Monday, May 28, 2012

Politik Bebas Perkauman Lwn Telur Kemurok

A Kadir Jasin

[SILA guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih]

BARU-Baru ini, saya dan beberapa orang blogger dijemput berbincang dengan Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar.

Saya tertarik dengan pandangan pemblog Syed Akhbar Ali yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menawarkan politik bebas perkauman.

Saya antara setuju dan tidak. Setuju yang kepemimpinan PR terdiri daripada pelbagai kaum, mewakili parti yang pada dasarnya pelbagai kaum dan nampaknya memperjuangkan agenda kepelbagaian kaum.

Tidak setuju kerana unsur dan ciri perkauman masih tebal dalam parti-parti terbabit. PAS masih berupa parti Islam-Melayu dan DAP parti majoriti Cina. Benarlah PKR lebih berbilang kaum, tetapi ia parti “cult” yang berlegar di sekitar Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP menterjemahkan “cult” sebagai pendewaan atau kegilaan. Dalam konteks ini, Anwar hanya boleh berharap kepada penyokong yang mirip kepada pendewaan dan kepada generasi muda yang kenal beliau hanya dari jauh).

PAS sudah beberapa kali mengisytiharkan yang ia bersedia menerima seorang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri dengan syarat dia seorang Islam.

Buat masa ini, tidak nampak ada seorang Islam bukan Melayu dalam PR yang boleh mengubah konvensyen di mana Perdana Menteri adalah seorang Melayu.

Penarikan diri oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim daripada DAP baru-baru ini menunjukkan parti itu masih jauh daripada matlamat mengembalikan orang Melayu ke dalam perjuangannya.

Walaupun DAP diasaskan pada tahun 1967 sebagai parti berbilang kaum dan pernah mempunyai beberapa orang Melayu dalam kepemimpinannya, namun sejak peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei, 1969, DAP gagal membawa balik sokongan orang Melayu.

Lagipun, motivasi pokok PR bukanlah politik bebas perkauman tetapi strategi pilihan raya yang berupaya mencabar hegemoni Barisan Nasional ke atas politik Malaysia.

Sampai hari ini pun PR masih berupa pakatan pilihan raya kerana belum didaftarkan secara rasmi sebagai pakatan sah. Buat masa ini, tidak nampak tanda-tanda DAP, PAS dan PKR akan bertandingan pilihan raya umum akan datang menggunakan simbol bersama (common symbol).

Dilema Haiwan Purba

Dalam perbincangan Yayasan 1Malaysia itu, saya perkenalkan diri saya sebagai “haiwan purba” dan makhluk dua alam kerana sayalah yang paling tua di kalangan yang hadir dan menulis dalam media tradisional dan media baru.

Kerana saya haiwan purba yang masih tidak pupus, saya telah melihat banyak peristiwa dan perkembangan yang membuatkan saya berhati-hati menerima tesis seperti yang dikemukakan oleh Syed Akhbar Ali itu.

Malah saya bimbang yang keadaan sebenar tidaklah seideal atau setenang yang digambarkan oleh kelompok demokrat dan aktivis muda yang sedang mewarnai politik negara sekarang dengan perang siber dan protes jalanan mereka.

Pelanggaran perintah, kekerasan dan keganasan ketika tunjuk perasaan Bersih 3.0 28 April lalu serta perkembangan selepas itu memberi gambaran bahawa tindakan dan perlakuan di luar undang-undang dan kesopanan boleh berlaku. Yang diperlukan hanyalah hasutan.

Saya sering dituduh cuba menakut-nakutkan orang ramai setiap kali saya menulis mengenai pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

Itu tidak menjadi masalah kepada saya. Saya berasa adalah tanggungjawab saya menolong memaklumkan kepada generasi muda mengenai sejarah kontemporari negara, termasuklah mengenai pergaduhan kaum.

Hari ini, ramai menyangka peristiwa 13 Mei adalah pergaduhan kaum paling buruk di negara kita. Ramai tidak tahu bahawa pergaduhan kuam yang meragut paling banyak nyawa berlaku pada tahun 1942 di Johor apabila tentera Bintang Tiga (pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya) bertempur dengan orang Melayu yang dipimpin oleh Kiai Mohd Salleh. Lebih 800 mati dalam pergaduhan itu.

