Monday, July 09, 2012

Mitos Phoenix Dalam Debat Chua-Lim

A Kadir Jasin

MASIH ada lagi pembahas yang guna pengenalan “Anonymous”. Kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.

JIKALAU rakyat Malaysia peduli atau faham mentaliti serta psikologi politik rakan bangsa Cina mereka, mereka pasti tidak memandang remeh siri debat umum antara Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pada pandangan saya, perkara-perkara berikut perlu disedari, difahami dan dianalisis sedalam-dalamnya dalam konteks politik pelbagai bangsa Malaysia:-

1. Debat tersebut membuktikan yang pembesar politik MCA dan DAP berani bersemuka secara terbuka. Mereka tidak berdolak-dalik macam Umno dan Pas dalam hal muzakarah;

2. Walaupun orang Cina berbeza pandangan dan afiliasi politik, namun mereka sepakat mengenai keperluan mencari jalan terbaik bagi memantapkan lagi kelangsungan bangsa mereka di segi politik dan ekonomi;

3. Bagi orang Cina, afiliasi mereka dengan parti-parti politik adalah praktikal dan realistik iaitu mengenal pasti parti dan pemimpin mana yang lebih komited dan berupaya memantapkan lagi kelangsungan bangsa mereka;

4. Debat DAP-MCA tidak memecahbelahkan orang Cina kerana mereka tetap sekata dan sepakat dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bangsa mereka;

5. Kecuali segelintir pemuka dan aktivis tegar parti, taat setia majoriti orang Cina bukan kepada parti-parti politik tetapi kepada kedudukan dan kepentingan kolektif bangsa mereka. Yang berubah hanyalah pilihan mereka ketika pilihan raya;

6. Cara orang Cina mengundi adalah jauh lebih strategik daripada orang Melayu. Orang Cina mengutamakan janji dan ikrar jangka panjang berkaitan perkara pokok seperti penguasaan ekonomi dan kedaulatan bahasa, budaya dan pendidikan Cina. Majoriti pengundi Melayu/Bumiputera masih terpengaruh dengan bantuan, sumbangan dan janji-janji jangka pendek seperti Bantuan 1 Malaysia, saham, dividen, pencen polis dan tentera dan skim baru perkhidmatan awam;

7. Bagi orang Cina, debat terbuka Chua-Lim bukan sangat mengenai MCA atau DAP dan bukan juga mengenai Chua atau Lim, tetapi mengenai gabungan mana – Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat - yang lebih berpotensi menganjakkan kepentingan orang Cina ke tahap yang lebih tinggi; dan

8. Kepemimpinan politik Cina mungkin lebih bersedia daripada kepemimpinan Melayu/Bumiputera untuk mengorbankan diri dan politik mereka seperti mitos burung phoenix yang membakar dirinya menjadi abu dan daripada abu itu bangun semula dengan lebih gagah untuk hidup seribu tahun lagi.

41 comments:

Profesor Pencen, Bangi said...

Datuk YM, lama tidak berbicara maklumlah orang pencen. Ada masa sihat dan ada masa uzur. Namun begitu, saya tatap melayari blog Datuk. Saya setuju analisis Datuk, khasnya berkenaan perpaduan pengundi Cina yang telah berpindah daripada MCA/Garakan kapada DAP. Saya tidak menjangka trend ini akan berubah dalam jangka masa singkat.

Yang demikian boleh dipercayai yang DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen pada PRU yang menjelang berbanding 66 bagi PKR dan Pas. Ini bukan kejutan karena memang DAP partai terbesar dalam Pakatan Rakyat dewasa ini dalam Parlimen, dan peranannya sebagai agenda setter PR semakin nyatan dan dominan.

DAP begitu yakin yakni dengan sokongan ahli dan penyokong PAS sarta PKR, DAP mampu dan bisa memperoleh undi Melayu/Bumiputera walaupun kerusi majoriti Cina dan India tidak banyak. Dalam ertikata lain, DAP yakin ia boleh mengatasi banyak calon Melayu dari Umno dengan bantuan PAS dan PKR.

Dengan taktik ini, DAP akan menjadi kingmaker Kerajaan PR sakiranya PR menguasai Parlimen pada PRU nanti. Pardana Menteri mungkin dari PKR atau Pas, tatapi pupper masternya adalah DAP.

Atas keyakinan itulah saya rasa DAP begitu yakin berdebat dengan MCA secara terbuka kerana ia tahu sentimen orang Cina adalah tatap dengan DAP. Sakian.

mohd paizal said...

itulah yang saya harapkan untuk orang melayu..... umno cakap berdegar-degar berapa banyak orang melayu yang berjaya..... pas cakap berdegar-degar berapa banyak anak melayu solat lima waktu....jadi apa yang melayu mahu diatas tanah melayu ini...

Azlan Ali said...

Saya banyak bergual dengan mereka yang tidak sebangsa dengan saya. Perpaduan bangsa cina sebagai minoriti di Malaysia amat mengagumkan saya. Mereka bersatu untuk mencapai atau mempertahankan matlamat mereka.

Yang majoriti tidak pula begitu. Kadang-kadang terlintas di hati saya bahawa yang majoriti memang ditakdirkan sebegini. Seperti di negara-negara arab juga, walau seagama, tapi hidup dalam berpuak-puak dan bertelingkah sesama sendiri.

Di manakah silapnya, Dato'?

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg.Dato'@ Susah nak cari titik pertemuan antara PAS dan UMNO kerana asas perjuangan yang berbeda.

2. PAS berjuang berasaskan kepada islam dan menolak perjuangan berteraskan kebangsaan atau berasaskan bangsa Melayu.Ini setiap kali ditegaskan oleh TG Nik Aziz.

3.UMNO konsistent dari dulu memperjuangkan bangsa Melayu dan ugama islam. PAS menolak sama sekali perjuangan berasaskan bangsa.

4. Dari sini kita boleh buat tafsiran. PAS terutama TG Nik Aziz tidak kisah apa nak jadi kepada bangsa Melayu atau siapa yang berkuasa di Putrajaya. Dia akan teruskan agendanya sahaja. Tidak ada lagi istilah seruan kepada perpaduan melayu.

5. Saya fikir TG Nik Aziz tak kisah sekiranya Lim Guan Eng jadi PM sekiranya DAP sebagai parti dominan dalam PKR berjaya mengambil aleh Putrajaya. Dia akan teruskan perjuangannya berasaskan islam.Dia tak sebut langsung istilah Melayu dalam perjuangannya.

