A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[MUKHADIMAH] -- DEFINISI Melayu mengikut Artikel 160(2) iaitu "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan :-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.
MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis.
Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah “hak”. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka.
Sentimen ini diulang sebut oleh bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di wacana ilmu anjuran bersama Mubarak, Yayasan Perikatan dan Arkib Negara di ibu negara semalam.
Tetapi Dr Mahathir “memberanikan” diri mengulangi bahawa bumi ini adalah bumi Melayu. Melayu adalah tuan rumah. Melayu menentang Malayan Union. Melayu menuntut kemerdekaan dan Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.
Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Tuan Rumah Terpaksa Berkongsi Rumah
Sekali gus mereka mendapat hak sebagai warganegara dan bagi orang Melayu, daripada “tuan rumah” di Tanah Melayu mereka terpaksa berkongsi rumah itu dengan orang Cina dan India.
Saya hadir wacana ilmu itu, tetapi ingin merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata, pemimpin negara yang terdahulu memberikan kewarganegaraan kepada orang Cina dan India kerana mereka menjangka orang Cina dan India akan menghormati kedaulatan Melayu.
Jadi adakah Dr Mahathir rasis dan sesiapa yang sependapat dengan beliau rasis apabila beliau mengulang tegas bahawa Malaysia dimiliki oleh orang Melayu dan sesiapa yang menjadi rakyat negara ini wajiblah menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa dominan?
Seperti saya tulis berulang kali, orang yang menafikan Melayu sebagai tuan rumah bumi Malaysia ini atau segelintir orang Melayu sendiri yang berkata mereka juga pendatang adalah buta sejarah atau hidup dalam penafian.
Lama sebelum kelompok cauvinis dan penentang sejarah ini mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu (termasuk Bumiputera lain) serta kedudukan mereka sebagai tuan rumah, para sejarawan, pengembara dan pelukis peta Barat sudah mengakui kewujudan Dunia Melayu dalam wilayah geografi (geographical area) yang mereka panggil “Malay Archipelago” (Kepulauan Melayu).
Lama sebelum itu, ahli geografi Greek, Claudius Ptolemy (c.90-168) memberi nama Golden Chersonese atau dalam bahasa Greek, Chersonesus Aurea, kepada Semenanjung Tanah Melayu. Dia memberi label itu kerana Semenanjung Tanah Melayu mempunyai reputasi sebagai sumber penting emas dunia.
Hakikatnya, emas (dan kemudian bijih timah) lah yang membawa ramai perantau Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20. Emas masih dilombong di negara kita hingga ke hari ini.
Manakala orang India umumnya datang ke Tanah Melayu atas tajaan British dan agen-agennya untuk bekerja sebagai “coolie” di ladang-ladang kelapa, getah dan teh, orang Cina dibawa masuk oleh tauke-tauke lombong Cina atau datang sendiri untuk menanam gambir, lada dan sayur-sayuran serta berniaga kecil-kecilan.
(Demi mengelak daripada dituduh rasis dan tidak sensitif, saya ingin menjelaskan yang istilah coolie atau disebut juga cooley, kuli, quli dan koelie berasal daripada perkataan Urdu quli yang bererti pekerja harian atau pekerja bergaji hari.)
Yang dibawa oleh Inggeris adalah candu kerana mereka memonopoli perniagaan candu dan ramai imigran dari China menagih candu. British berperang dua kali dengan China untuk menguasai perdagangan candu (1839-42 dan 1856-60).
Antara bekas penagih candu terkenal dan berjaya di Tanah Melayu adalah Kuok Keng Kang, bapa kepada Raja Gula Robert Kuok Hock Nien. Keng Kang mengatasi penagihan candu apabila “dibawa” melancong ke Eropah oleh kawan-kawan Melayunya pada tahun 1928. Keng Kang menjadi lebih berjaya apabila diberikan kontrak oleh Inggeris untuk membekalkan makanan kepada 50,000 tawanan perang Jepun selepas Perang Dunia Kedua.
Kedai candu (opium den) dan kedai todi adalah antara perniagaan yang paling awal dilesenkan oleh British. Kedai candu dan penagihan candu sudah lama diharamkan, tetapi kedai todi ada lagi.
Saya membaca dalam akhbar bahawa kedai todi terakhir di Kuala Lumpur yang terletak di Brickfields akan ditutup kerana kehadirannya tidak cocok lagi dengan imej moden Brickfields sebagai “Little India” hasil ledakan minda Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.
Kesan Buruk Ekonomi Penjajah
Oleh kerana minat Inggeris di Tanah Melayu adalah ke atas kekayaan bumi dan bukan penaklukan mutakhir maka mereka memberikan “kebebasan” kepada orang Melayu untuk terus miskin dan pada masa yang sama membenarkan kaum imigran mengamalkan cara hidup mereka.
Selain candu dan todi, turut datang dengan kaum-kaum imigran adalah agama dan budaya mereka, termasuklah kasta bagi orang Hindu dan kongsi gelap bagi orang Cina.
Ekonomi dipecah-pecahkan. Melayu dikekalkan di luar bandar dengan ekonomi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (subsistence economy), Cina dalam sektor perlombongan dan perniagaan manakala India perladangan dan perburuhan.
Sebahagian besar kesan pemisahan ekonomi dan sosial oleh penjajahan Inggeris, seperti Dr Mahathir tegaskan, masih wujud dan inilah yang perlu diatasi sebelum bangsa Malaysia yang sejati boleh diwujudkan.
Katanya, walaupun orang Melayu telah mencatat banyak kejayaan, namun jurang yang memisahkan mereka dengan orang keturunan imigran masih luas dan mungkin menjadi lebih luas jika dasar pembahagian kekayaan negara seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.
Dr Mahathir tidak melihat tindakan mewujudkan label akan membawa kebaikan kepada negara sekiranya tidak dijelaskan dan dibentuk dengan cara yang boleh difahami umum.
Menjawab pertanyaan mengenai 1Malaysia, Dr Mahathir berkata tinjauan rambang memberi gambaran bahawa kepada orang Melayu 1Malaysia bererti satu aliran sekolah. Jadi mereka mahu sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kepada orang Cina dan India pula, kekalkan sekolah Cina dan Tamil, tapi hapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.
Dr Mahathir berkata beliau pernah mengemukakan konsep dan aspirasi Bangsa Malaysia sewaktu memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 di mana semua kaum meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan kaum masing-masing.
Dr Mahathir berkata, kalau kaum-kaum di Malaysia terus memperjuangkan hak masing-masing berdasarkan negara asal mereka, maka ini jelas membuktikan bahawa mereka mengaku mereka adalah pendatang.
Sekarang Adalah “Masa Depan”
Beliau mengingatkan orang Melayu, apa yang mereka lalui hari ini adalah “masa depan” yang diperjuangkan oleh orang Melayu sebelum merdeka.
Sama ada “masa depan” yang akan mendatang yang sedang dibahaskan sekarang akan lebih baik dari yang ada pada hari ini atau sebaliknya bergantung kepada kesepakatan orang Melayu dan pemimpin mereka.
Dr Mahathir membuat kesimpulan semasa orang Melayu lemah di segi politik dan ekonomi, mereka menjadi kuat hingga mampu melawan Malayan Union dan akhirnya mencapai kemerdekaan kerana mereka bersatu padu.
Hari ini, orang Melayu mungkin lebih kuat sedikit di segi ekonomi, tetapi mereka lemah di segi politik sehingga terpaksa bergantung kepada kaum-kaum minoriti kerana Melayu berpecah-belah, korup dan mudah diperkotak-katikkan. Penawar kepada maladi (penyakit) bangsa ini, kata Dr Mahathir, adalah perpaduan.
Wednesday, February 02, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
121 comments:
dato' malang nya ada banyak orang2 politik terutamanya n ajis yg sanggup bersekongkol dgn dap bagi menapikan islam dan melayu semata2 kerana kuasa
Dato',
Minyak Sabah kongsi ngan orang melayu semenanjung apa mcm kita nak describe? Curi periuk nasik orang untuk anak2 beruk...
keparat la TDM.
Mamak Bendahara
Kalau Dap yakin kefahaman mereka tentang kedudukan dan status bangsa-bangsa yang ada di Tanah Melayu, kenapa tidak mendapatkan pengesahan pihak ketiga yang bebas dan berkecuali iaitu mahkamah antarabangsa?
Bukankah Dap menggambarkan diri mereka sebagai arif dengan fakta sejarah Tanah Melayu dan mereka juga digambarkan sebagai penghujah yang hebat, makanya apa yang menghalang Dap terutama LKS untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini?
Kalau itu tidak dilakukan makanya apa yang boleh dikatakan ialah semua fakta sejarah yang dimiliki oleh Dap adalah tidak benar yakni tidak mampu mempengaruhi pihak perundangan tertinggi dunia untuk mengesahkan fakta berkenaan.
Kesimpulannya ialah kesungguhan Dap menukar kefahaman rakyat terhadap sejarah Tanah Melayu adalah bermotifkan politik tetapi bukan kerana kecintaan terhadap sejarah itu sendiri.
Tok Kadiaq
'One of the problems with putting Huck Finn into a movie or on the stage is, you always make the white people stupid and racist. The point is, they don't know they're racist.'
Hal Holbrook
APA DEFINISI RASIS TOK?BARU SAYA TAU SAYA NI RASIS KA TIDAK.KEH KEH KEH
TQ
Mengapa perkara ini diulang dan diulang lagi tak kesudahan? Sebab ramai Melayu dah lupa daratan dan tak sedar diri. Mereka dah berpecah-belah. Jadi orang bukan Melayu mengambil kesempatan ini untuk menekan supaya hak mereka terjaga rapi dan tidak boleh dijual beli dengan harga murah.
Orang Melayu boleh menjual maruah mereka dengan senang sahaja kerana jati diri orang Melayu haprak.
Melayu K O
Salam Dato'. Artikel yang sangat baik dan berkesan kepada sesiapa yang membaca kecuali orang yang tidak faham bahasa.
Izinkan saya untuk menggunakan artikel ini didalam blog saya sebagai rekod dan untuk dipanjang-panjangkan kepada pembaca yang lain.TK.
Salam Dato',
Betul 100% bahawa Malaysia tanah pesaka Orang Melayu. Sentimen ini bagus dan tak bagus sekaligus.
Bagus kerana mengingatkan manusia Melayu bahawa inilah satu-satunya bumi dimana kita merasa berada ditempat sendiri. Bukankah kita bangsa yang memiliki peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri"?
Tak bagus kerana boleh memberikan kealpaan. Bukankah betul 100% bahawa tanah pesaka boleh tergadai jika yg mewarisi tanah pesaka ini tak pandai menjaganya atau tak minat nak menjaganya?
Terlalu banyak contoh tanah pesaka yg tergadai kerana yg mewarisinya jenis yg suka berjoli dan jenis yg pendek akal. Banyak tanah pesaka tergadai hanya kerana sipewaris nak membeli kereta baru atau nak buat majlis kenduri kawin yg glamour. Sama sahaja dengan negara; akan tergadai juga jika rakyat dan pemimpinnya berselera dengan benda-benda glamour tetapi lemah dalam perkara-perkara asas.
Alahai, geran tanah bercop "Bumiputra" atau "Rezab Melayu" pun boleh dipindahmilik ke Bukan Bumiputra. Sipemilik (Melayu) bersekongkol dengan orang pejabat tanah (hampir pasti 90% Melayu)menjual tanah rezab Melayu kepada Bukan Melayu semata-mata kerana hendakkan harga lebih tinggi. Tak payahlah nak beri nasihat kerana jawapannya amat klise dan memedihkan "Apa korang sibuk, bukan tanah bapak kau. Masa aku susah dulu korang ada beri pertolongan ke?" Bukan apa Dato', sekadar satu anekdot rekaan aja..
Memang Malaysia ini tanah pesaka Melayu tetapi tanah pesaka yg sedang tergadai inci demi inci keada Bukan Melayu. Tergadai bukan kerana mereka (pembeli) itu kuat tetapi kerana kita(Melayu) tak bersatu padu...Ah, macam biasa dengar aja bunyinya alasan ni.
Pak Hj JB
Adoi bebalnya sesetengah orang Malaysia.
Seorang pembahas anonymous yang berani baling batu tetapi takut tunjukkan tangan aka BACUL, memanggil saya bodoh dan berkata saya pun pendatang. Dia menafikan status saya sebagai peribumi menyuruh saya mengasah otak saya. Yang lain pula memanggil Dr Mahathir mamak.
Saya tak kecil hati. Saya yakin Dr Mahathir pun tak kecil hati. Selain Melayu dari Dunia Melayu/Kepulauan Melayu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) memperluaskan definisi Melayu.
Anon yang kutuk saya itu pun boleh jadi Melayu (kalau dia bukan Melayu) kalau dia menepati syarat-syarat yang terkandung dalam definisi Melayu mengikut Artikel 160(2) iaitu "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.
Mintalah kepada pembahas. Jangan jadi manusia hipokrit. Bagilah nama. Tak berani bagi nama dalam MyKad, bagi nama samaran. Jangan berani kutuk orang lain dan menuntut hak, tapi baling batu sembunyi tangan.
Thank you and no thank you.
Tak usah cerita panjang. Pendekkan cerita.
Orang Melayu umpama orang Palestin. Telah dibontotkan.
daud kijang
Dato'
Tentu sekali Dato' tidak ingin pencarian kesalahan berterusan berlaku dalam laman Dato'.Jesteru saya tidak mahu berkongsi pendapat seperti komen pembahas awal kerana tiada noktah atasnya.
Membuat kenyataan songsang 360 darjah bukan perkara baru bagi seseorang pemimpin politik yang telah kehilangan kuasa atau menukar arah untuk berkuasa.Jelas ianya bukan kali pertama dan juga bukan kali terakhir,kerana ia akan terus berlaku.Ia bukan saja bagi mereka yang bernama kerajaan tetapi juga pada mereka yang bernama pembangkang.
Jesteru tiada keinginan saya untuk menyenaraikan apa perkara songsang 360 darjah ini.
Saya ingin memberi fokus apa tindakan kita sebagai Melayu supaya segala kepincangan dan semua kebimbangan ini di cari punca untuk kita kembali kepadanya dan memulihkannya.
Mengharapkan pada " orang politik Melayu "tentu tidak bolih,tetapi mengharapkan pada "kuasa politik Melayu " mungkin ada sedikit bolih.
Usaha membawa Melayu bersatu dengan menggunakan politik ternyata gagal kerana memang kehendak orang politik supaya ianya menjadi gagal.Walau ia dikatakan naungan kearah Melayu bersatu ini bukan calang calang penaungnya,tetapi kehendak politik menjadikan ianya tetap gagal.
Jesteru kelompok ini perlu kita tinggalkan.Bukan individu nya,tetapi pegangan politiknya.
Dato'
Selain agama,keinginan dan hasrat juga satu keperluan yang menjadi keutamaan manusia Melayu-Islam.Sewaktu berkata tidak,hakikatnya memang begitu.
Tun M masih bisa ungkapannya.Cakapnya masih dihurmati olih kebanyakan manusia Melayu di bumi Malaysia.Ungkapannya pernah meruntuhkan satu "rangka dinasti" didalam pemerentahan.Jesteru tidak salahnya jika ungkapannya juga bolih digunakan mengembalikan penyatuan satu bangsa yang pernah bersatu sebelum ini.
Jika orang politik menolak penyatuan,kenapa tidak di arah tuju pula pada mereka yang tidak menjadikan politik sebagai darah dan dagingnya.Jumlahnya ternyata lebih ramai dari mereka yang menjadikan politik adalah segala gala baginya.
Saya cadangkan Tun M mulakan dengan pengaruhnya dengan memikir Melayu-Islam melangkau batas batas politik.Cakap cakapnya masih didengar.Dan jika cakap cakapnya tidak mahu didengar,Tun M bolih sekali lagi merudumkan kerangka dinasti terbaru ,sehingga pencarian bagi mendapatkan mereka yang mahu kepada hasrat dan keinginan Melayu mendapat haknya tercapai.
Jika kesilapan terdahulu Melayu Kelantan dan Terangganu dinafikan royalti minyaknya,apakah tidak bolih demi negeri Melayu kesilapan ini diperbetulkan.
Jika kawasan luar bandar terlindong dari pembanggunan,apakah tidak bolih diperbetulkan dengan membawa pembanggunan kearah situ.
Saya percaya ketidak puasan akan berkurangan dan dengan kurangnya ketidak puasan akan sedikit sebanyak akan mengembalikan Melayu pada tapaknya.
Sekali lagi saya berkata,orang politik tidak sebanyak orang tidak berpolitik.Menjadi ahli UMNO atau PAS dan PKR(Melayu) belum tentu bolih dikatakan ianya orang politik.
Kelompok ini lah yang perlu kita halakan.Tidak guna jika platform NGO jenama politik digunakan kerana hanya kerana jenama ini saja sudah menyebabkan orang tidak punya keinginan politik menjauhinya.
Jika platform politik dan NGO jenama politik gagal menyatukan Melayu,tidak salah kita mencari satu platform yang tidak ada langsong unsur unsur mirp kepartian.Memang sukar,tetapi usaha kerarah itu perlu dicari.
Tun M mungkin bolih menjadi pemimpin kearah ini.Ramai pasti berkata,bolihkah Tun M memisahkan politik pegangannya yang memang sebati dengannya.Saya berkata bolih asalkan Tun M mahu ia berlaku begitu.
Kita jangan lupa,kita juga punya benteng yang kukuh bagi mempertahan hak Melayu.itu pun jika kita mahu.Dengan sistem satu badan satu undi mungkin kita akan hadapi sedikit kesukaran untuk mengembalikan apa yang telah hilang dan bakal hilang,tapi benteng ini jika terpaksa digunakan,perlulah kita pergunakan sebelum kita hilang segala galanya.
Akhirnya,bagi saya,jika mahu berbicara hak dan kedudukan Melayu dipertahankan,ada ketikanya peti undi dan jalanraya bukan lah tempatnya.
Minta Y.Bhg. Dato' dan para pembaca yang budiman sekalian tolong promosikan & sokong blog2 yang banyak membongkar sejarah realiti Bangsa Melayu, termasuklah menjawab semua tuduhan liar puak2 Racist ni :
i) mistisfiles.blogspot.com
ii) lokalgenius.blogspot.com
iii) ibnurusydi.blogspot.com
iv) riwayatmelayu.blogspot.com
v) halamansrikandi.blogspot.com
vi) susorgalor.blogspot.com
Terima kasih!
Dato' AKJ,
Masalah paling besar adalah apabila mengaitkan soal-soal bangsa dengan survival politik sesebuah parti ; walhal jika diperhatikan , rencana-rencana dasar yang dilaungkan oleh parti-parti itu membunuh nasib bangsa sendiri.
Jujurnya saya masih beranggapan bahawa politik merentasi bangsa adalah platform paling baik, dengan mengenengahkan ideologi masing-masing secara langsung sesebuah parti politik akan berjaya mempertahankan survival sebuah bangsa dan kita mungkin tidak akan lagi berhadapan dengan soal-soal rasis atau chauvinisme.
Kita tidak perlu MCA untuk Cina, MIC untuk India atau UMNO untuk Melayu, yang perlu ada hanyalah Barisan Nasional dan lawan BN adalah susuk tubuh Pakatan Rakyat.
Jika ini direalisasikan dengan baik, dan media memberi ajaran baik untuk rakyat, nescaya hasilnya akan memakmurkan masyarakat tanpa perlu mendalami perbahasan panjang soal bangsa yang tidak membawa kita ke mana-mana, malah lebih teruk menyebabkan kita statik. Lumpuh dalam mati.
Itulah Dr Mahathir, Nik Aziz apa dia buat? pecah-belah-hancor...
azienmat
Betul la dulu Tanah melayu, tp yang menjual Tanah Melayu pd pendatang tu siapa??Kalau bukan TAR kpada LG Tong.TDM kpd Vincent Tan.Skrng tanah KTM tu nak jual ( JV?) dgn Spore..
Mengapa kami anak muda terpaksa bekerja di syarikat2 milik bukan Melayut di tanah pusaka orang melayu ni? Dimana sykt Melayu yang besar selama TDM perintah selain Syed Mokhtar yang boleh menyediakan peluang pekerjaan?
