Sunday, February 19, 2012

Jangan Paksa PNB Jual Aset

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

PATUTKAH Permodalan Nasional Berhad (PNB) digesa atau dipaksa menjual pelaburan bukan terasnya kepada usahawan Bumiputera?

Pada 9 Feb lalu, Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, menggesa PNB dan Khazanah Nasional Berhad menjual pelaburan bukan teras (non-core) mereka kepada usahawan Bumiputera.

Media massa berkata Perdana Menteri menggesa, tetapi Mohd Najib, dalam ucapan yang sama, menyatakan yang Khazanah dan PNB, masing-masing, telah mengenal pasti lima buah syarikat untuk dijual.

Jadi bukanlah gesaan lagi, tetapi sudah menjadi satu tindakan.

Dalam kolum “Other Thots” majalah Malaysian Business, keluaran 16-29 Feb, saya, antara lain, mengulas: “...tetapi saya ingin menggesa agar kita berhati-hati mendesak atau memaksa PNB menjual pelaburan yang dianggap bukan teras. Lagipun, sama ada sesuatu pelaburan itu teras atau bukan teras adalah terkaan.

“Pelaburan teras pun boleh diklasifikasikan sebagai bukan teras kalau berlaku tekanan dari atas atau apabila ada pemain pasaran saham yang tidak berprinsip mengemukakan skim cepat kaya yang meyakinkan.”

Pada 14 Feb pula, The Star Online melaporkan yang PNB mungkin menjual syarikat kawalannya seperti MNRB Holdings Berhad, Bonia Corporation Barhad dan Asia File Corporation Berhad.

Jual-beli aset adalah perkara biasa bagi mana-mana perniagaan pun. Selain pelaburan tetap dan jangka panjang, PNB menjual-beli aset secara harian di Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada operasi tabung-tabung amanah sahamnya.

Tetapi, menjual terus sebuah syarikat yang dikawalnya adalah satu tindakan yang tidak harus dilakukan sewenang-wenangnya atas apa juga alasan.

Adalah tidak wajar dan bercanggah dengan prinsip pembahagian kekayaan yang adil jika PNB menjual pelaburannya kepada individu atau syarikat Bumiputera dengan membelakangkan kepentingan jutaan Bumiputera yang menjadi pemenang saham amanahnya.

Tugas memindahkan kekayaan korporat kepada usahawan Bumiputera lebih elok dilakukan oleh Khazanah Nasional, bukan oleh PNB yang sudah pun berkongsi kekayaan korporat dengan Bumiputera.

Lagipun, banyak syarikat yang sekarang ini dimiliki Khazanah Nasional pada suatu masa dulu dimiliki oleh Bumiputera, tetapi telah diambil balik oleh kerajaan secara tergesa-gesa apabila berlaku Krisis Kewangan Asia 1997/98.

Sebaliknya, PNB wajar melancarkan fasa kedua pelaburan dengan membeli saham syarikat-syarikat bukan Bumiputera (dan Bumiputera kalau ada) bagi menambah dan memperkukuhkan portfolio pelaburannya.

Dengan semakin banyaknya syarikat dan konglomerat Malaysia menjadi bertambah besar dan menguntungkan, pemilikan saham minoriti oleh PNB masih boleh memberi kesan besar kepada pemilikan aset korporat oleh Bumiputera.

Malah pembelian saham syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang patuh syariah oleh PNB menjadi lebih wajar dan mendesak kerana sejak era (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, PNB telah mula membuka sesetengah tabung saham amanahnya kepada bukan Bumiputera.

Kesimpulannya, PNB tidak harus digesa atau dipaksa menjual pelaburannya kepada usahawan Bumiputera, apatahlah lagi kepada bukan Bumiputera. PNB wajib mengutamakan jutaan pelabur Bumiputera dalam skim saham amanahnya daripada beberapa kerat kapitalis Bumiputera.

PNB wajib berterus terang degan Bumiputera, khasnya mereka yang melabur dalam saham-saham amanahnya, sama ada ia sedang dipaksa atau ia melakukannya secara suka rela.

Kita tidak mahu episod “penggabungan” Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie berulang lagi. Apatah lagi kalau aset Bumiputera biasa dan totok hendak dijual kepada individu Bumiputera.

41 comments:

Cetusan said...

Byk syarikat telcom juga di masukki bukan bumiputra, dulu ramai pemegsng saham, dah hilang

din klang said...

Aslkum Dakj

kalau Najib dan kroni dah banyak sangat duit kenapa tak beli saja sykt milik siapa saja dipasaran saham.

Najib fikir senang ke nak dpt sykt yg solid kewangannya. Sykt tenat tentu tiada yg mau.

Kalau PNB dah jual sykt untung darimana PNB nak cari duit bayar div.pd pemegang unit yg berjumlah
lebih 140b tu.

Oleh kerana UmnoBn selalu berkokok kata pandai urus ekonomi kenapa pulak nak paksa PNB.

Nampaknya sejarah Mahadir guna kuasa suruh PNB jual Lion Corp pd anak sendiri akan berulang

Din klang

Azli Jamil said...

I concur.

nzul ahmad said...

Sangat setuju dgn pandangan Datuk . Tq.

abdullahngah said...

Bagi saya mesti ada benda yang tak kena.

Sebab itu PNB akan dijual. Pasti ada benda yang tak kena dalam rusuniaganya.

Macam juga MAS dulu. Dijual dan dibeli balik kerajaan.

Saya dapat maklumat Bank Islam pun sahamnya dah dipegang bukan pumiputra.

Kerana ada benda tak kena. Demikian juga PNB. Pasti mengalami gangguan urusniaga.

Banyak mana hutang bank kita tak tahu.Pasti banyak.

JJ @ Jawa Johor said...

Dato

Saya setuju dengan pendapat datuk ni.

tapi din klang tu asyik cakap style kedai mamak..... nyok nyek tapi tak ada isi, duduk berjam jam, tapi setakat tambah ais kosong saja.

langitbiru said...

