Wednesday, March 21, 2012

Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

SEMAKIN kuat, hangat dan bersemangat cakap-cakap pilihan raya, semakin panas jugalah persekitaran politik satu Malaysia. Pendek kata, macam kata iklan ikonik Astro tidak lama dulu – “macam-macam ada.” Antaranya:-

1. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata, tarikh pilihan raya umum adalah “trademark” (tanda niaga) beliau. Maksud beliau, keputusan bila PRU akan diadakan adalah hak mutlak beliau. Beliau yakin orang India kini menyokong Barisan Nasional dan mahu kelebihan suara dua pertiga dikembalikan.

2. Namun begitu, di sebalik kecanggihan kempen blog, Facebook dan Twitter, aspek-aspek tahayul dalam pemikiran sesetengah orang politik terus kukuh. Maka, ramailah tukang tilik dan burung serinditnya, sami pelbagai agama, bomoh Siam dan Kiai Jawa yang dilawati untuk mendapatkan “petunjuk”.

3. Khabarnya, ada tok sami yang meramalkan bulan Jun ini, bulan, bintang dan matahari akan berbaris harmonis di angkasa raya menandakan masa paling sesuai untuk mempertaruhkan nasib. Agaknya itulah sebab mengapa ada ramalan mengatakan PRU akan diadakan Mei atau Jun.

4. Namun begitu, hanya Mohd Najib akan menentukan sama ada segala ramalan mengenai tarikh PRU itu tepat. Itu tanda niaga yang didaftar atas nama beliau.

5. Selepas pergolakan Pas di Kedah, kini giliran DAP pula. Pengerusi Nasionalnya, Karpal Singh terus bertelingkah dengan Timbalan Setiausaha Agung merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. Karpal tidak puas hati dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin mengenai aduan salah laku terhadap Ramasamy lantas menghalakan serangan kepada pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai, pula. Apa yang sedang berlaku dalam DAP sekarang adalah penerusan perebutan kuasa antara golongan lama dan baru dalam parti itu. Pergolakan dalam Pas dan DAP itu sudah tentunya tidak baik bagi Pakatan Rakyat.

6. Selain isu lembu dan kondo NFCorp yang menghambat Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil, keluar daripada Kabinet, Umno kehilangan seorang veteran apabila bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mengumumkan keluar parti selepas 56 tahun berkuat kuasa 19 Mac. Beliau berbuat demikian selepas dicabar oleh Setiausaha Agung Umno, Teuku (Tengku) Adnan Mansor agar keluar kalau tidak puas hati dengan parti.

7. Bukan Abdul Kadir saja keluar parti. Ramai lagi yang telah keluar Umno tapi nama mereka ada lagi dalam daftar kerana cawangan tidak mahu atau tidak berani kemukakan kepada ibu pejabat.

8. Ramai yang keluar parti masih komited kepada Umno, tetapi mereka berbuat demikian kerana tidak yakin lagi dengan kepemimpinan parti, khasnya mengenai mempertahankan hak orang Melayu. Pemimpin atasan Umno dilihat lebih mengutamakan Barisan Nasional daripada Umno.

9. Jawatankuasa Akaun Parlimen (PAC) mengesahkan yang National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga Shahrizat tidak membayar balik ansuran hutang mudah kepada Kerajaan pada bulan Januari dan Feb lalu berjumlah RM34 juta.

10. Dr Hassan Ali, bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang baru dipecat daripada Pas kerana bergaduh dengan rakan kongsi DAP, berkata beliau gembira menghadiri sidang DUN sebagai wakil rakyat bebas. Cabaran terhadap Pas ialah membuktikan kepada orang Melayu/Islam yang ia bukan di bawah telunjuk DAP dan PKR.

11. Sebahagian peneroka Felda dan perwakilan mereka masih menentang IPO Felda Global Ventures. Masih banyak soalan mengenai modus operandi cadangan IPO itu yang belum terjawab. Seorang bekas menteri kanan bertanya mengenai “preference shares” yang akan memberikan keutamaan dividen kepada pihak-pihak tertentu dan membelakangkan peneroka.

12. Tidak kira di negeri perintah BN atau PR, keselesaan dan keselamatan harian rakyat jelata semakin terancam. Bandar raya, bandar dan pekan semakin kotor, jalan raya berlopak dan anjing (bertuan dan liar) berkeliaran menjadi ancaman kepada orang ramai. Di Bukit Mertajam, Seberang Prai baru-baru ini, seorang kanak-kanak tujuh tahun, Dhiya Qairina, diserang anjing jirannya ketika berbasikal.

13. Sekarang dalam satu Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan) anjing, sama ada anjing bertuan atau anjing liar, serta babi hutan menjadi masalah besar. Dulu anjing yang tidak ada lesen tergantung di tengkuk akan ditangkap atau ditembak. Tapi sekarang tidak lagi. Tunggu sajalah sampai manusia dijangkiti penyakit anjing gila (rabies) barulah Kerajaan akan riuh-rendah, hiruk-pikuk buat ikrar dan janji.

14. Tidak cukup dengan anjing, babi hutan dan kera, kita juga kena main oleh pendatang (halal dan haram). Kerana para perunding antarabangsa dan diplomatik kita hambar dan half-past-six, maka negara kita kena buli kiri kanan oleh negara-negara jiran. Negara jiran yang sepatutnya jadi kawan sudah jadi lawan.

Wallahualam. Kalau pembahas ada nak tambah, silalah tambah.

90 comments:

jebat said...

Salam dato.

Satu dariapa perkara yang perlu perhatian segera Pm ialah pemilihan bakal Mentri Kabinet yang tidak membebankan PM. Contoh nya menteri yang bagus sekurang-kurang nya OK tapi keluarganya yg tak OK.

-thethinker- said...

pendatang asing halal dan haram samada dari indonesia , bangladesh , nepal , vietnam , burma telah bermaharajalela di tanah air tercinta nii.. laa ni , kalau hari ahad , depa buat bumi malaysia ni macam depa yg punya. Dekat taman perumahan yg depa jadi majoriti , depa jalan tengah jalan macam itik , buat dajal , minum arak , botol lempar tengah jalan.

Masalah ini ada kat negeri BN / PR , sapa sapa yg dpt jinakkan depa nii , nescaya undi saya dan sekeluarga akan pi ke parti dia .

Anonymous said...

razzmatazz2020
untuk pertama kalinya, saya bersetuju atas keseluruhan artikel tuan dan syabas saya ucapkan. saya rasa artikel tuan sungguh 'fair and justified'...tidak condong ke satu arah yg tuan senangi selalunya...untuk penambahan seperti yang tuan galakkan di hujung artikel, ingin saya tekankan mengenai kaum pendatang (halal/haram) yg berleluasa ini... pihak berkuasa mestilah mengambil tindakan drastik dan tegas untuk mengatasi gejala sosial yg dibawa oleh kaum pendatang ini, jangan nanti sehingga rakyat malaysia pula yg merempat di negara sendiri, seperti yg berlaku sekarang di chow kit dan jalan petaling. saya rasa seperti di negara asing bila berjalan di kawasan berkenaan baru-baru ini..... mereka seolah-olah yang 'merajai' tempat tersebut, saya pula rasa seperti tidak selamat berada di situ.... razzmatazz2020

Anonymous said...

salam datuk

banyak sangat rahsia pemimpin yang dalam simpanan negara luar sampai kena buli teruk lagu ni laaa...nak kata apaa lagi...tukaq jaaa

blowdwhistle.blogspot.com

Anonymous said...

DAKJ

BUKAN SETAKAT MACAM-MACAM ADA, MACAM- MACAM TAWARAN ISTIMEWA PUN BYK DARI KE2 2 BELAH PIHAK,PRODUK YANG HENDAK MEREKA JUAL .KITA RAKYAT JELATA YANG HARUS PANDAI MEMILIHNYA.



PR 168

Anonymous said...

mat najib mulai berkempen sebagai perdana menteri nalaysia.bukannya sebagai presiden umno.maka jentera kerajaan yakni wang negara digunakan.
suratkhabar dari muka hadapan sehingga ke muka 10 cuma bercerita mengenai barisan nasional.jualan akhbar merudum krn tiada yg berminat untuk membaca journal dan ensiklopedia barisan nasional.
By : naim

azhar said...

Piliharaya PRU 13 memang hangat.

sebab kedua dua pihak ada isu panas.

walaubagaimana pun saya rasa kelebihan berada kepada BN.

pakatan rakyat terlalu banyak masalah.masalahnya pulak kalau berada diperingkat persekutuan memang boleh hancur negara malaysia yang tercinta ini.

ab said...

Salam dato,


Tajuk ni `very contemporary' laa..


Mai kita kira berapa ada berapa orang kat negara ini yang sangat `hingaq bingaq' sekarang ni. Ada la dalam 20 orang paling ramai!.



Dalam 20 orang ni la dari hampir 30 juta rakyat betui dan `rakyat tempek' punya...



Yang dalam 20 orang ni jugak dok `suruh' orang lain ikut kata depa... ada jugak dah unsur unsur`paksa ikut' depa ni sekarang....



Ini mengingatkan saya kesah `knights of templer' dalam kurun 10-11 dulu...mula mula askar askar ni bantu dan melindungi `pilgrims' ugama kristian yang nak pi jurusalem, lama lama depa kutip duit dari orang orang ini,lepas tu depa jadi kaya raya,depa geng pulak dengan raja raja dan buat istana,gereja macam macam lagi..... LAST sekali depa jadi sangat lah kuat,ada ramai pengikut dari rakyat biasa, DEPA TIPU RAJA pulak,lepas itu depa DENOUNCE CHRISTIAN sekali, buat bank, `tentukan pemerintahan dan pemerintah' dll sekali....!!.



YANG TERUK SEKALI ialah akhirnya
pengikut pengikut dari rakyat biasa yang sebelum itu di `bantu' dan `dilindungi' di `PAKSAkan' segalanya didalam kehidupan...
dalam bahasa mudah macam ni:-

Hello PEOPLE ,YOU CAN FREELY CHOOSE your leader(s)..choose anybody,but make sure you only CHOOSE ME !!...or else i will ensure that you are homeless,foodless and
nationless or lifeless...lebih kurang begitu la.



Saya masih mempertahankan bahawa setiap orang yang layak memilih bolih la pilih orang yang dia `minat'....asaikan dia `bebas' pilih wakil dia, apa `wakil' tu jadi lepas itu wallahhualaam!..


Selalu nya masa `kempen' ni macam tenguk gunung berapi meletup...whoaaah, kuat betui bunyinya,sampai bergetaq bumi, tinggi asap dan apinya,lepas itu sengap sunyi....kena dok `teka' bila la pulak la nak meletup ni!!



Abu Bakar Ab Rahman

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

(Datuk) A Kadir Jasin syorkan,

Kalau pembahas ada nak tambah, silalah tambah.

Rasanya sudah cukup seimbang dan panas makanan ybhg Datuk hidangkan hanya menunggu 'potluck' dari Klang... hidangan Perkasam ikan belukang. Kami syorkan dmakan dengan cabai, tentu panas buntut dibuatnya..hehe

Kami serkap jarang je.. kata orang dKlang... kuat temberang?

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Masuk angin keluar asap..

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Facts speak louder than my words.

Din Klang

langitbiru said...

"Chicken Out"

“Hj Hadi berkata boleh berkawan dgn Yahudi tetapi bukan dgn Zionist. Tan Sri Harussani berkata Yahudi sekarang adala Kafir Harbi bukan kafir Zimmi, jadi tak boleh. Kpd Hj Hadi, sila jawab dan jangan ‘chicken out’.”

