Thursday, August 11, 2011

Menteri Palanivel dan Macam-Macam Cerita


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru saja  menambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.

Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada calon PSM, Dr Michael Jayakumar yang bertanding atas tiket PKR (diperbetulkan).                                                                                              

Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.

Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.

Malaysia Boleh Di Mana-Mana

Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung?

Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu.

Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson.

Tukar-Menukar Harap Berjaya

MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS.

Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil.

Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.

Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.

Tak Sangka Bawa Angkara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti.

Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara.

Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam.

109 comments:

Anonymous said...

Datuk AKJ kata:

Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.


comment:

I tend to agree with Idris Jala . It is time for the govt. to dispose of ALL the GLCs. The govt. has NO business to run business venture except maybe for security reasons like utility companies ie electricity, water, ports and transportation.

Those GLCs run by bumi CEOs who do not perform must be sold or close down. They are there to develop a pool of bumi executives to run the business but if they fail to achieve the objectives set by the govt, it is only logical to close shop. It is a waste of public funds to pump in money without generating reasonable profits.


Jinah

Anonymous said...

Datuk AKJ kata:

MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

comment:

Kalau kerajaan Pakatan memerentah nanti DAP akan mengarahkan PAS dan PKR supaya MAS dijual terus kepada Tony Fernandez!! Dan kita akan lihat siapa handal berniaga, Tajudin Ramli atau Tony Fernandez!!

Jinah

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

comment:

Najib tiada pilihan kerana Palanivel ialah Presiden MIC. Itulah dinamakan "politic of accommodation" walaupun ianya mungkin tidak perlu tetapi kerana menghormati Presiden komponen parti mewakili orang India. Seperti juga Guan Eng melantik seorang India sebagai Timbalan Ketua Menteri walaupun ianya tidak perlu. Perlantikan ini semuanya adalah perkiraan poiltik.

Jinah

cahaya said...

Salam Datuk,

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga."

Suatu perbezaan yang signifikan.

Boleh tak Datuk menulis tentang Tun Mahathir dan Pegawai media beliau semasa beliau menjadi PM. (atau mungkin juga PM yg lain). Mungkin dari segi hubungan mereka dengan pihak media, ketepatan fakta, kemesraan profesional dll.

Ramadhan Kareem

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq


"A man doesn't know what he knows until he knows what he doesn't know".

Laurence J. Peter

FONCUSE? ORANG PENANG MASUK POLITIK SEMUA PAKAT KELIRU TOK,PEKENA NASI DALCA BANYAK KOT!KAH KAH KAH

Anonymous said...

Tok Kadir, bagus kalu kita tau sapa Jinah ni. Saya pun penin. Dia ni cybertrooper Umno atau Najib? Nampak gaya dia ni main depan belakang.

Dalam dia komen sokong Umno dan Najib dia sabotaj Najib juga. Dia buat kenyataan yang orang naik benci lagi dengan Umno dan Najib.

Pasai Nor Yakcop Tok, kami geng kamjat penang kenai sangat, geng kami Tok, sama-sama mamak tongkang. Tok saya betoi mamak tongkang. Mai dari India kerja punggah barang kapai. Lama-lama senang sampai ada lebih 20 tongkang sendiri. menikah dengan tok perempuan saya orang Melayu kami semua jadi Melayu.

Tah macam mana bapa saya pi join MIC tapi keluar bila MIC jadi parti Hindu dan Allahyarham Tan Sri S Ubaidullah tak cergas lagi. Dula ramai juga Indian Muslim dalam MIC Tok. Masa tu MIC parti kaum India, tapi la ni parti kaum India agama Hindu. najib, bagi la sutu wakil india muslim. Timbalan Menteri pun ok.

Kamjat Penang

awang batuburok said...

salam Dato'..

saya difahamkan esekutif kanan melayu syarikat milik kerajaan sebelum dilantik mesti ada sijil umnoputera, betul ke Dato?

manakala yang tak ada sijil umnoputera kena cari makan dalam syarikat milik cina dan india.

agaknya inilah puncanya syarikat cina dan india malaysia jadi macam apa yang kita sama-sama dapat lihat hari ini.

kalau ada kesempatan sudi lah kongsikan sikit kisah Tan Seri Tajuddin Ramli, Tan Seri Halim Saad dan rakan rakan sewaktu dengan mereka.

kalau terkasar bahasa harap maaf Dato' dan selamat menunaikan ibadat puasa untuk 20 hari terakhir Ramadhan AlMubarak.

besi said...

salam dato..
banyak2 isu yg datuk timbulkan, isu ekonomi yg paling merisaukan..betul ke menteri ada cakap keadaan semasa global takkan memberi kesan pada ekonomi kita? bior betul

dato pembetulan
(dato seri samy vellu kalah bukan dgn DAP, ahli parlimen sg siput skrg ahli parti PSM tapi masa election yg dulu beliau menggunakan lambang parti PKR)

msian_tux_lover said...

FYI, I used to work for a Chinese family business whose Directors, Engineers and Senior staff were mostly Malays. So I am unsure where you get your figures from.

Anonymous said...

Dato',
Samy Velu kalah pada Dr Micheal Jeyakumar(yang baru-baru ini diEOkan )dari Parti PSM di Kawasan Parlimen Sungai Siput. Dr Jeyakumar BUKAN ahli DAP!

Anonymous said...

Kamjat Penang,

Apa lu takut! Jinah only small "fly" !!

Apa lu ingat UMNO trooper tak boleh comment kah? Ini negala democlasi lo !

Maaf Datuk pakai bahasa loghat Cina!

Orang boleh hentam UMNO tapi bila kita hentam depa, depa terus melompat !!

Jinah

ku_seman said...

Datuk tulis:

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28juta penduduk dan 30 menteri."

Komen saya:
Saya ketawa sampai berguling-guling bila baca perenggan ini. Saya tak sangka Datuk bagi pukulan KO. Kalau Datk nak tahu semua itu adalah "kabinet balas budi" yang tarafnya lebih kurang kabinet di ceruk dapur saya. Kabinet lelong diperbuat daripada plywood kelas tiga.
Kita yang berkerja tunggang terbalik, akhirnya cukai yang kita bayar digunakan untuk membayar segala Menteri yang tugas mereka banyak yang kita pun tak tau. Kita pun tak tau apa tugas Palanivel sebab PM bagi jawatan dulu sebelum bagi kerja. Hebat bukan? Maknanya PM tak fikir tentang keperluan Menteri tapi perlu dilantik Menteri. Kalau Datuk pun nak tambah staf sudah tentu kenal pasti keperluan, bukannya ambil orang dulu lepas itu fikir apa dia nak buat.

Mengenai lima orang Menteri di JPM, saya sebenarnya sangat meluat dengan amalan demokrasi Malaysia. Tengoklah daripada lima, tiga daripadanya yang ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya. Kalau kalah maknya kalah. Lantiklah yang menang iaitu orang yang dipilih oleh rakyat. Kalau banyak sangat lantik yang kalah, ini bermakna kerajaan tak menghargai pilihan rakyat. Ini membuatkan rakyat benci. Nak lantik Senator, lantiklah dari kalangan yang bukan kalah pilihan raya atau orang profesiolan. Kalau saya jadi Koh Tsu Koon, Sharizat dan Palanivel, saya malu nak terima tawaran jadi menteri. Tapi depa peduli apa.

hatibangkai said...

Nota buat pemimpin.

Pimpinlah tangan kami
sepertimana kamu memimpin payungan kamu.

Anonymous said...

Tok Kadir, saya baca berita ni dalam Malaysian Insider. "Split among Christians over moves to convert Muslims, says senior leader
By Boo Su-Lyn
August 11, 2011

KUALA LUMPUR, Aug 11 — Mainstream Christian churches are distancing themselves from independent evangelical churches’ “over-enthusiastic” attempts to proselytise Muslims in Malaysia, says a senior Protestant church leader.

He told The Malaysian Insider that the mainstream churches were disappointed with some independent Christian groups for being insensitive to other religious communities when sharing their faith.

“We’ve had cases where the Hindus complain that the Christians have been too assertive,” said the church leader, adding that Muslims, Buddhists and Sikhs have made similar complaints.

“But in all these cases where the Christians have shared (their faith), it’s not to force or coerce or put any faith in a bad light,” he stressed, requesting anonymity due to the sensitive nature of the topic.

Jadi yang JAIS buat tu betoi la Tok. Alhamdulillah. Ni la ni depa tengok Melayu dan Islam lemah, dak boleh pakat-pakat, Islam Hadhari, 1Malaysia, depa akan cuba Tok. Depa tak takut lagi. Dah naik tocang. Shabas JAIS, Pemuda Pas dan Perkasa.

Kamjat Penang

yabalahopa

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Kita sudah puasa 10 hari dan Insyaallah akan mendapat Rahmat Allah. Ini adalah dengan menyedarkan kita Allah masih sayang pada kita dan terus memberi kuasa pemerintahan dan tidak menariknya sekaligus. Dari itu marilah kita balik kepangkal jalan dengan menghayati Islam sepenohnya. Kita hendaklah menghidupkan tuntutan persaudaraan Islam walaupun dari parti politik berlainan.Walau parti mana pun memerintah wakil rakyat kita hendaklah bersatu mempertahankan ugama, bangsa dan Negara bila perlu berbuat demikian.Kalau Presiden Amerika boleh mengadakan majlis berbuka puasa di White House untuk pelbagai lapisan masyarakat, diplomat , dan ahli politik mengapa kita tidak boleh?

Kita perlu bertenang dan tidak membuat sesuatu terburu-buru. Sebenarnya memang dinanti-nanti bukan bumiputera Kerajaan menjual apa-apa sahaja yang pada suatu masa diperuntukan bagi bumiputra. Sebagai contoh tanah resab keretapi di Sungai Way , Bangsar dan Sentul telah diambil Kerajaan dan dimajukan dimana kesudahannya sebahagian besar dimiliki bukan bumiputera.Alhamdulilah FELDA tidak jadi diswastakan.Kalau tidak sebahagian besar darinya mungkin sudah dimiliki pelabur asing.

Dengan melantik orang yang kalah dalam pilihan raya sebagai menteri UMNO telah terlepas peluang melantik orang muda kita sebagai pelapis yang saya rasa dengan sendirinya menarik orang muda atas pagar kepada UMNO.

Kepada PAS gunakanlah masa ini memperkenalkan Kerajaan berkebajikan.Sistem ekonomi ala Barat sekarang sudah runtuh dan perlu diganti dengan yang lebih baik. Orang Islam negara bertuah ini tidak perlu meminta bantuan sara hidup dari pihak lain dan dengan itu mengancam akidah mereka sekiranya sebahagian dari hasil minyak kita disalurkan bagi membasmi kemiskinan seperti yang dituntut Islam. Negara Brunai berjaya dalam hal ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

hairulfitri said...

aslkum DAKJ

Ooooi kawan2 !!!Ada seorang Melayu ....nama dia Jinah. 4 orang anak2 dia pandai dapat belajar kat MRSM....pas tu 2 orang dpt biasiswa MARA/JPA belajar luar neg . 2 org lagi dpt biasiswa belajar dlm negeri.

Kawan2 nak tau...selepas peristiwa itu sdr Jinah sudah hilang pertimbangan akal yg waras. Apa yg pemimpin UMNO buat semua betul belaka.


Siapa yg hentam pemimpin UMNO akan beliau label sebagai:

pedengki
bodoh sombong
tak bersyukur
melopong
rubbish
tak cukup intelligent
lemah macam keldai dll

Sdr Jinah tak tersentuh perasaan langsung jika diberitau:

rasuah kerajaan menjangkau ratusan billion rgt.
Melayu semakin miskin.
Tak kurang 3 juta pendatang haram/tak haram ambil peluang kerja org tempatan/Melayu.
Hutang PTPTN graduan Melayu berbillion rgt tak dpt dibayar gara2 ratusan ribu graduan Melayu menggangur atau ditindas dgn gaji rendah.
Kerajaan UMNOBN makan gaji haram kerana menang pilihan raya dgn pelbagai tipu muslihat.

Prinsip hidup sdr Jinah ialah org Melayu/Islam lain nak mampus ke, nak kebulor ke, nak tidur rumah murah satu bilik ke, nak difitnah liwat/seks ke, negara nak bangkrap ke.....apa aku peduli?

Yg penting 4 org anak aku dapat biasiswaaaaa kerajaannnn.

Saya doa tak ramai Melayu mempunyai hati kering spt ni.

Anonymous said...

Menteri banyak dah sengal.. kata ekonomi berkembang la, FDI masuk banyak la, minyak malaysia masih murah la, pentingkan english tapi masih tolak PPMSI la, semua la.. cakap semua tak boleh pakai.. kata harga barang terkawal la.. Kita kat bawah ni macam nak mereaung dah ni.. harga barang makan dah macam harga emas dah.

Satu lagi UMNO mana tah pergi taja tiket makpak budak kena pukul kat UK. Yang kisah ibu tunggal dapat duit dari gereja takde tajaan la pulak.. priority dah tak betul.

Kerajaan najib sibuk annouced kejayaan itu ini, tapi kita kat bawah ni tukang rasa pedih sengsara.

melayutension

muring.com said...

Datuk AKJ, nasib baik p ramlee(ts) dah tak ada...dia tau apa itu demokrasi terpimpim (3abdul) itulah yg terjaadi sekarang pada pandangan saya.ramai yg ingin jadi hero, ramai yg nak jadi pemimpin sudah tidak ada yg ingin menjadi pengikut...lama kelamaan hancurlah kita sebagai bumiputera, anak melayu masuk ipts/ipta pun tak segairah mana kerana perintah kebangkrapan sedang menunggu selapas mereka dapat diploma/ijazah

muring.com said...

Dato Akj, apa pun pada pandangan saya di negara ini ramai yg nak jadi hero tidak lagi mau menjadi pengikut..semua ikut kata hati. dulu dapat tawaran masuk universiti seronok kerana insyallah akan dapat kerja...sekarang dapat saja diploma/ijazah perintah kebangkrapan sedang menunggu terutama anak melayu kita...

Anonymous said...

Datok,

Satahu saya Tan sri Nor tu pun dahulu dah banyak Duit bank Nagara Hangus... Cuba Tahny Tan sri Zetty Gabenor Bank Negara... Cerdek Sangat ke dia tu... Orang GLC banyak yang tak senonoh beri kontak pada member2 mereka aja... tolong semak sikit Dato..


