Thursday, April 19, 2012

Pindaan Tidak Jamin Kebebasan Akan Mekar

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

MEDIA massa arus perdana (MAP) hari ini menguar-uarkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sebagai peristiwa besar.

The New Straits Times menyiarkannya sebagai berita utama dengan tajuk “media freedom boost” manakala The Star memberikan layanan yang serupa dengan tajuk “less Press-ing”.

Saya turut mengalu-alukannya dengan syarat penguatkuasaannya profesional dan telus, dan pengarang serta wartawan, terutamanya yang bekerja dengan MAP, memanfaatkan “kebebasan” yang dijanjikan itu.

Tetapi, sebagai wartawan yang bernasib baik bekerja dalam era semua Perdana Menteri, bermula dengan Tunku Abdul Rahman, saya berani berkata zaman Tun Dr Mahathir Mohamad adalah yang paling “unik”.

Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Dr Mahathir dan era beliau, termasuk mencengkam, kejam dan “draconian”, namun dalam era beliau jugalah (dengan izin) “some of the best journalism outputs and writers were produced.”

Dalam zaman beliau, hanya satu syarat diperlukan kalau kita mahu berbahas dengan pemerintah iaitu hujah kita kenalah kuat. Sebaik-baiknya lebih kuat daripada hujah Perdana Menteri atau setidak-tidaknya sama kuat. Tetapi pada penghujungnya kita kenalah akui bahawa (dengan izin) “he was the boss.”

Bagi pengarang, zaman Dr Mahathir mencabar tetapi memuaskan. Di muka akhbar atau di belakang tabir kita boleh berbahas dengan beliau. Yang jadi penentu hanyalah kita berani atau tidak.

Sepanjang saya menulis kolum mingguan Other Thots dalam New Sunday Times saya kerap mengkritik atau tidak bersetuju dengan beliau.

Beberapa kali beliau menjawab hujah saya secara langsung dalam sidang akhbar atau melalui surat kepada pengarang. Dalam pertemuan berjadual dengan beliau yang berlaku dua atau tiga bulan sekali, para pengarang boleh mengatakan apa saja kepada beliau. Hadnya hanyalah kesopanan dan keberanian kita.

Jadi saya agak hairan apabila ramai wartawan dan pengarang hari ini berkata mereka tidak bebas atau persekitaran mengongkong. Atau mereka menguar-uarkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sebagai jawapan kepada persekitaran yang kononnya mengongkong itu.

Pada hemat saya, bukan kongkongan, kurang kebebasan atau campur tangan luar yang menyekat pengarang dan wartawan daripada membuat laporan dan analisis secara saksama dan kritikal.

Yang sebenarnya menjadi penghalang adalah kurang keberanian dan kurang komitmen kepada profesion kewartawanan di kalangan pengamal media massa.

Terlalu ramai pengarang dan wartawan mensabotaj kebebasan profesionalisme mereka dengan menjadi terlalu akrab dengan kepemimpinan kerajaan, parti, perkhidmatan awam dan korporat.

Ada pengarang yang begitu intim dengan pemimpin politik dan (dengan izin) “politically correct” sehingga dianugerahkan gelaran datuk (dato’) oleh empat atau lima buat negeri.

Yang sebenarnya menjadi masalah ialah keengganan, ketidakberanian dan ketidakpedulian pengamal media menggunakan kebebasan profesionalisme yang ada pada mereka.

Jadi saya tidak melihat pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sebagai penawar atau jawapan mutakhir kepada (dengan izin) “professional malady” yang kini dideritai oleh sesetengah pengamal media, khasnya dalam MAP.

Sekalipun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dipinda atau dimansuhkan, kebebasan tidak akan kembang mekar kalau pengamal media cetek ilmu dan terus menunggu “wahyu” dari pihak-pihak tertentu. Wallahualam.

38 comments:

Anonymous said...

AKJ,

Bukan sahaja wartawan, malah menteri-menteri dan pegawai kerajaan atasan yang hendak memberi taklimat kepada Dr M perlu membuat persiapan secukup-cukupnya dan bersedia menberi jawapan kepada soalan-soalan beliau. Kalau tidak mereka akan hanya membuang masa beliau sahaja.

Jadi mereka yang sudah terkena (yang ambil mudah) mulalah membuat pelbagai tuduhan terhadap Dr M.

ZMS

Quantum Metal Consultant said...