Debat Soi Lek-LGE

Tapi sebelum itu, Najib berkata kepada HIMPUNAN CINA itu, “saya dengar dan dengar dan dengar……….TAPI saya perlu mandate…….”

“SAYA MERAYU KEPADA KAMU SEMUA…………………!!!!!”

PERTAMA KALI dalam sejarah Malaysia, PM Melayu MERAYU begitu sekali kepada CINA!!!

Tapi sebelum, sebelum itu, Najib di Batu Caves di perayaan Thaipusam berkata, “KAmu tolong saya, saya tolong kamu…” Mengulangi kata-katanya di PRK Sibu.

Menariknya juga, HArussani kata, kenapa sanggup “gadai akidah” hadir di Kuil Hindu pada perayaan Hindu Thaipusam? HARAM kata Harussani…………………bila Najib jumpa beliau, TV3 tunjuk Harussani beri fatwa MENGHARUSKAN kehadiran Najib-Rosmah yang lengkap berpakaian Hindu. Bila saya sebut sindir, HArussani , Mufti “SEMUAHARUS”……..ramai yang marah-marah!!!


LEBIH MENARIK LAGI,

CSL kata, undi DAP bererti undi PAS
NAJIB menyambung, undi PAS bererti undi DAP

CSL berucap di hadapan kaum Cina
NAJIB berucap di hadapan kaum Melayu

MCA cuba gambarkan, PAS sebuah Parti Extremis

UMNO cuba gambarkan ,DAP sebuah parti Extremis

YANG AMAT NYATA, UMNO MCA , kedua-duanya PARTI PERKAUMAN
TAPI berselindung disebalik mantra 1MALAYSIA………………………..

LUPANYA UMNOMCABN, penolakan golongan BELIA kepada UMNOMCABN kerana KETIRISAN WANG RAKYAT,WANG NEGARA AMAT LUAR BIASA, RASUAH DAH JADI SEBAHAGIAN HIDUP PEMIMPIN UMNOMCABN,

Sebaliknya, kehidupan rakyat semakin terhimpit, semakin susah
BUKTINYA, berebut-rebut rakyat datang untuk terima BRIM…………………..bukti kepayahan hidup.

PNB dan anak syarikatnya,
NAK KATA APA…………..

Modus UMNOBN, tubuh syarikat “MEE MAGGI”, bolot kontrak kerajaan. DALAM PKR Penang, ada yang cuba buat macam tu…..LGE tak bagi………….TERUS LOMPAT!!!!

Anak-anak syarikat PNB beri kpd BUMIPUTERA????....................kroni ???

Syarikat kecil telan syarikat besar………..tanya KJ?

BAB DUIT, UMNO memang hebat………………………….banyak persoalan tandatanya…….SEMUA DINAFIKAN.

1. PKFZ RM12bill ???
2. Submarine commission RM500mil ???
3. Sime Darby RM964mil ???
4. Paya Indah Westland RM88mil ???
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost ???
6. Eurocopter deal RM1bil wasted ???
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil ???
9. Maybank Overpaid BII RM4bil ???
10. Tourism -NYY kickback RM10mil ???
11. 3 paintings bought by MAS RM1.5M ???
12. Overpayment by Sport Ministry RM8.4M ???
13. London 's white elephant sports complex RM 70M???
14. MRR2 Repairs RM 70M???
15. MATRADE repairs RM120M???
16. Cost of new plane used by PM RM 200M???
17. InventQ irrecoverable debt RM228M???
18. Compensation for killing crooked bridge RM 257M???
20. Lost in selling Augusta RM510M???
21. LPT 5bil???
22......
23.......
24......
25....lembucondo
26.....felda
27......


ADAKAH SEMUA INI 100% FITNAH?????

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. din klang said,

' Oleh kerana UmnoBn selalu berkokok kata pandai urus ekonomi kenapa pulak nak paksa PNB.'

The above classic comment of our fellow debator appears authentic.. as per the proverbial 'Empty vessel makes the loudest 'Din' (noise)'

No malice intended, just a lighthearted moment during these trying times.

A kadir Jasin views?... we take them seriously. BUT...

Que sera sera

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Laughter is still the best medicine.

el-Barokas said...

Di ambang kekalahan inilah masanya nak ngap sebanyak mingkin kekayaan negara supaya pihak yang menang nanti terpaksa bercawat ke pejabat atau ke mesyuarat di luar negara.

Ngap jangan tak ngap!

ab said...

Salam dato,




Bila la PNB nak terangkan apa yang PM nak depa buat ni...harap cepat sikit.



Dari segi modal,perniagaan dan dividen,PNB `sama naik' dengan Petronas,KWSP, Tabung haji,LTAT MAYBANK, CIMB,HSBC dll....



Mai kita ambik contoh syarikat dato A, katakan dato ada 51% syer, dato punya saham bolih atas nama dato atau syarikat lain katakan B....


La ni dato nak juai B,tak tau la dato nak buat apa dengan duit tu....


Kalau syarikat A itu baguih, director(director director) A lain akan beli saham B dato nak juai tu.... kalau syarikat tu tak baguih,depa juai DULU sebelum dato juai.....! KALAU syarikat itu public listed punya, harga saham A akan menjunam ikut dato juai..



Dato bolih tambah jumlah saham dalam B dan jual kepada bumiputra bumiputra baru katakan 49%,pada par value price atau 5-10% premium, dan B buat perniagaan baru, harap dapat UNTUNG BARU dan untung itu lebih dari DIVIDEN B dapat dari perniagaan A.... MAKNANYA,dato untung juga, saham B dalam A masih sama, B bertambah BESAU,dan B maju lagi....tak gitu?


B untung dari A dan perniagaan baru B....tak gitu?