Ada yang mencabar Hj Hadi jawab Tan Sri Dato’ Harussani.

Jangan ‘chicken out’ tu maknanya mencabar.

Maknanya juga orang yang mencabar di sini nampaknya benar-benar yakin dia di pihak yang benar.

Saya fikir, tersangat tidak perlulah Hj Hadi nak jawab cabaran orang yang mencabar disini. Bukan ‘taraf’ beliau untuk menjawab cabaran orang disini.

Hj Hadi Presiden Pas, orang yang mencabar di sini Presiden apa? Sama taraf ke?

Kalau Tan Sri Dato Harussani cabar barulah setaraf!


Jadi saya fikir, cukuplah barangkali saya menyahut cabaran tersebut, SAMA TARAF kita di sini!


Saya nak tanya Sdr OKJ, sejak bila pula Islam meletakkan ORANG Yahudi sebagai KAFIR HARBI?

Saya nak tanya Sdr OKJ, sejak bila pula Islam meletakkan AGAMA Yahudi sebagai KAFIR HARBI?

Saya nak tanya Sdr OKJ,dimana Sunnah Rasulullah saw menyatakan ORANG Yahudi sebagai Kafir Harbi?

Saya nak tanya Sdr OKJ,dimana Sunnah Rasulullah saw menyatakan berAGAMA Yahudi sebagai Kafir Harbi?


Saya nak tanya Sdr OKJ, tahu kah Sdr perbezaan orang Yahudi dengan Yahudi Zionist?


Saya nak tanya Sdr OKJ, siapa Isteri Nabi saw, berketurunan orang Yahudi?

Saya nak tanya Sdr OKJ, siapa sahabat-sahabat besar Nabi saw, berketurunan Yahudi?

Saya nak tanya Sdr OKJ, apakah semua orang Yahudi beragama Yahudi?

Saya nak tanya Sdr OKJ,apakah tiada orang Yahudi beragama Islam?

Saya nak tanya Sdr OKJ, kenapa berlaku peperangan antara Rasulullah saw dan sahabat dengan orang Yahudi: adakah kerana mereka orang Yahudi, adakah kerana mereka beragama Yahudi??

SILA JAWAB, JANGAN CHICKEN OUT

Anonymous said...

Dato,

Saya nak tambah satu isu yg belum pecah. Projek pembinaan lebuhraya bernilai RM2.2 billion diberikan kpd sebuah syarikat yg diterajui oleh seorang peguam pro UMNO dan seorang isteri bekas hakim.

dpd: bongkar jgn tak bongkar

Anonymous said...

bila agaknya negara kita akan matang spt amerika dlm menentukan pilihanraya. tarikh pilihanraya presiden amerika telah ditulis dlm perlembagaan iaitu pada hari selasa pertama di bulan november dlm tahun lompat. dgn itu tiada siapa boleh adakan pilihanraya sekehendak hati. di malaysia pilihanraya sepatutnya 5 tahun sekali tetapi realitinya selalunya dibuat 4 tahun sekali. dlam masa 20 tahun kita terpaksa adakan 5 pilihanraya umum sedangkan kalau 5 tahun sekali hanya perlu adakan 4 pilihanraya. takkah membazir tu...tapi baru2 ini bila ada berita mengatakan selangor tak nak bubar dun jika pilihanraya sebelum jun, juak2 bn/umno kata membazir. ini macam "the pot calling the kettle black".

sedikit nak komen fasal PAC. kalau tak silap saya ianya bermaksud "public accounts committee" dan dlm bm "jawatankuasa kira-kira wang awam".

democrat

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Memang benar kata Dakj macam2 ada dan kadang kala lucu pulak.

1. UmnoBn dah tak ada duit maka dibuatlah projek jangka pendek yg walaupun dari segi jumlah bantuan kewangan tak seberapa tapi diwar2kan bagai nak rak. Rakyat dirasuah dan atau dibuat macam peminta sedekah melalui program 100 untuk murid sekolah, 200 utk pelajar uni dan 500 utk keluarga miskin. Kerajaan juga perbodoh rakyat dgn program saham 1 malaysia yg menjanji kosongkan 100000 rakyat miskin konon boleh ambil pinjaman dari bank sebanyak max 5000 rgt. Saham tu pulak menjanjikan pulangan spt skim cepat kaya 33% setahun.

2. UmnoBn yg sudah panik juga perkenal skim temberang rakyat yg tak masuk akal iaitu skim pembiayaan rumah pertama dimana kononnya pembeli yg layak boleh membeli rumah sehingga berharga400000 rgt....walaupun gaji mereka cuma 3000 rgt. Saya kata temberang. sebab kerajaan beri harapan palsu. Bank mana yg berani nak beri pinjaman sebesar itu dgn gaji cuma 3000rgt.

3. Skim temberang asal ada UmnoBn tentulah klinik tanpa doktor 1 Malaysia, kedai satu. Msia dan menu satu Malaysia.

4. Terakhir tentulah SBPA....malunya kerajaan kerana kebodohan atau kealpaan menyebabkan majoriti kakitangan sangat marah kerana golongan jusa keatas dapat kenaikan gaji antara 5000 ke 40000 tapi golongan pegawai daerah ke bawah dpt kenaikan beberapa rgt shj.

Macam2 kesilapan sebab kerajaan sebenarnya tak cukup duit. Lepas menang nanti MACAM2 cukai akan naik. Nak bertaruh!!!

Din klang

Anonymous said...

OrangBaruLahir

Dengan izin Dato'

Macam bunyi frust semacam aje Dato'..... - ya sudah pasti lah Dato' selaku orang yang lebih dekat kepada happenings, kepada 5 Perdana Menteri Malaysia, akan dapat merasakan ketidak pastian pemimpin baru yang lebih ramai penyangak dari pemimpin.

Tak apalah Dato' - mencorakkan minda dan general public opinion memang scope tugas yang amat mencabar, lebih-lebih lagi kalau memang tak ada general guide as to what Malaysian should focus their attention and energy in nation building. Zaman membawa perubahan, dan antara yang lama dan baru acuannya amat berbeza, cara kerja dan cara berfikir.

Buat orang-orang lama yang dahulu nya trend setter dan yang dahulu nya buah fikir dan percambahan idea diambil kira, yang sekarang ditolak buta,... agak mencabar juga untuk meneruskan pengorbanan membina bangsa Malaysia.

Isu-isu yang Dato bangkitkan telah terhidang sewaktu Pak Lah mengetuai PRU12.
Masalah pendatang tanpa IZIN yang jumlahnya melebihi jumlah penduduk negeri Selangor, akan menzahirkan masalah sosial, ekonomi dan politik dalam waktu terdekat dan jangka panjang.
Situasi ini mungkin mirip dengan keadaan awal Amerika membuka pintunya kepada pendatang, dari kesemua pelusuk dunia. Sehingga kan sekarang ada pelbagai kumpulan pemimpin di Amerika - baik yang dulu nya hamba abdi dah jadi Presiden, yang dulunya dari generasi ke empat pendatang Korea, Jepun yang kalah perang, dan pendatang Poland, Ireland yang muflis negaranya yang sekarang menjadi hartawan lebih kaya dari "penduduk" pribumi berkulit putih di Amerika.

Bagi Malaysia, satu hari nanti jika kita terus membuka pintu kita selebar-lebarnya, sudah pasti satu hari nanti Wakil Rakyat GOMBAK mungkin saja pendatang dari puak Boyan yang sudah menapak di pasar Chow Kit dan Keramat.

Dan mungkin juga kita akan ada wakil rakyat Bandar dari bangsa Myanmar yang sudah menguasai hampir keseluruahan usaha niaga di Lebuh Ampang.

Sebagai bangsa Melayu, kita akan sudah pasti terus terpinggir ke hujung hutan, seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Johor. Tak ada lagi orang pulau dan tidak ada lagi orang Melayu untuk menyokong UMNO di Johor.

Ternyata dengan "PEMUTIHAN" yang Hishammuddin buat, bukan lah menyelesaikan masalah pendatang, malah menjadikan MALAYSIA - besi berani yang makin menarik segala jenis orang dari pelbagai pelusuk dunia. Saya tidak nampak MALAYSIA jadi negara berpendapatang tinggi untuk anak negeri, tetapi hanya golongan EXPAT "yang sangat diperlukan", contoh - terlalu banyak di GLC-GLC sekarang ni.
Ini berlaku kerana CEO Melayu diatas tu tak yakin dengan kebolehana nak bangsa sendiri, contoh di Khazanah, di Axiata, di TM, bangsa asing yang duduk tak buat apa tu hanya memerah otak dan idea orang tempatan.

Masalah keselamatan pula kita hanya boleh menulis aje, walaupun statistik polis sendiri menunjukkan jumlah KES YANG TIDAK DISELESAIKAN menunjukkan peningkatan yang drastik, sampai POLIS pun dah tak larat ....

Sudah lah Dato', mari kita CARI JALAN PULANG YANG ABADI aje, Dato' sudah terlalu lama mencurah bakti .....

Sudah pasti THE ARAB SPRING UPRISING akan menjadikan pemimpin sekarang menyiapkan perhau-perahu kolek mereka untuk belayar dari negeri ini ....[STOP dulu]

OrangBaruLahir

Lahuma said...

Dato.

PRU 13 kian hampir.Semua parti kian gelabah untuk hadapi pengundi pada kali ini.

Nampak jelas antara kerajaan dan pembangkang sama kuat dan sama hebat.

Semua mereka ada yg kerja kuat dan ada yg rasa selesa.

Politik Di Kedah.

Ramai tukang ramal menyatakan harapan BN nak perintah ada kembali.Kata tukang ramal politik.Masing-masing ikut perhitungan dan fakta mereka sendiri.

1.Ini dilihat dari segi sduasana politik dalaman PAS sendiri yang katanya belum reda dan selesai.Penyokong mereka sendiri pun sudah naik rimas dan bosan dengan kedaan begini.Baru dapat sedikit kuasa pun dah mula masam muka.

2.UMNO pula perlu strategi politik yang kemas dan berkesan kalau nak menang kembali.UMNO di Kedah sendiri pun apa kurangnya masalah mereka.Musang bulu ayam.Gunting dalam lipatan.Ini lah ancaman dalaman mereka.

3.UMNO jangan pandang ringan soal calon pada PRU 13 ini.Jawatab besar dan hebat dalam parti bukan sandaran lagi.

4.PRU 13 di Kedah sudah pasti cukup senget.Pengundi di Kedah pun cukup bijak dan cerdik dalam sepak terajang politik kini.

5.Kedudukan 50-50 inibergantung pada sedikit kelebihan dari calon yang manjadi ayan sabung bagi BN dan Pakatan Rakyat.

6.Siapa yg dapat rasai selera dan impian pengundi dia akan menang.
Kebendaan dan lakonan bukan lagi kehendak pengundi.

7.Laporan dan berita media kerajaan dan pembangkang seperti biasalah.Memang berat sebelah.Oleh kita kenalah timbang sendiri.

8.PM .TPM dan Menteri pun dah kerap turun Kedah.

9.Apa pun rakyat juga jadi penetu nanti.


BIASALAH BILA ENGGANG MELINTAS MAKA BANYAKLAH RANTING RANTING PATAH UNTUK HABUAN RAKYAT.


Terima kasih .