Menantu Mat Merah Selama

Anak Parit/Bota/Lambor said...

Salam Dato',

Dulu empat sekarang lima, nak ganjil ler tu. Makin menambahkan beban pada pembayar cukai pada 'penumpang' yang tewas pada PRU 12.
Kalau rakyat di'nasihatkan' berjimat, tetapi kerajaan terus menerus dengan sikap boros dan menguruskan harta rakyat dengan cara 'berhemah'.
Rakyat terus melihat dan akan memberikan KPI pada PM dalam PRU 13 nanti.

Wallahualam.
Anak Bota/Parit/Lambor

husin syedmohamad said...

Dato,
Taada yang hendak ditambah Sudah terang tak perlu lagi bersuluh. Hanya menunggu melihat kesan beberapa tahun lagi.

husin syedmohamad said...

Dato,
Taada yang hendak ditambah Sudah terang tak perlu lagi bersuluh. Hanya menunggu melihat kesan beberapa tahun lagi.

saji said...

Salam Dakj

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28juta penduduk dan 30 menteri."

Komen:

Malaysia ada 30 menteri untuk 28 juta penduduk kerana BN mempunyai terlalu banyak parti2 komponen di bawahnya dan mengamalkan apa yang dipanggil 'politik balas budi' atau 'politik akomodatif' sebagai suatu dasar yang mereka terpaksa adakan demi mewujudkan kemufakatan.

Namun atas alasan PR juga akan melakukan dasar yang sama di atas jika diberi peluang memerintah, tetapi mempunyai jumlah parti2 komponen yang kecil, tidakkah penyelesaian kepada masalah jumalah menteri Malaysia yang terlalu banyak itu ialah dengan memberi peluang PR memerintah?

orang kampong said...

Datuk Kadir:

Apa nak buat tok politik punya pasal.Jumlah menteri 30 tu biasalah.Kalau 70 menteri pun apa nak buat.Kuasa PM dia boleh lantik dan boleh drop.

Cumanya menteri kita ini ramai bersungut mengenai poegawai mereka ini susah sangat nak jumpa.Terutamanya lantikan politik.Datok tahu nak jumpa setpol kalau tak guna kabel politik alamat tak ada lah .PM cakap rakyat didahulukan.Aku pun tak paham sampai nak jumpa setpol menteri pun amat lah susah.
Bukan nak minta projek pun.Cuma nak ngadu masaalah rakyat juga.Maklumlah kita NGO keciil sahaja.Sapa nak pandang.Bagus juga tulisan Datuk ini.Sekali sekala kena juga berus puak-puak ini.Kita sokong BN tetapi nak jumpa pun susah nak sokong lagu mana.
Cuma baru dua tiga minggu ini baru Ahmad Maslan cakap pasal pemasaran politik.Agaknya istilah ini baru jumpa kot.Sebenarnya pemesaran politik dah lazim orang lain cakap.Kenapa lah selalu lambat dan ketinggalan masa.Aku nak syor la dekat-dekat PRU 13 ni setiap menteri buka pejabat nya secara terbuka seminggu sekali.Biar rakyat senang jumpa mereka.Kerja kementerian bagi pegawai lain buat.Menteri pasang telinga,buka mata dengar rintihan dan masaalah rakyat.Baru ada mesra rakyat.PM turun kesana kemari pun bukan jumpa rakyat jelata.Yang PM jumpa orang UMNO/BN yg selam ini memang jumpa dah pun.Rakyat biasa mana ada peluang jumpa dari mata ke mata.Menteri pun serupa juga buat macam itu.Aku rakyat akar umbi.Inilah cakap-cakap dan komen dari bawah.Jangan pi mai pi mai tang tu juga.


orang kampung
Sekian dato .Selamat berpuasa.

saji said...

Sdr awang batuburok

"saya difahamkan esekutif kanan melayu syarikat milik kerajaan sebelum dilantik mesti ada sijil umnoputera, betul ke Dato?"

Komen:

Yang saya tahu cukup sekadar 'berlakun" .

OKJ said...

Salam DAKJ

Bulan-bulan puasa ni, eloklah kita mengambil pendekatan positif dari buat andaian yg mengarut. Lagi banyak kita bersedekah, Insyaallah, lebih banyaklah ganjaran yg akan dibalas nanti. Juga, lebih banyak saham kita labur, lebih banyaklah dividennya nanti. Dan trend sekarang pula, orang bercakap tentang ramalan di masa depan (predict the future), bukannya gossip-gossip dekat kopitiam lagi. Jadi, tindakan YAB Dato’ Seri Presiden membesarkan kabinetnya adalah sebenarnya satu langkah pelaboran hadapan yg bijak, yg akan mendatangkan dividen yg lumayan dan ganjaran yg berlipat kali ganda nanti. Cuma, tidak semua orang boleh faham (pada masa sekarang) dan hanya yg faham (melihat ke depan) akan faham. Saya ucapkan tahniah kepada para penasihat YAB Dato’ Seri Presiden yg bermotorkan “predict the future”. Sebab itulah, cuma segelintir orang boleh jadi penasihat PM. Sekian TQ.

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ, terima kasih;

1. Bulan puasa tak bulan puasa kerja mesti jalan. Saya berniaga guna duit sendiri. Ada 60 kakitangan. Kalau tak kerja, duit tak masuk, modal habis, syaikat kena tutup, kakitangan hilang kerja. Kalau makan gaji atau bapa tinggalkan harta banyak tak apalah;

2.Kalau guna duit orang lain atau duit pembayar cukai, saya pun nak lantik macam-macam jenis pegawai tolong saya;

3. Bila saya komen tentang Palanivel (Kami panggil dia Palani) ini adalah kerana saya kenal dia. Kami sama kerja di Bernama dan masa dia jadi Setiausaha Akhbar Samy Vellu, saya ada tolong dia dan bosnya;

4. Dalam PRU 2008, kami bagitahu dia yang dia akan kalah, dia ingat kami berjenaka. Dia kalah;

5. Kita memang kena labur untuk masa depan. Saya mula "main" saham pada tahun 1972. Tahu sangatlah mengenai future planning dan risikonnya. Jadi, apa pulangan masa depan daripada pelaburan dalam Senator Palani dengan bermodalkan duit pembayar cukai itu? Apa tugas rasmi dia?

6. Bilangan yang ramai bagus kalau turut ada kualiti. Bilangan yang ramai, tapi hambar, boleh memudaratkan.

Terima kasih.

Masam Manis said...

Dato,

Krisis ekonomi sudah melenyapkan USD 2.8 trillion di bursa US. Contagion effect sudah melanda di beberapa negara besar Europah. Yang terbaru France dan Italy.

Jurucakap kerajaan Malaysia mengusulkan, negara ini akan terkecuali. Tetapi dengar kata bursa Malaysia sudah kehilangan RM 90 billion dalam masa seminggu.

Sementara ketua2 kerajaan dinegara barat menunjukan kepimpinan, disebelah sini tidak pulak nampak sangat. Mungkin mantra transfomasi program dapat menyelamat Malaysia. Cuma heran jika ada magic formula seperti ETP kenapa negara2 lain tak pakai. Idea pun dari Barat.

Tergelak juga dengar PM mengarahkan bangunan2 kerajaan menaikan pendingin udara untuk menjimat kos. Adakah KSN tidak mampu memikirkan perkara2 seperti ini?

Mengenai pakatan AirAsia dan MAS, PM tidak pulak membuat ulasan apa2 sebagai Menteri Kewangan ketua Khazanah. Kalau dah ada 11 pegawai media, arahkan saja buat PS. Mengenai isu politik  Pulau Pinang pulak, yang lantang bersuara setiap malam adalah dari MP bebas yang sudah berpaling tadah. Mana ketua UMNO?

Betul ke anggapan orang negara ini berjalan cara remote control dan segala pentadbiran kewangan sudah di Out-Sourced kepada konsultan2 yang dibayar mahal dan suara politik kepada ahli2 politik bebas.

Anonymous said...

hairulftri,

Beberpa ramaikah anak-anak Melayu cemerlang dapat berpeluang belajar di luar negara? Takkan anak saya je kut? Beribu telah dapat belajar di luar negara. Cuba sdra buat selidik di JPA dan MARA berapa ramai. Cuba sdra lihat gambar-gambar penuntut Melayu merata-rata belajar di universiti luar negara yang disiarkan di akhbar-akhbar ketika tiap kali menjelang hari raya. Tidakkah sdra berbangga atau cemburu? Dan berapa ramai anak-anak Melayu yang cemerlang dapat belajar di sekolah asrama ditaja sepenuhnya oleh kerajaan? Saya percaya setiap keluarga Melayu mungkin ada seorang dari anak mereka yang cemerlang dapat belajar ke sekolah asrama.

Berapa ramai anak-anak Melayu yang telah jadi professional berbanding sebelum Merdeka termasuk sdra sendiri?

Saya percaya kerajaan BN akan terus memberikan peluang seluas-luasnya untuk anak-anak Melayu yang cemerlang untuk mendapat pendidikan tinggi terutama sekali kepada keluarga pendapatan rendah.

Komen sdra yang lain tak payahlah saya jawab kerana ianya adalah komen recycle!! Biarlah pembahas lain jawab.


Jinah

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

... GRO Melayu pun ramai mereka ambil.
Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan...

Ikut kata Ku Seman,
"Saya ketawa sampai berguling-guling bila baca perenggan ini."

HA!HA! HA!...Silap mata membaca.

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Selain sebagai s/u akhbar, Palani(Vel) juga pembawa 'briefcase' Samy (Vellu). Itu dulu, sekarang Vel..lu sudah tarak lah.. hehe

Anonymous said...

Datuk AKJ kata:
Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.

komen:

Mengaitkan jumlah menteri dengan kadar penduduk ada relevennya tapi pada pandangan saya yang penting ialah bukannya kuantiti menteri tapi qualiti menteri yang dilantik dan apa fungsi menteri tersebut. Kalau jumlah menteri yang ramai boleh memberikan input dan produktiviti yang lebeh untuk menjana keberkesanan pentadbiran negara maka ianya boleh kita terima. Tapi kalau sekadar untuk memenuhi quota, ini adalah satu usaha yang tidak bijak. Dalam hal Palanivel saya anggap perlantikannya adalah satu percaturan politik untuk hendak ambil hati orang India dan MIC. Ada lojiknya dari segi mainan politik. Ianya juga akan berlaku jika sekiranya Pakatan memerentah seperti apa yang Eng Guan lakukan melantik orang India jadi Timbalannya. Dan kemungkinan apabila Pakatan dapat merampas kerajaan pusat besar kemungkinan mereka akan melantik 5 Timbalan Perdana Menteri dari DAP, PAS, PKR , Sabah dan Sarawak. The more the merrier !!! Dan siapa agaknya Perdana Menteri kerajaan Pakatan? Besar kemungkinan Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri, Guan Eng, Karpal Singh dan Mat Sabu jadi Timbalannya!!! Syabas!!!

Jinah

saji said...

Sdr Jinah

"Kalau kerajaan Pakatan memerentah nanti DAP akan mengarahkan PAS dan PKR supaya MAS dijual terus kepada Tony Fernandez!! "

Komen:

Tak mungkin DAP akan mengarahkan PAS dan PKR menjual MAS terus kepada TF, atas alasan ia bakal mewujudkan monopoli perniagaan yang bercanggah dengan ideologi demokrasi-sosialis yang diperjuangkan DAP dan PKR dan ideologi Islam yang diperjuangkan PAS.

Jika pun MAS terpaksa dijual terus kepada TF suatu hari nanti atas alasan MAS terus mengalami kerugian besar, UMNOlah pihak yang akan mengarahkan penjualan tersebut, kerana ideologi nasionalisme Melayu yang diperjuangkannya telah dihakis oleh ideologi kapitalis yang sinonim dengan sistem ekonomi monopoli itu.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pembaca sekalian,

1. Mengenai menteri dan para politikus cakap merapu seolah-oleh semua rakyat jahil, secara kebetulan, saya berkesempatan bertegur sapa dengan seorang menteri yang lama saya kenal. Saya kata kepada dia, kerajaan kita sekarang ini terlalu "chatty" - cakap banyak sangat;

2. Dia kata, pembangkang pun cakap banyak juga. Saya kata, itu kerja pembangkang. Di negara yang BN jadi pembangkang pun, BN cakap banyak juga;

3. Saya bagi tahu dia, tugas utama kerajaan adalah buat kerja. Boleh cakap, tapi cakap mengenai kerja;

4. Bila banyak cakap dan kurang fikir, jadilah cakap merapu yang perbodohkan rakyat jelata dan buktikan benar ada menteri yang cakap merapu;

5. Penasihat, Pegawai Khas dan pembantu yang ramai belum tentu berkesan kalau bos tak jaga. Silap-silap mereka pakat kelentong bos atau sekat rakyat jelata berjumpa dan bercakap dengan bos;

6. Lagi teruk bila mereka bergaduh sesama sendiri dan cakap buruk mengenai satu sama lain di padang golf; dan

7. Ada pembahas kata nak jumpa Setiausaha Politik pun susah. Macam mana tak susah, sekarang Setpol rasa mereka macam SU Parlimen sebab jawatan SUP dah tak ada. Sekarang kereta mereka pun ada papan nama -- Setiausaha Politik. Hebat. Wallahualam.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Kaki tangan kerajaan dan pesara dapat duit bonus hari raya. Ini sudah baik. Kerajaan BN memang perihatin. Syabas Najib!! Kalah menang belakang kira. Yang penting ialah rakyat didahulukan kebajikanya dan buat yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dulu, kini dan selamanya.

Saya rasa komen saya ini tentunya dapat cemuhan dari orang yang amat sangat bencikan UMNO!!

Well, life must go on !!!

