A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara
dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk
mengulas. Terima kasih.]
BERIKUT adalah pesanan ringkas
(SMS) daripada seorang muda yang saya kenal sejak hampir sedekad hasil
mempengerusikan sidang memperingati Dasar Pandang Ke Timur yang menampilkan
(Tun) Dr Mahathir Mohamad dan Profesor di Raja Ungku Abdul Aziz.
“Salam tok, sy rasa seronok dpt
belanja dato tempohari dan kembali ikuti the scribe walaupun ‘geram’ dengan
tulisan dato sejak setahun lepas tapi buku dato tetap saya beli cuma ‘tak
baca’. Sejak pertemuan kita temphari saya kemabli membaca dan mengikuti. Hatta.”
Memang benar, baru-baru ini,
dalam perjalanan mencari benih ikan, saya berhenti makan tengah hari di Batang
Kali dengan Hatta. Dia bawa anak saudaranya kerana remaja itu tidak percaya
bapa saudaranya kenal saya. Hatta belanja saya makan di restoran Melayu yang
terkenal di pekan itu.
Hatta adalah aktivis muda Umno
yang kembali selesa dengan partinya selepas diambil alih oleh Mohd Najib Abdul
Razak. Kerana itulah dia kurang selesa dengan tulisan saya yang pada
pandangannya terlalu kritikal terhadap kepemimpinan Umno dan kerajaan.
Kata Hatta, dia positif terhadap
harapan Barisan Nasional menawan semula Selangor. Dia orang Selangor tinggal di
Serendah.
Berkenaan tanggapan beliau
bahawa saya kritikal terhadap kepemimpinan Umno dan negara, itu adalah pandangan
beliau. Beliau berhak terhadap pendapatnya dan saya berhak terhadap penilaian
saya ke atas Umno, sebuah pertubuhan yang kenali sejak budak-budak lagi.
Orang Tak Benci Kepada Umno
Sebenarnya, orang Melayu khasnya
dan rakyat Malaysia amnya, tidaklah terlalu benci kepada Umno. Orang Melayu
yang sedar dan rasional, mengakui bahawa Umno banyak menyumbang kepada orang
Melayu, negara dan agama Islam manakala orang bukan Melayu tumpang berteduh dan
makmur di bawah pimpinan Umno.
Cuma, banyak orang Melayu, khasnya
generasi tua dan generasi muda terkilan dengan kepemimpinan Umno yang dilihat
sebagai tidak cukup Melayu dan terlalu mementingkan diri sendiri atau kelompok
masing-masing.
Generasi tua yang sudah
“bersara” dan tidak dipedulikan lagi oleh kepemimpinan Umno berasa Umno bukan
lagi perjuangan yang mereka kenali. Malah mereka sangsi kalau perjuangan masih
menjadi wadah Umno.
Mereka berasa kepemimpinan Umno
telah terpesong daripada perjuangan asal – untuk agama, bangsa dan negara.
Mereka melihat kepemimpinan atasan Umno sebagai terlalu tunduk kepada tuntutan
dan asakan pihak-pihak di luar Umno dan orang bukan Melayu.
Generasi muda pula melihat
kepemimpinan Umno sebagai elitis, mabuk kuasa, korup dan tidak telus.
Yang nampaknya terus taasub dan
terasuk dengan kepemimpinan Umno adalah generasi pertengahan yang masih relevan
dalam minda dan tindakan Umno. Mereka ini masih boleh dibawa berunding dan sesetengahnya terus mendapat faedah
ekonomi daripada keakraban mereka dengan kepemimpinan Umno. Mungkin Hatta dalam
kelompok itu.
Punca Tanggapan Negatif
Tanggapan yang negatif terhadap
kepemimpinan Umno tidak dapat dinafikan. Malah, dalam hal-hal tertentu, amat
teruk.
Salah satu yang nampak jelas
kepada umum ialah campur tangan ahli keluarga dalam politik dan pentadbiran
serta sistem pewarisan dari satu generasi ke satu generasi.
Tetapi hal ini tidak terhad
kepada Umno sahaja. Ia berlaku dalam semua parti politik utama di negara kita
dan di dunia, di mana pembabitan cergas bapa, ibu dan anak dalam politik sudah
menjadi kebiasaan.
Ini mengingatkan saya kepada
temu ramah saya dengan Tsutomu Hata, reformis Liberal Democratic Party (LDP)
Jepun sebelum parti itu ditumbangkan dalam pilihan raya umum 1993 setelah
memerintah selama lebih 50 tahun.
LDP adalah parti tertua yang
ditubuhkan pada tahun 1955 bagi “mendemokrasikan” Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Ia menjuarai pemecahan kuasa
golongan feudal dan “merakyatjelatakan”
pemerintahan Jepun. Ia mempelopori pembangunan semula Jepun sehingga
menjadi kuasa industri global.
Tetapi, menjelang tahun 1990an,
LDP menjadi berat di atas (top heavy), feudalistik dan korup. Kepemimpinannya
terpisah dari rakyat biasa, khasnya pekerja dan generasi muda.
Bencana Politik Wang
Salah satu punca feudalisme dan
keterpisahan LDP ialah proses pemilihan dan pewarisan jawatan parti di mana
kebanyakan jawatan diperturunkan dari generasi ke generasi. Menjelang tahun
1990an, majoriti ketua bahagian dan Ahli Parlimen LDP adalah dari generasi
ketiga.
Kawasan pilihan raya dan kerusi
Parlimen diperturunkan dari datuk kepada ayah dan ayah kepada anak. Politik
wang menjadi amalan. Untuk menguruskan sebuah bahagian, ketuanya memerlukan
hingga AS$2 juta (kira-kira RM6.4 juta) setahun.
Bagi mengisi tabung, mereka
bersekongkol dengan pemodal dan usahawan, khasnya pemaju hartanah dan
kontraktor. Banyak juga yang secara sedar atau tidak terlibat dengan Yakuza
iaitu sindiket jenayah Jepun.
Saya menulis mengenai temu bual
dengan Hata itu dalam akhbar New Straits Times. Hata menjadi Perdana Menteri Jepun
selama sembilan minggu pada tahun 1994.
Hari ini, orang tidak lagi
terlalu taasub kepada parti. Hatta parti raksasa seperti Parti Komunis China
yang memonopoli kuasa pun telah secara terbuka mengakui bahawa rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan elitisme akan menyebabkan rakyat jelata hilang
keyakinan.
Jadi, kalau Hatta begitu kasih
dan sayangkan Umno (taasub dan terasuk, kata seorang pensyarah kewartawanan),
dia kenalah meyakinkan kepemimpinan partinya agar membuat perubahan besar
membersihkan Umno daripada unsur-unsur yang merosakkan.
Dan, pada pilihan raya umum akan
datang, bukan sekadar meletakkan calon “winnable” (boleh memang), tetapi lebih
daripada itu, calon yang boleh menyatupadukan semula orang Melayu dalam satu
pertubuhan kebangsaan yang utuh. Wallahualam.
Bagi saya, sebagai penulis, saya
berpegang kepada falsafah “published and be damned” - saya akan terus menulis,
insya-Allah, dan saya bersedia dikutuk.
63 comments:
Salam dato,
Artikel ni kena `courrier' terus ke meja PM dan MT UMNO..impaknya besaq.
Tulisan dato kali ini ada 3 Hatta,Hatta dan Hata...kena baca pelan pelan,supaya tak tersasul.
Saya kata KALAU baik kita kena puji,kalau nampak tersasul kita kena `peringatkan' dan perbetui balik,kalau salah kita kena teguq......had tu saja kebolihan kita sebagai orang kecik kecik ni..
KALAU tak bolih peringat dan teguq, alamatnya dah angkuh,sombong,takbur dan riak..buruk padahnya.
Alangkan sayang anak minta dirotankan,sayang isteri minta `tinggal tinggalkan'....KALAU sayang kerajaan,lagila besaq punya hai,KENA LA teropong selalu,tak gitu?
