A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]
MUTAKHIR - KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional dan akan menyertai Pakatan Rakyat dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.
Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. - Malaysian InsiderPosting Asal
PENGUMUMAN Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin yang beliau menarik diri daripada Umno dan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang pastinya bukan berita yang diharapkan oleh Perdana Menteri merangkap presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak.
Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan. Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya.
Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.
Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.
Penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Mohd Najib yang cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu. Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.
Mohd Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.
Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.
Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Mohd Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.
Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar. Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.
Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.
Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.
Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin.
Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.
Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja. Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi.
Kesimpulannya, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak. Wallahualam.
39 comments:
bacaan tepat.yang pasti,pairin brothers kat airport tadi
Kesan penarikan diri Lajim dan politik Sabah.
Najib dah tersepit.Ia umumkan Royal commision untok siasat isu pemberian kad Pengenalan dan citizenship kapada pendatang Filipino dan Indonesia.Sekarang ia tidak berani meneruskan dengan RCI sebab orang Melayu dan UMNO marah.
Orang orang Khadazan juga marah kerana Najib tidak meneruskan dengan RCI.
Ini adalah kerana bila kita membuat keputusan tidak fikir habis habis.
Nasib BN dan UMNO diSabah amat tidak menentu.
Musa Man pula sebok dengan politiknya dan cuba mengenepikan pengaroh kaum Bajau dan Pribumi Sabah.
Good luxk Najib
Yang paling penting, melayu islam yang amanah mesti memimpin Sabah. Agama Islam mesti diperkukuhkan lagi.Lajim ukin adalah paling sesuai jadi ketua menteri Sabah jika kerajaan baru bertukar di Sabah.
Salam Datuk A Kadir,
Walaupun khabar penarikan diri Datuk Lajim dikatakan telah berlegar sekian lama, pengumuman beliau masih cukup mengejutkan. Seakan-akan pasukan politik DSN tidak melakukan sebarang usaha untuk membendung perkara itu daripada terjadi.
Apa pun kesan penarikan diri berkenaan, sempena Ramadan ini eloklah kita meneliti apa yang diperkatakan oleh Al-Qur'an tentang pendirian politik yang sepatutnya menjadi pegangan penganut Islam. Tidak kira penyokong pihak mana pun, seandainya kita mengaku beriman, seharusnya kita akur akan apa yang difirmankan oleh Allah swt.
Renungkanlah maksud ayat daripada surah An-Nisa' bermula ayat 136 hingga 140 mengenai orang-orang munafik.
136. Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan rasulNya dan kepada al-Kitab yang diturunkan kepada rasulNya, serta Kitab yang diturunkan sebelumnya. Barangsiapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah tersesat sangat jauh.
137. Sesungguhnya orang beriman, lalu kembali kafir, kemudian beriman, kemudian kafir kembali, lalu bertambahlah kekafirannya, maka Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak menunjukkan kepada mereka jalan.
138. Khabarkanlah kepada orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih.
139. (Iaitu) orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Ketahuilah bahawa semua kekuatan itu hanya milik Allah.
140. Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan (ketentuan) bagimu di dalam al-Kitab, bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang kafir), maka janganlah kamu duduk bergaul bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana (kalau kamu tetap dengan mereka) tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan orang kafir di dalam neraka Jahannam.
Dalam konteks negara kita, siapa yang berganding dengan orang kafir dan meninggalkan orang beriman dalam kepimpinan adalah amat jelas. Krisis politik Perak selepas PRU 2008 juga amat jelas untuk dikaitkan dengan kisah dalam ayat 139 khususnya. Daripada keterangan Tan Sri Harussani, apa yang berlaku di sebalik tabir memang jelas untuk diputuskan golongan mana yang boleh dikatakan munafik.
Dan dengan PRU seterusnya sudah sekian hampir, eloklah kita mengambil iktibar daripada maksud ayat-ayat ini dalam memilih pemimpin yang bakal diangkat untuk memikul amanah. Ramai yang mengaji dalam bulan yang diberkati ini dan diharap semakin ramai yang mengambil pengajaran daripada apa yang dibaca. Namun kita akur, bahawa hidayah adalah milik Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. semoga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang diberi petunjuk.
