Sunday, April 22, 2012

Kini Daun Pisang Palsu Pula

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]


KITA di Malaysia sangat bernasib baik. Alam sekitar kita kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan (flora) dan hidup-hidupan (fauna/dibunyikan fo na, bukan fau na). Maka kita menikmati pelbagai keaslian.

Malangnya, ramai orang kita masih sukakan sesuatu yang palsu atau tiruan. Kita ada banyak bunga segar, tapi ramai yang sukakan bunga plastik. Hatta ada pejabat menteri "dihiasi" bunga plastik. Sungguh menyakitkan mata dan hati.

Lama dulu saya dijemput tinggal di sebuah hotel yang menguar-uarkan kehijauan. Memang benar. Ia terletak dalam kawasan hutan semula jadi yang sangat cantik.

"Lo and behold" atau lebih kurang dalam bahasa Melayu lama, sekonyong-konyong, hiasan dalamannya penuh dengan bunga plastik. Apabila diminta memberi "rating" (penarafan), saya kutuk bunga palsu itu habis-habisan. Alhamdulillah, pengurusan hotel itu ambil peduli dan menggantikannya dengan bunga asli.

Yang terbaru adalah daun pisang plastik yang digunakan oleh restoran daun pisang India.

Sebelum Persatuan Pengguna Pulau Pinang mempertikaikan keselamatan menggunakan daun pisang plastik itu, saya telah pun memboikot dua buah restoran kegemaran saya di Petaling Jaya kerana menggunakan daun pisang plastik.

Ada dua sebab saya berbuat demikian. Pertama, saya kurang yakin keselamatan dari segi kesihatan menggunakan daun pisang plastik dan kedua, daun pisang plastik itu nampak cukup-cukup palsu. Makan yang asli dan sah lazat pun nampak dan rasa palsu apabila dihidangkan di atas daun pisang palsu.


Sekali saya pergi ke salah sebuah restoran itu dan minta makanan saya dihidangkan dalam pinggan. Mereka akur.

Itulah kita di Malaysia, macam-macam ada. Kadang-kadang kita cerdik dan inovatif tak kena tempat. Malu saya nak bawa pengunjung asing makan nasi daun pisang yang daun pisangnya palsu.

30 comments:

Anonymous said...

Salam Dakj

Saya rasa penggunaan daun pisang plastik di restoran daun pisang orang India kalau tidak tujuannya untuk menjimatkan kos adalah untuk mengurangkan selera makan para pelanggannya. Yang pasti pemilik restoran berkenaan adalah golongan kapitalis.

...SAJI

Anonymous said...

Macam-macam benda palsu dah ada dah kat Malaysia ni. Apa nak hairan sangat.

Melayu palsu pun ramai dah sekarang. Mamak pun macam Melayu plastik juga.




Tak berplastik.

Quantum Metal Consultant said...

Tak lama lagi, selepas PRU13, tak kira siapa menang, kita akan dapat kerajaan baru, ahli politik yang palsu.

doncin cai said...

... dalam soalan spm 2011 subjek sains gunaan keluo soalan yang lebih kurang macam ini.. " senaraikan 3 benda yang boleh menggantikan fungsi pinggan kaca..? anak buah tanya pandangan saya kerana ia telah memberikan jawapan, ia itu ... polisterin ,correl dan daun pisang..
saya kata correl tu jenama... polisterin boleh di terima.. daun pisang pula, SANGAT TEPAT
....malangnya sampai sekarang, saya tak tahu dia mendapat gred apa untuk sains gunaan setelah keputusan spm

Affifudin said...

Kadir.
Mana ada lagi daun pisang.Mereka sudah tidak tanam pisang.

Harga daun pisang lebeh mahal dari kertas.Nasi lemak dulu di bungkus dengan daun pisang.Sekarang dibungkus dengan kertas minyak.

Salah kita kerana tak ikut Nasehat Sanusi Junid.Menteri Pertanian Dari Keturunan Acheh yang geliga tapi orang Kedah kata dia gila bila dia suroh orang Kedah tanam padi atas bumbong.