Jinah

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Tahniah Dato' kerana berani dan tajam mengulas beberapa isu yang sangat sensitive. Agaknya Dato' dah tak ambil peduli reaksi pihak yang kena komen kerana matlamat Dato' untuk menyelematkan ugama, bangsa dan Negara. Ramai orang politik sanggup buat apa saja asalkan kepentingan peribadi mereka tidak terjejas. Ramai Menteri sibuk dengan program untuk memperkukohkan kedudukan politik sendiri tanpa memperdulikan kesan burok kepada Negara.
2. Setiap orang Menteri ada pasukanya sendiri yang dibawa sebagai hadiah kepada kroni politik masing-masing. Ada Menteri bawa berbelas orang pembantu dari Setiausaha Politik, media dan pelbagai. Semua ini menambah kos dan paling rumitnya adalah menyukarkan pegawai-pegawai awan di Kementerian berkenaan. Ini berbeda dengan zaman dulu dimana Pejabat Menteri hanya ada beberapa anggota sokongan saja.
3. Kita boleh terima konsep perkongsian kuasa yang mewakili pelbagai kaum dengan keperluan bilangan Menteri yang ramai. Setiap orang Menteri harus berfungsi bagi membantu Perdana Menteri bagi membangunkan Negara dan bukannya menimbulkan masaalah kerana agenda peribadi sendiri. Setiap orang Menteri harus cekap dan professional bagi menguruskan Kementerian masing-masing tanpa membebankan Perdana Menteri. Slogan rakyat dan prestasi diberi keutamaan perlu diterapkan sepenuhnya. Rakyat sudah celik dan mahukan matlmat proses transformasi negara menjadi kenyataan dan bukan hanya rhetoric politik saja. Menteri yang baik adalah yang kurang bercakap tetapi Kementerianya berjaya.
Iklas,
Rahim

Anonymous said...

Datuk AKJ kata:

saya berkesempatan bertegur sapa dengan seorang menteri yang lama saya kenal. Saya kata kepada dia, kerajaan kita sekarang ini terlalu "chatty" - cakap banyak sangat;

comment:


Saya nak buat serkap jarang siapa yang Datuk maksudkan.

ZAHID HAMIDI

Kalau betul Zahid, dia ni memang pandai "timang" Rosmah !!!

Zahid ni bila buat statement dia tidak berhati-hati. Kadang kala dia "hentam keromo" je. Nak beli kapal terbang canggih konon. Sedangkan semua negara didunia menghadapi tekanan ekonomi yang meruncing. Dia ni kurang bijak sebagai Menteri. Patut jadi macam saya je, UMNO sibertrooper!! he he he he.....!

Jinah

Anonymous said...

Datuk AKJ kata:

Lagi teruk bila mereka bergaduh sesama sendiri dan cakap buruk mengenai satu sama lain di padang golf;

comment:

Gadoh tak pa, Datuk. Jangan sampai bunuh diri atau "bunuh membunuh" sama sendiri!

Jinah

anak jerai said...

Dato nak kongsi sama dng dato.Di Kedah BN jadi pembangkang.Bukan kerja tak buat.Cakap pun kurang.Pada hal BN jadi pembangkang.PAS pula yang cakap banyak.UMNO jadi mandom dan kemereh.Yang mereka buat majlis perjumpaan dengan JKKKKP sahaja.Rakyat tak jumpa pun.Semua harap Dato Najib.Pemimpin tempatan relek...Mereka kata pula lagi kalah BN bertambah banyak peruntukan pusat turun.

saji said...

Sdr Jinah

".....siapa agaknya Perdana Menteri kerajaan Pakatan? Besar kemungkinan Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri,"

Komen:

Apa justifikasi sdr mengenai kemungkinan kerajaan PR akan melantik Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri?

ORANGUTAN PENANG said...

Msian Tux Lover,

Thank you for sharing your experience with us.Come to think it,i benefits quite a bit from the chinese.

My first job was with a china man bank,now my right hand person whom i trusted most is a chinese lady.

Staff that perform are mostly chinese,most of my rezeki derive from from them even a chick who brings me joy is an amoi!keh keh

BENCI TAPI RINDU TOK!

Anonymous said...

Balanglama

Datuk,
Dalam begitu banyak menteri Kabinet yang ada, tak dak ka sapa-sapa yang memberi perhatian serius terhadap sebuah akhbar yang menyiarkan iklan babi panggang dalam ruangan "Ramadan Delight" terbitannya. Kalau atas prinsip 1Malaysia pun, takkanlah nak ajak orang Islam mentedarah benda haram tu. Janganlah dibiarkan ada pihak yang menjadikan 1Malaysia sebagai lesen untuk berbuat apa saja dengan sesuka hati depa.

Apa kata menteri yang diberi tanggungjawab menjaga perkara berkaitan akhbar? Apa pula tindakan NGO Islam? Kalau perbuatan sebiadap itupun dibiarkan tanpa dikenakan hukuman setimpal, lebih baiklah buang semua undang-undang yang ada dan bubarkan pihak berkussa yang diberi tanggungjaab mengenainya.
Kita pakat pakai undang-undang sendiri!

--Balanglama

Anonymous said...

Balanglama

Datuk,
Menteri Di JPM lebih kurang berkata krisis kewangan Eropah dan masalah ekonomi Amerika tidak memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Kenyataan itu merupakan suatu "Cobaan" atau betul-betul Datuk?

--Balanglama

Anonymous said...

Saji kata:

Tak mungkin DAP akan mengarahkan PAS dan PKR menjual MAS terus kepada TF, atas alasan ia bakal mewujudkan monopoli perniagaan yang bercanggah dengan ideologi demokrasi-sosialis yang diperjuangkan DAP dan PKR dan ideologi Islam yang diperjuangkan PAS.


comment:

Masaalah MAS tidak ada kaitan dengan ideology politik tapi 100% menjurus kepada tidak cekapnya pengurusan MAS. Pengurusan tertingginya tidak bijak menguruskan MAS dan banyak keputusan dasar syarikat MAS dibuat untuk kepentingan diri sendiri. Mereka tidak amanah, tidak bertanggong jawab dan tidak mempunyai good governance. Tapi yang buat MAS terus gagal ialah pengurusan tingginya tidak mempunyai daya creativity dan innovative untuk bersaing dengan syarikat penerbangan antarabangsa. Mereka tidak aggressive dan tidak competitive dalam bidang pemasaran penerbangan antarabangsa. Mereka haprak!!

Contoh yang jelas, adakah lojik Pengursinya membelanjakan sejumlah ribuan ringgit untk membeli lukisan untuk hiasan pejabatnya. Apa lojiknya menghias pejabat dengan memakan belanja beribu-ribu ringgit.Ini menunjukan Pengerusinya hanya pandai berlagak sahaja! Disamping itu pula, Tajudin Ramli terus bermaharajalela menghancurkan MAS dengan menubuhkan berpuluh syarikat subsidiari untuk memanipulasi kewangan MAS dan banyak lagi salahlaku dan kepincangan yang dilakukannya yang akhirnya melingkupkan MAS.

Kesimpulannya adalah lebeh baik syarikat ini dijual terus kepada Tony Fernandez dan biarkan dia menanggong riskonya.

MAS is a jinx company selagi ianya dikuasai oleh kerajaan.

Jinah

saji said...

Sdr Jinah

"Dalam hal Palanivel saya anggap perlantikannya adalah satu percaturan politik untuk hendak ambil hati orang India dan MIC. Ada lojiknya dari segi mainan politik. "

Tanyalah mana2 orang India di negara ini yang sdr kenal apa yang sebenarnya mereka mahu daripada kerajaan? Percaya atau tidak, mereka akan jawab, mereka mahukan hak mendapatkan peluang itu dan ini seperti yang dikecapi oleh orang Melayu selama ini.

Alasan yang mereka sering berikan ialah, kedudukan kebanyakan orang India di negara ini yang tak banyak bezanya dengan orang Melayu yang memerlukan banyak pertolongan daripada kerajaan.

Maksud saya, mereka akan terus buat 'bising' sana sini selagi mana hak2 mereka tuntut seperti di atas terus dinafikan oleh kerajaan atau orang Melayu.

Untuk maklumat sdr, saya banyak kenalan orang India di kalangan golongan profesional khasnya, pernah berkerja dengan syarikat orang India dan terlibat dengan beberapa projek kaum India, termasuk merancang semula pembangunan Kompleks Batu Caves untuk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor di zaman DS Mohd Khir Toyo.

...SAJI

saji said...

Sdr Kamjat Penang

"Mainstream Christian churches are distancing themselves from independent evangelical churches’ “over-enthusiastic” attempts to proselytise Muslims in Malaysia, says a senior Protestant church leader.

He told The Malaysian Insider that the mainstream churches were disappointed with some independent Christian groups for being insensitive to other religious communities when sharing their faith.

“We’ve had cases where the Hindus complain that the Christians have been too assertive,” said the church leader, adding that Muslims, Buddhists and Sikhs have made similar complaints.

“But in all these cases where the Christians have shared (their faith), it’s not to force or coerce or put any faith in a bad light,” he stressed, requesting anonymity due to the sensitive nature of the topic.

Jadi yang JAIS buat tu betoi la Tok. Alhamdulillah. "

Komen:

1/Maksud atau tujuan2 (makasid) Syarak yang paling diberikan keutamaan ialah atas faktor memelihara agama (Islam).

2/Menghalang umat Islam daripada menukar agamanya berdasarkan serbuan yang dilakukan oleh penguatkuasa JAIS tempoh hari itu tidak dinafikan mempunyai tujuan/makasid untuk memelihara (imej) agama, dalam erti kata, ia suatu tindakan untuk tidak memperlihatkan betapa lemahnya kedudukan Islam di negara ini dan betapa lemahnya iman umat Islam di negera ini apabila menghadapi dugaan hidup dsb.

3/Tetapi, tidakkah tindakan JAIS yang sama membuat serbuan berkenaan dengan cara yang boleh dipertikaikan oleh bukan Islam dan di kalangan umat Islam sendiri boleh juga dianggap mempunyai unsur2 tidak memelihara (imej) agama (Islam, dalam erti kata ia suatu tindakan yang seolah2 memperlihatkan Islam agama yang tidak mempunyai dasar yang mengatur kehidupan yang adil dsb yang memungkinkan bukan Islam di negara ini kembali memusuhi Islam dan umat Islamnya?

4/ Atau, mungkin jawapannya ( persoalan perkara 3/diatas) boleh diperolehi dengan menjawab persoalan seterusnya di bawah:

Adakah 12 umat Islam yang disyaki menukar agamnya dalam serbuan tersebut mampu dipujuk /kounseling untuk kembali kepada Islam berdasarkan latar belakang kehidupannya, atau mereka akan menyebelahi bukan Islam memusuhi Islam?

5/ Sekarang, yang mana satu betul?

...SAJI

syed husinmohamad said...

Datuk,
1/ Kerajaan yang kita kenali dari parti Perikatan hingga BN telah banyak membangunkan Malaysia dari aspek ekonomi dan infrastruktur. Bagi orang Melayu , Tun Razak telah mentransformasi mereka dalam pendidikan bermula tahun 1970. Hasilnya meunjudkan satu kumpulan menengah Melayu.
2/ Komen dan kritik diarahkan kepada kepimpinan BN terutama mutakhir ini, kerana sekumpulan rakyat yang terdedah dengan maklumat, menganggap beberapa dasar dan tindakan tidak akan memberi kebaikkan kepada negara terutama dalam aspek sosial. Penerangan di media perdana seolah-olah memperkecilkan kebijaksanaan rakyat.
3/ Mungkin juga sasaran media perdana kepada sekumpulan majoriti rakyat yang dianggap oleh kepimpinan semasa boleh dipengaruhi. Jika strategi itu betul maka , BN akan berjaya mendapat sokongan kumpulan tersebut, terutama pada GE 13 4/ Dalam jangka panjang strategi demikian tidak membantu, apabila bilangan rakyat yang terdedah dengan maklumat terus membesar. Kritikan sememangnya ditujukan kepoada yang berkuasa. PR belum boleh dianggap berkuasa, kerana kuasa sebenar berada kepada pihak yang memerintah Persekutuan.
5/ BN tidak wajar mendapat sokongan rakyat atas kelemahan pembangkang dan bukan atas kekuatan sendiri, begitu juga pembangkang.
6/ Walaubagaimanapun, pembaziran atau percakapan menteri yang tidak ada isi tidak wajar berlaku. Menteri yang ramai dan juga pelantikan bekas menteri menjawat jawatan bergaji menteri bukan satu tindakan memberi kebaikkan kepada rakyat.

Syed Husin

Anonymous said...

Saji kata;

Apa justifikasi sdr mengenai kemungkinan kerajaan PR akan melantik Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri?

commet:

Tak justifikasi. Hanya sindiran sahaja! Nothing is impossible in politics.

Jinah

saji said...

Sdr Jinah

"Masaalah MAS tidak ada kaitan dengan ideology politik tapi 100% menjurus kepada tidak cekapnya pengurusan MAS. Pengurusan tertingginya tidak bijak menguruskan MAS dan banyak keputusan dasar syarikat MAS dibuat untuk kepentingan diri sendiri. Mereka tidak amanah, tidak bertanggong jawab dan tidak mempunyai good governance. Tapi yang buat MAS terus gagal ialah pengurusan tingginya tidak mempunyai daya creativity dan innovative untuk bersaing dengan syarikat penerbangan antarabangsa. Mereka tidak aggressive dan tidak competitive dalam bidang pemasaran penerbangan antarabangsa. Mereka haprak!!"


Komen:

Mengatakan masaalah MAS tidak ada kaitan dengan ideologi politik tapi 100% menjurus kepada tidak cekapnya pengurusan MAS, pengurusan tertingginya tidak bijak menguruskan MAS dan banyak keputusan dasar syarikat MAS dibuat untuk kepentingan diri sendiri, tidak amanah, tidak bertanggung jawab dan tidak mempunyai good governance, pengurusan tingginya tidak mempunyai daya kreativiti dan innovatif untuk bersaing dengan syarikat penerbangan antarabangsa, tidak aggresif dan tidak kompetitif dalam bidang pemasaran penerbangan antarabangsa dan menganggap pengurusan MAS haprak, sdr, dari sudut teknik merangka dan mengenalpasti masalah2 yang dinamakan sinektiks telah memilih menggunakan teknik sinektiks cara analogi peribadi yang, dalam kes MAS ini, saya anggap tidak begitu berkesan untuk mengubah tren paradigma atau pemikiran sedia terhadap masalah pengurusan MAS atau kerugian MAS yang besar dan berterusan itu.