Dato harus kembali menunjukkan 'keberanian' mengkritik kerajaan sekarang seperti era Dato berhujah di zaman paklah.

Hujah2 Dato lebih mudah diterima kerana lazimnya berdasarkan teguran, nasihat dan pandangan dalam keadaan masih sayangkan UMNO dan emosi yang berlapik.

Apakah Dato merasakan Najib telah menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik atau mengkagumkan dari era Paklah atau sekadar dua tapak ke depan dan selebihnya berpuluh tapak ke belakang.

Anonymous said...

Mungkin ada yang tidak menyetujuinya tetapi kenyataan Datuk amat kena sekali.
Tiada lagi keberanian dek kerana terlalu mahu menjaga hati...

wartawan lama

Lahuma said...

Dato,

Saya bukanlah orang media.Jadi saya tak berapa faham dengan pengertian kebebasan yang dihajati oleh orang media.

Agaknya demi terlanjur janji seiring dengan tranformasi maka berlaku pindaan macam Dato kata.

Banyak pindaan terpaksa dibuat kerana usia negera merdeka pun sudah 54 tahun.

Bila negara ditahap usia semakin tua maka pindaan pun terpaksa dibuat kerana desakan orang muda yang ada dalam sebuah negara tua.

Lumrah sifat baharu namanya.Mana ada yang kekal sempurna.

Lagi pun orang politik ini kehebatan mereka ialah menonjolkan apa sahaja berlainan antara dengan lain.Mesti ada kelainan.

Yang amat penting rakyat dapat faedah.
Kerajaan dapat nama dan menafaat .
Parti politik jadi gah dan glomour.
Pemimpin politik dapat elaun parlimen dan negeri serta gelaran YB.

Terima kasih.

doncin cai said...

@ tuantanah

nothing better than experiance

posting tuan, yang saya setuju 100%..
tahniah

doncin cai said...

att: @ ku seman ku hussin... saya berharap sangat sangat agar sdra melontarkan pandangan yang bersifat kritikal untuk tujuan yang positif terhadap kerajaan yang sedia ada di dalam utusan atau mingguan malaysia
sebab saya merasakan sdra ku seman adalah se orang yang mempunyai keberanian serta komitmen kepada profesion kewartawanan tambahan pula dari pandangan peribadi saya, beliau mungkin tidak rapat dengan kepimpinan kerajaan, parti, perkhidmatan awam dan korporat...

ab said...

Salam Dato,




Tajuk ini mengenai `the best in man and the first wonder of the universe' ..ia itu `aqal'.



Tulisan yang `berguna' ialah kandungan yang dibaca dapat dihayati pembaca dan cetuskan idea
baru lain lagi,cetuskan perubahan dan dapat menilai/ubah diri didalam masyarakat.


Contoh tulisan `berguna' Uncle Tom Cabin,olih Stowe HB di tahun 1850an, menerangkan kehidupan hamba abdi afrika diamerika secara terang dan dibaca `sedunia',dan jualannya adalah tertinggi didunia dalam kurun 19 dan 20,kedua selepas buku bible.


Frederick Douglass, seorang bekas hamba abdi meneruskan tulisan mengenai `slavery' di amerika, dan lain lain penulis... akhirnya `contributed to' pengharaman hamba abdi dll....


Jose Marti, menulis tentang penjajahan Cuba olih spanyol dan amerika dan menjadi `thinking template' Cuba yang merdeka beberapa tahun selepas dia mati...


Karl Max, melauli tulisan nya dapat memecahkan feudalism dan capitalism, walaupun tidak tahan lama....


Kat malaysia, Malay Delima,tulisan Tun Dr Mahathir sebenarnya adalah ` idea template' pemecah feudalism dan `mini-freedom within indepen-dence'...


Ranjau sepanjang jalan,olih shahnom ahmad dan pelbagai tulisan Usman Awang sebenarnya `memberanikan' melayu `to express themselves in the open'....



SO Dato, akta ni nak pi kot mana ni?.... kalau ada tulisan dengan `content' yang `pelik' atau tak masuk akai ikut `sukatan semasa', ada kah itu salah?



Macamana tulisan yang antisistem/ establishment..nak sukat macamana?.






Yang melingkup `journalism' ni ialah tulisan pemberita/penulis pemalas sebenarnya...malas nak verify `bahan',malas nak `verify source,malas nak semak,malas nak soai,malas nak pikiaq dan malas nak tulis...nak cepat dan nak tulisan `keluaq' kat `muka depan'!....


