Thursday, December 15, 2011

Ke Mana Hala Tuju Bahasa Kebangsaan?

A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

MUTAKHIR: (16 Disember) - Kerajaan Barisan Nasional pada sidang Kabinet minggu lalu mengambil keputusan menarik balik penggunaan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, kerana dimarahi orang yang dalam amalan agama dan budayanya berkasta.

Satu lagi tamparan kepada bahasa dan kesusteraan Melayu, penolakan fakta sejarah dan sekatan kepada kebebasan berkarya.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru merangkap ketua MIC, Senator G. Palanivel.

POSTING ASAL

DI NEGARA kita, kalau kita tahu sedikit sebanyak mengenai bahasa, kita boleh tahu daripada aliran pendidikan mana seseorang itu melalui pertuturannya.

Baru-baru ini, saya ditemu ramah melalui telefon oleh seorang wartawan Cina mengenai apa yang patut Senator Shahrizat Abdul Jalil lakukan. Dia merujuk kepada saya sebagai “kamu”,

Jelaslah daripada loghat, tata bahasa dan nada percakapannya dia belajar di sekolah Cina dan pergaulan antara kaumnya sangat terhad. Jadi bahasa Melayunya adalah bahasa Melayu sekolah Cina yang digunakan hanya ketika belajar mata pelajaran bahasa Melayu. Dan dia pun bekerja untuk sebuah institusi yang dikawal oleh orang Cina.

Di pihak yang lain, saya ada seorang “murid” Cina yang lulus ijazah dari Universiti Tunku Abdul Rahman dan belajar di Sekolah Kebangsaan di Petaling Jaya. Dia tidak boleh berbahasa Cina.

Dalam bahasa harian masyarakat Cina, orang seperti beliau dipanggil “banana Chinese” atau Cina Pisang iaitu Cina pada warna kulit saja. Bahasa utama Cina Pisang adalah Inggeris, walaupun ramai daripada mereka yang fasih bahasa Kebangsaan.

Melayu pun macam itu juga. Ada Melayu sekolah Kebangsaan yang hanya boleh cakap Melayu yang tebal dengan loghat tempatan. Bahasa Inggeris sekadar lulus peperiksaan sahaja, itu pun tidak ramai. Malangnya, bahasa Melayu mereka juga tidaklah hebat mana.

Kemudian kita ada sekumpulan orang Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu sama ada kerana di rumah tidak bercakap Melayu atau kerana dihantar ke sekolah antarabangsa atau sekolah persendirian yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Antara mereka termasuklah anak Menteri dan orang kaya Melayu.

Saya hantar semua anak-anak saya ke sekolah aliran kebangsaan. Oleh sebab sekolah mereka dalam bandar dan di kawasan campuran, maka mereka berkawan dengan semua kaum dan fasih sekurang-kurang dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

Ini membawa saya kepada laporan Malaysiakini mengenai Ahli Dewan Rakyat DAP Bakri, Muar, Er Teck Hwa, yang tidak fasih bahasa Kebangsaan.

Portal berita itu melaporkan adalah sangat mencabar menjadi Ahli Parlimen apabila seseorang itu tidak fasih bahasa Malaysia.

Dalam laporan itu, Er mengaku yang dia terpaksa berusaha keras kerana tidak fasih bahasa Kebangsaan kerana belajar di sekolah aliran Cina.

Anehnya, menurut laporan Malaysiakini, Er mengaku yang dia kerap mendapat bantuan bagi menyatakan hujah-hujahnya daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti veteran Mohamad Aziz dari Sri Gading, Halimah Mohd Sadique (Tenggara) dan Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Secara peribadi, sebagai produk Bulan Bahasa Kebangsaan (1965 dan 1966) dan pengguna tetap bahasa Melayu dan Inggeris, saya sudah lama hilang keyakinan kepada kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa sejagat di Malaysia.

Kegagalan melaksanakan Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah punca kelemahan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu serta semakin teruknya polarisasi kaum di negara kita sekarang.

Bukti mutakhir kegagalan ini adalah kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang terpaksa diadakan setiap tahun selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Adalah tidak keterlaluan kalau saya kata yang kita bukan saja gagal menghapuskan polarisasi kaum yang ditinggalkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah, malah memburukkannya lagi.

Wallahualam, apa akan jadi dengan bahasa Melayu dan perpaduan kaum sukar hendak dibayangkan. Apa yang jelas adalah polarisasi ini telah merebak ke dalam bidang ekonomi dan pemikiran politik.

46 comments:

abdullahngah said...

Saya hairan dengan pelajar china yang lulus tinggi mata pelajaran bahasa malaysia dalam peperiksaan SPM, sedangkan mereka tak berapa fasih bercakap bahasa itu.

Mengapa boleh jadi begitu?

Pelajar Melayu yang fasih bercakap melayu tapi ada yang sukar lulus dan lulus pun cukup makan saja.

pelik tapi benar.

RIIAM said...

Dato',

Baru-baru ini Menteri Pelajaran menyatakan pelajar lepasan sekolah cina (independent chinese schools) boleh ditimbang untuk memasuki institut perguruan bagi mengatasi kekurangan calon untuk opsyen bahasa mandarin.

Dua hari kemudian NST ada menyiarkan berita Pengerusi Dong Zhau Zhong (badan yang mengurus sekolah-sekolah cina) menggesa Kerajaan agar segera melaksanakan cadangan itu.

Kelmarin saya menyertai seminar "Economic Impacts of Brain Drain in Asia Pacific". Tajok amat menarik.

Tapi lebih 80% dari perbincangan, terutamanya semasa sessi soal-jawab bersekitar mendesak Kerajaan melonggarkan berbagai syarat, termasuklah syarat (yang paling minima) kelulusan Bahasa Malaysian peringkat SPM untuk menjawat jawatan-jawatan Kerajaan. Kononnya, ini adalah untuk membenarkan, lepasan sekolah cina yang telah menjadi graduan universiti di Taiwan, Singapura dan lain-lain universiti luar negarta yang ingin sangat untuk balik ke Malaysia ( dan bekerja dengan Kerajaan)

Bayangkan pada satu masa nanti, jika desakan-desakan ini diterima-pakai, kita akan berdepan dengan keadaan di mana pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia tidak boleh bercakap Bahasa Melayu. Jauh sekali dapat membezakan di antara tuan, anda, awak dan kamu.

