Thursday, February 14, 2013

Antara Fenomena PSY dan Loman Penjual Ubat


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

TERINGIN juga menulis mengenai konsert Hari Raya Cina PSY di Pulau Pinang dan percubaan pembesar Barisan Nasional menangguk di air jernih.

Orang yang tahu selok-belok menangguk tidak akan menangguk di tempat yang jernih airnya sebab ikan nampak tangguk dan lari. Sebab itu orang yang pandai menangkap ikan akan menangguk, memukat dan menjala di air keruh. Lagipun, air jernih selalunya tidak ada ikan. Air boleh jadi keruh apabila banyak ikan berkumpul.

Orang yang baca media massa arus semasa seperti portal berita dan blog tentu sudah mengetahui apa yang berlaku di konsert itu.

                                                  "Are you ready for PSY? --"YES!"

Dalam bahasa Inggeris basahan, ia bolehlah disifatkan sebagai “daft”. Oleh kerana tindakan itu “daft” maka tidak perlulah kita menghabiskan masa membincangkannya.

Loman Penjual Ubat

Jadi kali ini saya akan menulis mengenai seorang penjual ubat yang sudah meninggal dunia yang sangat terkenal masa saya kanak-kanak dan remaja bernama Loman – singkatan kepada Abdul Rahman dalam loghat Thai.

Abdul Rahman mendakwa dia mualaf dan nama Abdul Rahman itu mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaya/Malaysia waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra. Malah Loman mendakwa dia anak angkat Tunku. Masuk akal juga sebab Tunku memang cergas dalam kegiatan dakwah Islamiah melalui Perkim.

Loman yang bercakap Melayu pelat Siam menjual ubat di merata pekan sehari di Kedah dan Perlis. Dia menjual pelbagai ubat, tetapi yang paling terkenal adalah ubat sakit gigi dan ubat cacing ramu. Cacing lamu, kata Loman. Dalam bahasa baku, cacing ramu dikenali sebagai cacing kerawit (Enterobius vermicularis). Ia adalah antara jenis cacing yang menjangkiti ramai orang kampung waktu itu.

Kempen jualan ubat cacing kerawit Loman berbunyi lebih kurang begini (dengan izin dan berbanyak-banyak maaf): “Cacin lamu dia tak kela pungkok sapa. Pungkok Loman pun dia kolek. Pungkok Tunku Abdul Rahman pun dia kolek. Pungkok laja pun dia kolek.”

Memang betul. Anggota badan kita yang paling kerap diserang cacing kerawit adalah dubur. Sesiapa yang pernah kena serangan cacing itu fahamlah penderitaannya. Duduk tak sedap. Hendak tidur pun susah.

                                                                     Cacing kerawit
Tetapi ia tidak susah diubati. Ada banyak ubat tradisional yang boleh membunuh cacing itu. Ubat paling mujarab sekarang berjenama Zentel. Ia boleh dibeli tanpa kebenaran doktor di farmasi.

Semua Untuk Jualan Kecuali Sang Isteri

Selepas mempromosikan keberkesanan ubat "cacin lamu"nya, Loman akan berjenaka: “Adik-adik, abang-abang mai la beli ubat Loman. Kalu tak hilang nyakit hilang det (duit). Minta det balik, Loman dah makan.”

Dia kerap membawa isterinya, seorang perempuan yang jauh lebih muda daripadanya. Dia boleh dikatakan cantik dan bergaya. Loman tahu ramai juga yang datang bukan untuk membeli ubat, tetapi untuk melihat isterinya.

Sambil menudingkan jari, Loman berkata: “Hat ni yuai (jual). Hat tu yuai. Semua yuai.”

Apabila sampai kepada isterinya, dia dengan senyum simpul berkata: “Hat tu tak yuai!”

Kalau Loman masih hidup, orang politik boleh belajar daripadanya. Loman tahu macam mana menarik minat pelanggan sebab dia ambil berat “mood” dan kehendak mereka.

Misalnya, dia tahu jangkitan cacing kerawit paling meluas pada musim hujan apabila tanah lembap dan kekotoran di mana saja. Dia tahu jangan sekali-kali berjenaka dengan orang sakit gigi.

Wallahualam.

47 comments:

K T said...

Cantik tampalan Dato' ini! Memang menangguk di air jernih...

Jamaludin said...

abih tu wat natang penama segala macam penasehat yang dok ada keliling tu?

ka dah memang jenih yang tak mau dengaq cakap?

padan la orang dok kata merata la ni yang "orang tu" memang sengaja cari bala. dia dok ingat semua orang sama dok ikut cakap dia..

Buah Kerdas said...

Peristiwa Psy-CNY di Penang tu, tanpa keraguan, adalah satu peristiwa yang amat berjaya apabila dilihat daripada sudut kemeriahan sambutan CNY. Peristiwa itu menjadi bertaraf "daft" apabila dilihat sebagai satu kempen untuk BN.