Abu Bakar Ab Rahman
Dato,
memang betol bukan orang tak suka umno tetapi segelintir pemimpin dan juak-juaknya.
mereka terlalu 'cocky' dan 'arrogant' (bukan LGE je) cuma belom tahap 'tokong' lagi.
mereka hanya memikirkan tentang diri mereka.
ada seorang bekas adun di johor apabila tidak terpilih sebagai calon pada pru yang lepas telah pergi bercuti semasa pru. dengarnya sedang melobi unuk dicalonkan pada pru akan datang.
usabukata
"dia kurang selesa dengan tulisan saya yang pada pandangannya terlalu kritikal terhadap kepemimpinan Umno dan kerajaan" apa lg yg boleh diharapkan kalau aktivis parti pun perangai mcm ni? sepatutnya berterimakasih bila org kritik. kalau kritikan tu betol perbaiki, kalau salah perbetolkan yg mengkritik
Kerajaan UMNO yang memerintah Malaysia ialah sebuah kerajaan yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT. Kerajaan UMNO telah dan sedang melanggari perintah Allah yang disampaikan-Nya melalui Surah al-Baqarah: 44, 45 dan 47.
Oleh yang demikian, orang beriman sekali-kali tidak akan bersekongkol dengan UMNO kerana mereka takut menjadi kafir (44), zalim (45), fasiq (47). Oleh sebab itu, seorang Islam yang beriman serta bertaqwa dengan sebaik-baik taqwa wajib menolak UMNO.
Dengan kata lain, sekiranya semua orang UMNO beriman penuh dan bertaqwa penuh kepada Allah SWT, maka tiada seorang pun yang tinggal bersama UMNO; ini bermakna UMNO telah berkubur.
Walau bagaimanapun, UMNO masih boleh bertahan kerana mendapat sokongan orang Melayu yang lebih mementingkan dunia daripada akhirat.
Wassalam.
Seorang Islam yang beriman dan bertqwa dengan semurni-murni taqwa wajib menolak UMNO.
masa kerja dahulu wajib kena jadi "yesman"
Kalau tak boleh jadi yesman kena buang kerja dan hilang mata pencarian.
Bukan setakat kena jadi yesman. Wajib kata yang salah itu "betul" dan dan yang betul itu "salah".
Malah mati matian membela, hatta tindakan zalim sekalipun.
Demikian orang yang makan gaji sehingga tak kisah pasal gaji haram dibawa balik beri makan anakbina.
Kena kata kerajaan baik, kalau nak kekal bekerja makan gaji.
Paling jahat sekali kerja wartawan. buat fitnah itu dan ini untuk membela kerajaan dan pemimpin miskipun pemimpin itu pengkhianat sekali pun.
Itulah kelaziman yang berlaku pada wartawan media milik kerajaan.
Assalamulaikum Dato yang dikasihi. Dato perlu menulis lagi sebab tulisan itu mencambahkan pandangan dan bisa mengubah pemikiran manusia yang begitu zumud.Ia dato berbicara soal umno dan umno dan umno lagi begitulah taksub nya umno dihati sanubari dato pada pendapat dato hanya umno sahaja yang boleh menyatupadukan orang2 melayu yang sudah melanggar adat kerana orang2 melayu memang tidak akan melanggar adat walaupun adat itu sendiri merugikan bangsa nya bak pepatah melayu...KALAU TUNDUK PADI MAKA BANYAK ISINYA.....KALAU TEGAK LALANG JANGANKAN PADI BABI PUN TAK BOLEH BERLARI....Apakah para pemimpin insaf akan perubahan minda generasi baru yang dahagakan perubahan bukan tekanan ataupun pujian tetapi para pemimpin umno kebanyakan nya suka dipuji suka diampu bagaikan sang maharaja dahulu kala....itu la sikap mereka...baju itu akan buruk bilamana pemakainya nampak buruk kalau pemimpin umno teruk maka partinya lagi teruk...mana ada pemimpin umno yang hidup nya susah mereka dan keluarga nya dikelilingi kemewahan hingga mereka lupa bahawa rakyat sedang memarhati mereka....rakyat juga memearhati mereka darimana kamu dapat sumber sehingga kamu memiliki kereta yang tak sewajarnya dia miliki...dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kehidupan rakyat amat teruk pada masa ini khususnya kalangan pekerja kilang pekerja ladang yang menjadi 58% pengundi keseluruhan ini pun umno tak dapat baca kalangan swasta lain sektor bank 0.9% kedai dan supermarket 0.7%..para pemimpin umno ada tengok ker....sepatutnya masa ini la mereka mengubah bentuk asal tubuh badan mereka bukan menipu cermin. Oh ia dato bagitahu la mereka kenapa umno tidak mahu mengambil berat masaalah kami pekerja2 kilang...TK
Salam Dato,
Ya saya harap pada pilihan raya umum akan datang, bukan sekadar meletakkan calon “winnable” (boleh memang), tapi make sure yang diletak itu adalah orang yang berperangai seperti orang, bukannya yang berperangai seperti monyet, katak dan lain2.
- Noob
Dato.
Main politik ini yg menjadi kaya raya senang lenang ialah para pemimpin kecil,pemimpin besar dan pemimpin maha besar.
Para penyokong sebagai penyokong upahan sama ada UMNO/Pas/Pkr hidup miskin.
Tak percaya lihat sendiri.Kenyataan depan mata kita.
Apa penyokong dapat.Apa pemimpin kecil besar dan maha besar dapat.
Kesian UMNO/Pas/Pkr serupa sahaja.Cuma UMNO/BN parti kerajaan
PM Najib memang popular buat masa ini kerana sikap yg cukup pemurahnya.
Cuma sayang sejuta kali sayang.PM Najbi nasib tak baik.Hulubalang PM Najib langsung tak popular.Mungkin inilah penyumbang pada kerosakan PM Najib.
Kumpulan hulubalang cium tangan sejak zaman Dr M,Pak Lah dan sampai PM Najib.
Inilah warna warni politik PM Najib.Bila rakyat jauh hati,sayu hati,bawa diri jauh dari UMNO sama saja kecewa dgn pemimpin UMNO.
Apa nak buat PM Najib terkepung dgn hulubalangnya .Semua berita gembira ria belaka.Duka lara ditapis dan diayak secukupnya agar PM Najib tidur lena.
Itulah nasib Melayu/Islam yg dikatakan hujung tanduk.
Masing-masing berkeras tegak benang basah walau pun yg akan mencemas umat Melayu/Islam.
Yang pahit itu anggaplah ubat.
Bukan semau madu itu penawar.
Terima kasih.
dato..pada saya parti cap apa pun kalau lama sgt mmerintah mesti corrupt punya.
Salam dato'...
Saya jugak tergolong dalam kategori pertengahan seperti watak Hatta.
Bezanya saya orang biasa yg tak kenal langsung orang2 besar dan x pernah mendapat apa2 keuntungan secara terus selain gaji bulanan sebagai penjawat awam. Kalau ada sedikit kelebihan pun mungkin bila bajet dibentang.
Selalu membaca tulisan dato, saya sekadar tahu nama dato, terus terang x berapa kenal orangnya. Kali ni saya bersetuju dengan pendapat pembaca pertama.. teguran dato ini patut dikurier terus kepada PM. Kita mahu PM tahu apa yg rakyat biasa mahu, apa persepsi mereka.
Saya mungkin x begitu pandai menulis, tapi agak tetap pendirian. Bagi saya, dalam memilih kita patut melihat peratusan baik melebihi buruk.
Bagi saya juga kalau ada kucing berak di sebuah karpet besar yang elok dan kita tahu asal usulnya, kita x perlulah membuang karpet tersebut atau membeli baru, memadai kita buang najis tersebut sebersih2nya, sembur penwangi2 dan terus gunakan, tambah2 kita pun tak pasti karpet baru yg kita nak beli dan duduk tu bersih atau tidak, dibuat dari bulu apa.. takut indah rupa tapi x berkualiti.
Saya juga kurang besetuju, dengan pendapat yang menyatakan.. jika kita orang islam beriman dan bertaqwa, kita patut tinggalkan UMNO kerana UMNO itu dan ini. Sejak kebangkitan agama islam semakin baik di Malaysia, sudah begitu banyak orang islam ini merasa islam dia lebih baik dari islam orang itu sehingga timbul rasa benci sesama islam.
Hanya Tuhan saja yg tahu siapa beriman dan bertaqwa. Cukuplah ada Tuhan yg Esa.
