akta persoalan undang2 ia elok diselesaikan secara undang2 supaya keputusannya muktamad tidak lah rumah siap pahat masih berbunyi lagi, dan kata2 beremosi akan terkeluar dari mulut yang menyokong mau pun yang menentang. Banyak masa dibazirkan , elok masa yang ada digunakan memikirkan nasib anak2 bangsa kita dalam masalah sosial, pelajaran dan ekonomi yang jauh ketinggalan dari kaum lain, dan itu yang sering menjadi keluhan orang melayu.

wassalam

Bleacher said...

“Chocolate Gold”, KPDNKK, Price Control Items and High Income Economy

Dato,

No intention to dilute the current topic and discussion but would like to share with you and your readers about significant price hikes on many food items after CNY which some of us may or may not noticed.

Allow me to give few examples:-
1. MILO 2kg is now sold @RM33+. Pre CNY between 24-28. Lowest was RM18 about a year ago. 88% increase within a year

2. Milk 1.2 liter is sold @RM 4.5. Previously about RM3.8. Close to 20% increase

3. Rice (Fragrance Rice). A particular brand is selling @ 51. Pre CNY RM 38. Was selling around RM47. Increase of 34%.

I picked the above as examples as they are common food and drinks for ordinary Malaysian families. I believe >70% children drink MILO at least once a day and obviously most of us eat rice daily. To keep the children growing-up healthier and taller than us, most parent give milk to their children.

Looking at current situation makes me wonder whether KPDNKK actions have been effective to control common food items prices from spirally out of control? Isn’t it few years ago Government has secured contract for rice supply in order to control the price more reasonably? Has the policy change now or the contract has expired? How about practice of fair price by Hypermarket? Should they be allowed to increase the price more than pre-discount period right after the discount offer has ended?

It is ever more crucial now for KPDNKK to step-up its actions on price check and expand beyond what it normally does. With declining home income and crumbling outlook in the world economy KPDNKK has to be strong advocate to help consumers in this very difficult time. People demand strong actions as more and more common food items are becoming more unaffordable to ordinary folks. We don’t want our children to eat instant noodle for breakfast, lunch and dinner. I have seen it in Indonesia.

If anyone interested to know why MILO prices has increased drastically, please pay a visit to International Cocoa Organization (ICO) website to check out the past and present Cocoa (main ingredient in Milo) price. I think it will certainly give anyone a shocker.At least I did. Cocoa price per metric has increase steeply from USD2100 Nov 2008 to USD3500 Jan2010. 39% increase in less than one and the half year!!!? To give another perspective Crude Palm Oil currently trading around USD 2500/MT and Rubber is USD3480/MT. That is why I perceived Cocoa as “Chocolate Gold”.

Malaysia Government used to encourage farmers to cultivate cocoa way back in the 1970s. Unfortunately based on the stats provided Malaysia Cocoa Board, there has been steady decline of cocoa production in Malaysia due to less land for cocoa plantation. How unfortunate?
http://www.koko.gov.my/lkm/industry/statistic/cocoacultivated.cfm

With Malaysian Government promoting on High Income Economy which not many layman can understand, has we missed our pot of gold i.e. Chocolate Gold which can be easily done in this land of opportunity. Wasn’t it the last administration had been campaigning strongly to develop agriculture as major income for the country? If this is the outcome, it is a major let down as someone in authority has not been in tune with the commodity prices and trend to take full advantage.

So Kelantan folks, instead of waiting for oil royalty which you may or may not get, why not focus on land cultivation in planting cocoa. You may have in your own backyard your very own “Chocolate Gold” to be proud off.

P/S: Dato. Though you see yourself “reporter cabuk” but I believe majorities would disagree. I think most of your readers and commentators are ordinary citizen who are apolitical but want their voices to be heard. You carry our voices and you are our voices. Thank you.

Politik69 said...

Bagi sajalah royalti tu. Taklah orang Kelantan sibuk ambil keje di negeri lain. Bawak balik harta ke negeri macam bangla.

Atau memang orang Kelantan hanya tahu cari makan di tempat orang? Tempat sendiri cuma balik mengundi pembangkang?

Macam melepaskan ... Lu pikir la sendiri.

Anonymous said...

Sinbad cadang Tuanku Sultan yang jadi pengerusi. Seingat saya masa Semangat 46 dan PAS bergabung tenaga dahulu, BN marah sangat bila Kerabat Di Raja masuk campur hal pentadbiran. Sampai Anuar Musa tabalkan Sultan baru lah.

Namun secara peribadi saya boleh setuju. Tapi syaratnya,

1.Terengganu, Sabah dan Sarawak guna kaedah yang sama. Bukankah semuanya negeri-negeri di Malaysia, tertakhluk kepada perjanjian dan akta yang sama. Biar setiap negeri diatas ada panel campuran.

2.Jika 5%, semua negeri 5%. Jika 20juta, biar asas pengiraannya juga sama.

Jangan sebab kerajaan Kelantan dikuasai pembangkang di peringkat Persekutuan, negeri Kelantan dibeza-bezakan dengan Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Saya percaya Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi seorang yang amat terpelajar dalam bidang undang-undang, itu tidak dipertikaikan.

Malahan, Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi secara tidak langsung menyatakan Tun Razak telah memberi arahan yang salah kepada Ku Li.

Jabatan Audit Negara juga salah bila menyenaraikan Kelantan sebagai salah satu dari negeri penyumbang sumber petroleum negara.

Tapi saya percaya beliau tidak dapat menjawab apa bezanya Kelantan dan negeri-negeri lain itu, setidak-tidaknya dengan Terengganu. Yang ini hanya pemerintah persekutuan sahaja yang dapat jawab.

Setakat bacaan saya, tidak banyak manapun telaga minyak dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Terengganu.

p/s Ada sesiapa boleh bagi tahu, mana datangnya angka RM20juta itu. Pakai petik jari ke atau apa asasnya. (Kalau tak silap, MoF 2 kata merujuk kepada data Petronas. Data apa ye?).