SATU LAGI PNB bolih minta syarikat syarikat C ka, D ka dll yang dilabur tambah jumalah saham baru pada par value atau 5-10% premium...dan PNB jadi `facilitator' dan juai kepada syarikat syarikat bumiputra baru...TETAPI A,C,D dll tentu tak suka sebab, dah dilute syer dan dividen dan nilai saham mereka....betui tak? GERENTI DEPA TAK MAU PUNYA....


KALAU DATO JUAI saham B dalam A, dato dapat untung sekali katakan 600%, tetapi pembeli baru itu sudah beli saham itu pada 600% dari par valeu, Dato untung sekali, pemegang saham bumiputra baru bermula dengan modal 6 kali modal asal dato...belum tentu mereka dapat lagi 600% dari modal tersebut...kos modal mereka juga 6 kali atau lebih mahal....



Walau apa pun,kena tunggu apa kata PNB...depa ni dah banyak `tolong' melayu..tak kan dah sampai masa la ni depa NAK LELONG melayu pulak,saya tak yakin begitu yang depa nak buat....until proven otherwise.



Abu Bakar Ab Rahman

besi said...

DAKJ... pengurusan Sime Darby mungkin ada jawapanya...

Anonymous said...

Salam Dato,

Nampaknya era Najib ni semuanya harta hendak dibolot oleh kroninya. Maklumlah untuk dibanggakan oleh rakyat kerana berjaya mewujudkan 'billionare'. Setakat untuk berbangga untuk dua tiga kerat manusia yg tidak perlu bekerja keras, begitulah perangai pemimpin Negara dari Dr. M sehingga kini (Dulu saya amat hormat dgn Dr M namun dgn apa yg beliau lakukan selama ini, naik meluat pulak. Dato nak marah-marah lah. Saya tahu Dato penyokong kuat Dato Dr M. Sekurangnya Dato mendapat sesuatu darinya sebagai tanda terima kasih.

Nak tanya Dato, bagaimana perkembangan perjumpaan empat mata Dato dgn DS Najib beberapa bulan lepas? Ada hasil? atau setakat nak , mencool'kan Dato aje kot.

Nampak gayanya era Najib ni macam nak ambil dan kebas apa juga harta negara yang ada sebelum rakyat memberikan mandat kepada PR untuk ke Putrajaya. Kemudian buat perjanjian- perjanjian yang ketat dengan tempoh yang begitu lama agar tidak dapat diapa-apakan kelak oleh kerajaan PR. Tak gitu Dato?

drp: zuki ahmad

Hj Leman said...

Din Klang

Saya baca komentar saudara dengan
se-cubit garam. Nak bagi cukup rasa.


Hj Leman

Pipih Melayang said...

Yg bangsat nya ialah Melayu yg diamanahkan memegang jawatan tinggi itu. Sering menindas bangsa sendiri demi untuk kekal jawatan. Konon demi dunia korporat dan kepentingan perniagaan.CEO beginilah lah yg patut di pantau oleh Pemerintah. Mereka bermaharajalela menindas dan menghapus konsep/nikmat pengswastaan dijanjikan dahulu.Pekerja menjadi mangsa ditindas keringat hingga akhirnya pencen yg papa kedana.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Inilah yang dimaksudkan fast track tu agaknya. Yang kaya kali ini mungkin kawan2 Husni Teraju. Mereka yang berkemampuan, berkelayakan dan mempunyai cukup modal untuk mengambil alih syarikat2 berkenaan. Dari mana mereka memperoleh sumber untuk membiayai pengambilalihan itu nanti? Ataupun mereka dapat percuma macam tu aja? Modelnya belum ditentukan tapi pengumuman telahpun dibuat. Bijak sungguh puak2 ini buat kerja. Lebih kurang macam tingkat empat aja bunyinya. Macam mana nak pastikan semuanya bakal kekal dalam tangan Bumiputera dan macam nak tentukan rantaian nilai syarikat2 berkenaan dipenuhi dengan Bumiputera sedangkan Teraju pun tiada kuasa mengawalnya. Cuba bagi terang betul2 baru buat pengumuman, tak adalah banyak soalan dan wasangka.

abdullahngah said...

Kalau dibiarkan, mungkin negara ini juga akan dijual.

Kenapa?

Mungkin tak mampu mentadbirnya. Mungkin khianat apabila diberi mandat memerintah negara.

Oleh itu jangan beri lagi mandat kepada Najib yang minta rakyat beri mandat padanya dalam PRU 13 ini.

Kalau rakyat beri lagi besar kemungkinan GLC dijual semuanya.

Dan negara pun turut dijualnya.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Zuki Ahmad, antara lain, menulis:

"Nak tanya Dato, bagaimana perkembangan perjumpaan empat mata Dato dgn DS Najib beberapa bulan lepas? Ada hasil? atau setakat nak , mencool'kan Dato aje kot."

1.Tidak ada pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dan saya;

2. Memang ada saya minta iaitu ketika krisis kalimah Allah memuncak. Tapi tidak ada pertemuan berlalu. Malah permintaan saya untuk menyertai taklimat media beliau mengenai hal itu tidak pun dilayan;

3. Sejak Mohd Naijib jadi PM pada tahun 2009, saya berjumpa beliau hanya dua kali. Kedua-dua kali dengan disertai oleh wartawan dan juruganbar saya. Sekali untuk temu ramah mengenai Proton dan sekali lagi mengenai Plan Transformasi;

4. Kali terakhir saya berjumpa empat mata dengan PM adalah ketika beliau masih TPM.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk AKJ, I agree that PNB must explain to its unit holders. We could not afford another Sime Derby merger fiasco, which I was told, was orchestrated by a Chinese Tan Sri and recommended by CIMB.

If PBN does not explain, I am inclined to think that the idea of divestment came from PNB itself. Maybe PNB is running out of profits to keep up with its high dividend policy. Or maybe that the Government is forcing PNB to pay even higher dividends as yet another election goody.

PNB had once been forced to cede Guthrie Khalid IBrahim (now PKR MB of S'gor) even though he controlled less than 10 per cent of the company and later run the company badly. Then PNB was forced to sell MMC to Albukhary Foundation although PNB made substantial capital gains and still control a big chunk of MMC's shares.

