Friday, January 28, 2011

Pinda Interlok Saat Gelap Kebebasan Berkarya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEPUTUSAN meminda perenggan-perenggan dalam novel “Interlok” yang KONONNYA menyentuh dan menyinggung sensitiviti kaum tertentu dalam 1Malaysia adalah saat gelap bagi kebebasan berkarya dan kreativiti kesusasteraan.

Selepas ini, tidak ada lagi karya sastera dan kreativiti kesusasteraan serta persuratan yang selamat daripada penapisan (censorship) oleh pihak berkuasa.

Kesucian (sanctity) hak cipta, keaslian (originality) karya dan fakta sejarah tidak lagi terjamin dan terselamat daripada gunting para penapis.

Bila karya asal dipinda atas apa jua alasan, maka ia bukan lagi karya asli. Ia sekadar bahan ciplak dan plagiarisme walaupun mendapat keizinan rasmi dan perlindungan undang-undang.

Undang-undang yang menjamin hak cipta dan ketinggian minda serta keterbukaan fikiran yang menjadi penentu penciptaan karya agung akan turut mati dipotong oleh gunting penapisan.

Toleransi semakin menipis dan pengisahan susur-galur anyaman kemajmukan 1Malaysia yang sangat unik terbantut dan hambar kerana atas alasan sensitiviti, atas landasan kekuasaan politik dan akibat kejahilan yang semakin menebal, tidak ada apa-apa lagi yang selamat daripada tapisan.

Secara peribadi, sebagai penulis, saya lebih rela karya saya dibakar dan dinyahkan daripada persada ilmu dan kecendekiawanan hambar daripada disunting dan dipinda kerana KONONNYA menyentuh dan menyinggung sensitiviti kaum tertentu.

Kalau karya Sasterawan Negara seperti Abdullah Hussain pun tidak selamat daripada interpretasi tohor dan gunting para penapis makan gaji, maka karya siapa lagi akan selamat?

Dan kalau kita benar-benar berada dalam 1Malaysia yang majmuk, mengapa hanya bangsa India yang mendapat keistimewaan memegang gunting tapisan dan pena merah untuk “meminda” Interlok?

Wallahualam.

70 comments:

Anonymous said...

Mat Tunjang Enterprise tergejud lagi
Karya agung depa nak baikki
Konon sebab ada bangsa tak puashati
Telor Melayu kecut jadi buah guli.

Tok ingat ka zaman kita main guli?
Guli batu besar macam ubi kemili
Bukan macam guli hari ini
Kecik-kecik tapi warna warni.

La ni Melayu senang digempar
India keriau depa dah ketar
Cina menjerit lagi la depa gementar
Silap silap kencin dalam seluar.

Nak cakap apa pun dah tak buleh
Depan belakang dok kena tuleh
Takut Cina dan India sedih
Jadilah Melayu bangsa yang letih.

Tak tau la Datuk apa nak jadi
Melayu kita ni dah hilang jati diri
Nak pertahan hak pun dah tak berani
Pasai siang malam dok ingat pasai undi.

Mat dok sangka Mahyuddin ni dia berani
Tak takut lawan tak takut bini
Tapi Mat silap sekali lagi
Semua dah koro kena kunci.

Minta ampun bagi salam
Mat berpantun lepas geram
Tengok Melayu macam nak padam
Di negeri sendiri dah jadi khadam.

Mat minta berundur dulu
Lepas Jemaat nak pi ke ulu
Nak pi sebelah Tasik Pedu
Ada sikit projek di situ.

Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

Salam Dato,

Izinkan saya meletakkan link artikel saya disini, sekadar mengaitkan isu nama Allah dengan keputusan kerajaan dalam isu Interlok.

http://dinturtle.blogspot.com/2011/01/interlok-nama-allah-dan-satuuuu.html

Pertanyaan - Bolehkah pengarangnya menyaman kerajaan sekiranya kerajaan sewenang2nya membuat pindaan tanpa persetujuannya ? Bagaimana kalau kerajaan telah membeli 'copyright' keatas novel tersebut ?

Anonymous said...

assalam Dato,

Sedih,teramatlah sedih dengan apa yang berlaku sekarang.

saya amat bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Dato mahu pun secara peribadi yakni sanggup dibakar karya tersebut sekiranya dipinda.

Ini juga seperti arca seni yg diubah oleh DBKL walaupun mempunyai alasannya.

Pak Chup

Njah said...

Assalammualikum Dato.
Apabila kerajaan mengambil keputusan untuk meminda bahagian yang dikatakan sestitive dalam karya Interlok, saya begitu berasa terkilan dengan tindakkan itu. Seperti yang diperkatakan tiada cacat celanya perkataan yang digunakan, kerana bukanlah niat penulis untuk menjadikan ianya satu isu, tapi adalah satu perjalanan hidup pada masa itu. Kasta memang telah wujud dalam masyarakat Tamil di India. Ini bukan satu khayalan pendulisan tapi adalah kenyataan dalam masyarakat tersebut. Yang menjadi isu ialah nait segelintir orang politik yang berkehendakkan kemenangan politiknya. Seperti yang dato katakan toleransi dalam masyarakat di Malaysia semakin menipis ada kebenarannya.Tapi yang selalu mengalah adalah orang Melayu sendiri. Dibiarkan dan mengalah kehendak segelintir manusia yang tidak mahu memahami keadaan akan menjadikan lebih banyak tali dilepaskan, dan akhir sekali terkapai-kapai dihujung tali

Queen Latifah said...

Dato'

Saya terkilan dan berasa sedih teramat sangat. Seperti yang Dato' katakan, lebih baik bakar sahaja karya yang begitu daripada diubah mengikut hawa nafsu!

Kalau hal kasta yang menjadi isu, tidakkah kita berasa bahawa dalam hal ini, orang Melayu sedang berada di peringkat kasta yang terendah di bumi sendiri?

Langsung tak ada suara apa-apa lagi.

jab sp said...

Dato'
Interlok masih menjadi ingauan.Interlok masih lagi jadi isu.Isu ini belum mati.Ia terus hidup,selagi ada orang yang menghidupkannya.Pentasnya juga tersedia.TENANG namanya dan ianya yang paling sesuai untuk isu ini terus menjadi isu.
Kelompok yang menjadi kurang ajar kerananya adalah dari kelompok yang sama.Orangnya adalah orang yang sama,cuma jenama sahaja yang dipelbagai.
Mulanya saya cukup bengang dengan isu ini.Terlalu kurang ajar dan biadap kelompok ini.Tetapi sikit demi sedikit,marah saya mula hilang.Bukan hilang terus tetapi hilang berubah arah.
Saya melihat bahawa ada hikmah disebalik isu ini.Saya terus mengenal manusia melayu.Manusia melayu era ini,masa kini.

Interlok mengujudkan melayu kepada 3 spesis.
1-spesis politik
2-spesis ngo
3-spesis yang tiada ada spesis,tak ambil tahu apa apa mengenai interlok.

Spesis politik
Jika selama ini melayu sukar disatukan,tetapi Interlok berjaya melakukannya.Melayu UMNO dan PAS senada dengan Melayu PKR.
Bersatu dalam satu sikap yang sama iaitu bisu,sebisu bisunya.Puncanya,bersuara akan menghilangkan sokongan kaum penentang Interlok kepada parti yang di anutinya.Hilang sokongan bererti nipiskan kekuasaan politik.
Perinsip,kepercayaan dan perjuangan telah diterajang jauh jauh.Hati penentang mesti dijaga,walaupun ianya akan menyebabkan hati penulis Interlok telah terguris habis.Istilah pelacur yang digunakan pada jalang jalanan telah beralih nama kepada pelacur politik.
Ketakutan melampau pada penentang terserlah.Yang bernama kerajaan takut membuat keputusan,yang bernama pembangkang melihat arah angin.Dipujuk,dibelai sebaik mungkin walaupun sejarah membukti dengan mereka ini belaian dan pujukan perlu dibayar dengan harga yang cukup besar iaitu meroboh sumbangan dan sejarah berbangsa Malaysia yang terasnya Melayu.
Kebolihan menentang hujah telah tidak diguna pakai.Sejarah satu bangsa pendatang pada tahun 1930 mahu dihapuskan demi ugutan mereka yang mendakwa bukan manusia pendatang .Rasionalnya apa yang perlu dihebohkan jika mereka bukan dari keturunan pendatang.Yang diceritakan adalah adat dan amalan manusia yang berada jauh dari dunia mereka tetapi berkelana ke Malaya pada satu ketika dulu.Berkelana sambil membawa amalannya bersama.
Jika masih mengiakan intipati nukilan novel,realiti dan sesungguhnya mereka adalah dari keturunan pendatang.