Fed Up

abdullahngah said...

Slogan "rakyat didahulukan" menandakan batang tubuh itu adalah batang tubuh "hipokrit".

Sesiapa yang menyokong dan mencanang atau mejaja kesana kemari slogan tersebut juga "hipokrit".

Dalam Ouran telah dijelaskan, manusia hipokrit tempatnya diakhirat didalam neraka yang dibawah sekali.

Anonymous said...

Politik69 kata,

"Bagi sajalah royalti tu. Taklah orang Kelantan sibuk ambil keje di negeri lain. Bawak balik harta ke negeri macam bangla.

Atau memang orang Kelantan hanya tahu cari makan di tempat orang? Tempat sendiri cuma balik mengundi pembangkang?

Macam melepaskan ... Lu pikir la sendiri."

Apa, macam melepaskan batuk ditangga? Macam melepaskan anjing tersepit?

Sekali lagi saya ulang;

ORANG KELANTAN BUKAN RAKYAT MALAYSIA KE?

ORANG KELANTAN YANG TAK KERJA KAT KELANTAN JENISNYA MINTA SEDEKAH KE?

ANTARA NEGERI YANG PALING TINGGI PERATUSANNYA ORANG ISLAM/MELAYU/BUMIPUTERA, BUKAN KELANTAN KE?

Dulu, Pak Lah pun buat sombong jugak bila kata, jangan protes-protes di jalanraya, tak puas hati proteslah di peti undi. Dah lupa ke apa jadi lepas tu?

Jangan ada ahli UMNO yang kekal sombong begini dengan pengundi!

Fed Up

nasir said...

Blogger Politik69 said...

Bagi sajalah royalti tu. Taklah orang Kelantan sibuk ambil keje di negeri lain. Bawak balik harta ke negeri macam bangla.
------------------------------------

Pandangan bodoh macam nie pun boleh Dato lepaskan. Berapa ramai orang negeri lain kerja di negeri lain . Itu bukan satu isu . Brapa ramai orang Kedah di Perak sampai buka kampung kedah di sana . Berapa ramai orang johor ke singapura ? berlambak2 orang lain2 negeri di selangor . Berapa orang sebenarnya penduduk asal KL . Kenapa orang perlis ramai di Penang ? Kenapa orang melaka meneroka tanah di Johor ?

Politik69 ni memang pemikiran terlalu lama . Pemikiran yang dah nak pupus .

langit biru said...

Sinbad,

Nak cadang Sultan/Raja Kelantan jaga urus royalti/wang ehsan?

Dalam constitusi Raja Berperlembagaan Persekutuan Malaysia, ada tak frasa/klaus menyatakan peranan Sultan jaga/urus hasil bumi negeri?

Atau,

Dalam mana-mana sistem demokrasi berparlimen, siapa yang jaga/urus negeri? Raja atau pemimpin yang dipilih oleh rakyat?

Atau,

Dalam Perjanjian Petroluem (PDA), ada tak Raja/Sultan yang patut urus hasil minyak?

Kalau lah ada, awat hang tak nak cadang Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Yang Di Pertuan Agong jaga/urus hasil minyak Sabah/Sarawak?


Bukan sahaja hasil minyak, peruntukan tunai kepada YB ADUN,AP PR pun disalurkan kpd JKKKP. JKKKP ni rakyat ke yang pilih?

Eeeeeh....kalau macam tu tak payah buat pilihanraya la!!!

KESIMPULANNYA ,MACAM NI LA SINBAD, Pusat tak bagi kpd Kerajaan PAS (samada Kelantan dan/atau Terengganu)kerana nak tonjol Kepimpinan Kerajaan PAS TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN NEGERI.PERIOD!

KALAU PAS MAMPU BANGUNKAN NEGERI, MANA LAGI MODAL PILIHANRAYA BN?

langit biru said...

Kerajaan negeri Kelantan akhirnya membawa kes isu royalti minyak ke Mahkamah.

1. YANG AMAT MENARIK juga adalah usul royalti minyak ini mendapat sokongan KETUA PEMBANGKANG DUN KELANTAN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, dan dua lagi ADUN UMNO, Mat Yusof Abdul Ghani (BN – Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN – Kuala Balah).
Usul terbabit berbunyi, “bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

2. YANG AMAT MENARIK juga adalah amaran “MENTERI AMARAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL”, Hishamudin1, kepada 3 ADUN tersebut dengan berkata, “Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini,”.

Beliau juga turut menyelar keputusan DUN Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

3. YANG AMAT MENARIK JUGA bagaimana nanti mahkamah akan memberi definasi on-shore dan off-shore Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA). SEBABNYA, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan on-shore (daratan sehingga tiga batu nautika) dan off-shore (perairan negeri). To’Pa dan Awe Adik usung cerita seluruh Kelantan, juga dimuatkan satu mukasurat penuh iklan dalam surat khabar perdana, definasi minyak yang layak diberi royalti adalah perairan negeri hingga 3 batu nautikal sahaja. Mohong ke apa tak tahu lah!

4. YANG AMAT MENARIK JUGA, bagaimana UMNO nak ambil tindakan kepada KU LI, ALWI,MAT YUSOF dan RASHID. Tindakan yang sama ke atau berbeza-beza?

saji said...

Salam Dato'

1. Seperti yang saya tulis sebelum ini, orang Kelantan kebanyakannya manusia Islamik -kapitalis yang dianggap lebih baik daripada manusia kalitalis tulen yang sudah menjadi anutan kebanyakan rakyat dinegara ini. Dengan maksud,mencapurkan pandangan dan cara hidup Islam dengan pandangan dan cara hidup kapitalisme, khasnya dalam mencari rezeki.

2. Para pemimpin UMNO dan PAS Kelantan sama2 nampak bahagian pandangan dan cara hidup Islam orang Kelantan yang ditanam oleh TGNA selama lebih dua dekad itu sudah semakin luntur.

