A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]
UPDATE, Nov 1 - THE FOLLOWING information culled from the Press should be of interest to readers and may explain why the AES was hastily implemented. With the Barisan Nasional MPs now joining the call for the system to be canceled, the information is timely.
SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.
Beta Tegap and ATES was entrusted with installing 831 traffic cameras at `black spot’ areas, with the
companies getting profits through a three-tier scheme.
On the first tier, the
companies will be entitled to RM16 for every summons issued for up to five
million summonses, while at the second tier, they will be entitled to 50
percent of the remaining revenue, capped at RM270 million.
On the third tier, they will
receive 7.5 percent of the balance from summonses paid.
Tegap Sdn Bhd's shareholders: Nik Ismail Nik Mohamed, Datuk Mohd Yunus Othman, Yap Kim See
@ Yap Ai Lin, Toh Puan Rozana Redzuan and Dr Andreas Teoh (Source: The Edge, 12 May). It was incorporated on
Feb 7, 2004. It was a dormant
company with no account submitted to the SSM.
Toh Puan Rozana Tan Sri Redzuan, an
accountant, sits in various board of Bursa Malaysia companies as well as is a
director of Singapore’s MAGNUS ENERGY GROUP
LTD.
Dr Andreas Teoh also own 25% of
Mediharta - the company who was awarded by goverment to affix security sticker
in medical products and prescription drugs in 2005. Yap is his mother.
It is using the AES by Melbourne, Australia-based Redflex Traffic Systems Pty Ltd. Contract was valued at A$50 million for 450 fixed speed
cameras, 140 mobile cameras, extensive enterprise back office software, and
implementation services.
Local
concessionaire, A.T.E.S. Sdn Bhd is 40-per cent owned by Commercial Circle Sdn Bhd and balance held by Traffen Force Sdn Bhd.
Shareholders
of Commercial Circle are Foong Yook Seng @
Lawrence Foong Yook Seng, Michael Foong Ka-Meng, Norsiah Abu Asid and Mohd
Zulkafli Ahmad Tazali (Source: The Edge,
12 May).
Commercial Circles’ revenue for
FY2011 was RM12million. It was incorporated on June 6, 1985. It has been submitting
its account yearly in accordance with the rules. Its is a license holder and supplier of
defense and police equipment to the government. It supplies and installs traffic surveillance cameras and law enforcement equipment as well as the
maintaining and servicing them.
Shareholders
of Traffen Force Sdn Bhd are Chee Chwee Cheong
(10000 shares) and Jendela Duta Sdn Bhd (50000 shares). (Source: The Edge, 12 May).
ATES Sdn Bhd’s director, Chee
Chwee Cheong is also a founding partner of the influential advisory house, Ethos
Consulting, headed by Omar Mustapha Ong, a former special officer to Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak.
The supplier is Jenoptik (Germany) and the contract
value is 40 million Euro for 550 traffic monitoring systems.
Original Post
SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.
Saya benci sikap penghisap rokok
yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang
tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati.
Pengotor.
Jadi, saya sepatutnya
mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober
yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam
Diraja Malaysia.
Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan
tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui
kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri
merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa
Perbendaharaan memerlukan pendapat segera.
Lazimnya, pengumuman kenaikan
cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd
Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September
lalu.
Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat
begitu? Saya hanya berani dan boleh membuat andaian. Yang terlintas dalam
fikiran adalah Mohd Najib mahu membentangkan belanjawan pilihan raya yang
menyenangkan semua orang dan pihak. Beliau sendiri tidak menaikkan cukai rokok
sebab beliau tahu banyak pengundi adalah perokok.
Tetapi, kenapa selepas 20 hari
cukai rokok dinaikkan secara tidak langsung melalui kebenaran kenaikan harga
oleh Kastam dan Eksais? Perokok lagi marah kerana mereka berasa tertipu. Dalam
Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.
Ada dua kemungkinan. Pertama,
kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui
pengumuman Belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan
wang untuk tahun semasa (2012).
Dan ketiga, dengan membenarkan
kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar Belanjawan, kerajaan boleh
memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui Belanjawan, ia hanya boleh
dilaksanakan apabila Belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang
di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.
Perbendaharaan Kesuntukan Duit?
Melihatkan kenaikan pintu
belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik
(Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin
kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.
Saya dapat merasakan kemungkinan
bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang setelah secara kebetulan,
bercakap dengan tiga orang bekas Menteri Kewangan, yang semua bimbang dengan
kedudukan kewangan kerajaan.
Hari ini, dalam akhbar The Star tersiar surat Mohd
Zakry Omar, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Awam, Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia bertajuk “AES Cameras Smart Enough” (kepintaran
kamera AES memadai” dalam ruangan surat pembaca.Setelah melihat saman yang dikeluarkan berikutan pelaksanaan AES, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau. Sebaliknya, saya rasa sistem itu “is not smart enough” (tidak cukup pintar) apatah lagi meyakinkan.
Gambar yang disertakan hanya mempamerkan bahagian hadapan kenderaan dengan pelat nombornya sahaja. Gambar seperti itu boleh diambil di mana-mana pun. Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju). (Lihat Gambar).
Kalau inilah hasil kamera AES, saya rasa kamera digital RM500 lebih “smart” kerana boleh pamerkan banyak maklumat atas gambar.
Terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan ketidaksenangan dan keraguan umum terhadap sistem ini. Daripada apa yang saya lihat, sistem itu bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi kesilapan boleh berlaku ketika menulis saman kerana bukti bergambar seperti yang saya sebutkan di atas tidak ada atau tidak disertakan.
Tetapi, seperti lampu isyarat yang dipasang di tempat-tempat yang tidak diperlukan dan tidak dinyalakan, kemungkinan berlaku pakatan dan persekongkolan antara pembekal sistem dengan pembeli (JPJ) tidak boleh ditolak bulat-bulat.
Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan “cost effective” kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Wallahualam.
42 comments:
Previous posting 2 bekas menteri kewangan ... today tambah 1 ... jadi 3 ... but most people mungkin tak kisah pun ... apa yang nampak itulah yang benar ... apa yang dapat itulah yang benar ...
... listening to the USA's presidential debate today and the ones before ... clearly we know they are not ever going to be our friends ... but ada kita kisah ... as most would say itu hal-hal orang atas ...
... but clearly life is tough everywhere for the common folks ...
... jadinya siapa yang lebih bagus dari persepsi common folks ... mungkin itulah yang berjaya ...
XERONINE
Berkenaan AES, saya ada berbicara dengan pegawai kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan. Katanya kontrak pemegang konsesi adalah selama 6 tahun sahaja di mana kerajaan tidak membelanjakan duit untuk memasangnya. Di akhir 6 tahun, semua kamera tersebut menjadi milik kerajaan. Pendek kata, konsep 'Build-Operate-Transfer'.
