A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
KITA ada pembahas baru yang menggunakan nama pena “OOD”. Dalam dua komennya bagi rencana bertajuk “Cabaran Pilihan Raya Negeri Sarawak”, beliau antara lain menulis:
“Mohon kalau Datuk boleh buat apa-apa, saya rimas membaca tentang perihal seks ahli politik kita. Siapa mereka tiduri, cara mana mereka lakukannya, saya rasa masyarakat dah muak membaca. Sesiapa pun, nak tidur dengan lelaki ke, perempuan ke, atau apa makhluk sekali pun, kita dah letih mendengarnya. Dan media pula, dalam menggambarkan perlakuan tersebut, begitu grafik begitu detail! lebih baik disiarkan saja di tv!
“Sebagai rakyat, Datuk, saya mahu lihat 'action' dan mahu mendengar laporan status kemajuan negara. Saya hadir ke mesyuarat JPPN yang dipengerusikan KSN semalam. begitu banyak isu besar dalam negara yang perlu ditangani, namun kita galak menonton video itu dan ini.”
Beliau menambah: “ Suratkhabar sekarang, ceritanya tak ada lain, kisah kematian dan kemalangan atau kisah asmara ahli politik! Masa saya kecil, kerana cemburukan Hadafi, saya juga membaca suratkabar seawal usia 4 tahun. Bagus baca nsuratkhabar, dengar berita tv pon bagus, kata aruah abah.
”Saya kini terpaksa haramkan suratkhabar dari anak-anak sebab kandungannya 18SG dan 18SX!”
”Saya kini terpaksa haramkan suratkhabar dari anak-anak sebab kandungannya 18SG dan 18SX!”
Reaksi dan jawapan saya adalah seperti berikut:
1. Tugas asas media massa ada tiga iaitu memaklumkan, mendidik dan menghibur (to inform, to educate and to entertain);
2. Majoriti produk media massa hari ini adalah perniagaan. Mereka berlumba-lumba mendapatkan pembaca, penonton dan pendengar untuk mencari keuntungan. Mereka terpaksa hidangkan apa yang paling digemari khalayak. Audiens di Malaysia, khasnya orang Melayu, gemar kepada politik karut-marut, berita seks dan jenayah, hiburan murahan dan sukan;
3. Mengenai pembesar (pemimpin?) yang jelas tidak bermoral atau yang disyaki peribadinya, kita ada dua pilihan. Kita tidak memilihnya dalam pilihan raya atau kita boleh terus memilihnya. Itu hak kita dan itulah demokrasi pada dasarnya. Ia bukan sesuatu yang unggul dan terjamin. Pilihan raya tidak semestinya melahirkan kepemimpinan unggul;
4. Dalam ketidaksempurnaan sistem dan manusia itu, pendekatan terbaik adalah memilih pembesar (pemimpin) yang mungkin tidak terlalu keji budi dan akhlaknya, tetapi boleh memerintah dengan baik. Dalam erti kata yang lain, kita mengutamakan pencapaian daripada perwatakan;
5. Mengenai cara memilih media dan menggunakannya, saya hanya boleh beri panduan berdasarkan pengalaman saya. Allahyarham ayah saya menggalakkan saya membaca bahan-bahan yang memberi maklumat dan ilmu. Sebagai bapa, saya tidak menggalakkan (malah mengharamkan) anak-anak saya ketika mereka dalam jagaan saya menonton drama dan program “reality TV” yang karut-marut. Saya galakkan mereka menonton saluran maklumat dan pendidikan. Saya berkecuali mengenai sukan. Hukum yang sama saya gunakan dalam pembacaan akhbar, majalah dan buku;
6. Kita kena akui juga bahawa laporan media massa adalah cerminan masyarakat. Kalau pembesar dan artis suka berkhalwat, orang kaya atau janda mereka suka berebut harta di mahkamah dan artis cantik molek menuntut cerai di mahkamah syariah, bolehkah kita menyalahkan media massa melaporkannya?;
7. Mengenai perbicaraan atau tuduhan ahli politik terbabit dengan seks haram, saya rasa masyarakat wajib dimaklumkan. Pembesar, khasnya ahli politik yang dipilih rakyat, wajib didedahkan kepada pemeriksaan dan penelitian umum;
8. Laporan media mengenai kes seks mungkin berbunyi lucah kerana penggunaan istilah dan ungkapan yang seksual dan sensual. Tetapi dalam perbicaraan, pembuktian perlu jelas dan terperinci. Maka terbitlah istilah dan ungkapan yang seksual dan sensual itu. Media massa pula berhak mengulanginya kerana perbicaraan mahkamah tergulung sebagai “qualified privilege” iaitu keistimewaan bersyarat di mana media terlindung daripada tindakan undang-undang kalau melaporkan dengan telus dan tepat.
Kesimpulannya, dalam era ledakan maklumat dan teknologi telekomunikasi ini, bimbingan ibu bapa (parental guidance/PG) sangat penting dan mendesak. Ibu bapa yang tidak celek ICT, kurang berilmu atau yang sambil lewa mungkin tidak dapat melaksanakan tugas PG dengan sempurna. Wallahualam.
PS: Maaf kalau lambat menyiarkan komen. Saya masih di perantauan.
61 comments:
salam tok..
YANG MEMBUKA KEAIBPAN PUN MASALAH MEREKA
YANAG KENA AIB PUN. SEREPA
KESIMPIMPULANYA.
DENDAM KASUMAT
SALAM
Apa yang berlaku sepertimana yang dibangkit itu adalah hasil dari politik kotor yang diamalkan oleh para pemimpin yang memerintah negara dulu dan kini.
Ini bolehlah kita katakan ia adalah kesinambungan zaman jahiliah dulu yang jelas serasi dipadamkan.
Zaman jahiliah dulu minum arak zina dan bunuh anak adalah perkara lumrah sehingga ada seorang yang mahu masuk Islam memohon dihalalkan zina pada diri,
Oleh itu, tak hairanlah dengan apa apa kejahatan yang berlaku sekarang pada negara kita.
Pada hawa nafsu mereka minum arak, zina dan bunuh anak itu baik sehingga "berani kerana benar" sudah bertukar menjadi "berani kerana salah".
Dan "takut kerana salah" sudah bertukar menjadi "takut kerana benar".
Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang menegakkan kebenaran pernah meringkup dalam penjara. manakala yang salah bebas dengan sebebas bebasnya.
Sebab itu yang salah itu dianggap benar dan benar itu dianggap salah, termasuk membuka fitnah dengan seluas luasnya.
Tak mustahil suatu masa nanti fitnah itu benar dan benar itu fitnah hasil dari gerakkerja politik kotor bikinan para pemimpin yang pentingkan diri sendiri.
Yang peliknya gerak kerja jahat ini mendapat sokongan kuat daripada pihak yang ada integreti.
mereka ini seolah olah turut bersubahat sama dalam kes fitnah menfitnah.
pendek kata hari ini integriti yang ada pada mereka sudah dicabut oleh Allah.
Sebab itu kejahatan yang dilakukan oleh para pemimpin negara mendapat sokongan padu dari pihak tersebut.
Dato.
Saya suka membaca Harian Metro.Hati saya tenang dan selalu saya senyum melihat cetita dalam Harian Metro.Saya juga suka melihat iklan2 di dalam nya.Syabas.
Kedua,jika kita sabagai orang Islam dan Takut kapada Allah,kita tidak akan siarkan benda2 yang fitnah dan memalukan rakan kita yang juga berugama Islam.Jelas sekali di dalam hadith sahih Rasuaallah saw.Saya tidak tahu apabila mati besok bagaimana editor Utusan Malaysia, Berita Harian.NST akan menghadapi Allah.
Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di serata dunia.Di negeri Islam Timur Tengan dan Indonesia.
Masa akhir zaman dah dekat.
1/ Membangunkan masyarakat bermoral dan bertamaddun,menjadi tanggungjawab Ibu-Bapa dan Pemimipin. Tanggungjawab pemimipin berada dihadapan. Jika pemimipin tidak mampu dan berkehendak merencana untuk mebangunkan mayarkat bermoral dan bertamadun , maka tidak perlu mereka menjadi pemimpin. Pemimipin diberi kuasa dan berkuasa, di mana mereka meggunakan kuasa mereka.