3. Bagi UMNO Kelantan, untuk menjadikan bahagian pandangan dan cara hidup Islam tersebut terus luntur mereka perlu merasuah rakyat kelantan dengan menggunakan wang ehsan Petronas tersebut.

4. Bagi PAS Kelantan pula, untuk memastikan ianya tidak terus luntur atau diluntur oleh rancangan UMNO Kelantan
tersebut, mereka para pemimpin UMNO Kelentan perlu disekat daripada memegang wang ehsan tersebut.

Unknown said...

(1) Najib akan sentiasa berada di pihak yang kalah, walaupun di akhir pergelutan dengan Ku Li ini Najib menang.

(2) UMNO akan sentiasa dilihat sebagai tidak pernah berlaku adil dalam isu royalti.

(3) UMNO akan sentiasa diingati sebagai parti rasuah dan kroni.

(4) Kempen 1Malaysia Najib akan 'mati' bila selesai tempoh Najib jadi PM, sama seperti kempen 'Islam Hadhari' Pak Lah.

Anonymous said...

Datuk,

Dengan izin.


Sdr bat8,

Pandangan Prof. Shad Saleem Faruqi itu adalah pandangan beliau sendiri. Saya tidak pula menyatakan yang saya bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangannya. Saya cuma minta kita sama-sama mengambil kira pandangan beliau ini memandangkan beliau dikenali sebagai seorang yang arif dalam bidang perundangan dan juga tidak memihak dengan mana-mana parti politik. Kalau sdr tidak bersetuju dengan pandangan beliau, silalah kemukakan hujah sdr itu kepadanya. Alamat email nya ada tertera sekali. Jangan libatkan saya. OK.

Perihal Sabah & Sarawak, saya sekadar mahu memetik pandangan Prof Shad mengenai perkara ini dalam artikel beliau.

------start------------

Sabah & Sarawak:

In addition to the rights of other states, Sabah and Sarawak enjoy some special sources of revenue.

> Schedule 10, Part V, Para 1 assigns import duty and excise duty on petroleum products to Sabah and Sarawak.

> Schedule 10, Part V, Para 3 assigns royalty and export duty on “mineral oils” totalling 10% to Sabah and Sarawak. “Petroleum”, as defined in the Petroleum Development Act, falls within the meaning of “mineral oils” and, therefore, 10% combined royalty and export duty on it constitutes part of the guaranteed revenue for Sabah and Sarawak.


--------end---------


Ada baca ka tarak baca ni?


-sinbad-

Anonymous said...

sambungan ...


Mengenai cadangan saya meminta DYMM Sultan Kelantan sendiri mempengerusikan badan yang mengawal selia pengurusan wang ehsan/royalti minyak ini, saya minta rakan-rakan melihat apa yang berlaku di Terengganu dahulu.


Terengganu Investment Authority

Terengganu forms own investment fund

KUALA LUMPUR, Dec 12 — History will be made soon when the Terengganu state government sets up its own RM10 billion sovereign wealth fund, the first state in Malaysia to do so and a move aimed at ensuring steady revenue after the oil and gas money dries up.

The decision to set up the Terengganu Investment Authority — a body to be run solely by professionals — is also an indictment of the unsatisfactory manner royalty funds from oil and gas have been used by politicians for the last two decades.

The Malaysian Insider has learnt that the proposal for a sovereign wealth fund was put forward by the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, who is also the Ruler of the east coast state. The state exco endorsed the proposal at its weekly meeting yesterday.

Political observers say that the decision to set up the authority is probably driven by the desire to ensure that royalty from oil and gas is spent wisely and in the long-term interest of the state, and not squandered on flashy projects.

While the oil and gas resources in the state have not been tapped fully, concerns have been raised that insufficient emphasis has been placed on how to maximise the royalty payments.

Under the TIA, the Sultan of Terengganu will be the chairman of the Board of Advisors. The Menteri Besar of the state will also be represented on this board.

But the Board of Directors will comprise only professional managers. The idea here is to ensure that investment decisions are made by professionals and without the interference of politicians.

Sources in the state said that RM10 billion will be invested both within Terengganu and also the rest of Malaysia. But the TIA will also have a mandate to invest globally.

The RM10 billion will be sourced from the local and foreign capital markets with a proposal for the Federal Government to provide a government guarantee of up to RM5 billion.

As a measure of long-term sustainability, TIA will continue to reinvest its profits to generate higher growth. Dividends will be declared to the state of Terengganu and its partner investors.

It is interesting that the idea of the wealth fund was mooted by Tuanku Mizan. Since Election 2008, the Malay Rulers have played a more active role in the affairs of their respective states as well as set the markers on important national issues.

This higher profile is a result of the changed political landscape with five states under the Opposition and power no longer concentrated with the Prime Minister or the Barisan Nasional government.

The more uncertain political terrain marked by incessant politicking and little else has led to the Malay Rulers providing leadership and guidance on several issues, including the debate over the social contract and race relations.


-sinbad-

Anonymous said...

sambungan ...


Saya rasa ini sudah kali kedua saya "paste" perkara yang sama mengenai DYMM Sultan Terengganu mempengerusikan Terengganu Investment Authority ini. Kali pertama beberapa bulan yang lalu dari berita BERNAMA. Mungkin bagi sesetengah orang tak mahu percaya berita dari BERNAMA ini. Oleh itu kali ini saya paste dari laman web anti kerajaan, Malaysian Insider pula. Nak tengok boleh terima ke tak boleh terima ke.



Datuk,

Saya lihat ramai yang emosi dan mengambil pendirian mengikut politik kepartian. Itu hak masing-masing, saya tak kisah. Tapi janganlah dek disebabkan terlalu buta dengan sikap politik kepartian ini hingga buat tuduhan bahawa saya kata rakyat Kelantan tidak berhak mendapat wang ehsan/royalti minyak ini.

Bagi saya, tidak kiralah samada ia diberi nama wang ehsan atau royalti minyak, yang penting ianya hendaklah disalurkan kepada RAKYAT KELANTAN itu sendiri. Dan kalau boleh, ianya hendaklah BEBAS daripada campurtangan politik tak kiralah dari pusat mahupun negeri.