6. Kalau itu sudah menjadi asas perjuangan mereka maka kita tunggu dan lihat sahaja akibatnya nanti.

7. Seruan kepada perpaduan Melayu sudah tidak kedengaran lagi. Perdebatan antara MCA dan DAP hanya satu lakonan politik sahaja untuk menggelapkan mata orang Melayu. Sebenarnya MCA dan DAP sedang melihat inilah peluang untuk mereka menjadi kingmakers dalam pembentukan Kerajaan yang akan datang. Sudah tentu mereka yang lebih beruntung dan melengkapkan dominasi ekonomi dan politik bsngsa cina di Malaysia.

8. Pemimpin-peminpin Melayu tidak risau semua ini kerana semua
mereka samada dari PAS atau UMNO sudah kaya raya. TG Nik Aziz sendiri sudah boleh senang lenang berpencen sebagai Menteri Besar.Haji Hadi dapat pencen MB dan ahli Parlimen.

9.Kemungkinan mereka lupa kepada nasib bangsa Melayu dimasa hadapan sekiranya kuasa politik Melayu lemah. Mereka mungkin lupa bagaimana nak bangunkan kuasa ekonomi dalam keadaan kuasa politik lemah.

10. Kita sama-sama tunggu dan lihat akibatnya nanti selepas PR13. Tak lama. Cuma dalam tempoh 10 bulan atau selewatnya sebelum hari raya puasa tahun depan.

iklas,
Rahim

Jaja said...

Yang dihormati DAKJ,

Saya setuju dengan Datuk. Tahu sahaja burung merpati, rumah disiapkan,ditaburkan kacang hijau setiap dua tiga hari sekali. Terbang berjauhan dari rumahnya amat sukar , kerana kacang hijau.

Itulah sikap, walaupun bukan semua Melayu. Agaknya segelintir sahaja Datuk. Tetapi segelintir dari majoriti penduduk bermakna ramai juga kalau dikira. Terpulang pada pemimpin Melayu kalau tidak berubah minda.

Minda yang historic dijadikan penglipurlara sahaja.

Mohd Taib Kamin said...

Saya fikir adalah tidak tepat jika debat antara DAP dan MCA disimpulkan sebagai 'keberanian' pemimpin2 Cina untuk bersemuka dan berhujah. Saya lebih tertarik mendengar hujah, menganalisa dan membuat kesimpulan.


Sesetengah pihak melihat debat sebagai tanda 'kematangan' dan budaya yang harus diteruskan. Benarkah? Mungkin itulah sebabnya kita dapat melihat cabar mencabar antara satu pihak dengan satu pihak lain untuk menunjukan 'kejantanan' masing2. Tetapi hakikatnya seperti ayam jantan yang kokoknya berderai2 tetapi ekor penuh dengan najis. Itulah senario politik Malaysia hari ini.

Saya ada menonton debat yang disiarkan DAP dan MCA. Malangnya sebelum debat itu sendiri berakhir, saya sudah dapat membuat kesimpulan. Secara keseluruhannya saya melihat tidak ada apa yang luar biasa dari debat tersebut. Lim Guan Eng seperti biasa dilihat seperti mengelak dari memberi jawapan dari beberapa soalan yang ditimbulkan malah ada soalan yang langsung tidak dijawab. Dalam setiap apa yang dihujahkan nampak Lim Guan Eng sentiasa mengheret UMNO, sedangkan tajuk debat itu sendiri mengenai DAP dan MCA - Siapa lebih baik? Bagi saya jelas DAP amnya dan Lim Guan Eng khasnya menggunakan pentas debat tersebut untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin bangsa Cina dengan memperkecil2kan Dr Chua Soi Lek. Nampak jelas Lim Guan Eng seperti kanak2 yang suka mengejek kanak2 lain. Ada Hujah yang memperlihatkan kadangkalan Lim Guan Eng apabila memberi kenyataan tanpa fakta dan angka yang meyakinkan penonton.

Kesimpulan saya, debat yang berlansung antara DAP dan MCA hanya sekadar gimik politik kedua2 parti politi Cina untuk mempengaruhi pengundi Cina dalam PRU13 akan datang. Ia bersifat keanak2an dan membosankan. Perkara yang sama akan terjadi jika diadakan debat antara UMNO dan PAS. Justeru tidak perlu diadakan debat antara UMNO dan PAS kerana kedua2 pihak akan merepek, sia2 dan membuang masa. Wallahualam.

abdullahngah said...

Politik orang China tidak punya kaitan langsung agama.

Sebab itu mereka tidak bermusuh antara mereka.

Umno pun demikian. Tetapi PAS agama dan politik suatu yang kolektif.

Tidak ada pemisahan, Islam yang mengajar begitu.

Politik suku agama suku ada pada umno dan tiada dalam PAS.

Oleh itu, perpecahan kalau boleh berkata begitu suatu strategi yang strategik.

Sebab itu MCA dan GERAKAN berat apabila BN minta tawan semula Pulau Pinang dari tangan DAP.

Dan mustahil MCA dan Gerakan melakukan gerakan untuk menawan semula pulau Pinang sampai bila bila.

Bukan macam umno mati matian mahu tawan kelantan miskipun PAS yang memerintah itu adalah sebangsa dengannya.

UMNO sangat tidak senang hati tengok PAS (melayu) memerintah Kelantan dan Kedah.

Tidak macam China, kerana mereka tiada kaitan langsung dengan agama yang mereka anuti.

Nampaknya sangat umno anti Melayu Islam fahaman PAS.

ab said...

Salam dato,



Saya berurusan dengan ramai jugak orang cina setiap hari..


Secara umumnya,kehidupan orang cina terbanyak ialah kerja cari duit untuk 4 perkara:-

1. Makan minum

2.Simpan duit untuk
sekolah/ pelajaran kolej/universiti anak

3.simpan untuk sakit..saving
atau beli insuran

4.Simpan duit untuk beli tanah kuboq dan keranda/cremation fee.

Duit yang lebih depa pi makan
angin dan `joli'...



Depa pilih sapa pun yang dipikiaqkan dapat bagi `jaminan' untuk 4 hai tu, takda kisah `loyalty issue'..



Depa akan `tahan'' dan `simpan yang dah `dapat punya' dan mintak yang bolih dapat,kalau tak dapat, `dig in' sikit,buat tapak baru lepas tu mintak lagi...,dig in sikit lagi dan mintak lagi...mintak lagi...



kan bagus kalau melayu macam tu, tak gitu dato?..


Abu Bakar Ab Rahman

man dego said...