Pesoalannya ialah, apa nasihat yang telah diberikan kepada PM DSN sebelum dia sanggup ambil centre stage pada hari itu? Sama ada penasihat disekeling PM tu dungu atau pembodek tahap super atau PM sendiri yang dungu tak dengar nasihat. Tak dapat tiada, mesti ada pihak yang dungu atau memang semuanya dungu. Kalau kedunguan itu jatuh pada PM sendiri, saya amat sedih kerana bangsa saya boleh meletakkan seorang yang dungu menjadi pemimpin. Kesian kita.

Manora said...

Terima kasih Dato , kembalikan kenangan saya tentang Loman , penjual ubat cacin terkenal kedah tu. Balik dari sekolah rendah Iskandar, jika jumpa dia, dah tentu tunggu sat dengar dia celoteh. Kadang kadang dekat pekan rabu. Betui , dia selalu dengan bini - muda dpd dia.

Azli Jamil said...

I remember him from my younger days. He was often seen around the Pekan Rabu (the old one) back when my grandfather had a shop.

Mat keluang said...

Kadir.
Ada saorang lagi individu yang paling terkenal di kawasan saya.Namanya Pak Chat.Orang ramai panggil dia Chat Gila.Rumahnya di kepala Bukit,tapi dia berjalan di merata rata.Budak budak Malay College pun kenal dia sebab dia selalu ka Kuala Kangsar.

Dia mengaku pandai berubat terutamanya budak budak yang hendak ambil pepereksaan.Dia baca Doa dan guna tochlight.

Dia mengaku kawan baik Tengku Abdul Rahman.Ada gambar dia dengan nya.Dia sesalu suka Daawah minta orang cina masok Islam.Dia selalu menyanyi dalam pekan. Dia menyeru orang Cina mari masok Melayu(Islam).Katanya jangan takut lu potong lanchau .
tak boleh mati.

Sekarang ini ramai orang politik kita macam Pak Chat.

Shaz said...

Salam Dato',

Saya ketawa sambil ada sepalit rasa kasihan melihat Perdana Menteri termanggu manggu bodoh menunggu kuda dari Korea tu dipanggil naik ke pentas.
Ini kuda tak reti bahasa, walaupun terjerit jerit perempuan emcee tu panggil naik ke pentas, tak juga muncul muncul.
Lebih kasihan ialah PM kita ni dikelilingi penasihat yang berotak kurang se gram. Buat iklan raya cina, berucap terjerit jerit, berseloka bermadah pujangga yang serba tak kena...banyak sangat yang nampak janggal.

Walaupun panik dan takut dengan GE sengit yang akan datang; janganlah keterlaluan sampai diperbodohkan dan membodohkan diri.



A KADIR JASIN said...

Sdr Mat Keluang, saya pun tahu mengenai Pak Chat. Ke mana pun dia pergi, dia kata dia member Tunku.

Tapi tak salah juga. Memang rakyat jelata masa itu anggap Tunku sebagai member sebab Tunku mudah mesra dengan orang ramai, suka berjenaka, kelolo dan beliau bercakap bahasa rakyat jelata.

Pak Chat naik kereta api dan dia selalu bawa payung. Dia tak beli tiket sebab semua pemeriksa tiket kereta apa sebelah utara kenal dia. Kalau minta beli tiket pun dia akan kata, Tunku suruh dia naik free.

Sdr Azli Jamil dan Menora, Loman bukan saja jual ubat sakit gigi, tapi dia juga cabut gigi. Dia simpan semua gigi yang dia cabut dalam kabul. Masa itu kurang sangat doktor gigi. Kalau ada pun orang kampung takut jumpa doktor. Jadi Lomanlah doktor mereka.

Kalau tak silap saya, Loman pakai kereta Opel Rekod buatan Jerman.

Terima kasih.

rahimlpp@ yahoo.com said...

Y. Bhg Dato@ Dato' tertinggal satu baris lagi yang Loman kerap buat jjenaka.
" Semua pungkok dia korek tapi dia tak korek pungkok kereta Loman"

Iklas,
Rahim

mohdalisuratman said...

Salam Dato' dan saudara semuanya,

Ber-kemungkinan-kah Dato' dan pembaca budiman juga seperti saya?, yang akan ingin melihat kesemua orang besar BN berpakaian kebangsaan Melayu bila menghadiri majlis sambutan Hari Raya nanti. Tak kisahlah samada BN masih dapat mempertahankan kuasa atau sebaliknya. Tujuan utamanya ialah untuk dapat memperkasakan budaya dan pakaian kebangsaan Melayu di mata dunia dan secara tidak langsung peniaga pakaian Melayu mendapat giliran meraih keuntungan lebih sedikit di atas cara pemimpin terutamanya PM mempromosi budaya. Itu pun kalau mereka membeli atau menempah baju Melayu dari peniaga atau tukang jahit Melayu. Tidak mustahil akan ada kata-kata songsang dari golongan sesat seperti mula-mula diperkenalkan pemakaian songkok.

