Friday, February 10, 2012

Johor Sasaran Baru Pas?

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

PENGESAHAN oleh Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali, yang Naib Presiden parti itu, Salahuddin Ayub, akan pulang bertanding di Johor dalam Pilihan Raya Umum akan datang tidaklah memeranjatkan.

Ia adalah selaras dengan strategi parti itu dan selari dengan keyakinan baru yang diperoleh ketika dan selepas PRU 2008.

Lagipun, kalau Pas benar-benar mahu menjadi parti Melayu/Islam kebangsaan dan alternatif kepada Umno, haruslah mengembangkan sayapnya ke semua negeri, apatah lagi Johor yang berupa negeri Melayu dan kubu Umno.

Sekiranya Pas berjaya menembusi hatta sedikit sahaja kubu terakhir Umno itu, ia sudah boleh dianggap sebagai kemenangan moral yang besar.

Sedikit tembok kubu itu telah berjaya ditembusi pada PRU 2008 apabila Pas memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Maharani dan Sungai Abong.

Majoriti Pas tidaklah besar dan kekuatannya, pada ketika itu, tertumpu kepada utara barat laut Johor sahaja. Malah dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, prestasi Pas lebih buruk daripada ketika PRU 2008. Tetapi sejak itu, Pas diketahui lebih cergas berkempen di Johor.

Ketika menghadiri kenduri kahwin anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, di Shah Alam Insin lalu, saya berkesempatan berbual ringkas dengan seorang lagi Naib Presiden Pas, Husam Musa, yang baru pulang berceramah di Johor.

Kalau Pas berminat menjadikan Johor sasaran seterusnya - selepas Kelantan, Kedah dan Terengganu - Salahuddin adalah pilihan tepat untuk mengetuai gerakan itu kerana beliau adalah anak kelahiran Johor dan antara pemimpin bukan ulama yang paling berkaliber dan disenangi oleh kawan dan lawan. Mulai PRU 2004, beliau bertanding dan menang di kawasan Parlimen Kubang Krian, Kelantan.

Mengikut biodata Wikipedia (bahasa Melayu), Salahuddin Bin Ayub dilahirkan pada 1 Disember 1961 Kampong Serkat, Tanjung Piai, Pontian. Beliau mendapat pendidikan Inggeris, Melayu dan Islam di Johor sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman dan mendapat ijazah BSc. dari Universiti Putra Malaysia. Beliau menjadi pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980 dan menceburi bidang politik sepenuh masa pada tahun1983.

Strategi Pas di Johor menyamai apa yang telah dilakukannya di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu, di mana kesabaran dan keazaman akhir membuahkan kejayaan.

Tetapi laluan Pas di Johor nyata akan lebih sukar dan mencabar kerana majoriti orang Melayu negeri itu masih terikat kuat kepada Umno.

Ramai orang Melayu Johor menganggap Umno sebagai “hak” orang Johor dan latar belakang pendidikan agama mereka menyebabkan mereka kurang tertarik dengan ortodoksi Pas. Jadi, pilihan Salahuddin, anak Johor yang berpendidikan moden, mungkin membantu mengurangkan imej ortodoks Pas.

Dengan latar belakang pendidikan moden dan terbuka, Salahuddin mungkin boleh meyakinkan generasi muda Johor bahawa Pas yang bakal beliau pimpin di negeri itu adalah berlainan daripada Pas yang dikongkong oleh ortodoksi ulama.

Wallahualam.

72 comments:

Wak said...

Hahaha! Mimpi di siang hari agaknya PAS ni? Apa yang dia boleh tawarkan kepada rakyat Johor? Tunggu aje lah PRU-13. Tengok sendiri sokongan kepada PAS bagaimana. Sentimen media dan sentimen akar-umbi adalah 2 perkara berbeza.

din klang said...

Aslkum Dakj

Terima kasih Dato kerana pilih tajuk tandas yg sinonim dgn keburukan sikap sebahgian penduduk bukan saja Malaysia tapi jugak Asia. Harap Dato dpt kenalpasti sifat2 buruk yg lain.

Pasal Pas di Johor, saya doa harap dan minta Melayu Johor jgn syok sendiri dgn nostalgia penubuhan UMNO disana dan penubuhan Iskandar Johor.

Org Melayu harus tanya setiap ruang bisnis dan rumah yg cantik2 yg sedang dibangun di Johor, yg Melayu punyamana dia.?

Pemimpin Umno dan Melayu yg seaaggkatan dgn mereka berlomba2 kayakan diri sendiri. Sayang Melayu Johor masih terlena.

Berubahlah dan bantu lah diri anda dgn beri peluang pd Pas dan P R.

Din klang

Penawar Resdong Paling Berkesan said...

hidup islam!

Anonymous said...

Salam Dato...

Sangat molek kiranya Salahuddin Ayub bertanding di Johor.

Menjadi Kepala untuk menawan Negeri Johor tempat kelahiran UMNO (Lama) yang sudah mati bila ia di haramkan oleh Dr Mahathir kerana nak buang/ tapis pengaruh Tengku Razali dalam UMNO Baru @ UMNO DR Mahathir.

Memang sebelum Mac 2008 org Melayu Johor Melihat PAS seperti org melihat Alien (Makhluk asing)

Peluang untuk PAS menawan Johor sangat Cerah seperti bulan Purnama, tetapi bukan di tempat yang 80% pengundi Melayu.

PAS akan menang di tempat yang pengundi bercampur-campur seperti 40% cina 50% Melayu dan 10% lain2.

Ini kerana Pru13 100% orang Cina akan undi Parti Bukan BN.

Ini kerana mereka sudah meluat dengan BN. Mereka melihat BN banyak membazir, menyolap duit dan banyak projek gagal. Bagi org cina nilai duit sangat tinggi.

Walaupon mereka ada lari dari bayar incomtax, tetapi kaum mereka adalah penyumbang incomtax yang tinggi untk negara.

Melihat pembaziran, salahguna, songlap, rasuah, tipu muslihat, dan mereka tak merasa hasil (Cukai) yang mereka bayar , sudah pasti mereka marah.

Lagi satu Dato, percubaan mereka tempohari pru12 berjaya. Tiada pergaduhan antara kaum..itu mereka paling takut.

Kini mereka tak takut lagi..mereka bertambah yakin.

Moga Salahuddin Ayub dapat menaluki JOHOR (Kubu UMNO) seperti mana Salahuddin Al Ayubi (Saladdin) yang menakluki Baitulmuqaddis.

Bila PAS menang nanti jadikan lah Salahuddin Jeneral di sana....

MAT Arip, Sg. Tiang

Melayu ABU said...

Salam pak kadir

Kawan org jb tapi kampung di bp. Kawan dah masuk UMNO sejak umor 18 tahun lagi . Sekarang umor kawan 50 thn . Sejak 2008 lagi kawan muak dgn UMNO bila tengok perangai pemimpin2 UMNO asyik pentingkan perut sendiri tanpa memikirkan org2 melayu . Mulai 2008 , kini dan selamanya kawan dan kerabat kawan baik di jb , bp dan muo dah ABU .

Anonymous said...

beliau diwar warkan bakal 'diangkat' sbg MB jika PR menang..
harap2 betul la, dan bukan jui meng..sbb PKR lebih dulu 'membaiah' jui meng sbg MB jika PR menang..

-aldan.

Anonymous said...

Datuk...

I dont think that people in Johor has the same thinking like you of seeing PAS being an orthodox muslim party anymore..

I see PAS nowadays as a progressive muslim party.

PAS tidak lagi mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan!

Kita juga telah diperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam di dunia seperti Mesir, Tunisia, Turki tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif.

Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

minah ronggeng

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

1. Jika pada dasarnya PAS memperjuangkan Islam, mengapa sentiment atau keutamaan penyokong-penyokong PAS adalah perjuangan untuk kebendaan /kekayaan/ material? Adakah perjuangan Islam itu mengutamakan aspek-aspek ini sahaja?

2. Mengapa saya kata demikian adalah merujuk kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin-peminpin Umno yang dikatakan memuaskan tembolok sendiri. Mengapa isu “tembolok” ini mengatasi isu-isu perjuangan Islam yang lain-lain? Mengapa isu kebendaan/kekayaan/material yang menjadi topic hangat di kalangan penyokong-penyokong PAS? Dia orang cemburu dengan kekayaankah?

3. Saya tidak kata bahawa semua pemimpin-pemimpin Umno itu zuhud, tetapi saya persoalkan focus penyokong-penyokong PAS dalam kempen mereka kpd isu-isu “tembolok pemimpin-pemimpin Umno” adalah berlebih-lebihan sehinggakan ternampak bahawa mereka ketiadaan modal perjuangan Islam yang lebih besar.

4. Mungkin mereka mengaitkan konsep “nahi mungkar” sebagai hujah mereka menghentam pemimpin-pemimpin Umno yang mengutamakan tembolok sendiri, tetapi persoalannya adakah konsep “nahi mungkar” itu hanya berlegar dalam aspek-aspek kebendaan/kekayaan/material sahaja? Adakah isu mungkar kebendaan ini hanya berkisar kpd pemimpin-pemimpin Umno sahaja? Pemimpin-pemimpin parti politik yang lain-lain, mahupun pemimpin-pemimpin PAS sendiri; tidak terjerumus di dalam aspek inikah?

5. Bagaimana pula dengan perkara-perkara mungkar yang lain-lain, sebagai contoh mungkar akidah, mungkar akhlak, mungkar syariat, mungkar percakapan, mungkar janji dan sebagainya; mengapa tidak diperjuangkan sama berat seperti mungkar kebendaan ini? Mengapa berat sebelah? Mengapa berpilih-pilih? Adilkah begitu?

6. Dalam pada itu pula, ke mana perginya “pasangan” konsep nahi mungkar tersebut , i.e. amal maaruf? Mana dia di dalam perjuangan PAS yang ketara jelas aspek-aspek amal maaruf ini?

7. Sudah bertahun-tahun saya lihat PAS cuba menandingi Umno di dalam aspek amal maaruf ini, tetapi ianya tidak cukup menyakinkan, jika tidak mengecewakan. Aspek-aspek amal maaruf yang cuba ditonjolkan oleh PAS adalah berupa “bayang-bayang” kepada konsep amal maaruf yang diperjuangkan oleh Umno selama ini. Macam mana rakyat nak percaya dengan PAS?