Sedar lah TDM, saya sebagai nak muda Melayu dah muak benci sgt dgn ucapan sebegini...Kamu penting kan sedara mara, kroni umno sahaja..
Dato' AKJ,
Terdapat orang Melayu yang tidak menghargai diri serta maruah mereka sebagai orang Melayu! Mungkin mereka ini terdiri dari golongan yang boleh ditakrifkan sebagai "golongan yang sudah kenyang" dimana mereka telah berjaya didalam kerjaya serta kehidupan mereka dan cukup simpanan masa depan untuk anak cucu mereka hingga entah berapa keturunan.
Apa yang Tun M cuba ingatkan kepada semua orang Melayu adalah fakta Sejarah yang sebenarnya dan bukan fakta yang telah diputar belitkan. Sejarah telah membuktikan bahawa ini Tanah Melayu dan Kesultanan Melayu telah ujud sejak tahun 1400. Bagaimana pula orang Melayu sendiri tidak dapat memahami fakta sejarah ini?
Kalau dimasa lalu Sejarah merupakan satu mata pelajaran disekolah maka seharusnyalah ianya dikembalikan kesekolah agar generasi muda dan generasi akan datang memahami fakta sejarah yang sebenarnya dan bukan Sejarah yang telah diubah mengikut citarasa ahli-ahli politik.
Azry Hisham
Datuk AKJ, for all their pretentions and posturing, many of your debaters are actually naive and shallow. There's not new or special in Dr Mahathir's assertion. Malaya is the inheritance of the Malays as much as China is the inheritance of the Hun Chinese and India of the Indians.
In this contacts in think a Chinese like me can better relate to what the Tun had said. That's because in China, where my great-great grandparents came, they have minorities. Aside of the dominan Han Chinese, there are over 50 classified and recognised minorities number over 120 million.
The Hun Chinese continue to have problems with some of these minorities due to religious, cultural and geographical divides. The situation is worse in India with religious, linguistic, economic and class (caste) divides. There are more racial and religious violence and killings in India.
But many of your debaters seem unperturbed by their ignorance of the history of this country and the histories of China and India where their forefathers came from. The Malays may be the inheritors of this country, but the fact is Malaysian Chinese and Malaysian Indians are better off than their families and kins living in China and India. I wonder why the Malays are not much more angry and strident given the fact that the the rich Chinese and Indians have been manipulating them for decades.
Xiao Long
masalahnya datuk yg dikatakan melayu tulen kini adalah 90% pendatang seawal2nya belah atok,majoriti melayu msia ada link di indon,kalau belah pantai timur dari kemboja&thai..mungkin datuk pendatang yg 10% yg dah lama sikit sebab dah tak ada link indon/siam yeke?..umumnya org kedah sama ada dari acheh atau siam..mana ada bangsa melayu yg asal usulnya semenanjung msia kecuali org asli...
kalau dulu british bawa balik india cina kenegara asal,bagaimana dgn pendatang beratus tahun sejak zaman melaka yg berpuluh generasi seperti kaum ceti india dan kaum baba cina masih wujud hingga kini,ikutkan mereka lagi awal dari 90% pendatang tafsiran 'melayu'...itu belum lagi kira pendatang lebih lama zaman rejendra chola di utara,mesti keturunan mereka wujud lagi,bukankah sisa2 sejarah mereka tertanam dibumi kedah dan perak...
buat apa nak timbulkan isu2 kaum ni semua?..puncanya melayu tak mahu berdiri sama tinggi duduk sama rendah itulah masalah sebenar!
dah biasa diajar kasi ikan,patutnya diberi pancing,ketagih tongkat...
Salam,
Tun M sepanjang yg saya tahu sentiasa menyalahkan orang lain dalam soal Melayu. Beliau tidak pernah mengakui kesilapannya selama mana memerintah negara ini banyak dasar-dasarnya yg telah memusnahkan orang Melayu.( Mungkin Dato AKJ tidak setuju).Rasulullah mengajar kita, meletakkan Islam mendahului segala kepentingan lain jika mahu menjadi umat yang terbaik. Malangnya Tun M sentiasa memerangi usaha-usaha menyuburkan Islam dalam diri orang Melayu khususnya generasi muda. Akibatnya generasi muda Melayu kita hilangan benteng terakhir mereka.
Ada sahabat marah sangat dengan DAP. Marahkan DAP dalam soal hak orang Melayu ni serupalah dengan kita seranah Zionis yang menzalimi orang-orang Palestin, hanya membuang masa...
Tentang sejarah, Dato AKJ mungkin terlupa bahawa kejatuhan kerajaan Melayu Melaka bukan kerana orang Melayu Melaka tak bersatu, tetapi semuanya bermula dengan kezaliman pemimpin Melayu terhadap orang Melayu pada waktu itu.
Salam Dato'
"Penawar kepada maladi (penyakit) bangsa ini, kata Dr Mahathir, adalah perpaduan."
Komen: Saya tetap dengan pendirian sebelum ini, orang Melayu hanya boleh bersatu padu dan maju jika kesemua ajaran Islam dilaksanakan di negara ini yang mnecakupi komponen akedah, akhlak dan syarah, dalam erti kata mengseimbangkannya.Maksudnya lagi, bukan suku-suku, bagian-bagian seperti yang dilakukan selama ini.Mustahil? Tanya ahli sejarah, apakah ajaran Islam yang dilaksana dan tidak dilaksanakan dinegara ini semenjak orang Melayu menjadi Islam hingga Inggeris menjajah negara ini.
Salam Dato,
1.Terimakasih dengan paparan artikel yang menyengat.Tun masih kuat semangat dan semoga Allah bersama nya dan Dato. Insyaalah
2.Kini bisul-bisul dalam badan-badan yang bencikan melayu dah jadi nanah busuk.Manusia buta sejarah selalu memesongkan fakta.Singapura dah buat.Kini mereka nak adaptasi di Malaysia.
3.Tapi semua orang pun tahu.Satu dunia tahu.Pakar sejarah lagi tahu. Arkib sejarah melayu mesti di simpan rapi.
4.Izin ulang balik kenyataan :
Dr Mahathir berkata, kalau kaum-kaum di Malaysia terus memperjuangkan hak masing-masing berdasarkan negara asal mereka, maka ini jelas membuktikan bahawa mereka mengaku mereka adalah pendatang.
Menjawab pertanyaan mengenai 1Malaysia, Dr Mahathir berkata tinjauan rambang memberi gambaran bahawa kepada orang Melayu 1Malaysia bererti satu aliran sekolah. Jadi mereka mahu sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kepada orang Cina dan India pula, kekalkan sekolah Cina dan Tamil, tapi hapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu
5.Dato dan belasah jenis-jenis anon yang enggan berpijak di bumi nyata. Sentiasa meludah bila kesempatan. Apa yang mereka ludah hanya kebencian yang di pupuk dari kecil pasca merdeka.Macam Dato kata lempar batu sembunyi tangan. Susahkah mengakui kebenaran?
6.Dato bukakan lagi kebenaran... untuk parasit yang lentok dengan 'merry christmas' dan salji palsu ...
Datuk YM, saya terbaca petikan ini dalam MI berbunyi: KUALA LUMPUR, Feb 2 — Tun Dr Mahathir Mohamad’s call for non-Malays to accept and integrate into the dominant Malay culture has been called outdated by political analysts, who added it would not have much impact among Malaysians.
Monash University’s Dr James Chin said such thinking was “old-fashioned” as more developed nations like Australia, Britain and the US have adopted a more inclusive definition of multiculturalism — one which allowed their citizens to profess more than one identity.
He added that while first-generation non-Malays might have had links with their country of origin, non-Malays born in Malaysia no longer have such ties.
Jadi apakah rakan dunia kecendekiawanan saya itu bermaksud berkata orang Cina dan India juga "old fashioned" karena mereka masih mahu sekolah Cina dan sekolah Tamil sedangkan Singapura yang dikira lebih dinamik dan berjaya sudah lama membuang sekolah Cina dan Tamil?
Di Tiongkok mereka hanya ada bahasa Mandarin. Bahasa yang tiada bangsa. Mandarin adalah bahasa pentadbiran. Di India sampai dewasa ini mereka tidak ada bahasa kebangsaan. Karena itulah di Malaysia diajarkan satu bahasa India sahaja yakni Tamil. Ini pastinya tidak adil kepada India dari daerah dan wilayah bahasa lain umpama Urdu, Hindi, Punjabi dan Bengali. Yang melantik diri mereka sbg jurucakap orang India Malaysia adalah orang Tamil yang umumnya beragama Hindu sedangkan ada India Malaysia yang Muslim, Sikh, Kristian dan Buddha. Kapada saya perwakilan Tamil ini adalah tidak lengkap dan tidak adil.
Profesor Pencen
Bangi
salam dato
minta maaf untuk mencelah, tapi jika dato mengatakan yang ramai buta sejarah,saya rasa dato juga mungkin buta sejarah. memang betul dato mengupas tentang semenanjung yang mempunyai kekayaan sumber emas sejak tamadun greek lagi,tapi pelombong dari china dan india tidak datang pada 1800,mereka telah berada pada 200ad lagi iaitu pada zaman kerajaan gangga negara yang menguasai hampir seluruh semenanjung dan mereka terus menetap di sini.
gangga negara itu juga berasal dari bahasa sanskrit dan dinaungi agama hindu. sila lah rujuk maksud gangga negara, dan kedaram. dan silalah rujuk keturunan raja2nya dan merong mahawangsa,ia bukanlah hikayat semata2.
dan dilihat dari aspek sains, bangsa melayu itu sendiri DNA nya adalah gabungan DNA Mongoloids dan dravids iaitu lebih kurang DNA orang cina dan india yang telah menetap awal dan membuka tanah ini.
apa yang saya ingin sampaikan ialah, orang melayu ialah "by-product" semata2 daripada kedatangan orang cina dan india ke tanah ini, jadi bagaimana kita ingin mengatakan kita adalah tuan di sini?
tentang mempertahankan hak masing2,dato memang benar tentang bagaimana sesebuah bangsa harus mempertahankan hak nya dan tidak menindas bangsa lain. tetapi, pada pendapat saya, sudah tibanya masa untuk kita menggunakan sistem meritokrasi yang lebih adil untuk semua supaya kita dapat produk negara yang lebih jitu dan menerapkan semangat kenegaraan daripada kebangsaan yang hanya memeceah-belahkan kita sebagai rakyat malaysia. sekian.
Minta penjelasan.
Disebutkan, salah satu faktor yang meyebabkan Melayu (dari segi politik) terpaksa bergantung kepada kaum bukan Melayu adalah kerana Melayu 'korup'.
Penawar yang dihadapankan ialah 'perpaduan'.
Bagaimanakah perpaduan dapat meyelesaikan masalah korupsi di kalangan kaum Melayu?
Bagaimana pula akan perpaduan dapat menyelesaikan masalah kelemahan kaum Melayu dari segi ekonomi? Adakah perpaduan akan mejadi kaum Melayu lebih bijak dan bekebolehan?
Dato'
Saya sebagai seorang Iban di Sarawak dan beragama Kristian berasa amat dukacita and terharu bila Tun Dr M dan Dato kata Malaysia adalah Tanah Melayu.
Sarawak and Sabah bukan Tanah Melayu dulu, kini , dan selamanya.
Sabah dan Sarawak adalah dimiliki oleh Iban, dayaks, Kadazan etc tapi bukan oleh orang melayu .
Orang Malaysia YA, tapi bukan orang melayu! Paham tak?
The Malays are among the original people of Nusantara. DNA profiling would further help to establish the inter-connectedness of the various races, ethnics,tribes of the Malay Archipelago. Much have been written and who's who in Nusantaran historiography (partial) is given below:
Antiquity - Ivor HN Evans, Thomas Braddell, Tom Harrisson, Wilhelm G Solheim, Paul Wheatley, Brian AV Peacock, Peter Bellwood
History - RO Winstedt, W Linehan, KG Tregoning, Frank Swettenham, Buyong Adil, Khoo Kay Kim, Muhd Yusof Ibrahim, Muhammad Yusoff Hashim, Zainal Abidin Abdul Wahid, JM Gullick, Abdullah Zakaria Ghazali, A Talib Ahmad
Culture - WE Maxwell, RJ Wilkinson, RO Winstedt, Ivor HN Evans, Hugh Clifford, Abdullah Sidek, Shamsuddin Saleh, Mohd Taib Osman, S Singaravelu, Abdul Latiff Abu Bakar, Hashim Awang, AR, Ismail Hamid, Zaharah Taha
Literature - Pramoedya Ananta Toer
Education - Za'aba, Awang Had Salleh
Islam - Haji Abdul Malik bin Abd Karim Amrullah (HAMKA),Syed Shaykh al-Hady, Wan Muhd Saghir Abdullah, Syed Muhammad Naguib al-Atas, Shafie Abu Bakar
Agriculture - IH Burkill, HN Ridley
Politics - William R Roff, Mohammad Redzuan Othman, Abdullah Zakaria Ghazali
Ethnomedicine - JD Gimlette
Orang Asli - Ivor HN Evans, JR Logan, Iskandar Carey
Melanau - George Jamuh
Iban & others - Ivor HN Evans, Benedict Sandin, Anthony JN Richards, J Derek Freeman
Sarawak - Robert Nicholl, Tom Harrisson, Nicholas Tarling, RH Reece
Brunei - William H Treacher, Robert Nicholl, Donald E Brown, Awang Mohd Jamil al-Sufri
Srivijaya - Slametmuljana
Barus - Jane Drakard
Java - Douwe A Rinkes, Merle C Ricklefs, GWJ Drewes
Acheh - Teuku Iskandar, Anthony Reid, A Hasjmy
Minangkabau - Umar Junus, RO Winstedt, Norhalim Ibrahim
Riau - Raja Ali Haji ibn Ahmad, Abu Hassan Mohd Sham
Sulawesi - Christian Pelras
Maluku - James T Collins
Moro - Gregrio F Zaide, CA Majul, Najeeb M Saleeby
Patani - Kobkua Suwannathat-Pian, Chandran Jeshrun, Nik Anuar Nik Mahmud
dulu saya ada ikut orang ojibway red indian kat kanada. saja la nak tengok nasib rakyatnya jadi kaki judi dan kaki todi kerana sikap selesa dan complacent mereka. Nasib baik la kerajaan kanada tak de putus kan terus hak mereka. dia orang ada pepatah lebih kurang cam ni la
tidak sehingga semua sungai kering
tidak sehingga semua ikan tiada
tidak sehingga kaum indian hapus
baru la nak mengaku tanah ini tanah pusaka.
ojibway 92
Kalau pemimpn Melayu dan orang Melayu amnya rajin baca Quran hari-hari dan tahu akan maknanya setiap ayat dalam Quran mereka tentu sedar akan pentingnya perpaduan ummah. Tapi saya rasa orang Melayu Islam tidak dapat menghayati akan pentingnya perpaduan ummah sebab saya rasa mereka hanya membaca Quran hanya sekali seumur hidupnya dan tidak tahu pun apa makna yang terkandong dalam Quran. Yang membaca Quran ada juga membacanya seperti orang mualaf.
Kesimpulannya orang Melayu hidupnya tak tentu hala dan tak ada prinsip hidup sebagai orang Islam. Ada segelintir orang Melayu menganggap diri mereka sebagai ulamak besar tapi apabila berdakwah tidak memperlihatkan sebagai tokoh yang boleh menyatupadukan ummah. Sebaliknya dia menjadi sombong dengan memberikan "fatwa" yang mengelirukan hingga orang Islam berpecah-belah hinggakan tergamak kafir mengkafirkan sesama orang Islam.
Inilah mind set orang Melayu. Haprak dan HP6.
Orang Melayu dari dulu sifat peribadinya lebeh banyak mirip kepada yang negatif daripada yang positif.
Bagaimana nak ubah sikap orang Melayu? Ada ke harapan? Jawabnya "ground zero" sampailah Melayu hilang di dunia.
Cermin cerminlah selalu wahai orang Melayu !!! Kesian !!!
Apabila saya baca komen-komen dalam blog Datuk saya agak kecewa sekali kerana kebanyakkan komen-komen tak ada unsur intellectual dari segi pemikiran. Lemah pemikirannya. Tak sampai ketahap yang boleh di buat pedoman.
wak karto
Dato ;
Bagaimana dato nak jelaskan yang Tanah Rizab Melayu selepas ditinggalkan penjajah semakin terhakis dan mengecil ? Siapakah yang bertanggungjawab ?
Bukit Genting dijual kepada Goh Tong .Siapakah bertanggungjawab ?
Tanah Rizab Pulau Pinang telah tergadai . Ketika pemerintahan siapa ?
Hatta di Alor Setar sendiri kjaan BN dahulu telah menukarkan dari hakmilik kekal kepada bebas semata2 untuk pembangunan yang akhirnya dikuasai cina ? siapa bertanggungjawab ?
Jadi Dato kita jangan gah menjerit sedangkan belakang penuh lumpur . Dr. Mahathir gah menjerit hak melayu sedangkan dia sendiri dah menggadaikan hak tersebut.
Boleh tak dato ceritakan bilakah enakmen tanah rizab melayu diubah untuk membolehkan ia dipajak kepada bukan Melayu ? Siapa yang bertanggungjawab ubah benda nie ..
There are millions PATI dan non-PATIs in this country. Most of them live in urban and sub urban localities just like the Chinese and the Indians.
Let say all these foreigners managed to stay longer than expected. And let say when the time come for them to be pushed back to where they were originated from but for some reasons refused to do so.
And just imagine the kind of reaction by our political parties if those illegal foreign workers claims that they are not "pendatang". The reason is that they live in the urban and sub-urban areas!!!
Kah-Kah-Kah
Dari M'kini:
Plainclothes cops slap and rob pregnant woman
Satu lagi yang boleh atas nama MELAYU. Inilah kebanggaan kita orang Melayu walaupun dah bertahun-tahun ada kuasa politik. Dah gagal 22 tahun tuduh pulak orang lain. Dan orang Melayu sokong dan puji!
MI
Dear Dato'
We have everything. We also have nothing. We must acquire knowledge, skills and the right attitude. We use to be good farmers, pesawah, pekebun. Now anak nak pegang tanah pun jijik. Pegang cangkul dan parang tak boleh. Can't even pull out the weeds from the garden! Panjat pokok jangan nanti jatuh. Manja teramat manja. Very proud of raising hamsters...Bela beruk pun baik lagi boleh juga minta tolong ambil buah kelapa!
Contoh lagi, kenapalah nak gunting rambut pun tiada tukang gunting Melayu. Kemahiran-kemahiran ini tidak menjadikan jutawan tetapi mengasah jiwa menjadi tenang dalam susah dan senang. Sawah tak seberapanya pun diubah tanam kelapa sawit. Sayur harian beli dipasar. Kampung begitu-begitu juga. Datuk dan nenek sementara ada.
Anak-anak kampung berumah dipinggir-pinggir bandar. Cucu-cucu bermukim dipasaraya.
Bergaduh, berhasad dengki perkara biasa. Bak kata orang macam ketam dalam bakul.
Kemahiran tradisi hilang, yang diraih pula tak seberapa.
So, what are we proud of?
Kita hanya boleh mengubah diri kita. Be healthy and be strong. In every sense.
Xeronine
Assalamu Alaikum Dato'. Bila saya dengar tentang definasi melayu, saya rasa saya tergolong dalam kategori tersebut. Tapi sayangnya, bilamana sedara mara kami yang mendapat tempat di MRSM/uiTM, kami di arah berhenti apabila mereka dapati kami Mamak/Malbari. Patut ke Dato'. Tolong ulas. Terima kasih.
UMNO tidak ada moral standi untuk memperkatakan perihal Tanah Melayu. Sebalik nya kaum Melayu sekarang sedang menuai apa yang mereka semai selama 54 tahun menyokong UMNO.....
1.UMNO lah yang menghapuskan segala indentiti Melayu dari bumi bertuah ini di segenap sudut..
Tanah Melayu jadi Malaysia, Lembaga Letrik Tanah Melayu jadi TNB, Kereta Api Tanah Melayu jadi KTMB....
2. UMNO menghapuskan tulisan jawi yang merupakan indentiti teras keintelektualan Melayu.
3. UMNO memperlekehkan bahasa melayu sebagai bahasa saintifik dengan mengajar sains & matermatik dalam bahasa inggeris.
4. UMNO telah menggadaikan kuasa politik melayu apabila memberi MCA & Gerakan bertanding dikawasan majoriti melayu dalam pilihanraya.