Gossiper and slandering writers
tu bukan pemberita,n bukan journalist, dan bukan penulis... macam petetion writer kakilima ada la gamaknya!.


Abu Bakar Ab Rahman

maae said...

Salam Datuk,

1.Saya setuju dengan pandangan Datuk.

2.Kita lihat sahaja perkembangan nya kelak kerana dalam keadaan akta berkuatkuasa, keberkesanan nya masih di sangsikan.

3.Jika serampang dua mata masih di amalkan,maka tidak mustahil wahyu yang Datuk katakan, secara professional nya wartawan masih lagi belum boleh bebas dan masih terkongkong. Jadi apa guna nya kebebasan media?

4.Apa guna jika masyarakat tidak dapat di didik, ahli-ahli politik, para koporat,berleluasa memainkan sentimen, manipulasi keadaan dan menyebar kabar angin sehingga boleh menggugat keselamatan Negara?

5.Dalam media baru siber,keadaan yang bebas juga tidak terkawal dan kebebasan ini berupaya mempengaruhi minda golongan generasi sezaman. Malah kemungkaran semakin meningkat

Maaf Datuk. Perbetulkan jika pengetahuan di atas tidak tepat)

Anonymous said...

Dato,

Mungkin Benar era dulu wartawan tidal berani. Setelah pindaan Akita ini mungkin hilang takut dan tahap kewartawanan akan meningkat daripada sekarang.

Orang Johor

samurai melayu said...

Salam kasih sayang
dakj
izinkan,

Teringat kami akan zaman iklan rokok Malboro suatu ketika dulu... 'Kuda2 liar jarang kelihatan lagi'..begitu lah gamak adanya pengarang dan wartawan yang berani dan komited dengan profesion kewartawanan massa kini.

Kebanyakan nya diibarat kuda tempang atau kuda tunggangan saja..

Tepat seperti Datuk sebutkan..'Yang masalah ialah keengganan, ketidakberanian dan ketidakpedulian pengamal media menggunakan kebebasan profesionalisme yang ada pada mereka.'

Terima kasih.
Ps. Teringat juga kepada koboi yg sedang merokok dihujung iklan tersebut..'9 out of 10' pengarang dan wartawan kenalan kami suatu ketika dahulu adalah perokok yang Ayahanda Tun M gelarkan ' orang pendek akal'... hehe

Kamal Sanusi said...

Salam Dato'

Semuanya akan berbalik kepada suatu faktor di dalam penentuan professional atau tidak seseorang wartawan tersebut atau mekarnya kebebasab tersebut iaitu jeng jengg jenggg..... "dollar & cent".

Aspek berani menulis dan memperkatakan sesuatu yg bertentangan dari apa yg hendak dikatakan oleh pak-pak menteri hanya akan mengundang kepada kesukaran memberi keluarga sesuap nasi.

Begitu juga dengan kakitangan KERAjaan umpama Polis yg terpaksa melaksanakan tugasan dengan tangan tergari.

Mahu tak mahu terpaksalah mengikut kata ketua yg mungkin telah "dinasihatkan" oleh seseorang yg lebih "atas". Begitulah seterusnya. Sedangkan undi kita pun mereka tahu pangkah siapa hingga kena blacklisted, inikan pula nak menongkah arus ketua sendiri...

Memandangkan masa depan negara 1Malaysia dilihat (baca betui-betui DILIHAT) semakin hari semakin mcm negara di tanah Arab, terpaksalah pentingkan diri sendiri & keluarga.

Akhirnya betul sangatlah Pindaan Tidak Jamin Kebebasan AKan Mekar kerana 1Malaysia ni gah dengan kenyataan retorik ajer....

besi said...

dato..
saya ada dengar tajuk ini dalam radio24 bernama... ahli panelnya bekas pengurus Besar bernama...
kesimpulanya...ini adalah langkah pertama...
apa pandangan dato?

abdullahngah said...

Berani kerana benar,
takut buat salah

berdiri biar betul
dan duduk biar kukuh.

sesungguhnya
Berani buat silap

dan tahniah

Anonymous said...

Aslkum Dakj


dari Din klang
1 kasihan pd rakyat. Dalah perdana menteri mereka mewarisi kerajaan banyak hutang selepas kekayaan negara telah dibelasah pentadbiran yg lepas2, Najib sendiri pun lebih teruk.