Spesis NGO
Kehebatan spesis ini juga terserlah kerana Interlok.Terserlah keperwiraan Melayu masa kini adalah satu dongengan yang menyama keperwiraan Melayu Melaka yang melepaskannya pada penjajah.Terbukti kehebatan yang diagongkan hanya kehebatan yang berdindingkan politik.
Rapuh dinding politik,runtuhlah juga keperkasaan NGO ini.
Mana Perkasa dan beberapa NGO lagi yang mengaumkan begitu gah sebelum ini.Jawapan memang masih ada,tetapi dinding politik menghalangnya bergerak.Jika bergerak,runtuhlah dinding ini.
Gapena,Pena dan beberapa persatuan penulis lain juga begitu.Kemesraan yang ditunjukan olih kawan kawan yang bernama parti politik sah merupakan kemesraan bersyarat dan kemesraan terhegeh hegeh.Bukan setakat gagal untuk berlindong,untuk menghampiri sudah diberi isyarat,jangan kau datang.

Jelas dan terang,NGO di Malaysia (baca: kebanyakan)hanya pertubuhan main main.Ada dua tiga kerat,tertubuhlah NGO.Ia juga pertubuhan untuk nafsu individu yang mahu bernama pemimpin.Paling ramai mereka yang telah ditendang keluar dari NGO lain.Sama seperti dalam parti politik.Tiada kekuatan ahli,tiada kekuatan sokongan yang sebenar,kerana sokongan hanya akan tiba andai sokongan yang diminta tidak merebahkan induk yang diminta sokongan.

Hanya ada satu jalan sahaja yang bolih menyelamatkan maruah Interlok.
Berdoa dengan sesungguh doa.Itupun hanya akan dilakukan olih mereka yang berada diantara spesis numbur 2 dengan spesis numbur 3.
Dan amanat saya pada seluruh keluarga saya:TIADA UNDI DARI KELUARGA KITA JIKA CALUNNYA NAMANYA SAMA DENGAN NAMA PENENTANG INTERLOK.

Orang Kampung said...

Datuk,

Saya setuju 100 peratus dengan Datuk.

Anonymous said...

Tok Kadiaq,

Depa ni tak sedar diri. Depa yang bawak kasta-kasta ni Tok. Di India lagi teruk. Sampaui bunuh Tok.

The well-to-do family of a 19-year-old Delhi woman who fell in love with a taxi driver from a lower caste responded to the couple's desire to marry by torturing them to death. Police say the woman and her boyfriend, 21, were bound, beaten and electrocuted, the Independent reports.

Depa ni kalau balik India, silap silap kena kejutan maut Tok. Yang bodoh ikut telinjuk Melayu juga.

Melayu Macam dalam politik tu. Bukan macam saya.

Kamjat Penang

bodoh.pandai said...

1. "adalah saat gelap bagi kebebasan"
Banyak lagi buku yang telah di haramkan di Malaysia sebelum ni yang telah di anaggap sensitive di Malaysia.

2. "KONONNYA menyentuh dan menyinggung sensitiviti kaum tertentu."
Dato, bukan konon tapi pasti menyinggung sensitive kaum India. Seperti juga tulisan sejarahan Bristish yang menulis orang melayu boleh disifatkan lembab dan malas.

3. "Secara peribadi, sebagai penulis, saya lebih rela karya saya dibakar dan dinyahkan "
Betul sekali,sebab itulah MIC telah menyeru Muhidin tarik sahaja buku dari kurikulim sekolah. Tapi Mugiddin yang nak buat perubahan.

4." India yang mendapat keistimewaan memegang gunting tapisan dan pena merah untuk “meminda” Interlok? "
Sebab penulis itu seorang melayu akan tahu sensitive orang melayu bila menulis buku ini tapi telah menyinggung ( tampa niat jahat) sensitive kaum india.

ab said...

Salam Dato,


Setuju 100%.



Lepas ini apa yang `dipikiaq' juga kena censor...


Setuju sangat bahawa pemimpin melayu dah tak ketahuan hala!.


ELOK CADANG BAKAR SEKALI PENGARANG NOVEL TU!! baru puas hati depa ni...


Kata orang putih,you can take anything and everything but my soul!



Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Salam,

Dato'

Nothing is sacred anymore.

-MAKORANG-

Roti Planta said...

Dato',

Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sepatutnya;

Kuala Lumpur 28 Januari, Pelampau Kaum India mencapai kemenangan lagi di apabila tuntututan mereka diterima oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Strategi mereka menggunakan demontrasi berjaya meyakinkan Timbalan Perdana Menteri bahawa Novel Interlok yang ditulis 40 tahun lalu adalah menghina mereka. Mereka sebelum ini tidak meyedari terdapat perkataan 'Paria' di dalan dua muka surat novel tersebut. Mungkin sepanjang 40 tahun ini novel itu berada di pasaran tiada seorang pun India dari kasta Paria yang membacanya.

/Roti Planta

Anonymous said...

Dato AKJ dan Para Perayap Sekalian,

Mat Tunjang Enterprise telah kembali
setelah lama menyepi diri
dengan puisi beliau berperi
moga-moga kita mengerti...

Saya tanya diri saya sebagai pengundi tidak berpihak...
siapakah pemimpin Melayu hari ini yang saya boleh harap???

Najib, Muhyiddin, Hisham, Shafei, Rais...

Dari atas pagar saya melihat mereka mengamalkan hipokrasi politik yang tinggi...tetapi mengapa mempertaruhkan masa depan Melayu???

Terima Kasih.

KEDIDI

Ikhlas said...

Salam Dato',
Tak perlu terkejut dengan tindakan BN, UMNO semakin hilang 'teloq' atau dah kena 'koro'.

-Ikhlas-

Mohd said...

Kita semua tahu bahawa kebanyakan dpd kaum India yg telah datang ke Tanah Melayu dahulu adalah dpd kasta yang rendah, di antaranya adalah kasta Pariah.
Semasa dahulu sebelum adanya tandas tangki septik, di pekan2 di Malaysia, kita menggunakan tandas angkut. Najis dibuang ke dalam tong taik di bahagian bawah tandas. Najis ini akan diangkut setiap hari oleh kaum India yg berkasta Pariah.
Sekarang ini kerja angkut taik ini dah tak ada lagi, Tetapi keturunan kaum Pariah ini ada bertaburan di Malaysia. Mereka ini ada yg jadi doktor, peguam, guru dan kerani. Kalau di negara asal mereka, jangan haraplah boleh majukan diri.
Jadi keturunan inilah yg sangat terasa malu akan asal-usul mereka. Kalau boleh mereka mahu masyarakat Malaysia lupakan asal-usul mereka. Itulah sebabnya kaum India sangat beria-ia menolak Interlok. Mereka takut asal-usul mereka akan terdedah dan mereka jadi ejekan kaum2 lain di Malaysia.
Tetapi pada hakikatnya, kaedah kasta ini masih digunapakai dalam kaum India di Malaysia terutamanya dalam perkahwinan dan dlm parti MIC sendiri.
Melayu mudah lupa ……..

ku_seman said...

Datuk,
Saya dengan rasa BANGGA mengucapkan tahniah kepada para Melayu yang membuat keputusan menyunting atau meminda Interlok kerana menyinggung puak tertentu. Tahniah juga kepada MIC kerana berjaya menyakinkan bahawa Interlok tak elok, kalau nak elok dan mereka terima kena sunting. Saya teramat BANGGA apabila Interlok menjadi tawar menawar politik dan Melayu semakin kecut dan pengecut waima untuk mempertahankan seorang tua bernama Abdullah Hussain. Selepas ini kita ubahlah semua perkara untuk menepati selera mereka waima menghiris dan menikam jantung hati Melayu.

saji said...

Salam Dakj

PUSING:

1/ Bagi saya, No 1 dikhususkan untuk menjelaskan tuhan Allah yang 1 sahaja.Maksud saya, bukan untuk menjelaskan apa itu 1Malaysia yang hingga kini masih tidak diberikan tafsiran yang jelas oleh DSN untuk menjaga kepentingan masa depan ornang Melayu.Mengapa? Nak main pusinq? Takut-takut pening sendiri.

2/ Kalau orang UMNO dan NGO UMNO nak tahu, 1 Malaysia yang cantek lambangnya dan sedap bunyinya itu telah diguakan oleh bukan Melayu untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan UMNO khasnya dan orang Melayu amnya. Yang dah tahu, apa yang saya boleh cakap, segaja buat tak tahu.

3/ Kalau betul kawan saya kata DSN akan pusing 1 Malaysia satu hari nanti, anggaran saya ia akan dipusingkan selepas PM lain ambil aleh negara atau selepas UMNO/BN memenangi PRU Ke 13 dengan majoriti besar.

Hujah saya dan mungkin kawan saya itu ialah, tuntutan demi tuntutan yang dibuat oleh bukan Melayu Cina dan India yang,pada pendapat mereka, inilah masanya............!!!!!!!!!!

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,

Keputusan yang tersangatlah political in nature.

Kita ni memang hipokrit yang tersangatlah besar sebab baru sangat sibuk war war sejarah tak recognised it ini

Takat mana kita nak "sensor" itu ini begitu begini?

Bodoh tersangat bodoh...

cucu dato merah said...

Salam dato...

Apo nok buat tok.. pemimpin politik melayu sanggup buat apo saja demi untuk mengekal sokongan dan kuasa politik mereka.