Assallamualaikum..pejuang kebebasan gundah gulana , demokrasi digugah resah dan ketakutan dipersekitaranya . Kekalkan minda mendokong keadilan semua , biarkan penguatkuasa menerjah segalanya dan kehakiman menilai kebenaran. Manusia akan tetap resah jiwa , jesteru keamanan negara memungkinkan wajah wajah itu terus pintar minda dan gembira dalam duka .
Usah dipersalahan sesiapa , kebebasan akan tetap menjadi isu dan dipertikaikan , TETAPI KEAMANAN PERSEKITARAN LEBIH MEMBIMBANGKAN KEBERADAAN ACUAN KEHIDUPAN . Jadi teliti dan lihat serta laungkan dengan adab untuk diteladani , sarankan kebijakan dan kajian . Modenisasi membangunkan demokrasi, Intelektual perlu berdiri disisi melakarkan dan merincikan jalan tujahan bukan meminggirkannya .
Dato',
Media banyak dikaitkan dengan penulis. Penulis banyak dikaitkan dengan sastera. Inilah kaitan komen saya hari ini.
Interlok dicabul da dilacurkan oleh TPM kerana tekanan kaum India dan 'kepentingan' kaum India didalam PRU13 nanti.
Melayu, Cina dan India bukan Tamil tiada masalah dengan Interlok walaupun ada juga perkara sensitif tentang mereka. Beberapa pelajar India cuba pulangkan novel Interlok kerana mereka 'tidak mahu baca' sehingga cakap mahu bunuh Guru Disiplin (betulkah budak-budak tu suka 'baca'?).
Kementerian akan keluarkan versi baru (dicabul) yang telah memuaskan hati masyarakat Tamil Malaysia. Apa pula tindakan jika pencinta sastera Melayu tidak mahu belajar menggunaka novel yang telah 'tercemar' tadi?. Adakah demi 1Malaysia pihak kementerian akan keluarkan dua versi mengikut kaum?.
Jadi membenarkan konsep 1Malaysia ditafsirkan secara membabi-buta oleh pelampau kaum akan lebih menjarakan perkauman didalam 1Malaysia. Media kena fikirkan masa depan negara bukannya masa depan ahli politik dan pelampau kaum.
Bagi saya media telah memainkan peranan yang salah didalam isu ini. Tindakan media perkauman memanaskan isu dan media Melayu menyejukkan Melayu dan hasilnya merugikan negara.
Saya harap kerajaan ingat juga terdapat kaum Melayu didalam 1Malaysia. Jika Tun Mahathir cakap 'Melayu Mudah Lupa' tetapi PM Najib yang 'Mudah Lupa Melayu'.
Bye/Roti
Dato', sesuatu yang tidak pasti bolih menjadi fitnah. Seolah olah media kita penyebar fitnah dan menipu rakyat atas agenda tertentu dan ini yang amat menyugulkan dan membuat kita menjadi resah.
Apa sebenarnya pegangan PM kita. Walau pun saya tidak menyukai beliau tetapi dia dah menjadi PM kita dan saya mahu dia bertanggung jawab mempertahankan Agama Islam dan jangan membiarkan sesuatu yang bolih memberi gambaran keburukan agama ini.
Tertanya tanya juga, tak kan dia tak tahu kot pasal agama Islam. Dosa pahala dan bencana yang akan menimpa negara dan rakyat akibat khianat nya seorang pemimpin bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada agama ALLAH.
Rata rata yang berkuasa di negara ini Melayu dan ISlam tetapi tindakan mereka entah lah... kekadang geram juga but let us be reminded that everything has got limit!Melayu69jati.
Merujuk kepada tegasan sdra:
1. Tugas asas media massa ada tiga iaitu memaklumkan, mendidik dan menghibur (to inform, to educate and to entertain), saya fikir ada satu lagi prinsip yg harus di kemukakan - to enlighten.
Memaklumkan pembaca paling senang lapurkan apa yg patut.
Nak mendidik mereka itu pun kalau mereka nak belajar atau sudah fikir mereka dah cukup berisi.
Pasal nak menghibur, memang menghiburkan - main perempuan, semburan bomoh, gaduh sana sini, ghairah artis, datuk2 yg nak kahwin dua (atau tiga).
Enlightenment? Perit sikit. Kebijaksanaan atau wisdom selalunya paling lambat di hayati itu pun kalau dapat di hayati dalam hayat hidup sesaorang manusia, lagi-lagi orang Melayu (bukan semuanya bengap, ada yg tinggi sekali kebijaksanaan macam sdra).
Jadi, akhbar perlu main peranan meniggikan kebijaksanaan pembaca.
Yang buat fitnah pun sama dosa yang melihat nya juga sama yang membawa berita nya pun sama juga...maka jika kita terima berita itu maka bergembira la orang2 fasiqun......buat la selagi kamu suka tapi ingat satu hari nanti pasti akan sampai jua bila tidurmu tanpa beteman dan kawan2 apa yang ada sangat dalam dunia ini...ANWAR keaiban mu telah dibuka dengan teruk sekali jangan susah hati kebaikan amalan mereka secara automatik nya telah pindah kepada mu....insyallah BERDOALAH KEPADA ALLAH engkau akan selamat...didunia dan akhirat..
Saya berhenti membeli akhbar sejak harganya naik kepada RM1.20 senaskhah dulu.
Zaman belum langgan internet kalau nak baca suratkhabar sekadar di kedai mamak, kedai gunting atau pejabat saja.
Saya setuju surat khabar adalah cerminan masyarakat. Namun saya juga berpendapat, cara paparan berita adalah begitu memualkan.
Bukan keberkesanan PG yang menjadi isu tetapi isunya, bukankah Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain itu sendiri arah pasarannya adalah kepada setiap lapisan umum?
Perlukah begitu grafik dalam penyampaian berita seperti berita berkenaan prosiding mahkamah?
Malah berita berkenaan tsunami dan letupan loji nuklear di Jepun, tsunami rakyat di timur tengah, laporan Lynas Kuantan dan Mitsubishi Bukit Merah, kehilangan anak Taib Mahmud dari Parlimen yang sudah lebih setahun dan lain-lain tidak pula mendapat laporan sebegitu grafik.
Fed Up.
Salam Datuk,
Bagi kami rakyat yang tak berkepentingan dalam jawatan politik atau projek-projek berbillion RM dalam ETP, cerita-cerita aib dan tak bermoral berkaitan pemimpin amat memualkan dan meletihkan.
isu-isu begini tak justifies untuk menyelesaikan segala masalah atau mengurang beban kami yang bergelut dengan kos hidup yang tinggi. Bayangkan jika nak bagi anak-anak makan pun kena bercatu.
Apa juga faedah yang diperolehi oleh mana-mana pihak dari politically motivated exposure ni, tidak akan justifies masalah akhlak pemimpin-pemimpin yang di pilih rakyat sekarang.
Apa lagi yang ada untuk kami rakyat biasa, average joe on the street?
Y.BHG Dato'
DSAI sepanjang usia dewasanya banyak mendatangkan masaalah kepada masyarakat dan negara. Bermula zaman remajanya di universiti Malaya, DSAI menggerakan mahasiswa berdemontrasi menentang pihak berkuasa sehingga kepada demontrasi kononya ada kebuloran di Baling. Kemudian beliau berjaya menempatkan dirinya dalam UMNO sehingga kejawatan timbalan Perdana Menteri. Dia yang memulakan politik tidak sihat dalam UMNO sehingga Tun Ghafar Baba tersingkir dari jawatan. Cita-citanya cukop tinggi sehingga sanggup nak jatuhkan Dr Mahatahir dengan caranya tersendiri.
2.Semenjak 1998 sudah banyak kerenah yang berkaitan DSAI mewarnai politik tanah air termasuklah tempoh singkat beliau dipenjarakan.
3. Kita tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah tetapi kita sudah bosan dengan perpecahan orang Melayu kerana DSAI. Beliau mungkin betul dalam perjuanganya tetapi harganya kepada orang melayu terlalu besar sehingga kehilangan kuasa politik akibat dari perpecahan. UMNO berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana asakan parti komponen yang lain. PAS cuba mengambil kesempatan tetapi terlalu lemah untuk menguasai politik negara.
4. Saya bingung dengan keadaan masa kini. Sekiranya dakwaan kepada DSAI tidak betul, bagaimana veteran saperti Rahim Tambi Cik boleh terlibat. Dimana letaknya kredibiliti beliau sebagai bekas Ketua Menteri Melaka.
