A Kadir Jasin
[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]
PEMBAHAS “Fed Up” kata dia sudah bosan (fed up) dengan cerita politik. Dia minta saya tulis balik mengenai ekonomi yang sudah lama saya tidak tulis. Apa kata, kalau saya kata, saya “fed up” dengan isu-isu ekonomi?
Kalau Saudara “Fed Up” bosan dengan politik, saya pun berhak untuk berasa “fed up” dengan ekonomi. Ada pembahas marah dan sergah saya apabila saya kritik ekonomi kita yang kurang produktif kerana terlalu banyak cuti dan asyik naik gaji.
Ini bukan soal saya sebagai usahawan, kapitalis, majikan dan pekerja (saya pun makan gaji juga), tapi soal ekonomi dan produktiviti. Kita ambil contoh yang mudah. Bulan Januari ini ada 31 hari. Tolak cuti mingguan dan cuti umum, tinggal 19 hari saja hari kerja, tapi gaji tetap sebulan. Yang kerja lebih masa pada hari cuti umum dapat gaji dua kali hingga tiga kali ganda.
Gaji 31 hari, tapi produktiviti 19 hari saja. Bulan Februari ada 29 hari. Cuti mingguan lapan hari. Cuti umum atau ganti cuti umum yang jatuh pada cuti hujung minggu tiga hari (bagi Wilayah Persekutuan). Campur semua jadi 12 hari. Hari kerja tinggal 17 hari. Gaji 29 hari, tapi produktiviti 17 hari saja.
Cuti Jelas Produktiviti
Dengan macam-macam pihak tuntut cuti umum bagi perayaan masing-masing, tidak hairanlah kalau kita lebih banyak bercuti daripada bekerja. Saya tidak tahu macam mana kita hendak jadi negara berpendapatan tinggi kalau asyik cuti saja.
Itu belum ambil kira cuti tahunan, cuti sakit, cuti belas kasihan, cuti kecemasan, cuti bersalin, cuti isteri bersalin, cuti buat amal ibadat dan cuti memang bola sepak. Nasib baik sukan kita tak cemerlang, kalau tidak lagi banyak cuti kemenangan.
Walaupun cuti umum Malaysia hanya 14 hari, tapi negeri-negeri ada cuti mereka masing-masing. Di banyak negara, kalau cuti umum jatuh pada hujung minggu, ia tidak diganti dengan hari kerja.
Antara Ekonomi Kasar dan Bersih
Kerajaan kata ekonomi kita kukuh dan berkembang pesat, tetapi ahli ekonomi dan agensi antarabangsa kata ekonomi Asia, termasuk kita, China dan India makin lemah kerana krisis ekonomi Eropah dan Amerika.
Saya pun tidak pasti selepas ditolak pertumbuhan yang tidak produktif macam rumah, kedai dan pejabat yang tidak laku dijual atau disewa, berapa peratus sebenarnya pertumbuhan ekonomi bersih.
Itu belum diambil kira lagi gaji pekerja asing yang dihantar balik ke negara masing-masing, hasil eksport yang disimpan di luar negara dan keuntungan syarikat asing yang dihantar balik ke negara masing-masing.
Kemudian pengaliran keluar wang gelap oleh sindiket jenayah daripada penyeludup dan pengedar dadah, kepada penyeludup manusia, penganjur judi haram, pengusaha pelacuran, kegiatan rasuah dan perlindungan.
Bulan lepas, Global Financial Integrity (GFI), sebuah badan bebas yang membentuk dasar kebangsaan dan pelbagai hala dan melindungi perjanjian antarabangsa bagi menyekat pengaliran haram mata wang, telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai pengaliran haram mata wang antara tahun 2000 dan 2009.
Dalam laporan itu, ia menganggarkan yang negara membangun kerugian AS$903 bilion (kira-kira RM1,989.9 bilion) pada tahun 2009 saja. Antara tahun 2000 dan 2009, negara-negara membangun kerugian AS$8.44 trilion (RM27.8 trilion).
Lima buah negara yang paling teruk mengalami pengaliran haram mata wang adalah China, Mexico, Rusia, Arab Saudi dan negara kita, Malaysia.
Pengaliran haram daripada negara kita adalah sebanyak AS$22.2 bilion (RM67.7 bilion) pada tahun 2000 dan melonjak kepada AS$68.2 bilion (RM208 bilion) pada tahun 2008.
Saya pun hairan apa tindakan Bank Negara, Perbendaharaan dan Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM. Yang kita takutkan ialah ahli perniagaan, usahawan dan tauke-tauke kita menggunakan saluran haram untuk membawa keluar wang dan kekayaan mereka. Mereka perah negara kita tapi hantar keluar kekayaan mereka ke negara-negara lain.
IPO dan Pinjaman Mudah
Itu kita belum cerita lagi buruk-baik cadangan IPO cawangan komersial Felda. Yang pasti akan ada pihak yang akan membuat berjuta-juta ringgit keuntungan modal (capital gain), komisen dan pendapatan yuran (fee income) macam bila Sime Darby telan Guthrie dan Golden Hope beberapa tahun lalu.
Kerajaan boleh bagi pinjaman mudah (cheap loans) beratus-ratus juta ringgit kepada pihak-pihak istimewa, tetapi ramai usahawan kecil dan sederhana Bumiputera melarat sejak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dihapuskan.
Kesimpulannya, kalau Saudara Fed Up bosan dengan politik, saya bosan dengan cakap-cakap mengenai ekonomi. Tetapi, macam kita tidak boleh lari daripada politik, maka kita juga tidak boleh lari daripada ekonomi. Suka tidak suka, kita kena ambil tahu dan kena ambil bahagian.
Wallahualam.
76 comments:
Dato',
Yang paling faham kedudukan ekonomi negara ialah golongan peniaga dan usahawan. Walau tak reti baca majalah forbes atau far eastern ecenomic review.
Tak tau macamana PM dok janji sana sini dengan pelbagai emas permata, sedangkan ada agensi kerajaan & kementerian yang dah tak bayar pembekal sejak hampir setahun dah !!
setuju tok..
sebenarnya banyak benda yang perlu kita 'fed-up'kan dalam negara kita. ini termasuklah beberapa lagak memualkan kerajaan kita seperti isu Feedloot Keluarga Menteri itu. juga lagak meloyakan barisan pembangkang yang lebih hipokrit dari mana-mana umat didunia ini. tapi akhirnya ini sudah tentunya negara kita; negara kita sudah tentunya tanggungjawab kita. kita harung aja lah.
Nice share buddy you have done an excellent job by writing it and the info here is also very interesting,i have bookmarked this site and will surely tell it to my friends as well.cheers mate.
tuan tanah,
mantap.....
tapi kena ingat juga...stockmarket sebelum awal 90an, trading hour 10.00 - 16.00...sekarang udah jadi 09.00 - 17.00, kenaikan volume traded tak ada pulak berbeza jauh sangat apabila masa di panjangkan.. pada saya cuti adalah sesuatu yang subjektif
Salam dato'
Pada pendapat dato' apakah ekonomi malaysia akan bangkrup bila Pakatan Rakyat hapuskan TOL lebuhraya kita.
Salam
Datuk
1/ Terima Kasih, ekonomi penting . Ekonomi juga berkaitan dengan dasar- dasar negara dan pelaksanaanya.
2/ Maklumat yang dipaparkan sangat menakutkan.
3/ Wang keluar secara haram dan wang keluar secara halal. Dengar rungutan kawan, syarikat perkhidmatan kecil/sederhana pun, kontrak dengan kerajaan dirampas oleh pemilik warga asing secara ujudkan subsidiary bersama warga tempatan ( passive partner) walaupun ada expertise tempatan termasuk Bumiputra. Malang jika pendapatan dari perkhidmatan tersebut mengalir keluar dan expertise tempatan diketepikan oleh kerana manipulasi maklumat dan kurang peka pihak yang mengurus .
3/ Sejauh mana kebenaran dan sejauh mana serius isu ini wajar mendapat perhatian.
Salam Dato
Saya suka bincang hal ekonomi. Tetapi saya bukan pakar ekonomi.
Didalam dunia ini, menjadi pakar ekonomi bermula dari bukan pakar ekonomi melalui belajar,latihan, pendedahan , internship,pekerjaan dan akhirnya dipanggil pakar ekonomi....TIDAKLAH DIKETAHUI bila masa dan keadaan transisi dari bukan pakar dah jadi pakar ekonomi!....dan sejak
tahun 1920an, kita diberitahu pakar pakar ekonomi tentang ekonomi semasa, prestasi ekonomi dan hampir semuanya SALAH FAHAM,SALAH TAFSIR dan SALAH DUGA setiap kali diminta berbuat begitu !!.. adalah seorang dua yang betul...
Franklin Roosevert, Winston Churchill,Saud,Mao Tze Tong,Stanlin
Henry Ford, Bill Gates,Tun Dr Mahathir,Steve Job dll adalah contoh manusia TANPA latihan ekonomi,tetapi mengubah besar ekonomi negara masing masing pada satu masa dahulu....
J M Kenyes pakar teori ekonomi tersohor diawal tahun 1930an ..menjadi ikutan ramai pemimpin dunia hingga sekarang,dan BERJAYA menjahanamkan ekonomi banyak negara sejak 1940an...
Asas ekonomi itu mudah, pendapatan TUNAI melalui jualan barangan, tanaman,ternakan,perkhidmatan dll.
BELANJA pendapatan tunai itu mesti habis sejumlah itu sahaja atau kurang sikit....
Prestasi ekonomi meningkat apabila SELAMA bertambah aktiviti meningkat pendapatan tunai dan bertambah aktiviti berbelanja maksima setakat pendapatan atau kurang sikit dari pendapatan.
Untuk tingkatkan prestasi ekonomi, MESTI TAMBAH BILANGAN orang dapat duit tunai,atau TAMBAH PENDAPATAN TUNAI dari jumlah orang yang sama...tak gitu?
Ok, sekarang tuan tuan bolih kira balik pendapatan tunai sehari, sebulan dan setahun dll dan tolak belanja....ADA BAKI BERAPA RINGGIT??.
Lepas itu tanya soalan dan nilaikan yang sama dari isteri,anak, menantu,adik beradik,sepupu,biras dll...dan kali dengan lebih kurang 15 juta orang...ITU lah prestasi ekonomi
kita..!!.
YANG SAYA PASTI SANGAT IALAH ..rakyat biasa yang kerja
makan gaji,didalam lingkungan umur 50an ADALAH MANUSIA YANG PALING TERTEKAN HIDUPNYA (dan fikirannya)dinegara ini...disebabkan tidak cukup duit untuk yuran kolej/ universiti anak,tak cukup duit untuk belanja nikah kahwin anak,tidak cukup duit nak `bela' rumah yang rosak/nak besarkan rumah,nak bantu anak beli kereta, tolong beli perabut rumah anak atau bayar `duit muka' anak beli rumah!...
KALAU nasib teruk lagi, tiada duit simpanan untuk masa sakit demam dan ada ramai yang tak nampak `jalan' kemekah!!
INI BERLAKU selepas berkerja selama35-40 tahun!...
MUNGKIN ada yang timbul idea minta pampasan `faedah' keatas gaji harian yang tidak dibayar pada hari itu juga,tapi dibayar selepas 28-31 hari, KIRA MAJIKAN PINJAM dari pekerja....!!
Banyak duit lagi kalau dikira `backdated arrears'!...
Abu Bakar Ab Rahman
Dato.
Saya setuju dengan Komen Dato mengenai Ekonomi 100%.Makin susah Melayu hendak berniaga atas dasat 1Malaysia.