Pendapatan kepada pemegang konsesi adalah melalui berapa banyak pesalah trafik yang berjaya disabitkan kesalahan.
'Trial Run' memang telah dijalankan agak lama, sebelum diumumkan secara rasmi kepada rakyat. Memang terbukti begitu banyak pemandu/penunggang yang mengabaikan had laju dan juga melanggar lampu isyarat.
Pandangan peribadi saya ialah, kemungkinan ada terdapat kepincangan daripada segi pelaksanaannya. Namun, hakikat sistem berkenaan digunapakai di negara maju dan terbukti mempunyai impak dari segi pengurangan kemalangan jalanraya.
Saya percaya elok juga kerajaan kemukakan kertas kerja AES untuk tatapan umum. Perkara yang baik, kita sokong. Kiranya ada kekurangan, kita lakukan penambah-baikan. Sekiranya MRT Corp boleh buat roadshow dapatkan maklum-balas umum, apa salahnya dibuat juga untuk AES.
Saya rasa AES ini terlalu dipolitikkan. kalau nak kata AES dilaksanakan hasil dari usaha kerajaan utk menjana hasil adalah tidak tepat. Pertamanya saman hanya dikeluarkan ke atas pesalah jalan raya... kalau mematuhi undang2 dan peraturan jalan raya tidak ada sebab utk bimbang. Dan kalau betullah tujuan utama kerajaan melaksanakan AES, rakyat boleh sahaja menghampakan niat tersebut dgn mematuhi peraturan dan undang2 jalan raya. Maka dgn itu kerajaan tidak dapat apa2 hasil pun.
Tapi sekarang mereka kata AES adalah punca banyak kemalangan la pulak... padahal Malaysia bukanlah merupakan negara pertama melaksanakan sistem ini. Dah banyak negara lain mendahului Malaysia tetapi nampaknya hanya pemandu2 di Malaysia jer yang terkejut beruk bila 'terkena silau flash light kamera'
Logiknya kalau kena silau flash light kamera pun boleh menyebabkan eksiden, sudah pasti lebih banyak kemalangan berlaku ketika memandu didalam hujan ribut petir (thunderstorm). Maklumlah.. cahaya kilat tu jauh lebih hebat dari lampu flash light. Tambah pulak dgn bunyi guruh yang kuat mengiringi kilat tersebut sudah pasti pemandu akan lebih terkejut beruk berbanding ketika terkena silau flash kamera. Betul tak Dato'?
Salam dato,
Rokok tu bahaya.
Jakim,saudi dan mesir dah lama dah fatwa rokok adalah haram...TAPI MUSLIM BUAT BODO saja,makin ramai merokok...memang bodo pun!.
Saya dah beritau beberapa orang rakan dan imam kat tempat saya,tap i depa buat bodo,juga ..bodo laa tu.
Dalam bulan ramadhan lepas saya kata kalu macam tu elok minum beer sekali sebab sama saja haram hukumnya..kalau makan daging babi pun OK jugak masa hisap rokok..depa lagi marah pulak kat saya...
Saya beritau depa kat belanda pada tahun 2010,kajian penapis rokok ada
kandungan darah babi,diletakan olih pengilang rokok untuk serap
bahan dari asap rokok...DAH ADA bahagian babi kat bibir,apa beza dengan makan dagingnya sekali tak gitu?..
Apa la niiii... iman perokok,makmum ramai yang perokok dan dijemaahkan dengan makmum tak merokok,macamana ni?..nampak macam tak baguih ni.
Imam sepatutnya toksah la macam tu, kan baik jadi contoh...
BAB NAIK harga rokok tu dah macam `cartel' punya stail..sama macam naik harga `petrol' tu pun...MANA ada dalam bajet!.
Hai AES ni..saya tak setuju. KALU JPJ effective,penguat kuasaan undang undang jalanraya sedia ada kuat,SAMAN MASA TU JUGAK, mahkamah kesalahan lalu lintas 24 jam lagi baik dari dok `cekop' orang macam ni...macam nak `instant incomes' ni, `pseudolegality' ni kut dato...
TAPI dato, kita ni orang kecik orang biasa..depa orang besaq,orang kuat,berkuasa pulak tu, boliiih laaa depa buat apa pun...TAPI SAYA ADA DUA UNDI TAU!,kalau semua `kedekut' dan `berkira' undi,bolih `mampuih' laa depa ni.
Kalau nak tau langit tinggi rendah `buat' la hai hai macam ni,MESTI `makbul' punya...
Abu Bakar Ab Rahman
Salam DAKJ,
Umum mengetahui secara teori, atas kertas, semua yang dilaksanakan kerajaan adalah baik. Bagaimana pun, umum telah dapat melihat berapa banya projek "baik" akhirnya tinggal pahit. Patut kita semua sedar sesuatu yang baik di negara lain belum tentu baik di negara kita Malaysia yang satu ini.
Sebagai orang yang tidak baru dalam perkhidmatan awam, saya tahu banyak faktor yang mendorong sesuatu keputusan - ada yang logik dan ada yang sebaliknya.
Menyentuh mengenai AES, hanya kerajaan yang tahu niat sebenar pelaksanaannya. Bagi syarikat yang membekalkan perkhidmatan, niatnya tidak lain dari memaksimumkan keuntungan - tidak SESEKALI untuk mengurangkan kadar kemalangan. Pun begitu niat pemerintah?
Salam Eiduladha Dato AKJ dan pembahas semua,
Memang tidak dinafikan sistem AES, sistem pertahanan Kapalselam, sistem ternakan lembu NFC dll, semuanya baik dan telah berjaya dilaksanakan dinegara-negara maju untuk kebajikan rakyat dan negara.
Persoalannya bagaimana sistem pembelian dan perolehan keatas keperluan-keperluan tersebut dilaksanakan. Mungkin Jabatan Odit Negara yang diletak dibawah kuasa parlimen dapat berfungsi dgn lebih efektif memperbetulkan segala kepincangan dan kebobrokan yang berlaku dalam negara 1Malaysia sekarang ini.
Salam 1Malaysia Dato',
Pada hemat saya, saya tidak nampak peningkatan harga atau kaedah saman itu boleh memberi impak kepada pengguna, sebagai contoh,
1. Harga gula naik - bilangan pesakit diabetes takkan turun pun sebab penggunaan gula masih sama.
2. Harga minyak naik - bilangan kereta atau penjualan kereta takkan turun pun sebab pengguna kenderaan takkan turun malah bertambah.