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Memang macam2 ada

1. Ceramah UmnoBn kosong sebab penyokongnya sibuk jadi samseng kacau ceramah org lain. Satu trend bsru zaman Najib.

2 Pendengaran PAC dipulau NPC. Sejak bila pun PAC yg dikuasai kerajaan digeruni. Ada berani ka panggil menteri kewangan tanya sebab rakyat rugi 2.5b melalui kerugian MAS.

3. Utusan Malaysia fitnah Anuar biseksual dan Kelantan gadai tanah rezab Melsyu, macam negara ni tak ada peraturan dan undang2. Apa risau selagi UmnoBn berkuasa tiada siapa berani sentuh kekebalan kroni termasuk Utusan.

Kalau UmnoBn kalah macam2 ada boleh jadi tiada. Jangan terlalu perlekeh rakyat ya.

Din Klang

maae said...

Salam Datuk,

1.Yo! rap sikit tuk..

2.Anjing tak bawa penyakit lagi tapi dalam sedar binatang ni terus menggigit...babi hutan pula dah pandai jengok-jengok dalam bandar. Semua ia sondol.Siap siaga nak masuk masjid lagi...

3.Kera,siamang bersahutan siang malam! Bahas apa mereka dua spesis pun kita tak faham! Yang kita tahu gorilla dan cimpanzi hendak bermastautin di sini! Janji bising dan bingit... nak terus duduk atas dahan dalam hutan. Bangang!

4. Kes lembu ni, di ajar macam mana pun, ia berak tengah jalan jua. Dulu petang-petang saya jaga lembu bagi ragut rumput,tapi tali tak boleh lepas dari hidung. Kalau tidak ia lari macam lembu gila! 'áyat'nya mesti beri minum air garam biar binatang ini tahu jalan balik kandang kalau tersasar jalan, tersesat... tengok sebelah malam, gerenti ada tepi kandang!

5.Maka PM Najib mesti berjanji, segala ayam, itik, lembu, kerbau, kambing mesti tahu balik kekandang mereka! Sekarang sebahagian nya di lepas, bebas, senang sangat jadi korban pencuri. Atau paling kurang kena kompaun kandang polis kerana binatang ini suka sangat masuk bandar, kawasan larangan(makan duit la tu). Kena buang hobi suka bela kucing parsi. Tak salah! Tetapi kucing kampung maha hebat sudah tentu boleh benteras tikus-tikus perosak.

6.Melayu tak serik-serik kena buli! Ramai yang sudah lupa ulaman,gulai pucuk keledek,gulai lemak pucuk ubi sehingga kuih-kuih tradisi melayu pun di anggap racun! Krim putar juga yang di cari...semua itu ada dna babi!

7.Kepingin sangat hendak dengar melayu berdondang sayang, usik mengusik, joget, zapin dan keroncong yang memberi banyak inspirasi.Isu lynas dan FGVH pun tak boleh nak di cantas...

8.Yang mutlak nya,kita sudah kerap tidak berakidah, melupakan Al Quran dan AsSunnah. Allah SWT uji kita semua kerana iman senipis kulit bawang.... cepat mengalah dan terlau cepat minta maaf ! Lagi satu spesis bangang!

Jawaban untuk artikel Datuk,Melayu berkuasa TIDAK LAGI BERPENDIRIAN!!

padang pasir said...

Orang yang kenyang kalau di jamu, lauk yang sedap di-katanya tawar.

Anonymous said...

Salam Datuk

Saya suka bila datuk buat senarai ringkas macam ni. Saya cadang datuk teruskan setiap bulan/ minggu.

Tambahan dari saya.

1. Pembangkang akan makin ghairah membuat exposè mengenai salahguna kuasa pemimpin umno sehingga golongan marhain melayu akan menyokong mereka walaupun dari dasarnya, DAPlah kepala pakatan mereka.

2. Tetapi salah siapa kalau lima tahun perangai tak berubah walaupun dah diberi ingatan oleh pengundi.

3. Kes-kes jenayah seperti budak kena culik dan kecurian menjadi-jadi. Cerita-cerita negatif akan penuhi akhbar walaupun dah banyak 'feel good initiative' dah dilaksanakan.

BN/ UMNO tak boleh alpa. Semua di atas dah berlaku sebelum pilihanraya lepas.

Rumpelstiltskin

padang pasir said...

menjelang pilihanraya, teringat anwar ibrahim.

kail berduri di salut umpan

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Terima kasih Dakj kerana masih aktif dgn terus menulis secara tidak terlalu memihak. Pengarang2 lain yg sebaya atau sejawatan Dato banyak yg jadi ular sawa maklumlah dah kenyang.....Umno semua betul.....Anuar/pembangkang kalau tak de isu, mereka rekacipta sendiri utk fitnah.

2 Terimakasihpd sdr orangbaru lahir komen pasal negara berpendapatan tinggi. Najib tu sedap cakap je macam kakaktua. Malaysia dgn dasar buruh yg terlalu bergantung pd buruh murah mat Indon dan mat Bangla....ertinya buruh kasar tak pakai otak la, macam mana nak value adding utk hasil pendapatan tinggi. Tapi yg tentu pendapatan bertambah tinggi adalah perompak2 harta rakyat yg bela membela sesama Najib n the gang....spt gangster terhormat, pihak berkuasa tapi rasuah, hakim payung terjun dll.

3. Terima kasih juga pd sdr langit biru yg beri kefahaman soal yahudi vs zionis. Org Melayu memang perlu lebih ramai cerdik pandai berhujah dlm blog ada klas Dakj.

4. Teringin pulak nak dengar komen pasal tanah rakyat bekas lapangan terbang sg besi dan MRT yg tergesa2.

Din Klang

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya rasa ada satu lagi perkara yang Dato' tertinggal (?), iaitu SPR nampaknya menjadi semakin kelam kabut. Daftar pemilih PRU13 mempunyai banyak aberasi yang menampakkan ketidakcekapan Pengerusinya.

Pedatang asing (halal atau haram) semakin ramai, gamaknya dah tak tertangan lagi. Nampaknya kerajaan sekarang ni tak berupaya mengatasi masalah imigran haram ini. Ini adalah petanda buruk bagi orang Melayu kerana pendatang asing bukan orang yang berjiwa Melayu (walau pun dari Indonesia). Akan tiba masanya, orang Melayu hari ini akan menjadi bak melukut di tepi gantang. Hanya kuasa politik saja tempat ramai Melayu bergantung harapan; kebanjiran pendatang asing akan merubah lanskap dan demografi politik Malaysia sehingga suara Melayu betul-betul layu. Tak percaya? Tunggu dan lihat, saya mungkin tak sempat.

Pak HJ JB

tokman said...

PRU13 akan datang sudah pasti amat dahsyat semata2 untuk mendapat kuasa dalam dunia!BN dan Pakatan sudah pasti guna berbagai taktik dan teknik untuk meraih undi jadi pilihlah yang mana anda suka. Sekarang sudah ada perbandingan pengurusan diantara negeri bawah BN dan Pakatan...tiada paksaan hanya undilah ikut minda anda yang jujur dan ikhlas dan yang paling mustahak yang direstui Allah SWT!

Anonymous said...

Saya tunggu nak tengok macam mana ahli-ahli BN bila Najib umumkan calun-calun "winnable"nya nanti. Maklum saja Shahrizat itu jadi senator pun atas pilihan Najib. Itu belum semak lain-lain senator dan wakil BN dalam GLC / agensi kerajaan yang diangkat sendiri oleh Najib.

Sepantas angin perlaksanaan SBPA, pembatalan SBPA dan seterusnya biji butir menaik taraf skim lama tidak diketahui sehingga kini.

Kita semua sedar hakikat, pintu masa untuk PRU13 sudah semakin dekat.

Persoalan besarnya, adakah Najib sudah benar-benar bersedia?

p/s kehadiran polis dalam rondaan, pada mata saya, sudah semakin kurang. Jika nak tengok ramai polis, masa ada kehadiran (atau laluan kenderaan) VVIP, trafik jem atau tempat penceramah wakil PR.

p/s Accounts dalam PAC itu merujuk kepada accountability dan bukan financial accounts. SEPATUTNYA begitulah nama, begitu juga fungsinya.

p/s paling besar, usaha najib untuk meyakinkan pengundi bahawa BN = Barang Naik dakwaan PR itu tidak benar. Maklum saja, GST masih dalam almari. 1CARE ditukar-tukar cerita. Tenaga Nasional asyik rugi. Dan Petronas sudah umumkan mahu kurangkan diskaun kepada Tenaga Nasional. Cukai barang, kos khidmat kesihatan, caj elektrik (termasuk rumah dan industri). Subsidi dan harga minyak.

Fed Up

Anonymous said...

Salam Tok Kadir, macam2 ada saya akan saya tunaikan pada PRU nanti. Saya tak pernah miss mengundi. Undi parti, undi calon dan undi rosak.

Nampak gaya pada PRu ini saya tak akan undi BN atau PR. Saya tak akan undi BN sebab:

1. Batal PPSMI yang dak elok
2. Bertindak paria batal Interlok kerana tak faham sejarah dan nuansa
3. Tak utamakan Melayu, utamakan minoriti
4. Banyak skandal yang libatkan menteri, bini dan laki menteri, anak dan menantu menteri, setiausaha politik menteri
5. Boros belanja duit rakyat. Rapair dan ubahsuai rumah PM dan DPM lebih RM60 juta
6. Beli baju saiz 24 beratus ribu RM.
7. Bini PM dalam peruntukan bajet lebih besar dari jabatan
8. Menteri rangi dengan outrider dan pengawal bersenjata. kata negara selamat
9.Rakyat jelata kena bunuh, kena rompak, kena rogol, kena colek dan kena simbah asid. dan
10. Macam2 lagi yang w sakitkan hati.

Tak undi PR pasal:
1. Lambang sendiri pun tak ada. Dok pakai lambang masing2;
2. Negeri yang PR perentah kotor penuh sampah sarap
3. Tak tahu siapa jadi PM kalau PR menang.
4. Takut kepada Anwar Ibrahim
5. PKR jadi dalang supaya DAP perkuda Pas
6. Pas dah kena penyakit koro
7. PR pro-Israel dan Amerika
8. Perangai PKR lebih kurang macam Umno
9. Anwar tak demokratik, takut dengan RPK.

SatuMelayu
Tandop

Kamal Sanusi said...

Salam Dato'

Memang macam2 ader dan saya nak tambah satu saja.

1. Selepas membuang undi nanti, sila pastikan kita dan keluarga berada di dalam rumah dgn bekalan makanan secukupnya kerana saya pasti akan ada kekecohan besar (bahasa ibunda saya kata "riot") berlaku selepas keputusan dikeluarkan. Siapa yg buat "riot" tu saya tidak pasti.

Lahuma said...

Dato>

Ragam politik Kedah.

Ini lah kalau dah jadi sebati dan darah daging.Bukan lah semua.Ada kumpulan terlupa yg parti dia dah jadi kerajaan negeri.Tapi masih buat perangai macam pembangkang.Semua tak kena.

2.Satu kumpulan lagi terlupa juga yang parti dia kalah untuk jadi kerajaan negeri.Masih asyik manja dan meminta-minta serta merajuk tak tentu kalu.


Dato.

Dekat-dekat pelihanraya ini seronok juga.Ada yg buat janji .Ada yang buta tohmahan.Pemimpin atas cakap lain.Pemimpin tengahan cakap lain.Pemimpin bawahan cakap lain.