Perang Siber Lwn Telur Busuk

Walaupun kita menguar-uarkan kehebatan alam siber sehingga Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, berkata majoriti calon BN dalam PRU nanti adalah daripada kalangan yang celik IT dan pengguna Twitter seperti beliau, namun tabiat dan amalan lama susah hendak disekat.

Justeru, masih ada yang berasa lebih mudah dan berkesan menggunakan telur busuk – telur kemurok kata orang Utara – terhadap lawan.

Pada tahun 1960-an, kena baling telur kemurok yang sangat dahsyat baunya adalah perkara biasa bagi yang berkempen pilihan raya. Yang datang mendengar pun silap-silap kena juga.

Dulu, ibu ayam mengeram sendiri telurnya. Itulah cara tradisional membiakkan ayam. Telur yang rosak dan tidak menetas itulah yang dipanggil telur kemurok. Masa pilihan raya, telur kemurok ada harga sebab menjadi bahan pengeboman yang sangat berkesan.

Jadi, dalam kita menguar-uarkan politik bebas perkauman, kecanggihan ruang siber dan kematangan berpolitik, kita janganlah terlalu lega, menyangka bahawa yang telah berlalu tidak akan berulang semula. Kita perlu beringat dan sentiasa berjaga-jaga kerana ramai sudah lupa, pura-pura lupa atau tidak tahu apa-apa. Wallahualam.


20 comments:

abdullahngah said...

Datuk,

Islam melarang kita makan haiwan yang hidup dua alam.

Tetapi sekarang ini haiwan dua alam sudah diminati ramai untuk dimakan.

Kita tidak tahu kenapa jadi begitu.

Mungkin orang Islam hari ini tidak ambil berat soal halal dan haram.

Ya tak ya juga. Jika arak dijadikan minuman apalah sangat memakan haiwan dua alam.

Apalah sangat memakan haiwan dua alam yang jadi makanan kegemaran jika dibandingkan dengan makan riba dan makan rasuah dan jika tak berhenti hukumnya kekal dalam neraka.

Orang yang kekal dalam neraka ialah orang kafir.

Jika mereka seorang Islam pasti tak kekal dalam neraka dan akan keluar juga setelah diseksa dan dibakar.

azhar said...

salam dato

saya tak setuju lansung jika dikatakan Pakatan mengamalkan politik bebas perkauman.

banyak tindakan mereka berbaur perkauman.usaha untuk melantik PM bukan melayu juga ada unsur perkauman.

dan saya juga percaya politik perkauman di Malaysia akan terus kekal untuk jangka masa yang lama kerana bangsa,agama dan bahasa kita sangat jauh berbeza,dimana kehendak kehendak kita juga sangat berbeza.apalah guna berpolitik jika tidak memperjuangkan kehendak sendiri.

politik sekarang bersatu kerana mereka boleh berfikir secara rasional.tapi berfikir secara rasional ini akan berakhir pada bila bila masa bila ada orang yang suka kepada keganasan,tidak hormat undang-undang,tidak bermoral,ekstrim mengambil tempat dalam politik negara.

untuk mengurangkan politik perkauman bukanya senang ,perbezaan perlu dikurangkan tapi diantara 3 perbezaan utama bangsa,agama,bahasa yang mana boleh dibuat.cuba usulkan bahasa melayu sahaja sebagai bahasa pendidikan disekolah.dan anda boleh lihat responnya.

malaysia akan terus kekal dalam politik perkauman dalam masa yang lama lagi.

myi said...

Dato
Saya sangat setuju dgn tulisan Dato. Adanya orang 'tua' macam Dato lah yg boleh memberi nasihat berguna kpd semua pihak 'without fear or favor'. Ingat saya kata kata hikmah, mereka yg lupa sejarah atau yg saja je buat buat lupa akan dihukum berulang kali, lebih kurang macam tu lah, betul ke Dato?

ab said...

Salam dato,



Tajuk ni bagus,tetapi politik bebas perkauman akan berterusan dimalay-sia dengan ` a solution deferred to infinity....'.


`Ahli' politik yang sudah `berjaya', sedang `nak naik' sedang `nak turun', sedang `gelap gelemat' dan sedang `cuba nasib' semuanya mempunyai satu `sifat'/characterictic.....`TO IDENTIFY THEMSELVES' with the crowds they are representing/or to represent.



Kat malaysia ni ada tak isu yang `tidak perkauman'? atau `race- independent-issues'..setakat ini dari tahun 1950an belum ada lagi...