8. Jadi, di dalam konteks PAS kepingin menembusi kubu Umno di Johor, tunjukkan dahulu kepada rakyat Johor bahawa PAS mampu memperjuangkan dengan bersungguh-sungguh kesemua aspek “amal maaruf nahi mungkar” ini, terutama di negeri-negeri yang PAS mempunyai kuasa. Sehingga itu berlaku, kepingin tersebut hanya akan tinggal kepingin sahaja.

Wallahualam.

Terima kasih

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya tengah berfikir apa agaknya modal yang nak dijual kepada rakyat Johor oleh Pas untuk PRU akan datang ni?

Insyallah rakyat Johor tidak bodoh, buta mata dan hati mahupun taksub kepada parti tunggangan DAP ini.. pegangan saya senang- undi Pas samalah dengan mengundi DAP- parti rasis cina yang patut ditolak habis-habisan oleh orang Melayu..kecuali orang-orang yang suka ditunggang...

JZ

Orang Asal said...

Kesukaran menembusi Johor bukan kerana pemimpin UMNO sekarang bagus. Tetapi disebabkan oleh kurangnya org Melayu di Johor yg minat politik. Ramai telah berhijrah. Rata-rata yang berkebolehan dah menyampah. Nak masuk DAP, segan pada ibu bapa dan datuk nenek sendiri yang dah termakan propaganda kononnya DAP komunis. Nak masuk PAS, kebanyakan org Melayu Johor memang mahir ugama. Belajar samapai darjah khas. Jadi bila tengok cara PAS, mereka tak yakin. Lagi pun PAS di Johor lembab dan asyik minta derma. Macamana nak peduli masalah rakyat.

Yg undi BN, Melayu umur 50an dan 60an saja. Melayu yg ada ialah kaum pendatang yang telah "dimelayukan" dan sentiasa membawa masuk sedara mara dari seberang untuk dimelayukan. Mereka ini selesa dengan pemimpin UMNO sekarang yang mendahulukan peniaga serta kroni UMNO baru. Persetanlah dengan kaum Melayu asal dan orang Asli. Bangla kawin dgn Indon bertopengkan Jawa/bugis/ banjar/etc pun boleh jadi ahli UMNO. Kalau digabungkan data ahli UMNO dengan data SPR, kita boleh sahkan kaum apa ahli UMNO ni.

Pemimpin UMNO sekarang lebih selesa jadikan Melayu celup ini sebagai kontraktor proksi mereka. Lihat sajalah senarai ahli Majlis kerajaan tempatan. Semua kroni UMNO yg tidak berpelajaran tinggi. Cukup sekadar guna lesen Melayu celup dan tokey Cina untuk kaya. Surau2, pekerja KEMAS, JASA, pemimpin masyarakat, kebanyakannya Melayu celup.

Tanah-tanah lot dan Felcra dibahagikan sesama mereka. Mereka bijak. Semua ikut prosedur. Dengan kata lain, asal tak salah. Tak betul takpa. Mcm kes lembu kondo. Tak langgar undang2 tapi jelas tak betul.

Kaum Cina pula mengundi berdasarkan kumpulan peniaga mereka. Kalau tokey kata undi BN, mereka undi BN. Pemimpin UMNO cuma perlu jaga tokey. Bagi je tanah ratus ribu ekar pada tokey. Melayu nak dapat 1 lot seumur hidup pun susah. Yg taknak undi BN ialah golongan muda yg banyak membaca di internet. Mereka ini terdedah dengan kisah salah laku pemimpin BN yg disembunyikan di media perdana. Cuma sekarang ini, tokey2 dah mula cakap: ini ameno makan kuat woo. Itu aji ho kita kasi telai (try). Aji mesti makan juga lor tapi tak kuat selupa ameno sekalang.

Cukuplah dulu setakat ini.

***Orang Asal**

din klang said...

Aslkum Dakj

Izinkan saya berangan2. Kalau PAS dan PR benar2 menang dan mengotakan janji menjaga bajet negara maka paling tidak Rm50billion wang rakyat dpt diselamatkan.

Apakah yg dpt kerajaan PR buat dgn wang RM50 billion itu?

1. Dgn bajet Rm 200jt sebuah maka kerajaan hanya perlu belanja RM4b untuk buat 20 dhospital baru berbanding dgn Rm12b jikadibuat oleh kroni UMNOBN.

2. Dgn bajet cuma Rm500jt sebuah maka kerajaan PR boleh membina 10 universiti awam dgn bajet RM5b. Bandingkan dgn bajet Rm15b diperlukan oleh kroni UMNOBN untuk tujuan yg sama.

3. Kalau kerajaan PR peruntukkan Rm3000setahun untuk makan minum dan vitamin 500000 ibu mengandung yg susah seluruh negara maka bajet yg diperlukan cuma RM1.5b setahun. Dan harapan menghapuskan bilangan kanak2 lembam tentu lebih mudah.

4. Kalau kerajaan PR tambah gaji kakitangan awam bawahan pada kadarRM1000sebulan demi mengelakkan mereka curi tulang rasuah dll serta terkeluar dari garis kemiskinan maka tambahan belanja gaji kerajaan setahuncuma sekitar RM8b.

5. Dgn bajet cuma RM10jt kerajaan PR sudah boleh membina sebuah sekolah yg lengkap berbanding dgn RM30jt jika dibina oleh kroni UMNOBN. Bererti kalau kerajaan PR peruntukkan RM10b setahun maka sebanyak 1000 sekolah baru dpt dibina setiap tahun seterusnya matlamat sekolah satu sesi dan purata murid 25 org per bilik darjah semakim cepat dicapai.

Selepas ini kita semua faham bahawa wang RM50b setahun tu besar jumlahnya kerana tak boleh habis jika diguna untuk 5 tujuan murni di atas.

Malang sekali nasib kita, oleh kerana pemimpin UMNOBN belanja macam wang mereka sendiri seperti bayarkomisyen, inflated contract costs, subsidi pd kroni bailout kawan2 dll maka Rm50b tu tak pernah cukup.

Kalau dibiarkan negara boleh bangkrap. Waktu tu kroni pindah bermastautin keluar negara. Maka tinggallah kita yg kurang cerdik bayar hutang negara.

Din Klang

ab said...

Salam Dato,



Peraturan negeri dan negara MEMINTA
kita pilih wakil kita keperingkat
DUN dan Parlimen.


Kalau kita tidak pilih,tiada siapa
yang marah. Kita rugi ada la,lebih lebih lagi kalau ramai yang tak pilih wakil mereka keDUN dan parlimen.


PILIH la wakil yang `berkenan' dihati. PANDUAN MEMILIH wakil sebenarnya sudah ada 1433 tahun dulu dah...ikut saja laa.


PILIH WAKIL yang `kelihatan' bolih dipercayai,bolih menyampaikan `permintaan' kita,
bolih MEMPERTAHANKAN ISLAM, mempertahankan kepentingan melayu dan kesultanan melayu disamping
membangunkan ekonomi dan negara ini.


CUMA SATU orang saja yang terpilih
akan jadi wakil kita keDUN dan satu orang lagi keparlimen.


SETIAP kita ada 2 undi saja...


GUNAKAN LAH 2 undian ini sebaik baiknya.


Pilihlah berlian dan ketepikan kaca,pilih emas dan ketepikan tembaga...senaaang saja..!

TAK MAU `zircon' dan `zulian'!


TIDAK PERLU gaduh gaduh...



Abu Bakar Ab Rahman

BIGCAT said...

Pas will never win the Johor Malay votes except for the few not really intelligent ones. They are only capable of helping DAP and PKR break the Malay votes in Johor. They will totally be wiped out in the State in the coming GE13.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Pada saya tajuk kali ini adalah "wake up call kepada UMNO Johor".Kalau kita lihat UMNO pada masa ini sibuk dengan negeri-negeri yang diperintah PR.Tidak banyak aktiviti dinegeri-negeri dibawah kuasa BN terutamanya negeri-negeri yang dirasai selamat seperti Johor.Minta-minta tidak terjadi yang dikejar tidak dapat yang dikendung cicir.

Walaupun pada zahirnya terdapat suasana kelam kabut tetapi pada hakikatnya kedudukan kita akan bertambah baik mengikut jumlah keseluruhan wakil ADUN dan wakil Parlimen kita bagi PRU 13.Pandai-pandailah kita menggunakan kedudukan kita untuk ugama ,bangsa dan negara selepas itu.Yang penting kita berfikir baik-buruknya sesuatu sebelum melakukannya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

Malik said...

Salam

Wah BIGCAT cakap London nak tunjuk intelligent kot.... tu pasal kata orang lain bodoh. Ini macam manusia masih ada lagi kat Malaysia. Saya doakan orang yang sombong macam ini pupus cepat...

-Malik

Kajang Pak Malau said...

Salam semua,

Kepada orang Johor timbang-timbanglah tawaran ini. Inilah mungkin peluang keemasan bagi Johor dapat MB yang bagus. Solahudin seorang yang diakui kelebihannya oleh PR dan BN.

Sekali sekali berjumpa kawan-kawan dari Johor yang seangkatan kat U dulu, sekarang umur masing-masing dah hampir 50'an, majoriti condong kepada PAS ... rasanya masa untuk PAS bersinar di Johor makin hampir, kalau pun tidak PRU13, PRU14 insyaAllah. PRU14 hanya 5 tahun dari sekarang.

BN jangan berharap sangat RM500 boleh memberi kelebihan kepada nya, BN kena ingat penerima bantuan tersebut terdiri dari kelompok mana? Kelompok ini terdiri dari golongan yang tidak kesah pasal politik dan sebahagian besarnya tak mengundi pun.

~Kajang Pak Malau

Anonymous said...

Salam DAKJ dan para komentar/pembaca semua...

Kebetulan saya baru saja pulang dari Johor setelah 3 hari disana.. memang jangkawaktu yg amat singkat.

Dalam pemerhatian saya, rata2 taraf kehidupan di JB, Spg Renggam dan Pontian aalah amat tinggi. Cuma di "outshirt" spt Spg Renggan dan Pontia agak kurang sedikit. Sepertimana yg kita tahu, "influx" dari rakyat seberang memberi "impact" kepada ekonomi negeri Johor. Akan tetapi dgn "impact" ini juga dgn tidak langsung menambahkan beban kepada rakyat negeri Johor itu sendiri atas kenaikan harga barang dan kos kehidupan.