Satu persoalan saja ynag tertanya-tanya.Semua ini masa depan rakyat atau pun masa depan mereka sendiri dari jawatan,pangkat kuasa,harta dan sebagainya.

Pnuya lah manja dan mesra para pemimpin waktu ini.Kalau suruh basuh kereta pun mereka kan buat.

Inilah kehebatan rakyat waktu ini.Bila rakyat cerdik dan pandai.Nampak pemimpin pula macam tak cerdik.Punyalah rendah diri.Adakah imej pemimpin ini akan berkekalan selepas PRU nanti.

Nak lebih adil dan saksama.Demokrasi amat dan wajib menyediakan sebuah pembangkang yang sama hebat dengan kerajaan kalau mahu nasib rakyat di junjung dan di tadbir urus dengan baik.

Kerajaan yg teramat kuat kadang kala terlupa dan tidak hormat suara rakyat.Inilah sejarah.

Semua ada sumbangan dipihak pembangkang dan kerajaan.

PRU 13 kian dekat sangat.Pilihanraya,hari raya lebih kurang sama bunyinya.

Meriah Dato.

terima kasih.

Kamal Sanusi said...

Salam Dato

Saya tertarik dgn kenyataan Fed up @ 10:29 AM iaitu

"p/s paling besar, usaha najib untuk meyakinkan pengundi bahawa BN = Barang Naik dakwaan PR itu tidak benar. Maklum saja, GST masih dalam almari. 1CARE ditukar-tukar cerita. Tenaga Nasional asyik rugi. Dan Petronas sudah umumkan mahu kurangkan diskaun kepada Tenaga Nasional. Cukai barang, kos khidmat kesihatan, caj elektrik (termasuk rumah dan industri). Subsidi dan harga minyak."

Dengan pengumuman polisi gaji minimum, pastinya ia umpama pedang dua mata, like chicken & eggs....

1. Bagus utk menaikkan pendapatan pekerja yg masih jauh dibandingkan ngan kos kehidupan.

2. Inflasi akan berlaku bilamana peniaga akan menaikkan harga barang kerana peningkatan di dalam kos overhead spt gaji dan yg berkaitan.

At the end of the day, Malaysia would be no different with Syria, Turki, Mesir etc..

Very timely I need to plan to migrate to other country despite having noted I was born here. No time to be patriotic when the leaders elected are selfish....

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

YAB Dato’ Seri Presiden menegaskan beliau rela kehilangan kawan dari kehilangan sokongan rakyat Malaysia. Dato’ Seri Presiden juga sedang meninjau-nijau calon-calon muda dan berwibawa utk diketengahkan. Jadi, apa yg saya fahamlah, UMNO memerlukan penggerak-penggerak muda. Jadi elok jugalah bila ada KUDA-KUDA TUA yg bersara.

Salam Sdr langitbiru

Bagi sayalah, apabila kita berbeza pendapat , eloklah kita kembali kepada Al Quran. Surah Al Baqarah ayat ke 208 dgn terangnya menyatakan sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yg terang nyata. Tapi masih ada lagi To’ Guru yg kata ‘tak pe’ nak berkawan dgn setan.

Begitu jugalah dengan terang dan nyatanya dalam Surah Al Baqarah ayat 120 menyatakan org YAHUDI dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. Tapi ada pulak To’ guru kata Yahudi ‘tak pe’, Zionist je yg tak boleh.

Akhir kata, didalam surah Ar Rahman, Allah berkali-kali berfirman ‘maka yg mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan kamu, yg kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)’. Sekian TQ.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Menggunakan SPR untuk tipu undi dlm PRU2 yg lepas itu perkara biasa bagi UmnoBn.

Tapi keberanian TAN SRI AZIZ pengerusi baru. SPR melawan hukum termasuk tak takut hukum Allah demi menolong UmnoBn tipu dlm PRU, memang luarbiasa hebatnya.

Tan Sri akan saya tuntut di akhirat nanti. Mungkin pencen KSU KDN tak cukup agaknya sehingga terpaksa buat kerja2 kotor sebagai pengerusi SPR.

Duduk masjid buat amal macam mantan pengerusi( rasa2nya dah bertaubat ) lagi bagus. Mantan pengerusi ada juga riak2 nak pertahan kewibawaan SPR tapi yg satu ni hancus dan buat selamba je.

Harta tak boleh bawa ke akhirat......dasar Umno tipu undi.

Din Klang

Doktor Muda said...

perselisihan faham sesama rakan parti adalah perkara lumrah. dlm organisasi pengurusan syarikat/jabatan juga berlaku.terpulang kepada kebijaksanaan ketua masing2 menyelesaikannya. tetapi, apabila hak awam dirembat & dirompak sewenang-wenangnya maka isu ini wajar diambil perhatian & perlu dipandang serius... kita usah menipu fakta, rakyat kini sedikit bijak. mana2 parti pun ada isu dalaman masing2, yg penting fokus terhadap keperluan rakyat serta ikhlas & jujur (setelah dilantik) menjadi titik tolak ke arah melahirkan kerajaan / opposition yg matang....

affendi hussain said...

Salam Dato',

Lama dah tak mai sembang kat blog ni.. Malaysia ni memang tak pernah miskin dgn macam2 ada terutama panggung wayang politiknya..

Ntahlah Dato.. nak undi siapa lah nnt.. semua macam ayam jantan kuat berkokoq..tapi taik masing2 penuh pungkoq..

p/s: saya rasa pemimpin politik melayu dok main tembak peluru yahudi2 ni toksahlah.. nnt masing2 makan diri..

PAS kata boleh niaga dgn Yahudi ok fine, itu mmg tak salah malah sejak zaman Nabi s.a.w lagi..tapi nnt UMNO tibai depa balik dgn isu APCO sbb dulu dok ketuk gendang bedengung sampai nak pecah bumi..

UMNO kata PAS dah sesat sebab Yahudi semua kafir harbi, depa lupa ka bangsa apa nabi-nabi yg dok sebar Islam zaman dulu ni? lepas tu kalau hangpa hukum segala urusan dgn Yahudi haram awat dok jaja propaganda politik nalla hangpa kat FB? Zuckerberg tu bangsa Yahudi ka bangsa Yahooodee? different entity?

Tu, yg dok cucuh berasap kat mulut tu sapa punya resepi? hangpa dok ketagih kulum Dunhill, Salem, Malboro & Lucky, patutlah korok belaka otak puak2 ni..kuman seberang laut nampak gajah depan mata langgaq sampai benjoi dahi pun tak sakit lagi..keraih betui kepala, patut kena punggai dgn tukui besi..

itu lu orang politaik semua kena fikirlah sendiri..

wallahualam & wasallam

("/)

Anonymous said...

OrangBaruLahir

Dengan izin Dato'

Bacaan fatihah saya diatas pemergian Tan Sri Mazlan Nordin pada usia 86 tahun.

Semuga ruhnya dicucuri rahmat ALLAH swt.

Begitulah Dato' kesudahan kita sedikit waktu lagi, kadang kala pemergian kita tidak sama sekali dirasakan kehilangan kerana kita berada digenerasi yang mungkin sama sekali tidak mengenal mahu dirasakan berjasa oleh golongan muda, yang tidak pernah berjalan beriring dengan orang-orang dari seangkatan kita.

Dalam sehari dua lagi adalah yang akan menyebut, tapi setelah seminggu kita akan tinggal sepi, tanpa sesiapa yang mengingat ....


Yang akan dibawa pergi hanya ILMU yang diajarkan, HARTA yang dibelanjakan di jalan ALLAH, dan mungkin secebis DOA dari kalangan anak-anak yang soleh.

OrangBaruLahir

Aziz Ahmad said...

Dato,
Apa pandangan Dato berhubongan dengan penemuan penipuan dalam pendaftaran undi.Saya rasa jika EC tidak membetulkan denan segera ianya akan jadi satu explosive yang besar.saya ini telah mengundi diParliment Baling hampir 4 kali pilehan raya.Untok pilehan raya akan datang saya terpaksa mengundi diKulim ,Alamat rumah saya kedai kopi Hailam,dalam bandar.Hantu mana pindah nama saya,EC tak tahu.

Anonymous said...

Saya mendapat tahu, ceritanya, kenaikan dalam SBPA sudah terlanjur dibayar kepada mereka yang super gred - JUSA dan keatas.

Ada sesiapa yang boleh menafi atau menyokong berita ini?

Andai mengarut, maka tambah satu lagi dalam senarai macam-macam ada pilihanraya.

Siapa dalangnya?

Andai benar, fahamlah kita kenapa tergesa-gesa kakitangan awam dikehendaki tandatangan persetujuan SPBA.

Siapa dalangnya?

Teringat satu pengalaman disebuah hotel tempat sebuah agensi kerajaan sedang menjalankan "in-house" training.

Kisahnya begini:

Lif yang saya tunggu baru sahaja tiba. Bila pintu lif terbuka, kelihatan tiga orang berada didalamnya. Seorang berbaju batik, kelihatan membelakangi pintu lif manakala dan dua lagi, berbaju kot; sedang mengadap kearah saya.

Pada poket kiri kot dua orang itu, masing-masing ada tandanama yang siap berlogo. Tahulah saya mereka itu, pegawai kerajaan.

"Harap Dato' dapat timbang dan luluskan permohonan saya ini. Sejak isteri saya meninggal, saya dan anak-anak jadi tak tentu arah, tak terurus. Harap saya dapat balik kampung, ada juga saudara mara yang boleh bantu." kata si baju batik sebelum bersalam dengan si berbaju kot berdua dan melangkah keluar meninggalkan lif.

Saya masuk lif, menekan butang ke aras tempat letak kereta paling bawah lalu berdiri kearah pintu lif. Membelakangi dua orang pegawai tadi.

Apa yang saya dengar selepas itu amat memeranjatkan.

"Masalah sendiri, siapa kena selesaikan? Sendirilah...." kata si berbaju kot pertama.

"Samalah kita. Kalau bagi muka naik lemak dia." sahut si berbaju kot kedua.

Disebabkan tidak dapat menahan mulut, saya berpusing mengadap mereka lalu berkata,

"Masalah engkau, dari hal kerja, hal anak-bini sampailah hal seluar dalam, siapa yang selesaikan?"

Fed Up

Anonymous said...

Aslkum Dakj

macam2 ada....perangai org Melayu dasar tak bermaruah tak mengaku salah.

1. Tengku Adnan tegaskan NPC tiada kaitan dgn Shahrizat dan Umno....ye la tu. Yg lulus dan subahat dlm perompakan harta rakyat tu orang PKR, DAP atau PAS ke. Penyokong Umno tegar yg duduk rumah flat kg kerinci tu boleh ke dpt pinjaman 250000. 250 jt jauh panggang dari api.

Kalau hakim2 terima hujah T Adnan, lingkip kewangan negara dibuatnya.

Din klang

Lahuma said...

Dato.

Najib kata pilih calon kehendak rakyat lebih diutamakan.Dan sunggup kehilangan kawan.Demi hadapi PRU 13 nanti.Nampak macam bunyi lagu lain pula.

2.Kalau macam itu kalau di Kedah ramailah pedagang politik yang jadi tuan besar sekarang akan tergelincir.Tuan besar inilah segala masaalah yang punca parti Najib kian lemah dan hilang hormat dari rakyat.

3.Bukan salah parti Najib.Tetapi tuan besar ini.Tak insaf lagi walaupun parti Najib kalah diKedah.Tak belajar dari kesilapan.