Mungkin keadaan ini sudah pun berlaku di-organisasi Kerajaan yang baru ditubuhkan seperti PEMANDU, Talent Corporation, Koridor Utara, Timor, Sarawak, Iskandar dan lain-lain.Wallahhuallam.

Yang pasti, sebelum perkara ini menjadi perkara biasa, perlulah kita bersuara. Takut satu hari nanti ramai dari rakyat Malaysia, yang menjawat jawatan Kerajaan pun, tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan. Apa akan jadi kepada identiti kebangsaan kita?

Harap Dato' boleh komen mengenai perkara ini.

Terima kaseh

Anonymous said...

Datuk,

Setelah 60 thn dan kedudukan agama,bangsa,bahasa dan banyak isu berkaitan masih dipertikai, adakah masih wajar bagi org Melayu menyerahkan kepercayaan kapada UMNO utk menerajui kepimpinan negara ini?

Harimau Jadian

Anonymous said...

salam dato

amat setuju dengan pandangan dato. apa boleh kita buat. orang kita sendiri tidak turut serta memertabatkan bahasa melayu.

lihat sajalah majlis PR1MA yang diadakan baru2 ini yang dihadiri oleh PM di Labu, NS.

Nama projek tersebut ialah Bandar Ainsdale.

Yang menjadi pentadbir Sime Darby, orang Melayu termasuk bekas TPM Musa Hitam.

Tapi nama projek dalam bahasa inggeris.

salah kita juga kalau bahasa melayu tidak di mertabatkan.

AAS
Selangor

ab said...

Salam Dato,


Tajuk ini sangat menarik.


Saya ingin membaca lapuran ilmiah ataupun tulisan kajian keatas bahasa melayu,bahasa inggeris, bahasa mandarin, bahasa tamil dan bahasa arab dikalangan rakyat kelahiran 1950-1960, 1970-1980 dan 1990-2000.


Dan juga polar pergaulan mereka yang lahir di tahun tahun tersebut.


Ada ka kajian kajian it dato?.


Kalau dapat bandingkan dengan diIndonesia tentu lebih baik.....


Saya takut kita tersasar pendapat.


Hipotesis saya ialah perubahan penggunaan bahasa berlaku kerana
komputer dan telepon mudah alih serta fungi data bertulis media tersebut..

Mungkin ini juga evolusi dan dinamik bahasa bahasa...

Abu Bakar Ab Rahman

Competente said...

Datuk,

Kegagalan Bahasa Melayu bukanlah disebabkan oleh kelemahan bahasa tersebut. Kelemahan atau kekuatan bahasa bergantung kepada penggunanya. Kelemahan Bahasa Melayu adalah disebabkan keangkuhan orang Melayu. Orang Melayu merasa rendah diri jika menggunakan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dianggap bahasa 'inferior', berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Bagaimana mungkin kaum lain mahu memartabatkan Bahasa Melayu jika orang Melayu sendiri menghina Bahasa Melayu?

Saya dan rakan-rakan sebaya saya mendapat pendidikan rendah dan menengah dalam Bahasa Melayu. Ada diantara kami yang melanjutkan pelajaran di dalam negeri, namun ramai juga yang belajar di luar negara. Ramai dikalangan kami sekarang menyandang gelaran doktor, samada doktor falsafah mahupun doktor perubatan. Ada rakan saya yang pernah menjadi presiden badan-badan profesional dan juga menjadi CEO GLC. Tetapi asal kami dari pendidikan Bahasa Melayu. Kami adalah pakar-pakar Sains dan Matematik yang berpendidikan Bahasa Melayu.

Lemahnya penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Melayu bukan disebabkan Bahasa Melayu dan tidak ada kena-mengena dengan Bahasa Melayu. Ia disebabkan oleh guru Bahasa Inggeris yang tidak fasih berbahasa Inggeris, malah bercakap Melayu semasa mengajar Bahasa Inggeris.

Berpindahnya pengajaran Sains dan Matematik ke Bahasa Inggeris telah memindahkan beban mengajar Bahasa Inggeris kepada guru-guru Sains dan Matematik. Sedangkan guru Bahasa Inggeris masih berbahasa Melayu di dalam kelas Bahasa Inggeris; guru-guru Sains dan Matematik pula yang berbahasa Inggeris. Akibatnya, kegagalan pelajar Melayu dalam penguasaan matapelajaran Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris.

Orang yang berbahasa Melayu tetap akan boleh menguasai apa-apa ilmu pun hanya berbekalkan dengan Bahasa Melayu sahaja (kecuali Bahasa Inggeris yang wajib diajar secara sepenuhya menggunakan Bahasa Inggeris!).

Anonymous said...

Tepat sekali. Polarisasi kaum makin bertambah serius khususnya selepas Pilihan Raya 2008.

Kedua-duanya, BN dan PR, tenggelam dalam agenda politik masing-masing. BN untuk terus berusaha mengekalkan kuasa selepas kalah teruk dalam PRU 2008, manakalan PR yakin penuh akan dapat merampas Putrajaya selepas menang besar dalam PRU sama.

Ke arah itu, apa jua isu akan terus dieksploitasi asalkan dapat mempengaruhi orang ramai untuk menyokong mereka.

Mau tidak mau, masing-masing berjuang atas landasan kepentingan kaum mereka. Gagasan 1Malaysia hanya menjadi satu tanda nama kepada restoran-restoran tanpa yang empunya tahu apa sebenar maksud dan falsafahnya. Hanya Najib yang menjerit di sana sini. Itupun tidak membawa impak yang positif.

Manakala hala tuju Bahasa Kebangsan menjadi bercelaru, antara lain, kerana salah erti akan peranan dan matlamat terakhir PPMSI yang diperjuangkan oleh golongan-golongan tertentu. Apa lagi terdapat pemimpin-pemimpin negara yang agaknya begitu selesa berucap dalam Bahasa Inggeris dalam upacara rasmi.

Mungkin hanya dengan kemenangan besar UMNO/BN dalam PRU yang akan boleh memberikan keberanian politik untuk mengatasi masaalah-masaalah di atas.

ZMS

Anonymous said...

Dato Kadir
Salam Hormat PRU13

NESE panel
(http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=634275)

memancing undi?

Lapuran Razak 1956 - 2011
mengenal sasaran?

kenali mendan tempur anda, apakah Seni Perang masih berlaku? mahaguruku?

Salam Hormat

loghatpasemborumnotanjong

besi said...