5. Selama 54 tahun UMNO tunduk kepada MCA & Gerakan dalam menghapuskan sekolah aliran Cina & Tamil serta mengujudkan sistem sekolah kebangsaan untuk semua.
6. Selama lebih 50 tahun UMNO melimpahkan segala kemewahan pembangunan kepada P.Pinang , Selangor, WP, Melaka , Perak kawasan majoriti bukan melayu sebalik nya kedekut dengan negeri majoriti Melayu ; Kelantan, Kedah Terengganu , Perlis & Pahang.
7. Selama 54 tahun UMNO memerintah...
Nik Aziz kah yang menyerahkan Singapura pada Lee Kuan Yu ?
Nik Aziz kah yang menyerahkan P.Pinang pada Gerakan sedangkan UMNO mempunyai ADUN majoriti ?
Nik Aziz kah memberi konsesi IPP kepada YTL selama 30 tahun ?
Assalammulaikum Dato.
Yang anihnya dato ramai orang Melayu yang tak sedarkan diri yang tidak menyakini bangsa sendiri.
Satu ketika dahulu, agama digunakan untuk memecah belahkan orang Melayu, tapi sekarang ini agama masih digunakan untuk memecah belahkan Melayu dengan cara yang lebih dasyat lagi. Perpecahan Melayu disebabkan politik semakin menjadi-jadi. Dahulu Pas, selepas tu semangat 46, dan sekarang ini PKR.
Kumpulan Melayu yang dahulunya kuat dalam Politik tanah air semakin mengecil. Ini semua angkara pemimpin yang tidak memikirkan masa depaan anak bangsa sendiri. Pemimpin yang tamak kuasa, pemimpin yang tidak melihat perpecahan akan merugikan bangsa sendiri.
Y.Bhg Datuk AKJ,
Saya mencari-cari teks penuh ucapan Tun dalam majlis itu tapi tak ada, jadi susah sikitlah nak paham maksud beliau dengan konteks yg sebenarnya.
Apa yg saya buat ialah mencantumkan beberapa berita yang dilaporkan dari sana-sini untuk dapat gambaran konteks yg sehampir benar. Tetapi sukar juga kerana berita-berita yg dilaporkan bercampur-aduk di antara laporan ucapan Tun dengan laporan sesi soal-jawab dengan press selepas Tun berucap.
Bukan apa Datuk, isu yg dibangkitkan oleh Tun boleh dikira besar. Mudah sangat orang-orang nak spin, dan mudah juga masyarakat termakan spin.
Apa yg menarik, saya tidak berjumpa dengan apa-apa berita mengenai “Malaysia adalah Tanah Melayu” atau tajuk yg berhampiran dengannya samada di akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama. Apa yg ada pada ketiga-tiga akhbar tersebut hanyalah laporan berita mengenai ‘status Melayu’ atau ‘politik Melayu’ yg menceritakan berkenaan kelemahan-kelemahan Melayu, atau lebih kurang kaitanya begitulah.
Berita-berita tersebut berbunyi agak adil kerana ianya menekankan isu perpaduan Melayu, isu politik Melayu yg berpecah-belah, dsb. Tidaklah nampak ‘extreme’.
Akhbar-akhbar The NST, Malay Mail dan The Star langsung tak ada apa-apa laporan mengenai ucapan Tun tersebut (saya tak tau nak baca akhbar Cina dan Tamil, jadi tak boleh nak kata apa-apa).
Akan tetapi, portal berita online Malaysian Insider begitu lain sekali laporannya. Ada berbaur ‘melaga-laga’ dengan mengetengahkan “Malaysia is Tanah Melayu” sepertimana yg Datuk petik dan komen di dalam posting Datuk ini. Terdapat juga laporan kedua dengan memetik pendapat-pendapat dari beberapa ahli akedemik tentang ucapan Tun tersebut. Semuanya mengutuk. Maklumlah mereka membuat laporan berita mengikut perspektif mereka yg selalunya tidak menyokong kerajaan.
Justeru, saya bersetuju dgn tindakan Datuk membuat posting ini dengan memberi perspektif sebaliknya terhadap laporan MI tersebut. Sekurang-kurangnya tidak bertambahlah angka org-org Melayu yg ‘terlopong mabuk’ membaca laporan MI itu.
Gong Xi Fa Chai kpd pembaca-pembaca Cina.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Salam Dato,
Bagus tajuk ni.
1.APA kata kalau gomen buat 100% banci keatas bangsa melayu...TANYA DEPA NI MASIH NAK JADI MELAYU KA BUKAN MELAYU sekarang ni.
2. BANCI CINA DAN INDIA..100% tanya depa nak jadi rakyat MALAYSIA ATAU TIDAK sekarang ni.
4.LEPAS itu, bincang diparlimen, buat undang undang khusus untuk perkara ini....JPN BOLIH LAH gugurkan kerakyatan mereka yang TAK MAU,TAK TERIMA,TAK MENGAKU negara ini, tak kira laa orang MELAYU,CINA , INDIA yang sepertinya...LAYANLAH MEREKA seperti bangla,vietnamese, nepalese,sri lankan etc...
5.KALAU DAH ex-citizen tu nanti, bolihlah kamu kamu semua kutuk MALAYSIA ni....
6.KALAU tidak jangan nak marah kalau jumpa badan terpisah pisah akhirnya nanti....
7.MEMPERTAHANKAN UGAMA DAN BANGSA biar sampai mati.....
Melayu ni kalau SEMUA SEKALI naik `angin' bolih kacau nanti.
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk,
Malaysia bumi org melayu? Betul tu.Tapi sapa yg bagi tanah pusaka ini pd bangsa lain.Beribu ribu ekar Bukit Tinggi Pahang diberi pd Vincent Tan.Genting Highland diberi pd Lim Goh Tong.Separuh Pulau Pangkor diserahkan kepada tokeh Cina.Tanah KTM di Singapura 40% akan diberikan kepada Singapura.BYk kes lagi beribu ribu ekar tanah diberi pd tokeh tokeh Cina oleh UMNO.Tanah diberi pd tokeh tokeh cina bukannya pd rakyat cina yg miskin dan tak bertanah.Tapi diberi pd mereka yg akan bagi pau pd UMNO.
Bukan DAP yg buat semua tu.Kita perlu membincangkan siapa sebenarnya pengkhianat pd bangsa melayu.Bangsa melayu tidak sepatutnya bodoh dan berterusan percaya pd UMNO yg terang terang mengkhianati melayu.
Saya merasa amat jengkel dgn org org2 UMNO dan NGO NGOnya yg memekik pasal tanah melayu,hak hak org melayu,ketuanan melayu.Merekalah sebenarnya yg memijak bangsa melayu ini.
HOW LONG UMNO WISH TO PRETEND???PLEASE..
saya cukup setuju dengan kata kata Dato yang berbunyi: "Oleh kerana minat Inggeris di Tanah Melayu adalah ke atas kekayaan bumi"
Memang orang Inggeris telah membawa balik hasil mahsul negara kita ke negeranya.
Dan inilah juga yang ditanam kedalam jiwa para pemimpin Melayu Umno sehingga hampir keseluruhan apabila ada ruang dan peluang untuk kumpul harta mereka kumpul harta sebanyak bayak yang boleh.
Minat kumpul harta ini membuat mereka lupa untuk mempertahankan hak tanah Melayu sehingga terjadinya masa depan orang melayu begitu gelap dalam serba serbi.
Kalau dulu orang Inggeris yang angkut hasil negara dibawa balik kenegaranya.
Tapi apabila umno berkuasa selama 50 tahun lebih para pemimpin yang di beri amanah untuk mempertahankan hak Melayu hantar harta mereka ke negara orang inggeris konon disimpan di bank bank yang menggunakan kos nombor tanpa pewaris.
Kita tak tahu kenapa mereka tergamak berbuat demikian.
Mungkin jiwa mereka sudah dijajah sekian lama sehingga lupa untuk mempertahankan hak orang melayu.
Saya rasa Tun Mahathir yang paling lama menjadi perdana menteri Malaysia cuba membersihkan dirinya yang barangkali sudah tercemar dengan tindakannya selama ini.
Barangkali. itulah satu satunya jalan pintas untuk dirinya yang usianya sudah senja itu.
Salam Datuk...
Saya menjawab ubrahim di atas yg berbicara soal link Indonesia,
Malayu adalah penghuni Kepulauan Melayu.
Melayu Proto : Orang Asli, Dayak Dll
Melayu Deutro : Jawa, Bugis, Banjar, Acheh, mendiling, boyan, rawa dan sebagainya.
Semua mempunyai dielek yg berbeza tapi disatukan oleh bahasa Melayu Malaysia, bahasa melayu brunei atau Bahasa Melayu Indonesia.
Soal yg datang dari Indonesia itu kerja orang putih yg mensepadankan Alam Melayu melalui perjanjian British- Belanda 1824. Sebelum itu telah ada Empayar Johor-Riau. Disini lah alam melayu.
Seperti India yg Telugu, Malayalam, Kannada etc tanah benua dan DNA mereka tetap bertebaran sekitar India, Bhutan, Nepal, Sri Lanka, bangladesh.
Seperti Cina samada Hakka, Hokien, Tewchu etc DNA mereka tetap bertebaran di China, Jepun, Korea, Vietnam, Mongolia.
Juga sampai bila pun Melayu yg ada di Surinam, Seychelese, Maldive akan kekal dianggap Pendatang kerana ia tidak berada di alam nya.
oleh
Kabin si Melayu Banjar
Dato',
Saya dah tidak boleh mengharapkan bangsa Melayu sendiri untuk survive. Faktor bangsa lain memang mudah dijadikan alasan dan dipolitikkan. Yang pasti, sebahagian Melayu sendiri yg mengkhinati bangsa dan Tanah Melayu! Siapa yg boleh menafikan kenyataan ini?
Bagi saya, Melayu lemah lebih disebabkan faktor dalaman, sikap kita sendiri yg termasuk peel dan kegilaan pemimpin2 kita terhadap kekayaan, harta dan kesenangan keturunan/kaum kerabat.
Suatu hari nanti, saya dapat bayangkan bagaimana anak2 saya akan terasa asing di bumi yg dikatakan 'tanah pusaka' ini.
Boleh atau tidak, untuk sekian kalinya, kita atau pemimpin2 Melayu kita amanah dan jujur kepada bangsa sendiri? Tidak khianat? Tidak mulut berkata lain tetapi tindakan menunjukkan sebaliknya?
Saya dapat rasakan tanah pusaka ini makin hilang daulatnya. Tidak rasakah begitu?
Mohon sdr khairul jangan jadi pembinasa bangsa.
Buta sejarah ialah orang yang di momokkan dengan sejarah yang di cipta penjajah.Tafsiran sejarah mereka memihak kepada fakta-fakta hipotesis agar kita sentiasa tunduk dengan kekuasaan penjajahan mereka.
Berapa banyak negara dunia di jajah dalam diam?Kehebatan melayu telah di padamkan supaya tidak boleh bangkit kembali untuk masa yang lama...Orang Melayu Bangsa Yang Hebat!Sejarah orang melayu di catat dalam bentuk bunyi bahasa dan lidah mereka, kemudian di rekod dalam tulisan mengikut lenggok bahasa penjajah dan jiran pedagang.Sebutan asli perkataan dan bunyi sudah tidak asli seperti lidah melayu lagi.
Masih terlalu banyak fakta-fakta di pesongkan dan manuskrip di dalam tangan mereka masih di pendam.Bukan sedikit pula di musnahkan begitu sahaja.
Ingat lagi Amerika menakluk Iraq dan apa yang mereka lakukan kepada artifak sejarah yang tersimpan rapi dalam muzium Iraq?Apa agenda mereka menjahanamkan bukti-bukti ini?
Begitu juga Sejarah Islam yang di manipulasi dan di pesongkan sehingga kita di perdaya sudah sekian lama.Ia hanya di sedari apabila melayu kian celik dengan ilmu dewasa ini.Allah perintah, 'Baca lah!...'
Saya bukan pakar,tetapi siapa yang mengesahkan kehadiran(mala) melayu dan kepulauan nya? Siapa dia orang asli dan penduduk asal Tanah Melayu dan dari mana pula asal mereka? Darimana asal bahasa sanskrit?
Dari mana kesultanan melayu dan apa kehebatan nya sebelum Islam menjadi agama anutan?
Jika saudara pakar sejarah,jangan malu mengaku berbangsa melayu dan menganuti agama Islam.... Jika sebalik nya,mohon maaaf di atas keceluparan saya.
Saya orang melayu.Mati saya pun (insyaallah)sebagai seorang melayu beragama Islam.
Datuk,
Saya berpendapat bahawa Datuk adalah seorang yg berunsur ras. Tetapi ia bukan kerana Datuk bersentuh definasi atau kedudukan orang Melayu dlm Perlembagaan atau kerana Datuk mempertahankan bangsa Melayu. Semua itu memang halal dan hak Datuk dlm suatu demokrasi berperlembagaan.
Jika Datuk berpendapat bahawa segelintir orang menganggap "... sesiapa pun dg bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang dg rasis", itu hanya suatu "paranoia", yg dialami oleh orang2 Melayu seperti Datuk.
Dan "paranoia" (yg juga "juvenile" sedikit) tersebut memang disahkan bila Datuk mengutarakan kenyataan, kononnya "Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi dg sama adalah "hak". Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis... "
Dlm konteks ini, saya tidak berpendapat bahawa hanya sebab seseorang itu berbicara tentang ras bermakna dia rasis. Jika itu benar, semua orang di Malaysia adalah rasis, kerana mentaliti perkauman menembusi seluruh jiwa politik di Malaysia dan kita tidak dapat mengelak dari bercakap tentang ras pada bila-bila masa pun.
Ras & perkauman telah "berdaftar" kedlm "psyche" Malaysia sebaik sahaja kerajaan Perikatan (BN) ditubuhkan dan menjadi kerajaan tunggal negara ini.
Jom kita menyiasat kenyataan Dr M yakni (1) Bumi ini adalah bumi Melayu. Melayu adalah tuan rumah; (2) Melayu menentang Malayan Union; (3) Melayu menuntut kemerdekaan; dan (4) Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari Cina dan India.
Dari segi sejarah (baik sejarah lama mahupun moden), undang2 perlembagaan dan konsep kewarganegaraan (dan kebangsaan) dari segi undang2 antarabangsa, saya hanya dapat akur dgn perkara (2) di atas sahaja.
Berkenaan perkara (1), suatu tesis muktabar ialah negara ini adalah bumi Orang Asli, setakat Semenanjung dan "Natives of Borneo" setakat Sabah & Sarawak.
Berkenaan perkara (3), hakikatnya semua warga Malaya menuntut kermerdekaan, bukan sahaja orang Melayu
Berkenaan perkara (4), hakikatnya, pada waktu itu orang Melayu tidak ada kuasa sepenuhnya dan apa dg dikehendaki oleh mereka tidak kisah seratus peratus. Sebenarnya, jika penduduk2 Malaya (tidak kira bangsa) berhasrat bermerdeka, mereka terkekang mencapai suatu kompromi, iaitu semua penghuni Malaya mesti bersetuju dgn kehendak penjajah, yakni semua penghuni yg lahir di Malaya mesti diterima sebagai warga negara tidak mengira kaum atau agama.
Dlm konteks ini, tolong memahami bahawa pada waktu itu, kemerdakaan tidak bertakluk kepada referendum dg memerlukan akuran orang2 Melayu. Jadi kehendak mereka tidak begitu mustahak dan oleh kerana realiti itu Malaya (dan selepas itu Malaysia) diwujudkan.
Berkenaan soalan Datuk "adakah Dr M rasis... apabila beliau mengulang tegas bahawa Malaysia dimiliki oleh orang Melayu dan sesiapa dg menjadi rakyat negara ini wajiblah menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa dominan?", jawapan saya ialah dia bukan rasis kerana membuat kenyataan seperti itu, tetapi dia sememangnya salah (tidak termasuk perkara Bahasa) dlm pendapat itu. Asas Perlembagaan ialah kesamarataan kewarganegaraan, tidak kira interprestasi sejarah condong Datuk.
Dlm pada itu, saya menolakan hujah Datuk kononnya Melayu ialah tuan rumah bumi Malaysia dan menegaskan bahawa orang Melayu adalah pendatang awal ke bumi ini, diikuti oleh orang Cina & India.
Tentang versi sejarah Datuk berkenaan waktu kedatangan orang Cina & India, sudah lupakah kedatangan orang Peranakan Cina lebih awal lagi?
Tentang kenyataan Dr M “kalau kaum-kaum di Malaysia terus memperjuangkan hak masing-masing berdasarkan negara asal mereka, maka ini jelas membuktikan bahawa mereka mengaku mereka adalah pendatang." Saya akur dan cadangkan supaya parti BN, yg berdasarkan konsep perkauman melalui parti komponen yg berasas ras, dimansuhkan dgn serta merta dan suatu parti baru ditubuhkan seperti PKR yg berdasarkan politik pelbagai bangsa!
Salam,
LJ
Malangnya melayu dah hilang jati diri. Nama aje Tanah Melayu tapi dah dijual, gadai kepada bukan-melayu khususnya tauke china.
ceti india tak rampas pun tanah melayu.
lihatlah Pulau Tioman dan jadi Berjaya punya.
Pulau Pangkor dah dimiliki YTL
Setengah Langkawi Boon Siew punya.
Genting Highland di puncak Pahang siapa punya ?
raja raja melayu pun rela tanah melayu hilang begitu.
Lihat sahaja lah macamana Pulau Batu Putih jadi milik Singapura yang Singapura pun adalah asalnya Tanah melayu punya. Mahkamah Dunia yang mengadili pula. Pemimpin kita asyik syok makan durian dengan pemimpin Singapura.
Kita jual air kepada Singapura sampai kiamat pun pada harga murah padahal dia jual mahal kepada kapal-kapal $2 satu litre.
Kita diperintah oleh BN selama 53 tahun ini. Jangan salahkan orang lain kalau lambat laun hanya tinggal dalam buku sejarah kononnya tanah ini melayu punya.
Di Bukit Kiara, Kg.Kayu Ara, Sg.Penchala dah hilang pun perkampongan orang asli dan melayu. Cuma nampak kondo mewah. Tanah mereka bukan dirampas oleh bangsa pendatang. Siapa memerintah Selangor selama ini ?Melayu dipinggirkan di kawasan setinggan dan flat. Kg.Kerinci pun dah berubah jadi Bangsar South.
Apalah nah bangga dengan ketuanan melayu bila nasi dah jadi bubur !
Tok Kadir, tok sah la dok cakap besar-besar. Melayu ka, Cina ka, India ka sama saja. Kalau dalam politik dan pentadbiran sama saja. BN ka, PR ka semua karut.
1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan apa. Raya Cina baru mula, ayer dah putus, karan dah terganggu. Lampu signal tok sah kira la. Dah mati atau dok klip pok klip pok.
Tapi KPI semua lulus. Bunyi macam khidmat cemerlang. Semua dapat. Tapi kerja macam dulu juga. Bukan pasai apa tapi pasai kita dok pilih kaki malas, kaji rasuah dan kaki bohong tak kira bangsa. Melayu makan rasuah. Cina bagi rasuah. India bunuh dan rogal sama-sama India. Dah hancai negara kita tok. Mai la arnab ka, yang dok lompat kera dengan berok juga.
Banyak kera dengan berok dalam negara kita Tok.
Kamjat Penang
Tok Kadir, dok boring CNY ni. Kedai tutup. Workshop tutup. Kata negeri Melayu. Cina raya nak tukar tayar pancit pun susah. Dalam dok boring ni saya cari maksud Melayu dari wikidepia kata .. Malays (Malay: Melayu Jawi: ملايو) are an ethnic group of Austronesian people predominantly inhabiting the Malay Peninsula, including the southernmost parts of Thailand, the east coast of Sumatra, the coast of Borneo, and the smaller islands which lie between these locations. The Malay ethnic group is distinct from the concept of a Malay race, which encompasses a wider group of people, including most of Indonesia and the Philippines. The Malay language is a member of the Austronesian family of languages.