Assalamualaikum Datuk kadir,
Saya nampak Pm Najib lambat dan bodoh bertindak,punya ramai penasihat buat apa?..
Apa yg mendukacitakan kenyataan dan kajian Majlis Profesor Negara sebelum ni,semuanya baik-baik dan indah saja.
kat sabah ni semua org muda bilang "ini kali la" ungkapan utk menjatuhkan Bn
Y.Bhg Dato'@ Politik Sabah dan Serawak hanya boleh difahami oleh orang Serawak dan Sabah sahaja. Sukar bagi orang di kuala Lumpur untuk memahami isi hati dan perasaan mereka.
Keadaan menjadi gawat apabila Kuala Lumpur cuba membuat tafsiran mengikut kefahaman sendiri. Contoh yang terbaik adalah mengenai keduduokan Taib sebagai Ketua Menteri Serawak. Ikut kefahaman KL mungkin dia dah terlalu lama dan perlu di ganti.Tetapi hanya orang Serawak sahaja yang boleh menentukan samaada Taib Mahmood perlu meninggalkan jawatanya atau tidak.
Bagitu juga keadaan politik di Sabah. Sukar kita untuk membuat tafsiran samaada BN masih kukoh atau sudah lemah untuk mempertahankan fixed depositnya.Semuanya bergantung kepada percaturan poltik yang memberikan keuntungan kepada pihak yang akan menentukan keputusan terakhir pilehanraya nanti.
Lajim sebagai seorang ahli politik yang licik,mungkin telah membuat ramalan apa yang akan berlaku kepada dirinya menjelang PR13. Dia hanya memperjudikan nasibnya. Riskonya lebih kecil berbanding keuntungan yang akan diperolehinya. Dia bercita-cita besar nak jadi Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menawan Putrajaya.
Najib tidak perlu gelabah dalam menghadapi isu Lajim ini. Tindakan memecatnya sebagai Timbalan Menteri tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa selagi Lajim tidak menyertai parti lain.
Penyelesaian politik Sabah dan Serawak harus di selesaikan oleh pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan Serawak sendiri. Kehadiran terlalu ramai orang KL akan mengeruh suasana yang boleh menyumbang kepada kekalahan lebih banyak kerusi.
Kita tidak tahu keduduokan Lajim sebenar di Beufort.Mungkin dia merasakan kedudukanya sudah terpinggir,maka jalan terbaik adalah membuat perhitungan supaya biar tewas dimedan perang daripada diketepikan secara senyap dalam PR 13.
Saya menjangkakan lebih banyak perkara yang negatif akan timbul selagi Najib melambat-melambatkan PR13. Lebih baik Najib buat keputusan segera mengadakan pilehanraya dalam tempoh terdekat yang sesuai bagi mempertahankan fixed deposit yang mungkin perlu diciarkan sekiranya lebih banyak isu berbangkit.
Iklas,
Rahim
Dato, nampaknya, Sabah bukan safe deposit bagi PM Najib. Apa sudah jadi? Salam and selamat berpuasa.
All the chain of events over the years have led to this. Seperti yang telah dinyatakan oleh Tun Daim, "...generals without soldiers." The cracks are slowly showing in the coalition of the gov. of the day. The 2008 event has snowballed into the current political scenario. Politicians are opportunistic creatures. They adapt and they make changes that thay deemed fit.
Sentiments of the younger Sabahans also contributed to get their respective local politicians to review their stands in the East Malaysia political landscape. The young Sabahans wanted their dignity restored after all of these years. Mungkin mereka merasakan kekayaan bumi Malaysia tidak dikongsikan secara adil. Maka, masanya telah tiba untuk membawa perubahan yang telah lama sepatutnya dilakukan. BN tidak lagi dipercayai untuk meneraju negeri mereka. BN is perceived as a weak coalition that destoyed the East Malaysia's younger generation's dignity.
East Malaysia, especially Sabah, is no more a safe deposit...
Salam dato,
Ni kes nak tambah `rempah dan cili' untuk PRU13 !..
