A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau
mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau
Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]
PADA mulanya, saya terfikir
untuk memuji pemerintah dan mengucapkan terima kasih kerana memerintahkan
Pejabat Peguam Negara membekukan semua kes mahkamah berkaitan saman di bawah
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kononnya bagi membolehkan kajian dibuat
ke atas isu undang-undang yang dibangkitkan.
Kenyataan yang dikeluarkan
Pejabat Peguam Negara dikaitkan dengan rungutan pelbagai pihak terhadap saman
AES yang sudah berjumlah hampir 300,000 sejak sistem swasta itu dikuatkuasakan
pada 23 September lalu.
“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah AES adalah sah.
Kenyataan itu menambah yang Pejabat Peguam Negara mengambil berat beberapa isu undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan oleh orang ramai.
“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, setelah memikirkan semula apa yang telah berlaku sejak sistem itu dikuatkuasakan, khasnya cakap besar para pembesar dan pegawai pemerintah yang ia akan tetap diteruskan dan diperluaskan walaupun mendapat tentangan hebat daripada pengguna jalan raya, saya rasa yang lebih tepat ialah “mentertawakan” saja keputusan itu. Dalam bahasa Inggeris “just humour it”.
Kalau tidak kerana bantahan umum, khasnya oleh pembangkang, dan ancaman akan meneruskan protes melalui peti undi, saya rasa pemerintah akan terus memihak kepada pemegang konsesi.
Sekiranya pemerintah berfikir panjang, mendalami sentimen pengguna jalan raya dan menghalusi aspek teknikal sistem itu, saya yakin penswastaan penguasaan undang-undang lalu lintas itu tidak akan melaksanakan –setidak-tidaknya pun ketika angin pilihan raya sedang bertiup kencang.
Tetapi nampaknya ada perkiraan lain yang menyebabkan pemerintah seolah-olah tergesa-gesa menswastakan AES dan menguatkuasakannya.
Kalau benarlah dalam kerajaan ada ramai penasihat, perunding dan pegawai khas yang hebat-hebat, saya hairan apakah tidak terlintas di fikiran mereka bahawa rancangan seperti AES mempunyai kesan perang saraf yang negatif menjelang PRU?
Itu pun belum tentu lagi sistem itu dibatalkan atau tertuduh dibebaskan. Kalau bukan dalam masa dua, tiga hari ini, mungkin selepas PRU akan berlaku wal hasil balik asal dan AES dikuatkuasakan semula seperti sedia kala.
Seperkara lagi, apa halnya dengan Mamat-Mamat yang patuh kepada undang-undang dan telah membayar denda mereka? Tentu ada antara Mamat-Mamat yang tidak ikut saranan pembangkang itu pemilih yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Saya tetap mengatakan bahawa penswastaan undang-undang, hatta undang-undang lalu lintas, adalah tidak bijak apatah lagi apabila wujud unsur-unsur jaminan keuntungan kepada pemegang konsesi. Ia adalah “immoral”. Tidak perlulah saya menterjemahkannya ke bahasa Melayu.
Wallahualam.
22 comments:
Salam DAKJ
Pertamanya, saya cukup bersetuju dgn pandangan Tun Dr Mahathir tentang prestasi YAB Dato’ Seri Presiden. Beliau memang bertanggungjawab terhadap UMNO, BN dan kerajaan Malaysia. Cuma mungkin YAB Dato’ Seri Presiden terlepas pandang tentang isu AES, terutamanya cubaan orang dalam BN sendiri dan segelintir ketua pengarah yg cuba mensabotaj kerajaan UMNO pada PRU 13 nanti. Akhirnya, pejabat peguam Negara kata ada masalah teknikal dan kes AES kena stop dulu.