Mengapalah pemimpin Melayu kita sekarang ini tersangat teruk pemikirannya. Tarian yang sungguh hodoh lenggoknya itu mahu sama diangkat tarafnya. Kat mana manisnya!. Siapalah agaknya Menteri yang menjaga budaya kita la ni. Tarian Melayu, Tarian Gendang, Tarian Naga Malaysia tak ada standard ke ?, hingga terpaksa mengimpot budaya luar.

Yang Berbahagia Dato', Kita harap ide itu bukan datangnya dari pemimpin UMNO. UMNO itu kuat dan segar. Buktinya dulu dah mati pun dapat hidup kembali. Malang sekali, sikap dan perangai pemimpinnya kini, menjadikan kita lemah dan boleh pupus.

Mengucap panjang kita!. Salam

Lahuma said...

Dato.

Kongsi pengalaman ubat cacing Lamu(ramu)

Nenek saya dulu kalau siapa-siapa ada cacing ramu dia akan bagi kami makan daun pucuk kopi mentah.

Cacing ramu memang raja korek.
Alhamdullilah mujarab sangat dengan cacing ramu ini bila makan pucuk daun kopi.

Cuba lah sekali.Lepas makan dia akan keluar dengan sarangnya sekali.Inilah cara nenek saya dulu ubat cacing ramu.

Cuma pucuk kopi ini pahit sangat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Dgn semua yg tak kena ketika Najib dimalukan depan PSY dan dgn Mahadir yg hatinya semakin terluka maka masa depan PM Malaysia paling tak cerdik semakin padam.

Dengan tertubuhnya kumpulan pemantau oleh BERSIH untuk mengelakkan kehadiran pengundi hantu maka nasib Najib tak begitu cerah.

Oleh kerana polis terlaku sibuk, mungkin kumpulan pemantau rakyat nanti akan menangkap hantu2 berkenaan bagi membantu polis dan kalau terlalu banyak hantu2 itu hendaklah diserah kpd polis bila waktu mengundi sudah tamat.

SPR tentu berterima kasih sebab cara itu akan membantu PRU 13 yg benar2 bersih dan adil.

Mantinns said...

Ybhg Datuk,

Cerita Loman tak dapat saya sambung kerana tak kenal. Tapi cerita penjual ubat memang nostalgia.

Kalau ada penjual ubat datang ke kampung, seluruh warga kampung keluar. Kecil besar tua muda jantan betina menjenguk kerana ini sebahagian dari hiburan. Waktu dulu bukan banyak bentuk hiburan yang ada. Letrik pun tiada macam mana nak beli TV.

Gelagat penjual ubat pula pelbagai. Ada yang buat silap mata. Ada yang bawa kumpulan muzik dan ada yang buat aksi ngeri kelar lengan.

Semua penjual ubat guna skrip. Di mana juga mereka berada mereka guna skrip yang sama. Datuk pun hafal skrip Loman dek kerana mendengar berulang kali. Hal ini sama juga dengan ahli poliik yang mengulang ulang isu yang sama pada setiap kali ceramah.

Di tanah kelahiran PSY, ubat paling terkenal ialah ginseng. Tetapi ginseng ini tidak dijual orang seperti Loman. Menurut seorang kenalan dari Korea yang membuka kilang di sini, perusahaan ginseng dimiliknegara oleh kerajaan. Ianya satu perusahaan multi billion. Saya seperti tidak percaya maklumat dari rakan ini.

Korea sebelum PSY dan Samsung sama taraf dengan kita. Waktu main bola kadang kala kita menang dan kadang kadang dia menang. Hari ini siapa Korea dan siapa Malaysia.

Wallahualam

Mantinns said...
This comment has been removed by the author.
A KADIR JASIN said...

,Sdr Lahuma, pucuk kopi sebagai ubat cacing kerawit maklumat baru bagi saya walaupun dalm kampung tok saya ada beberapa rimbun kopi.

Dalam keadaan terdesak, macam-macam petua dan ramuan dicipta.

Satu masukkan tembakau ke dalam dubur. Itu saya akui membantu, tapi tak bunuh cacing kerawit. Ia sekadar sekat cacing beroperasi di situ.

Ada yang minum air putih dengan setitik dua Minyak Cap Kapak atau minyak tanah.

Itu cacing kerawit. Ada banyak lagi jenis cacing yang jangkiti kita. Ada yang sampai muntah keluar cacing. Buang air besar keluar cacing perkara biasalah. Perut pula boroi. Itulah tahap kebersihan dan kesihatan zaman dulu.

Sdr Mantinns, di kampung saya, orang jual ubat yang buat silap mata potong tangan dan potong leher tu orang India. Bila dia tanya pembantunya apa pasal tak luka, pembantu akan jawab: "Tangkal!"