Katakan isu keselamtan negara, apa isunya?. isu itu lebih kepada `internal conflicts'yang bolih menyebabkan huru hara negara. BUKAN isu negara lain nak perang dengan kita..., kalau tenguk internal isues ni, mai balik kisah perkamuan jugak.




Kalau depa pi tala isu ugama pulak, kut tu jugak akhiaq nya,mai sini islam,pi sana athiest,pi ceruk tu kristian,ceruk ni hindu,buddha dll.....selidik lagi,pi kat kaum juga akhirnya.Ugama `malaysia' tak dak la..



Isu perniagaan ialah untuk pertahankan perniagaan, yang paling besar `equity'/kepentingan perniagaan, jika di selidik juga koner pi kat isu kaum juga.
Isu pelajaran pun begitu,sat melayu,sat ingris,sat cina,sat tamil..tak sudah sampai bila bila kut ni(SELAGI ADA ahli politik).



La ni tambah isu `human right', ni maknanya hampa buat pi la, apa pun bolih!.`The like-minded' nanti ada la, group suka `groupies' ka, suka sama jenis ka,suka merempit ka,suka tak sekolah ka,suka nyanyi ka,suka belakon ka,suka demo ka,suka macam macam dll,nanti ada la pulak `leaders' depa ni yang jadi ahli politik. Kalau diselidik kumpulam kumpulan ini,jumpa balik lagi kat kedai perkauman kaum a,kaum b,kaum c dll!.



Bab teloq kemurok ni, ditempat saya di panggil `teloq tembe lang', saya pikiaq OK la dato, yang kena tu baru tau busuknya dia!. it may be the best, cheapest, non fatal, noninjurious projectile of reality check!' ...nak pakai cake atau pai mahai sangat pulak. Nak pakai kasut pun mahai jugak dah la ni....kalau yang jenis `lebai' bolih la punggai sliper !.




Abu Bakar Ab Rahman

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Di mana mana Negara Islam ( definasi Negara Islam yang hanya berasaskan Pemimpinnya Islam, Penduduk majoritinya Islam) wujud setidak tidak nya 2 parti politik yang sangat berbeza halatuju dan matlamatnya, iaitu parti politik berasaskan logik akal dan pemikiran sekular, dan politik berasaskan pemikiran politik Islam.

Kedua-dua parti ini, tidak ubah seperti pegangan 2 “mazhab” yang berbeza. ATAS NAMA DEMOKRASI, kewujudan parti-parti bukan Islam, baik parti yang menyokong kerajaan, mahupun parti yang menentang kerajaan, MEREKA ini menyokong atau menentang parti orang Islam berdasarkan sejauh mana kepentingan mereka terjaga atau tergugat.

Selagi 2 parti orang-orang Islam yang berbeza “mazhab” mereka bersaing satu sama lain atas pentas demokrasi secular, selagi itulah Islam sebenarnya gagal mendapat Kuasa Politik Mutlak.

PUN BEGITU, kita kena yakin dan percaya, “KUN FAYAKUN” Allah swt akan tetap terjadi walaupun manusia berteori dan berspekulasi mustahil akan terjadi!

Saya cuba memahami kata kata Dato, mengenai telur kemurok dan peristiwa 13 Mei.

Akhir-akhir ini, telur kemurok sudah pun berterbangan mewarnai ceramah-ceramah PR. Bukan saja telur kemurok, batu-batu sebesar penumbuk juga berterbangan. Kereta pemimpin pembangkang diserang sampai pecah cermin dan kemek pintunya juga sudah banyak kali terjadi. Terbaru kereta Nizar di Perak disimbah cat. Semua ini menunjukkan “kematangan” orang yang KEMARUK KUASA, tiada hujah yang bernas, TELUR KEMUROK jadi galang ganti!!!

Anehnya, tiada langsung tindakan diambil ke atas golongan perusuh ini walaupun amat jelas ia telah gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman. Bahkan mereka semakin berani dan bebas membuat TARIAN PUNGGUNG di kawasan perumahan, menggantung gambar dengan kalungan bunga di pintu pagar kediaman Ketua Menteri, menunjukkan itulah ajaran “mazhab” mereka yang taat setia kepada agama,raja dan Melayu!!!