Cakap tak serupa bikin

Lahuma said...

Dato.

Itu kisah makan di daun pisang pelastk.

Apa halnya dengan rakyat Malaysia kini yang tinggal di sebuah rumah yang berdinding plastik yang di pungut dari tong sampah.

Hidup mereka sehat je gumbira jarang makan ubat,anak ramai pula .

Apa bezanya makan didaun pisang plastik dengan suatu penghidupan di rumah berdinding plastik.

Adakah ini kreatif ,terpaksa atau suatu desakan demi untuk hidup.

Terima kasih.

awang batuburok said...

Salam sejahtera Dato,

Keindahan tempat saya juga telah dicemari dgn pokok nyior plastik yg dihiasi dgn lampu-lampu warna-warni mungkin untuk mengkayakan lagi pembekal-pembekal kroni perompak wang royalti minyak negeri Terengganu.

Pokok plastik tak memerlukan pekerja kelas marhain untuk menyiram dan membaja. Keuntungan untuk kroni akan lebih berlipat ganda.

awang batuburok said...

Salam sejahtera Dato,

Keindahan tempat saya juga telah dicemari dgn pokok nyior plastik yg dihiasi dgn lampu-lampu warna-warni mungkin untuk mengkayakan lagi pembekal-pembekal kroni perompak wang royalti minyak negeri Terengganu.

Pokok plastik tak memerlukan pekerja kelas marhain untuk menyiram dan membaja. Keuntungan untuk kroni akan lebih berlipat ganda.

Malik said...

Salam,

Bukan ke yang asyik berdemo di PP itu pun Melayu palsu....

Rupa pelik, nama pelik, perangai pelik... tapi mengaku melayu.

maae said...

Salam Datuk,

1.Kebijaksanaan kita menilai yang asli dan yang palsu.

2.Benda-benda palsu menjana untung besar kepada yang memperkenalkan dan menjual nya. Hakikat nya, pilihan kita memungkinkan tertipu dengan kepenggunaan nya. Jimat kos,kata nya. Hakikat nya menipu dengan jalan mudah.

3.Sudah ramai yang benci dengan yang asli.Leceh dan konon nya tidak lagi memberi manfaat yang selama ini pada hakikat nya sudah terlalu banyak nikmat kesenangan asli yang di perolehi. Hanya yang asli tahu menilai keaslian.

4.Secara ilmiah,kepalsuan itu atau benda palsu seindah syaitan yang memiliki nya demi menjadi musuh No 1 kepada kita dan Allah SWT.

ab said...

Salam dato,



Daun pisang palsu barangkali
tak `as lethal as' daun temakau...



Daun temakau ini adalah `the ultimate' racun pilihan manusia, terutama di negara sebelah timur... dianggarkan lebih 5 juta mati setahun dan lebih 1.2 bilon orang merokok sekarang.(cerut,paip, snuf,kunyah,songit tak masuk kira)



Masa columbus dapat hadiah daun temakau dari red indian di amerika
dulu, dia pi ` kelentong' kat eropah yang daun ini adalah ramuan ubat, dalam 200 tahun daun ni dikatakan bolih mengubati` 30-40 penyakit!..


Sampai daun temakau ni mahai betui,dan daun ini dijadikan duit...


Dah tu kerajaan amerika buat duit betui, ganti tanam tembakau dari kapas.



Masa perang saudara amerika,gomen pinjam banyak duit dari peranchis, depa bayaq hutang perang pakai duit juai temakau!..



Masa perang dunia 1 dan 2, semua askar diberi rokok/temakau percuma olih kilang temakau/ rokok, lepas perang yang hidup jagi pelanggan tetap, sebab dah ketagih.....



Dalam tu untuk pokok tumbuh lagi bagus,diguna baja apatite yang tinggi racun radium,polonium dan lead 210,semuanya radioaktif penyebab kanser.



Dalam tahun 70an satu `genetic engineering' di buat di USA dan strain pokok temakau terbaik ialah Y1, terbaik kerana tertinggi kandungan nicotin..terbaik untuk tambah `umph' perokok!.