Kerja di jual tangkal azimat. Hari ini pun ada lagi yang jual tangkal. Cuma mereka tak jual di pekan sehari. Mereka jual kepada orang kaya dan orang berkuasa yang percaya kepada benda-benda ghaib dan kurafat. Lagi banyak dapat bayaran. Wallahualam.

Terima kasih.

Mat keluang said...

Kadir.
Masa dulu penjualan ubat di tepi jalan banyak sekali.Sdr Lokman, Hassan Cap Kuchng Merah terkenal debgab ubat batok nya dan mnyak chegkeh,Sdr Azmi dngan ubat kuatnya.
Sekarang ini ramai juga penjuaan ubat api mereka hanya dudok di rumah,guna komputer.terkenal dngan konsep MLM.
Kebanyakan nya ubat untok kuat nafsu.Kopi cap kuda,Jus mengkudu dan buat tungkat langit,Cream buah delima dan macam macam lagi.

Yang banyak buat kerja ini orang orang Melayu.

husin syedmohamad said...

Masih saya ingat penjual ubat ' Loman' di nat- nat , di Arau dan Kodiang. Loman tu kekal ingatan hingga kehari ini tetapi tidak yanh lain. Dia sebut Tengku Laman dan laja- laja, pada masa tu tak ada orang yang sesitif, kalau lah hari ini!!.

Lahuma said...

Dato.

SeruanISMA---kewajipan mengundi dalam Islam.

Selepas solat Jumaat terdapat sekeping kertas separuh A4 dalam raga motosikal saya.

Tajuk dia: kewajipan mengundi dalam Islam .ISMA.

Yang menarik perhatian saya ialah ciri-ciri calob;

a.Beragama Islam.
b.Sebolehnya memiliki kelulusan yang tinggi dalam pendidikan.
c.Memiliki akhlak yang mantap boleh dijadikan contoh teladan.
d.Cekap dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dari rakyat untuk rakyat dan bukan membawa agenda asing.
e.Memiliki visi dan MISI yang mendesak Agenda Islam dilaksanakan sepenuh dan sebaiknya dalam Negara.

Dia tak sebut pun parti mana.
Asalakan calon yang terpuji.
Parti sudah tidak penting lagi.

Buang yang keruh ambil yang jernih.

Selamat buang undi.

Terima kasih.

Cetusan said...

Assallaaam Dato,
Kalau bab daging jernih putih melepak, ramai yang suka menangguk, walaupun dahnsakit lutu..berbayar ramai jika percuma lagi laa ssesakkk

Mantinns said...

Ybhg Datuk

Apa ada pada Loman sehingga dia begitu popular di utara. Apa kelebihan pada Loman sampai dapat berbini muda lagi lawa.

Apa pula kelebihan PSY sehingga mengalahkan Justin Bibier. PSY bukan handsome macam Rock Hudson. Badan bukan slim macam Nordin Hassan.

Bagi saya jawapannya kerana mereka berdua gila-gila. Pungkoq dan juboq bagi Loman perkataan biasa. Semua pungkoq dia sebutnya. Dari orang kebanyakan sehingga maharaja.( saya tidak pernah dengar dia sebut. Hanya percaya dengan kata Datuk dan pembahas lain.)

PSY pula pernah didenda oleh kerajaan Korea kerana menghasilkan album yang kandungannya tidak bersesuaian dengan norma orang Korea.

Unsur gila-gila begini menjadi kegilaan ramai. Tuan Haji Mat Sabu juga memiliki unsur ini ditambah dengan kelolo sinis. Mungkin ini sebabnya Tuan Haji Mat Sabu mendapat sambutan semasa di pentas walapun dari segi isi ceramahnya

Majalah Gila-Gila suatu ketika dahulu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Wallahualam
_________

Mamak.... kuah taruk lebih... isi jangan kurang.



M Nazrul H Nazirmuddin said...

Smile I am, after finishing the last row of this entri.

Bestlah Dato' AKJ,lately saya banyak terlibat dengan Alumni,Alumni SBP lah, Alumni Univ. lah dan sebagainya. Satu yang saya rasakan amat perlu adalah dokumentasi cerita rakyat sebegini, selain mengekalkan sinikalnya yang asal jika ada.

Dato' , prompt me if there is a plan to publish such compilation.I wanna be the first reader to que and buy it!

Semoga Dato' terus sihat dan diberi kekuatan menulis dan hopefully boleh mengopi jugak dengan Dato' satu hari nanti!

Alwi Saad(Awi Pak Aad) said...

Salam,Datok..saya sendiri pernah berada dlm." bulatan " Loman jual ubat dekat Pekan Rabu Alorq Starq.Mengenai sajenis ubat cacing dia pernah berkata " hampa makan ubat ni,mesti beghak tiga,empat kati...kalau tak pecaya timang (timbang) tengok ".Dia tak pernah ketawa dgn.joke nya sendiri !

alfindani said...