Bagaimana hendak memastikan bahawa tidak berlaku campurtangan politik dalam pengurusan wang ehsan/royalti minyak ini?

Saya kemukakan cadangan melantik DYMM Sultan Kelantan sendiri mempengerusikan badan kawal selia pengurusan wang ehsan/royalti minyak ini. Ahli-ahli majlis baginda, bolehlah melantik YB Menteri Besar, YB Tok Pa, YB Ku Li dan tokoh-tokoh korporat dari Kelantan yang hebat-hebat seperti Azman Yahya, Dato Rahim dan lain-lain lagi.

Ini semua bagi memastikan agar wang ehsan/royalti minyak itu tidak disalahgunakan oleh orang-orang politik sepertimana yang berlaku di Terengganu dulu.

Saya hairan mengapa cadangan ini pun ditentang oleh sesetengah orang yang kononnya memperjuangkan kepentingan rakyat.


-sinbad-

Unknown said...

Salam Dato',
Case ni akan menentukan samada Najib has what it takes to be a leader (versus mere politician) to put kepentingan Melayu/rakyat Kelantan above kepentingan parti (UMNO)... tapi kalau virus KORO masih ada dalam badan dia, berkemungkinan dia akan "menguncup" dan play safe, as usual... we'll see whether he has the antibody to get rid of the KORO virus?

Anonymous said...

Sinbad kata "Saya lihat ramai yang emosi dan mengambil pendirian mengikut politik kepartian. Itu hak masing-masing, saya tak kisah. Tapi janganlah dek disebabkan terlalu buta dengan sikap politik kepartian ini hingga buat tuduhan bahawa saya kata rakyat Kelantan tidak berhak mendapat wang ehsan/royalti minyak ini".

Rasanya ini kebanyakan merujuk kepada Politik69 dan bukan Sinbad.

Sinbad juga perlu ambil maklum, Terengganu diiktiraf layak terima 5% walhal telaga minyaknya kebanyakan off shore. Kelantan macam mana?

Setakat RM20 juta sahaja haknya? Apa asas boleh mencapai angka RM20 juta pun masih misteri, bukan?

Isu pokok seperti ini perlu diselesaikan dahulu.

Dan tokoh-tokoh yang disebut Sinbad itu, majoritinya bermastautin diluar Kelantan. Jangan tak tahu tapi ini satu antara penyakit yang orang Kelantan kaitkan dengan UMNO.

Sejak lepas PRU 1990, ada pernah mana-mana Ketua Perhubungan UMNO negeri yang kekal bermastautin di Kelantan semasa dalam jawatan?

Bagi Sinbad, mereka itu tokoh besar tetapi cuba kaji berapa ramai antara mereka yang punya bisnes taraf nasional atau lebih besar tetapi tidak mengekalkan status quo dalam perniagaan mereka di Kelantan.

Kesihatan baginda Sultan selain isu antara Tengku Mahkota dan Tengku Temenggong juga rakyat Kelantan dok bincang juga.

Formula mudah untuk Sinbad, politik di Kelantan tidak semudah UMNO vs PAS. Ianya lebih dari itu.

Contoh?

Seperti kata beberapa guru yang saya kenal di Kelantan, Permata pun dapat jauh lebih banyak.

Sedangkan masih ramai pelajar yang naik keretapi ke sekolah sebab kurang infrastruktur seperti jalanraya dan sekolah di pedalaman.

Malah yang dapat asrama hatta terpaksa tarik diri sebab kena sediakan tambang setiap minggu dek bajet makanan asrama yang dipotong pun ramai juga.

Ini rasional yang mereka gunakan.

Fed Up

langit biru said...

Sinbad,

History will be made soon………why?

Saudara belum menjawab ketiga-tiga soalan saya. Sekurang-kurangnya 2 soalan pertama saya.

Apa konsep Malaysia sebagai sebuah NEGARA BERDAULAT?
Apa definasi NEGARA BERDAULAT?

Satu cadangan yang menarik.

Walaubagaimanapun, cadangan janganlah nak selesaikan masalah hari ni saja, menyusahkan kemudian hari!

Kalaulah dipinda Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri, Negeri Pasir Berdengung katakan, yang mana: SEGALA HASIL BUMI NEGERI PASIR BERDENGUNG, hendaklah ditadbirurus oleh Perbadanan Istana Negeri Pasir Berdengung, benarlah boleh menyelesaikan perebutan antara Dato’ Bendahara dengan Dato’ Temenggung (yang dipilih oleh majoriti rakyat jelata). Kalau Bendahara atau Temenggong atau kedua-duanya sekali diberi amanah oleh Rakyat jelata dengan “restu” Istana, didapati khianat dan tak amanah, lepas 3 atau 5 tahun rakyat boleh tukar pilih yang lain. Kalaulah dah dibuat pindaan, didapati Istana pula tak amanah, rakyat boleh buat apa?

Then…… History will be made soon………

Itu Negeri Pasir Berdengung!

Perlembagaan Persekutuan Malaysia macammana?

Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu macammana?

Baiklah, kita tengok paragraf ini:

“The decision to set up the Terengganu Investment Authority — a body to be run solely by professionals — is also an indictment of the unsatisfactory manner royalty funds from oil and gas have been used by politicians for the last two decades”.

The last two decades, atau lebih tepat adalah 35 tahun lepas, lebih RM20billion bayaran telah dibuat kepada Kerajaan Terengganu. Cuba Saudara Sinbad beritahu saya, kemana perginya 20 Billion ni? Hinggakan Tuanku Sultan begitu kecewa? Soalan saya kepada SELURUH RAKYAT TERENGGANU, apakah pembangunan Negeri Terengganu mencerminkan NILAI RM20 Billion?