Since Najib was the one to announce this divestment plan, I think he is responsible for orchestrating it or at least consenting to it. But would Najib and PNB dare tell the truth? I doubt.

Ex-Riong

Tinta Hitam said...

Datuk,

Biasalah Datuk.Tun M bercakap bagi pihak korporat dair dulu skg dan selamanya.Adalah yg pergi cucuk dia utk keluarkan kenyataan tu.Billionaire/millionaire melayu ni (bkn semua) bkn faham istilah kerja kuat.Mereka cuma faham istilah kuat rembat shj..

Dah tau dah taktik depa.Beli sykt sykt kerajaan at below market price lepas tu jual ikut harga pasaran.Quick profit.Itulah matlamat mereka..Lepas itu pergi kesana kemari mengaku bekerja dan berkorban demi agama bangsa dan negara

Anonymous said...

Datuk,
Adakah permintaan Datuk tu diketahui oleh PM, atau pegawai-pegawai kanan beliau saja yang membuat keputusan menolak permintaan Datuk?

Apapun, terima sajalah Datuk. Mungkin Datuk tak cukup kriteria untuk dibenarkan berjumpa dengan PM. Tapi peliknya, ada orang tertentu, yg entah apa-apa latarbelakangnya, boleh pulak berjumpa PM, malah sampai dapat pi ke rumahnya.

--BALANGLAMA

Anonymous said...

yg pasti CIMB jugak untung


cowboy taiping

Anonymous said...

Salam Dato'' cerita pasal jual dan gabung syarikat ni....ada satu benda saya nak tanya datuk..

Ada syarikat A, dulu cukup kaya pas tu bergabung ngan syarikat B yg takdak kena mengena ngan perniagaan teras syarikat A.

Lepas siap stesen keretapi baru kat brickfield...syarikat B tinggalkan syarikat A ( mungkin kebetulan)....tepaksalah syarikat A tanggung segala macam masalah sampai abis dijual asetnye dan sekarang hanya tinggal core bisnessnye sahaje.

Dalam 3 tahun kebelakanganni syarikat A kembali mencorakkan keuntungan dan berlipat ganda saban tahun....

Tiba tiba datang syarikat C so call tak over syarikat A dan habis pengurusan kanan syarikat A yg bertungkus lumus memulihkan syarikat dipaksa /terpaksa angkat kaki....

yg tinggai dan dibawa masuk 'dengar cite' kawan-kawan pengurusan syarikat C.

yg ni kita pangill ape datuk .... dasar perniagaan atau arahan politik???


riong brothers

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato'dan Pembahas yang saya hormati.Adalah wajar bagi YAB PM mendengar pandangan orang Melayu dan tidak memandang ringan kerana masa sudah berubah. Orang Melayu sungguh sensitif dan pantang dimainkan mana-mana pihak.Isu penyenaraian FELDA telah menunjukkkan ada sekelompok orang Melayu yang dengan cara teratur mempertahankan kedudukan mereka sehingga berjaya menghalang diadakan Mesyuarat Agong Tergempar melalui proses undang-undang.Ini memburukkan imej Kerajaan yang sepatutnya berkecuali tetapi telah terang-terang menyokong urusan penyenaraian ini.Bayangkan jika tindakan sama diambil oleh pihak tertentu dalam isu cadangan penjualan beberapa anak Syarikat PNB.Keadaan seperti ini perlu dielakkan kerena jika ini berlaku cabaran demi cabaran akan menimpa Kerajaan dalam tiap-tiap isu yang tidak menyenangkan orang Melayu.Ini akan menghakis kepercayan orang Melayu terhadap UMNO.Sebaik-baiknya Kerajaan memainkan peranannya sebagai penyelamat hak orang Melayu dan tidak sebaliknya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya

langitbiru said...

Saya telah menyenaraikan projek mega juta juta dan billion billion.

Hari ni ada lagi satu......... Lebuhraya Kinrara_Damansara.

Cuma 2.2 Billion.

Yang dapat...2 orang bekas Penasihat Undang2 UMNO, seorang kemudian jadi CJ Malaysia

Di negara MAJU BARAT, pernah ke ada kes macam ni?

Patutlah kita gagal jadi negara maju.....yg maju cuma kroni UMNOBN

LPT juga asalnya 2 Billion. Sekarang dah 5 billion,masih belum siap-siap!!!

Dah buat lebuhraya, kroni nanti kutip Tol,samapai mati makan tak habis

Mereka ni seumpama 'BINA ISTANA DALAM KUBUR'

Ya Allah, selamatkan lah Tanahairku Malaysia dari pemimpin yang zalim,amin.

Malik said...

Salam

Dato' mungkin boleh tanya PM macam mana dia nak pastikan asset terjual itu kekal di tangan bumiputra.

Sudah ada sejarah tercatat bahawa asset yang Khazanah lepaskan kepada bumiputra akhirnya jatuh ke tangan bukan bumiputra. Dan ada yang Khazanah dipaksa membelinya semula..

~Malik

zbkmmc said...

dan mengapa majoriti rakyat malaysia tidak ambil peduli...

andai aku nak jadi penyamun..
MALAYSIA adalah pilihan utama..

asalkan perut kenyang lain tak mahu ambil peduli...

Anonymous said...

Salam Dato',

Memang tak boleh paksa PNB jual aset TETAPI Kerajaan dan PNB ni macam bapa anak. PNB, unit amanah berkaitan bumiputera dan perbadanan kerajaan negeri, lahir daripada kerajaan (pusat atau negeri) dan membesar dengan naungan kerajaan. Malahan institusi seperti Felda, Tabung Haji dan Bank Islam juga menepati skrip yang sama. Sukar untuk membayangkan bagaimana rupanya institusi itu tadi sekiranya tiada dokongan kerajaan. Lihat sahaja kepada beribu-ribu koperasi yang kita ada, susah nak sebutkan yang berjaya. MOCCIS pun serupa macam nak bungkus saja.