Salam.

Abdu laman (Loman)Sy rasa sy selalu jgk tgk dia waktu kecik2 di pekan sabtu pendang dan pekan jumaat kelang kecik.

naik volvo jenis lama. dlm bonet kereta mcm2 gambar dia letak. lengan ada banyak tatu. jual ubat sakit gigi.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Najib malu besar tapi ada dia kisah. Jenis muka tak malu.

Dia ingat sebagai PM dia sudah besar termasuk besar kepala. Siapa sangka perancangan Allah memalukan beliau dan Rosmah tetap berlaku.

Akan tetapi selagi ada puak yg boleh ditipu setiap masa dan tempat selagi itulah Najib dan yg sewaktu dgnnya terus aman segar bugar di dunia ini.

Kepada rakyat Malaysia yg selalu kena tipu jangan putus asa tapi terus berjuang agar kumpulan baru yg lebih baik dari UMNOBN di beri kuasa.

Tiada yg boleh rubah nasib rakyat melainkan diri sendiri.

Loman zaman moden ni lagi ramai. Siap digaji oleh NAJIB untuk putar belit cerita. Yg bergaji besar spt pengerusi dan ketua pengarah atau naib censelor pun ramai. Yg ada beberapa kerat dlm blog Dakj pun apa kurangnya.

Patutlah di padang mahshar nanti semua mulut di tutup.

antisyaitan said...


Sambil menudingkan jari, Loman berkata: “Hat ni yuai (jual). Hat tu yuai. Semua yuai.”

Apabila sampai kepada isterinya, dia dengan senyum simpul berkata: “Hat tu tak yuai!”

Salam Datuk,

Kabornya hari ini isteri Loman seorang anggota TLDM dikem Lumut terkorban disebabkan lift tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat 5. Agaknya lift ditingkat lima tersebut tidak ada peruntukan untuk kerja2 senggaraan. Rasanya elok TLDM pinjam sedikit wang peruntukan dari tingkat 5, FLOM office JPM Putrajaya.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Adi_Fimiyun, antara lain, menulis: "Satu yang saya rasakan amat perlu adalah dokumentasi cerita rakyat sebegini, selain mengekalkan sinikalnya yang asal jika ada."

1. Satu cadangan yang baik. Saya harap ada orang atau pihak melakukannya. Dalam tulisan saya, banyak juga cerita rakyat yang saya rakamkan.

2. Sejak keluaran bulan lalu (Janurai), saya mula menulis dalam majalah Dewan Masyarakat mengenai cerita-cerita zaman silam.

3. Berkenaan tulisan berbentuk sinis, saya kerap guna guna genre itu, tapi malangnya ramai juga tidak dapat menangkap. Mereka sangka saya sungguh-sungguh.

4. Sdr/Sdri Alfindani, dalam jangka masa dia jual ubat, Loman tentu pakai banyak jenis kereta. Tapi saya rasa kereta Opel lebih awal daripada Volvo 144 kalau tak sikap saya.

5. Ramai orang yang hidupnya disentuh oleh Loman. Malan tadi dalam majlis kenduri kahwin di KL Sentral, seorang kenalan yang juga seorang eksekutif wanita yang sangat berjaya beritahu yang suaminya menyuruh dia membaca cerita Loman yang saya cacatkan ini.

6. Loman is alive and well in our collective memory and, hopefully, with this posting it lives on and be passed on to future generations.

Terima kasih

Alwi Saad(Awi Pak Aad) said...

Salam,Datok...saya nak sambung sikit pasai Loman,pasai joke ini jadi depan saya masa tu.Dialog nya lebih koghang (lebih kurang)macam ni.PELANGGAN tanya " Loman,yang sebetoi nya hang dok di mana ? Di Peghelih (Perlis) ka Kedah ka ?.".LOMAN jawab.." Awat hang tanya...nak pi endap (mengendap) bini aku ka ? Peghelih ka Kedah ka,depa tu dulu bawah kosa(kuasa) Siam..hang tak baca ka? "

alfindani said...

Salam Dato,

terima kasih atas responnya.
Maaf kalau membikin konfius. Saya seorang Saudara, tidak Sdri. :)

p/s: alfindani means from Pendang. Dekat ja dgn Tanah Merah tu.

jalil said...

Salam Dato,

Isteri yang baik melariskan perniagaan suami. Isteri yang berperangai buruk menjejaskan kerjaya suami.

:) Ab Jalil

Unknown said...

Aslkum Dakj

Najib cakap tak serupa bikin.

Takut kerana bersalah.

Loyar buruk takut debat

Budaya samseng semakim berleluasa.

Mahasiswa dipukul macam Pekan Najib yg punya.

Senator Australia diusir macam sampah.

