Saturday, August 07, 2010

Keajaiban Ilmu, Keistimewaan Pengetahuan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEPATAH berkata, jauh perjalanan luas pengalaman. Lima enam dekad lalu, paling jauh orang Melayu berjalan adalah ke Makkah al-Mukarramah.

Arwah tok (atuk perempuan) dan tok wan (atuk lelaki) saya pergi ke Makkah dengan kapal laut 60 tahun lalu. Pergi balik empat bulan. Makan “roti kapai” dan kalau mati, “dikebumikan” di laut. Masa itu, menurut cerita ibu, saya masih dalam buaian.

Maka ibu mengarang sebuah gurindam untuk mendodoikan saya berbunyi: Lang melayang tak balik-balik, lang menuju ke Pulau Pinang, tok ke Makkah tak balik-balik, air mata kita berlinang-linang.

Ibu dan arwah ayah saya ke Makkah dua kali. Kali pertama dengan kapal laut dan kedua dengan kapal terbang.

Hari ini, ke Makkah perkara biasa bagi orang Islam Malaysia. Malah ramai pergi berulang kali dan ditokok-tambah pula dengan Umrah. Tapi ada juga yang berulang kali buat umrah tapi tak pergi haji.

Menjelang bulan puasa ini, berduyun-duyunlah pergi ke Makkah untuk berpuasa, buat umrah dan beribadat di Masjil al-Haram.

Perjalanan, pengembaraan dan pembacaan adalah jalan ilmu yang sangat berkesan. Bacalah sejarah pengembaraan Ibn Batutta yang nama penuhnya Abu Abdullah Muhammad Ibn Abdullah Al Lawati Al Tanji Ibn Battuta pada abad ke-14 Masihi.

Catatan pengembaraan beliau menjadi ilham dan ikutan pengembara-pengembara Eropah selepas itu.

Sedikit sebanyak, semua kita adalah pengembara, sama ada kita mengembara secara fizikal atau dengan membaca karya-karya yang berguna.

Mengembara Mencari Ilmu

Saya mula mengembara secara serius selepas peperiksaan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1968. Saya dan kawan baik saya, Allahyarham Abdul Razak Lazim, dari Langgar, hitch-hike dari Alor Star hingga ke Batu Pahat, Johor.

Kami tumpang kereta persendirian, lori barang, van surat khabar, lori JKR dan Land Rover Polis. Pendek kata, siapa saja yang bermurah hati berhenti mengambil kami, kami ikut. Kami tidur di ruang luar masjid atau tumpang rumah saudara mara.

Perjalanan balik kami naik kereta api sebab ketika di Batu Pahat kami diserang sekumpulan samseng kampung sehingga saya “mendarat” di hospital dan mendapat jahitan di kepala.

Pada tahun 1971, ketika menjalani kursus amali dengan sebuah akhbar komuniti, The Nelson Evening Mail (NEM) di pekan Nelson, New Zealand, saya menulis sebuah berita mengenai ulang tahun kelahiran pemenang anugerah Nobel, Lord Ernest Rutherford (1871–1937). Ahli fizik yang mempelopori bidang nuklear itu dilahirkan berhampiran Nelson.

Seingat saya, berita Nelson Evening Mail itu turut disiarkan oleh banyak akhbar di New Zealand kerana NEM turut menyalurkan berita itu melalui New Zealand Press Association (NZPA).

Beberapa hari lalu saya membeli sebuah buku bertajuk “The Disappearing Spoon and other true tales of madness, love, and the history of the world from the periodic table of the elements” (adoi panjangnya) oleh Sam Kean (Little, Brown and Company) di kedai buku Orell Fuessli, Zurich.

Oleh sebab buku itu adalah mengenai Carta Periodik, maka saya tidak terkejut menemui Rutherford di dalamnya.

Orang Berilmu Tahu Erti Jahil

Apa yang hendak saya ketengahkan di sini ialah kalau saya tidak mengembara ke New Zealand, tidak membaca dan menulis mengenai Rutherford, saya mungkin tidak berasa apa-apa apabila membaca mengenainya dalam buku itu.

Inilah keunikan dan ketakjuban ilmu dan pengetahuan. Kalau kita tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan, kita tidak tahu atau tidak sedar bahawa kita jahil. Sebaliknya, jika kita mempunyai ilmu dan pengetahuan, kita akan sedar betapa jahilnya kita kerana bagi setiap satu perkara yang kita ketahui, banyak lagi yang kita tidak ketahui.

Siang tadi, juruwang di sebuah toko pakaian di Zurich bertanya dari mana asal saya. Saya kata, Malaysia. Dia kata dia berasal dari Albania.

Apabila saya memberitahunya yang saya pernah ke Tirane (atau Tirana), ibu negara Albania, dalam perjalanan ke Kosovo, wajahnya berubah. Dengan nada gembira dia berkata:

“Saya sebenarnya orang Kosovo. Tadi saya menyebut Albania kerana tidak ramai orang tahu mengenai Kosovo. Tetapi tuan pernah ke Kosovo. Saya sangat gembira.”

Rakannya, seorang tukang jahit yang berasal dari Portugal mencelah: “Ah, Malaysia sangat cantik.”

“Anda pernah ke Malaysia?” tanya saya.

“Tidak pernah. Tetapi dari apa yang saya lihat di TV, Malaysia sangat cantik.”

Hmm.. rasa-rasa nak masuk bakul dan angkat sendiri. Tapi tunggu dulu. Rasa-rasanya, Malaysia yang sebenar tidaklah seindah Malaysia di kaca TV. Memang benar, infrastruktur kita kelas Dunia Pertama, tapi pengendalian dan penyelenggaraannya lebih teruk daripada Dunia Ketiga.

Berbalik kepada cerita Kosovo, saya ke negara itu dengan Syed Hamid Albar selepas tamat perang antara orang Islam dan Serbia di wilayah bekas Yugoslavia itu pada pertengahan tahun 1999.

Masa itu Syed Hamid Menteri Luar dan tujuan kami adalah menyampaikan derma pembaca akhbar Kumpulan New Straits Times kepada tiga penerima yang menderita akibat peperangan iaitu sebuah hospital, universiti dan masjid.

Dunia Di Ambang Penjajahan Baru

Kesimpulan cerita saya ialah tidak kira jauh atau dekat, kita wajar mengembara. Ilmu dan pengetahuan ada di mana-mana. Tetapi kita boleh berjalan seribu batu tetapi tidak berasa apa-apa atau kita menjadi lebih keliru.

Syarat untuk mendapat ilmu dan pengetahuan dan tidak menjadi keliru adalah dengan memerhati dan meneliti. Melihat sahaja tidak cukup kerana kita hanya menggunakan satu naluri iaitu mata. Tetapi kalau kita memerhati, kita melihat dengan mata dan hati (fikiran) – kita meneliti dan mendalami.

Sebab itulah, datuk-nenek kita suruh kita “tengok dan perhati.”

Malangnya, hari ini satu dunia melihat tetapi amat sedikit memerhati. Kerana puas hati bertukar SMS, chatting, menonton Akademi Fantasia, American Idols, drama murahan dan gilakan EPL, ramai tidak lagi mengembara dan membaca untuk mencari ilmu dan pengetahuan.

[Tapi saya pun baru-baru ini “chatting” dengan seorang pemuda Australia yang meminta nasihat saya mengenai hasratnya memeluk Islam. Isyak-Allah.]

Akibatnya, dunia hari ini ditakluki dan dijajah oleh penjajahan bentuk baru yang didalangi oleh elit politik dan ekonomi yang menganggap kemanusiaan tidak lebih daripada medan memonopoli kuasa politik dan mengaut keuntungan.