Memang jelas ada kepentingan bumiputera tetapi jelas juga wujud kepentingan kerajaan. Dan kerajaan itu pula, mahu tak mahu, mestilah dibaca sebagai ahli-ahli politik. Maka suka atau tidak suka, mestilah akan tiba juga waktunya sipenaung (walau pun pada akhirnya mesti juga dibaca sebagai manusia politik) mahukan keuntungan daripada apa yang telah dibantunya. Kita memang boleh membahaskannya daripada sudut moral dan akhlak tetapi itulah hakikat manusia...hari ini aku tolong engkau, esok lusa jangan pula lupakan aku. Dan manusia pula, sedikit sangat yang tidak mahukan habuan. Pathetic, sad but true, to say the least.

Saya bercakap semacam orang putus asa saja. Saya hanya boleh berharap semoga penjualan aset tidak menjejaskan PNB dan pihak yang membelinya pula dapat memajukannya lagi. Sebagai pelabur kecil dalam PNB dan TH, saya memang sentiasa menantikan dividen dan bonus daripada dua institusi ini. Tidak banyak pilihan bagi seorang pesara seperti saya.

Pak Hj JB

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,


Sdr. langitbiru said,
...
Hari ni ada lagi satu......... Lebuhraya Kinrara_Damansara.

Cuma 2.2 Billion.

Yang dapat...2 orang bekas Penasihat Undang2 UMNO, seorang kemudian jadi CJ Malaysia

Sdrku, kita seharusnya bersyukur selagi anak melayu (tidak kira kroni atau bukan) masih diberi projek2 diTanahairnya atau sememangnya sudah jadi lumrah kot orang melayu suka berdengki dan cemburu melihat kaum bangsanya mewah dari dirinya dan cuba mencari alasan dari memberi sebab mengapa orang Melayu lain lebih 'senang' hidup dari dirinya...


Di negara MAJU BARAT, pernah ke ada kes macam ni?

Mengapa tidaknya?...yang diberi kesempatan adalah anak2 kulit putih juga. Jangan harap kerajaan British nak jemput syarikat2 dari Jerman atau Peranchis membangunkan negara mereka dan begitu juga sebaliknya. Apatah lagi nak menjemput syarikat2 dari Asia atau Afrika kerana sikap 'racist' mereka terhadap kaum kulit 'coloured' masih menebal... mohon panjangkan akal untuk memahami antara 'yang tersurat dan yang tersirat'.

Ditanahair orang Melayu ini, antara kawasan ramai orang Melayu kaya dan mewah adalah diShah Alam dan jika diandaikan Melayu yang telah dikayakan dan dimewahkan kesemuanya adalah kroni2 kerajaan UMNO/BN, mengapa dan kenapa pula Shah Alam jatuh ketangan pembangkang?...Adakah Melayu mudah lupa atau masih tidak berpuas hati dengan kemewahan yang dikecapi dibawah pemerintahan UMNO/BN?...tepuk dada tanya selera!

ANTARA KEREDHOAN IMAN ATAU KERAKUSAN NAFSU

Wallahualam

ALFATIHAH, AMIN
Ps. ' Wawasan 2020 bukan titik penyudah bagi jenerasi(......) mendatang ia bermula. THE VISION OF ......, OUR MISSION!

Lahuma said...

Salam Dato.

Saya dah ketinggalan dua tiga forum dgn Dato .

Syukur dapat bersama dgn Dato kembali.

Dato.

Setuju dengan pandangan Dato tu.Saya heran siapalah penasihat ekonomi,politik ,dsbnya pada PM kita ini.
Nampak PM macam serba tak kena dan macam panik sejak akhir ini.Raut wajahnya pun dah dapat dibaca.

Sebelum nak PRU 13 PM wajib selesai isu ini dulu.

1.Pekarja MAS 2.NFC. Sekim Gaji SBPA 4.FGV -Felda.

Isu ini saja pun kalau tak selesai dgn tepat dan selesa BN akan terlingkup.

Lagi sekali timbul siapakah tuan penasihat PM.

Fasal penjualan PNB ini pun sudah nampak unsur yang tak kena sana sini.Meletuplah tu tak lama lagi

Cuma bezanya sati isu rakyat bawahan dan pertengahan.Satu lagi isu kepentingan koprat dan syarikat.

Macam-macam dah bunyi Dato
PRU 13 makin hampir.Bukan pembangkang kuat .BN silap strategi.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ PNB perlu pertahankan asetnya yang boleh menjana keuntungan kepada penyimpan ASB yang bilangan sudah berjuta orang. PNB adalah sabuah badan amanah untuk jaga hak bumiputra. Elok dipinda undang-undang supaya sebarang pelupusan aset PNB perlu dapat kelulusan Yang Dipertuan Agong sebagai satu kawalan dari tindakan eksekutif. Bagitu juga aset-aset yang dimiliki oleh Kerajaan atau Badan Berkanun yang tujuan pemilikan asal untuk kepentingan bumiputra mesti dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong.
2. Saya masih ingat dikemuncak zaman mengswastakan aset Kerajaan banyak asetyang diagih-agihkan sesama kroni dengan harga yang tersangat murah. Di Johor terdapat kumpulan estet kelapa sawit Johor Tenggara Oilpalms (JTOP) dibawah KEJORA diswastakan pada harga yang sangat rendah. Hari ini, semua sedia maklum siapa pemiliknya sampai boleh tersenarai sebagai billionair. Bagitu juga ladang-ladang yang dimiliki oleh beberapa badan amanah lain saperti FIMA telah juga diswasta. Banyak lagi aset lain yang sekarang orang dah lupa bahawasanya dulu milik Kerajaan untuk tujuan peningkatan ekonomi bumiputra.
3. Kerajaan perlu ubah cara nak bantu masyarakat bumiputra.Bukan peranan Kerajaan untuk melahirkan jutawan Melayu.Itu kerja individu itu sendiri sebagai peniaga untuk jadi usahawan jutawan.Peranan Kerajaan adalah untuk membantu golongan bumiputra seramai yang mungkin untuk keluar dari putaran pendapatan rendah melalui badan amanah saperti PNB. Bukan tugas PNB nak melahirkan orang kaya saperti Robert Kuok,Ananda Krishnan atau Syed Mokhtar dikalangan masyarakat bumiputra.