Bahasa Jiwa Bangsa.
insyallah saya akan mempertahankan bahasa bangsa saya, supaya tidak luntur ditelan zaman. Bukan untuk orang lain..tapi sekurang-kurangnya untuk keluarga saya.

Anonymous said...

Tuan,

Tidak kira samada PR atau BN, adalah wajib Bahasa Melayu diangkat ke martabatnya sbg bhs rasmi, bhs kebangsaan & bhs perantaraan...

Warganegara yg berbangsa Cina khususnya (termasuk lain2) harus faham Bahasa Melayu itu adalah bhs rasmi/kebangsaan negara...ini bukan persoalan kaum/racial...

Org2 politik khusus yg tebal sikap perkauman (umno,mic,mca,dap,ppp dan sebahagian dlm pkr) harus menghentikan sikap perkauman melampau....ini telah menimbulkan perbezaan ketara antara kaum...matlamat menyatukan semua kaum sbg satu bangsa negara tidak akan berjaya sekiranya mereka menjadi itik dan ayam...kambing dan lembu!

Sebagai warganegara; selain drpd taat setia dan lahir di sini...menguasai bahasa melayu itu adalah yg utama...sekali lg ditegaskan-INI BUKAN PERSOALAN KAUM...bukan semua org melayu atau india atau org asal faham/tahu/mengerti bahasa mandarin...begitu juga sebaliknya...

terima kasih.
Mukara al-Kahfi

Anonymous said...

Datuk,
Sebenarnya penyakit bahasa ni telah lama menghinggapi negara kita. Malangnya, pihak yang mempunyai kuasa untuk mencegah dan mengubatinya, tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Mereka memandang remeh perkara ini hinggalah keadaannya mencapai tahap parah sekarang.

Lihatlah bagaimana kebanyakan mereka yang dilantik menjadi juri dalam rancangan televisyen memberi ulasan masing-masing. Bahasa yang digunakan bukan sahaja bercelaru, malah tidak bersopan.

--Balanglama

Anonymous said...

Salam Dato,

Dalam isu Bahasa ini, Pengubal dan Perlaksana mesti ikhlas, jujur dan ada rasa bertanggungjawab. Cakap dan buat serupa bikin. Jangan suka bermuka-muka dengan menjerit, melolong dengan demontrasi-demontrasi ketuanan Melayu tapi anak-anak pemimpin mereka di hantar belajar disekolah-sekolah berjenama yang tak mampu oleh keluarga Felda, Risda dan keluarga kampung Luar Bandar.

Soalannya; Siapa PM ya? Siapa Menterinya ya? Apanama Parti yang mendokong Kerajaan yang memerintah lebih dari 54 tahun ni ye? Siapa nama pemimpin NGO yang selalu mendabik dada kononya amat Perkasa serta menghunus keris ditepi jalan macam orang gila sawan. Mana perginya guru pencaksilat yang kononnya mempunyai sejuta ahli sebagai benteng ketiga Negara? Kenapa kita masih bermasalah dengan Bahasa Melayu ni ye? Yang paling penting, kenapa sekarang dibangkitkan? Ada kaitan dengan kempen PRU13?

Jawapannya; PMnya melayu, Menterinya Melayu, parti yang memerintah pun Melayu, NGO yang amat Perkasa Melayu, guru pencaksilat yang boleh ghaib, kebal, boleh terbang dengan bala tentera sejuta ahli pun Melayu. Tak cukup dengan itu Pekida lagi Melayu. Kesimpulannya; yang berkuasa itu adalah Melayu.

So what went wrong?

Maknanya; Orang melayu yang diberikan mandat oleh orang melayu Felda, Risda, orang Kampung kuasa untuk memerintah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selama lebih dari 54 tahun.

Kalau Melayu ini Dato yang lantik, diberikan kepercayaan sepenuhnya tapi gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pekerja. Apakah tindakkan Dato selanjutnya? Nasihat, kursus motivasi telah di berikan beberapa kali, surat warning pun dah tiga kai hantar, dah bincang empat mata dari hati ke hati tapi perangai bukan hanya tidak berubah, malah lebih teruk lagi, habis dicuri dirompak petty cash syarikat, ambil duit rasuah dengan vendor, vendor merungut dan mengadu, bila Dato tegur dia kata bukan rasuah dia hanya ambil komisen je, harga sebatang pensil RM0.80 sudah jadi RM8.00. Sekali order sejuta batang pensil, dah tu kualiti pensil tidak mengikut specification, datang kerja ikut suka hati dia.

Nak bagi peluang lagi kah Dato untuk datang esok bekerja dengan gaji yang amat lumayan?

Drp; zuki Ahmad

Anonymous said...

DAKJ,

Saya ada seorang kenalan. Bapanya india. Maknya cina. Sekolah kebangsaan.

Asyik guna "aku" walau bercakap dengan orang tua.

Budak sekolah sekarang, jika tanya "ada beza ke Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia", belum tentu boleh jawab.

Di Kuala Kemaman, ada tiga jenis papan tanda bagi satu tempat yang sama.

Bagi pemandu tempatan, namanya Pantai Mok Nik.

Bagi pelancung, namanya Monique Bay. Dan ada satu lagi nama bagi tempat yang sama adalah Monica Bay.

AAS,

Greater KL tu apa? Precint tu apa?