Bukan salah mereka, tetapi salah kemanusiaan yang semakin membelakangi ilmu dan pengetahuan. Hatta yang “ iqra ” al-Quran pun ramai utamakan dengung daripada ajaran, ilmu dan pengetahuan di dalamnya.

54 comments:

Roti Planta said...

Dato',
Saya setuju pada masa sekarang tidak mewujudkan budaya ilmu bila kita kurang 'perati' (memerhati) dan mengkaji. Anak-anak tidak lagi kreatif dan tahu membuat atau mencipta alat mainan kerana dibelikan yang siap seperti kereta, senapang, patung dan sebagainya. Walaupun banyak sumber untuk mendapatkan ilmu dan maklumat namun kita lebih suka yang ringan-ringan seperti chatting, gosip, hiburan hampas, politik murahan dan lain-lain yang melekakan.

Saya pernah tinggal 3 minggu di Switzerland. Jika kit 'perati' masyarakatnya maka banyak perkara menarik dipelajari dan dijadikan pedoman. Namun jika hanya 'melihat' maka kita hanya nampak keindahan geografinya dan perabis duit sahaja.

Sekarang ramai orang berada suka melancong namun bila balik nampak sama sahaja. Apa yang dapat adalah 'shopping' dan 'duit habis'.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Askum Dato dan Semua,
Dato akan menyambaut ramadhan disana ke ? Kalau gitu saya mengambil kesempatan ini men gucapkan selamat menyambut ramadahan dan berpuasa dirantauan.
Dato, kalau gi oversea bagilah tau /ajaklah sy .Boleh saya ikut dan temankan Dato...:)
ikhlas,

Zainal Ariffin Ashari said...

Salam Datuk,

God gives the nuts, but He does not crack them (German proverb)

:)

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar semua.

Bila DAKJ bangkitkan cerita berkenaan "Keajaiban Ilmu, Keistimewaan Pengetahuan" dan cerita tentang mengembara ini, saya teringa nostalgia beberapa tahun yg lepas dimana ketika itu saya berkerja dengan Saudi Arabian Airlines (SV).

Tibanya bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang amat sibuk kerana ketika saat ini banyak telex messages masuk dari HQ di Jeddah menyatakan akan terdapat "Extra Flights" disamping "Schedule Flights", maka bermulalah episod kerja tanpa henti bila "Flight Ops" pula bagi "Flight Pairing" yang panjang.Maka tak secara langsung, perpisahan sementara dengan isteri serta anak-anak kerana mencari rezeki.

Saya "perati" ramai orang Malaysia, Singaporean serta Indonesian yang mula "berhijrah" untuk melaksanakan Umra Ramadhan. Ini merupakan satu pertanda yg amat baik dimana dalam bulan yg mulia ini kita "lebih mahu" dekat dengan maha esa.

Dan selepas tamatnya musim Umra, akan tiba musim Haji pula yang membuat kami bekerja/terbang tanpa henti sehinggalah Fasa 1 dan 2 tamat.

Pada masa itu, akan terlihat Haji dan Hajjah, tua atau muda, dengan bangganya dapat melaksanakan Rukun Islam ke-5.

DAKJ ada menyebut yg ada sesetengah orang dah beberapa kali menunaikan Umra tapi belum sempat menunaikan Haji.. agak saya masih belum sampai "Seru"nya lagi kot...

Setuju dgn pendapat Sdr. Roti Pelanta.."trend" percutian sekarang lebih kpd "Shopping Tour" instead "Tour" yang dapat memberi manfaat dari segi "Historic Value" yg ada pada tempat yg kita lawati itu.

Cerita ttg ZRH, saya mohon bila DAKJ pulang ke tanahair nanti, tolonglah tulis satu article ttg kehidupan di sana, ttg ground transportation yg amat efficient,supaya Menteri kita (mungkin yg ada selalu ke sana bercuti dan tak pernah buka minda) dapat melaksanakan sistem yg sama dan tak perlu kita di Malaysia tunggu Commuter KTM macam tunggu buah apple dalam dusun.. selalu lambat dan informasi tak pernah tepat.

Akhir kata DAKJ, selamat bercuti bersama anak cucu di sana, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan luang-luangkan masa melawat Landesmuseum, Lindenholf dan Flohmarkt Kanzlei. Tak lupa juga Mahmood Mosque di Forchstrasse.

Jangan ke Langstrasse sudah la Dato.. tapi untuk "perati" saja buat pengalaman .. tak salah kot?

Salam buat DAKJ serta keluarga di sana dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak pada semua rakan komentar di bloq ini.

1280-K Taman Malik

saji said...

Salam Dato'

Cadangan Pembangunan Pengkalan Udara Sg Besi yang diumumkan oleh kerajaan UMNO/BN baru2 ini merupakan contoh klasik tempatan bagaimana dunia hari ini ditakluki dan dijajah oleh penjajahan bentuk baru yang didalangi oleh elit politik dan ekonomi yang menganggap kemanusiaan tidak lebih daripada medan memonopoli kuasa politik dan mengaut keuntungan.

alunbm said...

Dato'

Melancong dan mengembara adalah satu pekara yang berbeza.
Melancong adalah pakej percutian yang punya masa terhad mungkin hanya dua minggu.Tapi mengembara selalunya mengambil masa yang lama.

Saya pernah mengembara selama tiga bulan pada satu ketika dulu.(long-lonng time ago).
Negara yang dituju adalah United Kingdom,Turki dan Mesir.
DiLondon saya bertemu rakan mat saleh saya.Dari situ kami terbang keTurkey dan mulalah pengembaraan kami dari satu tempat kesatu tempat berpandukan buku LONLEY PLANET yang menjadi panduan untuk para pengembara. Banyak pengalaman baru dialami dan dipelajari maklum lah dah jadi backpackers tinggal di budjet hotel,hostel dan bertemu ramai backpackers yang lain sambil bertukar informasi dan pengalaman.
Turkey negara yang indah dan punya penduduk yang peramah.Disalah satu tempat(nama dah lupa)kami tidur didalam gua batu yang diubah suai menjadi guest house.

Seterus nya kami terbang ke mesir.disini agak berbeza suasana dan budaya nya dari Turkey yang agak tenang.Maklumlah Mesir sebahagian dari negara arab maka kelakunya agak kasar dan keras.
DiCairo umpamanya suasana agak kelang kabut dijalan raya yang bersimpang siur dan bunyi hon dari kenderaan tanpa henti.
Pengalaman menarik adalah belayar disungai Nil selama tiga hari dua malam(kalau tak silap maklum dah lama)menggunakan kapal layar yang dipanggil"FELUCCA".
Dari satu tempat kesatu tempat berpindah randah bertemu bermacam gelagat orang. Sedar tak sedar sudah hampir tiga bulan mengembara dan masa untuk pulang sambil membawa catatan pengalaman pahit manis dinegara orang untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Juga pernah mengembara ke Sumatera, Jawa dan Kalimantan selama satu bulan lebih.
Cerita ini adalah sewaktu zaman bujang bebas untuk bergerak tidak terikat dengan tanggung jawap terhadap anak bini macam sekarang.

Mista Blogga said...

Salam Dato'

saya suka ayat terakhir entry ini:

"Hatta yang “ iqra ” al-Quran pun ramai utamakan dengung daripada ajaran, ilmu dan pengetahuan di dalamnya. "

Manusia memang semakin "superficial" sikap dan pandangan mereka. Dan saya percaya ini adalah disebabkan kurangnya membaca..

Wallahulam..

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
Izinkan,

Setuju sangat dengan panduan Datuk.
Maka perlunya kita 'tengok dan perhati' dari empat sudut pandang iaitu i) shariat ii) tarikat iii) hakikat iv) Makrifat sebagai panduan untuk mendapat ilmu dan pengetahuan dalam 'perjalanan' hidup kita di dunia dan diakhirat... walllahualam.