-A Ba Ta-
harapan saya supaya regime change benar2 berlaku di m'sia supaya pemerintahan kita x lagi dikuasai oleh kapitalis dan sistem kartel.apa saja yg kita byr pd hari ni semuanya pada kroni dan kartel2 ini dari gula, roti gardenia,bil astro ssmpaila bil letrik.cukuplah..berilah rakyat bernafas sedikit
UMNO banyak berjasa memerangi rasuah hingga ke akar umbi demi masa depan negara.
Sekarang ini di bawah PM Najib
KSU kementerian Kewangan Indian Muslim.
KSU kementerian Perdangan Portugis lady.
security Commission Chief Bengali.
Tak pernah terjadi dalam sejarah pemerentahan UMNO dahulu.
Kera di hutan di susui anak di rumah kelaparan.
Hidup Perkasam.sorry PERKASA
salam dato..
hakikatnya tiada parti yang akan berkuasa selama diatas dunia ini.
cuma cara dan bila sahaja yang dirkam sejarah.
BN / UMNO AKAN TERHUKUM KERANA KELAPAAN PEMIMPIN DAN PENYOKONG MEREKA .
TETAPI YANG PALING PERLU DIFAHAMI ITULAH ADALAH HUKUM ALAM.
JIKA RUANG DEMOKRASI DIGUNAKKAN SEBAIKNYA RAKYAT AKAN MENDAPAT MANFAAT.
PRU LANDASAN TERBAIK MENGAJAR PEMIMPIN BAHAWA LANGIT TIDAK SELALU CURAH.
bekamkini.blogspot.com
Saya pernah menobatkan blog Dato' pencerah kpd kemelut antara orang Melayu yang berlainan parti.
Malangnya,semakin banyak saya membaca pandangan Dato, semakin meleset tanggapan saya.
Assalamualaikum Datuk AKJ
Di Malaysia setakat ini hanya UMNO sahaja yang dilihat bolih menjadi pelindung kepada orang Melayu dan Islam dan bolih disandarkan untuk menjadi penstabil politik. Ketidaksetabilan politik akan membawa bencana kepada Malaysia yang bersifat rencam dari pelbagai sudut. Gagal mengurus kerencaman ini bermakna menempah kemusnahan. 13 May 1969 boleh dijadikan peringatan bukan untuk menakut-nakut sesiapa. UMNO telah banyak membantu orang Melayu tetapi orang Melayu dan Islam sendiri nampaknya malas untuk mengubah perangai lama yang selesa dan mudah dipengaruhi dalam hal2 yang negatif dan remeh serta culas berfikir sehingga menjadikan mereka tidak 'produktif'. Paling malang selesa menjadi 'hamba' orang lain.
Sebagai teras pemerintahan Malaysia, UMNO tidak boleh memekakkan telinga dengan tuntutan kaum-kaum lain selagi tuntutan itu tidak tersasar dari peruntukan perlembagaan negara dan tidak keterlalaun.
Politik Malaysia banyak dipengaruhi oleh mainan persepsi dan tidak berpaksikan kepada realiti. Pemimpin-pemimpin politik berlumba lumba mencari populariti dan berpolitik sepanjang masa tanpa rasa jelak. Satu pihak menuduh pihak lawan sebagai pengamal kronisma, korup dan sebagainya untuk memperlihatkan betapa bobroknya lawan mereka. Sedangkan mereka sendiri lebih dahsyat sehingga soal2 pokok diketepikan. Pembohongan dan fitnah menjadi pakaian harian, sombong, bongkak dan riak seolah-olah Allah SWT itu bersifat tuli. Malah dalam soal aqidah Islam pun ada yang sanggup berdolak dalik.
Sebagai pertubuhan yang bersifat 'baharu', UMNO tidak akan kekal selamanya.Begitu juga dengan parti-parti politik lain. Yang kekal hanya Allah SWT. UMNO akan kekal relevan setidak-tidaknya kepada orang Melayu selagi UMNO tidak 'tersesat' dari perjuangan asal. Langkah UMNO membuka pintu kepada golongan berpendidikan tinggi dalam bidang Islam amat tepat. Mereka harus diberi peluang seluas2nya untuk meletakan UMNO seimbang dalam tuntuan ukhrawi dan duniawi.
Sebagai rakyat akar umbi yang masih boleh 'melihat' dengan jelas dan berfikir dengan rational saya hanya mengharapkan keamana Malaysia boleh dikekalkan. Pertukaran kerajaan belum tentu dapat menjamin 'kebahagian' rakyat.
Silakan terus menulis Datuk. Sama ada bersedia untuk 'dihentam' atau tidak bukanlah persoalaan pokok kepada saya. Yang penting Datuk harus juga berani 'menulis' mengenai parti-parti politik lain dengan 'cara' Datuk supaya Datuk tidak diberi persepsi negatif oleh satu pihak lain dan di'sanjung' oleh satu pihak lain. Saya tidak ingin melihat Datuk seperti A. Samad Said. Wallahualam.
perkara ni simple jer. jangan beri mana-mana parti lama sangat memerintah. sudah tiba masanya umno-bn ditukarkan sebagai pemerintah negara. ini utk kebaikan rakyat dan juga parti umno-bn itu sendiri. simple jer.
Assalamualaikum,
Kemasukan kumpulan ulama muda yang diketuai Fathul Bari ke dalam UMNO menambahfasiqkan UMNO dan sekali gus mengelirukan orang UMNO sendiri.
Agaknya, Mohd Taib Kamin terlepas pandang akan beberapa "fatwa songsang" Fathul Bari, antaranya:
I. Islam tiada kaitan dengan kepentingan politik.
ii. Islam tiada kaitan dengan kepentingan mana-mana parti politik, sama ada UMNO atau PAS atau PKR.
iii. Islam tiada kepentingan dengan mana-mana individu.
iv. Sewaktu lahir ke dunia, bayi tidak ditentukan partinya, sama ada PAS atau UMNO.
Mohd Taib Karmin bolehlah mengulasnya sendiri akan fatwa Fathul Bari itu. Lagipun, dapat juga dikenali sama ada ulama UMNO itu ulama benar atau ulama su'.
Wassalam. Maafkan saya.
Terima kasih, Yg Bhg The Scribe
Rabun Senja Puteri Lilin
(putera garam lemas kemanisan)
al was-wasu yuwaswisu fi sudu
ditengah-tengah pohon mengkudu
berserta gundik beta beradu
lazat santapan nasi dan budu
calon “winnable” (boleh memang),
calon yang boleh menyatupadukan semula
orang Melayu dalam satu pertubuhan kebangsaan yang utuh
hentam bukannya yang hampas
orang tua sihat dan waras
mengetahui dirinya rupaparas
kenali halal haram lembut keras
Terima Kasih PRC Princeling Xi
ps
- syria is one big mess now
- where is the oic peacekeepers?
- che det must be sleeping as well
Salam Dato'
UMNO pasti akan tumpas malahan lenyap dari peta politik kita jika pemimpin nya masih berterusan bersikap seperti amalan mereka sekarang ini. Kejutan yg pengundi berikan pada pilhanraya lalu langsung tidak dihiraukan.
Bilakah tumbangnya UMNO ini bergantung kepada kekuatan parti alternatif kepada UMNO. Pilihanraya kali ini saya yakin UMNO akan tetap menang kerana Pakatan rakyat dilihat sebagai satu pilihan yg lebih rapuh. Mereka masih dengan mentaliti pembangkang.
Tunggulah selepas generasi anwar ibrahim berundur, pada masa itulah UMNo akan pasti lenyap jika UMNo tidak berubah. Saya yakin UMNO tidak akan berubah.
Salam Sejahtera Dato,
"Salah satu yang nampak jelas kepada umum ialah campur tangan ahli keluarga dalam politik dan pentadbiran serta sistem pewarisan dari satu generasi ke satu generasi.
Tetapi hal ini tidak terhad kepada Umno sahaja. Ia berlaku dalam semua parti politik utama di negara kita dan di dunia, di mana pembabitan cergas bapa, ibu dan anak dalam politik sudah menjadi kebiasaan."