Ada sapa-sapa nak komen. Saya pun dah naik penin pasai saya ini ada darah mamak tongkang. Tok nenek mai dari India kerja punggah kapai.
Kamjat Penang
TOK..
SAYA LIHAT PLAN MRT..30BILLION SEHINGGA 48 BILLION.YANG MENARIK 7 BILION KERETA PERISAI NEGARA..KERANA SEORANG PENGAWAI TERTINGGI PAT.BANTAH DI ANGGAP SEBAGIA PEMBERI MASALAH KEPADA NEGARA...
"NON BILA MEREKA BUAT DOSA.. YANG BAHAYANYA BALA TURUN KITA SEMUA KENA" itu lah kata kata tok yang masih terpahat dalam jiwa saya..
salam tok...
Dato',
Mintak Tun jawap dulu pertanyaan blogger2 di sini, negara ini diperintah oleh siapa semasa tanah2 dan kekayaan Tanah Melayu di serah dan jatuh ke tangan bekas serta keturunan pendatang ini? Sultan dan raja2 negeri2 Melayu juga tidak terlepas - siapa yg memberi perkenan?
Siapa sebenarnya yg menyebabkan Melayu dan Tanah Melayu hilang di dunia?
Dato yang dihormati..
1. Posting saya 7.45pm 2/2/2011 adalah respon kepada Tun Mahathir serta kapitalis UMNO.
2. Posting saya sudah tentu tidak termasuk ahli UMNO yang berintergriti seperti Dato AKJ, mentua saya, pembantu saya serta pemilik sebuah restoran roti canai saya saya minati. Saya mohon maaf sekiranya Dato AKJ terguris.
3. Dato , pada saya masalah kita adalah mainan kapitalis. UMNO , PAS , Melayu , Cina , India telah di porakperanda oleh kapitalis ini.
4. Barang naik ke, banjir besar ke, PKR perintah Selangor ke, DAP perintah Penang ke, PAS perintah Kelantan ke , UMNO sampai kiamat perintah Malaysia ke, kita rakyat marhaen juga yang merana. Golongan kapitalis serta elit tetap senang lenang sambil meraut untung.
5. Dato AKJ yakin lah pertentangan kaum serta masalah ekonomi adalah mainan kapitalis Melayu/Cina/India
untuk menekan rakyat marhaen Melayu/Cina/India serta meraih keuntungan.
Kamjat Penang,
kalau sudah semua tak bolih pakai,pilih bn pun rasuah,pilih pr pula kaki kelentong,semua bangsa hang tak percaya,pendek kata dalam Malaysia ni tiada siapa lagi yang bolih buat kerja kecuali hang,apa kata aku cadang hang pi bertapa di mana mana gua atau hang naik tingkat 40 bangunan komtar ,kemudian hang terjun.habis masaalah.tapi jangan lupa bawak sama airman_1 kerana sasau dia dah tahab gaban
bukan apa,kalau ikut dia komen via profail dalam blog Dato Kadiak macam orang banyak pengetahuan,ada blog sendiri,tapi penyegan-malas update.blog pun dah mampus.lepas tu komen orang ni tak betoi orang tu tak betoi.orang penyegan macam ni pun kita nak pakai idea dia?..
Datuk, rencana begini sudah tidak ada di surat khabar kita, tak macam semasa Dr. Mahathir dulu. Tapi apa boleh buat Datuk, semua ini 1 Malaysia punya penangan. Alangkah baiknya kalau disiarkan di surat khabar. Tapi itu hanya mimpi saya sajalah, Datuk.
Datuk YM, kuasa orang Melayu, anak negeri Sabah dan Sarawak serta kaum India bawahan masih terletak pada politik. Tanpa kuasa politik mereka akan lebih lemah dari sekarang berbanding dengan orang Cina yang memonopoli ekonomi.
Akan tetapi mereka berdepat dengan dilema yang teruk kerana parti-parti politik yang mewakili mereka lemah. Umno berada di paras paling lemah sejak penubuhannya. Ia sudah menjadi parti yang memakan diri dana dalam proses itu tidak menarik kepada generasi muda manakala PRK walaupun dipimpin Melayu, tetapi hayatnya semakin teranca. Hanya Pas yang menampakkan daya untuk terus segar walaupun dibebani NIK Aziz yang tidak konsisten pendiriannya dan kurang jelas kefahaman politiknya. Nanum Pas sudah berdaya menarik minat generasi muda Melayu.
Pada PRU nanti, orang Melayu akan berdepan dengan dilema politik Melayu yang lemah dan akan terpaksa terus bergantung kapada bukan Melayu untuk menang. Justeru itu, Melayu semakin tidak mampu berdikari dan bebas.
Profesor Pencen
Bangi
Pembahas Ku_Seman, tak mengapalah. Saya rasa sudah ramai pembaca yang mula melayari laman-laman begini untuk mendapat maklumat yang tidak ada dalam media massa arus perdana.
Terima kasih.
53 tahun merdeka, siapa yg memecah belahkan melayu??? UMNO di haramkan 1987 sehingga melahirkan 'UMNO BARU' dan Semangat 46 bukankah masa itu TDM adalah pengerusi UMNO dan PM Malaysia. Pemecatan DSAI 1999 sehingganya tertubuhnya ngo keADILan seterusnya tertubuhnya partai Keadilan Rakyat, bukankah TDM yg menjadi arkiteknya. Tulisan jawi dihapuskan pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran, siapa yg lakukan? Tanah-tanah rizab melayu yg semakin mengecil, angkara siapa??? segala macam kebejatan masalah sosial yg melanda anak2 bangsa melayu siapa yg melalai dan mengalpakan mereka?? 1001 macam permasalahan yg berkaitan dengan 'MELAYU' ditanah pusaka ini siapa yg punya angkara??? agenda siapa??? adakah kerana Tuan Guru Nik Aziz ke?? adakah sebab Lee Guang Eng ke?? adakah kerana Parti Keadilan Rakyat??? Adakah TDM juga sebahagian dari 'melayu mudah lupa'???......'dah lama dah'.....cukup2lah....anak muda melayu masih belum lupa 'sejarah'.
Tuan Kadir,
Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang bukan Melayu yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan PERKASA yang di bawah pimpinan Ibrahim Ali.
Mereka berasa terancam dengan perjuangan NGO tersebut, walhal saya nyatakan Ibrahim Ali adalah orang yang kurang kredibel berdasarkan 'track record' politiknya yang 'flip-flop'.
Jadi, apa yang saya nampak, Melayu dan Bumiputra semakin beralah, bangsa-bangsa lain inginkan kelebihan yang memihak kepada mereka. Pertubuhan seperti PERKASA akan membantutkan usaha mereka.
Puak-puak ini tidak akan berpuas hati selagi segalanya tidak mereka perolehi.
Agaknya, mereka belum tahu apa itu 'Amok' yang ada di dalam kamus bahasa Inggeris, perkataan yang tidak dapat diterjemahkan dan terpaksa meminjam perkataan asal dari orang Melayu.
Saya berpesan kepada mereka, berhati-hatilah, sesungguhnya mereka menjolok sarang tebuan.
P/S: Saya rindukan zaman sekolah dahulu, ada rakan-rakan dari pelbagai bangsa, dan bersatu bersama, tanpa rasa curiga antara satu sama lain.
Dato', tak habis2 orang Melayu berdebat mengenai Tanah Melayu ni. Sejarah membuktikan orang Melayu diberi peluang untuk memerintah dsn jaga bumi kesayangan mereka ini. Mungkin orang Cina dan India menapak dibumi ini dahulu daripada orang Melayu tapi sayang nya seperti diterangkan olih Khairul tapi kita telah alpa apabila diberi peluang untuk memerintah hingga jadi sedemikian rupa. Jadi pendapat saya debat ni patut dihentikan kerana lebih elok kita terima saja keadaan sebenarnya dan memperbaikki jatidiri kita untuk menjadi warganegara Malaysia yang dihurmati daripada mempertikaikan kedudukkan sekarang kerana nak sembunyi dibelakang kelemahan kita sendiri. Sekarang kahwin campuran antara Melayu dan Cina, Melayu dan India serta bangsa2 asing telah melahirkan anak2 yang begitu bijak dan berjaya maka mereka ini akan mewarisi Malaysia tanpa diskriminasi untuk terus membangunankan Malaysia ketahap yang lebih tinggi dan bersatu. Lupakan debat ini keranaini tidak akan memberi faedah kepada sisiapa!
Salam Dakj dan pembahas
" Tetapi Dr Mahathir “memberanikan” diri mengulangi bahawa bumi ini adalah bumi Melayu. Melayu adalah tuan rumah. Melayu menentang Malayan Union. Melayu menuntut kemerdekaan dan Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.
Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun "
Komen;
Bagi saya, cara Dr M berhujah mengenai isu disebalik tajuk yang Dato' bentangkan ini dan cara Artikal 160(2)mendifinasikan "Orang Melayu" iaitu seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan kondisi2 lain yang diletakan oleh artikal tersebut yang meliputi kondisi a)yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian tidak cukup jelas jika dikaji dari sudut ilmu konservasi harta warisan sejarah khasya, di mana orang Melayu merupakan bahan artifak yang hendak dikonservasikan atau dipulih dan pelihara identiti dan hak atau hak-haknya yang meliputi hak mempamerkan identinya dan hak mempusakai negara ini. Lantaran ia menimbulkan percanggahan pendapat yang teruk seperti kita saksikan dalam blog ini.
Maksud saya, kondisi lain di bawah artikal tersebut perlu diwujudkan dengan menggunakan ilmu konservasi harta warisan sejarah sebagai landasan berhujah kerana lebih profesional dan diperakui oleh badan dunia UNESCO. Mungkin difinisi yang saya berikan di bawah dapat menjelaskannya.
Orang Melayu merupakan penduduk di Malaysia yang mengevolusikan ( mengembang sesuatu secara beransur2 menjadi bentuk lain yang berbeza dan jelas bentuknya) tamadun lama sedia ada di Malaysia menjadi tamadun baru yang berteraskan tamadun Islam dengan sisipan budaya rumpun Melayu yang tidak bercanggah dengan syariah Islam.
Saudara pembahas semua,
Bangsa melayu tidak akan survive jika masih bertuankan UMNO.Bangsa melayu menjadi lemah selepas 100 thn berada dibawah kepimpinan yg lembik dan lemah serta rasuah.Belajarlah dari faktor faktor kejatuhan sesuatu negara.Dinasti China terakhir iaitu Ching tumbang dan negara dijajah oleh Jepun dan Kuasa kuasa Barat sebab rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kelompok pemerintah.Jgn salahkan DAP,Singapura atau kuasa asing.
Baru baru ini diPRK Labis pun org org melayu pilih org yg tak berguna serta terpalit dgn penyalahgunaan kuasa sbb msg msg dapt pau RM300 sorang.Jika inilah mentaliti melayu,I feel sorry for the malays.We deserve to be hint like dogs in our own fatherland
Dato AKJ,
Arwah pak mertua ada berselisih faham dengan kawan baiknya semasa muda. Dia sokong UMNO manakala kawan dia sokong PAS. Biasa la tu, tapi bila sampai peringkat anak-anak depa semua dah tak kisah. Dalam keluarga kami ada yang sokong PAS, ada penatik UMNO, ada baru beria-ia kawan dengan PKR dan terbaru ada yang dok kempen masuk DAP. Masalahnya generasi baru tak kisah siapa sokong siapa, tapi generasi lama dok nostalgia UMNO & PAS.
Pendapat saya la (kalau salah la-tolong betulkan), KAYU UKURAN dah tak sama. Generasi lama masih guna BRITISH IMPERIAL (dlm. ukuran tu ada relong (Kedah, Perak tak sama oo walau pun bunyi relong sama), generasi sekarang dah biasa INTERNATIONAL METRIC (semua sama dlm M, CM, MM).
Bukan apa saja nak menambah, takut-takut kita dok komen dalam blog beria-ia tapi generasi muda kata kat kita 'OOI DOK SYIOK SENDIRI KA'..Rakyat..He3..
-sender orang Jenny Tok (Jeniang la tu)
Dato,
Hari ini dunia sudah berubah
Tetapi kita masih belum INSAF
Dari dulu kaum India dan Cina
Sudah mula mengembara dunia
Hari ini mereka berada diseluruh dunia
Orang India di US dan UK memang dalam golongan berada dan ada yang terkaya di UK.
DiEuropa juga India rajin berusaha dan sama ditimur tengah/arab
Kalau orang Cina begitu juga
Mereka didapati seluruh dunia dan berkembang maju seperti kawan India mereka dalam semua bidang pekerjaan awam dan swasta.
Kebolehan ini membuatkan kaum India dan Cina maju dimana mana.
Ciri ciri ini penting didunia baru
hari ini- dunia global.
Hari ini secara sendiri negara India dan Cina dengan sendiri telahpun jadi negara kuat serta penuh cabaran untuk masyarakat seluruh dunia.
Pemikiran lama tak penting lagi.
Apa yang penting ialah ciri ciri asimilasi yang kaum kaum ini sudah ada dari dulu.
Hari ini seluruh dunia adalah tanah mereka.
KASTURI.
AL Merbawi
Assalamualaikum Dato'.
Kepada pembenci-pembenci tu, bacalah dengan tenang dan terbuka.
Bahagian 1.
Jawapan Tuan Guru Nik Aziz untuk Tun Mahathir
Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang
nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.
Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan
hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.
Firman Allah SWT :
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka
terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24
Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini.
Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan
tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang
dimanahkan menjaga hal ehwal agama.
Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting
sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru,
manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik
amalannya.
Firman Allah SWT :
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang
yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian
untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud
sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.
Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO
meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang
menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah
pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang
buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
salam semua,khas utk maae:-
sy bukanlah pakar dlm bidang sejarah atau sains, sy hanya manusia biasa yg menimba ilmu. saya tak mempunyai byk pengetahuan ttg semua benda didunia ini,tapi apa yg sy amati,apa yg sy yakin, sy hujahkan.
sy ingin bertanya,pernahkah saudara menelaah sejarah tanah melayu?tahukah anda yang tanah melayu telahpun dijejak oleh pelayar cina & india untuk melombong emas sebelum kewujudan Gangga Negara,dan manakan tidak ptolemy (c90-168) seperti dalam artikel dato menyatakan hasil emas tanah melayu yang tinggi.
Pernahkah saudara dengar Gangga Negara? "kingdom" yg diduduki pedagang hindu yang dipanggil kaum "Kambuja"(bertapak sejak 2000 tahun lepas di tanah melayu)? Maksud Gangga Negara ialah "City of Ganges" dlm bahasa sanskrit. tahukah anda bahasa sanskrit? bahasa terawal bertapak diIndia yg menjadi asas untuk byk bahasa lain termasuk bahasa melayu.lihat kamus dewan,brapa byk perkataan yg memang secara original asalnya melayu dan lihat daripada sanskrit dll.
bagaimana dengan kerajaan langkasuka?1 lagi kerajaan hindu yang ada di tanah melayu(2-14th century?namanya juga asal sanskrit.Diterajui agama hindu dan menguasai seluruh tanah melayu. asas pemerintahan dikedah dan sehinggalah dijohor dimana kita mempunyai kota gelanggi yang curator kita menidakkan sedangkan kota itu memang wujud dan ramai pernah pergi kesana.mengapa ia dirahsiakan?mungkin sejarah kita ingin "dimomokkan" oleh orang melayu sendiri?
Gangga Negara & Langkasuka juga merupakan 2 kerajaan yg sgt hebat sehingga Gangga Negara menjadi mangsa serangan Rajendra Chola. dan Langkasuka pula dicatit dalam sejarah Dynasty China seawal 500ad sehingga 1600ad!
Tentang Raja2 & Sultan2, silalah lihat tentang hikayat merong mahawangsa dan cucu cicitnya, nama2 mereka dan keturunan mereka. terkejut kalau terlihat nama Alexander the Great di situ!
Ttg asal-usul bangsa melayu, Melayu proto adalah kaum Mongoloid yg berasal dari Yunnan,China & beberapa tempat lain seperti Assam,India.Ini dapat dilihat daripada peninggalan artifak2 lama & teori cara hidup & adat mereka adalah sama seperti orang2 dari Yunnan & Assam.mereka telah berhijrah ke tanah melayu sejak 2500bc-1500bc.
Melayu Deutero pula ialah yg tadi dikatakan, kerajaan Gangga Negara, pedagang & pelombong emas dari China & bangsa Kambuja yang menetap diGangga Negara.dan juga terlupa ttg Chi Tu Empire(China) yg menguasai Tanah Melayu sblum Gangga Negara.
kemudian,barulah pedagang2 Arab,Cina & India Muslim sampai ke tanah melayu.Raja yang masuk Islam yang pertama ialah daripada Gangga Negara,Phra Ong Mahawangsa.Peninggalan mereka bole dilihat di Beruas,kubur2 lama yang memang sahih & sebagainya tapi tidak dipopularkan.tapi kubur2 di melaka yang tidak sahih diagung2kan. mungkin sejarah kita "dimomokkan"?
selepas kedatangan mereka,barulah british dan belanda membawa orang dr merata "malay archipelago" ke tanah ini & buruh Cina & India juga.itu adalah kedatangan terbaru.
tp seperti yg sy katakan,org melayu hanyalah "by-product" pendatang melayu proto & deutero tadi yg asal dari India & China seawal 2000bc!dan mereka tidak berhenti dtg sehingga la british membawa mereka.ini bole dilihat dlm DNA orang Melayu,dimana DNA Mongoloid(China) & Dravid(India) merupakan DNA asas org melayu(Austronesian)
utk pengetahuan,nama sy Khairul.Rakyat Malaysia biasa yg cintakan sejarahnya,dari keturunan sy bukanlah melayu sepenuhnya, hanya 1/4 tp mengikut perlembagaan sy melayu setulen2nya.tp saya lebih senang dicop tanpa sebarang warna.Islam pun tidak melihat warna bangsa & tidak menjamin "race supremacy"
minta maaf kalau tersilap tutur kata.sy hanya memperjelaskan pandangan sy.jika tidak mahu diterima,biarkan saja.kerana bagai kata saudara MAAE,sejarah, kemungkinan untuk dimanipulasikan adalah tinggi.jadi,ianya timbul isu kepercayaan.tetapi,harap2 saudara2 renungkan bersama
wassalam
Al Merbawi,
Bahagian 2,
Jawapan TG Nik Abdul Aziz Untuk Tun Mahathir
Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu.
Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat
Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.
Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti
berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :
Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh
kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta
mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)
Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :
Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu.
Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang
dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh
bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.
Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
Al Merbawi
Bahagian 3
Jawapan TG Nik Abdul Aziz untuk Tun Mahathir
Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan
kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa
sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula
yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai
orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana
seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?
Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan
aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab :
(Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
Sekian.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
Dari Al Merbawi
Dato'
Bagi UMNO, orang Kelantan BUKAN ORANG MELAYU.
Sebab itu negeri KELANTAN 'diharamkan' dapat royalti minyak.
DAN
Bagi UMNO, orang Pulau Pinang lah orang Melayu.
Sebab itu selepas 1 jambatan 14 km, dibaut satu lagi jambatan 24km.
Salam dato,
Masih dato ingat tak TDM jadi PM dulu TDM selalu sindir bangsa melayu jangan hanya mengharapkan tongkat dari sahaja. Kaum melayu kena belajar tanpa mengharapkan tongkat dari kerajaan.
Bahkan TDM pernah menggapkan tanah rezab melayu sama dgn tanah yg diberi kpd kaum Red Indian di Amerika. Tapi semasa berucap diwacana ilmu anjuran Mubarak lain pulak bunyinya. Melayu tak boleh buang tongkat katanya kerana masih tempang. Mana satu yg betul ni...Org sama tapi cakap 360 darjah berpusing
Saya tidak bermasalah untuk bersetuju dengan Dato' dan Tun M mengenai "mempertahankan hak Melayu sebagai RASIS, dan mempertahankan hak-hak bukan Melayu sebagai HAK".
Sebaliknya, kaum-kaum 'pendatang' sepatutnya berterimakasih dan bersyukur mendapat nikmat sebegitu besar HASIL DARIPADA TOLAK ANSUR KAUM MELAYU.
Saya yakin, keturunan kasta pariah di India dan minoriti bukan kaum Han di China yang berkerakyatan warganegara Malaysia, tidak akan berjaya seperti hari ini jika mereka masih berada di bumi sana.