Hari ini saya dapat massage dari The Edge mengumumkan yang Equinas telah membeli85%Saham Revenue Valley Group dengan harga $64.7 Million.Syarikat ini menjalankan perniagaan Restoran Tomy Romay Rib dan Mahattan Fish Market.Sudah tentu saham ini di beli dari saham bukan bumiputra.Satahu saya kedua brand ini sudah tak berapa maju.Sabelum ini Equinas juga telah membelanjakan hampir $150 juta untok membeli saham Konsotium Logistik.
Apa yang saya mempersoaklan disini ialah amat mudak Equnas untok membeli saham syarikat bukan bumiputra tapi bila Bumiputra memohon kapada equinas untok membeli equity dalam syarikat mereka susah sekali hendak di luluskan.
Nampaknya Equinas ini dah jadi dumping ground untok unwanted company yang dah nak mampus.Ynag untongnya bukan bumiputra.
Kenapa bangsa aku,Malayu bagitu bodoh.
Mula-mula, saya nak berterima kasih dengan DAKJ kerana memberi perhatian kepada komen saya.
Saya juga, seawal tinta, memohon maaf jika ada rasa tercuit atau terguris.
Saya bukan fed up dengan cerita politik. Saya sekadar fed up dengan kaedah debat "aku baik - engkau jahat".
Tengok sahaja tahap komen dalam artikel DAKJ yang terdahulu. Buruk sangat bila melihat melayu ambil bahagian dalam pertandingan tunjuk jari - "aku betul, engkau salah".
Isu ekonomi boleh jadi isu politik. Ini lanskap politik kebangsaan.
Isu liwat jadi isu politik, ini hanya lanskap politik dalam padang untuk "player" sahaja. Bukan lanskap politik kebangsaan.
Lagi pula, apa ada pada Anwar Ibrahim? Jika dia dikeluarkan dari faktor politik Malaysia, adakah BN akan dijamin menjulang dalam PRU13? Saya jawab tidak, DAKJ jawab macam mana?
Yang akan menjulang BN adalah resepi ekonomi dan pendidikan yang boleh dihadamkan pengundi.
Masalahnya, banyak resepi ekonomi dan pendidikan yang telah cuba ditelan, kemudiannya telah dimuntahkan semula kerana memualkan perut.
Tak boleh dan tak sempat nak hadam.
Nak cuba jadi kuat macam Badang yang makan muntah hantu? Cubalah makan muntah NFC atau lain-lain muntah. Kita sama-sama tengok apa akan jadi.
Wang haram adalah wang yang tidak mahu diisytiharkan sumbernya. Kadang-kadang, sebabnya adalah untuk mengelak cukai. Selalunya, sebab sumbernya tidak halal.
Dan SETIAP KALI, jumlah penyeludupan wang haram ini adalah lebih kecil berbanding dengan jumlah sebenar yang masuk poket.
Ini juga maknanya wang haram yang "terhasil" pada 2008 adalah lebih dari amaun RM208 Bilion.
Bagi tujuan perbincangan, cuba kita semak balik, pada 2008, adakah bajet negara mencecah RM1 Trilion?
Yang ironinya, dalam laporan terbaru, Gabenor kita dinyatakan sebagai di iktiraf sebagai termasuk dalam lima Gabenor Bank terbaik di dunia.
p/s Kadar bayaran kerja lebih masa, dikira berdasarkan 26 hari (jika kerja hari Sabtu) atau 23 hari (jika cuti hari Sabtu). Dan ramai pekerja bukan eksekutif yang mengeluh jika banyak cuti umum - kerana tidak boleh buat "voluntary overtime" (berbeza dengan mereka yang dapat "instructed over-time").
p/s Contohnya dalam syarikat penerbitan berkala yang BERSAIZ KECIL, kerja 23 hari untuk menerbitkan majalah adalah jauh lebih baik berbanding kerja 19 hari sebulan untuk melakukan tugas yang sama. Dalam kes ini, selalunya mereka terpaksa buat "voluntary overtime" tanpa bayaran.
p/s Ramai pekerja bawahan yang mengeluh tetapi menerima hakikat, cuti tahunan mereka amat sedikit berbanding cuti tahunan pegawai-pegawai. Maknanya dalam setahun, mereka perlu kerja lebih banyak hari walaupun gaji mereka lebih kecil.
p/s Kebanyakan pekerja bawahan membuat kerja sambilan semasa diluar waktu pejabat. Maklum saja dengan kos sara hidup yang amat tinggi dewasa ini. Makanya, "rest assured", sekalipun mereka tidak bekerja di pejabat hakiki pada hari cuti, mereka tetap bekerja di tempat lain pada hari rehat mereka itu.
Fed Up
Dato'@ Kita tak boleh putus asa Dato'.Kalau kita putus asa makin parah ugama,bangsa dan negara kita.Kita anggap diri kita sebagai cendiakawan yang harus terus pejuangkan benda yang betul dan menolak benda yang salah dan tak masuk akal.Kalau kita fedup atau berputus usa,maka puak-puak yang berkuasa akan terus bermaharajalela dan akhirnya bangsa kita musnah.
2. Lupakan dulu soal ekonomi atau politik buat sementara waktu.Dato' cuba fokus kepada soal good governance atau sistem tadbir urus yang baik dalam negara kita.
3. Isu good good governance ini penting dari peringkat paling bawah sehingga keatas.
4. Diperingkat paling bawah sebagai contoh jawatankuasa surau pun tidak bagitu perihatin kepada soal amanah sehingga ada duit suarau atau masjid yang disalah gunakan. Diperingkat pemerentahan,isu rasuah masih lagi berleluasa walaupun telah ada sabuah agensi penguatkuasa yang telah di naik taraf iaitu SPRM.
5.Apa yang akan berlaku kepada bangsa dan negara kita apabila pemimpin-pemimpin memandang rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai perkara tidak penting.Malahan ada yang sanggup mempamirkan kekayaan mereka hasil dari perbuatan terkutuk rasuah.
6. Sesungguhnya rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah musoh utama bangsa kita. Orang yang terlibat dalam rasuah sanggup melakukan apa sahaja sehingga keperingkat menggadaikan ugama dan bangsa demi mengejar kekayaan didunia ini.
7.Saya cadangkan Dato'londehkan setiap individu yang Dato kenal pasti terlibat dalam perbuatan rasuah. Saya beri pujian kepada blog whistleblower 711 yang berani mendedahkan individu tertentu sebagai terlibat dalam rasuah.
8. Bangsa Melayu sebagai penganut ugama suci islam sepatutnya melihat rasuah jijik saperti kita jijik dengan daging babi atau arak.Tetapi sebaliknya ada individu Melayu bagitu sombong mempamirkan kekayaannya yang diperolehi melalui aktiviti rasuah yang terkutok itu.
iklas,
Rahim
setuju.tak boleh lari dari isu yg sebegini. dah jadi macam tanggungjawab.
Salam Datuk,
1.Anon 'fed up' dah fed up dengan cerita politik. Jangan begitu lah. Politik dan ekonomi beriringan kepada yang memegang tampuk kuasa. Jika tidak bagaimana Negara hendak di bangunkan tanpa KDNK dan KNK ?
2.Natijah nya politik yang sihat, cekap dan terakru serta tahu asal usul nya, tahu juga kekangan semasa dan bijak menerobos masa-masa akan datang dalam penggal-penggal nya (tempoh) hidup nya; boleh menjadi pemangkin ekonomi dalaman dan luaran Negara yang mapan.
3.Cuma politik+ekonomi yang gila "berkuasa" akan melenyapkan segala-gala seperti terjadi nya di AS dan Eropah.Konon pisau dan mentimun di tangan mereka...Yang lemah di kituk -kituk dan dan di cukur botak seada nya. Jika rantau asia gagal bersatu mengimbangi adikuasa ini, tidak mustahil China akan jatuh dalam kancah kebinasaan politik dan ekonomi yang memungkinkan perang.
4.Politik Rakyat menginginkan 'kesejahteraan hidup' selagi hayat di kandung badan.Menginginkan masa depan sendiri dan juga untuk anak, cucu,cicit kita. Dengan ini kita berharap hasil ekonomi di kembali kan semula kepada kita dalam kapasiti maksima dan gunatenaga penuh dalm satu ikatan teguh.
5.Gagal nya kita kerana rakus dan tamak.Gagal nya kita kerana tiada paksi dalam pegangan hidup (Agama). Gagal nya kita kerana inginkan kuasa mutlak berpengaruh dan mirip perjuangan peribadi/berkumpulan. Gagal nya kita kerana rintihan rakyat tidak di dengar sepenuh nya.
6.Paling gagal apabila berpolitik hanya untuk kaum kerabat sendiri sahaja yang mampu hidup senang lenang tujuh generasi silih berganti tanpa kekontangan,walau di bumi mana di pijak dan tercampak ....
7.Maka bertambah gagal lagi apabila 'jerung' mencuri makan ekonomi sekala kecil hak milik rakyat walau pun satu sen yang di ambil, di caj dalam setiap lunasan bil-bil bulanan kita...
Salam Dato'.
YAHOOO... Saya jadi pendaftar komen yang pertama setelah sekian lama menanti.......... mmm setakat ni takde komen dulu ye??
Alijusmin
ekonomi kita yang kurang produktif kerana terlalu banyak cuti dan asyik naik gaji yang datok sebut itu bukan punca sebenarnya.
Punca sebenar ialah "rasuah" salahguna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihK kerajaan umno/BN.
Tak usah jangan banyak. itu dan ini. puncanya ialah rasuah yang membuat produtiviti ekonomi tak naik naik.
Negara kaya boleh jadi muflis, kerana kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin negara.
Usah jadikan alasan kerana banyak cuti dan asyik naik gaji produktviti ekonomi lemah.
alasan yang tak masuk akal.Berapa banyak gaji yang dihabiskan kerajaan berbanding projek yang kosnya RM50 juta, jadi RM 200 juta.
assalam,
Itu yg datuk nampak tp pelik betul bila PM buat2 tak nampak.Semuanya sebab kroni dan politik.
Melayu Sedih.
Salam Datok AKJ.
Ekonomi dan politik macam Datok kata memang tepat tak boleh dipisahkab.
Cuma nak kongsi pengalaman dengan Datok .Mengikut pemikir zaman silam Aristotle kata:
"Manusia baik belum tentu menjadi warganegara yang baik.Manusia baik hanya boleh menjadi warganegara yang baik bila mana negeranya juga baik.Sebab didalam negara yang buruk manusia baik boleh saja menjadi warganegara yang buruk"
Terima kasih Datok.
Lahuma.
DAKJ,
Pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Najib terus menyanyikan lagu-lagu indah mengenai ekonomi negara kerana itulah strateginya untuk meyakinkan pengundi-pengundi bahawa kerajaan BN sahaja yang boleh berbuat begitu.
Tetapi strategi ini akan memakan diri kerana hakikatnya negara sedang dan akan berhadapan dengan masaalh ekonomi yang serius. Dan apabila pengundi-pengundi sedar mereka hanya dipermainkan dengan kata-kata manis Najib, pengundi-pengundi akan menghukum UMNO/BN lebih parah lagi daripada PRU 2008.
Dengan mengurangkan politiking, dan berlaku jujur tentang keadaan sebenar ekonomi negara serta menjelaskan langkah-langkah tindakan kerajaan menanganinya akan menjadikan UMNO/BN lebih dihormati dan diyakini pengundi-pengundi.
UMNO/BN yang sudah memerintah negara l/k 50 tahun, ditambah dengan pelbagai pengalaman, nampaknya masih lagi naif, tidak sedar akan perangkap yang dipasang pembangkang untuk terus obses dalam politiking tetapi lalai dengan masaalah-masaalah harian yang menghimpit rakyat. Aneka macam transformasi hanya gah pada nama dan slogannya sahaja.