……… have been used by politicians for the last two decades, politicians MANA? PAS ke?
Atau,
United Munafik National Organazation? (maksud saya Bukan UMNO, United Malay National Organation)

“Under the TIA, the Sultan of Terengganu will be the chairman of the Board of Advisors. The Menteri Besar of the state will also be represented on this board. But the Board of Directors will comprise only professional managers. The idea here is to ensure that investment decisions are made by professionals and without the interference of politicians”.

Chairman of the Board of Advisors. Apa kuasa ada pada PENASIHAT? Kalau Sinbad tengok PROTON lah, Penasihat Proton ada kuasa apa? Kalau Chairman of the Board of Directors boleh tahan! Siapa ada kuasa lantik Professional GM, CEO,COO and Professional Managers?

Setahu saya lah, setiap negeri ada Unit Perancang Ekonomi Negeri yang dikelola oleh Professional. Yang jadi masalahnya, Professional yang ada Masters, PhD ni bagi cadangan macammanapun, mai YB Exco lulusan SPM, lain jadinya ATAS alasan kepentingan politik dan rakyat kononnya! TU PUNCA MASALAHNYA!

Tu cadangan saya, Professional macam Sinbad pi la masuk politik!

Hadis nabi kata kalau amanah diserah kepada bukan ahlinya, tunggulah kehancurannya!

saji said...

Sdr langitbiru, Fed Up dan Sinbad

Saya mempunyai sebab tertentu untuk mencadangkan supaya PETRONAS sahaja yang uruskan sama ada wang ehsan atau royalti minyak untuk kesemua kerajaan negeri.

Sebab tertentu yang dimaksudkan ialah, pembangunan Putrajaya yang dicetuskan oleh TDM bukan sahaja dibiayai oleh PETRONAS malah diurus oleh anak syarikat PETRONAS yang dinamakan KLCCSB. Namun saya tidak tahu sama ada wang bagi membiayai pembangunan Putrajaya itu dinamakan wang ehasan atau royalti.

sharat said...

i think PM or BN or UMNO should look and study critics in a more open manner instead of 'thinking' of fire pple here or there!

and i think PM should not let this topic to be an open 'decision-making process' for the UMNO members to handle as i believe all got personal motive.

he as president of UMNO and PM should decide what is best for the nation... no body else

Anonymous said...

Datuk

Seperti yang dijangka, ada yang masih tidak boleh terlepas dari belenggu kepompong politik kepartian. Ada yang masih buta hati dan bertanya siapa yang salah guna wang ehsan/royalti minyak Terengganu.

Jawapan saya UMNO lah! UMNO dan anak menantu punya hal lah semua ni.

Saya tak ada masalah nak "balun" UMNO dalam hal ni. Siapa yang buat "sial", saya akan kutuk, saya akan keji.

Tapi jangan ingat, kalau UMNO dah buat sial, PAS tu mesti gerenti bersih dan suci. Di Kelantan tu pun ada kes anak menantu juga. Jangan buat-buat tak tahu pulak.

Jadi, boleh tak kita ni buka minda tu sikit dan jangan terlalu terikat sangat dengan sentimen politik kepartian. Sama-samalah kita cari satu formula yang boleh menghalang salah guna kuasa ini daripada berlaku tidak kiralah dari UMNO, PAS atau sesiapa pun.

Hati tu kenalah ikhlas baru boleh nampak apa yang saya cuba jelaskan. Kalau dah terlalu fanatik sangat dengan satu-satu parti, susahlah. Antara sebab mengapa pemimpin-pemimpin politik sewenang-wenangnya pecah amanah ni pun dek kerana penyokong-penyokong yang buta tuli lah. Ikut saja macam lembu. Kalau boss kata terjun lombong maka semua akan terjun lombong. Kah...kah...kah...

Berbalik pada cadangan saya itu; kalau dinilai betul-betul, saya pasti sdr semua dapat lihat bahawa cadangan saya itu sebenarnya bermatlamatkan "check and balance". Itu sebab saya syorkan semua pihak tidak kira apa fahaman politik pun, duduk dalam satu majlis yang sama agar masing-masing tahu kemana hala-tuju wang ehsan/royalti minyak itu pergi. PAS tidak boleh tuduh UMNO dan UMNO pun tidak boleh tuduh PAS. Masing-masing berkongsi tanggungjawab dan amanah. Bila tiada tuduh menuduh ini, barulah negeri jadi aman dan pembangunan boleh dipacu dengan jitu.

Tidak timbul persoalan ahli koperat mana yang layak menduduki majlis ini. Kalau rasa Azman Yahya tak layak, Dato Rahim tak layak, pilih lah orang lain yang difikir layak. Yang penting kesepakatan dalam membuat keputusan supaya semua pihak dapat berkongsi tanggungjawab dan amanah.

Mengenai pengerusi majlis pula. Kalau dah tak suka Sultan jadi pengerusi, boleh pilih orang lain yang difikirkan boleh. Tapi yang penting, pilihan itu mestilah semua orang setuju. Katalah ... semua setuju pelawak Harun Salim Bachik dipilih jadi pengerusi, maka terima saja lah.

Tapi secara seriusnya, siapakah yang paling layak mempengerusikan satu majlis yang diwakili PAS dan UMNO ini kalau tidak DYMM Sultan itu sendiri?

Kalau ditakdirkan, DYMM Sultan sendiri pecah amanah dan salah guna kuasa, maka wakil UMNO dan wakil PAS bolehlah sama-sama letak jawatan tanda protes. Susah sangat ke?

Kalau Sultan pun berpakat dengan PAS dan UMNO songlap duit wang ehsan/royalti minyak .... itu saya tak tahu nak cakap apa-apa lagi lah. P.Ramlee kata "Itu baru masuk angin keluar asap" ... haha


-sinbad-

Era80an said...

salam dato,
Masa yang lepas tak kan kembali lagi. zaman kegemilangan Ku Li semakin jauh meninggalkan kita yang berusia 50an keatas. Namaun begitu zaman penderhakaan Ku Li yang mengharamkan umno dan menjatuhkan kerajaan bn kelantan di zaman tun mahathir masih segar dalam ingatan di semua peringkat usia ahli umno masakini.