5. Telah sampai masanya DSAI untuk bersara dari politik bagi mengelakan keadaan yang cukop rumit kepada bangsa Melayu akibat dari kehadiranya. Sekiranya beliau berada dipihak betul maka hanya Allah SWT sahaja yang akan membalas jasanya kepada bangsa dan Negara.
Peminpin sekarang lebih banyak kepentingan peribadi dari kepenting kepada rakyat. Yang sedih orang (pemimpin) islam mengaibkan sesama islam. Semoga kita bijak menilai peribadi peminpin, agar kita tidak terjerumus dalam lubuk yang sama.. Wallalhualam.
saya dapati ramai anak muda sekarang malu untuk membaca akhbar melayu terutama utusan malaysia. Katanya ahkbar itu rubbish dan kurang nilai ilmu. apa komen dato.
Jaha
Yang mana sebenarnya datuk? Masyarakat membentuk media atau media menyumbang dalam pemmbentukan masyarakat?
Bila seorang artis yang sedang dibicarakan dimahkamah kes khalwat dengan seorang artis lain (suami orang)n akhbar melaporkan, rezeki kedua-dua ini begitu murah sejak diaibkan kerana khalwat. Mesej yang sampai pada pembaca? Ada ganjarannya bila berbuat tidak baik?
Majalah mastika yang suatu waktu dulu, bahan bacaan utama yang boleh membantu dalam Kertas Pengajian Am STPM, kini menjadi bacaan 'dakwah' paling utama. Buat itu atau ini, nanti di hari kematian wajah bertukar menjadi anjing atau perlu minum air basuh kaki suami baru nyawa boleh dicabut atau etc etc...
Tentang interlok pula. Datok, saya pon nak angkat sepanduk lah. Jika bangsa india tak mahu perkataan 'hitam', saya juga tak mahu 'sawo matang'. Saya mahu sawo sahaja. Dan majlis perkahwinan melayu juga, tanyalah pengantin, memenatkan! Oh lagi satu, melayu digambarkan sebagai 'malas'. Itu perlu ditukar. Alang2 ia karya fiksyen, jadikanlah ketiga-tiga bangsa itu sama warna kulitnya, sama gemuk, sama rajin, sama kasta. Barulah 1Malaysia dan sesuai jadi bahan utk mendidik anak2 kita tentang beza bangsa!
Oh satu lagi Dato', saya bukan orang baru di sini. Lima tahun dato' menulis, 5 tahunlah maknanya saya sudah jadi 'stalker' di sini. Bersuara saja yang sebelum ini, tidak pernah.
Tahniah dato' atas ulangtahun blog yang ke-5.
Salam Dato;
'Didalam dunia haiwan tidak ada manusia, tetapi didalam dunia manusia terdapat terlalu ramai haiwan.'Ada yang 'jantan' dan ada yang 'betina'
Kita bisa fikir dan lihat 'haiwan haiwan' tersebut. Kadangkala terlihat di akhbar akhbar dan media media yg lain.
Hanya manusia yang bersifat haiwan saja akan suka dan membiasakan diri memfitnahkan orang dan juga hanya yang bersifat haiwan juga yang suka mencuri, merampuk, menipu, merogol, membunuh, mengambil rasuah dan bermacam macam lagi perangai sifat yang bolih di panggil haiwan itu.Jika yang panggil manusia dan benar benar bersifat sebagai manusia, maka mereka mestilah bersikap jujur lagi amanah. Apatah lagi kita sebagai orang Islam yang beriman lagi taqwa, tentunya kita akan membuat perkara perkara baik dan mohon restu dari Allah SWT.
Ini TIDAK, kerana mencari dan menunjuk akan kekuasaan maka kita saling memfitnah. HANYA MANUSIA YG MORALNYA RENDAH SUKA MEMBUAT FITNAH DAN SALAH LAKU....Sehingga kita lupa atau sengaja melupakan akan tanggung jawab kita..TEPUK DADA TANYA SELERA....
salam dato
akhbar malaysia terutamanya yang berbahasa melayu nampak seakan melampui batas.
kadangkala artikel yg dipaparkan menggambarkan seolah hendak meperbodohkan pembaca
saya gembira sebab tak berkeinginan nak beli,sebab di tempat kerja memang sudah tersedia..
lebih malangnya,persoalan ada akhbar melayu,mengaku Islam,tapi ada keputusan kuda dan 4D.
selak tabloid tertentu,tak habis-habis nak siar cerita seks,khalwat,skandal dan masalah sosial di malaysia
adakah ini situasi sebenar yang berlaku di malaysia??
rahimlpp@yahoo.com,
kenapa DSAI perlu disalahkan? Nampaknya saudara juga berdendam dengan DSAI.
DATO AKJ,
Media arus perdana umpama ...LANGAU. Dimana ada bangkai, he3..kat situ banyak oo. Pagi beli, tengahari dah campak loo.
Media alternatif kalau beli, tahan lama. Hari nie beli esok2 boleh baca lagi, tak jemu plak baca hari2. Tunggu tak sabar keluaran terbaru.
He3..
-sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)
Azzacitra
"Peminpin sekarang lebih banyak kepentingan peribadi dari kepenting kepada rakyat. "
Jika Azza tahu mengenai kontrak pembinaan dan kontraktor, dan jika Azza maksudkan pemimpin sekarang itu ialah pemimpin UMNO/BN mereka merupakan Main Contractor yang merupakan entiti dalam struktur organisasi projek yang diwujudkan dalam sistem kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advence atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Istisna' atau Melayunya Tempahan dan bukan Management Contractor yang Azza harapkan itu yang merupakan entiti dalam struktur organisasi projek yang diwujudkan dalam sistem kontrak pembinaan Barat jenis Cost Reimbursement atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Ijarah atau Melayunya Upahan.
salam dato'
saya memang suka melayari blog datuk sebagaimana pelayar2 sebelum ini sebab komen dato tidak emosional dan cool je dan pendapat saya dato'ni neutral -saya mahun komen isu samaada ianya betul atau tidak dia akan memakan diri UMNO.
RAMLI
salam dato'
saya memang suka melayari blog datuk sebagaimana pelayar2 sebelum ini sebab komen dato tidak emosional dan cool je dan pendapat saya dato'ni neutral -saya mahun komen isu samaada ianya betul atau tidak dia akan memakan diri UMNO.
RAMLI
AsSalam dan selamat ptg Negaraku
Kalau sebut pasal media mmg TERSANGAT TAK ADIL kerana media-media kerajaan terutama yang berbentuk elektronik mengambil kesempatan dengan menanam sikap "PERCAYALAH CERITA INI BENAR" kepada penduduk-penduduk terutamanya yang berada di luar bandar yang kurang terdedah kepada media online..
Sebagai seorang Melayu ISLAM saya berasa sungguh sedih dengan berita-berita serta kejadian demi kejadian yang melanda negaraku ini..
Kami sekeluarga boleh dianggap sebagai pengundi atas pagar.
Harap para pengunjung-pengunjung blog semua dapat menilai secara ISLAM dan menggunakan fikiran yang bernas bagi yang bukan ISLAM untuk menilai sesuatu kebenaran cerita tersebut dan jangan terus MENERIMA dan MENUDUH seseorang tanpa bukti yang nyata..
Ustaz Asri pun tersangat sedih dengan kejadian yang menimpa sekarang ini..
Untuk maklumat lanjut layar di sini..
URL http://drmaza.com/home/?p=1381
Harap DAKJ benarkan link di atas disiarkan..
ps: Siapa yang merosakkan AGAMA dan ??? (FITNAH)
Saudara Rahim,
Apa lah pemikiran begitu dangkal..Perubahan di dalam negara yang penuh dengan korupsi akhlak moral yg rendah oleh pemimpin2 negara yg di bayar gaji oleh rakyat yang kononnya akhlak tinggi tetapi bila ada kes melibatkan mereka ada sahaja mangsa yg dikambing hitam kan seperti kes Altantuya perlu ada pemimpin seperti Anwar Ibrahim..seorang hamba ALLAH yang sanggup berkorban demi menyelamatkan negara lebih lemas lagi dalam soal ekonomi.sosial.politik jijik murahan yg wajib di tolak..asalkan kekuatan di pihak rakyat sahaja ada sahaja kes sensasi yg direkacipta.siapa yg pecah belahkan melayu skrg kalau bukan Kerajaan Regime Bee End sanggup maki.fitnah.lucah tapi suruh debat hal ekonomi lari.cuba lah sekali Najib debat DSAI baru lah rakyat boleh lihat...walhal pemimpin Kjaan skrg ini lah byk sekali terpalit skandal sex salah kan org lain pulak...pasal apa rakyat di sajikan berita berat sebelah sampai tak nampak apa kesahihan nya lagi..Fikirkan lah media milik Kjaan B.END 100% cerita baik dia aje..walhal jika mengenai pembangkang semua yg jahat2 aje cerita..tak bole pikir lagi ke..Sudah2lah.Kita mungkin berbeza pendapat tapi guna akal fikiran ALLAH cipta cara yg berhemah..ok.setuju!!