Fed Up

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Persoalan yang Dato kemukakan kemana hala tuju bahasa kebangsaan kita. Saya jawap ringkas saja. Sebenarnya kita tidak ada halatuju atau visi yang tepat. Kita telah jadi caca merba macam rojak Tanjung.
2. Dari segi pertutoran sahaja kita nampak kegagalan sistem pendidikan Negara untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh bertutor dalam bahasa kebangsaan yang standard. Pelajar-pelajar dari Pantai Timur masih pekat dengan loghat kedairahannya, mungkin guru yang mengajar mereka sendiri tidak dapat bertutor dengan bahasa kebangsaan yang standard.
3.Kadang kala rasa sangat malu, melihat di TV pertuturan dalam bahasa Kebangsaan yang sangat burok terutama dikalangan pemimpin politik atau pegawai kanan kerajaan. Mereka rasa rendah diri untuk bertutor dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya ,sebaliknya dicampur aduk dengan bahasa inggeris yang kadang kala lebih burok tahap penguasaanya.
4.Lebih mendukacitakan lagi apabila pemimpin politik bukan Melayu boleh bertutor dalam bahasa kebangsaan lebih baik berbanding pemimpin-pemimpin politik Melayu yang pertutoran mereka banyak dipengaruhi loghat bahasa kedairahan masing-masing.
5.Sikap tidak perhatin kepada bahasa kebangsaan adalah suatu gejala yang perlu beri perhatian oleh Kerajaan.Media eletronik harus menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan tidak digalakan pertuturan dalam loghat kedairahan.
6. Kita patut contohi Indonesia bagaimana sistem pendidikan negara tersebut menghasilkan kebanyakan rakyat Indonesia boleh bertutor dan menguasai bahasa Indonesia dengan baik. Pembantu rumah saya dari Indonesia boleh bertutur dan menguasai bahasa Indonesia dengan baik walaupun dia hanya tamat persekolahan diperingkat menengah rendah. Berbeda dengan apa yang ada dinegara kita ,walaupun lulusan University,ramai yang tidak dapat bertutor dan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.Ramai yang hanya boleh bertutor dengan loghat kedairahan yang pekat.

iklas,
Rahim

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Bagi sayalah, saya bersetuju dgn pendapat yg bahasa juga perlu berevolusi. Dari bahasa kampung kpd bahasa metropolitan, dari bahasa sastera kpd bahasa sains dan teknologi, dari bahasa persuratan kpd bahasa teknologi maklumat terkini dan dari bahasa berbunga-bunga kpd bahasa yg mudah, khusus dan tepat.

Perkataan (Vocab) bahasa kita juga perlu diperkayakan semaksimum mungkin, seiringan dgn dunia tanpa sempadan, supaya bahasa kita tidak ketinggalan serterusnya menjadi bahasa purba. Tidak salah rasanya meminjamkan perkataan luar dan mencipta perkataan baru yg sesuai dgn penggunaaannya. Sedangkan British pun banyak meminjam perkataan French, apa salahnya kita. Tak guna bahasa berbunga-bunga tapi yg faham hanya seorang dua saja. Yg penting, ‘mesej’ yg nak disampaikan tercapai. Itulah falsafah org muda masakini. Sekian TQ.

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Kita telah tersilap langkah dengan meletak politik diatas segalanya dengan mengabaikan lain-lain keperluan hidup hingga kita jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi.Marilah kita berazam menebus kembali apa yang terlepas dari tangan kita dengan meneguhkan jatidiri kita untuk meperkukuhkan ekonomi kita.Orang Melayu adalah pengguna terbesar di negara kita mengapa kita membiarkan ekonomi dikuasai orang lain.Melalui pengswastaan berbilion ringgit ekuati yang telah diperuntukan kepada bumiputra telah lesap. Mengapa kita tidak belajar darinya. Mengapa tergila-gila hendak menyenaraikan FELDA pula.Bukankah pemberian pink form menggalakkan penerimanya menjual kesemuanya atau sebahagian dari sahamnya untuk mendapat wang mudah tanpa mengeluarkan sebarang barangan.
Apa ada pada orang Melayu lagi seandainya kebanyakkan saham diperolihi orang lain. Lihat apa terjadi di Langkawi. Ramai orang Melayu kaya-raya sekejap dengan menjual tanah mereka. Apakah kedudukan sebahagian dari mereka sekarang.Allah mengingatkan kita tidak mengzalimi diri sendiri.
Bersabit Bahasa Kebangsaan saya telah diberitahu rakan bukan Melayu saya lama dahulu bahawa pemimpin kita menghantar anak mereka keluar negara untuk belajar. Apabila mereka tamat pelajaran pemimpin akan mencanangkan anak mereka lebih layak mengisi jawatan penting dari mereka yang mendapat latihan tempatan.Tidak heranlah mengapa Kerajaan sekarang mengswastakan jawatan tinggi Jabatan Kerajaan. Mungkin untuk membolihkan jawatan-jawatan tinggi tersebut diisi dengan anakbuah mereka dengan tidak payah melalui proses bermula dari bawah naik keatas.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
http://jatidiriteguhekonomikukuh-raja2u.blogspot.com

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat PRU13

Bahasa Polarisasi Kaum
(banana rakyat - kuning raja di luar)

persoalan membina bangsa memang berat
mahu atau tidak mahu dihujungnya

Suatu bangsa yang lebih maju, terutama
dilihat orang dalam kesanggupannya
memakai bahasa, memakai bicara
kata pak hamka dalam tafsir
surah ar-Rahmaan

"yang mengajarkan kepadanya berbicara".(Ayat 4)

polarisasi kaum bermula dalam minda
berlidahkan tak bertulang
kata-kata bicaranya

membina bangsa berahmat tuhan
apakah tujuan apakah wawasan
membina bangsa mengundang persoalan

Ke mana hala tuju bahasa kebangsaan
kalau bukan mencapai wawasan
bangsa malaysia

saya rakyat malaysia
rukun iman berserta rukun negara
saya rakyat malaysia
anak wawasan bebas menawan dunia
berjaya membina bangsa
tercapai wawasan bahasanya

persoalan membina bangsa memang berat
mahu atau tidak mahu dihujungnya



Salam Hormat

ujang kutik said...

Kalaulah Datuk(Dato') sendiri kurang keyakinan kepada kemampuan bahasa Melayu, bayangkan tanggapan masyarakat terbanyak yang lebih naif.

Hakikatnya, ahli politik samada dari mana-mana khemah seperti tidak lagi boleh diharapkan. Kononnya, mereka ada perkara yang lebih besar untuk diperjuangkan.

Jadi, siapa lagi? Mungkin kriteria minima yang perlu ada pada Sang Penyelamat ialah; tiada lagi cita-cita politik, stabil jiwa dan ekonomi,berilmu-berkarisma- beraura dan daya tahan yang tinggi.

Sejujurnya, pada tilikan makrifat saya, Datuk ialah salah seorang yang memiliki kriteria-kriteria yang dinyatakan.

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ,

Bahasa Melayu/Bahasa Kebangsaan yang diutamakan pada awal tahun enam pulohan sehingga ianya dimertabatkan sebagai Bahasa Malaysia selanjutnya pada hari ini. Saya masih teringat bahwa pada tahun-tahun lima pulohan dan enam pulohan Bahasa Kebangsaan telah menduduki taraf yang lebih unggul dari segi pertuturan,pembacaan dan penulisan sewaktukita mempelajari sabjek itu di sekolah rendah, menengah,tinggi dan juga kelas malam untuk orang-orang dewasa dengan percuma pada ketika itu.