4. Sekiranya ada orang Melayu yang bercita-cita besar nak jadi jutawan,jangan mengharapkan untuk ambil peluang dari hubungan baik dengan orang politik bagi mengambil aset PNB atau aset amanah yang lain. Pergilah kau orang berniaga sampai jadi jutawan di negara lain atau di Malaysia pun masih banyak peluang tidak semestinya mengharapkan durian runtuh dari PNB sahaja. Kes dimana Menteri Besar Selangor sekarang memperolehi bagitu besar saham Guthrie dari PNB apabila ingin bersara dari PNB tidak harus berulang.

5. Saya percaya di Malaysia ini banyak perkara diluar dugaan boleh berlaku kalau tidak ada kawalan yang lebih telus. Setiap hari ada saja perkara luar biasa berlaku saperti kes bagi pimjaman kepada sabuah Syarikat milik keluarga seorang Menteri untuk ternak lembu sampai mencecah RM250 juta. Kepada kita orang biasa ni,kalau nak pinjam hanya RM 100,000 untuk pelihara lembu pun dah terasa terlalu banyak dan tak ada Bank pun yang akan beri pinjaman sebanyak itu.
6. Oleh yang demikian untuk elakan banyak lagi perkara pelik atau luar biasa berlaku,eloklah dibuat satu lapisan kuasa di peringkat Yang Dipertuan Agong. Diperingkat ini,kalau berlaku juga perkara luar biasa atau pelik maka dah tak boleh nak kata apa lagi.Berserah kepada Allah SWT akhirnya.

iklas,
Rahim

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato' Kadir
Salam Hormat

Proses Tender Terbuka
(macam proses tanah dekat queens bay)

http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-daily/200677-khazanah-pnb-to-divest-assets.html

Non-core assets 'mungkin' yang disebut:
Faber Group Berhad
Bank Muamalat
Time Engineering
Time Dotcom

CIMB...

din klang said...

Aslkum Dakj

Minta izin tersasar sedikit.

Nak ucap tahniah dan tkasih pd Presiden Cuepacs dan Ajk kerana perjuang gaji kt awam khususnya kumpulan 44 kebawah.

Tolong beritau kerajaan UmnoBn jangan syok sendiri sehingga tak tau atau lebih tepat tak mau ambil tau kos hidup berbanding gaji kta.

Untuk hidup sederhana dlm erti kata mampu punya rumah murah, sebuah kereta terpakai jenis proton, makan minum, sekolah 3 org anak seseorang bapa di Malaysia perlukan tak kurang. Rm2500 sebulan bukannya RM900.

Bagi anak Cina, oleh kerana rata2 pendapatan keluarga mereka jauh lebih besar dari Rm2500 sebulan maka bagi mereka dunia ini spt syurga. Tapi bagi keluarga Melayu anak mereka hidup macam dalam neraka....menyebabkan kadar ponteng tinggi, kadar cerdik kurang, kadar penghisap dadah tinggi dan pelbagai gejala sosial yg lain.

Cuepacs tolong ambil peluang PRU yg semakin dekat ini untuk berjuang. Najib dan konco2 harus diberi faham ketenteraman jangka panjangm ereka yg dlm kumpulan jusa keatas hanya bererti jika jarak gaji mereka dgn yg dibawah tidak begitu besar.

Disamping itu Najib jangan syok sendiri hingga membiarkan diskriminasi ketara dalam jumlah gaji Melayu disektor swasta.

Ada permintaan ini terlalu besar atau payah nak ditunaikan?

Di Australia oleh kerana jurang pendapatan yg berada dgn yg kurang tidak begitu ketara maka rumah2 di sana tak perlu ada grilles.

UmnoBn bagi lah peluang pd PR memerintah kalau gagal tangani isu keadilan dan kesaksamaan pendapatan rakyat umum

Din Klang

The Eugenist said...

Salam..

Dear Dato' AKJ,

Allow me to occupy your space to make an announcement on a Colloquium organized by the National Heritage Department, KPKK.

Salam..

Untuk makluman, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Kolokium Sejarah Malaysia pada waktu/tarikh/tempat berikut;

Tarikh – 25 Februari 2012 (Sabtu)

Waktu – 8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat – Panggung Eksperimen, Universiti Malaya Kuala Lumpur

Tujuan kolokium ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan maklumat sebenar fakta-fakta yang cuba dipesongkan oleh sesetengah pihak, kononnya gerakan Komunis turut memperjuangkan kemerdekaan di tanahair, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ahli - ahli panel terdiri daripada;

Tun Hanif Omar (mantan Ketua Polis Negara)

Dato' Sri J. J. Raj (mantan ketua polis Muar, terlibat di dalam tragedi Bukit Kepong)

Dato' Kanang Anak Langkau

Dato' Prof Emeritus Ramlah Adam

Dr Leon Comber

Sekian, terima kasih.
Hesmel Faznee Faisal
Bahagian Pengurusan Acara,
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
MALAYSIA

langitbiru said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,


Sdr. SamuraiMelayu said,

“Sdrku, kita seharusnya bersyukur selagi anak melayu (tidak kira kroni atau bukan) masih diberi projek2 diTanahairnya atau sememangnya sudah jadi lumrah kot orang melayu suka berdengki dan cemburu melihat kaum bangsanya mewah dari dirinya dan cuba mencari alasan dari memberi sebab mengapa orang Melayu lain lebih 'senang' hidup dari dirinya...”