Saya berharap agar ketua pengarah JPJ mestilah meletakkan jawatan kerana menjalankan kerja dgn tergesa-gesa dan tergopoh gapah tanpa persediaan yg rapi sebelum menyusahkan rakyat ke mahkamah. Sekarang, bukan saja rakyat susah tapi dah menyusahkan YAB Dato’ Seri Presiden, UMNO dan BN. Juga menteri berkenaan dari komponen BN (yg partinya menang nyawa-nyawa ikan pada PRU 12 dulu TAPI masih berlagak) haruslah mengambil segala tanggungjawab atas sikap sombongnya terhadap rakyat jelata sebelum ini. Ramai ahli dan pejuang UMNO cukup terkilan dgn tindakan ketua Pengarah JPJ dan juga menteri berkenaan. Rasanya, kerajaan UMNO BN tidak memerlukan org-org yg menzalimi rakyat sendiri.
Akhir kata, saya berharap agar YAB Dato’ Seri Presiden dapat memberi kata dua kepada mereka samada berundur secara terhormat atau akan dipecat. Ini kerana 1 saman bersamaan 1 undi dan kita tidak mampu utk kehilangan walaupun satu undi terutamanya di Selangor, Penang, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu. Sekian TQ.
Saya tetap mengatakan bahawa penswastaan undang-undang, hatta undang-undang lalu lintas, adalah tidak bijak apatah lagi apabila wujud unsur-unsur jaminan keuntungan kepada pemegang konsesi. Ia adalah “immoral”. Tidak perlulah saya menterjemahkannya ke bahasa Melayu.
Saya setuju lebih dari 100%
PENSWASTAAN UNDANG-UNDANG ADALAH SATU BENTUK KEZALIMAN BARU PEMERINTAH.
CUKUP-CUKUP SUDAH LAH KITA BAGI KUASA KEPADA UMNOBN
CUKUP-CUKUP SUDAH LAH
DI MANA ADA UMNO, DI SITU ADA RASUAH
DI MANA ADA UMNO, MANA-MANA DIA SONGLAP
PENYAMUN TARBUUUUUUSSSS!
MAAF DATO, LEPAS GERAM!!!
Salam Dato,
Batalkan saja skim macam `skim menipu' ni kan lagi baik..
Kalau nak buat juga biaq bagi JPJ ada stesyen dengan AES depa punya,tambah kat sistem depa yang sedia ada..lagi baik.
Kerajaan MESTI BERTANGGUNG JAWAP menjaga keselesaan, ketenteraman dan keamanan rakyat sepanjang masa.
ELAKAN LAH buat rakyat susah hati,panas hati,pedih hati,sakit hati,sakit mata dan sakit mental kerana semua ini TIDAK AKAN menjadikan kerajaan bertambah baik dimata rakyat....dan jangan salahkan rakyat nanti kalau depa reject/benci gomen ramai ramai ooiii.
SERONOK sangat ka bila dapat HUKUM RAKYAT NI?.banyak sangat ka dapat kutip duit saman,dari segi GDP?
Ingatlah,..NEVER FIGHT WITH THE PEOPLE THAT PUT YOU ALL IN OFFICES IN THE FIRST PLACE..
TAK KAN TU pun tak tau.
ps.
Dato tau tak sapa punya kompeni AES tu?..saya harap sangat
tak dak kaitan dengan `kaki kaki putrajaya'. KALAU ADA ,mampuih laaa hampaa !
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk
Dengan arahan penggantungan semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) oleh Peguam Negara dan info menyatakan JPJ akan menyenarai-hitamkan OKS yang tidak bayar kompaun saman AES dalam tempoh 60 hari menunjukkan agensi-agensi berhubungkait tidak duduk semeja.
Sebagai pengundi muda, saya berharap penyandang Menteri Pengangkutan sekarang (dan juga penyandang Menteri Dalam Negeri serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) tidak lagi menyandang jawatan selepas PRU13. Cukuplah!