Sempat saya "ronda-ronda" pekan JB, di kawasan Tebrau dan Mount Austin, rata2 penduduk terdiri dari kaum lain, melayu amat terhad dan rasa saya tidak mampu utk melabur di kawasan itu. Oleh itu, pola kehidupan kaum adalah tidak seimbang.

Begitu jg dengan penempatan di kawasan Majidee, rata rumah org kita masih macam di Kg Baru, masih lg rumah yg berkos rendah dan cuma ada beberapa rumah yg agam disekitar Majidee.

Tidak dapat tidak dinyatakan bahawa tidak mustahil untuk PAS/PR dapat menakluki sedikit minat para penduduk di Johor ini sepertimana di P.Pinang, Kedah dan Kelantan.

Cuma pemikiran kita harus terbuka, pemerintah yg baik tidak semestinya dari UMNO/BN, banyak kali saya katakan bahawa pemerintah yg baik harus datang dari kerajaan yg terbuka dan perihatin terhadap rakyat. Itu terpulang pada rakyat sendiri untuk menilai dan memilih. Jika ramai merasakan pemerintah yg ada sekarang bersih dan bagus, maka undilah dan jika ada yg ingin merasa angin perubahan, maka undilah. Itu hak kita sg rakyat Malaysia.

Saya rasa tidak perlu dimainkan sentimen keperibadian dalam urusan politik dan pemerintah, tiada manusia yg sempurna dan tidak lari dari kesalahan. Jika betul, beri pujian (yg memadai) dan jika salah .. maka tegurlah demi utk kebaikan.

Tentang tandas, tidak kira tandas awam dan rumah.. masyarakat kita masih lg belum terbuka untuk mempraktikkan kebersihan secara "total". masih lg di takuk lama.
Harus jg kita mencontohi Singapura, sampai ada "committee" bagi menjamin kebersihan tandas awam.

Yang baik diambil sbg tauladan dan yg buruk kita jadikan sempadan...

1280K Taman Malik

din klang said...

Aslkum Dakj

Saya menolak Umno kerana tidak mau ada saham dalam parti yg dasar perjuangan Islamnya kabur, ikut selera peminpin dan menunjuk2. Pemimpinnya pulak rata2 lebih takut manusia drpd Allah dan siang malam berusaha mencuri harta rakyat( disamping laksana tugas parti/rasmi negara).

Saya menyokong Pas,Pkr,danDap kerana rata2 dipimpin oleh org yg bersih tidak terpalit dgn salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Walaupun sebahgian mereka bukan Islam tapi cara hidup mereka yg sederhana mengambarkan mer
eka lebih islamik. Alangkah bagus jika Hasan Ali atau mereka yg terlibat dgn HIMPUN dpt tarbiah mereka supaya menerima Islam!!

Jangan lupa dulu sebelum kedatangan Islam, datuk nenek kita pun menganuti agama kafir.

Media tali barut Umno sering canangkan undi Pas bererti undi Dap. Itu tak betul!!! Yg betul ialah undi UmnoBn sama dgn menjemput mereka rompak org Melayu dan negara. Yg betul undi Pas,Pkr dan Dap berreti menyelamatkan Melayu dan negara.

Kepada yg tak setuju, sila senaraikan kejadian salah laku atau rasuah melibatkan Nik Aziz, Khalid Ibrahim,Lim Guan Eng maupun Ust Azizan sejak menjadi nenteri besar.

Siapakah org yg merigkuk dlm penjara kerana mempertahankan maruah gadis Melayu yg dirogol oleh seorang Melayu yg ketika itu menjadi ketua menteri kalau bukan Lim Guan Eng seoran Cina Dap. Nak tanya sdr Azman yg berbelit tulis pasal nahi mungkar dalam berjuta2 ahli Umno kenapa tak de seorang pun antara mereka yg berani tampil spt Lim Guan Eng.

Jangan mudah tuduh Dap anti Melayu. Sebaliknya yg terang2 anti Melayu adalah pemimpin Mca spt Soi Lek. Tapi Umno pondan diam je. Nak bising macam mana!!! Mereka sendiri pun cakap je berdegar perjuangkan Melayu.

Nak kata Melayu Johor mahir Islam, saya mohon berbeda pendapat. Tapi kalau sdr Orang Asal kata pendidikan sekolah agama di Johor telah berjaya mendidik kanak2 Melayu supaya terus menyokong dan berkiblat pd UmnoBn, itu saya setuju, malah kesian sebab ia mungkin melibatkan akidah terjejas.

Dlm soal bernegara dan bermasyarakat perjuangan Pas dan Anwar yg sejak dulu terbukti takut pd Allah sepatutnya disokong bukan ditentang. Nak tenguk contoh perjuangan Umno cuba hayati lagu kebangsaan negeri termaju di Malasia..

Din Klang.

jebat said...

Welcome to Johor !!
Welcom PAS !!
We are tired of Gahni Osman's style
We want to try new styles
We wavt to try PAS w/o DAP and PKR.

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Baguslah dan syabas kerana Dato' pandai mengimbangan fikiran bloggers ini dengan tajuk yang berat 'politil' selepas meringankan dengan tajuk humour "tandas".

2. Secara teori, political strategi Pas untuk menawan Johor memang bagus. Tapi secara hakikatnya mereka perlu mengukur baju dibadan sendiri. Mampukah mereka menebusi fikiran keUmnoan orang Johor. Pada pendapat saya mereka tidak boleh membuat tanggapan dan menggunakan teori tsunami PRU 12 untuk menang mudah pada PRU 13 ini.

3. Pemikiran pengundi PRU 12 agak berbeza.Pada masa itu rakyat agak marah pada UMNO dan ingin mengajar kepada pemimpinnya. Tapi kini rakyat tidak begitu marah lagi pada Umno. Tambahan pula dengan pendekatan PM Najib yang begitu mesra rakyat dan TPM Mahyudin pula adalah orang Johor tentulah teori dulu tidak relevan lagi. Penyokong Pas pula kini agak marah dengan pendekatan parti itu yang seolah-olah tidak seberani dahulu dalam perjuangan menegak syiar Islam dek dipegang hidung oleh PKR dan DAP.

4. Jadi pada pandangan saya eloklah Pas concentrate dinegeri2 yang sedang diperintahnya seperti Kelantan dan Kedah (yang nampaknya mula goyah akibat percakaran dalaman). Jangan jadi "menang sorak, kampung tergadai" atau "yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciran." Wallahwualam.

Dan Kajang.

abdullahngah said...

Orang Melayu Johor tetap percaya dan yakin umno saja yang boleh diberi mandat untuk memerintah.

Inilah punca PAS tidak boleh betapak di Johor.

Orang Melayu Johor tak pernah fikir pasal dasar yang diperjuangkan oleh PAS.

Atas sebab itulah PAS tidak mendapat sambutan dan sokongan sejak dari dulu lagi.

Serupa juga dengan orang Melayu Melaka.

Bagi saya DAP punya harapan besar untuk betapak di Johor. PAS jangan diharap.

Di Johor, PAS macam perempuan yang tak diminat oleh lelaki.

Berperangai baik sekalipun tiada lelaki yang mahu buat bini.

Orang melayu johor tak nampak PAS. Yang mereka nampak umno, umno, umno.

Jika Sallehuddin Ayob balik negeri dan bertanding di kampung pun jangan diharap boleh menang.

Tokoh PAS lain di Johor yang pernah bertanding bukan calang calang orang.

Di Mersing dan Muar yang pernah ada tapak calon PAS tak pernah memang pun. Pada hal calon yang bertanding itu tokoh PAS yang disegani dan dihormati.

Melayu di Jogor adalah Melayu baru yang tak pernah kisah pasal agama. Yang penting bagi mereka ialah habuan yang diperolehi dari Umno.

Mas said...

Pada hemat Saya tindakan YB Salahudin melambangkan sikap anak jantan yg selama ini bernaung kasih kepada ikhsan Kerajaan Kelantan


Paling tidak kepulangan beliau memberi persaingan atau alternatif kpd warlord yg ada skrg Dan warga Johor yang dahagakan transformasi secara total

Keputusan PRU 13 akan menyaksikan samada ianya menjadi sejarah atau Kekal Dgn status quo

kermitt said...

Semoga PAS bertapak di Johor.. di Selangor 50 tahun PAS mencuba dan berjaya.. sila beritahu saya apa yang tiada di Selangor?.. point saya.. tidak mustahil.. PAS perlu bergiat cergas dan banyakkan aktiviti mendekati masyarakat akar umbi.. kini bukan masanya berceramah.. tapi direct face to face dengan rakyat.. program gotong royong membersihkan kawasan ranting juga adalah vital.. percayalah usaha yang berterusan akan membuahkan hasil..

Mas said...

Salam Dato

Paling tidak kepulangan YB Salahudin Ayub akan membuka mata warlord dan rakyat Johor yg cintakan perubahan

Sekurang-kurangnya Isu Halatuju Sekolah Agama KPRJ Dan misteri beberapa project Pembangunan Iskandar bisa dirungkai apabila beliau Dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13 nanti

AHMY said...

Salam Dato',
Saya nak respon kepada jenaka dari WAK..

Kalau nak main strategi pilihan raya maka inilah masanya dilakukan ujian senjata, yakni sebelum perang meletus (sebelum parlimen bubar). Selepas PRU13, kita dah tahu keputusan.

Pada saya, PAS mengambil keputusan bijak menonjolkan seorang tokoh yang sudah digroom di peringkat pusat. Salahuddin adalah tokoh hebat yang memegang tampuk nombor tiga dalam heraki kepimpinan tertinggi dalam PAS.

Tak pastilah samada pemimpin Umno benar benar tidak gentar dengan gerakan PAS bergerak ke selatan atau mereka sekadar mempamirkan konon mereka benar benar berani.

Salahuddin juga telah dua kali menang PRU walau pun bukan di medan Johor. Tetapi umno juga tidak boleh mentertawakannya malah patut mentertawakan diri sendiri kerana general Umno yang hebat di bumi Kelatan sendiri tidak mampu menumbangkannya di halaman mereka.