Bagi saya, mungkin ada kewajarannya jika mereka ini dibaling telur KEMUROK, sebagai symbol perbuatan mereka yang busuk hati!!!

Apa yang saya sangat bimbangkan adalah TELUR KEMUROK yang LUAR BIASA kemuroknya dalam PRU 13 nanti. Rentetan peristiwa sebelum pilihanraya 1969 dan peristiwa 13 Mei banyak persamaan dengan rentetan yang berlaku apda hari ini.

langitbiru said...

Lebih memudaratkan keadaan adalah para MUFTI juga bercakap senada dengan orang politik.

Presiden Perkasa gesa digugurkan nama ISLAM ke atas parti PAS.

Mufti Perak dengan cepat menyahut BERSETUJU dengan cadangan Presiden Perkasa. Sebelumnya, Mufti Perak kerap muncul dikhalayak ramai bersatu dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, ke mana dan di mana saja ada Hassan Ali, Mufti Perak ada bersama, yang mana nadanya secara sarcasticnya menghentam PAS dengan cara “lebih sopan”, TAPI ISINYA sama dengan Perkasa dan Jati.

SOPAN kerana masyarakat pandang tinggi agamawan. SOPAN kerana dia MUFTI. SOPAN kerana dia dilantik Al-Sultan Negeri, bererti, dia SEDAR dia bercakap bukan atas kapasiti individu, tetapi atas kapasiti seorang yang berpengaruh, MUFTI yang mewakili Sultan dan Negeri.

BAGI saya, jika sedemikian tingginya kedudukannya, AMAT TIDAK WAJAR DAN TIDAK PERLU beliau bercakap setaraf dengan Presiden Perkasa, kerana jika dibandingkan ilmu agamanya dengan Orang Perkasa tersebut, LAYAKLAH kiranya saya panggil ilmu agama orang Perkasa itu seperti “JAHIL MURAKAF”.

SOPANNYA MUFTI PERAK, langsung tiada nasihat atau melontarkan ilmu agamanya kepada orang Perkasa menari TARIAN PUNGGUNG di depan rumah Ambiga.

SOPANNYA MUFTI PERAK, langsung tiada menegurnya dia kepada orang Perkasa yang menggantung gambar potret LGE, serta mengkalungkan bunga sebagai simbolik tanda kematian di pintu pagar rumah LGE.

SOPANNYA MUFTI PERAK tiada juga dia menegur lontaran batu dan TELUR KEMUROK di ceramah PAS dan PKR.

BAGI MUFTI PERAK, PAS sudah lari dari perjuangan asalnya, sebab itu dia cepat-cepat bersetuju cadangan orang Perkasa gugurkan nama ISLAM pada PAS. Sepanjang Mufti Perak pegang jawatan Mufti, sepanjang itulah PAS secara konsisten memperjuangkan ISLAM, kuasa politik ISLAM. TETAPI SEPANJANG itu jugalah Mufti Perak tidak pernah menyokong PAS. Kalau hari ini dia secara ‘bersembunyi’ menentang PAS kerana katanya dah lari dari perjuangan asal, jadi DULU DAHULU KALA, apa sebabnya dia tidak menyokong PAS?

KENYATAANNYA, apa jua tindakan pemimpin UMNO, ( hingga menghadirkan diri di kuil Hindu, pada hari raya agama Hindu, serta berpakaian orang Hindu), Mufti Perak tetap “berfatwa” mengHARUSkannya, SEMUAHARUS!!!

BAGI SAYA, SEHARUSNYA Mufti Perak tidak meletakkan dirinya “setaraf” pemikirannya dengan orang Perkasa.

KERANA pendapatnya dianggap “FATWA”, manakala pendapat orang Perkasa dianggap “busuk seperti telur kemurok”.

A KADIR JASIN said...

Pembahas MYI, petikan asal dalam bahasa Inggeris berbunyi: "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."

Ia adalah daripada George Santayana, ahli falsafah Sepayol yang menetap di Amerika. Dia mati pada tahun 1952.

Di padankan ke bahasa Melayu, ia berbunyi lebih kurang "mereka yang lupa masa lampau pasti akan mengulangi kesilapan dulu."

Terima kasih.

Kajang Pak Malau said...

As-salam

Ramai dari kita tidak terlibat dalam politik tapi seronok mengikuti perkembangan politik semasa... saya mengaku salah seorang darinya..