Pada awal tahun enam pulohan, Dewan Bahasa dan Pustakaan Kuala Lumpur dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan telah mengadakan paraduan-peraduan bidato dan perbahasan dalam Bahasa Kebangsaan di peringkat daerah, negeri dan pusat persekutuan untuk mencungkil bakat di antara pelajar-pelajar sehinggalah peringkat dewasa masyarakat yang bertanding.

Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan telah dilaksanakan untuk beberapa tahun berturut-turut telah menjadi satu daya tarikan umum yang amat membanggakan rakyat. Pendik-kata rakyat berbilang bangsa di negara ini telah dipupuk dengan semangat yang berkesan untuk mempelajari Bahasa Kebangsaan dengan bersungguh-sungguh, sama ada untuk menghadapi peperiksaan mahupun untuk penggunaan secara resmi nya di antara kaum dan urusan harian dengan pihak Kerajaan. Maka dengan itulah Bahasa Kebangsaan telah dapat dimertabatkan dengan berkesan pada ketika itu.

Malang nya pada hari ini tidak ada ramai rakyat Malaysia yang sentiasa merasa megah nya apabila bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Bilangan nya yang serius amat kecil, walaupun terdapat ramai di antara kaum bukan Melayu telah menguasai Bahasa Malaysia dengan baik dan lancar. Pada ketika ini ramai juga guru-guru, kakitangan Kerajaan pentadbiran dan swasta yang terdiri daripada kaum bukan Melayu menampil kehadapan untuk penyampaian komunikasi mereka dengan Bahasa Malaysia. Mereka juga boleh menyangi lagu-lagu Melayu dan bertugas sebagai penyampai berita, rencana dan program dengan begitu faseh di kaca telivisen dan platform yang lain.Tidak kurang juga penulis-penulis buku, rencana dan majallah dalam Bahasa Malaysia oleh kaum bukan Melayu.

Akhirkata, kemerosotan Bahasa Malaysia mungkin disebabkan bahawa rakyat Malaysia yang berbilangan kaum pada hari ini lebih mengutamakan bahasa-bahasa asing termasuk Bahasa Inggeris daripada Bahasa Malaysia kita sebagai franca lingua. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa oleh kerana hakikat nya adalah disebabkan peningkatan kemajuan sosial dan budaya yang telah berkembang dengan begitu pesat serta amat berkesan, akibat daripada sistem pendidikan masakini serta persekitaran yang tanpa sempadan melalui komunikasi siber yang cepat, tepat dan berteknologi tinggi.

husin syedmohamad said...

Datuk,
Pernyataan ....."saya sudah lama hilang keyakinan kepada kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa sejagat di Malaysia". Setuju , bahawa hasil yang diperoleh berpunca dari dasar dan pelaksanaan sebelum ini.

Syed Husin

saji said...

Salam Dakj dan pembahas

Untuk Malaysia mengatasi masalah kedudukan bahasa Melayunya sebagai bahasa kebangsaan dan polarisasi kaumnya, Malaysia memerlukan pemeritah kuku besi. Bunyi keras, tetapi itulah yang telah dilalui oleh rakyat Indonisia sejak era Sukarno hingga Suharto. Kata orang, susah dulu senang kemudian.

awang batuburok said...

Adalah tidak keterlaluan kalau saya kata yang kita bukan saja gagal menghapuskan polarisasi kaum yang ditinggalkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah, malah memburukkannya lagi.

Salam Dato'...

Kenyataan diatas tersangatlah tepat dan benar.Selepas British pulang kenegara mereka, dasar pecah dan perintah telah diteruskan olih pemimpin UMNO/Perikatan/BN untuk penguasaan politik dinegara tercinta ini.

Sehingga saat ini perkara yang sama semakin giat dilakukan semata mata untuk mendapat undi kaum masing-masing iaitu UMNO/Perkasa/Pekida-undi Melayu, MCA-undi China dan MIC- undi India.

Kematangan berfikir secara demokratik dan rasional dikalangan rakyat sangat digeruni olih parti-parti perkauman kerana jika tahap kematangan berfikir dikalangan rakyat meningkat, maka parti-parti perkauman akan menjadi semakin tidak "relevant" (dgn izin).

Saya berpendapat untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan, tembok politik perkauman perlu dirobohkan terlebih dahulu dalam PRU-13 nanti. Diatas runtuhan politik perkauman inilah rakyat akan mampu bersatu dan membina satu wawasan dan budaya baru termasuklah usaha untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. Usaha ini memerlukan kerjasama semua kaum dan rakyat berbagai etnik dan sudah tentu memerlukan usaha yang gigih dan memakan masa yang panjang...Wallahualam.

Nota tambahan;

Sempena musim perayaan, kenduri kawin dan sambutan tahun baru, apa khabar stok lembu-lembu di NFC? Apakah ianya mencukupi dgn dana RM250juta.

wassalam
awang batuburok.

Anonymous said...

Paling memalukan ialah "Presinct 1, Presinct 2" di Putrajaya.

jab sp said...

Yang Berbahgia Dato'
1-Melayu mudah lupa.
2-Demi politik Melayu mudah lupa bolih menjual semuanya,(saya ulang)semuanya.Siapa mereka.Jawapannya-SEMUA nya asalkan mereka bernama orang politik.

Melayu mudah lupa:
Jika Melayu tidak mudah lupa,kita pasti akan masih ingat bagaimana suburnya Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara rasmi sebelum krisis politik 1998.
Semua kilang kilang perusahaan telah menggunakan bahasa Melayu tanpa apa apa bantahan secara terangan.Hampir semua surat menyurat antara awam dengan kerajaan dan antara awam dengan institusi masyarakat(ngo) akan menggunakan Bahasa Melayu.Semua berjalan tanpa rintangan yang mengusarkan.
Politik 1998 telah mengubah semuanya.Penawaran politik telah mematikan jatidiri Melayu kepada bahasanya.Kau hendak apa,silakan asalkan kau undi kami.Semuanya,bukan terhad pada parti yang bernama BN sahaja.