Kenyataan diatas sangat BENAR dan ketara sekali dalam parti-parti politik dinegara kita. Walaubagaimana pun perlu dikaji latarbelakang sejarah penglibatan ahli keluarga pemimpin politik tersebut. Ada yang terlibat secara tidak dirancang dan terpaksa untuk menjadi pengganti sementara apabila ada pemimpin dipenjarakan oleh musuh politik. Ada yang terlibat secara terancang demi mewarisi kuasa dan peluang mengaut kekayaan seolah-olah jawatan dalam parti sudah menjadi harta pusaka yang boleh di faraidkan. Walau apa pun alasan yang diberikan hakikatnya politik Malaysia masih lagi dalam kepompong feudalisma dan kronisma yang sangat kronik. Untuk melahirkan politik baru dlm negara kita masih jauh perjalanan yang merentasi beberapa generasi itupun
kalau UBN dapat ditewaskan dalam PRU-13 nanti. Kalau tidak negara kita masih kekal dalam kategori negara yang setaraf dgn Korea Utara, Zimbabwe, Myanmar dan yg seangkatan dgn nya....Wallahualam.
Dato.
Renungan .
In War There Are
No Bad Soldiers
Only Bad Generals
Selamat Maal Hijrah
Terima kasih.
Salam dato,
Agaknya siapakah calun UMNO yg boleh menyatukan Melayu ?
Salam dato saya mengcapkan selamat jalan tahun hijrah 1433 dan tahun 1434 akan datang kepada kita mungkin hari pertama penuh semangat dengan cita2 nya keazaman nya dan pelbagai-bagai lagi kerana orang2 melayu banyak pepatahnya pantang larang nya tak kurang banyak hantunya.....hantu raya juga ada kaitan dengan melayu toyol juga melayu begitulah sinonim nya kita dengan hantu dengan pepatah dan slogan. Sekarang ini cerita dan isu berlambak-lambak isu aqidah kerana ucapan nurul hingga ada yang menyifatkan nurul itu lebih teruk dari pelacur di chow kit road sudah tentu umno tahu la bahawa chow kit road itu pusat pelacuran tapi kenapa para pemimpin kerajaan yang ditunjangi umno masih pejamkan mata nya.Ada pembahas diatas menulis hanya UMNO sahaja yang mampu untuk mempertahankan melayu dan islam wooooooooooi sungguh karat nya pemikiran mereka ini mungkin sekarat dacing yang dicampak kelaut tapi biarlah dia tulis ikut suka dia. Siap tulis peristiwa 13 mei 1969 kalau kita imbau kembali 1969 kerajaan yang diterajui umno gagal mengurus masyarakat malaysia pada masa itu kan umno penulis diatas silap besar jika dia membangkitkan perkara ini. Tidak ada orang marah kepada umno tapi sangat marah kepada keldai2 umno seperti penulis diatas yang berkata.umno voice only just heard no voice other than the voice of the umno. Ia kita faham disetengah tempat dinegara kita memang ada fahaman hanya umno sahaja yang dapat membela orang2 melayu dan agama islam.Harap semua sedar ditahun baru awal muharam mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. sekian terima kasih salam awal muharam...
Oh ya, macam pimpinan PKR, DAP, dan terutamanya PAS memang baik macam malaikat. Itu yang tak payah komen apa-apa pun.
Orang lama UMNO rasa terpinggir? Orang yang dah pencen pun siapa ambil pandangannya? Datuk Kadir berhenti dari NST ada orang dengar nasihatnya? Jangan laa ambil hati. Bagi lah generasi baru buat kerja pulak. Ada sebabnya nasihat kita tak diterima. Mungkin sebab tak boleh pakai.
Ya betul, amalan kronisme dan nepotisme memang ada dan berlaku. Tetapi mereka-mereka yang stick out like a sore thumb ni tidak mempunyai kareer yang panjang. Contoh terbaik ialah Pak Lah. Sama juga macam Anwar Ibrahim, cuma bezanya Anwar ni pandai menjelmakan dirinya menjadi Penghulu Segala Malaikat, bawah sikit dari Nik Aziz yang kuat merapu.
Walhal segala agensi kerajaan dah buat yang terbaik untuk menghapuskan amalan tidak sihat di dalam dan luar kerajaan. Sekiranya ada kes salah-guna kuasa, lapurlah kepada pihak bertanggung-jawab berserta dengan buktinya. Jangan bersembang kosong sahaja.
Tapi hebatlah Datuk Kadir ni, meriam besinya dihalakan pada UMNO je. Bila pada puak Anwar Ibrahim, dia pakai pistol air je. Tapi, apa nak pelik, memang orang Melayu perangainya macam tu, pantang nampak orang melayu lain senang, dia takkan senang duduk.
baik umno mau pun pas selagi nama melayu.itulah satu2nya bangsa yg menyimpan hasat dengki lagi tamak haluba yg besar.
kalau parti 1 lagi tu,kompom ka dapat hidupkan hukum Islam?
pandai la kata orang ulama su'.so kita semua kena menyokong parti yang sokong LGBT,liberal,pluralisme baru la selamat Malaysia ni ya?
Salam DAKJ & O’la
Pertamanya, saya amat kesal sebab Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditangkap khalwat dan telah pun didenda. Diharap beliau meletakkan jawatan serta-merta atau tindakan tatatertib dikenakan. Bukan saja memalukan warga KKM, juga memalukan YAB Dato’ Seri Presiden sebagai PM Malaysia. PRU 13 pun dah dekat dah.
Saya juga mencadangkan agar KP KKM baru dianugerahkan kepada Dato’ Dr Ahmad Razin B Dato’ Ahmad Mahir. Orang Kelantan. Muda lagi. Keturunan orang baik-baik sebab ayahnya bekas mufti Kelantan kalau tak silap saya. Apa salahnya kita pilih org Kelantan pula jika beliau berkelayakan. Ini menunjukkan kerajaan UMNO BN tidak pernah pilih kasih. Kalau layak, kita pilih.
Keduanya, tentang Dato’ dan UMNO, nasihat ikhlas saya kepada Dato’, janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sebabnya, jasa UMNO kepada Dato’ memang banyak, melebihi jasa Dato’ kepada UMNO. Eloklah kiranya jika Dato’ bermuhasabah diri dgn menanyakan apakah jasa Dato’ kepada UMNO pula. Sekian, gracias.
Sdr Mohd Taib Kamin
"Politik Malaysia banyak dipengaruhi oleh mainan persepsi dan tidak berpaksikan kepada realiti"
Boleh sdr berikan contoh2 apa itu persepsi dan realiti dalam politik Malaysia?
Salam Dakj
Untuk menguatkan lagi kritikan Dato' terhadap parti Umno ditampalan ini saya tamabah dengan mengulangi analogi saya mengenai Umno sebelum ini berbunyi, Umno umpama tangki air awam lama buatan besi yang bukan sahaja sedang mengalami kebocoran dan kekaratan teruk, malah injab bebolanya sekali sekala tidak berfungsi!
salam tuan,
Mungkin dah tiba masanya UMNO tinggalkan bidang POLITIK dan aktif sebagai NGO... NGO penyatu bangsa MelayuIslam.
Tkasih.
Johari
Dato'@ Ada pembaca yang membuat komen bahawa Umno lebih banyak berjasa kepada Dato' berbanding jasa Dato' sendiri kepada Umno.
2. Umno membentuk Kerajaan dan jasa Kerajaan yang diterajui Umno telah banyak mengeluarkan ramai orang Melayu dari belenggu kmiskinan. Ramai Melayu sudah berjaya dan kini tinggal dikawasan mewah di KL.
3. Hakikat Umno telah banyak berjasa tidak bermakna ianya tidak boleh dikritik. Ianya hampir kecundang kerana pemimpin-pemimpin Umno lupa siapa diri mereka dan mereka tidak sensitif kepada pesepsi umum.
4. Ada pemimpin yang sangat keterlaluan sehingga menimbulkan kebencian yang teramat sangat.
5. Kita mungkin lebih sayangkan umno dari pemimpin-pemimpin yang sangat keterlaluan ini. Mungkin mereka sudah terlalu kaya melalui Umno.
