A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SELEPAS berbuka puasa petang tadi, kita memulakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Ada yang akan berzanji dan marhaban dari rumah ke rumah dan tentu ada yang akan mula menjamu selera dengan hidangan hari raya.
Apa pun, kita bersyukur kerana sekali lagi kita berjaya melalui keistimewaan dan cabaran Ramadan. Manakala majoriti kita berpuasa dalam suasana aman dan selesa, ramai lagi umat Islam Malaysia yang hidup serba kekurangan dan menderita. Untuk itu kita berharap zakat fitrah yang kita keluarkan dan sedikit sebanyak sedekah kita berikan akan menolong meringankan beban hidup mereka.
Itu belum dikira lagi umat Islam di merata pelosok dunia yang menderita peperangan, penaklukan, penindasan, perang saudara, bencana alam, kemiskinan dan kebuluran. Berbanding dengan mereka, kita adalah amat bernasib baik dan negara kita adalah ibarat syurga.
Oleh sebab itulah saya tidak putus-putus menasihati umat Islam Malaysia agar jangan dengki dan cemburu kepada saudara seagama kita yang kaya dan berada.
Pengalaman saya sebagai pengantara (antara yang berada dengan yang tiada) meyakinkan saya bahawa majoriti orang Islam Malaysia yang kaya dan berada sangat pemurah dan banyak membuat amal jariah.
Tetapi dengan kedudukan saya yang semakin tidak relevan dan ramai orang kaya Muslim jatuh miskin atau dimiskinkan ketika Krisis Mata Wang Asia 1997/98, saya tidak lagi cergas menjadi pengantara dan penyalur amal jariah ini. Ada tidak adapun duit sendiri sekadar yang mampu.
Sebelum usahawan-usahawan Muslim ini dimiskinkan oleh dasar pemerintah yang menarik balik aset-aset yang diswastakan kepada mereka, sedekah dan amal jariah mereka mencurah-curah.
Alhamdulillah, saya mendapat tahu bahawa walaupun dermawan-dermawan Muslim ini tidak lagi kaya raya macam dulu, namun sekadar yang terdaya mereka masih bersedekah dan membuat amal jariah. Ada yang membiayai orang miskin, orang tua dan orang cacat. Ada yang membina masjid dan surau. Ada yang membiayai tahfiz Al-Quran, membuat korban dan menghantar orang susah ke Makkah.
Hari ini kita hanya dengar Syed Mokhtar Albukhary melakukan sedekah jariah berpuluh juta ringgit setahun. Dulu kita ada dermawan besar macam Halim Saad (Renong), Tajudin Ramli (Mas) dan Abdul Rashid Hussein (RHB) dan Allahyarham Basir Ismail (Fima). Walaupun mereka “dimiskin” atau sudah meninggal dunia, namun saya tahu mereka masih membuat amal jariah dan peninggalan mereka memanfaatkan kita yang masih hidup.
Inilah cabaran kita umat Islam dan orang Melayu di Malaysia. Setiap kali air bah, setiap kali pasir berubah dan ramailah usahawan Muslim yang hanyut. Ini tidak pula berlaku kepada usahawan agama-agama lain. Kalau 50 tahun dulu mereka kaya, sekarang mereka super kaya. Mungkin inilah ujian Allah kepada kita umat Islam.
Namun kita tetap bersyukur kepadaNya kerana Muslim Malaysia hari ini jauh lebih senang dan berpelajaran daripada datuk nenek mereka. Dalam masa tiga generasi, status Muslim Malaysia telah berubah dengan begitu mendadak sehingga ramai yang terkejut melihat pengemis (orang asing) meminta sedekah di masjid pada hari raya. Dua generasi lalu, pengemis dan meminta sedekah adalah ciri hidup dalam masyarakat Muslim Malaysia.
Kini, kerana hidup senang dan negara aman, sudah ada umat Islam yang tidak bersyukur dan tidak mengenang budi serta jasa. Malah dengan angkuh mereka berkata, mereka berjaya kerana mereka pandai. Orang seumpama ini seolah-olah berkata, “ibu bapa dan nenek aku dulu miskin kerana mereka tidak pandai macam aku.”
