Tuesday, July 17, 2012

Anugerah Yang Sangat Mencabar

A Kadir Jasin

[MASIH ada lagi pembahas yang guna pengenalan “Anonymous”. Kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

PETANG semalam, 16 Julai, saya menerima anugerah Tokoh Wartawan Negara daripada Institut Akhbar Malaysia (AIM). Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin (Tan Sri).

Dengan izin, saya ingin berkongsi dengan pembaca dan pembahas teks penuh ucap balas saya di majlis itu dengan harapan ia sedikit sebanyak memberi manfaat.

1. Adalah kebiasaan dalam upacara seperti ini bagi hadiran mengharapkan penerima menyatakan sesuatu yang mendalam – profound – dan si penerima pula berasa perlu mempamerkan kehebatannya.

2. Kalau andaian saya itu tepat dan saudara saudari mengharapkan sesuatu yang “profound”, saya mohon maaf. Saya tidak akan menyatakan apa-apa pun yang mendalam.

3. Saya sekadar hendak bercerita, mengucapkan syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada begitu banyak orang dan pihak yang menolong meletakkan saya di mana saya berada hari ini, bersama nama-nama besar dunia kewartawanan Malaysia – A Samad Ismail, Lee Siew Yee, Ishak Haji Muhammad, Mohd Fuad Stephans, Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Zainuddin Maidin dan Liew Chen Chuan. Berada di kalangan mereka, yang sesetengahnya adalah guru, ketua dan mentor saya, adalah penghormatan yang sangat mencabar.

4. Mula-mula sekali saya ucapkan terima kasih kepada Siti Sarah, anak tok panglima yang cantik jelita. Kerana kerinduan kepadanyalah, berkesudahan dengan saya menjadi seorang pemberita. Kepada jiwa remaja saya, dialah gadis Melayu paling jelita. Kerana kejelitaan dan ketinggian pangkalan sosialnya, maka rindu saya kepadanya kelu, tidak terucapkan. Sah, sampai hari ini pun dia tidak tahu tentang rindu dan berahi saya kepadanya.

5. Pada suatu senja, pada bulan Mei tahun 1969, ketika mengayuh basikal lima kilometer pulang ke rumah setelah mencuri pandang Siti Sarah menyapu sampah di halaman rumahnya, sepupu merangkap teman akrab saya, Nawawi memberitahu mengenai iklan jawatan wartawan oleh Bernama dalam akhbar Utusan Malaysia. Mungkin itulah tuah Siti Sarah. Saya memohon dan memperoleh jawatan pemberita percubaan. Tepat sebulan lalu, pada 16 Jun, gelaplah 43 tahun saya menjadi wartawan.

6. Cinta lara saya terhadap Siti Sarah kekal bisu sebagai legasi jiwa remaja yang sarat dengan asmara. Terima kasih Siti Sarah, di mana pun anda berada.

7. Dan kepada Allahyarham ayah saya, yang kalau tidak kerana kata dua dan aspirasinya, saya mungkin meneruskan cita-cita zaman kanak-kanak untuk menjadi penjerat burung yang terhebat di kampung saya, sehebat datuk saya. Kata ayah (dengan izin): “Hang mengaji pandai-pandai atau jadi macam aku ikut pungkur kerbau.”

8. Ayah lulus darjah empat sekolah rumi dan empat tahun sekolah pondok, menjadi pesawah, peniaga kecil, anggota Home Guard and politikus kampung. Tetapi dia seorang Melayu yang intelektual yang mendahului zaman serta tempat mastautinnya.

9. Dia memperkenalkan saya kepada Gamal Abdel Nasir, Soekarno, Dr Muhamed Hatta, Kwame Nkrumah, Jomo Kenyatta, Fidel Castro, Ho Chi Minh dan Marshall Tito dan kepada hikayat erotik Seribu Satu Malam yang saya curi baca. Dia juga, dengan izin, seorang “buffalo whisperer” - pembisik kerbau - yang hebat. Dia boleh memerintah kerbau yang membantunya di bendang untuk berjalan, berhenti, pusing kanan dan kiri. Terima kasih ayah, moga-moga rohmu sentiasa dirahmati.

10. Kepada emak yang tidak kenal abc dan alif ba ta. Wanita kampung yang buta huruf inilah yang melahirkan dan membesarkan lapan orang anak dalam suasana yang serba kekurangan. Wanita yang masih mengusap rambut saya dan mencium saya seolah-olah saya tidak pernah dewasa. Terima kasih emak. Moga-moga Allah panjangkan usiamu.