Saya seronok melihat putaran yang Allah takdirkan untuk semua mahluknya.. menang pasti tidak selama-lamanya, bagi yang kalah begitu juga pasti suatu hari akan menang. Contoh di Mesir, Libya, Tunisa sudah cukup untuk kita renungkan. Siapa sangka Brotherhood yang ditekan hebat oleh regim arab sosialis akhirnya menang satu persatu. Bila takdir Allah sudah sampai tiada kuasa boleh menghalangnya.

Bermain dalam kepala saya sekarang apakah takdir UMNO telah sampai?. Hanya Allah yang Maha mengetahui. Jika sudah ditakdirkan ajalnya telah sampai marilah kita raikan takdir ini dengan hati ynag terbuka. Janganlah kita merintih hiba. Kita perlu sambut takdir ini dan sama-sama mencipta satu takdir baru yang lebih baik dan bukannya merosakkannya.

Saya sangat teringin menjadi bahagian dari sejarah ini dalam hayat ini.


wasalam

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe,

WWW1
(terima kasih tuanku darul takzim)

bagaimana terjadi pengamal amalan syurga
sehasta mahu sampai tiba-tiba ke neraka

heran

bagaimana berlaku pengamal amalan
neraka
sehasta mahu sampai tiba-tiba ke syurga

cerita saudara kita abdurrahmaan
yang gemar mengendung kucing

heran

manusia di bumi bertambah ramai
kenapa ekonomi dikatakan tidak menentu

heran

politik haiwan purba
segerombolan manusia sejiwa
anak-anak tuhan menguasai dunia
maju dunia terbalik jahil


Sekian

Lahuma said...

Dato.

Cinta 3 segi PKR/DAP/PAS sendiri pun bukan ikhlas sangat zahir dan batin.Pakatan politik untuk leburkan UMNO sahaja.
Mimpi mereka masih berlainan yg amat kronik dan komplek.
DAP/MCA/Gerakan mimpi mereka tetap sama walau dimana jua kerana semangat KAUM mereka tinggi dalam ekonomi,pendidikan dan budaya.

Di Tanah Melayu Ketua pembangkang wajib orang Melayu juga.Bukan PM sahaja orang Melayu.Lim Kit Siang tak boleh.Karpal Singh tak boleh.Lim Guan Eng tak boleh.Hadi Awang pun tak boleh.Mat Sabu lagi tak boleh.Setakat ini yang hanya boleh Anuar Ibrahim sahaja nampak .boleh
Anuar Ibrahim ini dia kreatif dalam politik dan sebagai Ketua Pembangkang
Anuar juga penggerak dalam politik dinegara kita dalam konsep demokrasi.
Sebab itulah BN pun terpaksa kerja kuat dan rajin.Najib siang malam pagi petang ligat.Zaman politik relek dan enjoy bawa tongkat dan kereta besar pamer pada rakkat atau orang miskin sudah berakhir.

Penentu PRU 13 nanti adalah faktor calon.Parti penting tetapi kurang kekuatan sejak akhir ini.

Perkauman sudah tak dapat dielakan
Telur kemurok sudah pupus dan hampir tak ada.Telur busuk banyak .Itu pun takut pecah dalam tangan sendiri .

Biarlah gajah sama gajah berentap.
Rakyat dapat faedah
Durian runtuh dimana-mana

Selamat pengundi PRU 13.

Terima kasih..

Orang Kampung said...

Dato'

Pada pandangan sayalah Dato' yang berusia sebaya dengan dato ini,yang juga dapat menyaksikan sendiri beberapa rentetan peristiwa yang diakibatkan dari cara berpolitik ; bahawa sesungguhnya `politik bebas perkauman' tidak akan wujud secara tulin dan tulus di Malaysia ini.

Ini kerana asas pembentukan nilai, sikap, kelakuan dan tindakan adalah berasaskan ketaksuban kepada kaum-kaum sendiri.

Lihatlah sistem pendidikan kebangsan kita. Ia masih dengan "cara sendiri-sendiri" mengikut kaum seperti sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan (mengikut kaum tertentu).

Ini belum termasuk pendidikan pra sekolah lagi., belum diambil kira cara persosial serta berbudaya lagi dan banyak lagi.

Sedangkan matlamat politik pula ialah menang dan kuasa , sama seperti matlamat perniagaan- untung dan laba.