Jadi sambil kita merayakan Eid Mubarak, marilah kita bersyukur kepada Allah dan berdoa agar diperkasakan semula masyarakat perusahaan dan perniagaan Muslim di negara kita ini, moga-moga satu hari nanti tidaklah perniagaan halal dan perbankan Islam dimonopoli oleh orang bukan Islam.
Saya sengaja gunakan ucapan Eid Mubarak kerana negara kita sudah menjadi negara antarabangsa. Ramai pendatang dan pengunjung dari berbagai pelosok dunia menumpang tuah di Malaysia -- bumi Melayu yang besar.
Saya mendapat tahu, dalam bahasa Arab, Eid Mubarak ertinya perayaan yang diberkati atau mengikut pengertian lengkapnya bermakna, moga-moga anda bergembira pada hari perayaan yang diberkati ini.
Berbanding dengan Selamat Hari Raya, rasa-rasanyalah Eid Mubarak lebih lengkap dan tepat dengan semangat Aidil Fitri.
Lagipun, kalau kebetulan kita bermusafir di luar negara pada hari raya dan kita ucap Selamat Hari Raya, rasa-rasanya tidak ramai Muslim yang faham melainkan mereka dari Kepulauan Melayu. Tapi kalau kita ucap Eid Mubarak, lebih ramai faham.
Ada kisah (riwayat) mengatakan para sahabat Rasullah (SAW) mengucapkan “taqabbalallâhu minnâ wa minkum” kepada Baginda yang lebih kurang bermaksud “moga-moga Allah menerima daripada kita (puasa dan kebaikan yang kita lakukan)”
Begitulah lebih kurang, tetapi kalau tak betul atau kurang tetap, saya mohon diperbetulkan. Mengenai permohonan maaf zahir dan batin itu, ia mungkin sesuatu yang unit bagi Muslim di Malaysia. Bagus kalau macam itu sebab ada slogan berbunyi “budi bahasa budaya kita.”
Kepada generasi kasut Fung Kiong dan Bata Badminton Master, kudis buta dan cacing pita, ceti dan padi kunca jangan malu menceritakan kepada anak cucu mengenai asal usul kita yang daif, dihina dan diperkosa oleh orang bangsa dan agama lain.
Eid Mubarak, taqabbalallâhu minnâ wa minkum kepada pembahas, pengikut tetap (followers) dan pembaca blog ini. Terima kasih atas ucapan dan ingatan saudari dan saudara semua.
Thursday, September 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
30 comments:
Dato,
It has taken us a long time to realise that our greeting of Selamat Hari Raya is not that appropriate.
Eid Mubarak makes more sense.
There are many more inappropriate-ness that we are practising.
Selamat pagi?
May Allah approve of our deeds thus far during Ramadan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dato'. Thanks for all the great postings and advise.
Ikhlas drpd Eddy Daud & Keluarga
Kpd Dato' AKJ yang dihormati,
Mohon berbanyak-banyak maaf kerana "mengacau" Dato' di sini, dan terimakasih banyak-banyak.
Salam Eid Mubarak buat Dato' sekeluarga
Saya guna ucapan "Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri " khas kepada Datuk A Kadir Jasin dan pembahas -pembahas ruang The Scribe. (Tak terseliuh lidah nak ucap)
Kepada Datuk AKJ dan rakan2 sekalian,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Saya mohon ampun dan maaf andai ada komen-komen saya yang menyakiti hati atau menyinggung kalian semua.
Sesungguhnya yang benar itu datang dari Allah dan yang salah itu datang dari saya.
Berhati-hati ketika memandu di jalanraya dan ketika makan juadah raya yang banyak kolesterol dan gula tu.
-sinbad-
(yang semakin tenggelam dalam kesibukan dunia)
Selamat Hari Raya. TaqabbalaLlahu minna wa minkum. Minal 'aidin wal faizin wal maqbulin. Kullu amin wa antum bi khair.
Salam 'Idilfitri.Pohon ma'af Zahir & Batin pada semua.
كل عام وأنتم بخير
Datuk Kadir,
Eid Mubarak dan Selamat Hari Raya buat saudara dan keluarga.
Tahun ini khabarnya lebih dari 1.5 juta kenderaan meninggalkan Kuala Lumpur untuk berhari raya di kampung; Utara, Selatan dan Timur Tanah Melayu. Ini tidak termasuk naik belon (kapalterbang) ke Sabah dan Sarawak.