4.Najib cakap begitu.Betul ke ni.katanya senarai dari Rosmah pun ada juga nanti.Bukan pintu belakang.Pintu gerbang besar lah.

5.Bakal calon dari parti Najib punyalah baik,tertib ,warak,berbudi bahasa.Itulah sandiwara sementara.rakyat tahu siapa mereka ini.Ada yang bujur lalu melintang patah.

6.Undi ditangan rakyat.Lepas undi kuasa ditangan Menteri,YB,Pegawai Kerajaan.Kuasa rakyat cuma satu hari.Kuasa Menteri dan geng mereka hampir tahun.Sebab itu bermati-matian rakyat dibelai waktu ini.

7.Nak undi calon atau nak undi parti.


Terima kasih.

.

Anonymous said...

Salam Dato

menjelang pilihan raya, macam macam jenis hantu PR masuk komen dalam blog dato ni. desparate la tu.

Saya sejak Mac 2008 dah serik dengar tin kosong bercakap.

Baik saya pi meniaga air sirap kat ceramah Hassan Ali, dah tentu ramai yang datang.

haba-haba.

Anonymous said...

Menurut kawan saya - orang kuat PAS, PRU 13 kelak, selangor boleh tumbang.

Katanya, rakyat dah meluat tengok banyak sangat "sampah-sampah" yang bersepah di merata negeri. Tunggu masa nak di hantar ke tempat pelupusan saja.


don klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

macam2 ada!!!

1.pengawal keselamatan dakwa dikasari anak menteri. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Bukan ke menteri yg sama dgn bongkak mencabar pengarah BPR tangkap beliau.Anak menteri sepatutnya jagalah nana baik ibu bapa. Tapi macam mana? Kalau dah berkereta mewah, pandang pengawal pun sebelah mata.

Biasanya bapak samseng susah anak nak jadi baik.

2. Hasan Ali belanja rm300000 ubah suai pejabat. Kalau beliau tak bawa obor2 Islam macam ADUN Umno saya tak terkejut....cakap tak serupa bikin.

3. Hutang Tajudin pd rakyat berjumlah RM589jt dilupuskan. Hutang PRPTN yg cuma beberapa ribu seorang tak boleh lupus jugak ke.....lingkup negara.

4. Wanita berkumpul nyata pebdirian sokobg ketua wanita Umno. Bertolong2an lah mereka mempertahankan kejahatan. Tiada prinsip hidup Islam langsung.

Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

macam2 mengada ngada

1. Bila Anuar dah setuju debat dgn Najib dan RPK serentak, pembodek yg bernama Fuad Zarkashi putar pulak. Kalau takut kata je takut, habis cerita. Depan media talibarut Najib bukan main lagi berani kutuk Anuar. Di suruh debad macam calun2 presiden di America kecut telo.

2.Pakatan Rakyat janji hapus PTPTN. Janji yg pd pendapat saya dgn senang boleh dikota.

Sejarah penubuhan PTPTN adalah berpunca dari konspirasi toke2Cina MCA dan kroni Umno dgn menteri UmnoBn yg sentiasa lapar dgn kertas cop kepala agong. Skim PTPTN dipaksakan ke atas rakyat sebagai balasan kira2 wang masuuuuk rasuah yg telah dibayar oleh toke IPTS kpd penguasa ketika memohon lesen. Tanpa PTPTN banyak IPTS akan gulung tikar. Apalah beza dgn pemberian beribu2 permit teksi pd sykt kroni yg kemudiannya menindas pemandu teksi yg mau mencari sesuap nasi.

Nak tanya, UmnoBn ada berani ke janji yg sama untuk batal PTPTN? Takkan mereka sanggup lawan dgn toke2 MCA tu. Dgn org Melayu bereni la jadi samseng.

Din Klang

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan pembahas yang saya hormati. PRU 13 akan menjelma tidak lama lagi dengan izin Allah. Kita sudah didedahkan dengan banyak maklumat dan terpulanglah kepada kita membuat keputusan siapa yang kita hendak undi.Apa yang kita bicancang sekarang ada ulangan berita lama. Yang tiada modal cuba mengulangi cerita buruk lawan. Selamat mencba nasib kepada semua.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Anonymous said...

Sdr Sanusi,

Sebab itulah dulu-dulu saya ada komen, jika nak naikkan taraf hidup rakyat, bukan semata-mata dengan menaikkan pendapatan. MENURUNKAN KOS BARANG pun boleh juga.

Pembuatan barang pakai tenaga, siapa yang kawal harga tenaga?

Penghantaran barang pakai pengangkutan. Siapa yang kawal harga tol, minyak dan duti import kenderaan?

Jaringan perniagaan perlukan komunikasi. Siapa kawal industri ini?

Nak perkenalkan produk kena pakai iklan. Siapa yang kawal media?

Itu belum lagi soal lambakan barang dari luar, dan lain-lain.

Satu lagi, bila sembang pasal floor wages, jadi lupa pasal kadar pengangguran yang sudah sedia tinggi. Sedangkan kedua-dua patutnya seiring.

OKJ,

Tun Mahathir dulu pun masa jadi PM pernah kata, yahudi bukan musuh tetapi zionis. Kenapa dulu tak kecoh ye?

Saya senang je; bukankah salah seorang jiran nabi itu seorang yahudi yang suka buang najis didepan pintu rumah rasulullah? Apa sikap nabi kita pada jirannya itu?

Nampaknya OKJ masih mengelak isu 1CARE. Buat-buat tak nampak komen saya. Cuma nampak komen Langitbiru sahaja. Betul ke OKJ ni doktor?

Terlalu sibuk dengan tugasan di luar negara sampai tak sempat nak baca memo pejabat?

Lahuma,

Kalau saya, tentulah undi calun dan bukan parti.

Fed Up

Lahuma said...

Dato.

Untuk PRU 13 buat BN

1.rakyat akan tolak mana-mana calon yg tidak bersih.
2.rakyat akan tolak mana-mana calon yg tidak cekap.
3.rakyat akan tolak mana-mana calon yg tidak amanah.

Najib kena kembalikan Kepimpinan Melalui teladan.

1.banyak sudah pemimpin yg lintang pukang.
2.banyak juga pemimpin yg bujur lalu melintang patah.

3.banyak juga pemimpin yg kelamkabut.

4.banyak juga pemimpin kalau dia jadi kopral isterinya sarjan.Kalau dia jadi pengarah ieterinya yg mengarah.kalau dia jadi menteri isterinya paham paham lah sendiri.

5.jangan ada pemimpin yg kencing berlari....


Terima kasih.

Malik said...

Salam

Kata PM,
kita BN/UMNO dah sedar..
Kita BN/UMNO dah insaf
Kita BN/UNMO mengakui kesilapan masa lalu
Kita BN/UMNO sekarang dah berubah..
Kita BN/UMNO dah transform..

Ada deme nampak ?
Ada deme rasa ?
Ada deme percaya ?

LembuGate, CopGate, LynasGate, FeldaGate, HighwayGate,
BuyVoteGate.. RM 100, RM 200, RM 500

Salam

maae said...

Salam Datuk,

1.Nak jawab sikit anon langit biru. Politik kelip-kelip mata. La ni anuar nak sahut cabaran RPK sebab assange suruh. Kelip sana,kelip sini. Politik tetap mesti jadi popular. Rugi tiada kesan pada pembangkang. Baik buruk semua sama. Janji mereka tabur kebencian. Ini strategi yang sudah di amalkan beratus tahun.

2.Susah nya di 'mainstream'. Buat baik,kata tak baik. Buat tak baik lagi di 'hancuk' habis...Jadi langit biru, langit itu ada unsur di tengah nya yang menjadikan ia kadangkala 'kelam'! Kita manusia jika salah pilih akan menyesal seumur hidup! Anda suka kelam?

3.Fail korup tak boleh nak 'install' program. Cari alternatif atau abaikan saja program. TETAPI pemikiran korup, tetap berbahaya kerana boleh membunuh, menukar lanskap sebenar, menjahanamkan rakyat dan negara... teropong P.Pinang. Kemudian bandingkan di Selangor. Untuk siapa kah mereka yang di beri mandat kuasa ini?

4.Jadi apa yang kita nampak segala tindakan zionis itu sentiasa nampak 'benar' kepada yang berfikiran KORUP kerana 'kebenaran' dengan bijak nya telah di sangkal, di tutup oleh para pemikir strategik mereka yang di upah lumayan. Kerana apa? kerana ada KUASA BESAR yang mencorak semua nya. Tidak lain masuk dalam acuan mereka agar mudah tunduk dan di kawal! Malaysia pun tidak terlepas dalam senarai sekatan kerana membeli minyak Iran. Bukan sekali Malaysia di aniaya ! Tidak pula pada sekutu mereka!

5.Berfikiran bijak dan bertindak bijak boleh mencorak anak-anak kita menjadi baik (beragama/berilmu) dan menjadi orang yang benar.Bukan hanya mengejar kuasa dan kebendaan semata-mata. BUKAN hanya mencerap kebencian dan fitnah sesama Melayu Islam/ Orang Islam seumur hidup mereka. Melayu mesti berpendirian, menggarap pemikiran sihat, menegakkan Amal Makruf dan benamkan kemungkaran... Kufur dan syirik jika kita taksub kepada pemimpin membenarkan kemungkaran!

(Alfatihah untuk arwah Tan Sri Mazlan Nordin - Semoga UTUSAN tetap berdiri teguh dan lebih perkasa- kesinambungan jasa-jasa pejuang-pejuang Melayu terdahulu yang cekal berpendirian..amin)

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Apalah yg sdr Maae merapu ni. Harap tulisan je panjang berjela2. Tapi dgn kesilapan fakta, ketiadaan fakta dan jalan cerita yg lintang pukang....nak komen pun tak berbaloi.

Anak Tg Bungah

Kajang Pak malau said...

Salam dato'

Boleh ulas pasal sistem pelajaran kita. Kita sudah 54 tahun merdeka tapi nampaknya masih terkial-kial mencari formula.

Agak-agak dato' bila kita boleh hapuskan Sekolah Aliran ni (vernacular school). Nampaknya belum muncul negarawan yang betul-betul berjuang untuk hapuskan sekolah vernacular ni.

Semuanya tak berwawasan,lemah dan penakut.

salam.

doncin cai said...

sdra fed up
tulisan sdra pada 2.52am... membuatkan saya termenung panjang... tindakan sdra menyebabkabkab saya berfikir...
kesimpulannya... sepatutnya, ramai lagi kita yang sepatutnya tidak sayang mulut untuk menegur deme yang berada di level atas... tetapi kenapa ini tidak berlaku...
tk

doncin cai said...

kalau politik, saya tidak ada masalah untuk memilih samada pr atau bn..
tetapi prejudice saya terhadap dsai masih tebal... sebelum ini,ada tulisan mengenai pandangan peribadi saya mengenai imej dsai yang terpaksa tidak di siarkan oleh @tuantanah...

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Timbalan menteri kewangan kata hutang negara cuma 53%, masih di bawah tahap 55% dari jumlan GNP.

Kalau begitu, pergi lah nasihat kerajaan UmnoBn buat hutang lebih lagi. Jual lagi bon sebab Utusan akan lapur " bon kita laris dijuak macam pisang goreng". Ngok punya pengarang.

Kalau Awang Adek campur dgn tanggungjawab kerajaan dalam bentuk jaminan untuk pinjaman yg dibuat oleh GLC dan sykt kroni spt Syabas dan Puncak Niaga maka jumlah peratusan itu akan melebihi 55%.

