Friday, April 23, 2010

Sepasang Sliper Untuk Tony Bliar

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
  
















TUAN besar Tony Bliar,*
(Anthony Charles Lynton Blair)
Berkata: “Iran ada bom nuklear.”
Sahut Bush teman akrabnya:
“Itu senjata pemusnah massa,
Seharusnya dimusnahkan segara.”

Tuan besar Tony Bliar
bercakap bohong itulah kerjanya
45 minit saja, katanya
Iraq boleh musnah satu dunia.

Tuan besar Tony Bliar
Anjing ribaan Presiden Amerika
George W. Bush nama orangnya
Pasal belasah Islam dia cukup suka.

Maka mereka pun perang jihad
Perang Salib dan Perang Suci
Bom dan bedil Iraq sesuka hati
Tak kira Saddam Hussein
Orang tua atau seorang bayi.

Sekarang ada manusia di Malaysia
Yang gelar diri “national achievers”
Panggil ini Tuan Tony Bliar
Untuk bagi mereka semangat dan idea
Untuk jadi lebih berjaya.

Tuan Tony Bliar the murderer
Bukan kita saja yang kata
Orang bangsa dia pun kutuk juga
“Di tapak tanganmu ada darah,”
kata mereka.

Sila baca:

“FORMER PM Tony Blair was yesterday berated by a grieving dad at a memorial service for those killed in the Iraq war.

Peter Brierley, whose son Shaun was killed in March 2003 at the age of 28, snubbed Mr Blair’s handshake saying he had “blood on his hands”.

The rejection led the ex-Labour leader’s aides to usher him away.

But it didn’t stop the bereaved dad launching a scathing attack on the now Official Envoy to the Middle East.

He blasted: “I understand soldiers go to war and die but they have to go to war for a good reason and be properly equipped.

“I believe Tony Blair is a war criminal. I can’t bear to be in the same room as him. I can’t believe he’s been allowed to come to this reception.

“He’s got the blood of my son and all of the other men and women who died out there on his hands.”

And Mr Blair was then exposed to further embarrassment during the service at St Paul’s Cathedral.”

Dan inikah manusianya yang hendak dijadikan idola
Oleh orang muda Malaysia?
Teruknya pemikiran mereka!
Tuan Besar Tony Bliar
Hanya layak dilontar slipar

Tapi janganlah gempar-gempar
Berhimpunlah Sabtu (esok)
Jam 9.30 pagi lebih kurang begitu
Di Sunway Convention Center
Kita tunjuk apa yang kita rasa
Kepada Tuan Tony Bliar
Pembohong nombor satu dunia.

*Liar dalam bahasa Inggeris ertinya pembohong

33 comments:

d'enricher said...

Dato,

Saya ni tak lah minat atau sokong Toni Blair ke Bush ke Obama ke.

Tapi kalau kita dah nak baling seliper kat TETAMU (dia tetap diundang oleh orang tertentu, walaupun mendapat atau datang kerana appearance fee yang tinggi), mana dia budi bahasa kita.

Nanti, jangan hairan ada pula pemimpin kita yang kena baling dengan terompah ke, but bola ke. Masa tu padan muka.

Kita seronok, Bush kena baling dengan kasut, tapi dah tak ada cara lain ke???

Seronok syiok sendiri, nanti makan diri.

A.Alshukor
Cinta Alam Malaysia.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Datuk,

Izinkan saya nak ambil 8 rangkap puisi dalam N3 datuk ni.

Saya nak masukkan dalam blog saya.

Pohon keizinan.
Wassalam.

pakbelalang said...

Jangan lupa bawa sepasang terompah. Kalau tak ada terompah cari di masjid-masjid pinjam untuk dilemparkan kat B-liar!!!

Anonymous said...

Dato',

Saya bercelaru tentang nilai yang kita anuti dalam menentukan apakah seseorang itu musuh, sahabat, kawan atau sekadar say hello.

Ketika kita mengutuk TB, siap dengan rancangan demo bagai, lepas tu nak hadiah sepasang selipar, tapi pada masa yang sama PM kita yang tercinta, bermesraan, berpelukan, berangkulan dengan Obama, pada hal semua kita tahu, bahawa orang yang paling bertanggung jawab sekali terhadap serangan ke iraq adalah Amerika. Kita tahu bahawa ketika itu bukan Obama yang jadi presiden, tapi bush bertindak gila bukan juga bersendirian tapi bersama-sama mandat yang diperolehinya dari rakyat Amerika. Siapapun yang jadi presiden Amerika dia harus ikut bertanggungjawab terhadab ulah kerenah bangsanya di masa lalu, bukan begitu Dato'.