11. Dalam suasana dunia baru tanpa sempadan di mana ramai ibu bapa lebih berupa “pembuat dan pengeluar” daripada pendidik, mempunyai ibu bapa yang peka dan peduli adalah rahmat yang sangat besar.

12. Kerana itu jugalah dalam penulisan saya, saya kerap menyentuh tentang peri perlunya amalan keibubapaan yang sempurna dan unggul.

13. Saya juga, seperti banyak saudara saudari di sini, tidak akan berada di mana kita berada kalau tidak kerana guru-guru kita yang peduli, komited dan penuh pengorbanan seperti Allahyarham Cikgu Datuk Shaari Abu Bakar, guru besar saya di Sekolah Melayu Pendang pada tahun 50-an yang telah saya ceritakan berulang kali.

14. Dialah guru dan dialah bapa pengganti (surrogate father) pendidikan saya. Saya telah menceritakan bagaimana pada suatu hari dia menyatakan yang dia akan membawa saya menduduki satu peperiksaan di Alor Setar. Dengan kereta Morris Minornya, dia membawa 5 orang murid darjah 4 untuk menduduki peperiksaan Special Malay Class Entrance Examination.

15. Kerana tidak tahu hujung pangkal saya gagal. Pada tahun berikutnya, beliau membawa saya sekali lagi untuk menduduki peperiksaan yang sama. Kali ini saya berjaya. Maka bermulalah pendidikan aliran Inggeris saya.

16. Cikgu Shaari telah lama kembali ke rahmatullah. Tetapi bersama kita hari ini ada seorang lagi guru seperti itu yang mengajar saya bahasa dan sastera Melayu dan lebih daripada itu, mengenai kesederhanaan dan dedikasi. Terima kasih Cikgu Datuk Wan Shamsuddin Wan Mohd Yusof, Tokoh Guru Kedah, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Maal Hijrah Kedah.

17. Banyak lagi orang seperti itu dalam hidup saya - daripada gadis-gadis jelita yang buat mereka saya tuliskan puisi dan seloka cinta kepada orang politik yang mengajar saya bahawa kebenaran (truth) tidak semestinya fakta tetapi apa yang umum percaya dan Dugalia Huso, mangsa pembersihan etnik orang Serbia di Bosnia Herzegovina Serbia yang diseksa semata-mata kerana dilahirkan tidak sempurna.

18. Kepada Allahyarham Tun Ghazali Shafie aka King Ghaz yang menengking saya di hadapan ratusan orang besar di Lapangan Antarabangsa Subang pada 1981. Akibat tengkingan itu saya mendalami hal-hal berkaitan perang saraf dan dasar luar Malaysia.

19. Saya bertuah kerana perjalanan kewartawanan saya telah mencakupi zaman semua Perdana Menteri Malaysia – bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera, anak raja yang jiwanya bersama rakyat jelata. Tunku yang tidak berpura-pura tentang dirinya dan tidak membezakan antara seorang wartawan veteran dengan pemberita muda seperti saya.

20. Membuat liputan kegiatan Tunku pada tahun-tahun akhir pentadbirannya dan tahun-tahun awal kerjaya saya adalah pengalaman yang menjadi akar tunjang dan tiang seri karier saya. Pernah suatu ketika dalam lawatan ke Langkawi, wartawan-wartawan kanan meminta ulasan Tunku mengenai kenyataan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew. Tunku cuma menjawab dengan dua patah perkataan yang tidak sedap pada pendengaran.

21. Saya tidak melaporkannya. Sebaliknya saya menulis mengenai rancangan Tunku memajukan Langkawi menjadi destinasi pelancongan. Keesokan harinya saya terperanjat besar dan bos-bos saya di Kuala Lumpur marah besar kerana saya, dengan izin telah “missed” satu berita yang besar di mana Tunku dilaporkan telah mengecam hebat Encik Lee.

22. Saya bergegas ke pejabat Utusan Melayu di Alor Setar dan bertanya wartawan “eccentricnya”, Pak Mansor Tobeng bilakah Tunku menyatakan hal seperti yang dilaporkan oleh Utusan Melayu, Straits Times dan Straits Echo itu?

23. Pak Mansor menjawab, dengan Tunku kita boleh membuat interpretasi kenyataannya asalkan telahan kita itu tepat dan positif. Peristiwa itu memperkenalkan saya kepada “interpretative reporting” secara literal dan kepada keistimewaan – privilege - yang dinikmati oleh wartawan.

24. Seperkara lagi yang saya pelajari mengenai Tunku adalah masa terbaik mendapatkan maklumat dan ulasan daripada beliau adalah selepas beliau menang golf atau selepas tidur sebentar selepas makan tengah hari.

