Tuesday, May 08, 2012

Malaysia Semakin Hari Semakin Kotor

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

SEORANG gadis Melayu yang menumpang di rumah saya berkata, Malaysia kotor. Saya kata, Malaysia lebih kotor sekarang daripada beberapa tahun lalu.

Antara puncanya adalah beberapa kerajaan negeri di perintah oleh pembangkang dan kerajaan pusat oleh Barisan Nasional dan sikap rakyat Malaysia yang semakin cabul.

Pokok pangkalnya duit, kecekapan pemerintah dan kakitangan awam serta sikap orang ramai. Semakin masa berlalu, kesemuanya semakin menurun.

Kabinet dan Exco kerajaan negeri – tak kira BN atau Pakatan Rakyat - cakap bukan main hebat. Janji itu dan ini. Tapi, macam ayam jantan yang nyaring berkukuh, ekor disalut tahi. Datuk-Datuk Bandar pun sama. Banyak cakap dan gila glamor. Tapi bila hujan lebat, berlaku banjir kilat sebab parit dan longkang tersumbat. Tutup longkang, tutuplah mata.

Sekarang saya tidak ambil kisah sangat dengan persekitaran yang penuh dengan sampah sarap, tikus berkeliaran di Damansara Uptown dan jalan berlopak di sana sini.

Saya pasrah dan, setakat terdaya, saya cari penyelesaian sendiri. Saya pasang perangkap tikus di rumah. Bila memandu, saya berhati-berhati kerana ada lubang kalau jatuh pecah tayar kereta dan silap-silap patah spring.

Mungkin saya akan jadikan masalah sampah sarap, tikus, anjing liar dan jalan berlopak sebagai salah satu perkara dalam manifesto pilihan raya saya.

Kalau parti politik boleh buat manifesto pilihan raya janji itu dan ini, pengundi pun boleh buat manifesto tuntut itu dan ini.

Dan kenapa gadis itu hairan dengan Malaysia yang kotor? Sebab pada usia lapan tahun dia dibawa oleh ibu bapanya menetap dan belajar di New Zealand di mana rakyat jelata dan pemerintahnya amat mengambil berat mengenai kebersihan dan disiplin.

Berbanding New Zealand kita kotor. Tapi kalau banding dengan India, Negeri Thai, Indonesia dan Burma, kita kira ok. Kita bolehlah kata kita antara negara terbersih di Asia.

Di Malaysia, kita cakap saja mengenai kebersihan. Yang Islam ambil wuduk lima kali sehari bersihkan diri, tapi ramai tidak peduli kebersihan persekitaran. Tandas sesetengah masjid, alahai malunya. Bangsa lain pula buka kilang tepi sungai atau tasik dan buang sisa industri ke dalamnya.

Mungkin tepat lirik lagu pelancongan “Malaysia truly Asia”, tapi dalam aspek yang negatif iaitu kita kotor macam kebanyakan negara Asia yang lain. Wallahualam.

76 comments:

iammi said...

Yang juga membimbangkan ialah budaya orang Melayu yang semakin kotor. Perbuatan mengaibkan orang melalui media massa dengan skandal seks, hina sesama keluarga untuk tatapan semua termasuk anak-anak muda. Yang menyedihkan ialah sikap pemimpin-pemimpin Melayu atasan yang memberi 'tacit approval' dengan tidak berbuat apa-apa. Apa guna mempertahankan bahasa tapi budaya dibiarkan semakin kotor kerana ingin kekal kuasa.

Anonymous said...

Dato'

Ahli Fizik terkemuka Albert Einstein dalam Teori Relativiti menyatakan setiap satu jisim mempunyai titk perbandingan (point of reference).

Sama hal juga dengan sebuah negara, kalau kita banding dengan Indonesia, India, Afrika. Kita OK.

Kita boleh terasa perbedaan terutamanya kalau kita ada kesempatan pergi ke luar negara. Bila detik sampai di negara, terasa seketika macam kita balik ke zaman lampau.

Orang Johor

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Assalamualaikom Pak Kadir,

Suka entri Pak Kadir......kita jadi kotor sebab minda kita kotor.....Minda pemimpin banyak dah kotor......nak minta izin ambil entri ini

Orang2 tua macam kita dah cukup bosan dengan keadaan sekarang.

Anonymous said...

OrangBaruLahir

Terima kasih Dato kerana menulis tentang kekotoran yang semakin hari semakin menjadi trade mark Kuala Lumpur dan hampir kesemua bandar besar di Malaysia.

1. ... Kuala Lumpur adalah contoh paling jelas mengenai bertapa KOTOR nya bandar di Malaysia ...

Dato dan para pembahasa, kalau berkesempatan lah berjalan kaki dan tidak mengunakan kenderaan untuk berjalan sekitar Kuala Lumpur sudah pasti dapat melihat bertapa kotor nya Kuala Lumpur ...

2. ... Saya hanya menyalahkan Dato Bandar Kuala Lumpur yang saya rasa tidak pernah menjejakkan kaki emas nya untuk menginjak jalan-jalan, kaki lima, taman-taman, atau sebarang pasar di Kuala Lumpur... ini kita dapat sahkan dari CALENDAR orang yang bernama Dato Bandar Kuala Lumpur...

3. ... Suasana dan situasi mungkin tidak begini 10 atau 15 tahun dahulu sewaktu penjagaan Dato Bandar yang dahulu ... cuba lah tanya berapa kali Dato Bandar ini ada turun tengok sendiri BANDAR RAYA dia.

4. ... Sekarang yang jelas, pehak penguatkuasa tidak lagi membuat sebarang tindakan penguatkuasaan KECUALI atas ARAHAN Menteri.

5. ... Saya pun tak berapa tahu APA sebenar kerja Dato Bandar Kuala Lumpur sekarang ni, satu PROGRAM pun tak pernah keluar di surat khabar atau di kaca TV. [Tidak susah buat pengesahan sekarang ni ... semua akhbar ada ARCHIVE]

6. ... Saya juga hanya menyalahkan Dato Bandar kerana THE BUCK STOPS at his table, kerana mengambil KONTRAKTOR yang mengaji pekerja ASING yang tidak pernah diLATIH tentang kebersihan DUNIA PERTAMA, ... kalau lah pekerja ini datang dari the BACK WATERS of Bangladesh, yang tidak ada tong sampah manalah dia tahu apa fungsi tong sampah.

7. ... Dato Bandar Kuala Lumpur pun tak pernah nak berusaha nak menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya terbersih, kerana dia tahu kalau nak bersih KONTRAKTOR akan mintak dan meletak harga yang tinggi, kerana terlalu banyak sangat KOS PENGURUSAN dan KOMISYEN.

8. ... Saya TAK NAMPAK SATU PUN penambahbaikkan yang dah dibuat oleh Dato Bandar yang ada sekarang ini .... ini mungkin muslihat UMNO nak menunjukkan walaupn PAKATAN menang 10 dar 11 kerusi Wilayah Persekutuan, tiada apa yang boleh mereka buat kerana Dato Bandar mempunyai DE FACTO power ....

Dia, saya kira tidak pernah berusaha untuk mengukir sejarah sebagai salah seorang Dato Bandar Kuala Lumpur - mungkin dia tak ada TRAINING untuk jadi Dato Bandar.

They say what you SOW is what you REAP, kalau ambil orang yang bukan ahli we can clearly see from the handy work...

9. ... Dato Bandar ini mungkin hanya akan terkenal sebagai Dato Bandar yang menghalang RAKYAT MALAYSIA yang ingin berkumpul di DATARAN MERDEKA - [INDEPENDENCE SQUARE] dalam siri kempen BERSIH 3.0



OrangBAruLahir .... ada keluarga yang paling BERSIH di Malaysia yang membelanjakan lebih dari RM30,000 duit rakyat untuk belanja duit air saja, yaini kelurga NAJIB&ROSMAH ...[wink..wink]

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',
'MALAYSIA KOTOR'. Saya setuju dengan pandangan Dato' mengenai isu ini. Saya melihat 'kekotoran' yang sedang melanda kaita hari ini dari beberapa sudut iaitu fisikal, minda, moral.
Tidak sukar untuk melihatnya dari sudut fisikal. Timbunan sampah sarap, jalan yang berlubang disana sini, longkang yang tersumbat sudah menjadi sebahagian lanskap baru dalam budaya hidup kita. Keadaan ini disusuli dengan budaya baru i.e setiap kali terbau bau busuk atau terlanggar lubang kita akan menyumpah seranah kerana sakit hati.
Dari sudut minda pula kita terjajah dengan persepsi dan diasuh untuk menuding jari kepada orang lain. Sedangkan pada masa sama kita sama-sama menjadi pemegang saham kepada kekotoran itu sendiri. Oleh kerana terbiasa dan tersogok dengan mainan persepsi, minda kita gagal untuk berfungsi dengan sewajarnya lalu tindakan kita menjadi tidak rational. Lebih jelik lagi kita gagal membezakan antara tuntutan agama dan tuntutan politik sehingga ada yang tergamak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk mencari glamor dan yang lebih jijik lagi menjadikan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk melampiaskan 'nasfu' tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima.
'Kekotoran fisikal dan minda' pula menular kepada kekotoran moral yang hari ini kelihatannya seperti 'perkara remeh'bagi sesetengah orang dan tidak perlu diberi perhatian. Mungkin hari2 mendatang 'kekotoran moral' ini akan menjadi budaya hidup kita, sebuah negara yang Islam adalah agama rasmi.
Maka tidak menghairan jika 'bersih' menjadi pilihan untuk menutup segala bentuk 'KEKOTORAN' yang sedang Malaysia hadapi sekarang.
Budak perempuan yang menumpang dirumah 'Dato' harus difahamkan mengapa 'MALAYSIA KOTOR'
Wallahua'lam.

MOHD TAIB KAMIN.

Anonymous said...

Dato,

No need to compare NZ. Just step down to 5km south JB and you will notice world difference too.

1. Enforcement officer who are mostly sleeping on their job

2. We import low value labors by million from those coming 'filty' countries. And they treat Msia like thier home.

3. Msians simply do not love Malaysia

4. Lack of self restraint, I attribute this to our education system

5. Nobody cares.

To curb this, easy, enforcement.
Penalise litter bugs, humilate them by asking those caught cleaning the street.

Another thing I notice, is constructions hoarding most of the time not properly done up. Again go to 5KM south of JB to see how they do it.

This is one of the indication,as part the quality of our living standard showing that we are actually moving backwards.

There are few other things that we are falling behind and regress. But lets not touch that, lets focus on 'bersih' this time.

Rgds
NY

Anonymous said...

OrangBaruLahir ...