Lagi satu, kita bentangkan karpet merah kepada ratu Elizabeth ketika merasmikan sukan komanwel. Bukankah ratu Elizabeth ini raja british yang telah menjajah kita selama 450 tahun ?. bukankah british ini yang telah membunuh ribuan rakyat kita, merampas harta benda kita dan yang menyebabkan orang melayu menderita sekarang ini adalah ulah kerenah british ?

Soalan saya, manakah yang lebih besar dosanya antara ratu elizabeth (sebagai raja british), dan obama (presiden amerika), dibandingkan dengan TB ?.

Atau adakah ini permainan politik pihak tertentu yang tidak mahu berjumpa TB.

Minta pandangan Dato'

Borneo Menggugat

Anonymous said...

Tok dok certita pasai Tony Bliar
Konon cerita dia nak mai ke Malaya
Nak ajar budak-budak kita high achiever
Mat Tunjang nak tergelak tak terkira.

Ni la bila taksub kepada barat
Depa dah nyah ada lagi dok ambil berat
Tak kira Tony Blair yang sangat jahat
Depa dok nak sambut macam dia hebat.

Macam tu jugalah dengan calon PKR
Bila sebut arak dia pun naik ketar
Maklumlah dulu dia kaki putar
Tak kena arak lulut naik longgar.

Tapi tak pa la dia dah taubat
Dengan Pas bolehlah jadi sabahat
Nik Aziz kena la kempen kuat-kuat
Takut orang Pas dok lagi meluat.

Calon PKR ini dia lepas cakap
Umno dan DAp dia sama dakap
Dalam Umno dah rasa tak sedap
Dengan PKR dia pi mengadap.

Mat dok jauh tak la tau sangat
Tapi calon PKR ni suka melompat
Kalau berniaga bawa suku sakat
Member-member India dia sangat hebat.

Mat Tunjang nak pi dulu
Nak tengok projek di Kg Ulu
Tanam pisang, keladi dan tebu
Bulan posa kita dok tunggu.

Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

sEPASANG KASUT UNTUK PENGANJUR PENGANJUR mR TAN DARI kOTA sINGA TU. mELUAT LA KAT DEPA NI!.......WAWA

Anonymous said...

Seloka yang menarik.Tapi sayang...ramai lagi yang tidak dapat menelusuri makna tersiratnya...

rupenye macam ramai je penyokong TB kt M'sia.Jgn smpai kena penyakit Tibi udahla ye dato'

Susah nak berkias dgn org yg x makan saman ni.Buat sakit hati jew.

-Melayu yang subur dan bukan Melayu yang MELAYU tidak bermaya.

INDIGO said...

d'enricher,
blif maar kalm

Cara Lain

ada,
anthony charles lynton blair
present himself in person to the
KL War Crime Tribunal first
to answer all the charges made against him.

btw, are you sure you want to be dealing with tigers? - 'Nanti, jangan hairan ada pula pemimpin kita yang kena baling dengan terompah ke, but bola ke.

don't mind me, bro, i am baiting and you're the bait.

Terima Kasih Mawar Berduri

Wajasetia said...

Tetamu memang sepatutnya dihormati. Tetapi dalam situasi si Tony ini, jemputan dibuat oleh golongan minoriti "rumah kita" tetapi mempunyai suara yang amat kuat. Saya rasa ramai di antara teman serumah kita yang membantah jemputn ini tetapi tidak diendahkan kerana kurangnya sensitiviti pihak yang berkenaan terhadap suara-suara halus golongan majoriti ini.
Memang tidak wajar pemimpin yang membaling bom dan peluru kepada saudara-saudara seIslam kita dibaling hanya dengan terompah atau but bola.
Cara lain???? Fikir lah sendiri kalau ada.

pakbelalang said...

A. Alshukor,

Bliar bila mati meninggalkan sengsara kepada beribu anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal rakyat Iraq yang ketiada bapa kerana di aniaya oleh syaitan dan iblis bertopengkan manusia seperti Bliar dan Bush. Patutkah kita terima tetamu seperti Bliar.Mereka yang menganjurkan kedatangan Bliar untuk memberi ceramah adalah mereka yang hatinya "blind, deaf and dumb".

Dia bukan sahaja patut direjam dengan selipar tapi disula!!!