Sebenarnya takut pilihan raya kotor akan terbongkar.

Semoga Allah akan murka marah2.

Malunya aku punya PM hampas.

Loman mungkin lebih bermaruah

Mika Angel-0 said...

saya anti-najib
krytonite to some
a parable in motion

Rawa Lanun-Bahasa said...


To Share: Xenphon
(ngos and syria)

"to which of the gods he must pray and do sacrifice, so that he might best accomplish his intended journey and return in safety, with good fortune" - mecenary's qoute

smiles a wordpirate:
i get to wondering when
will i see you again

not really xenophbic


Lahuma said...

Dato.

Rupanya Isma nak bertanding atas tiket Berjasa.

Terbaca UM hari ini.Kian panas antara musyidul Dap dgn Tim Mursyidul Pas.

Siapa masuk atau termasuk perangkap siapa.

UMNO pun tak perlulah bergedik lebih sangat.Langit kian hampir dikepala kita.

Terima kasih.

langitbiru said...

Loman berkata: “Hat ni yuai (jual). Hat tu yuai. Semua yuai.”

Apabila sampai kepada isterinya, dia dengan senyum simpul berkata: “Hat tu tak yuai!”

VERSI limited edition,

NAJIB kata kat TOKEY DAN TAIKOR CINA:

“Hat ni yuai (jual). Hat tu yuai. Semua yuai. Kalau tak leh yuai,gadai. Tak leh gadai, ambil je. Semua ambil”.

Bila sampai kat bininya,dia dengan terketaq-ketaq, terkebil-kebil sambil gigit jari berkata : “Hat tu tak yuai!”

APAPUN, malu besar lah NAJIB, psy oppa gangnam tak naik-naik atas pentas. DAH lah tu, tiba-tiba dua orang budak Cina tu dek tunggu lama sangat, angkat meja bulat dengan Mee Yee Sang skali......adooiiiii, saya pun rasa tumpang malu. AWAT lah pemimpin Melayu jadi gini NAK SANGAT undi Cina!!!!!

.....KALAU LOMAN ada pun, barangkali Loman pun tak sanggup!!!

Alahaiii NAJIB!!

Mustapha Ong said...

Salam Bro AKJ,

Saya terlupa nak komen tentang PSY-CNY di Penang yang telah menjadi satu topik yang hangat di laman maya, sama ada pro BN atau pro PR. Mengikut kepercyaan orang Cina, PSY ( kata mereka "pang sai" atau buang air besar" adalah banyak "Ong".Biasa nya air dan najis (tahi) adalah "Ong" jika kita mimpi atau terpijak di tengah jalan.)

Cerita yang sebenar nya PSY amat letih pada malam itu, setelah menerbang ke Malaysia dari Brazil selepas pertunjukan "street dance" beliau semasa dekat Rio di Janeiro. Jadi bukan lah PSY tak mahu layan sahutan Najib untuk ke pentas, yang telah dibutabelitkan oleh pihak pembangkang. Mereka juga edit video yang menunjukkan beribu-ribu penonton di malam persembahan itu.

Itu lah kehandalan pembangkang untuk mengelabukan mata rakyat! Ini bukan nak jual ubat UMNO/BN tetapi kita harus cerita yang sebenar nya!Nampak nya pihak pembangkang telah mengali kubur sendiri sebelum PRU13.

Mengenai kontroversi Porntip, Najib dan Yingluck, saya juga perlu memberi sedikit komen dan juga sebagai cabaran saya kepada pihak pembangkang, mahupun Wisma Putra dan Kedutaan Besar Thailand di Malaysia mengeni perkara ini.Adalah berdosa besar sekira nya Najib tidak pernah berhubung dengan PM Yingluck mengenai isu ini yang amat memalukan serta boleh menjejaskan perhubungan duahala Malaysia/Thailand.

Namum demikian, pegawai kita telah pergi ke Bangkok untuk menyiasat dan membetulkan persepsi yang kotor ini. Tetapi, yang penting juga, jika Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Duta Besar Thailand ke Malaysia, mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang sebenar nya, agar pihak pembangkang tidak mempolitikkan isu ini untuk agenda mereka menjelang PRU13 akan datang.

Nampak nya pihak DAP, PAS dan PKR memang sudah pecah di antara mereka sendiri atas banyak isu-isu baru-baru ini, seperti isu Kalimah Allah, pemilihan Central Committee DAP, tindakan PAS untuk memecatkan Nash, masalah Anwar yang dikurniakan Anugerah Kebesaran komuniti Kadazan Sabah dan banyak lagi. Masalah mereka tentang pembahagian kerusi parliament/DUN untuk dipertandingkan pun belum selesai lagi antara mereka sendiri.

Tebuan said...

kihkihkih... Satu posting dengan dua hal berlainan. Namun amat mendalam bagi yang tahu "seni berbahasa" Orang Melayu. Pokoknya kalu kita dah tahap pemimpin kena "cool". Janganlah tersua-sua, lihat suasana.

simply said...