Salam Pemblog dan Rakan,
Apabila CD 'MCA' terdedah pada umum, tidak ada komentar yang meragui kesahihan identiti aktor lelaki dalam video berkenaan. Malah media (terutama berbahasa Melayu milik PAKATAN pembangkang) yang paling banyak memaparkan dan mensensasikan isu berkenaan.
Tetapi, apabila foto seksi terlampau amoi 'bukit lanjan' masuk internet, suara Melayu yang mempertahankan agar si amoi jangan meletak jawatan politik adalah sama banyak dengan bilangan Melayu yang mendesak agar individu berkenaan meletak jawatan politik.
Ini menunjukkan apabila pembesar-pembesar bukan Melayu di nilai moral mereka, kelompok Melayu rata-rata menggunakan kaedah 'assabiyah':
1. Kalau pembesar itu sebahagian dari barisan politikawan lawan makanya pembesar berkenaan akan dihentam kaw-kaw. Tidak timbul soal agama, fitnah atau pengaiban.
2. Kalau pembesar tadi adalah sebahagian dari pakatan politikawan yang disokong makanya kebobrokan poltikawan berkenaan akan sama ada di tutup atau dibersihkan. Dalam masa sama barisan lawan akan dituduh memfitnah atau mengaibkan pembesar mereka.
Soalnya, apakah agenda assabiyah media Melayu yang memandu Melayu berfikir dalam konteks assabiyah? Atau sebaliknya adakah minda politik assabiyah Melayu yang membuatkan media Melayu berkarya secara assabiyah?
Apapun jawapannya, untuk Melayu keluar dari minda/agenda assabiyah, kedua-dua pihak iaitu minda Melayu dan agenda media Melayu perlu bermuhasabah diri. Sesungguhnya sikap saling bertudingan jari akan hanya menyukarkan perubahan/pembaharuan.
PELAYAR BLOG POLITIK
(7. Mengenai perbicaraan atau tuduhan ahli politik terbabit dengan seks haram, saya rasa masyarakat wajib dimaklumkan. Pembesar, khasnya ahli politik yang dipilih rakyat, wajib didedahkan kepada pemeriksaan dan penelitian umum;)
Dato' menggunakan perkataan WAJIB di sini. Melakukan perkara wajib kerana Allah swt semata-mata, akan mendapat pahala yang cukup besar.
WAJIBkah melapur ke seluruh negara dan dunia TUDUHAN ahli politik terbabit dengan seks haram? Apakah tuduhan bermakna, sipolan sudah benar-benar bersalah? Apakah jika ahli politik benar-benar didapati bersalah melakukan seks haram (sebagaimana definisi Dato'), maka WAJIB bagi pihak akhbar arus perdana melapurkan kepada seluruh rakyat jelata? Bagaimana dari segi Hukum Syariat?
Di dalam Islam, beban sebenarnya jatuh kepada PENUDUH, bukan TERTUDUH. Menuduh seseorang Muslim/Muslimah berzina termasuk dalam Hukum Qazaf, iaitu WAJIB BAGI PENUDUH membawa 4 orang saksi yang ciri-cirinya diterima oleh Syariat.
Ayat 4 Surah An-Nour menjelaskan,
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan EMPAT ORANG SAKSI, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.
PERHATIKAN, orang-orang FASIK, Allah swt menolak kesaksian mereka selama-lamanya.
Al-Hujurat ayat 6, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu ORANG FASIK membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
Jika menuduh Muslim lain berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang berwibawa dari segi Syariat adalah ORANG YANG FASIK, maka orang yang berzina juga ORANG YANG FASIK.
APAKAH SI THAMBY INI ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN, ATAU ORANG YANG FASIK???
Marilah kita ambil pedoman dari ayat 11, Surah An-Nour
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar".
Saya masih tertunggu-tunggu reaksi Tan Sri Mufti Harussana Harussini.
Assalamualikum Dato'
Apakah pandangan Dato' tentang orang yang memiliki, mengedar dan menjemput orang lain untuk menonton video lucah. Apakah orang seperti ini tidak boleh didakwa dimahkamah. Apakah tiada undang-undang yang menyentuh perbuatan seperti ini. Bagaimana pula tindakan penguatkuasaan dari jabatan keugamaan dalam soal pemilikan dan pengedaran video lucah. Kenapa pihak berkuasa tidak mencari wanita dalam video tersebut untuk mendapat penjelasan.
Bagaimanapun penghakiman dalam akhbar dan media bagi kes ini nampaknya jauh lebih hebat dan berkesan dari penghakiman di mahkamah yang belum pun bermula.
Terima kasih
zn.nordin@gmail.com
“This matter is important, especially to Muslims because they will not accept a person without ... honour, integrity ... to represent them,” (Rahim Thamby Chik)
Ini bermakna, Rahim adalah puteh suci dalam debu! Lim Guan Eng masuk penjara kerana kes dia!
“I am 100 per cent convinced because it’s me in the tape. I am in the tape. (Shazryl Eskay)
Menarik bilamana Eskay pun mengaku dia ada sama dalam tape!
Sejahat-jahat kaki betinapun, dia akan berkata kepada kawannya yang juga kaki betina, 'Kau tunggulah diluar dulu, sampai aku habis selesai'.
Tapi dalam kes ini, si-kaki betina tu mungkin (saya katakan mungkin) berkata kepada Eskay, "kau masuklah sekali tengok bagaimana aku perform".
SEBODOH-BODOH orang politik yang beragama Islam di Malaysia, saya fikir tak ada seorangpun yang benarkan kawannya lihat dia dan wanitanya tanpa seurat benang dibadan beraksi diranjang!!!!!
Why should I lie?”
Berapa besar agaknya ganjaran bakal diterima?????
Ooh! Jangan tuduh sebarangan, BERDOSA. Dia buat kerana WAJIB dan IKHLAS kerana Allah swt!
bagi warga muda mcm saya, saya kena buat 'homework' dulu before saya boleh percaya/x percaya tentang sesuatu isu dibangkitkan samada ianya benar/putar belit. semua blog2 & berita dari tv/web perlu saya selidiki,utk mengesahkan kesahihan beritanya. berita yg dipamer/dipertonton tidak boleh sewenang2nya saya terima tanpa saya mengkajinya terlebih dahulu. tapi, tidak semua org mampu buat spt yg saya buat,kerana mungkin faktor masa.. ini semua adalah kerana berita arus perdana'tidak matang' & telus...
Salam Dato,
Hanya melayu yang akan menjahanamkan Malaysia...saya yakin 100%
Hang tuah dah mati,hang jebat dah mati juga...melayu punya hai.
Kekebalan raja raja melayu dah `tak kebal lagi'...melayu punya hai
juga...
MELAYU KEBAI LAGI KA la ni? atau ilusi itu masih tebai?
Entah dah lama mana melayu teramai tak suka,tak bersumgguh sunguh
berlumba lumba memajukan diri,memajukan keluarga,memajukan komunitinya dan bangsanya...entah dari sejak beratus tahun dulu lagi.
Melayu walau dah diabad 21 masih hidup dengan `perangai' feudal dan ligan `kasta kasta' melayu lagi....
Mentaliti orang Melayu masih dikuasai `aristokrat'...bahasa baru
fuedalism dari abad 19-20 lagi...
SEBAB ITU orang melayu `suka' semua cerita cerita berkaitan orang besaq,penglipur lara dan hiburan,rilek rilek dll....