Kalau ada penyokong dan cukup pengundi menangla , kalau penyokong dan pengundi `tawaq' hati, bolih `rest'la lepas PRU...
Satu kerusi hanya ada satu wakil, nasib la yang kalah...cuba lagi PRU14, kalau ada umuq...
Abu Bakar Ab Rahman
Dato.
Apa kesan pada BN bila Lajim tarik diri dari UMNO.
Mana ada lagi kesetiaan dan keluhuran pada parti.Dia punya hisab congak mana untung rugi.Antara kuasa dan temolok.
Demam PRU 13 semua kalut.
Semua pemimpin atau yg dipimpin pakat jadi kalut.Satu takut hilang kuasa.Satu lagi mimpi akan berkuasa.
BN kalut.Pakatan Rakyat pun kalut.Macam cacing panas.
Ada ulamak keluar parti Islam masuk parti Melayu.Ada pula artis masuk parti Islam tak minta parti Melayu.Begitulah sandiwara pentas politik kini.
Yang enjoy dan gembira dan seronok amat sangat ialah politik bukan Melayu.Tarian singa tetap tak berubah.Yang berubah tarian joget dan zapin.Itulah hebatnya politik Melayu.
Dato.
Isu Lajim ini kalau kita pun dengar banyak cerita dan isu dalaman mereka di Sabah.Kesian pengundi Sabah.
Agaknya Lajim ini ada isu dengan Musa Aman.Hingga tak jadi aman politik Sabah.
Nampak gaya Najib kena lenjut lagi PRU 13.Kesimpulan majlis profesor negara pun bukan betul sangat.
Bukan rahsia lagi BN akan tenat juga di Sabah.Najib pun tahu perihal politik Sabah.
Itu Sabah.Sarawak pun serupa juga.Semenanjung macam pasang surut.
BN jolok Pakatan Rakyat di Semenanjung.Pakatan rakyat pula jolok BN di Sabah dan Sarawak.
Shafie Afdal apa cerita pula.
Itulah Sabah.
BN kian tergugat.
Memang betul ramalan Dato Kadir Jasin. Ini semua diakibatkan oleh UMNO. Mahathir Mohamad is also wholly responssible for what is happening today in UMNO. He should shut up from now and babysit his grandchildren. The other factor is this year's Hari Kebangsaan's theme
Salam Dato'
Adakah UMNO Semenanjung tidak memahami kehendak dan naluri UMNO Sabah?. Jika UMNO tidak memahami UMNO maka tunggulah kehancurannya.
YANG PENTINGNYA MELAYU ISLAM YANG AMANAH MESTI MENJADI KM SABAH YANG BARU BUKAN NYA MELAYU ISLAM YANG KORUP.
Dalam tulisan saya dalam blog ini dan dakam majalah Business Times, saya telah beberapa kali menyebut iaitu sekiranya Perdana Menteri gagal menangani kemelut politik BN negeri dan peranan Istana dalam penentuan Menteri Besar, beliau akan mengalami masalah yang sama atau lebih buruk daripada yang dialami oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Perkembangan di Sabah menunjukkan beliau sama ada tidak menangani politik BN negeri atau cara beliau menanganinya tidak berkesan.
Apa yang berlaku di Sabah sehingga ini akan memberi idea kepada "warlords" lain di negeri itu dan mungkin merebak ke Sarawak.
Kalau PR berjaya pada PRU akan datang ia bukan sangat kerana ia kuat, tetapi kerana BN lemah.
PM dan penasihat serta pegawai khas beliau yang begitu ramai perlu fikir semula keberkesanan dan kesesuaian dasar tabur duit dan janji, kerana takut-takut duit diambil tapi undi tak dibagi.
Banyak juga rakyat jelata yang berasa malu hendak terima "duit pilihan raya" kerana mereka berasa seolah-olah undi mereka boleh dibeli dengan RM100 atau RM500.
Terima kasih.