Nik Aziz jugak pandai meniaga jenama 'Isle'nya.

Cuba nampak 'zuhud', 'sederhana', tak kaya-raya. Makan nasik, hirup lebihan kuah dari pinggan. Sembahyang sunat, gambar kena nampak di bawah pokok ke, atas rumput ke. Memang tahap wali. Al-marhum Tok Kenali Kelantan pun kalah.

Tapi, dia pakai kereta mewah - mercedes s280, toyota alphard, volvo xc60, mana ada ditunjukkan dan diberitakan secara sensasi. Rumah sebenarnya yang besar ada ke ditunjukkan pada umum?

Orang-orang macam ni hayat politiknya lama. Berniaga mesti pandai.

Anwar Ibrahim kena belajar dengan Nik Aziz. Kalau nak jadi PM, jangan eksyen sangat naik Jet Peribadi dan Helikopter bila pergi berkempen. Jangan bangga sangat ubahsuai bas jadi bas mewah dan masuk kampung-kampung untuk berkempen. Tahu sahajalah, kalau nak berniaga dengan orang Melayu, kena jual yang lahiriah je. Yang batiniah tahap sampah pun tak apa.

Sama lah macam kawan Pak Kadir saudagar ubat cacing kerawit tu. Padahal ubat cacing kat kedai tabib cina sama saja umph. Tapi, yang pasar malam jugak lebih power!

Betul tak Pak Kadir?

Unknown said...

Salam dato, Kupasan penuh bermakna tapi tak tahu la orang yang terkena serpihan nya faham ke tidak tak tahu la ia.
PSY adalah artis yang bertuah kerana pertunjukan nya di malaysia mendapat liputan yang meluas dan membuat pertunjukan dihadapan ribuan orang termasuk la tetamu yang paling dihormati iaitu PERDANA MENTERI dan juga ISTERI NYA apakah yang kita dapat kutip dari cerita itu adakah ianya memberi menfaat kepada rakyat dan negara hanya ALLAH sahaja yang tahu,.

Selain dari itu saya tak mahu komen sebab mutakhir ini semua nya jadi celaru yang jadi mangsa adalah rakyat dan rakyat akan terus jadi mangsa haru biri hiruk pikuk dari manusia yang rakus dengan kuasa yang boleh buat apa sahaja,
Sepatutnya para pemimpin kita ini mengambil berat masaalah rakyat tapi tidak ambil pusing langsung apa yang dihadapi oleh rakyat apakah cukup dengan pemberian Rm 500 itu kalau pendapat mereka kata cukup bagus la.....sekian la dato nak sambung kerja waktu minum 15 minit ini la nasib pekerja kilang dato...wassalam.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
basripgb said...

Salam Dato!
Tk ats paparan ni....memang nostalgik kerana teringat cerita Loman tu...memang beliau dok juai ubat di Pekan Sabtu,Pendang depan Kedai Mad 20(Mi Bandung)..Abg Penakan saya...dia ni dok dalam boot kereta(Jenama Amerika..tak ingat)sambil dok memperagakan ubat2nya...KALAU TAK HILANG SAKIT,HILANG DIT(duit)..satu kenangan mengusik jiwa!

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr Simply

Kalau nak kutuk TGNA dan ANUAR tolong sediakan sediakan hujah yg bernas.
Kalau tidak Sdr Simply menyerlahkan kebodohan yg sebelun ni org tak tau.

Lahuma said...

Dato.

Demam pilihanraya.
Bila demam ramai yang pahit mulut.
Makan apa pun pahit.
Kurang sehat.

Sana sini kain rentang pasal ceramah.Sana sini ceramah.

Yang menariknya.
Sebelah kiri simpang ada kain rentang PAS GANTI UMNO.

Kemudian sebelah kanan pun ada kain rentang juga MAMPUKAH PAS GANTI UMNO.

Melayu main politik sungguh.

Tak jumpa pun kain rentang DAP GANTI MCA /GERAKAN atau MAMPUKAH MCA/GERAKAN GANTI DAP.

Siapa Pak Pandir Moden.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr Mustapha Ong

Cara sdr menulis jelas mengutuk pembangkang walaupun dalam kes PSY tak mau atau enggan di perkuda oleh UMNOBN dalam permainan politik murahan, jelas menunjukkan betapa CERDIK nya PSY.

Dia datang untuk persembshan sebagai penghibur. Itu saja. Saya rasa acara ye sang yg cuba dikenakan keatas beliau supaya terlibat adalah perangkap yg tak mengena. Dan padan muka Najib serta penyokong beliau spt sdr Mustapha Ong.