ZMS
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati. Kedua-duanya perlu memerlukan.Mungkin yang menjadi masalah disini adalah salah faham apabila seseoarang bertanyakan sesuatu ia diambil sebagai penentang wal hal mereka ingin tahu perkara sebenarnya.Sebagai contoh apa sebab Kementerian Usahawan dibubar, Bank Bumiputera di telan olih bank yang lebih kecil dan sebagainya.Apakah untungnya kepada bangsa bila berbuat demikian? Kita banyak mendengar perlunya berubah untuk menghadapi masa hadapan. Sebagai perbandingan saya lihat PAS telah membuat perubahan banyak yang tidak terfikir bolih berlaku 10 tahun dahulu.PAS telah membuka pintunya untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu bersamanya.Ramai profesional telah menjadi ahli. Bagi bukan Islam pula diwujudkan kelab penyokong PAS. Tidak heranlah PAS tidak lagi ditakuti olih orang bukan Islam dan berintraksi dengannya termasuk DAP yang sebelum ini dikatakan tidak akan berkerjasama dengannya.Sikap terbuka yang ditunjukkan DAP pula sudah mula menarik orang Melayu memasukinya.UMNO pula nampak sebagai parti yang exclusive. Sementara pemimpin UMNO merayu supaya orang Melayu bersatu terdapat ada pihak yang asyik memperlekeh parti lawan.Ini dengan sendirinya menjauhi sebahagian orang Melayu merapatkan diri dengan UMNO yang mereka rasakan tidak memerlukan mereka.Sebenarnya ini adalah persepsi yang perlu diambil tindakan segera olih UMNO kerana jika tidak UMNO akan menjadi sebuah parti yang terpencil.
Dalam pengetahuan saya Negara kita mempunyai banyak dasar yang boleh menjadikan Orang Melayu termaju dalam dunia. Malangnya ianya tidak dilaksanakan sepenuhnya mungkin dipengaruhi kuasa ekonomi orang bukan Melayu yang dengan cara halus dapat menyeleweng arah dasar yang telah diwujudkan supaya tersasar. Dato' mungkin boleh mencadangkan kepada pihak berkenaan mengadakan seminar membincangkan isu ini. Saya masih lagi berpendapat bahawa tidak perlu kita mencari formula untuk memajukan bangsa,ugama dan negara kerana semuanya sudah sediada. Hanya perlu melaksanakannya mengikut apa yang dirancangkan.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision
Petaling Jaya.
Assalamualaikum Dato’,
Saya pun Fed-Up, sangat Fed-Up dengan cara UMNOBN urustadbir ekonomi negara.
Ingat slogan BERSIH,CEKAP,AMANAH
Tiada yang BERSIH,
CEKAP ok laa
AMANAH.....jauh panggang dari api.
( Dah lepas geram........lega sikit rasa!)
Bab ekonomi mega-mega, saya serah kepada yang lebih arif.
Saya nak tambah kuah ke nasi Dato sikit,
“Gaji 31 hari, tapi produktiviti 19 hari saja.
Gaji 29 hari, tapi produktiviti 17 hari saja”.
Saya fikir, dalam banyak-banyak HARI, hari yang paling tidak produktif adalah hari JUMAAT.
19 hari tolak hari Jumaat, 18 hari setengah
17 hari tolak hari Jumaat, 16 hari setengah
Yang tak jadi produktif pada hari Jumaat tu sebab MASA KERJA jadi pendek sangat, bercampur sikap pekerja yang sememangnya bukan lah produktif sangat pun.
12 tengahari, dah cabut, kononnya NAK DOK BELAKANG IMAM sembahyang Jumaat. Masuk balik sepatutnya 2.30pm, ramai yang masuk 3.00pm, alasan pi makan. 3.45pm dah tak nak buat kerja dah, fikiran dok teringat nak balik.
Kalau sekolah petang pula, masuk belajar 2.40 petang. Bukan masa yang ideal untuk belajar!
Nak atasi masalah ni, elok je kerja hari Ahad, cuti hari Jumaat.
Salam Datuk,
Cerita orang kecik...
1. Cuti - sudah cuti. Fine. Tetapi hari lepas cuti pun selalunya tak produktif. Selsema, penat (kenduri, berjamu, jalan jauh), mengantuk, dan borak kongsi excitement masa cuti dsbnya...
2. Pengeluaran wang tak berekod keluar negara - kalau pandai cari di jalan TAR, disebalik kedai-kedai with regular retail fronts, boleh saja dapat khidmat cash transfer keluar negara anytime ...
3. Rasuah ni is such a refined art ... that many tak berasa pun yang itu rasuah. Pokoknya ... sifat irihati (dan dengki) bila orang lain mendapat sesuatu kelebihan. Kononnya kitalah yang membantu mendapatkan kelebihan tersebut. Maka wajar kita mendapat upahnya. Kadang-kadang tak sebut upah pun. Pinjam... Tak bayar balik. Sipeminjam pun malu alah nak minta... I am sure ramai orang kecik dah melalui hal ini...
4. Sabar je lah. But tak putus asa. InsyaALLAh usaha dan niat baik yang berterusan pasti membuahkan kebaikan. Niat kita. Bila niat baik tu sama, bersatu dalam kebaikan insyaALLAH kita.
Wassalam.
Datuk, Salaam. As a former civil servant of the old era, I think that the current government is either incapable of accepting fact or are afraid to face the people with bad news.
I went through the 1980's and 1990's economic crises when the government, in both instances under Tun Dr Mahathir, faced fact and shared the truth with the people. I was, on both occasions, attached to the EPU. People understood and they became instrumental in the stability of the country and the eventual recovery of the economy.
I have long ago retired, but from the newspapers I received confusing and conflicting news about the economy. The media has become prone to spinning news and hiding the truth, supposedly to protect the government.
Today, as an example, the newspapers quoted MIER as saying that the GDP growth last year was 4.9% but the NST said nothing about MIer's forecast for this year, which is only 3.7%. But the Star reported the fact. NST was still spinning in favour of the Government instead of telling its readers the truth.
I remembered in 1995 when Tun Daim warned about the overheating of the stock market and the NST published the news, many people were angry with the NST. But less than 3 years later the stock market crashed and the economy went into recession. BUt Dr Mahathir told the people the truth. He went on TV to tell the people about crisis and imposed exchange control.
The Government should use the media to tell the truth to the people instead of hiding the truth about how the global economy is affecting us. Malaysians are not stupid. They know. If the government and the media are not telling the truth they know sooner or later. Thank you. Salaam.
Oldtimer
Pakar ekonomi antarabangsa ramal eksport dan pembuatan negara lebih kukuh tahun ini
MALAYSIA terlindung daripada ancaman kemelesetan ekonomi tahun ini berikutan tinjauan positif ke atas negara sedang membangun serta rantau ASEAN, meskipun berdepan risiko faktor luaran terutama masalah hutang berterusan di zon euro, kata bank pelaburan antarabangsa, Bank of America Merrill Lynch. Ahli Ekonomi Kaji Selidik Globalnya, Chua Hak Bin, berkata negara membangun dan rantau ASEAN kecuali Singapura mempunyai faktor sokongan kukuh seperti asas domestik mantap yang meletakkannya dalam kedudukan kalis daripada kemungkinan kemelesetan tahun ini. “Kemungkinan untuk ekonomi Malaysia meleset adalah rendah, yang mana kami menjangkakan kebarangkalian paling tinggi untuk negara ini terjerumus ke dalam kemelesetan adalah 20 peratus.
“Kami turut menjangkakan angka eksport dan pembuatan Malaysia yang lebih kukuh untuk tahun ini,” katanya pada taklimat tinjauan ekonomi dunia 2012 bertajuk ‘Ekonomi ASEAN 2012: Mengemudi Pergolakan’ di Kuala Lumpur, semalam.
(petikan dari berita harian 20/1/2012)
tapi kalau baca hujah dato kat blog ni..rasa macam berlawanan apa yang dilaporkan diakhbar...
fed -up.. biasala dato..kita semua manusia biasa tak boleh lari dari rasa fed-up.. semoga malaysia terlindung dari bahaya ekonomi, politik dan sosial di tahun 2012 ini...aminnnnnnn
Dato.
Semalam saya berjumpa dengan orang kuat MB Johore Ghani Osman.Dia nampak leteh betul.Kasehan.
Dia kata dah leteh lari ke hulu ke hilir membuat programm MB melawat kawasan.Hasilnya kosong.MB Ghani membuat tapsiran semua kawasan Parliment di bandar 2 di Johore akan jatoh ka tangan Pembangkang ini termasok lah NUSAJASYA.Dia anggar 15 kawasan Parliment.
Saya kata padan muka Ghani.Saya marah sekali kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan J.Corp.J.Corp yang di bena oleh Tan Sri Ali sejak 30 tahun dahulu tampa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai asset hampir bernilai 14 billion ringgit.
Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp ,Ghani telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masok beberapa orang luar ,budak2 yang belum tahu apa itu susah,untok mengendalikan J,Cop dan anak2 syarikatnya.Ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuloh tahun.Siapa yang tidak marah.Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman,Jamal,Ahmad Mohamad.
Yang sedehnya dato,penasehat sabenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim"superman"Sekarang tugas mereka ini ialah untok 'merompak 'asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR.Tanah2 Commesial dan akhirnya estate 2yang di milekioleh Kulim.
Saya kata jika umor panjang tulis dalam buku dairy awak apa yang saya kata.Dalam masa lima tahun semua harta2 ini habis.
J.Corp yang mempunyai hutang hampir 3 billion,nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untok membayar hutang ini,tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi $5.5 billion melalaui anak syarikatnya.
Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali,malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block.
Semoga Allah selamatkan Melayu Johore.Kubu kuat UMNO.
Aslkum Dakj
Cantik sgt paparan Dato kali mengenai ekonomi.
Cuma oleh kerana ramai rakyat terutama Melayu dan India yg kerana miskin ekonomi, mereka jadi biul dan lembam sehingga tak boleh fikir sendiri akan perbuatan durjana Umno dan Mic.
Kadang kala nak cakap padan muka kenapa setelah lebih 50 tahun kalian ditintas dan dirompak kalian masih terus undi Bn!!!
Tak payah banding jauh2, dgn Singapore pun cukup.
40 tahun lalu nilai tukaran kita hampir sama tapi kini kenapa SD1 kenapa bersamaan RM2.45.
Kenapa mereka mampu bayar upah tinggi pd menteri dan kakitgn awam sekaligus mengelak rasuah.
Kenapa kita tak pernah dengar kapal terbang dan helikopter mereka terhempas.
Dua tahun lalu Ketua Audit Negara mengganggarkan 10% atau Rm26b drpd anggaran belanjawan negara disonglap oleh pemimpin Umno and the gang. Tapi kalau berdasarkan kes2 besar spt bakun, Ap, Port Klang Free Zono, pembelian kapal selam, kapal terbang, helikopter, rugi Bank Bumi, rugi Perwaja, Mas, Proton, projek terbebgkalai dll saya lebih cenderung mengatakan jumlah disonglap setiap tahun tak kurang Rm50b.
Patutlah tahap hospital daif, sekolah padat walaupun dua sesi, guru terpksa terpekik telolong nak cuba kawal kelas yg terlalu ramai,kereta mahal kerana nak subsidi projek kereta proton mahadir gagal tu.Biasiswa anak Melayu juga dihapuskan. Beribu juta wang, masa dan tenaga rakyat dibazir dgn kes mahkamah olok2
Tapi tak pe demi Umno Bn tetap ku undi jua. Apa punya ngok.
Din klang
Salam Dato’ Kadir
Bercakap pasal ekonomi ni, ada angka dan ada fakta. Pakar ekonomi suka tengok angka tapi org biasa macam saya suka tengok fakta. Bila kita bayar RM1 untuk penasihat, dapatlah hasil seringgit.