Tahun 80an dulu.. kaum cina dan India boleh dipanggil kaum pendatang tapi sekarang cuba panggil kalau hendak kena hentam..kalau kita pegawai kerajaan, tak kena tukar kena masuk freeze.

2 hari lepas dalam dalam berita kerajaan kena nak kaji kebenaran bermain mercun musim perayaan cina 15 hari sebelum dan selepas. Apo ni tok dah buat undang2 buat la betul2 jangan flip flop pulak..
Pada pemimpin melayu sekarang ni tok tak pa melayu hilang maruah tapi jangan mereka hilang kuasa..
Itu la dia melayu 1 malaysia...

Anonymous said...

"3. "Secara peribadi, sebagai penulis, saya lebih rela karya saya dibakar dan dinyahkan "
Betul sekali,sebab itulah MIC telah menyeru Muhidin tarik sahaja buku dari kurikulim sekolah. Tapi Mugiddin yang nak buat perubahan." - bodoh.pandai

Ini juga perkara pertama yang terlintas di fikiran saya bila membaca berita tersebut.

Sama-sama kita tengok samada Kamus Dewan edisi terbaru nanti ada atau tidak perkataan "pariah" itu.

p/s Yang bantah bukan kaum india Malaysia tetapi MIC. Yang mengalah bukan melayu Malaysia tetapi UMNO. Jelas UMNO yang koro. Sebab itu melayu makin lama makin ramai yang memilih PAS, PKR dan terbaru, DAP.

Fed Up

Anti Bacul said...

Salam Dato',

Syabas UMNO, umpama kerbau dicucuk hidung dan di tarik kesana dan ke mari oleh sekutu-sekutunya. Sedangkan kita tahu bahawa sekutu yang banyak minta itu hanya menang sikit jer pada PRU 12 tetapi banyak mintak pulak.

UMNO amat terdesak untuk kekal berkuasa pada PRU 13 nanti supaya tidak "dihakimi" oleh Pakatan Rakyat, justeru itu apajua tuntutan kaum minoriti akan di'perkenan'oleh UMNO.

Inilah sikap UMNO yang sebenar, bukan lagi pejuang bangsa tetapi pengadai maruah bangsa melayu yang kononnya menjadi "ketuanan" di tanah air ini.

Kalau kaum minoriti ini sanggup menolak sejarah yang nyata, mereka juga akan meminta hak-hak istimewa orang melayu dihapuskan suatu hari nanti. Adakah pada masa itu UMNO akan memperkenankan permintaan mereka?.

Kalau dulu TPM lantang mengutuk PM ke 5 (DS AAB) tetapi sekarang dah jadi 'koro' untuk menghadapi isu yang remeh seperti Interlok. Adakah TPM bercita-cita menjadi PM ke 7 dan membiarkan PM ke 6 bersendirian menghadapi rintangan dari rakan BN mereka. Mana menteri-menteri UMNO yang dulu lantang mengutuk PM ke 4 dan mengutuk PR tentang derhaka kepada Raja-raja Melayu?
MIC pertikai Interlok, MCA pertikai salam, rakan BN lain akan pertikai isu lain dan akhirnya UMNO tinggal teloq jer untuk dijaga, itupun kalau masih mampu.
UMNO yang mempunyai kerusi majoriti dalam BN tak mampu bersuara, kita tahu MCA dan MIC sekiranya diusir dari BN takkan mampu membentuk apa-apa kerajaan pun. Pulas ler telinga mereka sikit supaya tidak melawan taukeh.
UMNO sebagai 'big brother' tetapi hati kecik , UMNO yang ada sekarang adalah UMNO bangang dan biul. Bacul..

Anti Bacul..

Hanezam said...

Datuk,

Saya berpendapat memang ada bahagian yang menyentuh sensitiviti perkauman dalam Interlok tetapi di dalam proses pendidikan, ia adalah satu perkara yang kita perlu tangani secara rasional bukannya emosional. Di dalam hal ini gurulah sebagai penyampai yang berperanan penting mengemudi pemikiran remaja yang sememangnya mudah terpengaruh. Mana mungkin kita mencapai kematangan dalam kehidupan bermasyarakat majmuk jika setiap kali kita berdepan krisis seperti ini kita lampiaskan kemarahan kita dengan emosi berbaur perkauman.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan Setiausaha Eksekutif Gapena Abdul Aziz Ali (dipetik daripada NST Online hari ini) yang mengatakan bahawa satu-satunya pindaan yang dibolehkan dibuat ke atas Interlok adalah menambahkan glosari untuk menerangkan perkataan 'pariah' yang sangat kontroversial itu. Saya mencadangkan, mungkin di dalam penerangan itu, perlu ditekankan juga larangan penggunaan istilah tersebut secara sewenang-wenangnya memandangkan penggunaannya dalam suasana hari ini sudah menjadi politically incorrect'.

Mungkin dalam glosari itu juga kita boleh terangkan juga tentang kemelut yang telah timbul pada hari ini, selepas 40 tahun karya itu ditulis.

Penyelesaian ini diharap dapat memuaskan hati Datuk dan ramai di sini juga (kerana teks asal Interlok itu dikekalkan).

Secara positifnya saya nampak kemelut ini dengan sendirinya memberikan nilai tambah kepada hasil sastera itu sendiri kerana pengalaman yang pernah dilaluinya. Sentimen perkauman kita pernah bergolak kerananya, dan apabila isu ini akhirnya kita tangani kita akan dapati kita telahpun mempelajari sesuatu daripadanya. Selepas perkosaan Inggeris ke atas tanah air kita dan pembawaan masuk pendatang ke tanah ini, kita tidak ada pilihan lagi melainkan mencari jalan untuk meneruskan hidup dengan pergolakan perkauman seminimum mungkin. Realiti ini pedih, tetapi dengan fikiran yang rasional dan niat yang betul kita akan dapat mengharunginya.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Sementara saya bersetuju dengan pandangan Datuk bahawa kebebasan berkarya & kreativiti kesusasteraan menghadapi saat gelap akibat pindaan isi kandugan buku tersebut, saya suka hendak melihat ianya di dalam konteks yg lain pula.

Sebagai salah sebuah buku teks sastera / sejarah yang digunakan di peringkat sekolah menengah, ‘Interlok’ sepatutnya harus menjalani proses ‘editing’ seperti mana yg dilakukan ke atas ribuan buku-buku teks yg lain.

Pengeditan kandungan buku-buku teks adalah sesuatu yang lumrah, terutama apabila berlaku sesuatu penemuan-penemuan baru ke atas teori-teori asal, atau pun berlaku penemuan-penemuan baru di dalam cabang-cabang ilmu, ataupun terdapat kaedah-kaedah pengajaran / latihan baru. Kebanyakan buku-buku teks di peringkat sekolah mahupun di University mempunyai “multiple edition” dari edisi asal sehinggalah adakalanya sampai berbelas-belas edisi. Tajuk buku tetap sama tetapi edisinya sudah berubah.

Pada saya, phenomena mengedit buku-buku teks ini adalah sesuatu yang positif kerana ianya membantu pelajar mengetahui perkembangan / peredaran ilmu selaras dengan perubahan zaman, konteks, skop, dll. Maklumlah Datuk, zaman deras sekarang ini, sesuatu ilmu yg kita pelajari akan cepat menjadi ‘lapuk’ 2-3 tahun kemudian.

Tambah menarik, resam pelajar-pelajar sekarang suka membeli buku-buku teks edisi yang terbaharu sahaja. Walaupun edisi lama selalunya lebih murah, mereka cenderung memburu edisi terbaru. Mungkin disebabkan perubahan generasi, daripada ‘Boomers’ kpd ‘X’, “Y’, “Z”, “C”, dll; menyebabkan aspirasi intelektual juga turut berubah.

Pada saya, konteks perubahan aspirasi intelektual inilah yg memerlukan pengeditan ke atas buku-buku teks termasuk ‘Interlok’ supaya pembelajaran, terutamanya terhadap matapelajaran-matapelajaran Sejarah, akan menjadi lebih menarik. Bukan maksud saya supaya fakta-fakta sejarah perlu diedit, tetapi gaya bahasanya atau kaedah penyampaiannya, atau lain-lain yang perlu disesuaikan / diadaptasikan dengan selera semasa. Mungkin selepas menjalani pengeditan, ‘Interlok’ akan menjadi lebih relevan atau lebih diminati untuk dipelajari.

Saya juga berpendapat, proses pengeditan ini juga akan mendorong penulis-penulis asal setiap buku-buku teks menjadi lebih kreatif. Maklumlah, bukan senang hendak me’relevan’kan maklumat-maklumat ilmu yang terdapat di dalam karya-karya asal jika penulis-penulis tidak mempunyai kreativiti di dalam memperbaharui karya-karya lama mereka. Ia juga akan menjadikan ‘perpetual income’ kepada penulis-penulis apabila buku-buku mereka sentiasa ‘diburu’ dari setahun ke setahun.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

mtgbertam said...