Saya bekas pekerja sebuah GLC pelupor kepada GLC yang bercambah sekarang.Majoritinya staffnya Melayu tetapi hampir semua kertas mesyuarat dan lampiran kertas kerja dalam seminar yang diadakan ditulis dalam bahasa inggeris.Sehingga sekarang saya masih tak paham kenapa ini berlaku.Kalau nak dikatakan bahasa teknikal sebagai sebabnya,ia jawapan yang mengarut kerana kebanyakan mereka yang bertaraf eksekutif mendapat ijazah pertama dari universiti yang menjalankan pengajian dalam bahasa Melayu.
Saya masih ingat bila GLC ini membuat perjanjian pembekalan peralatan dengan sebuah syarikat dari Cina.Wakil syarikat dari Cina ini akan merujuk pada notanya yang hampir 100% ditulis dalam bahasa Cina sewaktu kerja membangunkan sistem dilakukan.
Kenapa ini berlaku.Saya masih tiada jawapan hingga kini kecuali prasangka saya berterusan,ini sebab sebab politik dan bukan soal tidak percaya pada bahasa sendiri( kecuali Tun Mahadir dan pengikutnya sahaja).

Dato'
Dengan suasana poltik sekarang,percayalah bersama saya,bahawa kita telah hancur dan akan terus hancur dalam memastikan bahasa Melayu tidak hancur.
Lu bolih buat apa saja yang lu mau asai kan lu buat apa yang gua mau.
Lu tolong gua,gua tolong lu telah merebak pada SEMUA pemikiran mereka yang bernama orang politik demi " meraih laba keuntungan politik".
SEMUANYA.BN dan Pakatan=SAMA

saji said...

Sdr ZMS

"Mungkin hanya dengan kemenangan besar UMNO/BN dalam PRU yang akan boleh memberikan keberanian politik untuk mengatasi masaalah-masaalah di atas (polarisasi kaum, BN dan PR masing-masing berjuang atas landasan kepentingan kaum dan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsan.)"

Sebelum ini Parti Perikatan/Barisan Nasional banyak kali mendapat kemenangan besar macam parti Parti Nasional Indonisia (PNI) era Sukarno dan Parti Golongan Karya ( Golkar) era Suharto di Indonisia kenapa tak berani buat?

saji said...

Sdr raja2u

Bidang consultancy projek kerajaan sudah lama dikusai oleh anak2 orang politik UMNO.

Anonymous said...

Setelah tidak semena-mena melantik Nalakarupan sebagai Senator, kini novel Interlok, karya seorang saterawan negara menjadi mangsa pula.

Sebanyak mana lagikah Najib akan terus menjadi 'submissive' semata-mata untuk mendapat undi meraka dalam PRU akan datang?

ZMS

Anonymous said...

Sdr Saji,

Tk.

Memamg benar kemenangan besar itu tidak menjamin dapat mengatasi semua masalah.


Tetapi sekurang-kurangnya tuntutan yang berlandaskan kepentingan kaum tidaklah selantang sekarang yang boleh menjurus kepada polarisasi kaum yang lebih serius.

Kerajaan melalui aparat keselamatannya boleh bertindak tegas berlandaskan undang-undang ke atas mereka yang terlibat dalam aktivit-aktiviti yang boleh memudharatkan keselamatan negara dan ketenteteraman awam tanpa khuatir apa jua reprisal dari mereka. Dan mereka tidak berani dengan sewenang-wenangnya menacabar undang-undang.

Kerajaan tidak perlu berkompromi atau flip-flop dalam melaksanakan apa jua dasar negara seperti dasar pendidikan, ekonomi dll seperti apa yang berlaku sekarang.

ZMS

Anonymous said...

sekadar berkongsi...
apakah kaitan bahasa Melayu dengan jati diri bangsa orang yang menuturkannya?
"Nilai ialah pegangan masyarakat yang diungkapkan melalui bahasa. Apabila berlaku perubahan bahasa, maka akan berlakulah perubahan nilai bangsa. Perubahan ini kemudian menjana perubahan pada lakuan kita pula. Dengan perkataan lain, menerusi lakuan kita dapat melihat perubahan nilai seseorang dan perubahan nilai seseorang sebenarnya perubahan jati dirinya"(Abdullah Hassan,2009)

A.M

ab said...

Salam Dato,



PERNAH kah didalam sejarah(setakat
yang saya tahu) ahli poltik mempertahankan BAHASA negara mereka?..


Politik tidak ada piwaian dimana pun.


Politik dimalaysia dan menjadi politik hutan, ahli poltik sekarang bukan enau lagi,tapi pokok buloh dah...bolih tumbuh naik 6-8inci sehari...berebut rebut nak tinggi...



Saya tidak harapkan ahli politik untuk memajukan bahasa melayu dah lama dah..



Abu Bakar Ab Rahman

Orang Kampung said...

Salam Dato:

Bila bicara soal bahasa kebangsaan atau mudah bahasa melayu.Malang sekali.Mula-mula dahulu telah nampak maju kedepan dengan gagahnya.Kemudian undur belakang semula.Sekarang ini pun bahasa melayu tak kemana.Salahnya ialah kerajaan yang tidak tegas dan berterusan sepanjang masa.Orang Melayu sendiri termasuk pemimpin kerajaan sikap acuh tak acuh bila hendak memperkasakan bahasa melayu.Sedang bahasa lain seperti bahasa milik kaum cina,india semua nya makin tegak dan hebat.

Setiap kali tukar pucuk pimpinan kerajaan maka dasar bahasa melayu pun turut berubah.Parti siasah melayu pun nampak tak berminat denagn memperkasakan bahasa melayu.Lebih amat malang ialah TULISAN JAWI.Ini juga milik melayu.Tak tahu lah apa nak jadi dengan Melayu.Makin sehari makin terlondeh satu demi satu hak mereka.

Di Malaysia banyak tokoh pejuang .Ada pejuang politik.ekonomi,bahasa,agama,sosia; dan macam-macam lagi.Yang selalu manjadi mansa ialah pejuang bahasa.Selalu menjadi mangsa pada tekanan politik .ekonomi dsbnya.Belum pernah kita lihat pejuang bahasa memberi tekanan pada pejuang politik.

Banyak soal dasar bahasa ditentukan oleh orang politik.Masa depan bahasa melayu dimasa depan kurang jelas.

Hala tuju bahasa kebangsaan masih bersimpang siur ,berliku dan penoh dengan bengkang bengkok.

Semoga bahasa melayu tak akan lenyap dan pudar.Begitu juga Tulisan Jawi yang kian terpinggir dibumi malaysia ini.