Masa saya di London, sampah di kota raya tersebut dikutip setiap beberapa jam. Tapi di Selangor sekarang, sampahnya dikutip selepas beberapa minggu. Dgn bau busuknya, ulatnya, air bertakungnya, lalatnya, tikusnya dan sebagainya. Lampu jalan pula banyak yg tak menyala menyebabkan accident tinggi, jenayah meningkat. Jalan berlopak-lopak. Gangguan bekalan air macam dah jadi routine dah. Incidence penyakit berjangkit pun tertinggi di Malaysia.
Tapi yg LAGI kesiannya, EXCO Agama Islam telah diambil dari PAS. Dan ‘terkebil-kebillah’ mereka serta berbagai alasan-alasan diberi. Kesian-kesian. Tapi dari komen-komen pembahas dari PAS dlm blog Dato’ ini, saya rasa memang mereka tak layak pun. Ayat Quran pun dipermainkan sampai mentafsirkan surah Al Baqarah ayat 120 ; mengqiaskan “mana-mana orang yang membenci dan memusuhi orang PAS, mereka itu seolah-olah orang Yahudi dan Nasrani”. Tapi tiada seorang pun pengikut mereka yg menegur sampai hari ini.
Jadi Dato’, tak perlulah sebok nak ambil cadangan kononnya kerajaan negeri dikekalkan kepada pembangkang. Ekonomi KO, jaga pemurtadan pun KO, tapi ada hati nak hapuskan tol pulak. Apa salahnya berkata benar walaupun pahit. Sekian TQ.
sdra fed up
tahniah
satu ketika dulu, tuan menulis tentang "telo ayam" sapah pun tak peduli....
dan dari komen tuan,sekarang baru saya benar benar faham maksud "wang haram"...
dari dahulu kala menyatakan,dalam pasaran bebas kenaikan harga di tentukan oleh demand and supply... tapi kenapa bila supply increased, price tak juga mau ke bawah...
Salam Datuk,
Hari ini sebak Kosmo. Ada 2 muka penuh cerita mengenai seseorang bernama Adele. Banyak awardnya, berjuta jualan rekodnya.
Kami check. Blue saja bunyinya. Depress kalau dengar lama.
Now, minta pendapat Datuk.
Mungkinkah ... apa yang digemari peminat muzik pada sesuatu ketika itu mencerminkan suasana Ekonomi Dunia semasa?
Mungkinkah ... masa ekonomi mewah muziknya ke rock dan ceria? Dan masa merudum people ke Blues.
Agaknya ... bolehkah muzik popular semasa dijadikan petunjuk ekonomi semasa dan petanda ekonomi mendatang?
Agaknya kalau diGoogle ada related research ni ...
Back to KOSMO, why 2 pages on this person?
Terima kasih.
Saya pun "fed up" jugak dengan ekonomi, kita tak perlu ada budget, tak perlu rancang ekonomi, mana pemimpin pegi buat "walk about" akan ada pemberian juta-juta sana juta-juta sini, kita ada perancangan ke macam ni? macam dah "fed up" nak memimpin saja...
Tolong lah, sementara ada sedikit yang belum "fed up" ni...jangan diperbudak-budakan...dah suntuk sangat, berubahlah...atau just fade away....
Kaki tangan awam yang sama cuma kerajaannya saja lain.
Ketika umno memerintah Terengganu kebanyakan anak anak syarikat kerajaan muflis.
Tapi apabila PAS mengambil alih kerajaan pada tahun 1999 banyak anak anak syarikat yang lemah pulih.
Bukan setakat itu saja malah sudah ada anak anak syrikat kerajaan yang akaunnya dulu bertanda merah sudah berubah.
Ini menandakan syarikat itu sudah pulih dan membuat untung yang selama ini asyik rugi.
Oleh itu janganlah sebut naik gaji dan banyak cuti produktiivi tak jadi lemah.
punca utamanya ialah rasuah dan makan riba dianggap jualbeli oleh usahawan hari ini.
YBhg Datuk K,
Bagaimana tidak “Fed-Up” - kadang-kadang kita terasa tertekan atau exasperated kerana tiada banyak yang kita boleh lakulan untuk memperbaiki keadaan. Telah banyak cakap-cakap, slogan dan tag-lines tapi tiada banyak kajian tentang keberkesanan slogan sedia ada sebelum slogan baru di ketengahkan. Kekadang kita rasa “mual” dan “payau” dengan kata-kata “manis” yang cuba di “jual”.
Walaubagaimanapun, dilema yang saudara timbulkan adalah dilemma penting Malaysia selain dari beberapa lagi predicament dan isu lain seperti berikut:-
• Saya agak terkilan tentang “habuan-habuan” yang sedang giat di edarkan kepada rakyat. Duitnya, komputernya, dan sebagainya – adakah ini akan menjana gerakan pertumbuhan ekonomi atau untuk menjinak sokongan rakyat menjelang PRU!
• Sehubungan itu saya juga musykil apabila pemerintah melabelkan kemudahan dan pemberian “habuan” berkenaan sebagai pemberian dari kerajaan yang diperintah olih parti politik semasa. Kerana bahawasanya setiap pemberian dibawah program kerajaan adalah dari sumber kewangan negara (kepunyaan semua rakyat) – sejajar dengan kaedah pengedaran habuan tersebut kepada semua rakyat jelata yang layak melangkau sempadan fahaman politik mereka.
• Sebaliknya kerajaan sewajarnya perlu perihatin dengan teguran-teguran serta pemerhatian Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, lebih belanja (RM4.8 billion), hutang negara (RM362 billion)yang semakin meningkat ketahap bahaya (53.7% of the GDP).
• Saya ingin juga mencadangan supaya apabila sampai masanya Parlimen di bubarkan, status dan fungsi pemerintah berubah menjadi “caretaker government” yang menjalankan fungsi “caretaker” semata-mata. Kerajaan sementara atau caretaker cuma berhak menguruskan tugas-tugas asas pentadbiran harian negara termasuk hal ehwal undang-undang dan keselamatan awam.
• Kerajaan caretaker sewajarnya tidak layak memulakan program atau projek baru atau cuba ambil kesempatan kedudukan sebagai kuasa caretaker untuk mendapat kelebihan berbanding parti lawan di dalam PRU mendatang. Dari segi etika, moral dan tata cara amalan demokrasi moden, satu peraturan hendak lah di gubal untuk diguna pakai dan di patuhi sepenuhnya demi kesamarataan pertandingan di dalam sesuatu PRU.
Samaada kita peduli atau tidak, suka atau tidak, kita rakyat yang menjunjung langit yang sama walau pun di hujani panah dan lembing, tiada pilihan. Kita tetap meredah di bumi yang nyata walau betapa panas membara sekalipun.
Dan rakyat sekarang adalah rakyat berpendidikan dan punya pelbagai kemudahan bahan bacaan dan perhubungan untuk membuat pilihan yang bernas.
Salam seperjuangan,
M A Halim
Salam.
Kepada sesiapa yang mengkritik PAS berkenaan pelantikan exco selangor, saya ada beberapa soalan yang mungkin boleh fikirkan.
Adakah Islam begitu sempit dan hanya layak untuk jawatan exco agama sahaja?. dan juga adakah Islam itu milik PAS sahaja hinggakan orang lain tidak layak untuk jawatan itu?.
Jika begitu pemikiran saudara, Tn. Guru Hadi dan Nik Aziz hanya layak jadi mufti atau menteri agama di jabatan perdana menteri sahaja jika ditakdirkan pakatan menang nanti! Hairan kenapa Nabi Muhammad SAW pemerintah ulung negara islam Madinah dan bukannya mufti atau menteri agama.
Saya berpendapat elok sangat PAS diberi exco belia dan sukan kerana belia masakini sangat sangat memerlukan Islam dan PAS perlu mengambil peluang ini untuk membawa belia-belia kita kembali kepada islam dan ini lebih mendesak dan perlu dicari penyelesaian nya. Exco agama eloklah dipegang oleh MB kerana untuk menghadapi kerenah Jais/Mais dan Sultan memerlukan seseorang yang lebih berautoriti.
~Malik
Dato
Rakyat biasa dia tak tahu dan selok belok ekonomi.Yang dia tahu dan mahu ialah:
1.makan minum terjamin
2.tempat kediaman terutama dibandar
3.kemudahan kesihatan kerajaan
4.pendidikan anak-anak mereka
5.peluang pekerjaan
6.keselamatan
Inilah antaranya yg rakyat mahu.Mana kerajaan yg boleh selesai masaalah ini maka popular lah kerajaan itu.
Nak jadi gomen yg baik lihat masaalah itu dulu.Tumbangnya kerajaan didunia bukan masaalah lain.
Rakyat pun cerdik dan bijak.Janji manis pun belum tentu dapat undi.
Apa cerita pun jgn bagi rakyat terbanyak fed up.Kalau rakyat fed up lingkup lah jadi nya.
Sebab itu kalau kita lihat hari bagaimana parti politik mem[promosi dan bodek rakyat dgn pelbagai sogokan.
Selamat ,mengundi PRU 13 nanti.
:
Yang Berbahagia Dato',
Pernahkah Dato' naik teksi bermeter dan yang pemandunya dah agak berumur. Lihat sahaja warna rambut di kepala tentu kita boleh agak. Cuba Dato' tanyakan pendapatannya sebulan ?. Mereka tidak akan berbohong menceritakannya. Pemandu teksi macam dia katanya perlu kerja 7 hari seminggu dan sekurang2nya sepuluh jam sehari. Ahad atau cuti umum sama saja. Orang sibuk dengan overtime, bagi dia semuanya disebut dengan lawak 'behind time'. Nak lebih kena jalan lepas 12 tengah malam. Dereber teksi macam dia pun mahu diajak cakap pasal ekonomi. Lagi fedup bila penumpang hanya suka sebut nama orang besar2, katanya.
Semua orang suka cakap pasal ekonomi tapi tak tahu sesen pun pasal ekonomi. Sama juga ramai orang suka cakap pasal politik, tapi asyik dengan maki hamun atas perkara yang tidak dipersetujuinya.
Saya suka Dato' tulis dan ulas bab politik. Tentang bab ekonomi ..... bagilah kat orang lain. Che Det ke Pak Jib ke lagi bagus. Mereka ini kan Menteri Kewangan.
Haji Kampung.
Sebenarnya Dasar Ekonomi Baru yg wujud semenjak 1974 telah banyak melahirkan cerdik pandai Melayu dalam pelbagai bidang.
Kumpulan cerdik pandai inilah sekarang ada yg menyokong UMNO/kerajaan.Dan ada pula yang menetang kerajaan dan meyokong PAS/PKR dsb.
DEB itu bagus dan baik pada awalnya.Cuma DEB ini telah disalah guna oleh pihak tertentu untuk kepentingan kroni dsbnya.
Akhirnya DEB menjadi isu bukan sahaja dikalangan Melayu sendiri.Malahan DEB juga telah berani dikritik oleh bukan Melayu pula.Bukan Melayu tumpang sekaki menentang DEB ini.
Antara yg menjadi topik perbincangan dibawah hari ini lah keadilan dan saksama dikalangan Melayu itu sendiri.
Bukan salah DEB.Yang pincang itu semasa dlm perjalanannya.
Adakah isu Feedloot termasuk dlm senarai DEB.
Terima kasih Dato.
Salam Datuk YM, saya bisa faham sentimen Datuk dan rekan pendebat tentang sikap pemerintah dan ekonomi negara. Tetapi, semuanya, Datuk, bertitik tolak daripada siapa yang menerajui negara. Dalam kaitan semasa, Datuk Seri Mohd Najib.
Beliau pestinya lebih cerdik daripada Tun Abdullah, tetapi Tun Abdullah pastinya lebih baik daripada Najib.