2. selama 3 tahun jadi PM, Najib sgt terror bab umum program itu dan ini....jangka pendek maklum impak nak besar tapi belanja nak kecil.

3 dah dekat PRU 13 baru nak sibuk batal ISA dan akta penerbitan? Biar betul. Akta zalim yg lain bagaimana? Najib memang pandai main tarik tali dgn rakyat.

Katakan pd Najib it is too little and too late

rakyat tolong jgn terpedaya lagi. Tak akan ada media bebas jika pemerintah sendiri penyamun tarbus Umnobn.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

org putih kata action speaks louder. Mulai sekarang saya nak perhatikan....adakah RTM, Bernama dan Utusan dan yg seangkatan dgnnya dah bebas dari cengkaman kerajaan kejam Umnobn atau cuma auta je.

rating oleh Din Klang....susah PM lain nak lawan Najib suami Rosmah dalam hal2 auta dan loyar buruk.

Din Klang

Abdullah said...

Malaysiakini/Malaysian Insider bebas ke? Harakah bebas ke? Roket bebas ke? Suara Keldaian bebas ke? The Edge tak pernah sekali pun kritik kerajaan P.Pinang yang berkali-kali buat blunder dan banyak projek runding-terus. Takkan nak sorok di belakang label 'media alternatif' lagi bila dah beroperasi macam 'media arus perdana'?

Anonymous said...

alba
sangat setuju dengan datuk,masa Tun M habis semua suratkhabar saya baca setiap hari samada nak baca cerita atau idea Tun M atau nak baca lidah pengarang atau artikel tp hari ini macam tak ada isi sahaja.

Lahuma said...

Dato.

Pesan orang tua-tua yang bijaksana dan bijak sini.

Kalau ya pun.

Sekadar dengar bunyi guruh dilangit jangan lah air dalam tempayan kita tuangkan.

Tunggu dan sabar lah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Saya berani kata sdr Abdullah ni bukan siswazah IPTA. Kalau IPTS pun dah bonus.

Sebab beliau tak tau pun jenis otak yg macam mana diperlukan untuk lulus ijazah bidang agama. Tolong jgn perlekeh org agama sebagai kampong dan tak tau tadbir negara.

Dah lebih 22 tahunNik Aziz jadi M B Kelantan tu tak cukup bukti ke.

Nabi dulu tak tamat sekolah Inggeris pun. Kenapa boleh tadbir negara..

Pasal nak beristeri lebih tu asal cukup syarat dan lebih takut pd Allah berbanding isteri sdr Abdullah pun boleh..Jangan kira PAS atau Umno.

Pasal tuduhan sdr pemimpin PAS kahwin isteri orang dan wanita Golok saya anggap sdr temberang dan berdosa kecuali sdr beri bukti kukuh. Paling tidak pun sudah ada cerita2 macam Shafie Afdal.

Din Klang

Rawa Lanunbahasa said...

Dato' Kadir
Salam Hormat

Mengenang Anna Politkovskaya
(one of the murdered journalists lah)

'investigative journalists' digeruni sekiranya tidak ditakuti
di seluruh dunia.

Bo Xilai: kenapa heywood dibunuh
di chongqing, prc?

Di Mexico? Peluru sesat
dari kiri dan kanan

News of the World scandal: US journalism shrugs
http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-14074049

Namun Anna Politkovskaya
adalah antara mereka yang dibunuh.


Sekian

Anonymous said...

Sdr Abdullah

"Malaysiakini/Malaysian Insider bebas ke? Harakah bebas ke? Roket bebas ke? Suara Keldaian bebas ke? "

Untuk jawapanaya (berdasarkan pengalaman saya)saya cadangkan sdr sendiri tulis artikal ilmiah mengkritik apa yang pentadbiran Kerajaan UMNObn buat tak betul kemudian hantar ke MAP -UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN dsb. untuk disiarkan. Kalau kesemua MAP tidak menyiarkannya saya cadangkan sdr hantar ke HARAKAH, MALAYSIAKINI, ROKET dan SUARA KEADIALAN.

...SAJI

Jebat said...