Tiga puluh - empat puluh tahun lalu sebahagian besar orang Melayu asal kampung pulang beraya di kampung naik bas ekspress, keretapi dan kalau ada duit lebih naik teksi. Itu pun tak berapa ramai. Sebahagian besarnya datang ke KL kerja kilang di PJ atau Shah Alam atau kakitangan kerajaan termasuk tentera dan polis. Jumlah yang mati dalam perjalanan pergi dan balik dari kampung juga tidak ramai.
Jelas menunjukkan dalam masa 40 tahun kedududkan orang Melayu dalam berbagai aspek telah meningkat.Kalau bapa penurih getah anak sudah ada yang jadi doktor, engineer, peguam dan pentadbir. Dulu kerani hanya mampu naik vespa tetapi sekarang sudah boleh beli kereta walaupun keluaran proton dan produa. Dulu shopping raya di Chow Kit Road (itu pun kena pastikan wang cukup untuk menawar harga kalau tidak kena maki hamun dan dihalau) tapi sekarang sudah berbelanja di Pavilion dan Lot 10. Sebulan sebelum raya sudah ada shopping complex yang menaikkan kain rentang Selamat Hari Raya alu-alukan orang-orang Melayu berbelanja hari raya. Orang Melayu sudah ada purchasing power.
Harap-harap biarlah berkekalan jangan jadi macam panas di tengah hari. Harap-harap juga orang-orng Melayu hentikan percakaran sesama sendiri bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.
Fikirkan sejenak bagaimana orang Melayu mencapai kejayaan yang besar dalam masa singkat sedangkan saudara-saudara kita dari tanah seberang meskipun Merdeka lebih dulu dari kita tapi masih menghantar tenaga kerja ke luar negara jadi maid, buruh dan tak kurang juga yang jadi penyangak dan penipu.
Salam.
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas-pembahas yang saya hormati. Seperti Dato' saya bersyukur kita telah diizinkan Allah menyempurnakan puasa sebulan Ramadhan yang penoh berkat.Saya berdoa Allah memakbulkan doa kita supaya umat Islam bersatu semula dan dengan itu Allah mengurniakan kita kemakmuran dan keamanan berlipat ganda , Insyaallah.
Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya.Dari itu tidak semua kita mempunyai fahaman yang sama atas sesuatu isu.Dari itu Allah menyeru kita ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran supaya dapat menyatukan pendirian kita untuk kebaikan bersama.
Satu contoh yang mudah sebagai seorang Islam kita dilarang dari tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari.Seandainya Menteri Dalam Negeri , KSU KDN dan IGP mengamalkan ini sudah pasti salah faham diantara mereka tidak berlaku.Apa tah lagi mereka pasti ada misi dan visi yang menuju kearah yang satu , iaitu , keselamatan dan ketenteraman negara.Marilah kita menziarahi rakan-rakan kita yang karib dahulu tetapi agak renggang sekarang semata-mata kerana kita berada dalam parti politik yang berlainan.
Pada pagi syawal tahun ini saya teringat peringatan Allah bahawa Isteri , Anak dan Harta adalah amanah dan ujian Allah kepada kita. Dari itu kita hendaklah berusaha mendapat menafaat sepenohnya dari anugerah Allah tersebut. Jika kita ada tanah kita hendaklah berusaha mendapat hasil darinya.Jika tidak ada kemampuan mengusahakannya sendiri kita adakan usaha sama dengan orang yang mempunyai kemahuan untuk berbuat demikian tetapi tiada bertanah. Jangan kita jadikan tanah kita terbiar. Jika ini kita amalkan maka Insyaallah umat kita tidak hidup miskin dalam sebuah negara yang kaya.
Begitu juga semasa kita kecil dahulu kita diajar supaya mendoakan kesejahteraan kepada rakan seugama dan jangan sesekali menutup pintu rezeki mereka. Ini adalah kerana kita diberitahu dengan berbuat demikian Allah akan turut memberi kebaikan kepada kita.