Terima kasih Dato.

Tinta Hitam said...

Datuk,

JIka UMNO berterusan berkuasa,Bahasa Melayu akan terus dianaktirikan...

Anonymous said...

Kepada abdullahngah, kaum cina rata2 bersungguh-sungguh mengambil peperiksaan seperti yang kita boleh lihat dari filem/drama cina. Hendak seribu daya. Pelajar melayu pula suka merosakkan bahasa, kita boleh lihat di facebook dan sms mereka. Dan mereka ambil ringan pada peperiksaan kerana keputusan tak bagus pun boleh sambung ke IPTA/IPTS.

Pendapat saya, bukan bangsa lain tak selera nak bertutur dalam bahasa melayu, tapi tengok bangsa melayu sendiri pun tak hormat bahasa. Malah, sesetengah golongan melayu yang agaknya belajar tinggi sikit, menggunakan bahasa inggeris untuk bercakap sesama ahli keluarga. Menteri pun malu nak cakap melayu. Patut temuramah di dalam atau luar negara , walaupun wartawan tanya english, patut menteri jawab dalam bahasa melayu, menunjukkan jatidiri dan kebanggaan terhadap bahasa sendiri.

-Peace

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

....Polarisasi kaum makin bertambah serius khususnya selepas Pilihan Raya 2008....

Mengapa selepas PRU 2008??
Salah siapa??
Rakyat??
Atau Pemerintah??

Yang saya nampak, Formula Perpaduan UMNOBN, satu formula yang rapuh, melepas batuk di tangga, sekadar untuk meraih undi/kuasa, TIADA MATLAMAT untuk masa depan anak anak cucu cicit......

DAN hari ini, mereka sendiri 'merobohkan' formula tersebut, dengan membangkitkan soal-soal sensitif perkauman,agama dan juga raja-raja!!


"Mungkin hanya dengan kemenangan besar UMNO/BN dalam PRU yang akan boleh memberikan keberanian politik untuk mengatasi masaalah-masaalah di atas".

Apa itu KEBERANIAN POLITIK UMNO???
2004, bukankah UMNOBN menguasai 90% kerusi PARLIMEN?? Keberanian apa yang ditonjolkan UMNO khususnya???

22 tahun jadi PM (menang mudah dalam semua PRU), BERANI jentik Sekolah Cina???

Sekolah Wawasan pun hancurrrrr!!!
Apa yang UMNO BERANI???

UMNO JAGA BAHASA KEBANGSAAN MACAM JAGA JAMBAN AWAM!!!!

NAK HARAP APA???

saji said...

Sdr Tinta Hitam

Berdasarkan komen sdr berkenaan, sdr rasa jika PR memerintah dan PMnya Tuan Guru Hj Hadi Awang atau PMnya Wan Azizah adakah mereka akan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

ExPet said,
Paling memalukan ialah "Presinct 1, Presinct 2" di Putrajaya.

Salam kasih sayang Sdr. Expet,

IMPIAN asal pembangunan Putrajaya adalah berkonsepkan 'BANDESA' (gabungan perkataan Bandar dan Desa) iaitu mengadaptasikan kecanggihan kemudahan bandar dan kampung tersusun tanpa pagar perimiter(rumah)

Setiap seksyen dipanggil LAMAN seperti contoh Laman 1, Laman 2 dan seterusnya.
Penghuni disetiap Laman dikehendaki menubuh AJK Laman mereka dan akan menentukan jenis pokok buahan atau bungaan (fauna/flora) untuk menghiasi perimiter rumah dan kawasan lapang Laman mereka. Contohnya Laman 1 memilih pokok buah durian dan Laman 2 pokok bunga Orkid...

Nak cerita perihal konsep 'BANDESA' sepenuhnya disini tidak cukup ruang dan perlu sepurnama untuk menjelaskan dasar2 pembangunan nya sahaja..Oleh itu kami teruskan hanya kepada impaknya sahaja iaitu persatuan para penghuni untuk menyemai semangat kejiranan, gotong royong mengindahkan dan mengawal kawasan buahan dan bungaan Laman masing2 dan bila sampai waktu 'menuai' dapat menikmati hasil Laman mereka bersama.

Bayangkan bertapa riangnya kejiranan setiap Laman bila usaha bersama mereka mendatangkan hasil!
Mungkin sebahagian hasil Laman mereka mampu dihadiah/sajikan kepada jiran2 Laman berdekatan.

Barulah masyarakat disetiap Laman diPutrajaya mampu tersenyum serentak (smile and the whole Laman smile with you) dengan pencapaian, keindahan dan kesejahteraan Laman 'tersayang' mereka.
IMPAK yang paling diharapkan dari konsep 'BANDESA' bertemakan 3B adalah INTIGERASI KEJIRANAN di Putrajaya, tidak kira keturunan, pangkat mahupun kedudukan.

Pendek kata.. maka bermulalah hidup bertemakan 3B (Bina Budaya Bangsa)..Contohnya 3B hidup berharmoni atau 3B hidup berhemah atau 3B hidup berdisiplin..untuk dipilih, diterjemah dan dipaksikan dalam kehidupan harian di Laman berkenaan.

...dan seperti umum telah pun ketahui PAKSI Pembangunan PUTRAJAYA adalah MASJID PUTRAJAYA
dan PAKSI tersebutlah dijadikan LAMBANG PERPADUAN UMMAH DIPUTRAJAYA dan CONTOH HIDUP 3B ke seluruh negara tercinta ini.. 'THE IDEAL NEIGHBOURHOOD OF A TRULY MALAYSIA'

THAT WAS AMONGST THE VISION (we presumed) OF AYAHANDA RAKYAT... YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

WALLAHUALAM.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Manusia merancang, Allah SWT jugalah yang 'KUN FAYA KUN' kan nya..Amin.

Anonymous said...

Dato,

Can you do some commentary on this.

Shahrizat: Get ready for ‘war’ during polls

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/18/nation/10119960&sec=nation

I think Anwar has started picking up the ball and rolled it. He has covered a number ceramah recently.

Do you think the other umno warlords are ready?

Rgds,

Cow Fighter

LebaiMalang said...

Assalamualaikum Dato'. Bagi saya mudah sahaja. Kerana melayu tidak bersatu. Kalau tak bersatu, dasar apa pun akan jadi 'Dasar Yoyo'. Sebabnya mudah. Kita takut kehilangan kuasa. Kedaulatan 'bahasa' mudah dilacur kerana takut kehilangan kuasa. Senang cakap, takut hilang undi minoriti.