.... Tajuk berita yang cukup menarik di UTUSAN Online keluar jam 2pagi 8Mei2012 ....QUOTE

Jemaah Menteri setuju tubuhkan suruhanjaya siasat PATI Sabah 2:00am
KOTA KINABALU 8 Mei - Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah pada 8 Februari tahun ini, kata Menteri di. end of QUOTE


..... tetapi jika Dato dan pembahas blog Dato ini cuba klik berita penuh tak keluar tapi di halakan "berita panas UTUSAN" tentang pengakuan Irene Fernandez tentang treatment pembantu rumah jika datang ke Malaysia ....

.... ha yaini betul-betul kotor Dato' .... yang saya nak cuba tanya kalau Jemaah Menteri boleh setuju siasat di SABAH kenapa tak buat di SELANGOR atau di kesemua NEGERI dibawah PAKATAN Rakyat yang UMNO nak kata dia MENANG Landslide victory ....


Pelik bin ajaib - UTUSAN - kalau tak ada UMNO la ni ... kesian juga pemberita-pemberita UTUSAN ni kalau terpaksa diberhentikan kerana tak ada yang nak BELI dan JEMPUT pemberita UTUSAN buat liputan ....


OrangBaruLahir ... maaf kerana mengotorkan BLOG Dato ... nanti lah saya berpindah ke BLOG-BLOG lain ...

Anonymous said...

OrangBaruLahir


.... RM1.69 billion untuk Peneroka FELDA - RM15,000 satu keluarga ayah RM5,000 emak RM5,000 dan anak generasi kedua RM5,000 ... durian runtuh dari PM kepada peneroka .... UTUSAN 8Mei2012

RM15,000 satu keluarga diunjurkan 5 tahun kehadapan sebelum PRU14 - spread over the next 5 years, before the next GE .... 15,000/5 = RM3,0000 setahun .... murah tu ... untuk beli hampir [jumlah peneroka] 112,635x3 UNDI untuk UMNO [assuming setiap keluarga ada 3 orang dalam satu keluarga - ayah / emak dan seorang anak ]....

Boleh sangat tu, murah sangat harga undi peneroka .... tak mahal RM15,000 dan FGV dalam 5 tahun lagi dengan mudah boleh buat lagi RM1.69billion - jadi 5 tahun lagi repeat sekali lagi BONUS menjelang PRU buat peneroka ....


dengan hanya 16% jumlah pengundi LUAR BANDAR = peneroka, UMNO terus relevan dan berkuasa .... mampus lah PAKATAN kerja kuat mana pun dengan BONUS TETAP pada peneroka ini jangan PAKATAN pernah berangan lah tawan peneroka FELDA .... itu pun kalau FGV boleh diuruskan dengan baik dan HARGA KELAPA SAWIT kekal.....

Bagus strategi beli KUNTA-KINTE di tanah rancangan FELDA ni .... murah sangat ....

Siapa le punya BRIGHT IDEA ni .... UMNO dapat UNDI tetap dari FELDA untuk kekal berkuasa ....

padan le PM Najib, bermati-matian nak mengapungkan FGV .... rupanya ada UDANG balik kebun....


.... ini kotor tak Dato .... duit peneroka untuk beli undi buat UMNO .... strategi LAUT BIRU betul, siapa pegang FGV pegang UMNO, siapa pegang UMNO pegang MALAYSIA ....

OrangBaruLahir .... touche ... tak kenyang makan hari ni...

Anonymous said...

OrangBaruLahir ....

.... UTUSAN dah padam news tentang Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk siasat PATI di SABAH .... tapi BERNAMA English masih ada ....

.. QUOTE ....BERNAMA

Goverment to setup RCI on illegal immigrant in Sabah.

Kota Kinabalu May 8 [BERNAMA]
The Cabinet has agreed to setup a Royal Commission of Inquiry [RCI] in an effort to find lasting solution to the illegal immigrant problem in Sabah.

Minister in the Prime Minister Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the process of preparing terms of reference of the RCI has started after the Cabinet made the decision on Feb 8.

... this was in respond to a question from Senator Datuk Paul Kong Sing CHu in the Dewan Negara yesterday ... end QUOTE


apa le UTUSAN ini kalau nak publish tu publish ajela, ini bila dah publish padam pulak .... nasib baik BERNAMA belum sempat padam.


macam tu la KOTORnya media arus perdana ... perkara yang benar pun disorok

Nampak gaya PM Najib, terpaksa berlutut menyembah rakyat SABAH ... selain menjadikan peneroka FELDA penyokong tegar UMNO, mengekalkan kuasa di SABAH yang bakal menjadi negara TERKAYA di Malaysia menjadi AGENDA pengekalan KUASA UMNO.

Nampak gaya UMNO harus membina KUBU yang tidak TERKALAH di Sabah ....


.....saya mungkin silap BESAR .... tapi kenapa penubuhan RCI hanya untuk SABAH dan tidak kesemua negeri yang sudah mempunyai masalah PATI yang dihalalkan UMNO ?



OrangBaruLahir

ab said...

Salam dato,




Satu tajuk yang sangat bagus,semua bangsa kat malaysia kena ni!...


Takat ni ramai ditakuti atau takut perang,perang saudara,radioaktif dsb..tapi tak takut sampah dan kotoq macam macam...


Kat Haiti, berpuloh ribu dak keok olih sakit ta'un,dan masih tak clear la ni...kat jepun ditahun 60an,ramai cacat otak makan ikan telan raksa..


Kat bangladesh ramai keok sakit cirit birit setiap masa,lebih lebih lagi bila bah...


SEMUA NI sebab orang tak takut sampah dan kekotoran...


Olih kerana ramai nak jadi `orang pekan', salah satu `infrastruktur' yang sentiasa tak cukup/tak cekap ialah hai hai `nak lempaq pi mana' sampah sarap dan benda benda kotoq...


BUAT LAW...every citizen owns his/her garbage. tok sah kata sampah sarap tu majlis perbandaran punya,kontraktor punya,jiran punya,kerajaan punya dll!.


Buat LAW, if you do not prepare your garbage properly,, tak dak orang mai nak kutip/pungut/angkut punya..


Buat LAW, maximum allowable garbage weight perhouse perday/per week etc..kalau lebih YOU pay for the extra sampah!...


YANG SAYA tak bolih faham sampai la ni ialah pasai apa sampah sering diletak di depan rumah? nak masuk rumah kena tenguk dan hidu sampah dulu kut ni...dulu dulu sampah sarap dikumpui dibelakang rumah,tapi lepas dah `maju' sikit ni,pi letak kat depan pulak, nak `tayang' kut,macam `tayang' kereta,perabut, baju baru,kasut baru,jam tangan,beg tangan dll.


AGAK saya la `malaysians love garbages!' sebab tu laa sampah mesti `menghiasi' merata rata dari dalam otak,dalam rumah,depan rumah, dalam longkang, ditaman, dilaman,dijalan dll...kalau tak dak sampah tak senang hidup,tak aman...



Agak saya kalau ada wabak penyakit
berkaitan sampah pun,orang malaysia
mesti tak takut punya!.



Abu Bakar Ab Rahman

abdullahngah said...

Bercakap pasal tandas masjid, memang suatu yang realistik sekali.

Oleh itu, kita kena ingat umat Islam terbahagi kepada 73 puak.

Cuma satu puak saja yang diterima keislamamnya, iaitu yang ikut ajaran Rasulullah SAW.

Bermakna 72 puak lagi tak diterima keislamannya.

Pasti mereka ini yang tak mahu
kebersihan.Lebih lebih lagi mereka ikut ajaran iblis.

halal haram tiada halangan.

Cuba kita bayangkan satu dari 73. Berapa ramai yang benar benar akut ajaran Rasulullah SAW.

Mereka dakwa mereka Islam, tetapi tak ikut Rasulullah SAW.

Yang paling pelik lagi mereka akui idola mereka Rasulullah, tetapi mempersneda sendakan hukum hakam Allah.

Hari ini kita lihat yang 72 puak ini ambik yang keruh buang yang jernih.

Mereka seru supaya buang yang keruh ambik yang jernih. Sebaliknya ambik yang keruh buang yang jernih.

Jadi macam mana negara jadi bersih, kerana sudah ambik yang keruh buang yang jernih.

Pilih pemimpin, pilih pemimpin dajal. Yang bersih ditolak bulat bulat.

Demikian juga parti pembangkang.

Anonymous said...

Salam Dakj

Di Negara New Zealand temapat Dato' belajar dan berlatih jadi wartawan tu adakah samapah sarapnya dikutip oleh syarikat swsata atau diswastakan seperti di Negara Malaysia kita?

Jika tidak seperti di UK yang saya tahu, adakah masalah kutipan sampah di negara kita ada kaitan dengan dasar penswastaan negara yang diperkenalkan oleh Tun DMM yang banyak keburukannya semakian hari semakin jelas?

...SAJI

Anonymous said...

OrangBaruLahir

... Malaysiakini 8Mei - Hishamuddin : No orders given for police violence during BERSIH....

Ternyata Menteri ini memang tidak berani menyatakan kebenaran ..... kalau NO ORDERS WERE GIVEN sedangkan dia berada di tempat tinggi dengan teropong untuk melihat kesemua perlakuan pehak POLIS dan sempat berTWEETER ....

KENAPA ..... dia tidak serta merta mengeluarkan perintah suapaya PEHAK POLIS berundur pada hari kejadian ...

KENAPA ..... keesaokan HARI atau pada MALAM yang sama dia sebagai MENTERI DALAM NEGERI tidak muncul di kaca TV untuk mententeramkan suasana dengan di iringi oleh KSU KDN, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengarah Ketenteraman Awam Bukit Aman untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan apa tindakan ytang akan dia buat untuk membebaskan kesemua mereka yang ditangkap

KENAPA .... dia selaku Menteri Dalam Negeri tidak menghentikan perbuatan pehak POLIS menangkap para wartawan dan merampas segala kamera dan pita rakaman pehak wartawan sedangkan media asing sudah membuat liputan secara LIVE tentang kezaliman pehak POLIS

KENAPA .... dia selaku Menteri Dalam Negeri tidak bertindak membetulkan tuduhan LIAR dari Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, bekas IGP yang membuat tuduahn melulu bahawa BERSIH adalah gerakan menjatuhkan kerajaan

KENAPA .... dia masih memburu 42 orang awam yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH dan LANGSUNG TIDAK membuat sebarang pengumuman untuk mengambil tindakan terhadap pehak POLIS yang bertindak LIAR terhadap orang awam.


KENAPA .... dia mengeluarkan ARAHAN kepada kesemua KETUA PENGARANG AKHBAR melarang pehak akhbar membuat sebarang liputan tentang keganasan pehak POLIS.

KENAPA .... dia tidak MEMANGGIL Ketua Polis Negara untuk memberi penjelasan kepada PARLIMEN tentang keganasan PEHAK POLIS diluar batasan POPO - SOP POLIS dalam menjaga kententeraman awam....