6. Semoga sinarai calun PR13 nanti tidak ada lagi muka-muka yang pada umumnya sangat dibenci oleh rakyat.
7. Saya masih percaya Umno masih terbaik untuk menerajui Negara kearah mencapai wawasan 2020. Negara perlukan kestabilan politik untuk mewujudkan peluang pkerjaan kepada bilangan rakyat yang bertambah pesat.
Iklas,
Rahim
Salam ma'al Hijrah,
dan
Selamat Tahun baru Hijrah,
Muga sempena ma'al hijrah ini di kurniakan azam dan semangat baru.
Melayu mudah lupa
Salam dato,
Selamat tahun hijrah 1434.
Whaaduuuh...teruk juga dato `kena' dari pembahas kali ni.
BUT LET MAKE ONE THING CLEAR for all....Government is solution bukan problem.
Governmant is to find solutions for almost all of people problems.
Tapi,mana ada solution free of charge punya sekarang ni.. semua kena bayaq beb!
Government adalah dari macam macam orang..ada ahli umno,pas,pkr,mic, mca, gerakan,dan macam macam lagi.
Dan ada juga bukan ahli mana mana parti politik pun.
Yang dok bantai umno saja untuk segala macam kejahatan dunia ni pun satu hai juga,ada 3+ juta ohli UMNO dari hampir 30 juta rakyat malaysia...10% ni BOLIH JADI KEPALA JIN PERAIT SEMUA KA?..saya fikir tuduhan segalanya kejahatan dari UMNO punya pasai tak betui juga pun....
Yang lagi ramai bukan ahli UMNO tu hampir 27 juta orang lagi tu pun BUKAN BAIK SANGAT punnn!!!...tak percaya semak dan buat senarai.....dari main pungkoq,main bini orang,main main dengan tuhan,main dengan `ahli syaitan' dlll..
Yang penting kita ada kerajaan, dan kerajaan adalah penyelesai masaalah...
Kerajaan TAK BOLIH BERGADUH dengan
rakyat,...itu dah tak betui dah..
Kalau kerajaan buat perkara baik,kita kena puji,kalau tak betui kita kena rioh sikit,supaya
depa buat betui balik,kalau salah tolong perbetulkan..tak salahkan kalau rakyat berbuat begitu?
Saya fikir Dato adalah dikalangan rakyat yang macam ni TEGOQ GOMEN SEBAB GOMEN IS THE SOLUTION..bagus la, tegoq kerana nak bagi elok, tegoq supaya rumah tak runtuh, tegoq supaya tanah tak runtuh, tegoq supaya bangsa tak lingkup..tak gitu?
Saya suka hidup aman dan damai sebelum keok...dah tak lama mana dah pun ni.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato' ,
Satelah 55 tahun memerintah UMNO telah mengambil kemenangan for granted.Apa yang berlaku di 2008 dengan hilangnya majoriti 2/3 harap akan membuka mata bahawa rakyat mahukan wakil wakil MP dan DUN bersungguh sungguh bekerja untuk rakyat dan bukan untuk poket sendiri.
Benar ,majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO dan kini Najib sedang berusha dengan berbagai transformasi politik ,social adan ekonomi meyakinkan rakyat bahawa beliau serius.Sekira ini juga gagal maka akan gagallah UMNO di PRU 14 kerana saya yakin UMNO masih relevan pada orang Melayu kerana ianya masih parti tunjang pada kaum ini dan tetap akan terus memegang Putrajaya di PRU 13.
Kita harus melihat UMNO dan PAS adalah hanya satu parti politik bukan ugama.Kedua parti juga memperjuangkan Islam.Tidak salah kalau saya katakan :
1. UMNO menggunakan kekuasaan politiknya dengan mengembangkan syiar Islam dan PAS menggunakan ugama bagi memperkasakan politiknya.
2.Kedegilan pihak Anwarinas/erdogan yang mengenepikan pihak ulamak dalam PAS tidakdapat menolong PAS berjaya saperti UMNO.
3.Bersekongkol bersama DAP dan tidak meneruskan muzakarah dengan UMNO kerana mahukan kuasa tidak akan menolongPAS di PRU 13.
4.PR akan tumbang kerana DSAI bukanlah calun PM yang sesuai dan PKR akan juga menyumbang kegagalan PR kerana perjuangan parti DSAI ini adalah bersifat sementara tidak saperti UMNO dan PAS yang mempunyai wadah perjuangan mereka berpuluh pulah tahun lamanya.Tidaklah hairan ramai pemimpin PKR meninggalkan parti itu kerana perjuangan PKR hanyalah untuk DSAI.
5.DAP bukanlah parti untuk orang Melayu dan tidak mungkin mereka akan berjaya di kawasan dimana ramai pengundi Melayu.Kaum Cina tetap akan memberi sokongan penuh kepada DAP(80%) dan mengenepikanMCA kali ini kerana kaum ini bijak mengundi terutama dimasa kaum Melayu Islam sibuk bertelagah dan berpecah pecah demi kuasa.
6.Perpecahan Melayu tidak akan menolong kaum ini dan kaum Melayu mahukan satu parti Melayu yang kuat mewakili mereka saperti kaumCina pada DAP kali ini.
7.Hanya orang Melayu yang akan menentukan arah tuju negara ini bukan kaum Cina dan ini harus disedari.Maka buatlah pilihan terbaik nanti di PRU 13.
8.Terlalu banyak kecenderungan menyalahkan UMNO itu dan ini dan kononnya mahukan CHANGE pula walaupun pihak lawan belum pernah sekali pun di uji memerintah negara.Maaf sekira saya katakan:
" My cats died.I blame UMNO "
Salam dan maaf sekira terkasar.
OKU..........Orang Kuat Umno...orang adalah ahli kuat yang guna kipas dipanggil pengampu umno adalah partinya....ada orang adalah ahli tak ada orang hilang la ahlinya.....kuat nya parti semakin kuat la pengampunya.....DATO SRI NAJIB pun dikelilingi pengampu umno juga dimana dia hampi tewas dipekan menang dengan majoriti 216 undi hampir bungkus kerana pengampu...jadi kita dah nampak ya umno rosak kerana pengampu pemimpin umno hancur kerana pengampu...pemimpin yang bijak takan termakan dengan ampu dari broker maut politik....dan pengampu akan terus hidup sehingga umno ditumbangkan dalam PRU...SEKIAN...
Salam saudaraku DAKJ,
Selamat Tahun Baru Awal Muharam semoga angka 1434 akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih dinamik dengan kesederhanaan dan mempunyai citarasa bangsa 1Malaysia dalam tahun-tahun mendatang Selepas PRU13 nanti, insyaAllah.
Saya sekarang berada di Negeri China sejak 5hb November dan akan kembali ke KL pada malam 28hb November. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di PWTC pada 29hb November nanti. Di Hangzhou sini amat lah sejuk tetapi otak dan pisikal saya masih kuat dan menulis, walaupun kemudahan media sosial dan alternatif disekat oleh Kerajaan Cina disin. Kenalah buat re routing melalui USA.
Dalam rencana ini saya berpendapat bahawa orang-orang Melayu kita ini bukan benci mahupun tidak suka UMNO, tetapi mereka amat berdukacita dengan perangai segelintir kepimpinan UMNO yang masih belum berubah mengikut kepada keadaan dan suasana politik negara kita yang semakin mencabar. Fikiran mereka yang saya maksudkan itu telah pun meninggal zaman dan hanya memecahkan kesayangan dan semangat perpaduan Melayu yang perlu bersatu semula seperti semasa tahunan 40s, 50s, 60s dan awal 70s.
Dalam konteks sebagai seorang ahli veteran dan orang UMNO yang daripada angkatan 60s, saya juga amat kecewa walaupun saya bukan terdiri daripada orang Melayu yang tulen tetapi berpaksi kepada Undang-Undang di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya dan keluarga saya megah dengan taraf kami yang telah menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan bangsa, agama dan negara.
Sayugia Nya saya juga suka memberi komen saya kepada beberapa sahabat kita diruangan blog Datuk dalam tulisan rencana ini seperti catitan saya yang berikut:
- Mat Keluang...yang kurng setuju dengan perlantikan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan di bawah KSN baru di mana saya anggap amat keteluluan serta memalukan kepimpinan DS Najib PM. Jika bangsa lain selain daripada pegawai-pegawai Melayu yang lebih sesuai dan mempunyai ciri-ciri kebolehan yang tinggi dengan kualiti kepimpinan...Apa salah nya?