Maksud saya, lebih berkesan jika sdr menggunakan teknik sinektiks cara analogi langsung (mencari perkaitan yang seakan2 sama antara dua atau lebih situasi yang bermasalah yang sdr anggap masing2 mengandungi pergabungan elemen2 yang kelihatan tidak berkaitan antara satu sama lain yang darinya memungkinkan jalan penyelesaian yang dicari dapat dikesan denga jelas) dengan cara membandingkan pengurusan MAS yang bermasalah itu dengan dua atau lebih pengurusan syarikat penerbangan antarabangsa lain yang pada pandangan sdr mempunyai sistam pengurusan yang mampu memberikan jalan penyelesaian kepada permasalahan MAS tersebut.

...SAJI

Anonymous said...

Saji kata:

Tanyalah mana2 orang India di negara ini yang sdr kenal apa yang sebenarnya mereka mahu daripada kerajaan? Percaya atau tidak, mereka akan jawab, mereka mahukan hak mendapatkan peluang itu dan ini seperti yang dikecapi oleh orang Melayu selama ini.


comment:

Apa sebabnya orang India suaranya semakin lantang? Jawapannya adalah kerana mereka beranggapan bahawa sekarang seolah-olah mereka dah jadi kingmaker dalam menentukan sama ada UMNO akan disegarkan semula atau dicampak terus ke longkang. Mereka dah jadi seperti lalang yang dah tumbuh tinggi dan apabila dituip angin lalang ini akan melayang-layang lebeh kuat lagi mengikut bagaimana kencangnya angin yang meniupnya. Itulah "advantage" yang didapatinya apabilah Melayu dah berpecah belah. Serupa juga dengan kaum Cina. Perbezaannya kaum Cina menggunakan "the power of whisper" untuk mendapatkan hak untuk kaumnya. Cara yang paling berkesan buat masa ini dan telah pun berjaya menyatupadukan kaumnya melalui DAP dan bukan MCA lagi. Perjuangan kaum Cina sudah sampai kemuncaknya apa yang dihajatinya. Ini jelas dan mereka tidak berselindung lagi.

Bagi orang Melayu apa agaknya cara kaum Melayu nak mendapatkan haknya terus kekal atau bertambah lagi. Tak ada! Kosong! Apa sebabnya? Kerana orang Melayu dah tak sedar diri, bodoh sombong, mudah lupa dan yang paling malang sekali masing-masing nak meneggakkan benang basah. Bercakaran macam anjing dengan kucing! Kaum lain yang duduk diluar gelanggang hanya duduk gembira "free", tak payah bayar apa-apa pun melihat gelagat orang Melayu berlawan dan bercakaran. Akhirnya Melayulah yang melopong dan tercopong. Balik kampong lihat anak bini kelaparan !!

Inilah anology yang terbaik untuk orang Melayu masa kini. Terombang ambeng tanpa pedoman !!

Melayu Oh Melayu !!

Melayu takkan hilang didunia kerana keris Taming Sari sentiasa ada dipinggang dan kadangkala dijunjung tinggi kelangit dengan berkumandang lafaz takbir Allah Akbar!!

Kita tahu bahawa " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan nasib bangsa itu takkan berubah jika tak ingin nak berubah" Tapi setakat tahu sahaja apa guna, kalau tidak diamalkan. Ramai yang handal berbahas dengan berasaskan Al-quran, sunnah nabi dan berbagai dalil, tapi jiwa orang Melayu Islam tidak dapat menghayatinya. Apa dah jadi? Masa dah berlalu dengan cepatnya , dan kita dah singkat masa,takkan Melayu masih "BERCAKARAMA" memanjang sampai kiamat!! Kita masih lagi "don't feel threathened". Masih khayal tak habis-habis macam tengok wayang Hindustan. Kaum lain dah tinggalkan kita jauh kemana-mana. Lihatlah disekeliling kita apa yang sedang berlaku. Berapa lama kita nak pejamkan mata dan masih nak salahkan orang lain tak habis-habis macam kita sahaja yang betul.

Saya tak layak nak berkhutbah tapi itulah realitinya dan tidak boleh dinafikan.

Jinah

saji said...

Sdr anak jerai

"Di Kedah BN jadi pembangkang.Bukan kerja tak buat.Cakap pun kurang.Pada hal BN jadi pembangkang.PAS pula yang cakap banyak.UMNO jadi mandom dan kemereh.Yang mereka buat majlis perjumpaan dengan JKKKKP sahaja.Rakyat tak jumpa pun.Semua harap Dato Najib.Pemimpin tempatan relek...Mereka kata pula lagi kalah BN bertambah banyak peruntukan pusat turun."

Komen:

Bagaimana pembangkang BN Kedah nak banyak cakap jika mereka tahu dan akui apa2 yang banyak dicakapkan oleh kerajaan PR Kedah mengenai apa yang dilakukan oleh kerjaan PR Kedah tetapi tidak dilakukan oleh kerajaan BN Kedah sebelumnya dan kelemahan2 dasar dan sistem pemerintahan kerajaan BN Kedah sebelumnya sukar mereka nafikan hingga kini. Contoh klasik ialah pendapatan hasil balak negeri yang meningkat dari tahun ke tahun hasil dari pengenalan sistem tender terbuka yang telus.

...SAJI

Masam Manis said...

Dato,

Tidak pasti samada wartawan tidak terlatih/takut bertanya soalan yang "pointed" atau pihak kerajaan yang begitu mengawal persepsi sampaikan sesuatu berita yang disampaikan nampak lemah.

Contoh. PM mengulas bahawa US and Europa perlu mengatasi segera masaalah hutang negara mereka. Bukankah itu satu statement yang "too obvious" dan sangat general.

Rasanya berita itu tidak ada "news worthiness" yang boleh mendidik pembaca maupun kenyataan menyakinkan rakyat dan pelabur bahawa Malaysia ada langkah dan pelan untuk mengatasi krisis ekonomi jika berterusan.

Agaknya 11 orang media PM ibarat "too many cooks spoil the soup". Itu satu persepsi.

Anonymous said...

Jinah,

Jangan lah cakap macam tu. DiGLC sahaja lah orang melayu dapat jadi kaya. Tuan besar manager melayu GLC semua pakai mecedez dan berlagak kaya dan pekerja pekerja mereka kebanyakan semua melayu belaka. Semua lebih bernasib baik dari melayu lain. Itu juga tempat pengundi pengundi BN bermastautin.





Joe Black

Anonymous said...

Cadangan 6 agi Jawatan Kabinet utk DSN adakan.

1. Menteri Pemantauan GLC....banyak sagt bocor berbiliion
Layak ade menteri memantau.

2. Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga Menteri.
memerlukan suatu jawatan Menteri yg berkuasa penuh mengawal isteri isteri yang tidak dapat dikawal Bapak Menteri kerana segan.Lagi beso teloq (maaf penggunaan bahasa Perancis disini) lagi layak....susah nak dapat ni.


3.Menteri Utk Urussetia Bekas Bekas Menteri
utk mengurus bekas bekas menteri yang tak habis habis menyebok yg dulunya tak lah sehebat mana pun.

4. Menteri Anak Beranak Menteri. ABM
jawatan Kabinet untuk memastikan semua keluarga menteri tidak teringgal dalam mendapat habuan dan tidak berkecil hati dan terus menyokong lagi di pilihanraya akan datang....ini mesti Seorang yang tegas.

5. Mentri Terbalik balik. (MTB)

kementerian baru untuk menyelesaikan kerumitan yg timbul dan menangani keadaan yg terjadi akibat keputusan yg terbalik balik eg. bagi kontak tarik balik,buat law tarik balik,mintak maaf ke kerajaan Cina pas tu tarik balik

6. Menteri Pengagihan GLC
Memandangkan nilai billion2 GLC ni mestilah memerlukan menteri bila kelak kita bagikan harta ni semua.Tidak boleh mengunakan Menteri ABM kerana ianya boleh menimbulkan syak yg boleh menggugat kerajaan .

7. Menteri anti Obesiti

Tidak dalamkementerian Kesihatan tetapi sebenarnya memantau berat badan pukal setiap jabatan dibawah sesuatu kementerian sebagai indikator kearah penyegahan rasuah dijabatan kerajaan.Berat badan pukal ini kalau dibagikan dgn berat badan 10 keluarga terdekat Menteri (denominator) dapat mengeluarkan index rasuah yg tepat.
menteri mesti slim Tok.

Itulah saya mencadang Tok
Akal org kg Tok ....jangan lah memuji sangat cadangan saya yg tidak seberapa ni. Org Kg kata kalau tak ade tali ,rotan pun jadi ...




Rjohan

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Dalam posting yang lepas, kita membincangkan isu JAIS dan Gereja.

Peguam Komuniti Harapan yang menggunakan Gereja sebagai venue Dinnernya berkata, memandangkan ini Bulan Ramadhan, kami beri kuiz mengenai Islam. Bagi saya, ini satu penghinaan yang tiada maaf, kerana AMAT JELAS mereka langsung tidak menghormati Islam dan Ramadhan, nampak mempermain-mainkan umat Islam.

Saya mendengar penerangan 2 bekas Mubaligh Kristian, yang sekarang ini menjadi pendakwah Islam yang gigih. Seorang, dari Sabah, dari keluarga amat dihormati masyarakat kerana keluarganya mubaligh besar di sana. Beliau mengaku telah memurtadkan 5000 umat Islam. Seorang lagi di Pulau Pinang. Sekarang, beliau salah seorang jawatankuasa Masjid Kapitan bersebelahan nasi kandar beratur yang terkenal. Belaiu juga dilantik sebagai salah seorang juru kaunseling untuk kes kes murtad.

Kembali kepada Kuiz, ia sebenarnya bukan kuiz, tapi soalan-soalan untuk mengelirukan penganut Islam.

Contohnya,

Soalan: Nabi Isa mati atau tidak?
Jawapan orang Islam: tidak.
Soalan: Kalau tak mati, kemana?
Jawapan: Diangkat ke langit.

Soalan: Nabi Muhammad mati atau tidak?
Jawapan: Mati
Soalan: Kalau mati, kemana?
Jawapan: Dikebumi dalam kubur(tanah)

Soalan: Jadi, siapa yang lebih baik antara nabi Isa dan Muhammad?

Inilah soalan yang bertujuan memesongkan akidah Islam.

Isu Murtad dan Kristianisasi ini sebagaimana saya jekaskan sebelum ini, sebenarnya sudah jadi satu barah kepada masyarakat ISLam.

Apa yang ingin saya tonjolkan adalah peranan PEMERINTAH. Secara khususnya, UMNO.

Mengapa perkara ini tiada langsung tindakan diambil oleh pemerintah. Tanyalah JPN, berapa ramai yang memohon untuk menukar nama kpd bukan Islam---semakin menjadi-jadi selepas 'kemenangan'Kes Lina Joy, kerana kes ini akan dijadikan sebagai kes rujukan.

Abu Bakar pernah berkata, jika seekor Unta putus tali sesat di tebing sungat Furat, nescaya akan akan dipertanggungjawabkan.

Itu seekor unta yang hilang pedoman.

Bagaimana seorang Islam yang hilang pedoman, murtad?

Anonymous said...

sapalah penasihat PM n TPM. NKRA lah menteri tamabahan lah apa pun tak jadi. mohan sdra AKJ beri pandanagn mengenai NKRA PENDIDIKAN mcm ada tak kena dan mengkastakan sekolah2 pula.

tq.
tunjohor

RojakPunya.blogspot.com said...

pening dengan politik malaysia ni. mau atau tak mau terpaksa amik tau jugak pasal politik supaya tak kena tipu media

Anonymous said...

62 NGO dakwa PEMANDU pinggir usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR: Lebih 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut dianggotai ahli perniagaan Melayu dan bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meminta kerajaan mengkaji kedudukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang didakwa menganaktirikan peniaga Bumiputra.

comment:

Apa benda yang menganaktirikan peniaga Bumiputra? Saya tak paham. Apa sebenarnya PEMANDU ni, Datuk?

Yang saya faham PEMANDU ini ialah satu unit pemantauan keberkesanan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan. Jadi apa nak salah kan Idris Jala pulak? Tugasnya ialah untuk memantau dan jika perlu mungkin mencadangkan alternatif yang lebeh baik lagi dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan dengan lebeh berkesan lagi.

Apa ada kena mengena dengan menganaktirikan peniaga bumiputra?

Apa dah jadi kepada Teraju? Apa fungsi Teraju? Sekarang dah nak minta dana dari kerajaan pulak. Untuk apa? Macam dah lari dari tujuan asal Teraju nampaknya.!! Ini mungkin ahli-ahli dalam Teraju ada yang opportunists!!!

Jinah

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ dan pembahas yg dirahmati.

Sdr Jinah ni bila nak berubah.

Dia kata hujah org lain recycle. Tapi hujah beliau suruh org Melayu bersatu padu dgn menyokong UMNO SEMATA2 (bererti terus menyokong parti berfahaman nasionalis serta menolak Islam) tu bukan recycle ke?

perumpamaan sdr Jinah ni samalah dgn Yahudi dan Nasrani yg tak akan duduk diam selagi umat Islam tidak menurut ugama mereka.

Sdr Jinah harus paham paling tidak pun PAS meletakkan prinsip Islam sebagai asas perjuangan. Selama lebih 50 tahun memerintah PEMIMPIN UMNO memerintah ikut nafsu . Kalau ada suara dari dalam yg ingin membawa pembaharuan kepada kebaikan maka org berkenaan akan dicantas/dibuang/dipenjara/diberi malu...saya berani katakan selepas Anwar maka giliran Dato Saifudin akan tiba. Mufti2 yg dibayar gaji tinggi juga harus maklum bahawa penndapat mereka mesti mengiakan keputusan kerajaan secara total walaupun tak betul disisi Islam. Kalau tidak maka nasib yg pernah menimpa Ustaz Dato Ishak Baharom(mufti Selangor yg dibuang Mahadir gara2 mempertahankan tindakan penguatkuasa JAIS menahan Melayu yg menjadi peserta pertandingan ratu cantik)akan menimpa mereka pulak.

Hanya Melayu BODOH/BODOH SOMBONG yg terpengaruh dgn pendapat songsang agama sdr Jinah.

Kalau dulu ada jua insentif sokong UMNO.....spt rumah murah, rancangan felda, permit teksi,permit bas mini, kerja dgn kerajaan/GLC/pihak berkuasa majlis kerajaan tempatan, biasiswa. dll

Sdr Jinah jangan menyokong membabi buta sebab diakhirat nanti setiap kita akan ditanya dgn apa yg kita telah buat termasuk kenapa dalam kes sdr, BERMATIAN2 mempertahankan rejim zalim/penipu UMNO.