DAN KENA PULAK ZAMAN NI internet dan applikasi yang berkenaan sungguh `NGAM' DENGAN OTAK MELAYU NI !...apa lagi, terbuai lah orang melayu dengan `alam ala istana dulukala'...penuh dengan aktiviti aktiviti pengejaran hiburan,sek, mabuk sikit sebanyak, cantas orang tu,tikam orang ni,fitnah memfitnah,kalau perlu bunuh terus dsb..SEMUANYA DIBOLIHKAN asaikan semua kat istana itu GEMBIRA SENTIASA!!.
Ada ka subgroup dalam komuniti melayu ni yang ada sifat macam `koboi', macam `samurai' macam ``shaolin kungfu martial artists',macam genghis khan etc???.
MELAYU SANGAT MEMERLUKAN ` `SUCESSFUL SUBGROUP' didalam masyarakat untuk jadi `community idolism/community soul'......
SCENARIO sekarang ni adalah distraction selama mungkin dan orang melayu akan terus hidup tanpa
`successful soul'..!!
MELAYU MACAM ZOOMBIES?
Abu Bakar Ab Rahman
rahimlpp@yahoo.com said...
" Telah sampai masanya DSAI untuk bersara dari politik bagi mengelakan keadaan yang cukop rumit kepada bangsa Melayu akibat dari kehadiranya."
comment:
Saya sokong. Enough is enough. I think his credibility is gone as Malay and Islamic leader.
Terimalah hakikat ini dengan fikiran yang bijak dan terbuka. Fikirkanlah dengan hati yang ikhlas dan jujur adakah layak bagi Anwar untuk terus menjadi pemimpin negara. Kewibawaannya sebagai pemimpin sudah tercalar dan dipersoalkan. Saya tidak fikir beliau boleh mentadbir negara ini dengan berwawasan untuk membela nasib rakyat terutamanya nasib orang Melayu. Dia hanya bijak berpidato sahaja tapi sebenarnya KOSONG.
Pada mulanya saya memang penyokong tegar Anwar tapi setelah memerhatikan gelagatnya berpolitik saya telah tawar hati melihat cara beliau berpolitik. Beliau banyak suka buat sensasi sahaja.Saya tidak fikir beliau seorang yang bijak untuk mentadbir negara.
Inilah pandangan saya yang ikhlas dan sejujurnya. Saya tidak ada kepentingan politik tapi saya perihatin dengan apa yang berlaku masakini. Suasana politik tidak menentu kemana arah kita hendak tuju. Semakin jadi kacau bilau !!
- budak hitam -
Dear Datuk:
1. Do come back apabila urusan selesai sempurna. Enjoying the spring while finalising the thesis ...we presume ...
2. Was sidetracked for a while in another world "OutSyed The Box
Interlok : “rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”"
3. For a second there, I could not imagine that this country has embraced so many ugly and nasty creatures ... thankless MUTUAL PRAISE GROUPS.
4. Dear Friends, sorry for the outburst but do take a peek into MrSyed's blog.
5. Back to newspapers ... satu sahaja, UTUSAN sudah berwajah baru, would like to see more articles that contribute to better JATIDIRI Melayu and Muslim (Melayu and non-Melayu) ... better understanding of our strengths, weaknesses, opportunities and threats; more articles that will enhance our learning capability as an individual and a nation ...and less "drama" please.
Terima kasih
XERONINE
Dato, Saya setuju dengan prinsip Dato tapi masalahnya pihak media tidak berprinsip....sebagai contoh kes2 yang melibatkan pemimipin2 tertentu 'dipadamkan' dan kes/cerita keburukan pembangkang di ulang2 dan di perbesarkan. Kalau wartawan2 kita bukan hanya melapor tetapi menyiasat (investigative) maka wartawan2 akan lebih dihurmati dan disegani. Saya tahu daripada kawan2 wartawan yang daripada dahulu wartawan2
'dibeli' olih pihak2 tertentu dan hanya melaporkan perkara2 yang baik2 mengenai mereka! Wartawan2 kita kena pegang dengan prinsip kewartawanan walau pun akan'rugi' tidak dapat 'habuan' daripada orang atasan. Hidup kita ni tak bagitu lama jadi buat apa nak hidup mewah tapi penuh 'tipu helah' dan 'kemaksiatan'.....walahhualam!
Maaf lambat tampalkan komen.
Kelmarin sepanjang hari, dari jam 1 pagi Malaysia, dalam perjalanan. Tiba semalam, tapi penat dan kurang sedap badan.
Pagi ni dah ok. Kena teh si kosong dan bihun goreng di Killiney Kopitian, Damansara Uptrown.
Terima kasih.
PELAYAR BLOG POLITIK
SAYA BERSTUJU 100% PENDAPAT SAUDARA, NI YANG DIKATAKAN DOUBLE STANDARD DAN JUGA BAGI MEREKA RAKAN SEJATI BIARPUN BENDA TU SALAH,DALAM DUNIA POLITIK BIASALAH TU.
RAMLI
Salam Datuk
Saya tertarik dengan kata-kata rahimlpp@yahoo.com said ……
Telah sampai masanya DSAI untuk bersara dari politik bagi mengelakan keadaan yang cukop rumit kepada bangsa Melayu akibat dari kehadiranya. Sekiranya beliau berada dipihak betul maka hanya Allah SWT sahaja yang akan membalas jasanya kepada bangsa dan Negara.
Komen
Selagi orang melayu tidak mempunyai pemimpin yang adil, bijak, dan taqwa kepada Allah, selagi itulah orang melayu bermasalah dan selagi itulah Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara contoh.
Assalammualaikum
Kalau gempabumi berlaku di Jepun adalah kerana Negara matahari terbit itu terletak dilingkaran api pasifik.
Kalau gempabumi berlaku di Malaysia agak-agaknya kenapa ya?
Namun tak mustahil berlaku di Malaysia. Sedangkan Myanmar yang diluar lingkaran pun dah berlaku gempa bumi.
Jadi, ayuhlah kita bermuhasabah dan kembali ke pangkal jalan.
KUN FA YAKUN.
Yakinlah.
JJ
Anonymous said...
DATO AKJ,
Media arus perdana umpama ...LANGAU. Dimana ada bangkai, he3..kat situ banyak oo. Pagi beli, tengahari dah campak loo.
Media alternatif kalau beli, tahan lama. Hari nie beli esok2 boleh baca lagi, tak jemu plak baca hari2. Tunggu tak sabar keluaran terbaru.
He3..
-sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)
7:15 AM
Biasa lerr.. cerita mengata dan mengeji orang dan banyak iklan kuat shahwat dalam surat khabar Har*kah. Memang melayu mana yang tak jemu?
masalh tuduhan salahlaku pembesar negara perlu didedahkan sebab ianya da kait mengait dgn keselamatan negara.Tapi biar lah betul.kalu tak betul ianya akan menimbul perbalahan yg teruk dan meghilangkan kredibiliti sipembawa berita.Tambahan pulak kalau sipembawa berita pun moralnya boleh dipertikaikan,susah la org nak percaya.Skg zaman internet.
Taktik sebegini tidak laku dah sekarang.Mujur baik UMNO punya pengikut yg akan percaya setiap apa shj yg diperkatakan oleh pimpinan mereka
Tok Kadir,
Lagi baik macam Tok Kadir kawan dengan Orang Utan. Orang Utam betoi, bukan member kita Orangutan Penang. Saya tak kata dia tak baik, tapi kawan dengan manusia ni boleh jadi macam-macam.
Masa saya di sekolah dulu, depa kata saya macam-macam pasai saya banyak kawan-kawan jambu. Darai pun kawan juga pasai saya tak pilih bulu asai depa baik dan ikhlas.
Kesian geng jambu, darai dan ponen pasai depa ni selalu kena bully dengan kaki store kunyit.
Kawan ni penting Tok. Salah-salaj kawan, dalam seluar kita pun depa cerita. Masa baik semua ok, semua rahsia. Pandai makan, pandai simpan. Tapi bila gaduh, habis semua depa londeh.Ni la yang jadi di kalangan penyangak dan fair weather friend.
Saya tak mau sebut nama, tapi semua yang terlibat dalam hal video kotor ni dulu member semua. Lebih kurang macam periok kata cerek hitam. Semua rebus tak empok. Semua tak boleh pakai. Tak guna bagi depa kehormatan dengan sebut nama depa. Ni la orang yang dah perintah kita atau nak perintah kita di masa depan. Semua kaki songlap.