3. Harga rokok naik - bilangan perokok takkan turun pun hanya kerana harga rokok naik.
4. Penguatkuasaan AES - pesalah jalanraya takkan turun pun, malah bagi yang dah tahu kat mana kamera AES tu, mereka hanya slow dekat kamera tu sahaja selepas tu akan pecut balik.
Kesimpulannya, naiknya harga sesuatu tu takkan memberi kesan kepada penurunan sesuatu seperti jumlah pesakit diabetes, penggunaan kereta, perokok, sebaliknya ia hanya membuatkan pengguna membayar lebih kepada kerajaan, itu sahaja. So saya amat setuju dengan Dato' yang cukai rokok dan AES adalah cara pantas untuk menjana hasil kerajaan.
- Noov
Bn Dan pakatan sama2 rapuh sekarang ni sebab mereka sudah tidak boleh BAca fikiran rakyat, fikiran rakyat pun sering berubah ubah ikut isu dan emosi, rakyat pun Ada Kayu ukur nilai tersendiri.
Yang kalah kelak bukan kerana lawan kuat tapi kerana sendiri banyak buat kesilapan yg banyak
Dalam Hal ini pemerintah akan selalu diperhati Dan sedikit sahaja kesilapan terutama di saat hampir pru mampu menghasilkan kecundang menyesal tak sudah
Saya setuju sangat dengan pendapat datuk bahawa naikkan untuk mudah dapatkan hasil.
Jauh sekali untuk membuat perokok kurangkan merokok.
Apatah lagi mengharapkan perokok berhenti merokok
Pemimpin tahu perokok tak berhenti merokok.
mengapa? kerana mereka ssudah ketagih. Orang dah ketagih jangan harap dapat berhenti dengan tabiat tersebut.
Lebih lebih lagi dalam rokok ada dadah walaupun sikit tetapi ia boleh membuat orang ketagih.
Apabila sudah ketagih kerajaan dapat hasil yang mudah.
Pihak kerajaan dapat kemudahan daripada syarikat syarikat rokok.
Setiap kali pilihanraya umum berjuta juta wang diberi kepada parti yang memerintah untuk belanja pilihanraya.
salam dakj
AES orang yang melanggar peraturan jalan raya akan menerima hukuman.
Harga rokok untuk orang merokok yang akan menerima beban kenaikan harga.
kalau tak mahu dikenakan saman jangan langar peraturan jalan raya dan tak mahu dibebankan dengan harga rokok jangan merokok.
kedua-dua hal diatas melibatkan nyawa manusia.satu elak dari kemalangan dan satu dari penyakit.
kemalangan dan penyakit membuat perbelanjaan perubatan/kesihatan meningkat,kecacatan dan kematian awal serta boleh membawa jiwa merana dan kemiskinan.
so kalau kerajaan nak jaga keselamatan dan kesihatan rakyat pun rakyat tak setuju dengan berbagai andaian. Elok juga mereka yang tak setuju itu cadangankan kepada kerajaan cara lain untuk menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.
bagi pendapat saya AES dan kenaikan harga rokok dapat mengurangkan kemalangan dan mengurangkan minat orang hendak merokok.
merokok adalah haram dalam islam.
dua perkara yg tok scribe tulis menarik perhatian saya.
1) berkenaan sistem AES, tok scribe kata: "Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju). (Lihat Gambar)."
rasanya kegagalan yg tok scribe sebutkan itu bukanlah kerana kelemahan sistem keseluruhan mahupun kamera tetapi adalah disebabkan kealpaan teknikal [oleh pihak kontraktor yg memasang peralatan AES dan jabatan/pegawai kerajaan yg menyelia kerja tersebut].
pencatatan tempat, tarikh dan kelajuan seharusnya dikonfigurasi ke dalam perakaman semasa kamera2 canggih itu dipasang. tetapi jika terlupa, rasanya tidaklah rumit sangat untuk disetkan kemudian.
saya telah agak lama tinggal di negara2 yg menggunakan sistem yg serupa. di sini sesiapa yg menerima surat saman yg tidak menunjukkan butir2 sedemikian, baik kerana ralat teknikal atau kerana surat saman rosak, boleh mempertikaikan kesahihan surat samannya. kekadang yg berbuat demikian sering terlepas denda.
2) tok scribe sudahi dengan: "AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu."
seperkara positif yg boleh dilihat di sini, sama ada wujud atau tidak persekongkolan pihak2 tertentu seperti yang disimpulkan, adalah polis2 yang mengawal lalulintas kita tidak lagi akan terdedah kepada godaan rasuah. :-)
Dato.
Isu gandingan kenaikan harga rokok dan AES.
Macam-macam pendapat dan tanggapan mengenai isu gandingan ini.
Pendapat Dato hampir sama dengan orang ramai di bumi Tanah Melayu ini.
Biasalah demokrasi mana ada satu hati.
Demokrasi di Tanah Melayu lagi cukup pelik.Asal bangkang saja itulah demokrasi.
Demokrasi kerja lawan arus ala Malaysia/Tanah Melayu.Tak pernah senada.
Nampak nya PM Najib cari bahaya dengan isu gandingan ini.PM Najib cari nahas menjelang PRU 13 nanti.
Pengguna jalan raya dengan kaki perokok cukup ramai.Segenap tempat ada kumpulan ini.
PM Najib jolok sarang tebuan.
Jangan sampai nak jaga kumpulan ini mati tiba-tiba BN/UMNO mati dulu kerana hilang undi.
Niat itu bagus dan elok serta murni.Keikhlasan pun agaknya ada.Cuma masa tak berapa kena dan sesuai.
AES punya akibat suara sumbang ada keluar satu istilah iaitu SR1M.(Saman Rakyat 1 Malaysia).Jadi mainan pula disamping sindiran.
Yang bahaya ialah persepsi rakyat.
Rokok adalah amalan kurang baik sejak berpuluh ribu tahun lagi.Belum ada pakar lagi dapat hapuskan rokok.Bisnes rokok juga menjana ekonomi.
Barangkali AES juga menjana ekonomi.
Masa rancang tak ambil pendapat rakyat.Asyik pakai pendapat pagawai yg ada sedikit sebanyak kepentingan.Bila rakyat melenting kata rakyat tak betul.Bila undi hilang baru menyesal.
Malaysia negara banyak kutip cukai langsung dan cukai tak langsung.
Makan di R&R PLUS pun kena cukai.
Budak sekolah pun kena bayar.
Kesian.
Terima kasih lah Dato kerana rajin melontar idea dan mencairkan otak disamping tukar-tukar fikiran.
Salam Aidiladha.Selamat berkorban demi agama ,bangsa dan Tanah Melayu.
Mat di atas suka AES: "Di akhir 6 tahun, semua kamera tersebut menjadi milik kerajaan."