1Malaysia bikinan manusia. Walau dijulang dan disambut berslogan merata penjuru negara, tetap tidak sama dengan penyelesaian permasalahan manusia yang didatangkan oleh Allah iaitu Al-Quran.

Selagi tidak meletakkan Al-Quran sebagai dasar, tidak akan selesai menyatukan manusia.

Abdullah Ngah said...

Pinda interlok yang diputuskan itu ramai yang marah dan dianggap tak wajar.

Tapi bagi saya ia perkara kecil berbanding dengan tindakan kerajaan melesenkan penjualan arak di pasaraya pasaraya.

Pinda Interlok tidak boleh menyekat penulis menghasilkan karya kreatif.

Penjulana arak ibu sagala kejahatan adalah lebih bahaya kepada akhlak dan akidah orang islam.

Kita tak marah dengan tindakan jahat kerajaan dan marah dengan tindakan pinda interlok.

Mungkin ada yang setuju jika kerajaan putuskan pinda pendidikan Islam kepada pendidikan moral.

Mungkin tak marah dan setuju dengan Dr mahathir yang mahu tafsir semula Al Quran, kerana tafsir silam dah tak sesuai lagi dengan zaman sekarang ini.

Bagi saya apalah sangat dengan pinda keatas novel interlok itu berbanding mengkhianat bangsa Melayu menerusi 1 Malaysia.

OKJ said...

Salam DAKJ

Nampaknya semenjak-dua ni pandangan kita bercanggah sikit. Tapi rasanya, Dato’ tak kesah kot sebab perbincangan akan menjadi lebih seronok dan mencabar. Lagipun, rasanya, Dato’ pun dah malas nak dengar “Satu pendapat yg bagus la”, “saya sokong artikel ini la” dan sebagainya. Lepastu, berbincang sesama sendiri atau kata lain ‘syok sendiri’.

Bagi sayalah, setakat tukar satu dua ayat takkanlah jadi masalah kot. Memanglah ada beberapa orang yg tak suka, tapi lebih 27 juta rakyat Malaysia yg lain suka. Dan pengarang buku lebih suka sebab bukunya akan dijadikan teks untuk ‘ratusan ribu’ pelajar SPM setiap tahun. Kalau royalty 10%, dah berapa dah dapat setiap tahun untuk bertahun-tahun. Lumayan sangat tu.

Satu lagi, kitani hidup bermasyarakat. Kenalah hormat isihati orang lain jugak. Apa salahnya kita merendah diri sikit. Dalam Islam pun menitik beratkan bertolak ansur. Juga, berundur bukanlah bererti kalah. Sebab itulah bukan semua orang boleh jadi pemimpin dan membuat keputusan sebagai pemimpin berkalibar. Syabas YAB Tan Sri TPM. Hanya jauhari mengenal manikam. Sekian TQ.

Anonymous said...

Dato',

Sebagai bangsa yang hebat - dan Melayu memang bangsa yang hebat - semestinya kita membangkang sekiranya sesuatu yang dilakukan terhadap kita dianggap mencabar kehebatan bangsa. Tapi pada masa yang sama, kita tidak harus memperlihatkan kelemahan diri apabila berhadapan dengan pihak yang telah melakukan perkara yang kita anggap tidak adil.

Saya rasa kita lemah apabila mengatakan bahawa kita tersentuh dan terhiris hati dengan perbuatan mereka. Kerana reaksi itu memberi erti bahawa mereka lebih hebat lantaran berjaya memainkan perasaan kita hingga terluka. Saya tak rela dianggap sebagai lawan yang mudah ditewaskan, apatah lagi dianggap terguris dan terhiris. Saya akan menganggap diri saya tewas sekiranya pihak lawan maklum bahawa saya terguris perasaan, dan saya tidak akan beri dia kepuasan melihat saya terluka. Dalam hal ini, ego akan saya gunakan semaksimum mungkin untuk menunjukkan bahawa "I am untouchable (excuse the pun)". Tapi pada masa yang sama, saya tidak akan terperangkap dengan cubaan untuk mencetus kemarahan.

Mengalah tidak bererti kalah, Dato', sekiranya apa yang Menteri Pelajaran putuskan dianggap mengalah. Manakah yang lebih menguntungkan dari segi mendidik jiwa anak-anak kita supaya menghargai karya sasterawan negara (tidak kira bangsa atau keturunan): berpeluang untuk terus mendalami pemikiran dan keindahan hasil pengkarya, menjiwai watak-watak yang dihidupkan dalam karya tersebut oleh guru-guru dan anak-anak kita dalam semangat keserangkuman, ataupun, tidak langsung diberi peluang untuk memahami dengan lebih rapat, menghayati dan menghargai hasil karya yang hebat ini, seterusnya lebih mengenali sejarah negara dalam suasana yang lebih santai berbanding penceritaan dalam sebuah buku sejarah...?

Sebenarnya sejak sedekad lalu di Amerika Syarikat, apa yang dilakukan terhadap karya Mark Twain yang berusia lebih seabad, "The Adventures of Huckleberry Finn", lebih dahsyat daripada apa yang akan terjadi kepada Interlok apabila ia disunting sebahagian kecilnya kelak.

Sebagai seorang ibu yang masih mempunyai anak di sekolah, saya mahukan anak saya terus berpeluang mendalami, menghayati dan menyayangi karya Abdullah Hussein walaupun dalam bentuk dipinda, daripada dia diberi peluang mengenali pemikiran Sasterawan Negara itu hanya setengah jalan.

Mungkin pihak-pihak seperti MIC beranggapan bahawa mereka telah menang dalam hal ini, tetapi tidak bagi saya. Mereka hanya menang sorak. Hakikatnya, proses pengayaan ilmu melalui Interlok terus hidup di dalam bilik-bilik darjah di seluruh pelusuk negara. Alhamdulillah anak-anak kita - apa pun budaya dan anutan - sebenarnya tidak tersentuh pun dengan cakap-cakap politik orang dewasa.

At least, that's what my son said of the reaction from his Indian friends at school... they are not bothered by the psy-war that the adult Indians (not all, anyway) have got themselves into.


Mom-o-Success

Anonymous said...

Ya, la tu, Datuk. Tak nampak hero spin masa iklan Hari Raya atau buku-buku orang lain ditapis atau diharamkan.
Kita semua memang tau perkataan pariah tu memang sensitif dan memang nak kenakan pada kaum tu samada keling ke, mamak ke atau sesiapa yang gelap kulit.
Nak spin pun, janganlah guna sebab-sebab interlek sangat untuk sembunyi hasrat atau yang lagi teruk guna perkauman pulak.
Nak tunjuk "Ketuanan Melayu" atau
"Ketuanan Islam" mengikut selera politik pulak pada lain bangsa ke?

Semua Pariah

Tinta Hitam said...

Datuk,

Cuma 100 org shj yg berdemonstrasi tapi UMNO bkn main la prihatinnya terhdap "masalah" mereka.Beribu ribu orang bedemo suruh hapuskan ISA,membantah kenaikan haraga minyak,meminta agar berlaku adail mengapa tak ambil peduli? Malahan ramai ditangkap dan disumbat kepenjara dan idianggap sebagai penjenayah.

Ini cuma lakonan shj.UMNO spt biasa mem"paria"kan diri mereka demi undi.Terma paria adalah terma bahsa melayu yg tiada kena mengena dgn kasta paria Hindu.

Saya katakan UMNO sbb yg suruh pinda adalah pemimpin UMNO dan pengikut UMNO sorang pun tak bising pasal ini.Semua menghalalkan apa shj keputusan pimpinan mereka.Malahan NGO NGO UMNO takda pun yg pergi sembelih ayam gantung kat pagar MIC kerana marah...

Anonymous said...

Salam DAKJ,
Betapa rendahnya tahap kecelikan bahasa, sastera, dan sejarah India MIC dan Melayu UMNO. (istilah kasarnya: BODOH!)
Betapa kacau-balaunya minda politikus-politikus itu (memang tikus pun - tikus yang membaiki labu!)
Gara-gara apa? Gara-gara kemaruk kuasa dan pengaruh hingga buta hati dan buta minda.
Seorang sasterawan yang begitu halus budi pekertinya dan tinggi daya kreativiti kepengarangannya, malah dinobatkan sebagai SASTERAWAN NEGARA diperlakukan sedemikian rupa kepada karyanya, buah fikirnya.
Entahlah Datuk. Bukanlah niat saya untuk mencucuk SN Pak Lah (bukan AAB!)yang amat saya hormati. Sebagai pengarang, cukup terhina rasanya. Lebih baiklah dipulangkan gelar SASTERAWAN NEGARA ITU.

Suhaimi Khalid

abd rahim said...

Y.Bhg Dato',
Inilah contoh terbaik kesan dari perpecahan orang Melayu kepada 3 kelompok terbesar UMNO, PKR dan PAS. Masing-masing tidak mahu kehilangan undi bukan Melayu. PAS suka hati tengok UMNO macam sudah hilang taringnya. PKR ketawa besar. Dalam sidang akhbar semalam MB Selangor bagitu yakin akan dapat menambah kerusi kepad dua pertiga untuk pinda Perlembagaan Negeri Selangor selepas PR13.
2. Hari ini UMNO terpaksa berkompromi mengenai buku sastera.Kita tak tahu lagi apa yang akan mereka minta menjelang PR13.Kekuatan ada dipihak mereka kerana mereka boleh tentukan siapa yang boleh kuasai Putrajaya.