25. Sekali pernah Tunku memberikan saya interview eksklusif mengenai perjanjian pertahanan 5 negara yang membabitkan Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand. Interview ini berlangsung di bawah sayap kapal terbang di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

26. Entahlah, mungkin saya nostalgia atau zaman sudah berubah dan yang berlalu itu tidak akan kembali lagi, tetapi pada awal-awal kemerdekaan tanah air kita sehingga beberapa dekad selepas itu, wartawan – tua dan muda – mudah berjumpa untuk bertanya dan mencari berita daripada pemimpin segenap lapisan sehinggalah Perdana Menteri.

27. Walaupun ancaman komunis bersenjata masih berlaku, Perdana Menteri awal seperti Tunku dan Tun Abdul Razak seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan peribadi mereka.

28. Ke mana pun mereka pergi, mereka dikelilingi rakyat. Polis dan tentera berada jauh, sekadar melihat dan mengawasi. Tidak wujud pada waktu itu istilah turun padang kerana pemimpin yang dipilih rakyat sentiasa berada di padang, sawah dan bendang, kebun dan ladang bersama rakyat jelata yang memilih mereka.

29. Kata pujangga, masa berlalu suasana berubah. Hari ini, sama ada kerana kesilapan menggunakan bahasa atau kecetekan pemikiran, kita setiap hari membaca tentang pemimpin dan pembesar turun ke padang seolah-olah wujud kekangan dan pemisahan di antara yang dipilih dan yang memilih.

30. Hari ini, wartawan tidak lagi perlu berkejar ke hulu-hilir berebut-rebut mencari telefon awam, meminjam telefon balai polis dan kedai kopi cina untuk menghantar berita.

31. Mereka tidak perlu lagi mengetuk kuat mesin taip Royal, Underwood atau Olivetti. Mereka tidak perlu lagi belajar menggunakan teleprinter dan membaca pita berlubang (perforated tape). Mereka tidak perlu lagi mencari pejabat Western Union di Wall Street, memberi wang saku kepada pengendali mesin teleprinter di Kantor Pos, Jalan Jeneral Sudirman di Jakarta atau membawa kad kredit International Telecommunication Union (ITU). Segala-galanya ada di hujung jari.

32. Mungkin kerana itu jugalah kreativiti seperti yang saya ketahui pada zaman saya dan diajarkan di kelas-kelas kewartawanan, mula menjadi sesuatu yang asing bagi banyak pengamal media.

33. Pembacaan, penyelidikan dan artikulasi telah digantikan oleh jalan pintas Google dan Yahoo di mana potong dan tampal sudah menjadi amalan. Tidak hairanlah kalau plagiarisme dan ciplak telah menggantikan kreativiti dan ketulenan.

34. Menjadi pemberita mudah. Tulis berita jadilah kita pemberita. Tetapi untuk menjadi wartawan yang unggul dan berguna kepada masyarakat, lebih sukar daripada itu. Sedikit sebanyak ia memerlukan ketekunan, keberanian dan pengorbanan. Ia memerlukan kecintaan kepada ilmu dan keinginan untuk berkongsi idea dengan khalayak.

35. Wartawan, hatta betapa baik dan mesra wataknya tidak mempunyai kawan. Kerana kawan boleh menjadi lawan dengan sebaris tulisan atau seminit ucapan. Wartawan hanya mempunyai kenalan.

36. Tetapi sekiranya kenalan boleh menjadi sahabat yang abadi, maka terbuktilah bahawa masyarakat sudah boleh menerima kritikan dan mengiktiraf peranan media sebagai pelapor, pengajar dan penghibur. Itulah suasana unggul yang saya rasa yang perlu diwujudkan iaitu wartawan bebas membuat laporan dan ulasan tanpa khalayak berasa bahawa ada agenda di sebaliknya.

37. Untuk menyemarakkan suasana yang unggul itu, wartawan haruslah lebih gigih, lebih bersedia belajar, lebih berani menyatakan pandangan dan tidak terlalu akrab dengan kelompok-kelompok kuasa sehingga mereka menjadi terikat dan terhutang budi, dan kerana itu tidak dapat lagi berkarya dengan bebas dan terbuka.

Wallahualam.

Terima kasih.

54 comments:

Shaiful Zaidi said...

Salam..Tahniah Tuan atas anugerah yang diterima.

Anonymous said...

congrats,

to me, and to some of us, you are still our greatest 'sifu' in journalism.

Azwan Othman said...

tahniah datuk.