Sum mun buk mun um yunfahum laa yar jiuuun!!

.

MalaysianKita said...

Tok,

Saya setuju dengan Dato'.

Apa kata tiru gaya khir toyo hadiah penyapu, tapi kali ni ganti selipar buruk diambil dari Iraq!

Cerita Perak

Changkat Jering dan Behrang bebas semua kes rasuah.

Jelapang dapat anugerah Datukship. Waaa....tentu besar jasa Jelapang!

Ahmad Nawawi Yaakob said...

TB, Bush dan seumpamanya adalah penjenayah umat Islam sedunia. Kita terpaksa berbaik dengan mereka hanya kerana kuasa dan politik yang dipegang mereka. JIka tidak, mahu diludahi sahaja muka penjenayah seperti itu.

Ribuan umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan di mana jua mati dibunuh atas alasan yang tiada buktinya. Hanya satu telahan, cuma.

Dan apabila Najib mengumumkan penjualan gas ke Iran disekat, adakah ia juga tertekan dengan telunjuk US? Hilang kekuatan umat Islam - persaudaraan Islam- oleh kerana tekanan demi tekanan barat ke atas kita. Sampai bila, sampai bila kita mampu berhadapan dengan mereka dengan mempertahankan hak kita?

Ya Allah...

mad said...

membahaskan kedatangan tony blair ke malaysia kita tak boleh lari dari membahaskan kewujudan apco di bumi malaysia. malah isu apco lebih kritikal kerana apco bukan sahaja bertapak di negara ini malah memberikan nasihat dan mempengaruhi keputusan pemimpin tertinggi negara.

walaupun kedatangan tony blair cuma beberapa hari saja di bumi malaysia namun ia dilihat serius kerana dunia islam terutamanya melihat beliau sebagai penjenayah perang, malah jika undang-undang antarabangsa begitu telus sudah pasti beliau bersama-sama dengan bush dihadapkan ke mahkamah antarabangsa kerana jenayah perang dan kemanusiaan.

walaupun saya kurang pasti samada badan ngo atau kerajaan yg bertanggungjawab membawa tony blair masuk ke negara ini namun saya pasti kepimpinan najib harus dipertanggungjawabkan tentang kehadiran penjenayah perang tony blair ini. ini kerana kemasukan beliau ke negara ini sudah pastinya terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kerajaan malaysia pimpinan najib.

melihat sikap kerajaan yang lebih pro amerika sejak akhir-akhir ini, tak dapat dinafikan kemungkinan kedatangan blair jugak serba sedikit dipengaruhi oleh 'nasihat' dari apco. sekian terima kasih

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Taubat, taubat. Syair Mat Tunjang hebat.

Kata-katanya membuat kita bertanya apakah bilamana calun PKR itu gemar melompat-lompat, apakah kemungkinan si-calun itu juga boleh melompat saperti YB Bayan Baru dan yang lainya untuk bersama-sama orang Wakaf Baru YB Ibrahim Ali, yakni MP Bebas?

Ramadhan pun dah dekat.
Taubat-taubat.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Salam Dato,

Eh..rasanya saya tak silap dengar.

Hari ini 23hb April 2010, Buletin Utama TV3 Dato Najib Rajak telah berkata beliau akan memberitahu Presiden Amerika Barak Obama yang PM Malaysia masih mempunyai sokongan di Ulu Selangor sekiranya BN menang PRK kali ini.

Persoalannya..kenapa sampai nak melaporkan kepada Obama? Presiden Obama pegang KPI najib ke? Adakah PM kita dibawah selian Barak Obama sampai kena hantar laporan RPK ke Obama?

Apa nak jadi atau apa dah jadi? hancuss...

- www.alaikaya.com -

INDIGO said...

Scribe
salaams

Ini yang di katakan Freudian slip:
Berkata: “Iran ada bom nuklear.”

Pertanyaan: apakah najib boleh 'control' UMNO tanpa Tun Dr Mahathir? Jangan cakap nak control BN?

Terima Kasih

Loyar Baru said...

Salam Dato'

Apo lah ado pado Tony Blair yang hendak org Malaysia banggokan ? Manusio dajal yang membunuh org-org Islam di Iraq dengan Bush ni bukannyo idola tapi syaitan bertopeng manusio !

sniper said...

"The Piper Calls The Tune"

He wields his flute with an expert hand
And then, all too soon
The dancing stops and the children stand
The piper calls the tune.