Tidak ada hukuman LAIN yang boleh dijatuhak terhadap MENTERI ini melainkan mengalahkan dia dalam PRU13 dan kemudian menubuhkan RCI untuk mencari siapa sebenar yang harus dipertanggungjawabkan diatas KEGANASAN YANG TERARAH dan DIARAH yang dilakukan oleh pehak POLIS.


We will see you in the hereafter to hear your LIES before ALLAH swt, there we will find true justice ....

OrangBaruLahir .... kekotoran seorang Meneteri UMNO

Anonymous said...

Salam Dato' dan semua sahabat,

Itulah masalahnya. Masyarakat tidak dididik menjaga kebersihan. Kita tidak semai cintakan kebersihan bermula dari anak kecil lagi. Padahal kebersihan sangat dititikberatkan dalam Islam.

Kita tengok sahaja di semua negeri. Yang canang Islam pun sama juga. Tetap kotor malah sesetengah tempat sangat menjijikkan. Sepatutnya makin kita dekat dengan Allah, makin kuat kita cintakan kebersihan.

Saya sendiri pernah terfikir. Alangkah elok kalau masjid di seluruh negara dijaga kebersihannya melalui syarikat yang tawarkan perkhidmatan membersih tandas secara tetap. Ini semua kerana seringkali saya berdepan (experienced) dengan masalah tandas masjid yang kotor. Mungkin dengan cara ini masalah masjid kotor dapat diselesaikan.

Lagi satu, saya sering membuat pengamatan terhadap hubungan tahap kebersihan dengan tahap disiplin individu. Individu yang pembersih majoritinya orang yang mempunyai disiplin yang tinggi. Individu yang pembersih juga selalunya terdiri dari orang-orang yang berjaya. Kalau dia jurutera yang bersih dia pasti jurutera yang berjaya. Kalau dia pekebun yang pembersih pasti kebunnya pun berjaya.

Tahap kebersihan juga berkait rapat dengan sikap kita. Mana yang pengotor akan bersikap ganas. Semacam sama dengan sikap peserta Bersih yang membuat kotor dan menjahanamkan banyak harta benda. Penganjur Bersih 3.0 hanya boleh dakwa (claimed) perhimpunan mereka berjaya sekiranya semua peserta berjaya tunjukkan akhlak yang bersih. Bersih dari caci maki wartawan. Bersih dari caci maki pihak polis. Bersih dari perbuatan membuang sampan merata tempat.

Pokoknya, peserta Bersih perlu bersihkan hati dan sikap terlebih dahulu sebelum mahu menunjukkan kepada awam (public) bahawa perhimpunan mereka aman dan bertamadun. Rusuhan dan sikap yang tidak bertamadun yang dibawa oleh peseta ini jelas menunjukkan Bersih gagal.

Kepada peserta Bersih: Anda semua KOTOR. Dan tidak layak memperjuangakn Bersih jika begitulah kesudahannya. Semai dahulu kecintaan terhadap kebersihan hati, diri dan persekitaran.

Wassalam.

KP

PAS Bkt Sentosa 2 said...

Salam Dato, nampaknya kali ini tak terjawab Dato pasal bersih hati, bersih fikiran bersih diri dengan bersih persekitaran

JohorMali said...

DAKJ
If there is anyone more qualified to talk about cleanliness of public toilet, then as an operator of Petrol Stations , I should claim as such.
Oil companies give much emphasis on the importance of the upkeep and cleanliness of the premise and surroundings especially the toilets for the sake of the public and to maintain the good image of the company.
But as always , just how much we put our effort into it, the mentalty of the Malaysians. (not all) really gets into my nerve. Soiled diapers were left on the floor, faucets being replaced only to be stolen the next day, sitting toilets should be sat on ,not stepped, excreting their faeces and urine all over the floor and other unthinkable actions that I don't think they would do it in their own house.
May I suggest that the Ministry of Education provide a syllabus on the good habits personal hygiene from Std 1 to the university level.
And for the Religious School, do not confine on beristinjak or jenis air, but please include the art of easing oneself in this modern world.

Tokman said...

Malaysia dah lama dah kotor kerana mindset kita masih dikelas tiga....kemudian kita ambil pekerja2 daripada negara2 yang kelas tiga jadi bagaimana nak meningkat kebersihan. Selalu saya cakap kepada kawan2 saya pekerja2 itu dah berpuas hati dengan kebersihan yang ada kerana dinegara2 mereka lebih kotor! Jika kita nak berubah maka pihak2 yang berkuasa seperti kontraktor2 dan majlis2 tempatan meningkatkan mindset mereka ketahap kelas satu dan jangan cepat berpuas hati dan yang mustahak singkirkan attitude 'tidak apa'!

Anonymous said...

Negeri ni kotok pasai dihuni Oleh orang2 macam Di ataih.

Sembang besak. Tuduh sana sini.

Negeri ni bole maju tapi slow. Semua orang pandai sembang tapi malaih kerja.

Compare china Dan India. Sama ramai sama kuat.

Tapi satu slow sangat pasai semua gebang lebeh, macam2 bole kata comment.....

Yang satu lagi no hik ka hok, smoothe sailing depa buat kerja....depa paling maju buat semua benda untuk satu dunia.

Semenjak dr mahathir tak jadi kapten kapai, haluan beterabok.....semua kuat gebang. Tambah2 yang baru beranak dia tak tau cara kerja zaman mahathir berbanding cara kerja Zaman laa ni. Sembang kuat.

Mohamad

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Sultan Selangor titah agar kerajaan PR Selangor jangan politikkan isu air.

Betul tu saya sokong 100% titah sultan. Tapi saya akan sokong dan tabik 110% jika Sultan jugak titah pd kerajaan pusat.

Nasib baikla PR Selangor menang besar 2008. Kalau tidak.......

Din klang

casper c said...

Haiya Pak Kadir, tak mengapa apa janji mulut parti-parti politik ASALKAN tak mencuri duit rakyat.

If I may, comparison to New Zealand probably not a fair one as the Kiwis exemplify clean living, and on the forefront of all things "organic", long before such a word was coined and turn into a fad ie for branding or marketing purposes.

Politicians are prone to promise the world, that results to 'sweet nothings' ultimately - a malaise here in M'sia and world over - but promise they will (here again, I won't hold them to their respective manifesto as long as they don't abuse their standing to STEAL).

Each passing year Auditor-General does a "stock take" of all expenditure but lo behold, discrepancies aplenty with concrete evidence of malfesance but till now, not a single case that results in prosecution arises but then again, what is a RM200 screw driver (and more) compared to the mega millions squandered by *Sharizat and Dr.Salleh.
*peruntukkan duit ratus juta ialah untuk jaga dan beri lembu makan - allocation was to operate a bloody feedlot (to fatten and bring to weigh the animal before slaughter) Pak Kadir but Sharizat and Dr.Salleh has more vested in real estate instead.

Pak Kadir, nama itu MENCURI tetapi PENCURI masih lagi berlagak macam biasa, bongkak dan sombong pulak tu !!!

Wahai pakcik, makcik dan kekawan, tidak ketinggalan seluruh Majlis Raja-raja Melayu yang berdaulat, ini kah negara Islam Malaysia yang mulia ?

Pada saya, ada banyak yang tak kena dan malangnya masa depan serta hala tuju seluruh kerakyatan (kini) ada pada tangan sekelompok "pendatang baru"(yg sah ada IC), kesemuanya dengan izin mengikut perintah Jabatan Pendaftaran.

And lastly Pak Kadir, what has me worried (to cause many a sleepness) - in the end game of sweet nothings as promised by current government especially, it is my Malay brothers whom I continue to worry most - not that I don't care for my own or others, just that I have faith majority of them will work through the odds (have been and are quite use to being discriminated upon).

My best Pak Kadir and regards to all readers.

Lahuma said...

Dato.

Alam sekitar dan persekitaran di Malysia yg kotor.

1.kesalahan orang ramai yang memang kaki serta tengan PENGOTOR.

2.kesalahan pihak PBT/Kerajaan yang abai tanggung jawab sebagai pihak berkuasa.

3.cukai diambil drp rakyat dan orang ramai tapi tindakan tak ada yang berkesan.

4.manusia pengotor ini ada dimana-mana.Semua lapisan rakyat ada.

5,yang naik kereta kecil ,kereta besar,naik motorsikal dan pejalan kaki.

7.penguatkusaan macam main-main tak seious.mungkin kerana tekanan politik takut hilang undi.Lebih-lebih lagi dekat dgn pilihanraya.

8.negeri Bn perintah dan Pakatan rakyat perintah serupa sahaja.

9.Begitulah cakap orang politik.Berdengu-dengu.Tetapi pegawai pelaksana ialah pegawai kerajaan.

10.Menteri/EXCO /Pegawai Atasan hanyalah bercakap dalam bilik sejuk.Pada hal nak jenguk keluar pun tak sempat.

11.Itulah di Malaysia Kotor dan Bersih boleh dijadikan bahan politik.Semua perhitungan adalah undi semata.

12.KPI politik ialah siapa yg hebat pandai mengorek kekotoran lawan.Politik pun kotor juga.

13.kalau tak dapat korek kotoran lawan ramailah tokoh tidur tak lena.

Itulah persepsi kotor namanya.

Terima kasih.

casper c said...

To all readers and especially posters who have kindly taken time to hammer out your thoughts - my hats off to all for sharing.

It is with deep apprehension (and concern) I view all our futures. As reported - cynically touched on by saudara OrangBaru Lahir - the number of illegals, now made legit, is a staggering number whose sole purpose is to throw their lot with current UMNO/BN government.

Widely reported (in indie media), how is it 50 people share one address ? Why a large number of constituents request for a change of address (tukar alamat) ? I personally know of a 20 something gentleman being paid RM$150 for such an undertaking - with the promise of another RM$150 on polling day (and more I suppose) !

This gentleman currently resides in KL but apparently requested a change of address to Kelantan and mind you, this happened almost 2 years ago - I give credit to sinister UMNO "associates" who have tirelessly "worked" the ground, way ahead of the opposition.

I suspect many an electoral roll has been contaminated with various phantoms - from different jurisdiction and let's not forget the added numbers from within the PATI congregation and like I said in my previous posting - our futures is now out of our hands and left to these "newly minted" M'sians to decide.

Again, my warmest regards to all who care.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Bonos Rm15000 kepada peneroka Felda setiap 5 tahun atau setiap kali PRU tu besar sangat ke?

Peneroka jangan tertipu sebab jumlah itu cuma bersamaan dgn tambahan RM250 sebulan. Kalau dicampur dgn elaun bulanan sebanyak Rm1500 yg Felda bayar sekarang, bererti pendapatan peneroka cuma RM1750 sebulan....masih dibawah garis kemiskinan.