Pengembara said...

Assalamualaikum Datuk

Thaniah di atas anugerah tersebut.

Mustapha Ong said...

Dear Bro KJ,

Askum,

I may not be the first one to congratulate you on your outstanding journalist achievements and MPI recognition, but it's from my heart and soul to share this honour with you, my dear friend for the last few decades.

Not only your wife and family members are proud of you bro, but also all your friends and associates.A special thanks to DPM Tan Sri Muhyiddin and his ghazal partner Puan Sri Noraini, who had so beautifully graced the occasion with such a dignity and respect for you and your achievements.Thank you to our friend bro Chamil Wariya for having invited me and gave the opportunity to meet all my fellow journalist friends of new and old.

Well done and semoga Allah sentiasa dengan "hang" dan mohon melanjutkan usia mu dengan sihat wa'afiat, insyaAllah.Hope to see you again at your celebration party!

Jaja said...

Salam hormat DAKJ,

Tahniah Datuk.

langitbiru said...

Tahniah Dato'

samagreen said...

Walaupun teman jarang skali beri komen dlm blog ni, tapi teman slalu mengikutinya!

Datuk mengingatkan kami tentang kampung, sawah bendang dan lain2 seumpamanya > dan tak secara langsung mengajar masyarakat tentang sejarah dan jatidiri.

Sy percaya penulisan 'jujur ikhlas' datuk disenangi kawan dan dihormati lawan > walaupun kadang2 boleh membuatkan kawan dan lawan tak dapat duduk senang.

Tahniah atas anugerah 'Tokoh Wartawan Negara'

samagreen said...

Walaupun teman jarang skali beri komen dlm blog ni, tapi teman slalu mengikutinya!

Datuk mengingatkan kami tentang kampung, sawah bendang dan lain2 seumpamanya > dan tak secara langsung mengajar masyarakat tentang sejarah dan jatidiri.

Sy percaya penulisan 'jujur ikhlas' datuk disenangi kawan dan dihormati lawan > walaupun kadang2 boleh membuatkan kawan dan lawan tak dapat duduk senang.

Tahniah atas anugerah 'Tokoh Wartawan Negara'

azhar said...

Salam DAKJ

Tahniah.

Hanezam said...

WoW!!

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk,
Satu lagi garapan ucapan Datuk yang "senang" dibaca. Urutan dan garapannya begitu menarik, memang sesuai anugerah itu untuk Datuk. CUMA, apabila menyoroti pencheritaan tentang Datuk dgn Tunku....saya seterusnya MENANTI untuk menyoroti tentang Datuk dengan Tun M, tapi sayangnya tiada.....agak kecewa saya. Bukan kerna Datuk agak hampir dengan beliau tetapi jangkawaktu dia memegang teraju pemerintahan negara agak lama.Eranya adalah era profilik...maka seharusnya ada perkara masam masin yang boleh dikongsikan bersama. Jadi pencheritaan dengan pemimpin terdahulu itu seolah-olah tergantung. Banyak pertanyaan dalam diri saya kenapa zaman Datuk dgn Tun M didiamkan. Wbp, itu hak Datuk...saya tetap bangga dan puas apa yang Datuk nukilkan semula. TAHNIAH Datuk daripada saya...Ikhlas.

Mohd Taib Kamin said...

Assalamualaikum dan Salam Tahniah kepada Dato' yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara. Jika tidak silap Dato' adalah tokoh wartawan kesembilan yang menerima Anugerah tersebut sejak ianya diperkenalkan.

Saya percaya nilai anugerah yang Dato' terima bukanlah diukur dengan nilai RM30,000 yang Dto' terima kerana wang sebanyak itu boleh dihabiskan dalam tempoh 30 hari, 3 minggu, 3 hari atau 3 jam sahaja. Bukan juga dengan sehelai sijil penghargaan yang di'frame'kan dan digantung didinding sebagai tatapan dan kenangan Dato' dan anak cucu Dato'.

Bagi saya, Anugerah yang Dato' terima selepas 43 tahun bergelumang dengan suka, duka dan cabaran2 dalam dunia kewartawanan adalah satu pengiktirafan yang tidak ternilai kerana sudah pasti hanya orang yang layak sahaja yang patut menerimanya. Dan Dato' layak memerimanya.