Mengenai Pontif pakar bedah Thailand, tentulah pihak berkepentingan suka mendapat khidmat beliau yg bukan saja hebat tapi tak ikut telunjuk orang politik UMNOBN yg tergamak membuli doktor lain bagi mengubah bahan bukti.

Sdr seharusnya bertanya apa susah sangat nak bagi izin agar bedah siasat kedua dijalan keatas mayat SUGUMARAN. Soal siapa pakar bedahnya tak begitu penting asal jangan ada polis jadi pengawas dalam bilik bedah.

Hidup ni biarlah ada maruah. Menyokong NAJIB dan menghentam pembangkang tanpa batas sukar menunjukkan seseorang itu bermaruah.

Tidakkah sdr Mustapha rasa terpanggil untuk berubah dalam usia dah nak padam?

raja2u said...

Assalamualaikum

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Sungguh hebat tulisan Dato kali ini membandingkan stail jurujual masa dulu dan sekarang.

Memandangkan apa yang dibuat ahli politik kita kebelakangan ini kebanyakkanya serba tidak kena maka lebih baiklah mereka memperkukuhkan kedudukan mereka dengan lebih berhikmah untuk memikat hati pengundi. Ikutlah akhlak Nabi kita yang tidak mencari musuh tetapi tegas dengan pendirian Baginda.Apa yang saya lihat kebanyakan ahli politik suka menghina lawan mereka. Ini tidak mengutungkan kerana matlamat untuk mendapat ramai pengundi terjejas bila kita tidak menunjukkan akhlak yang baik yang disenangi orang lain untuk bersama-sama dengan kita.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya

simply said...



Din Melaka said...
Aslkum Dakj

Sdr Simply

Kalau nak kutuk TGNA dan ANUAR tolong sediakan sediakan hujah yg bernas.
Kalau tidak Sdr Simply menyerlahkan kebodohan yg sebelun ni org tak tau.


12:54 PM


Kalau tak ada hujah, jangan panggil hujah orang tak bernas. Mungkin saudara patut tengok cermin bila sebut perkataan "Kau bodoh!"

Nak bukti, sila-sila lah melawat laman-laman web dan blog kem sebelah satu lagi. Kalau asyik baca Malaysiakini, Malaysian Insider aja, nampak Nik Aziz serupa malaikat aje laa.

Manusia mana ada maksum brader. Najib pun manusia. Nik Aziz pun manusia. Anwar? Dia luar biasa, dia 'Anugerah Tuhan'. Yang tak betul kita tegur, yang betul kita sokong. Jangan laa taksub sangat. Chill.... Kata orang puteh.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr Simply

Kalau nak kutuk org biasa2 pun kita kena kemukakan hujah yg betul lagi bernas.

TGNA dan ANUAR tu bukan macam status saya atau sdr.

Apakah yg salah kalau menteri besar Kelantan pakai Mercedez s280. Hujah yg bernas ialah kalau sdr Simply kemuka bukti bahawa kereta2 yg TGNA pakai tu diperolehi dgn cara yg salah moral mau pun hukum.

Penerbangan ANUAR dalam negeri Sabah dan Serawak menggunakan penerbangan bukan peribadi telah beberapa kali disabotaj mengakibatkan beliau tak tiba destinasi gara2 pesawat sengaja dipesongkan ke tempat lain agar ANUAR tidak dapat hadir kemajlis pembangkang.

Kalau sdr Simply cerdik sdr tidak kata ANUAR eksyen hanya kerana terbang dgn jet peribadi yg bukan beliau punya pun. Gara2 sdr tak cerdik lah maka sdr jadi burung kskak tua yg ulang ayat2 fitnah atau putar belit dari Utusan atau tv 1/3.

Sdr ada hujah bernas jika boleh bukti ANUAR telah beli /sewa jet atau helikopter berkenaan dgn duit haram spt rompak duit negara.

Atau saya akan hormat jika sdr Simply berhujah bahawa pemimpin UMNOBN pun rendah diri sebab tak guna jet atau helikopter peribadi.

Tapi syukurlah sdr masih sedar bahawa yg maksum tu hanya Nabi dan Rasul. Kalau ada yg dakwa ahli PAS anggap TGNA maksum maka saya lebih yakin bahawa yg mendakwa itulah pembohong atau pembawa finah. Sebab sejak kecil lagi sebodoh2 manusia pun tahu bahawa manusia biasa tak lari dari buat dosa. Ada di ajar di sekolah.

Moral cerita ialah kalau orang UMNOBN ada hujah bernas tentulah merrka berani beri lesen surat khabar dan tv pd pembangkang.

Haji mat said...

haji Mat.. Assalamualaikum dato, anak kepada Loman @ Abd Rahman sekarang mengambilalih pernigaan bapanya dan lokasinya seperti nat di Pekan Pauh, Arau Pelis pada hari Ahad & rabu.Lawak beliau masih boleh di dengar lagi melalui kaset yg.dimainkan oleh anak beliau.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).