Setahu saya paling lama alat elektronik melibatkan komputer diberi jaminan oleh syarikat pembekal ialah 1 tahun. Jangan kata tidak melibatkan kos kerajaan. Nanti ada pengulas yang kata bodo nanti.
Kereta diporomosikan dengan "performance". Meter sampai 200km/j. F1, rally dan sebagainya diasuh ke dalam minda anak-anak. Lepas tu letak AES. Bagi 2 syarikat untung ratusan juta. Kenapa perlu libatkan swasta? Kakitangan kerajaan sudah tak reti pasang kamera?
Arak, judi dan rokok dipromosi berpuluh tahun. Sampai sekarang walaupun kini terhad di kedai runcit dan kedai minuman dan kedai judi.
Kalau pembeli dilabel bodo dan berdosa, yang keluarkan lesen menjual tu nak dipanggil apa? Kerajaan pembela agama, bangsa dan negara?
Bila ke bandar, anak cucu tanya kenapa kedai tu jual arak dan judi? Cikgu kata haram. Nak jawab: supaya kerajaan dapat duit cukai untuk bayar bonus cikgu??? Tak sampai hati la pulak walaupun kenyataan.
*x-umno*
Dato',
Saya bukan perokok, jadinya kenaikan ini bukan satu isu pada saya. Cuma cara kenaikan ini diumumkan yang menjadi tanda tanya. Najib ini sengaja menyebabkan orang memfitnah beliau. Sememangnya tidak menjadi kesalahan menaikkan cukai rokok tanpa umum semasa belanjawan tetapi adalah salah untuk menimbulkan fitnah. PM tidak telus dalam isu ini.
Penguatkuasaan undang2 khususnya berkaitan had laju adalah amat di alu alukan. Apa sistem pun rakyat tiada masaalah cuma biarlah telus. Perjanjian konsesi itu hendaklah diumum/buka pada public.
Kenapa perlu AES atau apa pun sistem ini di swastakan sedangkan kita ada satu kementerian utk uruskan nya. Lemah sangat agaknya pegawai2 di kementerian tersebut hingga kerajaan (majikan) tidak percaya kemampuan mereka.Tetapi nak kata kerajaan sebagai majikan tidak percaya mereka ni, saban tahun di beri pula bonus. Seperti pemerintah itu yang lemah dan banyak beri muka pada kakitangan mereka ataupun pemerintah itu ada agenda tersembunyi.
Jangan terperanjat jika PM batalkan AES ini setelah di bantah oleh rakyat kerana PM kita ni memang mahir bab orang lain umum kemudian dia jadi tukang batal. Teringat hal isu kenaikan gaji kakitangan dulu tu. Siapa agaknya kambing hitam kali ni jika AES dibatalkan..
Assalamualaikum.
1) AES
Saya setuju dengan komen Mat. Penggunaan AES telah mula dikaji sejak 2003 lagi. Ini bermakna ia telah melalui berbagai proses dan memakan masa selama 9 tahun sebelum dilaksanakan. Perlaksanaan sesuatu dasar/sistem yang diperkenalkan tentunya mempunyai kelemahan disana sini dan mengambil masa untuk diterima oleh majoriti. Saya yakin majoriti yang menentang perlaksanaan AES tidak 'sempat' berfikir panjang apalagi berfikiran positif kerana mereka sudah diasak dengan persepsi negatif oleh pembangkang. Saya tidak hairan dengan 'kaji selidik' pembangkang kerana mereka sentiasa mengambil kesempatan keatas isu yang mereka fikir mereka boleh meraih laba darinya. Apa lagi jika sesuatu isu melibatkan 'duit' rakyat yang kononnya dirompak oleh Kerajaan. Saya berpendapat pembangkang di Malaysia tidak ada kualiti. Pembangkang telah diberi peluang menjadi kerajaan dibeberapa negeri selepas PRU12, 2008. Soalnya berapa banyak kemajuan telah mereka lakukan dinegeri2 tersebut?
Sikap ramai rakyat Malaysia yang menjadi 'samseng' bila berada dijalan raya perlu diuabah melalui berbagai cara. Salah satu caranya ialah dengan memngenalkan AES. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari kelemahan sistem tersebut dan perbaiki. Pada masa yang sama Kerajaan mesti menerangkan apa itu AES kepada rakyat supaya mereka faham matlamat sistem itu digunakan.
2) Kenaikan Harga Rokok
Merokok membahayakan kesihatan malah difatwakan haram. Jadi sebagai orang Islam apa perlunya kita bercakap soal tersebut. Ia bukan satu isu yang sepatutnya diperdebatkan. Siperokok ada pilihan untuk terus merokok atau sebaliknya.
Secara peribadi saya berpendapat jika ada yang 'mentafsirkan' bahawa AES dan kenaikan harga rokok sebagai cara Kerajaan mencari pendapatan segera maka tafsiran itu adalah menggambarkan sesuatu yang dangkal. Wallahualam.
Dear Datuk, allow me to share following information with you and esteemed commentators.
1. Some groups, such as the National Motorists Association in the USA, and Motorists Against Detection in the UK claim that systems are used primarily as a source of revenue rather than to enforce traffic rules for the declared objectives. However, a meta-analysis of studies finds automated ticketing machines that enforce speed limits may have reduced the number of traffic injuries and deaths.
2. A Royal Commission on 'Motorcars' in the UK reported in 1907 raised concern about the manner in which speed traps were being used to raise revenue in rural areas rather than being used to protect lives in towns. In parliamentary debates at the time it was observed that "Policemen are not stationed in the villages where there are people about who might be in danger, but are hidden in hedges or ditches by the side of the most open roads in the country", "In my opinion they are manifestly absurd as a protection to the public, and they are used in many counties merely as a means of extracting money from the passing traveller in a way which reminds one of the highwaymen of the Middle Ages".
3. Photographs are typically time-stamped by a high resolution timing device so that a vehicle's speed can be checked manually after the fact if necessary using the secondary method of calculating its speed between a series of calibrated lines (known as "Dragon's Teeth") painted on the road surface.
4. In August 2005, in Sydney, Australia a speed camera photograph was challenged on the basis that an MD5 cryptographic hash function used to protect the digital photograph from tampering was not robust enough to guarantee that it had not been altered. Magistrate Lawrence Lawson demanded that the Roads and Traffic Authority (RTA) produce an expert witness who could prove the photographs were tamper-proof, but the RTA was unable to provide such evidence. The defendant was acquitted and awarded court costs.
5. In June 2011, the New South Wales (NSW) government was reported to have raised A$350 million over the previous five years from speed cameras. The Roads Minister accused the previous Labor government of using speed cameras to raise revenue; the Auditor-General was therefore tasked with investigating all 141 fixed speed cameras in use throughout the state.Following the release of the report, 38 speed cameras, located primarily on highways, were switched off after the Auditor-General determined that they had no significant road safety benefit. The report found the majority of fixed speed cameras had a proven road safety benefit.