Memang tidak dinafikan Ku Li ada berjasa pada negara dan orang melayu. Namun begitu, beliau lebih berjasa pada rakyat negeri kelantan jika dibandingkan dengan yang lain.

Majoriti ahli umno yang muda masakini hanya mengenali Ku Li sebagai seorang bekas presiden parti semangat46 yang masuk umno dan hanya glamor menimbulkan masalah dalam umno. Sejak dulu lagi, kelihatan beliau ingin menjadi jaguh setiap kali bila pemilihan peringkat tertinggi umno dipertandingkan, namun jelas sekali beliau tidak mampu melakukannya.

Jika Ku Li ingin menjadi jaguh di negeri asalnya sehingga mencabar kerajaan persekutuan dan berdiri seiring dengan parti pembangkang, seharusnya ds najib sebagai presiden umno memecat keahliannya. Seandainya dibiarkan tanpa sebarang tindakan nescaya kelak akan binasalah parti.

Jika sebelum ini ds najib memang terkenal sebagai seorang playsafe dalam berpolitik, masakan di kerusi presiden umno pun nak melakukan perkara yang sama. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis dan bertempat sebelum jatuh dato' seri!!

Hari semakin senja, biarkan biduk berlalu hanyut bersendirian ke muara sungai, pasti kelak kiambang bertaut semula.

Biarkan Ku Li membela rakyat negeri kelantan bersendirian dengan pembangkang di luar umno. Memang sudah mejadi budaya anak kelantan, semangat kenegerian adalah satu warisan. Tiada yang paling baik melainkan serambi mekah, kota baharu,budu dan nik aziz. Cuma presiden umno saja yang tak baik sebab bukan dari kelantan. Oleh itu, Ku Li sentiasa bermimpi ingin menjadi yang terbaik, kalau boleh dapat menggantikan ds najib sebelum senja berlalu...

saji said...

Sdr langitbiru

Sdr berkata, setahu saya lah, setiap negeri ada Unit Perancang Ekonomi Negeri yang dikelola oleh Professional. Yang jadi masalahnya, Professional yang ada Masters, PhD ni bagi cadangan macammanapun, mai YB Exco lulusan SPM, lain jadinya ATAS alasan kepentingan politik dan rakyat kononnya! TU PUNCA MASALAHNYA!

Saya pernah terlibat dengan projek pelancongan UPEN Pahang yang ada kaitan dengan apa yang sdr kata di atas. Elok sangat jika sdr berikan contoh -contoh cadangan profesional UPEN yang sdr maksudkan itu.

Anonymous said...

fakta no.3 yang diutarakan oleh saji agak menarik.

"3. Bagi UMNO Kelantan, untuk menjadikan bahagian pandangan dan cara hidup Islam tersebut terus luntur mereka perlu merasuah rakyat kelantan dengan menggunakan wang ehsan Petronas tersebut."

=================

Tindakan UMNO khususnya UMNO Kelantan agar wang ehsan sebanyak RM 20 juta itu diagihkan melalui JPP adalah tindakan tipikal.

Sebenarnya dengan wang sebanyak itu, tidak banyak impak yang UMNO kelantan dapat raih dengan merasuah rakyat kelantan.

Orang kelantan amat mengenali pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. usah dirisau, wang sebanyak itu akan lebih banyak digunakan untuk kepentingan mereka dari untuk manafaat rakyat.

Tindakan Tokpa, awang aek dan lain-lain pemimpin UMNO Kelantan cuba sedaya upaya untuk menafikan hak kerajaan negeri mentadbir royalti minyak - orang kelantan cukup faham sangat.


bat8

puaka said...

Datuk AKJ,

Saya percaya jika Kelantan ditawan semula oleh BN, isu royalti minyak ini akan selesai. Kelantan akan dapat apa yang dituntut secara automatik. Masalahnya, Kelantan sukar dijinakkan malah jauh untuk dapat ditawan semula oleh BN.

Betul kata Datuk, isu ini akan menjadi penentu jumlah undi ahli BN sendiri di Kelantan dalam pilihanraya akan datang. DS Najib mungkin dah ambil kira perkara ini. Dia yakin Kelantan tidak akan dapat ditawan meski pun jika perkataan 'wang ihsan' bertukar jadi perkataan 'royalti'. Jadi, apa gunanya kalau rugi kedua-duanya? Bagi pun BN tetap akan kalah juga. Lebih baik tak payah bagi.

Mungkin macam itulah agaknya.

Salam Datuk AKJ.

Anonymous said...

Sinbad sendiri kata, UMNO dan PAS dua-dua ada rekod tak baik. Sinbad juga kata biar orang Kelantan sendiri yang pilih siapa yang sesuai jadi panel.

Err....PRU12 dulu (dan PRU sejak 1990) siapa yang majoriti di pilih?

Saya juga ada komen sebelum ini, tak kisah jika mahu Sultan jadi ketua, tapi biarlah Sultan Terengganu, Yang Dipertua Sabah dan Yang DiPertua Sarawak juga menjadi ketua panel di negeri masing-masing.

Isunya adakah sebab Kelantan dibawah PAS maka tak boleh seragam?

Saya saja tulis lagi sekali, senang Sinbad nak rujuk.

Jelas sekali Sinbad tak faham (atau buat-buat tak faham?) bila disebut "rasional penduduk di Kelantan".

Fed Up.

Anonymous said...

Sdr Fed up,

Bukankah Sultan Terengganu sekarang ini mempengerusikan Terengganu Investment Authority (TIA) yang mengawal selia pengurusan wang ehsan/royalti minyak Terengganu? Inilah hakikatnya. Jangan buat-buat tak tahu pula.