3. Kalau pemimpin Melayu masih tidak sedar, maka bersedialah dengan sabuah tangki besar untuk mengumpul airmata orang Melayu selepas PR13 nanti.

4. Saya hanya dapat berdoa semoga pemimpin-pemimpin Melayu melihat isu ini dengan serious sebelum nasi jadi bubor. Kalau tidak yang rugi adalah generasi kan datang dan akhirnya boleh mengugat kesetabilan politik Negara.

Yang Iklas,

Rahim.

maae said...

Salam Dato,

Saja...luah perasaan kekeliruan berkongsi hiba susur detik hati Sasterawan Negara....

(^^)
Semalam aku dengar bisikan,
keluh gelisah dalam kesuraman,
derita hiba mencari sinar,
cahaya terang untuk menerangi
...kegelapan.

Lalu ku tari pena di tangan,
dari rakaman kebenaran,
dari luah hati ketulusan,
dari jerih semangat kesedaran
satu jurus untuk cita berlainan
...mengukir kesatuan

Ku carik jiwa marhaen,
Ku jahit beza jadi seiring,
moga mereka faham,
moga mereka sedar,
moga mereka kekal dalam ikatan
...mengukir rentetan kembara

Sudah sekian di mamah usia..

Begitu nyata di persada,
begitu kemilau dalam banyak,
begitu sebati bersanubari,
sekian lama terpancar zahir
...mengukir senyum secara lahir

Tapi hari ini...ia tiba-tiba mati

suara-suara rintihan silam,
menjelma jadi puaka misteri,
merasuk tak berbudi,
segan silu apa lagi,
bagai tikaman tepat menusuk
...mengukir nama di nisan hati

Cahaya terang sudah mula dipadam
...mengukir kembali derita silam
...penuh kesangsian.

Dr Munawir. said...

Dato.
Saya setuju dengan dato.Sejarah hitam dalam dunia sasterawaan yang di politikkan.

Nampak sangat kerajaan Najib lemah.Ia tidak akan berhenti di sini.banyak mlagi mereka akan meminta dari kerajaan dan kerana takut hilan undi kaum India dan Cina kita mengalah.

Orang melayu macam api dalam sekam.mereka marah di dalam hati.Apa kata jika Melayu marah dan menolak UMNO kerana terlau lemah dengan permintaan kaum lain.Ini yang terjadi tahun 1969.

Kasta pariah buka kita yang cipta.ianya telah ada di India beratus2 tahun dahulu.Cerita dalam buku ini terjadi tahun 1900.Kenapa kaum India tiba marah dan sensitive dengan Pariah.Saya rasa mereka yang marah ini mungkin dari kasta Pariah tapi malu hendak mengaku.Mereka di bawa ka Malaya tahun 1800 untok menjadi penorah getah.Sekarang mereka sudah jadi mewah dan malu hendak mengaku yang mereka ini kaum Pariah.Sedeh.

zainal abidin awang kechik said...

Tok.. jika saya tahu suatu rahsia yang amat besar sudah pasti saya memdapat kepentingan dalam apa pun untuk menyimpan RAHSIA ITU,... kisah kisah sastera pun kita takut terima KEBENARAN NYA..saya pasti tok tak perlu MENULIS ATAU BERKARYA UNTUK CARI SESUAP nasi..

tok bebas,
tok tak perlu jawatan,
apa yang tok perlu ialah menlihat bangsa ,agama dan negara ini aman bahagia...

YANG MENARIK NYA DI SINI

KITA TAK PERNAH BIMBANG TENTANG JENARASI YANG MENDATANG... YANG BN BIMBANG PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG...

''MOGA ALLAH SEDAR PEMINPIN UMNO" salam

Anonymous said...

Salam,

Semakin hari semakin sedih. Bukan setakat bangsa Melayu kita dijual, tetapi segalanya yang menjadi hak milik kita.

Karya sastera boleh dipinda hanya kerana takutkan undi India, sejarah pendatang mahu dipadam hanya kerana tekanan Cina, walhal semuanya berdasarkan Sejarah.

Malukah Melayu digelar pemalas? Malukah Melayu ada tok nenek lanun, Jawa, Bugis, Parameswara? Kita sedar semuanya sejarah yang tak mampu dipadam.

Siapakah lagi pemimpin politik yang boleh kita harap? Tok Jib, Brother Anwar, Nik Aziz, Nazri Aziz, Hisham, (sekadar beberapa nama)memang kita tahu prinsip mereka. Terbaru Muhyiddin yang disangka naga rupanya takut juga bunyi mercun.

Bukan mahu mereka melampau. Cukuplah pertahan apa yang perlu.

Mahu ditinggal, inilah negara tumpah darah. Mahu diubah,siapa lagi yg boleh diharap?

-Anak Jawa Johor-

Ikhlas said...

Salam Dato',

Mahukah kita sebagai pengundi terus menyandarkan harapan pada UMNO dalam PRU 13 nanti?

Apa pula yang akan digadai oleh UMNO dan BN selepas menang PRU 13?

Apalagi yang akan tinggal pada generasi kan datang?

Fikir-fikirkanlah.

Ikhlas

Mista Blogga said...

Salam Dato':

teramat2 setuju dengan pandangan Dato' ini...

saya tidak lihat di mana justifikasi "gunting-menggunting" karya sastera ini...

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Jika tersangat hendak menjaga perasaan orang ,( perasaan kita biarkan-biarkan), mengapa tidak mengganti buku rujukan tersebut dengan buku lain , yang di anggap lebih mencerminkan perpaduan kaum.
2/ Meminda karya , inikan pula karya sastrawan negara , ( jika benar akan dilakukan) ,satu tindakkan tidak munasabah dan tidak mampu diterima oleh manusia bertamaddun.

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Jika tersangat hendak menjaga perasaan orang ,( perasaan kita biarkan-biarkan), mengapa tidak mengganti buku rujukan tersebut dengan buku lain , yang di anggap lebih mencerminkan perpaduan kaum.
2/ Meminda karya , inikan pula karya sastrawan negara , ( jika benar akan dilakukan) ,satu tindakkan tidak munasabah dan tidak mampu diterima oleh manusia bertamaddun.

Letih said...

Dato'
mereka tak puas hati apabila buku teks sekolah tidak/kurang memasukkan nama bangsa lain dlm proses kemerdekaan dan meminta ia ditulis semula dgn kata-kata 'tulislah yang sebenar' tetapi apabila ada buku yang menceritakan tentang sejarah tetapi tak sedap didengar dek telinga (malu) mereka minta ia dikeluarkan dari sukatan pelajaran/diubah. Kenapa ini berlaku? Tak lain kerana orang Melayu yg memimpin tidak kuat peribadinya. Ikut ajelah kehendak org lain, lama2 habis terlucut.

Anonymous said...

Salam Dato',

Segelap mana senario yg Dato' telah ungkapkan maka lebih gelap lagi halatuju UMNO. Mulut menjaja "Ketuanan Melayu" tapi hati dan perbuatan kecut dengan undi India yg tak seberapa dan bercempera tu. Kalau beginilah dayusnya UMNO maka bagaimana nak melawan arus terhakisnya kepercayaan Melayu pada parti ini? NO matter what BN or Pakatan preach, be it 1Malaysia or Malaysian Malaysia or whatever, the bottom line of our politics is RACIAL.

Seperti yg pernah saya tuliskan dulu di blog Dato' ni, maka saya rasa nak tuliskan lagi. TIDAK ada satu kawasan DUN atau Parlimen yg undi India majoriti. Kenapa sampai berpuluh orang India dalam DUN dan Parlimen? Ini satu kezaliman. UMNO menzalimi bangsanya sendiri! Perkongsian kuasa konon, peerah! Dan ini tidak berlaku pun untuk Melayu di Singapura. Lantik jadi senator pun cukuplah. Kalau benar kita "tuan" orang lain kena sokong kita untuk menang bukan kita sokong orang lain untuk bagi dia menang. Poodah!

Saya seru diri sendiri dan sesiapa Melayu lain, jika calon DUN atau Parlimennya India (tak kira BN atau Pakatan) jangan beri undi pada dia.

Alang-alang perkauman baik perkauman 100%.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Dear Datuk,

Being fair is tough. Apa pun kita tidak akan dapat memuaskan hati semua dan sesiapa. But try we must. Writers get their first censorship experience from the publishers. As the products get more exposure, we receive more feedback.

Feedback is good. We see many things in the process. For instance, i must respond to the feedback of En.Mohd 2.24pm. To be fair, I know of a Malay man who did a similar job. He used to work with the majlis bandaran. No, he is not my father that i am sensitive about it. I am just sensitive about being fair. Salah A tak usahlah kita kaitkan ke C.