6. Speed limit enforcement cameras were a substantial election issue in the provinces of Ontario and British Columbia, Canada and were abolished by Premiers Mike Harris in 1995 and Gordon Campbell in 2001.
In February 2006, Edmonton, Alberta, Canada erupted in scandal when it was alleged that two police officers accepted bribes from private contractors who received lucrative contracts to provide speed limit enforcement cameras. The officers and contractor involved now face criminal charges that remain before the courts.
So, Datuk, it's fair that the Pakatan Rakyat should take up this issue on behalf of the people. Thank you for acknowledging the PR's role.
Zhenta.
YBhg The scribe,
Salam Hormat
YBhg The scribe,
Salam Hormat
Perangkap Laju Dan Samar
(cukai jalan dan telekomunikasi)
Dari nukilan anda, Dato', sah sahih cerdik buruk Pekan keprihatin kemahuan rakyat dalam era kerajaan mesra rakyatnya menaikan cukai bagi menjana pendapatan kerajaan dengan mudah. Tiada kuasa makhamah dalam menentukan sekiranya ianya sah dan dapat di kuatkuasan dan dilaksanakan. Pekan fikir terlalu 'one-track anglophile' dan kurang kelembutan samurai hakiki.
Manakala, sistem AES itu, sekiranya ada cacat dan aibnya segeralah Datuk uar-urakan. Ini satu lembaran dari ciri negara maju selain dari majoriti tipis dalam parlimen serta tampuk kerajaan belaku silih berganti; dan percubaan membunuh diri itu salah juga di sisi undang-undang mereka negara maju barat dan timur.
Apapun, nasib baik harga beras tidak naik, sekiranya dipercayaai berita:
World rice prices to move in $10-$20 range until Q1 2013
dan
Senators to urge NACC probe of 3G
Sekian
Assalamualaikum. YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Saya bukan perokok bukan kerana tidak suka tetapi bernasib baik kerana sistem badan saya tidak boleh menerima rokok. Yang saya muskilkan adalah apabila rokok difatwakan haram maka apa jadi pada kita yang makan hasil cukai rokok tersebut.
Betul ke kajian telah dibuat bertahun-tahun sebelum sistem AES ini diperkenalkan ? Gambar kenderaan perlu ditunjukkan sepenohnya dan masa bila ianya berlaku dicatitkan. Kalau tidak banyaklah kes nanya akan berlaku. sebagai contoh beberapa tahun dahulu saya menerima saman dari Polis mengatakan telah melakukan kesalahan trafik di Selayang. Saya cek dairi saya dan dapati saya tiada dikawasan tersebut pada hari itu. Saya cek balik saman tersebut dan dapati kenderaan tersebut adalah sebuah van sementara kenderaan saya adalah sebuah lori. Rupa-rupanya ada orang yang meletakkan nombor serupa dengan nombor lori saya di van mereka.Selepas memaklumkan perkara tersebut kepada PDRM saman saya dibatal. Bayangkan jika saman tersebut tidak menyertakan butir lengkap maka nanyalah saya.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya.
Salam Dato',
DS Najib berbelanja seperti Malaysia ini mengepam 10 juta tong minyak sehari. Dan sayangnya beliau kpd sekolah Cina jangan ckplah. Ada aja peruntukan luar jangka semata-mata nak beli undi. Saya lebih kepada BELANJAWAN BELI UNDI utk 2013.
Nizam
Dah lama sangatlah tak mai cerita
Tapi blog Datuk saya tetap baca
Cuma takut kalau ada yang tak kena
Bila Datuk minta identiti dan nama.
Maklumlah saya orang kampung
Takut juga salah-salah kena kepung
Kalau masuk jil anak bina sapa nak tanggung
Pasai itulah lama tak mai berkunjung.
Tapi hari ini hati panas sangat
Macam-macam jadi sampai kita tak larat
Harga naik timur dan barat
Kerajaan dok beban tambahlah berat.
Mat pun tak tahu apa nak jadi
Janji kanan, janjilah kiri
Tapi nampak satu pun tak jadi
Yang dak pasti cukai makin tinggi.
Apa dia yang Tok Najib dok buat?
Sapa pula yang dok bagi dia nasihat
Rakyat jelata semua dah tak larat
Orang parti pun dah naik meluat.
Dak kerap sangat kami buat ujian
Orang putih kata dry run
Macamlah kita dok tunggu hujan
Bendang kering tak ada nak makan.
Yang kita dok dengar sekolah cina
Bantu sini bantu sana
Sekolah kampung di takok lama
Lepas dibina kerajaan pun lupa.
Macam nilah saja mudah cakap
Dengan Umno jangan banyak sangat harap
Takut-takut periok nasi tertiarap
1Malaysia boleh jadi bankrap.
Mat minta berundur dulu
Harap Datuk sihat selalu
Raya korban semeleh lembu
Buat kenuri di Alor Mengkudu.
Mat Tunjang Enterprise
Dalam isu rokok umat islam telah terperangkap dengan permainan yahudi, hanya china sahaja yang sentiasa berwaspada dengan tektik halus kaum ini.
Rokok membahayakan kesihatan ?,Asap rokok tidak pernah pn orang buat sebagai alat untuk membunuh diri berbanding asap kereta.Tidak ada kajian saintefik
yang boleh mengaitkan dengan kanser!,malah syarikat rokok telah menang kes di amerika bila amerika cuba mengaitkan rokok dan kesihatan.Tembakau dan rokok
pemain utama nya adalah pedagang pedagang yahudi yang pergi setiap jerut rantau dunia untuk samada membuka kilang atau menanam tembakau.Orang pertama yang mengaitkan
rokok dan kesihatan ialah seorang yahudi !,agak aneh kan.Yahudi berjaya kerana mempunyai sumber kewangan yang stabil dan bangsa yahudi adalah bangsa yang paling berjaya
dalam bidang perniagaaan,dan ada ada yang berkata kalau nak berjaya dalam perniagaaan belajar lah dari yahudi !,kerana yahudi boleh menjual rating kayu yang tiada nilai
kepada nilai yang kita tidak pernah fikirkan.
Berbalik kepada rokok ,ramai perokok tahu sebatang rokok tidak mendatangkan sebarang mudarat.Dan yahudi tahu dan amat arif tentang ini,Dan perlu di naikan harganya pada tahap maksima.