Anonymous said...

Joe Black kata:

Jangan lah cakap macam tu. DiGLC sahaja lah orang melayu dapat jadi kaya. Tuan besar manager melayu GLC semua pakai mecedez dan berlagak kaya dan pekerja pekerja mereka kebanyakan semua melayu belaka. Semua lebih bernasib baik dari melayu lain. Itu juga tempat pengundi pengundi BN bermastautin.


comment:

They can get all the perks tapi kalau syarikat tak untung apa bendanya!

Contoh terbaik ialah MAS!

Jinah

Koperal Malaysia said...

Ybhg Datuk,

KPI Keselamatan rasanya ditahap memuaskan. Polis kita menjalankan kerja kalau kita banding polis Britain.

Apa guna ada polis kalau tidak dapat kawal keselamatan dan harta benda awam seperti di Britain.

saji said...

Sdr Masam Manis

"Contoh. PM mengulas bahawa US and Europa perlu mengatasi segera masaalah hutang negara mereka. Bukankah itu satu statement yang "too obvious" dan sangat general.

Rasanya berita itu tidak ada "news worthiness" yang boleh mendidik pembaca maupun kenyataan menyakinkan rakyat dan pelabur bahawa Malaysia ada langkah dan pelan untuk mengatasi krisis ekonomi jika berterusan."

Komen:

Kan PM, DSNajib tu kaki "place safe" orangnya?

Dan, macam mana PM nak buat kenyataan Malaysia ada langkah dan pelan untuk mengatasi krisis ekonomi (sekarang) jika berterusan, jika langkah dan pelan untuk mengatasi krisis ekonomi sebelumnya itu tidak mampu meyakinkan rakyat dan pelabur luar, khasnya?

saji said...

Sdr Jinah

"Bagi orang Melayu apa agaknya cara kaum Melayu nak mendapatkan haknya terus kekal atau bertambah lagi. Tak ada! Kosong! Apa sebabnya? Kerana orang Melayu dah tak sedar diri, bodoh sombong, mudah lupa dan yang paling malang sekali masing-masing nak meneggakkan benang basah. Bercakaran macam anjing dengan kucing! Kaum lain yang duduk diluar gelanggang hanya duduk gembira "free", tak payah bayar apa-apa pun melihat gelagat orang Melayu berlawan dan bercakaran. Akhirnya Melayulah yang melopong dan tercopong. Balik kampong lihat anak bini kelaparan !!

Inilah anology yang terbaik untuk orang Melayu masa kini. Terombang ambeng tanpa pedoman !!

Melayu Oh Melayu !!

Melayu takkan hilang didunia kerana keris Taming Sari sentiasa ada dipinggang dan kadangkala dijunjung tinggi kelangit dengan berkumandang lafaz takbir Allah Akbar!!

Kita tahu bahawa " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan nasib bangsa itu takkan berubah jika tak ingin nak berubah" Tapi setakat tahu sahaja apa guna, kalau tidak diamalkan. Ramai yang handal berbahas dengan berasaskan Al-quran, sunnah nabi dan berbagai dalil, tapi jiwa orang Melayu Islam tidak dapat menghayatinya. Apa dah jadi? "

Komen:

Berdasarkan teguran sdr mengenai gelagat orang Melayu yang tidak sedap didengar di atas, sdr seperti menganggap orang Melayu kita mempunyai perangai luar biasa yang tidak dimiliki oleh kaum lain.

Antara sebab mengapa Allah memilih agama Islam diturunkan di kalangan orang Arab dulu adalah kerana mereka mempunyai perangai luar biasa seperti memukul dan mencerai isteri apabila teruk mabuk.

Bagaimana untuk mengatasi perangai luar biasa orang Melayu di atas, dan cara kaum Melayu hendak mendapatkan haknya terus kekal atau bertambah lagi kita desak kerajaan UMNObn melaksanakan seluruh ajran Islam seperti yang disarankan oleh PAS?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Jinah, antara lain, berkata: "Yang saya faham PEMANDU ini ialah satu unit pemantauan keberkesanan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan. Jadi apa nak salah kan Idris Jala pulak?"

1. Orang putih kata, "reality bites" -- hakikat dan kenyataan boleh dirasa, seperti kenaikan kod sara hidup, jenayah dan pengangguran;

2. Tetapi dalam politik, persepsi sama penting dengan realiti. Malah, persepsi boleh mengatasi dan menghapuskan realiti yang positif.

3. Persepsi hari ini adalah (a) Idris Jala sangat "powerful", (b) PM dan Kabinet teruja dan dengar cakap beliau, (c) Idris Jala dan Pemandu sudah mengambil alih tugas EPU, (d) Tidak ada agenda Melayu/Bumiputera dalam Model Baru Ekonomi (MBE)dan (e) PM/Kabinet tidak hands-on dalam menangani ekomoni negara dan terlalu bergantung kepada Idris Jala; dan

4. Kalau persepsi ini tidak diubah, Umno mungkin tidak mampu meyakinkan masyarakat perniagaan Melayu, yang pernah menjadi tulang belakang parti itu, untuk terus menyokongnya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Hairulfitri,

Sdr Jinah ni bila nak berubah.

Dia kata hujah org lain recycle. Tapi hujah beliau suruh org Melayu bersatu padu dgn menyokong UMNO SEMATA2 (bererti terus menyokong parti berfahaman nasionalis serta menolak Islam) tu bukan recycle ke?

comment:

Saya tidak kata suruh menyokong UMNO. Saya hanya menekan pentingnya orang Melayu mesti bersatu. Dan tidak semestinya orang Melayu mesti menyokong UMNO atau PAS. Perpaduan Melayu tidak semestinya mesti bersama PAS atau UMNO.

Nak kata UMNO menolak Islam, itu adalah statement yang extreme dan tidak masuk akal. Tidak bijak!

Saya rasa UMNOlah yang dah banyak memperjuangkan Islam dari PAS. Tidak payahlah saya sebutkan satu persatu sumbangan yang telah UMNO lakukan.

Walau apa pun yang saya katakan tentunya sdra akan terus menafikannya habis-habisan dengan berbagai hujah-hujah yang sungguh beremosi sekali. Syabas!!

Jinah

Anonymous said...

Saji kata:

Bagaimana untuk mengatasi perangai luar biasa orang Melayu di atas, dan cara kaum Melayu hendak mendapatkan haknya terus kekal atau bertambah lagi kita desak kerajaan UMNObn melaksanakan seluruh ajran Islam seperti yang disarankan oleh PAS?

comment:

Saya tidak ada niat untuk menghina bangsa saya. Komen saya mungkin menguriskan hati setengah pihak dikalangan orang Melayu dan mencemuh saya. Tapi tujuan dan niat saya semata-mata untuk nak ambil perhatian bagaimana sayunya hati saya melihat orang Melayu berpecah belah.

Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berpanjangan kerana ianya akan memudharat bangsa kita akhirnya. Kita mesti cari jalan penyelesaian. Kalau tak boleh secara pendekatan politik tentunya ada cara lain yang boleh kita fikirkan bersama.

Mengenai bagaimana untuk mengatasi perangai luar biasa orang Melayu, saya rasa pendekatan yang terbaik ialah mempunyai pandangan sederhana dalam segala hal termasuk juga hal agama. Kita tidak harus bersikap terlalu taksub dengan sesuatu perkara yang kita perjuangkan. Segala perbuatan kita mestilah sederhana.

Perubahan mental atau perangai orang Melayu ini boleh dilakukan melalui pendidikan yang "balance" untuk anak-anak kita. Barulah boleh bangsa Melayu dianggap sebagai bangsa yang unggul, tidak haprak!!.


Jinah

Anonymous said...

Datuk AKJ kata:

Idris Jala dan Pemandu sudah mengambil alih tugas EPU dan Idris Jala sangat "powerful".

comment:

Terima kasih kerana memberikan pandangan dan ambil perhatian komen saya, Datuk.

Soalan saya selanjut mungkinkah Najib dah tidak percaya lagi dengan EPU kerana apa yang telah berlaku dizaman Pak Lah? Ingat tak "budak-budak hitam termasuk menantunya" menguasai EPU hinggakan "tumbang"nya pentadbiran Pak Lah. Mungkinkah nasib Najib akan berulang semula seperti Pak Lah jika Idris Jala juga menjadi "budak hitam"?

Adakah data-data yang dipaparkan oleh Idris Jala dengan high powered teamnya mengenai NKRA dan sebagainya hanyalah data-data "window dressing" saja.

Akhir sekali jika Datuk tahu saya ingin menanyakan tentang peranan Teraju. Apakah peranan Teraju sebenarnya?

Jinah

Anonymous said...

hairufitri kata:

Sdr Jinah harus paham paling tidak pun PAS meletakkan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.


comment:

UMNO pun memperjuangkan Islam. Dah macam-macam UMNO buat untuk orang Islam. Apa nak lagi? Tak nampak ke atau sengaja tak nampak?

Nak memperjuangkan Islam ikut acuan Islam PAS ke, baru betul dan nampak!!!

Apa yang kita dah nampak?


Jinah

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Watch this youtube:

http://www.youtube.com/watch?v=ewuSj2Moemc

I am proud of Ashraf. He speaks good English and a very confident boy. Hopefully, he will continue his course and succeed. Cheers!!

Jinah

OKJ said...

Salam DAKJ

Bunyi Bising Vs Irama

Mengikut HUKUM FIZIK, bunyi bising ditakrifkan sebagai bunyi yg tidak sedap didengar dan tidak berulang-ulang. Manakala irama pula adalah bunyi yg sedap didengar dan di susun aturnya diulang-ulang. Contohnya, lagu enjit enjit semut siapa sakit naik atas, (kemudian diulang) enjit enjit semut (dan seterusnya).

Oleh yg sedemikian, bagi sayalah, bacaan Al Quran adalah satu yg begitu indah, sedap didengar dan susun aturnya juga diulang-ulang sehingga menusuk kalbu bila diperdengarkan seperti Surah Ar Rahman. Jadi, saya tak berapa nak faham bila orang termasuk bekas mufti menganggap bacaan Quran itu mendatangkan bunyi bising dan mengganggu orang lain.

Cadangan saya, apa kata kita buat satu kajian fizik tentang bacaan AL Quran untuk membuktikan kepada seluruh manusia termasuk bekas mufti sendiri bahawa bacaan Al Quran sebenarnya begitu enak didengar, mendatangkan ketenangan dan keinsafan, bukannya hanya bunyi bising semata-mata. Sekian TQ.

Anonymous said...

As'kum Dato'

1. Betullah, sekarang ini Idris Jala dan PEMANDU terlalu berkuasa. Itulah masalahnya juga jika mbil orang Korporat meneraju PEMANDu. They have Lack of social balance.

2. Idris Jala ni buat PEMANDU macam dia memandu kapal terbang MAS. Bawa ikut haluan angin dengan matlamatnya sampai ke destinasi. Dia lupa yang dia PANDU sekarang ia sebuah negara berbilang kaum yang perlu bergerak mengikut acuan social and economic balance. Biarlah lambat sikit sampai asalkan hak-hak sesuatu kaum, khususnya kaum Melayu tidak tertinggal.

3. I think it's high time that WE, especially YOU who has had great influence and moral support to "tegur sikit kepada Kerajaan sebelum nasi menjadi bubur" and Melayu loose its share of the cake.

dan kajang

awang batuburok said...

salam Dato'...

khabarnya banyak lagi keajaiban luar jangkaan pakar ekonomi akan berlaku selepas AirAsia menelan saham MAS.

lubuk duit yang seterusnya menggiurkan "dealmaker" ialah Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan Petronas...betul ke Dato'?

saji said...

Salam

TDMahathir menyerahkan projek kerajaan kepada pihak swasta untuk dimajukan

DSNajib bukan sahaja menyerahkan projek kerajaan kepada pihak swasta untuk dimajukan, malah menyerahkan sekali pengurusan ekonomi negara.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr.hairufitri kata:

Sdr Jinah harus paham paling tidak pun PAS meletakkan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.


Salam kasih sayang sdr.hairufitri

Kami berasakan lebih molek jika sdr. katakan prinsip Islam ala parti PAS sebagai asas perjuangan..

Dalam ajaran Islam sebenarnya
Haram tetap HARAM..!!!
Kafir tetap KAFIR..!!!
Dulu, kini hingga khiamat dunia ini...tiada penyusuaian dan kelonggaran pada masa dan ketikanya..

Kita sama2 fahamkan prinsip Islam ala parti PAS yang dimaksudkan?

ALFATIHAH, AMIN
Ps..Pandang pada yang tersurat, lihat pada yang tersirat. Dibulan yang mulia ini kita pandang dan lihat pada yang baik2 hendaknya..Aman

Anonymous said...

Saji,

DSNajib bukan sahaja menyerahkan projek kerajaan kepada pihak swasta untuk dimajukan, malah menyerahkan sekali pengurusan ekonomi negara.

comment:

Pengurusan negara diswastakan lebeh efficient lagi selagi ianya tidak bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan. Harapkan EPU pegawainya mungkin haprak. Banyak sangat "budak hitam cuba nak menenggek" projek-projek. Tak ada idea yang menyerlah. Ada idea pun dia cuba selewengkan untuk kepentingan diri mereka. Apabila pengurusan negara diswastakan (menggunakan professional consultants) secara kontrak, kerajaan ada hak "to hire and fire" their service anytime without any political ramifications!!!

Jinah

Anonymous said...

Dear Awang Baruburok...

Saya pernah bekerja dengan syarikat GLC selama 12 thn sebelum resign last year... Join another conglomerate.

Pasal kena ada sijil UMNOPUTERA tu saya rasa memang takde. Semua berdasarkan merit....


AB

Anonymous said...

hairulfitri kata,

Sdr Jinah jangan menyokong membabi buta sebab diakhirat nanti setiap kita akan ditanya dgn apa yg kita telah buat termasuk kenapa dalam kes sdr, BERMATIAN2 mempertahankan rejim zalim/penipu UMNO.

comment:

Biarlah Allah mengadili saya. Bukan manusia menentukanya sama ada saya masuk syurga atau neraka.

Sama ada saya sokong UMNO bermati-matian itu adalah hak saya. Sdra kata UMNO zalim dan penipu, itu adalah hak sdra.