Dalam tulisan saya dalam blog ini dan dakam majalah Business Times, saya telah beberapa kali menyebut iaitu sekiranya Perdana Menteri gagal menangani kemelut politik BN negeri dan peranan Istana dalam penentuan Menteri Besar, beliau akan mengalami masalah yang sama atau lebih buruk daripada yang dialami oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Perkembangan di Sabah menunjukkan beliau sama ada tidak menangani politik BN negeri atau cara beliau menanganinya tidak berkesan.
Apa yang berlaku di Sabah sehingga ini akan memberi idea kepada "warlords" lain di negeri itu dan mungkin merebak ke Sarawak.
Kalau PR berjaya pada PRU akan datang ia bukan sangat kerana ia kuat, tetapi kerana BN lemah.
PM dan penasihat serta pegawai khas beliau yang begitu ramai perlu fikir semula keberkesanan dan kesesuaian dasar tabur duit dan janji, kerana takut-takut duit diambil tapi undi tak dibagi.
Banyak juga rakyat jelata yang berasa malu hendak terima "duit pilihan raya" kerana mereka berasa seolah-olah undi mereka boleh dibeli dengan RM100 atau RM500.
Terima kasih.
Datok.
Saya setuju dengan Komen Dato,Wang yang ditaborboleh Najib tidak boleh menjamin kemenagan Dalam Pilehan Raya.Sebab itu dalam meshuarat Biro Politik minggu lepas Najib bertekak dengan Mahayuddin.
Mengikut Tun Daim,Najib perlu merombak samula kabinetnya dan mengeluarkan semua menteri yang tak perform,kemudian panggil pilehan Raya.Beritahu Raayat mereka ini akan dilantek samula dalam kabinet jika BN Meneng.
Najib perlu kurangkan pengaroh First lady dan belajar dari LKY bagaimana hendak menegani Parti Pembangkang.
Salam DAKJ dan Semua "Pelayan",
Pertama selamat menjalani ibadat puasa - semuga berjaya menjadika kita orang yang bertaqwa.
Komen saya ialah ahli politik Malaysia anggap rakyat dangkal dilihat dari cara mereka berpolitik, terutama BN. Maaf kerana saya cakap macam ini tetapi lihatlah bagaimana pelbagai isu dimainkan seolah-oleh rakyat hidup di zaman batu, tidak boleh fikir dengan waras.
Sampai kempen nak menang sehingga kepada mengungkit dan merayu. Lihat saja kempen "Janji Ditepati", ini apa sebenarnya? Telah menjadi tanggungjawab pemerintah mentadbir sebaik mungkin jadi tak payah ungkitlah. Tak perlu mendabik dada kata aku yang terbaik dan orang lain tak boleh buat macam aku. Itu satu penghinaan kepada rakyat.
Jadi pm duduk selesa suasana tenang di putra jaya tak macam kat sabah dan di sarawak sukar hidup nya tak terkata yang jadi pemimpin seolah-olah lupa apa yang berlaku di 2 negeri ini,Rakyat sabah dan sarawak yang ada di semenanjung sentiasa menghantar berita positif di negeri selangor yang kehidupan nya selesa air pun percuma cukai pintu tak naik dari 2008 hingga kini semua berita ini di sampaikan kesana untuk rakyat sabah dan sarawak berfikir yang penting para pemimpin disana mula mendengar denyut nadi rakyat nya.Isu gaji minima juga telah di ulas begitu baik sekali oleh penasihat PKR apakah rakyat sabah dan sarawak ini 2nd kelas dan semenanjung 1st kelas ini la kesilapan pm yang punya penasihat tapi tak tahu menasihat mereka all the yes....kapal kalau nak karam bermula dari kebocoran kecil lalu hendak di tampal namun kebocoran nya tak dapat di bendung. Jangan ada kebocoran berlaku adalah lebih baik jika sudah bocor tampal macam mana pun tetap akan bocor juga. Mungkin akan ada lagi para pemimpin yang akan keluar dari BN di sarawak atau sabah sebelum PRU13 kerana kerajaan sudah tidak konsisten lagi hari kebangsaan punya logo pun kena tukar ini menunjukan satu bukti kebodohan yang duduk dipuncak tu tak tahu apa2 bila di keluarkan sahaja bantahan menerjah masuk ambil jalan mudah tukar....slogan janji ditepati pun sudah di ubah oleh mereka2 yang dibawah JANJI DITEPATI....NUN DISANA AMBIL KILO KITA AMBIL KATI....Nilai nya mudah kilo lebih tinggi dari kati,,,,mungkin benar kata KU LI kekalahan UMNO/BN itu lebih baik,,,dari menang rakyat yang menjadi tegang leher....