Kalau melayu kuat, dasar yoyo tak akan berlaku. Ini kena 'jentik' sahaja dengan isu-isu celah gigi, pucuk pimpinan melompat macam cacing kepanasan.

Ada pula melayu 'celop' membuat hal hendak menegak 'bahasa melayu' konon tapi pada hakikat cuba meraih tempat untuk mendapat 'kuasa'. Perkasalah tu.

Ada orang dah pencen tak habis-habis buat onar dalam parti buat orang melayu jadi pecah belah. Semuanya kerana takut kehilangan 'kuasa' dan 'harta' yang bertimbun macam firaun.

Saya pernah mencadangkan agar Dato' menjadi orang perantaraan tentang perpaduan orang melayu ini. Dengan pengalaman Dato' dan sedikit idea yang mungkin UMNO masih mahu pakai, Dato' boleh berjuang untuk memertabatkan bangsa melayu. Isu-isu celah gigi (bahasa dll) akan selesai dengan mudah kalau melayu itu bersatu. Pengundi minoriti tak akan panggung kepala berkaitan isu-isu celah gigi walau pun dalam PRU itu undi mereka masih diperlukan.

OKJ said...

Salam Dato’

‘Dampingi bahasa orang muda’

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya mendekati golongan muda dan berkomunikasi bersama mereka menggunakan ‘bahasa’ teknologi.

Perdana Menteri berkata, jika pemimpin BN tidak mendekati golongan muda dengan ‘bahasa mereka’ iaitu melalui media sosial, dibimbangi ruang itu akan diisi pihak tidak bertanggungjawab bagi menyebar maklumat palsu dan berunsur fitnah.
Tegas beliau, langkah itu penting kerana golongan muda tidak lagi terikat dengan maklumat daripada media rasmi, sebaliknya mereka lebih mempercayai media sosial walaupun ada kalanya faktanya tidak benar.

Falsafah sayalah, utk maju ke depan, kita mesti beradaptasi dengan persekitaran BUKANNYA persekitaran beradaptasi dgn kita. Nampaknya, Dato’ Seri Presiden pun berfalsafah macam tu jugak. Sekian TQ.

Nota: ‘Ana’ akan ke timur tengah minggu ni, jadi tak dapat nak menyambung perbahasan dgn ‘ente’.

pru13 said...

Kun fayakun.. Amin, Ya Allah. :)

ujang kutik said...

Datuk,

Sequel 'drama Interlok' ada lagi rupanya.Apa aku kisah.Padan muka.Muka siapa? Muka saya.Muka anda? Muka sasterawan?

Ini soal bahasa.Bahasa menunjukkan bangsa - Bangsa Malaysia.

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.

Terima kasih Sdr Saji.Fahamlah saya mengapa sehingga hari ini tiada orang yang di caj cuai dalam kerja-kerja pembangunan yang boleh mendatangkan mudarat kepada manusia dan harta benda.

Saya heran melihat mengapa UMNO bergerak dengan terdesak sekali menghadapi PRU ke 13.UMNO tidak pernah dikalahkan sesiapa sahaja hanya oleh UMNO sendiri.Perpecahan sekarang adalah atas polisi UMNO sendiri. Bukankah UMNO yang menyingkir PAS dahulu.Bukankah PKR lahir atas perbalahan antara pemimpin UMNO dahulu.Bukankah UMNO hilang majoriti 2/3 pada PRU ke 12atas permintaan pemimpin UMNO meminta ahli-ahlinya berbuat demikian.Pendek kata keadaan politik sekarang adalah bukan atas kehendak sesiapa tetapi adalah atas usaha UMNO sendiri.Kepimpinan UMNO perlu yakin mereka mampu balik kekedudukan asal.Jangan salahkan parti politik lawan kerana ia akan memberi mesej UMNO telah dikalahkan parti lain.

UMNO kuat dan sepatutnya mempunyai jati diri mengarah ahli-ahlinya menumpukan perhatian memenangi PRU ke 13 dan melupakan arahan-arahan dahulu supaya tidak menyokong kumpulan tertentu dalam UMNO.

Saya lihat yang bersungguh berkempin hanyalah YAB PM. Apa dah jadi kepada pemimpin lain. Adakah mereka menunggu kepastian akan dipilih sebagai calun sebelum bergerak aktif.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
jatidiriteguhekonomikukuh-raja2u.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Dato,

Pembesar-pembesar umno setiasa ada dua pilihan apabila membuat keputusan. Pilih diantara satu;

1. Mempertingkat Bahasa Kebangsaan atau;

2. Mempertingkatkan 'duit haram' yang katakan sebanyak rm satu trilion ke luar negara.

Agaknya yang mana satu pilihan mereka.

Jika boleh mohon Dato dapat membuat ulasan tentang duit haram yang dibawa keluar negara berjumlah rm satu trillion, kesan serta implikasinya terhadap Masa depan Negara.

Drp; zuki ahmad

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Baru baru ni ada anak muda cina mula berkerja dengan saya sms dalam bahasa melayu dan panggil saya ANDA!

Terkejut berok Tok!Tak pernah lagi ada manusia sebelum ni panggil macam tu.Memang lawak Tok.

Saya pun tanya dia pasai apa tak guna kamu atau awak."ANDA BOS MAA MANA BOLEH PANGGIL KAMU ATAU AWAK,BANYAK KASAR"

Sampai la ni pun saya tak tau sapa betui.Dia ka betui atau saya yang bodoh bahasa.KEH KEH KEH

cikgubio83 said...

suatu hari, seorang pelajar cina saya meminta saya bercakap dalam bahasa cina ketika mengajar mata pelajaran matematik. bolehkah anda semua bayangkan tahap kemarahan saya ketika itu? saya sangat-sangat marah kepada pelajar tersebut kerana dia secara terang-terangan mencabar saya yang berbangsa Melayu ini untuk tidak menggunakan bahasa kebangsaan semasa sesi pembelajaran. (sebelum ini, saya telah pun mencuba mengajar mereka dalam bahasa inggeris; ternyata mereka tidak fasih langsung dalam bahasa tersebut!)

Anonymous said...

Datok,

Apapasal bagi pulak guna bahasa Tamil di Sepang tiba tiba baca kosmos hari ni?

amin

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).