Bukankah di PRU12 dahulu, rakyat Terengganu juga telah memilih UMNO. Namun begitu UMNO tidak boleh meneruskan aktiviti "merompak" mereka akibat campurtangan DYMM Sultan Terengganu dan sokongan beberapa orang ADUN dari UMNO itu sendiri. Akhirnya UMNO terpaksa bersetuju dengan cadangan DYMM Tuanku untuk menubuhkan TIA dan melantik baginda menjadi pengerusinya. Ingat lagi tak kes "natang"? Masih tidak boleh terima kenyataan ini ke? Siapa yang berpura-pura tak faham sekarang ni? Sdr ke saya?

Sabah dan Sarawak pula ada perjanjian yang berlainan sepertimana dijelaskan oleh Prof Shad Saleem Faruqi tempoh hari. Sila rujuk semula. Dan jangan lupa, YDP Negeri Sabah dan Sarawak ini adalah jawatan yang dilantik dan bukan ditabalkan atau diwarisi sepertimana negeri-negeri Kesultanan Melayu.

Minta tolonglah buka minda tu sikit. Daripada terlalu memikirkan sentimen PAS-UMNO atau Kelantan-Persekutuan, apakata kalau kita bergerak kearah politik baru.

Saya sokong kalau Terengganu Investment Authority melantik beberapa wakil dari PAS menjadi lembaga pengarahnya. Ini akan menambahkan lagi ketelusan dalam pentadbiran wang ehsan/royalti minyak itu. Dan lebih penting lagi, politiking boleh dikurangkan dan lebih tumpuan boleh diberikan terhadap pembangunan negeri.

Kesedaran hati saya amat jelas dalam hal ini. Untuk kesejahteraan rakyat, apa-apa formula yang dapat mengalang salahguna kuasa dikalangan orang-orang politik ini akan saya sokong. Ini kerana, saya dapati, jika tidak ada "check and balance", penyelewengan akan kerap berlaku tidak kira parti mana pun yang memerintah.

Kes anak-menantu di Terengganu dan juga di Kelantan sudah cukup membuktikannya. Saya terima hakikat itu. Bagaimana dengan sdr? Masih lagi buat-buat tak faham?


-sinbad-

Anonymous said...

Sinbad,

Saya faham dan saya tahu.

Saya sekadar menuntut, jika amalan itu boleh dibuat di Terengganu, kenapa tidak di negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak. (Sila rujuk keempat-empat negeri itu dalam senarai negeri paling miskin dalam Malaysia, malah rujuk juga peratus bumiputera/melayu di sana).

Dalam kes Sabah dan Sarawak, kita bukan merujuk kepada orang tetapi kepada jawatan Yang DiPertua itu sendiri. Jadi soal warisan atau dilantik, itu bukan soalnya.

Malah, Tengku Mahkota Kelantan sudahpun bertitah mencadangkan industri intensif minyak dan gas di Kelantan jika royalti di bayar. (Amalan sekarang, pendaratan minyak dan gas langsung tidak dibuat di Kelantan walaupun pantai Kelantan adalah pantai paling dekat).

5% atau RM20 juta, yang ini macam mana pula? Tak ada nak komen apa-apa?

Saya taksub dan buat-buat tak faham? Tidak sama sekali.

Bagi saya bola di kaki BN. Jika 5% dan struktur TIA (dua serentak dan bukan satu sahaja) dibawa ke Tuanku, rasanya Tuanku akan setuju. Jika selepas itu. Tuanku dah setuju, PAS akan bunuh diri jika bangkang.

Ku Li juga sudah habis juga hujahnya jika masih bangkang.

Struktur TIA mana-mana pihak boleh cadang tapi 5% itu keputusan kerajaan Persekutuan.

Amacam? Bila BN nak sepak mula?

Fed Up

Anonymous said...

Bagi saya bola di kaki BN. ...... mana-mana pihak boleh cadang tapi 5% itu keputusan kerajaan Persekutuan.

Amacam? Bila BN nak sepak mula?


Hahaha ... bila saya kata sdr ni berfikiran terlalu bersifat kepartian, sdr cuba nafikan. Tapi, tengoklah sendiri. Sdr tanya saya, "Bila BN nak sepak mula?". Hehe ...

Kenapa tanya pada saya? Saya ini mewakili suara BN ke? Cadangan saya agar Sultan Kelantan mempengerusikan badan kawalselia wang ehsan/royalti minyak ini akan beri keuntungan atau kelebihan pada BN ke? Beri politikal mileage pada Najib? Pada Tok Pa? Pada Awang Adek?

Nilailah secara jujur. Bukankah cadangan saya ini akan "memudharatkan" BN itu juga?

Terus teranglah cakap. Cadangan saya ini akan menghadkan kuasa UMNO dan PAS dalam menguruskan wang ehsan/royalti minyak ini. Tapi adatlah, mentaliti orang politik. Bila kuasa UMNO hilang, dia akan kata PAS yang curi. Bila kuasa PAS pula hilang, dia akan kata UMNO yang curi. Macam ini lah dok berkelahi tak sudah2. Politik tak habis2. Pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat tolak tepi buat tak peduli. Rakyat pulak, ada yang termakan dengan mainan orang politik ini. Bila boss kata terjun lombong, dia akan terjun lombong. Bila boss kata terjun perigi, dia akan terjun perigi. Hati buta. Buta hati. Hehehe...

Sdr Fed up,

Saya rasalah. Bila cadangan saya ini dilihat merugikan PAS ... terus saja sdr buat kesimpulan bahawa suara saya ini suara UMNO/BN. Maka, bermacam-macamlah hujah sdr akan kemukakan bagi memperlekeh-lekehkan cadangan saya itu. Tapi yang kelakarnya, ada hujah sdr itu yang sampai bercanggah dengan pendapat sdr yang sdr kemukakan dulu. Orang katalah. (Ini orang kata bukan saya kata) Orang yang bercakap benar ini akan consistent dengan kata2 nya walaupun ditanya dengan soalan yang sama beberapa tahun mendatang; tetapi orang yang menipu ini akan sering berkata berlainan walaupun ditanya soalan yang sama beberapa minit berselang.