Kamjat Penang
Salam semua,
Sdr langitbiru said..."Di dalam Islam, beban sebenarnya jatuh kepada PENUDUH, bukan TERTUDUH. Menuduh seseorang Muslim/Muslimah berzina termasuk dalam Hukum Qazaf, iaitu WAJIB BAGI PENUDUH membawa 4 orang saksi yang ciri-cirinya diterima oleh Syariat.
# Masalah di M'sia ni, kita negara sekular, bukan negara yg mengamalkan undang2 Islam sepenuhnya. Negara kita bukan diperintah seperti 4 khalifah terawal dahulu. Bg negara sekular, video menjadi bahan bukti utama, bukan saksi yg benar/haq.
# Saya amat setuju dgn Sdr langitbiru. Malang sekali kita tidak pernah fikir siapa yg memasang perangkap video - adakah orang fasik, musuh2 Islam, seorang munafik dll? Lihat saja siapa 3 org Datuk T tu?
# Nampaknya media perdana/elektronik terutama Utusan dan tv amat berjaya menjadi lidah penyebar berita2 begini. Saya rasa ketua2 editor dan penulis2/editor2nya puas kali ini.
# Saya mencabar polis membuat penilaian dan menyiasat secara professional. Jika dakwaan benar, nyatakanlah yg sebenarnya. Begitu juga sebaliknya.
# Bg yg percaya bulat2 video tersebut, teruskanlah. Tidak ada siapa yg menghalang anda drpd tidak menggunakan akal!
hamPAS said,
Biasa lerr.. cerita mengata dan mengeji orang dan banyak iklan kuat shahwat dalam surat khabar Har*kah. Memang melayu mana yang tak jemu?
DATO AKJ,
Dulu2 masa pandai ciket adalah baca media arus perdana. La nie masa bodoh, saya baca Harakah & Nanyan la plak. Nak bagi faham saya la nie p masuk kelas Manderin. Bukan apa syiok oo baca akhbar Cina, umpama lautan luas, akhbar melayu, lu fikir la sendiri..He3..
-sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)
Y.Bhg Dato'@ Perpecahan orang Melayu telah sampai keperingkat kita akan kehilangan kuasa politik di tanah air kita ini. Isu yang paling mudah berkaitan sabuah buku sastera interlok sukar diselesaikan kerana Kerajaan bimbang kehilangan sokongan kaum india. Saya percaya masih banyak isu yang terpaksa kita kehilangan kuasa tawar menawar akibat dari perpecahan orang Melayu. Paling untong adalah kaum china oleh kerana kuasa ekonomi mereka terus berkembang dan ditambah lagi kuasa politik mereka semakin kukoh dengan sokongan Pas dan PKR. Contoh terbaik, tengok sahaja siapa yang menguasai Kerajaan Selangor sekarang. Tak perlu kita tengok Kerajaan Pulau Pinang kerana sememang dari dulu dikuasai oleh kaum Cina.
Semua pihak perlu kembali kepada tujuan asal perjuangan politik kita adalah untuk kepentingan ugama, bangsa dan negara. Kalau dirasakan kehadiran kita dalam politik boleh membawa perpechan dan kehancuran maka eloklah kita berundur. Lihat apa terjadi kepada Negara Libya apabila Ghadafi enggan berundur.
Saya mencadangkan DSAI berundur bukan bermaksud dia bersalah . Hujah saya ialah kos atau harga yang perlu ditanggong oleh orang Melayu akibat kehadiranya dalam politik negara terlalu besar. Apabila kita berpecah dan hilang kuasa , proses pemulihannya juga akan melibatkan kos atau harga yang sangat tinggi saperti yang dialami oleh negara-negara lain. Contoh terbaik Burma, sabuah negara pada suatu masa dulu jauh lebih maju tetapi rakyat berpecah belah sehingga negara yang mundor hari ini.
Kerajaan yang ada sekarang sedang berusaha untuk membuat transformasi dalam pelbagai bidang dan saya yakin sekiranya kita bersatu maka kejayaannya akan melonjak lagi bangsa Melayu kehadapan bersama kaum lain. Kelemahan tetap ada maka sebab itu institusi saperti SPRM perlu diperkuatkan.
Hujah saya, jangan bakar kelambu kerana nyamok nanti satu rumah terbakar. Kita jangan pandang rendah dengan kejayaan kita semenjak merdeka kerana kejayaan dicapai hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita yang rational dan senantiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara walaupun terdapat kepincangan disana sini. Berhujah mudah tetapi nak melaksanakan hujah-hujah bukannya mudah.
Lihat dan ambil pengajaran dari apa yang berlaku di Libya. Menjatuhkan Ghadafi sangat mudah dengan resolusi oleh United Nations. Tetapi apa akan terjadi selepas Ghadafi dijatuhkan. Siapa yang akan dapat hasil minyak saperti apa yang berlaku selepas Saddam jatuh di Iraq. Fikir-fikirkan lah.
Salam Dato'
Maaf Dato'. Dengan berat hati saya nyatakan dalam isu ini saya tidak bersetuju dengan pendapat Dato'.
Memang kita semua faham dunia sekarang lebih menjurus kepada kebendaan. Segalanya dikira dengan wang ringgit, tapi haruskah kita melupakan soal integriti dan tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan, hiburan, seks dan skandal merupakan berita yang digemari oleh mana-mana pembaca, tapi apakah kegemaran yang negatif perlu disuburkan? Fenomena ini bukanlah perkara baru, akan tetapi keadaannya semakin hari menjadi semakin tenat.
Siapakah yang sakit sebenarnya? Masyarakat atau media? Ataupun perkara ini akan menjadi kisah ayam dan telur?
Kata Dato':
"Dalam ketidaksempurnaan sistem dan manusia itu, pendekatan terbaik adalah memilih pembesar (pemimpin) yang mungkin tidak terlalu keji budi dan akhlaknya, tetapi boleh memerintah dengan baik. Dalam erti kata yang lain, kita mengutamakan pencapaian daripada perwatakan;"
Ke manakah perginya slogan "bersih dan harus kelihatan bersih"? Terlalu "sengkek" kah orang melayu, pemilih mahupun yang dipilih, sehinggakan tiada seorang makhluk yang bernama melayu yang baik dan pandai memerintah. Atau apakah bangsa saya ini sememangnya benar-benar sakit?
Wallahualam
Beza kita dengan binatang sikit je! Akal..dari mana datang nya akal? Akal tak guna jadi lah binatang, akal di salah guna jadi lah syaitan, akal cacat jadi lah OKU,terlebih akal,orang lain semua bodoh, terkurang akal orang kata tak siuman.Pendek akal, bengap. Hilang akal,bangang!
Cuba cerita dan beritahu rupa, bentuk akal.Siapa sahabat akal? Atau dari mana akal ini wujud?
Cuma akal yang sempurna akan duduk nya jiwa yang tenang/sederhana, BERakal kerana menuntut dan mengguna ilmu dengan hak yang betul.Itu lah bentuk keimanan dalam menyempurnakan agama Allah.Itu lah bentuk kehidupan jika kita sentiasa ingat kepada diri dan Pencipta di atas segala-gala nya.
Buat lah kajian...Akhir nya jua... akan ketemu zat Allah SWT.Bahawa Allah itu benar,Nabi Muhammad itu benar, AlQuran itu benar,Malaikat itu benar, Qada' dan Qadar itu benar dan senang cerita,semua MILIK Allah adalah benar...
Maka para saintis gila akal(suka buat kajian tak masuk akal dan tercari-cari dan mencari hujung jawapan kajian...akan di buka hijab untuk menerima 'kebenaran' dengan izin Nya...Agama Islam itu BENAR. Berpegang lah dengan Tali Allah dan ikuti lah Sunnah kekasih Nya. Ringkas dan padat.
Perbandingan dengan ahli-ahli politik yang menggunakan akal, akan mematuhi taburan janji-janji nya kepada rakyat. Pada Golongan politik yang suka meng'akal'kan rakyat pula akan membuat helah berbagai maklumat untuk menjadikan yang bathil menjadi benar, bukan pada hak nya.
Apa jua jenis kehidupan kita, "menggunakan akal dengan bijak dan tulus" akan menjadikan kita sebagi manusia untung di dunia dan teramat untung pula di akhirat.