He holds their future in his palm
An old and powerful man
With missiles poised and bombs at hand
They wait for his command.


With songs of fear and bigotry
A cruel, hypnotic sound
He plays his last tune greedily
And strikes the children down.

-UB40-

sujini said...

Scribe,

Ya, www.alaikaya.com tidak silap dengar.
Saya pun ada menontotn Buletin Utama TV3 malam tadi.

PM berjanji beliau akan menerangkan desas desus yang mengatakan beliau "melutut kepada Obama".
Ucapan ini dibuat setelah beliau memberi sidang akhbar sekembalinya dari US.

Saya tak tahulah kalau beliau sudah jelaskan perkara yang sebenar kepada rakyat terutama kepada pengundi Hulu Selangor.

Saya rasa kerajaan Malaysia sekarang mengambil sifat terbuka, tidak kira warna, bangsa, kelas dan ugama.
Ini adalah sejajar dengan konsep MEB.

Oleh itu tidak hairanlah kalau ada mana-mana badan yang nak mengambil sesiapa dari luar negara menjadi "role-model" mereka.
Bukankah ini salah satu cara membina "modal insan" mengikut MEB?
Penjenayah perang pun boleh.
Memang Malaysia Boleh!

Kem.Dalam Negeri buat apa?
Kenapa Hishammuddin Lentok( saya pinjam DinKajang punya modal) tidak mengawas siapa yang dijemput ke dalam negara?

Sepatutnya KDNlah yang bertanggongawab memantau atau memberi kelulusan orang-orang luar yang dijemput datang ke Malaysia.
Terutama sekali kalau mereka dijemput oleh badan-badan NGO/pihak swasta dan lagi-lagi kalau pihak pembangkang.

Kalau tetamu kehormat luar negara datang atas jemputan kerajaan Malaysia atau sebagai membalas lawatan, itu lainlah cerita.

Semasa PM mengagih-agihkan cek kepada Felda settlers yang dirakamkan dalam Buletin Utama mlm tadi(@8pm, 23 April), beliau ada menyebut seperti yang dinyatakan oleh alaikaya.com

Makanya saya terfikir. Dari mana datangnya wang berjuta-juta ringgit bagi membayar hutang kerajaan kepada Felda settlers ini yang tidak terbayar selama 15 tahun?
Hairankan?
Malaysia Boleh!

pakbelalang said...

BN and Pakatan promise to solve woes of Felda settlers as by-election nears

komen:

Sudah menjadi lumrah apabila ada pilihan raya kecil mencurah-curah datanglah berbagai projek baru dan segala masaalah rakyat yang bertahun-tahun diabaikan baru nak diselesaikan. Selama ini mengapa tidak diselesaikan?

Apakah ini budaya kita berpolitik?

pakbelalang said...

Saya ingin nasihatkan Najib supaya jangan terbawa-bawa menunjukan kegembiraan dan kejayaannya bertemu dengan Barak Obama.

Mendengar ceramah Tun M mengatakan bahawa Najib berbelanja RM11 juta untuk melobi bertemu dengan Obama kononnya untuk merapatkan perhubungan yang dah tercalar semasa pentadbiran Tun M.

The question is whether it is worthwhile to spend that much money just to take photograph with Obama and spent hardly half an hour with him?

Anonymous said...

Ya salam

Dulu Toni mai Malaysia. tadak sapa kenai dia. kalu kita kenai kita buleh sambut dia macam pelancong. dia mai sebagai orang biasa kita kata ok. tapi kalau dia mai atau kita jemput dia macam tok guru , elok la kita baling ngan kasut playboy kita. Kita pundah tak pakai kasut tu. Tapi kita tok sah la balin kt Blair, kita balin ja kt org yang panggil dia tu. apa punya bodo la orang yang jemput dia ni. Tak dak semangat langsung. Buta perut buta hati.

SOkong Bawak Rebah

Anonymous said...

Pasai Tony Blair Tok Kadir dok cerita
Kita yang baca benci tak kira
Inilah manusia tamadun kononnya
Tapi binatang lebih baik dari dia.

Tapi Tok manusia ni takam dua muka
Depan kita baik tak kira
Belakang kita kena jaga-jaga
Silap-silap habis jadi mangsa.

Mat tergelak tengok calon PKR
Dari Umno dia baru saja keluar
Dia balon Umno luka dan calar
Dia kata perangai dia dah bertukar.

Dalam Umno dia mengaku telan arak
Main kuda macam nak rak
La ni masuk PKR semua dah tak dak
Dia putih melepak macam bedah.