Mohon maaf datuk... bagi kami pula tiada salahnya jenerasi kita sekarang menonton AF atau EPL jika mereka mampu 'tengok dan perhati' dari 4 sudut pandangan tersebut dan mampu menilai 'qadho dan kadak' yang ditonton dan mengetahui dan akur bahawa segala kejadian ditanah,langit dan laut yang telah, sedang dan akan berlaku adalah PENENTUAN (Kun faya kun) ALLAH swt yang Maha PENGASIH dan PENYAYANG.

Yang tersurat itu Pengetahuan
Yang tersirat itu Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim..

ALFATIAH, AMIN.
ps. Insan seperti Datuk mengembara mencari Ilmu dan kami yang serba kekurangan pula mendapat pengetahuan dari tulisan Datuk...Terima Kasih.

ab said...

Salam Dato,


Jalan dan perhati memang betui...


Saya tambah sikit..lepas perhati,pikiaq lama sikit, ikut yang baik,lupakan yang burok.....


NI hal artifak islam....


SUNGGUH BERTUAH manusia dianugerahi alquran...sebab segala yang perlu diketahui manusia ada tertulis dari pencipta alam semesta ini....YANG MANUSIA TAK MUNGKIN TAU PUN ada juga diterangkan.....


PERNAH TAK DATO terfikir masih ada artifact artifact penting rasul rasul dulu, dimasa sekarang ini, ditempat yang tak pernah saya fikir possible selain dari di SAUDI ARABIA.....?.



Periok masakan rasulullah Ibrahim saw,pedang rasullulah Daud s.a.w,tulisan dimasa rasullulah Daud s.a.w,tangan dan tengkorak rasullulah Yahya s.a.w,tongkat rasullulah Musa s.a.w, panah rasullullah Muhammad s.a.w,pedang rasullulah Muhammad s.a.w,cincin petanda/cop rasullulah Muhammad s.a.w,janggut rasullulah Muhammad s.a.w, surat surat dan pakaian rasullulah Muhammad s.a.w,kotak simpanan pakain rasullulah Muhammad s.a.w, dan lain lain artifak berkaitan sahabat sahabat rasullulah.... DI SATU TEMPAT JAUH DARI ARAB SAUDI DAN PALESTIN di mana terlalu ramai para rasul dan nabi `diturunkan' allah......


SAYA sungguh terkejut apabila melihat objek objek tersebut di TURKI, di istana lama tulapi.....


JAUH SUNGGUH artifak artifak tersebut dari tempat rasulullah rasullulah tersebut tinggal dan hidup...... diTURKI YANG DULU DULU PUN BUKAN NEGARA ISLAM......



SAYA FIKIR BANYAK LAGI ARTIFAK ISLAM DI BERLIN DAN MOSKOW!, selain di LONDON DAN NEW YORK, melebihi dari bilangan artifak artifak islam di negara negara ISLAM sendiri.....


MASSAGE saya ialah, ISLAM ni dah lama dah dikuasai olih bukan islam.....ilmunya,kaedahnya,artifakartifaknya dan intipati philosopinya.



ADKAH INI KEKAL? kalau dinegara ini
semua pilih untuk `bungkus' semuanya.....pasti tak susah nak hilang langsung sebab `islam' yang ada sekarang ni tinggal sikit sangat dah ni....!!.



KALAU NAK KEKALKAN `islam' contents yang sikit ni,kena la kuat JALAN,PERHATI DAN PIKIAQ macam nasihat dato itu.....



SELAMAT BERIBADAH dibulan ramaddan ni...



Abu Bakar Ab Rahman

pakbelalang said...

The more knowledgeable and experience we have the more wiser we will become. In this instance, there is nothing more valuable than getting good education for our children. With good education we can literally " throw our children in the middle of the ocean and they can survive".

We don't need to "mengembara" to see the world. You can exprience it by browsing the internet especially the youtube. You can even watch in the youtube the activity of my tiny Kampong Parit Jawa, Muar. Watch the Barongan Dance or Kumpulan Kompang Jidor or Kuda Kepang Dance.

You can also listen and watch lectures from renowned islamic scholars all over the world or even learn tajweed.

raja2u said...

Assalamualaikum YBhg Dato.

Memang tepat tajuk ini sempena Bulan Ramadhan dimana Al-Qur'an diturunkan. Allah yang Maha Mengetahui menurunkan wahyu pertamanya , Iqra' dimana semua orang Islam faham maksudnya.Yang sedihnya kita tidak menekankan perkara ini sebagai keutamaan kita.Lebih malang kita tidak menggunakan Al-Qur'an sebagai panduan hala tuju hidup kita. Sebahagian dari kita tidak mengambil Islam keseluruhannya tetapi bab-bab tertentu yang disukainya sahaja. Sekiranya kita menghayati suruhan Allah untuk mengembara bagi melihat kebesaran ciptaanNya disamping mengambil ingat apa yang akan terjadi kepada orang yang zalim walaupun mereka mempunyai ilmu dan kemampuan membina bangungan-bangunan yang tinggi ,menyuruh kita makan barang yang baik lagi halal dengan sederhana yang pasti membina badan yang kuat dan otak yang cergas ,dan menyuruh kita berkenal-kenalan dengan semua kaum dan bangsa manusia untuk membolehkan kita menambabah pengelaman dan pengetahuan.Negara Jepun mengamalkan ini dengan menghantar rakyat mereka terutamanya yang muda-muda keseluruh pelusuk dunia dan lihatlah berapa berjayanya mereka didunia.Kita pula berebut-rebut dan berbalah-balah untuk memperlohehi sumber yang terhad dinegara kita.

Marilah kita berazam untuk memperluaskanbidang kita dengan tidak menghadkan usaha kita dalam negara sahaja tetapi di seluruh Bumi Allah , Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

saji said...

Salam Dato'

"Syarat untuk mendapat ilmu dan pengetahuan dan tidak menjadi keliru adalah dengan memerhati dan meneliti. Melihat sahaja tidak cukup kerana kita hanya menggunakan satu naluri iaitu mata. Tetapi kalau kita memerhati, kita melihat dengan mata dan hati (fikiran) – kita meneliti dan mendalami."

Komen:

Apa bezanya hujah Dato' di atas dengan hujah saya di bawah sebelum ini:

Jika diibaratkan pandang ke laut,maka si MATA akan berkata, yang dilihatnya ialah kapal, bueh, sampah dsb. iaitu benda2 yang terapung dipermukaan laut. Si AKAL pula akan berkata, yang dilihatnya ialah ikan, sotong, rumpai laut dsb. iaitu benda2 dibawah permukaan laut. Tetapi,apabila si MATA HATI pandang ke laut, yang dilihatnya ialah kawah minyak didasar laut dsb. iaitu benda2 di bawah dasar laut?

2. Sekadar bertanya, tidakkah yang susahnya yang kebanyakan orang lain tidak boleh buat setelah melakukan pengembaraan melainkan beberapa kerat orang seperti Dato' ialah menulis apa yang telah dilihat, diperhati, diteliti dan didalami?

Tinta Hitam said...

Datuk,

Bagus artikel ni.Ilmu amat penting.hadis hadis nabi byk menyentuh kepentingnya.Malahn dlm sebuah hadis ada disebutkan bagaimana syaitan amat takut nak masuk masjid kerana ada seorang alim(ilmuwan) yg sedang tidur dlm masjid,Syaitan tak takut pd ahli ibadah sebab byk yg telah berjaya ditipunya sepanjang sejarah manusia

Ilmu yg saya telah berjaya perolehi selama ini adalah ilmu kebebasan berfikir.Kebebasan berfikir amat pentin utk mengenali yg betul dan tidak.Yang haq dan batil.Itu sebab ulamak ulamak tershor dulu enggan bekerja dengan pemerintah.Sebab mereka akan hilang ilmu itu.