Banjir sudah melanda ribut dan taufan juga akan membadai BN/UMNO sabah bukan salah siapa salah pihak pemimpin yang ada kepentingan peribadi dan bukan peribadi,Semua nya pentingkan diri sendiri akhir nya rakyat nampak sudah akan kebocoran kapal BN/UMNO jadi apa lagi keluar la dari kapal tersebut nak tunggu apa karam nanti....
Demikianlah tindakan orang umno.
Itulah budaya mereka
Orang kuat umno Perak keluar umno menyertai keadailan dan masuk semula.
Tak salah saya dalam seminggu fikirannya boleh berubah.
Demikian juga tindakan Lajim ukin.
Pada saya bukan retak, cuma gimik politik mahukan perhatian lebih pusat diberi kepada Sabah.
Demikianlah budaya dalam umno.
I think Lajim and Bumburing will become a “Big Boomerangs” for Najib. They will cut-off UMNOBN Sabah easily. What else Najib can do now? Ooo… He is still in a very good mood giving RM43millions “Duit Raya” to Felda settlers. Giving Duit Raya or hidden bribery? Ah Jib Goa* said in Sibu before, “You help me, I help you” .I always love to follow Ultra- Malay political game-changer. So funny! hehehe!!!
Salam dato,
Dah sampai masa PM betui betui `switch off' itu mesin recycle ahli politik....
Rekindled punya pun tak mau jugak.
Reused pun tak mau.
Refreshed kadang kadang layu dan jadi kayu jugak.
Freshies ok laa..
Abu Bakar Ab Rahman
Najib will die standing or will die as the captain of the sinking Titanic.
Or will he abandon ship before it sinks?
Salam DKJ
Saya nak mengulas perletakan jawatan Lajim tapi dari sudut yang lebih besar.
Pada pendapat saya sebagai seorang pengundi, biarlah Lajim, Bumburing atau siapa saja yang ingin meninggalkan UMNO/BN berbuat demikian.
Tidak sedikit pun saya berasa hampa atau kecewa mahu pun takut dengan tindakan mereka.
Pada saya zaman 'si kononnya warlord' boleh menikam parti dari belakang sudah berakhir dan sepatutnya 'diakhirkan' jika kita semua rakyat Malaysia benar-benar ikhlas mahukan politik yang lebih matang.
Selagi kita rakyat Malaysia yang menjadi pengundi masih bangga dan beremosi bila dikudakan oleh lembu-lembu politik (hanya dalam politik sahaja lembu boleh memperkuda)yang menggelarkan diri mereka pejuang @ warlord, maka selagi itulah kita akan diperbodohkan.
Kita kena nilai secara matang tanpa emosi tentang kerajaan yang mana kita mahu memimpin negara kita. Kalau kita sudah sediakala bodoh dengan memilih sipeliwat, siperasuah, sipemalas, sipenyalahgunakuasa, atau mana-mana si dari parti politik manapun, maka kita janganlah marah bila kita esok dilayan hina seperti lembu oleh bakal-bakal pemimpin kita. Jangan salahkan mereka. Kerana kita juga yang bodoh seperti lembu yang memilih mereka sebagai pemimpin.
Sepatutnya kita menggunakan kuasa undi kita secara bijak dengan MENGUGUT mana-mana parti bahawa 'undi aku hanya untuk pilihan pemimpin yang insyaAllah bertanggungjawab, amanah serta berwawasan'.
Barulah parti-parti politik Malaysia dari kedua-dua belah pihak Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional menghormati kita. Barulah mereka benar-benar menghargai nilai setiap undi kita.