"Eid Mubarak, Maaf Zahir dan Batin"
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
kalau kita melayu bersatu pasti kita dapat menempuh apa saja. saya ada nak bagi cadangan, kenapa mufti tak keluar fatwa perbezaan pembelian pada orang kafir dengan orang islam. contoh satu saya lihat banyak pengeluar prodak makanan dimonopoly bukan islam, apakah umat islam tidak tahu orang islam yang mencuci makanan dan orang islam yang mencuci makanan ada pebezaan dari segi kebatinan, yakni suci lagi mennyucikan. contoh mudah muslim kena angkat hadas besar orang kafir tiada.
elliahpaizal
Dato Kadir.
Selamat hari raya.
Dato ada menyebut yang Tycoon tunggal kita Tan Sri Syed Mokhtar membuat sedekah Jariah berpuloh juta ringgit.Syed Mokhtar juga terlibat dengan banyak kerja amat yang lain saperti membuat dan mengendalikan Mesium Islam,Membena dan mengendalikan Pusat islam di Kedah dan juga memberi Tuition kapada ramai pelajar miskin di Kedah.Jika tidak silap hampir 20 ribu penuntut yang miskin mendapat tuition percuma.
Yang saya muskil sadikit Dato ia lah,saya juga terbaca didalam akhbar yang anak Tan Sri Syed kechil,Syad Gamal,dari Isteri pertamanya,sedang berhempas pulas ka mahkamah Shariah dan Civil untok menuntut pembahagian harta peninggalan Syed kechil.Ia nya sedang berlawan dengan adek2nya dari isteri kedua Syed Kechil yang enggan membahagikan hanta peningalan Syed kechik mengikut hukum Feraid.
Mengikut rekord mahkamah,jumlah harta peninggalan Syed kechik hanpir 450 juta dan dia sabagai anak lelaki tunggal mempunyai hak hampir 2/3 dari harta tersebut.Syed Gamal terpaksa memmbawa kes itu ka makamah kerana jumlah yang di tawarkan kapadanya sabagai bahagiannya hanya lah 8 juta.
Saya hanya memetik laporan dari akhbar>.sabagai orang Islam yang commited,saya rasa perkara itu tidak lah perlu ka makamah untok mencari penyelesian.Malu kita kapada Allah.
Saya tidak tahu siapa yang benar atau salah.Tujuan saya membawa perkara ini ka pengetahuan dato,ialah bukan sahaja keluarga Syed kechik yang mempunyai masaalah tentang pembahagian harta pesaka,malah keluarga Tan Sri Naza dan Raja Nong Chik juga terpaksa ka makamah.Punca pergadohan ini ialah kerana mereka ini mempunyai isteri extra dan bila mati terkejut,tidak sempat membuat wasiat.
Jadi,Dato Kadir ,sesiapa yang mempunyai extra isteri perlu lah mengambil ikhtibar dari kejadian ini.
Selamat hari Raya.
Pembahas Pak Lang,
Saya naik kereta api kelas 3 bila datang KL kerja dengan Bernama tahun 1969. Dapat waran tiket.
Masa tu, kereta api pun ada pijat, tapi mi goreng Hailam di Buffet Car kelas. Minum oren F&N.
Bila melalui Tasik Bukit Merah waktu malam bulan mengambang, sungguh romantik. Terus tulis sajak kepada "girlfriend."
Terima kasih.
Saya dari generasi kasut Fung Keong. Rasa kekok untuk ucap Eid Mubarak. Walaupun ucapan ini lebih global, saya rasa lebih lancar dan lebih bermakna untuk ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Satu ucapan yang sangat lokal.
Bagi saya, salah satu syarat memenuhi sambutan Eidul Fitri ialah lokaliti. Oleh itu walau di mana saya berada saya mahu kembali ke alam " lokal " saya. Bak kata pepatah , hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri .... (kalau hujan emas di negara kita pun,pada masa ini, belum pasti kita kaya kerana kita tidak ada jentolak/jengkaut untuk mengautnya.. tidak mungkin orang lain mahu menyewakan jentolak kepada kita ketika itu.
Kad Hari Raya yang paling saya suka ialah yang ada gambar perahu dalam danau dan ada dangau di tepi danau.
Kemudian kad ucapan seperti ini pupus. Dengar ceritanya kerana pemimpin kita tidak mahu lagi imej dangau tepi danau ini lagi. Kita perlu jadi orang maju. Kita perlu kikis imej-imej seperti ini. Kita perlu letakkan imej moden pada bangsa kita. Its Okay. Its Fine. You are the leader.. I follow.