Sdrku,
Terimakasih membaca tulisan saya. Sebenarnya, saya tiada dengki, tiada cemburu. Kaya dan mewah, rezeki masing-masing yang ditetapkan Allah swt. Bahkan saya juga tumpang gembira kalau kaum seagama ku maju, kaya dan mewah…...hasil kerja titik peluh tulang 4 kerat, halal dan suci. Mengapa tidak?

TAPI, RM2,200,000,000,000.00. untuk ‘2 orang’, musykil macam cerita P Ramlee, kau ambik RM1,100,000,000,000.00 , aku ambil RM1,100,000,000,000.00.

Tiada dengki, tiada cemburu,
TAPI musykil dan ragu
Tinggi menggunung
Kerana duit itu
Duit Negara ku


Sdrku,

Pohon panjangkan akal untuk memahami antara ‘yang tersurat dan yang tersirat’.

Sdrku,

Bahasa ku mudah saja
Tiada madah berhelah
Bukan juga bahasa baku
Tiada berliku
Bukan berpolemik
Yang tersurat dan yang tersirat
Tiada helah
Straightforward….lah

Bila ku bertanya,
“Di negara MAJU BARAT, pernah ke ada kes macam ni?”
Kes macam mana? Macam kes inilah!!!

Adakah di Eropah, di era semasa kini, seorang Penasihat Undang-undang kepada Parti Pemerintah, kemudiannya MELANGKAH BENDUL dilantik oleh Presiden Parti nya (yang merangkap Ketua Negara) menjadi Ketua Hakim Negara, kemudian melalui proksinya, syarikat sdn bhd anaknya,atau isterinya, atau adik beradiknya membida dan melobi projek billion harganya, lalu berjaya mendapat projek tersebut…….tetapi mendakwa tiada kena mengena dengan jawatannya?

TAPI Sdrku menjawab, “Mengapa tidaknya?...yang diberi kesempatan adalah anak2 kulit putih juga. Jangan harap kerajaan British nak jemput syarikat2 dari Jerman atau Peranchis membangunkan negara mereka dan begitu juga sebaliknya”.

Menggaru kepala aku, wahai Sdrku. Menggaru bukan kerana gatal banyaknya uban di kepala, tapi bingung kenapa Sdrku gagal memahami soalanku?
Tiada yang tersirat, tersurat…. Straightforward….lah!

……mohon panjangkan akal Sdrku untuk memahami maksud pertanyaanku yang terang dan jelas.


Contoh lagi satu Sdrku,

Adakah di eropah, seorang pemimpin wanita kanan parti yang memerintah, kalah dalam pilihanraya umum, TAPI dilantik oleh Presiden Partinya (yang merangkap Ketua Negara) sebagai Menteri Penuh, kemudian melalui proksinya, syarikat sdn bhd suaminya, anak-anaknya, dapat projek ratusan juta untuk TERNAK lembu…..tetapi mendakwa tiada kena mengena dengan jawatannya sebagai Menteri?

Kalaulah ada wahai Sdrku, boleh kah kita kongsi cerita?

“Ditanahair orang Melayu ini, antara kawasan ramai orang Melayu kaya dan mewah adalah diShah Alam dan jika diandaikan Melayu yang telah dikayakan dan dimewahkan kesemuanya adalah kroni2 kerajaan UMNO/BN, mengapa dan kenapa pula Shah Alam jatuh ketangan pembangkang?...Adakah Melayu mudah lupa atau masih tidak berpuas hati dengan kemewahan yang dikecapi dibawah pemerintahan UMNO/BN?...tepuk dada tanya selera!”

Sekali lagi aku menggaru kepalaku yang tidak gatal, TAPI bingung macammana boleh dibuat kesimpulan dan andaian sedemikian dari Sdrku, Pahlawan Melayu UMNO, SamuraiMelayu.

Atau aku sememangnya tak memahami ‘yang tersurat,yang tersirat’ polemik bahasa seorang Pahlawan MelayuUMNO?

Apakah SEGALA nama KEMEWAHAN itu diberi oleh UMNO??? Bukan dari Ar-Rahman?

Bagaimana yang miskin papa kedana???

Di mana kamu wahai Umar al-Khattab?

RM2.2Billion…….ANTARA KEREDHOAN IMAN ATAU KERAKUSAN NAFSU?

Anonymous said...

;



salam maal hijrah dato

konsep teras /bukan teras hanya

relevan kepada

bisnis macam proton aje

PNB adalah satu fund manager.

Jadi adalah bijak dan ikut polisi

wajar jika pengurus dana teruskan

dasar spread out investment

untuk turunkan risiko sesuatu

saham itu jatuh mendadak.


Jadi adalah satu teori yang salah

dan berlawan teori

investment jika simpleton

ros-najib surut buat polisi

asset unbundling kepada PNB

.
.
.
notoktok

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. langitbiru said,
...
Sdrku,
Terimakasih membaca tulisan saya. Sebenarnya, saya tiada dengki, tiada cemburu. Kaya dan mewah, rezeki masing-masing yang ditetapkan Allah swt. Bahkan saya juga tumpang gembira kalau kaum seagama ku maju, kaya dan mewah…...hasil kerja titik peluh tulang 4 kerat, halal dan suci. Mengapa tidak?

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

TAPI, RM2,200,000,000,000.00. untuk ‘2 orang’, musykil macam cerita P Ramlee, kau ambik RM1,100,000,000,000.00 , aku ambil RM1,100,000,000,000.00.

BETUL KE?... WALLAHUALAM.

Contoh lagi satu Sdrku,

Undang2 mahkamah duniawi akan mengadili pemimpin perempuan dengan 'lembu2'nya (jika ada kes) dan seperti kita sudah tentu juga akan dihadapkan ke mahkamah mahshar . Maka tak perlulah sdrku bersusah payah nak garu kepala.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. You saw the splashes but the ripples...???

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdrku langitbiru juga berkata,

Apakah SEGALA nama KEMEWAHAN itu diberi oleh UMNO??? Bukan dari Ar-Rahman?