Soalannya, SUDAH MATANGKAH KITA PARA PENGUNDI SEKELIAN?
Atau KITA MASIH BANGGA BILA DILEMBUKAN OLEH WARLORDS SIKERIS LEMBIK?
Dato.
Demekianlah betapa peningnya kepala Najib sebagai PM ,Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
Najib ada banyak penasihat dan pegawai kiri dan kanan.
Apakah sumbangan mereka untuk meringankan pening-pening kepala Najib.
Saat Najib berhempas pulas dengan pembangkang yang amat lincah dan bertenaga kini sebenarnya Najib memerlukan satu barisan atau pasukan yang mantap dan berkualiti lagi terkehadapan.
Pasukan yang sebaris dengan Najib jelas kurang tenaga yang handal.Banyak bergantung banyak pada jentera kerajaan.Anadai lah tanpa jentera kerajaan Najib akan keletihan dalam sepak terajang politik yang sedang diterajuinya.
Lajim sudah buat press confrent kerana dia VIP.
Apahal dengan penyokong yang tanpa buat pengumuman dan lebih ramai.
Kesan tetap ada.Luka tetap berdarah.BN dalam lemah bukan kuat dan ampuh.
UMNO/BN rosak dari dalam bukan dari luar.Ramai tukang komen berkata ramai Si Kitol Alaf Baru dalam UMNO.
Ini lah badai yg sedang menghempas BN/UMNO.Baru giliran BN/UMNO.Tidak mustahil parti juga akan menghadapi isu yg sama juga.
Dalam politik asasnya siapa kuat .Siapa lemah maka lemaslah dia.
Terima kasih.Selamat berbuka puasa pada Dato dan sekeluarga.
Najib mangkok hayun ni patut resign, takder idea nak bangunkan negara, kejap2 bagi duit kat tokong cina, sekolah cina, tokong hindu, yg sekolah melayu pulak kena mintak sedekah, nak beli kertas A4 pun dah abis pitih.
Resignlah, bagi Muhyidin pulak. At least you are lebih mulia dari nik aziz yg tak nak turun2, nak jadi Gadafi ker
YBhg The Scribe
Salam Hormat
Apakah isu-isu besar yang menjadi isu PRU13 nanti di Sarawak dan Sabah?
Be factful, please, Dato'
Salam Dato'
Kadang-kadang saya rasa betul-betul frust dengan permainan politik di sini. Apakah yang berlegar dalam kepala mereka ni? Taburkan wang, rakyat sambut. Saya cuma tengok dari jauh. Macam-macam berlegar di dalam fikiran kecil. Tabur lagi. Sambut lagi.
Di seberang sana, ETP & GTP diteruskan. Begitu sofistikated sekali pelan induknya. Merealisasikan negara ke high income socio-economy strucuture, mengejar wawasan 2020. Tapi jurang ekonomi semakin dalam, semakin luas. Tabur lagi wang saguhati, rakyat sambut dan senyum seketika.
Apakah ini cara yang betul? Mungkin ini membuat rakyat bersyukur dan bergembira seketika. Saya tak pernah sambut wang sebegini. My dignity tells me not to. No matter how hard things get, my dignity tells me to try harder, no matter what it takes. No matter how weak I have become with age, my dignity will always remain intact, insyaallah. Tapi akan tetap ada, bila ditabur, akan disambut sambil tersenyum seketika.
But I believe one day we will move away from this sort of 'rituals'. Rakyat is slowly progressing and this nation will be a great nation led by great people, with or without Barisan Nasional or Pakatan Rakyat. We will have dynamic young people for the future, insyaallah.
Tapi tali yang telah berpintal dan kusut harus dileraikan dulu supaya boleh menjadi lurus kembali.
Assalamualaikum pak Kadir
Itu yang selalu disebut,"politik kotor",para pemainnya sememangnya dari gulongan manusia yang pandai mencari kesempatan.Tanpa mereka politik akan jadi lesu dan tidak berkembang,jadi benarlah kata kata bahawa "sibodoh makannan sicerdik".