Bila saya memiliki ilmu kebebasan berfikr saya telah melihat byk auta auta UMNO kepada org org kampung selama ini.Antaranya seorang pemimpin UMNO telah memneritahu Allahyarham datuk saya bahawa yg salah kerana tidak melaksanakan Islam diMalaysia ni adalah Sultan sultan sebab ugama dibawah Sultan.Seterusnya ibu saya juga telah diberitahu oleh UMNO bahawa UMNOlah dan hanya UMNO sahaja yg dapat memberi api,air dan jalan kepada org org kampung.Mereka kata apa PAS boleh bagai.Kalau tak percaya pergi minta kata mereka.

Org org kampung saya juga begitu.Akibatnya mereka sampai sekarang menumpang ditanah orang tak dapat tanah.Sedangkan tanah tanah kosong disekitar telah dibolot oleh org org kuat UMNO tanpa memperdulikan mereka.

Memandangkan mereka tiada ilmu kebebasan berfikir mereka menerima bulat bulat apa sahaja yg disuap oleh UMNO.Ilmu kebebsan berfikir tidak susah utk dituntut.Hanya perlu rajin dan merujuk kepada sumber sumber yang betul sahaja.

UMNO sebenarnya tidak suka kepada org org yg berilmu sebab yang menentang nmereka skg adalah org org berilmu.Manakala org org yg tidak berilmu masih lagi penyokong setia mereka.Malahan org org yg tidak berlimu ni bila dipersalahkan oleh UMNo sebagai menyusahkan negara dan menjadi bebanan kepada negara pun mereka akan bertepuk tangan tanda setuju.Antaranya dalah tuduhan UMNO yang mengatakan rakyat biasa adalah bangsa subsidi dan membebankan negara.Rakyat juga adalah penybab utama kencing manis sebab makan gula berlebihan.org org yg tidak beilmu ini bertepuk tangan dan menjerit " setuju beramai ramai.Walaupun bila ditanya apa yg mereka setuju.Jawab mereka "entahhlah ,tak tau la pa bendanya"..

Anonymous said...

Fuhhh Dato, penuh makna catatan Dato kali ni. Kalau yang dapat merasa tu, pasti faham dan setuju benar dengan Dato. Saya pernah berbual dengan seorang pemandu teksi yang cukup banyak cerita pengalaman menarik dan penuh informasi sebab dia sudah merantau dari tanah melayu ke manchester ikut jalan darat(bukan naik kapal terbang le) dan hidup seketika cari makan di setiap negeri perhentian yang dilauinya. Kepulangannya ke tanah asal akhirnya kerana rindu. Walaupun sekadar pemandu teksi, tapi cara percakapan dan pemikirannya jauh lebih baik dari sebilangan graduan yang ada sekarang ini. Katanya memang ada sebab orang tua-tua dulu galakkan anak jantan merantau cari ilmu.
BILLY

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

"Travel makes a wise man better,and a
fool worse" Thomas Fuller.

Bapak Bapak,kapan lagi ka Jakarta?
Ibu Ibu ,mana shopping raya ,Bandung?

tk

abdullahngah said...

Mereka tahu erti jahil tapi sayang sekali mereka tidak mengaku yang mereka jahil.

Malahan ,mereka sombong dengan ilmu yang mereka peroleh.

Bukan satakat itu sahaja, mereka mendadik dada "akulah orang berilmu" serta tergamak menolak nasihat yang datang dari orang lain kononnya akulah yang lebih banyak ilmu berbanding dengan mereka itu.

Inilah dapat kita lihat melalui tindakan para pembahas blog ini yang kebanyakannya masing masing hendak tunjuk hebat bahawa akulah banyak ilmu wal hal ia bertentangan dengan Islam syumul.

Anonymous said...

"Tetapi kalau kita memerhati, kita melihat dengan mata dan hati (fikiran) – kita meneliti dan mendalami." Kadir.

Datuk Kadir,

This is where you are deadly wrong. If compared the distance that you have traveled with the distance that the Prophet Mohammad living all his life am sure you have been traveling much further. Agreed?

Assume you have no problem with my argument that you have traveled further than the Prophet, have read many more books and have met many more people can I ask you why you are a lesser being than your Prophet? Or you think your "pengetahuan" is better than him.

Think and let's us debate? I will give you my answer after I listen to your views.

Note; Saya harap kita akan bertukar pandangan secara sihat dari hati ke hati.

Tean

ibrahim yahaya said...

Tok,

Selamat menyambut Ramadhan. Saya mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan saya. Saya memaafkan segala kesalahan (itupun jika ada) dan berharap kehidupan kita diredhai oleh Allah SWT sepanjang masa. Tk.

abdullahngah said...

saya tertarik hati kata kata Datuk yang berbunyi:

"Hari ini, ke Makkah perkara biasa bagi orang Islam Malaysia. Malah ramai pergi berulang kali dan ditokok-tambah pula dengan Umrah. Tapi ada juga yang berulang kali buat umrah tapi tak pergi haji."

Tak pergi mengerjakan haji mungkin tak mengapa, kerana bagi mereka ini "umrah bulan puasa" sama pahala "haji".

Atas sebab itulah mereka ini tak pergi haji miskipun mampu dan mudah untuk mengerjakan haji berbanding dengan orang biasa yang terpaksa tunggu giliran sehingga sepuluh tahun lamanya.

Kalau orang biasa ketika mendaftar usianya 70 tahun maka usia 80 tahun baru boleh mengerjakan dan apakah yang terjadi dalam usia setua itu.

Satu perkara yang hendak satu sebut disini bahawa orang yang sering mengerjakan umrah itu banyak dosa, termasuk dosa makan riba makan rasuah, berjudi, minum arak khianat harta negara. tipu orang ambil hak orang dan makan harta anak yatim.

Atas sebab itulah mereka apbila tiba bulan puasa berduyung duyung pergi ke mekkah buat umrah dan mereka percaya serta yakin dengan mengerjakan umrah dapat hapus dosa yang bertimbung timbung itu.

kata kata Datuk bahawa "Menjelang bulan puasa ini, berduyun-duyunlah pergi ke Makkah untuk berpuasa, buat umrah dan beribadat di Masjil al-Haram." suatu yang realistik.

Kalau tidak buat apa mereka ke Mekkah mengerjakan umrah sekaligus berpuasa. Lebih lebih lagi setelah bertembung dengan Lailatu qadar yang dijanjikan seribu tahun kebaikan.

Apabila balik ke kampung halaman mereka jadi bersih macam kain putih dan boleh makan riba, makan rasuah dan segala macam dosa, termasuk minum arak dan zaina yang bermaharaja lela sekarang.

Tulisan Datuk kali ini kelihatan begitu ironis sekali ketika berkata, mereka pergi umrah tapi ada yang tak pergi haji yang diwajibkan untuk menyempurnakan keislamanan mereka.

Inilah fahaman orang UMNO sebab itu buat zalim mudah dan jadi perkara biasa bagi mereka kerana pergi Ke Mekkah bertuabat dan hapus dosa miskipun bertimbung timbung banyaknya.

Linda said...

Salam, Datuk. I have always loved reading all your writings. Cerita2 nostalgia Datuk masa di Pendang, cerita zaman-zaman moden la ni. Semuanya an interesting read. Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa.

syed husinmohamad said...

Dato,
Bagaimana hendak meningkatkan keinginan dan kesungguhan masyarakat untuk mencari ilmu, dengan membaca , melihat, memerhati..... tidak hanya seperti setakat mebaca alquran dengan hanya menumpukan suara dan dengung.

OKJ said...