Dato' gambarkan Salahuddin sebagai aktivis PAS yang membawa haluan liberal. Sebenarnya tidak berbangkit pun soal haluan dalam gerakan PAS. Cumanya ulamak lebih dihormati sebagai peneraju, ini bertepatan dengan imej PAS sebagai parti Islam.

Anonymous said...

Saya orang Johor. Baru-baru ini sekumpulan 4 ahli/pekerja PAS yang tidak saya kenali datang ke rumah ibu saya. Mereka berminat untuk mengetahui parti apa yang akan saya undi PRU 13 nanti (soalselidik ler gamaknya). Oleh kerana soalan yang ditanya secara upfront adalah soal peribadi, saya agak keberatan untuk menjawab soalan mereka. Sebaliknya saya bertanya mereka, apa sudah jadi kepada perjuangan asal mereka, apa sudah jadi dengan perjuangan mereka memerangi isu murtad, kedai2 arak serta pusat2 hiburan yg cambah bagai cendawan di Selangor? Kenapa tidak memperjuangkan jurang pendidikan dan kekayaan yang semakin meluas antara Cina/India dengan Melayu? Kenapa jawapan berbaur-baur'sekular' diberi oleh pihak PAS setelah diasak oleh rakan seperjuangan mereka iaitu PR & DAP supaya to go easy on issues like these? Fahaman peribadi saya: Jangan ler nampak sangat keislaman tu eh. Nanti pengundi2 lari ek ek. Jawapan tetamu PAS saya: Kita tawan dulu putrajaya, kemudian baru kita bentuk kerajaan yang benar-benar Islam. Terkulat-kulat saya apabila mendengar jawapan mereka. Ini bukan zaman penjajah dah. Boleh buat sesuka hati to the natives selepas mengalahkan kerajaan. Macam yang telah dilakukan oleh penjajah Portugis kepada Kesultanan Melaka di kurun ke 15. Ini negara demokrasi yang mempunyai ramai loyar yang paham perlembagaan Malaysia dan bukan loyar yang yakin mereka juga memahami perlembagaan yang sama. Selepas itu, tetamu saya menanya lagi apa parti yang akan saya undi PRU 13 nanti (Hish! Sungguh fokus kumpulan berempat ni.) Oleh kerana UMNO BN korup dan lemah, PAS sentiasa KO dalam pelbagai isu (melainkan di Kelantan di mana majoriti adalah penduduk Melayu dan anak jati Kelantan), DAP parti yang bekerja untuk Cina, PR dikuasai insan2 yang diragui, saya memberitahu mereka bahawa saya akan mengundi Melayu tanpa mengira parti. At least, 2 Melayu ni dapat juga ler gaji serta elaun dan macam2 kemudahan lah. Anak Johor.

warga muo said...

Salam Dato

sebagai anak Muor dan mempunyai rakan yang bertindak sebagai Think Tank kepada Adun PAS di Muor, beri saya peluang sedikit untuk memberi pandangan..


Mereka sendiri mengaku terkejut apabila menang kawasan tesebut tetapi jauh di lubuk di hati mereka akur ini kerana rasa marah pengundi pada Pak Lah dan keluarga sewaktu PRU 2008.

Kebanyakan dari ahli PAS di Muor adalah golongan pencen kerajaan yang masa yang sama pernah menjadi ahli umno.

Sebaik menang, think tank ini menjadi kalut kerana tidak pasti arah tuju yang harus mereka fokus bagi memenuhi janji mereka sewaktu PRU 2008.

Selama ini mereka hanya tahu mengendalikan ceramah menghentam kerajaan sahaja.

Dalam masa yang sama, pengundi mulai menuntut semula janji ADUN tersebut.

Ini menjadikan Think Tank menjadi kelam kabut dan dalam masa yang sama ada diantara mereka sendiri yang mahu menuai hasil dari penat lelah mereka sebagai Think Tank Adun sedangkan dana yang ada amat terhad.

Ini menyebabkan perpecahan ( dalaman ) di kalangan mereka yang mana satu pihak mahu mereka fokus untuk menggunakan Muor sebagai platform untuk mengembangkan pengaruh PAS di Johor manakala satu pihak lagi masih sibuk berpolitik sesama mereka. Dan lebih memburukkan lagi keadaan, PAS pusat tidak ambil kesah hal mereka kecuali sesekali turun memberi ceramah politik.

Perlu di ingatkan bahawa di Muor lah satu satu nya kerusi Dun yang di menangi oleh Semangat 46 di Johor pada awal 90an dulu tetapi pada PRU selepas itu, S46 terus terkubur di Muor.

Yang paling nyata sekarang adalah pengaruh dan fokus PAS adalah lebih kepada golongan tua dan pencen tetapi mereka tetap gagal memenangi hati golongan muda.

Golongan muda di Johor melihat PAS ( yang di ketuai pemimpin kelantan dan utara ) sebagai sabuah badan agama yang extreme dan tidak sesuai dengan sistem pengajaran agama di Johor yang lebih moderate yang anak muda ini terima dahulu.

Semua maklum bahawa Johor telah memulakan sistem sekolah agama harian ( yang murah atau percuma ) sejak zaman Sultan Sir Abu Bakar dan 99% dari rakyat Islam Johor mempunyai asas agama yang kukuh walaupun tidak kelihatan alim seperti pelajar lepasan pondok.

Se-nakal mana pun mereka, jika di tanya akan asas agama Islam, pasti mereka mampu menjawabnya tanpa ragu ragu.

Kesimpulan nya, yang saya perhatikan, menjelang PRU13 dengan pengundi muda lebih ramai dari warga emas dan juga Identiti PAS yang tidak tentu arah akhir akhir ini ( separuh extreme dan separuh lagi pro Anwar ), saya berani mengatakan bahawa nasib PAS tidak banyak bezanya dengan S46 di johor satu masa dahulu.

Wallah Hualam.

Orang Asal said...

Din Klang kata: "Nak kata Melayu Johor mahir Islam, saya mohon berbeda pendapat. Tapi kalau sdr Orang Asal kata pendidikan sekolah agama di Johor telah berjaya mendidik kanak2 Melayu supaya terus menyokong dan berkiblat pd UmnoBn, itu saya setuju, malah kesian sebab ia mungkin melibatkan akidah terjejas."

Ini contoh yang org Johor tak minat PAS. Cakap macam bagus sangat. Siap boleh komen kiblat dan akidah pelajar sekolah agama Islam Johor. Kalau kritik individu tertentu, mungkin masuk akal.

Ramai pekerja dan peniaga import dari Kelantan di sini. Sebagai orang Johor saya tak salahkan sekolah agama di Kelantan atau suasana ekonomi di Kelantan.

Maaf, walaupun PRU kali ini saya tidak undi BN, tapi berdasarkan pengalaman anak2 saudara saya yang belajar di sekolah pondok di Kelantan; saya boleh jamin di Johor, suasana sangat berbeza. Di sini anak2 dididik dan diberi ilmu secukupnya dalam suasana yang SELESA dan tanpa dipengaruhi propaganda politik.

Anonymous said...

Dato'

Salahuddin merupakan antara Jeneral PAS yang paling kuat. Saya tidak berapa yakin strategi menghantarnya ke Johor adalah idea yang baik.

Pada hemat saya DAP mungkin boleh menembusi beberapa daerah/bandar di Johor. PAS mungkin hanya beberapa daerah di Muar.

Saya tidak yakin PAS sudah begitu kuat untuk menembusi tempat lain di Johor walaupun dengan menghantar Salahuddin.

Lagi baik PAS menghantar wakil bertaraf sarjan atau kapten dahulu sehingga orang Johor dapat terima. Ini masih akan memakan masa yang lama. Barulah hantar Naib presiden ke Johor.

Kalau check darah orang Johor, dalam DNA ada UMNO. Memang susah dan liat nak tukar.

Johor merupakan kubu paling kuat UMNO dulu,kini dan berpuluh tahun.

Kalau saya pakar strategi pakatan rakyat, saya akan fokus bandar Johor Bahru kerana pengundinya mempunyai demografik yang pelbagai.Kalau PR nak tawan negeri Johor....minta maaplah.

Orang Johor.

din klang said...

Aslkum Dakj

Saya pening kepala memikirkan bagaimana songsang dan keliru cara penyokong Umno berfikir
(termasuk penyokong2 tegar Umno di Johor).

Mereka nampaknya sgt bangga dgn sistem sekolah agama harian. Kalau sistem tu betul2 bagus dari sudut akidah kenapa org Johor lebih rela sekongkol dgn pemimpin Umno Bn yg zalim, fitnah, buli, salahguna kuasa, rasuah dll?

Jawapanya jelas iaitu. silibus sekolah itu telah diselewengkan hingga pelajar beranggapan segala perbuatan pemimpin Umno mereka betul dan mesti dipertahankan.

Sekolah berkenaan tak berani mengajar perkara2 spt hubungan manusia dgn manusia dan manusia dgn Allah secara mendalam agar kejadian menduakan Allah dgn pangkat serta manusia.dpt dihindarkan.

Kalau sekolah agama Johor benar melahirkan Melayu yg mahir dan mantap agama mengapa menolak ulamak2 Pas dari Johor sendiri. Sebaliknya Melayu Johor lebih percaya pd watak secular spt Muhyidin, Ghani dan Hishamudin.

Walaupun sukar, dgn bantuan Melayu Islam(bukan Islam pd nama dan adat je) UmnoBn Johor boleh ditumbangkan. Kesianlah pd bangsa Melayu kitadi mana jua yg serba miskin dan dhaif akibat mental mereka yg dikiblatkan pd Umno semata2

Janji Allah kebenaran tidak akan kalah selamanya kpd kebatilan.

Din klang

Anonymous said...

tak payah masuk lah Johor ni....bagi diorang rasa kos hidup yg tinggi...pergi Johor Bahru...harga rumah mencanak naik...nak kata maju...melayu Johor haram tak maju...eksen aje lebih...kalau ekonomi orang Melayu johor conquer boleh lah eksen...dadah merata2..

Jasin jer

Anonymous said...

Miskinkah Orang Melayu?
Sampai kenduri Maulud Nabi tak dapat nk pergi sebab banyak tempat dalam satu2 hari.