Saya tertarik untuk mengulas sedikit kata2 Dato' dalam ucapbalas penerimaan Anugerah tersebut terutama apabila Dato' menyatakan '......dan untuk menjadi wartawan yang baik, kita mesti ada ketahanan, keberanian serta komited pada ilmu'. Sebagai tokoh wartawan dan penenerima Anugerah tertinggi negara, pastinya apa yang Dato' ungkapan itu berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan ilmu kewartawanan yang ada pada Dato'. Saya juga percaya untuk menjadi wartawan yang baik adalah amat sukar kerana etika kewartawanan itu sendiri merupakan amalan yang perlu ada pada sesaorang wartawan. Berbeza dengan konsep wartawan hari ini yang mengamalkan konsep 'copy and paste' seperti yang Dato' katakan. Itulah sebabnya hari ini kita banyak membaca berita saman menyaman yang melibatkan akhbar dan wartawan.

DiMalaysia hari ini terdapat lambakan akhbar termasuklah portal2 berita diinternet yang cenderung menghidangkan berita2 yang bersifat sensasi, manipulasi, separuh masak, tohmah dan fitnah. Berita2 seperti ini biasanya menarik minat pembaca dan dapat mempengaruhi mereka untuk mempercayainya. Tidak secara langsung akhbar2 ini memdidik pembaca atau pengikutnya menjadi 'jahat' juga. Apa akan terjadi kepada generasi akan datang jika perkara seperti ini berterusan?

Dunia tanpa sempadan hari ini telah sedikit sebanyak berjaya menghakis cara manusia berfikir sehingga ada yang sanggup menukar 'haram' jadi 'halal', 'auta' dilihat sebagai 'fakta' dan sebagainya. Perkara ini berlaku kerana nafsu tamak yang tidak dibendung. Saya percaya ada dikalangan wartawan yang dupah untuk melanggar etika kewartawanan dan wartawan seperti inilah yang merosakan reputasi kerjaya kewartawanan itu sendiri.

Saya berharap selepas ini Dato' akan lebih berani dan komited untuk menurunkan ilmu yang Dato' ada kepada wartawan muda agar mereka menjadi wartawan sebaik Dato', wartawan sejati supaya mereka juga berkeupayaan 'melihat dan meganalisis segala spektrum sejarah dan peristiwa yang berlaku dalam negara' dengan lebih jujur dan berdasarkan fakta bukan sekadar wartawan 'copy and paste'. Wallahualam.

TAHNIAH sekali lagi untuk Dato'.

mohd yusof taib said...

salam dato. u rightfully deserved this. nice to read ur piece though i was priviledged enough to hear that from u personally except siti sarah. u certainly remind me of the days being a journalist without internet n the pains of having it published. remember the days when we had to take your phone calls from abroad at late hours giving your stories (though we had to do most of the writing). remember those days when journalista n newsroom were the main source of information n the days when journalists were normally accorded the vip treatments due to their work. u certainly taught me a lot not just being a journalist but believing in the stories that we wrote.

Ateh Salim said...

Tahniah Dato atas penganugerahan itu.

imlan adabi said...

Syabas Datuk, era mesen taip sudah berlalu. ia juga seperti berlalu zaman wartawan yang perlu berkejar ke sana sini mencari bahan. Suasana bilik berita sudah berubah. dulu bilik berita meriah, kecoh dan ada masanya mencarut. Kini serius, tegang dan bagai kaca dinding bangunan itu sendiri.
Wartawan jati tentunya berada di muka, bukan di belakang massa. Tak timbul istilah turun padang sepatutnya

A KADIR JASIN said...

Terima kasih semua. Kalau saya lambat menyiarkan komen, ia adalah kerana saya dalam perjalanan.

Mohon maaf.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ,

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada DAKJ kerana anugerah yang istimewa itu.

Wassalam.

Ibnu Din Assingkiri said...

tahniah datuk kadir.

selayaknyalah anugerah itu berada di tangan datuk.

Ibnu Din Assingkiri said...
This comment has been removed by the author.
langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Tiada perkataan lain yang paling sesuai kecuali TAHNIAH. Tahniah bukan kerana anugerah yang diberi, tetapi tahniah kerana jasa kepada masyarakat melalui bidang kewartawanan sehingga diiktiraf sebaris Negarawan.

Pendek kata, hari ini sudah “SEMPURNA” lah hidup Dato’. “Sempurna” kerana tiada apa lagi yang hendak dikejar, mahu dicapai semuanya hampir sudah lengkap.

Ramai orang Dato’, zaman awalnya hidup susah, bila sudah “sempurna” dan berjaya, bermacam-macam anugerah dan gelaran, tak cukup Dato’ mahu lagi dikejar Dato’Seri, mahu lagi dicapai Tan Sri dan sebagainya TAPI mula lupa asal usulnya, pekerja diambil bukan kalangan Melayu tapi bangsa lain kerana fikirnya Melayu ramai tiada kualiti, dan paling teruk lupa SURUHAN dan LARANGAN AGAMA. Mereka ini di umur senja menikmati kemewahan dunia ibarat “sesat dihujung jalan”.