Kawan2 peneroka yg Felda gelar sebagai penderhaka kerana tak mau diperbodoh Felda dgn menjual sendiri kelapa sawit mereka boleh mendapat tak kurang Rm5000 sebulan.

Ini bererti selama 60 bulan peneroka Felda telah dirompak sebabyak 60xRm3250 iaitu Rm195000.
Bayangkan kalau 30 tahun jumlah rompakan menjadi RM195000x6 iaitu Rm1170000 bagi setiap peneroka.

Bedebah mereka.......tak cukup lagi perompakan melalui kontrek berat sebelah, permit dll?


Nah sekarang salah ke kalau saya katakan Rm15000 tu cuma gimik PRU saja.

Oleh kerena 90% peneroka Felda org Melayu maka puaslah hati pemimpin Umno lihat Melayu miskin.

Patutlah gejala rempit dan dadah berleluasa di rancangan Felda.

Kepada peneroka, ambil jangan tak ambil.
Undi Umnobn jangan sekali.

Jumlah Rm1.69b tu adalah wang anda yg dikebas selama ini. Terutamanya bila memikirkan kemana perginya wang simpanan Fekda yg berjumlah Rm10b sejak beberapa tahun kebelakang.

Syukur pd Allah yg beri ilham pd hambsnya cipta internet. Kalau tidak rakyat Malaysia hanya kenal Utusan dan tv 1 & 3 je yg kotor lagi mengotorkan.

Din klang

Quantum Metal Consultant said...

Tempat rehat PLUS tidak sebersih dulu. Pekerja bangla sekarang pegang mop 24 jam tapi duduk bersandar di satu sudut.

Pegawai PLUS makan gaji buta

Pembayar tol kena tipu

cybertrooper said...

Dato

din kelang tukar nama jadi orang baru lahir.

kira mengotorkan blog dato saja.

Anonymous said...

Din klang,

Selangor menang pun bukannya rakyat Sgor yg miskin dapat air secara percuma. Yang miskin yakni yg tinggal di flat terpaksa tukar meter paip dgn kos RM1000.00. Ada yang terpaksa pinjam dan berhutang dgn saudara mara. Tidak percaya? Tanya yg tinggal di flat. Seharusnya yg miskin tinggal di flat dapat subsidi pemasangan meter air ini. Sepatutnya lah. Ini yang kaya dapat percuma, yang miskin pula terbeban.

pengundi sgor

kueh bakar said...

melaka bersih

kontraktornya mengamalkan 'cari sampah'. bukan angkat sampah semata-mata.

Anonymous said...

Assalam OrangBaruLahir,

Cara anda membuat perkiraan sebegitu membuatkan saya sebagai warga Felda menyampah. Serius saya cakap. Apa salahnya Kerajaan nak beri pada peneroka? Itu rezeki mereka. Jangan busuk hati dan berdengki dengan rezeki Allah SWT.

Apakah mereka tidak ada sumbangan ke atas kemajuan negara? Anda tahu tak kesusahan peneroka di tanah rancangan semasa awal penubuhan Felda? Jadi jangan rendah-rendahkan sumbangan warga peneroka & Felda. Eloklah Kerajaan nak beri. Ada baiknya Pembangkang tambah lagi RM20K pula sekarang ni.

Dengar khabar apa yang dicanang Penang dan Selangor mewah. Jadi apa salahnya hulur sikit kpd kami warga Felda? Ini beri tak mahu. Tapi orang lain beri, dia busuk hati. Mengapa tidak di pihak pembangkang pula membuat kira-kira matematik bagaimana mahu memberi pula pada warga tanah rancangan?

Cuba belajar dari sekolah Cina. Kerajaan bagi dia ambil. Pembangkang beri pun dia ambil. Penyudahnya sekolah Cina boleh dikatakan mewah dengan dana hingga dalam akaun sekolah Cina ada yang cecah jutaan ringgit. Tapi bangsa Melayu ini dah lah tak pandai jaga kebersihan. Hati pun kotor.

Belajar-belajarlah dari bangsa Cina. Mereka tidak ada dengki pada bangsa sendiri. Malah berlumba untuk memberi. Belah sana beri, belah sana beri. Dan yang senang belah mereka juga.

Anak Tanah Rancangan

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dato' A Kadir Jasin
Salam Hormat

BERSIH Di Madinah!
(pandai-pandailah jamil khir)

betul kata Mahaguru pendita
kemegahan enam jahanam mohon ditanya
bagaimana mahu bersih dari noda
maka arah lanunbahasa nakhodanya

mereka berdo'a di masjid nabi tercinta
mereka berdo'a bersih tanahair tercinta
maka siapakah kita mahu berkeras
sekiranya itulah hajat mereka

cara jamil khir urus cobaan
akan terpegun enam jahanam
senyum paguh raja saud korbankan
minda wawasan minda bersih

cekap dan amanah itu jamil khir
- siapakah penyokong bersih
cekap dan amanah antara kamu

manira kasihkan marinam
maka manira sokonglah
bung a samad said
dato paduka marina mahathir
wanita mca melaka lawa topi
senyum paguh shahrizat mengundur
kenapa ada 40558 pengundi hantu syak

was-was dzan qasad yakin jamil khir
tolong cerita kapada kekasih madinah
dari pengundi hantu syak terakhir
apakah itu bersih.cekap.amanah.2020

dari minda turun ke hati
segumpal darah kata bukhari wa muslim


Salam Hormat Majen Jamil Khir

Anonymous said...

Aslkum Dakj

kedai mamak dan bengkel kereta dgn bersahaja tanpa rasa bersalah buang kotoran dalam longkang.

penunggang motorsikal amal budaya kotor sebab tak mau berhenti depan lampu merah.

kerana dendam dan duit 3 datok tergamak buat video seks tanpa segan silu.....putar pulak kata mereka telah berbuat baik demi negara.

SPR tu kan badan bebas tanpa pengaruh politik.Kalau pengerusi hormat pd prinsip kebebasan SPR beliau paling tidak tunjuk hormat pd rakyat dgn keluar Umno sebelum pegang jawatan. Apa boleh buat bodaya kotor dan overconfident terlalu tebal hingga memalukan rakyat Malaysia di kaca mata dunia....maklum Malaysia boleh.

Kotor sekali sistem kehakiman jika insan bernama Anuar Ibrahim merengkok 6 tahun dalam penjara gara2 ada usaha nak melambatkan perkembangan politik beliau.

Kotor jugak bila majlis fatwa membuat fatwa terpilih2 membodek Umno, dalam masa sama diam seribu bahasa terhadap kekotoran pemimpin Umno. Apa boleh buat ulamak pun cari makan.

Kesimpulan umumnya tahniah kpd Umnobn kerana telah berjaya mengekirukan rakyat sejak kecil dgn budaya kotor yg songsang yg melalui media kawalan mereka memasakkan ke telinga rakyat sebagai benar.

Din klang

Anonymous said...

OrangBaruLahir

..... saya memang orang yang baru lahir,

... cubalah para pembahas blog Dato ini lihat beberapa video di YOUTUBE yang menceritakan sejarah lampau yang sangat mirip dengan situasi semasa ....

search di YOUTUBE

... "UMNO Bukalah Pejuang Kemerdekaan Sebenar Part1" ....dari 4 siri video ringkas tentang kesedaran kebangsaan rakyat yang mahukan pembebasan dari penjajah British ....

rupanya rakyat dah lama berdemonstrasi dan berkumpul secara bebas dalam zaman British lagi, sehingga mampu menjayakan HARTAL se MALAYA pada tanggal 20 Okt 1948 ...

... tapi dizaman ini kita nak dengar ceramah pun dihalangan dengan pelbagai peraturan POLIS Melayu,

... di zaman ini kita nak berarak untuk menyatakan sesuatu tidak KEADILAN pun disembur dengan pemdih mata dan di pukul dengan belantan ....

mudah-mudah semua ini dapat diterapkan dalam pembelajaran disekolah untuk membangkitkan kembali semangat kebangsaan TULEN terhadap tanah air ini ...

OrangBaruLahir .... mengenang Hartal 20 Okt 1948

A KADIR JASIN said...

1. Kalau generasi saya menghargai kebersihan - kebersihan diri dan alam sekeliling, ia bukanlah kebetulan atau semula jadi. Ia adalah hasil latihan yang terancang.

2. Di sekolah kita ada mata pelajaran kesihatan hingga tingkatan lima yang dikenali sebagai Health Science.

3. Jadual kegiatan kita termasuk mengambil giliran menyapu sampah, memnersihkan laman sekolah, menanam dan menjaga pokok bunga.

4. Membersihkan persekitaran sekolah turut dijadikan hukuman kepada sesuatu kesalahan.

5. Saya pernah dihukum 2 minggu membersihkan tandas am sekolah dan menyiram padang perbarisan yang berdebu.

6. Sekarang semua dikerjakan oleh pekerja upahan. Ada kanak-kanak yang penyapu pun tak kenal.

Wallahualam. Terima kasih

besi said...

dato..
kita mesti berusaha utk menjadi lebih baik...dalam isu kali ini,
bandar, taman perumahan dan kawasan rumah kita hendaklah sentiasa bersih.

ketua Taman, rukun tetangga, ketua blok apartment,kerajaan tempatan,kerajaan negeri, dan kerajaan pusat bersama2 utk menjadikan kawasan kita sentiasa bersih...rakyat kebanyakan(awam) hendaklah bersama2 menjaga kebersihan......

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dari artikel terdahulu, ada komen tentang komen saya.

Bolt kata jika saya tidak saksikan sendiri, jangan merepek.

Maaflah. Sebagai orang yang tak sekolah tinggi, itu sahaja yang dapat saya bayangkan untuk menjelaskan KENAPA seseorang yang BERSELUAR PENDEK, BERBAJU-T dan BERTOPI KELEDAR memandu kereta polis semasa berlakunya pertembungan antara polis dan pendemonstrator.

Jika Bolt ada penjelasan lain, silalah sumbangkan pendapat.

p/s seperti yang saya telah katakan, saya di KL atas urusan dan bukan BERSIH. Saya tak lihat kejadian itu sendiri tetapi saya juga tidak ada masalah menghadapi kesesakan lalu lintas.

Ada juga yang bertanyakan saya, apa yang tak normal bila bersarapan di Mid Valley?

I suppose you have a lot of your neighbours having brekfast around mid valley.

You and i, we must be from different universes.

p/s As a matter of fact, at what time do you normally "do" breakfast?