Akan tetapi, hati mereka masih terpaut kuat ke negara asal mereka. Tanyalah mereka yang berjaya dari kaum India dan Cina, pernah tak mereka melawat India/China?
Seperti ulasaN saya yang lepas, SALAH SATU SENJATA AMPUH KE ARAH PERPADUAN NASIONAL ADALAH HAPUSKAN SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN INDIA.
Mengenai Perpaduan Melayu, Tun M kata, "pergi ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar".
Bermakna, Tun M percaya pendekatan politik kaedah terbaik!
Bagi penyokong, dan ahli UMNO, tentu mereka menyokong 100% kata-kata Tun M.
Bagi penyokong dan ahli PR, tentu mereka menentang 100% kata-kata Tun M.
Siapa yang menjadi punca segala perpecahan Melayu???
Bukankah dulu semua pertubuhan dan kesatuan Melayu bergabung bawah satu payung menentang Malayan Union?
Akibat KEEGOAN, pemimpin UMNO sanggup menendang keluar ahli-ahli yang 'menentang arus', walaupun jasa mereka begitu besar!
Maka lahir lah PAS! Cabang pertama!
Lahirlah Semangat 46! Cabang kedua!
Lahirlah keADILan! Cabang ketiga!
ANGKARA SIAPA???
Yusof Rawa dan rakan-rakannya?
Tengku Razaliegh dan rakan-rakannya?
Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya?
SEBAB KEEGOAN DAN GILA KUASA, UMNO MENGHALALKAN SEGALA CARA!
Dr Yusof Al-Qaradawi, banyak menulis mengenai POLITIK ISLAM. Antaranya mengenai, "KEMUNAFIKAN DAN KEMURTADAN SISTEM PEMERINTAHAN".
Ribuan kawan-kawan Ulama' Ikhwanul Muslimin Dr Yusof mati ditangan pemerintah Mesir. Dr Yusof berada di Qatar, terus menyerang menggunakan penanya.
Hari ini, kebangkitan ISLAM mula terpancar di bumi Mesir, Arab dan Utara Afrika.
PENYATUAN MELAYU ATAU PERPADUAN MELAYU, MESTILAH KEMBALI KEPADA ISLAM.
ABDULLAH BIN UBAI yang senantiasa sembahyang di belakang Nabi saw, lebih bahaya dari ABU JAHAL yang terang-terang mahu membunuh Nabi saw.
Di Malaysia hari ini pun sama, RAMAI YANG LEBIH BAHAYA dari LEE KUAN YEW (LKY) yang terang lagi bersuluh seorang KAFIR!!!
MUNAFIK dan KAFIR, kedua-duanya penghuni Neraka Jahannam!
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Bersyukur kita kepada Allah kerana telah membuka hati Dato' berbincang perkara ini.Walaupun ada pembahas yang minta perkara ini diberhentikan tetapi ianya sangat berguna jika kita mahu mengetahui kedudukan sebenar negara kita selepas 53 tahun merdeka samada ianya berjaya atau gagal dan siapa atau pihak mana yang bertanggungjawab mengwujudkan keadaan ini. Yang lebih penting adalah kita bersatu memperbaiki kedudukan kita semata-mata untuk kebajikan dan kesejahteraan umat dimasa hadapan dan bukannya untuk kepentingan diri sahaja.
YABhg TDM telah merumuskan bahawa perpaduan adalah amat penting bagi menguatkan kedudukan umat. Elok kita mendapat pandangan TDM apakah sebenarnya kebaikan kepada bangsa dan negara yang memerlukan PAS disingkir dari BN disuatu masa dahulu.Perpaduan macam mana pula diperlukan masakini supaya tidak berlaku lagi singkir menyingkir.
Saya mengajak saudara saudari berlapang dada dan jangan putus asa .Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.Ingatlah musuh kita tahu bahawa hanya orang Melayu yang akan dapat menjatuhkan orang Melayu. Dengan itu marilah kita membersihkan diri dari fitnah-fitnah yang telah ditabur untuk memecah belahkan ummah.Jangan adakan benda yang tiada. Berpegang teruslah kepada Perlembangaan Negara. Jangan terpengaruh dengan gula-gula kita seorang yang bijak jika melawan arus. Seperti contoh dalam Perlembagaan ,Islam adalah Ugama Rasmi Negara.Terima hakikat tersebut dan laksanakanlahnya sedaya upaya kita.Jangan kira pendapat persendirian walaupun ianya datang dari bekas Perdana Menteri dan lain tokoh yang menyatakan negara kita sekular. Ianya tertulis dalam Perlembagaan mengapa hendak berdaleh lagi.Takrifkan dengan jelas apa maksud satu Malaysia. Jangan kaitkan dengan kepentingan diri untuk mendapat undi, umpamanya.
Jangan malu mengunakan Bahasa Melayu dan istilah Persekutuan Tanah Melayu. Bersabit dengan tanah tergadai jangan merungut tetapi berusahalah memilik negarakannya kembali. Begitu juga syarikat-syarikat yang telah diswastakan yang menyeleweng ,milik negagarkanlahnya kembali. Ini memang perkara yang mencabar tetapi ianya adalah suatu peluang kepada generasi muda kita menebus kembali maruah bangsa jika betul ianya berlaku.
Jadikanlah sambutan Maulidur Rasul sebagi titik permulaan kita mengatur langkah untuk mejadikan negara kita "Berkebajikan dan Sejahtera kepada rakyatnya tidak kira bangsa , ugama dan warna kulit".
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Salam Dato,
Saya kita apabila kaum-kaum lain membuat tuntutan itu adalah perkara biasa yg perlu di nilai dgn adil dan saksama. Jgn tolak bulat-bulat. Mereka tentu menghormati jika penilaian di buat secara jujur.
Yg menjadi masalah apabila di lihat para-para pembesar tidak amanah dan rasuah. Maka rasa hormat itu hilang dan akhirnya timbul kecurigaan. Apabila sampai ke tahap kecurigaan maka pertimbangan hormat menghormati akan hilang dan akhirnya sampai ke tahap sekarang ini. Kucar kacir.
So salam utk pembesar-pembesar umno yg rasuah, penyalahanguna kuasa, memperkudakan institusi raja, polis, sprm, AG dan mahkamah. Itulah punca segala-galanya.
Drp; prihatin
Dato',
Saya setuju apa yang diutarakan olih Dato'. Melayu harus menjadi kuat samada di dalam politik atau di dalam ekonomi.
Untuk menjadi kuat didalam politik, umat melayu mestilah bersatu. Ini adalah lebih penting dari memenangkan ideologi masing-masing. Walaupun PAS megatakan Islam itu adalah perjuangannya, tapi jikalau dihalusi(mengikut pandangan saya) ianya tidaklah seislam yang dikatakan. Ia lebih banyak merupakan propaganda dari perlakuan itu sendiri.
Dari segi ekonomi, umat melayu harus atau pun mungkin wajib bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain. Tolong menolong ini bukan sahaja dari pemberian kontrak tetapi juga dalam tolong menaikkan perniagaan umat melayu.
Banyak diperkatakan tentang pemberian kontrak kepada melayu tetapi yang saya anggap yang lebih penting ialah tentang tenaga kerja untuk bahagian perlaksaan kerja atau kontrak itu sendiri.
Sebagai contoh, jika tiada pekerja melayu. Kedai 7-11 mungkin akan tutup. Dalam pemerhatian saya, kebanyakkan pekerja 7-11 adalah dari budak-budak melayu. Mungkinkah Vincent Tan akan tutup 7-11 atau sekurang-kurangnya tidak menjual alkohol(beer) jikalau budak=budak melayu tidak mahu bekerja di 7-11 ?
Contoh yang lain, Didalam bidang industri yang saya dalami iaitu telekomunikasi, syarikat-syarikat kontraktor yang makmur dewasa ini adalah dari syarikat-syarikat bukan dimiliki olih melayu. tetapi kebanyakkan pekerja-pekerja adalah dari umat melayu. Pekerja-pekerja yang saya maksudkan disini adalah dari pangkat pengurus ke bawah. Kebanyakkan pangkat atasan adalah dari kalangan kaum pemilik syarikat itu sendiri. Jarang sekali saya melihat pegawai atasan dari kaum melayu untuk syarikat2 ini.
Bayangkanlah apa yang mungkin tercapai jikalau tenaga kerja melayu melakukan perkara di atas ? Apa mungkin tercapai ?
Saya rasa umat melayu banyak kelebihannya, tetapi macam mana kaum melayu bolih memanafaatkan kelebihan itu untuk kesinambungan bangsa melayu.
Sdr Bawal
1/"Walaupun PAS megatakan Islam itu adalah perjuangannya, tapi jikalau dihalusi(mengikut pandangan saya) ianya tidaklah seislam yang dikatakan. Ia lebih banyak merupakan propaganda dari perlakuan itu sendiri."
Komen:
Setuju 50%
2/"Contoh yang lain, Didalam bidang industri yang saya dalami iaitu telekomunikasi, syarikat-syarikat kontraktor yang makmur dewasa ini adalah dari syarikat-syarikat bukan dimiliki olih melayu. tetapi kebanyakkan pekerja-pekerja adalah dari umat melayu. Pekerja-pekerja yang saya maksudkan disini adalah dari pangkat pengurus ke bawah. Kebanyakkan pangkat atasan adalah dari kalangan kaum pemilik syarikat itu sendiri. Jarang sekali saya melihat pegawai atasan dari kaum melayu untuk syarikat2 ini."
Komen:
Ia saya sedang buat kajiannya bersama 3 rakan pengkaji di USM yang kajian teksnya akan siap pada bulan Mac depan.
YBhg Dato'
Perbincangan masih ada kaitan dengan Melayu.Harap Dato' benarkan komen & permintaan saya ini pada seorang pembahas.
Sdr BAWAL-daripada catatan tuan,
Contoh yang lain, Didalam bidang industri yang saya dalami iaitu telekomunikasi, syarikat-syarikat kontraktor yang makmur dewasa ini adalah dari syarikat-syarikat bukan dimiliki olih melayu. tetapi kebanyakkan pekerja-pekerja adalah dari umat melayu. Pekerja-pekerja yang saya maksudkan disini adalah dari pangkat pengurus ke bawah. Kebanyakkan pangkat atasan adalah dari kalangan kaum pemilik syarikat itu sendiri. Jarang sekali saya melihat pegawai atasan dari kaum melayu untuk syarikat2 ini.
Komen dan catatan
Seorang sahabat saya bekas GM Kanan dalam sebuah GLC dan kini punya anak juga berkhidmat di GLC yang sama dan sebagai perangka program business syarikat untuk dipertimbangkan olih Lembaga Pengarah adalah satu seorang yang aktif dalam The Scribe A Kadir Jasin.
Pada peringkat ulasan BAWAL ini,beliau meminta saya menulis,tulisan pendek pun cukup katanya(tak mahu dedah indentiti katanya)
Harap saudara BAWAL beri fakta dan syarikat Telco yang macammana,samada ia "syarikat yang disenaraikan" atau syarikat yang berlambak di pasaraya kerana dalam pengetahuannya yang sentiasa berhubong dengan Kem Kew situasi ini tidak berlaku dalam GLC atau lain Telco yang disenaraikan,Hendak saya katakan sahabat saya ini emosi kerana apa yang saudara BAWAL catatkan menunjukan kelemahan kerajaan tidak mungkin kerana beliau adalah seorang penyokong tegar satu parti berinduk di Pantai Timur tapi seorang yang pro dalam urusan kerja dan pelaksanaan dasar syarikat.
Harap sdr BAWAL berikan fakta supaya ulasan seperti ini lagi baik untuk diperbincangkan.
Salam DAKJ
Kesian !!!!! Kalah lagi
Mula-mula sebok nak buat demonstrasi depan kedutaan Mesir. Orang UMNO pula sebok nak buat sembahyang hajat untuk keselamatan penuntut-penuntut kita di Mesir. Bila rasa malu sendiri, barulah sebok nak buat sembahyang hajat untuk anak-anak muda yg menuntut di sana. Orang UMNO dan Kerajaan BNpula dah hantar kapal, kapalterbang dan bantuan ke Mesir dan dah alihkan sebahagian penuntut kita di sana. Kesian!!!! Kesian!!!!!. Kalah lagi. Cukup-cukuplah memalukan diri sendiri. Macamni ke standard pemimpin Melayu yg kononnya lebih bagus dan lebih Islam???????? Sekian TQ.
p/s TQ Dato’ kerana nasihat tempohari .
Anonymous 1.01 pm,
Jangan hanya minyak Sabah yang dikongsi dengan semua rakyat Malaysia sahaja yang diungkit. Cuba cari maklumat berapa banyak pula peruntukan kerajaan Malaysia untuk rakyat dan kemajuan negeri Sabah setiap tahun!
Satu lagi gunalah bahasa yang bersopan! Bukankah bahasa menunjukkan bangsa? Kalau anda orang Sabah anda memberi 'malu' yang besar kepada orang Sabah. Saya tahu orang Sabah berbudi bahasa kerana saya pernah berkunjung ke sana.
Warga Setia
Berbeza pemikiran Dr M dan Tok Guru Nik Aziz, disebabkan latar belakang pendidikan. Dr M mendapat pendidikan barat dan Tok Guru mendapat pendidikan agama.
Pendidikan barat tidak mengaitkan penemuan akal dan tamadun dengan kebesaran dan kehebatan Allah. Seluruh jiwa raga dikerahkan membangunkan tamadun, mengikut tafsiran akal yang tidak dipandu syariat. Penafsiran tamadun mengikut Islam jauh berbeza. Justeru, sampai bila pun selagi Dr M tidak memahami Islam dengan benar, ia tidak akan menerima apa sahaja yang keluar dari Tok Guru Nik Aziz. Memahami Islam tidak cukup dengan membaca terjemahan Al Quran, tak cukup dengan membaca sebuah dua buku tulisan mana2 professor.
Berlaku lah pertembungan hala tuju antara dua. Pihak yang sependapat dengan Dr M dan pihak yang memahami hala tuju yang dibawa oleh PAS.
Namun, kita SEMUA akan dipanggil bertemu pencipta kita dan akan ditanya di akhirat kelak, tanpa ragu2. Kalau rasa2 di sana Allah akan tanya kenapa tak memastikan bangsa kamu bersatu, atau kenapa ada bangsa lain di negara kamu, atau kenapa tidak menjadi bangsa yang hebat tamadunnya...sila teruskan dengan sokongan anda.
Tapi kalau pernah dengar talkin, yang ditanya nanti semuanya berkait dengan amalan, bukti kecintaan kepada Rasulullah, dan iman...mulakan ke arah berubah.
Dato,
Sebagai orang Islam dan nasionalis ketohohan Tun Mahathir boleh dibanding dengan tokoh seperti Pres Soekarno dan Pres Suharto dari Indonesia. atau Pres Gamel Nasser Mesir.
Soekarno mendapatkan kemerdekaan Indonesia dari Jepun selepas Belanda, Suharto membangunkan Indonesia dan Gamel Nasser perkenalkan “social reform” Mesir dan perkembangan semangat nasionalis Pan-Arab.
Walaupun semangat nasionalis pemimpin kuat, di Mesir 40% rakyat adalah dibawah tahap kemiskinan dan Indonesia pula 37 juta rakyat. Malaysia lebih baik dibawah 5% penduduk walaupun RM500 pendapatan diguna sebagai ukuran.
Penulisan Dato mengenai sejarah negara penting serta penyatuan Melayu dan perbagai kaum. Tetapi dengan keadaan ekonomi global sekarang ini semangat nasionalis saja tidak cukup menyelamat negara mahupun pemimpin.
Tun Mahathir perlu menyumbangkan idea bagaimana merapatkan jurang kekayaan antara berada dengan yang kurang berada yang semakin ketara dinegara ini melebihi Filipina, Thailand, Singapore, Vietnam dan Indonesia jika data berikut boleh dipercayai atau masih relevan
http://en.wikipedia.org/wiki/Income_disparity_in_Malaysia
Ubrahim 4.37 pm,
Saya terpanggil untuk memberi pendapat berdasarkan tulisan anda.Saya ingin cadangkan anda membaca sejarah awal dan mendalami tulisan-tulisan pedagang-pedagang Cina, India dan Arab. Antaranya catitan I-Ching, Marco Polo,Ibn Bhatuta dan yang terdahulu dari mereka kalau ada.
Pertama, Kepulauan Melayu atau dikenali juga sebagai Nusantara memang bumi asal etnik Melayu. Saya bersetuju benar dengan pendapat Kabin Si Melayu Banjar 11.25pm yang mengulas tentang perkara ini.
Kedua saya ingin tegaskan ruang lingkup kepulauan Melayu termasuklah Malaysia, Indonesia,Brunei, Filipina dan juga Indo China terutama sekali Kemboja.
Ketiga, etnik bangsa Melayu dahulu bangsa yang berani dan ahli pelayaran yang cekap. Malangnya dengan kedatangan Barat mereka telah menghapus atau membawa lari bukti-bukti tersebut sehingga orang Melayu sendiri tidak tahu sejarah bangsanya
Pada hari ini telah ramai orang Melayu sendiri percaya mereka juga adalah kaum pendatang. Baca sahajalah antara komen blog ini. Saya yakin mereka ini adalah orang Melayu. Begitu dahsyatnya krisis jati diri orang Melayu hari ini.
Keempat, saya tidak menafikan kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu seperti Langkasuka, Ganganegara dan kerajaan-kerajaan awal di Pulau Jawa, kemboja dll memang di bawah pengaruh Hindu yang kuat dalam semua aspek.Ini tidak bermakna penduduk di sini bukan orang Melayu!
Apa yang hendak dihairankan sangat dengan situasi ini kerana Tamadun Awal dunia bermula di Mesopotamia, Mesir purba, Lembah Indus, tempat lahirnya agama Hindu dan Lembah Hwang Ho.
Saya tegaskan lagi bahawa orang Melayu adalah ahli pelayaran yang cekap dan telah pun sampai hingga ke Afrika Selatan. Itulah sebabnya hari ini ada masyarakat Melayu di situ. Jadi mereka juga tentu telah sampai ke Lembah Indus dan membawa kembali agama Hindu. Perlu diingat pada masa ini Islam belum lahir lagi ataupun masih di sekitar Mekah dan Madinnah.
Kelima saya hendak melontarkan idea ini. Katakanlah Kepulauan Melayu diibaratkan sebagai sebuah rumah. Sama ada kita tinggal di dapur, duduk di anjung, tidur di kamar atau bersantai di tengah rumah, boleh ke, kita dianggap sebagai kaum pendatang?
Itulah realiti keadaan di masa itu. Mobiliti penduduk Kepulauan Melayu dari satu tempat ke satu adalah lumrah. Jadi jangan anggap datuk nenek kita yang mula menghuni Tanah Melayu pada abad-abad awal malah pada awal dan pertengahan awal ke 20 sebagai pendatang. Hanya yang buta sejarah yang beranggap begitu.
Ini berbeza dengan orang-orang China dan India yang sememangnya dari bangsa lain dan mempunyai negara mereka sendiri.
Sungguhpun begitu saya tidak menafikan mereka juga telah sampai ke kawasan ini, sejak lama dahulu. Tetapi kebanyakan mereka datang untuk mengembara atau berniaga dan kemudian pulang ke negara asal. Cuma sejak terjumpanya bijih timah dan pembukaan ladang getah "They came to stay"
Kes Puteri Hang Li Po pula adalah kes yang terpencil.
Tetapi keadaan ini tidak boleh diapplikasikan lagi sekarang ini. Akibat perbuatan Barat kita telah menjadi beberapa negara yang berkerajaan sendiri, merdeka dan berdaulat. Itulah sebab timbul istilah pendatang Indonesia tanpa Izin!
Akhir sekali kita patut berterima kasih dengan adanya orang seperti Dr.M. dan bukan menghentamnya. Beliau tanpa jemu-jemu mengingatkan orang Melayu tentang asal usul,hak kita dan rasa bangga menjadi orang Melayu.
Saya sentiasa berdoa agar beliau panjang umur dan mindanya sentiasa tajam. Nampaknya pemimpin kita hari ini lebih mementing undi sehingga tidak berani memperkatakan yang hak!