Sampai la ni,kerajaan kerajaan sedunia `bersahabat karib' dengan
syarikat temakau,dua dua untung,yang mapuih adalah orang bukan kerajaan atau syarikat temakau, win win situation kata mat salleh...



Kalau diriwayatkan dengan betui,ini lah `sumbangan' terbaik red indian sehingga hari kiamat kut, depa tipu semua orang dari dulu,semua jenis orang sedunia, semua golongan dan semua ugama, islam sekali la tu!....semua masih `kata' temakau is good!.


TAPI sebab depa tu red indian,depa lupa nak `patent' penipuan depa.....



La ni syarikat temakau `patent' racun ni dan kerajaan setuju dan biaq rakyat diracun, dan dapat DUIT pulak tu lagi!...



Kepada mereka yang `bercita cita' nak jadi `kerajaan baru' pi baca,telaah dan guna `cara temakau ni' untuk `tundukan' gomen, tundukan rakyat,dapat duit dan semua happy!,(tolak tepi yang sakit berkaitan temakau dan yang mati la!..).



Abu Bakar Ab Rahman

ab said...

Salam dato,



Daun pisang palsu barangkali
tak `as lethal as' daun temakau...



Daun temakau ini adalah `the ultimate' racun pilihan manusia, terutama di negara sebelah timur... dianggarkan lebih 5 juta mati setahun dan lebih 1.2 bilon orang merokok sekarang.(cerut,paip, snuf,kunyah,songit tak masuk kira)



Masa columbus dapat hadiah daun temakau dari red indian di amerika
dulu, dia pi ` kelentong' kat eropah yang daun ini adalah ramuan ubat, dalam 200 tahun daun ni dikatakan bolih mengubati` 30-40 penyakit!..


Sampai daun temakau ni mahai betui,dan daun ini dijadikan duit...


Dah tu kerajaan amerika buat duit betui, ganti tanam tembakau dari kapas.



Masa perang saudara amerika,gomen pinjam banyak duit dari peranchis, depa bayaq hutang perang pakai duit juai temakau!..



Masa perang dunia 1 dan 2, semua askar diberi rokok/temakau percuma olih kilang temakau/ rokok, lepas perang yang hidup jagi pelanggan tetap, sebab dah ketagih.....



Dalam tu untuk pokok tumbuh lagi bagus,diguna baja apatite yang tinggi racun radium,polonium dan lead 210,semuanya radioaktif penyebab kanser.



Dalam tahun 70an satu `genetic engineering' di buat di USA dan strain pokok temakau terbaik ialah Y1, terbaik kerana tertinggi kandungan nicotin..terbaik untuk tambah `umph' perokok!.



Sampai la ni,kerajaan kerajaan sedunia `bersahabat karib' dengan
syarikat temakau,dua dua untung,yang mapuih adalah orang bukan kerajaan atau syarikat temakau, win win situation kata mat salleh...



Kalau diriwayatkan dengan betui,ini lah `sumbangan' terbaik red indian sehingga hari kiamat kut, depa tipu semua orang dari dulu,semua jenis orang sedunia, semua golongan dan semua ugama, islam sekali la tu!....semua masih `kata' temakau is good!.


TAPI sebab depa tu red indian,depa lupa nak `patent' penipuan depa.....



La ni syarikat temakau `patent' racun ni dan kerajaan setuju dan biaq rakyat diracun, dan dapat DUIT pulak tu lagi!...



Kepada mereka yang `bercita cita' nak jadi `kerajaan baru' pi baca,telaah dan guna `cara temakau ni' untuk `tundukan' gomen, tundukan rakyat,dapat duit dan semua happy!,(tolak tepi yang sakit berkaitan temakau dan yang mati la!..).