Akan tetapi, kedua-dua sama kerana tidak "hands-on" dalam apa yang mereka lafaskan dan zahirkan. Mereka terlalu menyerah dan bergantung kapada pembantu khas, penasihat khas dan kakitangan peringkat tinggi. Justeru itu, Abdullah francaikan kuasa kapada Budak-Budak Tingkat Empat dan Najib kapada Idris Jala, Nor Mohammed Yackop, Gabenor Bank Negara dan isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansoer.
Contoh klasik dan mutakhir sikap ketidak-pedulian dan kedangkalan pengetahuan Mohd Najib adalah dalam isu SBPA yang nyata bertujuan baik dan memikat hati kakitangan umum, tetapi menjadi kontroversial kerana sikap tidak peduli kapada detail dan terlalu bergantung kapada penjawat awam oleh Mohd Najib. Justeru, tujuan baik beliau bertukar menjadi masalah.
Laporan Mingguan Malaysia muka satu hari ini menzahirkan sikap ketidak-pedulian Nijib itu apabila beliau dipetik sebagai berkata : "Sebelum ini saya dengar yang di bawah, kenaikannya terlalu rendah dan yang di atas berlalu tinggi, maccam-macam saya dengar."
Natijahnya, dalam hal sebesar dan sepenting inipun, yang membabitkan 1.3 juta petugas negara, Mohd Najib hanya main dengar-dengar. Ini amat berbahaya kerana Perdana Menteri tidak tahu apa yang dibuat oleh petugasnya sendiri sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati petugas awam bawahan.
Kalau Najib main dengar-dengar dalam hal yang besar begini, bagaimana kita boleh meyakini yang beliau sebenarnya tahu apa yang sadang terjadi dengan ekonomi negara dan hal-hal lain yang pokok dan fundamental. Kalau beliau hanya main dengar-dengar, mungkin orang beliau yakini seperti Nor Yackop, Idris Jala, Zeti Aziz bisa mengangabui mata beliau demi kapentingan mereka sendiri. Ini amat menakutkan karena Mohd Najib mungkin tidak lebih kompeten daripada Tun Abdullah sedangkan kita sedang berdapan dengan situasi ekonomi global yang genting lagi mencabar.
Profesor Pencen,
Bangi.
Salam Dato.
Kalau nak tahu hal Dr Hasaan Ali bacalah utusan Malaysia dan TV perdana.
Kalau nak cerita hal Anuar Ibarahim dan PKR bacalah Surat Khabar Harakah.
Dah terbalik kuang.\ orang Kedah kata.
Cuma keluar duit lebih sikit.Syok juga gembar gembur politik Malaysia kini.
Kedua -dua nya kerja angkat ekor sendiri.Ekor sendiri yg hebat.
Datuk, our economic and development policies are among the best in the developing world. They were planned and designed by experienced and dedicated civil servant. But much of their implementations were spoilt by the interfering politicians. These corrupt, meddling politicians caused failures of many good policies, programmes and projects, and they even corrupted many civil servants.
The question really is honour. Our politicians lack honour. Not only were they corrupt, they also refused to relent and resign when they no longer enjoyed the trust and confidence of the people.
I am touched by the gesture of the US Congresswoman, Gabrielle Gifford of Arizona who, yesterday, announced her intention to resign from Congress this week to concentrate on recovering from wounds suffered in an assassination attempt a year ago.
"I don't remember much from that horrible day, but I will never forget the trust you placed in me to be your voice," the Democratic lawmaker said on a video posted without prior notice on her Facebook page.
"I'm getting better. Every day my spirit is high," she said. "I have more work to do on my recovery. So to do what's best for Arizona, I will step down this week."
Giffords was shot in the head and grievously wounded last January as she was meeting with constituents outside a supermarket in Tucson, Ariz.
Americans love her. But she is resigning nevertheless because she knows she cannot fulfill he duties as an elected reprentative.
But how many of our sick, corrupt, guilty and dishonest politician from BN and PR would do such an honourable thing? None. Instead they will sue you for saying they are corrupt, dishonest and immoral. So much for being a Muslim country.
Ex-EPU
Pembahas Din Klang,
Saya tidak akan menyiarkan komen Sdr yang terbaru kerana Saudara merujuk kepada "Si kafir -- -- menjadi Menteri."
Kalau mahu saya pertimbangkan semula, sila pinda rujukan tersebut. Tak payahlah kita "emo" atau taasub kepada parti kesayangan kita sampai hilang pertimbangan dan memaki-hamun, apatah lagi apabila kita mengaku Muslim.
Terima kasih
Dato'
Barisan pembesar2 hari Ini sudah hilang patriotism apabila menguruskan ekonomi negara. Faktor yang lebih diutamakan nampaknya berapa jumlah yg masyuk ke poker masing2. PM sebenarnya telah hilang kawalan dalam Hal ini. Akan tetapi dilenyapkan dengan berita2 1malaysia, skim itu, skim ini dll
Assalamualaikum,
Saya sekali-kali tidak pernah berasa fed up untuk menyatakan kebenaran, lebih-lebih lagi apabila saya berasa beramanah untuk menyampaikan kebenaran.
Untuk pengetahuan Lat Juno dan OKJ serta semua penyokong taasub melampau UMNO, terutamanya kepada mereka yang meragui Nik Aziz, sukalah saya menyatakan kebenaran bahawa hingga ke saat ini, apa sahaja kata-kata yang diucapkan oleh Nik Aziz semuanya benar belaka.
Berikut ialah penjelasan saya yang benar berkenaan lima item ucapan Nik Aziz yang berupa soalan perli yang dilemparkan oleh Lat Juno melalui posting DAKJ yang lepas .
Pertama, Allah mencarut. Mencarut bagi masyarakat Melayu Kelantan (sebagai contoh) sekadar menyebut nama alat kelamin lelaki atau perempuan dalam bahasa Melayu. Kalau saya menyebut nama alat sulit lelaki 'pe...' atau alat sulit perempuan 'bu...', maka mencarutlah saya; sedangkan Allah dalam al-Quran menyebut kalimat 'zakar' bagi alat sulit lelaki dan 'faraj' bagi alat sulit wanita. Itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz bahawa Allah mencarut.
Namun, apalah sangat 'Allah mencarut' itu? Allah bahkan lebih daripada mencarut apabila Allah berkata "laknat" ke atas "kamu" misalnya, maka "kamu" yang dilaknati Allah itu pasti akan ke neraka jahanam. Demikian juga apabila Allah memurkai "kamu" dengan sumpah "celaka" atau "wail", maka neraka Waillah tempat balasan bagi "kamu" yang kena carut atau sumpah itu.
Kedua, Allah samseng. Analogi 'samseng' dalam konteks ini terlalu mudah. Analogi saya begini sahaja. Saya ayah yang baik. Saya mahu anak lelaki saya menjadi baik seperti saya. Pada suatu hari saya mendapat tahu anak saya itu telah bertindak ganas bagaikan samseng.
Saya pun memanggil anak saya untuk memberi nasihat. Saya akhiri sesi kaunseling saya itu dengan penegasan yang berhikmah, "Anakku, janganlah anakku berlagak samseng lagi; kalau anakku nak tahu, ayahmu ini lebih samseng. (Padahal saya sebenarnya bukan samseng; saya ayah yang baik. Pengakuan samseng itu sekadar mengingatkan anak bahawa saya pasti menghukumnya apabila dia menjadi samseng lagi).
Demikian jugalah maksud yang tersirat daripada ungkapan Allah samseng oleh Nik Aziz bahawa Allah al-Muntaqim itu pasti akan menyeksa balas di akhirat kelak sesiapa sahaja yang samseng di dunia ini. Nik Aziz sebagai pemimpin yang baik yang mengasihi pengikutnya membuat qias atau analogi sedemikian dengan niat yang suci murni agar pengikutnya menjadi insan solih, tetapi bukan samseng. (Allah al-Muntaqim bermaksud Allah Yang Maha Pengancam atau Allah Yang Maha Penyeksa).
Ketiga, penyokong UMNO syirik, dan keempat, orang UMNO kafir. Sudah banyak kali diulang bicara berkenaan aspek aqidah ini. Bukakah Allah SWT sendiri yang memberitahu kita melalui al-Quran, Surah al-Maidah: 44, 45 dan 47? Tidak percaya, ke?
Kelima, undi PAS masuk syurga. Memang benar, pengundi Islam yang solih mengundi calon daripada parti Islam yang perlembagaannya berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah masuk syurga.
Bukankah seorang mukmin yang beriman serta beramal solih dijamin syurga oleh Allah SWT?
Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.
p.s: Saya masih menunggu jawapan daripada OKJ. Saya ulangi soalan saya, "Ke mana OKJ menghumban Ayat 44, 45 dan 47 Surah al_Maidah, dan Ayat 3 Surah Ibrahim. Berpakatlah dengan Harussani Zakaria, 40 ulama muda UMNO atau sesiapa sahaja untuk menjawab soalan saya itu.
Saya ikhlas untuk menyelamatkan anda semua daripada menjadi manusia fasiq.
Snippet
Nakhaie gesa penyokong Pas jangan taksub, bermuhasabah
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Penyokong Pas diminta bermuhasabah dan tidak bersikap terlalu taksub kepada parti. "Sumbangan Pas kepada Islam terlalu sedikit. Selain slogan retorik 'Membangun Bersama Islam', Pas tidak mempunyai agenda terperinci dan konsep perjuangannya berubah dari semasa ke semasa. "Saya nasihatkan penyokong Pas yang taksub ini agar bermuhasabah diri dengan Allah, fikirkan apa sebenarnya Islam, apa agenda Pas dan apa sumbangannya selain daripada retorik-retorik politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Baru-baru ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menyatakan Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.
BN diminta beri ruang kepada Hasan Ali
KUALA LANGAT 23 Jan. - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," kata Dato’ Menteri.
MAAF DIPOHON, YBHG DATUK A KADIR JASIN
(what is GFI, dato)
Nama baik Malaysia tercemar! Bagaimana mahu mempromosikan barang buatan Malaysia begini?
Inikah cerita-cerita yang sepatutnya difikirkan-fikirkan?
i. Monday, 23 January 2012 04:47
AMARAN BUAT ORANG MELAYU : LEPAS PRU 13 BN AKAN TEKAN RAKYAT DENGAN CUKAI MELAMPAU.
Written by MB Warrior
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=amfjSurQInI
(http://www.tawanmalaysia.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=1732:amaran-buat-orang-melayu-lepas-pru-13-bn-akan-tekan-rakyat-dengan-cukai-melampau&Itemid=53)
ii. Tuesday, January 24, 2012
Rosmah Sangkal Dakwaan Berbelanja Mewah
(http://lydiausm72.blogspot.com/2012/01/rosmah-sangkal-dakwaan-berbelanja-mewah.html)
(Ini adalah soal reaksi kepada prestasi najib sebenarnya.
Kenapa tiada tindakan saman-malu terhadap Australia Sydney Morning Herald: ...Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney... ?
Cuba bandingkan cerita dari blog
http://theunspunblog.com/2011/08/22/kompas-strange-apology-to-malaysian-pm-najib-razak/Kompas
Nama baik Malaysia tercemar! Bagaimana mahu mempromosikan barang buatan Malaysia begini?