Andainya orang seperti beliau dan juga Datuk AKJ tidak ada lagi, saya takut satu hari nanti orang Melayu akan percaya mereka berasal dari kaum yang tinggal di pokok-pokok dan di gua-gua. Hanya Allah swt yang mengetahui.
Warga Setia
Pembahas Asam Pedas, antara lain, berkata: "Tun Mahathir perlu menyumbangkan idea bagaimana merapatkan jurang kekayaan antara berada dengan yang kurang berada yang semakin ketara dinegara ini melebihi Filipina, Thailand, Singapore, Vietnam dan Indonesia jika data berikut boleh dipercayai atau masih relevan
http://en.wikipedia.org/wiki/Income_disparity_in_Malaysia"
1. Setuju. Jurang kekayaan (kemiskinan) antara yang berada dengan yang tidak di negara kita makin melebar (mengikut skala Geni co-efficient);
2. Saya dan beberapa kawan wartawan telah berjumpa dan merayu Mohd Najib ketika beliau TPM agar mengambil berat hal ini dan jangan sekali-kali mengabaikan dasar "growth with distribution" yakni penambahan kekayaan negara wajib diagih-agihkan dengan adil dan sama rata;
3. Tun Dr Mahathir dan ramai bekas Menteri serta pakar yang sezaman dengannya bersedia membantu. Tetapi adakah pentadbiran sekarang menghargai kepakaran dan pengalaman mereka?
4. Daripada pengamatan saya dan daripada apa yang saya baca dalam media arus perdana, yang agung dalam perancangan dan pelaksanaan dasar serta program ekonomi adalah Idris Jala, Amirsham dan Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Wallahualam;
5. Saya rasa pakar-pakar ini tidak mahu diganggu oleh Dr Mahathir atau mana-mana bekas Menteri kerana meraka ada idea tersendiri.
Terima kasih.
Tetapi, atas dasar itu sahaja, kita tidak berhak untuk mengisytiharkan diri kita sebagai 'tuan' tanah ini. Kita tidak perlu bangga dengan tindakan nenek moyang kita (yang tidak berasal dari sini) mengusir orang asli ke pedalaman.
Apabila Malaya dan kemudiannya Malaysia digagaskan, ia digagaskan oleh Melayu, CIna, India dan lain-lain. Tidak tepat untuk kita andaikan bahawa British 'memujuk' masyarakat Melayu yang berada di bawah jajahan mereka untuk menerima cadangan mereka. Kita mesti terima, perjuangan untuk merdeka melibatkan semua.
Dakj, antara alin berkata, "Daripada pengamatan saya dan daripada apa yang saya baca dalam media arus perdana, yang agung dalam perancangan dan pelaksanaan dasar serta program ekonomi adalah Idris Jala, Amirsham dan Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Wallahualam;
Saya rasa pakar-pakar ini tidak mahu diganggu oleh Dr Mahathir atau mana-mana bekas Menteri kerana meraka ada idea tersendiri."
Komen:
Idea trsendiri apa? Idea sistem ekonomi kapitalis tok-tok? Tidakkah sistem ekonomi kapitalis yang berpusat di US menunggu saat2 kejatuhannya?
Dato'
Sasaukah sahabat kita OKJ ini.
Kalau tertekan dengan kerja harap relek.Jangan tension,kalau tension beginilah jadinya.
Mula mula kata bergurau dengan jenama kereta,kini melarat dengan Kesian Kesian Kesian pula.
Dah tak tau berfikir antara parti politik dengan Kerajaan.
Dah tak tau berfikir bahawa duit yang dibelanjakan untuk kerja pemindahan adalah duit RAKYAT yang terdiri daripada pelbagai agama,pelbagai kaum dan pelbagai pegangan politik.Bukan duit UMNO dan bukan duit BN.
Dato'.
Ia umpama Mubarak yang mengkelaskan duit rakyat Mesir adalah duitnya.Tiada keriuhan atau bantahan terangan olih rakyatnya sebelum ini.Tetapi sekarang....
Kadang kadang terlebih kaya pun susah juga kalau pegangan agama di permainkan.
Terlebih perjalanan juga bolih menyebabkan kecelaruan minda kerana banyak yang ditegok dalam perjalanan belum tentu katogori halal haramnya.
Maaf dah terlampau.
Dato AKJ,
Ayat-ayat tuan bila membalas komen Asam Pedas sangat-sangat mencuit hati & perasaan saya (perenggan akhir). Saya bawa khabar begini:
1. Anak kita waktu berumur 1-12 tahun, mana kita pergi dia nak ikut. Apa-apa kita buat, dia nak tiru.
2. Pabila umur meningkat 13-18 tahun, dia kurang nak ikut kita dah kecuali tempat yang dia minat.
3. Umur 19-26 tahun, dia sambung belajar di luar daripada kita. Kalau kita pi jengok dia pun, secara tersirat dia akan bagitahu banyak esigment kena buat. Dwet ok, tapi nak pi bersama-sama keluarga agak berat.
4. Dah bekeluarga sendiri. Nak melawat kita pun bila senang saja. masaalahnya sibuk memanjang. Kita suami-isteri tunggu la depa. Bila nak mai nie..Rakyat..He3..
Bukan apa, sama tak anak didik kita dalam politek?.
-sender org. Jenny @ Rakyat Penang lo.
untuk warga setia
salam,
adakah anda ingin mengatakan bahawa melayu memang satu bangsa yang wujud seiring dengan pembukaan tamadun di indus,mesopotamia,china,greek?
jikalau benar begitu, mengapa bangsa melayu yang dihimpunkan dalam kumpulan austronesian mempunyai DNA yg asasnya adalah DNA Mongoloid(China) dan Dravid(India). ini bermaksud, nenek moyang orang melayu secara amnya berbangsa cina dan india.
Teori yang saya ikut ialah kedatangan pelombong emas sejak 2000 tahun lalu daripada India dan China mula menetap di semenanjung ini untuk emas. dan kemudian kahwin campur berlaku dan bercambah menjadi orang melayu. jika anak "chindian" pun rupanya seperti melayu kan?
jadi mengenai teori anda yang bangsa melayu wujud sebagai bangsa asas, bagaimana anda ingin membahaskan atau memberi hujah terhadap fakta DNA yang diberikan di atas kerana mungkin saya silap? terima kasih. wassalam
Satu ulasan yang sangat baik. I like Dato. Semua rakyat Malaysia patut baca
Datuk,
Saya membaca, dgn minat, komen Datuk tentang sumbangan “Asam Pedas” (12:06 PM), yg Datuk merujukan dalam respons Datuk pada 12:54 PM
Padangan beliau tentang bagaimana penting sumbangan Tun Dr Mahathir (TDM) untuk “merapatkan jurang kekayaan antara berada dengan yang kurang berada yang semakin ketara di negara ini” sungguh melucukan hingga saya dipaksa ketawa berapoplektik (apoplectic laughter). Saya sedemikian sebab hakikatnya TDM adalah perkakas terutama (& penyumbang terbesar) yg mengakibatkan keadaaan tersebut, ekoran pemimpinan dan pengurusan ekonomi beliau selama 22tahun; dan Datuk hendak hemat pesara itu diambil kira dalam perancangan ekonomi Malaysia untuk masa depan negara kewarganegaraan saya! Mampoi lah negara ini!
Sebenarnya, ramai pakar ekonomi berwibawa, terima bahawa dasar2 ekonomi yg bes hanya berkesan sepenuhnya selepas 5 hingga 10 tahun. Hatta, disini lah kita semua selepas 22 tahun “Mahathirisme”
Walaupun begitu (be that as it may), sebenarnya, jurang kekayaan antara berada dengan yang kurang berada tidak (secara langsung) kena mengena dgn siapa memegang kuasa kerajaan, baik TDM, Pak Lah mahupun DS Najib. Hakikat terang terangan (yg boleh dihayati oleh semua orang kecuali Melayu nasionalis terlampau) ialah dalam 40 tahun NEP – yg kononnya bermanfaat orang Melayu yg miskin (yg, sebenarnya, tidak mampu tahu apa baik dan apa bisa, kecuali seperti diarah oleh UMNO) – sebilangan besar sumber2 yg disalurkan kepada mereka telah dicuri oleh orang2 Melayu elit dan yg berkait dgn UMNO.
Dalam situasi sedemikian yg memalukan (walaupun melucukan) saya tidak mahu sekali2pun menyentuh hal kemiskinan orang bukan Melayu yg juga begitu tinggi. Sesungguhnya orang2 Melayu seperti “Asam Pedas”, Datuk, mahupun TDM tidak begitu peduli perkara itu.
Walau bagaimanapun, saya menentang dgn lantangnya cadangan Datuk & (your mate) “Asam Pedas” untuk menawar perkhidmatan seorang yg merupakan jurubina utama malapetaka ini!
Salam,
LJ
dato,
malaysia terdiri daripada semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak.
kalau rujukan kepada semenanjung = tanah melayu boleh diterima; tetapi Sabah/Sarawak bukan sahaja Melayu; juga ada Kadazan, Murut, Dayak dan lain-lain yang bukan Melayu;
Bagaimana? Adakah Tun sendiri mahu mengubah sejarah sekarang?
Semananjung mencapai Kemerdekaan dari tangan British sejak 1957 terdiri daripada konfederasi negeri-negeri yang berRaja Melayu dan tidak berRaja seperti Pulau Pinang dan Melaka.
Manakala, Sabah dan Sarawak pula memang Sabah dan Sarawak; tiada rujukan sebagai Pulau Tanah Melayu bila menyertai Malaysia pada 1963 dengan Singapura.
Jikalau Tun sendiri beria-ia mahu merujuk Tanah Pusaka Orang Melayu, biarlah dia rujuk kepada Tanah Semenanjung sahaja; saya tidak teringat dalam buku Sejarah dan Perlembagaan Malaysia bila Sabah dan Sarawak sudah jadi tanah jajahan Semenanjung.
"Daripada pengamatan saya dan daripada apa yang saya baca dalam media arus perdana, yang agung dalam perancangan dan pelaksanaan dasar serta program ekonomi adalah Idris Jala"....saya setuju pengamatan Dato'ini. Bila Jabatan minta sediakan peruntukan pada MOF , MOF akan kata guna peruntukan sedia ada, dan tiada peruntukan tambahan. Tetapi bila Idris Jala minta melalaui Pemandu, MOF kata ok no problem... inilah yang buat ketua Jabatan/ pegawai kanan Kerajaan kecewa...Yang Pemandu cadangkan sebenarnya itu lah juga yang di cadangkan oleh Ketua Jabatan, yang telah berkhidmat lebih 30 tahun...berbanding Idris yang 3 tahun itu.?
Pemerhati Dalaman
Salam DAKJ
Kepada Saudara JAP sp. Saya tak habis berhujjah lagi. Yg terbaru, disebarnya pula fitnah mengatakan perbelanjaan keluar dari Jeddah mesti ditanggung oleh pelajar dan keluarga sendiri. GILA. Dahlah tak membantu, buat perarakan bodoh, lepastu fitnah pula. Dia tak fikir isihati keluarga yg ada anak saudara dekat sana tu. Nampaknya, macam fitnah tu dah jadi mainan puak-puak ni dulu kini dan dot dot dot............. . Patutlah sampai sekarang pun tak diberkati Allah lagi. Akhir kata, kalau tak hormat sedara seislam pun, segan-seganlah sikitlah dekat Allah. Sekian TQ.
Allah akan memberi pertunjuk kepada sesiapa yang kehendaki. Tapi ada syaratnya , iaitu bagi mereka yang beriman dan bertakwa.Itulah syarat uamh Allah tetapkan.
Allah tidak akan beri pertunjuk kepada orang kafir, orang zalim orang munafik dan orang fasik.
Oleh itu macam mana Tun Mahathir nak tinggalkan fahaman kafirisme yang tunjangi selama ini.
Kita hanya boleh mengharapkan agar Tun Mahathir kembali kepada Islam sepertimana yang disaranakan oleh Nik Aziz Nik Mat.
Saranan itu macam Mengharapkan batu yang disebus untuk dihidangkan kepada anak anak bagi orang miskin.
Mengharapkan orang kafir masuk islam sedangkan Allah dah peteri hati hati mereka kerana telah memperolak olak ayat ayat Allah.
Bagi saya buang masa mengharapkan orang orang yang "bijaksanajahat" dengan Islam yang dajarkan oleh Allah.
Ingatlah ayat Allah yang berbunyi:Wallahu La Yahdi qauman fasikin, manafikin, kafirun wa zolimin.
Itulah adalah janji Allah kepada manusia diatas muka bunminya.
Salam Dato,
Saya cuma nak alih pandangan pembahas sikt...tajuk ni penting sangat.
MELAYU didalam tajuk ni seperti didalam definisi perlembagaan negara ini.
Semua perbincangan berpandukan definisi tersebut.
Definisi sejarah tak masuk dalam definisi tersebut kut la ni..
Kalau ikut DNA study, akhirnya DNA melayu ni akan sampai kepada DNA nabi adam, kecuali orang orang yang tok nenek dari kera (ada ka?)......!. Nabi adam saw tak diturunkan kat Malaysia,India atau Cina laa bro!.
Dah lah tuu, pertahankanlah ugama dan bangsa...seburuk mana pun saya bangga jadi orang melayu!.
Kalau melayu dah mula `malu' jadi melayu, nanti sampai satu peringkat lagi `takut' dan `malu' pula jadi `muslim', LAGI HARU BIRU!
Kalau tak suka juga, BINCANG KAT PARLIMEN TUKAQ definisi MEALYU..
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk,
Susulan dan berkenaan kenyataan saya terlebih dahulu yakni Datuk adalah seorang yg berunsur ras, saya ingin menegaskan bahawa ia bukan suatu kenyataan sia-sia (atau suatu kenyataan yg semata2 pakai buang (a throwaway statement)). Kenyataan itu berdasarkan kepercayaan ternyata Datuk dalam gagasan “Ketuanan Melayu”.
Saya boleh menulis mukasurat demi mukasurat untuk menghancurkan kepercayaan tersebut, sedangkan memadai bila saya ujar bahawa premis dan dasar Perlembagaan Persekutuan ialah kesamarataan kewarganegaraan tertakluk kepada satu dua pengecualian-pengecualian seperti Perkara 153 (yg lagipun ditimbal oleh peruntukan bahawa hak2 orang bukan Melayu mesti diambil kira dan tambahan pula Perkara tersebut bersifat sementara), tanah rezab Melayu dsbnya.
Jadi,bila mereka yg menjerit dan meneriak dgn lantang “Ketuanan Melayu” – seperti Datuk dan insan2 sejenis (misalnya Ibrahim Ali) – mencuba menukar pengecualian2 tersebut menjadi peraturan umum, hasrat itu tidak akan berjaya, kerana percubaan itu di kabur oleh bisa perkauman dan penyokong2 konsep itu tiada sedikit kredibilti pun.
Pada pandangan saya percubaan2 seperti itu lah yang betul2 dilabel dan sebenarnya dipanggil (properly so called) rasis!
Salam,
LJ
Sdr mtgbertam
Sdr, antara lain,"Berbeza pemikiran Dr M dan Tok Guru Nik Aziz, disebabkan latar belakang pendidikan. Dr M mendapat pendidikan barat dan Tok Guru mendapat pendidikan agama.
Pendidikan barat tidak mengaitkan penemuan akal dan tamadun dengan kebesaran dan kehebatan Allah. Seluruh jiwa raga dikerahkan membangunkan tamadun, mengikut tafsiran akal yang tidak dipandu syariat. Penafsiran tamadun mengikut Islam jauh berbeza. Justeru, sampai bila pun selagi Dr M tidak memahami Islam dengan benar, ia tidak akan menerima apa sahaja yang keluar dari Tok Guru Nik Aziz. Memahami Islam tidak cukup dengan membaca terjemahan Al Quran, tak cukup dengan membaca sebuah dua buku tulisan mana2 professor."
Komen:
1. Komen sdr ada kekurangan sana sini, walau ada yang tak dinafikan betul.
2. Mengikut Islam, ilmu dibahagi dua- ilmu ukhrawi dan duniawi atau moden yang meliputi ilmu sains..............
3. Mengikut Barat yang sekular, ilmu dibahagi dua juga.Tetapi membahagikannya kepada ilmu kemanusiaan yang meliputi ilmu sains politik,sains sosial, ekonomi, undang2, sejarah .......dan teknikal termasuk sains amali -doktor, farmasi,jurutera, arkitek dan sains tulen -bilologi, fizik..........
4. Berdasarkan fakta di atas dan obsevasi saya terhadap apa yang Dr M dan TGNik telah lakukan didunia ini, ulasan saya mengenai dua tokoh negara kita ini ialah berikut:
Dr M:
a/ Dr M dari sudut ilmu Islam di atas memiliki ilmu duniawai atau moden, khasnya ilmu doktor, tetapi kurang banyak ilmu ukhrawi
b) Dr M dari sudut ilmu Barat di atas memiliki ilmu teknikal membabitkan ilmu sains kedoktoran,juga memilki ilmu kemanusiaan, tetapi tidak berapa menyeluruh dan berkisar ilmu sains politk.
TGNik:
a) TGNik dari sudut ilmu Islam diatas, miliki ilmu ukhrawi,tetapi ilmu modennya berkisar ilmu kemanusiaan yang ada kaitan dengan ilmu sains politik atau berkaitan dengan komponen syariah Islam, Kalaupun miliki ilmu teknikal sikit sangat
b) TGNik dari sudut ilmu Barat diatas, miliki ilmu kemanusaiaan tetapi berkisar ilmu politik.Ilmu teknikalnya saya dah ulas di atas
Sdr, Asam Pedas, antara lain, berkata, "Tun Mahathir perlu menyumbangkan idea bagaimana merapatkan jurang kekayaan antara berada dengan yang kurang berada yang semakin ketara dinegara ini melebihi Filipina, Thailand, Singapore, Vietnam dan Indonesia jika data berikut boleh dipercayai atau masih relevan"
Komen:
1. Seperti komen saya sebelum ini saya banyak tulis artikal dimedia perdana Melayu mengkritik kelemahan pelaksanaan dasar awam era pemerintahan Dr M termasuk program penswastaan di bawah dasar pensyarikatan negara yang, antara lain, swasta diberikan peranan lebih dalam membangunkan negara.
2. Di mana kebanyakan kritikan saya berkisar penggunaan sistem kontrak pembinaan design & build dan turnkey yang tidak dinafikan merupakan sistem yang sesuai dengan program penswastaan negara, tetapi tidak menyebelahi orang Melayu kerana dua kontrak tersebut bukan sahaja berteraskan modal dalam erti kata kontraktor atau pemegang konsesi perlu medahulu dan memodalkan wang, khanya dan merupakan jenis kontrak pembinaan, dari sudut muamalat Islam moden, hanya sesuai jika semua pemain industri pembinaan amanah orangnya dan bertanggungjawab atau tinggi integritinya.
3. Cuma yang saya tak tulis ketika itu, sistem kontrak pembinaan atau constructioan contract design & build yang dipakai diMalaysia tidak sama dengan apa yang dipakai di United Kingdom yang banyak kebaikannya bebanding dengan apa yang dipakai di Malaysia.
DiMalaysia kita menggunakan kontrak pembinaan Design & Build with contractor's input design tetapi di UK mereka pakai design & build with client's input design.
4. Berdasarkan hujah 3 saya diatas dan kepada juruperunding yang tahu mengenainya, khasnya, bagaimana jika saya katakan bahawa, sistem kontrak pembinaan yang digunakan diMalaysia merupakan alat golongan kontraktor dan pemengang konsesi serta para pemimpin UMNO/BN yang bersengkokol dengannya memanipulasikan kelemahan dasar negara di atas dari segi kelemahan aspek pelaksanaannya.
Salam Datuk,
Saya tertarik dengan tulisan mtgbertam said....
Berbeza pemikiran Dr. M dan Tok Guru Nik Aziz, disebabkan latar belakang pendidikan. Dr Mahadir mendapat pendidikan barat dan Tok Guru mendapat pendidikan agama.
Komen,
Bagi saya bekas perdana menteri Malaysia DR. Mahadir sesuai jadi pakar perubatan manakala Menteri Besar Kelantan Nik Aziz sesuai jadi Tok Guru.
Kedua-duanya tidak sesuai jadi pemimpin. Kalau jadi pemimpin, ORANG MELAYU bermasalah!!!