Apa kata PRK, ab, samurai melayu, maae dan Okj cabar Najib debat pasal jumlah hutang negara atau rakyat. Ada berani ka.

Jangan la tunggu sampai negara dan rakyat
jatuh papa macam Greece baru nak tukar kerajaan.

Din Klang

kermitt said...

saya ingin melihat samaada kuasa wang ringgit (BR1M) menjadi atau tidak.. dan sudah tentulah saya ingin melihat pemerintahan baru.. betapa sayangnya kita pada kasut buruk ia tetap akan ditukar dengan yang baru,kasut buruk selesa, walau dah berlubang, jahitannya dah putus.. memang kasut yg dah 'broke in' ni sedang dipakai.. tapi kelusuhan dan lubang lubang akan bertambah.. yg lusuh akan bertambah lusuh calitlah kiwi tebal mcm mana pun.. lusuh akan nampak juga.. lubang pun akan bertambah besar.. kalau di jahit semula pun dah tak nampak orijenal lagi.. tapak pun makin haus.. silap-silap nak tertanggal.. akhirnya pilihan yang ada ialah beli kasut baru.. he he he..

Anonymous said...

Salam Dato Kadir

Kami satu kampung ( di selangor ) telah membuat keputusan sebulat suara dalam mesyuarat bulanan kami untuk tidak akan mengundi PR pada PRU yang akan datang.

Keputusan PAS untuk membuang Dato Hassan Ali membuatkan tekaan kami bahwa PAS telah di kembiri kan oleh PKR dan DAP di Selangor menjadi benar.

Tiada lagi yang lebih memualkan kami dari isu ini.

AJK kg

Anonymous said...

tambah lagi satu Dato

Anwar melalui peguamnya hantar hotis suruh Dato Nall tutup mulut jangan pecah cerita dulu dulu.

Nalla jawab - dia tak akan tutup mulut dan kalau boleh anwar berani bawak dia masuk mahkamah

haba haba

Anonymous said...

Altantuya Anlantuya
Ayah Pin Abu Ya
Betoi macan Tik Kadir Kata
Dalam 1 Malaysia macam2 ada.

Mat dok baca penin kepada
makan Panadol tak baik juga
Banyak hal tak boleh percaya
BN dan PR dekat2 sama.

Mohd Najib kerja dia tabor duit
Ada yang banyak ada yang sikit
Anwar pula asyik dok ungkit
Dia lupa dulu dia satu rakit.

Sharizat kata dia letak jawatan
Najib Pun Puji kata pengorbanan
Ramai yang dengar turut termakan
Dia habis tempoh senator depa tak perasan.

Orang politik cakap putar belit
Macam2 janji depa dok selit
Bagi projek dan bagi duit
Tiba2 tak takut kepada defisit.

Ni Mat nak cerita pasai Kedah
Pas bergaduh rioh rendah
La ni orang Kelantan yang perentah
Malulah kita dah kena jajah.

Tapi Umno dok mamai lagi
Tunjok rangi sana dan sini
Buat rumah besar dan tinggi
Tu baru saja jadi Menteri.

Depa dok ingat orang tak nampak
Buat negeri macam harta mak bapak
Rakyat jelata la ni dah bijak
Dak kenai pencuri dan penyangak.

Kalau macam ni lah perangai depa
Tentulah pengundi penin kepala
Antara dajai dan laut semesta
Yang mana satu pilihan kita?

Parti politik Mat dah tak peduli
Dulu dok korban setengah mati
Tapi yang dapat tahi gigi
Tak cukup makan anak bini.

La ni Mat jadi bos sendiri
Tak merangkah lagi cari parti
Berniaga, bertani sana sini
Bolehlah sara anak dan bini.

Bini Mat orang biasa
Pakai baju saiz dua puluh dua
Tidaklah belanja merata dunia
Dari New york sampai Ostrolia.

Dulu bila Najib potong subsidi
Jala kata mscam Greek boleh jadi
Satu Malaysian akan mati
Pasai hutang berguni-guni.

La ni Najib bagi balik subsidi
Jala kata jangan susah hati
Negara Malaysia tak akan mati
Pasai duit kita banyak lagi.

Senang sungguh jadi Deris Jala
Najib sayang dia tak terkira
Apa dia buat Semua kena
Dengan kabinet sama kuasa.

Mat minta izin berenti dulu
Ada urusan di Pekan Rabu
Lepas tu nak pi Pengkalan Ulu
Nak pi ambil pekerja baru.

Mat Tunjang Enterprise

langitbiru said...

Terimakasih Dato’

Perenggan 1-4 Dato mengupas “trademark” (tanda niaga) PM Mohd Najib.

Bagaimana Malaysia nak maju ke depan kalau tarikh pilihanraya pun jadi HAK MUTLAK Perdana Menteri?

Yang dok tilik nasib ni kerja-kerja orang UMNO lah. Burung Serindit, Tok Sami, bomoh Siam, Kiai Jawa semua kita sudah dengar cerita demi cerita depa menjelang pilihanraya UNTUK DAPAT PETUNJUK. SEMUA TU ADALAH SYIRIK, berdosa besar.

Inilah masalah Mazhab UMNO.......bukan perkara baru, bah kan jauh sebelum kejadian MONA FENDEY!

Mengapa orang-orang agamawan UMNO, dan dalam blog Dato (anon maee,okj dll) ni DIAM SAJA?

Mohd Najib yakin benar sudah dapat ‘BELI’ undi orang-orang India. Hingga sanggup berpakaian agama, di rumah agama Hindu Batu Caves, pada hari Perayaan Agama Hindu, DEMI meraih UNDI orang-orang India.

MERAYU-RAYU Najib, dengan pengumuman berjuta-juta ringgit kepada kaum India. Ke Perak, ke Penang, beliau merayu kepada masyarakat India.

Bagi saya, ini memalukan sebagai seorang pemimpin beragama Islam, yang mengaku Malaysia sebuah Negara Islam!
MEMALUKAN!

Mohd Najib meminta semua wanita TAAT SETIA kepada Shahrizat. Kata Najib, “Shahrizat tidak bersalah. Itu cuma dakwaan. Dakwaan perlu kepada bukti.” Habis tu, apa guna akta peniup wisel?? Setiap dakwaan penyelewengan perlu kepada SIASATAN. Siasatan perlu kepada kuasa Polis,MACC, dan Peguam Negara.

HAKIKATNYA, UMNO menggunakan institusi di atas bagi menutup segala kes kes pembesar UMNO. Undang-Undang, depa letak dibawah telapak kaki depa je!
MEMALUKAN!

Anonymous said...

Aslkum Dakj

IGP mengaku polisbaling helmet langgar SOP.
SOP ni jangan terpakai oleh anggota bawahan je.

Untuk elak pegawai polis terutama sarjan keatas terlalu berkuku dan berkubu disesuatu tempat, pastikan mereka sentiasa bertukar tempat tugas di lain negeri secara otomatik setiap 3 tahun.

Menteri pulak tidak dibenar memberi arahan mulut kepada mama2 pegawai polis supaya polis bertindak berdasar fakta bukan auta macam Najib.

Din Klang

Hanezam said...

Salam,
Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,
(dah bosan dengan lanskap politik yang didominasi lembu-lembu gemuk)

Saya ada soalan nak tanya Encik Fed Up,

Fed Up beratus-ratus kali dah kata, undi calon, bukan undi parti.

Saya faham, pemilihan kerajaan melalui sistem parti memang tidak termaktub dalam perlembagaan. Tapi sejak zaman- berzaman (ie baru 50 tahun lebih) PM dipilih daripada MP-MP yang berkeupayaan "to command the confidence of the majority of the MPs". Secara konvensyennya, PM adalah ketua bagi parti yang telah memenangi majoriti dalam pilihanraya umum.

Soalan saya, kalau tidak dikenal partinya, bagaimana dikenal keupayaannya untuk "command the confidence of the majority" itu ?

Apa guna saudara menangkan calon di tempat saudara itu, jika saudara tahu pemimpin parti calon saudara itu haprak orangnya ? (contoh aje..)

Sedangkan calon yang tak tentu parti pulak, boleh sahaja ubah aspirasi politiknya sebaik sahaja bontotnya mencecah kerusi Dewan. Alangkan yang bertanding dengan tiket parti pun boleh lompat katak..

So, camner ? Nak pilih parti ke nak pilih calon ? Masa belajar dulu, I tak terpikir pun soklan-soklan cam ni. Kalau tak, dah tentu I dah tanya pofesor I.

Tolong jawab ye, Encik Fed Up.

langitbiru said...

Salam Datuk,

ANON MAAE!

1.Contoh “Politik kelip-kelip mata”-lembu-lembu dan kondo-kondo. Terkebil-kebil mata kata SATU PENGORBANAN BESAR, tapi masih sayang jawatan Ketua Wanita.

KENAPA?
Kerana kalau Shahrizat tu kerja tukang sapu hospital, bukan Ketua Wanita UMNO, MUSTAHIL Pok Leh dapat pinjamam 250juta.

Kerana kalau Shahrizat tu kerja tukang sapu hospital, bukan Ketua Wanita UMNO, nescaya Pok Leh dan anak-anaknya dah lama meringkok dalam penjara!

Kelip-kelip Mata Shahrizat, menyebabkan Tok Jib jadi ‘cair’!!! Tak gitu?

2. Anon maae suka kelam? Pilih UMNO, menyokong UMNO walaupun UMNO zalim, tu satu amalan ASSOBIYYAH. Assobiyyah tu, kalau kita sokong orang kita walaupun tahu dia salah dan berlaku zalim.

TIADA SALAHNYA berjuang atas nama kaum/bangsa, asalkan yang diperjuangkan itu berlandaskan syariat, tidak bertentangan dengan syariat.

Nabi saw pun berjuang hapuskan amalan Assobiyyah di kalangan para sahabat yang terdiri dari pelbagai kaum dan suku keluarga.

Saya sangat yakin, tanpa sebesar zarah ragu-ragu, memilih UMNO itu satu pilihan KELAM. Seperti kata anon maae, “Kita manusia jika salah pilih akan menyesal seumur hidup! Anda suka kelam?”

Kalau anon maae sangat yakin pilih UMNO tu pilihan tepat, jalan ke syurga, pilihlah. Untuk mu pilihan mu, untuk ku pilihan ku!

Saya sangat yakin, tanpa sebesar zarah ragu-ragu, menentang UMNO itu satu Jihad.


3.Fail korup tak boleh nak 'install' program.

Buat apa nak install program dalam fail korup? FAIL KORUP tu berlambak di Jabatan Peguam Negara. Fail Korup tu tak boleh diabaikan, WAJIB cari dan hokum siapa yang Korup bukannya pi cover-up.

Ps: Fail yang kena VIRUS yang tak boleh nak install program!

"TETAPI pemikiran korup, tetap berbahaya kerana boleh membunuh, menukar lanskap sebenar, menjahanamkan rakyat dan negara..."

PEMIKIRAN KORUP DAH SEBATI SEDAGING SEDARAH DAH DENGAN ORANG UMNO…….TU pasal ramai anak-anak pembesar UMNO ramai yang tak “MENJADI MANUSIA”!

Pemikiran Korup UMNO tu satu hal, penyangak dana awam, duit rakyat lagi satu hal. Lembu-lembu dan kondo-kondo tu duit sapa? Penyamun Tarbus!