Cara yang paling mudah sensasikan benda ini agar ianya mudah untuk di naikan dan yang paling penting ia nya mendapat sokongan kerajaan ( china tidak termakan dengan tektik ini)
Dalam hal ini banyak negara islam yang mengharamkan rokok tetapi bukan negara yang bukan islam,tetapi yang aneh nya rokok boleh di jual cuma diharamkan sahaja.menghisap
nya pun tak mengapa tidak mcm arak yang boleh di dakwa.dan yang paling aneh lagi negara negara ini amat rapat dengan yahudi atau proksinya..,Dan agak memalukan bilamana
orang bukan islam bertanya ,dan kita tak dapat memberi jawapan yang tepat berasakan fakta.kenapa islam mengharamkan rokok sedankan jawapan yang ada hanyalah andaian dan konon nya
mendapat nasihat dari pakar kesihatan..
ok,Dengan kenaikan ini siapakah sebenarnya yang untung..? Kerajaan...? tidak, kerana ramai pengundi adalah perokok
Dan mereka ini akan protes secara senyap dalam bentuk kertas undi yang untung ya-hu-di!.Tak percaya..?.cuba tenguk jualan rokok.apakah bila kerajaan menaikan harga rokok
akan mengurangkan jumlah jualan ?,jawapan nya tidak..faktanya.jualan makin meningkat dari segi dolar and cent nya.
Jadi kesimpulan nya galakan orang jangan merokok..tapi jangan menaikan nya..opp satu lagi jangan lah tunjuk gambar gengren orang kecing manis di kotak rokok..cuba tanya
doktor..mcmana hisap rokok boleh jadi mcam ne..
Salam Dakj,
"Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.
Ada dua kemungkinan. Pertama, kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui pengumuman Belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan wang untuk tahun semasa (2012).
Dan ketiga, dengan membenarkan kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar Belanjawan, kerajaan boleh memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui Belanjawan, ia hanya boleh dilaksanakan apabila Belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.
Melihatkan kenaikan pintu belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.
Saya dapat merasakan kemungkinan bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang "
Padah orang banyak hutang berlagak macam orang kaya bagi duit sana sini sesuka hati!
Salam Dakj
(sambungan)
"Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan “cost effective” kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu."
Selepas AES dilaksanakan nanti, anggota di cawangan trafik seluruh negara nak buat kerja apa?
Sdr raja2u
"Saya bukan perokok bukan kerana tidak suka tetapi bernasib baik kerana sistem badan saya tidak boleh menerima rokok. Yang saya muskilkan adalah apabila rokok difatwakan haram maka apa jadi pada kita yang makan hasil cukai rokok tersebut."
Dah elok2 ulamak besar dulu hukumkan merokok hanya makruh pandai2 tukar jadi haram. Lepas tu tak berani pulak nasihat kat PM masa tu simpan duit hasil cukai rokok tu kat Baitulmal.
Assalamualaikum,
Saya berharap 'CikGu Naim' hanyalah nama seseorang. Dia bukanlah seorang guru atau cikgu.
Seorang guru sewajarnya menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Minta izin Datuk saya nak muatkan rencana ini dalam blog saya. Harap Datuk tidak keberatan.
Sekiranya BN menang PRU13 nanti, kita tunggu pula GST dan 1MEDIC.
Pendapatan negara meningkat, bukan disebabkan aktiviti ekonomi yang menngkat.
p/s Malaysia akan menjadi pelabur nombor 1 dalam pelaburan hartanah di London. Sila angkat tangan, berapa ramai yang bangga dan berapa ramai pula yang nak meraung?
Fed Up
The Scribe
Salam Hormat
Jumaat Percuma
(haram tiga jumaat percuma)
Jumaat hari mulia muslim dan muslimah
raya korban sempurnanya wukuf di arafah
berat perbendaharaan beban amanah
beban pembangunan terurus bertentu arah
cabaran sabar mengawal ammarah
insan yang sesat ternoda syahadah
raja penyayang pun tuhan maha pemurah
riba itu haram terserlah musibah
hudud disanjung biar taqwa berdaulah
jangan mengejar wawasan buta sejarah
ditangan tuhan fadilah dan barakah
apakah boleh kerajaan menipu raja melayu
dan di waktu yang sama mencuri hak rakyat
kerana tiada rakyat tanpa kerajaan hukum alam
sekian
Assalam... AES pada saya tak betul kalau digunakan utk menyaman sebabnya yg disaman adalah pemilik kenderaan bukan pemandu. Yang bawak laju adalah pemandu. Tahan pemandu dan saman. Tak setuju naik mahkamah. Bila dah tahan mcm2 bole periksa... Lesen, I/C, rekod jenayah, rekod JPJ, kenderaan yg dipandu, vehicle roadworthiness dll... Jgn pilih bulu... sapa saja langgar undang2 tahan dulu.. walaupun sedara mara..
Lagi pun bukan semua kemalangan disebabkan oleh kelajuan lebih had... "speeding aggravate the fatality of accident" yes... Speeding cause accident, i beg to differ... Ni musim2 raya, cuti umum yg ramai org balik kg.. saya cukup hairan dgn pemanduan rakyat malaysia.. di lebuhraya, kenapa lane paling kanan selalunya jem dan perlahan berbanding sebelah kiri??
Sedangkan lane itu lah sepatutnya traffic flow freely... Sikap??
Bab rokok ni senang aje.... cari investment lain la... tutup kilang rokok tu [dgn arak sekali]... kita tumpukan pelaburan ke bioteknologi. Nak rokok, arak impot... bayar duti... Kerajaan dpt hasil jugak.
Wallahu a'lam..
Sdr Ku Seman,
Terima kasih. Ambillah.
Pada suatu hari saya singgah di sebuah rumah tumpangan (chalet). Pemilik chalet ni pengalamannya luas, pernah ke Perancis dan pelbagai negara Asia. Menurut beliau, "dekat separuh dunia dah saya lawati". Menurut beliau juga begitu banyak yang tak betul dalam negara kita ni.
Chalet beliau tidak begitu terjaga. Berhabuk, lantai melekit dan bantalnya ada najis cicak. Tandas pun tak terjaga. Ada 3 buah tandas; tandas di tengah ada najis manusia yang kekal di situ dari hari saya daftar masuk hingga hari saya daftar keluar.
Macam ini pun boleh kritik pentadbiran negara.
Adakah rokok baik atau buruk?
Jika baik, bagaimana cara supaya semua boleh hisap rokok?
Jika buruk, bagaimana cara supaya semua berhenti rokok?
Adakah memandu laju baik atau buruk?
Jika baik, bagaimana cara supaya semua boleh memandu laju?
Jika buruk, bagaimana mencegah orang memandu laju?
Mengkritik memang mudah dan sedap. Mungkin betul pihak itu dan ini cuma nak cari untung. Tapi kalau kita hanya mengkritik tanpa cadangan penyelesaian, kita pun cuma fikir tentang 'untung' kita saja...