Abu Bakar Ab Rahman

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dato Kadir
Salam Hormat



MeLanun-Bahasa Di Lautan Hindi
(mv chidambaram jadi manga)

Malu saya nak bawa pengunjung asing makan nasi daun pisang yang daun pisangnya palsu

melayan kata membawa rasa
melanun-bahasa membawa perisa

malu saya nak bawa pengunjung asing makan nasi daun pisang halal yang cop halalnya palsu

melayan rasa menahan loya
menghalal cara membinatangkan budaya

m i c o m i c

12-February-1985
Fire aboard M.V. Chidambaram,
an Indian liner sailing from
Singapore to Madras,
killed 34 people


betul kah undi indian pergi ke bn,
Tan Sri Timbalan Presiden?



Sekian

abdullahngah said...

Tahniah kerana prihatin dengan barangan palsu.

Bukan itu saja malahan sangat prihatin menjaga kesihatan.

Kesihatan adalah segala galanya.

Kaya harta berbilion pun kalau tak sihat apa gunanya.

Asyik sakit wang yang banyak tiada sebarang manfaat.

Begitu realitinya.

Tapi yang paling malang sekali kita prihatin pada kesihatan kita.

Tapi malangnya antara kita yang mengaku islam tak jaga agama.

Bukan setakat itu saja,malah antara yang mengaku Islam tak kisah dan ambil mudah pasal akidah.

Apalah gunannya kita sihat kalau akidah rosak.

Di dunia fama ini hanya semantara saja yang kekal di akhirat nanti.

Akidahlah yang boleh jamin kita sama jadi penghuni syurga atau neraka.

Ingat.Jaga kesihatan jangan lupa dengan akidah kita.

amarneng said...

Salam DAKJ,

APA YANG berlaku sekarang sarat dengan kepalsuan, bukan sahaja daun malah banyak perkara yang terpaksa dipalsukan kerana nak cari yang orignal atau tulin memang sukar dan jarang-jarang....

Itulah yang tidak seharusnya kita terima yang Tok, makan pun dah kena dipalsukan..,telur pun ada yang palsu,makanan laut lagi banyak dah dipelastikan gambar sahaja ketam,udang dan ikan tapi kandungannya sudah ditambah dengan bahan-bahan lain termasuk tepong dan bahan pengental sebelum difrozenkan.

Begitu juga alam manusia...yang palsu selalunya nampak cantik dan menawan tapi hakikatnya sememangnya palsu...dah lah palsu liat pula...nak ditelan tak dapat tapi nak dibuang sayang....

Dunia hari ini Tok,susah nak cari yang asli,walaupun masih banyak adanya tapi nak ambil mudah..terpaksa pilih yang palsu...sekian Amarneng.

Anonymous said...

Tok, boleh boikot kedai makanan (Hindu) daun pisang palsu. kadai daun pisang selalunya milik orang India Hindu. Tapi jangan boikot kedai kopi dan kopitiam Tok takut miss gossip terbaru politik.

Kedai kopi dan kopitiam tempat subur dan kriatif untuk gossip dan cakap politik.

Tempat kita TIBAI (tolak insan bernama Anwar Ibrahim), AbU (anything but Umno), MCA (must control all), MIC (Malaysia India control), NAJIB (Najib akan jatuh (kerana) ikut bini) dan macam-macam lagi Tok.

Jangan marah-marah Tok, takut pressure naik. Releks la.

BenDol

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Cerita daun pisang palsu digunakan direstoran india ni ada persamaan dengan cerita Kadir Sheikh Fazir sedang aktif menghentam BN diatas pentas PAS.

Saya lihat dramanya dalam You Tube ,Kadir Sheikh Fazir dok hentam Kerajaan BN dengan bagitu bersemangat sekali dalam satu ceramah PAS di Baling beberapa hari yang lepas.

Tempat ceramah tersebut diadakan di Kupang yang letaknya tidak beberapa jauh dari pekan Tawar dalam dairah Baling dimana tersergam besarnya rumah yang dimiliki oleh keluarga Kadir Sheikh Fazir. Macam istana!.Bermakna keluarga ini sudah kaya raya.

Semua orang Baling tahu asal usul seorang bekas Menteri dari UMNO ini. Sekarang mengapa dia jadi macam daun pisang plastik di kedai daun pisang india?.

iklas,
Rahim

Hanezam said...