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wasslam
Salam dato',
Selepas DN mengambil alih kerusi PM, perbincangan dan tulisan yang seumpama ini kurang atau tiada lagi disiarkan dalam akhbar mahupun diwacanakan secara terbuka, sama ada di stesen tv mlik kerajaan, atau swasta.
Berdasarkan semua nukilan yang saya baca dalam talian semalam dan hari ini, hal berkaitan perkauman seolah telah menjadi isu yang diperjuangkan oleh setiap individu. Mereka melihat isu yang diperjuangkan itu, untuk menunjukkan sensitiviti mereka sendiri terhadap kaum masing-masing, tanpa mengambil kira faktor sejarah.
Bagi individu yang berilmu dan berfikir, mereka dapat menerima secara berfakta, dan dapat menerima hakikat bahawa Malaysa adalah dunia melayu. Tetapi tidak kepada individu yang lain, yang bersifat penentang dan sememangnya tidak mahu menerima hakikat.
Pendirian kerajaan akhir-akhir ini secara tidak langsung menyemarakan akan hal berhubung perkauman ini, bila mana isu isu itu dipolitikan. Misalnya isu Interlok. Isu yang seharusnya dibincangkan secara ilmiah, akhirnya diputuskan mengikut kehendak kaum tertentu, yang dilihat oleh banyak pihak sebagai berunsur politik. Begitu juga dengan tuntutan pelbagai pihak agar kaum ini, kaum itu dan kaum seterunsya diberikan kerusi untuk menduduki jawatan itu, ini dan seterusnya.
Saya yakin, jika kerajaan kita kembali kepada persoalan ilmu, menghargai ilmu lebih daripada segalanya, soal perkauman tidak akan menjadi persoalan ramai. Namun kekadang atas faktor pollitik, semuanya berubah dan boleh diubah.
Dasar 1Malaysia, menjadi pegangan kepada kaum lain dalam berhujah untuk menuntut hak sama rata. Pada masa yang sama bagi kaum melayu, dasar ini bermaksud melayu menerima seadanya bangsa lain yang hidup bersama dalam negara Malaysia.
Timbul persoalan saya dato', adakah semasa kosep 1Malaysia diperkenalkan, golongan pemikir kepada pm tidak mengambil kira akan hal tersebut? Dimanakah think tank yang bijaksana ketika itu sehingga terlepas perhatian akan persoalan berkaitan?
Seharusnya, wawasan 2020 diberikan perhatian dan dijadikan pendirian kerajaan dalam hal berkaitan perkauman ini. Dengan memperkenalkan 1Malaysia, yang saya faham akan niat baik tersirat didalamnya, menambah huru-harakan keadaan dan pelbagai tuntutan kaum yang mahu keseragaman, atas alasan 1Malaysia.
Saya yakin, jika persoalan seumpama ini berterusan, dan dengan ketidak jelasan konsep 1Malaysia yang bmasih banyak yang tidak faham, maka akan sukar untuk kita hidup dalam perpaduan yang sebenar. Perpaduan yang kita nampak hari ini adalah perpaduan lakonan semanta-mata, dan bukan realiti sebenar. Ianya umpama bom jangka, yang boleh meletus bila-bila masa.
Buktinya, jika kita baca respon berkaitan isu pemindahan rakyat Malaysia di mesir, akan ada juag post yang berbau perkauaman. Apatah lagi dalam facebook! Bezanya isu ini belum sampai dipolitikan oleh parti politik yang melihat ruang dan peluangnya untuk pengaruh politik.
Untuk meredakan hal perkauman ini dato, saya suka mencadangkan agar kerajaan yang sedia ada agar kurangkan politik dan lebihkan kerja kepada rakyat tanpa mengambil kira fahaman politik. Media pun sama, paparkan isu masyarakat, sosial atau rakyat, dan kecilkan ruangan politik. Plotik hanya pada menjelang pilihanraya sahaja. Maka tidak perlulah lagi ada papan iklan mengatakan "projek ini adalah projek kerajaan bla..bla..bla..". Sebabnya projek membuat ground zero di New York, tidak ada pun tertera "projek ini adalah projek kerajaan Democrat atau Republican."
Dengan masalah sosial Melayu & Bumiputera yang parah sekarang, sewajarnya, semua pihak bermula semula dengan memperbanyakkan wacana, forum dan prbahasan juga pedebatan yang bersumberkan ilmu, dan bukannya hanya cakap-cakap ceramah kosong pemimpin yang tidak berfakta dan bersumber.
Mungkin, hari ini sudah terlambat, namun biar geneasi masa hadapan yang memahami akan merealisasikan Bangsa Malaysia.
Sdr OKJ
Berasarkan komen mutakhir sdr, saya ingatkan kapada sdr, tidak semua kata2 yang dilemparkan kepada Mubarak oleh golongn ulamak di Mesir sebelum ini yang, di negara ini, sdr kaitkan dengan golongan ulamak yang pakai jubah dan bergangut yang sdr tak suka itu tidak betul dan tidak semua kata2 yang pengomen dalam blog ini yang sdr tidak suka juga dan mengaitkannya dengan golongan berjubah dan berjangut itu tidak benar.
Tidakkah apa yang membuatkan generasi muda di Mesir sekarang naik angin ada kaitkan dengan orang macam sdr di Mesir yang terlalu memandang serong terhadap golongan ulamak yang sdr tak suka itu?
salam
kepada saudara abu bakar ab rahman
pada pendapat saya, definisi melayu dalam perlembagaan tidak tepat. ini kerana, sesiapa saja bole menjadi melayu dan sesiapa saja bole menjadi bukan melayu.
contoh, seorang melayu yang bukan beragama islam, jika dia berada di Malaysia, dia bukanlah seorang melayu lagi kerana aspek utama untuk seseorang dikategorikan sebagai melayu ialah beragama islam.
tetapi,orang bukan melayu, yang lahir pada sekian2 masa, yang masuk agama islam, mengikuti adat-istiadat orang melayu, sudah boleh menjadi orang melayu walaupun ibu bapa dan keturunan asalnya bukan melayu.
tentang DNA study, memang benarlah jika anda mengaitkan dengan kejadian manusia yang bermula dari Nabi Adam. tapi yang menjadi significance pada DNA study itu ialah olah-gerak peradaban manusia dan ketamadunan di tanah nusantara.
yang ingin dihujahkan ialah, DNA asas mongoloid(Cina) dan dravid(India) yang menjadi tunjang DNA orang melayu menunjukkan bahawa ini menyokong findings archeology yang menganalisis artifak2 dan cara hidup dan mengupas teori perpindahan orang cina dan india ke tanah melayu sejak 2000 tahun lalu untuk melombong emas, membuka kerajaan dan pelabuhan. ini semua didokumenkan dan diamati dari aspek teknologi, sosial dan agama penduduk di sini sejak 2000 tahun lepas.
hasil dari perpindahan dan peradaban baru lahirlah bangsa melayu sebagai by-product kedatangan orang dari dua negara besar tamadun awal manusia.
harap penjelasan ini dapat membantu apakah significance kajian DNA dan pengamatan arkelogi dan sejarah. terima kasih
wassalam
Sdr Zaid@zaidel, antara lain berkata,"Dengan masalah sosial Melayu & Bumiputera yang parah sekarang, sewajarnya, semua pihak bermula semula dengan memperbanyakkan wacana, forum dan prbahasan juga pedebatan yang bersumberkan ilmu, dan bukannya hanya cakap-cakap ceramah kosong pemimpin yang tidak berfakta dan bersumber."
Komen:
1. Benda yang sdr cadangkan di atas memang ada logik akal dan banyak orang yang cakap mengenainya.Tetapi apa kesudahannya??????????
2. Macama mana kalau orang kata, bukakah itu kerja universiti??????
3. Boleh sdr suruh RTM,TV dll kalau buat program wacana /forum tu jangan dok asyik panggil intelek2, prof2 dll yang pembodek kerajaan sahaja????????
4. Mungkin sdr tak tahu saya orang yang pertama di negara ini yang buat kajian sendiri dahulu mengenai masalah orang Melayu, bersyarah di universiti, siarkan dalam media perdana dan lepas itu pakat dengan prof2 diuniversiti dalam pelbagai bidang kepakaran untuk buat kajian teks lanjut dan pelaksanaannya
Tok Ji
Kawan nak tanya sikit. Yang nak jadi champion agama sampai panggil sedara sendiri kafir ni, dia berani ka kalau kita banned terus hak istimewa orang melayu dan suruh orang melayu compete fair & square dengan bangsa2 lain tanpa ada "protective act" ni?
Bukan apa. Setahu kawan la, Islam suruh umatnya kerja kuat dan bersaing sama rata dengan bangsa2 lain. Mana ada Islam suruh buat hak keistimewaan ka apa ka.
Ini, ramai yang dok gila subsidi, dok gila masuk MRSM, IKM, UiTM. Beli rumah dapat diskaun, dapat special itu, dapat special ini ... lagi ada hati nak tegakkan Islam konon. Hahaha ...
Kalau betui la hangpa ni nak tegak kan Islam, first thing hangpa kena buat ialah hangpa kena reject apa saja yang bagi keistimewaan pada orang Melayu ni dulu. Baru betui. Baru ada akai. Ini idak. Ooooo... kalau benda tu dapat pada hangpa, masuk perut hangpa, takdak langsung hangpa nak ingat halal haram. Tapi kalau dapat kat orang lain, pandai la hangpa dok kutuk macam2, kata kroni la, rasuah la, itu la, ini la, .... woiii poodahhh lah!
Hangpa tak tau ka. Orang Cina/India dok meluat kat orang Melayu ni sebab depa tengok orang Melayu ni senang sangat dapat itu ini. Anak masuk sekolah asrama, anak masuk MRSM, masuk universiti senang, dapat kerja gomen senang, beli rumah dapat diskaun. Macam2 lagilah. Tapi orang Melayu yang dapat macam2 benda senang ni depa buat apa pulak? Ceramah sini, ceramah sana. Kutuk orang ini, kutuk orang sana. Yang dapat masuk U, orang suruh pi belajaq, dia sebok pi demo. Demo sini, demo sana. Result keluar dapat teloq. Lepas tu mintak keja tak dapat, komplain kata ekonomi teruk gomen tak buat apa2. Poodah. Yang dah dapat keje gomen pulak, tak habieh2 dok tuang keja. Pagi pi minum teh, petang pi minum teh. Sehari kerja tinggai 1 jam saja. Lepas tu pulak tiap2 bulan pi kursus. Kursus sini, kursus sana pi buang masa dan duit rakyat. Pooodahh la.
Macam ni punya perangai nak tegak kan Islam ka? Hahaha ... Toksah nak temberang la. Buat malu Islam, lagi ada la.
Woiii ... hangpa jangan sampai orang kafir tanya kenapa Islam itu racist sebab tolong orang melayu saja. Jadi sebelum terlambat, jom lah kita banned hak keistimewaan Melayu ni dulu dan amalkan tuntutan Islam tulen.
Apa dia tuntutan Islam tulen tu?
Hahaha ... senang saja bro. Kerja mau kuat. Ilmu mesti mau tuntut. Tolong, semua orang kita mesti mau tolong. Baru orang respect sama kita. Baru orang lain kata Islam itu betul dan adil.
Tapi kalau setakat kuat menjerit nak hudud tapi anak still masuk mrsm, uitm, mara itu, mara ini hahaha ... aku nasihatkan cermin-cermin diri dulu la bro ... jangan bagi malu Islam, OK.
Kalau tok aji hangpa buat fatwa baru kata OK. Ini aku nak pesan pada dia. Kalau betui la dia kata Islam tu paling utama dan atasi segala2nya ... apasai kat Kelantan tu, orang Islam dari negeri lain tak boleh nak beli tanah & property kat sana? Apa? Orang Islam dari negeri lain ni tak cukup Islam ka? Atau faktor "anak Kelantan" tu lebih penting dari Islam tu sendiri. Jawab tok aji, jawab.
Perbetui tempat sendiri tu dulu la baru nak sibuk jatuh hukum kat tempat lain.
Zaid Kuda
Salam Dato'.isu ini memang berkali-Kali diulangkan tanpa apa-apa penyeleaian.izinkan saya hulurkan pendapat saya.sebenarnya yang menjadi isu disini bukanlah bangsa Melayu yang peril di utamakan tetapi budaya Islam yang di praktikkan di bumi ini sejak beratus tahun dahulu.bukan Kah perkara ini yang di lindungi secara halus dalam Perlembagaan Malaysia?
Sekarang apa yang dipertikaikan adalah isu bangsa yang amat sukar dipertahankkan secara rational Dan saintifik. Memang betul kita semua ni bercampur aduk macam rojak tapi bila solat Jumaat kita semua berdiri sama sebagai Muslimmah Malaysia tanpa kira mamak,Bugis,jawa, Pas, umno etc.
I feel that we should protect this right first and foremost. I have non Malay friends with whom i have civilized arguments about the special rights and I rationalize that what is at the heart of the issue is whether the practice and paramount place of Islam will be forever enshrined no matter what the political equation. In order to do that, there must be more than a social contract but rather a refinement of what is contained in the Constitution. My non malay friends seek and ask for meritocracy in Malaysia but I ask them of what flavor...if the Singapore model is to emulated then I will refuse with my last breath because it is biased towards a Mandarin/English speaking grouping- preferably atheistic (Like LKY). If Malaysia is to successfully evolve into a nation where there is political and social equilibrium, then we have to defend what is truly essential ie our uniquely Muslim culture that is colored and wonderfully flavored by the different sub groupings.
Dato,
Ya (saudara Khairul)..secara hakikat, tamaddun kala dulu semenjak pemerintahan Gangga Negara..Srivijaya...Majapahit..yangberasas Hindu dan jika kita lihat sekeliling kita,misalnya diIndonesia.. Bali,.Gunung Merapi,Burobodur,Jogjakarta; Praeh Verah disempadan Thai..Cambodia; Ankor Wat Cambodia,juga di Vietnam Laos serta kawasan Lembah Bujang diKedah ...memang banyak menunjuk sekitar tempat sejarah tamadun kuasa Hindu yang kuat dahulu. Ini menunjukan pengembaraan orang India Hindu ke kepulauan Nusantara dari dulu lama lagi jika dibanding India Tamil(India) yang dibawa masa jajahan British untuk bersih kaw hutan dan ke ladang getah. Juga orang Tamil( dari Ceylon/Srilanka)yang fasih bahasa Inggeris dari dulu, dijemput melalui iklan untuk kerja pentadbiran dibawah British.
KASTURI
Dato.
Orang Melayu di Tanah melayu datang dari Indonesia,Siam,Pakistan,India dan Yamen,Sebab itu kita dapati orang bugis,orang Petani,orang Jawa,orang Banjir,orang Aceh,orang Padang.
Jadi tapsiran Dato,Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu tidak tepat sekali.
SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
Putera said..
Betul la dulu Tanah melayu, tp yang menjual Tanah Melayu pd pendatang tu siapa??Kalau bukan TAR kpada LG Tong.TDM kpd Vincent Tan.Skrng tanah KTM tu nak jual ( JV?) dgn Spore..
Mohon maaf terpaksa bertanya kpd tuan Putera..tanah Melayu yang mana TDM jual kat Vincent Tan tu?
Yang setahu kami Vincent Tan usahakan projek2 kerajaan yang 'ditolak' Syarikat besar yang lain ( termasuk Syarikat gergasi Bumiputera) atas alasan berisiko tinggi atau tidak 'viable'.
Antara projek2 (berisiko tinggi) atas tanah2 kerajaan yang Vincent Tan sanggup bangunkan adalah Bk. Kiara Equestrian dan Berjaya Burau Bay Resort...hanya kerana Ayahanda Tun yang ingin 'hidupkan' SENIREKA MELAYU untuk diperkenalkan nya kepada dunia terutamanya ketika LIMA Pertama..TIADA YANG LAIN SANGGUP MENGAMBIL RISIKO PEMBANGUNAN BERASASKAN KAYU!
Kami berharap Tuan lebih bertanggung jawab apabila membuat komen. Jangan jatuh ketahap BEBAL ( tiru kata DAKJ) atau lebih rendah ketahap DUMB (Deranged, Useless, Mental Blocked) sesuai hanya untuk tong sampah The Scribe)..
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Kami bangga BERJAYA GRP/Vincent Tan ( anak kelahiran Batu Pahat, JOHOR) masih mengamalkan janji derma kami berdua untuk kebajikan (masyarakat) iaitu 5% dari setiap RM1 keuntungan (sebelum cukai)..asas penubuhan Syt. Berjaya Group (Berjaya Transport S/B -1971)
Tun Mahathir dan Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana mereka mempunyai pendidikan yang tak serupa.
Tapi bagaimana pula dengan Dr Yusof Noor, Tan Sri Hamid Othman Dr Abdullah Mat Zin yang masing masing mempunyai pendidikan Islam serupa dengan pendidikan Nik Aziz.
Dr Yusof Noor memiliki PHD "Tealogi" yang barangkali tak bercanggah pendapat, tapi mereka berbeza satu sama lain.
Yang jelas,Tun Mahahtir dari kaum Islam yang lain. manakala Nik Abdul Aziz kaum yang lain sebab itu mereka berbeza pendapat.
Kan Islam terbahagi kepada 73 puak, cuma satu puak saja yang diterima oleh Allah, selebihnya tak diterima, kerana tak ikut ajaran Rasulullah SAW.
Tak di nafikan mereka itu adalah umat islam. tapi ada yang tak Islam yang ajar oleh Rasulullah SAW maka jadilah berbeza pendapat.
Saya masih ingat dengan kata kata Tun Mahathir sebaik saja menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke 4.
Mungkin ramai yang belum lupa dengan kata kata kalau mahu maju tinggal dulu Islam.
Kata kata seumpama itu jelas menghina Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Banyak lagi kata kata berupa mempersenda sendakan ajaran Islam syumul sepertimana pernah dilakukan oleh Yahudi iaitu memperolok olok ayat ayat Allah.
Sdr Saji,
Tulisan saya adalah matan. Huraian terperinci, kebetulan disyarahkan oleh YB Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid dalam HARAKAH terbaru, ms N11.
YB Mujahid adalah rakan sekelas saya semasa di PFS.
Assalamualaikum,
Tolong insaf wahai orang Melayu UMNO yang belum sedar diri seperti OKJ.
Benar sungguh bahawa "Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu". Kenyataan ini bermakna orang Melayulah pemilik hakiki negara Malaysia dengan segala isi bumi berserta hasil mahsulnya.
Namun, malangnya, sebilangan besar orang Melayu hidup merempat di bumi sendiri.
Sebaliknya kaum-kaum pendatang memiliki HAK ISTIMEWA yang tidak terhad di Malaysia, bumi orang Melayu ini:
1. Mereka memiliki kekayaan harta benda dan wang duit yang tidak terpermenai banyaknya.
2. Mereka memiliki syarikat-syarikat mega sendiri.
3. Mereka memiliki institusi pelajaran sendiri.
4. Mereka memiliki bahasa mereka sendiri.
5. Mereka memiliki budaya mereka sendiri.
6. Mereka memiliki agama mereka sendiri.
7. Mereka memiliki parti politik mereka sendiri.
Kesimpulannya, kaum-kaum pendatanglah yang benar-benar menikmati 'hak-hak' yang sangat istimewa di negara Malaysia ini, sedangkan orang Melayu cuma memiliki 'hak-hak yang kehilangan'. Tak berperut pedalkah anda, orang Melayu?
Lebih malang orang Melayu macam OKJ sekadar asyik berdengki, berdendam, benci, marah, buruk sangka dan meluat senantiasa kepada sesama Melayu dan Islam; padahal merekalah (OKJ dan Melayu yang sesesat dia) yang jahil dan gagal memahami kebenaran dan kesolihan orang seperti TG Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Saya membuka ruang untuk OKJ memuaskan hatinya. Tolong senaraikan apa sahaja kata-kata TG Nik Aziz yang menimbulkan kemarahan OKJ. Insya-Allah, dan dengan inayat-Nya, saya akan menjelaskannya satu-persatu dengan penuh kebenaran. Bagi saya, hingga setakat hari ini, TG Nik Aziz tidak pernah menghamburkan kata-kata yang 'sesat lagi menyesatkan' sebagaimana tuduhan pihak yang sesat lagi menyesatkan itu ke atas beliau.