Salam Dato yang dikasihi selamat hari raya aidul adha buat hari ke3 semoga kita semua dalam kabilah islam yang kukuh tanpa mempertikai apa itu haji apa itu korban insyallah selamat dunia dan akhirat....AES perlaksanaan nya itu sendiri sudah terpesong jauh jika dato orang berniaga apakah matlamat dato mesti untung jawapan nya mudah dato untung baru boleh syarikat beroperasi sistem BOT yang diberi kepada syarikat ini jika tidak untung pihak siapa yang perlu untuk membayar kerugian tersebut sudah pasti duit kita dato sebagai pembayar cukai. Yang penting disini kerajaan perlu melaksanakan sistem nya sendiri untuk melaksanakan projek tersebut yang diragukan adalah bila ia dilaksanakan oleh pihak swasta.Rokok adalah dihisapa oleh semua golongan termasuk la doktor peguam jurutera pensyarah ahli perniagaan dan juga ahli politik adakah dengan menaikan harga akan mengurangkan perokok jawapan nya tidak....dalam pilihanraya pemberian yang popular ialah rokok dengan lighter tanpa pemberian ini poster dan apa jua kerja parti tak akan berjalan...mari kita lihat dengan mata semua nya yang berlaku AES dan HARGA rokok sudah pasti menghakis sokongan kepada BN/UMNO...TERIMA KASIH DATO..
Salam Dato,
Saya seorang perokok dan sebagai perokok saya tidak kesah sangat harga rokok naik setelah belanjawan dibentangkan setiap tahun selama 30 tahun. tetapi kali ini terkilan teramat sangat kerana dalam belanjawan tidak disebut...tiba tiba diumumkan ada cerita disebalik cerita ke. Untuk diarah berhenti merokok saya tak akan berhenti..
Pasal AES saya tidak setuju cara pelaksanaan nya saperti mana dalam Facebook rakan rakan saya berhujah terutama lokasinya tidak sesuai dan banyak fakta fakta lain..adakah lokasi itu merupakan 'blackspot'.
lebih mengejutkan saya kenapa konsep 'Build-Operate-Transfer'digunakan...tak faham dan akhirnya 'beat the purpose'..sesiapa boleh bagi tahu berapa syarikat tu dapat untuk satu saman..berapa kos yg perlu sistem itu di'Maintenance'..berapa kos gambar warna pesalah terafik yang dikenakan kepada JPJ....Aduhhhhhhh.
....
Datuk,
Mengenai rokok ini saya nak tambah lagi pasal perangai perokok.Apa yg Datuk tulis tu tak cukup teruk menggambarkan perangai mereka.Perangai mereka yg plg teruk ialah mereka sanggup anak anak pergi sekolah tanpa wang saku,kurang pensel dan buku asalkan rokok mereka tak kurang.Saya lihat byk situasi spt ini berlaku dimerata tempat.Mereka sanggup menghabiskan RM400-600 sebulan utk rokok tetapi tak sanggup memberi belanja sekolah anak anak yg hanya beberapa puluh ringgit sebulan.
Seterusnyakamera AES ni adalah salah satu mekanisma yg digunakan oleh UMNO utk memerah duit rakyat lagi.UMNO tak berani menambah cukai sedia ada.Malahan enggan setakat ini meimplimentasikan "GST".Sbb mereka takut tindak balas rakyat.Jadi mereka mengimplementasikan sisgem yg ibarat pedang bermata dua.Saman dibahagikan dua dgn pihak syarikat swasta yg megutip saman.Kerajaan dpt duit namakala syarikat berkenaan yg sudah tentunya syarikat kroni pun dpt duit percuma utk difaraidkan bersama oleh mereka yg berkenaan.
Mungkin pd UMNO AES ini adalah idea terbaik dan tercanggih tetapi pd rakyat biasa ianya adalah rompakan secara terang terangan persis spt zaman feudal Eropah dulu dimana masyarakt petani dikenakan cukai yg pelbagai utk menampung kaum bangsawan ,gereja dan Raja.Akhirnya berlakulah revolusi revolusi diserata Eropah dan tumbangnya feudalisma disana..
Malaysia pun menunggu hari shj..
Shibrin Bi Shibrin
(kaaaaaaf ha ya aiiiiiin shooooord)
Menarik cerita industri tembakau dan 'farmakuttikal'; budaya CCTV dan keselamatan arus informasi ict; cukai glc dan jurang pendapatan rakyat dalam menuju kearah negara maju dan civil berasaskan agama islam tetapi menurut acuan isreal.
Siapa yang dicari?
Dan Dunia ligat berputar
- al-haaaaqah!
- bolehkah bn memerintah dengan lebih baik dengan lebih 142 kerusi
atau kurang dari 140 tanpa MP bebas langsung?
(a period where presidents change after only a term in office)
Kalau setuju AES, mesti setuju cadangan saya ni.
AES kalau ikut bloggers, kos RM700 juta. Lepas kutip RM700 juta barulah kongsi untung saman dengan kerajaan.
Saya nak cadangkan AES untuk pejabat kerajaan. Dengan terlaksananya cadangan ini, beribu peluang pekerjaan diwujudkan untuk jawatan penguatkuasa. Kos melaksana tidak melibatkan duit kerajaan. Saya ambil 30% saja.
Kita auto-saman semua kakitangan yang melanggar peraturan kerja. Datang lambat, ponteng kerja dan sesi parlimen, pemalas, salahguna kenderaan pejabat, beri tender lebih harga, keluar minum lebih masa, tak buat kerja (contohnya kebanjiran PATI) dan banyak lagi (sila isi lagi).
Setuju? hehehe orang yang meluluskan AES macam tak setuju je.
Datuk AKJ,
Saya tertarik dgn komen seoran gyg bernama Mat iaitu pengkomen kedua.Tulisan beliau spt berikut:-
"Berkenaan AES, saya ada berbicara dengan pegawai kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan. Katanya kontrak pemegang konsesi adalah selama 6 tahun sahaja di mana kerajaan tidak membelanjakan duit untuk memasangnya. Di akhir 6 tahun, semua kamera tersebut menjadi milik kerajaan. Pendek kata, konsep 'Build-Operate-Transfer'"
Komen saya iala hitu cuma alasan utk justify AES ini.Kamera walau apa jenis pun jika digunakan secara intensif akhirnya akan rosak juga.Kerajaan cuma menerima kamera buruk yg perlu diganti segera..Alasan spt itu adalah terlalu dangkal..Lepas itu apa akan berlaku? Bagi balik konsesi saman ni pd vendor yg sama?Inilah yg berlaku pd lebuh raya lebuhraya sedia ada.Dulu dikatakan selepas 20 thn semua kos pembinaan lebuhraya dpt dilunaskan semula dan diberi balik pd kerajaan.Tapi apa berlaku pd tol? Tetap naik setiap 3 thn.