Tetapi semenjak dua menjak ini, nostalgia kad ucapan dengan lukisan dangau tepi danau kembali mengimbau. Gambar perahu di dalam danau yang tenang dan di tepinya pula ada beberapa buah dangau menunggu padi. Ini adalah gambaran sebuah kampung Melayu di Tanah Melayu pada waktu itu. Di kampung seperti inilah saya dilahirkan di mana saya tidak mengenal orang lain selain orang Melayu. Saya amat rindukan suasana ini. Pemimpin manakah yang boleh mengembalikan saya ke alam ini?
Melayu Lama
Salam Dato,
Eid mubarak kepada Dato dan semua.
Bolih tak Dato terangkan kenapa sembahyang sunat iedil fitri dan iedil adha kat dalam masjid walau pun cuaca baik dan laman masjid luas?....KENAPA tak bersembahyang kat tempat lapang?...
Eid makna nya kembali kekeadaan gemilang/gembira yang lebih baik dari sebelumnya, kalau tak silap saya...
Rasulullah Muhammad s.a.w tak pernah sembahyang sunat iedil fitri dan iedil adha yang didalam masjid, walaupun diMasjid Nabawi.......kecuali diMasjidilharam.
Ada fatwa majlis mufti berkenaan bab ni?.....
SEMUA WANITA,suci atau uzur datang ke majlis tersebut termasuk kanak
kanak yang tak `buas'....semua sembahyang kecuali wanita uzur....dan mendengar kuthbah...
Saya MIMPIKAN EID diteruskan selepas hari ini selamanya...olih orang orang islam di Malaysia...
Eeeehhhhh, saya ni mengigau ka?
Pohon maaf zahir dan batin
Abu Bakar Ab Rahman
"saya suka AYAT TOK"DIMISKINKAN"...ketika 1998 saya juga terima nasib yang sama dengan mereka mereka yang tok sebutkan nama..tapi untuk menyedap kan jiwa saya saya berkata "saya tak cukup cerdik sehingga saya di miskin kan"hari ni saya dah pandai dan bijak saya tidak benarkan sesiapa pun memiskinkan saya"SALAM SAYANG UNTUK BONDA TOK DI KEDAH...SALAM AIDIL FITRI
"moga-moga satu hari nanti tidaklah perniagaan halal dan perbankan Islam dimonopoli oleh orang bukan Islam."
At the rate we are going, saya sangat pasti ini yang akan berlaku: perniagaan halal dan perbankan Islam dimonopoli oleh orang bukan Islam..
Yang sedihnya orang Melayu-Islam masih tak sedar lagi. Bercakaran sesama sendiri, perasaan hasad dengki terhadap bangsa sendiri. Cubalah channel kan all the pent-up energy tu to something more productive, pasti Melayu akan jadi the new economic power!
Sorry off topic sikit. Dato' rasa "Open House" ni melambangkan "perpaduan 1Malaysia" ke? Saya tengok berita, DSN and DSMY kata Open House ni unik dan melambangkan perpaduan 1M. Saya pergi attend PM OH. Memang betul ramai orang berbilang kaum datang, tourists pun ramai datang. Secara makronya memang nampak macam orang Malaysia ni can get along (most especially when there are free food in abundance) tapi bila dikaji secara micro, saya perhatikan semasa open house, almost all family stick together. Tiada interaksi sesama kaum langsung. Lepas makan semua balik.
Pada pendapat saya konsep Open House sebenarnya merosakkan Hari Raya. Kalau dulu kawan2 datang rumah bila2 masa di bulan Raya. Cukup dihidangkan kuih muih sebab sebab utama mereka datang ialah menziarah dan bertanya khabar. Sekarang, mereka datang bila ada jemputan formal Open House and expect a lot of food selection. Sebab ramai orang, interaction dengan tuan rumah pun maybe 5 mins aje. All at superficial level.
Orang KL skrg pun dah takut nak cakap "Datanglah rumah" coz everybody dah expect bila ajak datang rumah=open house=multiple food selection. Agaknya memang betullah yg orang cakap konsep 1Malaysia tu hanya applicable to food..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to Dato' and all readers..