Pasai apa dalam Umno telan arak
Tak boleh ka dia kata saya tak ndak?
Janganlah ingat kita ni macam budak-budak
Dia nak tipu sehendak-hendak.

Nampak sangat dia ni muka tebai
Bila dengan Nik Aziz dia ubah perangai
Pakai kepiah putih macam tok lebai
Nak dapat undi Pas punya pasai.

Mat dok jauh banyak tak tahu
Tumpang sekaki rasanya mahu
Pasai dengan Zaid kita dah berbulu
Lompat sana sini macam katak puru.

Mat Tunjang berundur dulu
Keputusan Hulu Selangor akan ditunggu
Jangan bergaduh buat haru biru
Pilihlah calon yang kita setuju.

Mat Tunjang Enterprise

MalaysianKita said...

Alhamdulillah, setelah hampir 20 tahun akhirnya Peneroka Felda Sg Buaya dapat balik HAK MEREKA, WALAUPUN TERPAKSA SAIN AKUJANJI.

Majoriti mereka sudah berumur, mengundi di saluran 1. Dah ramai sahabat sekampung yang sama-sama menanti sudah kembali ke alam barzakh, tak sempat merasa hasil keringat tulang empat kerat.

WAL HAL DUN-DUN DI HULU SELANGOR semua MILIK BN. MAsalah dari zaman dua muhamad jadi MB, seterusnya zaman Toyo penyapu, TIADA SIAPA PEDULI hak mereka dirampas secara halus TAPI RAKUS.

PRK HS ada hikmah buat mereka. HAK MEREKA DIKEMBALIKAN.

Kalau mereka undi pun BN, saya tak kesah!!

AKHIRNYA PENANTIAN MEREKA BERAKHIR.

NAMUN BEGITU, BAGI SAYA, INILAH CIRI-CIRI KEZALIMAN UMNO YANG KONONNYA BERJUANG UNTUK BANGSA SEAGAMA!!!

MalaysianKita said...

- www.alaikaya.com -, sujini, ramai saksi dengar Buletin Utama tu.

Anonymous said...

Salam,

Memang dah budaya kerja macam tu PakBelalang. Masa pilihanraya baru ada projek. Masa dah kena denggi baru nak sembor asap. Bila dah ada kejadian baru nak pinda akta.
Ni semua buat kerja macam bomba. Bila ada kebakaran baru padam.

Sokong Bawa Rebah.

pengkaji said...

i dream a lie

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

No Buzz As Protest Against Blair Falls Flat
(it says alot about you and i)

so let's leave it that way
and let the wind of destiny blow
and turn another page in the book of life
you and i here today gone tomorrow

and tomorrow they go to the polls
not many two third and less
a third and more gave it a rest
not that they did care any less
for nothing was broken needing fixing
it was fun as going fishing

the chinese many stayed at home
they kept to themselves
- it's an indian chap, you know
while the indians gave it a go
only the malays were so gung ho
- kerana mu, Tun, we love you so

and the when the votes counts all done
and when the city folks have all gone
hulu selangor is business as usual
peace and quiet as the stones
and the prasasti in the cemeteries
and everybody is happy
but for pkr and the dap

what was all the buzz about
the banners and the slippers shout a liar has came to their town
and into the kampungs went the clown
telling a tale for all to see
but i do believe he came to to steal
with his model ekonomi baru deal

it is alright, i guess
with the doctor don't you mess


Terima Kasih

Anonymous said...

Salam. Tok, kalau org yg mengarahkan pembunuhan beramai2 umat islam di negara sendiri mcm mana? Layak dipanggil apa yer..?

Liar dlm English dan B.Melayu maksud yg membawa kpd perlakuan jenayah.

rakyat dah bijak

A KADIR JASIN said...

Sdr Zabri Mokhtar,

Minta sangat-sangat diterjemahkan ungakapan bahasa Cina sdr itu ke bahasa Melayu supaya pembaca tidak ragu-ragu.

Terima kasih.

Anonymous said...

DAKJ,

Kalau isunya ialah pembunuhan golongan mukmin-mukmin atas arahan pemimpin sesebuah negara, rasa-rasanya bukan seorang individu atau negara yang pernah melakukannya. Senarainya adalah panjang dan ini termasuklah pemimpin Zionis dan pemimpin dari Negeri Matahari Terbit.