Miskinkan kita?

Zaman minyak murah dulu, takde macam ni. nk jumpa orang buat maulud nabi pada satu2 malam pun susah.

Apapun PAS lebih2 lagi PAS Kelantan hebat, depa beli bangunan UMNO Kota Bharu pada harga RM4.5juta - terus kata dapat 'tawan' putrajaya sama seperti mereka 'tawan' bangunan UMNO KB.

UMNO KB nk sedia RM4.5 juta pun tak mampu.

Mat Usin Piah

warga muo said...

salam Saudara Din Klang

tohmahan saudara terhadap sekolah agama di Johor adalah terlampau umum tetapi apa yang kita lihat hari ini kebanyakkan negeri di Malaysia ( baik bawah BN atau PR) telah mengikut jejak yang sama dengan membuka sekolah agama harian.

sama seperti jika secara umum saya katakan bahawa orang alim PAS harapkan serban sahaja besar tetapi dalam akhbar Harakah iklan obat kaut lelaki lebih banyak dari ruangan bimbingan agama.

Dan Harakah merupakan lidah rasmi tempat pemimpin PAS menyampaikan maklumat. Mungkin matlamat ini yang jadi priority.

Patut lah ramai pemimpin PAS yang terlibat dengan isu lebih dari 1 isteri.


Sila jawab jika saya salah.

Anonymous said...

Kepada Saudara Din Klang,

Apakah sebenarnya kaitan sekolah Agama dengan kuatnya sokongan orang Johor kepada UMNO?

Saya rasa ini semua adalah andaian sahaja.

Saya belajar di sekolah agama di Johor. Ketika itu kami belajar kitab matla'al badrin yang agak lengkap dalam soal feqah. Oleh itu pada zaman dahulu orang Johor agak terkenal kerana tidak boleh ditemberang dalam soal feqah dan bab lain-lain dalam agama.

Pada ketika ini, silibus sekolah agama Johor sudah bertukar dan pada hemat saya sudah selari dengan negeri-negeri lain. Pendek kata sudah disenangkan berbanding dengan dulu. Ini dari pengamatan saya pada buku-buku teks sekarang. Jika saya silap harap orang Johor lain perbetulkan.

UMNO sendiri berasal dari Johor dan sokongan orang Johor terutamanya di luar bandar kuat dengan UMNO. Setelah sekian lama bersama UMNO adalah sukar untuk Parti lain diterima oleh UMNO terutamanya orang luar bandar yang hanya terdedah kepada media massa tradisional.

Orang Johor

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa isu di Johor ialah bukan kerana ramai sukakan UMNO, tetapi ramai yang masih sayangkan melayu.

Tidah banyak pilihan bagi orang yang sayangkan melayu.

Mereka lebih mempercayai UMNO jika dibandingkan dengan PAS (yang tidak konsisten pendirian mengenai isu-isu kepentingan Melayu dan Islam sejak bersengkokol dengan DAP & PKR).

Penduduk Tetap JB

Anonymous said...

Saudara Jasin Jer,

Sapa kata kos hidup di JB tinggi. Saya dah tinggal Kuala Lumpur 10 tahun, barang-barang mahal, rumah toksah cakap lah, tol sana-sini.

KL sekarang kuih 3 seringgit tak dapat lagi. sekarang sudah 40 sen satu. Goreng pisang 3 seringgit, apa yang murah sangat.

Orang banyak yang kata kos JB tinggi tapi bila tanya apa bendanya yang tinggi....jawap tak tahu, ada jugak kata Singapore barang mahal. Singapore dah pisah dengan Johor lebih 40 tahun.

Orang Johor

Anonymous said...

Salam Dato'. Semoga sihat selalu. Ditempat saya (salah satu kampung kawasan Pontian), jemaah surau nya kalau 10 orang (9 UMNO 1 PAS). Masalah orang UMNO ni satu je, kalau sedikit halaman surau tidak di 'tar' kan oleh YB Ahmad Maslan, jawabnya 5 atau 6 undi UMNO pada PRK 13 ni akan berpihak kepada PAS. Saya pun tak faham mentaliti orang semacam ini ( semua veteran UMNO)....

HAMKA

AbdRahim said...

Betullah komentar Wak berkata. Memang bermimpi rupanya PAS ni. Untuk membicarakan juga impian PAS untuk menakluk Johor adalah mimpi para pembahas dan juga tuan empunya blog.

Banyak pembahas, terutamanya pendokong tegar PAS terlepas pandang. Kenapakah rakyat dari dahulu masih dan terus menyokong BN.

Datuk Kadir yang berlatar-belakangkan bidang kewartawanan pun hanya dapat lihat dari sudut sentimen.

Bagi yang menyusur akar, mencari dan menyelesaikan permasalahan rakyat. Mereka tahu, baik Melayu, Cina, mahupun India, persoalan asas, yakni kelangsungan hidup adalah yang paling utama.

Bagi Nelayan, pukat koyak mendapat gantian. Setiap daripada mereka mendapat lagi elaun 200 bulanan, diberi lagi subsidi minyak.

Bagi Petani, baja bersubsidi, dan dalam banyak kes, peralatan pertanian.

Bagi orang Kampung, memadailah bumbung rosak diganti, jalan rosak ditar semula, imam dan khatib mendapat elaun, surau dan masjid diberi peruntukan.

Isteri yang ditinggal suami kerana mencari belaian wanita Indonesia, dapat ehsan bantuan YB setempat.

Rata-rata rakyat,cukai pun tak perlu bayar.

Banyak lagi sebenarnya kalau hendak diceritakan. Tetapi, pokok-pangkalnya, perkara sebeginilah yang menyumbang dan akan terus mengekalkan kerajaan BN.

Datuk Kadir dalam tampalan artikel beberapa lalu mempersoalkan kewajaran berterima-kasih kepada kerajaan yang melaksanakan tugasnya.

Ini tidak menghairankan, kerana, golongan ysng berada, merasakan, mereka telah berjaya dalam hidup atas kemampuan diri mereka sendiri.

Malangnys, mereka ini juga lupa, dengan secebis sahaja bayaran cukai mereka ini, 99% daripada jalan yang mereka lalu, 99% daripada rasa selamat dan nikmat keamanan negara, 99% daripada kos pendidikan mereka dan anak-anak mereka, adalah hasil pengurusan kerajaan yang menjalankan amanahnya.

Saya ingin nyatakan di sini, tak mahu berterima-kasih kepada kerajaan pun tak apalah. Tetapi, golongan-golongan seperti di atas, yang terus-terusan mendapat pembelaan kerajaan telahpun menyatakan rasa terima kasih mereka, 5 tahun sekali, selama 50 tahun, dengan memilih kerajaan yang sama.

Jadi, setakat menghabiskan masa diceramah, menyatakan parti mereka lebih Islam dari parti lain, silalah terjun kedalam longkang seperti luncai dan labu-labunya.

Anonymous said...

rammers..
Saya anak kelahiran Johor...saya berbangga dengan orang johor yang kuat kemelayuannya tetapi kerana kesusahan hidup sekarang saya pada pru 13 ini berharap satu perubahan hendaklah dibuat keatas kehidupan yang semakin hari mengimpit keperitan untuk hidup. saya akan bersama pakatan rakyat bg merobah hidup dan mengubah keperitan ini. Saya nak tengok dan lihat idola saya sdr dato seri anwar ibrahim yang akan mengumumkan harga minyak turun persekolah anak dari sek rendah hingga ke universiti diberi percuma. harga tariff elektrik di turunkan dengan memanggil semua kroni ipp. saya nak tengok selagi bernyawa kerana saya sudah tidak bolih menanggung beben yang telah sedia terbeban...

Anonymous said...

Penulis2 saperti din klang merasakan diri mereka sahaja yang betul dan kalau kita anak2 Johor tidak bersetuju dengan pandangan mereka, lantas orang2 Johor secara keseluruhan, sistem pendidikan ugama Johor dan lain2 akan dikecam habis-habisan. Jikalau kita meminta mereka menerangkan apa itu sistem pendidikan ugama Johor (sebagai contoh) secara spontan dan bersekemuka, belum tentu mereka boleh memberi penjelasan yang tepat. Pada waktu yang sama, kita orang2 Johor perlu akur bahawa kita tidak sempurna (dan tidak akan sempurna) dan masih banyak lagi yang perlu diperbaikki di Johor Darul Takzim ini. Jika MB Johor membaca tulisan ini, saudara juga adalah part of the problem and part of the problem solver. Saudara tanyalah diri sendiri, pemberatnya lebih kepada sebagai problem solver atau problem maker? Saudara juga tidak sempurna. Kami anak2 Johor tidak mengharapkan kesempurnaan dari saudara kerana hanya Allah SWT sahaja yang sempurna. Tetapi apa yang kami harapkan dari saudara MB adalah "Adakah saudara sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat Johor dan Johor Darul Takzim?" Sedang pemimpin2 yang memerintah dan yang membangkang bersilat bersama-sama untuk melemahkan lagi Melayu (asalkan mereka menang pilihanraya), peratusan Melayu di bawah umur 40 tahun yang masih belum mendaftar untuk mengundi adalah yang paling tinggi. Tak kena gaya kita menang sorak jer.
Anak Johor Darul Takzim

Johor said...

Din Klang

Orang Melayu Johor lebih mementingkan kuasa politik tetap berada dalam genggaman orang Melayu. Dari situ baru kami fikir pula bagaimana pemimpin Melayu ini akan menjaga kebajikan kami.

Ini adalah amanah kami kepada anak cucu yang akan datang dan tidak mahu melihat generasi Melayu akan datang akan menerima nasib yang sama seperti bumiputera di seberang selat Tebrau. Kami melihat nasib mereka ini setiap hari.

Kami tidak mahu hanya kerana mangharapkan satu dua kerusi di putrajaya, kuasa politik orang Melayu digadaikan.

Bila kuasa politik sudah tiada dalam genggaman, kerusi pun sudah tidak berguna lagi.

Lihat lah sendiri nasib PAS di Selangor dan Penang.

anak klang said...

Salaam Din Klang

PAS di Selangor pun di perlekehkan sendiri oleh PKR dan DAP.

Kalau di Penang tu DAP buat jadi sayur kangkung saja.