Harap akan mucul pemipin yang dapat menyatukan bangsa melayu dalam masa terdekat ni. La ni tak nampak Najib boleh diterima kebanyakan melayu. Dia lebih kesah bangsa lain daripada nya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya tak setuju dgn debat sebab debat ni hanya nak tengok siapa yg lebih pandai bercakap je. Hasilnya tiada. Lebih elok ditukarkan kepada muzakarah seperti yg dicadangkan oleh ULAMA MUDA UMNO. Bukan nak kata apalah, tapi saranan ULAMA-ULAMA MUDA UMNO tu memang bagus sekali. Sebabnya, kita bukan nak mencari siapa lebih hebat tetapi rakyat Malaysia lebih dahagakan kebenaran. Inilah yg kita nakkan dari anak-anak muda kita, dari segi keikhlasan dan kebertanggungjawaban, yg rasanya lebih mulia dari sesetengah kuda-kuda tua. Tahniah diucapkan kepada parti UMNO kerana mempunyai para pelapis yg berakhlak tinggi lagi mulia. Insyaallah, masa depan kerajaan UMNO dan Negara begitu cerah sekali.

Keduanya, saya difahamkan pemuda yg ditembak polis juga adalah blogger yg kerap menghentam kerajaan. Akhirnya mengamuk bersenjatakan pedang samurai. Saya berharap semoga peristiwa ini menjadi ikhtibar kepada semua terutama pada blogger. Sekali lagi, janganlah tulis gossip-gosip yg tak tahu betul salahnya lagi. Sebabnya, sesetengah pembaca akan menganggap ianya sebagai suatu yg benar terutamaya mereka yg memang mempunyai delusi jahat terhadap kerajaan UMNO BN yg dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Dan bukanlah kerja mudah utk menyenangkan hati semua pihak.

Akhir kata, sekali lagi, dengan rasa rendah diri, saya berharap agar Dato’ tidak lagi asyik menghentam kerajaan sebab mungkin tujuan Dato’ baik, tetapi akan disalah erti oleh sesetengah pihak yg berdelusi jahat, juga yg cuma ingin mengambil kesempatan. Itulah pendapat saya buat kali ini. Sekian TQ dan selamat bertahajjud.

feeza said...

saya memetik dua rangkap artikel Datuk untuk wall fb saya. tqvm

Feeza AB- fb add

usop said...

Profeser Pencen ;
Jika memang tuan profesor harap2 buatlah ulasan berdasarkan fakta yang kukuh . DAP bertanding 90 kerusi hanya berdasarkan Utusan Yang telah terbukti banyak berita palsu dan fitnah . Sudah beberapa kali utusan disaman dan terpaksa menghabiskan wang untuk membayar gantirugi untuk LGE , K.Samad , Mahfuz , Mohd Sabu ..

Membawa andaian 90 kerusi dan membahaskan ancaman DAP Cina sedangkan semua tahu siapa yang membela taukeh2 Cina .....

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saudara Rahim,
Tolong maafkan saya kalau saya meminta saudara mengucap banyak-banyak dan beristighfar banyak-banyak. Ketahuilah bahawa Nik Aziz dan Haji Hadi bukanlah manusia gila dunia seperti orang UMNO. Sangatlah rendah hati dan akal budi saudara apabila saudara memerli mereka begitu.

Suka saya nyatakan bahawa perjuangan PAS ialah jihad suci pada jalan Allah bagi memartabatkan Islam di muka bumi Malaysia ini. Kemenangan Islam bererti kemenangan 'semua'; kekalahan Islam bermakna kehilangan 'semua'.

Gambaran perjuangan parti sekular UMNO telah digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 3.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

Profesor Pencen, Bangi said...

Datuk YM mohon jawab Usop. Terima kasih Sdr Usop. Sekalipun DAP tidak bertanding 90 kerusi Parlimen tatapi 60 seperti kata Lim Kit Siang, namun ini bererti akan bertanding lebih banyak kerusi daripada PRU 2008 iaitu 47.

Ini bermakna DAP akan bertanding 27% kerusi Parlimen, naik daripada 21% pada tahun 2008. Ini bermakna peranan DAP dalam Pakatan Rakyat bertambah besar.

Saya tidak hairan karena DAP adalah parti PR terbesar dalam Parlimen maka wajar diiktiraf oleh PAS dan PKR langsung diberikan lebih kerusi untuk bertanding.

saji said...

Sdr ab

"Secara umumnya,kehidupan orang cina terbanyak ialah kerja cari duit untuk 4 perkara:-

1. Makan minum

2.Simpan duit untuk
sekolah/ pelajaran kolej/universiti anak

3.simpan untuk sakit..saving
atau beli insuran

4.Simpan duit untuk beli tanah kuboq dan keranda/cremation fee.

Duit yang lebih depa pi makan
angin dan `joli'..."

Setuju tak kalau saya kata apa yang sdr katakan mengenai kehidupan kebanyakan orang Cina di atas telah digunakan dan dipenuhi oleh Tun Dr Mahathir selama 22 tahun untuk memastikan orang Cina mengundi BN. Kalau sdr setuju, mengapa DS Najib tidak melakukanya?

...SAJI

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir & pembaca.

Selamat menyambut kedatang Ramadhan almubarak, semuga kita diberkati Allah jua.

Debat bagi saya baik dan harus diteruskan, kenapa?.

1.Debat,kita menampilkan pemimpin dari 2 pihak,pembangkang dan pemerintah, dengan cara itu rakyat kebanyakan dapat dan boleh memahami arah tuju sesebuah kerajaan yang akan mereka bangunkan jika mereka menjadi pemerintah kelak.

2.Debat, boleh menonjolkan kewibawaan seseorang yang bakal jadi pemimpin rakyat kelak, mereka dapat rakyat nilai dari berbagi sudut, kebolehan berhujah dan mengenenahkan buah fikiran.

3. Yang akhirnya rakyat tak perlu terpedaya dalam menilai sesuatu perkara,kita perlu bijak membuat pilihan dan tahu bahawa nasib mereka adalah juga akan bergantung dengan sokongan kita, jadi kitalah yang akan dipertanggungjawabkan oleh anak cucu cicit kita kelak jika pilihan kita sekarang akan memudaratkan mereka dikemudian hari. wallahualam...

Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk,Pas sejak dahulu mendabik dada bahawa negara kita mesti didominasi oleh orang Islam,tetapi sejak sekian lama baharu sekarang mereka tersedar dari lamunan bahawa orang bukan Islam juga adalah manusia yang perlu diberi penghormatan untuk hidup bersama dan perlu menghormati mereka.