Fed Up

Anonymous said...

din klang. anwar yg merengkok dlm penjara sebab dia meliwat dan salah guna kuasa. itu mahkamah dah putuskan. jgn taksub anwar sampai apa yg mahkamah putuskan kau pun nak cabar.masa mahkamah yg sama lepaskan pertuduhan liwat terbaru pula kau cakap mahkamah adil sangat. tapi kami ok je. sesiapa sahaja pemimpin yg kena kita terima. tak ada masalah pun. pokok pangkalnya kena respeklah undang2. tentang video anwar main dia sendiri yg tak nak mengaku sebab kononnya tak ada bukti. bila kemukakan bukti lain pula dia spin. kau tak tanya mana perginya jam omega dia? bila wartawan tanya dalam rumah dia cakap ada tapi tak berani nak tunjuk. itu pn ada yg tak berapa cerdik fikir dia bersih. sbg org islam mudah sahaja. sumpah mubahalah. serah pada Allah maha kuasa. pengerusi spr tak salah kalau dia org bn pun. malah tak salah pn kalau dia org pkr. tapi betul ke dia org umno? ada blog yg dedah bukan dia. tapi org lain tapi nama sama. mcm mb selangor masih lagi ada namanya sbg ahli umno. tak nak suruh dia quit jawatan mb? jadi mcm mana tu?

Anonymous said...

Aslkum Dakj

sdr cybertrooper

Dakj tu orang terpelajar. Jadi blog beliau juga biarlah untuk yg terpelajar saja.

Tuduhan sdr Din klang dan Orangbarulahir kalaupun benar tiada beri tambah nilai apa2 pd tulisan sdr.

Bagaimanapun tahniah kepada Orangbarulahir kerana sumbangan yg berkualiti.

Orang lain sedang bahas isu2 praktikal yg menghambat kebajikan umat, sdr cybertrooper seriouslah sikit dgn beri pendapat tak kira pro kerajaan atau sebaliknya.

Din Klang

Anonymous said...

OrangBaruLahir ....

Wahai Anak Tanah Rancangan, mohon maaf jika seolah-olah saya menidakkan rezeki yang ALLAH berikan pada setiap mahluknya

.... untuk isu durian runtuh ... cakap pun salah tak cakap lagi saya berasa bersalah ....

Sebenarnya saya dah lama menulis tentang nasib peneroka FELDA generasi kedua, diatas kesedaran setelah generasi pertama menjadi HAMBA ABDI Felda selama berpuluh tahun, generasi kedua akan kehilangan hak apabila tidak ada cara yang tersusun untuk mengekalkan hak kepemilikan tanah setelah kematian peneroka generasi pertama

.... Saya sangat kasihan terhadap ORANG MELAYU majoriti menjadi peneroka di FELDA, di perlakuan pehak FELDA sebagai HAMBA ABDI dengan pelbagai cara mengakibatkan mereka terus berhutang dan terpaksa berhutang kepada FELDA walaupun dalam keadaan HARGA GETAH DAN KELAPA SAWIT adakalanya melambung naik ..

.... Saya sangat kasihan terhadap peneroka FELDA, walaupun FELDA menyimpan KEUNTUNGAN berbiliun RINGGIT mereka tidak dapat merasakan kesenangan yang seharusnya mereka kecapi ....

.... Satu masa dulu saya telah menulis tentang DINASTI Yusuf Nor yang memerintah FELDA, tanpa memeriksa perlakuan PEGAWAI-PEGAWAI FELDA membuat kezalimaan terhadap para peneroka dari segi penipuan harga jualan sawit/getah, dari hal pengurusan pembajaan yang tidak tepat dan pelbagai lagi perlakuan salah laku ...

Tulisan saya diatas adalah analisa saya sendiri mengharapkan para peneroka dapat memikirkan sendiri mereka LAYAK mendapat habuan tersebut tanpa PM Najib turun tangan membuat pengapungan FGV dengan melantik pengurusan FELDA dan KPF yang mempunyai kelayakan pengurusan dan BEBAS dari TEKANAN politik UMNO.

Sebagai CONTOH LIHAT lah apa yang BOUSTEAD HOLDINGS buat dengan sejumlah kecil LADANG yang mereka miliki, tahun ini sahaja mereka mampu membayar BONUS - 14 bulan GAJI kerana harga kelapa sawit berada diparas RM3200/ton.

... Kesian saya kepada anak-anak tanah rancangan diperbodohkan oleh pengurusan FELDA dan pemimpin politik yang ada pada masa ini, membodohkan peneroka semata-mata untuk mereka "MEMBELI UNDI" para peneroka dengan duit para peneroka sendiri.

Saya tidak mahu berbalah dengan Anak Tanah Rancangan .... tetapi there are much better ways of managing FELDA to provide better and consistent return to the settlers....

Tetapi kalau Anak Tanah Rancangan sudah sudi diperhamba dan di bodohkan apalah yang boleh saya buat ... semuga Anak Tanah Rancangan tidak menyesal dikemudian hari kerana melepaskan hak kepada gerombolan perompak siang hari, dari kalangan UMNO dan kuncu-kuncu mereka, teruskan jika saudara ingin menjadi HAMBA dibumi merdeka,

Kesian .... walaupun sudah lama dikatakan MERDEKA ....

OrangBaruLahir ..... saya terkenangkan aruah Tun Razak yang bertungkus lumus membangun anak bangsa - peneroka tu dulu TEBANG HUTAN tanpa mesin hanya dengan tulang belulang mereka ....

ps saya bukan Din Klang .... saya OrangBaruLahir

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Memang benar kata Dakj bahawa semakin lama Malaysia semakin kotor dan biar saya tambah semakin busuk.

Mentang2 polis tak nampak maka kira 100 pemuda Mic berdemo depan pej MB Selangor desak Selangor beri pendidikan percuma.

Inilah yg susah kalau yg tak sekolah atau yg loyar buruk jadi pemimpin Mic atau BN. Soal pelajaran samalah dgn soal pertahanan, kesihatan, kepolisan kan tgjawap kerajaam pusat.

Dah le gelap kotor pulak.Susah kalau perlembagaan Malaysia pun tak tau.

Din klang

Anonymous said...

Salam hormat DAKJ.

johormali

"May I suggest that the Ministry of Education provide a syllabus on the good habits personal hygiene from Std 1 to the university level".

Agaknya beliau terlepas pandang. Cuba pandang pandang,jangan tak pandang pandang..mana ada kanak-kanak sekolah rendah yang buat kotor?
Nyaya kena jentik telinga.
Pandang pandanglah siapa yang selalu buat kotor...

Jangan salahkan Ministry of Education.

-melakamali

Arerouge said...

Saya sgt sgt bersetuju dengan Posting ini....semua kita terlibat

maae said...

Salam Datuk,

1.Terimakasih atas paparan ini.

2.Yang kotor dan berulat ialah MINDA sebahagian kita jua ! Kini anjing pitbull dah tegar membunuh !

3.Realiti nya di biarkan, tidak mustahil anjing jenis lain juga ikut sama berkeliaran di sana sini membunuh orang awam lain pula!

4.Tempat sampah kesukaan anjing - anjing.Dah 'immune'. Anjing-anjing german shepherd dan rotweiler duduk dan jaga rumah mewah ! Yang lain jadi pettie...

5.Dapat kira nya Datuk bersihkan 'laman' kotor rumah Datuk ini moga kita boleh nikmati sekeliling nya sambil minum kopi dan makan goreng pisang panas.Kadang-kadang kita ingin sekali suasana lama dan baru di harmonikan. Takut, tiba-tiba anjing menyerang macam anjing gila sebab otak berkuman.

4. Sebahagian lain suka makan, paparkan dengan gah nikmat dan buat pisang goreng panas ikut selera....

A KADIR JASIN said...

Pembahas Din Klang (original dan tipu),

Mohon maaf saya tak siarkan komen anda. Tolong jangan emo dan putar belit fakta terlalu teruk.

Label "kerajaan haram Umno/BN" yang anda gunakan dalam komen itu tak tepat, emo dan melampau.

Tolonglah. Kalau nak terus berbahas biarlah berhemah.

Kita boleh sokong mana-mana parti dan kecam yang lain, tapi jangalah sampai cabul dan hilang budi pekerti.

Permohonan ini saya panjangkan kepada semua pembahas.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato,

Saya nak komen sedikit pasal tandas di masjid di KL.

Saya dah tinggal lama di KL.

Kadang-kala di kampung-kampung, masjid lebih terjaga, tandas bersih. Yang panas hati, di KL, ambil wuduk ada air tapi di tandas tak ada air. Ini yang saya agak mushkil di KL. Apakah tidak mampu bayar air? walhal di KL banyak orang memberikan derma banding dengan kampung.

Saya bukan mengatakan kesemuanya tetapi sebahagian masjid di KL. Tidak perlu disebut disini.

Sepatutnya, masjid, tempat kits beribadat sepatutnya bersih dan selesa. Tidak kena rasanya kalau keadaan tandas yang memalukan.

Orang Johor

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dato' A Kadir Jasin
Salam Hormat


Dahulu Dan Sekarang Lagi-lagi FELDA
(berapa jumlah asset felda sebenarnya)


Sdra OrangBaruLahir seolah kecewa dengan cara FELDA diurustadbir; namun OBL menyatakan dia telah lama mendalami pengetahuannya mengenai FELDA. Terima Kasih kita kerana prihati kemajuan FELDA.

Lanunbahasa saperti kita kerap dengar dan melihat bertapa benarnya 'cruelty destroys itself'.

OBL, benarkah asset terkumpul FELDA mencecah 40 billion ringgit?

Sebenarnya, apa yang berlaku dalam FELDA tuhan sahaja yang tahu. Semua PM dulu tak mahu tahu, dalam keadaan ekonomi mencabar ini - The Lost Decade - ada orang Pekan yang peduli dan dilantiknya si-mamat hensem toyol pelaku rasuah politik kepala.

Setuju, kerana walaupun kita lanunbahasa, lanun tetap kenal bau lanun caca marba. Ini mustahak kerana nak melanun kena tahu lubuk haruan.

Jadi lubuk mana OrangbaruLahir bermain?

FELDA o Felda
macam mana peneroka dan keluarga feelda akan rugi? untung kecil atau besar itu cemburu buta namanya.

Harap OBL sudi bagi line mana boleh mentelaah ilmu FELDA? Maaf, sebagus-bagus tulisan AK47 Sakmongkol pun tiada analisanya melainkan gajah seberang lautan.

Kalaulah kuman dapat dipertontonkan kepada umum dengan baik, wah! perlu sepuluh BERSIH pun kita sokong.


Sekian

awang batuburok said...

Salam sejahtera Dato' dan sdr-sdr pembahas,

Mafhum dari hadith Rasulullah SAW manusia akan mencapai kehidupan yang BERSIH bermula dari hati yang BERSIH.

Saya sangat setuju negara kita sekarang ini mengalami masaalah KOTOR yang kronik; bukan sahaja KOTOR dari segi fizikal malah lebih
KOTOR dari segi moral dan spiritual (dgn izin).
Mengumpul kekayaan dengan cara yg KOTOR (rasuah, menipu, soglap dll) telah menjadi lumrah dan tiada segan silu lagi, malahan sanggup bersumpah didepan Kaabah lagi (macam masyarakat jahiliyyah Quraish dizaman perjuangan Rasulullah SAW).