Jinah

saji said...

Sdr Jinah

"Mengenai bagaimana untuk mengatasi perangai luar biasa orang Melayu, saya rasa pendekatan yang terbaik ialah mempunyai pandangan sederhana dalam segala hal termasuk juga hal agama. Kita tidak harus bersikap terlalu taksub dengan sesuatu perkara yang kita perjuangkan. Segala perbuatan kita mestilah sederhana."

Komen:

Antara perangai luar biasa orang Melayu yang semua orang Melayu kena akui selain terjebak dengan amalan rasuah yang merugikan orang Melayu dan negara ialah menjual haknya mendapat peluang perniagaan dalam bentuk permit, konsesi dan kontrak kerajaan kepada bukan Melayu.

Dikatakan merugikan orang Melayu kerana pengalaman menunjukan bahawa, apabila kontrak bagi projek pembinaan kerajaan dijual atau di ali-babkan kepada bukan Melayu, misalnya si baba bukan Melayu terbabit akan mengagih-agihkan seluruh pakej sub-kontrak pembinaan tersebut kepada syarkikat kroninya bukan Melayu.

Dikatakan merugikan negara kerana pengalaman menunjukan bahawa, kontrak projek kerajaan yang dijual kepada bukan Melayu akan menghasilkan projek yang tidak berkualiti yang menyebabkan kos penyelenggaraan tinggi,banyak VO tambahan, lambat siap dan sesetengahnya terbengkalai.

Berdasarkan kes luar biasa kontrak projek kerajaan yang dijual kepada bukan Melayu di atas, apa yang sdr maksudkan sebagai pendekatan sederhana dalam segala hal termasuk agama yang wajar diambil oleh kerajaan UMNObn untuk mengatasinya ?

saji said...

Sdr Jinah

"I tend to agree with Idris Jala . It is time for the govt. to dispose of ALL the GLCs. The govt. has NO business to run business venture except maybe for security reasons like utility companies ie electricity, water, ports and transportation.

Those GLCs run by bumi CEOs who do not perform must be sold or close down. They are there to develop a pool of bumi executives to run the business but if they fail to achieve the objectives set by the govt, it is only logical to close shop. It is a waste of public funds to pump in money without generating reasonable profits."

Komen:

1.Bagaimana jika saya katakan orang Melayu terus dihantui masalah menyediakan modal sendiri atau mendapatkan modal daripada bank2 perdangangan untuk menjalankan perniagaan, termasuk daripada perbankan Islam atas nama prinsip usaha sama. Ini meskipun perniagaan yang mereka cadangkan itu mempunyai daya maju.

2. Untuk mereka mengatasi masalah modal di atas,bagaimana jika saya katakan, ada kalangan mereka ini mengambil langkah berkerja dengan bank bertahun2 dengan niat untuk memudahkan mereka berurusan dengan bank di kemudian hari bagi mendapatkan pinjaman bank untuk memodalkan perniagaannya.

3. Namun, untuk maksud yang sama, saya lihat, ada di kalangan mereka ini yang mengambil langkah mencari jalan menerajui GLC dengan niat untuk mengumpul sebanyak mungkin modal darinya dengan cara yang salah bagi keperluan memodalkan perniagaannya sendiri dikemudian hari.

Di mana, bardasarkan ulasan2 Dato' mengenai orang2 Melayu yang pernah menerajui GLC yang kemudiannya berhenti atau diberhentikan untuk menjalankan perniagaannya sendiri, ternyata mereka perform dan berjaya dalam perniagaanya sendiri hingga kini.

4. Apa pandangan sdr bardasarkan komen sdr di atas?

saji said...

Sdr Jinah

"UMNO pun memperjuangkan Islam. Dah macam-macam UMNO buat untuk orang Islam. Apa nak lagi? Tak nampak ke atau sengaja tak nampak?"

Komen:

Saya hanya namapak apa yang macam-macam dibuat UMNO untuk orang Islam jika sdr jelaskan dan bahagikan antara apa yang dipanggil Syiar (lambang) Islam dan Syariat (ajaran) Islam yang dibuat oleh UMNO hingga kini, dan buat kesimpulan darinya.

Tahukah sdr Syiar Islam lebih untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan orang Islam seperti masjid, azan dsb, berbanding dengan Syariat Islam seperti perbankan Islam, pajak gadai Islam dsb yang meliputi seluruh umat Manusia?

Anonymous said...

Datuk AKJ,

There is a lecture in this youtube below which I think is good for us to share about the division of the ummah:

http://www.youtube.com/watch?v=5FkRVz7456I&nofeather=True

Jinah

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ.

Jinah taip...

'Nak kata UMNO menolak Islam, itu adalah statement yang extreme dan tidak masuk akal. Tidak bijak!'

Jinah

3:24 AM

Pandangan saya, UMNO tidak menolak Islam. Fasal 3 iaitu ASAS dan TUJUAN UMNO (3.3) Menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.Cuma apa yang dipraktikkan oleh sebahagian pemimpin UMNO je dalam kehidupan mereka yang mungkin sebabkan segelintir rakyat Malaysia kini berfikir begitu. Lihatlah pemimpin tertinggi UMNO! Yang Berbahagia Datuk Seri Presiden punya isteri. Bertudung seperti muslimah kan Jinah? Bukan nak campur hal peribadi, tapi bukankah 'Kepimpinan Melalui Tauladan'. Tu belum dicampur hal-hal lain tu. Tu yang bertambah sedap cerita jadinya.

Jinah kena luahkan apa yang terfikir olehnya untuk memperbetulkan sebahagian pemimpin UMNO yang memang tak layak jadi Anggota Kabinet juga bila kita mendengar atau membaca ulasan yang dikeluarkan mereka di media.Parti UMNO tidak salah, tapi bagi saya SEBAHAGIAN pemimpin UMNO kini dan 20 tahun kebelakang yang membuatkan rakyat lantang menyalahkan UMNO selepas PRU 12.
Ilmu dah diberi pada saya dan majoriti rakyat.Pemikiran lebih terbuka kini.Banyak tindakan dan dasar kerajaan tidak diterima secara total tanpa difikirkan oleh mereka terlebih dahulu.Buat pemimpin parti jika tidak suka dikritik, buatlah cadangan. Buat soal selidik pada setiap ahli yang sah, mana yang seperti tak suka cara kepimpinan mereka singkirkan saja dari parti jika itu boleh membuatkan telinga dan hati mereka aman. Tapi sebelum itu jangan lupa pinda Perlembagaan parti dulu.

Untuk makluman saya tak memilih Presiden UMNO kini. Saya hanya ahli biasa UMNO.Bukan perwakilan Persidangan Agung atau AJK cawangan juga Bahagian.Tiada dalam peruntukan untuk saya memilih Presiden parti seperti rakyat United State memilih presiden mereka.

Terima kasih Dato' kerana memberi ruang dan peluang memberi komentar disini.

Zainuddin
Perak

langitbiru said...

Isu bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara.

AL-QURAN hanya indah dan baik BAGI ORANG YANG BERIMAN. Hatta bagi penganut beragama Islam yang tidak ‘masuk Islam secara keseluruhannya’ akan berasa ‘sakit telinga’ bila dengar alunan bacaan Al-Quran. Bagaimana halnya bagi orang yang kufur kepada Al-Quran?

JADI, saya fikir AMAT TIDAK PERLU atau tidak munasabah untuk kita membuat KAJIAN FIZIK, kemudian disampaikan kepada Mufti ‘bukti saintifik’ tersebut (seolah-olah mufti tak faham).

APA YANG DISYARIATKAN ALLAH SWT ADALAH PERKUATKAN LAUNGAN SERUAN AZAN. Seruan kepada Allah Maha Besar, Marilah sembahyang, marilah menuju kejayaan. Selain dari seruan azan, tiada NAS dan HADIS atau SUNNAH yang menggalakkan bacaan kuat al-quran (itupun dibaca oleh radio/kaset) melalui pembesar suara.

Kita tidak boleh berhujah HANYA berdasarkan logik akal atau adat semata-mata.

Apabila kita berselisih masalah ranting agama, kembalilah kita merujuk kepada Al-Quran, Hadis , Sunnah sebagai pedoman.

Nabi saw dengan tegas melarang para sahabat meninggikan suara bacaan al-quran dalam masjid kerana MENGGANGGU jemaah lain.
MENGGANGGU bukan bermakna bacaan al-quran itu tidak bagus yang diklasifikasikan sama dengan bunyi bising dalam hukum fizik. Mengganggu maknanya menjejas kosentrasi orang lain. Mungkin jiran bersebelahan dengan masjid penat perlu rehat dan sebagainya.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri, katanya:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebaik-baik amalan kita adalah membawa ‘amalan dalam solat’ atau ‘amalan beriktikaf dalam masjid’ dalam kehidupan kita seharian. Solat, kita menumpukan akal jiwa raga kita mengingati Allah, maka diluar solatpun sebaik-baiknya sedemikian. Beriktikaf banyak syarat-syaratnya.

Di Kelantan dan Pulau Pinang tak sama. Di Kelantan mungkin dah terlalu biasa mendengar radio/kaset baca quran kuat-kuat, dah jadi satu kebudayaan. Di Pulau Pinang, dah tentu lain halnya, lain padang lain belalang!

MakanBelacan said...

Tok,
Kes murtad berleluasa ni, taknak bukak thread baru ke? Or takut macam puak-puak Pas yang bersikap apologetik jugak?

Anonymous said...

Salam Dato AKJ:

Presiden MIC ini calon Wineable ke.Jadi Menteri pun atas tiket senator.Saya rasa yang DSN kata wineable candidate ini pada orang bawah sahaja kah.Pemimpin diatas terkecuali.Bila sampai dekat Presiden,Timbalan Presiden Parti mereka dikecualikan dari tapisan calon wineable.Kalau macam itu falsafah DSN tidak tercapai juga.
Di Kedah umpamanya Pengerusi UMNO Negeri Kedah,semua Ketua Bahagian pun bukan terletak dalam barisan calon wineable.Rakyat masih menilai segala kerja buat mereka yang masih berada di tahap paras kalah.Yang ini perlu penjelasa DSN sendiri.Berbalik pada Menteri Palanivel ini.Dia sudah miss pada PRK Parlinen Hulu Selangor yang lalu.Sebab itu tokoh akan belumba dari top person dalam parti drp bekerja untuk rakyat.Jaga parti cukup dgn ahli nya.Rakyat jatuh nombor dua atau tiga.DSN kena nilai semula kalau nak angkat jadi menteri pun.Kalau tidak mereka relek sahaja.


Hamba Allah

affendi hussain said...

Dato'..
Salam Nisfu Ramadhan (15hb)

Debat keIslaman antara fanatik politik yang sama2 muslim masih tetap menjadi juadah biasa blog Dato'..

Kita masih menunggu reaksi pimpinan tertinggi PAS berhubung isu serbuan JAIS yg sehingga kini masih mengambil jalan selamat menjaga hati sekutu politik mereka yang bukan Islam dan belum pun membela JAIS selaku institusi Islam jika Islamlah wadah yang hendak diperjuang & dibela seperti dicanang..

Tiada lansung respons pembelaan terhadap cercaan kpd JAIS & Islam di portal2 politik pembangkang seperti Malaysiakini & Malaysia Toddy..

Yang pasti PAS takkan jadi mcm Khalid Ibrahim (harapnya), belum apa2 lagi dah terjun gaung minta maaf kepada DUMC yang premisnya sendiri tak pun berdaftar sebagai sebuah gereja(?)

Khalid Ibrahim- Menyedihkan ada pemimpin Islam sebegini.. begitu juga perihalnya pemblog Haris Ibrahim yg menyokong kebebasan akidah tahap gaban utk watak Lina Joy/Ayah Pin dan tak lupa hero utama PR kita - Anwar Ibrahim..

Apakah Hassan Ali & JAIS akan keseorangan membela diri & melihat satu lagi sacrificial lamb politik seperti mana Dr. Harun Din dgn pendirian penggunaan isu nama Allah utk bukan Islam ?

Keikhlasan yang kita cari.. kembalilah kepada Al-Ikhlas..

Sama2 kita tunggu..

Ramadan ya Kareem..


Dedikasi kpd keturunan Raja Bugis Makasar jadi Perdana Menteri,
Udah2 lah kalau nak menabur budi ambil hati sampai tak bertepi,
yang melukut tepi gantang dapat serdak tetap anak pribumi,
tengok akhbar TheStar milik tuan punya rakan kongsi,
Ramadhan Delight dihidang promosi daging babi,
Tuan punya sepupu mcm biasalah senyum macam kerang basi,
Menteri amaran kelonsong peluru tiada berisi,
Diaorg tu jentik sikit dah melolong mcm itu iklan 8TV,
Ini apa punya tahap gaban satu hala punya toleransi,
Lagi dia "tiaw" JAIS itu 'doktor DVD'.
Jadi apa cerita kaduk dah naik junjung atas kepala sendiri?


Wallahualam

("/)

Anonymous said...

MACC: Fewer civil servants on the take now


KUALA LUMPUR: The consequences and humiliation of being caught seem to have deterred most civil servants from being “on the take”.

They, in turn, also end up reporting those attempting to bribe them to the Malaysian Anti-Corruption Commission.

comment:

Satu perkembangan yang sihat. Adalah diharapkan Corruption Perception Index (CPI) negara kita akan bertambah baik lagi. Dari ranking 56 menurun ke tempat yang lebeh baik lagi.Syabas, kepada kaki tangan kerajaan. Tahun depan mungkin dapat bonus yang lebeh baik lagi. Tingkatkanlah produktiviti kerja. Jangan malas dan ponteng kerja. Jangan curi tulang!! Generasi muda dari kaki tangan kerajaan mesti berubah sikap dan meningkatkan lagi prestasi cemerlang. Saya dah 5 tahun pencen.

Dah leteh saya dengar tak habis-habis cerita pasal kerajaan rasuah. Cukuplah tu !!

Jinah

Anonymous said...

Tuan Zainuddin,

Syabas! Satu pandangan yang baik dan berhemah tak seperti saya.
Saya orangnya very blunt tapi hati baik. he he he !!

Jinah

Zainal Ariffin Ashari said...

Salam Datuk,

Saya hanya ingin menambah yang pihak pemerintah hendaklah berhenti membuat keputusan yang popular sebaliknya hanya melaksanakan polisi2 yang tepat/betul dan efisien. Hari ini ramai sudah rakyat yang keliru.