Orang Melayu di Selangor pun dah fed up dengan permainan pas pusat dan anwar

Hang tukaq la nama jadi Din Ah Chong.

Macam kata komentar Johor, depa dah 50 tahun nampak orang Melayu sngapore kena sayur oleh PAP - pak sedara DAP.

Orang Klang nak tunggu 50 tahun baru nak bukak mata. Masa tu mata hang dah terkatup.

Kesian kat anak cucu nanti.

pengundi atas pagar johor said...

Ustad Din Klang

Boleh bagi komen tentang statement Mahfoz yang kata dalam Al Quran tak sebut orang Islam tak boleh pergi gerai orang kapir jual babi.

Adakah maknanya tak salah YB Mahfoz pergi gerai babi sebab nak bagi angpow kepada towkay gerai sambil bersalam depan reporter dan cameraman.

Entah lah. Nama pun Din Klang tapi nak cerita pasal politik di Johor. Entah pernah sampai Johor atau tidak.

Setakat bagi komen lepas dengar ustad PAS ceramah maki hamun, baik duduk diam diam berzikir. Dapat juga kurangkan dosa.

Gelaran Ustad ni kalau di India atau pakistan, gelaran ini juga diberi kepada mereka yang pakar main sitar atau tabla sambil nyanyi

PS - masa PRU 2008 dulu, saya pun undi PAS sebab marahkan Pak Lah Tapi hari ini melihat kekalutan pemimpin PAS dan penyokongnya macam Din Klang, sohih saya tak akan undi PAS lagi

Anonymous said...

Salam DAKJ

1.Pak kadok...menyabung ayam. Menang sorak...kampung tergadai....
2.Cara Pak Belalang mencari makan...
3.Pak Pandir...menentang arus...terlepas kenduri...

Janji-janji yang berjela-jela, tanpa memikirkan apa sudah jadi negara-negara maju yang ditimpa kemelesetan. Kurangkah mereka dengan ahli-ahli pemikir yang bijaksana? Kurangkah mereka ahli-ahli professional?

Intipati sastera rakyat "tidak hilang melayu di bumi Malaysia" tapi khuatir akan kekal "melayu miskin di bumi Malaysia...."

-ragujanjiPAS

usabukata said...

apa kecoh-kecoh ni?

usabukata

din klang said...

Aslkum Dakj

Komen sedikit SdrAbdRahim

pilihan raya 12 laluBn dpt 51%undi majoriti sementaraPR dpt 49%. Tapi kenapa dgn undi 51% Bn dpt 130 kursi bukannya 108 kursi? Sdr AbdRahim pernah tanya kenapa!!!

Undi pos menyumbang 330000 kpd Bn dan secara purata boleh memenangkan Bn di 33 parlimen.Jadi sdr ARahim adil ke kemenangan UmnoBn begitu rupa? Dan itukah yg dinamakan sokongan pdUmnoBn berterusan.

Kerajaan Pas terengganu ditombangkan pd tahun 2004 melalui operasi pengundi hantu dan operasi nyah penyokong Pas. Pihak polis, hakim dan Spr bersekongkol dgn UmnoBn

Mujur oleh kerana sokongan rakyat Kelantan pd. Pas terlalu kuat maka operasi yg sama gagal di Kelantan. Namun Pas cuma dpt majoriti 3 kerusi saja.

Kerajaan UmnoBn juga menang dgn taktik terkutuk spt fitnah, peras ugut, kempen kotor, menfikan hak PR muncul ditvdan surat khabar perdana dll.

Terbaru tektik terkutuk UmnoBn memberikan taraf warganerara kpd pekerja asing bagi membolehkan mereka mengundi terutama di Selangordan P Pinang.

Tidak dinafikan seperti. kerajaan diktator yg lain spt Suharto,Marcos Hosni Mubarak dll kerajaan UmnoBn juga ada buat program untuk bantu rakyat(terutamanya Jkkk dan Jkkkp). Apalah ada dgn bantuan pukat, elaun imam berbanding dgn komisyen RM500jt beli kapal selam, subsidi Rm19b pd penjana letrik bebas, jual tanh kerajaan di Hartamas pd harga Rm650jedangkan nilai pasaran adalah sekitar Rm4.5b.pemberian AP secara percuma kepada menteri dan ketua bahgian serta krioni dgn demikia menidakkan hasil kerajaan bernilai tak kurang 3b setahun dan terakhir skandai hadiah Rm250jt pd suami dan anak menteriH

Nah sekarang saya ingin tanya sdr sebagai org Islam tidak terdetik langsung kah hati untuk melawan UmnoBn demi menunaikan tjawab amal maaruf nahi mungkar!!!.

Cara sdr berhujah samada sdr tidak berjiwa besar, tidak mau berfikir secara kritis, ambil sikap malas nak fikir( contoh takut hilang kawan atau sdr), atau memang berperibadi kebendaan yg mudah dibeli dgn secawan teh.

UmnoBn menang kerana tipu, seleweng, fitnah, dan zalim, bukan kerana popular. Ingat tak parti Mubarak setiap kali pilihan raya mereka menang 90& undi. Kalau Mubarak popular sebagaimana diwar2kan kenapa beliau ditonbangkan secara memalukan dan memilukan. Muaamar Ghadafi lagi teruk.

Din Klang

Anonymous said...

Saya tidak pasti apa harga itu dan ini di Johor. Yang saya dengar cerita, beli kuah tanpa lauk di pasar malam, harganya ikut timbang.

Dan ikut statistik resmi negara, kos sara hidup di JB adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

Kebanyakan kita tak kena cukai?

Beli tanah tak kena cukai? Beli kereta dan rumah tak kena cukai? Cukai tanah tak cukup, tambah lagi cukai pintu. Bil handphone dan Astro tak kena cukai? Harga bawang, daging, ikan yang dimport, harga belinya tidak ada elemen cukai ke? Harga dedak ayam yang import dari Brazil (tak reti-reti nak buat dalam negara) pun tak mengandungi cukai? Road tax tu bayaran untuk bil lampu jalanraya ke?

Itu belum cukai tak langsung macam tol atau interest untuk pinjaman PTPTN.

Jika fikir betul-betul, apa yang tidak bercukai?

Fed Up

Anonymous said...

Datuk,

Kita orang Johor bukanlah semua taasub kepada Umno. Cuma bagi orang melayu, kami rasa belum ada lagi satu parati yang boleh ganti Umno.

Kita orang Johor sudah cuba banyak.Kita sudah cfuba Parti Negara Dato' Onn Jaafar. Kita cuba Parti S46 Tengku Razaleigh. Kami cuba PKR dan Pas. Tapi semua belum boleh lawan Umno lagi.

Kita orang Johor tidak boleh terima ulama yang putar belit atau orang taasub macam Din Klang. Orang macam ini tidak boleh pengaruh kita tinggalkan Umno dan sokong Pas. Kita semua ada pelajaran ugama.

Kita pernah bekerja di Kelantan dan Kedah. Di sana, kalau alim mereka betul-betul alim, tapi yang jahil, ada yang tidak pernah sembahyang (mungkin tak tahu sembahyang) tapi mereka fanatik sokong Pas. Dalam tugas kami, kita bantu ramai anak gadis Kelantan yang terjerumos ke dalam lembah maksiat kerana kurang pelajaran, kurang didikan dan miskin.

Kita hormat YB Salahuddin. Dia orang JOhor dan tidak fanatik macam Din Klang. Kalau YB Salahuddin hendak bertapak di Johor, dia wajub tolak fanatik Pas yang kurang pelajaran dan yang cakap cabol.

Salam.

Bekas Kakitangan Federal
Pontian Kecil.

AHMY said...

Salam Dato',
Saya nak komen sikit saja.

Pada pendapat saya, tak salah untuk orang umno di Johor nak berangan tapi janganlah berangan lebih lebih. Bukan apa, bimbang mereka akan kempunan macam Dr Khir Toyo di Selangor dulu.

Semasa dekat PRU12 dulu, bukan saja Khir malah semua orang umno akan menganggap cerita PR nak tawan Selangor sebagai mimpi di siang hari. Malah Khir dengan sikap berangan yang lebih lebih itulah, bukan saja mendakwa BN tiada masalah malah akan sifarkan pembangkang di DUN Selangor.

Sebaliknya, keputusan PRU yang dulu bukan pembangkang yang disifarkan sebaliknya mereka pula yang jadi kerajaan dan umno jadi pembangkang. Kalau hasrat sifarkan pembangkang, Khir Toyo jadi kenyataan maka dia sendiri pun tak boleh masuk dewan.

Oleh itu orang umno janganlah berangan lebih lebih di Johor sana sebagaimana Khir berangan di Selangor dulu.

Anonymous said...

Saudara Fed Up,

Komen saudara,

Saya tidak pasti apa harga itu dan ini di Johor. Yang saya dengar cerita, beli kuah tanpa lauk di pasar malam, harganya ikut timbang.

Dan ikut statistik resmi negara, kos sara hidup di JB adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

Komen saya,

Kalau di dalam mahkamah, "saya dengar itu dan ini dari orang tak pakai . Dalam mahkamanh dipanggil "Hear Say" Hakim kalau dengar, dia akan halau keluar.


Jangan dengar sana-sini, lain kali datang JB, kat mana yang beli lauk pakai timbang bagitahu.

Statistik rasmi negara mana pakai. Tolong barikan di sini, tahun berapa, di mana saudara dapat. Jangan pandai temberang sahaja.


Orang Johor

orang penang said...

Din Klang

Hang paham maksud "power without control"

Maksud dia lebih kurang macam kedudukan PAS dalam PR.

Diberi kedudukan tapi tak boleh bersuara.

katak bawah tempurung pun masih boleh bersuara.

saya cadang din klang pi duduk barang sebulan dua di penang atau singapore. Baru hang paham perangai depa ni. Khalid Berahim kat Selangor pun jadi MB serupa macam patung mcdonald. duk sengih saja

jangan duk sembang kat kedai mamak di klang tu hari hari.

seduit pun tak ada hasil.

Don Klang said...

sodara sodara sekelian,

jika mahu berdebat dengan Din Klang, saudara jangan lah mengutuk parti pujaan beliau, sebaliknya kita harus memuji. baru beliau berasa puas hati.

walaupun di Selangor, sampah dah berhari hari tak di pungut oleh kerajaan negeri dan sebaliknya pasir di angkut berlori lori setiap hari.