~Mona~
Salam Dato' dan semua rakan pembelas
Di Hari Raya yang mulia ini saya dan saisi keluarga mengucapakan Eid Mubarak dan mohon banyak2 maaf.
Kita tak nafi zakat fitrah dan sedekah boleh meringankan bebas rakyat yang miskin, tetapi ia hanya meringankan beban buat semantera sahaja, kerana kerajaan yang memerintah sekarang ini "mendahulukan yahudi dan mengketepikan rakyat sendiri."
DAKJ,
Dibawah adalah antara kisah peribadi yang terpaksa dilalui penulis menjelang 1 Syawal dan kini memasuki hari kedua lebaran untuk dikongsikan dengan semua pelayar yang berkunjung di blog Dato'.
Terkini, harga sebatang lemang secara rambang adalah RM10 iaitu telah naik sebanyak RM 1-2 dari tahun lalu. Namun dari segi rasa, pembungkusan, kebersihan dan perkhidmatan masih ditakuk lama.
Pagi tadi saja-saja nak cuci radiator kerana dah lama tidak cuci. Kosnya adalah RM 45 walhal pada hari biasa hanyalah RM35.
Apek mekanik siang-siang cakap kalau ada kebocoran pada plastic cover, ia perlu ditukar dan kos tambahan yang perlu dibayar ialah RM 105.
Bila diberitahu pada Apek yang saya hanya mahu cuci radiator dan kalau ada kebocoran saya tak kisah kalau tidak ditukar kepada yang baru.
"Wow, itu macam tak boleh! nanti keleta jem, siapa susah?"
Saya ulangi lagi pada Apek itu iaitu saya hanya mahu cuci radiator tetapi tak mahu "repair" yang lain.
"Tak boleh lo, itu macam lu kena cali lain foreman"
Akhirnya setelah mengambil semua pertimbangan, saya batalkan niat saya itu.
Semoga perayaan yang masih berbaki dapat terus disambut dengan perasaan ceria tetapi dalam masa sama kenangkanlah nasib mereka yang tdak dapat menyambut perayaan Aidil Fitri pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Apa yang dapat dipanjatkan ialah sepotong doa agar kesengsaraan dan penderitaan mereka itu mendapat kelegaan dalam waktu yang segera hendaknya. Amin.
ATAS PAGAR
selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin, tok scribe!
MYVI KENARI KANCIL SAGA,
VIVA KELISA ALZA ISWARA,
MOBIL HEBAT NEGARA KITA,
TELAH KITA LAPAR DAHAGA,
TIBA MASA UNTUK GEMBIRA,
KASAR BAHASA MAAF DIPINTA.
Pandu cermat jiwa selamat.
tk
Salam DAKJ
Selamat Hari Raya. Tahun ni saya balik kampung beraya, setelah berapa lama tak balik. Seronok betul dan meriah. Tapi yg sedihnya ramai juga yg dah tiada. Yg ada pun keluar masuk hospital je.
Cuma saya terkilan sikit bila memandu di lebuhraya. Saya rasa sudah masanya kerajaan menghargai pembayar-pembayar cukai. Yg bayar cukai lebih tu sepatutnya dapatlah sikit kelebihan. Ialah, sebagai pengguna, kalau kita bayar cukai dan insurance mahal sikit, kita nakkan yg setimpal dengannya. Lagipun, jarang kita dengar kereta 2.0cc ke atas accident, lebih-lebih lagi yg 2.4 cc ke atas, yg ada ABS, airbag, control traction dan sebagainya.
Cadangan saya ialah, kelas 1 dibahagi kepada beberapa kategori. 1A untuk 1999cc dan kebawah dan hadlaju di highway 110 km/h, kelas 1E (executive) untuk 2000 – 2399 cc dan hadlaju 120 km/h, kelas 1P (premium) 2400 – 2999 cc dan hadlaju 130 km/h dan akhir sekali kelas 1S (special) 3000cc keatas dan hadlaju maximum 140km/h. Tol mahal sikit rasanya tak kisah kut, lagi pun diniat sedekah.
Saya rasa ramai yg setuju dan sebagai tanda terima kasih kerajaan kepada pembayar cukai. Juga kita menitik beratkan keselamatan terutama jika nak memandu laju. Dan sebagai pengguna, mungkin sesetengah kita tak mampu sekarang, tapi mana tahu 2-3 tahun lagi kita juga boleh pakai kereta special sikit. Sekian TQ.