Bagaimana pula dengan cemaran dari Global Financial Integrity(GFI)?
i. (http://www.gfintegrity.org/storage/gfip/documents/reports/IFF2010/gfi_iff_update_report-web.pdf)
dan bagaimana pandangan GFI ddenagan TARP?
ii. Published: July 24, 2011
Adding Up the Government’s Total Bailout Tab
Beyond the $700 billion bailout known as TARP, which has been used to prop up banks and car companies, the government has created an array of other programs to provide support to the struggling financial system. Through April 30, the government has made commitments of about $12.2 trillion and spent $2.5 trillion — but also has collected more than $10 billion in dividends and fees. Here is an overview, organized by the role the government has assumed in each case.
http://www.nytimes.com/interactive/2009/02/04/business/20090205-bailout-totals-graphic.html
iii. http://www.slate.com/articles/business/moneybox/2011/11/the_7_trillion_secret_loan_program_the_government_and_big_banks_should_be_punished_for_deceiving_the_public_about_their_hush_hush_bailout_scheme_.html
iv. Secret Fed Loans Gave Banks $13 Billion Undisclosed to Congress
http://www.bloomberg.com/news/2011-11-28/secret-fed-loans-undisclosed-to-congress-gave-banks-13-billion-in-income.html
Nama baik Malaysia tercemar! Bagaimana mahu mempromosikan barang buatan Malaysia begini?
Apa tindakan najib?
Nukilan dalam twitter: ini semua fitnah dan bohong - lies?
Sekian
RL-B@NewBrettonWood
Dato.
Nak senang cerita dan kesimpualanya.
Penyokong PAS ke UMNO ke PKR ke yang parti mereka sahaja yg betul.Parti orang lain semua tak betul.
Begitulah hebat dan berjayanya pemimpin mereka mengasuh mereka supaya jadi taksub demekian rupa
Kalau yg betul kata lah betul.Bukan rugi dari segi penagruh pun..
Kalau tak betul katalah tak betul.Pun tak hilang pengaruh pun
Biarlah bagi nampak ada ilmu sikit kalau nak cakap politik pun.Buang lah nilai-nilai taksub itu.
UMNO pun lemah.PAS pun lemah.PKR pun lemah.Akhirnya Melayu/Islam lemah.
Ini pun salah satu membuatkan orang Fed Up dgn politik Melayu.Makin lama makin jadi Pak Pandir Moden..
Salah siapa ini semua.Pengikut atau pemimpin.
Terima kasih Datok
Hamba Allah.
dato, saya setuju dato tak perlu cakap pasal ekonomi sbb menteri kewangan pun masuk ofis jam 9 pagi...tak percaya, pergi cari balik berita beliau masuk ofis setelah balik dari pembedahan ape ntah...tun dulu masuk ofis seblum jam 8...jam 7 dah ada atas jalan raya,camne ekonomi nak sihat...
tak perlulah dato ulas benda yang kadang2 orang malas nak buat hatta pm @ menteri kewangan sendiri...sedih rasa setelah tun hempas pula buat macam2 n MTEN kadang2 tidur tak berapa tidur je zaman gawat tapi kita struggle n akhirnya kita berjaya...sedih rasa
SALAM KASIH DAN SAYANG
AYAHANDA RAKYAT TUN
Izinkan,
Sdr. Yangretibase antara lain berkata,
... Nik Aziz sebagai pemimpin yang baik yang mengasihi pengikutnya membuat qias atau analogi sedemikian dengan niat yang suci murni agar pengikutnya menjadi insan solih, tetapi bukan samseng. (Allah al-Muntaqim bermaksud Allah Yang Maha Pengancam atau Allah Yang Maha Penyeksa).
Salam kasih sayang Sdr.Yangretibase.
Terima kasih dan setuju sangat bila sdr. menyatakan Allah bersifat MAHA..
Maka boleh kah sdrku menerima jika ada orang katakan Allah Maha Pencarut, Maha Samseng dan Maha segala2nya.. untuk menghalalkan kehendak nafsu mereka?... nauzubillah.
Masaalah nya sdrku.. bukan semua lapisan masyarakat yang memahami 'qias' YAB Tuk Guru Nik Aziz atau memahami perkara yang tersurat dan yang tersirat...
Contohnya (cerita benar);
Suatu ketika dulu, setelah berita Allah 'mencarut' itu tersebar luas, anak buah kami yang berumur 12 tahun (sekarang dah beristeri dan beranak) disoal oleh guru disiplin sekolah kerana tertangkap mencarut. Alasan murid 12 tahun itu ' Tuk guru Nik Aziz kata tuhan mencarut, saya pun boleh mencarut lah'
Bagaimana pula jika budak2 samseng bersandarkan kepada 'qias' TGNA sebagai alasan jika tertangkap oleh pihak polis?
Nasib baik lah anak buah kami tadi membesar jadi 'IT Engineer'. Nikmat DEB ehsan Kerajaan BN/UMNO)...
Syukur Alhamdulillah, Amin.
Makanya dinasihati kepada yang bepengetahuan 'meluas' dan yang berilmu 'mendalam' agar menyebarkan 'Pengetahuan yang tersurat' kepada seluruh umat manusia dengan berpandukan zat sifat Rasul iaitu Ikhlas, Suci, Jujur dan Benar tetapi berbisik 'Ilmu yang tersirat' antara yang berahsia...terutamanya kepada mereka yang reti base Al-Quran dan Al-Hadith
Wallahualam.
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Kita ikut resam padi..rendah diri dengan ilmu dan pengetahuan yang diamanahkan oleh ALLAH SWT.
Kami mohon kehadrat YANG MAHA PENGASIH dan YANG MAHA PENYAYANG melimpahkan rahmat ZAT KASIH dan SAYANG NYA keatas umat MUHAMMAD SAW.. Bismillahirrahmanirrahim..mohon doa kami direstui. Alfatihah, Amin.
Dato Kadir
Salam Hormat
Sunnah Muhammad Al-Amin
(akhlaq insanul-kamil)
ar-rahmaan mengajar insan al-bayan
ar-rahmaan tuhan muhammad al-amin
yang maha wujud tidak dicipta malah
dialah yang mencipta segala sesuatu
melainkan zatnya yang maha qadim
selawat dan salam ke atas an-nabi
muhammad yaa-siin
tho-ha wal-musthofa
manira beriman dengan muhammad rasulullah dan
dengan tuhan muhammad an-nabi al-amin
al-jabbaarul-qahhaarur-rahmaanur-rahiim
manira beriman dengan kitab-kitab allah
al-majiid al-kariim al-hakiim
baginda rasul tidak pernah mencarut
dan tidak pernah mengatakan tuhannya mencarut
allah al-ahad itu aliimun-khorbiir
wahyu ilahi kepada muhammad al-amin
mengingatkan manusia agar waspada
jangan terpedaya dengan al-gharuur
muhammad al-amin tidak pernah mecelupar
dan tuhan muhammad al-amiin indah
sempurna zatnya sifatnya
af'alnya namanya
siapakah mereka yang mengatakan
tuhan muhammad al-amin itu mencarut
sedikit demi sedikit mereka masuk
ke dalam lubang biawak
sekian
Dato Kadir
Salam Hormat
Muhammad Al-Amin
(akhlaq insanul-kamil)
ar-rahmaan mengajar insan al-bayan
ar-rahmaan tuhan muhammad al-amin
yang maha wujud tidak dicipta malah
dialah yang mencipta segala sesuatu
melainkan zatnya yang maha qadim
selawat dan salam ke atas an-nabi
muhammad yaa-siin
tho-ha wal-musthofa
manira beriman dengan muhammad rasulullah dan
dengan tuhan muhammad an-nabi al-amin
al-jabbaarul-qahhaarur-rahmaanur-rahiim
manira beriman dengan kitab-kitab allah
al-majiid al-kariim al-hakiim
baginda rasul tidak pernah mencarut
dan tidak pernah mengatakan tuhannya mencarut
allah al-ahad itu aliimun-khorbiir
wahyu ilahi kepada muhammad al-amin
mengingatkan manusia agar waspada
jangan terpedaya dengan al-gharuur
muhammad al-amin tidak pernah mecelupar
dan tuhan muhammad al-amiin indah
sempurna
siapakah mereka yang mengatakan
tuhan muhammad al-amin itu mencarut
sedikit demi sedikit mereka masuk
ke dalam lubang biawak
sekian
Dato,
cakap pasal ekonomi, ramai mesti bandingkan kedudukan Singapore dengan Malaysia.
Tapi ramai juga lupa senaraikan apa yg Singapore ada/takde dan apa yg Malaysia ada/takde.
Saya paham sangat dato dilemma majikan bila terlampau banyak sangat cuti. Dahla gaji kena bayar sebulan. Saya pernah jugak berniaga dulu, bila dah naik, partner cikau duit, saya malas nak teruskan dan resign. Tapi saya paham benar masalah orang businessman.
Tapi Dato, sebenarnya isu Dato ni boleh diselesaikan dengan pricing dan costing strategi. Saya tak tahu apa bisnes Dato, tapi saya rasa Dato paham benar apa maksud saya. Dato carila seorang pekerja yg terrer buat costing. Gajikan dia secara kontrak 1 tahun.
Cakap pasal fed up, sebenarnya saya dah nampak blog dato ni lebih kepada blog politik dari bolg semasa. Isu politik yg Dato utarakan takdela extreme macam blog GAP, malaysiatoday atau Trenganu kite. Jadi saya lebih berminat nak layari blog Dato dari blog yg saya sebut tadi.
yg benar
melayulayu
Salam Dato,
Politik carca merba, ekonomi haru-biru. Pasal apa agaknya ya Dato? Sebab Rukun Negara kat sebelah kiri blog Dato' hanya sebagai hiasan pembesar-pembesar umno?
drp; zuki ahmad
Assalamualaikum Dato',mohon izin lagi.
Sdr. Yangretibase terima kasih kerana mengulas tulisan saya.
"..Apa sahaja kata2 yg. diucapkan oleh Nik Aziz semuanya benar belaka".Inilah ketaksuban ahli2 PAS yg. merosakkan reputasi PAS sendiri.Analisalah semula apa yang dikata dan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz selama ini.
Tafsiran 'mencarut' sdr. salah.
Mencarut: Mengeluarkan perkataan yg. keji dan kotor.Kalau sekadar kata pe... atau bu...dgn. berhemah dan berniat baik itu BUKAN mencarut.
Cara penyampaian dan tujuannya juga menentukan adakah ianya mencarut atau tidak.
Di dalam Al Quran Allah bertegas tentang banyak perkara termasuklah dalam surah Al Lahab.Ketegasan ini menjadi pengajaran dan panduan kpd. yg.lain. Ketegasan ini tidak boleh sama sekali dibandingkan dgn. apa yg. Nik Aziz ucapkan.
Tlg. analisa dan tafsirkan surah Al Ikhlas,ayat 4, yg. antara lain bermaksud.."Dan tidak ada bagiNya yang setara, seorang juapun"
Nik Aziz mengeluar kata2 " Allah pun mencarut" dlm. usahanya mempertahankan 'kejijikan' isi novel SHIT karangan Shahnon Ahmad yg.ditulis atas arahan Anuar Ibrahim. Jadi perbuatan Nik Aziz amatlah menjijikkan. Amatlah salah menyamakan/setarakan perbuatan Shahnon Ahmad dgn Allah.Syirik Khafi.
Perbuatan ini jugak boleh didakwa di bawah Undang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Kelantan.Di bawah Kesalahan Kesalahan Hudud.Perkara 23,Irtidad.
Analogi saudara tentang 'samseng' sangat salah dari segi perbandingan dan hukum.Sifat2 Allah TIDAK boleh dibandingkan langsung dgn. makhluk. Sebab itu Allah dikatakan Maha...contohnya Maha Pengasih , Maha penyang dll.
Memang benar,seorang mukmin yg. beriman serta beramal solih dijamin syurga oleh Allah s.w.t tetapi mengundi PAS bukan satu ciri membolehkan sesorang itu menjadi beriman dan solih.Lebih2 lagi pemimpin PAS sendiri bukanlah orang yang solih kerana terlibat dgn pembohongan,kafir mengkafir mengakibatkan putus talisaliturahim umat,suka maki orang lain dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.Skrg. pulak bersengkokol dgn. DAP yang jelas anti Islam.Dulu perjuangan PAS membangun bersama Islam skrg. kerana nafsu dan dendam bertukar ke Negara berkebajikan.Dikatakan pula negara Islam tak ada dlm Al Quran demi menjaga setiakawan dlm PR.Satu perjuangan yg. tak ada matlamat.