Mati Akal atau akal mati? Jika ada yang jawab tidak benar dan bukan hak Allah, sama ada dia itu gila atau segaja suka menjadi gila membelakangkan akal.Sebab akal dah mati, lalu syaitan merasuk menyesatkan fitrah manusia yang sebenar nya begitu suci.
Maka Hak Allah kepada mati ialah Mati Beriman.Hak Allah kepada kehidupan, tidak menzalimi hamba-hamba Nya. Mati sesat atau mati sebab di sesatkan atau penyesatan, adalah salah laku akal sendiri. Tertunai lah JANJI syaitan kepada Allah, sudah berjaya...mengheret manusia durjana akal ke neraka!
Sebalik nya kalau percaya semua bernyawa akan merasa mati dan MATI, lenyap dan hilang lah akal.Maka yang menjawab di alam barzah bukan lagi akal tetapi...
Maka fitrah akal ialah amal makruf nahi munkar! Akal itu milik Allah Subhanawataala. Otak hanya sekadar penyimpan maklumat kehidupan bergantungan kepada keteguhan akal membina keimanan seseorang.
Kali ini, maaf Datuk, saya paparkan persepsi "AKAL"sebagai komen kerana manusia ini kadangkala lebih kepada sikap kebinatangan, membelakangkan akal, bertindak mengikut nafsu jahat(bisikan syaitan) dan tidak suka kepada kebenaran dan hak-hak nya.
Salam Dato’ Kadir
Bagi sayalah, manusia berubah mengikut masa. kalau dulu media mempengaruhi masyarakat, tetapi sekarang, faktanya, masyarakat yg banyak mempengaruhi media. Ianya kerana rakyat kita lebih bijak dan tahu yg mana benar, konspirasi atau fitnah. Hanya yg tinggal di bawah tempurung saja masih lagi berfikiran burung kakak tua. Kalau bossnya kata konspirasi, maka konspirasilah diajuknya, kalau chiefnya kata fitnah, juga fitnahlah dikatanya.
Sekarang, rakyat juga membaca dari kedua-dua belah pihak dan dapat menilai sendiri siapa yg berkata benar dan siapa yg menipu, pihak manakah yg menunjukkan bukti bervideo dan pihak mana yg cuma pakai air liur. Juga, hakim yg adil akan mendengar dari kedua belah pihak sebelum membuat keputusan. Cuma orang yg takut akan kebenaran saja takut nak dengar dari satu pihak lagi termasuklah jemputan temu mesra yg berkali-kali oleh Dato’ Nalla. Nak dengar pun takut, lain macam je bunyinya ???????
Akhir kalam, rakyat Malaysia sebenarnya telah menjadi lebih bijak, lebih peka maklumat, lebih progressive dan lebih berwaspada selepas tsunami 2008. Cuma tinggal seorang dua yg masih bertapa di dalam hutan. Kesian, kesian. Kesian sungguh rasanya. Sekian TQ.
Salam Datuk,
Semoga semua dapat perspektif secara detail masalah ini dilihat supaya keaiban dapat diatasi.
rahimlpp@yahoo.com,
Cara mana yang cina sudah kuasai politik Selangor?
Macam yang PM lantik enam orang bukan melayu jadi KSU tu ke?
Apa pula kena mengena tuduhan keatas Anwar Ibrahim boleh berkait dengan keperluan menarik diri dari politik?
Jika Anwar tidak "menarik diri" dari jawatan TPM, mungkin beliau masih TPM kerana kes sodomi 1 akhirnya diputuskan memihak kepada Anwar. Begitu juga dengan kes "mata lebam tumbuk sendiri".
Manakala zaman sekarang kesalahan politik wang tidak lagi menggagalkan kelayakan seseorang untuk memegang jawatan dalam kerajaan.
Saya dah "fikir-fikir" tapi masih tak nampak apa yang sdr nampak. Boleh bagi jelas lagi?
Fed Up
Salam,
When you entering politic and become politician, you must be ready with people observing you all the time. Whether it is during your duty,daily life or your personal life. People are eager to know (like me) the quality of each politician where one day they could be our next leader. That the risk every politician must accept.
From news that we heard and read, with our wisdom would lead us for selecting our future leader. Otherwise we could vote and select morally bad leader that would definitely lead our country to disaster.
What happen to our country political situation and our media, eventually we all have to pay the price for embracing the democracy where everyone have the right to voice include media.
I just could not blame the media, without them the info & news could not be disseminated. I have gained a lot of knowledges through media.
Salam Dato',
Maaf mengganggu sekali lagi. Saya rasa perlu saya jelaskan beberapa perkara mengenai pengalaman saya menjadi pembaca akhbar tegar.
Satu ketika dulu saya pernah menjadi pembaca tegar akhbar arus perdana. Segala sumber dan maklumat mengenai perjalanan dan peristiwa di negara ini datangnya dari beberapa sumber media arus perdana. Natijahnya, pada ketika itu saya amat membenci pembangkang. Tidak ada satu pun yang baik pada pandangan mata saya mengenai pembangkang pada ketika itu.
Pelbagai isu, Malaysian Malaysia, Kafir mengkafir, Undi Pas masuk syurga, Memali dan pelbagai isu lain yang menjurus kepada buruknya pembangkang itu.
Sampai satu ketika dan sehingga kini saya masih menjadi pembaca tegar akhbar. Tetapi maaf, bukan akhbar arus perdana. Saya menjadi pembaca tegar Harakah (minta izin). Akhbar arus perdana bolehlah dikatakan tidak langsung saya beli, membacanya pun sekali sekala.
Dan sekarang saya menjadi begitu kritis kepada pihak yang memerintah. Adakah saya menjadi kritis kepada pemerintah kerana hanya mendengar dari sebelah pihak? Saya rasa tidak kerana saya masih mengetahui tentang kes video ini. Saya masih tahu mengenai belanjawan negara, jelasnya saya masih tahu pelbagai perkara yang saya rasa perlu tahu sebagai seorang rakyat.
Tetapi saya yakin ramai pembaca tegar akhbar arus perdana tidak tahu mengenai banyak perkara. Perkara-perkara negatif yang sudah pasti tidak akan didedahkan untuk tatapan umum oleh media arus perdana. Saya sebutkan "perkara" dan bukan "fakta" kerana sumber saya adalah hanya dari akhbar tersebut dan blog-blog. Sekiranya saya membuat kajian sendiri saya berani menyebutnya sebagai satu fakta.
kita ambil satu contoh yang neutral. Laporan audit negara misalnya. Di dalam akhbar alternatif disebut bagaimana negeri-negeri tadbiran pakatan rakyat berjaya mempertingkatkan hasil negeri jika dibandingkan dengan kebanyakan negeri yang dikuasai oleh BN. Juga semestinya sebagai akhbar yang menjadi suara pembangkang, disertakan laporan yang negatif tentang ketirisan yang berlaku di dalam negeri-negeri tersebut.
Seperti yang saya katakan di awal tadi, saya hanya berani mengklasifikasikannya sebagai perkara dan bukan fakta kerana saya tidak membaca sendiri sepenuhnya Laporan Audit tersebut. Akan tetapi jika difikirkan dari logik akal, sekiranya apa yang dilaporkan itu bukan fakta, adakah pihak audit negara akan duduk diam? Membenarkan pihak pembangkang sewenang-wenangnya menyebarkan "fitnah" tersebut. Amat mustahil. Jadi sehingga kini memandangkan tiada apa-apa tindakan susulan daripada pihak audit negara, saya yakin perkara yang dilaporkan itu adalah benar.
Apakah berita-berita sebegini akan disiarkan dalam akhbar arus perdana? Saya yakin Dato' lebih maklum mengenainya. Jadi pembaca golongan manakah yang mendengar dari sebelah pihak sebenarnya?
Sehubungan dengan kes video ini pula, di dalam Harakah saya jumpa dua pengakuan daripada orang yang telah dijemput untuk pra-tonton video ini, dan salah seorang daripadanya telah membuat pengakuan itu di dalam blog Dato' ini. Adakah sebagai orang yang rapat dengan Anwar kita harus menolak pengakuan mereka? Dan dalam masa yang sama mengambilkira kenyataan Zul Nord yang tidak melihat video tersebut tetapi yakin watak utama dalam video tersebut ada DSAI?
Wallahualam
Datuk AKJ,
"..pembesar (pemimpin) yang mungkin tidak terlalu keji budi dan akhlaknya, tetapi boleh memerintah dengan baik.."