- Awangbatuburok.....setuju memang pada masa ini, terlalu banyak campurtangan ahli keluarga dan tidak sihat daripada segi etikal pengurusan pentadbiran dan imej kepimpinan politik Dan Kerajaan BN kita. Maksud saya ialah semua peringkat pentadbiran, tidak kira pangkat dan darjat sekali pun yang perlu diambilkira atas sesiapa yang terlibat.
- P - Said.....memang benar di kepimpinan UMNO yang sedia ada sekarang, ramai veteran UMNO terdiri daripada kumpulan yang pernah berjasa kepada UMNO daripada semua peringkat telah dipinggirkan! Majlis Veteran UMNO dimansuhkan, Hanya segelintir Veteran UMNO yang terpilih sahaja di layan dan diberi kemudahan atas dasar memilih kasih. Yang lain diperhampakan!
Andaikata UMNO perlu berubah ataupun melalui transformasi politik yang diutamakan oleh kepimpinan Najib selalu Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Necaya perubahan demikian akan menguatkan lagi semangat berpolitik orang Melayu yang berada di UMNO demi menjaga maruah dan kesejahteraan bangsa Melayu yang semakin ketinggalan.
Tun Daim kata "Rasuah di dalam UMNO merupakan suatu keharusan.."Apa komen Dato?
Sembang Sembang Jumaat
(tanah di pulau dua kali)
Heran kenapa bukan orang tak suka kepada UMNO bila PR 'yakin' dapat 100 kerusi - status quo di Penang; BN DUN 17 kerusi.
Sabah dan Sarawak apa khabar?
Apa impak positif 'autonomi' Bangsamora kepada Sabah dan Berunai?
Royalti dari gas dan minyak.
Salam Hormat Maal Hijrah 1434
Salam Dato'
"Sebenarnya, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, tidaklah terlalu benci kepada Umno. Orang Melayu yang sedar dan rasional, mengakui bahawa Umno banyak menyumbang kepada orang Melayu, negara dan agama Islam manakala orang bukan Melayu tumpang berteduh dan makmur di bawah pimpinan Umno.
Cuma, banyak orang Melayu, khasnya generasi tua dan generasi muda terkilan dengan kepemimpinan Umno yang dilihat sebagai tidak cukup Melayu dan terlalu mementingkan diri sendiri atau kelompok masing-masing.
Generasi tua yang sudah “bersara” dan tidak dipedulikan lagi oleh kepemimpinan Umno berasa Umno bukan lagi perjuangan yang mereka kenali. Malah mereka sangsi kalau perjuangan masih menjadi wadah Umno.
Mereka berasa kepemimpinan Umno telah terpesong daripada perjuangan asal – untuk agama, bangsa dan negara. Mereka melihat kepemimpinan atasan Umno sebagai terlalu tunduk kepada tuntutan dan asakan pihak-pihak di luar Umno dan orang bukan Melayu.
Generasi muda pula melihat kepemimpinan Umno sebagai elitis, mabuk kuasa, korup dan tidak telus.
Yang nampaknya terus taasub dan terasuk dengan kepemimpinan Umno adalah generasi pertengahan yang masih relevan dalam minda dan tindakan Umno. Mereka ini masih boleh dibawa berunding dan sesetengahnya terus mendapat faedah ekonomi daripada keakraban mereka dengan kepemimpinan Umno. Mungkin Hatta dalam kelompok itu. Punca Tanggapan Negatif Tanggapan yang negatif terhadap kepemimpinan Umno tidak dapat dinafikan. Malah, dalam hal-hal tertentu, amat teruk.
Salah satu yang nampak jelas kepada umum ialah campur tangan ahli keluarga dalam politik dan pentadbiran serta sistem pewarisan dari satu generasi ke satu generasi. "
Saya setuju dengan kritikan yang antaranya di kalangan bekas pemimpin Umno sendiri yang mengatakan kelemhan kepimpinan dan pemimpin2 Umno sekarang seperti yang Dato' ulas dalam tampalan ini berakar -umbi daripada zaman mantan PM TDM di mana kebetulan pada masa itu Dato' orang penting di sebelah media perdana.
Sekadar bertanaya, ada ke tidak pada masa itu Dato' menulis dimana2 mengkritik parti Umno dan kepimpinan TDM ?
Dilema saya. ..kalau saya tolak umno. .adakah pr lebih baik dan menyakinkan. ..sorry to say langsung tidak
Salam sahabatku DAKJ,
Selamat Tahun Baru Muharam dan semoga penghijrahan kita akan menemui kita ke satu tahap yang lebih pragmatis dan kesederhanaan dalam urusan peribadi dan negara kita yang dicintai ini.
Tajuk yang dikemukakan oleh Datuk untuk diperbincangkan amatlah tepat pada masa nya menjelang PRU13 yang semakin hampir selepas perhimpunan UMNO yang akan datang nanti mulai 28hb November - 01hb Disember 2012. Suasana politik UMNO semakin cabar menjelang PRU13 di semua peringkat UMNO Negeri, Bahagian, Cawangan dan Pusat yang tertinggi.
Apa yang dikemukakan melalui tajuk Datuk "bukan orang tak suka kepada UMNO" amat lah tepat sekali. Saya sebagai seorang penyokong kuat akal umbi UMNO sejak tahun 60s, lebih sedar mengenali hakikat yang sebenarnya. Memang orang tak benci atau tak suka UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah memerentah selama 57 tahun untuk membela dan melindungi kepentingan orang-orang Melayu dan bumiputra. Mereka hanya benci kepada orang-orang UMNO yang angkuh, sembong dan mengamalkan pengambilan rasuah dan sebagai nya melalui kronism dan nepotism.
Jadi mana kah silap nya UMNO pada hari ini dan boleh kah bangsa Melayu bergantung kepada parti keramat yang di sokong dan disanjung tinggi tetapi semakin mencabar pada masakini? Kita harus sedar bahwa orang-orang Melayu telah pecah perpaduan nya apabila PAS keluar daripada pengkongsian politik dengan UMNO pada tahun awal 70s dan sekali lagi apabila bekerja sama dengan DAP dan PKR sebelum PRU12 pada tahun 2008.
Kedudukan Melayu semakin lemah dari segi socio-politik dan socio-ekonomi pada hari ini yang dapat dikesan daripada tanda-tanda perpecahan bangsa Melayu. Pendik-kata Melayu telah bunuh Melayu dan berpecah kepada tiga kelompok untuk berpolitik, iaitu UMNO, PAS dan PKR. Dengan itu dilemma politik orang Melayu telah bermula dan kedudukan DAP semakin bertambah kuat dan kukuh untuk menjaga kepentingan bangsa Cina.
Parti-parti Cina seperti MCA dan Gerakan khususnya akan hilang pengaruh serta sokongan daripada bangsa Cina. Bangsa Melayu harus sedar hakikat ini bahawa nya semangat perpaduan adalah amat penting bagi terus memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu dalam abad ini menjelang tahun 2020.
Salam Dato',
Ayah Pin kata..."UMNO banyak berjasa memerangi rasuah hingga ke akar umbi demi masa depan negara."
Yg sebetulnya...UMNO banyak berjasa memenangi rasuah hingga ke akar umbi, membelakangi masa depan negara!!!
Dato' tak rasa ke BR1M tu sebenarnya sama dgn "Beri Rasuah 1Malaysia"!??
Atau mcm mana?
Bersatulah wahai bangsaku..
Apa yang telah dibicara makanya dari atasan ...
Apa yang saya dengar dari kehidupan yang melata ...
Seseorang bercerita marah tentang seseorang ...
Saya tanya siapa dia ...
Jawab: Tu lah orang kuat umno tu ...
Soal: Siapa dia orang kuat umno tu ...
Jawab: Nama pun di sebut ...
Soal: Apa kena mengena pula apa yang dia buat dengan umno ...
Jawab: ye lah menyampah ... saja nak sakitkan hati orang ...