Salam DAKJ

Bercakap tentang ilmu, pengalaman dan perjalanan ni, saya baru je balik dari menghadiri conference di oversea. Speakernya dari UK, Jerman, Australia, India, Korea, Singapore, Malaysia dan berbagai-bagai negara lagi. Memang seronok bertukar-tukar pendapat bukan saja cara mereka berfikir, bekerja, bergaul dan dapat mencuci mata di negara orang. Cuma perut berbunyi-bunyi waktu malam sebab lapar.

Apa yg menariknya, mereka memberikan pendapat kepakaran mereka HANYA dalam bidang pengkhususan mereka je dan tidak mencampuri urusan kepakaran bidang lain. Mereka cukup menghormati pandangan dari orang lain, JUJUR dan tidak mencampuri urusan luar dari kepakarannya. Kalau tak tahu, mereka akan kata tak tahu, bukannya buat-buat tahu.

Masalah dengan orang kita pula sebok melantik diri sendiri menjadi pakar dalam semua bidang. Walaupun tak berapa tahu tapi berlagaknya macam professor serba tahu. Lepas tu salahkan orang lain jika ada masalah. Tak perlu & tak berapa molek nak bagi contoh rasanya terutama bulan Ramadhan akan tiba..

Akhir kata, sempena menyambut bulan yg mulia ni, apa kata kita bersikap JUJUR pada diri sendiri, menghormati orang lain dan sedar-sedarlah diri tu. Insyaallah, Allah akan membuka pintu hati supaya kita tidak termasuk dalam golongan yg mendustakan kebenaran. Sekian TQ.

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato'

Sekali lagi saya ucapkan selamat berpuasa Ramadhan Al-Mubarak.

Cuma saya tertanya-tanya, akhir-akhir ini banyak "goncangan politik" tanahair berlaku tetapi Dato'memilih tajuk-tajuk "nostalgia" dan umum, tidak selalunya soal politik semasa.

Berbanding zaman Pak Lah yang mana Dato' begitu hebat mengkritik kepimpinan Pak Lah, tapi kepimpinan Najib nampak Dato' nak kritik "malu-malu kucing"!

Apapun, mohon maaf banyak-banyak di ambang Ramadhan.

zainal abidin awang kechik said...

YA ALLAH ..CUCURI LAH RAHMAT KE ATAS ROH ROH MERAKA..


"TERHARU SAYA..mengenangkan perjalanan mereka ke tanah suci..

HAJI MEREKA HAJI YANG DI TERIMA..

Selamat berpuasa

Anonymous said...

assalamualaikum

1. saya pernah di beri satu lecture
olih ustad di perkim kerana member salam lekom ala melayu kepada beliau.

Jadi apabila memeriksa al quaran, nyata assalamualaikum adalah ayat quran. olih saya menyeru semua hurmatilah penggunaannya seperti kita menyebut ayat quran. jauhilah dari
memelayukan ayat quran dengan askum
dsbnya.

2. Satu daripada keseronokan melawat negara luar eropah/ singapura / adalah ketiadaan gejala
korapsi yang membawa kesejahteraan
dalam negara.

3. Persoalannya adakah negara kita tidak bernasib baik seperti singapura yang mempunyuai pemimpin
seperti mahathir dan dolah badawi
yang bersekolah hanya di malaya[
termasuklah singapura dulu dulu]
yang tidak menerap nilai nilai murni eropah di dalam pentadbiran?

Mungkin pembaca dapat memberi ulasan jika observation saya ada
kebenaran yang bolih di terima akal.

notoktok

A KADIR JASIN said...

Sdr Tean,

1. Apa yang hendak dibahaskan? Saya sedikit pun tidak membandingkan diri saya dengan sesiapa, jauh sekali dengan Nabi Besar Junjungan kita;

2. Saya sekadar memetik pepatah Melayu dan menceritakan pengalaman saya, dulu dan sekarang.

3. Itu kerja saya sebagai penulis. Saya menulis;

4. Sdr juga boleh menulis menceritakan pengalaman Sdr.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Tean,

1. Apa yang hendak dibahaskan? Saya sedikit pun tidak membandingkan diri saya dengan sesiapa, jauh sekali dengan Nabi Besar Junjungan kita;

2. Saya sekadar memetik pepatah Melayu dan menceritakan pengalaman saya, dulu dan sekarang.

3. Itu kerja saya sebagai penulis. Saya menulis;

4. Sdr juga boleh menulis menceritakan pengalaman Sdr.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato' Pemblog,

Apa gunanya kalau individu itu mengaku cerdas, berfikiran bebas dan tajam otaknya tetapi tatkala tahap keilmuan dan pengetahuannya diuji maka reaksinya adalah biasa-biasa seperti contoh ini:

1. Apabila mendengar janji-janji yang molok-molok lalu ia semudah itu terlentuk-liuk tanpa memikirkan sama ada ia berupa 'janji Yahudi' atau bukan; sama ada ia realistik atau tidak.

2. Apabila mendengar pengakuan insan yang akan buat itu dan ini atau ubah itu dan ini atau bawa nilai itu dan ini, terus mulutnya ternganga seluas-luasnya hinggakan air liurnya terjejeh tanpa disedari walhal semua yang didengar itu tidak lebih sebuah retorik.

3. Apabila dikempen dengan ayat-ayat "power" yang terselit petikan para ilmuan ternama lagi tersohor lantas tanpa disaring/ditapis terus ia terangguk-angguk seumpama patung bulldog yang terangguk-angguk apabila terkena gegaran-gegaran.

Jadinya Dato', meskipun komentar yang ada dalam laman ini jelas menunjukkan bahawa tahap kecerdasan, kecelikan dan ketajaman akal adalah relatif sifatnya tetapi ada yang masuk bakul dan angkat dirinya sendiri.

Kalau individu yang memiliki ketajaman akal yang rendah nilainya mudah diputarbelit oleh pihak yang lebih tinggi sebagaimana yang mereka khabarkan itu ia adalah perkara biasa.

Yang ironisnya ialah apabila mereka yang mengaku memiliki akal yang paling bebas dan tajam kononnya, rupa-rupanya adalah pihak lebih mudah termakan semua dakyah yang kalau diteliti betul-betul tidak sepatutnya diterima bulat-bulat oleh akal yang benar-benar sihat dan cerdas.

Kah-Kah-Kah

shamsuri ismail said...

salaam dato.tepat sekali apa yang diutarakan.kita perlu tambah ilmu dan pengalaman.tak semestinya kita keluar negara.memadai lah ikut kemampuan dan keupayaan kita.Yang penting kita sentiasa berfikir bahawa setipa perjalanan itu aknan terjumpa kelainan atau kesamaan ditempat tempat.Kita jarang buat perbandingan antara satu dengan lain.Ilmu perbandingan ini akan meletakan kita berada di tapak yang mana satu.Melayu perlu hebat melalui ilmu dan pengetahuan.Didiklah anak remaja kita kearah itu.Rugilah melayu kalau anak remaja sentiasa menjadi juara mat rempit,penagih dadah,buang bayi.Tahnia dato diatas perkongsian pengalaman itu.

saji said...

Sdr notoktok

" Persoalannya adakah negara kita tidak bernasib baik seperti singapura yang mempunyuai pemimpin
seperti mahathir dan dolah badawi
yang bersekolah hanya di malaya[
termasuklah singapura dulu dulu]
yang tidak menerap nilai nilai murni eropah di dalam pentadbiran?"

Komen:

Negara Singapura seperti negara Jepun yang tiada kekayaan hasil sumber asli atau hasil bumi seperti Malaysia perlu mencari cara lain untuk menjana pendapatan negaranya seperti megefisienkan pengurusan negara masing2 mengatasi negara2 saingannya seperti Malaysia yang ada kaitan dengan keperluan membina nilai hidup murni di kalangan rakyat dan pemimpinnya.