Macam oxymoronic lak statement yang ataih tu. Ada ke yang cam gitu ye, Datuk?
I do agree though: Pemimpin yang jolok sana sini (vulgarism fully intended!) pemimpin yang kita kena tendang tepi.
BUT masyarakat kita (semua no, bukan takat yang melayu aje) very forgiving so people like CSL buleh buat comeback lagi.
So camno? Kita punya sense of morality sangatlah teruk.
Bak kata Khalid: Its immoral but no illegal.
Ish ish..
Salam Datuk
Saya setuju dengan komen Datuk tentang "Post" kali ini.. Cuma saya risau dan takut kalau-kalau ahli politik mengambil kesempatan untuk saling menjatuhkan sesama mereka dengan sengaja mengada-adakan video seks demi kepentingan peribadi. Belumpun terbukti kesahihan video tersebut tapi telah diwar-warkan di dada akhbar.. Adilkah ini pada yang tertuduh?.. Tiadakah satu cara atau etika kewartawanan yang boleh di praktikkan demi menangani situasi ini?? Sila komen Datuk..
Sekian
Tok Kadiaq,
Arwah mak ayah saya tak pernah sensor apa apa.
Mungkin mak tak pandai baca,arwah ayah pulak surat habaq jawi.Saya tak tau baca.
Cuma bila baca surat habaq di kedai kopi,memang tertarik cerita rogol dan seumpamanya.
Masa mula menjejak kaki kat tempat org putih pi belajaq,mula mula cari majalah playboy, mayfair kat airport.
Saya rasa saya ni macam ok..ada la gatai sikit sikit.kadang kadang,jarang jarang!
Cuma bila tengok muka kat cermin, selongkaq lemari,baguih jugak ada sensor..KAH KAH KAH
TQ
Dato',
ini hal lain, berita baik utk semua wanita yang BFF dengan isteri PM kita.
25 March 2011
Guatemala First Lady Seeks Power
Guatemala's First Lady, Sandra Torres de Colom, has confirmed that she is divorcing president Alvaro Colom so she can stand for election to succeed him.
Ms Torres fought back tears as she told Guatemalans she was leaving a loving marriage for the sake of the nation.
"I am divorcing my husband but I am getting married to the people," she said at a news conference.
Dia ada harapan, Dato'!!!
Nazri kata Dato' Temberang boleh dilindungi dibawah "Witness Protection Act and Whistleblower Act".
Macam-macam lah Nazri ni.....!
Nasib lah Malaysia!!!
Dato'
Sebagai orang Melayu/Islam yang mempunyai status pemimpin masyarakat dan gelaran dari istana, saya rasa tidak bijak untuk terlibat dalam cubaan mengaibkan musuh politik, apa pun alasan. Bagi saya, apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang kenamaan ini adalah sesuatu yang memalukan dan mencemar kedudukan mereka.
Saya tidak nampak relevannya tindakan mereka sebagai sesuatu yang boleh menyelamatkan masyarakat dan mengembalikan maruah bangsa. Malah ia suatu tindakan yang kebudak-budakan dan tidak bijaksana. Apatah lagi dengan memanggil pengamal media untuk menonton perkara yang memalukan itu. Tak ada bezanya dengan menonton filem porno.
What was done reflects a person (or three) bankrupt of ideas to justify the end.
Kalau betullah sasarannya ialah Anwar Ibrahim, dan kalau betullah Anwar Ibrahim yang ada dalam video itu, fakta ini tidak akan menjadikan ketiga-tiga makhluk Allah itu wira... Two wrongs don't make a right.
Bagi saya, Anwar Ibrahim memang banyak kelemahan yang sepatutnya boleh membuka mata masyarakat umum untuk menilai sama ada beliau layak bergelar pemimpin negara. Saya tak akan memilih seorang pemimpin seperti Anwar Ibrahim untuk menentukan masa depan anak cucu saya kerana saya melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memperlekehkan undang-undang dunia dan undang-undang akhirat. Saya lihat beliau sebagai tidak serius memperjuangkan kepentingan negara dan bangsa.
Tapi pada masa yang sama, saya juga tak akan memilih seorang pemimpin yang sanggup mengaibkan musuh politik seperti yang dilakukan oleh Datuk T dalam kes video lucah itu.
What they have committed is lowly, unethical, un-Islamic, and it speaks volume of their inability to do things LILLAHI TA'ALA.
Tak rugi pun, Dato', kalau media tak melaporkannya. Saya tak baca berita-berita itu, dan saya tidak rasa kerugian pun; dan ia juga tidak bererti saya tak boleh menilai keikhlasan dan kejujuran seorang pemimpin. Masih banyak lagi saluran dan kaedah yang boleh digunakan - dan yang dapat mencerminkan kebijaksanaan orang yang melakukannya - untuk mempengaruhi atau mendidik minda rakyat. Sepatutnya tidak ada pemimpin veteran UMNO yang harus terlibat dalam perkara-perkara menjijikkan seperti tayangan video lucah itu.
Mom-o-Success
Menarik,..."You are guilty until proven innocent" dan lebih menarik lagi, media lebih dipercayai dari polis maka sesi penayangan video dibuat kepada media terlebih dahulu.
Adakah perbuatan menghebohkan aib seseorang dan menayangkan video porno itu lebih baik dari membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan terlebih dahulu sebelum hukuman dijatuhkan?
Dakj
Saya juga tertarik dengan kata-kata rahimlpp@yahoo.com ……
"Telah sampai masanya DSAI untuk bersara dari politik bagi mengelakan keadaan yang cukop rumit kepada bangsa Melayu akibat dari kehadiranya. Sekiranya beliau berada dipihak betul maka hanya Allah SWT sahaja yang akan membalas jasanya kepada bangsa dan Negara."
Komen: Zaman sekarang dalam menegakan kebenaran berdepan dengan asakan golongan kapitalis pemerintah yang menghalalkan cara dan menghalalkan benda dan kerja haram atau mungkar tidak memadai kita berserah bulat2 kepada Allah kerana ia satu jihad bagi yang mampu berusaha menghalagnya dengan cara masing2 termasuk menjelaskan kepada yang tidak faham kesan tidak menghalang asakan golongan kapitalis itu.
Salam Dato, saya baru berkesempatan membaca artikel ni. dan membaca komen dari pengkomen.
Ada pro-and-contra (boleh lah).
Tapi saya bersetuju dengan komen Dato' kerana saya beranggapan kita sendiri yang perlu menilai sesuatu berita dengan akal fikiran yang waras untuk mengiyakan atau tidak. Sesetengah pendapat pula terus menyalahkan pihak kerajaan berita tentang Anwar (video seks, dan untuk menghalalkan pendapat mereka, mereka menggunakan sebab menjatuhkan air muka sesama islam itu Haram dan berdosa. Tidakkah mereka nampak, bahawa seseorang pemimpin itu perlu menonjolkan diri yang sebaik mungkin, dan mengelakkan diri dari menempah fitnah?.
Jadi sebagai rakyat yang perihatin kita perlu muhsabah diri, boleh membaca akhbar apapun yang anda suka, tapi gunakan akal dan fikiran untuk menerima dan menghakimi seseorang itu.
Pendapat saya,saudara Anwar Ibrahim juga perlu melakukan muhasabah diri, janganlah terlalu pentingkan diri sendiri sehingga membuat masyarakat tertanya-tanya, adakah perlu dia masih mahu mentadbir negara dengan masalaah diri sendiri pun belum selesai.
Kak Siti, Ijok
Sdri Kak Siti Ijok, antara lain berkata, "Jadi sebagai rakyat yang perihatin kita perlu muhsabah diri, boleh membaca akhbar apapun yang anda suka, tapi gunakan akal dan fikiran untuk menerima dan menghakimi seseorang itu.
Pendapat saya,saudara Anwar Ibrahim juga perlu melakukan muhasabah diri, janganlah terlalu pentingkan diri sendiri sehingga membuat masyarakat tertanya-tanya, adakah perlu dia masih mahu mentadbir negara dengan masalaah diri sendiri pun belum selesai."
Komen:
Dalam Islam, untuk menerima dan menghakimi pandangan orang lain ia tidak cukup gunakan akal dan fikiran atau pandangan nata dan akal atau logika akal. Islam mahu ia disusuli dengan pandangan mata hati.
Post a Comment