Kelucahn, fitnah, pembohongan sekarang ini menjadi sumber rezeki kapada sesetengah pihak untuk diberi makan anak-isteri sekeluarga. Kalau rezeki yang KOTOR sudah menjadi darah daging macamana hati mahu BERSIH dan menghayati perlunya persekitaran hidup yang BERSIH secara fizikal dan spiritual.

Pihak pemerintah perlu menanamkan budaya BERSIH dalam fikiran rakyat bukannya memomokkan dan menanamkan ketakutan kapada BERSIH......

Anonymous said...

Datok,

Berita Harian banyak lagi kotor. Sekarang perkataan lokasi diguna untuk tulis berita, tidak lagi bahasa Melayu, tempat.

Berita Harian patut tulis begini beritanya,Berita Harian manyis moreri dirti. Now wordi lokasi usei for writei newsi, no moreri languasi Malay, placeis.

Bila lagi nak guna semua ayat melayukan orang puteh. Datok tolong bagi tahu lembaga pengarang BH.

Sekian, terima kasih

Sri buana

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Di sekolah antara yg mula2 diajar adalah halal atau haram sesuatu perkara.

Umno pernah menumbangkan kerajaan Islan PAS di Kelantan dgn cara tipu...bukan haram ke tu.

Umno melalui SPR telah menang besar di Terengganu pd tahun 2004 dgn cara kotor....pengundi hantu, pindahan nama penyokong masuk dan penentang Umno sengaja dicampak ke pusat undi negeri lain, pengundi pos yg dipaksakan.....bukan haram ke tu.


Kes di Perak Umnobn kembali berkuasa setelah 3 Adun PR di culik dan diugut seterusnya berpaling tadah....bukan haram ke.

Terakhir 250000 org pendemo tak mungkin silap bila tektik tipu sama tahun 1999 dan 2004 mau di pakai Umnobn dlm PRU 13.....bukan haram ke tu.

Apa boleh buat ini blog Dakj. Saya cuma ambil kesempatan berbakti kerana Allah.

Din klang

Anonymous said...

Assalam Orang Baru Lahir,

Cara penulisan Sdr sangat meyakitkan hati warga Felda. Tohmahan Sdr kononnya warga Felda bodoh, senang diperbodohkan, hamba abdi dan sebagainya tidak boleh diterima.

Tohmahan BODOH membuatkan warga Felda sakit hati. Warga Felda bodoh ya? Tak apalah. OK. Mari saya cerita kisah saya. Kisah bagaimana pengorbanan arwah Abah sebelum dan selepas menyertai Felda terhadap keluarganya. (Al-Fatihah buat Abah tercinta. Abah sentiasa dalam ingatan kami adik-beradik).

Sebelum menyertai Felda, arwah Abah berkerja di bendang. Mengerjakan sawah orang. Mengambil upah. Abah tidak berharta. Emak pujuk Abah masuk ke tanah rancangan. Kami diterima masuk dengan sokongan dari Arwah Dato' Razak. Kehidupan arwah di Felda amat berbeza dari kehidupan di kampung. Walau pun terpaksa bersusah tapi kehidupan lebih baik dari kehidupan di kampung. (Itu yang dicatat di buku catatannya sebelum arwah meninggal dunia. Arwah banyak menulis tentang suasana awal penyertaan di Felda dan kehidupannya masa masa kini yakni sebelum menghembuskan nafas).

Hasil didikan guru-guru, Alhamdulillah semua anaknya berjaya masuk ke MRSM. Malahan 2 orang anak Abah berjaya sampai ke peringkat PhD di usia belum mencecah 30 tahun. Arwah Abah bukan BODOH, arwah Abah cakap dulu dia pun pintar juga. Sampai satu ketika pernah ditawar masuk ke Tanjong Malim. Tapi akikbat belenggu kemiskinan arwah Abah menolak tawaran. Arwah Abah terpaksa bekerja untuk sara adik-beradiknya. Arwah Atuk meninggal pada usia arwah Abah masih kecil. Ditembak komunis katanya.

Alhamdulillah. Semua anak Abah berjaya (dan tidak bodoh seperti ditohmah orang bandar kononnya warga Felda bodoh). Arwah Abah dalam catatannya sentiasa memuji usaha Felda dari awal hinggalah ke akhir hayatnya.

Itu sedikit kisah kejayaan warga Felda. Kisah saya yang diceritakan di sini kerana terpanggil dengan tohmahan, cacian yang dahsyat kepada warga Felda. Kami bodoh katanya. Tak apa lah, Allah Mahu Mengetahui.

p/s: Tidak pernahkah pembangkang muhasabah diri dan bertanya kenapa pembangkang tidak dapat menawan hati warga Felda? Bagi saya generasi kedua, jawapannya mudah. Sebab sikap bongkak meninggi diri orang yang konon mendakwa dirinya terpelajar.

Wallahualam. Yang buruk dari saya. Yang baik datangnya dari Allah SWT.

Assalamualaikum semua.

Anak Tanah Rancangan

Anonymous said...

Salam Din Klang, tumpang tanya. UNISEL di bawah Kerajaan Pusat ke? Sekadar bertanya.

Man

A KADIR JASIN said...

PERINGATAN dan mohon maaf

1. Makin ramai pembahas tidak memberikan nama, sama ada nama URL atau nama samaran.

2. Mungkin mereka pembahas baru. Saya alu-alukan.

3. Harap baca peringatah di kepada setiap tampalan. Komen "anonymous" tanpa nama, sama ada nama sebenar atau nama samaran, tidak akan dilayan.

4. Tolong berikan nama.

Terima kasih.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Pertanyaan sdr man saya jawab atas dasar berbaik sangka.

Pelajaran adalah tanggungjawab kerajaan pusat.

Unisel yg menjadi barah kepada kerajaan negeri adalah milik kerajaan Selangor yg dibina pd zaman kerajaan Umnobn yg bagi saya projek U ni boleh di anggap tiada beban batu digalas.

Oleh kerana urusan pelajaran adalah bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan pusat, kenapa pulak Khir Toyo menyibuk nak tubuh Unisel? Jawapan sebenar hanya Allah dan khir toyo saja yg tahu.

Tapi Din klang ada beberapa tiori yg saya yakin 99.9% betul.

1. Untuk menghalalkanpengeluaran termasuk perompakan wang rajyat Selangor maka yg berkenaan mestilah buat projek besar yg harganya dikembongkan mencecah ratusan malah billion rgt seperti buat U. Kalau buat sekolah agama, itu leceh, remeh dan lambat kaya.

2. Projek tu pulak mesti dapat restu pemimpin Umno pusat atas alasan boleh menaikkan nama Umno seluruhnya. Contohnya dgn meletakkan isteri pemimpin pusat sebagai Cancelor.

3. Takkan pemimpin pusat je nak jadi billionaire dgn projek mega. Maka komisyen dari projek besar spt Unisel saja boleh menjamin yg berkenaan menjadi sekaya menteri pusat tertentu.

4. Zaman Umnobn perintah Selangor, mentaliti waktu itu itu ialah apa nak susah2, kalau negeri tak cukup duit kita mintak atau pinjam wang kerajaan pusat. You scratch my back, I csratch your back.

Saya harap sdr man faham dan puas hati dgn jawapan ini.

Din klang

Anonymous said...

Aslkm Din Klang,

Tuduhan anda tidak diiringi bukti.

1. Terengganu jatuh ke tangan BN anda kata pengundi hantu punya angkara. Bila BN jatuh di Sgor tidak pula anda kata pengundi hantu punya angkara.

2. Perak kembali ke pangkuan BN bila mana 3 ADUN PR melompat anda kata haram. Bila pada mulanya ADUN BN YB Hamidah melompat ke kapal Pakatan anda kata itu HALAL. Membeli MP BN untuk tawan Putrajaya pun HALAL.

Jangan bersikap hipokrit. Saya tak bersetuju dengan lompat parti. Tapi itulah hakikat amalan demokrasi.

Man

Anonymous said...

OrangBaruLahir

.... mungkin saya harus kembali ke sekolah semula Dato' untuk mengenal semula apa yang BERSIH dan apa yang KOTOR .....

.... manusia itu mumaiz pada umor sekitar 5 - 7 tahun, sudah boleh faham taharah, dan sudah mampu membersihakn diri dari kotoran dan sudah mampu mengenal jenis-jenis najis ...


.... kepada Anak Tanah Rancangan, mungkin saya ini jauh lebih bebal dari apa yang saya fikirkan sendiri ... kerana tidak dapat memahami penulisan saudara yang jelas menulis bahawa orang FELDA itu tidak bodoh dan mempunyai ramai anak-anak yang sudah jauh dihadapan menguasai menara gading di negara ini ....

.... jika inilah yang saudara maksudkan saya bersetuju sangat kerana memang sudah ramai anak-anak peneroka yang sudah berjaya dalam pelbagai bidang ilmu ... fakta ini saya setuju .....

Yang saya berasa kasihan adik Anak Tanah Rancangan, adalah dari segi bagaimana para peneroka dimanipulasi dan diperbodohkan oleh FELDA dan UMNO, bagaikan para peneroka ini adalah LADANG UNDI buat UMNO datang menuai setiap 5 tahun sekali dangan "hanya diberi baja, setiap kali datang Pilihanraya".

1 .... Kalau adik adalah dari kalangan yang sudah berkelulusan tinggi maka bantulah dengan jiwa raga adik melepaskan para peneroka ini dari kancah kemisikinan dan kekurangan maklumat lengkap mengenai agensi yang bernama FELDA yang seharusnya menjaga dan memperbaiki taraf hidup para peneroka dan tidak membiarkan para peneroka terus melarat....

2. .... Buat KONVENSYEN dwi tahunan setiap 6 bulan untuk diberikan penjelasan oleh peringkat tertinggi pengurusan FELDA tentang pencapaian semasa, rancangan jangka pendeka dan rancangan jangka panjang FELDA untuk memperbaiki pencapaian FELDA.

3. .... Berkorban untuk mencelikkan para peneroka tentang kejayaan industri SAWIT dan GETAH Malaysia dan menjalankan gerak kerja LAWATAN kepada sistem perladangan yang lebih berjaya di luar negeri.

4. .... DAN HENTIKAN "penuaian" rasa cemburu diantara peneroka, dan diantara ketua blok yang kadang kala di pergunakan oleh pehak FELDA dan UMNO untuk mengadu domba diantara peneroka supaya saling terus cemburu dan berkhianat .... supaya peneroka terus dikekang dari MAJU dan terus menjadi ladang TUAIAN UNDI buat UMNO

5. ... lantik tenaga professional yang berwibawa untuk memantau pengurusan FELDA dalam setiap rancangan yang di rencanakan sehingga jaya .... yang diluar negeri sudah tidak terpantau ... kerana Jabatan Audit Negara tidak punya bidang kuasa memantau kerugian FELDA, TABUNG HAJI, MAYBANK, PETRONAS .... diluar negara

Maaf jika saya masih tersalah faham apa yang adik Anak Tanah Rancangan ingin menyuarakan ....