Ceritanya si orang kuat umno berbuat sesuatu yang kurang adab pada nya ...
dan umno dikaitkan sebab si orang kuat umno selalulah dalam harian metro local version cerita tentang itu dan ini ... representing umno
begitulah ... cerita umno dan orang kuat umno ... umpama lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan ...
wassalam ... ma'al hijrah mubarak
salam dakj.
jika ada satu parti melayu lain yang tertubuh atas dasar Bangsa ,agama dan negara dan di pimpin oleh orang yang bersih dan berwibawa saya yakin Umno,PAS,dan PKR akan ditinggalkan oleh orang melayu.
Dan parti melayu baru itu dengan mudah boleh mengambil tampuk pemerintahan negara.
dato
-ada orang ameno kata Hanya ameno bagi makan,minum,gaji,
-tak bersyukur kepada kera jaan ke,banyak jasa kepada orang melayu,
jawapan orang cerdik pandai.
-tak bersyukur ke kepada Allah kerana beri kau udara.tempat kau lahir.
orang ameno ada pangkat,kata kat orang bawah ,kau patut terima apa saja kera jaan bagi,dia dapat juta juta,ahli dapat karipap/mee hun/topi.baju free.
Assalamualaikum pak Kadir
Pepatah Melayu berbunyi "Jangan kerana marahkan nyamuk, kelabu dibakar"
Jika itu terjadi ia amat merugikan,tetapi apa pilihan kita?,ada 2 pilihan:
1.Jangan undi parti,kita undi calon.
2.Kene sedarkan calon,bahawa politik bukan sekadar nak ketengahkan idea, tapi politik adelah menyelamatkan manusia dan dunia.
Itu yang Allah suruh manusia lakukan.
UMNO tidak selalu betul begitu juga DAKJ tak senantiasa benar
Salam DAKJ,
1. Dalam berhujah ada kemahirannya. Ada imbangan mantiq dan rasionalnya.
2. Justeru para pemain media sewajarnya dibugarkan dengan kaedah 'Mathematical Reasoning' yang diajarkan di peringkat SPM lagi.
3. UMNO era Pak Lah adalah yang terburuk dalam sejarah. PM Najib mewarisinya. Tingkahlaku beradab dan didikan ibu serta Allahyarham ayahandanya banyak membentuk karakter beliau.
4. Tatkala Pak Lah 'flip=flop' dan terlalu tunduk dengan pelbagai tuntutan tak menasabah waima daripada rakan kabinet bukan Melayu sendiri, TPM Najib hanya berdiam. Sedangkan Rakyat khususnya orang-orang Melayu begitu menyirap.
5. Tumbangnya BN di 5 buah negeri dan kegagalan memperoleh 2/3 dalam PRU ke-12 adalah natijah daripada rasa mual, benci dan sakit hati Rakyat terutamanya ahli dan penyokong UMNO sendiri seperti saya terhadap kebobrokan kepimpinan Pak Lah. Bukannya disebabkan pembangkang bagus mahupun kuat.
6. Sebaik mengambilalih teraju kepimpinan PM Najib sekonyongnya memperkenalkan '1Malaysia' yang rata-rata kita kaum Melayu maksudkan perpaduan sedangakan kaum lain memanipulasinya menjadi 'sama rata sama rasa'. Sekali lagi bangsa Melayu menyirap.
7. Berkat didikan ibunda Tun Rahah dan didikan beradab Allahyarham ayahanda Tun Abdul Razak, PM Najib begitu fokus merencanakan pelbagai transformasi yang kini sebahagian besarnya mula menampakkan hasilnya. Meski pada masa yang sama beliau ditohmah, difitnah begitu dahsyat yang mana sebahagian Rakyat terbanyak malah teknokrat dan proletatriat seperti saudara DAKJ sendiri seakan termakan akan hasutannya.
8. Memang UMNO selamanya tidak akan bersifat sempurna kerana ianya diteraju dan dipimpin oleh manusia biasa TETAPI dalam ketidaksempurnaan itu selama 55 tahun merdeka tanahair tercinta ini apakah makin ranap punah atau sebaliknya?
9. Di kala barisan pembangkang tak punya idealisma nan sama malah ironinya mereka begitu obses dengan kuasa hatta sanggup membelakangkan agama dan perjuangan sendiri berabad lama slogannya! Apakah yang DAKJ boleh harapkan pada DSAIbrahim, DNAziz, DAHAwang, LKSiang, LGEng mahupun KSingh? Bentuk kepimpinan bagaimanakah yang bisa disogokkan kepada kita semua?
10. Apakah DAKJ lupa pada 'Amanat Hj Hadi' pada dekad 1980an dulu? Bermula daripada fatwa songsang itulah timbulnya solat 2 imam dalam satu kariah dan kafir mengkafir sesama Islam malah membawa kepada keruntuhan rumahtangga di kalangan mereka yang berlainan fahaman politik. Sekonyongnya tanpa ada desakan waima daripada LKSiang, KSingh, Tun DM, mahupun di kalangan bukan Islam, DAHAwang mengisytiharkan bahawa'tidak terdapat istilah negara Islam dalam Al Quran'. PAS tidak lagi berhasrat menegakkan Daulah Islamiah tetapi memperjuangkan 'Negara Berkebajikan'.
11. Lebih 3 dekad orang-orang PAS melabelkan kafir kepada ahli-ahli UMNO hanya kerana dikatakan menolak 'hudud PAS' dan tidak berpegang kepada perlembagaan 'Al Quran'. Justeru di kala DAHAwang menjilat semula ludahnya apakah nilai penarafan yang boleh DAKJ berikan kepada beliau?
12. Mewarisi sebuah kerajaan lemah (kurang 2/3) tidaklah semudah yang disangka. PM Najib menghempas minda membasah keringat memikir dan mengaplikasikan pelbagai formula demi sebuah Malaysia yang semakin baik. Baik untuk semua warga. Setakat ini beliau telah melakukan dengan baik sekali cuma kebanyakan orang termasuk DAKJ sendiri alah dengan persepsi yang dicipta jentera pembangkang yang 'trivial' tapi dilihat hebat oleh 'mediocre' seperti sesetengah orang yang barangkali terlihat 'great', 'tokoh' namun gagal menyembunyikan 'rasa benci teramat sangat' hanya kerana tidak menyukai penampilan isteri beliau, Rosmah mahupun disebabkan mewarisi bakat kepimpinan arwah ayahnya.
13. Datuk Abdul Samad Said gagal menyembunyikan kebencian teramat sangat beliau terhadap apa yang disebutkan 'Dinasti Politik' hanya kerana PM Najib itu anakanda Tun Razak, Mukhriz itu anak Tun Mahathir, Hishamuddin itu anak Hussein Onn. Tetapi tidak pula merasa canggung waima Lim Guan Eng itu anak Lim Kit Siang, Gobalan Singh Deo anak Karpal Singh, malah PKR adalah parti anak beranak Anwar Ibrahim. Tidak kurang juga DAKJ turut sama tumpang semangkuk dengan Samad Said (dalam perihal dinasti politik ini) yang gagal menyembunyikan sikap Sosialisnya yang gampang bersekongkol sama Ambiga pejuang LGBT itu. Apakah kami lupa dengan pelbagai tuntutan IFC yg dikepalai oleh Ambiga itu.
14. DAKJ meremehkan pemberian BR1M yang kemudiannya menyogokkan kata-kata yg diketahui umum itu, 'jangan beri ikan tapi beri pancing'. Saya berpendapat pancing pun jangan sesekali diberi. Kita patut tunjuk ajar mereka cara buat pancing! Amat menghairankan sekali bila ada orang besar media (mantan) seperti DAKJ turut sakit hati senak perut melihat warga berpendapatan rendah di luar sana memperoleh BR1M yang tak seberapa itu. Barangkali wang itu tak cukup untuk tembakau paip para pembesar dan mantan orang besar seperti Datuk.
15. PM Najib memerah minda memikirkan kaedah untuk membantu secara langsung kepada golongan sasaran. Ternyata subsidi petrol dan diesel tidak membawa sebarang faedah langsung kepada Makcik Pon, Paklong Usop, yang tidak memiliki motorsikal sekalipun! Subsidi diesel selama ini menguntungkan siapa. Drebar lori memang Melayu. Tapi tauke lori, pedagang dan pekilang yang memiliki dan menguasai 'warehouse dan trading' tu siapa? Yang tuang petrol Ron97 tu siapa? Mercedes, BMW siapa yang banyak merayap di jalanraya. Begitu juga kargo dan kontena siapa yg memenuhi lebuhraya? Sudahlah subsidi buku teks dinikmati semua termasuk lintah darat Ah Long, tauke judi dan persundalan.