Buatlah apa yang terbaik, dari niat yang baik.

Xeronine

jab sp said...

Ini apa yang OKJ catatkan

Bagi sayalah, setakat tukar satu dua ayat takkanlah jadi masalah kot. Memanglah ada beberapa orang yg tak suka, tapi lebih 27 juta rakyat Malaysia yg lain suka. Dan pengarang buku lebih suka sebab bukunya akan dijadikan teks untuk ‘ratusan ribu’ pelajar SPM setiap tahun. Kalau royalty 10%, dah berapa dah dapat setiap tahun untuk bertahun-tahun. Lumayan sangat tu.

Kalau OKJ nak tunjuk bahawa ia memang penyokong kuat TPM pun jangan sanggup membawa sifat manusia politik ke laman ini.Memutar seberapa yang mungkin.

Amat sedih perasaan "orang tua"(AH) yang diangkat sebagai Sasterawan Negara disamakan dengan balaci balaci politik yang sentiasa memikirkan fulus,fulus,fulus.
Lagi sedih kerana kesedihan orang tua ini tidak dibaca olih OKJ kerana taksub keterlaluan pada TPM hatta menolak realiti hampir seluruh mereka yang bernama Melayu (kalau rajin jengok SEMUA blog tak kira pro umno atau pakatan,asalkan penulisnya Melayu)merasa kepedihan yang sama.
Jangan difitnahkan orang tua(AH) ini suka dengan royalti 10% hingga sanggup satu karyanya dimusnahkan dengan menyamakan kebanggaan OKJ menerima judi dan arak sebagai satu bentuk income untuk membangun negara.
OKJ berhak memberi pendapat,tetapi pendapat yang menyentuh hati orang tua ini(AH) sesuatu kemarahan yang menyamai kemarahn pada penentang interlok kerana saya bolih merasai kepedihannya bersama disebabkan "aku lebih kenal Abdullah Hussain" daripada OKJ kenal.

L_J said...

Datuk,

Saya berkongsi padangan dan kekhuatiran Datuk bahawa “[s]elepas ini, tidak ada lagi karya sastera dan kreativiti kesusasteraan serta persuratan yang selamat daripada penapisan (censorship) oleh pihak berkuasa.”

Tetapi saya ingin tahu apakah latar belakang dan punca sebenar keadaan ini, dimana MIC – yg sejak Merdeka begitu berpatuh kepada kehendak2 UMNO dan kerajaan – berani memproteskan pengunaan buku Interlok sebagai buku tex di sekolah menengah?

Sebelum itu saya suka memaklumkan bahawa walaupun saya tidak akur dengan keputasaan kerajaan untuk menapiskan Interlok, saya berpendapat bahawa buku tersebut tidak sesuai untuk pengunaan murid2 muda dalam tingkat 5 dan, justera, tidak patut digunakan sebagai buku utama atau tex, namun ia sesuai untuk digunakan sebagai buku rujukkan tanpa penapisan.

Kembali ke soalan apakah latar belakang dan punca sebenar keadaan ini, benar kah dakwaan Datuk bahawa hanya bangsa India yang mendapat keistimewaan memegang gunting tapisan dan pena merah untuk meminda?

Jom melihat perangkaan-perangkaan. Dalam sejarah penapisan di Malaysia kebanyakan (overwhelming majority) penapisan dan pengharaman buku2 dan bahan komunikasi yg lain (seperti dokumentari2, drama2 & program2 radio & TV, filem2 dsbnya) telah dibuat ke atas bahan2 yg dianggapkan menghinakan Islam. Kisah Interlok ini dan protes segelintir rakyat India Malaysia (khususnya Hindraf & MIC) berhubung dengannya ialah (dalam skim keseluruhannya) memang suatu perkara yang amat kejarangan.

Akan tetapi sebaik sahaja gunting penapis digunakan di negara ini untuk memperlindungkan satu agama (walaupun ia agama resmi Persekutuan: dalam 1Malaysia semua agama patut dihormati)) KONONNYA menyentuh dan menyinggung sensitiviti umat Islam, kotak Pandora sudah terbuka dan sesiapapun boleh memperlengkapkan diri mereka dengan hujuh dan kausa tindakan yang serupa untuk memperlindungkan sensitivity dan maruah agama dan kaum mereka.

Hatta, ini lah punca dan latar belakang keadaan gelap masa kini. Tetapi beranikah Datuk mendedak bahawa segala bahan2 karya sastera dan kreativiti kesusasteraan serta persuratan, tanpa kekecualian (dan walaupun KONONNYA menyentuh dan menyinggung sensitiviti umat Islam) tidak boleh ditapis sama sekali?

Mungkin Datuk tidak begitu berani

Salam,

LJ

Anonymous said...

Datuk YM

Tersentuh saya membaca gurindam seloka rekan pendebat Mat Tunjang Enterprise. Pada kelucuan dan parokialisme utaranya tersembunyi permata bahasa, keluruhan pekerti. Tanda dia walaupun orang desa, pekertinya luhur dan tinggi.

Mungkin Datuk YM inilah kesudahannya bangsa kita kerana murah hati dan toleransinya maka mudah dinoda dan perkuda. Atau mungkin juga para pembesar Melayu dewasa ini besar dirinya pada pangkat dan harta, tetapi kecil menikus pada jiwa dan mindanya.

Maka karya besar seorang sasterawan negara yang dipenakan 40 tahun dulu dan menceritakan kisah suka duka bangsa peribumi dan bangsa pendatang tiba-tiba mahu dinoda dan dicemarkan kerana kuasa politik yang meracunkan.

Mungkin (saya ulangi, mungkin) bangsa kitalah, bangsa peribumi Nusantara, yang sebetulnya paria kerana minda kita yang mudah dilanda rasa tertekan dan mudah ditakut-ugutkan oleh bangsa minoriti. Kitalah sebenarnya bangsa yang ditindas dan terkandas karena minda paria kita membuatkan kita berasa mudah tertekan dan pantas pula menyerah kalah.

Jadi Datuk YM, siapa yang bersalah. Bukan mereka yang menuntuk dengan sejuta helah, tatapi para pembesar Melayu yang pantas beralah. Betullah kata Mat Tunjang Enterprise, simbol kejantanan Melayu sudah membatu menjadi guli-guli warna warni untuk mainan di tepi jalan.

Profesr Pencen
Bangi

Eda Ezani said...

ni lah jadi nyerr,bila isu begini di politik kan...apabila sesuatu isu yg menimpa org melayu tidak ramai yg rasa sensitif tetapi bila membabitkan org lain terutamanya kaum cina dan india kecoh sekali...

Nasib org melayu di bumi Melayu....

saji said...

Salam OKJ


"Bagi sayalah, setakat tukar satu dua ayat takkanlah jadi masalah kot. Memanglah ada beberapa orang yg tak suka, tapi lebih 27 juta rakyat Malaysia yg lain suka. Dan pengarang buku lebih suka sebab bukunya akan dijadikan teks untuk ‘ratusan ribu’ pelajar SPM setiap tahun. Kalau royalty 10%, dah berapa dah dapat setiap tahun untuk bertahun-tahun. Lumayan sangat tu.

Satu lagi, kitani hidup bermasyarakat. Kenalah hormat isihati orang lain jugak. Apa salahnya kita merendah diri sikit. Dalam Islam pun menitik beratkan bertolak ansur. Juga, berundur bukanlah bererti kalah. Sebab itulah bukan semua orang boleh jadi pemimpin dan membuat keputusan sebagai pemimpin berkalibar. Syabas YAB Tan Sri TPM. Hanya jauhari mengenal manikam. Sekian "

Komen:

1/ Betulke sdr OKJ pengarang buku Interlok sendiri lebih suka ayat bukunya ditukar daripada .........? Setahu saya, belum lagi terkeluar dari mulutnya sendiri!

2/ Baru2 ini di satu projek ubahsuai banglo, tukang indon ubah rekabentuk senibina saya -palster muka beam lantai balkoni sepatutnya tegak disengetkan, saya suruh dia betulkan semula atas alasan ia mencemar senibina saya - lebih kurang begitu bunyinya. Malah sebelum itu,saya suruh dia (tukang indon)repair arca pembukaan pintu yang lengkungnya tak betul. Dua kali dia buat repair baru betul. Yang pasti, sudah terkeluar dari mulut tuan rumah sendiri, kata kat saya, rumahnya cantik! Adakah saya orang Islam yang tak boleh bertolak ansur?

3/ Moral dari cerita tukang Indon di atas ialah, tak semua orang faham seni meskipun mereka terlibat menghasikan seni seperti tukang Indon di atas. Apath lagi seni yang tak boleh nampak dek mata seperti seni penulisan.Moral ceritanya juga, orang bukan seni macam sdr jangan sekali cuba komen pasal seni.

4/ Pengalaman saya menulis artikal diakhbar perdana, tak semua yang dipublishkan yang kebanyaknnya kerana menyetuh perangai buruk kaum Cina dalam perniagaan. Saya tak komplain pun. Malah, ada yang dipublishkan tanpa edit, tetapi tajuknya di pusing 360 darjah. Seperti, tajuk, Silapnya dasar penswastaan,dipusingkan 360 darjah menjadi, Dasar penswastaan tidak silap! Saya tak komplain juga.