Oleh itu selagi mekanisme asas ini tidak dirombak dan diubah saya tidak yakin ketaksuban pada perkauman akan hilang.

Bukan sahaja dari segi sentimen sosial, budaya dan ekonomi tetapi semestinya dalam politik juga sebab politik memerlukan penglibatan sentimen untuk membawa kemenagan dan kekeuasaan. Wallahu alam.

Kolek Kecil said...

Siapa tahu Mufti tak nasihat PERKASA dan pemimpin pemerintah sekarang dari buat salah?

Mana tahu akhbar yang tak masukkan entry atau sensasikan berita tu?

Kita ni kan banyak dipengaruh golongan kapitalis.

Kalau ustaz tertentu yang ikut pasti bulan putih, nyatakan yang dacing itu buruk dan jijik, semuanya benar belaka. Aduhai...

Lagi, kalau golongan mahasiswa kalungkan bunga pada gambar menteri boleh pula ya?

Eloklah kita balik cium tangan ibu, gembirakan orang tua kita dan ahli keluarga dahulu. "Qu anfusakum waahlikum naro".

A KADIR JASIN said...

Setuju sangat dengan Orang Kampung mengenai asas pembentukan nilai akibat sistem pendidikan yang caca-merba kerana tunjuk kepada tekanan perkauman.

Ini pengalaman terbaru saya. Mungkin kerana saya bayar hutang kad kredit saya tepat pada waktunya, bank antarabangsa yang mengeluarkan kad itu menawarkan saya hutang pula. Kononnya pada kadar rendah.

Yang menarik adalah mengenai pegawai bank yang telefon saya. Daripada loghat bahasa Melayu dan Inggeris mereka, kita boleh tahu mereka Cina dan berpendidikan Cina.

Mereka sama ada sebut nama saya sebagai Kalio, Kadee atau Kalet. Susah betul bagi mereka nak sebut ka-dir.

Tapi kalau mereka berpendidikan Kebangsaan atau Inggeris, mereka boleh lebih mudah sebut nama saya.

Terima kasih.

Mohd Taib Kamin said...

Assalamualaikum Dato'.

Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan. Sejarah membawa pengertian yang amat luas tidak terbatas kepada sejarah negara, sejarah dunia tetapi juga sejarah diri sendiri yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani atau dihindari bergantung kepada sejarah itu sendiri.

Secara peribadi saya melihat ada beberapa kelompok manusia yang mungkin boleh dikaitan dengan sejarah:
1)Mereka yang buta sejarah pastinya tidak akan tahu mengenai apa yang telah berlaku dan apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku.
2)Mereka yang tahu tetapi ada kepentingan peribadi atau kelompok akan cuba menulis semula sejarah untuk disesuaikan dengan matlamat mereka.
3)Mereka yang tahu sejarah tetapi pura-pura tidak tahu mengenainya dan cenderung pula mengulanagi kesilapan sejarah hanya kerana melunaskan'nafsu' sendiri.

'HAIWAN DUA ALAM'
'Haiwan dua alam' seperti Dato' jauh lebih bernilai dan mulia dari 'manusia dua alam' . Manusia dua alam ini biasanya amat mengelirukan bagi mereka yang tidak mengenalinya kerana dia boleh menjadi imam sembahyang dan pada masa yang sama dia juga boleh menjadi 'syaitan' yang menyesatkan.

POLITIK BEBAS PERKAUMAN

Realiti politik Malaysia hari ini ialah politik berteraskan kaum.
Politik Bebas Perkauman di Malaysia mungkin hanya akan menjadi realiti 100 tahun lagi dari sekarang. Itu pun masih bergantung kepada banyak perkara yang mesti diselesaikan.

TELUR TEMBELANG

Telur Tembelang memang berbau busuk. Kadang2 jika pecah baunya tidak akan hilang berhari2 lamanya. Dizaman kecanggihan teknoloji hari ini pula banyak juga 'telur tembelang' yang pecah dalam alam maya. Walaupun ia tidak berbau namun kesannya bukan berhari malah berbulan dan bertahun2. Wallahua'lam.

Syed Akbar Ali said...

Salam Dato.

Saya tidak mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menawarkan politik bebas perkauman.