2. Ahli politik juga harus berhenti drpd memberi pendapat/berbahas tentang fatwa agama Islam termasuk jgklah dari pihak pemerintah mahupun Tn Guru itu sendiri, kerana tampaknya seperti tidak berkecuali walaupun mungkin ada kebenarannya.

Terima kasih Datuk

Zainal Ariffin Ashari

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Sdr Affendi Hussein yg dimuliakan

Sebut nakkan keiklasan memang senang. Cuba renungkan laporan yg kita baca dari media pasal kejadian serbuan JAIS....bercelaru. Kejap kata serbu lepas lebih 2 minggu kata cuma lawatan je.

Tiba2 juak2 UMNO spt MCA marah kerajaan Selangor kenapa benarkan JAIS serbu majlis gereja. Macamlah mereka tak faham JAIS tu bukan bawah Menteri Besar tapi bawah UMNO yg menyorokkan warna mereka pd kakitangan JAIS yg kebal dari kerajaan negeri sendiri. Iklas bukan?

Tiba2 pulak pemimpin UMNO menyokong DR Hasan konon marah pasal kristian cuba nak memperlekeh Islam.....sejak bila tiba2 UMNO JADI PEJUANG ISLAM.Bukankah UMNO yg buang mufti Selangor Dato Ishak Baharom. Nak iklaskannn?

Pemimpin PAS lebih rasional. Kenapa mereka nak terpekik telolong nak betulkan perkara yg selama ni dicipta oleh UMNO / juaknya JAIS?

fikir sebelum cakap.Jangan persoalan keiklasan pemimpin PAS dan Anwar dlm soal Islam. Kita bukan macam UMNO dan PERKASA yg suka cari publisiti murah.Dah lama mufti Perak peringatkan kita bahaya murtad tapi apa yg UMNO BUAT SELAMA NI?

Nampak sgt UMNO tak iklas pd perjuangan Islam

Anonymous said...

Saji kata:

Di mana, bardasarkan ulasan2 Dato' mengenai orang2 Melayu yang pernah menerajui GLC yang kemudiannya berhenti atau diberhentikan untuk menjalankan perniagaannya sendiri, ternyata mereka perform dan berjaya dalam perniagaanya sendiri hingga kini.

comment:

With the exception of Datuk AKJ, saya rasa kebanyakan dari CEOs atau pengurus bawahan yang dulunya berkerja dengan GLC dan telah berhenti atau diberhentikan dan "terpaksa" meneruskan hidup mereka dengan berniaga, kebanyakkan dari mereka tidaklah begitu berjaya sangat. Dulu mereka tidak begitu sangat terdesak sama ada syarikat GLC yang diuruskannya untung atau rugi kerana mereka tetap mendapat perks dan gaji bulanan dan bonus yang lumayan. Tapi apabila mereka menguruskan syarikat mereka sendiri, baru mereka tahu realiti orang berniaga. Disinilah kita dapat menilai qualiti CEOs Melayu yang sebenarnya. Sama ada mereka ini seorang CEOs yang benar-benar born entrepreneurs!!

Walau apa pun, ada setengah dari CEOs GLCs yang dah berhenti ada yang dah kaya raya dan tak payah buat apa-apa pun. Hidup dah senang lenang. Mungkin mereka dapat duit "golden handshake" bermillion ringgit. Dan ada juga yang melawan tauke masuk parti pembangkang dan dah jadi Mentri Besar pun.

Jinah

Anonymous said...

Stop coddling the super-rich: Buffett

By Santosh Nadgir | Reuters

(Reuters) - Billionaire Warren Buffett urged U.S. lawmakers to raise taxes on the country's super-rich to help cut the budget deficit, saying such a move will not hurt investments.

"My friends and I have been coddled long enough by a billionaire-friendly Congress. It's time for our government to get serious about shared sacrifice," The 80-year-old "Oracle of Omaha" wrote in an opinion article in The New York Times.

Buffett, one of the world's richest men and chairman of conglomerate Berkshire Hathaway Inc , said his federal tax bill last year was $6,938,744.

"That sounds like a lot of money. But what I paid was only 17.4 percent of my taxable income - and that's actually a lower percentage than was paid by any of the other 20 people in our office. Their tax burdens ranged from 33 percent to 41 percent and averaged 36 percent," he said.

comment:

Apa pandangan Datuk AKJ kalau saya cadangkan sudah sampai masanya kerajaan naikan cukai pendapatan keatas the super-rich Malaysians?
Saya rasa di Malaysia ini ramai super-rich Malaysians yang membayar cukai hanya "celah gigi sahaja" berbanding dengan status mereka yang dah bergelar billionaires!!!


Jinah

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Sdr jinah.

Kalau fikiran kita dah dipasakkan dgn cara berfikir pemimpin UMNO memanglah kita nampak PEMIMPIN UMNO seolah2 memperjuang Islam.

Apa taknya.
Buat masjid dan pusat Islam besar2 dan cantik2 supaya dapat pujian dan kroni pulak dpt kontrek binaan pd harga lebih besar. Maklumlah nak menegakkan syiar Islam.

Buat pertandingan tilawah al Quraan antarabangsa sejak merdeka sampai terkenal seluruh dunia...tapi tuntutan kandungan Al quraan spt takut hanya pd Allah, jangan fitnah,isteri tutup aurat, makan harta org lain dgn cara tak halal, menghukum dgn pakai hukum Allah bukan hukum Inggeris....dah buat ke.

Buat pulak sekolah agama dgn sukatan pelajaran yg bakal melahirkan ustaz yg bakal menjual ayat2 Allah pd harga yg murah demi mempertahankan segala tindak tanduk nafsu serakah pemimpin UMNO dgn hujah rakyat mesti taat pd pemimpin suka atau tidak,dan mesti sokong UMNO demi perpaduan Melayu/sesama Islam.

Setiap kali awal muharram dan maulid nabi berarak dan berkumpul...nak bagi peluang pemimpin berucap berdegar2. Lepas tu ajaran Nabi ada ikut ke.

Kesimpulannya ialah perjuangan Islam pemimpin UMNO tak iklas,bermusim,berpolitik dan membazir wang dan tenaga.

Kalau pemimpin UMNO benar2 telah melaksanakan tuntutan Islam takkan mungkin ranking rasuah kita ditakuk 56. Saya cabar sdr Jinah menasihatkan PEMIMPIN UMNO supaya meniru negara bukan Islam spt Australia, New Zealand, Switzland dan singapore yg berada antara ranking 5 terbaik dunia

Kalau sdr Jinah nak contoh kecil bagaimana Pas/PR telah melaksanakan pemerintahan Islam di Kedah , bandingkan kutipan hasil balak zaman BN cuma sekitar RM3j setahun dgn RM40j setahun dibawah kerajaan baru PAS/PR. Dan digunakan pulak secara bijak dan telus demi kebaikan rakyat.

Bayangkan apa yg boleh kerajaan PAS/PR boleh buat terhadap kemajuan umat Islam jika mereka diberi peluang memerintah kerajaan pusat? Yg dah tentu pencen sdr Jinah tetap dibayar dan percayalah dunia belum kiamat.....yg tamat riwayat ialah kisah kejahatan dan kemewahan pemimpin UMNO.

saji said...

Sdr Jinah

"Pengurusan negara diswastakan lebeh efficient lagi selagi ianya tidak bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan."

Komen:

1/ Jika tidak keberatan, boleh sdr berikan beberapa contoh pengurusan negera yang setelah diswastakan menjadi lebih efficient lagi di samping tidak bercanggah dengan dasar2 kerajaan, dan sebaliknya (jika ada)?

2/Adakah sdr setuju untuk rakyat mendapatkan pengurusan negara yang lebih efficient lagi ada kos (tambahan ) yang perlu mereka bayar?

3/ Dari sudut lain, adakah tender runding terus/direct nego yang agak sinonim dengan projek penswastaan kerajaan UMNOBN lebih efficient daripada tender terbuka/open tender dari segi pencapaian sasaran kos, kualiti, cepat mula dan cepat siap?

saji said...

Sdr Jinah

"The consequences and humiliation of being caught seem to have deterred most civil servants from being “on the take”.

They, in turn, also end up reporting those attempting to bribe them to the Malaysian Anti-Corruption Commission."

Komen sdr:

"Satu perkembangan yang sihat. Adalah diharapkan Corruption Perception Index (CPI) negara kita akan bertambah baik lagi. Dari ranking 56 menurun ke tempat yang lebeh baik lagi."

Komen saya:

Bagaimana jika saya katakan pihak Transperancy International akan hanya memikirkan untuk menurunkan dengan banyak Persepsi Indeks Rasuah Malaysia sedia ada jika pihak MACC kita berjaya menangkap dan mempenjarakan seramai mungkin perasuah2 jerung di kalangan ahli politik, pegawai tinggi kerajaan dan swasta yang mana, mengikut komen Dato' sebelum ini, pihak MACC sukar melakukannya. Di samping berlaku perubahan yang jelas terhadap sistem2 urus tadbir negara ke arah yang lebih telus, seperti menghapuskan amalan sistem tender runding terus/direct nego. Maksud saya, inilah sebenarnya bentuk tindakan pencegahan yang perlu ditekankan oleh pihak MACC dalam menagani amalan rasuah di negara ini.

Anonymous said...

Saji kata:


1/ Jika tidak keberatan, boleh sdr berikan beberapa contoh pengurusan negera yang setelah diswastakan menjadi lebih efficient lagi di samping tidak bercanggah dengan dasar2 kerajaan, dan sebaliknya (jika ada)?

comment:

Contohnya ialah pengurusan mengenai NKRA dan sebagainya di EPU yang kalau saya tak silap telah diuruskan oleh consultant dan dikepalai oleh Idris Jala dan pasukanya.

Saya rasa inilah yang Najib sedang cuba (mungkin juga sebagai experiment)menggunakan pakar luar untuk merangka dasar-dasar kerajaan sebagai mendapatkan "second opinion" dari pihak professional consultants. Pegawai-pegawai EPU mungkin sudah "burn out" untuk memberikan idea-idea baru dan dah tak bermaya lagi atau dah tak produktif dari segi creativity. Dah lembab dan terpaksa diswastakan!!!

Jinah .

affendi hussain said...

Sdr hairulfitri,

Kuasa hal ehwal Islam sesebuah negeri terletak bawah Sultan. Itu dah terang2 ada dlm Perlembagaan Persekutuan. Yg tiada Sultan dibawah YDP Agong mcm Penang, Melaka, Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan.

Deligasi kuasa itu sudah tentu turun kepada Menteri Besar dan dikemudi oleh EXCO yg ibarat menteri portfolio hal ehwal Islam negerinya dan Jabatan Agama Islam dibawah seliaannya..

Siapa yang memerintah Selangor? Parti UMNO? Setahu saya dah lama bungkus Khir Toyo..

Fakta mudah ni pun saudara tak dapat garap dlm hujah yg panjang lebar tu dijalan faktanya tak berturap...
tunggang langgang melambung perjalanan..sangat tinggi risiko kemalangan..

"fikir sebelum cakap.Jangan persoalan keiklasan pemimpin PAS dan Anwar dlm soal Islam."

Betul saya kena fikir? Penat tau saya fikir nak post di blog DAKJ , saya bukan jenis main cakap taram mcm saudara haifulfitri..

Nasihat saya pula, penuhkan ilmu didada saudara dulu sebelum nak berdebat..tak perlu tercuit sikit nak tunjuk lagak mcm dah hebat, habis keringat, fakta sekerat, aqal terkantat, hujah terlipat, terbungkus terikat, jadi ketupat.

I rest my case.

Wasallam

("/)

hang_nadim2 said...

Salam datuk dan salam semua

Saya tertarik tulisan hairulfitri kepada saudara jinah

Kalau pemimpin UMNO benar2 telah melaksanakan tuntutan Islam takkan mungkin ranking rasuah kita ditakuk 56. Saya cabar sdr Jinah menasihatkan PEMIMPIN UMNO supaya meniru negara bukan Islam spt Australia, New Zealand, Switzland dan singapore yg berada antara ranking 5 terbaik dunia

Komen

Sebagai Negara islam sepatutnya Malaysia bukan setakat ranking ke-56 rasuah, tetapi nombor 1, iaitu hampir-hampir tiada rasuah.

Ini menunjukkan kepada kita, kita tidak bijak dan tegas menghadapi rasuah. Kalau di negeri China kesalahan rasuah, di hukum mati.

Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Sdr Affendi Hussin

Kalau berpuisi sdr memang hebat tapi kalau pasal fakta belum tentu.

Taukah sdr ada Sultan yg lebih dominan berbanding dgn sultan lain dari sudut campur tgn/ambil berat soal pentadbiran negeri? Sehingga boleh diertikan ketahap micro-manage?

Kenapa bila BN menang di Selangor perlantikan MB dibuat pd malam atau keesokkan hari. Tapi dalam kes kemenangan PR, MB hanya dilantik selepas lebih seminggu?

Sdr Affendi terang2 mengaku kuasa pentadbiran ehwal Islam di Selangor diturunkan pd exco. Bererti exco berkenaan harus lapor pd yg lebih atas ....bukan MB tapi dlm kes ni Sultan. Jadi terimalah hakikat bahawa kedudukan PR tidak begitu bernasib baik kerana tidak berjaya mengawal semua jabatan negeri walaupun rakyat telah memberi mandat besar kpd mereka.

Pasal JAIS nak jaga Islam?...pengarahnya pun setakat pegawai PTD ciptaan UMNO. Tak de kelulusan agama pun

Sekarang saya yg tak faham atau sdr tak faham atau akal sdr hanya mampu faham perkara tersurat shj atau sdr memang tak suka PR kerana dah terbiasa dgn hujah dangkal UMNO.

Bukankah sdr hendakkan yg ikhlas? Jangan cakap hendak ikhlas je tapi bila kena tegur dgn fakta yg tak boleh dipertikai sdr cepat melenting.

Patutlah melayu susah nak maju....dah tak cerdik sombong pulak.

Anonymous said...