Salam Dato.
Selamat hari raya aidil fitril . Ribuan maaf zahir dan bathin.
Dato tak buat open hourse ke?
Dato'
1/ Eid Mubarrak
2/ Harapan supaya Dato' terus menulis. Kemiskinan, tertinggal arus pembangunan dizaman dulu dan kemungkinan akan terus tertinggal diabad kesamarataan dan bukan abad keadilan, perjuangan diatas padang rata tetapi pemain yang tidak rata.
3/ Tulisan dato' diharap membawa sedikit perubahan pemikiran Ummah kearah kemajuan rohani dan jasmani.
Salam Datuk,
Saya ingin mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Datuk dan semua pembahas yang budiman (saya masih selesa dan akan terus menggunakan ungkapan ini kerana sudah ratusan tahun ianya diucapkan serta ramai rakyat dinegara ini yg sudah sebati dengannya tanpa mengira bangsa dan agama).
Alhamdulillah masih ramai hartawan Melayu yang berterusan menghulurkan sedekah dan bantuan kepada mereka2 yang memerlukannya dan Syed Mokhtar AlBukhary adalah seorang daripadanya. Tahun lepas beliau pernah menyumbangkan RM250 ribu kepada seorang ketua Bahagian Umno agar mengagihkan sumbangan tersebut kepada golongan2 fakir miskin, ibu tunggal miskin, OKU, anak2 yatim serta ramai lagi golongan yang tidak bernasib baik dikawasan ketua bahagian tersebut (I know this first hand as I'm related to that ketua bahagian). Syabas diucapkan kepada beliau dan mana2 hartawan Melayu yg culas dan malas untuk mnyumbang, saya sarankan agar anda fikirkan sejenak sebab2 kekayaan itu Allah berikan kepada anda kalau bukan sebab untuk berkongsi rezeki itu tadi bersama saudara2 seagama yang kurang bernasib baik.
Bagi orang2 politik, kurang2kan lah politik yang membawa rebah kepada sesama bangsa dan agama...tanamkan didalam sanubari anda bahawa politik hanyalah satu wadah dan platform untuk menaikkan martabat bangsa dan agama dan andai sudah tiada daya untuk berbuat demikian maka berundurlah secara terhormat...berpada2lah kalau mengumpul kekayaan untuk diri sendiri serta kaum kerabat..contohilah Ah Chong dan Samy yang terus meneru mengutamakan agenda bangsa sendiri tanpa mengutamakan poket dan perut sendiri..
Kepada golongan intelektual dan professional Melayu, jgnlah terlalu angkuh dengan status...ketajaman berfikir demi bangsa adalah lebih utama..'what you gained is only learned knowledge but wisdom is something more important'....
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..
Jimizul
Salam DAKJ
Kita dikejutkan 2 berita sedih pada raya tahun ni. Pertamanya pemergian tokoh usahawan bumiputra yg berjaya. Pendakian ke puncak dan kejayaannya patut menjadi contoh kepada semua. Semoga rohnya diletakkan bersama-sama dengan orang-orang yg beriman. Al fatihah.
Sedih yg kedua adalah kenyataan UMNO nak menjauhkan diri dari PERKASA. Bagi saya, ianya adalah satu kenyataan yg bodoh, bongkak dan alasannya pula adalah bangang. Dalam istilah sains, ianya dikenali sebagai ‘apoptosis’ atau ‘programme cell death’ (?kematian parti yg dirancang secara sistematik dan tak diperasan langsung oleh tuan punya badan). Sekian TQ.
Sdr OKJ dan pembahas sekalian'
1. Mengenai jenayah, saya cukup bimbang. Hari ini nyawa sangat murah di negara kita. Dulu kita marah bila LKY kata JB adalah the crime capital of the world. Memang tak benar dan menghina. Tapi hari kita sendiri yang kata negara kita sudah jadi negara jenayah. Saya tidak salahkan rakyat jelata kalau mereka dalam ketakutan dan hilang keyakinan kepada kemampuan pemerintah mengawal jenayah;
2. Menengai penolakan beberapa pembesar Umno terhadap Perkasa, saya telah ditanya hal itu oleh Astro Awani.
Saya kata ia baik bagi Perkasa kerana ia kini menjadi pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang berkecuali, tidak berpolitik dan sah. Ia boleh mempengaruhi sokongan orang Melayu terhadap parti-parti politik Melayu seperti Umno dan Pas serta komponen Melayu dalam PKR.