Surah Ibrahim ,ayat 3 bermaksud (Yaitu) orang2 yg mencintai dunia melebihi akhirat dan yang menghalang akan jalan Allah dan yang mau supaya dia bengkok.Itulah orang2 yg. dalam kesesatan yg. jauh.
Perjuangan UMNO bukan begini.
UMNO berusia lebih sedikit 50 tahun sedang membangun sebagai sebuah negara Islam .
PAS telah memerintah Kelantan sudah lama dan..tidak menghukum dgn apa yang diturunkan Allah,adakah mereka orang2 kafir berdasarkan Surah Al Maidah ayat 44?
Bila PAS bersama PKR dan DAP dlm.PR
boleh ke memenuhi keperluan ayat 44,45 dan 47 Surah Al Maidah? Bagi saya satu perkara hampir mustahil.
Salam hormat,
Lat Juno.
Salam Dato,
Fed-up..?? Saya fed-up dengan segelintir manusia yg makin menjadi-jadi tingkahlaku dan kontroversinya. Makin ditegur dikritik atau disindir makin kuali telinganya. Pekak badak mungkin.. Kalau berstatus terkenal, kenapa kurang cerdik jaga tingkahlaku? Sengaja barangkali..?
Rakyat biasa yang ekonominya cukup-cukup makan setakat mampu telan air liur dengarkan ratusan juta mudah saja di'pinjam'kan pada manusia-manusia yang ada kaitan dengan kuasa politik.. terkebil-kebil dikhabarkan ratusan ribu digunakan dalam sehari untuk shopping dan melancong ke luar negeri. Kan orang Melayu ni sepatutnya berhemah dan tahu adat? Susah sangat ke nak jaga hati rakyat?
Dalam pada memberi BR1M RM500.00, kalau tak silap saya tengok sendiri surat yang kawan saya dapat ada tercetak kod parlimen dan DUN kawasan mengundi..
Maaf Dato', kasar bahasa saya ni, lari tajuk agaknya. Maklumlah macam pembahas lain, saya pun 'fed-up' juga.. campur geram.
OM76
Aslkum Dakj
peringatan kpd OKJ dan yg seangkatan dgnnya dlm mempertahan kezaliman
Apa kata Okj sebagai penyokong Umno juga muhasabah diri. Bolehkah perbuatan jahat pemimpin Umno ditutup dgn perbuatan baik mereka. Buat baik buat baik jugak. Pada masa sama rompak hrta rakyat buat jugak. Kalau tidak kenapa org macam Awang Adek mesti punya 2-3 akaun bank peribadi konon guna tolong rakyat. Bukanke tugas tolong rakyat tu tugas kerajaan. Kalau kerajaan memang telah ambil tjawab dgn baik apa perlunya setiap ketua bahgian Umno atau menteri ada tabung sendiri!!!
Nakaie Ahmad dikaca mata Umno ibarat melukut ditepi gantang. InshaAllah Hasan Ali akan terima nasib sama setelah bergurukan Ibrahim Ali yg terpaksa melutut pd Umno untung2 diterina kembali.
Cuba Okj muhasabah diri, org macam Hasan Ali yg lebih ckp dari kerja itu yg sdr nak jadikan idola. Bhg Umno malang mana yg sanggup nak menatang Hasan Ali sihipokrit!!! Kalau ada bagus betul buaya berkawan dgn harimau.
Akhir sekali saya nak tanya apa nasib ust Firdaus bekas imam masjid negara setelah diayak kesana kemari oleh Umno suatu masa duku?
Din klang
SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
Kami tersilap 'kamar' pak..beri salam kepada Ayahanda Rakyat Tun didalam blog The Scribe..
Tapi kami yakin Datuk yang dimuliakan tahu akan niat kami.
Mohon dimaafkan kesilapan tersebut.
ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Antara yang tersurat dan yang tersirat.
Salam.
Saya 'Fed Up' bila diberitahu oleh pihak pengurusan bahawa kakitangan PETRONAS dan subsidari tidak akan menerima bonus. Kami memahami duit hasil yang diperolehi oleh Petronas adalah duit Kerajaan Malaysia. Adalah lebih baik jika pihak yang berkenaan berhemah ketika berbelanja. Jika tidak cukup kewangan atau ada kekangan peruntukan tidak perlulah 'memanjakan' sebahagian rakyat Malaysia yang berpendapatan terlalu rendah dengan pemberian BR1M dan segala bantuan yang biasa la banyaknya ketika penggal pemerintahan hampir cukup 4-5 tahun.
Bukankah lebih baik pihak pembuat dasar dan pemerintah memikirkan jalan terbaik untuk jangka masa setahun ini sekurang-kurangnya langkah yang dapat mengurangkan bebanan sara hidup rakyat. Beri RM 500.00 pagi Isnin minggu kedua 2012.....paling kedekut jimat ya amat sekalipun satu keluarga itu akan kehabisan duit tersebut dalam masa sebulan. Bagaimana dengan baki 11 bulan berikutnya? Bijak....sungguh bijak. KEBANYAKAN rakyat sebangsa dengan saya (Melayu) tak ingin berfikir banyak dan untuk masa depan agaknya dalam hidup kerana rasanya pemerintah, pembuat dasar dan pelaksana di negara ini adalah Melayu.Pandai-pandailah semua yang terlibat. Kita sudah terbiasa dimanjakan......
Insan Yang Baru 'Fed Up'!!
Salam Dato,
Yang berkuasa UMNObn, yang memerintah UMNObn, Yang membuat undang-undang UMNObn, Yang meminda undang-undang UMNObn, Yang memporak-perandakan undang-undang UMNObn, Yang merosakkan integriti institusi Kehakiman, AG, Polis, Imigresen, SPR dam sebagainya UMNObn. Akan datang sama-sama kita tengok apa akan jadi dengan Jabatan Audit Negara pula...tunggu..
drp: zuki ahmad
Sdr Lat Juno,
Nak faham Al-Quran kena baca kitab tafsir dan secara beguru. Tak cukup hanya dengan baca terjemahan.
Hujah anda lekeh sgt.
Aslkum Dakj
Kalau dari awal lagi kerajaan sirius dan ikhlas dlm urusan SBPA tiadalah kejadian penangguhan yg memalukan terjadi. Bagaimana program sebesar SBPA boleh mengandungi terlalu banyak anomali?
Kerajaan nampaknya selamba je lepas tangan. Dikaca mata rakyat yg salah tentulah pegawai Melayu di JPA yg konon tak tau buat kerja. Lantaran bertambah senanglah kerajaan Najib bulldoze idea membawa masuk kroni memegang jawatan2 stratejik membelakangkan pegawai Melayu yg ada.
Kalau di perkhidmatan awam pun Melayu terpinggir gara2 Najib terlalu mendengar nasihat menteri bukan Islam spt Idris Jala (atau Najib. sendiri memang tak perhatin atau tak percaya pd org Melayu sama spt seorang CEO bank di Malaysia) maka semakin gelaplah masa depan org Melayu dizaman Najib.
Jom pegawai kerajaan jangan takut undi selain UMNO BN.
Din Klang
Aslkum Dakj
Dalam keadaan dasar kerajaan yg tutup mata terhadap kehadiran pendadang haram terutama Indonesia( Cina dan India bagaimana?) dan dgn perlakuan rasuah/salah guna kuasa yg sgt menjadi2 dari menteri keatas dan kebawah dan dgn bertrillion rgt keluar dari sistem kewangan Negara secara haram bagaimana agaknya kerajaan Najib nak capai Malaysia sebagai high income economy.
Saya sgt keliru. Bolehkah sesiapa tlg beri penj Najibelasan
Atau high income economy satu lagi temberang
Najib n the gang.
Din Klang
Salam Dato AKJ .
Apa nak jadi dan apa dah jadi.
Kain makin terselak.
Seluar makin terondeh.
Orang atas gunung dapat teh tarik istemewa.
orang bawah gunung dapat drinking water.
Itulah hak istimewa orang Melayu.
Datuk, it is very annoying to read the NST secondary headline in page 3 today "Chinese have benefited from Najib's policies". No news Datuk. Your old paper is stating the obvious.
The Chinese benefited from Tunku's policies, Tun Razak's, Tun Hussein's, Tun Dr Mahathir's and Tun Abdullah's policies. Otherwise how do we explain their monopoly of the economy and 60 per cent of corporate wealth?
We should be more concerned about policies that are not benefiting the Bumiputras who are today third class citizens after the Indians.
Why don't you tell your proteges in the NST not to insult us the Malays even though they are beholden to Najib and Umno. Ampu la Najib cara lain.
Ex-EPU
Dato',
Saya rasa resah gelisah macam langit Malaysia nak runtuh atas kepala bila memikirkan kerajaan berbelanja seperti empangan pecah semenjak dua menjak ini tanpa perancangan dan tanpa pulangan yang jelas . Suasana politik kian menakutkan. Ramai yang seperti hilang kewarasan. Ya Allah selamatkan lah negaraku!!
Salam DAKJ,
Senarai yg perlu difikir2kan.
1. PKFZ RM12bill
2. Submarine commission RM500mil
3. Sime Darby RM964mil
4. Paya Indah Westland RM88mil
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost
6. Eurocopter deal RM1bil wasted?
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil
8. MRR2 repair cost RM70mil
9. Maybank Overpaid BII RM4bil
10. Tourism -NYY kickback RM10mil
11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M
12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M
13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M
14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M
15. MATRADE repairs ————————– RM 120M
16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M
17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M
18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M
20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M
21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B
23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1
billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit)
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s
is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia
RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).
28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd.
operation to shore up the stock market
29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of
€75.99 million (RM 348 million)
Same as No:20?
to be continued ....
hazzrul gombak
Salam DAKJ
sambungan ...
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching
Maths and Science in English over the past five years. Out of the
amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase
of information and computer technology (ICT) equipments which it is
unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs
per market price of less than RM3k through some new consortiums that
setup just to transact the notebook deal. There was no math & science
content for the teachers and the notebooks are all with the teachers'
children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two
private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted
to RM910 million.
Expanding on No 2?
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion"Crooked Scenic Half-Bridge"
37.RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme – RM 40 million
40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye of Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM 2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paid
compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies.
RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from
the toll hike in 2008 alone.
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies
connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time
when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three
paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
Expanding on No:11
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in
BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of
BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.
54. Alienation of tens of thousands of hectares of
commercial lands and forestry concessions to children and relatives
of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion
ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge
profits.In addition, there were much wastages and forward trading of
Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since
the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we
have absolutely no idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113
within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order — with Maurice Tan and Triple A Sdn Bhd.
hazzrul gombak
Assalamualaikum Dato' dgn.izin.
Sdr.mtgbertam kata " Nak faham AL Quran kena baca kitab tafsir dan secara berguru.Tak cukup hanya dgn.membaca terjemahan.Hujjah anda lekeh sangat."
Sdr.,ini soal agama.Saya berhujjah berasaskan Al Quran dan hadis dan pandangan para ulama.
Saya menggunakan Tasfir Al Azhar karangan HAMKA dan Al Quran terjemahan yg.saya gunakan sebagai teks pelajaran agama Islam semasa saya di UTM dlm. tahun 1972/1973.
Patahkanlah hujjah2 saya kalau salah.Saya bersedia menerimanya.
Berhujjahlah dgn.ilmu kerana saya yakin anda orang yg.berilmu tinggi.
Kalau berhujjah seperti ahli PAS yg.taksub,aku je yg betul,nanti dikatakan orang 'bodoh sombong'.
Salam hormat,
Lat Juno.