Saya dok di Pulau Pinang.

Nak tanya anon maae, BERAPA INCI masih tinggal Tanah Rizab Melayu di Pulau Pinang?

Siapa EXCO TANAH di bawah GerakanBN perintah Pulau Pinang???

Siapa jual Pulau Jerejak kepada syarikat persendirian???

Oh ya….tinggal berapa peratus Melayu (bukan India Muslim aka Mamak) masih tinggal di PULAU, Pulau Pinang??? Kenapa??? Dasar Perumahan zaman BN bantu Melayu MASUK PULAU ke???

……..Siapa yang menguasai UMNO


"4.Jadi apa yang kita nampak segala tindakan zionis itu sentiasa nampak 'benar' kepada yang berfikiran KORUP kerana 'kebenaran' dengan bijak nya telah di sangkal, di tutup oleh para pemikir strategik mereka yang di upah lumayan".

HANG TAK PAYAH LA cakap yahudi, zionis. HIPOKRIT laah!

APCO di Jabatan Perdana Menteri tu apa???

ASERO di Bukit Aman tu apa???



5.Berfikiran bijak dan bertindak bijak boleh mencorak anak-anak kita menjadi baik (beragama/berilmu) dan menjadi orang yang benar.Bukan hanya mengejar kuasa dan kebendaan semata-mata. BUKAN hanya mencerap kebencian dan fitnah sesama Melayu Islam/ Orang Islam seumur hidup mereka. Melayu mesti berpendirian, menggarap pemikiran sihat, menegakkan Amal Makruf dan benamkan kemungkaran... Kufur dan syirik jika kita taksub kepada pemimpin membenarkan kemungkaran!

.....HEBAK MU MAAE!

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Pesuruhjaya PAS Terengganu dedah nama ADUN Umno negeri dpt tanah dari kerajaan negeri.

Pertanyaan/komen

1. Kenapa ADUN Umno je ye. Kalau nak kasi pd ADUN sepatutnya semua adun layak...tiada diskriminasi.

2.Dalam keadaan rakyat Tggnu masih ramai tak punya tanah walaupun untuk tapah rumah, tergamakkah ADUN2 berkenaan kebas tanah tersebut.

3. Bila UmnoBn gagal dpt mejoriti 2/3 di kerajaan pusat, Umno termasuk di negeri2 akan berkelakuan baik. Rupa2 tidak sebab dah terbiasa hidup liar.Nak berkelakuan baik macam mana? Umno pusat kebas lagi kencang.....contoh tanah rakyat di Hartamas, dgn GDV 15b dijual pd kroni bernama NAZA property cuma pd harga 650jt, walaupun mengikut harga pasaran bahagian kepunyaan kerajaan/ rakyat sepatutnya 4.5b. Cuba korek2 siapalah yg akan kebas perbezaan antara 4.5b dgn 650 jt tu. Itu contoh piretisation versi UmnoBn.

Patutlah hutang negara dan negeri diperintah UmnoBn meningkat terus. Bilalah generasi lama dan pengundi tegar UmnoBn nak sedar diri!!!!

Din Klang

Anonymous said...

Salam Dato Kadir

Sdr Haba haba

Biar kita miskin harta jangan miskin budi.
Biar kita cari rezeki di pasar malam, tapi jangan mentaliti kita macam pasar malam.

Ada kawan saya marah Anuar kerana masaalah peribadi iaitu Anuar tak sokong permohonan dptkan projek semasa Anuar jadi menteri kewangan.

Harapan saya sdr haba haba taj termasuk golongan spt itu. Jangan mudah nak kutuk PR yg baru setahun jagung. Bagi mereka peluang perintah pusat dulu sebagaimana sdr telah beri pd Umno selama 54 tahun.

Walaupun kita peniaga pasar nalam kita adalah pemimpin. Setiap pemimpin akan ditanya di akhirat nanti tentang kerajaan yg dipilihnya. Tak semudah menjual air tebu. Kecuali sdr nemilih duduk depan tv 1 dan 3 dan baca utusan melayu aje.

Sdr Don Klang

Kalau ditakdir kerajaan PR di Selangor tumbang, ia bukan kerana sokongan rakyat telah berubah tapi kerana kehadiran beratus ribu pengundi hantu/undi berkali2/operasi nyah nama penyokong PR/rasuah dll. Sayang org nacam sdr sudah tertutup pintu hati.

Anak Tg Bungah

Anonymous said...

Dato

dekat PRU ni din klang dah pindah pi tanjung bunga pulak.

macam macam ada.....


don klang

padang pasir said...

Macam mana Azmin begitu kaya?

ab said...

Salam Dato,


Din Klang tulis,



`Apa kata PRK, ab, samurai melayu, maae dan Okj cabar Najib debat pasal jumlah hutang negara atau rakyat. Ada berani ka.

Jangan la tunggu sampai negara dan rakyat
jatuh papa macam Greece baru nak tukar kerajaan'.



Saya setuju sangat ni, minta din klang yang pandai aturkan debat dengan najib tu cepat sikit no,saya
OK, tapi jangan sampai lepas PRU13,nanti hang cerita hai lain pulak....



Dah pi Greece ka?...bila pulak depa tukar kerajaan? ka sat ni, atas arahan din klang kut....



Betui ka `greece' tu bankrap?..Habis tu awat ECB,IMF,US FED,bank bank US dan EU dok hantag `duit bertimbun, kat depa tu?..kalau `bankrap' dah kena rampas negeri,aset,bank bank dan dll dan `kansel' nama `greece' tak gitu?... betui ka you ni?



Saya mintak you namakan satu negara `bankrap, boleh tak? saja nak tau saja,bolih tambah pengetahuan....


Abu Bakar Ab Rahman

anak selangor said...

salam dato

Apa manifesto PR di negeri selangor pada Pru 2008 dulu ?

Saya dah malas nak ingat.

Anonymous said...

Dato

saya rasa tak perlu tambah lagi dah......

janji 2008 dulu bukan saja hilang entah kemana, bab sampah kat selangor pulak dah makin teruk.

saya undi kerajaan yang boleh buat kerja saja dan bukan yang boleh tabur janji saja.


pengundi selangor.

Lahuma said...

Dato.

1.Kalau Parti Islam pun dah tak berapa Islam.
2.Kalau Parti Melayu Bersatu pun tak bersatu dan tak berapa Melayu.
3.Kalau Parti Adil pun tak berapa adil dan saksama.

Ini lah gambaran parti Melayu PRU 13.

Nak pilih calun atau pilih parti.


Terima kasih

Anonymous said...

Aslkum Dakj

sdr AJK Kg

Bila sdr kata satu kg sebulat suara...hebat tu. Berapa org aga knya yg hadir. Siapa yg rasmikan mesy. Siapa yg sponsor makan minum. Tv dan surat khabar mana yg datang.
.
Jangan2 terkena sampuk si Najib auta. Atau Ajk Umno je yg bernesyuarat

Din Klang

abdullahngah said...

semua maklum kejahatan umno, tapi rakyat Terengganu tak kisah dengan kejahatan itu asalkan dia dapat duit RM 300 tahun cukuplah.

Apatah lagi tahun ini dah dapat RM 500 pulak. Lagi tak kisah pasal kejahatan pemimpin dan kerajaan umno.

Kalau rakyat Terengganu ambil cakna atau ambil kisah pasal kejahatan kerajaan umno sudah lama hancur lebur kerajaan yang memerintah.

Saya masih ingat kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu dulu, termasuk memberi tanah seekar sorang yang harganya lebih kurang RM 100 ribu.

Tapi malang sekali kerajaan yang baik itu pun hancur lebur.

Oleh itu pendedahan kejahatan pemimpin dan kerajaan umno tajk beri kesan pada rakyat Terengganu asalkan aku dapat duit Rm300 dan Rm500 tahun cukuplah.

Semuanya ok miskipun kejahatan didedah.

Jaja said...

Salam DAKJ,

Hebat sungguh melayu dalam berpolitik. Tatkala Datuk menulis perkara bukan politik,mereka suka sangat bangkitkan hal politik. Dan apabila Datuk menulis perihal politik, memang "macam-macam ada" termasuk kutuk mengutuk, dalam "territory" sendiri pun ada.

Biasalah sudah hampir pilihanraya. Masing-masing cuba tunjuk kreditabiliti. Pengundi memang cerewet. hahaha..

Buat masa ini biarlah saya "bebas" terlebih dahulu. Lagipun saya bukannya bakal calon tapi bakal "memilih" calon.

-pengundicerewet

tokman said...

PM dan DPM pergi menjelajah keliling 1Malaysia berjumpa dengan rakyat dan menabur wang ringgit dan menggunakan kemudahan Kerajaan! Masalahnya walau pun pergi sebagai PM dan DPM tapi dimerata2 mereka kutuk habis2 Pakatan walaupun ramai ahli2 Pakatan didalam perhimpunan itu....jadi Dato' ada kah cara itu cara yang betul untuk meraih sokongan? Cara mereka berucap dimerata2 itu tidak imej seorang berugama Islam tapi lebih jurus kepada budak2 'Permata Negara'!

Anonymous said...

Hanezam,

Pilih calun, takut silap parti yang naik. Pilih parti, takut silap calun yang naik. Maka jadilah persoalan ayam dan telur, siapa dulu.

Manakala dalam soal katak lompat, ia berlaku dalam suasana budaya pilih parti dan bukan pilih calun.

Perkiraan saya, jika majoriti calun yang menang dipilih atas sebab peribadinya, kemungkinan besar partinya juga seperti dirinya - sebab parti digerakkan oleh ahli.

Tiada pemimpin parti yang benar-benar kebal dari pemerhatian ahlinya. Jika tidak maka tidaklah Pak Lah melepaskan jawatan kepada Najib. Jika tidak PAS tidak akan menyisihkan pemimpinnya yang menyerahkan kerajaan Kelantan kepada BN pada 1970an dulu.

Sebaliknya, jika calun dipilih dan tiada parti yang dapat majoriti mudah, usaha-usaha akan berlaku untuk membuat perikatan (resmi atau tidak) bagi membolehkan pembentukan kerajaan.

Sekali lagi, kita boleh harapkan api bercantum dengan api, air bersebati dengan air manakala air dan api tidak dapat bersama.

Air atau api yang lebih bagus? Jika majoriti ADUN atau MP yang dipilih itu berdasarkan undi calun, tidak kisahlah mereka itu dari jenis air atau api; sebabnya mereka dipilih kerana mereka lebih dekat dengan denyut nadi rakyat.

Itulah demokrasi namanya.

Jika tidak jelas, harap Hanezam tanya lagi.

Fed Up

Anonymous said...

aslkum Dakj


drpd Din Klang kpd
Sdr ab

Bila perdana menteri Greece terpaksa letak jawatan diganti oleh PM. baru dg kabinet beru itu mananya tukar kerajaan le.

Greece memang telah bangkrap sebab tak punya hasil yg cukup untuk bayar hutang bertimbun yg telah matang. Sebab tu ahli ekonomi suruh kerajaan jimst berbelanja. Akan tetapi ECBdan IMF terpaksa menolong Greece supaya kalau Greece dibiarkan gagal bayar hutang, penyakit itu akan merebak ke negara lain yg juga akan menderita sebab tak dpt bayaran.

Greece dah pun bangjrap tapi diselamatkan oleh pihak lain. Macam juga syarikat kepunyaan Ab dah nak bangkrap tapi oleh kerana ab kroni Umno naka kerajaan pun dtg tolong. Tak susah fahamkan?