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Dato AKJ,

Best dan santai. :)

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

1. Saudara OKJ,
Anda apa kurangnya? Mengata orang, awak yang lebih. Anda memuji orang lain berlebih-lebihan. Aadakah SEMUA orang lain itu bersikap positif begitu dan pada setiap masa pula?

Anda mengutuk orang kita sendiri. Sebenarnya, begitu busuk prasangka buruk anda terhadap sesama sendiri. Aadakah SEMUA orang kita bersikap negatif begitu dan pada setiap masa pula?

Wahai OKJ, tolong reti-retilah sikit.

2. Saudara Tean,

Kalau saya katakan anda ini manusia jahil, tentu anda marah. Namun, membuat perbandingan 'siapa lebih' antara seorang insan biasa dengan Rasulullah itu benar-benar memperlihatkan kejahilan dan kebiadaban anda. Maafkan saya kerana terpaksa membetulkan kesilapan anda. Pendek kata, dari segi apapun sekali, demi Allah, Rasulullah tidak terbanding 'lebih'nya.

Wassalam.

Hambali ® said...

Dato'

Selamat berposa 1431H ... lama dok follow blog dato ... macam2 ilmu dapat diambik dari sini ... harap dato sihat sejahtera dirahmati Allah SWT sentiasa

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Lama juga saya tidak memberi komen di sini – “bermusafir luar stesyen”.

Sementara Datuk menyentuh perihal peningkatan orang Islam Malaysia pergi mengerjakan Umrah, saya ingin menyentuh sedikit perihal masyarakat Islam kita berbuka puasa di hotel-hotel dan restoren-restoren besar. Saya rasa, coraknya juga sudah ketara berubah berbanding 20-30 tahun dahulu.

Secara anekdotnya, pendapatan hotel-hotel di Malaysia meningkat beberapa kali ganda berbanding bulan-bulan selain Ramadan dek corak berbuka puasa oleh masyarakat Islam. Hampir keseluruhan “coffee house” hotel-hotel akan dipenuhi oleh masyarakat Islam berbuka puasa sehinggakan banyak hotel menggunakkan “Grand Ballroom” pula untuk memuatkan tambahan pelanggan yang melimpah-ruah.

Ramai juga yang berbuka puasa di hotel-hotel melebihi sekali dalam sebulan. Ada yang 2-3 kali seminggu dengan berlainan hotel setiap kali berbuka. Dan ada yang seolah-olah ingin “berlawan” pula dengan rakan-niaga mengenai kekerapan berbuka puasa di hotel. Lebih kerap, lebih hebatlah agaknya mereka.

Demikianlah peningkatan selera masyarakat kita mengenai puluhan “food delicacies” yang dihidangkan oleh hotel-hotel untuk berbuka puasa.

Pembaziran? Atau masyarakat Islam kita merupakan penyokong kuat tourism industry?

Beberapa kawan saya dari Timur Tengah memberitahu bahawa pendapatan hotel-hotel di sana akan merosot 20-30% semasa Ramadan berbanding “counterparts” mereka di sini. Salah satu sebab kata mereka, adalah factor promosi oleh tourism industry kita yang begitu hebat menarik pelancong-pelancong Arab untuk mengalami suasana berpuasa “Malaysian style”.

Bazaar Ramadan – bercambah-cambah di segala pelusuk bandar mahupun kampong. Amat jarang terdapat bazaar Ramadan yang tidak sesak dikunjungi pembeli sehinggakan berlaku kesesakan lalulintas dibuatnya. Si penjual mendapat pendapatan lebih untuk belanja Hari Raya, manakala si pembeli dapat menjamu selera (atau menjamu mata?) atau tidak perlu bersusah payah memasak di rumah.

Jadi, saya terfikir apa perlunya masa bekerja dipendekkan di bulan Ramadan jika rata-rata masyarakat Islam kita sudah tidak lagi / kurang memasak di rumah? Mohon ampun saya cakap Datuk, walaupun tidak semua, tetapi ramai yang balik awal dari pejabat untuk ber”shopping” di bazaar Ramadan. Produktiviti merudum Datuk….

Satu perihal lagi, sekali lagi saya mohon ampun, tentang sikap segelintir penjual-penjual bazaar Ramadan yang mensedekahkan “lebihan” jualan kuih-muih & lauk pauk ke Surau-surau dan masjid-masjid, selepas jualan mereka tidak habis atau selepas masuknya waktu berbuka. Surau-surau dan Masjid-masjid menjadi “dumping ground” untuk ber”moreh” pula! Mengapa tidak disedekahkan awal-awal agar kuih-muih tersebut dapat dijadikan sebagai jamuan berbuka puasa untuk orang-orang yang berpuasa?

Saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kita semua, saya sekadar mencurahkan perkara-perkara yang bermain di kepala saya sahaja.

Selamat Beribadah di bulan Ramadan.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

pakbelalang said...

Islamic fashion is a lucrative business: Rosmah


KUALA LUMPUR: Islamic fashion is fast becoming a lucrative business with the current market estimated to be worth more than US$96bil (RM302bil) a year, said Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said it was an enormous market that had yet to be fully tapped.

"The global Muslim population comprises one of the fastest-growing consumer markets in the world, hence representing a major growth opportunity for businesses around the globe, including in the fashion sector," she said at the opening of the Malaysian-inspired festival, the Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, at the Monaco Sporting Club in Monte Carlo Monday night. The text of her speech was released here.

The event was attended also by, among others, Prince Albert II of Monaco, Qatar Prime Minister Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Najib and Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud.



comment:



Taib Mahmud pun ada sama Najib !!! Apa cerita????? Of all people !!! Mau ada election di Sarawak ke? Apa strategi?

Anonymous said...

Ybhg Datuk Kadir dan pembahas semua.

Selamat menyambut ramadhan al mubarak.
Selamat beramal.

Melayu Lama

Anonymous said...

Datuk,

Selamat menyambut Ramadhan dan mengecapi rahmatnya. Mohon maaf kerana saya sudah lama tidak memberi sebarang komen dalam blog Datuk ini. Terlalu sibuk pasang pukat. Dengar cerita air nak bah dan mungkin banyak ikan akan terlekat.

Sempena Ramadhan ini, saya harap Datuk dapat bercerita sedikit tentang nostalgia berpuasa di zaman "dolu-dolu".

Saya masih ingat di zaman saya masih kanak-kanak dulu. Ada kawan memberitahu saya, di bulan puasa, semua hantu kena ikat kecuali sekor hantu ini saja iaitu hantu Raya. Oleh sebab hantu ini terlepas dari kena ikatlah maka orang panggil ia hantu Raya.

Al-kisahnya lah Datuk.

hahaha...


-sinbad-

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada Dato’ dan seluruh pembahas blog. Diharap kita sama-sama dapat mengimarahkan semaximum yg mungkin keberkatan di bulan yg mulia ini. Insyaallah, saya akan menzahirkannya, rohani dan jasmani.

Di hari baik bulan baik ni juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana ada yg sudi membaca atau terbaca tulisan saya yg tak seberapa. Saya juga meminta maaf jika ada yg terasa dan tersinggung. Sekali lagi, janganlah disimpan di dalam hati. Tak berapa molek rasanya kita yg tua–tua ni berkelahi.

Hujan emas 916 di negeri orang, hujan emas 999 di negeri sendiri. Tapi kalau tak mampu, emas 18K pun jadilah. (Gurau je). Sekian TQ.

Anonymous said...

"Syarat untuk mendapat ilmu dan pengetahuan dan tidak menjadi keliru adalah dengan memerhati dan meneliti."