Ia hanya perlu mempengaruhi 10 hingga 15 peratus pengundi Melayu untuk memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.
Terima kasih.
Salam Pak Lang
Jalan Muar ke Pagoh/Pancur/Bukit Kepong di depan rumah kampung saya makin sebuk dan sesak diHari Raya ini berbanding dengan tahun2 yang lalu.
Menurut kakak saya, ramai anak2 orang Melayu yang tinggal di sepenjang jalan tersebut dan berkerja di luar seperti saya sudah berkereta.
Yang mengejutkan saya syarikat bas tempatan Muar Motor Bas milik orang Cina sudah di ambil alih oleh syarikat bas Melayu, Mayang Sari.
Memang orang Melayu sudah maju dan pandai berniaga yang kini amat dibimbangi oleh bukan Melayu.
Sdr OKJ..
Cadangan berdasarkan cukai & insurans tu err.. rasanya patut difikirkan balik..
Kalau itu kreterianya, dah tentu lori2 lah yg patut dpt "kelebihan"..bukan kereta "premium", "eksekutif" etc..roadtax mereka beribu setahun, belum campur insuran..kalah jaguar 4.0..hehehe..
tetapi hakikatnya kita semua tak suka berkongsi lebuhraya/jalanraya dgn mereka kerana menyusahkan..
apa guna had laju apabila jalan dah jadi tepu (saturated) kerana isipadu (volume) kenderaan yg melimpah ruah menjelang musim perayaan?
p/s: saya sgt menyampah dgn "kereta cc besar" tetapi pemandunya "otak kecil"..
dah sesak2 apa kejadah nak hi-beam lagi? mcm la kereta awak saja bagus & layak pecut.. kat tol pun sama, mcm lah awak sorang mampu ada smart tag..itu belum cerita hebat2 kereta mereka ada ABS, VSA, EBS apa kebala..tetapi takde lampu signal..kesian sungguh..kalau rasa hebat terbanglah dgn kereta anda..hahaha..
salam aidilfitri
maaf zahir & batin
("/)
"moga-moga satu hari nanti tidaklah perniagaan halal dan perbankan Islam dimonopoli oleh orang bukan Islam."
nampak gaya akan jadi mcm tu lah Dato'..kita ada majoriti "melayau-iselam" saja di Malaysia..bukan "melayu-islam"..org islam takkan hentam sistem kewangan islam..kalau sistem riba yg haram itu disamakan mcm makanan spt haramnya daging babi..maka ramailah yg redha & suka mkn daging babi yg murah haram lagi lazat itu..dasyhat! memang lah Allah taala akan "ganyang" umat islam di malaysia dgn segala bentuk perpecahan, penghinaan & penindasan kerana dosa besar ini yg jauh lebih banyak pelakunya dari zina, bunuh, rogol, rasuah, arak & judi..bila turun bala Allah semua akan terkena kerana Islam itu agama sosio-ekonomi & komuniti, bukan peribadi & kepentingan diri..sbb itu ada konsep kifayah.
Salam Aidil fitri, Selamat Hari Raya atau Eid Mubarak..itu hanya ucapan bahasa..pengisiaanya tetap subjektif kpd penyambutnya.."Raya" itu sendiri merujuk kpd sesuatu yg unik, ekslusif, besar & hebat magnitudnya seperti angkasaraya, lebuhraya, hari raya, hantu raya?
kalo ikut lagu tu, kat batu bersurat yg dijumpai di Kuala Terengganu tahun 702Hijrah (1303 Masehi) org melayu dulu istilahkan Tuhan (Allah s.w.t) sebagai "Dewata Mulia Raya"..jgn terkejut pula..
pengisiannya tetap Tuhan yg Esa.."the one and only God"..tiada kompromi..
bukan mcm skrg, same name for everyone, the one is for my one but your one can be three in one.. sewel!
wasalam
("/)
Post a Comment