Umno sejak dari penubuhan nya telah berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa adalah jalan terbaik untuk kita sama sama memakmurkan negara Malaysia yang tercinta ini.. kurang Islamkah perinsip itu?..wallahualam.

azhar said...

salam dakj

Umno dan Pas bukan tak boleh berdebat tapi lebih baik jangan berdebat sebab apa. apa -apa isu pun akhirnya akan di bawa kepada agama seterusnya melibat hukum hakam,halal haram,islamic tak islamic.

pasal Dap dan MCA tiada masalah ini.

biasalah semua kaum akan cuba mempertahankan hak masing-masing cuma kita kena kaji kenapa sekarang mereka terlalu aggresif dan tanpa takut dan malu pada orang melayu dalam memperkatakan hak mereka.

orang melayu kena fikir kenapa.

dalam politik ini sebenarnya dalam banyak hal ia tidak menyebelahi golongan minorti.jadi apa yang berlaku sekarang kalau dipandang dari berbagai sudut kita akan dapat berbagai jawapan mengikut sudut yang kita lihat dan ada kepentingan.

bagi saya elok Dap dan MCA berbahas dan berdebat dari situ generasi baru dan mereka yang baru nak ceburi politik boleh mengenal mereka lebih baik.

Pada PRU 13 saya yakin orang cina tiada masalah siapa yang menang samada MCA atau Dap kerana matlamatnya sama.mereka senang buat adjustment mengikut keadaan.

Bagi orang melayu mungkin ada menghadapi sedikit atau mungkin banyak masalah kerana tak biasa lagi dengan corak kerajaan selain BN.dan sanggupkah Orang melayu mempuyai sorang PM yang mempunyai masalah moral yang terlalu buruk.Dap yang tidak mesra islam dan PAS yang tidak menyakinkan.

orang melayu perlu membuat keputusan secara jujur dan tepat sebab keputusan yang tepat akan membuatkan orang melayu akan menguasai segala-galanya nanti.

ruang untuk orang cina untuk menguasai politik sebenarnya semakin hari semakin sempit kecuali mengambil kesempatan perpecahan orang melayu dan bekerjasama dengan melayu yang tidak tahu lagi menjaga kepentingan melayu dan islam tak kira dari parti mana orang melayu itu.

doncin cai said...

laaaaaaaaaaaaa... orang orang china bukan ke setiap saat, yang di pikio deme....duit.duit.duit.duit
roket ke, bulan ke, dacing ke... buat sEmak kepala otak deme aje.. ini bukan mitos !!!!

Rawa Lanun-Bahasa said...

Kata-kata Tin Kosong
(kepada dinding pekak dan pagak makan padi))

Di kepala masih segar cerita sepasang beruang Panda dipinjamkan kepada Malaysia.

Dah tak muak dengar debat ala barat ini dan mungkin debat Obama-Romney lebih hebat dari debat DAP-MCA.

Debat PAS_UMNO tidak mungkin terjadi kerana mungkin berlaku kesan budaya India dan Indonesia masih tegar dengan budaya UMNO-BN; dan gempar Pemuda PKR jadi biol selepas debat dengan Rembau tidak menggalakkan keadaan debat PAS-UMNO diadakan, kata tin kosong.

Bila BR1M pusing kedua, Dato'?

demlepak beb said...

Hakikatnya gelora kita dgn Cina masih lagi berterusan walau pun sudah lebih daripada 50 tahun merdeka. Rasis masih lagi tegar dan subur. Politik Melayu terlalu inward. Kita mudah hormat dan mengkagum selain drp diri sendiri. Adakah ini satu kelemahan, kelebihan atau penyakit yang perlu kita fahami dan terima?

Politik secara total perlu disekolahkan. Ironinya pandangan jauh tapi bila bersuara lebih mempamerkan karekter jumud. Oleh itu maka bercakap pun tak serupa bikin dan bercakap yang merapu-rapu.

Terkini, Melayu berpecah kepada tiga kumpulan besar, inilah agenda yang perlu dijawab segera. Kalau dapat diadakan debat di antara Najib dan Hadi atau permuafakatan di antara UMNO-PAS-PKR kerana di dalam politik apa-apa pun boleh terjadi. Akhirnya jangan sampai kerancakan politik hanya akan merugikan diri kita sendiri.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Haji OKJ mengucapkan tahniah dengan kata-kata pujian kepada parti UMNO kerana dakwanya mempunyai para pelapis yang berakhlak tinggi lagi mulia. Sudah tentulah ucapan tahniah dan pujian ini ditujukan oleh OKJ kepada kumpulan ulama muda UMNO yang diketuai oleh Fathul Bari Mat Jahaya.

Saya ingin bertanya OKJ, "Berakhlak tinggi lagi muliakah Fathul Bari apabila dia mengeluarkan beberapa pernyataan seperti berikut:

i. Islam tiada kaitan dengan kepentingan politik.
2. Islam tiada kaitan dengan kepentingan parti-parti politik seperti UMNO, PAS atau PKR.
3. Islam tiada kepentingan dengan mana-mana individu.
4. Pada ketika seorang bayi dilahirkan, tiada siapa yang memberitahunya sama ada bayi itu UMNO atau PAS atau PKR.

Saya harap, Haji OKJ membuat analisis dan penilaian sendiri akan "fatwa" ketua ulama muda UMNO ini.

Setakat ini setelah lebih kurang empat bulan tersebarnya video ucapannya dalam satu majlis di Melaka, tiada sebarang reaksi atau respons atau 'tindakan' daripada mana-mana pihak berwajib Islam seperti Jakim atau Majlis Fatwa Kebangsaan terhadapnya.
Mufti Perak, TS Harussani Zakaria juga membisu. Mungkin mereka sependapat dengan Fathul Bari.

Bagi saya, saya tiada autoriti untuk membuat kesimpulan bahawa kenyataan-kenyataannya itu merupakan pernyataan sesat, pernyataan kufur atau pernyataan murtad.

Saya ingin mendengar ulasan OKJ mempertahankan Fathul Bari. Saya rizabkan dahulu ulasan saya bagi setiap pernyataannya.

Saya berdoa ke hadrat Allah semoga Haji OKJ dikurniai-Nya iman dan taqwa yang benar-benar murni serta mantap.

Wassalam. Maafkan saya wahai OKJ dan Fathul Bari. Saya ikhlas kerana Allah semata-mata.

ab said...