Datuk,

Terima kasih kerana sudi komen pandangan saya. Apa yang sebenarnya saya perkatakan ialah bahawa memerhati dan meneliti sahaja tidak mencukupi untuk kita menimba ilmu.Syarat yang di tulis oleh Datuk setakat menjadi tangga untuk mendapatkan sedikit pengalaman. Tetapi ilmu ilmu tersebut TIDAK DAPAT MENGHINDAR DARI KEKELIRUAN.

Ilmu sebenarnya atau wisdom ada di dalam dada setiap insan. Tanyalah mereka yang berzikir dan ahli ahli sufi terkenal. Mereka akan menjelaskan kepada Datuk bahawa "ilmu" yang ada dalam diri yang bersih adalah ilmu sebenar yang DAPAT MENGELAK DARI KEKELIRUAN.

Oleh yang demikian, sempena bulan puasa saya harap Datuk akan renungkan kemungkinan mencari ilmu dengan berzikir atau melihat di dalam diri sendiri. Cuba Datuk bebaskan diri dari berfikir. Cuba berzikir seperti ahli ahli Sufi.

Renung-renungkan.

Selamat Berpuasa Datuk.

Tean.

A KADIR JASIN said...

Para Pembahas dimuliakan,

Mohon maaf kalau lambat menyiarkan komen. Dalam perjalan pulang ke tanah air.

Terima kasih.

Anonymous said...

Aku ada seorang kawan,
Nama dia Ramadhan,
Pandai jaga hati kawan,
Sayang dia kaki pempuan.

Ramadhan juga kaki kereta,
Habis semua awek diangkutnya,
Dia tak peduli siapa,
Asal awek nak ikut dia.

Tapi bila bulan Puasa,
Ramadhan berenti buat dosa,
Alang-alang bulan puasa
Kalau boleh nak kejar syurga

Lalu Ramadhan berenti berplayboy,
Mana taknya hampir-hampir kantoi,
Ramadhan serik nak jadi toyboy,
Bukak puasa minum asam boi.

Bila saja 1 Ramadhan.
Gua demam tiba-tiba.
Cerita ini cerita rekaan.
Aku tak tau nak tulis apa.

Nota:
Cilaka buffet McD pun dah RM24 sekarang!
Masa aku pegi dulu RM17 aje...huh!


minah ronggeng

syed husinmohamad said...

Dato',
1/ Fikir dan zikir , keduanya bersama. Zikir ingat didalam hati , bukan hanya sebutan dengan lidah. Fikir dan zikir keduanya mencari ilmu, hanya kaedah berbeza

pakbelalang said...

Sdra Saji kata,

"Negara Singapura seperti negara Jepun yang tiada kekayaan hasil sumber asli atau hasil bumi seperti Malaysia....."

comment:

Singapura juga dapat meluaskan kawasan tanah dari sumber pasir kita dan melipat gandakan nilai tanah buatan manusia kepada beratus dolar satu kaki persegi.

Berapa ringgit agaknya Singapura membeli pasir satu cubic meter dari Malaysia? Mungkin sama harga dengan pembelian air mentah dari kita !!! 3 sen !!!!

Itu pun mungkin ada pasir yang diimpot dari Malaysia cara main silap mata!!

Anonymous said...

Salam Dato',

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan kepada Dato' dan pengunjung blog Dato' ini.

Tidak syak lagi bahawa ilmu, atau pengetahuan atau apa saja istilah yang hendak kita berikan kepadanya atau apa juga pengkelasan atau penjenisan yang hendak kita kenakan padanya, adalah suatu yang memberikan kelebihan darjat kepada sesiapa yang memiliki atau mengusainya.

Pada zaman ini, orang Islam secara am dan orang Melayu secara khususnya, merasa terancam oleh kelebihan yang ada pada orang-orang beragama lain seperti Kristian dan kepada kemajuan bangsa lain seperti Cina dan Yahudi.

Dunia Barat menjadi kuat kerana mereka menguasi ilmu sains dan mereka gigih membangunkan teknologi. Orang Jepun dan Korea menjadi setanding dengan orang Barat kerana mereka cepat bangkit menguasai dan membangunkan sains dan teknologi. China dan India telah jauh meninggalkan kita dalam perlumbaan sains dan teknologi. Kita tak ada pilihan; janganlah terhegeh-hegeh lagi. Kerajaan mestilah menempatkan orang yang benar-benar berjiwa sains dan teknologi menerajui Kementerian atau agensi yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

Pak Hj JB

merlimau9 said...

Dato'

Apa definasi ilmu?

ORANGUTAN PENANG said...

Tuan Abdullahngah,

"An educated person is one who has learned that information almost always turns out to be at best incomplete and very often false, misleading, fictitious, mendacious - just dead wrong." Russell Baker .

mesej positif tulisan tuan,yg banyak ilmu pun bukan betui sangat.

tq

pakbelalang said...

Untuk renungan umat Islam di Malaysia:

(A) ISLAM IS OUTDATED

7% Disagree Strongly

7% Disagree Slightly

50% Neither Agree

nor Disagree

19% Agree Slightly

17% Agree Strongly

(B)MUSLIMS ARE TERRORISTS

20% Disagree Strongly

17% Disagree Slightly

39% Neither Agree

nor Disagree

17% Agree Slightly

7% Agree Strongly

(C)ISLAM OPPRESSES WOMEN

2% Disagree Strongly

4% Disagree Slightly

35% Neither Agree

nor Disagree

29% Agree Slightly

30% Agree Strongly

(D) MUSLIMS PREACH HATRED

16% Disagree Strongly

14% Disagree Slightly

38% Neither Agree

nor Disagree

23% Agree Slightly

9% Agree Strongly

(E) ISLAM IS IRRATIONAL

5% Disagree Strongly

9% Disagree Slightly

59% Neither Agree

nor Disagree

17% Agree Slightly

9% Agree Strongly

(F)ISLAM CANNOT POSITIVELY CONTRIBUTE TO MODERN SOCIETY

9% Disagree Strongly

17% Disagree Slightly

47% Neither Agree

nor Disagree

12% Agree Slightly

14% Agree Strongly

A very interesting research on PERCEPTION ON ISLAM & MUSLIMS IN UNITED KINGDOM conducted by ISLAMIC EDUCATION & R ESEARCH ACADEMY | J U LY 2 0 1 0
www.iera.org.uk

http://www.iera.org.uk/downloads/iERA_NonMuslimPerceptionsOnIslam_and_Muslims_ResearchReport.pdf

saji said...

Salam Pak Hj JB

"Pada zaman ini, orang Islam secara am dan orang Melayu secara khususnya, merasa terancam oleh kelebihan yang ada pada orang-orang beragama lain seperti Kristian dan kepada kemajuan bangsa lain seperti Cina dan Yahudi.

Dunia Barat menjadi kuat kerana mereka menguasi ilmu sains dan mereka gigih membangunkan teknologi. Orang Jepun dan Korea menjadi setanding dengan orang Barat kerana mereka cepat bangkit menguasai dan membangunkan sains dan teknologi. China dan India telah jauh meninggalkan kita dalam perlumbaan sains dan teknologi. Kita tak ada pilihan; janganlah terhegeh-hegeh lagi."

Komen:

1. Sejarah menunjukan bahawa setiap tamadun yang lahir dan menguasai dunia ini mempunyai kekuatan ilmu dan pemikiran /isme tersendiri masing2.

2. Namun sekuat mana masing2 tamadun menguasai dunia akan sampai waktu kemuncak penguasaannya yang akhirnya jatuh ....... diganti dengan tamadun baru lain yang antara peranannya ialah untuk mengatasi masalah atau kerosakan yang tidak dapat diatasi oleh tamadun sebelumnya itu.