Toolbox
Assalamulaikum DATO yang dikasihi ulasan pedas yang nak ditelan oleh mereka2 yang ada disinggahsana mercu tanda kuasa yang ada pada mereka..kuasa rakyat kuasa pembakang bila disatukan ya nya boleh diterjemahkan dalam simpulan bahasa teka teki dalam filem P.RAMLEE nujum pak belalang...apakata tuk nuzum tuan kenal dengan hang tuah...begitulah nilainya bahawa sang penguasa tak kenal rakyat tak kenal dengan pembakang kehebatan pembakang sangat dihormati maka disini kita mesti melihat bahawa AES ini telah diperdebatkan diparlimen dan telah diluluskan maka kesan nya disisni sesungguhnya ahli2 parlimen dari kalangan sang penguasa adalah jenis pak turut atau angguk2 mungkin juga yes men maka dimanakah quality ahli2 parlimen dari kalangan sang penguasa. Selalunya sesuatu yang nak dilaksanakan sudah ada kajian keberkesanan nya dan juga dari segi implikasinya disudut undang2 juga kesan politik dan moral sang penguasa itu sendiri dimata rakyat. Penguatkuasaan undang2 hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan itu sendiri bukan pihak lain....ada ahli parlimen ketika membahaskan perkara ini diparlimen ada berkata pelaksanaan sistem ini akan menghapuskan RASUAH apa punya standard ahli parlimen kita ini dato otak udang pun tak seteruk ini dengan sendiri nya dia telah meletakan SPRM itu ditahap paling rendah kerana tidak mampu menguatkuasakan undang2 anti rasuah.. sekian dato jumpa lagi wassalam.
Salam DAKJ. Komen saya ialah setiap amalan bergantung kepada niat dan saya berpegang kepada "bukan semua niat dilafazkan/diberitahu/diuar-uarkan". Ada kalanya yang dilafazkan tidak selari dengan niat dan ini nampaknya dapat dihidu dalam kes AES.
Sama ada disedari atau tidak tahap kebolehan berfikir rakyat Malaysia telah meningkat dengan mendadak tetapi tahap maklumat awam masih ditakuk lama. Pola pemikiran pemerintah dan pemimpin tidak meningkat sejajar dengan peningkatan daya fikir masyarakat, malah nampaknya kadang-kadang tidak meningkat.
Apa komen DAKJ mengenai hasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dalam pada budaya kepimpinan semasa tidak setanding dengan budaya kepimpinan negara yang telah maju?
Salam Dato',
Pelik bin ajaib,tak penuh lagi ke kantong orang-orang ini .. semua mahu himpit pak najib, tak lama lagi BN masuk rancangan sejarah hari ini ..
Datuk AKJ,
Macam orang Kedah selalu kata:
Sampai berjejeh ayiaq lioq komplen..
This is one government who doesn't seem to want to even listen, much less be accountable.
Gaya orang la ni: "Ada aku kesah?"
Tak payah nak list pun instances yang menunjukkan kesombongan (kuasa) ini.
Kalau tidak takdakla orang dok sebuk tanya bila nak ngundi.
Ramai yang dah tak sabaq nak bagi tau depa ounya sentiments on all this sombongness.
Wallahualam.
Salam Dato,
Bukan sahaja "immoral" tetapi macam biasa "flip-flop". Rahsia yang terbuka iaitu nak beri projek kepada orang tertentu, inilah masalahnya kerajaan sehingga amaran pada PRU12 dan sehingga hari ini masih tidak berubah lagi. Ketakutan saya ialah orang lain akan ambil negeri kita ni, kemanakah agaknya anak-cucu bangsa akan pergi nanti
Jelas dan nyata para pemimpin negara satu malaysia "sangat cerdik" dan "rakus" untuk kaut untung.
Yang pelik nya, para pemimpin macam ini dapat sokongan orang cerdik pandai negara.