Itu lah hakikatnya.

din klang said...

Aslkum Dakj

Sdr bekas kakitangan federal

kalau setakat kenal hukum fekah dan hafal wirid dan doa, belum layak digelar ada pelajaran agama.

Yg boleh digelar fanatik atau taksub tu sebenarnya adlah org spt sdr sebab sdr terus sokong rejim UmnoBn.tanpa banyak fikir. Yg boleh dikatakan fanatik itu adalah org macam sdr yg terus mengutuk Pas tanpa membuktikan keburukan prinsip perjuangan Pas maupun keburukan tingkah laku ust Nik Aziz,ustHadi dl.

Sdr Fed Up

sekadar nak tambah agar dpt membantu pengundi atas pagar sokong PR. Pd tahun 1980 harga kereta toyota legend cuma rm13800 tapi kini lebih rm85000. Pd tahun 1999 kereta hondo crv di Australia cuma rm60000 tapi di Malaysia rm168000. Perbezaan harga lebih mahal rm108000 tentunya kerana cukai. Bukahkah itu zalim namanya? Kesannya ialah bank dipaksa beri pinjaman sampai 9 tahun dan rakyat Malaysia pun bergelumang dgn pinjaman jangka panjang.

Sdr ragujanji Pas

Sepatutnya sdr harus susah hati dgn janji parti pemerintah yg asyik menipu berbanding Pas atauPR yg belum berpeluang perintah kerajaan pusat.

Sdr juga tak usah risau soal ekonomi negara maju yg meleset.Paling tidak mereka jujur akui masaalah mereka.

Tapi di Malaysia kerajaan UmnoBn tak akan mengaku. Gara2 nak tunjuk gah kekal pertumbuhan gdp 6% setahun, buat projek MRT pulak. Tentu bakaltambah hutang negara yg seterusnya terpaksa ditanggung oleh rakyat melalui pelbagai cukai baru atau pengurangan jumlah serta mutu perkhidmatan pd rakyat.

Jugak gara2 nak tunjuk gah gdp tinggi maka kerajaan sanggup tutup mata dgn biarkan berjuta PATI tinggal di negara ini.

Sdr pengundi atas pagar Johor

Jangan sekali2 punya fikiran sudah hebat kalau kita rajin kemasjid untuk solat, wirid danzikir. Tanggung jawab kita sesama manusia bagaimana.Malah jika sampai hak dan kebajikan manusia dinafikan oleh pemerintah zalim UmnoBn maka kita boleh berdosa disebabkan sikap sekongkol atau diam diri.

Bersambung............

Din klang

din klang said...

AslkumDakj

sambungan

Anak Klang / johor


Pasdiperlekeh oleh PKR dan DAP? Itu bukan kata ahli Pas tapi cuma tuduhan anak Johor,Hasan Ali dan fitnah media tali barut Umno.

Yg benar ialah selama ini pemimpin Umno telah diperkuda atau diperlembu oleh toke2 MCA dan toke India spt Ananda Krisna dan Tony Fernandez.

Kalau Umno sayang Melayu kenapa jual Melayu Singapura pd Cina dan kenapa pemimpin dan penyokong mereka diam menikus.

Bila Dollah jual pulau pd Brunai kenapa semua org Umno membisu?

Kalau begitu apa hak anda kata PAS diperlekeh, diperkuda atau dipermain dll?

Pas di Selangor dan Penang tentu akan lebih kuat sekiranya Melayu di kedua negeri cepat bangun dari mimpi bahawa Umno akan menjadi payung dan penyelamat masa depan mereka.Saya nak tanya dah hampir 4 tahun PR perintah PP dan Sgor adake tanah Melayu atau tanah rakyat dikebas oleh DAP dan atau PKR sehingga membelakangkan protes PAS?

Anak johor darul takzim

Terima kasih kerana mengaku bahawa sebagai manusia kita tak tak sempurna.

Biarkanlah org politik bersilat.Tapi yg mustahak Sebagai orang berakal dan Islam pulak tu tanggungjawab kita sokong yg betul ikut neraca agama bukan nafsu syaitan..atau apa ikut apa media tali barut Umno kata

Budaya Malaysia yg (tanpa disedari)suka minta derma itu ini ditambah dgn kewangan negara yg tiris dek rasuah, boleh menyuburkan lagi perlakuan rasuah dan salah guna kuasa di kalangan Adun dan ahli palimen.

Din klang

JJ @ Jawa Johor said...

Din Klang

Kami orang Johor ni tidak lah semuanya se-bijak Ibnu Sina mahupun se-dangkal din klang.

Yang penting, kita tidak mahu jadi seperti pak kaduk, menang sorak, kampung tergadai.

Ngoyak layangan pedot - peribahasa jawa.

din klang said...

Aslkum Dakj

Sdr Don Klang

Kalau nak kutuk kerajaan Selangor gagal pungut sampah janganlah pura tak tau penyebabnya!!!.

Bukankah bila kontrek Alam Flora tamat, kerajaan negeri telah melantik kontrektor lain dgn kos jimat 20jt?. Malalgnya ada pihak yg marah lalu mengupah samseng yg tidak membenar kontrektor nelaksana tugas mereka. Takkan sdr tak tau polis yg kelihatan diam je tu bawah kuasa jerajaan pusat. Kerajaan negeri pulak tak de polis sendiri macam di Australia dan Amerika.

Nak bagi pendapat biarlah jujur. Sdr ingat saya atau setengah pengemar blog ni boleh diperbodoh dgn senang sebagaimana sdr perbodoh penyokong Unno.

Soal pungutan sampah di Selango merupakan tindakan kotor Umno sengaja menyekat keupayaan kerajaan negeri melantik kontrektor baru pd kos yy jauh lebih murah.

Kecuali sdr don klang ada agenda tersembunyi atau lurus bendul, sdr seharusnya bersimpati pd kerajaan negeri dan disamping itu marah pd kerajaan pusat pimpinan Umno yg mempromosi budaya samseng serta tak hormat pd rakyat yg telah memilih kerajaan Selangor.

Din klang

Tinta Hitam said...

Datuk,

Tiada kawasan selamat utk UMNO.Utk mengatasi kemerosotan undi pd UMNO eloklah UMNO daftarkan PATI byk byk dikawasan mereka.PATI adalah saudara perjuangan UMNO skg ini.Seterusnya bela samseng samseng PEKIDA dan PERKASA byk byk utk memukul dan membelasah penyokong PR dan mengganggu program program PR.Saya difahamkan Di India lagi byk samseng dibela oleh ahli ahli politik lagi mudah dia menang.UMNO kena kembangkan taktik ini skg.Seterusnya UMNO kena jaga baik baik tokeh tokeh cina yg mesra dgn UMNO.Sbb merekalah dana UMNO selama ini.Malahan sebelum merdeka lagi tokeh tokeh ni lah yg menyara UMNO.Jgn risau masih byk lagi tanah kerajaan dan tanah rizab melayu yg boleh dirembat dan diberi pd mereka.Lepas itu UMNO boleh lah tuduh DAP yg menindas dan merampas tanah melayu

Anonymous said...

Sdr Orang Johor,

Cerita timbang tu, jiran saya cerita 4 tahun lepas. Masa tu dia pergi buat audit kat JB. JB belah mana saya tak bertanya.

Saya setuju, cerita itu mungkin betul, mungkin tidak. Samada dia tipu saya ataupun dia kena tipu.

Ruang ini bukan mahkamah, jadi tak ada paksaan kata cerita jiran saya itu semestinya benar.

Keduanya, silalah rujuk Jabatan Perangkaan Negara. Tak perlu marah-marah dan katakan saya temberang. Saya bukan minat nak main "aku kata engkau salah, engkau kata aku salah".

Bekas Kakitangan Federal Pontian Kecil kata,

"Kita pernah bekerja di Kelantan dan Kedah. Di sana, kalau alim mereka betul-betul alim, tapi yang jahil, ada yang tidak pernah sembahyang (mungkin tak tahu sembahyang) tapi mereka fanatik sokong Pas. Dalam tugas kami, kita bantu ramai anak gadis Kelantan yang terjerumos ke dalam lembah maksiat kerana kurang pelajaran, kurang didikan dan miskin."

Betul-betul alim dan benar-benar jahil, itu penyakit masyarakat yang miskin. Ada di mana-mana. Bukan eksklusif di Kelantan dan Kedah semata-mata.

Tu yang sedih sangat bila bantuan kepada rakyat termiskin pun kena sapu (zaman Anuar Musa). Jika sdr masa tu bekerja disana, sdr tentu tahu apa yang saya katakan.

p/s saya suka cara sdr sokong YB Salahudin Ayob yang tidak berdasarkan partinya, tetapi orangnya.

Fed Up

din klang said...

Aslkum Dakj


sdr JJ@ JawaJohor

Sebenarnya nama je Umno masih majoriti di Dun Johor. Hanya org tak dangkal aja yg perasaan hak dan kepentingaan Melayu Johor dah lama digadai oleh wakil rakyat dan ketua bhg Umno pd Cina Mca dan Cina Singapore.

Kecuali sdr nak syok sendiri atau sedapkan hati sendiri atau nak tipu diri sendiri ( macam pemimpin Umno lain yg suka menipu) sdr bolehlah terpekik terlolong mendakwa sebahgian besar premis perniagaan dan rumah2 besar di Johor adalah kepunyaan Melayu Johor hasil perjuangan Umno.

Jika tidak, sdr sebenarnya mungkin lebih dangkal drpd org yg sdr gelar dangkal.

Din klang

wakakaka said...

kasihan pada saudara Din Klang, bersusah-payah untuk menegakkan benang yang basah. Namun begitu, kita bagilah peluang untuk dia mengangkat kalifahnya, yakni Salahudin Ayub a.k.a Din Puduraya untuk menjadi pemimpin agung Johor.

selepas ni, rakyat Johor bolehlah mandi air bertaraf teh tarik.

hari-hari tak payah pergi kerja, dengar ceramah je. itu sebab orang pompuan lebih berjaya dari lelaki kat kelantan.

memang itupun standard rakyat Kelantan. apa nak diharap daripada mursidul am pun yang buat kenyataan pun pelik-pelik.