SAYUGIA saya suka mengajak Dato’, mungkin Dato’ boleh mengalih sedikit bidang penulisan dan kewartawanan Dato’ kepada ilmu KENEGARAAN dalam perspektif Islam.

Selama ini, Dato’ mendapat ilmu kenegaraan secara langsung dari pemimpin-pemimpin Negara yang saya fikir jauh bezanya dengan ilmu kenegaraan Islam. Dalam Blog Dato’, lain yang Dato’ tulis, pembaca dan pelayar tetap memberi komen berkaitan dengan politik, kerana Dato’ sendiri dilihat sinonim dengan politik Melayu dan Negara.

SAYA yakin dan percaya Dato’ lebih dari mampu mengkaji ilmu kenegaraan Islam dan dalam masa singkat mampu memahami serta menyampaikannya kepada masyarakat melalui penulisan Dato’. Jika Dato sangsi dengan para pemimpin PAS, banyak lagi sumber ilmiah gedung ilmu dalam dan luar negara. Inilah masa yang baik untuk “BERNIAGA DENGAN ALLAH”.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

berasiam said...

salam Datuk A Kadir Jasin

tahniah atas anugerah yang diterima, yang bagi saya sudah tertangguh masanya sejak sekian lama. semoga anugerah ini akan menyemarakkan lagi kerjaya penulisan dan menajamkan lagi minda kritis Datuk untuk khalayak yang senitasa mendambakannya.

tahniah Datuk.

Azlan Ali said...

Tahniah, Dato' A. Kadir Jasin. Lucu jugak ceritanya tentang your dream girl. I enjoyed most of your blog entries. It gives me a sense of having a somewhat balanced perspectives on issues. Pretty much keeps my sanity intact, if I may say so. And I always remind myself there will always be two sides of a coin. Thank you.

The World of Islam said...

Teruskan usaha jihad dato dalam bidang penulisan bagi menyedar minda rakyat dan pemimpin, penyegar budaya dan pendokong Intelektual yang mantap!

ab said...

Salam dato,


Tahniah.

Semuga itu jadi pencetus kuat untuk terus menulis dari `hati'.



Abu Bakar Ab Rahman

Kolek Kecil said...

Tahniah Datuk.

mekyam said...

anugerah yg amat setimpal. tahniah, tok scribe! :)

mekyam said...

tahniah, tok scribe! anugerah yang sungguh setimpal. :)

Md Noq said...

Tahniah Datuk . Peminat tulisan Datuk sejak sekian lama . Imbauan Datuk kesah kesah lama di Kampung berkesan sekali pada saya dan anak anak

Masmanja said...

Tahniah Dato
MOga Dato terus menyumbang untuk negara.

Prince of Noob said...

tahniah atas anugerah yang diterima... saya baru tahu daripada berita kat situ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaansekatmediatakbenar_/Article/artikel

dalam berita tu tulis 'Kerajaan sekat media tak benar', bagi saya memang kerajaan tidak sekat media seperti internet, cuma kerajaan menyekat media2 mainstream seperti akhbar2 utama, berita2 utama di television, radio2 dan lain2...

di media2 mainstream ini hanya memaparkan kebaikan kerajaan sahaja dan keburukan pembangkang. jarang kita baca berita mainstream yang mengkritik kelemahan kerajaan dan memaparkan kebaikan pembangkang...

adakah kerajaan memang terlalu sempurna sehingga tiada sebarang kelemahan untuk dilaporkan dan adakah pembangkang terlalu buruk sehingga tiada sebarang kebaikan yang boleh dilaporkan?

saya masih impikan sebuah media yang betul2 neutral dan adil yang berhak memuji dan mengkritik sesiapa sahaja termasuk kerajaan bn dan pembangkang pr...

mohon pencerahan daripada datuk a kadir jasin...

- ikhlas dari saya, Prince Noob <- mohon pembaca dapat klik dan lawat blog saya yg ohsem ini...

Anonymous said...

Assalam Datuk,

Saya merupakan generasi Y yg selama ini hanya silent reader saja blog Datuk. Nak berdebat mcm org lama saya tak berani kerana tak cukup pengalaman di ruangan komen blog Datuk. Tahniah kerana dpt anugerah dan juga tahniah kerana berjaya membuka mata saya tentang kehidupan org lama melalui coretan Datuk. Ia memberi byk iktibar kepada saya sbg generasi muda utk menikmati kehidupan akan dtg.