Salam dato,


Saudara Saji,


Orang melayu umumnya,kalau jumpa orang `susah' dia benci, kalau jumpa orang `senang' dia dengki...


Orang cina pula umumnya, kalau jumpa orang susah,dia `beri', kalau jumpa orang `senang' ,dia `mintak'..


Samada najib ka atau lepas najib ka, sampai kemat pun kalau melayu dok `specialised' di bidang `benci' dan `dengki'..tak banyak mana `perubahan' melayu...



Yang saya dok nampak melayu melayu sekarang ni suka tambah potongan lempeng, kalau dulu makan ramai ramai 10 potong,sekarang ni `riuh riuh' sikit,berpesta kita pakat makan lagi ramai,`potong 20' pulak la lempeng tu... lempeng tu main nipis dan tawaq dah...



Abu Bakar Ab Rahman

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Pertamanya, kita dikejutkan dgn penceraian pasangan warga emas disebabkan perbezaan politik. Alasannya adalah kerana isteri tidak sokong PAS, maka dianggap sesat. Alasannya sebijik macam pegangan Sdr Yangretibase iaitu mentafsirkan surah Al Baqarah ayat 120 ; mengqiaskan “mana-mana orang yang membenci dan memusuhi orang PAS, mereka itu seolah-olah orang Yahudi dan Nasrani”. Juga walaupun Anggota fatwa Masjidil Haram mengatakan adalah kesesatan yg nyata jika kata mengundi sesebuah parti boleh masuk syurga, tetapi Sdr Yangretibase masih tak retibase. Begitulah degilnya dan delusionnya pegangan pengikut totok PAS seperti Sdr yangretibase. Yang mempermainkan tafsiran ayat-ayat Al Quran mengikut selera sendiri.

Saya berharap agar rakan-rakan seperjuangan saudara didalam PAS seperti Sdr langitbiru, Sdr Saji dan Sdr Abdullahngah dapat menegur dan memperbetulkan sdr Yangretibase diatas tafsiran-tafsiran yg ternyata terpesong tersebut. Sikap berdiam diri dan bisu Sdr langitbiru, Sdr Saji dan Sdr Abdullahngah dari menegur rakan seperjuangan, akan memperlihatkan betapa tebalnya sikap Assobiyyah kalian walaupun kalian tahu tafsiran ayat Al Quran tersebut amat terpesong dan menyimpang jauh dari tafsiran sebenar. Tafsiran yg sesat sebeginilah yg menyebabkan umat Islam berpecah belah sehingga laki-bini pun boleh berpisah.

Sempena kedatangan ramadhan ini, saya mencadangkan agar Sdr yangretibase pergilah menunaikan Umrah dan berdoalah semoga dibukakan hati untuk menerima kebenaran dan tidak memalsukan kebenaran. Akhir kalam, adalah menjadi harapan saya agar Sdr langitbiru, Sdr Saji dan Sdr Abdullahngah berani memperbetulkan rakan perbahasan kita yg terpesong jauh dari landasan sebenar. Sekian, TQ

kermitt said...

saya lebih terasa datuk memberikan kredit yg baik utk kaum cina, dan kita harus menghormati cara berfikir mereka, perumpaan phoenix tu rasanya ramai yang tak tahu burung phoenix itu apa.. tapi saya faham.. mereka berjuang hingga jadi abu, kemudian bangkit semula menjadi lebih gagah.. terlalu sempit pandangan melayu pada orang cina, semuanya jahat dan negatif sahaja, ada yang anggap cina hanya ingat wang tetapi tidak peduli soal moral dan sahsiah.. mungkin melayu begini hanya membaca utusan malaysia.. atau memang sifat melayu yang suka dengki dan sakit hati pada orang yg lebih daripadanya.. ingat lah melayu pun ada yang ikut seperti bangsa cina, melayu kelantan membuktikannya.. tetapi disebabkan kelantan itu dikuasai PAS, maka dilabellah melayu kelantan umpama musuh, orang orang melayu yang macam ni kalau pergi ke wilayah xinjiang negara china mesti terkejut alah kalau tengok ribuan manusia berbangsa cina pakai kopiah putih macam orang PAS solat jemaah di masjid.. orang melayu utusan malaysia perlu keluar dari kepompong perkauman dan negative thinking mereka.. ingatlah Allah suruh kita beri amanah pada tempatnya atau ahlinya.. bukannya pada pemimpin yang tidak amanah.. bagi pencuri kerja kira wang.. bukankah ia satu kerja bodoh..

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Sejak pak Kadir menguatkuasakan perintah,mesti mempunyai akaun,baru disiarkan komentar,nampak dengan ketara berkurang bilangan yang dapat peluang untuk berinteraksi.

Dalam ramai ramai pendebat yang begitu rajin berdebat adalah Rawa Lanun-Bahasa.

Rawa Lanun-Bahasa,cara dia memberikan pendapat dan gaya bahasa nya sangat terpelajar sahinggakan orang seperti saya, tidak begitu memahami dan tidak begitu cerdik untuk menerimanya.Gaya bahasanya penuh denga bahasa sindiran dan tidak begitu mahu untuk berterus terang.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Maaf jika saya menyinggung, jika saya memberikan pendapat,sekarang tidak begitu ramai yang boleh berinteraksi,jadi dapatlah saya membaca semua komentar dari pengirim, saya masih ingin untuk mengikuti apa yang terlintas difikiran Rawa Lanun-Bahasa,apa yang saya perhatikan saolah olah seorng pakar matematik, yang cuba mahu memberi penjelasan kepada muridnya bahawa matematik adalah semudah 123.

Diharap tuan Rwa Lanun-Bahasa tidak melenting jika terdapat seorang murid yang lembab masih mahu belajar di kelas beliau.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dengan Izin

7. Bagi orang Cina, debat terbuka Chua-Lim bukan sangat mengenai MCA atau DAP dan bukan juga mengenai Chua atau Lim, tetapi mengenai gabungan mana – Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat - yang lebih berpotensi menganjakkan kepentingan orang Cina ke tahap yang lebih tinggi;

Notakaki:

PR Can Only Win The Next General Elections If The Rakyat Can Be Convinced That PR Can End BN’s 5Ds of Deficits, Debts, Deceits, Dictatorship And brain Drain. (en/bm/cn)
Published on July 9, 2012, 1:20 pm in Democracy. 0 Comments

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 9.7.2012


Slipper Jepun kata:
Mitos Yunani Greek atau Romano Itali mitos burung Pheonix itu, Dato?

Sdra Azmqan,
Mitos Melayu-Tionghua kuno: Orang Melayu tak pandai berniaga dalam abad ke-15 hijiriah, masih dibawa BN dan PR?