Kepada saudara Rawa Lanun-Bahasa, maaf juga, jika saya menyampok tulisan saudara mengenai lubuk mana ikan ini bermain.... saya mengakui bahasa penulisan saudara agak unik dan agak sukar saya juga saya hendak memahami maksud tulisan saudara ....

saya hanya Melayu diusia senja yang baru mengenal lakaran sejarah yang sudah mewarnakan 50 tahun KEMERDEKAAN TANAH MELAYU .... kemerdekaan yang dicapai melalui kemelut perjuangan menentang penjajah, meneliti juga kemerdekaan bangsa lain yang juga bekas tanah jajahan BRITISH dan cara mana pehak BRITISH mengekalkan penguasaan mereka dibekas tanah jajahan mereka baik di India, di Hong Kong, di Brunei, di Malaysia dan di merata negara di benua Afrika, yang BRITISH saling berbagi dengan negara penjajah yang lain ....

.... UMNO / MCA / MIC .... adalah institusi tinggalan penjajah yang corak cara memerintah mereka mirip dari pelbagai cara dengan cara penjajah BRITISH ... kemana kuah akan tumphah ...

saya menaruh harapan UMNO masih berjuang untuk orang MELAYU .... tetapi definisi UMNO terhadap bangsanya sendiri sudah berubah ... ORANG MELAYU hanya 3.4juta yang menjadi ahli UMNO ... itu pun ada kelas dan kasta yang tidak tertulis ... diluar dari UMNO, melayu hanya lah lubuk UNDI buat mereka .... yang menikmati kesenangan dibumi bertuah ini hanya pemimpin UMNO yang berkuasa

OrangBaruLahir

Anonymous said...

OrangBaruLahir


kepada saudara Rawa Lanun Bahasa

The latest financial status for FELDA with respect to the FGV listing, can be seen here at the Securities Comission Prospectus Exposure link ....


http://www.sc.com.my/eng/html/Prospectus/pdf/felda/8_financialInfo.pdf

enjoy .....

OrangBaruLahir

Anonymous said...

Dear Dato,

Lets do a small survey on your posted comments. How many really care about the cleaniness of our cities.

I think most do not really care heck about it.

How many derail on your topic and post topic that has little relevance.

Dato, I suggest you start doing some 'bersih' by not posting comments that do not relate to your blog post?

Unfortunately this is the level/standard of our debaters here.

Seen alot of them on TV too, politicians. It is hard to stick to the same topic huh. Intentionally or not intentionally.


Rgs
NY

Anonymous said...

Raju, selayang.


Bercakap pasal kebersihan, saya amat marah dengan sikap pekerja-pekerja nepal kat pasar borong selayang. Habis jalanraya kat sana kotor kerana ludah sana sini lepas makan sirih.

Anonymous said...

OrangBaruLahir

... adik Anak Tanah Rancangan

......... ini satu contoh bagaimana FELDA mengekang semangat mandiri para peneroka ..... buat renungan adik dan Anak-Anak Tanah Rancangan yang lain [bukak URL ini di YOUTUBE ... penindasan terhadap peneroka PALONG 9,10,11 oleh FELDA

http://www.malaysiakini.tv/video/23912/peneroka-palong-felda-tindas-peneroka-berdikari-.html


adik, sebagai gerakan pembaharauan menambah baik pengurusan FELDA

1. .... cubalah adik kumpulkan anak FELDA untuk meminta, jika tidak mendesak, Pengurusan FELDA memberi butiran setiap kes / keluhan / rintihan / permintaan para peneroka yang masih belum atau tidak ditangani atau dengan sengaja diabaikan oleh pengurusan FELDA

2. .... cubalah adik kumpulkan berapa jumlah KES di mahkamah yang tidak diselesaikan secara global oleh FELDA kepada semua peneroka ...

Saya berpendirian perbuatan UMNO di zaman PM Najib untuk mengapungkan FGV tidak jauh beza dari perbuatan UMNO mengizinkan SIME DARBY mengambilaih Institut Jantung Negara [IJN] pada zaman PM Pak Lah, alhamdullilah berkat dari kesedaran RAKYAT yang terasa tertindas kerana kerajaan berhasrat mengswastakan IJN yang telah banyak membantu Rakyat Miskin, IJN tidak jadi diambilalih oleh SIME DARBY dibawah tadbir Pengerusi nya Tun Musa Hitam .


.... muga-muga pengapungan FP secara back door melalui FGV, juga tidak menjadi kenyataan kerana inilah satu-satu KEKAYAAN orang MELAYU yang dibangunkan oleh allahyarham Tun Razak untuk memberi mereka yang tidak bertanah pada tahun 1960 tanah mereka sendiri, saya berasa pengapungan FP melalui FGV adalah cara UMNO menghilangkan aset FELDA sebagaimana PM Najib telah melenyapkan BANK BUMIPUTRA yang diambilalih oleh adiknya menjadi CIMB .... hilanglah kesemua HUTANG LAPUK tidak berbayar di BUMIPUTRA COMMERCE pemimpin UMNO dengan sekelip mata .....


OrangBaruLahir .... apa tidak cukup lagi kekayaan orang Melayu dihamburkan oleh UMNO kepada sifat tamak haloba pemimpin UMNO ?

Anonymous said...

OrangBaruLahir


Kepada Anak Tanah Rancangan .....

ini lagi keluhan peneroka untuk tatapan dan renungan saudara tentang cara pengurusan FELDA terhadap peneroka Melayu .....


www.malaysiakini.tv/video/23607/felda-kepis-old-trees-cut-but-no-new-trees-for-planting.html


saya cukup insaf tentang keluhan mereka ..... mungkin saudara tidak mengalami nasib seperti mereka


OrangBaruLahir

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Sdr man....sudah terang lagi bersuluh. Tak mau seribu dalih. Bodoh tak dpt diajar. Sayang yg pandai pulak tak dpt hidayah. Akhirnya bersekongkol dgn Unno mencari2 ruang menghalalkan yg haram. Oleh kerana Umno menipulah maka mereka tak mungkin setuju dgn 8 tuntutan bersih. Dan saya cabar berani ke mereka benarkan pemerhati luar negara pantau PRU kita. Kalau tidak, tak usah beri macam2 alasan. Sah adlah perkara yg nak disorok.

2. Dah tipu pun Umnobn tetap kalah Selangor, PPinang, Perak, Kelantan, Kedah dan WP KL.Kalau Umnobn tak tipu dah lama hilang kuasa kerajaan pusat.

3. Sebab itulah kali ni kena tipu lebih lagi termasuk beri kerakyatan pd 1.3 juta rakyat asing. Tiba2 rakyat Sultan2 danAgong kita bertambah mendadak

Sdr man tak perlu loyar buruk nak bukti sebab dah terang lagi bersuluh.

Selagi ada org pentibgkan diri sendiri saja maka lantak apa nak jadi pd org lain....macam perangai Anak Tanah Rancangan yg bangga tentang kejayaan akademik adik beradik beliau. Adakah itu mencerminkan kejayaan anak Felda lain?Setelah berjaya adakah beliau punya perancangan ubtuk bantu masyarakat peneroka yg lain? Atau adakah generasi ke 3 iaitu anak beliau akan sama makmur? .....sama2lah kita lihat. Ambil kertas dan pen dan buatlah sedikit kira....adakah Felda sekarang sama dgn Felda zaman Tun Razak?

Din Klang

Rawo Lanun-Bahaso said...

Dato' A Kadir Jasin
Salam Hormat

Siapa Mister Nissan-san
(cerita peubatan lintah modern jepun)

Nota:

http://www.sc.com.my/eng/html/Prospectus/pdf/felda/8_financialInfo.pdf

untuk menikmati */felda/8_financialInfo.pdf kena jumpa isa samad lagi senang.

cuma nak tengok liabilities, bukan faham pun.

macamana naik produktiviti bersamaan pengeluaran IOI? atau Sime?

Dalam bab tanah, 'non peneroka punya tanah itu hak FELDA subject to State Government say so' - ada betul, OBL?

Dah lah rumit ditambah sulit.
Semacam MAS-Airasia - daun pisang palsu.

Apapun terimakasihlah bila terima nanti SEMUA peneroka dan keluarga 'durian runtuh' dan 'durian gugur'.

Baba Tanah kenalah jaga Sultan dan Raja-raja Melayu. Betulkah tidak, OBL?

Melaka ada FELDA? Apapun Ali Rustam senyum kalau-kalaulah dapat cium pinky Rosmah Mansor. (markting agen dia, tresury nazir)


Sekian

Anonymous said...

Rao Lanun Bahaso dipetik berkata, sebahagian,

"untung kecil atau besar itu cemburu buta namanya"

Cara mudah, saya nak tanya, berapa ramaikah peneroka atau anak peneroka atau cucu peneroka yang sudah bebas hutangnya daripada FELDA?

Adakah pendapatan dari penswastaan itu dapat melupuskan hutang mereka kepada FELDA?

Adakah impian Tun Razak mendirikan FELDA termasuk menerima hakikat yang peneroka masih menanggung hutang dengan FELDA walaupun pada generasi ke 3?

Tidak waraskah mereka yang menyaman FELDA kerana mengurang sukat dalam timbangan?

Atau tidak adilkah mahkamah yang meletak salah kepada FELDA yang mengurang sukat dalam timbangan?

Seterusnya, melalui pegangan 20% saham, apa kaedahnya untuk memilih wakil suara peneroka, anak peneroka dan kakitangan FELDA itu bagi dilantik sebagai pemantau di dalam FGV?

Akhir sekali, adakah akan menjadi amalan pengurusan untuk memberi bonus kepada pemegang syer, lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan dengan kaedah selang masa 5 tahun?

Adakah saya silap bila berpendapat yang FELDA ini projek nasional.

Cemburu kah saya, bila bertanya?

Fed Up

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Najib jangan guna tektik kotor sebab guna pentas yg dihadiri Sultan untuk kutuk Barsih 3.

Bila Sultan memberi komen secara terbuka apakah rakyat hendaklah diam membisu tak boleh komen balik.?

Kalau tak boleh, ertinya kita masih punya kerajaan beraja mutlak bukan raja berpelembagaan sebagimana yg diwar warkan

Susahlah Melayu nak maju sebab amalan kotor.

Din klang

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salam Hormat


KPF 'yes' To Felda Share Transfer
(untuk sdra obl)

1. http://www.sc.com.my/eng/html/Prospectus/pdf/felda/3_summary.pdf
...But their representation in KPF is thin...On the other side of its balance sheet, Felda Global Ventures has non-current debts of M2.34 billion and short-term obligations of RM676.64.