Kepada saudra Yangretibahasa tolong berikan satu negara di dunia ini yang mengamalkan hukum islam.. supaya malaysia boeh menjadi contoh..
Arab saudi? (Failed) ....hukumannyaya zalim..hanya berkuat kuasa kepada rakyat marhaen sahaja..golongan raja dan berduit lepas not islamic..
Pakistan? Failed..99% penduduk islam..antara negara index korap tertinggi..ahli agama asyik mengkapirkan sesama sendiri..terlau banyak section (mahzab)..masing2 anggap lebih islamik dari orang lain (ada iras2 macam you..ha..ha)..Lain mahzab tak boleh sembahyang satu masjid..kadar buta huruf sangat tinggi lebih 50% tak reti membaca (ini kawan Pakistan saya yang cakap..not me)Any idea...
Tak kenal siti maka tak cintalah:
hukum alam.
Salam Datuk dan Salam semua,
Ini mungkin kali terakhir saya menulis di Blog datuk kerana selepas ini saya hendak bertapa di Gunung Ledang kerana hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.
Untuk itu saya ada satu bidalan untuk tatapan kita semua.
Iaitu Negara akan aman apabila pemimpin adil.
Negara akan maju apabila pemimpin bijak.
Dan Negara akan di berkati Allah apabila pemimpin bertaqwa.
Kalau sifat-sifat ini ada dalam pemimpin kita, Insyaallah. Kalau tiada.................masalah!!!
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam
salam semua
...hati saya tertutup untuk memberi undi kepada pihak yang mungkin mengambilalih pemerintahan kerajaan malaysia selepas GE13.. cuma satu faktor yang menyebabkan saya bertindak sedemikian iaitu... dato seri anwar ibrahim
tiada ayah yang sanggup 'membunuh' anaknya yang telah dibelai dari sebesar tapak tangan, merangkak, bertatih, berjalan jatuh hinggalah usianya mencecah 18 tahun....semuanya ini dengan keizinan Allah swt
Salam Dato dan pembahas semua.
Saya rasa jalan pemikiran sesetengah pembahas sangat songsang dan sesat.
UMNO BN tu boleh terus berkuasa lebih lima dekad sebab pelbagai tipu daya dalam pilihan raya. Org yg menang dgn cara tak halal spt itu disuruh pulak rakyat mengenang jasa mereka!.
Pd pilihan raya presiden Amerika baru2 ni yg kalah pasrah dan secara terbuka ucap tahniah terima keputusan rakyat........kerana apa? sebab mereka tau pemenang telah menang dgn cara bersih tanpa kegiatan tipu undi dan berat sebelah oleh pengadil iaitu SPRN.
Nak muntah saya jika org suruh hormat pd Hosni Mubarak, Ben Ali, Maummar Ghadafi, Marcos, Suharto dll. Apalah beza mereka ni dgn majoriti pemimpin UMNOBN.
Sudah tiba masanya para ustaz di sekolah ajar murid adab berterima kasih pd manusia terutama yg bergelar penipu, perasuah, pembuli, pemeras ugut, pemfitnah dll.
Apalah status Majlis Fatwa Kebangsaan yg dilantik oleh kerajaan yg diselubungi oleh kemenangan cara tak bermaruah.
Cara hidup kita tak akan sama dgn org UMNO kalau kita berusaha jadi hamba Allah bukan hamba manusia.
Salam DAKJ dan pembahas semua
Kesian Abd Syukur ketua penerangan UMNO Selangor memberi justifikasi bodoh dari golongan tak berapa cerdik cuba nak perbodoh rakyat Malaysia.
Ingat lagi beribu2 ekar tanah di Johan Setia Klang diaagih pd kroni dan diri sendiri kira2 20 tahun lalu?
Ingat lagi bagimana dgn bersahaja anakToyo serah pd kroni tanah berarus ekar iaitu bekas tapak lumba motor di Shah Alam.?
Pd zaman UMNOBN juga beribu2 ekar tanah PKNS dan agensi kerajaan negeri yg lain dihadiah kpd syarikat kroni atas nama jointventure yg berat sebelah mengkayakan kroni sambil mempapakan kerajaan negeri terutama org melayu termasuk ahli UMNO sendiri.
Kenapa terjadi demikian? Jawapannya jelas iaitu konsep pengswastaan yg di perkenal oleh pemimpun kerajaan pusat waktu itu jelas mengkayakan pemimpin UMNOBN pusat. Tak kan lah pemimpin UMNOBN negeri nak telan air liur je.
Kalaulah rakyat termasuk PAYUNG mereka bersuara pd waktu itu, tentulah kekayaan negeri dan rakyat dpt di selamatkan untuk generasi akan dtg termasuk anak cucu org UMNO yg tak sekaya mana pun.
Kita semua adalah hamba Allah. Berhentilah menjadi hamba manusia pangkat dan harta.
Sabotaj Umno: Dua Dipecat, Satu Digantung
Lembaga Disiplin Umno pada Khamis mengumumkan pemecatan dua ahli dan penggantungan selama tiga tahun seorang lagi ahli, ketiga-tiganya dari Umno Bahagian Semporna, Sabah, kerana kesalahan sabotaj parti.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata yang dipecat ialah Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah manakala yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan ialah Haji Nisfu Haji Palah.
Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno, katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.
Empat ahli Umno yang lain dari Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis juga didapati bersalah dan diberi amaran kerana kesalahan tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno...
20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:
(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b) Mengikut perintah-perintah parti;
(c) Menjalankan dasar-dasar parti;
(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
3. PENGGUNAAN KEKERASAN DAN UGUTAN
Ahli-ahli parti dilarang daripada menggunakan apa-apa kekerasan atau paksaan atau halangan atau menggunakan atau mengncam apa-apa kecacatan, kerosakan atau kerugian atau mengugut dengan apa-apa cara ke atas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang mengundi atau tidak mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.
Sila ambil peringatan kepada semua ahli UMNO
terima kasih
Dizaman ini org memilih pemimpin berdasarkan banyak faktor di samping membela rakyat jelata mereka juga harus berakhlak baik,berintigriti,berpelajaran tinggi,tidak rasuah,beriman bagi yg Islam dan sbagainya
Assalamualaikum Dato,
Sekadar berkongsi cerita...
Sebak hati mendengar cerita seorang teman yang membantu seorang makcik yang tak tahu menggunakan mesin deposit wang utk mengirim wang kpd anaknya. "anak makcik belajar U, nak guna duit katanya" cerita makcik yang nampak gembira dan bangga dgn anaknya. Teman gembira dapat menolong tapi sebak bila tahu wang yang dikirim hanya rm30! Apalah erti duit poket rm30 utk anakmuda sekarang ini? Utk topup handphone pun tak cukup. Tapi inilah realiti kehidupan... Di zaman yang sudah terbiasa kita dengar angka ribu2an, juta2an, malah bilion2an masih ramai yang hidupnya hanya kais pagi makan pagi, kais petang puasa malam. Semoga masih ada pemimpin yang ikhlas berkhidmat dan membela nasib rakyat.
Adun Sekinchan Ng Sue Lim mendedahkan kerakusan umno membolot tanah diselangor era khir toyo (tanah dibeli rm1 seperkaki persegi).. bila di bangkitkan di dewan rakyat, adun BN boleh kata umno patut dapat tanah kerana umno yg menuntut kemerdekaan.. itu jawab mereka (sakibaki adun umno/bn).. jadi perompak seperti ini tak usahlah bermimpi untuk mendapat undi dari saya.. minta maaf.. di kg saya sendiri, tanah utk dibuat klinik,balai bomba yg ketua pemuda umno sendiri mintak.. tak dapat.. tiba-tiba tanah yg dimintak tu.. toyota buat pusat servis.. kihkihkih.. sekarang klinik kg saya menumpang di dewan org ramai yg diconvert jadi klinik utk menampung 3 ribu penduduk kg.. bijakkan umno?
Post a Comment