Salam. Mungkin tulisan kerdil di bawah boleh menambahkan lagi sedikit maklumat mengenai Lajim dan tindakannya.
http://khusairitgmalim.blogspot.com/2012/07/lajim-ukin-dalam-kenangan.html
salam dakj
keluar masuk parti sejarah biasa sahaja sekarang.tak kira parti.Kalau tak peminpin ahlinya.
orang politik sekarang kadangkala berpolitik untuk kepentingan diri sendiri dahulu baru kemudian negeri atau negara.
malaysia ini luas orang -orang yang berpolitik dengan dasar kepentingan sendiri biasanya tak kemana perginya begitu juga parti yang terlalu kecil.
Salam DKJ selamat berbuka puasa semoga sehat wal afiat. Ya apa yang berlaku di sabah dan sarawak adalah satu cabaran yang kuat bagi UMNO/BN. Kerana pemimpin dikuala lumpur yang ada pada masa ini tidak memahami hasrat dan denyut nadi rakyat di dua negeri ini jadi apa yang berlaku pasti menyulitkan lagi nak mengadakan PRU 13, Suasana yang ada pada hari ini amat menyukarkan lagi peluang BN sama ada di sabah atau sarawak bahkan di semenanjung pun terlalu sukar untuk mencapai kemenangan. Kesukaran BN hendak menembusi kubu mereka sendiri pun amat sukar pada masa ini....harap gantung bendera sahaja tapi kekuatan dalaman tidak ada....fikirkan la kemana arah politik orang2 melayu pada era kini...
Mati Semut Kerana Gula
(hidup melayu kerana mulia)
Bagaimanakah nasib Sabah dan Sarawak dengan kekayaan minyak dan gas mereka nanti?
Perkara Moro dan pembangunan kawasan Laut Sulu: apa TSNor MY fikir?
Pekan ada visi untuk bawa Malaysia capai Wawasan2020? atau lebih hebat!
Menghidupkan kembali Vision2020?
Musa Aman tukang bawa beg Shafie Afdal, Mahaguru, kata marhean umno tanjung. Kalau Sabah dan Sarawak mahu jadi macam negeri kebanyakan di Afrika, silakan saja; Filipinas itu bukannya sudah tiga suku maut?
Harap orang Sabah dan Sarawak fikir-fikirkan lambakan orang dari NATO di perairan mereka.
Salam Kasih dan Sayang
DAKJ,
Izinkan,
Sdr. Rawa Lanun-Bahasa,
Terima kasih dengan 'Mati Semut Kerana Gula'(hidup melayu kerana mulia). Ada banyak implikasinya...yang tersurat dan yang tersirat.
Menyingkapkan kembali lambakkan US$ suatu ketika dahulu kerana inginkan Sabah menggantikan naval base diSubic Bay...
Rawa Lanun-Bahasa has spoken! So Sabahans and Sarawakians...Please beware or the heavy metals will one day 'terrorise' your shores..
Tahniah DAKJ and semoga amalan sdr sekeluarga dan para pembahas yang beragama Islam dibulan Ramadhan yang mulia ini dilimpahi dengan Zat Sempurna dan Sinaran Kasih dan Sayang Allah SWT...
Alfatihah, Amin
Ps. Kami jarang sekali memberi komen ketika ini kerna baru sahaja menjalani process angioplasty yang memerlukan 5 batang 'stent' untuk membaiki ketiga-tiga 'coronory arteries' yang tersumbat ( 80,90 and 100% blockages)... Kenalah banyak2 rilek, nasihat doktor..
Assalamualaikum pak Kadir
Rawa Lanun-Bahasa
Bahasa mudah bagi maksud tuan,yang penting Malaysia akan masih ditangan Putrajaya dan akan ada pengganti yang mungkin lebih cerdik dari yang kita fikirkan sekarang tetapi telah dicongak Pekan,yang tinggi jatidirinya besar juga wawasannya.
Rakyat seharusnya tahu "Orang berbudi kita berbahasa" jika kita Islam sejati.
Sdra samurai melayu,
Nice to know that you are still up and kicking. Take it easy, bro.