Hang nadim 2

Kalau pemimpin UMNO benar2 telah melaksanakan tuntutan Islam takkan mungkin ranking rasuah kita ditakuk 56. Saya cabar sdr Jinah menasihatkan PEMIMPIN UMNO supaya meniru negara bukan Islam spt Australia, New Zealand, Switzland dan singapore yg berada antara ranking 5 terbaik dunia

comment:

Tunggulah sampai PAS memerentah nanti, terus dapat ranking No A1 !! Lepas tu mesti buat undang-undang pancung leher siapa yang rasuah!!

Jinah

Anonymous said...

hairulfitri,

Bayangkan apa yg boleh kerajaan PAS/PR boleh buat terhadap kemajuan umat Islam jika mereka diberi peluang memerintah kerajaan pusat? Yg dah tentu pencen sdr Jinah tetap dibayar dan percayalah dunia belum kiamat.....yg tamat riwayat ialah kisah kejahatan dan kemewahan pemimpin UMNO.


komen:

Sdra tunggulah sampai PAS menang pilihan raya nanti jika rakyat beri peluang memerentah. Setakat ini rakyat masih kekal bersama UMNO dulu, kini dan mungkin selama-lamanya ........!!

Sdra kena kerja kuat sikit bagi hujah-hujah yang sensasi supaya rakyat dapat berpihak kepada sdra hendaknya.

Jinah

Anonymous said...

Salam Dato',
Got this from a friend... very relevant to what's going on with our gomen under Najib now:
The Heaviest Element Known to Science

Lawrence Livermore Laboratories has discovered the heaviest element yet known to science.

The new element, Governmentium (Gv), has one neutron, 25 assistant neutrons, 88 deputy neutrons, and 198 assistant deputy neutrons, giving it an atomic mass of 312.

These 312 particles are held together by forces called morons, which are surrounded by vast quantities of lepton-like particles called peons.z

Since Governmentium has no electrons, it is inert; however, it can be detected, because it impedes every reaction with which it comes into contact. A tiny amount of Governmentium can cause a reaction that would normally take less than a second, to take from 4 days to 4 years to complete.


Governmentium has a normal half-life of 2- 6 years. It does not decay, but instead undergoes a reorganization in which a portion of the assistant neutrons and deputy neutrons exchange places.

In fact, Governmentium's mass will actually increase over time, since each reorganization will cause more morons to become neutrons, forming isodopes.

This characteristic of morons promotion leads some scientists to believe that Governmentium is formed whenever morons reach a critical concentration. This hypothetical quantity is referred to as critical morass.


When catalysed with money, Governmentium becomes Administratium, an element that radiates just as much energy as Governmentium since it has half as many peons but twice as many morons.


Dhahran Sea

hang_nadim2 said...

Salam datuk dan salam semua

Saya tertarik kata-kata saudara Jinah…

Tunggulah sampai PAS memerentah nanti, terus dapat ranking No A1 !! Lepas tu mesti buat undang-undang pancung leher siapa yang rasuah!!

Komen

Saudara Jinah kata begitu samalah seperti selagi UMNO merintah negara selagi itulah rasuah tidak dapat di hapuskan.

Dan selagi itulah ranking rasuah Malaysia yang ke-56 tidak dapat berubah.

Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam

affendi hussain said...

Salam Dato'
Ahlan ya Ramadhan muslimin & muslimat sekalian.. nak menghantar juadah berbuka utk sdr hairulfitri..

1)"Fakta" hairulfitri: "Taukah sdr ada Sultan yg lebih dominan berbanding dgn sultan lain dari sudut campur tgn/ambil berat soal pentadbiran negeri? Sehingga boleh diertikan ketahap micro-manage?"

- Boleh hurai dimana berlaku konflik perlembagaan didalam bidang kuasa Sultan dimaksudkan..? bagilah contoh terperinci, baru boleh cerita panjang psl fakta.

2)"Fakta" hairulfitri: "Kenapa bila BN menang di Selangor perlantikan MB dibuat pd malam atau keesokkan hari. Tapi dalam kes kemenangan PR, MB hanya dilantik selepas lebih seminggu?"

- BN adalah sebuah gabungan politik berdaftar, dan secara majoriti UMNO pemegang kerusi terbesar BN negeri & automatik calon MB.
Pakatan Rakyat pula bukanlah suatu pertubuhan gabungan politik rasmi & berdaftar (sampai sekarang pun masih tak boleh finalize sesama PKR, DAP & PAS). Hanya baru ditubuhkan utk PRU 12.. Dah tentu kena panggil ke istana untuk dapatkan persetujuan bersama PKR, DAP & PAS siapa nak pilih jadi MB, dah tentu bukan senang.. mcm kes di Perak juga.

3)"Fakta" hairulfitri : "Bererti exco berkenaan harus lapor pd yg lebih atas ....bukan MB tapi dlm kes ni Sultan."

- Sejak bila pula boleh bypass boss ni? Boleh ke Menteri terus bypass Dewan Rakyat & PM untuk dpt perkenan Agong? mcm juga DUN & MB. Berapa banyak lampu merah mau langgar daa...

4) "Fakta" hairulfitri:-"..pengarahnya pun setakat pegawai PTD ciptaan UMNO"

Fakta: Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) hanya boleh di rekrut oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam & sinonim dgn Kerajaan Persekutuan.
Refer link
. :Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik merupakan perkhidmatan utama yang
bertanggungjawab dalam urusan penggubalan, perancangan, pengawalan dan
pelaksanaan dasar-dasar awam serta perhubungan antarabangsa
- tak semua pegawai tadbir awam PTD..sudah terang lagi bersuluh.

Pengambilan pegawai JAIS bukan skim PTD, ia adalah dibawah skim perkhidmatan kerajaan negeri. Pegawai Agama JAIS/MAIS termasuk Imam Besar pun bukan termasuk jawatan PTD. Sdr yg bercakap psl org soal agama ni dah ada kelulusan agama juga ke?

4) "Fakta" hairulfitri: "Jangan cakap hendak ikhlas je tapi bila kena tegur dgn fakta yg tak boleh dipertikai sdr cepat melenting."

Apa yg tak boleh pertikai kalau cakap mcm tak guna akai?
Ikhlas tu cerita lama pasal Nik Aziz & Hadi Awang yg merestui penggunaan nama Allah oleh Kristian Herald..nak tau lanjut sila ke sini

Dah baca surah dan faham surah Al-Ikhlas?

Fakta itu perkaranya nyata,
Ada pautan, petikan ataupun angka,
Bukan sekadar lancang kata bicara,
Kelak menabur fitnah & dusta..

Andai fakta ditakrifkan andaian,
ataupun dengar kata terus berkhayalan,
ibarat mengorek isi lubang jamban,
buat hidangan diatas pinggan,
untuk santapan dan jamuan taulan,
jijik jengkel busuk meloyakan..

Lenggok bahasa adab bidalan,
Teknokrat hybrid sasterawan,
penguasaan otak kiri & otak kanan,
Segala kelebihan anugerah Tuhan,
Sekadar berkongsi minda Ramadhan.

"Patutlah melayu susah nak maju....dah tak cerdik sombong pulak".. betul tu, ibarat meludah ke langit kan sdr hairulfitri? Basah kan muka dgn air liur basi?

bodoh sombong dah bunyi teruk..kalau tambah bonus : bodoh + sombong + tak tau malu
..itu pelengkap segala malapetaka kejengkelan dialam siber..

wasalam

("/)

sujini said...

Datuk AKJ,

Dalam salah satu rancangan di RTM1, baru2 ni,Chandra Muzaffar menyentuh tentang ETP.
Beliau memuji ETP itu bagus.Tetapi..kalau individu korporat yang sama juga yang dapat kontrak bernilai berbilion2 RM,tidak akan memberi kesan yang besar.

Saya rasalah ,cerita ETP ni samalah macam DEB jugak.
ETP ini kononnya akan diterajui oleh pihak swasta sepenuhnya.Tetapi pihak swasta itu siapa?... kalau tidak daripada senarai yang dulu jugak.
Maknanya pimai pimai tang tu.

Sekarang syarikat gergasi yang dapat tender atau diserah bulat2(tanpa tender)-merupakan Kontraktor Utama- hanya perlu memajukan Bank Guarantee sahaja.
Bagi Sub-kontraktor(kebanyakannya Bumi)yang dapat cebis2 kek daripada kek yang besar,perlu majukan Bank Deraf.Ini merupakan wang deposit.Kalau satu sebutharga yang nilainya baru RM100K, perlu Bank Deraf RM20,000, kalau nak masuk 3 sebutharga, sudah RM60,000 wang sub-kontraktor tersekat dengan Kontraktor Utama ini.
Adakah ini adil?

Rungutan saya diatas ini lebih kurang macam tajuk perengan Datuk..TAK SANGKA BAWA ANGKARA.

Kalau beginilah ETP,sememangnya akan membawa ANGKARA tapi bukan tidak disangka...memang DITEMPA.
Kontraktor2 Bumi merasa bosan dengan manupulasi kerajaan.

Makanya tajuk tampalan Datuk yang selepas ini memang ngamlah.Mereka kata biarlah kita pilih pembangkang yang sama juga bersifat jahanam..jadi biar semua akan jahanam.Baru mereka rasa puas.

Tentang Tukar Menukar Semoga Berjaya.

Memanglah berjaya....tetapi kepada siapa , Datuk?
Kepada Tony Fernandes & geng; Azman Khazanah & geng dan kepada adinda PM(Mastermind).

Datuk, baik2 rakyat ada pilihan menaiki perkhidmatan pesawat tambang murah yang lebih selesa ( Firefly), berbanding AA, lepas tukar menukar saham ini ,Firefly akan menjadi FSC.Maknanya mereka akan naikkan tambang seperti harga tambang naik MAS sekarang.MAS pulak jadi Penerbangan Premium.

AA akan dapat laluan-laluan yg hanya menguntungkan mereka.
TF bolehlah beli lagi kelab apa saja dia suka, sebab duit dah banyak.

Astaghfirullah hal'azim...habislah pahala puasa saya hari ini.Tapi tak mengapa,tujuan saya hanya untuk berkongsi perasaan kekecewaan ahli2 perniagaan Bumi dengan Datuk.

Waullah hu'alam.

saji said...

Sdr sujini

"Dalam salah satu rancangan di RTM1, baru2 ni,Chandra Muzaffar menyentuh tentang ETP.
Beliau memuji ETP itu bagus.Tetapi..kalau individu korporat yang sama juga yang dapat kontrak bernilai berbilion2 RM,tidak akan memberi kesan yang besar.

Saya rasalah ,cerita ETP ni samalah macam DEB jugak.
ETP ini kononnya akan diterajui oleh pihak swasta sepenuhnya.Tetapi pihak swasta itu siapa?... kalau tidak daripada senarai yang dulu jugak.
Maknanya pimai pimai tang tu."

Komen:

Trend kerajaan di seluruh dunia yang meliputi negara kita, Malaysia dalam membangun dan memajukan negara di era globalisai ini yang berkaitan dengan dasar projek ialah desakan dasar ekonomi makronya yang menekankan kepada pemajuan projek bersaiz mega dan secara besar-besaran dengan mencatumkan beberapa projek kecil menjadi projek besar, di samping menekankan kelebihan pengwujudan rangkaian anak-anak sayrikat sub-kontraktor domestik atau dalaman.

Ia diperkukuh melalui penggunaan sistem kontrak pembinaan bentuk Design and Build with contractor's input design.

Ini boleh dilihat dari projek2 yang disenarikan di bawah ETP kerajaan dari segi saiznya dan sistem kontrak pembinaan yang digunakan.

...SAJI

hamid karim said...

4 juta warga asing/buruh asing, sah dan haram, berkongsi subsidi kerajaan. Mereka beli beras, tepung, gula dan mereka juga ada kalanya beli petrol untuk kegunaan. Bayangkan angka 4 juta (anggaran) yang berkongsi subsidi. Bayangkan duit kerajaan masuk ke saku warga asing. Dan bayangkan jumlah 4 juta itu yang hampir menyamai penduduk di Singapura.

Pada sisi lain, kita masih gagal memanfaatkan tanah subur di bumi bertuah ini. Kita hanya hasilkan 1 peratus gula manakala 99 peratus lagi diimport dari luar. Kita mengimport 6 juta kelapa untuk kegunaan sepanjang puasa dan Aidilfitri. Kita juga mengimport beras, ikan dan makanan kering lain. Kita juga import pelbagai jenis sayur-sayuran. Semuanya import, sedangkan majoriti yang diimport itu sebenarnya boleh dihasilkan di dalam negara.

Apakah dasar pertanian kita menuju matlamat betul terutama di segi pengeluaran bahan pertanian mencukupi untuk rakyat.

Ini sebenarnya menjadi sebahagian pengganggu yang menyebabkan huru hara ekonomi kita selain faktor yang berpunca daripada kejatuhan dan kacau bilau ekonomi Amerka atau global. Atau dengan lebih jelas, subsidi digunakan orang asing sebegitu banyak, makanan tidak mencukupi dalam negara dan tanah terus terbiar tidak dimanfaatkan. Sesuatu mesti dilakukan. Perusahaan dimajukan, tapi pertanian jangan pula diabaikan.

hang_nadim2 said...

Salam Datuk dan Salam Semua

Saya tertarik dengan kata-kata Jinah

Sdra tunggulah sampai PAS menang pilihan raya nanti jika rakyat beri peluang memerentah. Setakat ini rakyat masih kekal bersama UMNO dulu, kini dan mungkin selama-lamanya ........!!

Komen

Saudara Jinah, ingatlah kuasa itu Allah yang punya. Allah boleh bagi, dan tarik bila-bila masa pun. Saya takut slogan Umno dulu, kini dan mungkin selamanya akan bertukar menjadi UMNO akan mati selama-lamanya.

Sekian terima kasih
Harap Maaf
Wassalam

saji said...

Sdr hamid karim

Yang saya tahu, petani2 kita, mahupun pemaju2 pertanian kita masih tidak mampu mengeluarkan hasil pertanian jenis makanan dengan harga yang rendah atau serendah yang dikeluarkan oleh di negara2 yang hasil pertaniannya kita impot seperti Thailand, Indonesia dan India.

Dengan kata lain, kos pengeluaran pertanian kita agak tinggi yang, disebabkan, antara lain, faktor kos buruh yang tinggi, kos benih yang tinggi bagi yang perlu diimpot, kos baja dan racun yang tinggi, cuaca kita yang tidak sesuai bagi sesetengah tanaman, kekurangan tanah yang baik untuk tanaman makanan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).