Soalan diatas telah pun terjawab DALAM soalan dibawah Sdrku.

RM2.2Billion…….ANTARA KEREDHOAN IMAN ATAU KERAKUSAN NAFSU?

STRAIGHT FORWARD,
Apakah SEGALA nama KEMEWAHAN itu diberi oleh UMNO???.. jawapan kepada KERAKUSAN NAFSU
Bukan dari Ar-Rahman?...jawapan kepada KEREDHOAN IMAN

ANTARA KEREDHOAN IMAN ATAU KERAKUSAN NAFSU?... kita yang membuat pilihan antara jalan keSYURGA atau NERAKA!

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Terharu kami melihat Sdrku membuka kata dengan salam 'Rahman dan Rahim'. Alangkah indahnya jika beliau terus mengamalkan nya. Semoga Allah swt melimpahkan Zat Kasih dan Sayang NYA keatas sdrku sekeluarga..AMIN.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdrku langitbiru,

1. Kami bukan ahli mahupun 'cybertroop' mana2 parti politik, hanya 'SAya MUlut muRai' Melayu... 'SA MU RAI' Melayu.

2. ‘Yang tersurat,yang tersirat’yang dianggap polemik bahasa, kami cuba terangkan dengan contoh dibawah;

Yang tersurat...Terharu kami melihat Sdrku membuka kata dengan salam 'Rahman dan Rahim'.
Yang tersirat... keikhlasan niat sdr yang melafazkan nya...

Yang tersurat... Alangkah indahnya jika beliau terus mengamalkan nya.
Yang tersirat...seruan kepada semua pembahas dan pembaca mencontohi beliau dan mengamalkan nya

Yang tersurat...Semoga Allah swt melimpahkan Zat Kasih dan Sayang NYA keatas sdrku sekeluarga..AMIN.
Yang tersirat...doa yang berlandaskan sifat Yang Maha Mulia Junjungan Nabi Muhammad saw(anugerah Allah swt kepada Pesuruh Allah yang dikasihi)

3. Dengan keterangan ringkas kami diatas, maka tersuratlah perkara yang tersirat sebelumnya.. kun faya kun.

4. Wallahualam

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Yang tersurat 'langitbiru', Yang tersirat ' ruang angkasa yang jernih'
Pengetahuan tanpa Ilmu nikmat 'hidup' di dunia Fana'
Pengetahuan diimbangi Ilmu 'nikmat hidup' didunia dan diakhirat... wallahualam.

langitbiru said...

TERLALU AWAL untuk Dato’ dan pembahas membuat kesimpulan.

Apapun, itu fikiran masing-masing, pilihan masing-masing.

Bagi saya, melihat beberapa siri provokasi oleh juak-juak UMNO sejak mutakhir ini atas pelbagai nama, PERKASA PEKIDA dan lain-lain, serta BUDAYA FITNAH berunsur “lucah”oleh “bekas” orang UMNO, kebarangkalian kes ini kes terancang yang didalangi juak-juak di atas AMAT tinggi.

Pun begitu, “sasaran” mereka tidak tepat. Memilih Dr Badrul Amin sebagai sasaran boleh jadi terjadi “senjata makan tuan”. Apapun, tunggu dan lihatlah apa akan jadi. SEMUAnya akan dilalui dan berlalu bersama MASA.

Mengingatkan saya kepada nasihat seorang Sahabat,

'SAya MUlut muRai' Melayu... 'SA MU RAI' Melayu, menjelaskan maksud apa ‘Yang tersurat,yang tersirat’:

Yang tersurat...Terharu kami melihat Sdrku membuka kata dengan salam 'Rahman dan Rahim'.

Yang tersirat... keikhlasan niat sdr yang melafazkan nya...

Mungkin boleh saya jelaskan begini,
“Yang tersurat…….AMAL”
“Yang tersirat………IMAN”

Amal, samada baik atau buruk.
Iman, itu taqwa……lawannya, munafik.

Terimakasih Sdr ku “SA MU RAI’.

Jangkaan ku sebelumnya, Sdr Ku seorang Pahlawan UMNO yang pandang ke Timur (“samurai”Jepun), pandang ke hadapan, luar kotak untuk maju ke depan.

Ps.

“Yang tersurat 'langitbiru', Yang tersirat ' ruang angkasa yang jernih”


Bagi saya,

Yang tersurat langit biru, ruang angkasa yang jernih, menenangkan, menyejukkan dan damai, bagi yang melihatnya……………

Melihatnya “Yang tersirat”, KEBESARAN ILLAHI, Pencipta langit biru.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Kami terlepas pandang pada P.S. Sdr langitbiru

Bagi saya,

Yang tersurat langit biru, ruang angkasa yang jernih, menenangkan, menyejukkan dan damai, bagi yang melihatnya……………

Melihatnya “Yang tersirat”, KEBESARAN ILLAHI, Pencipta langit biru.

BERSINARLAH HENDAKNYA WAJAH SEORANG INSAN YANG BERTAKWA...

ALFATIHAH, AMIN

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato' Kadir
Salam Hormat

1Individu
(siapa nazir minyak sawit)

ini cerita datang dari mana?
Tun Daim si-pelanduk manja?

Siapa Raja Minyak Sawit?
Budak itu geliga otaknya
cuma terlalu kapitalist dorongannya

wall street itu bukannya taman
mainan kanak-kanak yang sudah usang?

Manjanya si-pelanduk sekawan
bermain-main diserang buas
di bawah pohon semua terperhati
kenapa feringhi datang berperang

si-pelanduk sekawan pun meniti
pergi menewas buas yang menyerang
dan di seberang selat pulau
si-muslim pedagang almarhum sheikh

sultanulariffin dan adik-adiknya
mengajar agama sambil berdagang
menunggu angin bertukar sabar
membawa dagangnya pulang ke kampung

salamun-salam


(ps notebook sudah kena godam, mahaguruku)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).