Salam Datuk,

Datuk jangan marah-marah sangat, nanti cepat tua.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Saya rasa jalan pemikiran En Rahim sangat keliru kerana tak dpt beza antara jalan kebaikan mengikut jln agama dgn jln maksiat mengikut hawa nafsu syaitan

Tan Sri Kadir tak pernah lambat berhijrah dari kegelapan Umno mungkin selepas dpt hidayah dari Allah. Kita sepatutnya mengalu2kan kes2 spt ini. Bukan memperli atau mengutuk. Apakah semua org termasuk sdr Rahim bersifat maksum?

Sama2lah kita berdoa agar lebih ramai panglima dan mantan panglima Umno insaf terhadap segala keterlanjuran yg lalu demi takut kpd perintah Allah dan seterusnya menyertai PR.

Din klang

ZorroRemasked said...

Sdr. A. Kadir Jasin,

Yang Sdr. maksudkan adalah kedai yang tak jauh daripada Bangunan EPF PJ?

Biasa ternampak Sdr. makan kat situ. Cuma saya dah lama tak ke situ kerana kesuntukan masa.

Sekian.
ZorroRemasked

Anonymous said...

OrangBaruLahir

.... sekadar menukar selera Dato' dengan izin...filem baru the DAY AFTER BN kalah PRU13 ....

Semalam saya mimpi PUTRAJAYA ada penghuni baru bukan dari lambang BN Dato ....

Ini hanya senario perubahan KUASA dari BN ke Kerajaan yang BARU

Senario [1]
FAIL RAHSIA KABINET mana yang perlu di hilangkan - apakah ianya 1 container atau 10 container

--- di INDONESIA apabila SOEHARTO jatuh dia melantik orang kepercayaannya in the INTERIM sebelum PEMILU - Pemilihan Umum diadakan

Senario [2]
BERAPA KAH pesawat pribadi akan bergegas meninggalkan negara untuk melarikan diri dan harta pribadi yang terkumpul secara haram, yang sudah pasti mengundang dan menempah tiket ke PENJARA

Senario [3]
APAKAH orang yang mengaku dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia akan mencipta sejarah sebagai bekas isteri Perdana Menteri pertama yang meringkuk dipenjara kerana terbukti bersalah membelanjakan wang negara tanpa hak

Senario [4]
KEMENTERIAN manakah yang akan mengalami kebakaran agar tidak akan tinggal sebarang bukti salah laku Menteri dan untuk menghilangkan pelbagai bangkai yang sudah tercium rakyat

Senario [5]
[Muga-muga tidak berlaku]
Strategi menimbulkan pergaduhan antara kaum, yang bunga-bunga sudah berkuntum dengan kejadian awal pembuangan KEPALA BABI ke Masjid yang masih tidak dapat disiasat dengan jaya oleh POLIS, dan pergaduhan antara kumpulan GANGSTER dari bangsa berbeda yang mencetus pergaduhan kaum

Senario [6]
Kemenangan tipis BN yang menyebabkan PERPINDAHAN ahli Parlimen dan DUN dari BN ke parti pembangkang yang distrategikan oleh DSAI, yang membolehkan pembangkang sekarang membentuk kerajaan.

Senario [7]
[Harap-harap tidak berlaku] Strategi pemberontakan oleh anggota keselamatan yang sebelum ini telah pun diskripkan dan dilakonkan yang merupakan pemberontakan bersenjata terhadap DYMM Sri PAduka Baginda

Senario [8]
[Harap-harap tidak berlaku] Startegi melarikan DYMM Sri Paduka Baginda atas sebab tiba-tiba baginda gering dan harus diterbangkan ke LUAR NEGARA dan menyebabkan CONSTITUTION VACUUM dan CONSTITITUTION CRISIS dalam masa peralihan.

Senario [9]
BN secara GENTLEMAN keluar dari PUTRAJAYA tanpa mencacatkan sistem pentadbiran dengan syarat mereka TIDAK AKAN melalui proses TINDAKAN UNDANG-UNDANG yang terlalu banyak tersendat di Pejabat Peguam Negara.