Sebab itu WAJIB diadakan debat DAP-MCA-Gerakan di Tanjung kerana baru adil dengar dari mulut Gerakan mitos mereka. Setuju?

Sekain

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Rumusan penting mengenai kaedah sokongan oleh orang Melayu.
2/ Apakah yang utama, dasar jangka panjang , bukan sahaja untuk kelangsungan hidup bangsa tetapi memastikan kehidupan tidak merosot kebelakang berbanding bangsa lain.
3/ Masih tidak nampak dan tidak terkesan perubahan kearah itu. Hanya nampak perpecahan dan perbalahan bukan saja dua parti berfbeza bahkan sesama dalaman parti. Kepentingan diri tidak akan membawa perubahan jangka panjang untuk orang Melayu yang memrlukan " transformasi rohani dan jasmani" jika tidak terus ketinggalan.

Jaja said...

Yang dihormati DAKJ,

Kadang-kadang saya terasa mual juga terhadap pemimpin Melayu yang sudah lama. Hilang modal. Hal remeh temeh diutamakan. Perihal orang mengibarkan bendera berlainan warna pun tertera di kaca TV.

Sungguh pun begitu Datuk pun orang lama juga tapi saya tidak rasa jemu-jemu mengikuti blog Datuk.

Begitu juga dengan yang mulia Tun Mahathir. Saya kira beliau lebih lama dari yang lain-lain, tidak merepek sebarangan.

Kajang Pak Malau said...

Salam,

54 tahun merdeka tapi majoriti kita masih lagi rasis, kegagalan paling besar UMNO/BN.

Adakah kita akan teruskan 50 tahun lagi dengan pemikiran generasi pertama ini?

Jawa Minang Cina said...

Seorang Melayu, saya mengikuti perdebatan mereka di internet.

Strategi asas Lim - pecahkan Barisan Nasional. Dengan cara itu, Pakatan Rakyat berkuasa. Modus operandi DAP, hasut MCA lawan UMNO. Bagi DAP, UMNO lah setan yang menguasai MCA, sehingga kaum Cina tidak mendapat faedah.

Strategi Chua - sebagai pendebat selepas Lim berhati-hati menyelami hati nuraini anak Kit Siang.

Jawapan Chua Soi Lek mudah kepada DAP - " Memalukan diri kamu sendiri menyuruh kami melawan UMNO, sekiranya kamu sendiri tidak ingin menegakkan kebenaran kamu di dalam Pakatan Rakyat dengan menentang PAS dan PKR atas dasar penyelewengan yang telah berlaku. Contoh video seks Anwar yang dikemukakan, salah guna kuasa Ronnie Liu di dalam kes Teoh Beng Hock, gag order dan penghalauan Tunku Aziz daripada DAP, Dr. Hasan Ali daripada PAS dan sebagainya. Apakah makna memperjuangkan demokrasi sekiranya di dalam parti sendiri tiada demokrasi."

Kita akur, politik secara kasar adalah kotor dan tidak bersih. Saya berpendapat adalah menjijikkan sekiranya orang yang kotor itu mengatakan orang lain lebih kotor sekiranya ekornya sendiri terpalit dengan tahi.

Begitu juga, saya bersetuju dengan Ustaz Azhar Idrus untuk tidak mengaitkan politik kotor dengan Al-Quran kerana Al-Quran adalah sentiasa bersih dan suci murni. Adalah tidak menghormati Allah sekiranya ada seseorang mengatakan Al-Quran dari mula baca "auzubilillah ..." adalah "politik". Minta-minta orang itu bertaubat dari pemikiran yang mengjengkelkan.


Kesimpulan : Lim terikut-ikut rentak ber"ceramah". Dalam memberi ceramah, tidak ada orang yang boleh menjawab tohmahan dan menegur semula.

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ,

Debat di antara pemimpin politik yang bertaraf Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen adalah hanya membuang masa sahaja dan rakyat patut menolak mereka dengan sebulat-bulat suara nya.

Sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya, mereka seharus nya mengutamakan masalah rakyat dan jika nak membahas (debat) hanyalah di Parlimen dan bukan di luar Parlimen tanpa halatujuan.

Adakah mereka dibayar wang yang lumayan oleh penganjur yang mendapat ribuan ringgit daripada pihak sponsor-sponsor mereka atau badan sulit yang ada kepentingan politik dalam negara ini?

Itulah sebab yang utama UMNO/BN tidak bersetuju untuk melibatkan cadangan debat di antara PM Najib dengan Anwar Ibrahim selama ini di luar Parlimen.Pihak pembangkang ada muslihat dan agenda mereka dengan taktik yang jahat dan kotor.

Orang muda yang bermaya politik setahun jagung seperti Rafizi hanya mementingkan diri perjuangan beliau untuk dinobatkan sebagai "hero muda angkatan pemimpin PKR" yang mempunyai impian besar sekira nya Pakatan Rakyat dapat menumbangkan UMNO/BN dan menawan Putrajaya.

Rafizi tidak berhenti mengorek-gorek kesalahan pemimpin-pemimpin UMNO/BN tetapi tidak berani bersuara untuk menentang pihak DAP dan PAS yang lebih teruk perangai mereka daripada UMNO/BN. Rafizi juga tidak berani untuk menghentam Ketua pemimpin barisan PKR dan hanya menjadi "YES Man" untuk mencari kepuasan agenda politik beliau sendiri.

Rafizi berangan-angan nak jadi Super MP dan sekarang berniat untuk bertanding dan berlawan dengan jaguh politik YB Ong Tee Kiat di kawasan Pandan di PRU13 akan datang.Tunggu dan lihat, siapa menang dan siapa akan kalah!

Akhir nya saya mengucapkan setinggi tahniah kepada saudara kita Kadir Jasin yang akan dianugerahkan jasa dan sumbangan kewartawan beliau kepada media dan negara oleh MPI pada hari Isnin Julai 16hb minggu depan.Kita jumpa disana insyaAllah.

Lahuma said...

Dato.

Cerita lama politik kaum Cina di Malaysia.

Saya telah nyatakan dalam blok Dato diwaktu yg lalu perihal sepak terajang politik kaum Cina di Malaysia.

Mereka ini sudah lama mempunyai mimpi dan cita rasa yg sama walaupun tidur berlainan bantal.

Politik mereka hebat seumpama makan keliling.Tarik pun mereka masuk tolak pun mereka masuk.