Sdra Azman,
Pekan telah membebankan diri dengan 'too much excess baggage' politik; tunggu lepas PRU13 dan PAU lihat perpecahan UMNO berulang.
George Kent apa cerita pula, ya? dan kenapa Public Bank tidak di saman 'money laundering' dan 'abetting a crime' dalam NFC?
Perbatuan politik? Tiada batu yang hendak saya baling melainkan di tiga Jamrah dekat Mekkah.
SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
Sdr. Rawa Lanun-Bahasa,
Thank you and may we (with DAKJ permission) advise our fellow bloggers, please take a day of your precious life and do the stress test even though you have not experienced any signs of the heart problem.
Our blockages as mentioned earlier were not preceeded by any heart failure/attack and/or signs to that effect.
The surgeon was surprised that a man of our age (60 years old)is still standing after knowing the result from the angiogram,
If not for a strong heart of a sportsman which had created a natural by-pass from the left coronary arteries to the right coronary artery which was 100% blocked, we would have collapsed very much earlier.
At least we have a choice of the angioplasty which is painless and less risky than waiting for an heart attack and the risky, painful and long recovery by-pass operation IS the only option.
As candidly put by our bro. RLB and our wish too...
'Nice to know that you are still up and kicking'.
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Though we passed the stress test with flying colours, our good doctor noticed that not enough blood was pumped to the heart.We were not shocked coz the other organ had that symptom too... hehe
Amoi said...betul jugak pendapat kerjaan janji d tepati bung duit sana sini undi lum tentu dapat sebab pembangkang pandai cari isu tambahan kaki tgn kerajaan komputer punya toner dan kertas A4 x ada stok abis beli sendiri dan a/con pejabat , rumah kerajaan bucur sana sini , rosak dan cliam lambat bayar sehingga 4 ke 5 bulan apa cite...bila tanya bahgian kewangan jwpan standrad kerajaan x ada duit, peruntukan da di tark balik untuk br1m dan dan lain , abis kaki tgn kerajaan ni bukan rakyat kah kena guna duit sendiri untuk jayakan kerja kerajaan, pdrm pun da stress, jabatan lian 5 hari keja 2 hari cuti pdrm da ada hak saperti yg lain, elaun bukan semua yg dpt ...
salam buat dato',
sabah dan sarawak adalah unik dan tidak ramai orang kl faham isi kandungnya.....buatlah tekaan atau teori politik anda sendiri.....orang borneo lebih tegar dari orang kelantan........
tapi apa yang pasti, lajim dan wilfred bumburing tidak lebih dari politikus yang hanya menjaga status kesinambungan kerjaya politiknya seperti yang lain-lain....pairin, joseph kurup, bernard dompok, ghapur salleh, bung mokhtar radin, rubin balang, shapawi ahmad, anifah aman, dan ramai lagi.........
kesilapan terbesar kerajaan pusat adalah tidak menghargai janji 20 perkara terutamanya membenarkan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan diketuai anak-anak sabah....sabah adalah tempat pegawai ptd yang mahu pencen sahaja.......anak-anak sabah yang berkelayakan banyak berkerja sampai pencen di semenanjung......
sabah punyai masalah pendatang tanpa izin yang kronik....semua rakyat sabah tahu akan projek "m"...projek kad pengenalan untuk warga asing.....tapi kerajaan pusat tidak bertindak awal......
masalah pendatang tanpa izin perlu satu kajian yang terperinci....bukan pegawai datang kk.....1 ke 2 minggu....sambil kerja lawat-lawat pasar filipina beli mutiara buat ole-ole....atau pergi kundasang cari sayur-sayur....atau pergi tawau cari ikan kurau masin di pasar gantung......
cuba fahami masalah penempatan unhcr di pulau gaya, kinarut, kg pilipin sandakan.......kenapa dan mengapa mereka di sana.....maklumat inilah yang tidak semua rakyat sabah tahu....dan yang tahu pun telah memanupilasikan isu tersebut.....
.....ada banyak lagi untuk kita kongsi bersama tentang sabah....selamat hari raya maaf zahir batin....jika ada terkasar bahasa.....
Post a Comment