Rusia, Argintina, Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan Filipina semuah dah bangkrap kalau tidak ditolong oleh IMF. Mereka sendiri terpaksa menyembah IMF....sebab hasil negeri tak cukup nak bayar hutang.

Tapi IMF tak bagi pinjam percuma. Tenguk saja pendertaan rajyat Greece sekarang akibat syarat ketat IMF termasuk kerajaan mesti belanja berhemah......kesannya berjuta2 rakrat Greece menganggur bila perekonomian tiba2 lembab gara2 kerejaan tak bikeh berbelanja sewenang2.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

sdr anak selangor

kita tak boleh malas2. Baik sdr bongkar habis2an apa jua janji PRU 2008 yg belum ditunai PR.
Baru syok kita gasak mereka. Tapi dengar jugalah penjelasan mereka ye dan pastikan sdr buat perkara yg sama pd janji UmnoBn. Barulah adil.

Melayu malas dah terlalu ramai. Tlg jangan tambah panjang senarai. ...kerja malas. Nak makan komisyen je. Isteri kerja suami asyik duduk kedai kopi jadi broker angin tolong jual tanah org melayu pd cina. Konon dah jadi businessman lah tu. Saya tak kata semua org....ada juga melayu rajin...betul2 rajin

Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Bila ahli ekonomi nasihat jangan kerejaan UmnoBn ambil hutang terlalu banyak, terutamanya hutang luar negara, kenalah dengar dan patuh. Hutang luar negara mendedahkancrakyat yg tak bersalah kepada kesengsaraan. Kenapa?

Pertama bila berhutang kita rakyat kena bayar bunga.
Kedua bayaran balik hutang akan membebankan rakyat terutama bila wang kita melemah. Sebagai contah jika hutang malaysia berjumlah US100b pd tahun 1998 sepatutnya kita bayar dgn RM255b. Tapi semua org tau pd tahun berkenaan rgt melemah sehingga terpaksa dipegkan pd dollarcAmeruka pd nilai Rm3.80 setiap USD1.00. Bererti hutang kita tak pasal2 bertambah dari RM 255b kepada RM380b....menjadikan rakyat bertambah miskin sebanyak Rm380b tolak RM255b iaitu RM125b.

Makanya tak berbakoi kerajaan berhutang terlalu banyak. Lagi pun bila banyak berhutang kita macam lembu dicucuk hidung dan hasil negara habis buat bayar hutang....mana ada baki untuk rajyat.

Sampai satu peringkat rakyat yg tak bersalah juga jadi miskin sebab nilai wang mereka di bank menjadi kecil.
Sdr ab tolong jangan biar kerajaan UmnoBn terus berhutang dgn cara bagi org lain pulak jadi kerajaan.

Lagi lama takut nasi jadi bubur pulak

Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Sdr Jaja pengundicerewit

Saya setuju sangat kalau semua pengundi nenjadi cerewit. Tiru kebijaksanaan pengundi negara maju.

Ingat lagi perdana menteri Australia bernama John Howard. Selama dua penggal dia memerintah dgn rekod yg sgt cemerlang diukur dari sudut ekonomi, inflasi rendah dan pengganguran jugak rendah. Tapi apabila John Howard menjadi barua Presiden Bush dgn menghantar tentera ke Irak maka rakyat Australia marah....tumbabglah John Howard walaupun tak pernah ada kes curi wang negara.

Tapi di Malaysia bagaimana? UmnoBn dah 12 penggal perintah kerana samada rakyat tak cerewit atau ada mentaliti malas nak fikir atau nak "bebas" konon.

Bumi bertuah Amerika, England, German dan Australia menjadi kaya raya kerana tiada rasua,h,tiada tipu pilihan raya dan ada sistem dua parti...kita tak mau cuba ke.

Din Klang

Hanezam said...

Salam Datuk,

Nak ucapkan terima kasih kepada Encik Fed Up untuk jawapannya. Jawapan tuan sebahagiannya mengandungi apa yang saya agak sebelum ini sebagai jawapan kepada soalan saya sendiri. I sure will dig further.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Melayu makan Melayu. Contoh duit 250jt dikebas seorg melayu je.

Islam makan Islam...contoh islam umno tindas islam pas dan pkr.

Negara Islam makan negara islam...contoh malaysia ikut telunjuk Amerika boikot pembelian minyak Iran. lebih kuah dari lauk nampaknya si Najib ni. Berani tak bertempat. Debat takut, Obama pun takut. Dgn org rumah lagi la takuuut.

Hari ini sah terbukti sudah Anuar berani saman Nalla. Mana muka Zaharin Hashim pembelut dan Candra Muzaffar mamak nak disorok.

Din Klang

Anonymous said...

macam macam ada no

din klang, wah, berapa hang dapat kerja full time dekat pru ni?

sampai boleh hantar propaganda sehari suntuk depan komputer.

belanja lah pasembor sikit kat tanjung bungah

cikgu English aku dulu ajar "Empty vessels make the most noise"

sampai la ni aku tak faham apa makna dia.


don klang

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Maaf datuk, ada juga yang tak teduh-teduh memburuk-burukkan kerajaan. Tak pernah pun saya lihat mereka memuji kerajaan sekarang. Apa dah jadi? Mustahil tidak ada yang baik. Dalam BN pun ada manusia yang baik-baik. Ini yang dikatakan 'jumud' kerana hanya berat sebelah. Saya setuju kalau jadi bebas, sbb sekurang-kurangnya boleh menoleh kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang. Dok dalam tempurung pun tidak membawa faedah juga. 'Bebas' bermaksud bebas berfikir. Tapi biarlah lojik.

-tidakjumud

KadiaqPenang said...

Di Penang, ketua menteri nak hantaq orang tak mampu beli rumah mahal pi duduk di batu kawan. Elok laa duduk sebelah kilang radioaktif. Kat lynas depa hingaq. Kat sini depa tutup mata. Baguih laa, rakyat jugak selalu kena tipu.

Anonymous said...

Kadiaq Penang,

Kat Batu Kawan ada kilang radioaktif? Kilang apa tu? Siapa yang luluskan? Sejak bila operasi?

Awat kat Gebeng ngan Bukit Merah je yang gempak?

Fed Up

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Pasal apa kena tipu? Memang ramai yang kena tipu. Sebabnya tidak ada perasaan tanggungjawab. Bukan pada pemimpin sahaja tapi sama juga kepada rakyat. Kata P.Ramli "semuanya serba salah". Satu pihak menipu untuk mendapat keuntungan. Satu pihak lagi tertipu kerana tidak mau ambil tahu. Kalau rakyat buka mata luas-luas pasti sipenipu tak jadi menipu. Jangan hidung dibiarkan masuk habuk jagung nanti bersin tak berhenti-henti. Jangan sampai cacing naik kemata gatal tak berkesudahan. Jangan bersikap tak apa nanti siapa yang akan papa?
Memangpun bila hampir pilihanraya "macam-macam ada nampak"

-rugikalaumengeluh

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Sdr tidakjumud

Yg digelar jumud adalah org yg tidak mau menerima kebaikan malah mengalualukan kejahatan. Mereka menilai kebaikan dan keburukan berdasar hukum akal bukan berdasar hukum Allah.
Kesannya ialah ada masa dia buat baik dan dalam masa lain dia buat jahat. Agaknya itu yg sdr maksudkan ada jugak org BN yg baik.

Dari segi sistem nilai cara sdr berfikir tu sgt keliru. Kalau dia baik dia awal2 lagi tidak akan menyertai UmnoBn sebab Umno menerima atau membuang ajaran Islam ikut logik akal ahli dan pemimpin mereka saja....nafsu lah tu.

Nengenai contoh2 sdr fikirlah sendiri.

Din klang

Anonymous said...

Din Klang

Chandra muzaffar tu bukan mamak. Dia India yg masuk Islam. Nama dia dulu Chndrasekaran Pillai


ex usm

Anonymous said...

Aslkum Dakj

terima kasih pd ex usm. Patut le. Maka teringatlah saya org spt lawywr muhammad shafie abdullah.

asalkan islam melayu pun terus percaya

Din Klang

ali ahmad said...

salam dato',

saya terpanggil untuk cakap sedikit pasal 11, 12 & 13 yang dato' utarakan...nak tambah-tambah macam dato' minta, saya tidak tahu sebab saya tidak bercampur dengan orang-orang intelek seperti dato',....

pasal 11 - isu FVGH - pasal mau listing FELDA....kerana bapa saya peneroka FELDA...

tiada yang salah apa yang PM, TPM dan banyak lagi kata...FELDA tidak akan ambil seinci pun tanah PENEROKA....BETUL KENYATAAN INI..

TAPI, PENEROKA FELDA PERLU INGAT BAHAWA TERTULIS DENGAN JELAS DI DALAM GERAN TANAH FELDA IAITU SYARAT-SYARAT NYATA GERAN:-

1. TANAH INI TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK TANPA KEBENARAN MENTERI BESAR KERAJAAN NEGERI...

JADI, SEKEPING KERTAS YANG BAPA SAYA SIMPAN DALAM ALMARI APABILA DIA DAPAT GERAN TERSEBUT ITU, MILIK SIAPA?

MILIK KERAJAAN NEGERI/MILIK KERAJAAN PUSAT!

MAKA, BENAR LAH BAHAWA TIDAK SEINCI PUN TANAH BAPA SAYA TERAMBIL KERANA TANAH YANG DIA ANGGAP TANAHNYA ITU SEBENARNYA TANAH KERAJAAN......

saya bercakap kerana geran itu saya baca pertama kali bapa saya terimanya....TAPI, SEDIKIT PUN TIDAK SAYA BERITAHU BELIAU KERANA TERSANGAT SEDIH APABILA MEMBACANYA...bapa saya tidak pergi sekolah menengah pun...setakat darjah 3 sahaja.........apakah perasaan beliau jika saya maklumkan hal ini...segala penat jerih membating tulang dalam panas hujan setiap hari........

JADI PENEROKA FELDA TERIMA LAH HAKIKAT BAHAWA KEPUTUSAN MUTLAK KERAJAAN PEMERINTAH SEKARANG....FIKIRKAN LAH SEBAIKNYA......

pasal 12&13.....pasal anjing baka ROTWEILER.........saya menulis di UTUSAN...beberapa tahun dulu mengenai anjing dari jenis ini.....sudah banyak kejadian yang membawa kematian berlaku di negara Barat akibat serangan anjing jenis ini........di Pulau Pinang tahun 2011, seorang pelancong Ireland pergi dusun dikerjakan sampai mati oleh anjing jenis ini....tuan punya tidak kena hukuman apa-apa pun...."minta maaf" aja....

POLIS pun ada anjing jenis ini.....tanyalah pakar veterinar sifat-sifat anjing ini.....

HAIRAN KENAPA ANJING JENIS INI BOLEH DIBENARKAN MASUK KE MALAYSIA........sebab kita tidak ada masa untuk mengkaji.....sebab kita lebih seronok tengok fb dari mencari ilmiah dalam alam maya......

syukur kerana kanak-kanak itu masih selamat......

Anonymous said...

Salam DAKJ

Saudara DinKlang,

Ustaz Ravi? Melayu Islam boleh ikut?

-aduhai

Anonymous said...

apa takut!
kalipah lim omarabdulaziz guan eng bukankah contoh untuk ustaz nik aziz; mankala ustaz hadi pantai rhu itu sudah tahu dia tak popular.


operator spad

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).