Sentiasa fokus pada keuntungan dalam ekonomi,pemdidikan,budaya lebih-lebih lagi politik.

Adakah Melayu ada unsur ini.Rasanya sengketa Melayu belum selesai dan puas lagi.Hati dan selera pemimpin belum puas.

Pemimpin Melayu hanya memikirkan diri sendir sahaja sejak sekian lama.

Bial terhantuk beru teringat pada rakyat jekata.Bila susah baru rakyat dibelai dgn kasih sayang.

DAP musuh dia adalah UMNO bukan parti lain.Sebab itulah fokusnya kini nak hancurkan UMNO.Kemudian tunggulah parti mana pula akan difokuskannya.Itulah DAP.

Barsatu wahai pemimpin Melayu.Ingat bangsa Melayu yg kian layu.

Terima kasih.

Unknown said...

Kaum cina kisahnya berkisarkan kepada perjuangan bahasa cina, sekolah cina, kekayaan cina, kuasa cina.

Kaum melayu pulak, lebih kepada sapa lebih melayu, sapa lebih islam. Nabi takdela pulak perjuangkan islam melalui parti politik.

Nak melayu bersatu, kena ada satu tragedi, contoh macam mana amerika nak satukan amerika, dengan buat 911.

Penditakainsingkat said...

Salam,

Debat DAP-MCA hanyalah salah satu usaha kaum china untuk meningkatkan martabat perjuangan mereka dalam bidang politik kepartian.

Parti tidak penting. Yang penting apa parti lakukan untuk keuntungan kaum china.

Apa yang dianggap untung oleh kaum china sepuluh tahun yang lalu tidak lagi sekarang.

Dulu kaum china menganggap keamanan dan keharmonian kaum di negara ini sangat penting (terutama selepas 13 Mei 1969) supaya menreka boleh majukan perniagaan dan perusahaan. Ketika itu MCA dan Gerakan adalah parti yang sangat relevan memenuhi keperluan ini.

Kini mereka sudah maju dan menguasai ekonomi dalam segala bidang dan memiliki aset yang banyak. Mereka hanya tidak memiliki kuasa politik sebagaimana kaum china menguasai Singapura dan Pulau Pinang.

Halangannya ialah Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan perlu ditukar yang baru yang serasi dengan keinginan semasa kaum China menguasai politik Malaysia.

Hanya DAP merupakan parti yang sesuai yang relevan untuk menyingkirkan Perlembagaan Persekutuan kerana DAP tidak terlibat dalam merangka Perlembagaan tersebut semasa mencapai kemerdekaan dahulu.

DAP adalah parti yang relevan kerana bersungguh-sungguh mencetuskan kebencian pada UMNO,Utusan Melayu, pemimpin UMNO, menyanggah Perlembagaan Persekutuan, biadap pada YDP Agung, menyanggah pelaksanaan Islam dan segala macam yang tidak dilaksanakan oleh MCA dan Gerakan secara bijaksana.

Debat MCA-DAP adalah usaha mewajarkan DAP meneruskan perjuangan kaum china untuk menguasai politik Malaysia jika MCA-Gerakan tidak sanggup berbuat sebagaimana yang sanggup dilakukan oleh DAP.

Unknown said...

---- Dimana letak ISLAM ala Najib ----

PM Najib bila dah tersepit barulah nak tunjuk lagak yang perjuangan UMNO berlandaskan perjuangan menegakkan agama ISLAM.....

Cuba kita teliti dari jauh dimana letak agama ISLAM dari perspektif seorang PM Najib

[1] mula-mula yang dibantu sekolah HINDU dan memperjuangkan nasib 1500 pelajar HINDU untuk "dipaksakan mendapat tempat MATRIKULASI"
[2] lepas tu dia berperang untuk memastikan tidak kelihatan meminggirkan sekolah CINA, terpaksa Kementerian Pelajaran "mengubah dasar pelajaran yang menyama tarafkan sekolah CINA dan memberi pengiktarafan kesemua bidang di TAR "
[3] last sekali untuk kelihatan baik dimata orang ISLAM MELAYU berdengus-dengus memberikan perhatian kepada KOLEJ ISLAM yang sepatutnya sudah LAMA mencapai taraf UNIVERSITI AZHAR MALAYSIA....

Begitulah duduknya ILMU FARDHU AIN bagi seorang PM bernama Najib ... sudahlah tidak perlu berlakon sandiwara seolah-olah UMNO memperjuangkan ISLAM ... UMNO memang takut dengan ISLAM bukan dengan PAS tapi dengan ISLAM .... kerana duit UMNO dari JUDI dan ARAK - baik dari GENTING maupun dari EMPAT NO EKOR dan KILANG CARLSBERG TERBESAR di ASIA TENGARAA.

Ingat sewaktu ZAM atas arahan MAHATHIR menutup kesemua SEKOLAH AGAMA RAKYAT dan HAMPIR juga MEMPUPUSKAN PASTI [Pusat Asohan Tadika ISLAM], begitu lah sebahagian DOSA-DOSA BESAR UMNO terhadap ISLAM.

Begitu juga DOSA-DOSA besar ULAMA dan MUFTI MALAYSIA terhadap ISLAM kerana menutup MATA, TELINGA dan MULUT mereka terhadap KEMUNGKARAN yang sedang melanda MASYARAKAT ISLAM, --- anak LUAR NIKAH yang begitu banyak dilahirkan, kadar PENCERAIAN YANG lebih banyak dari YANG BERKAHWIN, kuarng nya DIDIKAN NILAI AGAMA pada PEMIMPIN UMNO yang harus ditegur kerana TIDAK MEMILIKI SIFAT PEMIMPIN ISLAM - TIDAK ada yang AMANAH, TIDAK ada yang MAHU BERKATA BENAR, HAMPIR KESEMUA MENYOROKAN KEBURUKAN dan mengambil PELUANG yang HARUS diberi KEPADA RAKYAT yaini berlaku KHIANAT terhadap RAKYAT ...

PM Najib akan bertemu ALLAH ... apakah yang akan dikatakannya nanti tentang perbuatannya yang jelas mempersendakan AGAMA ALLAH, dari hari ke hari dia MENUMPUK DOSA tanpa sekali-kali menoleh kebelakang untuk mebuang segala yang tidak baik, hari-hari DIA mencipta ISLAM [kalau dulu Pak Lah dengan ISLAM HARI-HARI], NAJIB pulak berfahaman WASATIYYAH dalam terus menerus menipu RAKYAT, dan kini TIMBUL pula Maqasid Al Shariah - ketika perlu memakai TOPENG ISALM di Kolej Islam .... entahlah masih belum terlambat selagi NYAWA belum di HALKUM

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato’ di atas penganugerahan Tokoh Kewartawanan Negara 2011. Daripada 28 juta penduduk Malaysia, hanya 9 orang saja yg dinobatkan setakat ini. Maknanya, bukan calang-calang orang sebenarnya Dato’ni. Masih berbisa dan masih tajam mata penanya. Akhir kata, sekali lagi, syabas Dato’. Sekian TQ.

langitbiru said...