Salam hormat Dato' -

its a FIRST in our HISTORY, perubahan dari kerajaan sekarang ke parti pemerintah yang baru.....
The RICH can FLY, The POWERFUL can FLY .... as everybody now can FLY, yang tinggal kita-kita ini aje untuk menharungi pemerintahan baru

OrangBaruLahir

Anonymous said...

Daun pisang palsu masih boleh dimaafkan lagi, jangan nasi dan lauknya palsu walau guna daun pisang asli...





Nyonya meneer

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1 Sekalung tahniah dan syabas kpd sdr OrangBaruLahir kerana paparan yg sgt bermutu.

2. percayalah sdr sesungguhnya tidak bermimpi. Allah tidak pernah mungkir janji. Mereka yg zalim serta mempermainkan hukum Allah PASTI akan binasa. Pemimpin Umno tidak terkecuali walaupun mereka overconfident berdasarkan kekuatan aparat negara yg disalahguna dan gendang kosong media pro mereka.

3. Sultan2 bukan bodoh dan polis dan tentera juga bukan bodoh untuk diperguna dalam tempoh peralihan kuasa. Yg penting rakyat terutama org melayu mesti sedar bahawa masa depan mereka tak boleh lagi diserah pd pemimpin Umnobn yg telah Banyak kali terbukti tidak amanah hingga merompak harta negara sesuka hati tanpa henti.

4. Kalau Melayu bersatu dibelakang PAS dan PKR maka kerusi Umno sekarang akan jatuh pd Melayu PAS dan PKR yg selama ini paling tidak belum terpalit dgn segala macam durjana. Kalau negara lain sudah mencuba pemerintah baru kenapa tidak Malaysia.

5. Ingat semakin lama Umnobn berkuasa semakin syok sendirilah mereka dan berterusanlah kerja lama nereka iaitu merompak harta negara hingga papa kedana. Ketika itu kalaupun negara dapat kerajaan baru, peninglah kepala mereka nak membaiki negara yg ibarat nasi sudah menjadi bubur.

Waktu itu tinggallah penyokong2 mereka yg setia dan ngok turut menderita menanggung hutang negara kerana pemimpin mereka sudah lari ke Austrakia, England, Swisland dll

Din klang

Anonymous said...

Salam Hormat DAKJ,

Pilihan ramai banyak kepada plastik. Bukan sekadar daun pisang atau bunga, hidung pun berplastik. Mana seronok macam itu.
Bukan tidak cukup ilmu cuma disimpan dalam poket.

Nanti sampai masa orang Malaysia kurus kering terkena toksik bisphenol A (United States Food and Drug Administration). Bahan ini ada dalam plastik. Benar Datuk. Tersangat bahaya pada kanak-kanak yang berhingus lagi dan suka minum susu dengan botol plastik.

Orang cerdik pasti pilih cawan dibuat daripada China-Clay.

-anakmelayumalaysia

Lahuma said...

Dato.

Kisah disebalik daun pisang palsu.
Tajam sindirannya .

Palsu = Pelastik.

Ada kaitan dgn kita orang Melayu kot.

Melayu Bersatu Palsu .Maka pengikutnya pelastik.

Pak Lebai Melayu Palsu .Maka penyokongnya pelastik.

Ke Adilan Melayu Palsu.Maka pendokongnya pelastik.

Kesimpulannya Melayu berada dalam zon palsu dan pelastik.

Terima kasih.

Anonymous said...

OrangBaruLahir

... sekadar minum air seteguk .... dalam menghadapi muntahan peluru musuh yang tidak pernah habis .... dengan izin Dato' ...

Jelas seperti kata Dato' makan kari DAUN PISANG plastik tak sama dengan atas DAUN PISANG asli...

BILANGAN Rakyat Malaysia dalam sekelip mata dibawah PROGRAM 6P telah menambah penduduk MALAYSIA sebanyak 1juta orang dalam tahun 2011 .... ini dari statistik kerajaan sendiri apabila 1juta pengundi baru telah mendaftar dengan SPRM....