Premis 1 Jika Anwar tak meliwat, Anwar bersumpah laknat
Premis 2 Anwar tak bersumpah laknat
Kesimpulan Anwar meliwat
Premis 1 Jika Anwar tak meliwat, Anwar beri sampel DNA
Premis 2 Anwar tak beri sampel DNA
Kesimpulan Anwar meliwat
Premis 1 Jika bukan Anwar dalam video seks itu, Anwar saman Datuk Eskay
Premis 2 Anwar tak saman Datuk Eskay
Kesimpulan Anwar dalam video itu

Jebat said...

Premis 1 Jika Anwar tak meliwat, Anwar bersumpah laknat
Premis 2 Anwar tak bersumpah laknat
Kesimpulan Anwar meliwat
Premis 1 Jika Anwar tak meliwat, Anwar beri sampel DNA
Premis 2 Anwar tak beri sampel DNA
Kesimpulan Anwar meliwat
Premis 1 Jika bukan Anwar dalam video seks itu, Anwar saman Datuk Eskay
Premis 2 Anwar tak saman Datuk Eskay
Kesimpulan Anwar dalam video itu

Abdullah said...


Anonymous said...
Sdr Abdullah

"Malaysiakini/Malaysian Insider bebas ke? Harakah bebas ke? Roket bebas ke? Suara Keldaian bebas ke? "

Untuk jawapanaya (berdasarkan pengalaman saya)saya cadangkan sdr sendiri tulis artikal ilmiah mengkritik apa yang pentadbiran Kerajaan UMNObn buat tak betul kemudian hantar ke MAP -UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN dsb. untuk disiarkan. Kalau kesemua MAP tidak menyiarkannya saya cadangkan sdr hantar ke HARAKAH, MALAYSIAKINI, ROKET dan SUARA KEADIALAN.

...SAJI

10:42 PM


Haprakkah/Roket/Suara Keldaian ada tulis kritik pimpinan mereka? Jauh sekali. Setakat iklan ubat batin kasi penuh ruang dalam surat khabar, itu memang kepakaran Haprakkah.

Kamu kata kolumnis Utusan/NST/Star tak pernah kritik kerajaan? Memang kamu tak pernah baca surat khabar begini. Apa nak buat? hari-hari kerja ahlul syurga PAS ialah buat dosa dengar ceramah maki-hamun. Kemudian, dia akan sampaikan fitnah tu pada orang lain pulak. Dia tak akan baca sebelah satu lagi. Katanya fitnah belaka.

Tapi... kalau Haprakkah tulis, kalau kalifah Lim Guan Eng cakap, memang semua benar belaka.

Haprakkah/Roket/Keldaian biasa siar komen kritik tuan besarnya? Kamu ni mimpi ke, atau terlebih minum tuak ni?

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Kalau nak jadi jebat jadilah jebat yg berani. Bukan buang masa.

Kalau ada org tuduh Jebat liwat maka Jebat hanya perlu sumpah laknat nafi.


Buang kes tak perku perbicaraan.


Kalau ada org tuduh pengerusi SPR jadi penipu sebab putar belit nama dalam dartar pengundi kenapa Jebat tak suruh sumpah laknat.


Najib dan Rosmah lagi banyak terpalit dgn bermacam2 kes. Kenapa Jebat tak suruh mereka sumpah laknat?

Oleh kerana Jebat mempermainkan hukum Allah dan menghina insan bernama Anuar Ibrahim maka saya ibgin ingatkan bahawa azab Allah sgt pedih.

Din klang.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

60 IPTS dikuatiri gulung tikar kalau PTPTN dimansuh.

1. tak le banyak. Saya fikir sampai beribu2. Tak le bimbang sgt ramai simata sepet dan barua Umno mereka tiada pekerjaan.

2. Siapa pulak putar belit kata 60 IPTS tu akan bungkus!!!! Kan PR kata rakyat yg miskin akan masih dpt pendidikan percuma melalui IPTA dan IPTS.

3. Umnobn selalu takut IPTS kroni gulung tikar. Tapi Umnobn tak perihatin ke pd kesusahan beratus ribu ibu bapa dan graduan yg dipaksa menanggung hutang.

4. Bila ada pihak lain berani tampil kehadapan menjanjikan pemansuhan PTPTN dgn pelajaran U percuma maka Umnobn panik. Nasib baik mereka masih ada media putar belit dan ramai Melayu dan India yg tak faham2 atau tak mau faham sebab hati mereka sudah tertutup.