Debat Chua-Lim di Pulau Pinang tak memberi apa-apa makna sebenarnya HATTA kepada masyarakat Cina.

Mengapa Chua Soi Lek bersungguh-sungguh berdebat di Penang? Bila MCA menguasai Penang? Sebaiknya, Gerakan lah berdebat dengan DAP di Penang.

Apapun, seperti saya katakan, debat tersebut tiada apa-apa makna kepada masyarakat Cina.

Saya juga menulis sebelum ini, KAUM YANG PALING BERUNTUNG di Malaysia adalah KAUM CINA, bukan Melayu, bukan India. Alasan cukup mudah, apa saja yang Kaum Cina minta , mesti dapat. Minta melalui MCA/Gerakan/BN tak dapat, depa hulur melalui DAP. Minta melalui DAP tak dapat, depa hulur melalui MCA/Gerakan. Sama saja, apa yang mereka minta mesti dapat.

Lebih-lebih lagi sekarang ini di mana kuasa politik UMNOBN dilihat tergugat, minta saja dengan Najib mesti dikabulkan Najib.

Ronda-ronda kayuh basikal di Penang, BUAT PENGUMUMAN sekolah Cina dapat 15 juta. Cukup mudah.

Sekolah kebangsaan, lebih-lebih lagi sekolah Agama Rakyat, berpuluh-puluh hantar kertas kerja mohon bantuan kewangan, semua tak lengkap!!!

PIBG SJKC, semua pemimpin politik orang Cina menganggotai PIBG, baik dari DAP,MCA mahupun Gerakan. Kaum Cina akan ‘swing’ kepada pihak mana sanggup offer bagi lebih.

Apakah pemimpin Melayu tak sedar. LEBIH DARI SEDAR, tapi masing-masing mahu menegakkan prinsip parti masing-masing, tiada titik persamaan.

Bagi saya, CUKUP MUDAH sebenarnya, UMNO perlu ikhlas dan menerima cadangan Undang-undang Islam sepenuhnya, ITU SAJA.

Jika UMNO berbuat demikian, sekaligus menyatukan semua Melayu-Islam di Malaysia, dari Perlis sampai ke Sabah, semua akan bersatu.

SUSAH SANGAT KE???

Daripada besatu dengan Chua Soi Lek yang tiada maruah diri tu, lebih baik bersatu dengan Nik Aziz.

SUSAH SANGAT KE???

Cukup mudah dan simple, bersatu menegakkan Islam, secara automatik Melayu juga bersatu. ITU YANG PAS mahukan. UMNO tak perlu masuk PAS, PAS tak perlu masuk UMNO, TAPI kedua-dua perlu berganding bahu melaksanakan HUKUM ISLAM dalam Sistem Kenegaraan.

SUSAH SANGAT KE???

SAMPAI BILA UMNO MAHU BERDOLAK DALIH PASAL UNDANG-UNDANG ISLAM????

SUSAH SANGAT KE????

TERIMA JE UNDANG-UNDANG ISLAM, DAN MELAYU SEKALIGUS BERSATU.

SUSAH SANGAT KE????

pensel patah said...

salamun alaik..
saye kadang kadang tergelak bace komen dari sahabat kite kat atas tu.. yang Umno kate dielah yg trbaik..yang Pasnye mereka lah yg perfect.. masing2 mengaku merekalah pejuang bangse melayu.. pkr pada saye hnyalah serpihan sahaja... org umno bile cakap pasal perpaduan mesti trdengar unkapan BUBAR PAS MASUK UMNO, yg Pas pula,Bubar umno msuk Pas.. kenapa perlu ini terjadi..

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Rawa Lanun-Bahasa,

Setuju sangat dengan anda,Melayu itu cergas mindanya,mereka telah berniaga seawal kurun ke 15,kerana minda mereka dijajah dan momokan penjajah juga,maka melayu hilang jati dirinya.

Kaum Cina di Tanah Melayu datang bersama penjajah,mereka seperti melukut ditepi gantang,dek kerana desakan hidup mereka kemari mencari rezeki,mereka membodek penjajah dan diberikan habuan melalui cara yang tidak jelas.Sekarang telah berjaya dan tidak mahu berkongsi matlamat,dasar orang tak sedar dek untung,diberi betis mahukan peha...

Unknown said...

Kaum melayu ada cara nya tersendiri dan perubahan sikap orang melayu ini sedikit sebanyak telah menakutkan UMNO/BN......Kerana tak mungkin umno boleh bertanding di ipoh timur atau bukit bintang tetapi orang cina dari MCA boleh bertanding di kawasan majoriti nya melayu contoh nya PANDAN sebab apa mereka menang kerana melayu yang mengundi tetapi akan datang pasti cina dari BN akan kecundang jua.Orang cina ada keberanian dalam merubah lanskap politik sedangkan orang melayu masih takut kepada perubahan dan akhir nya ianya merugikan orang melayu itu sendiri. Kita mesti melihat dari segi tuntutan sesuatu siapa lebih berjaya orang melayu atau orang cina....kita fikir la sendiri...bagi orang melayu dapat sesuatu hanya belas ehsan sahaja...itu sebab nya wang pemberian royalti pun tukar kepada wang ehsan siapa yang dapat majoroti nya melayu la....pihak kerajaan mesti membuka mata dan telinga tengok la kiri tengokla kanan agar orang melayu tak jadi pengemis ajar la berdikari...wang Rm 500 tak perlu BR1M pun cuba kumpulkan jadikan dana untuk membantu menggerakan sesuatu projek yang pendapatan nya berterusan bukan makan sekali esok lapar balik minta lagi bila tak bagi ingat nanti aku tak undi kau baru padan muka hang....jadi siapa yang mewujudkan peminta sedekah dengan pemberi....woooo begitulah senario nya....orang cina lebih banyak yang berusha sendiri dari mengharapkan sesuatu yang diberi sebagai hadiah pemanis muka.....pemimpin melayu balik kepada pokok iaitu peristiwa 1998 lupakan dan buat la wadah baru...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).