Anonymous said...

Saudara Fed up,

Seperti saya katakan, orang kata kos hidup Johor Bahru tinggi. Bila tanya lebih lanjut apa yang tinggi, jawapnya tidak tahu.

Jawapan "saya dengar orang sebelah saya kata" tidak boleh diguna pakai.

Sekiranya saudara ada maklumat daripada Jabatan Perangkaan, tolong berikan angka-angka yang berkenaan dengan ini kita lebih jelas dan hujah saudara saya akan terima.

Berikan juga terbitan tahun berapa dan bahagian mana daripada Jabatan Statistik supaya dapat kepastian angka tersebut diterbitkan daripada Jabatan Perangkaan bukan diterbitkan daripada kepala saudara.


Orang Johor

JJ @ Jawa Johor said...

sdr Din Klang

hujah anda amat lemah.

I rest my case

Nanging ora ateges gampang pepes kentekan pengarep-arep

Anonymous said...

kehidupan di johor memang tinggi bagi orang yang tidak berpelajaran seperti saya. spm tak pas pangkat 3. berkahwin anak 5 . semua sekolah pekerjaan menangkap ikan. sewa rumah rm 250.00 duit api lebih kurang 70.00 duit air 13.00 tiap-tiap hari saya dapat hidangkan makan lauk kicap manis dan telur goreng untuk anak/isteri. hasil menangkap ikan kendadang ada kenkadang tiada. ikan fresh. isteri jual kuih untuk menambah pendapatan. taraf kehidupan saya miskin anak kesekolah jln kaki. tiada duit makan kesekolah semua bawa bekal.saya guna motor honda cup burok tak de road tax. setiap hari berdoa agar tuhan murahkan rezeki dilaut dan pemerintah kurangkan harga barang runcit. Arwah ayah ada tinggalkan kebun sawit lebih kurang 2 ekar untuk dikerjakan. Kehidupan memang tak pernah jumpa senang. harap kesihatan baik kalau x sihat apalah nasib anak2.sedih ..isteri selalu menitis air mata. Puasa setiap hari bila tiada hasil tangkapan...
andak...Pontian johor

Rao Lanun-Bahaso said...

Apakah orang PAS Kelantan yang bukan puak erdogan sudah bosan dengan Salahuddin Ayub cerita sebenarnya, Dato'?

Anonymous said...

Orang Johor,

Pergi saja ke website agensi berkaitan. Data, statistik, laporan, macam-macam ada.

Takkan nak hidang dalam talam kot?

Apa saja yang saya beri akan dianggap sampah. Saya tak mahu buang masa dengan orang yang sudah tertutup minda.

Semoga hartanah di Iskandar Malaysia dimiliki majoriti melayu Johor malah tumpah kuah ekonomi hasil pembangunan Iskandar Malaysia akan kebanyakannya tumpah ke pinggan melayu Johor.

Fed Up

Anonymous said...

Saudara Fed Up,

Sekiranya Saudara mengatakan kampung tempat kelahiran saya kos sara hidup tinggi maka tanggungjawap memberikan maklumat adalah saudara.

The compulsion on getting the fact is yours not mine since you are making the statement

Saya bukan orang tak sekolah yang saudara boleh temberang.

Saya tidak mengganggap apa yang saudara sajikan adalah sampah kerana tidak ada apa yang saudara sajikan. Semuanya adalah temberang.

Saudara boleh ambil talam saudara letak atas kepala atau buat gendang.

Lain kali jangan memandai buat kenyataan yang sendiri tak tahu berkenaan tempat asal orang lain.

Walaupun saya orang Johor, saya sudah tinggal KL lebih 10 tahun.

Sekali lagi saya katakan disini saudara temberang.

Orang Johor

Anonymous said...

Dato' Kadir,
Salam Hormat

Zapin Johor berapa dia orang jual pakai timbang? - nak ekspot ke Tiongkok.

Anak Johor pandai jual mahal.


Peminat zapin

Anonymous said...

Orang Johor kata,

"The compulsion on getting the fact is yours not mine since you are making the statement"

Ada orang buat kenyataan, orang johor masih kuat kemelayuannya. Ada sesiapa yang tuntut situkang komen untuk buktikan?

Orang Johor sendiri kata kos sara hidup di Johor tidak tinggi, adakah buktinya tertulis dimana-mana?

Suruh cari sendiri malas, kalau sudah budayanya bertongkat.

DAKJ tulis tentang PAS, DAKJ bukan ahli PAS jadi apa yang dia tahu tentang PAS?

Menang bertaki lebih penting dari isu hak ekonomi melayu Johor seperti Iskandar Malaysia? Apa kata Pulau Batu Putih? Apa kata harga eksport air ke Singapura? Apa kata tanah KTM?

Jika begitulah, saya kalah. Sdr menang.

Kampung tergadai pun tak apa. Asal menang sorak.

Fed Up

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin.

Kata2 Sdr.Din klang yg.ini sangat menarik dan perlu diulas. Yg lain2 tu ada elemen2 merapu sikit.

"Saya menolak UMNO kerana tak mau ada saham dlm. parti yg. dasar perjuangan Islamnya kabur"

Olehkerana tomahan ini agak berat dari segi akidahnya, saya minta Sdr. din klang perjelaskan berdasarkan Al Qur'an dan Hadis kat mana yg. dikatakan kabur tu.

Perjuangan Islam PAS menyeleweng dan berniat jahat terhadap sesama Islam.

TG Hadi Awang telah mengkafirkan UMNO kerana:
1.UMNO tidak melaksanakan undang2 Islam atau Hukum Allah,

2.UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, kafir dan peraturan jahiliah,

3.UMNO mengatakan bahawa politik suku,agama suku.

Ini menyebabkan perpecahan di kalangan orang Islam Malaysia.Sembahyang dua imam,nikah semula,pulau memulau dan sebagainya.

Dia juga mengistiharkan penentangan secara jihad ke atas orang2 UMNO.Jika mereka mati dlm.penentangan ini adalah mati syahid.( syahid dunia akhirat ).
Akibat paling buruk drp.amanat ini ialah terjadinya peristiwa Mamali pada 19hb.Nov. 1985.

PAS juga tidak mengiktiraf kewibawaan ulamak,khususnya yg. menganggotai Majlis Fatwa,lebih2 lagi kalau fatwa yg.dikeluar tidak menepati kehendak PAS atau berlawanan denganya.

Perjuangan PAS yg. asal Membangun Bersama Islam, skrg.Negara Berkebajikan,alasan TG Hadi Awang negara Islam tak ada dalam Al Qur'an.Ini satu pembohongan.Takkan seorang Ulama mengambil masa begitu lama untuk mengentahui negara Islam tak ada dlm.Al Qur'an. Sebenarnya kerana tekanan DAP dan PKR. Maruah PAS tergadai.

TG Nik Aziz bersifat agak angkuh dan sombong.

Allah dikatakan mencarut.
Syaitan boleh dijadikan sahabat walaupun Allah berfirman maksudnya ingatlah bahawa syaitan itu musuh kamu yg.nyata.Sebahagian dari ayat 208, surah Al Baqarah.
Orang2 UMNO dikatakan syirik dan banyak lagi.

Ini semua adalah bukti2 bahawa perjuangan Islam PAS sudah menjadi tak ketentuan,lebih teruk dari kabur, kerana nak sangat ke Putra Jaya.

Sdr.din klang,sepatutnya UMNO,PAS dan PKR(Islam)sama2 berjuang untuk meninggikan syiar Islam. Kita menganut agama yg. sama, ISLAM.

Salam hormat,

Lat Juno.

Anonymous said...

Rammers.....
wahai din klang aku tak kira apa semua pembahas berkata tentang diri mu yang penting ..kamu ingin merubah dan tidak mahu berdosa atas banyak salah laku orang yg di pihak sana dan tidak mahu bersubahat.
Jelas pemerintah hari ni tidak mengutamakan rakyat. mereka membahagikan kekayaan bersama kroni mereka.contoh kes nfc lembu& kondo)kenaikan tariff letrik mereka mengkayakan rakyak yang sedikit tetapi memiskin rakyat yang banyak. aku bersama mu wahai din klang untuk merubah dan tidak ingin bersubahat dengan samseng dan penjenayah dan aku berdoa agar tuhan melaknat kehidupan mereka dan menimpakan segala musibah agar mereka sedar akan kekuasaan mu ya rabbi...semoga terbukalah hati semua saudara-saudaraku rakyat johor merubah yang bathil dan memenangkan yang benar. takbir...allah huakbar..takbir allah huakbar..lawan tetap lawan...reformasi 2x

tersedar dari lamunan...rammers

din klang said...

Aslkum Dakj

Cara Lat Juno berhujah hentam TG Nik Aziz dan TG Hadi betul2 menampak beliau pejuang negara Islam sejati hinggakan marah pada Pas yg sanggup tinggalkan perjuangan menegakkan negaraIslam sejak berkawan dgn Pkr dan Dap.

Lepas ni sdr Lat Juno bolehlah pulak bantu kami2 supaya keluarkan fatwa,negara Islam apa yg sedang Umno amalkan sekarang ni? Dgn hujah2nya sekali.

Din klang

din klang said...

Aslkum Dakj

Terima kasih sdr rammers kerana dpt membeza antara hak dgn batil.

Penyokong Umno spt Lat Juno syok sendiri mengutuk pemimpin Pas konon telah lari dari perjuabgan asal sejak berkawan dgn Dap dan Pkr.

Kpd Lat Juno Islam Umnolah Islam sebenar. Apatidaknya. Islan Umno bererti

1. Bagi rm250jt pd suami menteri tak salah

2. Hina pemimpim pembangkang dgn kes video seks tanpa tindakan polis tak salah

3. Putar belit kenyataan pemimpin pembangkang tak beri peluang mereka keluar di kacamata tv, tak salah

4. Baling batu dan rosakkan kereta pemimpin pembangkang juga tak salah sebab itulah dia Islam Umno.

5 pemimpin mereka kebas duit berbillion rgt juga tak salah sebab dalam quran mana ada sebu dgn ksusus pasal kesalahan Umno.

Jelas sungguh kekeliruan sebhg penyokong Umno.

Din klang

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).