Aslkum Dakj
Sebelum penganjur Himpun terlajak terpekik terlolong membazir masa, tenaga dan mungkin wang rakyat ada baiknya fikir semula berkali2. Muhasabah diri bak kata Okj.
Sebab nanti rakyat akan tanya betul ke dah ramai Melayu dikristiankan. Kalau ramai, berapa jumlahnya.
Kalau ramai, org Melayu akan menempelak institusi raja sebagai ketua agama Islam dan menteri2 mereka dan dasar pelajaran agama disekolah2 selama ini. Kenapa gagal mendidik Melayu memelihara akidah Islam mereka.
Saya syak gerakan Himpun adalah satu drama Umno nak tunjuk konon merekalah pejuang Islam sebenar sambil melalui media haprak mereka mendakwa Pas sejak berkawan dgn DAP dan PKR tidak lagi berminat dgn soal memelihara akidah Islam.
Menjadi murtad bukan saja kerana menjadi kristian secara terang2an. Kita juga bolehmenjadi murtad kalau kita tidak menghukum nengikut hukum Allah atau menduakan Allah seperti lebih takut pd manusia berbanding Allah.
Alangkah baiknya jika kesemua penganjur dan peserta Himpum pakat2 utk gunakan kekuatan mereka untuk mendakwah bukan Islam untuk memeluk agama Islam.
Barulah cantik Islam org macam Hasan Ali
din klang.
Assalamualaikum pak Kadir
Pak Kadir tak perlu Fed Up, kerane ia akan membuatkan blog ini terbengkalai tanpe ade sesiape yang akan menguruskan.
Begitu juge dengan Negare kite,jikalau pemimpinnya merase fed up dengan gelagat manusia yang tak akan pernah berpuas hati,ape yang akan terjadi?, kite kene ade sepasukan manusia yang tidak pernah kenal ape erti itu fed up.
Manusia sememangnya dijadikan Allah berbagai rupe dan perangai,ade yang baik dan ade yang jahat,dengan itulah Allah akan menilai dan akan memberi mereka markah,dan akan dinilai diakhirat kelak,disanelah kite akan kekal abadi,berpandukan amal perbuatan kite didunia ini.
Allah tidak menilai dari rupa paras dan darjat kite didunia ini melainkan hanye menilai dari ketakwaan kite didunia ini terhadapnye(Allah)sahaja.Oleh itu belajarlah bagaimane untok menjadi takwa dan mendapat redho Allah jua,jangan dilupakan jua anak dan kaum kerabat kita.
wallahualam.
Mr The Scribe A Kadir Jasin bincang pasal Fed Up dan ekonomi ya?
1. Monsanto: ‘There is no need for, or value in testing the safety of GM foods in humans’
Ethan A. Huff
Infowars.com
January 24, 2012
...Furthermore, Monsanto claims that its injection of foreign DNA into its GM crops is also automatically safe because, get this, DNA is present in natural crops as well. Never mind that the injected DNA is foreign and unnatural, and is used to alter the entire genetic structure of GM crops — according to Monsanto, its unnatural DNA is automatically non-toxic because every other plant also has DNA. Case closed...
http://www.infowars.com/monsanto-there-is-no-need-for-or-value-in-testing-the-safety-of-gm-foods-in-humans/
2. RM250m: National Feedlot Corporation Sdn Bhd under investigation!
High Impact Project under the Ninth Malaysia Plan
We have received complaints regarding the generous soft loan of RM250 given to Agroscience Industries Sdn Bhd that belongs to Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (Datuk Shahrizat Jalil’s husband) and confirmed by an industry insider. Datuk Salleh was the former head of Technology Park Malaysia (TPM) and the current Chairman of IJN. Based on the info received, National Feedlot Corporation Sdn Bhd is very much controlled by family members (son and daughter) operating from a posh office at 3A01, Block A, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara - by osmana57 on November 13, 2008
http://malaysiataxpayer.wordpress.com/2008/11/13/rm250m-national-livestock-corporation-sdn-bhd-under-investigation/
Saperti kata tajuk cerita: Kena Peduli Juga - Permakanan Halal melaui Wang Haram?
Sekian
RL-B
Aslkum Dakj
Beberapa hari lalu pihak berkuasa Australia telah menyaman Air Asia kerana didakwa gagal mempamirkan harga tambang sepenuhnya di laman sesawang mereka.
Sekarang baru Air Asia bertemu buku dgn ruas.
Kalau di Malaysia AA nampak mengada2- mentang2 rapat dgn pemimpin negara maka mereka secara terbuka bertelagah dgn Malaysia Airport Bhd, nak ada airport sendiri dll.
Teringat saya dizaman Mahadir pegawai kerajaan maupun bos TNB takut pd org spt Eric Chia dan Boss YTL.
Patut la ekonomi Malaysia lintang pukang sebab toke2 lebih berpengaruh dr pihak berkuasa.
Din klang
T0K Kadiak, kalu ada fanatik Pas kata Nik Azit maasum, saya tak berapa heran. Memang fanatik Pas ni tebai, gelap.
Tapi yang saya dok heran ada orang Umno percaya. Ni la bila jahe ugama.
Mana ada orang maasum melainkan Nabi Besar Muhammad (SAW)?
Orang Umno salah dengar kot? Yang fanatik Pas tu kata, Nik Azit Mat Som. Tak tau la Mat Som mana. Dalam katon Lat ada satu watak nama Mat Som.
Buat Lagi
Datuk,
Sefed up manapun Datuk, Datuk takkan masuk DAP, kan kan kan ?
Saya suka melihat singapura, mereka bijak membangunkan negara, dari segi ekonomi mereka melangkaui kita, kita pun sebenarnya tidak kurang hebatnya, tetapi semakin ketinggalan, bila vietnam,indonesia dan negara negara asean lain meniru dasar ekonomi terbuka kita, bahananya kilang2 gergasi jepun mula melangkah keluar sedikit demi sedikit, ada beberapa kilang di area saya sudah mula merehatkan pekerja.. kalau dahulu ada dasar setiap pekerja punya syer dalam sesebuah syarikat kini tidak lagi.. yg pegang syer adalah org-org besar umnoputra.. YB-YB.. tak percaya bolehlah semak ahli lembaga pengarah syarikat2 besar di negara ini.. nak lagi best check ahli lembaga pengarah Carlsberg Malaysia :D
Aslkum Dakj
Tambahan kpd paparan bernas Sdr Hazzrul.
1. Bajet 2012 belanja di jangka 232billion. Pendapatan dijangka masuk cuma 189b. Mana nak cari baki 43b tu? Jawabnya adalah belanja pembangunan rakyat spt biasiswa murid Melayu, pembinaan sekolah dan hospital diangguhkan.
2. Selepas Mahadir umumkan pemberian projek hidroletrik Bakun kepada kroni bernama Ekran tanpa melalui proses tender terbuka( apa dia ingat hutan bakun tu bapak Unno punya ke), rakyat tak diberi tau kemana perginya hasil balak berbillion rgt yg dijarah walaupun projek bakun gagal. disiapkan oleh Ekran.
3. Terkini entah berapa ratus juta wang rakyat(harap2 tak cecah billion rgt) Perak lesap gara2 perompak meggondolkan hutan simpan di Perak. Nak kata polis, pej tanah dan jab hutan Perak tak tau memang tak masuk akal. Contoh terbaik bagaimana hebatnya kroni Umni Bn mentadbir ekonomi peringkat negeri. Sepatutnya kalau kerajaan negeri dan pusat ikhlas dan bersih maka dah lama pengarah hutan negeri ditukar dlm masa 24 jam. Saya syak kecurian itu sengaja dihalalkan kerana pemimpim tertentu nak cari dana PRU 13 dalam keadaan poket kerajaan pusat tak berapa padat.
Kesimpulannya dlm urusan Ekonomi Konk kalikong Umno Bn memang cemerlang.
Din klang
Pembahas Hanezam mengemukan soalan ringkat dan peribadi yang berbunyi: "Datuk,
Sefed up manapun Datuk, Datuk takkan masuk DAP, kan kan kan ?"
1. Saya tidak cergas dalam politik parti. Tidak pernah pegang apa-apa jawatan parti pun;
2. Saya kenal dengan ramai orang daripada semua parti politik, termasuk DAP;
3. Semalam minum teh dengan seorang ahli muda Pas (dia 17 tahun belajar dan tinggal di England) dan seorang muda lain yang menjadi penulis ucapan kepada seorang pembesar PKR; dan
4. Saya berjumpa dengan siapa saja yang ingin bertukar-tukar fikiran dengan saya, tak kira parti;
5. Mengenai DAP, apabila ditubuhkan di Setapak pada tahun 1967, ia ada ramai ahli Melayu. Malah salah seorang Naib Pengerusinya Melayu, kalau tak silap saya.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
Kalau panjang umur saya dan Dato saya yakin pada kadar ketirisan, kecurian, perompakan harta rakyat oleh pemimpin Umno diperinkat persekutuan, negeri dan majlis daerah/perbandaran, jangan hairan jika rakyat dan negara akan melarat kerana hutang negara yg berganda.
Kalau masihtak yakin sila analisa fakta berikut:
1. Setiap projek besar Umno Bn pernahkah kita dengar sebarang penjimatan berbanding kosasal atau kos munasabah? Contohnya projek PKFZ naik dari kira2 3b kepada 12b.Kos leboh raya pantai timur 2 juga dianggar naik kpd melebihi 4b berbanding kos awal sekiar 2b.Begitu juga dgn kos bina istana negara naik dari 400 jutaan kepada memebihi 900 jutaan.
Pokoknya tak pernah turun. Projek lembu NFC pun kalau bukan kerana terbongkar sudah pasti akan bertambah.
2. Falsafah pengswastaan disukai kerana pengswastaan bererti berubah dari sistem perkhidmatan awam yg dikatakan lembab kepada sistem swasta yg terkenal dgn cekap sekali gus mengurabgkan beban kos kpd rakyat. Itu tiori. Di Malaysia setiap pengswastaan mesti berakhir dgn kenaikan beban kos kpd rakyat dan negara. Kenapa ya? Mungkin yg tukang beri kelulusan dah siang2 lagi mintak bahagian mereka up front.
3. Selagi orang tertentu masih hidup dan berpengaruh selagi itulah sstem kontrek direct nego yg beliau perkenal yg ternyata mahal dan tentunya merugikan rakyat akan diteruskan demi menjaga "hati" dan tentunya jugak kantong sendiri.
4. Tektik baru merompak harta rakyat dgn memasokkan sejumlah tertentu dlm kontrek pembelian sebagaiyuran pengurusan.Contoh paling terkenal, berani, tak
hormat rakyat dan tak tau malu ialah komisyen 500 jutaan rgt semasa pempelian kapal selam.
5. Terakhir projek MRT yg di jan
gka bernilai 47b. Dah ada LRT nak buat MRT pulak. Apa jadi pd rakyat tak penting. Yg lebih penting kalau komisyen 10%pun ada org akan jadi billionaire.
Tapi untuk berlaku adil pd UmnoBn walaupun kerajaan pernah umum nak buat KLIA pd harga 24b, bila siap kos sebenar cuma 9b. Cuba teka siapakah menteri kewangan ketika itu yg berjaya jimatkan 15b duit rakyat. Tapi dengar khabar beliau dibuang atas alasan tidak membenarkan kroni buat utg lebih.
Din klang
billionaire komosyen
Dato, selagi tiada meritokrasi di kalangan Melayu selagi itu ekonomi bumiputera di tahap lama. Kerajaan Umno telah di beri mesej jelas oleh rakyat di PRU lepas tetapi malangnya masih tiada kesedaran sampai sekarang. Belum cukup untuk menawan hati rakyat dengan subsidi dan wang ringgit.
Rumpelstiltskin
Ulasan simple tapi menarik
Post a Comment