3.Apa komen sdr terhadap pandangan yang mengatakan tamadun Barat yang menguasai dunia sekarang dan terkenal dengan fahaman dan sistem ekonomi kapitalisnya itu sudah sampai waktu kemuncaknya?

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saudara merlimau9,

'definisi' bukan 'definasi'

Bagi saya, "ILMU IALAH KEBENARAN".
Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menjadi amalan.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam Dato',

Sdr saji bertanya "Apa komen sdr terhadap pandangan yang mengatakan tamadun Barat yang menguasai dunia sekarang dan terkenal dengan fahaman dan sistem ekonomi kapitalisnya itu sudah sampai waktu kemuncaknya?"

Sekitar 1990an dulu telah terbit buku-buku yang tajuknya "The end of civilazations", "The end of History" dan macam-macam "The end.." lagi. Dan sekarang telah timbul semula buku-buku dengan tajuk "The Rise of.....". Pemikiran yang sebegini telah timbul sejak zaman berzaman.

Fitrah alam ialah setiap yang diatas akan jatuh. Ada yang jatuh kerana dijolok tetapi ada juga yang jatuh kerana beratnya sendiri. Dan apa yang dinamakan "civilization" itu nampaknya tak terlepas daripada fitrah tersebut. Telah banyak bukti sejarah akan naik dan turunnya kejaraan, empayar malahan peradaban. Kerajaan dan empayar Moghul naik dan lenyap. Empayar Islam Uthmaniyah naik dan lebur. Empayar British lenyap. Peradaban Maya dan Inca naik dan kini jadi nota kaki sejarah. Maka tak terlalu salah jika kita berfikir bahawa peradaban Barat akan jatuh dan digantikan dengan yang lebih baik. Malah bagi kebanyakan kita orang Islam, itu menjadi satu "wishful thinking". Cuma soalnya, kapan itu akan terjadi? Dialaf inikah atau alaf bila? Malah lebih mendesak lagi, apabila jatuhnya peradaban Barat itu kelak, adakah umat Islam dan negara-negara dimana mereka majoriti masih wujud lagi?

Menjelang akhir abad lepas, negara-negara EU sangat mengharapkan USA hilang kuasa ekonominya menjelang alaf-3 dengan keyakinan paksi ekonomi global berpindah pada mereka. Satu dekad telah berlalu, kita menyaksikan ekonomi USA bergoncang dan kerananya ekonomi EU turut goyah TETAPI eknonomi China dan India naik. EU tak menjadi paksi ekonomi dunia malah mungkin turut berkecai dengan muflisnya beberapa daripada ahlinya. Kini sudah ada cakap-cakap bahawa alaf 21 adalah alaf Asia (baca, China dan India).

Antara punca kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah ialah sarjananya banyak menghabiskan masa membincangkan (berpolemik) mengenai perkara-perkara kecil sedangkan perkara-perkara besar seperti kebobrokan akhlak dan rasuah (salah guna kuasa) tidak dijadikan isu. Mereka leka dengan kemewahan; meminjam bait puisi Khalil Gibran "ilmuannya gentong nasi..".

Pada saya tak payahlah difikirkan sangat bila peradaban Barat akan hancur, tetapi tanyalah diri kita "adakah anak cucu aku nanti masih Islam ketika peradaban Barat lebur?" Hanya doa anak cucu yang Islam sahaja yang membantu datangnya rahmat Allah semasa kita di alam barzah kelak, Allau a'alam!

Pak Hj JB

saji said...

Salam sdr Pak Hj JB

1. Terima kasih kerana menjawab dengan baik persoalan yang saya acukan berkenaan.

2. "Antara punca kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah ialah sarjananya banyak menghabiskan masa membincangkan (berpolemik) mengenai perkara-perkara kecil sedangkan perkara-perkara besar seperti kebobrokan akhlak dan rasuah (salah guna kuasa) tidak dijadikan isu. Mereka leka dengan kemewahan; meminjam bait puisi Khalil Gibran "ilmuannya gentong nasi.."."

Komen:

1. Yang penting sekarang perkara2 besar seperti kebobroken akhlak dan rasuah/salah guna kuasa tersebut sudah pun dijadikan isu tempatan oleh kalangan ulamak/sarjana /ilmuan Islam kita, khasnya.

2. Tetapi ia di tahap penegasan retorik mengenai bahaya kebobrokan akhlak dan rasuah/salah guna kuasa tersebut kepada negara amnya dan umat Melayu-Islam khasnya jika ianya tidak diatasi dan dihentikan, di samping penegasan keperluan perubahan sikap terhadapnya di kalangan rakyat dan pemerintah.

makbudak said...

Salam Dato',

minta izin nak quote OKJ tulis...

"Apa yg menariknya, mereka memberikan pendapat kepakaran mereka HANYA dalam bidang pengkhususan mereka je dan tidak mencampuri urusan kepakaran bidang lain. Mereka cukup menghormati pandangan dari orang lain, JUJUR dan tidak mencampuri urusan luar dari kepakarannya. Kalau tak tahu, mereka akan kata tak tahu, bukannya buat-buat tahu."

Komen:

Sebab tu, saya hairan kenapa ada golongan yg mempertikai mazhab. Ulama2 Mazhab terutama yg terkenal, yg 4 itu adalah mereka yg berauthority dlm bidang Ugama. mereka sgt tawadhu' dan ilmu mereka sgt2 banyak kalau nak compare dgn ilmu2 org awam mcm kita ni.

Apa kes pulak org2 awam yg jahil Ilmu Ugama tiba2 mempertikai ulama2 Mazhab kununnya memecahbelahkan umat Islam. Sedangkan Nabi ada sebut yg bermaksud (betulkan kalau saya silap), perselisihan pendapat di kalangan umat adalah merupakan rahmat.

Sebenarnya golongan2 yg memperlekehkan Mazhab adalah golongan yg jahil. Mcm DAKJ ckp, bila jahil, mereka tak tahu yg mereka jahil. suka2 bagi pendapat tentang perkara yg bukan bidang mereka. mereka mungkin pandai, professor, doctor, lawyer ada master, phd dsb, tapi Ugama bukan bidang mereka. jadi mereka tidak boleh sesuka hati menghentam ulama' Mazhab.

Saya tak kata org2 kat sini, tapi ramai golongan mcm ni ada kat luar sana...

Wallahua'lam.

TabuanMas said...

Saya suka komen mengenai hal-hal berikut:(i) Beli ais potong berbalut serbuk sekam kayu -saya salah seorang penjualnya (ii) Main meriam buluh , seorang kawan saya menyambut hari raya tanpa bulu kening kerana habis terbakar akibat terlalu berani meniup lubang pencucuh meriam buluh. (iii) mengembara keluar negeri..dari kecil saya menceritakan kpd sesiapa saja dibawah satu drpd jari kai saya ada tahi lalat, menunjukkan saya akan berjalan jauh. Setiap hari saya akan mendongak kelangit melihat kapalterbang melintas membayangkan saya berada didalamnya, berhajat untuk sujud disemua bahagian bumi Tuhan. Alhamdulullah, setakat ini saya telah sampai ke destinasi berikut: New Zealand, Australia, Papua New Guniea, Vanuatu , Thailand, Maldive, Sri Lanka, USA , Canada, Sumatera dan China dan tak ketinggalan Kota Suci Makkah, Madinah dan bandar Jeddah. Saya dlm perancangan untuk mengembara lagi. Salam Ramadhan Kareem...

affendi hussain said...

Salam Dato',

Lima enam dekad lalu, paling jauh orang Melayu berjalan adalah ke Makkah al-Mukarramah.

lima abad dulu ada melayu keliling dunia dengan kapal Ferdinand Megellan..dia sebenarnya yg keliling dunia, bukan kaptennya..Megallan tak sempat habis sbb mati di hujung keris selundang melayu filipina..

("/)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).