Tulisan Datuk yg tidak terlalu kontra dan tidak terlalu pro kpd mana2 pihak telah membuatkan saya tertunggu2 bila entri terkini Datuk keluar. Saya harap Datuk kekalkan gaya tulisan ini . Saya tak suka blog yg terlalu cenderung kpd mana2 pihak sehingga tak wujud check and balance dlm setiap entri. Tahniah sekali lg.

biskut said...

"23. ...interpretative reporting..."

hah

harian metroll selalu laporkan berita dalam bentuk ni...

A Voice said...

Tok

Tahniah di atas anugerah ini.

Saya bukan wartawan, tidak pernah bekerja di bawah dato dan hanya satu suara kecil yang cuba mencari ruang, namun saya anggap dato sebagai sifu.

Mana tidak, hanya seorang yang boleh memberi pandangan yang susah disangkal, nasihat yang sentiasa kekal dalam ingatan dan tidak lokek dengan tunjuk ajar boleh dikatakan sebagai sifu.

Sekali lagi, tahniah dato.

http:.// said...

Assalamualaikum, wbt Datuk AKJ,

Tahniah! di atas pencapaian yang telah diterima. Suatu yang amat tinggi nilainya di dalam karier Datuk sudah tentu.

Ya, seperti juga saudara Ryzal72, saya dengan khusyuk membaca tulisan Datuk mengenai Perdana Menteri, ingatkan meliputi PM yg lain. (*___*)

Semoga Datuk terus diberikan kekuatan oleh NYA berkarya, memberi tunjukajar kepada generasi muda, seperti saya.

Abgbent

Mohd Shubhi said...

Salam. Tahniah!

besi said...

tahniah DAKJ...

Rawa Lanun-Bahasa said...

Terima kasih kerana cerita Siti Sarah
dan saya ucapkan Syabah dan Tahniah wahai Tokoh Wartawan Negara.

maae said...

Salam Datuk,

1.Tahniah!

2.Demi kesinambungan Negara Bangsa. Tiada yang lebih baik selain abadi kan nama yang harum mekar untuk di contohi dan dikenang warisan silih berganti.

3.Jadi lah yang BENAR. Amin.

poknik said...

Saya bukan wartawan, cuma ada sedikit luang waktu mengucapkan tahniah dan semoga terus maju.

poknik said...

Saya bukan wartawan, cuma ada sedikit luang waktu mengucap Tahniah dan terus maju, wassalam.

Lahuma said...

Dato.

Sekalung tahniah untuk Dato diatas penganugerahan yg cukup bermakna.
Syukur.

Dato adalah insan yg banyak kenang jasa,budi dan tunuk ajar orang lain.Maka bila Dato berjaya maka ramailah tumpang gembira dan kongsi kejayaan itu.

Dato tidak pernah lupa kedua ibu bapa ,guru dan siapa sahaja yang membimbing Dato.

Tidak ada ibu bapa dalam dunia yg mendoakan anaknya gagal.Mereka bangga kalau anak mereka lebih hebat drp mereka.Ibu bapa kita tidak ada cemburu,iri hati atai hasad dengki pada anaknya.Itu lah emak bapa kita termasuk ibu bapa Dato.

Kedua ialah guru kita yang akan turut bangga melihat anak muridnya berjaya.Kejayaan seorang guru ialah kejayaan seorang anak muridnya.Guru yg sejati akan kecewa bila anak muridnya gagal.

Perasaan guru dan ibu bapa adalah sama.Kejayaan kita adalah kejayaan bagi kedua insan yang berhati mulia ini.

Tahniah Dato.Selamat berbakti dan berjuang dalam bidang penulisan.

Amin.Terima kasih.

Suara Perindu said...

Salam Datuk,
Tahniah atas anugerah yang diterima. Tulisan Datuk begitu menarik, bahasa yang mudah dan kupasan cerita yang menarik. Tidak ramai wartawan hari ini yang mempunyai kebolehan seperti Datuk.

ksanee7 said...

apapun tahniah datuk. tanpa anugerah tu pun saya tetap salute dgn datuk. sya start baca blog datuk sejak 2008, zaman gelap bn. sya sekadar ingin memanjangkan doa moga datuk sentiasa sihat dan panjang umur agar dapat terus menulis demi bangsa, agama dan negara. tulisan datuk memang ikhlas dan jujur, apalagi kalau pasal politik .... jupa lagi

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Hanyalah ucapan tahniah dan saya berdoa agar pak Kadir akan terus diberkati Allah jua dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik..amin yarabbal alamin.