Paling pelik lagi,rakyat sanggup beri kerjasama, sedangkan apa yang para pemimpin lakukan itu berupa bala belaka.
seperkara lagi, apa apa yang dilaksanakan kerajaan sekarang untuk menyusahkan rakyat, miskipun dapat wang RM 500 satu tahun.
government function is already being privatized for decades. in name for better quality of service
* jabatan telekom -> TM
* lembaga letrik negara -> TNB
* JKR -> highway concessions
* renewal services -> MyEG
* water -> syabas and friends
* education -> private university college/international school
sure some things can't be privatize like national security. but examples like US government hiring Private Security Contractors in Afghan/Iraq blurs that line again.
sure, a few will make billions from concession contracts, but if it's for better competition and better service, why not?
Assalamualaikum Datuk,
Isu yang sangat hangat diperkatakan oleh rakyat jelata dinegeri-negeri pantai timur sekarang ini ialah tentang agihan wang Royalti hasil petroleum yang ditransformasikan sebagai wang Ehsan (yang kononnya disalurkan melalui UMNO/BN Bahagian).
Kalau boleh Datuk beri sedikit ulasan sebagaimana perhatian yang Datuk berikan terhadap transformasi pengswastaan saman trafik melalui sistem AES.
Salam Datuk,
Apa yang berlaku hanya mengesahkan ke sekian kali tanggapan umum bahawa pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan lebih gemar menswastakan keuntungan dan memiliknegarakan kerugian.
Niat untuk mengurangkan kemalangan sangat dihargai. Namun, caranya sangat tidak kena dari pandangan saya sebagai seorang rakyat biasa dan pengundi "lama".
Dasa
Saham tak nampak..
SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
The AES.. the ACT of EXTREME STUPIDITY by the BN government especialy privatising Law and Order!!!
The AES... will be Anwar's Effective Strategy in the PR campaign to wrest Putrajaya from BN comes PR13!!!
AES.. Atas Ehsan Salah, ketua pengarah JPJ, peluang Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa amat cerah. kalu dulu Anwar kata harga minyak turun tapi kali ini dia akan kata 'hari ini kita menang, esok kita batalkan penswastaan AES dan kesemua 300,000 saman atas sebab teknikal dan perundangan yang lemah dan longgar..bersesuaian dengan rakyat dianiayakan, prestasi kerajaan diragui..'
Wallahualam
ALFATIHAH, AMIN
Ps.Samuraimelayu still sits on the dock of the bay waiting for Najib to nail the AES issue before Anwar & Co hammers it in during the final countdown..
Macam dah dijangka...
Yang pasti...."flip-flop"..
Lepas nie boleh panggil Najib FLIP FLOP...
dulu SBPA....sampai sekarang tak dengar cerita lagi
sekarang....AES pulak dahh..
lepas nie??????
Dato.
AES ditangguh.
Terima kasih dan tahniah pada PM Najib diatas perihatinnya terhadap kurang senang rakyat terhadap perlaksanaan AES.
Sepatutnya PM Najib kena perintahkan pada Menteri Angkut yang buat pengumuman bukan orang lain.Sebab dia yang bermatian pertahan AES ini.
Atau pun paling sesuai buat kenyataan selepas Menteri Angkut ialah KP Angkutan yang juga berhempas pulas bela AES.
Selepas ini guna sahajalah penguatkuasanya dari polis,JPJ,SPAD.Saman saja mana mana yang pandu laju.Jangan kasi muka.
Lagi pun dengar cerita konsesi AES ini ada persamaan dengan konsesi NFC.Bahaya menanti UMNO/BN kalau benar.
Mana mana kerajaan pun janganlah hendak kelentong dan buli rakyat lagi sepanjang masa.Rakyat bukanlah bahlol lagi.
Nama saja tender untuk keterbukaan syarat dan peraturan.Tapi kalau ada niat awal hendak ampun kurnia.Ini yang jadi tak betul.
Nampak sangat politik untuk kuasa dan peluang buat harta.
Retorik hanyalah gendang raya untuk dapat kuasa.
Menjelang PRU 13 telitilah faktor calon dulu.Parti kemudiannya.
Calon yg paling penting.