5 Besuk2 kalau PR janji mereka akan batal atau kaji semula perjanjian berat sebelah antara rakyat dgn IPP/Pemegang konsesi tol dan Syabas maka Umnobn akan kata kasihan takut toke sykt berkenaan akan bangkrap. Pada pandangan pemimpin Umnobn rakyat bangkrap tak pe asal jangan kroni yg bangkrap

6. pelajaran U percuma memang senang dilaksanakan dgn syarat kejadian pemberian subsidi berbillion rgt pd IPP/ Syabas/ toke tol dibatal. Hadiah spt Rm589 jt pd Tajuddin Ramli dan Rm250jt pd keluarga kak Izat juga diberhenti. Komisyen beli kapal selam sampai Rm540jt pd menteri juga ditamat..Dan yg terakhirketirisan berjumlah RM26b setahun yg sering diulang2 oleh Ketua Audit Negara segera dihapus.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Kalau tiada restoran Melayu saya lebih rela makan kat gerai Melayu kepunyaan Majlis Perbandaran atau daerah. Sorilah nak bagi bisnis kat mamak. Restoran India baunya pun dah nak.......Terfikir jugak, Melayu ni patutlah negara terjual, kat mana makan minum pun tak ambil kisah. Akibatnya restoran mamak dan India penuh, nak cari restoran Melayu pun susah.

2. Percayalah berapa ramai Melayu berkira pasal daun pisang tiruan tu. Yg lain asal ada org belanja, gap. Yg berada sikit dah tak kenal restoran Melayu. Maklumlah Melayukan pemurah. Mereka lebih kenal kopi tiam dan old town white coffe.

3. Saya doa suatu hari nanti kerajaan PR akan tutup restoran 24 jam sebab gaya hidup palsu dan keliru yg nereka bawa lebih banyak keburukan dari kebaikan

Din klang

kermitt said...

dulu dulu saya beli juga surat khabar, kini saya hanya baca di opis sahaja, utusan malaysia kini bukan lagi surat khabar umum.. ia surat khabar lidah rasmi umno dan barisan nasional.. semakin hari semakin teruk dan semakin membuatkan saya benci pada utusan dan akhir sekali utusan di opis pun saya tak baca.. lebih rela baca the star(opis saya langgan dua ni..).. sokkaba mca pun tak sejijik utusan..

kermitt said...

dulu dulu saya ni minat baca utusan.. sebab gaya bahasanya lebih umph dari berita harian.. namun kini utusan makin berat sebelah dan sudah lupa bahawasanya ia adalah akhbar umum.. bukannya akhbar lidah parti BN atau UMNO.. semakin hari semakin teruk dan jijik.. anwar..anwar..anwar.. seolah oleh negara ni hanya berligar pada seorang hamba Allah bernama anwar ibrahim saja.. kemudian saya boikot tak mau beli utusan.. tapi baca juga di opis.. tapi sekarang ni.. nak baca kat opis pun dah benci.. saya baca the star jer lah.. lebih kredibel dan bebas sikit.. utusan saya haramkan dari masuk rumah saya..

Anonymous said...

Sdr Abdullah

Jika sdr tidak keberatan boleh sdr senaraikan fitnah2 yang sdr dakwa hari-hari ahlul syurga PAS dengar daripada ceramah2 maki-hamun dan kemudian mereka sampaikan fitnah kepada orang lain?

...SAJI

Anonymous said...

Sdr Abdullah

Jika sdr tidak keberatan boleh sdr senaraikan fitnah2 yang sdr dakwa hari-hari ahlul syurga PAS dengar daripada ceramah2 maki-hamun dan kemudian mereka sampaikan fitnah kepada orang lain?

...SAJI

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Perbandingan yg sdr Abdullah buat antara Utusan/NST/the Star dgn Harakah/roket/keadilan tu tak tepat.

Sdr Abdullah sepatutnya banding dgn surat khabar resmi Umno iaitu MERDEKA barulah adil.

Dulu Dakj pernah tegur pembahas yg mengkamu2kan org lain.

Kalau sdr Abdullah berperangai sebaik nama beliau, tentu tak guna tuak pd sdr Saji.

Din klang

amarneng said...

Salam DAKJ,

Apakah nilai sebenar kebebasan itu akan memberi faedah kepada kita golongan penulis dan pengamal media...