Berharap ianya tidak akan menambat pak Kadir dari terus berbakti dan mencurah nasihat serta pengalaman yang memberi faedah kepada semua.

Anugerah yang tertinggi diMalaysia dalam bidang kewartawanan, diharap tidak membuatkan pak Kadir terlupa rumput dibumi.(kata pepatah "Enggang sama enggang,pipit membawa diri").

abdullahngah said...

Memang pun Datuk layak diberi anugerakan tokoh kewartawanan negara 2011.

Memang kerajaan yang memerintah sejak dulu suka dengan orang macam Datuk.

Bukan tak ada bekas wartawan lain yang lebih layak dari Datuk.

Tetapi tahu sajalah memang kerajaan yang menerintah suka orang macam Datuk.

Itulah realeti kerajaan yang memerintah negara ini.

Lihat siapakah wartawan yang dipernah dianugerahkan tokoh kewartawanan negara.

Kita kenal siapa mereka itu.

shiela-suka-suki said...

Dato.

Untuk orang muda seperti saya, kata-kata hikmah dalam ucapan dato, menyentuh ke dalam hati. mencari erti sebuah keikhlasan dalam dunia kewartawanan yang mungkin sudah hilang. Dalam era siber ini, semua orang boleh menjadi wartawan melalui twitter atau fb. Tapi, keikhlasan dan kebertanggungjawaban terhadap apa yang ditulis, adalah suatu permata yang telah hilang di khalayak kita dan wajar dicari ganti dan digilap semula.

Terima kasih di atas tulisan2 yang sering menyentuh minda dan rasa, mencabar keintelektualan untuk berhujah dengan bijak, penuh hikmah dan berhemah.You're a legacy to us all.

ali ahmad said...

salam buat dato',

tahniah dan syabas kerana "ketulenan" wartawan macam dato' sudah tiada

media maya 100% ada "virus"

Mustapha Ong said...

Salam dan tahniah sekali DAKJ,

Kita sedang mencari seorang Tokoh Wartawan Negara daripada kalangan pemberita atau penulis wanita yang telah banyak menyumbang kepada dunia kewartawanan di Malaysia dan serantau.Janganlah sampai calun kita dah separuh nyawa barulah diberi anugerah ini dan itu yang tidak ada nilai penghargaan yang bermakna.

Satu cadangan yang perlu diberi pertimbangan serius oleh pihak MPI dan penganjur nya.Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

ab said...

Salam dato,


Tahniah.

Semuga itu jadi pencetus kuat untuk terus menulis dari `hati'.



Abu Bakar Ab Rahman

CT TANJUNG PERAK said...

Datuk,

Salam.

Tahniah atas penganugerahan tertinggi kewartawanan.

Long overdue but well deserved.

Nothing is too soon nor too late, kan?

Dengan bersangka baik saya menganggap Sdr Abdullah tidak tahu yang Anugerah Tokoh Wartawan itu adalah pengiktirafan daripada Institut Akhbar Malaysia (IAM) atau Malaysian Press Institute(MPI). Ia adalah pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan negara.

Panel pemilihnya, yang dipilih oleh pihak MPI sendiri, terdiri daripada Profesor Dr Ahmad Murad Merican, UiTM; Prof Madya Dr Adnan Hashim, UiTM; Profesor Dr Mohd Safar Hashim, UKM; Dato' Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid, UIA; Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk Ahmad Rejal Arbee dan Datuk Johan Jaaffar.

Mereka adalah pakar dan tokoh tersendiri dalam bidang masing-masing.

Datuk A Kadir menulis dari hati dan berhujah dengan fakta. Kalau Sdra mengikuti tulisannya sama ada dalam akhbar mahupun maya, beliau memuji dan mengkritik sesiapa saja, sama ada pembesar negara mahupun pemimpin pembangkang.

Beliau akan memuji yang mana baik dan wajar sekalipun dilakukan oleh pembangkang dan beliau akan mengkritik yang mana tidak betul dan tidak wajar sekalipun oleh Kerajaan.

Wassalam.

UMIE said...

salam..

tahniah buat Dato'...

Fuad Razali said...

Tahniah Dato'..

ucapan ini tetap hebat disampaikan oleh orang yang hebat.

katasayang said...

Dato KJ,
Taniah, dan sila boleh komen kata-kata biadap satu kristian yang masih sayang tanahair?
http://katasayang.wordpress.com/2012/07/29/takkan-melayu-hilang-di-dunia-topsy-turvy/
katasayang

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).