Saya beri cadangan ini dengan niat ikhlas demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan. Saya akui ianya hanyalah satu cadangan "koboi". Tidak ada satu kajian mendalam atau survey dilakukan bagi membuktikan cadangan saya ini akan pasti berjaya bila dilaksanakan. Namun begitu ia hendaklah dilihat secara positif dan diperdebatkan secara jujur dan konstruktif.

Kalau terdapat perlanggaran dari sudut undang2 atau perlembagaan negeri/negara, saya mungkin akan bersetuju bahawa cadangan saya ini tidak sesuai dilaksanakan di Kelantan sepertimana ia dilaksanakan di Terengganu. Tetapi kalau setakat nak nafikan cadangan saya ini atas dasar ia akan merugikan satu2 parti politik, itu saya tidak boleh terimalah. Bagi saya kepentingan RAKYAT itu adalah lebih penting dari kepentingan POLITIK. Dan kelakuan kita RAKYAT lah yang akan mencerminkan kelakuan orang-orang politik ini.

Terima kasih.


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk

Dengan izin. Ini last call. Sekadar nak melayan jiwa pura2. Haha


Sdr Fed up kata:

Saya sekadar menuntut, jika amalan itu boleh dibuat di Terengganu, kenapa tidak di negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak

Laaa... apa yang saya syorkan selama ni pun agar Kelantan mengikut kaedah Terengganu @ TIA la. Tapi bila saya syorkan kaedah ini, sdr juga yang bangkang tempoh hari. Macam2 la bagi alasan. Tokoh koperat itu ini tak layaklah. Kesihatan Tuanku Sultan tak mengizinkan la. Kerabat bergadoh la. Tapi sekarang sdr cakap terbalik pula. Konon nak MENUNTUT perlaksanaan yang sama dilakukan di Terengganu digunapakai di Kelantan.
Hehe ... pelik... pelik...

Sabah dan Sarawak pula ada set perundangan/perjanjian yang tersendiri apabila mereka bersetuju bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia dahulu. Sila baca sejarah. Mengenai royalti minyak ini pun, Prof Shad Saleem Faruqi telah menjelaskannya dalam artikel beliau tersebut. Sila lah baca. Jangan malas.


Dalam kes Sabah dan Sarawak, kita bukan merujuk kepada orang tetapi kepada jawatan Yang DiPertua itu sendiri. Jadi soal warisan atau dilantik, itu bukan soalnya.

Sdr sudah silap besar! Faktor warisan dan perlantikan inilah yang pentingnya. Semasa kes Terengganu tempoh hari, DYMM Sultan Terengganu mempunyai kuasa mutlak dibawah perlembagaan negeri untuk melantik seorang Menteri Besar. Selepas PRU12, baginda tidak "berkenan" untuk melantik Idris Jusoh menjadi MB. Apa UMNO/PM (Pak Lah) boleh buat pada Sultan? Pecat baginda dari jawatan Sultan? Hahaha ... tak boleh sdr. Tak boleh ....

Tapi bagaimana pula jika perkara yang sama dilakukan oleh YDP negeri Sabah dan Sarawak? Jawapnya kontrak tak sambung la brader ... Ini "power play" nya. Tak kan tak nampak kot?


5% atau RM20 juta, yang ini macam mana pula? Tak ada nak komen apa-apa?

Inilah sebabnya saya cadangkan semua pihak tidak kira UMNO atau PAS duduk dibawah naungan DYMM Sultan dalam satu majlis agar semua persoalan dan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Persekutuan boleh disuarakan secara BERSAMA. Kalau rasa RM20 juta itu tidak memadai, mintaklah lebih. RM100 juta, RM200 juta. Tapi berpandukan pada undang2 lah. Jangan main hentam saja. Saya secara peribadi pun tak jelas mengapa RM20 juta. Mengapa tidak RM50 juta? RM100 juta? Jadi kalau ada badan seperti Kelantan Investment Authority ini, bolehlah ia membuat penilaian sendiri yang dijalankan secara BEBAS dan TELUS (memandangkan semua pihak tidak kira UMNO atau PAS juga terlibat). Jika tidak berpuas hati, boleh lawan di mahkamah.


sambung....


-sinbad-

saji said...

Sdr sinbad

Sdr berkata, Saya beri cadangan ini dengan niat ikhlas demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan. Saya akui ianya hanyalah satu cadangan "koboi". Tidak ada satu kajian mendalam atau survey dilakukan bagi membuktikan cadangan saya ini akan pasti berjaya bila dilaksanakan. Namun begitu ia hendaklah dilihat secara positif dan diperdebatkan secara jujur dan konstruktif.

Bukan cadangan "koboi", tetapi sdr telah cuba menggunakan Teknik Sinaktiks cara analogi langsung untuk menganalisis dan merangka isu berkaitan dasar awam bagi mencari jalan penyelesaiannya. Atau, dari sudut lain, sdr telah cuba menggunakan contoh kes dahuluan atau precedent di Negeri Terengganu untuk mencari penyelesaian kepada isu berkenaan.

peguam kampung said...

Salam Dato,

Begitulah sikap UMNO, kalau sama-sama bangsa dan agama pun mereka boleh tipu, apa lagi orang-orang yang tidak sewaktu dengan mereka. Kalau Kelantan tidak berhak terhadap royali minyak, apa ke jadahnya diberikan wang ehsan(memetik kata-kata Wan Kamaruddin dari NTV7). Ini bermakna Kelantan memang berhak, tetapi disebabkan oleh Kelantan diperintah oleh PAS maka dipusingkan pembayaran itu atas nama Wang Whsan. Saya percaya Wang Ehsan ini akan ditukarkan kembali kepada royalti apabila UMNO memerintah Kelantan semula. Sejarah di Terengganu telah menunjukkan bahawa Wang Ehsan boleh bertukar menjadi royalti apabila kerajaan negeri bertukar menjadi UMNO. Inilah sebabnya saya sebagai orang muda kalau potong jari pun saya TIDAK mempercayai UMNO dan konsep 1Malaysia.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).