Saya rasa sebahagian besar dikalangan kita yang berforum adalah tergolong itu.Saya juga menjadi wartawan sepenuh masa semasa era Tun Mahathir semenjak tahun 1985 hinggalah 1997.Pada masa itu memang cabaran untuk menilai dan menulis kenyataan Tun Mahathir perlu berhati-hati...saya anggap pada masa itu kebanyakan pengamal media dan wartawan agak takut dan gentar untuk kritik PM kita, tapi tidak semua, wartawan dan pengamal media bukannya takut dengan ISA dan Tun tapi yang menghalang keberanian dan ketegasan para wartawan ialah dasar media itu sendiri.

Amat jarang, para wartaawan melepaskan peluang untuk menulis dan mengkritik berita dan cerita yang panas dan sensasi. Saya tidak setuju jika golongan itu dilabel malas dan tidak berani, mereka terpaksa ikut dasar dan fokus pemilik media itu sendiri.

Pada hemat saya,kebebasan itu lebih bermakna jika kita memanfaatkanya dengan bijak dan penuh tanggungjawab bukan hangus dibakar emosi.

Tok,saya rasa era Najib akan membuka jendela baru untuk pengamal media dan taukey industri ini.Saya rasa ia positif...cuma beberapa akta berkaitan yang bertujuan melindungi hak privatsi akan lebih menjadi cabaran kepada para wartawan,penulis kerana kerugian dan kesan atau impak daripada tulisan itu lebih dinilai dengan nilai wang ringgit.

Golongan Wartawan dan penulis kebanayakannya bukan kaya kita cuma men jadi abdi kepada perjuangan yang tidak ada kesudahannya dalam berkarya bukan berjuang untuk bermaki hamun. Sekian Amarneng.

ku_seman said...

Datuk, saya sangat setuju kerana yang jadi masalah bukannya akta tetapi pengarang yang membiarkan dirinya diterajui oleh orang politik. Dalam kalangan wartawan disebut "wahyu". Kalau dikatakan "wahyu" jangan banyak soal, ikut sajalah. Itu realitinya.

Anonymous said...

Salam Hormat DAKJ,

Zaman era Tun M memang patut kita jadi sempurna dan mencabar sebab "he is the boss". Tapi kini kita sudah masuk dalam era lain, "lain padang lain belalang". Membuat kita tertanya-tanya "who is the boss". Nanti pasti ada yang menjawab "I am not sure".
Alahai...apa nak kata.

-anakmelayumalaysia

Anonymous said...

Sdr amameng

Pembaca dan pendengar media mahukan penulis yang menulis artikal mengkritik kerajaan khasnya menggunakan apa yang dipanggil dalam Islam sebagai berdasarkan mata hati. Bahkan para editor media pun begitu. Tetapi kebanyakan penulis artikal media kita seperti terikat menggunakan apa yang dipanggil dalam Islam sebagai pandangan berdasarkan mata atau logik akal atau kedua2nya.

...SAJI

Anonymous said...

daripada othman hashim,

saya tidak fikir pindaan itu ada kaitan untuk memberikan kebebasan media tetapi lebih kepada menjaga kedudukan media arus perdana daripada dihijack jika pr memerintah. sebab itu, pindaan lebih kepada mengubah kuasa mutlak menteri kepada tiada kuasa mutlak. ini bermakna jika pr memerintah, menteri tiada kuasa untuk tidak memberikan permit penerbitan. Datuk menyatakan seolah-olah kewartawanan sekarang agak lesu, saya mungkin boleh bersetuju dan tidak bersetuju. bersetuju kerana ramai ketua pengarang terlampau menjaga hati dan kedudukan diri. tidak bersetuju kerana ramai wartawan muda dan tidak muda yang ada banyak idea tetapi tidak dapat meluahkannya kerana byk sgt tapisan dan `wahyu', jadi lebih baik kerja ikut arahan saja. sistem kerja dunia kewartawanan di malaysia dari dulu sampai sekarang tidka berubah kerana terlalu berpegang kepada fahaman neo-feudalisme dan falsafah `boss is always right'.

Anonymous said...

Kampong Boy

Komen Dato' amat bermakna. Sskiranya kita mempunyai fakta fakta yg berasas sama sekali tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh nyatakan dengan cara terbuka. Tetapi kita harus ada sifat sifat ownership terhadap berita berita yang kita keluarkan. Bukan hanya untuk publisiti murahan yang kini menjadi jadi.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).