Unknown said...

orang melayu bersedia la masuk hutan pelan2 kena ketepikan apa nak buat kerana orang2 melayu sendiri merelakan kerana nak kan kuasa politik. yg aku pelik mana pi a samad said gapena dulu mereka brsama sama dgn pembangkang menentang ppsmi. dah bisu ka..gabungan penulis nyanyuk dan ass.....

A KADIR JASIN said...

Para Pembahas dihormati;

1. Ada seorang pembahas kata Abdullah Hussain "gembira" dapat royalti 10 peratus dan "rela"novelnya dipinda. Sepanjang mengetahuan saya, orang tua ini bukanlah mata duitan. Dia pejuang bahasa dan satera tulen. Bukan penulis upahan atau cyber troopers. Juga dia susah amat tua dan uzur pula;

2. Pembahas LJ antara lain, menulis: "Kembali ke soalan apakah latar belakang dan punca sebenar keadaan ini, benar kah dakwaan Datuk bahawa hanya bangsa India yang mendapat keistimewaan memegang gunting tapisan dan pena merah untuk meminda?"

Saya rujuk Sdr kepada laporan NST semalam yang berbunyi:

"Muhyiddin, who is also deputy prime minister, said an independent panel would be set up to study what amendments were needed and it would then submit recommendations to the government. He said the panel would comprise linguists, academicians, literary figures and representatives from Dewan Bahasa dan Pustaka and the Indian community."

Read more: ‘Interlok’ stays http://www.nst.com.my/nst/articles/2011012802214320110128022143/Article/index_html#ixzz1CObUJVHi

Muhyiddin kata "Indian community". Dia tak kata Malay community atau Chinese community.

Terima kasih

Anonymous said...

Datuk Kadir,

I am puzzled by all this debate about a word. I am an expatriate Malay living in the US. The advent of the Internet and the blogs has enabled me to once again renew my bond with my country albeit online. Since that I have learned a lot about what Malaysia has become. I am sad that Malaysia has become so intolerant and small-minded.

What is terribly terrible about the word and origin of pariah? I was a pariah when I migrated to the Silicon Valley although I was educated in the US. I was a pariah because I was a foreigner and I went to Uni in the Mid-west. But I am no longer. Not even some IT friends who had worked in Malaysia jokingly said be carefully, I may run amok.

Datuk Kadir, we Malays must not have the inferiority complex the Indian decedends in Malaysia. We Malays have been called and accused of many things, running amok is one. Do we called for the banning of the workd amok/amuck just because it was said only the Malays run amuck? Today more White people run amok in the US Datuk.

So I plead with my Malay compatriots in Malaysia and around the world, don't be easily cowed by unintellectual and baseless demands by migrant Malaysians and their decedents.

I am not holidaying in Malaysia and I must say Malaysia is STILL a great country. But my rezeki is in the US. Salaam.

P. Alto Resident

L_J said...

Datuk,

Saya rasa Datuk salah faham komen saya. Saya tidak menafikan bahawa dalam kisah Interlok ini segelintir pemimpin2 masyarakat India Malaysia yang mendesak kerajaan untuk mengharamkan atau memindakan buku tersebut. Saya hanya mengkatakan bahawa kenyataan Datuk kononnya “hanya bangsa India yang mendapat keistimewaan memegang gunting tapisan dan pena merah untuk meminda” (jika kenyataan itu diutarakan sebagai suatu kenyataan am dan bukan terhad kepada kisah Interlok ini) ialah tidak tepat.

Jika saya yg salah faham, seperti tampak, saya minta maaf.

Salam,

LJ

Anonymous said...

Dato AKJ,
Teloq hilang beb, apa-apa silap saya pinda. Kita kan 1 M'sia. Akhirnya TPM akan kata 'saya yang menurut perintah' tak ada apa yang saya boleh buat. Sastera boleh dipinda, apa lagi Tawarikh. Begini lah Tawarikh untuk anakcucu kita ' Kumpulan Ghee Hin & Hai San adalah yang mula-mula meneroka/membuka Taiping. Penduduk asal Tanah Melayu terdiri daripada kaum India & Bangsa Melayu dibawa masuk British untuk bekerja di ladang-ladang getah sekitar tahun 1945. Jepun istiharkan kemerdekaan Malaysia tahun 1957. Yahoo'..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

Dato,
Setuju dengan pandangan Dato,tapi sebagai penulis dan karyawan, kenapa tak bangkit menentang dan menegakkan hak, kenapa tak melawan balik dan mungkin terus saman juga pihak-pihak yang cuba membangkitkan isu remeh untuk political mileage ini. Sekali dipijak, jika tak melawan, akan terus dipijak-pijak kemudian hari, seperti pendapat Dato. Penulis juga adalah pemikir dan pencetus idea-idea hebat dan seharusnya dihormati dalam masyarakat, seperi zaman pre-kemerdekaan dulu.
Sedih-sedih...., assholes ramai sangat sekarang ni.
BILLY the KID

Mustapha Ong said...

Tok DAKJ,

I am neither a historian nor an academician, but I do support what Tun Mahathir had said a few days ago, "that if we wiped out all those things that are deemed sensitive to Malaysians, then life is poring and more so we will not learn from our past deeds and mistakes."

I think Malaysians should be more matured and tolerant to each other's sensitivity in our survival as ONE NATION. I believe the writer has every justification to include his comments in the contents for his novel to enrich Malaysia's literate values.

I do not share the views of MIC President who is pushing that the book should be banned from the academic history annals, which I feel smells of political overture and motive.

I DO NOT AGREE THAT THE BOOK "INTERLOK" SHOULD BE BANNED FROM THE ACADEMIC LITERATE WORLD, BUT CERTAIN PARTS OF THE CONTENTS NEED TO BE REPHRASED. DPM IS RIGHT AND HE IS GIVING ALL THOSE CONCERNED A WIDER OPPORTUNITY TO DELIBERATE ON THE ISSU, BEFORE THE MINISTRY MAKES AN APPROPRIATE DECISION TO USE THE BOOK AS A TEXT BOOK FOR FORM FOUR STUDENTS.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya ada pandangan lain lah sikit Datuk. Bagi saya pindaan terhadap Interlok bukan maknanya Melayu mengalah. MIC tuntut novel Interlok ditarik balik. Ini kita tak ikut depa. Biaq pi lah apa depa nak buat apa pun. Dengaq kata esok depa nak buat mogok lapaq di Brickfield. Hah, belapaq la hangpa. Kita takkan ikut kehendak depa. Kerana bagi kita Interlok satu karya yang amat baik dan mesti terus dipertahankan.

Mengenai pindaan terhadap Interlok, pikiran saya begini Datuk. Sebelum ini pun Interlok telah diedit oleh DBP. Saya dimaklumkan 10 pindaan telah dibuat terhadap karya asal sebelum diterbitkan dalam bentuk edisi pelajar. Terdapat beberapa bahagian dalam novel ini yang agaknya tidak berapa sesuai dibaca oleh pelajar berumur belasan tahun. Mungkin ada yang XXX kot gamaknya. Sebagai karya sastera tinggi, itu biasa lah. Tapi untuk bacaan pelajar dalam bilik darjah, mungkin tak berapa sesuai. Jadi dibuanglah bab tu.

Perkataan Paria mungkin pada masa tu tak dianggap sensitif oleh para editor. Terlepas pandang gamaknya. Maklumlah yang tukang edit tu pun Melayu macam kita jugak. Tak berdesing di telinga kita bila dengaq benda tu.

Bagi orang India, mungkin teramat sensitif bagi mereka. Kita kata lah itu sejarah la, amalan la, apa la, kalau mereka kata sensitif bagi mereka, sensitif lah.

Jadi, secara rasionalnya, saya tak nampak mengapa Interlok EDISI PELAJAR (saya ulang, EDISI PELAJAR, bukan karya asal yang masih tak disentuh) tak boleh dipinda walau satu ayat. Sebelum ni pun dah dipinda kerana ada bahagian2 yang sensitif dan sekarang ada satu lagi bahagian yang dianggap sensitif. Kita pindalah yang tu dan tak payah buat kecoh lagi.Lagi pun Interlok tu tak lah sampai taraf macam Qur'an yang tak buleh dipinda.

Soal Melayu mengalah tu bagi saya bergantung kepada bagaimana kita tengok isu ni lah. Saya lebih suka lihat dalam hal ini kita orang Melayu lebih rasional. Kalau depa kata hak mula dengan huruf P tu sensitif bagi depa, kita pinda lah hak tu.

Tapi kalau depa kata buku tu tak baik, saya rasa depa tak rasional, dan mungkin tak baca pun buku tu. Kita dah baca buku tu dan kita tengok buku tu teramatlah baik. Jadi, yang tak rasional tu kita tak buleh ikut. Kalau ikut jugak, bukan kita tak dak teloq, tapi tak dak otak.