Ternyata Tun Mahathir pun tidak lebih handal dari anak Allah yarham Tun Husein, apabila Tun Mahathir mengalakkan rakyat Malaysia terutama orang Melayu mempunyai keluarga besar dengan mempunyai anak tidak kurang dari 7 orang.

Mengikut statistik yang terpampang di TV1 malam tadi, jumlah pengundi telah meningkat dengan begitu drastik melampaui 1juta orang dalam tahun 2011 sahaja... TANPA SPRM menjalankan apa-apa program yang boleh menyebabkan begitu ramai pengundi pergi mendaftar.

Ternyata dalam diam-diam Menteri DALAM NEGERI yang mempunyai tanggung jawab terhadap PEJABAT IMIGRESESN dan PEJABAT PENDAFTARAN telah bejaya menambah RAKYAT MALAYSIA dan PENGUNDI PENDAFTAR sesuai dengan NKRA "BN MESTI MENANG"

Yang paling menjolok mata jumlah pengundi NEGERI SELANGAOR dan kesemua NEGERI yang diperintah PEMBANGKANG menunjukkan penambahan yang begitu drastik.

Sudah PASTI lah dengan lakonan PM Najib seolah-olah telah berjaya mendapat sokongan kembali RAKYAT dengan PROGRAM BR1M, KLINIK 1 MALAYSIA, KEDAI IKAN 1 MALAYSIA - inilah yang telah menghasilkan penambahan JUMALH pengundi dan kemenangan LANDSLIDE yang di angan-angankan.

Dan ini ternyata disokong dengan peraturan SPRM dilapangan yang menghalang kehadiran agen parti membuka pos menyemak pendaftaran pengundi sebelum masuk pusat mengundi menjelang PRU13, UNTUK memastikan MAT BANGLA, MAT MYANMAR dan MINAH CINA ciptaan MENTERI DALAM NEGERI dapat masuk dengan selamat hanya dengan menunjukkan IC baru mereka.

Ini juga diskong dengan tersendatnya proses pengeluaran pengantian IC, kerana harus diberi keutamaan pengeluaran IC baru bagi MAT BANGLA.

Hai .... BN tak serik-serik menipu, sampai bila nak kekang RAKYAT ... Hosni MOBARAK yang disokong USA pun akhirnya jatuh juga .... ingat-ingat dah betul-betul INSAF, rupa-rupanya lagi TERUK.


OrangBaruLahir - sertailah DUDUK dan BANTAH untuk menyelamatkan negera ini, sebelum terlambat

Anonymous said...

Salam Dato,

Sebab umno baru itu pun macam plastik juga Dato.

Maaf saja nak usik..

Drp; Zuki Ahmad

Anonymous said...

Datuk,

1: Saya tak kerja setahun lebih, baru ni gi Sec 17 PJ makan nasi daun, tak selera pun dalam daun plastik.

2: Iklan Astro cikgu karate kertas anak murid minta chop surat dirujuk.Kenapa gitu skali tiada mahu terima adaptasi orang puteh di Malaysia, inglishmalaysia. Kenapa melayu boleh pakai tranformasi, inovasi, adaptasi,tapi nak pakai chop , mereka yang mentaliti tak secure, atau rasa nobeliti rasa terhina pakai chop. Orang US bagus...boleh terima had ate, spt rancangan iklan astro 706, the best thing i had ate

meru klang

Anonymous said...

....jam 6.34pm se orang bernama @orang baru lahir menulis... manakala @din klang tepat jam 8.50pm memberi respon terhadap ulasan @orang baru lahir SEDANGKAN tuan punya blog masih belum memaparkan tulisan @orang baru lahir 6.34pm...
hehehehe....

petia

Anonymous said...

Melayu tiruan ciptaan UMNO yg akan mendominasi dan mengenepikan Melayu Nusantara.
Najib (whose bro is proud to say that the Chinese came earlier than his forefathers) is not suitable to lead the Malays and the nation at this point in our history.
It is not the Malays that are not smart and capable but rather the manipulative actions of those Melayu tiruan that is slowly causing destruction from within.
I can't offer any solution but I can see that the Malays of Nusantara are in a real mess.

Mat Sabun

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).