Dalam perbincangan kita, saya telah menyebut bahawa negara kita aman dan damai selama lebih 50 tahun hasil pentadbiran kerajaan BN. Keamanan dan keharmonian hari ini tidak menjadi dengan sendiri tetapi telah dipupuk dan diasuh oleh pemerintahan bijaksana kerajaan BN. Hasil dpd kehidupan aman dan harmonis antara kaum selama lebih 50 tahun (bagi saya Peristiwa Mei 13 hanya melibatkan Kuala Lumpur dan Jelutong saja) maka orang yang "anti-BN" hari ini sanggup bersatu membantah itu dan ini tanpa melihat kepada kaum. Mereka merasa selesa berarak dan berhimpun dengan sahabat pelbagai kaum. Semua ini adalah hasil daripada perpaduan antara kaum yang memang telah menjadi.

Saya percaya jika Ambiga cuba anjurkan perhimpunan ala Bersih itu 30 tahun sebelum ini, dia tidak akan berjaya menarik sokongan Melayu, China ataupun India Tamil (Ambiga bukan daripada India Tamil - saya tidak jelas latarbelakang dia).

Malang sekali saluran bagi mereka untuk meluahkan protes telah di "hijack" oleh parti pembangkang. (Kita juga telah membincang rusuhan Bersih yang terkini).

Bagi saya DAP, PKR dan PAS masih mengamalkan parti perkauman juga. DAP adalah cauvinis China. PAS mengatakan mereka tidak kira kaum - hanya kepada agama ie Islam. Tetapi realitinya lebih 95% orang Islam Malaysia dan lebih 99% ahli PAS adalah Melayu. Maka konfidenlah bagi PAS mengatakan mereka tidak mengira kaum. Ianya hanya 'smokescreen'. PKR adalah serpihan UMNO yang sesat. Ahli bukan Melayu-nya adalah smokescreen juga.

Akhir sekali dalam perbincangan kita tempoh hari, saya juga telah merujuk fenomena urbanisasi masyarakat kita (urbanisation) di mana penduduk bandar pelbagai kaum menghadapi cabaran, rintangan serta mempunyai keperluan hidup dan menghayati harapan yang sama ("convergence"). Tambah lagi penduduk kawasan bandaran sekartang menjadi majoriti masyarakat kita.

Akhir kalam, parti politik yang memperjuangkan kepentingan kaum masih relevan tetapi pada masa yang sama masyarakat pelbagai kaum yang menghadapi cabaran hidup yang serupa dalam evolusi urbanisasi yang pesat akan sokong sesiapa pun yang dapat membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup. Semua parti politik harus peka evolusi yang sedang berlaku ini. Terima kasih.

Syed Akbar Ali

Kamal said...

Dato.

Politik semasa Malaysia telah jadi bagitu kusut macam benang.
Tun Mahathir tiba kembali aktive untok menjamin BN menang besar.

najib terlalu desperate untok mendapat undi Felda dan telah rush untok menyenaraikan Felda Global.Najib tidak peduli apa yang dilakukan asalkan Felda di sinaraikan di pasaran saham.Peneroka Felda diberi wang bonus sabanyak 15 ribu satu family.
Oleh kerana perkara ini di buat dengan tergesa gesa macam issue telah tinbul.
A.Tanah reserve Melayu sajumlah 100 ribu ekar lebeh telah di pajak kapada Felda Global.

Felda Global telah mementeri kerjasama dengan Syarikat Dreyfus sabagai pemegang saham Felda Global dan traing partner.Dreyfus merupakan syarikat milek keluarga Yahudi yang tertua di Europe.Susah BN nak jawab?

Masaalah Scorpene Kapal Selam mula menjadi Hangat.Money trail yang disiasat oleh Pendawa Pranchis menunjokkan dengan jelas siapa yang mendapat wang habuan.Jumlanya bukan sekadar 500 jura ringgit yang di terima oleh Razak baginda dan LTAT tapi lebeh dari itu.

Lagi lama BN tunggu lagi banyak issue timbul.

Telok kemurok bila pecah amat busok?

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir.

Tersenyum saya membaca tajuk kiriman kali ni,kenapa?,sebabnya:

1.sejak dari PM pertama lagi, politik yang dibawa oleh PM masa itu sangat murni, beliau seorng anak raja yang penuh dikelilingi kemewahan, dan dibesarkan dalam persekitaran bangsawan, tidak membuatkan beliau lupa akan bangsanya sendiri, beliau memimpin dalam kesederhanaan,tetapi lama kelamaan beliau disirnakan oleh kemilauwan kemewahan setelah beliau diapit kiri dan kanan oleh mereka mereka yang bergelar taukeh taukeh kaya dari bangse Cina, yang begitu pandai mengatur strategi, sahinggalah beliau dikejutkan oleh peristiwa 13 may.