Cumanya tepatkah dan konsistenkah reaksibalas kita? Apakah tidak mungkin yang kita ini terlalu beremosi hinggakan tindakbalas yang diseru/saran langsung tersasar, remeh, menyusahkan dan akhirnya memakan diri?

Kita terlalu beremosi kalau ianya melibatkan Israel walhal ada negara lain yang jauh lebih besar dosanya.

Kita sedaya upaya mengelak untuk dilihat mempunyai hubungan dengan apa jua elemen atau entiti yang ada jalinan atau berjenamakan Israel tetapi tidak melakukan perkara serupa terhadap banyak lagi negara yang sewaktu dengannya.

Kita begitu membenci Israel sampaikan kita dikecam kalau menjual apatah lagi membeli barangan atau perkhidmatan mereka walhal apabila diajak memboikot produk atau perkhidmatan Israel berapa kerat sangat yang mengikuti seruan berkenaan.

Kita dikutuk kerana memberi ruang dan peluang kepada entiti perniagaan yang ada bau-bau bacang dengan Israel tetapi tidak terhadap negeri Pakcik Sam dan Negara Matahari Naik.

Nampaknya kita terlalu fobia dan mempolemikkan perasaan benci terhadap puak Zionis semata-mata kerana "ada udang di sebalik batu".

ANTIHIPOKRIT

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Dengan Izin

ANTIHIPOKRIT,

a short tale- modern as rapp:

A Tigress Jew Wife
(imagine a prophet with a jew wife)

Do you want to hold a she devil of a tigeress by her tail or pat her on her head as she licks your nipple?

Dou you know what one like to do to one's jew wife?

Consider, a media shot in a small town in Texas, Mexico - long shot if any:
'I a having turkey for dinner', said bush jr, 'on thanks giving if you know what I mean'. While listening to the eagles and life in the fast lane.

Which reminds me of Syria - the turks - I would like to ask Dr Bouthaina Shaaban apart about the jew wife thing. A little pun and where for the jew lass, Dr? would like to love her answer. Semites and anti semites fits like, you know - the lass thing and wet.

Have you ever read Writing in an Age of Despair by Bouthaina Shaaban? by the way, my man antihopokrit? Water in the eye.

But what say you we even the things up a bit and have a tribunal ter lokaal? There's one in Belgie, isn't there, YBhg Scribe?
and oh, my man antihipokrit

Nampaknya kita terlalu fobia dan mempolemikkan perasaan benci terhadap puak Zionis semata-mata kerana "ada udang di sebalik batu".

Scribe,
we have wild tiger prawns and devil stringrays in the ocean, don't we and by 2068 every big fish is gone! and the 2012 thing.

Now, keeping your eye on the ball, which is a bigger devil, my man, the eu, the usa or the united nation of the jews? is that a phobia?

I like antihipokrit.
If you meet a hipokrit and you know deep down in your heart with all the facts straight - kill him!

Salam Hormat.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt....

1. kalau ada saidina umar al-khattab ni, dah lama blair n bush kena ligan..sampai lubang cacing...

2. zaman kita yg kononnya dah bertamadun abeh ni, makhluk lagu ni la yg disembah, dipuja...tamadun abeh la tu

3. golongan yg jemput blair mai ni bolehla diibaratkan pengkhianat dan sangat2 tidak peka dengan perasaan majoriti org malaysia

4. kalau zaman dulu...sang pembunuh, org yg subahat dan org yg simpati (symphatist) dah lama kena pancung..tapi nak wat lagu mana, kita dh bertamadun (konon)

5. dari dok perabeh duit pi jemput haprak ni, lebih baik disumbangkan kepada mangsa perang, org miskin etc2.

6. ni la masalah bila byk sgt western educated yg jd western minded n nak westernizedkan malaysia...

7. malaysia oh malaysia oi..apa la nk jadi

8. apa la nk jd bila orang no 1 pon dok bangga tak abeh pi jumpa obama..apa la nak seronok n bangga sgt pi jumpa obama...

9. 1 lg yg saya tak paham..awat la kita nk kena pi explain pendirian, keadaan negara etc kat obama n seronok bila obama kata dia paham n setuju...haprak sungguh

10. macam tu la pemikiran orang kita, depan rakyat punya puih puih dia pidato..last2 tunduk jugak kat barat..

11. saya terkesima dengan pemikiran org lagu ni

p/s: datuk, saya mintak izin meletakkan posting datuk di page saya ya..terima kasih datuk

wassalam...may Allah bless Malaysia

-adli-

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).