2. http://www.theedgemalaysia.com/highlights/212228-kpf-yes-to-felda-share-transfer.html

3. http://pg8.net/viewtopic.php?f=4&t=57805

4. http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f0017a6bf/361bca291825f61b482578a30002e2a9/$FILE/MSM-Page%20183%20to%20Page%20402%20%282.5MB%29.pdf


OrangBaruLahir,
secara pribadi saya lebih gemar FGVH sepatutnya di'Shariah Compliant' dalam IPO dan seterusnya; dan pengurusan FELDA dikatakan mencari strategic foreign partners.

Apapun kita harap IPO itu akan utamakan untung rakyat FELDA dan rakyat Malaysia.

Apakah IPO itu akan ditunda entah bila pulak. Harapnya tidak.

Siapa yang harus mengepalai FGVH setelah IPO? CEO Louis Dreyfus?
Harap-harap dia saperti Mister Nissan Carlos Ghosn bukan saperti Lorraine Esme Osman.

Sekian

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Muhyiddin dan Fuad Zarkashi jangan sibuk nak rasuah guru dan gurubesar je dgn kenaikan gaji dsb.

Apa hal pulak dgn murid dikerah mibta sedekah melalui jogathon untuk tabung sekolah....buat bayar kos baiki kerusi meja, tandas dan paip rosak, bayar bil air dan letrik.....memalukan je. Bukan belanja spt ini harus disediakan secukup rasa oleh kementerian?

Baru2 ini gara2 tertekan, seorang pengrtua sekolah di Klang telah merotan beratus2 pelajar yg gagal menyumbang kpd kutipan jogathon sekolah berkenaan.

Dua persoalan. Pertama adakah dgn tidak menyumbang kod kutipan jogathon pelajar telah melakukan kesalahan disiplin sehingga wajar dirotan.

Kenapa kerajaan Umnobn seolah2 lembu boleh beli tapi tali tak boleh beli bila berurusan dgn bajet sekolah?


Jangan hendaknyamurid dan rakyat dibebankan dgn perkara2 remeh yg sepatutnya bukan tugas mereka terutama bila kerajaan sering berkokok apabila mengungkit2 habuan kepada guru.

Din klang

Anonymous said...

Sdr Din kelang

Guru dan gurubesar mengundi. Murid sekolah tidak.

Mengenai isu sekolah tak cukup peruntukan kementerian yang sdr timbulkan itu, saya, semasa mendaftar anak angkat saya (yang masih dalam proses mendapatkan taraf warga negara) di sebuah sekolah kebangsaan di Telok Panglima Garang pada bulan Mac lalu telah disuruh oleh penolong guru besar sekolah tersebut membayar wang peralatan mengajar dan belajar sebanyak RM 24 tetapi merungut pihak kementerian masih belum bayar wang untuk tujuan yang sama bagi yang murid2 lain rakyat tempatan.

...SAJI

Anonymous said...

Din Klang dan Saji,

Di sekolah anak saya, ibu bapa diminta beli dua baju sukan; satu untuk kelas PJ dan satu lagi untuk pakai masa hari sukan.

Ditambah pula, hari ko-kurikulum perlu pakai uniform (mengikut persatuan) sepanjang hari. Manakala pada hari ada kelas PJ, kena pakai baju sukan sepanjang hari.

Maknanya dalam seminggu, hanya pakai uniform sekolah, 3 hari seminggu sahaja.

Saya komen di mesyuarat PIBG :

1.Jika diberitahu awal-awal, kemungkinan kebanyakan ibu bapa akan hanya beli dua pasang uniform sekolah sahaja.

2.Jika diberitahu awal-awal, ibu bapa tidak akan merasa membazir beli dua jenis baju sukan apabila hanya 2 pasang uniform sekolah yang telah dibeli untuk setiap anak.

Fed Up

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Perkarangan IPD Kuala Muda Kedah cipta rekod sebab jadi mahkamah bicara 293 PATI Myanmar.....syabas pd polis dll.

Tapi yg kotornya Malaysia ni ialah pendatang haram tak segan silu atau tak hormat langsung dgn undang2 kita.

Bagaimana pula dgn beratus ribu pelancong India dan Cina yg lesap tak keluar2 sebagaimana dilapor oleh Utusan beberapa tahun lalu?

Oleh kerana Malaysia boleh, entah2 mereka dah pun jadi warganegara

Polis dan imigresen kita sebenarnya rata2 bersih kalau tidak ada tuan mereka yg mengotorkan.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Mantan menteri Azalina Othman cabar peserta Felda yg kritik kerajaan agar keluar dari tanah rancangan......apala sesat punya kenyataan.

Kalau asal kritik kena keluar maka kalau rakyat jkritik kerajaan atau raja Johor maka kena keluar Johor.

Kalau rakyat kritik pulak Najib malah Agong maka kena keluar Malaysia.

Azalina atau yg sama aliran pemikiran dgn beliau harus faham bahawa kalau semua yg tak sebulu dgnnya harus berundur maka beliau nak pemimpin kpd siapa?

Kotor punya akal.

Felda dan agensi kerajaan bukan milik persendirian mana2 individu tetapi milik rakyat Malaysia.

Kalau dah di kritik pun tak sanggup bagaimana nak jadi pemimpin amanah dan wibawa?

Elakkan cakap2 berunsur bongkak dan menggugut. Selaliknya cuba cari penyokong dgn buat kerja kerana Allah

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Menteri Besar Perak yg dipilih rakyat iaitu DS Nizar membuktikan kejantanan apabila hadir di pentas majlis ceramah kutuk mengutuk Umno bertajuk " Nizar Pembohong Bersiri ".

Najib dan Zahid pula telah membuktikan kepondanannya bila menikus daripada hadir dalam pendengaran mahkamah Perancis berkaitan rasuah 3.3b rgt sewaktu Malaysia beli kapal selam yg tak bolrh menyelam.

Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Tugas dan tanggungjawab pengerusi dan AJK persatuan sukan terutama sukan yg ppopular spt bola sepak dan badminton bukannya senang.

Pengerusi dan AJK akan dipuji melangit jika pasukan menang. Sebaliknya akan dikritik teruk jika kalah.

Soalnya kalau status pengerusi itu sendiri contoh kalau beliau sesorang Sultan, tak mungkin beliau boleh atau sanggup dikutuk terutama secara terbuka!!!! Maka jadilah majlis persatuan spt majlis rasmi sembah menyembah dgn segala adat istiadat yg mungkin diperku di tempat lain.

Kesannya ialah Timbalan Presiden pun boleh terpelanting bila mengkritik

Kenapa kita tak mau belajar dari pentadbiran sukan negara maju?

Raja2 kalau nak sumbang, setakat jadi penderma dana pun cukuplah.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Apalah halnya si tua bangka pergi demo punggung depan rumah Ambiga.

Kalau si tua Islam buat begitu siapa nak hormat pd orang Islam. Bukankah kita ni umat contoh!!!

Kalau nak buat amal maaruf nahi mungkar bukan dgn cara tunjuk punggung.

Yg lebih kotor jika ada provokator yg sponsor. Herannya polis tak nampak btg hidung.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Khir Toya tuduh alhi parlimen Kapar iaitu Manikavasagam minta RM10j supaya paling tadah dsri PKR.

Oleh kerana Manikavasagam telah nafi maka Khir Toyo boleh cuba tiru cara puak GST iaitu tuntut Manikavasagam bersumpah dalam kuil. Kalau Manikavasagam tak mau maka menurut pegagan hidup puak GST maka Manukavasagam dikira bersalah.

Kalau tak percaya tanya tiga dato, Nakaie Ahmad dan Hasan Ali.

Kalau saya jadi Khir Toya lebih baik saya labur wang saya dgn sokong Noh Omar. Mana tau dapat diterima semula dlm kepimpinan Umno Sgor?

Nak cari perhatian dgn kutuk PKR Sgor, rasa2nya tak memadai utk Khir Toyo.

Mereka2 mubgkin tau berapa wang Khir ada setelah sekian lama jadi MB.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Analisa MM bahawa undi org Melayu terpecah 3 iaitu kpd Umno, Pas dan Pkr tak betul.

Undi Melayu sekarang terpecah 2 saja iaitu Bn dan PR.

Majoriti Cina terpengaruh dan takut pd ekstremis Cina yg minoriti juga analisa yg tak betul.

Yg betul majoriti org Cina lebih pintardan tidak perlu mintak sedekah pd Umno bn. Jadi mereka lebih waras dalam mimilih wakil rakyat kecuali beberapa kerat pemimpin Cina yg bersekongkol dgn pemimpin Umno menjadi lanun.

Tapi yg betul walaupun tak disebut oleh MM ialah MM telah menghakis hak Melayu dan sayangnya okeh kerana majoriti Melayu telah berjaya dibodohkan oleh mamak2 maka Melayu terus sokong Umnobn.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Komen dari pengotor politik Malaysia iaitu Rais Yatim....DAP dituduh kuku besi bila Tunku Aziz keluar DAP.

Rais tak pulak kata Umno kuku besi bila mantan menteri Tan Sri Kadir keluar Umno.

Begitu jugak bila Chua Jui Meng keluar MCA Rais tak pula kata MCA kuku besi.

Rais patut tepuk dada tanya iman betul ke pemimpin Umno tak kuku besi.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Rupa2nya kerajaan Umnobn pura2 je tunjuk baik bila lupa atau sengaja lupa nak batal satu lagi undang2 kotor bernama Akta Hasutan.

Akta inilah yg sedang digertakkan keatas ketua NGO Tenaganita yg berani lewan kezaliman bernama Irene Fernandez.

Ada org sgt marah sebab Irene kononnya telah memburukkan kerajaan di luar negara bila mendakwa pekerja Indonesia dan Bangladesh yg bekerja di Malaysia telah dianiaya.

Kenapa kerajaan nak nafi. Apa yg Irene cakap dah betul sgt. Dari awal bagaimana org tertentu diberi calling visa tentunya bukan free, hinggalah pekerja dibawa masuk entah ada majikan entahkan tidak, entah dibayar gaji secara tetap dan lunas entah tidak, entah kerana gara2 birokrasi permit mereka boleh di perbaharui entah tidak, entah mereka masih bersama majikan lama atau gara2 kerajaan tak serius tangani kes2 pekerja lari dan dgn mudah pula bekerja dgn majikan baru, hinggalah mereka terdampar menjadi pendatang haram dan ketika itu jadi makanan polis, rela, JKKK yg menunggu peluang mereka pulak.

Susah sangat ke nak fahamkebenaran dakwaan Irene tu.

Banyak sgt pemimpin Umnobn yg kotor.

Din Klang

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).