Saya yakin, TG Nik Aziz seorang ulama Rabbani.
Wassalam.
Sdr. Saji,
terima kasih kerana ulasan saudara dan mengapa setuju 50% sahaja. Kemana pergi lagi 50% tu. Juga jika pengajian Sdr. tu keluar nanti. Post-post kan lah.
Sdr. None,
Yang saya maksudkan di ulasan saya adalah tentang hal-hal prasarana bukan kedai-kedai talipon di pasar raya itu.
Jikalau di kaji, berapa peratus lah yang benar-benar dapat di manafaatkan olih orang melayu. Saya agak teman sdr itu mungkin pernah bekerja di TM. Kalau di TM mungkin banyaklah org melayu yang dapat manafaatnya.
Saya tidak ada fakta-fakta yang lengkap kerana ianya hanyalah pengamatan mata saya sahaja. Jikalau pun TM, kaji lah dalam perbelanjaan TM itu sendiri. Misalnya, dalam pelaburan HSBB TM, di manakah pelaburan yang tinggi ? Peralatan rangkaiannya kalau tak silap saya adalah keluaran Huawei atau pun ZTE. Fiber Optic mungkin dari Opcom, "CPE (Customer Premise Equipment)" dari Huawei dan D-Link. Orang Melayu (kontraktor jkh) hanya buat pemasangan sahaja. Mengikut pengalaman saya, Khidmat Pemasangan hanya lah lebih kurang 20% dari kos keseluruhan projek. Jadi jikalau perbelanjaan TM untuk HSBB 8b, berapa yang pergi ke orang melayu.
Saya juga banyak mendengar dimana kontraktor-kontrator JKH mengeluh kerana lambat bayar dan sebagainya.
Pada tahun 2009, pendapatan keseluruhan maxis, digi, celcom dan tm adalah di dalam 26b. Pendapatan TM adalah 8b, bermakna ianya hanyalah 30% dari pendapatan industri.
Jikalau bukan TM ataupun Celcom, kajilah berapa peratus yang pergi ke org melayu. Kaji lah Celcom, kemana kebanyakan perbelanjaan projek perginya. Ke org melayu atau bukan org melayu.
DiGi dan Maxis, rasa-rasa tak payah buat pengamatan pun, kita bolih agak kemana perginya kerja-kerja itu.
Ini hanyalah pengamatan saya, besar kemungkinan tak betul sbb saya takde buat pengajian khusus.
Apa ada untungnya orang Melayu berpecah belah?
Yang untungnya siapa?
Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh atau Najib?
Yang ruginya siapa?
Bangsa yang kononnya takkan hilang didunia !! Bangsa yang lemah lembut !
Jono
Kan lebeh baik kalau UMNO/Pas bersatu sama-sama berganding bahu menjalankan tanggong jawab mencari formula yang terbaik untuk kejalan yang diredhai Allah. Sama-sama berpakat dan sama-sama tegur-menegur apabila membuat dasar untuk meningkatkan maruah dah kesejahteraan ummah. Kan senang berbincang dan bebisik-bisik bersama !!
Saya rasa MCA/DAP pun ada berbisik-bisik dibelakang tabir demi kepentingan bersama!!!
Sebenarnya dalam politik bangsa Cina kaki mereka sebelah MCA dan sebelah lagi DAP. Mereka tidak akan tenggelam!!! Mereka tidak fanatik dan tidak ada kesetiaan membabi buta dalam politik. Mereka praktikal dalam segala hal asalkan tidak menjejas usaha mereka untuk terus maju kehadapan.
Mereka boleh lah diumpamakan seperti Arnab dan orang Melayu seperti kura-kura apabila bertanding berlari Arnab meninggalkan kura-kura jauh kehadapan!!
Mat Lodeh
Dato'
Benarkan saya mengucap terima kasih kepada sdr Bawal.
Ringkas tapi sahabat saya(yang mulakan isu ini) berkata,huraian yang meyakinkan dan percaya sdr Bawal memang ada pengetahuan diatas apa yang dicatatkan nya.
Assalamualaikum pak Kadir
Ungkapan "serba betul" bermaksud
tiada yang cacat dan celanya.
Ungkapan "serba salah" bermaksud ketidaktentuan,mengapa definisinya berlain?.
Saye serba salah dengan hujah hujah tetamu pak Kadir.
Hujah saye adelah,Tanah Melayu sememangnya Tanah Pusaka Orang Melayu, Tetapi untuk menjadikan Tanah Melayu semaju Malaysia hari ini orng Melayu memerlukan kaum kaum lain bergerak bersama mereka.
Siapakah yang segila Lim Goh Tong dan seberani Tony Fernandez?,kita orang Melayu janganlah bersikap retorik,tapi pragmatik.Kita sememangnya memerlukan rakan konsi yang jujur dan bijaksana.
Sdr Bawal
Terima kasih kerana membrei respon
"Walaupun PAS megatakan Islam itu adalah perjuangannya, tapi jikalau dihalusi(mengikut pandangan saya) ianya tidaklah seislam yang dikatakan. Ia lebih banyak merupakan propaganda dari perlakuan itu sendiri."
Komen saya: Setuju 50%
Sdr tanya:
Mengapa setuju 50% sahaja. Kemana pergi lagi 50% tu.
Berikut jawapan saya:
1. 50% yang saya setuju tu apa yang pas boleh dan mampu buatPAS buat tanpa dikacau oleh UMNO.
2.50% yang sdr kata kemana tu ialah ajaran Islam yang UMNO belum laksana lagi yang PAS kata UMNO kena buat, kerana UMNO asyik kata dia pun perjuangkan Islam.
Tetapi kalau PAS nak buat 50% yang UMNO belum buat tu, PAS macam nak kata, dia kena jadi pemerintah macam UMNO sekarang untuk ambil alih tanggujawab melaksanakan seluruh ajaran Islam di negara ini.Betul atau tidak, ulamak PAS kena sahkannya di blog ini
3. Maksud seluruh ajaran Islam di atas ialah ajaran Islam yang dibahagi kepada 3 komponen utama iaitu akedah/tawhid, akhlak dan syariah yang Islam kata perlu diseimbangkan amalan untuk ketiga-tiganya sekali gus, jika mahu nikmat Islam dirasai.
4. Dari segi weightage (kemampuan diajar dan dilaksankan) untuk 3 komponen ajaran Islam di atas saya bagi 25%-akedah 25% -akhlak dan 50% syariah.
Mengapa 50% syariah,jawapan saya ia merupakan komponen ajaran yang di negara ini bukan sahaja jarang diajar, jarang dibincangkan dan macam tak mahu diajar, malah sukar dilaksanakan di negara ini. Yang dimaksudkan komponen syariah ialah jenayah, munakahat, muamalat dll. Menakala, komponen akedah dan akhlak adalah sebaliknya.
5. Cuma yang banyak kita dengar, UMNO lebih menekankan lambang atau syiar Islam sperti masjid, azan di TV, menyambut maulud besar-besaran dll termasuk ulmak PAS. Malah ada yang kata UMNO menekankan ibadah khusus, berbanding ibadah khusus.
P/S Mengenai pengajian, kalau sdr minat, bagi emil sdr, sdr dijemput ke seminar mengenainya diKL sekitar end of Feb ini.
Salam Datuk AKJ
Mengapalah agaknya sebahagian pembahas beria-ia menyanggah saranan bahawa tanah ini adalah Tanah Melayu. Definisi Perlembagaan itu hanyalah mencirikan dalam bentuk tersurat apa yang menjadi tradisi berzaman. Memang secara tradisinya, sesiapa sahaja yang tinggal di tanah ini, menganut Islam dan mengamalkan adat istiadat tempatan terutama bahasanya, disebut sebagai Melayu. Cina pun masuk Islam jadi Melayu, India pun masuk Islam jadi Melayu, orang putih pun masuk Islam jadi Melayu, di sini. Sebab itu Tun Dr. Mahathir pun jadi Melayu, anak-anaknya dapat masuk MRSM. Borneo pun sebahagian Alam Melayu, macam mana nak nafikan kenyataan itu. Fakta sejarah tidak akan berubah walau sehebat mana pun emosi diluahkan, apatah lagi pada zaman kemerdekaan maklumat kini.
Islam tak sembah patung, tidak bina monumen gah atas agama. Kaabah pun hanya binaan ringkas sahaja. Di tempat-tempat lain, tidak ada binaan sedemikian rupa walau pada zaman mana pun. Jadi kesan Islam, iaitu ajaran nabi-nabi as terdahulu tidak dapat dibuktikan melalui kesan rumah ibadat, candi dan sebagainya. Langkasuka dan Gangga Negara itu terbukti melalui candi-candi dan tinggalan fizikalnya. Hanya itukah tamadun yang wujud pada zaman itu atau sezamannya ada ajaran agama samawi yang turut dipraktiskan oleh penduduk di sini tetapi kerana tiada tinggalan fizikal, dinafikan kewujudannya? Yang mentafsirkan sedemikian pun ialah tokoh-tokoh Barat atau berlatar belakang pendidikan Barat. Begitu juga dengan hujah DNA, hanya berasaskan statistik semata-mata. Bagaimana dengan persoalan Gunung Ledang yang dikaitkan dengan harta Nabi Sulaiman as serta bangsa Bugis yang dikaitkan dengan Ratu Balqis?
Mohon penyokong PAS berikan contoh mana-mana pihak Islam yang pernah bersekongkol dengan bukan Islam untuk menjatuhkan kepimpinan Islam dan beroleh kejayaan atas persekongkolannya itu. Kalau tak silap, tamaddun Islam yang berpusat di Baghdad musnah kerana persekongkolan sebegitu. Jangan sebut Islamnya Timurlane adalah kejayaan persekongkolan itu pula...
Salam Dakj dan sdr bawal
PEMBETLAN ayat terakhir:
5. uma yang banyak kita dengar, UMNO lebih menekankan lambang atau syiar Islam sperti masjid, azan di TV, menyambut maulud besar-besaran dll termasuk ulmak PAS. Malah ada yang kata UMNO menekankan ibadah khusus, berbanding ibadah 'khusus'.
YANG BETUL -Malah ada yang kata UMNO menekankan ibadah khusus,berbanding ibadah'umum'.
Salam.
Firman Allah swt:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)
Guru saya mengatakan bahawa setiap sesuatu akan ada hayatnya (ada tamat tempoh) termasuklah agama Islam itu sendiri.
Sampai masanya Islam pun akan pupus maka yg tinggal hanyalah mereka-mereka yg tidak beriman. Ketika tiada lagi manusia yg beriman maka ketika itulah kiamat akan berlaku.
Jika Islam pun akan pupus, tak mustahil bangsa-bangsa yg ada di mukabumi ini akan pups termasuklah bangsa Melayu. Ini telah dibuktikan sepertimana pupusnya Kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Nabi Luth dan banyak lagi.
Wasalam.
JJ (Islam-Melayu)
Salam,kpd berasiam:-
mengikut pada fahaman saya, anda ingin mengatakan sebenarnya "term" "melayu" itu adalah bukan keturunan atau bangsa. kerana bangsa ini adalah mengikut keturunan jadi pada saya, fahaman anda tentang "term" melayu ini adalah kumpulan. dan penjelasan yang anda berikan tentang "term" melayu ialah kelompok orang Islam yang menggunakan bahasa melayu, dan adat-istiadat melayu, yang menetap di tanah ini tidak mengira bangsa, semuanya dianggap melayu.
jadi, bagai kata anda tadi, melayu muslim adalah melayu, cina muslim adalah melayu, india muslim, orang putih mahupun afrika muslim pun melayu. jadi dengan ini, cukup sudah menyangkal bahawa tanah ini tanah pusaka orang melayu. kerana, cuba kita bandingkan, orang putih yang menetap di sini mungkin 20 tahun pun bole jadi orang melayu dan pemegang harta pusaka, sedangkan orang cina yang masih buddha dan meneruskan adat cina dan buddha, menetap dari keturunan yang lahir sebelum merdeka di sini, masih digelar 2nd class dan ada yg lebih celupar menggelar mereka pendatang!
anda boleh menyangkal fakta dan statistik yang saya berikan, tapi anda juga harus mengetahui garis masa kedatangan agama2, kedatangan pedagang2, dan sebagainya untuk menyahihkan hujah.
kemudian, seperti yg sy katakan, penerangan anda tentang melayu sahaja telahpun mendatangkan masalah kepada smua dan mencacatkan usaha anda sendiri untuk menabalkan tanah ini sebagai tanah pusaka, kerana tanah pusaka itu adalah pemberian turun-temurun mengikut keturunan zaman-berzaman.
mungkin anda yang beremosi tinggi, saya hanya berhujah dan cuba mengaplikasikan teori dan berbincang secara rasional. mohon maaf jika terkasar bahasa, saya berniat hanya untuk berkongsi ilmu dan pendapat secara perbincangan intelektual.jika saya salah, berikan hujah yg sahih. terima kasih dan mohon maaf sekali lagi
wassalam
Saya kembali berbangga dengan bangsa ku.. Tahniah penulis
Datuk,
Isu ini adalah sesuatu yang penting dan memerlukan huraian dari pakar-pakar sejarah. Kalau tidak faham sejarah tapi mahu berbahas juga nanti akan memberi kesan lebih buruk pada orang-orang Melayu. Oleh itu marilah kita sama-sama baca buku sejarah bagi membolehkan kita menangkis serangan bermotifkan sejarah yang nampaknya semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini.
Jangan pergi terlalu jauh hingga ke era Gangga Negara, Majapahit atau Sri Wijaya. Nanti confuse. Walau apa pun, satu perkara yang perlu diingat meskipun rakyat di kerajaan-kerajaan ini beragama Hindu tetapi mereka adalah orang Melayu. Tidak ada dalam sejarah apa pun yang mengatakan kerajaan Hindu dari India datang dan menawan mana-mana tanah di kepulauan Melayu.
Yang ada cuma pendakwah-pendakwah yang datang mendakwah dan menghindukan raja-raja dan penduduk di sesuatu kerajaaa itu. Samalah juga dengan apa yang berlaku di Melaka. Muballiqh islam datang dari Arab atau India mengislamkan raja dan rakyat Melaka. Tetapi tidak pulak orang arab atau India muslim menakluk Melaka. Itulah yang pernah guru saya ajar semasa di sekolah Melayu di zaman orang putih.
Begitu juga ketika di sekolah orang putih beberapa tahun selepas merdeka yang 80 peratus guru-gurunya adalah bukan Melayu (sebahagian besar Cina) dengan sedikit-sedikit guru orang putih dari Wales, England, Scotland, malahan ada dari India dan Nigeria.
Tak taulah kalau saya baca buku sejarah atau guru-guru yang ajar benda yang salah.
Bagaimana dengan risalah "My Balik Pulau" tak ada ke sesiapa nak komen. Nampaknya ini satu rancangan nak tulis semula sejarah.
"Negaraku,Tanah Tumpahnya darahku."
Saya generasi India ke3 lahir di Bumi tanah kepunyaan orang Melayu Islam.
Walaupun saya digelar pendatang, keling ataupun pariah , namun darah daging saya tidak mengenali sebarang gelaran yang dilontarkan.
Darah saya masih mengalir ke tanah Malaysia. Darah saya tidak mampu mencari jalan ke negara lain yang kononnya digelar tanah asal saya.
Setiap sel tubuh ibu-bapa saya keseluruhannya berumbi daripada khasiat tanah ini dan begitu juga tubuh saya.SeTamatnya riwayat, tubuh kami akan pulang ke tanah ini juga untuk melangsaikan hutang hidup.Bukannya ke tanah lain.
Andainya darah saya mengenali bahawa tanah ini kepunyaan orang Melayu Islam, adakah ia akan berhenti mengalir, menunggu ketibaan saya ke tanah lain?
Dan seandainya darah aku mengalir di tanah lain, bukankah itu bercanggah dengan semangat lagu kebangsaan ?
Bukannya saya meminta untuk dilahirkan di Tanah kepunyaan orang Melayu Islam untuk digelar sebegai pendatang dan dipertirikan.
Kemana lagi saya boleh mengadu atau meminta kalau bukan di tanah tumpahnya darahku?
Apakah salahnya semua bangsa yang disalah-lahirkan di tanah kepunyaan orang lain? Apakah jalan penyelesainnya hanya satu , iaitu berhijrah ke negara lain yang tidak sanggup menerimanya?
Apakah akan menjadi kepada dunia ini jikalau semua banga yang disalah-lahirkan dikerah untuk mencari dan pulang ke tanah pusakanya?
Dan adakah Orang Melayu islam ingin juga memulangkan semua bahasa,adat dan budaya asing yang telah dibawa kesini berkurun lepas?
Dan adakah orang melayu sanggup menyoal kedudukan semua agama asing yang bukannya berasal dari tanah pusaka orang melayu ?
"Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957."
Bagi saya tidak perlu mengkaji terlalu jauh sehingga zaman merong mahawangsa atau meneliti kajian DNA.
Apa yang perlu dikaji boleh diambil dari petikan diatas khususnya frasa "menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran"
Apakah maknanya kewarganegaraan kepada setiap kaum?
Adakah warganegara melayu itu berbeza atau sama berbanding warganegara bukan melayu?
Tafsiran perlembagaan inilah yang mahu diinterpretasikan mengikut cabang ideologi politik.
Alangkah baiknya jika ada konsensus antara majoriti ideologi politik untuk membenarkan pakar sahaja membuat tafsiran ie pakar perundangan (tak kisah dari dalam atau luar negara atau gabungannya asalkan benar-benar berkecuali).
Negara kita dibina berasaskan perlembagaan. Jika tafsirannya kabur, maka kaburlah identiti bangsa Malaysia tanpa mengira kaum baik melayu, cina, india atau lain-lainnya.
"4. Daripada pengamatan saya dan daripada apa yang saya baca dalam media arus perdana, yang agung dalam perancangan dan pelaksanaan dasar serta program ekonomi adalah Idris Jala, Amirsham dan Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Wallahualam;"
Malang sekali Idris Jala, Amirsham dan majoriti ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara adalah berlatar belakangkan dunia korporat.
Mana yang belajar perakaunan tentu tahu perakaunan komersil dan perakaunan kerajaan adalah dua amalan perakaunan yang banyak perbezaannya.
Satu amalan adalah untuk membelanjakan wang yang minima untuk pulangan wang yang maksima.
Satu lagi amalan adalah dengan menghabiskan peruntukan wang bagi mendapatkan impak sosial yang maksima.
Sebab itu ramai menteri yang tak faham dan tidak malu untuk berkata dalam sidang akhbar bahawa dana petronas untuk membina menara warisan adalah dana swasta dan bukan dana kerajaan.
"4. Mungkin sdr tak tahu saya orang yang pertama di negara ini yang buat kajian sendiri dahulu mengenai masalah orang Melayu, bersyarah di universiti, siarkan dalam media perdana dan lepas itu pakat dengan prof2 diuniversiti dalam pelbagai bidang kepakaran untuk buat kajian teks lanjut dan pelaksanaannya"
Setahu saya, Prof Diraja Ungku Aziz semasa mudanya (sebelum beliau memulakan usaha menubuhkan Tabung Haji dan Biro Angkasa lagi) telah mengkaji dan mencari punca kemiskinan orang melayu.
Sample beliau khususnya masyarakat miskin nelayan dan petani di Kedah dan Perlis.
Menurut beliau, ada tiga punca kemiskinan orang melayu:
1.Menzalimi diri sendiri (menafikan diri dari berusaha untuk maju)
2.Dizalimi orang lain (ditindas dan dinafikan hak untuk maju)
3.Kemiskinan yang diwarisi
Ketiga-tiga punca ini, jika dinisbahkan, adalah hampir seimbang.
Mungkin cabang kajian ini berbeza dengan cabang kajian saudara.
Fed Up
orang melayu kena bangkit seperti orang orang Arab di Tunisia & Mesir. Bangkit untuk lebih berani dan tak takut mati mempertahankan hak mereka ke atas TANAH MELAYU!!!
dato' bangsa lain kata , Tanah Melayu ni namanya Tanah Melayu disebabkan geographical name sahaja.
kalau kita kata tanah besar mereka geographical name jugak.sampai mampus mereka ni suruh kita mintak maaf.
kononnya tidak 1 malaysia, x harmoni, x menghormati.
Post a Comment