Kita memang lah marah depa bakaq buku tu, hina sasterawan negara, tapi kalau ikut peghangai depa, kita pun jadi macam depa lah.

Setakat ni, saya rasa, orang Melayu tak kalah dalam isu ni. Kita masih rasional.

Mat Damansara.

Zulfahan said...

It is best said by Datuk Abdullah Hussain,

"KEMERDEKAAN yang sudah di capai itu seperti sebuah gelas yang koson, lalu tiap-tiap golongan itu mahu mengisi gelas itu dengan minuman yang di sukainya."

Dato Kamal Abdullah. said...

Dato.

Yang buat bising ini geng India dari Kasta paria yang datang ka Malaya sabagai penoreh getah.Sekarang kebanyakan mereka sudah jadi kaya dan jadi Bos.

Sunggoh takjub kerajaan takut dengan geng pariah ini.Hanya pariah sahaja yang takut kapada Pariah.Nampaknya kita pun dah jadi Pariah.

satu keputusan kerajaan yang tidak bijak.

Tinta Hitam said...

Isu Interlok ini cuma salah satu yg membuktikan sifat hipokrit UMNO.Saya dah lama dah perhatikan UMNO selama lebih 30 thn.

Itu sbb saya bersumpah semasa sya berusia belasan tahun dulu,undi saya tidak akan diberikan kepada UMNO.Keputusan saya amat tepat setelah masa berlalu

Pak Lang said...

Datuk Kadir,

Pokoknya inilah akibat dari perpecahan Melayu. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan Melayu DAP sama-sama bertanggungjawab. Sebenarnya, spesis Melayu dah tak dihormati sekarang ni. Sesuai jadi kuda kayu sahaja. Jangan salahkan orang lain.

Datuk, dah naik malas nak cakap.Maaf kalau tersalah dan silap.

mns said...

Saya pun hairan . Selalu dicanang2kan bahawa PAS menjadi boneka DAP terlalu mengikut kehendak DAP ; ..

Tapi tindak-tanduk kerajaan BN sejak akhir2 ini menampakkan yang UMNO semakin mencair dengan tuntutan MIC mahupun MCA . Bermula dengan pemberian tunai kepada SRJK kemudian diikuti pembayaran bil ultiliti kepada SRJK .. menjadikan filem2 india dan cina sebagai filem tempatan .. dan mengubahsuai INTERLOK untuk kepuasan segelintir manusia ...

Anonymous said...

DAKJ,
Tawarikh catit British bawa masuk satu kaum untuk menjadi penoreh getah di Malaya. He3.. La nie anakcucu depa tak menoreh lagi dah. Depa masuk politik, jadi peguam, tokey barangan lusuh (dulu keling botol') dan sbgnya. Siapa tinggal kena menoreh?. Melayu la tinggal menoreh. Jangan la hina kami menoreh. Tolong la jangan panggil kami 'Melayu Pariah Tukang Toreh'. Getah mahal la nie tau-sekilo lebih RM8. He3..
-sender Tukang Toreh Jenny (Jeniang la tu')

A KADIR JASIN said...

Pembahas 'Tukang Toreh Jenny (Jeniang la tu'), antara lain berkata:

"Siapa tinggal kena menoreh?. Melayu la tinggal menoreh. Jangan la hina kami menoreh. Tolong la jangan panggil kami 'Melayu Pariah Tukang Toreh'. Getah mahal la nie tau-sekilo lebih RM8."

1. "Nostalgia giler" (hehe..guna bahasa orang muda). Sik, Jeniang dan Balin(g) tu kawasan permainan saya. Pernah naik rakit buluh seberang Sungai Jeniang. Hehe..dengan "girlfriend". Balik pak dia nak kapak kepala;

2. Baru-baru ni pi Sik makan di rumah Non Fakir, bekas pengarang di Kumpulan Utusan. Dia dok goyang kaki la ni. Harga getah tinggi. Dia guna duit pencen beli kebun getah masa getah murah. Nasib dia baguih, harga getah melambung;

3. Tukang Toreh Jenny jangan dok malu. Masa kecil dulu saya dok dalam kebun getah. Mak ada sikit kebun getah. La ni dah dipugar buat bendang;

4. Selamat menoreh. Jasa pahlawan cangkul tetap disanjung dan dikenang.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato AKJ,
He3..Terima kasih pasai masih ingat pekan nat Jenny. Saja nak peringat (org. tak tanya pun?):
Kedai tok wan (Tok awang Lah-nama betui Md Said) terletak tepi sg. Jenny. Dato berakit kena berhenti tepi titi Jenny, seberang sana balai polis jadi kedai mula2 tu kedai tok wan la jualbeli getah sekerap. Pak ngah (dulu guru sek. kalai-sek. budak2 siam) pernah cerita Dato kenalan lama beliau.
-sender anak menakan usof chong @ org. jenny la tu.

L_J said...

Datuk,

Pembahas Dato Kamal Abdullah ujar: “Yang buat bising ini geng India dari Kasta paria yang datang ka Malaya sabagai penoreh getah.Sekarang kebanyakan mereka sudah jadi kaya dan jadi Bos.”

Saya tidak begitu pasti kenyataan beliau - yakni “[s]ekarang kebanyakan mereka [geng India dari Kasta paria] sudah jadi kaya dan jadi Bos” - benar atau tidak, tetapi dua isu relevan menimbul:

(a) Jika kenyataan tersebut memang benar, apakah sebab “geng India dari Kasta paria yang datang ka Malaya sabagai penoreh getah” menjadi kaya dan jadi Bos? Kerja kuat! Jika orang2 seperti mereka yg dikatakan datang dari kaum yg begitu rendah & dihina boleh maju di Malaysia, mengapa orang Melayu yg telah manfaat dari NEP hampir 40 puluh tahun masih belum berjaya (bukan kah itu sebab utama NEP belum ditamatkan?)?

(b) Bahasa (& niat di belakangnya) yg to gunakan oleh pembahas tersebut ialah sebab masyarakat India Malaysia membantah buku Interlok. Walaupun sesiapapun tidak menafikan bahawa dalam konteks tertentu, perkataan “Pariah” ada tempatnya, ini bukan tempatnya Niat beliau mengunakan frasa “geng India dari Kasta paria” memang ketara, yakni untuk menghinakan orang India Malaysia. Jadi untuk berhujah bahawa perkataan itu hanya hakikat dan siapapun tidak harus merasa tersinggung ialah suatu pendirian yg palsu (false) dan tidak jujur (disingenuous).

Salam,

LJ

Anonymous said...

Pak Lang bercerita tentang perpecahan Melayu. Pada saya perpecahan ini berpunca dari UMNO yg kini kehilangan sokongan org Melayu yg agak substantial juga. Pada saya org yang bertanggungjawab tentang kemelut UMNO kini ialah bekas Presiden yg memegang kuasa selama lebih 20 tahun. UMNO berpecah 2 kali (Semangan 46 dan PKR) semasa beliau berkuasa gara-gara kerjaya politik peribadi. Kemalangan 2008 berlaku ekoran dari masalah sebelum 2003 yg masih belum dapat diselesaikan oleh pegganti beliau. Kalau pemimpin UMNO gagal mengutamakan perpaduan Melayu jgn salahkan ahli biasa.

dpd: tak apa

Anonymous said...

Tahniah OKJ. Dah banyak dan kerap ke luar negara tapi masih dapat mengekalkan status katak dibawah tempurung.

Fed Up

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

..Padah nya pemimpin2 dan orang Melayu berpecahan...AARRRGGG!(keluhan nafsu)

Ya Allah swt yang Maha Mengetahui berikan kami PERTUNJUK MU!

ALFATIHAH, AMIN.

MalaysianKita said...

"Telor Melayu kecut jadi buah guli".
Mat Tunjang Enterprise.

Telor sapa?

Kredibiliti dan Karismatik Muhyiddin mula dicemiuh!!!

Meluat!

tokman said...

Kasta wujud diindia dan masih wujud.....diMalaysia pun ada. Kaum India kena terima hakikat ini dan keluar sendiri daripada dibelenggu ini dengan daya usaha mereka sendiri saperti kaum Afrika-Amerika yang telah berjaya daripada perkataan 'nigger'. Yang masih tebal dalam kepala mereka mengenai perkataan tersebut adalah dikalangan kaum India sendiri bukan rakyat lain! Mengapa begitu sensitif perkara itu disebut tapi masih dipraktikkan olih mereka sendiri? Kerajaan tidak membezakan mereka tapi mereka sendiri yang membezakan kaum mereka....kerajaan tak patut buat pindaan melainkan sipenulis bersetuju dipinda!

Anonymous said...

Salam Datuk,

The Malays need to gamble now...the Malays have not gambled for 54 years and the price paid is getting heavy and heavier every year.

Starting from now let all Malays gamble by not voting any political candidates (BN or opposition parties) that happens to be Indians. Who knows the Malays might win big time when this happens.

The Malays need to gamble now and I'm teaching all my family members, relatives and friends to gamble...we need to be proud gamblers.

Jimizul

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).