Kita perlu ingat bahawa setiap konsesi sebegini bukannya utk memberi perkhidmatan yg lbh baik pd rakyat tetapi ianya sebenarnya utk memberi wang percuma pd kroni kroni UMNO/MCA.Senarai pemegang saham sykt2 AES terbabit jelas menunjukan siapa mereka.Kit ajuga boleh meneka siapa dibelakang mereka.
Terima kasih kerana kemaskini fakta berhubung dengan AES, Datuk.
So where is the problem?
Bank Negara pun kecut telur - penyakit koro - dalam hal Genneva Gold bukan skim pak man telo, dan Perimekar tidak salah terbabit dengan 'money laundering'.
Apa yang nak dihebohkan?
PTPTN menghalalkan riba pun tak nampak. Ada discount pula bayar cepat - bagus.
Mungkin saya silap; maka tanyalah mufti-mufti dan majlis fatwa negara kalau ianya tidak riba yang membawa kepada jahanam.
Sekian.
Sayang Mak Limah Lemah Lutut
(kacip fatimah asli sudah pupus)
Sayang sekali, Datuk; selepas sekian banyak para graduan negara lulus pengajian di menara gading dalam dan luar negara di dalam berbagai cabang ilmu masih tidak ada yang dapat menghasilkan alat canggih 'speed trap' sendiri; tetapi berangan-angan mahu pakar dalam teknologi automobil gas asli dan hybrid setelah gah ada angkasawan naik ke Space Station Russia.
Sayang-sayang Mak Limah; tersenyum kita orang Tanjung melihat PR cemas dan takutkan kalah PRU13 nanti di Pulau Pinang darul-cinamak, undang-undang setengah masak menghancurkan negeri sendiri dilulusan:
Penang State Assembly Passes Party Defection Prevention Bill
Tanya 'godfather' SPRM kalau tak percaya. ADUN PKR dan PAS pun senyum kambing.
Sekian dan maaf kerana posting blackout KKIA terlalu canggih untuk minda lanunbahasa.
Terima Kasih Dan Gelak Besar Jinn Afraid.
ps
where is that Samurai Melayu?
Harap-harap sihat-sihat wal-afiat.
al-fatihah.
Salam DAKJ dan semua pengkritik blog,
Memang saya seratus peratus bersetuju bahawa perlaksanaan projek AES telah mendapat kritikkan yang kurang tepat dan membina dari segi kebaikan untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan yang amat penting sekali ialah mengurangkan peluang-peluang pihak pengamal undang-undang termasuk polis dalam soal amalan dan pengambilan wang haram, iaitu 'RASUAH YANG TERLALUAN".
Kritikan demikian bukan sahaja daripada pihak pembangkang khusus nya kepimpinan DAP Lim Guan Eng, tetapi juga pihak "back benchers Barisan Nasional yang irihati tetapi daripada "gulungan yang sentiasa mengkritik usaha kerajaan BN" atas sebab-sebab yang tertentu.
Dengan kritikan demikian, pihak DAP dan pembangkang telah memperangsangkan gejala rasuah dan unsur-usur rasuah di kalangan pihak berkuasa di negeri masing seperti Selangor, Penang, Kedah dan mungkin Kelantan. Hakikat ini sudah tentu mendapat simpati dan sokong pihak pengamal Undang-Undang khusus pihak trafik polis yang masih berani meminta dan mengambil "duit rasuah" itu sepanjang jalan raya dimana terdapat banyak peluang.
Dalam konteks ini, Lim Guan Eng patut meninjau keadaan yang sebenar, khusus nya di Selangor dan Penang di mana ribuan pusat pijat, reflexology, SPAs, klub malam dan tempat-tempat bermaksiat yang lain telah tumbuh seperti "cendawan liar" di kedua-dua negeri pentadbiran DAP dan PKR itu.
"Lim Guan Eng should clean up their own backyard before he criticize the national project implemented by the Federal government."
Project AES telah diperundingkan dengan konsultan yang berkenaan sejak tahun 2003 dan selepas banyak kajian dan analysis dijalankan oleh pihak yang berkenaan di dalam dan di luar negeri (sebanyak 95 negara telah melaksanakan Kemera intar yang berteknologi tinggi ini)sebelum Kerajaan setuju melaksanakan nya dengan mengambilkira kriteria-kriteria yang tertentu, termasukan:-
1. Memperelakkan wang kerajaan
yang begitu banyak sehingga
beratus juta (RM900 juta)untuk
perlaksanaan projek ini.
2. Soal kemampuan penyeleggaraan
Kerajaan untuk membaiki
kerosakan kamera-kamera dan
sebagai nya selepas tempoh 6
tahun selepas kontrak dengan
kedua-dua syarikat ditamatkan.
3. Mengurangkan gejala rasuah di
pihak pengamal Undang-Undang.
4. Mengkurangkan tenaga anggota
polis, anggota Dewan Bandar-
raya dan Majlis Kerajaan
Tempatan. Anggota polis trafik
khusus nya dapat menjalankan
tugasan yang lebih membina dan
penting, dan bukan untuk meng-
awal pengguna jalan raya dan
mengeluarkan saman secara
manual disamping dalam keadaan
yang boleh mendatangkan
persesi rasuah (dalam terang
dan gelap) yang sering
dilakukan oleh anggotan yang
tidak bermoral.
Demikianlah persepsi saya yang jujur dan seikhlas nya dan saya bukan salah seorang kroni kepada Kerajaan BN tetapi sebagai seorang rakyat yang prihatin untuk menyokong usaha-usaha Kerajaan yang baik untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
Saya juga berpendapat bahawa isu ini patut ditangani oleh pihak MOT dengan lebih bijak dan profesional di mana perkara ini seharus nya dikemukakan kepada pihak "AG Chambers" apabila terdapat pertentangan projek nasional yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat tetapi dapat bantahan daripada Kerajaan negeri, samada pihak BN mahupun pembangkang.
salam dato.....dulupun dah ada sistem kamera ni....kalau tak silap dia panggil saman ekor...byk dipasang di lampu isyarat dan jalanraya....kat higway karak banyak......dikendalikan oleh PDRM kalau tak silap la.....bila ada implikasi undang2 ianya dimansuhkan......jadi kalau PDRM boleh kenapa skrg ni perlu diberi kat swasta pulak.
Kepada Yangretibase ,maaflah saya bukan mengajar kelas bahasa malaysia dan tak mengajar budak sekolah yang tak tahu membezakan perkatan CikGu dengan cikgu,jadi kalau sdr.hanya sekolah rendah dan tak faham apa yang di perkatakan saya minta maaf sekali lagi.
Post a Comment