Parti kurang penting.
Terima kasih.
Salam Datuk AKJ,
Oleh kerana saman AES digantung buat sementara waktu, bagi mengelakkan pembaziran adalah dicadangkan kamera-kamera yang telah dibeli diletakkan dilokasi-lokasi dimana pihak JPJ dan polis trafik menjalankan sekatan jalanraya. Sekurang-kurangnya dapat juga merakam gambar jika berlaku perbuatan salah laku penguasa yang meminta duit rasuah atau duit kopi dari pengguna jalanraya.
Pilihan kedua ialah memasang kamera tersebut dalam pejabat menteri-menteri, timbalan menteri dan KP Jabatan-jabatan yang terdedah kpd isu-isu rasuah sudah sekian lama.
Terimakasih Datuk kalau sudi menyiarkan pandangan rakyat marhaen macam saya.
dulu sokong...hari ini x sokong plak..kui3
Datuk,
Bkn tergesa gesa tetapi dirancang..Pembekal kamera dah bagi pau,pemegang konsesi akan bagi pau.Jadi dah byk pau bertukar tangan.Kena lulus juga lah.Lagipun spt mana pernjanjian konsesi lebuh raya dan IPP kan ke ada klausa pampasan jika Kerajaan Malaysia mungkir janji..
Kalau konsesi AES berjalan pun dpt RM,kalau batal pun dpt RM.Nothing to loose for those buggers.Yg perlu bayar semua tu adalah wang kita rakyat Malaysia yg terpaksa kerja keluar pagi balik malam saban hari mencari sesen dua..
Sampai bila kita ingin memanjakan rakyat Malaysia dengan buaian kasih sayang yang salah tempatnya
Tiada salahnya sistem AES yang telah berjaya menangkap ratusan ribu pemandu jalanraya yang telah lama berbudaya melebihi had laju
Kita juga orang yang sama marah dan hampa, kononnya kerana matang dan prihatin, bila ribuan nyawa melayang dijalanraya hasil nafsu serakah bermaharajalela dijalanraya
Kita juga orang yang sama bangga dan terpaku, sekali lagi kerana kononnya matang dan prihatin, bila negara jiran Singapura berjaya mendisiplinkan pemandunya melalui sistem perangkap yang canggih dan tidak bertolak ansur
Tetapi kita jugalah yang menentang keberkesanan sistem 'jahat' itu diatas alasan ianya gagal dan buruk kerana ianya diswastakan; isu yang sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan tertangkapnya ratusan ribu pemandu yang sewenangnya melanggari undang-undang jalanraya kita
Untuk nampak prihatin dan matang, maka kita gunakanlah perkataan-perkataan yang mampu merendah-rendahkan golongan pelaksana seolah-olah kita sajalah yang sentiasa betul dan bijak
Apakah jika perlaksanaan sistem yang sama itu dibuat tanpa campurtangan swasta maka ianya tiba-tiba tergolong dari pemikiran bijaksana; atau kita seperti biasa dengan pemikiran jumud kita akan segera mencari alasan terbaru untuk mengharamkannya?
Saya sendiri telah sekali diperangkap AES ketika pulang dari Pangkor melalui jalan lama di Trolak.
Memang perit terpaksa membayar saman RM300 yang tidak mampu dibincang langsung
Realitinya, kerana pertama kali kena mambayar saman Harga Penuh tanpa bantuan sahabat mata-mata untuk memberikan diskaun, saya kini amat berhati-hati. kerana RM300 lebih baik dijoli bersama anak-anak
Dan realitinya, saya memang bersalah; dan kesalahan saya itu tiada kena mengena dengan pengswastaan undang-undang
Selamat Maju Malaysia
Salam Dato,
Menghukum, mendenda bukan boleh menyelesaikan masalah. Lebih baik duit yang diperuntukan dalam system AES itu diperuntukan untuk pembelajaran berkaitan keselamatan Dan kesihatan di sekolah
Post a Comment