Itulah titik titik hitam negara yang membuatkan taukeh taukeh ini juga tersedar dan terpaksa mengakui bahawa harta kekayaan negara ini perlu dikongsi bersama,tetapi mereka menyimpan kepercayaan bahawa kalah sekali bukan bermakna kalah selama lamanya, mereka menyimpan hasrat suatu hari nanti mimpi akan dijadikan kenyataan.

Olih itu tidak akan pernah ada ayat yang berbunyi politik bebas perkauman dibumi Malaysia ini, cumanya akan ada ayat berbunyi "Politik tolaransi perlu untok kita hidup bersama"

Telur kemurok adelah simbolik, bahawa benda yang tidak dihargai, akan menjadi perosak masyarakat kalau tidak di tangani dengan sebaik baiknya.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe,
Salam Hormat

Keberanian untuk mengempur Pulau Mutiara berserta licik bertempur dengan bala-tentera yang setia.

Dengan izin.

YBhg CHEDET
Salam Hormat

Come On Over, Tun!
(we could use a man like you anytime)

7. Tanjung Bungah, the Cape of Flowers is now highly developed. But the ramshackle sheds which serve as shops still line the road. Apparently some Malays sell food there. But the smelly vegetable “garden” where human excrements were used as fertilizers have disappeared.

8. Penang still promotes itself as the Pearl of the Orient. But the Malay shacks, the water village and the rubbish in the sea belie the claim.


Very observant of you; and one wonders at the very precarious existence of Tanjung Tokong to qualify the above documentation of Tanjung Bungah.

As coming back to your posting and senses, one is delighted that the Penang Malays riddle is still very close and dear to your heart. Penang Malays and the non-Malays would be honored when you are part and parcel to answering the riddle in your distinguished ways and all the way after the National and State PRU. The non-Malays are susceptible to good fung-shui dynamics.

One hopes that Penang will be more hospitable to your working visits soon and one's team acceptable to YABhg Tun Mahathir to be of service in assisting the unveiling the answer that will benefit the Pearl of the Orient. After all, Langkawi profits from good practice of careful benovalance which is good to the hopes and dreams of the younger generation of Malaysians.

See you soon, Tun Mahathir Mohamad.



Sebenarnya, bertepatan dengan posting politiking Telur Kemuruk: aksi dalam dunia nyata.

Mahukah Dr Mahathir ke atas pentas BN untuk memberi sekata dua menegur sapa para hadirin?

Sekian.

Jaja said...

Salam hormat DAKJ,

Telur kemurok sudah menjadi-jadi sekarang Dato. Peraih dapat dengan harga murah.

Telur yang tidak patriotik.

Nazir Azhari 017-6878129 said...

Assalamualaikum Datuk,

Harap maaf. Ada pembetulan sedikit di dalam tulisan Datuk berkenaan penentangan Kiai Salleh melawan tentera Bintang Tiga di Batu Pahat, Johor. Kejadian tersebut berlaku di dalam bulan Ogos-September 1945. Bukan pada tahun 1942.

Berkenaan tajuk artikel Datuk kali ini, saya rasakan apa yang Dato' Onn Jaafar, pengasas UMNO, pernah membayangkan situasi di masa hadapan di mana Politik adalah bebas dari pengaruh perkauman. Beliau menubuhkan Parti Negara apabila Parti UMNO tidak mahu membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

Pada pendapat saya, Politik Bebas Perkauman boleh dicapai dalam masa 10-20 tahun selepas Merdeka jika syarat-syarat yang Dato' Onn Jaafar mahukan dilaksanakan iaitu:
1. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
2. Penggunaan sistem 1 Sekolah Kebangsaan untuk semua.
3. Kerakyatan bukan Melayu (Bumiputra) bukan secara automatik. Kerakyatan diberikan kepada mereka melalui peperiksaan dan temuduga.

Alkisah, melakukan perkara-perkara di atas mengambil masa yang panjang. British mahu lepas tangan dari masalah Tanah Melayu dengan segera, maka Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada tahun 1957, bukannya pada tahun 1960,1965 atau 1970.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).